“Tak sangka mereka tergamak berbuat demikian kerana perbuatan itu begitu zalim, sanggup meliwat, memukul dan mendera anak saya tanpa ihsan.”
Begitu kata seorang bapa yang kesal dengan tindakan tiga pelajar senior sebuah sekolah agama di Baling yang dikatakan mendera dan meliwat tiga murid berusia sembilan tahun dan sepasang kembar berusia lapan tahun sejak 20 Jun lalu.
Difahamkan, kejadian berlaku sejak sebulan lalu selepas murid berkenaan mendaftar masuk sekolah agama itu, malah seorang daripada mereka dikatakan diliwat beberapa kali dalam masa lebih sebulan.
Bapa yang enggan dikenali itu mendakwa, kejadian berlaku sejak dia mendaftar anaknya berusia sembilan tahun ke sekolah berkenaan dan murid terbabit mengikuti minggu orientasi 40 hari tanpa dibenarkan pulang ke rumah atau berjumpa waris.
“Saya terkejut apabila melihat muka anak lebam, selain bengkak kaki dan tangan. Telinga anak saya juga kehitaman manakala darah keluar melalui hidungnya. Saya terus membawanya ke hospital.
Pelajar tahfiz kena liwat ketika suai kenal
[BH] SUNGAI PETANI: Seorang pelajar tahfiz berusia 9 tahun terlantar di hospital sejak empat hari lalu, dipercayai diliwat, dipaksa melakukan seks oral dan didera oleh tiga pelajar senior berusia 12 tahun sebuah sekolah agama tahfiz swasta di Kupang Baling di sini, ketika mengikuti minggu suai kenal selama 40 hari, bermula Jun lalu.
Bapa pelajar terbabit yang enggan dikenali berkata, anaknya yang hanya dibenarkan ditemui selepas minggu suai kenal yang dikenali sebagai tempoh berpantang itu tamat 30 Julai lalu mengadu dia diliwat setiap malam dan akan dibelasah jika menangis oleh pelajar senior itu.
Selain anaknya, beliau mendakwa dua lagi pasangan kembar berusia lapan tahun turut di dera teruk hingga trauma tetapi mereka tidak mengadu diliwat. Sepanjang tempoh suai kenal itu, semua pelajar dilarang menghubungi keluarga atau waris mereka.
Beliau berkata, anaknya hanya merasai suasana selesa sebagai seorang pelajar selama seminggu sebelum kejadian itu.
Beliau berkata, niatnya menghantar anaknya ke sekolah agama terbabit untuk menjadi pelajar cerdik al-Quran hancur apabila anaknya diperlakukan seperti haiwan dan lebih malang mendapat pembelaan sewajarnya daripada pihak sekolah.
“Saya sedih dengan kejadian yang menimpa anak kerana tindakan murid yang hanya berusia 12 tahun mendera kanak-kanak 9 tahun dengan pelbagai cara, langsung tidak masuk akal.
“Pada mulanya kami sekeluarga memang tidak menyangka anak saya dipukul kerana pihak sekolah memberitahu ia adalah kesalahan.
“Bagaimanapun, hati saya tersentak apabila doktor memberitahu, anak saya kena dera dan diliwat.
“Sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu saya membuat laporan polis pada 30 Julai lalu iaitu pada petang hari saya dibenarkan berjumpa anak saya.
“Anak saya juga mengadu tidak tahan dengan sikap guru di sekolah berkenaan yang tidak menyiasat sesuatu kejadian menyebabkan dia sering mengalah kepada pelajar senior berkenaan,” katanya di sini, semalam.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu pada 30 Julai lalu dan siasatan sedang dijalankan.
Gila! Bagaimana budak semuda ini tahu meliwat dan melakukan seks oral? Adakah kerana terlalu banyak membaca Utusex dan menonton tv pencacai rejim BN? Sila ambil perhatian dan iktibar!!!
No comments:
Post a Comment