cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, January 29, 2011

rusuhan anti hosni mubarak merebak di mesir....20 maut



KAHERAH: Sekurang-kurangnya 20 terbunuh dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dengan pasukan keselamatan di seluruh Mesir apabila gerakan antikerajaan memasuki hari keempat, hari ini.

Sekurang-kurangnya 13 terbunuh manakala 75 lagi cedera dalam perhimpunan antikerajaan di Bandaraya Suez. Di Kaherah, sekurang-kurangnya empat maut dan beratus lagi cedera. “Sehingga sekarang, lima maut dan beratus lagi cedera," kata seorang pegawai perubatan.

Angka kematian itu hanya dilaporkan di Hospital Qasr al-Aini sahaja.

Di Bandaraya Mansura di Lembah Nil, dua dilaporkan maut selepas terkena tembakan peluru getah ketika penunjuk perasaan mengadakan protes di jalan raya.

Penunjuk perasaan semakin memuncak sejak empat hari lalu yang menuntut Presiden Hosni Mubarak berundur daripada pemerintahannya selama lebih 30 tahun. - AFP

Friday, January 28, 2011

muakakakaka...Business Baru untuk di sewa Di Malaysia




Mereka kini boleh tinggal lebih lama di negara kita dengan  adanya perkhidmatan 'suami sewaan'.
Jabatan Imigrasi mengenal pasti satu perniagaan baru dalam kategori "industri perkhidmatan" sedang mendapat tempat di kalangan mereka yang berumur dalam lingkungan pertengahan, berpendapatan rendah dan mestilah seorang lelaki.

Pelanggan mereka adalah perempuan asing dari negara luar yang datang mencari makan dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral seperti menjadi GRO, pelacur dan lain-lain.

Dalam beberapa serbua yang dijalankan oleh pihak berkuasa, perempuan asing terutamanya daripada negara China dan juga vietnam akan melepaskan diri mereka dengan mengeluarkan sijil perkahwinan. Apabila suami mereka dipanggil oleh pihak berkuasa, suami mereka akan muncul dan mereka didapati dari kalangan penoreh getah dan juga nelayan.

Saya tak pasti samada ada kaum melayu yang terlibat dalam industri penyewaan diri sebagai suami atau tidak setakat ini. Ini merupakan satu lagi gejala baru masyarakat yang sanggup berbuat apa sahaja asalkan mendapat ganjaran. Institusi kekeluargaan telah menjadi perkara mainan dan diperniagaan zaman kini.

Tertanya-tanya jugak saya samada mereka dapat tidur bersama dengan perempuan yang telah menyewa mereka sebagai suami. Kalau ada, satu generasi zuriat baru akan muncul dalam masyarakat kita yang dalam surat beranak mereka akan dinyatakan waris mereka sebagai 'ayah sewaan'.

Kemana agaknya arah masyarakat kita....? Baca laporannya di sini.



wartashubhi

PRK DUN Tenang.... Ribuan sertai ceramah perdana terakhir

Ribuan penyokong menyertai ceramah perdana yang diadakan oleh PAS dan Pakatan Rakyat di Dataran Cikgu Mala sempena ceramah penutup kempen utama mereka di Tenang malam tadi.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng menyertai majlis itu yang turut disertai oleh para pemimpin kanan dari parti dalam komponen Pakatan Rakyat.

Kawasan tanah lapang yang disewa oleh PAS berhadapan dengan Dataran Wayang Pacak mereka telah diberikan nama jolokan iaitu Dataran Cikgu Mala sempena dengan nama calon PAS untuk pilihan raya kecil Tenang.

Kehadiran begitu ramai ini memberikan gambaran sokongan kepada Pakatan Rakyat. Kalau tidak semua mereka adalah penduduk tempatan, kesanggupan mereka datang membayangkan sokongan untuk Pakatan dari seluruh negara walaupun dimomokkan dengan pelbagai isu oleh media BN.

Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan oleh jurukamera Harakah, Wan Zahari Wan Salleh.








Dalam ucapannya Hadi turut menegaskan Islam yang diperjuangkan PAS berbeza dengan Islam dibawa Umno-BN dalam sistem pentadbiran negara.

Beliau berkata Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, PKR dan DAP bergabung dengan hasrat untuk membelas nasib rakyat yang ditindas kerajaan BN selama ini.

Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, PKR dan DAP bergabung dengan hasrat untuk membelas nasib rakyat yang ditindas kerajaan BN selama ini.

Pakatan yang diajar oleh Islam dinamakan tahaluf. Dalam satu negara, kita berpakat menegakkan keadilan dan membanteras kezaliman.

Kita berpakat dalam perkara asas yang sama. Umno Islam duduk dalam BN, barisan ini berbaris bukan berpakat... Umno tidak konsisten dan tak tunjuk perangai baik depan orang bukan Islam.. Ini tidak selesai masalah....

Islam agama yang menganjurkan politik dan ia perlu dijelaskan kepada seluruh rakyat termasuk orang bukan Islam.

Kita perlu mengajar pengundi memahami dengan betul perbezaan antara PAS dan Umno dan perbezaan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Orang melihat secara zahir Umno Islam dan Pas Islam... PAS tegakkan Islam sepertimana dalam al-Quran dan Umno anggap Islam hanyalah agama rasmi dalam Perlembagaan (Persekutuan) yang digubal British. Islam adalah sekular, Ini beza PAS dan Umno.

