cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, September 24, 2011

mana dia jabatan agama...tidor ke..????...jangan salahkan gereja...Ibu muda terpaksa curi susu demi anak

Seorang ibu muda yang terpaksa mencuri susu kerana tiada wang dilepaskan dengan pengawasan selama dua tahun dengan jaminan RM2,000 tanpa cagaran dengan seorang penjamin oleh Mahkamah Majistret Georgetown, semalam.

Nur Izzati Syamimi Isa, 21, dari Jalan Thean Tek, Air Itam, dituduh mengambil barangan di pasar raya Tesco Tanjung Pinang, Tanjung Tokong, pada kira-kira jam 9 malam 17 September lalu.

Antara barangan yang dicuri ialah dua tin susu Gain Plus dan empat paket susu jenama Anlene Gold semuanya bernilai RM281.60. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan denda.

Mengikut fakta pertuduhan, seorang pengadu yang juga pelanggan di pasar raya yang sama ternampak dua wanita dalam keadaan mencurigakan, cuba memasukkan barangan dalam beg masing-masing.

Setibanya di kaunter bayaran, beg yang mengandungi susu berkenaan tidak diletakkan untuk membuat bayaran, tetapi Nur Izzati membawanya keluar sehingga ke tempat letak kereta.

Dia ditahan pengawal keselamatan dan dibawa ke bilik keselamatan untuk diperiksa dan semasa diperiksa dia gagal mengemukakan sebarang bukti pembayaran untuk dua tin susu serta empat paket susu.

Di mahkamah, Nur Izzati, yang tidak bekerja, mengaku bersalah dan merayu supaya hukuman diringankan kerana mempunyai anak berusia dua bulan. Dia mengaku mencuri susu berkenaan kerana tidak mempunyai duit untuk membeli susu tin untuk anaknya itu.

Majistret, Siti Salwa Ja’far, melepaskan tertuduh atas faktor status ibu yang masih mempunyai anak kecil dan kesalahan pertama.

“Tertuduh didapati bersalah namun atas faktor itu kamu dilepaskan, tetapi kamu dilepaskan dengan pengawasan selama dua tahun selepas tarikh dilepaskan dengan wang jaminan RM2,000 tanpa cagaran dengan seorang penjamin,” katanya. Nur Izzati, yang ditemani suami dan bapanya, kelihatan tenang selepas mendengar hukumannya.

Pemimpin Chechnya jumpa Cangkir Rasulullah...????

Pemimpin Chechnya, Encik Ramzan Kadyrov, mendakwa berjaya memperolehi bahan peninggalan Nabi Muhammad saw - cangkir yang berusia 1,400 tahun.

Gambar: Pemimpin Chechnya, Encik Ramzan Kadyrov (kanan), menaiki kereta Rolls-Royce yang membawa cangkir -- didakwa milik Rasulullah yang berusia 1,400 tahun -- dari lapangan terbang ke masjid utama di ibu kota Grozny, kelmarin. -- Foto AFP

Pemerintah wilayah Caucasus Utara itu berkata cangkir berkenaan sebelum ini dimiliki Nabi Muhammad saw.

Cangkir tersebut telah diterbangkan ke ibu kota Grozny dari London di tempat ia disimpan oleh keturunan sepupu Nabi Muhammad saw, Sayidina Ali ibn Abi Talib, yang merupakan khalifah keempat.

Rabu lalu, Encik Kadyrov dengan bangga membawa kotak yang mengandungi cangkir itu turun dari sebuah pesawat di lapangan terbang negara itu.

Beliau kemudian menaiki kereta Rolls-Royce, yang diiringi berdozen kereta mewah, untuk membawa cangkir itu ke sebuah masjid utama di Grozny.

Ketibaan Encik Kadyrov disambut meriah oleh beratus-ratus jemaah dengan diiringi laungan Allahuakbar.

Beliau kemudian mengeluarkan cangkir tersebut dan menangis teresak-esak selepas menciumnya.

Majlis itu telah disiarkan saluran televisyen setempat dan dimuat naik ke laman web Chechnyatoday.com.

Beberapa jemaah kelihatan meminum air daripada cangkir itu sambil berdoa.

Dalam satu kenyataannya di laman web, pemerintah Chechen berkata 'cangkir ini digunakan oleh Nabi Muhammad sebelum diberikan kepada supupunya, Ali ibn Abi Talib - khalifah keempat'.

Tiada butir lanjut mengenai kesahihan cangkir itu.

Menurut kenyataan itu lagi, sesiapa saja boleh minum air daripada cangkir tersebut sempena Maulud Nabi.

'Tiada siapa yang boleh memberi butir lanjut mengenai asal usul cangkir ini. Rundingan mendapatkan cangkir ini dipimpin oleh peniaga terkenal, Encik Ruslan Baisarov, dan perkara ini diumumkan Encik Ramzan Kadyrov,' kata seorang jurucakap pemerintah Chechen.

Encik Kadyrov telah memerintah wilayah Chechnya sejak 2007, dan dilantik semula pada awal tahun ini.

Sebelum ini beliau telah melaksanakan beberapa projek dan acara besar di Grozny, yang bertujuan meningkatkan lagi pengaruh politiknya.

Beliau juga menggalakkan kebangkitan Islam di wilayah tersebut, dengan merasmikan sebuah masjid pada 2008 - dikatakan yang terbesar di Eropah. -- AFP.

kunun nak qiamullail...rupanya nak qiamull-lain rembat duit tabung masjid....!!!

Seorang penganggur membuat helah mahu melakukan qiamullail di Masjid Jamek Chaah di sini, tetapi tujuan sebenarnya ialah mencuri wang dari dua tabung derma masjid itu.

