cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, September 17, 2011

Lelaki bogel laku aksi pelik bukan seperti aksi saifol peliwat di tangkap

 

Seorang pemuda disyaki warga Indonesia diberkas penduduk selepas berkeliaran dalam keadaan berbogel di Flat Pinggiran Batu Caves, Selayang di sini awal pagi semalam.Penduduk mengawasi lelaki disyaki pengamal ilmu hitam yang ditahan di flat Pinggiran Batu Caves, Selayang, Selangor semalam.

Sebelum diberkas pada pukul 2.30 pagi, lelaki berumur lingkungan 20-an itu dikatakan berjalan-jalan di aras bawah sebuah bangunan flat lima tingkat di kawasan berkenaan.

Seorang suri rumah, Norlida Hassan, 42, yang tinggal di aras tersebut dikatakan terkejut sebaik sahaja melihat suspek dalam keadaan berbogel ala Orang Minyak itu tiba-tiba bersilat di hadapan rumahnya.

Wanita itu kemudian menjerit meminta tolong malangnya suspek tidak berganjak dari muka pintu.

"Saya sudah tidur tetapi tersedar selepas terdengar bunyi nafas orang yang kuat di luar bilik.

"Apabila saya intai menerusi tingkap, saya terkejut melihat lelaki itu sedang melakukan aksi pelik. Saya menyergahnya tetapi dia tak berganjak.

"Saya buka pintu rumah untuk menghalaunya tetapi dia buka jurus pencak silat menyebabkan saya naik takut," ceritanya.

Oleh kerana takut, dia kemudian mengejutkan suaminya Ahmad Hashim, 42, untuk menghalau lelaki itu.

Difahamkan, suspek bukan merupakan penduduk kawasan berkenaan.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Zakaria, 46, pula berkata, suspek yang panik itu bertindak melarikan diri.

"Dua penduduk termasuk jiran mangsa bertindak mengejar lelaki itu dan dia dapat diberkas kira-kira 20 minit kemudian.

Friday, September 16, 2011

saman menyaman untuk mengelak di fitnah atau menyebarkan fitnah....

Mat Sabu saman Utusan laknatullah dan pengarangnya. Saman terhadap Timbalan Presiden UMNO, Muhyidin Yassin akan menyusul. Kedua-duanya atas isu komunis dan Bukit Kepong. UMNO Selangor pula saman PAS dan Presidennya atas isu DUMC .

Adakah ini jalan terbaik untuk mencari kebenaran dan mengajar pihak yang suka melakukan fitnah? Rasa-rasanya begitulah. Kalau tidak disaman, akan menjadi-jadi pula fitnah nanti.

Biarkanlah pihak yang rasa tersiksa difitnah mendapat kembali hak dan maruahnya. Soalnya, bila, nilai dan keadlian? Ada tiga perkara yang menggusarkan dalam kes saman mahkamah ini, iaitu tempoh perbicaraan yang tak tahu bila berakhir, nilai ganti rugi dan yang terpenting ialah pelaksanaan keadilan itu sendiri.

Pertama, soal tempoh perbicaraan. Sewajarnya tempohnya perlu diselesaikan dalam tempoh yang sesuai yakni tidak terlalu lama. Sesetengah kes yang lepas, hanya selesai 10 tahun kemudian. Malah ada kes yang tak selesai-selesai. Contohnya kes saman roralti minyak kerajaan Terengganu dan kes Memali. Kalau beginilah mahkamah Malaysia, alamat keadilan tidak sempat dirasai oleh sesetengah orang yang bertujuan mendapat keadilan melalui mahkamah.

Kedua, soal nilai ganti rugi. Ganti rugi mestilah sesuai dengan kes. Tak kisahlah RM100 000 atau RM100 juta. Asalkan nilainya munasabah dengan kes. Mat Sabu kata, beliau tak menetapkan nilai samannya. Tapi ikut keadaan maruah dan ancaman yang terpaksa Mat Sabu dan keluarganya lalui wajar menjadikan Utusan laknatullah bangkrap.

Ketiga, keadilan para hakim paling penting untuk diperkatakan di sini. Adakah pihak yang berkuasa akan bermain juling mata dengan badan kehakiman untuk menyelamatkan sesuatu pihak dan mengenakan suatu pihak yang lain? Adakah hakim akan melambat-lambatkan sesuatu kes sehingga tak berselesaian? Atau adakah nilai ganti rugi yang diputuskan oleh hakim tidak sepadan dengan nyawa yang terancam dan maruah yang tercalar? Di sinilah rakyat menyorot integriti hakim.