Dalam politik yang dianjurkan Islam adalah berbeza dengan (Islam) yang dianjurkan Umno-Barisan Nasional, tiada masalah kita berbilang bangsa tinggal di tanah air, kita menolak politik perkauman...

Pakatan Rakyat akan sentiasa menegakkan keadilan tanpa mengira kaum dan latar belakang.

Selamanya kita berpakat di atas persetujuan mengekalkan keadilan dan menolak yang zalim, adil untuk semua, tolong rakyat tanpa mengira kaum.

Boleh tanya orang Kelantan, orang bukan Islam macam mereka diberi hak yang sama. Di Terengganu juga begitu, isu  tanah di Kampung Baru dapat di selesaikan....kata bekas menteri besar Terengganu.

anjing belaan kerajaan barang naik bini najib umumkan PRK Merlimau ....6 Mac undi, 26 Feb penamaan calon




Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Melaka ditetapkan pada 6 Mac depan.

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 26 Februari.

Perkara itu diumumkan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melalui satu kenyataan yang dikeluarkan di Labis lewat malam ini.

Abdul Aziz juga berkata SPR menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Melaka pada 21 Januari lepas berhubung kekosongan kerusi DUN itu pada hari sebelumnya, lapor Bernama.

"Berikutan dengannya, SPR telah mengadakan mesyuarat khas mengenainya pada malam ini dan menetapkan bahawa satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang diputuskan oleh SPR bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan," katanya.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan selepas mengalami serangan jantung pada 20 Januari lalu.

Dalam pilihan raya umum 2008 itu, calon parti PAS Jasme Tompang tewas di tangan Mohamad Hidhir dengan majoriti 2,154 - peningkatan hampir 3,000 undi berbanding pencapaian pembangkang empat tahun sebelumnya.

Daftar Pemilih yang akan digunakan untuk pilihan raya kecil ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010 (bagi bahagian pilihan raya berkenaan) yang telah dikemaskini sehingga 20 Januari 2011.

Daftar Pemilih tersebut mengandungi 10,679 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 10,643 pengundi biasa dan 36 pengundi pos.

Abdul Aziz berkata bagi menjalankan pilihan raya kecil DUN Merlimau, SPR akan enggunakan Dewan Platinum Politeknik Merlimau, Melaka sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi.

"Sebanyak tujuh buah sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi kesemuanya 21 saluran tempat mengundi. Seramai 248 petugas pilihan raya akan dilantik untuk pengendalian proses pilihan raya ini dan dianggarkan memerlukan belanjawan sebanyak RM830,000," katanya.

UMNO huru hara....belum jadi wakil rakyat dah gadai tanah orang tanpa izin...kalau dah jadi wakil rakyat....maruah orang kampung pun turut tergadai....!!!



Tak jadi wakil rakyat dah ada perangai tak betul, kalau dah jadi wakil rakyat, haru-biru aku rasa. Hati-hatilah wahai pengundi Dun Tenang. Buat pilihan yang betul agar masa depan anda tidak tergadai oleh orang yang suka menggadaikan tanah rakyat.



Harakahdaily - Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim hakikatnya telah disahkan bersalah oleh mahkamah kerana melelong tanah secara tidak sah, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Melelong tanah secara tidak sah bukan sahaja tidak mengikut prosedur malah adalah satu kesalahan dan oleh sebab itulah Mahkamah Tinggi Muar memerintahkan dikembalikan tanah itu kepada pemiliknya, Mansor Mohamad bersama kos pada 2008.

"Jika tindakan melelong itu sah, mengikut prosedur dan bukan satu kesalahan, mahkamah tidak akan memerintahkan tanah itu dikembalikan," katanya.

Mahfuz menyeru rakyat Tenang menolak Mohd Azahar yang telah disahkan melakukan kesalahan oleh mahkamah dan memilih calon PAS, Normala Sudirman.

"Normala bukan sahaja bersih dari tuduhan penyalahgunaan kuasa seperti yang sedang dihadapi oleh Mohd Azahar malah calon PAS di Tenang itu pernah diiktiraf sebagai guru cemerlang oleh Kementerian Pelajaran," katanya.

Mohd Azahar kini adalah defendan pertama dalam tuntutan saman Norhana Mohd Ali yang telah terpedaya membeli tanah Mansor yang dilelong secara tidak sah itu.

"Akibat penglibatan Mohd Azahar melelong tanah dengan cara yang didapati salah oleh mahkamah itu, kerajaan dan rakyat kini menghadapi risiko menanggung kerugian kira-kira RM1.5 juta," kata Mahfuz.

Norhana menuntut gantirugi berjumlah kira-kira 1.5 juta dan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Norhana ke atas calon BN di Tenang itu dan tiga yang lain pada 7 Februari 2011 ini.

"Dari segi integriti, Mohd Azahar hakikatnya tidak ada integriti kerana beliau sebelum ini mendakwa apa yang dilakukannya mengikut adalah prosedur dan kes lelongan tanah itu telah selesai.

"Kalau mengikut prosedur, mengapa mahkamah mengesahkan kesalahan beliau terlibat dalam lelongan tanah secata tidak sah dan jika selesai, mengapa pula ada tuntutan berkaitan tanah itu yang akan didengari mahkamah pada 7 Februari ini?" Ahli Parlimen Pokok Sena mempersoalkan.