Sebelum kejadian itu disedari pada 15 September lalu, jemaah masjid merungut kerana jumlah kutipan tabung derma berkurangan daripada biasa.

Selalunya masjid itu dapat mengumpul derma hingga RM3,000 ($1,227) setiap bulan.

Misteri wang derma berkurangan itu terbongkar selepas lelaki berusia 19 tahun itu ditahan pada 12.15 tengah hari tersebut - ketika mencuri wang di satu daripada tabung itu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden (Supt) Abdul Majid Mohd Ali, berkata sehari sebelum kejadian itu disedari, ada jemaah memaklumkan suspek dilihat tidur dalam masjid dengan memberi alasan bahawa dia ingin melakukan ibadat malam itu.

'Jemaah masjid berkenaan meminta remaja terbabit bermalam di lokasi lain, tetapi dia enggan.

'Keesokan harinya, beberapa jemaah masjid datang ke sana bersama seorang pegawai dari ibu pejabat polis daerah Segamat untuk meninjau persiapan akhir majlis tahlil yang akan diadakan pada malam itu, dan mendapati sebuah kereta Proton Satria berwarna merah diletak di pekarangan masjid,' katanya, kelmarin.

Pegawai yang tidak sedap hati itu melakukan pemeriksaan di sekitar masjid, tetapi tidak menemui pemandu kereta tersebut.

Mereka kemudian membuka pintu tepi masjid perlahan- lahan dan terlihat seorang lelaki berada di tepi tabung itu.

'Anggota polis berkenaan mengawasi perlakuan remaja terbabit selama lima minit dan mendapati dia sedang memancing wang. Anggota polis itu turut merampas dawai serta lampu suluh daripada suspek.

'Pemeriksaan terhadap suspek turut menemui wang kertas yang dilipat kecil berjumlah RM64 dalam dompetnya. Ia dipercayai hasil curi daripada tabung masjid,' kata Supt Abdul Majid.

Imam masjid, Encik Mohamad Syafiq, 27 tahun, berkata pihaknya tidak pernah mengunci pintu masjid bagi memudahkan pengunjung beribadat pada bila-bila masa.

Terdapat dua tabung di masjid itu dan pengiraan jumlah kutipan dibuat setiap Jumaat sebelum ia disimpan di bank oleh bendahari masjid, katanya

Tarbiyah UMNOPORNO...bila nafsu menonggang ilmu...Pelajar IPTA Sedang Latihan Amali Sempat Buat "Latihan Amali" Di Rumah Tumpangan

Seorang penuntut wanita universiti di Lembah Klang berusia 22 tahun yang dipercayai selesai membersihkan diri selepas ‘bersama’ teman lelakinya, terkejut apabila mendapati penguat kuasa agama berkopiah memenuhi ruang bilik rumah tumpangan disewa bersama kekasih yang juga penuntut universiti di negeri ini, kelmarin. Gambar Fail.

Gadis tempatan yang juga penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Kuala Lumpur itu dikatakan menjalani latihan amali di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) dan mengambil kesempatan berasmara dengan kekasihnya, jam 11.30 malam.

Bagaimanapun, perbuatan pasangan kekasih itu dihidu penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang menyerbu bilik berkenaan sebelum mendapati teman lelakinya yang berusia 21 tahun terbaring keletihan di atas katil.

Pemeriksaan di bilik berkenaan mendapati pakaian dalam gadis berkenaan bertaburan di atas lantai, malah ketika disoal siasat, mereka mengaku hanya pasangan kekasih dan mengambil kesempatan memadu kasih di rumah tumpangan itu.

Penolong Ketua Penguat kuasa Agama JHEAINS, Khamis Jamil berkata, ketika serbuan beberapa penguat kuasa mengetuk pintu bilik pasangan terbabit beberapa kali sebelum dibuka seseorang.

awas ..jaga jaga Facebook ternak perogol kekasih....!!!

Dirogol kekasih dari Facebook

Gara-gara keluar bersama teman lelaki baru dikenalinya dua bulan lalu menerusi Facebook, seorang remaja perempuan 14 tahun dirogol suspek sebanyak dua kali. Menurut Ketua Polis

Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman, kejadian berlaku Sabtu lalu, selepas pelajar sebuah sekolah agama di sini itu keluar makan bersama suspek berusia 17 tahun.

Katanya, suspek datang menjemput mangsa di rumahnya di Kampung Panji pada pukul 8.30 malam.

“Hasil siasatan mendapati suspek menghantar mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengajak mangsa keluar makan.

“Selepas makan, kira-kira pukul 11 malam, mangsa dibawa oleh suspek ke rumahnya di Pengkalan Chepa lalu merogolnya.

Semasa kejadian, kedua-dua ibu bapa suspek sedang tidur,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Katanya, mangsa kemudian dibawa suspek ke rumah rakannya di Jalan Pekeliling di sini, sebelum dia dirogol kali kedua.

“Mangsa kemudian dihantar pulang oleh suspek kira-kira pukul 4 pagi menyebabkan ibunya mengesyaki sesuatu berlaku dan mendesaknya untuk menceritakan perkara sebenar.

“Selepas menceritakan kejadian berlaku, mangsa membuat laporan polis pukul 11 pagi keesokannya,” ujarnya. Bertindak atas laporan tersebut, Azham berkata, suspek telah ditahan di rumahnya kira-kira pukul 11 pagi semalam.

Thursday, September 22, 2011

selepas projek mengadaikan maruah negara dengan memberi taraf warganegara kepada pendatang asing...kini pulau pulau pulak nak di gadai demi sifat haloba yang tak berkesudahan...!!!

azlan

Kerajaan negeri Sabah di bidas kerana berdiam diri membiarkan tiga pulau di pesisiran pantai negeri berkenaan dijual di pasaran antarabangsa.