Kesimpulannya, sekiranya saman-menyaman dapat menguburkan amalan fitnah-memfitnah, maka ambillah pendekatan ini sebagai satu cara mengajar manusia. Tetapi jangan sesekali sesiapa pun lupa bahawa keadilan Allah akan menunggu manusia di akhirat sana. Di sanalah mahkamah terbaik. Allahlah hakim terbaik. Mangsa fitnah akan mendapat keadilan baginya dan pemfitnah akan mendapat balasan pedih atas dosa jahatnya.

sisa tingalan najis UMNOPORNO...Bicara Kes Khalwat Salim Parlan - Nur Diyana Diteruskan

Georgetown - Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan perbicaraan kes khalwat Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan, 51, dengan bekas pembantu peribadinya, Nur Diayana Norslan, 30, diteruskan.

Salim dan Nur Diayana ditangkap di sebuah hotel tiga bintang di Batu Feringghi April lalu oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) yang sedang melakukan operasi pencegahan maksiat kira-kira jam 4 pagi.

Hakim Syarie, Mohammad Zamri Roslan membuat keputusan itu setelah membenarkan permohonan Ketua Pendakwa Syarie, Mohd Zulkhairi Aziz supaya semakan dan penggantungan yang dibuat mahkamah itu terhadap prosiding perbicaraan kes khalwat itu yang berjalan di mahkamah rendah dibatalkan.

Mohd Zulkhairi berkata, ia berikutan satu notis yang diterimanya daripada Salim pada 9 September lalu melalui peguam syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang memaklumkan mereka sudah menarik balik semakan berkenaan.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh serta peguam tidak hadir ke mahkamah semalam.

21 Jun lalu, Salim mengemukakan semakan itu setelah tidak berpuas hati keputusan Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahaya yang membenarkan perbicaraan kes khalwat diteruskan walaupun dia mempunyai kes lain di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Mohammad Zamri kemudian menetapkan semalam untuk mendengar hujahan Zainul Rijal dan Mohd Zulkhairi sebelum menentukan sama ada keputusan mahkamah rendah itu betul atau tidak mengikut undang-undang.

Beliau berkata, semakan yang ingin dibuat tertuduh ditarik balik dan dengan itu, mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwa untuk membatalkan semakan berkenaan.

Selain itu, mahkamah membenarkan permohonan mereka untuk membatalkan penggantungan yang dibuat oleh mahkamah ini terhadap prosiding perbicaraan di mahkamah rendah terhadap kedua-dua tertuduh.

“Oleh demikian, perbicaraan kes khalwat ini akan diteruskan,” katanya.

Mohd Zulkhairi kemudiannya memaklumkan bahawa pihaknya akan menulis surat kepada Mahkamah Rendah Syariah dalam waktu terdekat bagi mendapatkan tarikh perbicaraan kes itu.

Salim yang sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didakwa mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 manakala Nur Diayana didakwa di bawah Seksyen 27 (b) enakmen sama.

Jika sabit kesalahan, setiap tertuduh boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, Zainul Rijal ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah menghantar satu notis ke Mahkamah Rendah Syariah di sini untuk memaklumkan penarikan dirinya daripada menjadi peguam bela Salim.

“Saya tidak akan menjadi peguam belanya lagi. Notis pemberitahuan saya hantar ke mahkamah hari ini (semalam),” katanya. -SH

YB ( Yang Bangsat ) kulim tido atau asyik jugak hidu gam....Ada Penagih Gila Di Kulim, Berbogel Depan Jiran

 

Kulim Di Kulim Ad- Akibat menghidu gam keterlaluan, seorang lelaki berusia 20-an bertindak agresif dengan memanjat pagar rumah jirannya di Taman Selasih dengan hanya memakai seluar dalam kira-kira jam 6.30 petang, semalam.

Perbuatannya itu dilihat mangsa dan menjerit kerana ketakutan.

Suspek kemudiannya melarikan diri masuk ke rumahnya yang terletak di hadapan rumah mangsa.

Apabila mangsa melihat gelagat suspek, lelaki itu kemudiannya menanggalkan seluarnya. Mangsa yang ketakutan kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada polis.

Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM), Khor Eng Khim berkata, beliau sudah mengarahkan ahli PPKM yang berada di tempat kejadian ke rumah mangsa sebaik sahaja dimaklumkan.

“Ini adalah kes pertama berlaku di Taman Selasih, di mana seorang lelaki penghidu gam berkelakuan agresif sehingga membuka seluar di hadapan jirannya.

“Suspek ditahan PPKM kira-kira jam 9 malam dan akan diserahkan kepada polis,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini masih ramai dalam kalangan penduduk tidak mengetahui fungsi PPKM dan beranggapan tindakan yang dilakukan adalah keputusan sendiri.

Katanya, setiap kejadian jenayah berlaku, PPKM akan memaklumkan kepada polis dan atas arahan mereka, maka PPKM akan memberikan bantuan.