Kalau sebagai pentadbir tanah pun beliau telah menghadapi tuduhan menyalahgunakan kuasa dan disahkan pula oleh mahkamah melakukan kesalahan, Mahfuz mengingatkan para pengundi di Tenang tentang kemungkinan bahaya lebih buruk yang akan dihadapi oleh rakyat dan kerajaan jika Mohd Azahar mendapat kuasa lebih besar hasil kemenangannya dalam pilihan raya kecil tersebut.

"Dengan kuasa hanya sebagai pentadbir tanah sahaja Mohd Azahar bukan sahaja telah memburukkan imej kerajaan malah mengakibatkan rakyat dan kerajaan menanggung risiko kerugian kira-kira RM1.5 juta, bayangkan kalau beliau mendapat kuasa lebih besar jika beliau menang pilihan raya kecil Tenang," beliau mengingatkan

beruk nie dah pandai melatah nampaknya....kecian dia keseorangan...bapak mertua dah tak dapat nak tolong....!!!

Jangan Bersikap Jumud Sehingga Pinda Akta PPPA....kata seekor beruk UMNO...



Isu cadangan Kementerian Dalam Negeri(KDN) memperluaskan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA) ke internet turut dibantah Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin.

Menulis diblognya Ahli Parlimen Rembau itu, melahirkan rasa terkejut dan memandang serius kenyataan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Mahmood Adam berhubung kemungkinan perluasan skop dan bidang kawal selia akta berkenaan.

Baginya, sambil menasihati kerajaan agar jangan bersikap jumud dan mengambil jalan mudah dengan mengetatkan kekangan serta mengeluarkan undang-undang apatah lagi apabila masyarakat semakin bijak dan matang.

"Sebagai seorang yang sentiasa menggesa kerajaan agar memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA), saya begitu terkejut dan memandang serius kenyataan ini," tulis Khairy dalam www.rembau.net.my

Bagi Khairy ia bukan sahaja suatu langkah yang mengundurkan kita ke belakang, malahan memberi isyarat yang negatif terhadap komitmen kerajaan kepada pengukuhan sistem demokrasi, kemesraan negara sebagai destinasi pelaburan dan perkembangan teknologi terkini.

"Sekiranya tujuan bagi pindaan PPPA adalah bagi tujuan pemantauan dan tindakan ke atas maklumat ataupun siaran yang berbaur hasutan, penghinaan atau bersifat jenayah - bukankah kita sudah memiliki pelbagai akta dan undang-undang samaada di bawah Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 mahupun peruntukan undang-undang yang lain?

Thursday, January 27, 2011

alahai nape lah tak buang anak tu depan rumah bapak anak haram ali rustam...senang nak bin kan dengannya......!!!

Lagi Kes Buang Bayi, Kali Ini Di Tempat Letak Kereta Hospital Seremban



Seremban: Seorang bayi perempuan berusia dua hari ditemui berhampiran tempat letak kereta Hospital Tuanku Jaafar, di sini malam Selasa.

Gambar: Kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan melawat bayi perempuan berusia dua hari yang ditinggalkan berhampiran tempat letak kereta Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) di Wad Rawatan Khas HTJ di sini, hari ini.

Bayi perempuan yang lengkap berpakaian dan dibalut dengan kain batik itu ditemui seorang anggota tentera pada pukul 8.15 malam.

Turut diletakkan bersama bayi yang masih mempunyai tali pusat itu ialah senaskah Surah Yasin, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, polis percaya bayi itu berketurunan Melayu.

"Bayi seberat 2.3 kilogram itu kini ditempatkan di Wad Rawatan Khas Hospital Tuanku Jaafar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA

kabinet najib semua nya bodoh....termasuk ketuanya sekali....!!!



Tak sangka , ramai bebenar ahli kabinet Najib tergolong dari orang yang tak cerdik. Inilah akibatnya bila melantik orang yang tak reti dan bodoh jadi menteri dan Timbalan Menteri, mulalah meracau dan merapu tak tentu pasal.

Tanpa disedari, tugas yang sepatutnya depa yang buat, duk tolak kat orang lain pulak dah. Nak kata memang depa tak tahu apa sebenarnya tugas depa atau sengaja buat bodoh dan tak tahu, itu depa punya pasallah tapi depa ingat rakyat sekarang dah senang nak diperbodohkan macam dulu-dulu.

Rupa-rupanya mereka ini lupa sekarang ni dah masuk alaf ke 21. Hangpa tak sedaq ka wahai pak-pak menteri?

Alkisahnya macam ni, seorang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berpangkat Ketua Penerangan Umno yang berfikiran seperti budak sekolah telah membodohkan dirinya sendiri apabila tak pasal-pasal mencabar negeri Pakatan Rakyat (PR) iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan menurunkan harga barang termasuk harga petrol.

Woi, apa lawak bangang yang hangpa buat ni wahai pemimpin Umno? Hangpa ingat orang lain bodoh macam kamu ke boleh terima apa yang kamu cakap.

Mai sini nak cakap, hang tau tak tugas siapa yang turunkan harga barangan dan petrol tu? Macam manalah orang macam hang ni boleh terpilih jadi Timbalan Menteri? Patutlah Pengerusi ANAK ajak berdebat pasal Felda, sampai sekarang jadi pengecut.

Harakahdaily - PAS menyifatkan cabaran Datuk Ahmad Maslan supaya negeri Pakatan Rakyat menurunkan harga barangan sebagai 'alasan' setelah gagal memberi penjelasan kenaikan harga barangan yang dituntut rakyat.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sepatutnya memberi jawapan yang baik dan bukan mengalihakan isu tersebut dengan membuat cabaran kepada Pakatan Rakyat.

