cari maklumat di sini

Your Ad Here

Monday, May 24, 2010

Umno-BN Membisu Apabila Berdepan Isu Moral

BUKIT KATIL 23 Mei - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan usul dan kaedah dakwah semasa perlulah dilakukan dengan cara yang berhemah bagi memudahkan masyarakat untuk memahami dan menerima syariat Islam.

Anwar dalam tazkirah di Markaz PAS Kampung Paya Dalam, Ayer Molek malam tadi menekankan kepentingan proses tarbiah sebagai benteng kekuatan rohani dan akidah bagi menghadapi cabaran.
Beliau tidak menolak kemungkinan berlakunya pengkhianatan dan pembelotan dalam perjuangan, namun dengan kekuatan akidah segala umpan dan habuan lumayan akan berjaya diatasi.

"Antara contoh terbesar kejayaan dakwah Islamiyah ialah pengIslaman Pulau Jawa oleh Wali Songo. Mereka gunakan kaedah budaya dan sentimen tempatan untuk menyampaikan ajaran Islam. Jadi dalam konteks masyarakat Melayu di Malaysia, kita perlu sesuaikan maksud yang ingin disampaikan dengan keperluan," kata Anwar.

Dalam siri lawatan kerja satu hari ke Melaka beliau turut diundang ke program Ceramah Perdana di Markaz PAS Kawasan Masjid Tanah.
Turut hadir termasuk Pesuruhjaya PAS Melaka, Abdul Ghani Abdul Rahman, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan bekas Exco Pemuda Umno Malaysia, Tamrin Ghafar.

Dalam pidato umumnya malam tadi, Anwar mengingatkan kepada hadirin bahawa sikap curiga melampau orang Melayu perlu dikikis terutamanya terhadap pentadbiran di negeri Pakatan Rakyat.
Beliau mendedahkan perbezaan ketara polisi pentadbiran Pakatan Rakyat di Pulau Pinang berbanding Umno-BN sebelum ini.

Antaranya mengenai peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang diberikan untuk membina makmal sains yang sebelum ini dihalang oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.
"Zaman BN perintah, hanya RM12 juta diperuntukkan untuk Majlis Agama Islam. Tapi bila Lim Guan Eng jadi Ketua Menteri, ia ditambah kepada RM24 juta. Adakah ini dikatakan anti Islam? Saya yakin orang Melaka tentu tahu menilainya," kata Anwar.

Beliau menyelar sikap pimpinan Umno-BN yang melakukan serangan peribadi terhadap pemimpin Pakatan Rakyat, sedangkan dalam masa yang sama bersikap hipokrit dengan mengelak memberikan jawapan apabila berhadapan dengan bukti yang dikemukakan oleh beliau.
"Mereka kononnya mengakui sebagai pembela Melayu-Islam, tetapi bila lesen judi diluluskan, tak ada siapa yang bangun membantah. Mereka tohmah pemimpin Pakatan Rakyat rendah moral, tapi membisu bila pemimpin mereka beli syarikat arak," katanya lagi.

Anwar menjelaskan bahawa sikap dan pendiriannya terhadap perkara berkaitan hak keistimewaan orang Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam adalah konsisten. Pemimpin Pakatan Rakyat turut berikrar untuk memperkukuhkan institusi tersebut seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.
"Kita tidak kompromi tentang hal itu. Walaupun dalam Pakatan Rakyat terdiri dari pelbagai bangsa dan kepercayaan, ia tidak melunturkan identiti kita sebagai orang Melayu dan orang Islam," jelas beliau lagi.

SK

lagi kes tembak di syaki membabi buta.....

Ibu minta tubuh s'raya siasat kematian anak ditembak polis


Seorang ibu hari ini meminta satu suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi menyiasat kematian anaknya akibat ditembak polis selepas dipercayai terlibat dengan jenayah ragut, 20 Oktober tahun lepas.