Kenyataan ahli PPKM bersikap kasar pada penjenayah juga adalah tidak benar.

“PPKM tidak pernah bersikap kasar terhadap mana-mana penjenayah walaupun mereka memang bersalah. Kami tidak dibekalkan dengan sebarang senjata ketika bertugas melainkan alat perhubungan.

“Saya hairan ada kumpulan yang tidak menyenangi kewujudan PPKM, tetapi mereka tidak mengambil inisiatif melakukan kebajikan sepertimana dilakukan PPKM. PPKM merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dan aktif dalam membasmi perlakuan jenayah di Kulim,” katanya. -SH

hebatnya 1 malaysia....My Vii jadi tempat pasangan curang beraksi sumbang....!!!

 

Kampung Raja - Akibat tidak dapat mengawal perasaan setelah bertemu kekasih lama, seorang guru lelaki dan pasangannya seorang warden asrama menyambung semula hubungan cinta yang terputus sebelum itu walaupun masing-masing telah berumah tangga. Gambar fail

Guru lelaki berusia 49 tahun itu dan pasangannya berusia 29 tahun dari Kelantan itu dilamun cinta menyebabkan mereka sering keluar bersama.

Bagaimanapun tindakan tidak mereka memadu asmara di dalam sebuah kereta di Pantai Bukit Keluang, di sini akhir tahun lalu, membawa padah apabila mereka ditangkap sepasukan anggota penguat kuasa Syariah Besut.

Bukan itu sahaja, malahan pasangan itu telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,900 setiap seorang oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, setelah mereka membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim Syarie Mohd Nazri Yusof.

Mahkamah turut mengarahkan pasangan tu dipenjarakan selama sebulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Mereka dituduh di bawah Seksyen 31 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (takzir) Terengganu 2001 kerana berkhalwat, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya.

Pasangan itu didakwa melakukan kesalahan itu di dalam sebuah kereta Myvi di tepi pantai Bukit Keluang pada jam 11.25 pagi, 28 Disember tahun lalu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof.

Menurut fakta kes, sepasukan anggota penguat kuasa yang membuat rondaan telah ternampak sebuah kereta Myvi di satu kawasan sunyi di pantai berkenaan, yang disyaki sedang melakukan perbuatan tidak bermoral.

Ketika penguat kuasa menghampiri kereta itu dengan lebih dekat, kereta itu bergerak tetapi berjaya ditahan 10 meter dari situ.

Apabila pemeriksaan dilakukan, didapati tertuduh lelaki berada di tempat duduk pemandu dengan keadaan kerusi terbaring sedikit dengan memakai baju T berkolar, dan seluar jean dengan keadaan butang seluar terbuka.

Pasangannya berada di kerusi penumpang depan memakai kemeja T dan seluar jean yang terbuka tali pinggangnya.

Hasil pemeriksaan mendapati mereka bukan suami isteri sebaliknya tertuduh wanita adalah isteri orang dan lelaki juga sudah beristeri.

Kedua-dua tertuduh membayar denda yang dikenakan. -SH

Lagi Kes koboi 1 malaysia Tembak Orang Awam Sesuka hati kemudian cari alibi...kunun ada parang di gunakan....parang lagi alibinya...cehhh..hampeh...!!!

Suami saya orang kaya’

 

IPOH: “Suami saya orang kaya, tiada sebab dia perlu merompak,” kata isteri kepada seorang ahli perniagaan yang maut selepas ditembak mati oleh polis awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 12.02 tengah malam itu, Kathir Oli Fakir Mohd, 31, maut ditembak di dada kirinya oleh polis di sebuah pub di Jalan Mustafa Albakry, Pekan Baru di sini.

Kejadian berlaku selepas mangsa bersama tiga lelaki lain dikatakan masuk ke dalam sebuah pub berkenaan sebelum berlaku pergaduhan disusuli kejadian tembakan di luar premis.

Isteri mangsa yang enggan namanya didedahkan berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas dihubungi seorang rakan suaminya beberapa minit selepas kejadian.

Dia yang berusia 33 tahun, bergegas ke lokasi kejadian dan mendakwa polis tidak membenarkannya mendekati mayat suaminya di belakang kereta Mercedes Benz milik mereka.

“Saya diberitahu suami bergelut dan ditembak polis kerana mahu melakukan rompakan di pub berkenaan.

“Saya tidak percaya semua itu kerana kami bukan orang susah. Kami mempunyai syarikat lori, pengangkutan, binaan dan pelbagai perniagaan lain,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun, pagi semalam.

Menurutnya, keluarganya tidak pernah menghadapi masalah kewangan malah Kathir didakwanya tidak pernah mempunyai sebarang rekod jenayah.