"Masyarakat mengharapkan jawapan yang baik dari Timbalan Menteri, tapi malangnya jawapan Ahmad macam budak tak sekolah.

"Semua orang tahu, kuasa beri subsisdi untuk menurunkan harga barangan ini bidang kuasa kerajaan pusat bukan kerajaan negeri," katanya kepada Harakahdaily.

Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno dalam kempennya di Tenang hari ini dilaporkan mencabar negeri Pakatan Rakyat iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan menurunkan harga barang termasuk harga petrol.

Menurutnya, empat negeri Pakatan Rakyat itu dicabar mencari sumber kewangan bagi memberi subsidi kepada pengusaha stesen minyak.

Beliau dipercayai membuat cabaran itu ekoran tidak senang duduk dengan isu kenaikan harga barang yang dicanang jentera kempen Pakatan Rakyat di Dun Tenang.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata cabaran Ahmad itu juga menunjukkan kelemahan kerajaan BN yang seolah-olah telah mengaku tidak dapat menurunkan harga barangan yang kini sedang ditanggung rakyat.

"Sebab itu Pakatan Rakyat tonjolkan Buku Jingga, kita mahu kaji semula pembayaran RM19 bilion subsidi gas kepada Syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP) untuk disalurkan kepada subsidi rakyat.

"Kalau nak suruh Pakatan Rakyat turunkan harga, berilah peluang pada Pakatan Rakyat Perintah Malaysia, kita tengok dalam masa 100 hari Pakatan boleh buat atau tidak," katanya.

ahmad maslan macam yang lain lain menteri....bakal jadi pembacul bila di ajak berdebat....!!!



Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan akan diisytiharkan pengecut dan bacul jika enggan menyahut cabaran Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman untuk berdebat bagi menyelesaikan 20 perkara isu mengenai Felda.

Mazlan berkata, Anak memberi tempoh sehingga 28 Januari (esok) untuk berdebat dan Ahmad Maslan berhak untuk menentukan tempat yang sesuai berdebat tetapi dalam Dun Tenang.

"Ahmad Maslan jangan cari alasan, jom kita berdebat atau Datuk bakal diisytiharkan pengecut. Malu dan terhina warga Felda mempunyai pemimpin bertaraf menteri yang bacul," katanya pada sidang media di Markas Operasi PAS PRK Dun Tenang di sini, pagi ini.

Beliau berkata, sudah dua kali Ahmad menolak tawaran berdebat secara terbuka pada 7 Julai 2010 dan diajak berdialog secara tertutup.

Kali kedua, katanya pada 25 Januari Naib Presiden Anak, Samsul Bakri serta Setiausaha, Zabidie Abas telah menyerahkan surat debat di Pejabat Felda Wilayah Segamat.

Dalam sidang media itu beliau turut mendesak Ahmad mendedahkan faedah persaraan Tan Sri Yusof Nor selaku bekas Pengerusi Felda dan juga Pengerusi Felda yang baru, Tan Sri Isa Samad yang dikatakan mendapat bayaran RM100,000 sebulan.

"Ini wang rakyat jadi kita minta Ahmad Maslan perlu perjelaskan dan bertanggungjawab," tegasnya.

Mazlan berkata, rakyat khususnya warga Felda menuntut penjelasan terbuka terhadap 25 isu-isu berbangkit antaranya, benarkah dakwaan mengatakan pemilihan Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang baru atas kehendak isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Selain itu, katanya warga Felda mahu penjelasan mengapa kos tanam semula peneroka begitu tinggi hingga ada yang mencecah hampir RM100 ribu, mengapa kos tanam semula masih dikekalkan kadar faedah 6.25%, kadar yang sangat tinggi dan tidak pernah berubah dari dahulu.

"Mengapa tidak diserahkan wang tanam semula berjumlah RM17,000 caruman peneroka selama 20 tahun, mengapa pelbagai syarat dikenakan terhadap tuntutan wang tanam semula?" soalnya lagi.

Katanya, peneroka Felda juga mempersoalkan mengapa Felda Plantation tidak boleh dimansuhkan walhal ianya boleh memberi manfaat kepada 79,000 generasi kedua Felda, berapa untung sebenar Felda Plantation yang kononnya diguna untuk membayar gaji 25,000 kakitangan Kumpulan Felda dan 45,000 pekerjanya.

Tambah beliau, benarkan terdapat 43 anak syarikat Felda sedang bermasalah serta projek perumahan generasi kedua Felda Air Hitam, Kluang yang dijanjikan lebih lima tahun tidak terlaksana.

Wednesday, January 26, 2011

ohhh.......trengganu darul iman.....kini menjadi darul MAKSIAT....UMNO haramjadah yang punya angkara....!!!



Menggerunkan tapi tidak mengejutkan apabila kenyataan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Terengganu (JPN) Ghazali @ Suhaimi Muhammad menyebut sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar harian berbahasa Melayu hari ini (Rabu, 26 Januari 2011) bahawa seramai 623 anak tidak sah taraf dilahirkan di negeri ini tahun lalu sekali gus menunjukkan gejala kelahiran anak luar nikah berada pada tahap kronik.

Kelahirannya pula bagaikan bermusim. Daripada jumlah tersebut, kadar tertinggi dicatatkan pada Mei dengan 72 kelahiran dan September 60 kelahiran yang dikaitkan dengan kemunculan ‘produk’ yang dibuat sembilan bulan sebelum itu iaitu pada Ogos dan Disember.