Adalah tidak bertanggungjawab bagi kerajaan negeri memberi kelonggaran kepada pemilik swasta untuk menjual pulau-pulau itu dan pada masa yang sama, tanpa ragu-ragu mengusir penduduk tempatan dari hak tanah adat (NT) di kawasan pedalaman.

Jabatan Tanah dan Ukur Sabah di persalahkan  kerana gagal melindungi kepentingan rakyat Sabah dalam penjualan kontroversi tiga pulau - Mengalum, Pandanan dan Montukod - dan melahirkan rasa terkejutnya bagaimana pulau-pulau itu boleh dijadikan milik persendirian.

kita  terkejut bagaimana Jabatan Tanah dan Ukur hanya boleh memberi kelonggaran kepada beberapa individu tertentu untuk memiliki pulau-pulau itu tetapi pada masa yang sama jabatan itu merampas hak tanah adat...

Bagaimana pulau-pulau sedemikian begitu mudah dimiliki oleh segelintir individu tertentu sedangkan ia merupakan khazanah berharga Sabah yang seharusnya dipulihara, yang boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan?.

Semalam, pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah Osman Jamal mengesahkan bahawa ketiga-tiga pulau itu adalah untuk jualan, seperti yang diiklankan di www.privateisland.com dan bahawa pemiliknya mempunyai hak untuk melupuskan harta yang dimiliki mereka.

Akhbar tempatan The Borneo Post memetik Osman sebagai berkata tiada lagi urusniaga membabitkan pulau-pulau berkenaan - yang tegasnya perlu terlebih dahulu melalui pejabatnya untuk pengesahan status hartanah itu.

Jadi kita  mendesak supaya kerajaan Sabah menghalang urusniaga penjualan tersebut memandangkan ia akan memberi kerugian kepada khazanah berharga yang menjadi hak kepada seluruh rakyat Sabah.

Dedahkan siapa pemilik pulau-pulau tersebut yang begitu tamak sanggup menjual sebahagian dari tanahair sendiri dan siasat juga bagaimana mudahnya mereka ini memperolehi tanah seluas pulau...

Jika Jabatan Tanah dan Ukur boleh menguatkuasakan Seksyen 42, Ordinan Tanah Sabah Bab 68 bagi merampas hak tanah adat terhadap penduduk-penduduk kampung di pedalaman, maka ia juga sepatutnya boleh menguatkuasakan undang-undang yang sama bagi menjaga kepentingan rakyat sabah.

Begitulah juga apabila kerajaan bersungguh-sungguh mempertahankan Pulau Sipadan dan Ligitan daripada tuntutan negara jiran sedangkan bersikap dingin dan berlepas tangan terhadap penjualan tiga buah pulau ini dari terlepas kepada pihak asing.

Seluruh dunia kini menyaksikan perebutan pulau-pulau bagi memastikan sesebuah negara dapat meluaskan kawasan pesisir dan sempadannya. Tidak mustahil pembelian pulau ini akan membolehkan negara asing dengan mudah memperluaskan kedudukan strategik mereka...

bangsa melayu memang tak pernah di jajah...cuma bangsatnya budaya melayu yang dah lama di jajah...!!!

 

NI LA BUKTI TANAH MELAYU TAK PERNAH DIJAJAH
SAMPAI LA NI DAH JADI MALAYSIA PUN
KITA TAK PERNAH DIJAJAH
KAH! KAH! KAH!

YANG DOK SAMBUT MERDEKA TIAP TAHUN TU
BUKAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN
ITU PESTA MUDA-MUDI
KAH! KAH! KAH!

HEBATNYA PAKAIAN BANGSA KITA
LEBIH HEBAT DARI BANGSA PENJAJAH
KAH! KAH! KAH!

Wednesday, September 21, 2011

Karut Marut kerajaan UMNOPORNO Najib 1 malaysia Terkini....!!!

Karut, mana ada kes sejarah dibicara di mahkamah

BUTTERWORTH, 21 Sept: Peguam Mohamed Hanipa Maiden menganggap kes yang melibatkan Mohamad Sabu sebagai kes 'karut' kerana mana ada kes yang berhubung sejarah dibicarakan di mahkamah melainkan di Malaysia.

Sepatutnya, kata beliau ia dibawa ke medan pentas akademik bukan ke mahkamah seperti mana hari ini.

Pagi tadi, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu telah dibebaskan pada pukul 12.15 tengah hari dengan ikat jamin RM15 ribu.

(Gambar: Mohamad bercakap kepada media selepas dibebaskan oleh mahkamah.)

Jika sabit kesalahan beliau boleh dikenakan tahanan dua tahun penjara, didenda atau kedua-duanya sekali.

Kes beliau akan disebut sekali lagi pada 27 Oktober ini dan dibicarakan pada 5 hingga 9 Disember depan di Mahkamah Sesyen di sini.

Beliau dibela oleh Hanipa Maidin dan Amirudin Zulkiply manakala pendakwaan dilakukan oleh Mohamad Hanafiah Zakaria, Ishak Mohd Yusuf dan Suhaimi Ibrahim di hadapan Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajudin.

Turut hadir memberikan sokongan moral kepadanya ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Khalid Man, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubang Rotan, Kedah, Nasir Mustaffa dan ramai lagi kepimpinan PAS dari Pulau Pinang dan Kedah.

Sementara itu, Mohamad berkata, beliau sedia dibicarakan dan yakin kesnya akan mencapai kemenangan demi memperbetulkan fakta sejarah yang telah diselewengkan oleh penjajah.