“Kali terakhir dia ada menghubungi saya jam 10 malam kelmarin dan memberitahu ingin keluar makan bersama dua rakan dan dua pekerjanya. “Saya tidak percaya dia pergi merompak pub itu. Ada kemungkinan dia mangsa keadaan atau kecuaian,” katanya yang mempunyai empat cahaya mata hasil perkahwinan dengan mangsa.

Menurutnya, dia akan mendapatkan khidmat peguam bagi mendapatkan keadilan selain mengetahui punca sebenar kematian suaminya.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, mangsa bersama tiga suspek menyerang anggotanya sehingga cedera di bahagian muka, mata dan calar-calar di badan.

Beliau berkata, sebelum kejadian, anggota polis berkenaan yang kebetulan berada sekitar lokasi kejadian mendengar jeritan pekerja wanita di pub berkenaan dan mendapati empat lelaki cuba menyamun pusat hiburan berkenaan.

“Sebaik tiba di pub, anggota polis diserang dengan parang sebelum berlaku pergelutan. Malah, lebih mengejutkan dua daripada suspek cuba merampas pistol anggota berkenaan.

“Bagi mempertahankan diri dan nyawa, anggota berkenaan mengeluarkan pistol dan melepaskan satu das tembakan yang mengenai dada mangsa,” katanya, semalam.

Katanya, anggota berkenaan turut menahan dua suspek lain manakala seorang lagi cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan selepas itu.

Mohd Shukri berkata, pihaknya sedang menyiasat kes berkenaan manakala, tiga suspek ditahan reman selama seminggu malah dan polis juga sedang menyemak sama ada semua suspek mempunyai rekod jenayah. -hm

 

Kerap kali bila berlaku keadaan/kejadian seperti ini, polis akan segera melakukan tuduhan bahawa suspek cuba melakukan jenayah rompakan, begitulah seperti apa yang menimpa adik Aminul-Rasyid yang ditembak mati secara kejam oleh polis bedebah yang dihukum jel semalam.

Polis terlalu pantas membuat kenyataan bahawa Kathir Oli Fakir Mohd tersebut adalah seorang penjenayah, sekalipun belum ada siasatan dilakukan hanya semata-mata orang tersebut telah mati dan tidak dapat membela dirinya sendiri.

Memang polis tercedera di dalam insiden itu, tetapi kita pernah disajikan sebelum ini kisah polis merompak, kisah polis melakukan jenayah, kisah polis hisap dan edar dadah, kisah polis menyalahgunakan senjata api menembak sesuka hati.

Malah keganasan dan kekejaman polis dapat dilihat oleh seluruh rakyat sewaktu perhimpunan BERSIH yang lalu. Tetapi seperti biasa, tiada satu pun yang diakui oleh polis. Hanya jika satu Suruhanjaya Siasatan diperlukan untuk menyiasat perilaku polis ini, tetapi kerajaan memandang sepi terhadap tuntutan tersebut.

Yang bertambah anehnya kerajaan masih terus memperakui keganasan dan kekejaman polis tersebut dengan menaikkan pangkat polis-polis dan menaikkan gaji mereka sedangkan usaha penambah-baikan mutu kerja polis tidak dihiraukan.

Di dalam kes di atas tindakan Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan yang mengeluarkan kenyataan hanya bersumberkan dari anggotanya adalah tidak wajar dan sesuatu yang amat mencemarkan profession polis sendiri.

Siasat dahulu sebelum anda keluarkan kenyataan menuduh bukan-bukan kepada si mati. Tindakan disiplin perlu diambil ke atas ketua Polis Perak berkenaan. Siasatan menyeluruh dengan tidak bergantung kepada siasatan polis semata-mata yang biasanya bias adalah diperlukan demi meletakkan kebenaran dan keadilan di tempat yang wajar.

najib kepala penyamun tak reti jaga kewangan wajar letak jawatan...

 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak  di gesa melepaskan jawatan Menteri Kewangan untuk diambil alih oleh orang lain yang lebih layak, sebelum ekonomi negara merudum jatuh.

Syor itu  perlu kerana menyedari Najib, sejak memegang jawatan tersebut, telah gagal melaksanakan agenda “reformasi” beliau untuk menarik keluar Malaysia dari perangkap berpendapatan terbantut melalui Model Ekonomi Baru.

Oleh yang demikian, untuk seseorang Perdana Menteri yang turut memegang jawatan Menteri Kewangan adalah sesuatu yang janggal, dan tidak diamalkan di mana-mana negara pun di dunia ini..malah hanya kerajaan yang kepalanya terdiri dari penyamun yang gemar berbuat demikian..

Malah juga  , menyimpang jauh dari prinsip tadbir urus yang cekap dan baik..