Sapiah Elah, 52, dari Felda Simpang Waha, Kota Tinggi, berkata pihak berkuasa masih tidak memberikan penjelasan dan siasatan terperinci mengenai kematian anak lelakinya, Mohd Afham Arin, 18, walaupun kejadian terbabit sudah berlaku tujuh bulan lepas.

"Saya tidak berpuas hati kerana polis juga cuba menipu saya dengan mengatakan anak saya masih hidup apabila saya tiba di Balai Polis Seri Alam sedangkan dia sudah meninggal dunia akibat ditembak polis pada awal pagi 20 Oktober itu.

"Saya juga amat kesal kerana terpaksa menunggu lama untuk berjumpa Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor dan menuntut jenazah anak saya di Hospital Sultanah Aminah," katanya kepada pemberita dalam satu pertemuan yang diaturkan oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Johor, di Johor Bahru hari ini.

Sapiah mendakwa Mohd Afham, yang menunggang motosikal bersama pembonceng, Mohd Firdaus Marsani, 19, seorang anak yang baik dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini.

Sehubungan itu, dia meminta Kementerian Dalam Negeri memandang serius kejadian terbabit dan mengharapkan suruhanjaya yang ditubuhkan itu dapat membersihkan nama Mohd Afham yang didakwa polis sebagai terlibat dengan 25 kes samun.

Sementara itu, Mohd Firdaus yang menuntut keadilan, turut menyangkal dakwaan polis yang mengatakan dia melibas pihak berkuasa dengan parang lalu menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri.

Menceritakan kejadian tembakan itu, Mohd Firdaus berkata, dia bersama Mohd Afham dikejar tiga lelaki menaiki motosikal di kawasan Taman Johor Jaya selepas selesai menikmati makan malam.

Katanya disebabkan rasa takut kerana ketiga-tiga lelaki tersebut hanya berpakaian biasa dan tidak menunjukkan kad kuasa, Mohd Afham terus memecut motosikalnya menghala ke Pasir Gudang sambil dikejar ketiga-tiga lelaki terbabit.

"Apabila tiba di satu selekoh berhampiran jambatan menuju ke Seri Alam, saya terdengar satu das tembakan dari arah belakang sebelum disusuli dua lagi tembakan lain yang menyebabkan motosikal yang kami naiki terjatuh," katanya yang berpeluang melarikan diri selepas terjatuh di dalam semak.

Mohd Firdaus menegaskan, dakwaan mengatakan dia melibaskan parang adalah tidak benar sebaliknya kematian Mohd Afham yang merupakan pelajar Kolej Komuniti Ledang dan sedang menjalani latihan amali di Larkin, di Johor Bahru, adalah disebabkan kecuaian polis dalam menjalankan tindakan.

Katanya dia sudah memberikan keterangan kepada polis mengenai kejadian itu pada Januari lepas, namun, sehingga kini masih tidak menerima sebarang maklumbalas dari pihak berkuasa.

- Bernama

kassim baba dalam SPRM...????????

SPRM, tapi bila I siasat you(Najib) masa depan I cam mana......



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung "You help me, I help you" semasa kempen pilihan raya Sibu. Pelbagai pihak, khusus parti-parti pembangkang mendakwa kenyataan Perdana Menteri itu melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Ketua SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed memberitahu wartawan semasa sidang media di Petaling Jaya bahawa pihaknya telah menerima aduan berkenaan dan sedang menyiasatnya.

Pengarah siasatan SPRM, Mustafar Ali juga mengesahkan perkara itu kepada wartawan sambil berkata, suruhanjaya itu akan memanggil beberapa orang saksi untuk dirakamkan kenyataan mereka. Kedua-dua pegawai kanan SPRM itu menghadiri sebuah forum Transparency International berhubung pembaharuan politik kewangan di Malaysia.