Umno juga ujarnya, akan kalah untuk mempertahankan fakta yang salah sekaligus meranapkan impian Barisan Nasional (BN) untuk meneruskan pemerintahan negara ini.

"Saya yakin seyakin-yakinnya kita boleh menang kes ini dan Umno tewas dalam hal persejarahan Malaysia ini," tegas beliau ketika berucap ringkas di luar mahkamah.

Katanya, Umno dan BN hanya mahu menggambarkan perjuangan mereka sahaja yang betul mengenai kemerdekaan negara.

"Umno dan BN hanya mahu mengambarkan perjuangan mereka sahaja yang betul tentang kemerdekaan dengan membelakangkan perjuangan orang lain walaupun mereka lebih ke hadapan menentang penjajah," katanya

Polis Diperintah Bayar RM900K...Produk Berkualiti KPN Untuk Mengainayai Rakyat...Sambil Santai Santai makan Gaji Buta...!!!

Polis diperintah bayar RM900,000 akibat kecuaian

gambar hiasan...ini salah satu dari mangsa kekejaman polis...aminul rasyid

Seorang lelaki yang lumpuh akibat ditembak polis hari ini berjaya dalam tuntutan samannya apabila Mahkamah Tinggi memerintahkan pihak polis membayar ganti rugi berjumlah RM900,000.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Siti Khadijah S. Hassan Badjenid memerintahkan Lans Kopral Nadzri Ahmad dan Ketua Polis Negara membayar jumlah itu meliputi kos tambang ke hospital, kos ulang alik sebagai pesakit luar, kos beg kencing, kehilangan pendapatan dan lain-lain.

Dalam penghakimannya Siti Khadijah berkata perbuatan Nadzri yang melepaskan tembakan terhadap Johari Kasman, 28, (plaintif) jelas menunjukkan salah guna kuasa dan terdapat percanggahan antara keterangan pakar dan afidavit pembelaan berhubung jarak tembakan dilepaskan.

Katanya semasa kejadian Nadzri bertugas dengan memakai pakaian preman dan menahan plaintif kerana berkelakuan mencurigakan tetapi plaintif enggan berhenti hingga timbul pergelutan.

Siti Khadijah berkata walaupun kejadian tembakan itu berlaku, Nadzri tidak melepaskan tanggungjawabnya begitu sahaja malah bertindak membawa plaintif ke hospital.

"Defendan pertama telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Berat mata memandang, berat lagi memikul tanggungjawab. Plaintif mempunyai empat rekod jenayah lampau yang kesemuanya kesalahan mencuri kenderaan.

"Defendan berkata ketika kejadian (23 Oktober 2004) plaintif memandu menggunakan motosikal curi dengan nombor pendaftaran palsu, tetapi defendan tidak mempunyai bukti bahawa plaintif terlibat pada hari itu," katanya.

Pada 18 Oktober 2007, Johari mengemukakan saman terhadap Nadzri dan Ketua Polis Negara kerana cuai hingga menyebabkannya lumpuh setelah ditembak di belakang.

Johari mendakwa Nadzri tidak memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan gagal memberi amaran sebelum menembaknya.

Menerusi pembelaan, kedua-dua defendan berkata tindakan menembak itu bertujuan mempertahankan diri dan sebelum pergelutan berlaku plaintif bertindak menghayun topi keledar beberapa kali hingga terkena kepala Nadzri.

Katanya Plaintif juga cuba merampas pistol defendan.

Sepanjang prosiding Johari memanggil empat orang saksi manakala defendan seramai enam orang.

Peguam V Rajadevan mewakili Johari dan Peguam Kanan Persekutuan Mariam Hasanah Othman mewakili defendan. - Bernama

Polis disaman kerana didakwa seksa lelaki

Tiga tahun lalu, langsung tidak pernah terlintas di fikiran Prabakar Bala Krishna bahawa dia akan menderita kerana perkara-perkara yang dia sendiri tidak terfikir sanggup untuk melakukan

Apabila dia dicekup oleh polis pada malam 23 Dis, 2008 - bersama-sama dengan seorang lagi individu, Solomon Raj Chandran - beliau anggap bahawa ia hanya satu pemeriksaan anti-jenayah yang lazim dan tidak akan mengambil masa yang lama untuk selesai.

Walau bagaimanapun, menurut Prabakar, apa yang dialaminya pada hari-hari selepas itu telah meninggalkan dia dengan trauma dan ketakutan sehingga hari ini.

Selepas lima hari dalam tahanan polis, Prabakar dan Solomon akhirnya dibebaskan dengan kecederaan yang parah - badan mereka melecur. Mereka mendakwa polis mencurah air panas ke atas mereka semasa soal siasat.

"Apabila mereka tangkap saya, mereka hanya beritahu saya bahawa saya disyaki sebagai seorang penjenayah. Saya ikut mereka kerana saya fikir mereka hanya mahu periksa air kencing saya," kata Prabakar yang bertutur dalam bahasa Tamil.

"Tetapi apabila kami sampai (balai polis) Brickfields, mereka mula pukul saya. Bila saya tanya mereka mengapa, mereka arahkan saya supaya senyap dan paksa saya akui pelbagai tuduhan jenayah yang saya enggan lakukan."

Prabakar bersama Solomon berada di kompleks mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur hari ini, untuk bersama-sama memfailkan saman ke atas lapan anggota polis dan kerajaan berhubung dakwaan disiksa. Mereka diiringi peguam merea, N Surendran.

Selain melecur, mereka juga mendakwa polis telah berulang-kali membelasah mereka. Dalam kes Prabakar, dia mendakwa digantung dari kipas siling dengan seutas tali dan diugut akan dibunuh menggunakan tali berkenaan.