Justeru  itu, kita  menyarankan supaya Najib menerima nasihat yang beliau sendiri berikan kepada Tun Abdullah Badawi pada 17 September 2008 supaya Perdana Menteri menyerahkan portfolio Kementerian Kewangan kepadanya (Najib).

Sekarang, Najib kerap kali berdolak-dalik dalam membuat keputusan yang akhirnya mengakibatkan kerugian berpuluh-puluh juta ringgit sebagai  contoh kegagalan dasar penggunaan teknologi nano untuk melabel minyak serta cukai perhidmatan 6 peratus untuk telefon prabayar.

Ketidakseimbangan ekonomi juga semakin meruncing disebabkan tahap gaji pekerja yang tidak meningkat dan juga kerana kadar inflasi yang semakin tinggi.

Begitu juga hak  royalti petroleum sebanyak 20 peratus wajar di beri kepada kerajaan negeri dengan matlamat membasmi kemiskinan di kalangan rakyat..

Mengenai  langkah kerajaan Barisan Nasional ( UMNOPORNO ) yang terlalu lambat untuk mengiktiraf 16 Septembr sebagai Hari Malaysia, iaitu selepas 46 tahun persekutuan Malaysia ditubuhkan ,Itu pun setelah desakan dibuat oleh majoriti rakyat Malaysia, dan bukan inisiatif kerajaan porno ini ternyata menunjukkan niat sebenar  parti yang menjadi tunjang kerajaan tidak berjiwa patriotik dan hanya berkepentingan politik sempit yang jumud.

Jelas sekali ini adalah kerana tekanan bertalu-talu dari berbagai kalangan rakyat Malaysia sendiri sesudah PRU 2008, mencerminkan kuasa rakyat yang mahu kerajaan bertindak adil mengikut keperluan rakyat. ..

Thursday, September 15, 2011

Jahanam punya SPR....bukan warganegara pun boleh mengundi

 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mencatatkan sejarah negara apabila seorang penduduk sementara pula disahkan boleh mengundi dalam negara ini.

Bukti manipulasi dalam pilihanraya itu boleh dirujuk kepada pengundi bernama Numi binti Syukri yang mempunyai kad pengenalan bernombor 880306114096 yang akan mengundi di Kg Bukit Payung, daerah mengindi Mukim Tenang, Dun Hulu Besut dan Parlimen Besut di Terengganu.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi, Dewan Pemuda PAS Maalaysia, Suhaizan Kaiat berkata, Numi binti Syukri yang mempunyai kad pengenalan 880306114096 itu ternyata seorang penduduk sementara yang boleh dibuktikan menerusi semakan JPN.

Menurut beliau, namun anehnya, Numi boleh mengundi di Dun Hulu Besut, Parlimen Besut di negeri Terengganu berdasarkan daftar pemilih terkini yang disediakan oleh SPR.

Katanya, bukti kedua pula boleh dirujuk kepada pengundi bernama Hasmidah binti Surahbil yang mempunyai kad pengenalan bernombor 820315126446, lokaliti Taman Baiduri Jaya, daerah mengundi Bandar Teknologi Kajang, Dun Semenyih, Parlimen Hulu Langat di negeri Selangor.

"Bukti ketiga pula melibatkan pengundi bernama Jamaluddin bin Tahir yang mempunyai kad pengenalan bernombor 840803125475, lokaliti Tmn Universiti/Tmn Tropika, daerah mengundi Universiti Kebangsaan Malaysia, Dun Bangi, Parlimen Serdang di negeri Selangor," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Sebelum ini, menurut beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Johor, Pemuda PAS Malaysia telah banyak membongkar isu-isu berkaitan dengan manipulasi pilihanraya di negara ini. - Hrkh.
Buktinya macam gambar kat bawah ni.

Wednesday, September 14, 2011

kerajaan nak untung berbaloi dengan kedatangan pelajar asing....maruah rakyat sanggup di gadaikan....

Pelajar Afrika Dicekup Tunjuk Kemaluan Dan Raba Jurujual

Seorang pelajar warga Afrika diberkas orang ramai selepas dia mencabul seorang remaja perempuan berusia 19 tahun berhampiran sebuah pasar raya di Semenyih, dekat sini, kelmarin. Gambar fail.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam, mangsa yang juga jurujual di pasar raya itu keluar seorang diri untuk pergi ke kedai berhampiran untuk membeli barangan sebelum suspek menarik tangan dan membawanya ke tingkat dua pasar raya berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata sebaik menyedari suspek menarik tangannya dan membawanya ke tempat sunyi, mangsa meronta-ronta dan merayu dilepaskan, namun tidak diendahkan suspek.

