cari maklumat di sini

Your Ad Here

Friday, December 2, 2011

sembunyi kelahiran...ibu muda di tahan...!!!

Seorang ibu muda dipercayai dalam proses penceraian, ditahan kerana disyaki membuang dan menanam bayi dipercayai lahir tidak cukup bulan, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, suspek berusia 25 tahun itu, ditahan sebaik menerima laporan daripada Hospital Melaka kira-kira jam 1 pagi ketika suspek sedang menerima rawatan.

Beliau berkata, susulan penahanan serta hasil soal siasat, suspek terbabit kemudian membawa anggota polis ke lokasi mayat bayi yang ditanam di dalam semak, berdekatan sebuah lorong di Jalan Batu Belang, di sini.

“Polis mengambil hampir setengah jam, menggali lokasi dikatakan suspek, bagi mengeluarkan mayat bayi lelaki yang telah reput.

“Mayat bayi dilahirkan 22 November lalu itu, dibawa ke Hospital Tampin, sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban untuk bedah siasat,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Kooi Cheang berkata, suspek berasal dari Taman Indah, ditahan reman tiga hari mulai kelmarin bagi mem bolehkan suspek disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan susulan menyembunyikan kelahiran.

bila maruah dah macam pelacur...Bangga Buah Dada Ditandatangani David Beckham

 

Penyanyi seksi Indonesia, Syahrini, mengejutkan ramai pihak apabila bangga menghebohkan buah dadanya yang tandatangani oleh bintang bola sepak terkemuka dunia, David Beckham, dengan hanya beralaskan sehelai baju-t yang nipis dan ketat.

Syahrini turut bertindak mencium pipi bekas pemain lagenda Manchester United itu ketika berkunjung ke Indonesia baru-baru ini.

Syahrini yang dikatakan terkenal dengan penampilan imej seksi dengan saiz buah dada yang besar telah dipilih untuk sebagai duta untuk menemani dan memperkenalkan David Beckham kepada budaya dan keadaan di sekitar Indonesia sempena perlawanan persahabatan antara LA Galaxy dan Indonesia.

Dalam perlawanan bola sepak tersebut, LA Galaxy telah berjaya mengalahkan negara jiran dengan jaringan gol, 1-0.

Bagaimanapun,  tindakan Syahrini itu telah mendapat reaksi negatif pelbagai pihak yang menyifatkan penyanyi itu sebagai keterlaluan dan memalukan pengamal industri hiburan di sana.

Misalnya pelakon terkenal Indonesia , Chelsea Olivia dan vokalis kumpulan Nidji, Giring, yang memberikan komen negatif terhadap Syahrini melalui laman sosial Twitter milik mereka.

“Mmmmm, memalukan..,” kata Olivia.

Giring pula ‘memuji’ Syahrini dengan menyatakan penyanyi seksi itu pandai menarik perhatian ramai dengan mencetus berita yang hangat dengan publisiti.

Tuesday, November 29, 2011

Hikmah mendengar Azan Selamat Nyawa Guru

“Saya terkejut apabila kereta terus berhenti secara mengejut dan melihat kira-kira 20 batang besi yang diikat menembusi ke dalam kereta hingga mengenai gear automatik kereta,” kata Faridah M Lajis, 40, yang terselamat dalam kemalangan membabitkan sebuah lori membawa muatan besi di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) berhampiran pasar raya Tesco, dekat sini, petang kelmarin. Gambar fail.

Difahamkan, kejadian dipercayai berpunca apabila kira-kira 20 batang besi dibawa lori satu tan dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 30-an itu tidak diikat dengan kemas sehingga ia terhumban menembusi cermin belakang kereta berkenaan.

Mangsa yang juga guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah, Telok Mas, berkata ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Duyong, dekat sini, selepas menghadiri mesyuarat berkenaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Katanya, sebelum kejadian kereta dipandunya di lorong kanan Lebuh AMJ bergerak perlahan apabila menghampiri persimpangan Melaka Sentral diekori lori berkenaan yang sarat dengan muatan besi.

“Saya dari Sekolah Menengah Sri Tanjung, Klebang dan sebaik tiba di tempat kejadian semua kenderaan dipandu perlahan kerana ia berdekatan persimpangan dan tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat sebelum telinga berasa berdesing,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, terkejut dengan kejadian itu dia kemudiannya melihat ke bahagian belakang kereta dan mendapati sebahagian besi itu menembusi keretanya.

Katanya, panik dengan kejadian itu, dia segera menelefon ayah dan suaminya mendapatkan bantuan.

“Jantung saya seperti nak gugur apabila melihat besi itu nyaris kena saya. Mujur ketika kejadian saya bersandar di tingkap untuk mendengar azan.

“Syukur Tuhan masih memberi kesempatan kedua kepada saya, selamat daripada kemalangan ini adalah hadiah paling istimewa dalam hidup kerana esok (hari ini) adalah hari lahir saya,” katanya. -HM

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here