Pada 17 Mei lalu, Pengerusi DAP Karpal Singh mendakwa Najib terbabit dalam 'pembelian undi' pada pilihan raya keci parlimen Sibu. Beliau merujuk kepada satu majlis di Rejang Park, pada 15 Mei seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar harian bahasa Inggeris Sunday Eastern Times. Berikut petikan kata-kata Najib yang dipertikaikan itu yang dibuatnya dalam bahasa Inggeris.

“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,” kata Najib.

Pada majlis ini, Najib menjanjikan kerajaan persekutuan akan memberi RM5 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu jika BN menang pilihan raya berkenaan.

source:malaysiakini

Iakah SPRM nak jalankan siasatan ke atas Najib 1Malaysia? Harap-harap jangan dok gempaq mai sangat atau sekadar menjadi satu adengan drama minggu ini dari RTM.

Kalulah SPRM betoi-betoi badan yang sensitif kepada rasuah, tak perlu Karpal Singh bagi peringatan kepada depa(SPRM), sebaik saja tamat PRK SPRM terus bertindak. Itu baru boleh kata SPRM telus.

Tapi ini semua lakonan saja...konon2 nak ambil tindakan...nak siasat.....oooi siasatlah tak payah cerita kepada orang ramai!!

Tapi, sebelum tu harap Ketua SPRM Abu Kassim Mohamad dan Pengarah Siasatan,Mustafar Ali banyak buat resume hantar kepada JobStreet.com........

ezam sesumpah.....makin sumbang...semakin menjadi sampah sarap politik haramjadah APNO

PERLANTIKAN Ezam raja sesumpah sebagai Senator bukan diberi percuma. Bekas Pengerusi Gerak ini sejak keluar dari Gerak dan menyertai Umno jelas menampakkan sikapnya yang sebenar dan baru kita ketahui hikmah mengapa Ezam keluar dari kelompok perjuangan membela rakyat. Melihat kepada sikapnya sekarang, Ezam wujud di dalam Umno bukan untuk membasmi rasuah sepertimana janjinya sewaktu menyerahkan borang keahlian Umno kepada Pak Lah dulu.

Sebaik sahaja Ezam raja sesumpah menyanjung `keris telanjang' Umno, beliau telah lupa segala atur langkah keramat perjuangan yang diajarkan oleh gurunya DS Anwar sekian lama. Kini, beliau mula belajar pencak silat mengikut tari Umno yang beliau sendiri tahu sentiasa sumbang tarinya. Namun, demi masa depan yang diharapkan dari Umno Ezam rela meletakkan maruahnya lebih rendah daripada Ibrahim Al-Kataki walaupun sedikit tinggi daripada Zahid Md Arip atau Ruslan Kassim rakan se`pengkhianatan'nya.

Di dalam blognya, Ezam bersusah payah untuk memikirkan alasan untuk memperlihatkan usaha MB Selangor Tan Sri Khalid menubuhkan SELCAT sebagai tidak telus. Berikut sedikit tulisan Ezam sesumpah berkaitan SELCAT;

"Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan SELCAT untuk menyiasat dakwaan dan penyelewengan didalam syarikat konsesi pasir tunggal di negeri Selangor, SEMESTA Sdn Bhd yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Kapar, Yb S Manikavasagam adalah satu tindakan yang BERNIAT JAHAT dan SALAH kerana;

i] bercanggah dengan prinsip ketelusan
ii] bersifat menutup menutup penyelewengan [eyewash]
iii] bertujuan mempengaruhi siasatan tersebut dengan “gundah gujara” [with fear and favour]
iv] tidak menghormati perlembagaan persekutuan
v] tidak menghormati institusi kehakiman