Prabakar mendakwa pada hari dia dibebaskan, pihak polis telah memberi amaran kepadanya supaya tidak memberitahu sesiapapun tentang penyeksaan itu, lebih-lebih lagi kerana terdapat parut di perut dan badannya.

"... dan jika sesiapa yang bertanyakan mengenai kesan melecur itu, hanya beritahu bahawa saya tertumpah sup mee panas ke atas diri sendiri," kata pemandu lori berusia 30 tahun itu.

Prabakar berkata, dia dalam ketakutan sejak kejadian itu dan terpaksa mendapatkan rawatan psikiatri. Katanya, doktor yang merawatnya telah mengesahkan dia mengalami trauma yang teruk. -mk

Tarbiyah UMNOPORNO...bekas ahlet sukan jadi ahlet ROGOL.....Kena Jel 5 tahun Buat Projek Dengan Anak ( ABU )

Bekas atlet boling Sukan Malaysia (Sukma) negeri, Nor Afizal Azizan, 20, yang sebelum ini dilepaskan dengan bon jaminan berkelakuan baik selama lima tahun tanpa cagaran RM25,000 atas kesalahan merogol seorang gadis bawah umur tahun lalu, dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi, di sini, semalam.

Hakim Datuk Ahmad Nasfy Yasin membuat keputusan itu selepas meneliti secara terperinci fakta kes dan keseluruhan hujahan timbalan pendakwa raya (perayu) dan peguam tertuduh (responden) pada prosiding rayuan silang itu.

Beliau turut menegaskan mahkamah perlu berhati-hati menggunakan peruntukan Seksyen 294 Kanun Acara Jenayah (KAJ) bagi kes rogol.

“Mengikut fakta, kedua-dua pihak iaitu mangsa dan responden sepatutnya dipersalahkan kerana mangsa juga sukarela dalam kejadian rogol ini. Namun, ini kesalahan serius walaupun ada fakta responden seorang atlet Sukma dan punya masa depan cerah, ia tidak cukup untuk mahkamah memberi pertimbangan hukuman mengikut peruntukan Seksyen 294 KAJ.

“Kesalahan Seksyen 376 Kanun Keseksaan ini dilaporkan berlaku setiap hari ketika ini, sebab itu timbul isu buang bayi dan sebagainya.

“Jika mahkamah mengesahkan perintah seksyen berkenaan, bermakna ia mengizinkan kejadian (rogol) berlaku,”katanya.

Ahmad Nasfy berkata, jika mahkamah meneruskan perintah Seksyen 294 KAJ akan menjadi rujukan yang tidak berpatutan (bad president) kepada mahkamah rendah dalam kes berkaitan selepas ini.

“Terpulang kepada mahkamah atasan menimbang keputusan ini. Atas semua sebab dinyatakan ini, saya mengubah keputusan hukuman dan perintah Seksyen 294 KAJ diketepikan dan diganti penjara lima tahun mulai hari ini (semalam),” katanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ifa Sirrhu Samsudin merayu diketepikan keputusan hukuman Mahkamah Sesyen bertarikh 5 Julai lalu dan berhujah atas beberapa faktor, perbezaan umur responden dan mangsa, isu tiada paksaan atau suka sama suka serta status responden sebagai atlet boling bukan ‘tiket’untuk mendapat hukuman ringan.

“Beza umur responden enam tahun dengan mangsa sepatutnya dia lebih matang memikirkan kesan dan akibat perbuatannya. Malah, sebagai pemain boling dia sepatutnya menjaga imejnya dan tidak melakukan perbuatan salah di sisi agama Islam dan undang-undang.

“Selain itu, dia tidak patut menggunakan statusnya untuk dapatkan hukuman rendah.

Adakah semua atlet mesti diberikan peluang seperti responden jika melakukan kesalahan?” katanya.

Gejala macam Ini UMNOPORNO Tak Ambil Peduli Puncanya....Rogol Anak Saudara 13 Tahun Di Bangsal

Seorang buruh sanggup menjadikan anak saudaranya sebagai hamba seks dengan merogolnya walaupun ketika itu mangsa baru berumur 13 tahun satu bulan dan masih di bangku sekolah.

Tertuduh, Azam Wahab, 33, dari Felda Bukit Bading, Ajil, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap anak saudaranya pada 21 Ogos lalu kira-kira jam 4 petang.

Selepas pengakuan bersalah tertuduh direkodkan, hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris menetapkan 25 September depan sebagai tarikh keputusan kes.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh pada 21 Ogos lalu kira-kira jam 4 petang di bangsal kebun limau, Kampung Peroh, Ajil, Hulu Terengganu telah merogol mangsa, 13 tahun satu bulan.

Dengan itu, tertuduh didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa raya Masriwani Mahmud manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam bela.

Mengikut fakta kes, pada 24 Ogos lalu kira-kira jam 5.30 petang, ibu mangsa berusia 31 tahun yang ketika itu berada di rumah di jalan Pasir Akar, Kampung Gong Duek, Jertih, Besut telah menerima panggilan telefon daripada adik perempuannya, memberitahu anaknya disyaki telah dirogol.

Ini sebab, mangsa dilihat sentiasa memegang kemaluannya dan sering kali mengadu sakit di bahagian itu tetapi apabila ditanya, mangsa enggan menceritakan hal sebenar dan hanya mendiamkan diri.

Bimbang perkara buruk mungkin berlaku terhadap anak saudaranya itu, Rosmaini menyuruh kakaknya pulang segera ke rumah mereka di Felda Jerangau Barat, Ajil untuk menyoal mangsa sendiri.