Hasil kelahiran dicatatkan dua bulan itu juga dikaitkan sebagai ‘musim mengawan’ pasangan muda-mudi yang ‘berpesta seks tanpa ikatan sah’ pada malam sambutan hari kemerdekaan dan tahun baru.

Walaupun berterima kasih atas kenyataan terus terang Pengarah JPN Terengganu ini, tetapi mohon diteliti, kenapa beliau masih menggunakan istilah ‘berpesta seks tanpa nikah’? Kenapa tidak digunakan saja istilah ‘berzina’ kalimah yang digunakan oleh Allah yang nyata bunyinya saja sudah mengambarkan kedahsyatannya belum lagi disebut hukuman yang menunggu pelakunya.

Sesiapa yang memerhatikan suasana menyambut tahun baru di Bandaraya Warisan Pesisir Air, Negeri Cantik Budaya Menarik memang sama sekali tidak meragui ketepatan kenyataan ini.

Ironinya, statistik yang mengerunkan ini tidak sama sekali mengubah agenda kerajaan negeri serta tidak pernah berubah dan tidak akan berubah melainkan diubah kerajaan Umno yang memerintah.

Dengan Datuk Bandar Kuala Terengganu, Azlan Dagang menunjukkan contoh terbaik kepada anak-anak muda dengan lagak ‘semakin tua semakin menjadi’, bergedik-gedik bersama orang-orang muda mengira 'final countdown' kononnya menutup tirai 2010 dan menyambut kedatangan 2011.

Malam yang bertukar menjadi malam pesta muda mudi, mat rempit bermaharajalela, pasangan kekasih memadu kasih, pondan dan khunsa berkeliaran, perzinaan lantas akhirnya lihatlah statistik yang ‘membanggakan’ ini.

Negeriku, Terengganu Darul Iman.

Kenyataan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu itu juga menyebut, jumlah kelahiran anak tidak sah taraf itu dicatatkan di sembilan pejabat JPN membabitkan bayi pelbagai agama daripada pasangan warganegara dan bukan warganegara, tetapi sebagaimana yang saya tegaskan, adalah tidak mengejutkan apabila dinyatakan bahawa majoritinya bayi tersebut dilahirkan daripada ibu beragama Islam. Sekali lagi, negeriku Terengganu Darul Iman.

Sebelum ini agensi berita BERNAMA melaporkan Terengganu mencatatkan jumlah penagih dadah paling ramai di negara ini dengan 10,000 tangkapan dicatatkan sepanjang tahun 2009.

Kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan Roslan Abd Wahid dipetik sebagai berkata, berdasarkan jumlah penduduk seramai 1.2 juta di negeri ini, nisbah penagih dadah ialah seorang daripada 100 penduduk.

10,000 tangkapan dilakukan di Terengganu sepanjang tahun 2009 adalah yang tertinggi di Malaysia kemudian diikuti dengan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Saya tidak ingin mengulas lebih lanjut mengenai statistik dan angka tetapi ingin melontarkan suatu persoalan umum bahawa setelah meneliti semua ini, masih belum sampaikah lagi masanya untuk kita kembali kepada Islam setelah terpampang di hadapan mata kegagalan sistem manusia, ataupun kita ingin melihat berlakunya kerosakkan yang lebih parah dan lebih parah lagi...

Kenyataan yang tidak dapat disangkal bahawa Islam datangnya daripada Allah sekaligus bererti Islam adalah sempurna dan tidak dicemari sebarang unsur kecacatan, kejahilan, hawa nafsu dan kezaliman. Sebabnya cukup jelas iaitu sifat-sifat pencipta sentiasa membayangi hasil ciptaanNya. Allah memiliki sifat sempurna pada zatNya, sifatNya dan perbuatanNya. Kesempurnaan ini akan mempengaruhi setiap undang-undang, dasar dan sistem yang diciptaNya. Jadi sudah tentu semua undang-undang, sistem dan dasar itu juga sempurna.

Berlainan sama sekali dengan manusia yang diciptakan kerana manusia tetap sebagai makhluk yang serba kekurangan dan kelemahan. Kesemua sifat ini sebati dengan manusia dan tidak mungkin dapat dipisahkan. Kesemua kekurangan dan kelemahan ini akan mempengaruhi setipa ciptaan manusia termasuklah undang-undang dan sistem hidup. Kembali kepada Islam adalah jalan penyelesaian terbaik

Dr Azman Ibrahim.

kambing pun tak sebodoh menteri seekor nie....



Pakatan Rakyat yang menimbulkan isu kenaikan harga barangan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, dicabar supaya terlebih dahulu menurunkan harga barang di empat negeri yang mereka perintah.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, berkata isu kenaikan harga barangan itu hanya bagi meraih sokongan.

“Kalau hebat sangat pembangkang, sila segera turunkan harga barangan seperti harga petrol di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

"Jangan tunggu selepas pilihan raya kerana mereka sudah dapat perintah empat negeri itu, saya cabar mereka cari duit dan beri subsidi supaya harga barang di empat negeri itu turun," katanya selepas bersarapan pagi bersama penduduk di warung Kampung Tenang di Labis, hari ini. - Mkini

sebodoh ini pun boleh jadi menteri..Nangis sebab negaraku Malaysia menterinya memang bodoh gila.. Pilih kambing jadi menteri lagi baik.. Tak payah bayar gaji mahal-mahal.. bagi rumput dah cukup. Cukup tahun nanti boleh sembelih dan tukar kambing lain jadi menteri lagi. Bagusnya kambing dia tak tahu nak sakitkan hati rakyat dengen kenyataan sebodoh ahmad maslan ni..