Katanya, suspek bertindak lebih agresif apabila menarik mangsa naik ke tingkat tiga kerana khuatir jeritan mangsa didengari orang ramai sebelum suspek membuka seluarnya. “Suspek menunjukkan kemaluannya kepada mangsa selain meraba seluruh tubuh mangsa walaupun dia merayu tidak diperlakukan sedemikian.

“Bimbang diperlakukan lebih kejam, mangsa menjerit meminta tolong dan jeritan itu didengari seorang pengawal keselamatan yang membuat rondaan di kawasan berkenaan,” katanya.

Ab Rashid berkata, pengawal keselamatan berkenaan ke tempat kejadian menyebabkan suspek terkejut dan cuba melarikan diri ke kawasan kedai berhampiran pasar raya berkenaan.

Tindakan pengawal keselamatan mengejar suspek menarik perhatian orang awam di kawasan berkenaan sebelum mereka membantu memberkas suspek.

Beliau berkata, suspek yang kepenatan ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa dan siasatan awal mendapati suspek berusia 23 tahun dan masuk ke Malaysia sebagai pelajar kolej swasta di ibu kota.

Ab Rashid berkata, suspek kini direman di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk siasatan lanjut dan kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. -hm

Kemasukan pelajar asing terutama dari Afrika banyak menimbulkan masalah sosial di negara ini.

Diantara masalahnya ialah kebiadaban mereka kepada masyarakat setempat disamping ramai diantara mereka yang dikatakan positif dadah. Masyarakat kita tak biasa dengan aktiviti minum minuman keras secara terbuka oleh golongan pelajar ini, mabuk dan kemudiannya bergaduh yang sebenarnya sudah jadi kebiasaan bagi mereka.

Kemasukan warga asing untuk belajar di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) memberi keuntungan besar kepada pihak berkenaan namun, namun pihak Kementerian Pengajia Tinggi dan IPT juga perlu bertanggungjawab terhadap isu-isu sampingan yang melibatkan pelajar mereka hingga membawa ke tahap memudaratkan masyarakat.

Sebelum ini sudah kedengaran permintaan supaya kemasukan pelajar-pelajar Afrika ini dikaji semula. Tetapi nampaknya seperti tidak mendapat perhatian dari pihak kerajaan.

sakit mental ke..???... Sampai Lelaki Yang Berang Nie tikam ibu, bapa dan kakak

Sepasang suami isteri mati ditikam oleh anak lelaki mereka di sebuah rumah di Batu 1, Jalan Utara dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 malam itu, lelaki berkenaan yang berusia 31 tahun turut menikam kakaknya.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Rowell Marong berkata, mangsa dikenali sebagai Yew Hiap Foh, 70, dan isterinya, Chu Ching Moi, 60, dan kedua-dua mereka mati di tempat kejadian akibat tikaman di dada.

Katanya, mayat Yew ditemui terbaring di bilik tidur, manakala Chu ditemui terbaring di atas sofa di ruang tamu rumah tersebut.

Kakak mangsa yang berusia 37 tahun mengalami cedera parah akibat ditikam di perut dan kini dirawat di Hospital Duchees of Kent Sandakan dan dilaporkan dalam keadaan stabil, katanya di sini hari ini. - Bernama

dah tak ada betina lain ke sampai Kelar telinga bekas kekasih

Seorang remaja berusia 19 tahun mengelar telinga bekas kekasihnya selepas berang hubungan cinta mereka putus di tengah jalan.

Kejadian di sebuah restoran di Pandan Indah di sini pada jam 3 pagi Ahad lalu menyebabkan telinga kanan gadis 19 tahun itu hampir putus dan pipi kanannya turut cedera.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian, mangsa menerima SMS daripada teman lelakinya meminta dia pergi ke sebuah restoran untuk berbincang mengenai masalah hubungan cinta mereka.

Bimbang sesuatu yang buruk berlaku ke atasnya, mangsa mengajak rakan baiknya menemaninya dan sebaik tiba di restoran berkenaan, mereka melihat bekas teman lelaki mangsa meracau seorang diri di luar restoran.

“Mangsa dan rakannya masuk dan duduk di salah satu meja di dalam restoran berkenaan. Menyedari kehadiran mangsa, suspek terus menghampirinya dan memaki-hamun mangsa,” katanya.

metro

Tuesday, September 13, 2011

Ambon di ambang perang agama...????

SEKUMPULAN penduduk Muslim dan Kristian bergaduh dengan bersenjatakan parang dan batu di Ambon kelmarin.

AMBON – Pasukan keselamatan dikerah ke wilayah timur Indonesia selepas kumpulan penduduk Muslim dan Kristian bergaduh dengan bersenjatakan batu dan parang, kata beberapa pegawai semalam.