Keesokan harinya iaitu 25 Ogos lalu kira-kira jam 8 malam, ibu mangsa telah pulang ke rumah dan terus menyoal mangsa. Setelah dipujuk, mangsa memberitahu dia telah dirogol oleh tertuduh, iaitu adik ipar bekas suaminya yang dikenali dengan nama ‘Boyeng’ di bangsal kebun limau di Kampung Peroh, Ajil, Hulu Terengganu. -SH

Tindakan Wajar Di Puji...Zizan Mohon Maaf Kontroversi Hantu Bonceng

Pelakon filem 'Hantu Bonceng Mohd Razizan bin Abd Razak atau lebih dikenali sebagai Zizan telah memohon maaf secara terbuka dan menjelaskan isu dialognya yang dikatakan menghina Nabi Muhammad malam tadi.

Menerusi laman Twitternya, Zizan mengakui kesilapan beliau dan menjelaskan beliau langsung tidak berniat untuk menghina agama Islam dan menyatakan terdapat 4 ulama dalam Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang telah meluluskan tayangan filem tersebut.

Dua 'post' laman twitternya ialah

"Sy (saya) faham.apa yg salah..salah jugak.tp (tapi) pasal hina Islam mmg jauh dri otak pkiran sy la..xde(tiada) lgsung terniat.ini adalah Agama dan Rasul sy(saya)..Maaf skiranya sy(saya) silap.

"salam..xkan(takkan) la sy(saya) nk(nak) hina Rasul sy(saya) sendiri..kan dlm(dalam) babak perkataan setan 2(itu) di aju kan pada kunyit..dan dlm(dalam) penapisan film ade 4 ulama..dan telah pn(pun) di luluskan film ini.."

Sebelum ini menyatakan filem 'Hantu Bonceng' yang diarahkan oleh Ahmad Idham Ahmad Nazri itu mengandungi satu babak yang dilakonkan secara jelas menghina Rasulullah SAW apabila Zizan menyebut "Asyhadu anna Muhammadar Syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan".

Filem dengan durasi 90 minit itu ditayangkan di panggung wayang di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 31 Ogos lalu dan dikatakan mencipta sejarah dengan kutipan terbesar dalam musim perayaan dengan jumlah RM 5 juta untuk lima hari tayangan.

Kepada Zizan , beliau wajar di puji kerana  berani mengakui kesilapan lalu memohon maaf secara terbuka.

Bagaimanapun beliau mempersoalkan mengapa pengarah dan penerbit filem tersebut Ahmad Idham masih berdiam diri sehingga sekarang.

Sekalung tahniah kita ucapkan kepada saudara Mohd Razizan bin Abd Razak yang telah mengakui kesilapan lalu memohon maaf secara terbuka. Kita sangat menghormati sikap sedemikian .. Sewajarnya juga pihak pengarah  Filem Hantu Bonceng iaitu saudara Mohd Idham  memohon maaf kerana mencetus kekeliruan kepada masyarakat awam..


Filem Malaysia sepatutnya dapat diangkat sebagai karya seni yang indah dan baik tanpa melanggar batas syariat dan mencacatkan keindahan Islam seperti filem dari Iran "Under The Moonlight" yang memenangi 6 award diperingkat antarabangsa pada tahun 2001 dan "Children of Heaven" pada 1997.

Bebaskan industri filem negara dari serkap filem yang rendah mutu, terkepong dalam realiti masyarakat yang tidak sepatutnya dibanggakan dan filem yang mengeksploit batang tubuh wanita, keseksian, kelucahan dan ketahyulan sebagai azimat pelaris tayangan di pawagam...

Tuesday, September 20, 2011

padah bercinta dengan pengkid....Maut Ditikam Akibat Cemburu

USUNG...anggota polis mengangkat jenazah Suriani yang ditikam rakan serumah.

SUNGAI PETANI: “Abah, ada orang pengsan di depan rumah,” kata pesara tentera, Azmi Md Salleh, 50, mengungkap semula kata-kata anak lelakinya yang memaklumkan kejadian seorang wanita pengsan dan berlumuran darah di depan rumah mereka di Taman Semarak, Sungai Pasir, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 5.30 petang, wanita pengkid berketurunan Siam berusia 25 tahun itu menikam teman serumahnya, Suriani Md Saad, 29, yang juga rakan sekerjanya di sebuah kilang di Bakar Arang, dekat sini, menggunakan sebilah pisau akibat cemburu.

Suriani meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu rumah sewa mereka sebelum mayatnya ditemui penduduk berhampiran.

Suspek kemudian bertindak menikam dirinya sebelum dipercayai cuba meminta pertolongan daripada jiran.

Azmi yang sedang berehat di rumahnya segera keluar dan terkejut apabila mendapati seorang wanita dalam keadaan lemah tiba-tiba rebah di tepi pintu rumahnya.

Menurutnya, dia kemudian menarik wanita berkenaan masuk ke rumahnya lalu menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Pra Olimpik : Malaysia 3 Jepun 0

Kemenangan Malaysia ke atas Jepun dengan jurang tiga gol berlaku pada 23 September 1971, dalam kelayakan Olimpik Munich 1972 , maknanya genap 40 tahun lalu, hasil hatrik Syed Ahmad Abu Bakar, warden penjara kelahiran Johor yang berkelana ke Pulau Pinang dan Perak.

(Gambar sebelah) : Bek kanan Dell Akbar dan penyerang utama, Syed Ahmad, gambar di IJN 2003...
Kesebelasan negara - Wong Kam Fook, Dell Akbar Khan Hyder Khan, M. Chandran, Soh Chin Aun, Namat Abdullah, V. Krishnasamy, Hamzah Hussein, Wong Choon Wah (Yap Eng Kok), Salleh Ibrahim, Looi Loon Teck, Syed Ahmad Abu Bakar.