SELCAT memperolehi bidang kuasa daripada arahan Dewan Undangan Negeri. Jesteru Menteri Besar tanpa mandat DUN tidak boleh sewenang-wenangnya mengarahkan SELCAT untuk membuat siasatan apatah lagi siasatan tersebut bersifat JENAYAH yang mana SELCAT tidak mempunyai bidangkuasa untuk menyiasat." (ezam-mohdnor.blog)
Pertamanya ingin kita bertanya Ezam sesumpah, mengapa beliau tidak membuat sebarang laporan atau tindakan jika beliau sendiri yakin bahawa penubuhan SELCAT itu BERNIAT JAHAT atau SALAH? Bukankah Ezam ini terkenal dahulunya yang tidak henti-henti suka membuat laporan sehinggakan berkotak-kotak? Setelah berada di dalam `geng kerajaan', masakan Ezam takut untuk membuat laporan? Sebenarnya hati kecil Ezam merasakan bahawa tindakan MB Selangor itu adalah satu tindakan yang lebih telus dari mana-mana kerajaan negeri yang ada. Cuma, bila diri sudah terjual maka mulut kelu untuk berkata.

SELCAT bercanggah dengan prinsip ketelusan? Persidangan SELCAT yang diadakan secara terbuka sehinggakan boleh diikuti melalui internet itu dikatakan tidak telus? Terbukti SELCAT sebelum ini berupaya mendedahkan berbagai salah laku pemimpin Umno termasuk bekas MB Selangor Khir Toyo, isterinya dan beberapa Exco mereka sebelum ini. Cumanya, tiada susulan dari pihak yang berkuasa walaupun segala bukti berjaya didedahkan. Sekaligus SELCAT tidak boleh dikatakan untuk menutup segala penyelewengan kerana semua rakyat boleh mengetahui perjalanan SELCAT.

Tidakkah SELCAT sebenarnya banyak boleh membantu pihak berkuasa seperti SPRM seandainya SPRM peka dan serius dengan sesuatu kes yang dibawa ke SELCAT. Bagaimana Ezam sesumpah boleh menuduh SELCAT boleh mempengaruhi siasatan? Mungkin maksud Ezam, SELCAT mungkin boleh menyusahkan pihak yang ingin `cover' sesuatu kes yang melibatkan sekutu di dalam parti Ezam. Contohnya seperti isu banglo mewah Khir Toyo, lawatan BALKIS, pembelian hadiah dan cenderahati yang meragukan dan berbagai lagi kes yang telah dibawa ke SELCAT sebelum ini. Di mana akhirnya kes tersebut?

Tuduhan bahawa SELCAT tidak menghormati Perlembagaan dan institusi kehakiman adalah tuduhan berat jika benar. Maka, Ezam semestinya mengambil tindakan segera membuat laporan terhadap Kerajaan Negeri Selangor. Mengapa Ezam sesumpah menyalak di luar sahaja? Adakah beliau bimbang dengan adanya SELCAT, semakin banyak pula nanti isu-isu dan kes penyelewengan masa lampau Umno mentadbir Selangor akan terdedah.

Kita seharusnya bersyukur di atas keberanian MB Selangor menangani segala tuduhan ke atas Kerajaan PR Selangor sehingga kini. Terbaru semalam, MB Selangor ulangi lagi kesediaannya untuk bekerjasama dengan SPRM untuk membuat siasatan ke atas kerajaan Selangor. Bahkan, MB Selangor mempelawa SPRM mengadakan pejabatnya di bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Saya syorkan sekiranya SPRM menolak pelawaan tersebut, Tan Sri Khalid mungkin boleh mempelawa Ezam sesumpah untuk menetap di pejabat MB Selangor

WFAUZDIN NS

kerajaan pakatan tak menambah lesen dan premis baru judi....kerajaan APNO pulak menambah halalkan JUDI baru

K'jaan Pakatan tidak lulus premis judi baru


Kerajaan negeri Pakatan Rakyat berhasrat untuk mengurang dan menghapuskan perjudian dengan tidak meluluskan premis judi baru sepertimana yang dilakukan di Kedah, kata naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Atas keprihatinan rakyat, semua kerajaan Pakatan mengambil tindakan bersungguh-sungguh dan serius (untuk mengharamkan judi)," kata Mahfuz tang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kedah.