Tuesday, January 25, 2011

Bersalaman: Tindakan Cikgu Mala di pertahankan....



Isu salam antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim timbul mungkin disebabkan kegagalan Umno sendiri menjelaskan norma-norma Islam kepada orang bukan Islam.

Menurut Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Faizal Abdul Aziz, mungkin Umno tidak pernah mengamalkan norma-norma tersebut menyebabkan bukan Islam menjadi keliru.

Beliau berpendapat isu tersebut sepatutnya tidak perlu dipolitikkan dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang.

Ini kerana, tindakan calon PAS, Normala Sudirman enggan bersalam dengan lelaki, satu masej yang baik kerana Islam melarang bersentuhan antara lelaki dan perempuan kecuali muhrimnya.

"Bagi saya secara peribadi isu itu tidak elok dipolitikkan sebab isu salam itu tertulis dalam al- Quran yang kita tidak boleh bersentuhan antara kelaki dan perempuan kecuali muhrimnya," katanya kepada Harakah .

Baru-baru ini, Presiden MCA Dato' Seri Chua Sua Lek dipetik, secara sindiran mempersoal cara Normala dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersalaman di Tenang.

"Dia tidak akan datang ke sini (tokong Cina), (dan) dia langsung tidak bersalam dengan orang. Saya sudah terima aduan mengenai hal ini.

"Dia seperti isteri Anwar Ibrahim. Dia memakai sarung tangan ketika bersalam. Jika anda boleh menerima cara Islam sebegini, pergilah undi PAS," Dr Chua dipetik.

Menyokong pendirian Normala itu, Faizal berkata tindakan calon PAS tidak bersalam dengan lelaki adalah satu sikap yang wajar dipuji kerana telah pertahan syariat Islam.

Tambahnya lagi, jika beliau tidak bersalam pun, perpaduan kaum tidak akan terjejas.

Beliau berkata, di zaman nabi SAW perpaduan tetap utuh walaupun nabi seorang yang islamik.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, meskipun dalam masyarakat bukan Melayu, berjabat tangan antara lelaki dan perempuan amalan biasa, tetapi dalam agama Islam ada batasannya.

Kerana itu katanya, tindakan Normala memakai sarung tangan untuk berjabat tangan dengan orang lelaki semasa berkempen di Tenang tidak wajar dipertikai khususnya oleh MCA.

Katanya, sekalipun Dun Tenang kubu kuat Umno Normala tetap ikhlas turun ke sana walaupun bersalam dengan bersarung tangan.

"Kalau pakai sarung tangan tak apa, dan MCA memang suka jadikan isu-isu itu sebagai bahan mereka untuk menang.

"BN hendak dapat lebih 5000 undi dan kalau dia tak main isu seperti mungkin mereka tidak ada peluang," ujarnya.

Harakahdaily

malaysia ke arah negara republik....Dulu, kini dan selamanya UMNO berakkan sultan dan raja raja....!!!!



Seluruh rakyat negeri Selangor dan Malaysia semalam telah menyaksikan satu lagi sejarah penderhakaan pemimpin Umno BN....

Tindakan Adun Umno BN yang menolak usul pindaan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor bagi tujuan mengembalikan kuasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sudah cukup melayakkan syarat buat mereka untuk bergelar “Umno Penderhaka Sejati, Dulu, Kini dan Selamanya

Selama ini Umno mengaku kononnya merekalah Juara Melayu, tetapi bila mana usul pindaan mahu mengembalikan kuasa Raja-raja Melayu, terutama Yang Mulia Raja Selangor dibentangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, mereka menolak mentah-mentah pula...

Insiden semalam juga akan menjadi satu lagi ‘trade-mark’ kegagalan agenda Ketuanan Melayu Umno, selepas tragedi penarikan kuasa Raja-raja Melayu 1993.

Dakwaan bahawa Umno parti pemusnah dan penindas bangsa Melayu kini tidak lagi diragui dan sudah terbukti benar...

Justeru, ujarnya rakyat kini telah sedar, siapa Juara Melayu sebenar, siapa Hang Tuah tulen, yakni yang pastinya bukanlah Umno “Si Penderhaka Sejati, Dulu, Kini dan Selamanya”.

Ketua Pembangkang Dun Selangor, Datuk Satim Diman semasa membahaskan perkara itu semalam menegaskan beliau dan 20 Adun dari Barisan Nasional serta Adun Bebas tidak akan menyokong usaha kerajaan negeri untuk meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri seperti yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

ular mak UMNO pedagangkan Islam....



Umno yang memperdagangkan Islam dan memperkudakan mereka yang arif dalam agama untuk menghalalkan apa tindakan Umno. Ucapan Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menuduh Pas memperdagangkan agama kerana Pas telah melanggar fatwa dengan mencalonkan wanita menjadi calon di pilihanraya kecil Tenang..




Nampaknya fikiran Menteri yang jaga urusan agama sama seperti Tun Dr Mahathir yang membangkitkan isu yang sama.Pas tidak hairanlah dengan Tun yang sudah berada di hujung senja, jika dibandingkan dengan Datuk Jamil Khir yang masih muda dan arif berkenaan agama.