Dalam kejadian itu, seramai tiga orang maut dan 80 lagi cedera.

Menurut seorang ketua polis trafik, Kapten Marinus Djati, keganasan tersebut berlaku di bandar Ambon kelmarin selepas khabar angin tersebar bahawa seorang penunggang teksi motosikal yang mati dalam kemalangan jalan raya telah diseksa dan dibunuh oleh penduduk Kristian.

Kumpulan penduduk Muslim dan Kristian bergaduh selepas lelaki itu dikebumikan.
Kedua-dua kumpulan itu saling membaling batu dan mengayun parang selepas berbalas cacian.

Para perusuh itu juga membakar rumah, kereta dan motosikal walaupun polis cuba untuk menyuraikan mereka dengan melepaskan tembakan amaran.

Dua daripada mereka yang terbunuh itu merupakan pelajar sekolah.

Menurut jurucakap polis, Mejar Jeneral Anton Bachrul Alam, kira-kira 200 anggota pasukan keselamatan daripada unit khas ditempatkan di Ambon untuk mengawal ketenteraman. – AP

Disihir Guna Gambar Dalam Facebook

 

Disihir menggunakan gambar yang terdapat dalam laman sosial Facebook (FB).

Itu yang didakwa berlaku kepada seorang pelajar institusi pengajian tinggi, dikenali sebagai Ira apabila gambar dari laman sosialnya dijadikan sebagai senjata pemujaan sihir.

Ira, 22, mendakwa, dia telah disihir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburu akan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka.

"Maria adalah bekas teman wanita kekasih saya tetapi hubungan mereka telah lama putus. Sebab itu dia menyihir saya kerana ingin melihat hubungan kami hancur.

"Kami tidak mengenali antara satu sama lain.

"Dia hadir menghulurkan tangan sebagai rakan dan saya sambut kerana ingat dia jujur namun sebaliknya," dakwanya ketika ditemui baru-baru ini.

Jelas Ira lagi, dia mengetahui disihir oleh Maria melalui sekeping gambar setelah menerima rawatan daripada penaung Pusat Rawatan Islam At Tobibi di Bandar Baru Nilai, Shamsuri Safie pada Jun lalu.

Menurutnya, semasa rawatan, dia mendapati gambar mata Maria seolah-olah bersinar setiap kali dia merenungnya.

Ketika itu, dia merasakan Maria terlalu baik dan dia menurut segala kemahuannya termasuk berhenti kerja.

"Bagaimanapun setelah berubat, baru saya tahu bahawa saya bukan sahaja terkena sihir tetapi disantau oleh Maria,'' ceritanya.

Menurutnya, Shamsuri memberitahunya bahawa Maria telah meletakkan abu mayat di dalam makanannya. -kosmo

 

Samada disihir/disantau atau tidak, ia masih boleh dipertikaikan. Itu hanya permainan dalam dunia perbomohan.

Namun,kita tidak  menafikan mempamerkan gambar di FB lebih banyak mendatang mudharat dari menafaat. Kerana kita mendedahkan diri kita kepada orang yang tidak dikenali latarbelakangnya yang kemudian akan menggunakan gambar itu untuk tujuan-tujuan yang kita tidak ketahui.

Jika mahu juga pamerkan gambar-gambar gunakan fungsi "privacy" yang ada, iatu berkongsikan gambar-gambar tersebut hanya kepada mereka yang dikenali sahaja.

Justeru berwaspadalah dan sentiasa semak FB sendiri.

Sunday, September 11, 2011

Polis Kantoi Sedang Beraksi Berahi...anjing jadi saksi...siapa bapak anjing agaknya ya...!!!

Bagaikan aksi dalam video porno!

Seorang anggota polis New Mexico kantoi sedang melakukan seks dengan seorang wanita. Perbuatan polis tersebut berjaya dirakamkan oleh CCTV yang terdapat di kawasan itu.

Anggota polis yang lengkap memakai uniform itu kelihatan melakukan seks di atas bonet kereta dengan seorang wanita. Perbuatan mereka itu pula ditonton dengan penuh berahi oleh seekor anjing baka Chihuahu. Agak-agaknya apa yang "difikirkan" oleh anjing itu?

Aksi berahi ini dirakam di Santa Fe Canyon Ranch, di New Mexico, AS.

Gempar...amah potong anu majikan...!!!

 

Seorang pembantu rumah warga Bangladesh dituduh memotong alat sulit majikannya dan membuangnya ke dalam tong sampah. Wanita berusia 26 tahun itu menangis semasa pendakwaan dibuat di sebuah mahkamah di Dubai semalam.