Beliau yang juga ahli parlimen Pokok Sena menegaskan demikian ketika diminta mengulas cabaran Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) dan pemimpin Umno kepada kerajaan Pakatan Rakyat supaya mengharamkan judi di negeri yang ditadbir mereka.

Sebelum itu, Mahfuz dan beberapa pemimpin PAS yang lain menghantar memorandum kepada Raja-Raja Melayu agar mereka campurtangan bagi membatalkan pemberian lesen judi sukan untuk pertaruhan Piala Dunia bulan depan.

Selain PERKASA, Jumaat lalu, bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dilaporkan mencabar kerajaan Pakatan Selangor supaya menarik balik lesen lebih 4,500 premis perjudian dan rumah urut di negeri itu sekiranya benar-benar berhasrat menghapuskannya.

Dr Khir yang juga ketua pembangkang DUN Selangor berkata, cubaan PAS dan PKR mensensasikan isu berhubung pemberian lesen judi berkenaan, menunjukkan sikap 'double standard' mereka.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, premis judi yang banyak di negeri Pakatan Rakyat, termasuk di Selangor, adalah 'najis' peninggalan Umno sewaktu mentadbir negeri-negeri berkenaan.

Sementara itu, dalam sidang media yang sama, ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad menegaskan terdapat gambaran kononnya terdapat pertambahan premis perjudian atau arak di Selangor.

Katanya, dakwaan tersebut adalah satu "pembohongan" dan "tiada pertambahan premis baru yang diluluskan" oleh kerajaan negeri.

"Kita sedang berusaha untuk membersihkan dan mendidik masyarakat agar meninggalkan budaya buruk yang ditanam oleh Umno," katanya yang juga ahli jawatankuasa biro politik PAS.


mkini

mahkamah kanggaroo SPR bingai....dun perak SPR ada kuasa....kota seputeh kedah...SPR tak ada teloq....!!!

Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Sivakumar

Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak permohonan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, untuk mengenepikan keputusan benarkan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang keluar parti menjadi wakil rakyat Bebas untuk mengekalkan kerusi masing-masing.

Sivakumar dalam permohonannya berkata keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini dibuat tanpa kuasanya dan mahu keputusan itu dibatalkan..

Penghakiman pada 9 April itu menafikan bahawa kerusi tiga ADUN yang berpaling tadah itu yang diisytiharkan kosong oleh Sivakumar supaya pilihan raya kecil boleh diadakan.

Keputusan panel tiga hakim hari ini juga mengesahkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai kuasa mutlak mengisytiharkan kerusi berkenaan kosong.

hitler dalam MIC....2 lagi kena pecat

Desak Samy letak jawatan, 2 lagi pemimpin MIC dipecat

Dua lagi pemimpin MIC yang turut mendesak Datuk Seri S Samy Vellu meletak segera jawatan presiden, telah dipecat dari MIC.

Mereka ialah ahli jawatankuasa MIC - KP Samy dan G Kumar Amaan - yang mengadakan sidang akhbar minggu lalu untuk menyuarakan kekecewaan mereka terhadap Samy Vellu kerana tidak meletakkan jawatan lebih awal.

Dengan itu, tiga pemimpin parti itu telah dipecat kerana berani membuka mulut menentang pemimpin nombor satu MIC itu.

KP Samy dan Kumar dimaklumkan secara bertulis mengenai pemecatan mereka hari ini atas alasan mereka bertindak berlawanan dengan kepentingan parti.

Mereka dipecat lima hari selepas timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan dipecat kerana secara terbuka mendesak Samy Vellu meletak jawatan dengan segera dan menyifatkan beliau (Samy) sebagai satu liabiliti kepada BN.

Ini adalah kali ketua KP Samy dipecat dari parti itu kerana lantang melawan presiden. Kali pertama ialah pada 1988 bersama dengan naib presiden ketika itu, MG Pandithan, yang mendakwa wujud politik kasta.

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here