Mungkin beliau buat-buat lupa atau buta sejarah, kerana Pas pernah melantik Khatijah Sidik di Parlimen Dungun pada tahun 1959. Sila buka balik sejarah, baru boleh beri komen dan keluar hukum.

Kenyataan Presiden MCA Chua Soi Lek dan diikuti pula oleh Ketua Wanita Gerakan Datuk Seri Tan Lian Hoe yang memainkan isu Cikgu Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan lelaki adalah lambang orang agama dalam umno gagal menerapkan Islam dalam BN.

Pas boleh maaf kepada dua tokoh daripada parti komponen BN yang tidak memahami situasi ini. Persoalannya apa yang tokoh-tokoh agama buat sepanjang 53 tahun berkawan dengan MCA dan Gerakan untuk menerangkan masalah hukum asas.

Mungkin mulut orang agama dalam umno sudah penuh dengan najis babi .Pas merasa bangga isu bersalam, dijawab oleh rakan-rakan DAP dan PKR yang bukan Islam  yang ternyata lebih memahami....dari rakan rakan dalam UMNO seperti MCA dan Gerakan yang lebih cenderung di sogok arak dan betina seksi sehingga terlupa memahami dan menghormati rakan rakan islamnya....

Monday, January 24, 2011

pundek punya UMNO....Depan Orang CIna, UMNO berani Burukkan Islam

Kalau ini bukan bukti UMNO Lidah Bercabang, saya pun tak tau apa nak kata.

Seorang yang mengaku Islam tidak akan mempermainkan hukum potong tangan kerana hukum ini terdapat dalam Al Quran secara jelas:

Al Maaidah:38 ‏وَٱلسَّارِقُ وَٱلسَّارِقَةُ فَٱقْطَعُوٓا۟ أَيْدِيَهُمَا جَزَآءًۢ بِمَا كَسَبَا نَكَلًۭا مِّنَ ٱللَّهِ ۗ وَٱللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌۭ

"Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan, potonglah tangan keduanya sebagai satu balasan ke atas apa yang mereka mengusahakan, dan hukuman contoh daripada Allah; Allah Perkasa, Bijaksana." (5:38)


Namun, sanggup Ghani Othman dan Muhyiddin memburuk-burukkan hukum Allah SWT yang jelas terkandung dalam AlQuran di depan orang bukan Islam semata-mata mahu membantu kempen MCA.

Pada waktu yang sama, mereka menuduh PAS dipergunakan oleh DAP. Bukti diatas ini jelas menunjukkan UMNO dipergunakan MCA untuk menakutkan orang Cina kepada PAS. Sehingga ke tahap sanggup memburukkan ajaran Allah SWT yang terkandung dalam Al Quran Al Kareem.









tb

bapak korek...anak berbintik bintik...kerana menfitnah anak bintang filem lucah BN bakal di saman...

Didakwa fitnah Cikgu Mala, PAS mahu saman anak Soi Lek



PAS Johor mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Labis Chua Tee Yong kerana didawka telah memfitnah calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman ketika kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Laporan akhbar harian China Press hari ini memetik Chua, anak Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, sebagai berkata Normala ada bertanya kepada seorang peniaga Cina “kenapa jual minuman arak” ketika berkempen.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad, pihaknya akan menyaman Chua kerana telah membuat tuduhan yang tidak berasas.

Selain itu, Dzulkefly memberi tempoh 24 jam kepada Chua untuk membuktikan tuduhan tersebut.

“Tuduhan itu adalah satu pembohongan, dalam masa 24 jam kita minta Tee Yong untuk buktikan nombor kedai, tempat dan masa kejadian itu berlaku.

“Kalau gagal kita akan hantar surat peguam dan memfailkan saman fitnah di mahkamah.

“Calon kita tidak lakukan perkara itu, jadi kita minta Chua Tee Yong buktikan kepada kita,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menggesa Chua supaya meminta maaf kepada Normala kerana telah membuat tuduhan palsu.

“Chua Tee Yong (gambar) kata Normala pergi ke sebuah kedai kopi dan jumpa dengan bos kedai itu kenapa jual arak?

“Ini adalah satu tuduhan palsu yang dibuat oleh Chua Tee Yong, saya dah maklumkan kepada PAS dan Normala sendiri menafikan perkara itu,” katanya.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu percaya tuduhan yang dibuat Chua itu adalah kerana mahu menakut-nakutkan pengundi-pengundi bukan Melayu di kawasan Tenang.

“Ini adalah untuk takutkan pengundi Cina, ia adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab, dia (Chua) perlu minta maaf kepada Normala,” katanya.

Sebelum ini MCA telah menimbulkan kontroversi mengenai cara bersalam Normala yang enggan bersalam dengan lelaki.

Kontroversi itu terlebih dahulu ditimbulkan Dr Chua dan ia diikuti beberapa pemimpin MCA yang turut mempertikaikan pendekatan Normala itu.

Selain itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pula berkata tuduhan itu dibuat kerana mahu menimbulkan keresahan di kalangan pengundi bukan Melayu khususnya orang Cina.

“Cikgu Mala (Normala) telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa itu adalah tuduhan berniat jahat.

“(Ia) satu perancangan yang jahat untuk menimbulkan keresahan dan ketakutan orang Cina,” katanya.

Gelanggang kempen kerusi DUN Tenang dibuka secara rasmi kelmarin dengan menyaksikan persaingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat.