Berdasarkan pendakwaan, wanita itu dituduh menyebabkan 40 peratus kecacatan kekal terhadap majikannya yang berusia 77 tahun selepas dia memotong alat sulit lelaki itu dengan pisau pencukur. Kejadian itu berlaku apabila majikannya mengarahkan suspek mengurut kemaluannya.

Ketika jurubahasa mahkamah menterjemahkan pertuduhan terhadapnya, suspek menangis. Dia menafikan melakukan perbuatan itu dan meminta supaya dihantar pulang ke negara asalnya. Walau bagaimanapun, ketika disoal, suspek mengaku mengambil pisau cukur dari almari berhampiran dan memotong alat sulit majikannya selepas lelaki itu menyuruhnya mengurut anunya.

“Dua hari sebelum saya ditahan, majikan merogol saya. Saya tidak dapat membela diri kerana dia mengancam untuk mengusir saya dari kediamannya. Keesokan harinya dia memperkosa saya sekali lagi.

“Pada hari kejadian, dia meminta saya mengurut alat sulitnya. Saya nampak pisau cukur di atas almari. Saya terus mengambil pisau cukur itu tanpa pengetahuannya. Saya kemudian mengurut alat sulitnya sebentar.

“Kemudian apabila mendapat peluang, saya mengerat alat sulitnya lalu alat sulitnya jatuh ke lantai. Saya memungut dan membuangnya ke dalam tong sampah. Saya kemudian keluar dari biliknya dan bersembunyi di bilik lain,” katanya.

Sementara itu, anak lelaki mangsa, dalam keterangannya berkata, dia terkejut mendengar bapanya menjerit kesakitan.

“Saya berlari keluar dari bilik dan melihat bapa duduk di kerusi dan bahagian bawah tubuhnya berlumuran darah.

“Ketika saya tanya apa yang berlaku, dia berkata, pembantu rumah mengerat alat sulitnya. Saya kemudian menghalang suspek daripada melarikan diri.

“Saya menghubungi polis dan bapa dibawa ke hospital dengan ambulans.”

Laporan forensik polis Dubai menolak kemungkinan wanita itu menjadi mangsa serangan seksual sebelum kejadian berlaku

Matikan Enjin Kenderaan Anda Sebelum Keluar Kereta...tengok nie...Dua budak nyaris diculik

Gara-gara tidak mematikan enjin kenderaan ketika berhenti membeli kuih di tepi jalan, seorang ibu muda nyaris kehilangan dua anak perempuannya apabila seorang lelaki tiba-tiba melarikan kenderaan tersebut di Pekan Nenas, di sini.

Bagaimanapun dia bernasib baik kerana kenderaan yang dipandu lelaki warga Nepal itu terbabas lalu merempuh tembok asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Mohd Yunos Sulaiman, kira-kira 800 meter dari tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin berkata, kejadian berlaku pada jam 1.30 tengah hari kelmarin ketika wanita berusia 30-an itu berhenti membeli kuih tanpa mematikan enjin kenderaan jenis pacuan empat rodanya kerana dua anaknya berada di dalam.

“Tiba-tiba seorang lelaki warga Nepal menaiki kenderaan tersebut dan melarikannya dengan kedua-dua anak wanita itu yang berusia 9 dan 11 tahun berada di dalamnya,” katanya,

Menurut beliau, menyedari kenderaan dan kedua-dua anaknya dilarikan, wanita berkenaan cuba mengejar dengan menaiki kereta orang awam yang melalui jalan berkenaan.

“Bagaimanapun ketika sampai di hadapan asrama sekolah, kenderaan yang dipandu lelaki itu gagal dikawal lalu merempuh tembok sekolah berkenaan. Dia ditahan orang ramai yang berada di tempat kejadian,” katanya.

Zahaliman berkata, kedua-dua kanak-kanak itu selamat dan diserahkan kepada ibu mereka yang sampai ke tempat kejadian sejurus selepas itu.

“Lelaki tersebut yang mengalami kecederaan ringan akan disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya percaya ketika melakukan perbuatan tersebut, lelaki berkenaan berada dalam keadaan mabuk.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika memberhentikan kenderaan dan pastikan enjin kenderaan dimatikan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Penoreh bunuh gadis dihukum gantung

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang penoreh getah selepas dia didapati bersalah membunuh seorang gadis dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zakiah Kassim menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Haris Abdul Talib, 28, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah.

Mohd Haris dituduh membunuh Farhanim Ahmad Ibrahim, 17, sebelum mayatnya yang telah reput ditemui pencari madu lebah dalam belukar di kampung Carok Kapas di Kupang, Baling.

Dia melakukan pembunuhan ke atas Farhanim antara 29 Mac 2009 pukul 6 pagi hingga 4 April 2009 pukul 2.40 petang di kawasan belukar terbabit dan dia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati mandatori

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here