BN menurunkan Mohd Azahar Ibrahim iaitu bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lalu.

Hari pengundian adalah Ahad ini. -TMI


PAS nafi calonnya tanya 'kenapa jual arak'

PAS menafikan laporan sebuah akhbar berbahasa Cina - China Press - yang memetik ahli parlimen Labis Chua Tee Yong sebagai berkata calon PAS Normala Sudirman bertanya kepada seorang peniaga Cina "kenapa jual minuman arak".

"Cikgu Mala telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa itu adalah tuduhan berniat jahat," kata naib presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"(Ia) satu perancangan yang jahat untuk menimbulkan keresahan dan ketakutan orang Cina," katanya dalam satu sidang media di bilik operasi PAS di Tenang hari ini.

NONESehubungan itu, Salahudin yang juga bekas ketua pemuda PAS Pusat mencabar Chua menyatakan di mana, bila dan tempat, calon PAS Normala (kiri) bercakap sedemikian.

"Itu tidak benar sama sekali,"tegas Salahudin.

Mengulas mengenai kejadian provokasi seperti membakar bendera, pengedaran risalah daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dan kumpulan bermotor membuat bising di tengah malam, Salahudin berkata semua perkara tersebut bukan daripada PAS.

Sementara itu, ketua penerangan PAS Johor Mazlan Aliman berkata beliau menghantar surat tawaran berdebat dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berhubung isu berkaitan dengan Felda.

Surat tersebut akan diserahkan oleh naib presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (Anak) Shamsul Bakri pagi esok, yang akan mewakili beliau.

Bagaimanapun masa dan tempat akan dimaklumkan kemudian kepada pihak media.

penangan histeria....Pelajar Tingkatan 3 Ingin Terjun Dari Tingkat 2 Bangunan Sekolah





Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar di sini cuba dipujuk anggota penyelamat apabila mengugut untuk terjun dari tingkat dua bangunan sekolah itu hari ini.

Detik cemas yang berlarutan lebih sejam itu dipercayai bermula apabila pelajar terbabit diserang histeria dengan menjerit lalu melompat keluar dari kelas ke koridor melalui tingkap.

Bagimanapun tindakan pantas pasukan penyelamat terdiri daripada Bomba, Polis dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berjaya menyelamatkan nyawa pelajar terbabit. -- fotoBERNAMA

Tahniah..... Chong Wei, Juara Terbuka Malaysia 7 kali



Kuala Lumpur: Jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei, meraih gelaran ketujuh Terbuka Malaysia selepas mudah menewaskan pemain Indonesia, Taufik Hidayat, 21-8, 21-17 di Stadium Putra, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Chong Wei hanya mengambil masa 36 minit untuk memenangi perlawanan yang merangkul hadiah AS$30,000 (RM91,800). Gambar TheStar

Kali pertama Chong Wei memenangi kejohanan itu ialah pada 2004 dan hanya sekali gelaran terlucut daripada genggamannya pada 2007.

Pemain nombor satu dunia itu semakin menghampiri rekod bekas pemain negara, Wong Peng Soon yang menjuarai kejohanan itu sebanyak lapan kali sejak diperkenalkan pada 1937.

Sebelum ini Taufik terlebih dulu menempah tiket ke final menerusi kemenangan 21-15, 21-19 ke atas rakan senegaranya, Simon Santoso dalam tempoh 49 minit.

Sunday, January 23, 2011

Isa Samad perasuah dan kaki maksiat selesa dengan budaya maksiat dan hina ulama...!!!



Setiap orang hendaklah beringat bahawa segala amalan yang dilakukan di dunia akan dinilai Allah di akhirat.

Maksud ayat al quran “Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, niscaya dia akan melihat balasannya, dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat balasannya”

Tempoh hari bekas naib presiden UMNO dan merangkap pengerusi FELDA, Isa Samad telah mengutuk Tuan Guru Nik Aziz sebagai gila. Katanya , “Musyidul am PAS lagi gila. Dia kata DAP sudah memahami Islam”.

Dengan  itu menyatakan kita sebagai orang Islam perlu menilai sejauhmana kefahaman Isa Samad terhadap Islam

Boleh ke kata-kata Isa Samad ini dipercaya? Rekod politiknya gelap kerana pernah terlibat dengan politik wang dalam perhimpunan agung UMNO 2004 sehingga dipecat daripada jawatan naib presiden UMNO”

Baru-baru ini Isa Samad menghina Mursidul Am PAS dalam program jamuan 1 Malaysia dimana peserta dijamu dengan bir percuma bersama prgoram tari-tarian. Semua ini menunjukkan kata-kata Isa Samad tidak boleh dipercayai sama sekali malah perlu ditolak dan ditegur..

Ini merupakan petunjuk daripada Allah kepada rakyat Malaysia bahawa UMNO perlu ditolak dan bukti PAS berada pada jalan yang benar. Inilah jalan yang dilalui Rasulullah SAW, dimana baginda juga pernah dilabel sebagai orang gila oleh orang kafir Quraisy. Tetapi Allah menyayangi baginda dan membela baginda dengan menurunkan ayat Quran: “Siapakah orangnya yang gila di antara kamu semua.

Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk. Oleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sedang engkau amalkan, dan) janganlah engkau menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan (ugama Allah)” .

Cukuplah peristiwa ini dan lain-lain sebagai bukti kepada rakyat Malaysia bahawa perjuangan PAS perlu didokong manakala UMNO pula perlu ditolak

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here