Hasil umpanan lintang Loon Teck, Syed Ahmad menanduk gol pertama. Choon Wah melorongkan bola sebelum Syed Ahmad memperdayakan penjaga gol, Kenzo Yokoyama untuk gol kedua sebelum Syed Ahmad sekali lagi menanduk gol ketiga hasil umpanan Loon Teck. Syed Ahmad ini media darling, handsome dan terror main zaman tu. Tapi sekarang dah dilupakan ketika rakan-rakannya ramai dah dapat Datukship. Malangnya, dia tercedera di bahagian belakang dan kempunan ke Sukan Olimpik di Munich. Dell pun injured.

Selepas kemenangan bergaya itu, Dave McLaren melihat luka di kaki Syed Ahmad dan sanggup menjilat luka itu.."I fought for you, Syed, I fought for you," merujuk kepada keputusan jurulatih Jalil Che Din yang seawalnya mahu meletakkan Eng Kok sebagai top striker.

Sumber : Blog Rizal Hashim

jangan layan mangkuk porno UMNO...isu beli kereta gah bagai nak runtuh dunia...khir toyol buat istana bali dan menteri tibai duit zakat tak mau cerita arrr...!!!



Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengakui Kerajaan Negeri ada membeli sebuah kereta Mercedes Benz model S Class bernombor KCX 8 tetapi menafikan ia untuk kegunaannya sendiri.
“Betul kita ada beli tetapi kereta itu lebih untuk kegunaan tetamu kenamaan yang datang ke negeri ini, bukan untuk saya sendiri guna.Saya sendiri lebih suka guna kereta lama KBV 8 yang dibeli oleh kerajaan dahulu. Walaupun kereta itu selalu rosak malah pernah breakdown di Kuala Lumpur tetapi setakat ini, saya masih gunakan yang itu,” katanya.

Mengenai kereta KCX 8, Azizan berkata, kereta itu pernah digunakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika kunjungannya ke Kedah selain Tengku Mahkota Johor sewaktu mengikuti latihan penerjunan di Kuala Nerang selama seminggu, tidak lama dulu.
“Kita beli sebab ada keperluan. Hanya sebuah kereta dibeli untuk dijadikan kereta rasmi Menteri Besar yang turut digunakan oleh kenamaan yang datang ke Kedah,” katanya.
Azizan turut menyangkal dakwaan kononnya beliau cuba menyembunyikan kereta KCX 8, sebaliknya berkata, kereta itu jarang digunakan kerana tujuan asal adalah sebagai kereta rasmi tambahan untuk kenamaan.

Menurutnya, sepanjang tahun ini, hanya sebuah kereta dibeli untuk kegunaan Menteri Besar, manakala sebanyak lima kereta Toyota Camry dan empat kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner dibeli pada 2010 bagi menggantikan kereta Exco dan pegawai kanan yang sering rosak.
“Takkan pula kereta yang sering rosak masih nak digunakan, sampai masa, tetap perlu digantikan, termasuklah kereta saya, sebab yang sedia ada selalu rosak, tak salah beli sebagai persediaan apabila kereta itu rosak,” katanya.
Menurutnya, beliau juga lebih gemar berulang alik untuk urusan rasmi di Kuala Lumpur dengan kereta berbanding kapal terbang, dan adalah wajar untuk memiliki dua kereta rasmi supaya urusannya tidak terjejas.

“Perjalanan dengan kereta lebih jimat berbanding tambang kapal terbang. Itu yang saya usahakan selain mudah untuk bergerak di sana. Dengan kapal terbang pun ada ketika jadual tertangguh. Sebagai ketua kerajaan, saya tak boleh ikut macam itu kerana ia melibatkan urusan negeri, jadi saya lebih suka guna kereta kerana ia mudah untuk kita buat perancangan,” katanya.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman ketika dihubungi, mengesahkan kereta Mercedes Benz KCX 8 dibeli Kerajaan Negeri.

“KCX 8 didaftarkan pada 20 Jun 2011, manakala KBV 8 didaftar 5 April 2006. Kedua-dua kenderaan itu didaftar bawah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah,” katanya.
Beberapa penulis blog sebelum ini mempersoalkan pembelian kereta Mercedes Benz bernombor plet KCK 8 sama ada ia dibeli dengan wang Azizan sendiri ataupun oleh Kerajaan Negeri yang dikatakan berbelanja besar untuk kemewahan Menteri Besar.
Menjawab soalan Sinar Harian, Azizan menafikan ada membeli kereta bernombor plet KCK 8 sama ada oleh dirinya sendiri mahupun Kerajaan Negeri. Hal itu turut dinafikan Pengarah JPJ negeri yang mengatakan kereta KCK 8 didaftarkan bawah nama indidivu yang tidak kaitan dengan kerajaan.
Soalan yang ditanya kepada Azizan adalah merujuk pada pernyataan penulis blog yang merujuk kereta itu sebagai bernombor plet KCK 8, bukan KCX 8 manakala nombor plet pada gambar kereta yang dipaparkan pula tidak jelas.

rentakinfo


jangan layan perkara macam ni. Buang masa saja. Awat depa tak bersuara langsung bila menteri-menteri UMPORNO buat rumah PULUHAN JUTA ringgit, beli kapal TLDM (OPV) sampai ENAM BILLION ringgit,sedangkan negara lain pun beli jenis yang sama dgn harga lebih murah, tibai duit zakat untuk biayai loyar..dan macam-macam serba mak nenek yang membazirkan wang negara?? Memang itu dasar UMPORNO-APCO.. PI MAMPUIH LA DEPA..!!

padah isteri curang...jadi makanan lintah gamaknya...!!!

Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!”

 

Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih menyedihkan ianya bukan sahaja melibatkan remaja malah lebih ramai di kalangan individu dewasa yang bujang mahupun yang telah berkahwin! Seperti yang pernah penulis kisahkan tentang kecurangan isteri dan balasan yang diterima akibat perbuatan menduakan suami, kini sekali lagi penulis ingin menceritakan azab seksa seorang wanita yang berkahwin tetapi masih melakukan seks bebas.

Kisah ini diceritakan kepada penulis oleh Bomoh Pakar Rawatan Sakit Cinta, En. Idris Zakaria yang kini menetap di Kampung Tasik Berangan, Pasir Mas, Kelantan. Kini beliau bergiat cergas berikhtiar mengubati masalah rumah tangga dan masalah cinta tidak kesampaian, mendapat cerita ini dari kes-kes yang telah diadukan kepadanya. Semoga kita mendapat manfaat dan pengajaran darinya.

“Dalam saya merawat seorang pesakit, saya telah dikhabarkan satu kisah tragis mengenai seorang isteri curang. Jamilah isteri kepada Husin masih jelita walaupun telah beranak pinak. Beliau pandai bergaya, bertudung litup, berkulit putih dan memiliki bentuk badan yang menarik. Jamilah mendapat sumber kewangan dengan cara berniaga kecil-kecilan iaitu dengan menjual beras seludup dari Thailand bagi membantu suami yang ketika itu hanya seorang petani di kampung.

Ketika itu kegiatan penyeludupan beras tidak dikawal oleh kerajaan seperti sekarang maka ramai para wanita melibatkan diri dengan berniaga beras seludup dari Thailand. Pendapatan hasil penjualan beras seludup tidak seberapa hanya boleh menampung hidup seharian sahaja.” Jelas En.Idris.

Suami Jamilah Husin berumur 50an ( bukan nama sebenar ) merestui pekerjaan isterinya itu. Husin juga nampak tidak selincah isterinya, beliau berjiwa lembut dan menurut apa sahaja kata isterinya tanpa banyak bantahan. Semakin lama peranan Husin sebagai ketua keluarga semakin pudar dek ketidaktegasan dirinya terhadap Jamilah yang semakin bebas ke sana ke mari.

Husin baik dan jujur orangnya dan tidak banyak perangai. Jamilah keluar masuk rumah dan melakukan pekerjaan kadang-kadang pulang lewat malam bahkan pernah juga tidak pulang untuk sehari dua tidak menjadi masalah pada Husin. Husin percaya akan apa yang Jamilah lakukan demi mencari wang dan membela nasib keluarganya.

Ramai wanita sekitar kampung Jamilah melakukan pekerjaan menjual beras seludup namun ianya hanya sekadar boleh menyara kehidupan ala kadar sahaja. Berbeza dengan Jamilah yang menampakkan sedikit mewah dengan gelang dan rantai emas yang banyak pada tubuhnya. Ramai orang mempertikai akan kelebihan Jamilah menampakkan mewah sebegitu. Maka ada beberapa orang yang ingin tahu bagaimana dia bekerja, sedangkan ramai juga yang melakukan pekerjaan sama namun tidak semewah Jamilah.

Semenjak itu banyak mata yang mengintip setiap pergerakan Jamilah tanpa disedarinya. Pada mula-mulanya rahsia Jamilah terbongkar ketika pihak Imigresen Thailand membuat pemeriksaan di sempadan maka tertangkap beberapa orang yang cuba menyeludup masuk beras dari Thailand termasuklah Jamilah ditahan sama ketika itu.

Namun setelah beberapa jam kemudian nampak Jamilah dilepaskan oleh seorang pegawai kastam Thailand dengan muka yang senyum dan beras seludupnya juga selamat dibawa balik ke Malaysia. Beberapa orang lain yang menyeludup masuk beras terpaksa membayar denda dan beras terpaksa dirampas Sikap tidak puas hati rakan-rakan penyeludup lain mula membuak-buak mengapa Jamilah terlepas sedangkan mereka menerima nasib sebaliknya. Maka siasatan dibuat oleh beberapa orang yang tidak puas hati berkenaan. Maka pada suatu hari mereka mendapat tahu rupa-rupanya Jamilah telah memberikan rasuah dengan Pegawai Kastam Thailand berkenaan dengan meniduri dirinya.

Malah rasuah tersebut bukan sekali dua bahkan telah banyak kali berlaku setiap kali tidak boleh membolosi diri ditahan Kastam Thailand di sempadan. Tidak lama kemudian dapat lagi berita mengatakan Jamilah juga membuat perniagaan sampingan ketika berada di Thailand. Rupa-rupanya Jamilah memperdagangkan tubuhnya sebagai pelacur dengan lelaki Thailand. Maka tidak mustahil Jamilah mampu membeli emas yang banyak.

Maka heboh diceritakan akan kisah Jamilah yang sedemikian rupa, orang ramai tidak hairan dengan kemewahan yang Jamilah miliki malah dicemuhi dan dipandang jijik terhadapnya oleh orang kampung serta masyarakat setempat. Tergamak Jamilah melakukan perkara terkutuk sedemikian semata-mata mencari sedikit kemewahan. Husin telah diberitahu gejala isterinya itu namun Husin tidak percaya cerita sedemikian dan membuat tidak tahu sahaja.

Husin yang sudah lewat 50an mungkin juga tidak segagah dahulu lagi manakala Jamilah berusia lewat 40an masih bernafsu tidak mustahil ianya satu perlakuan yang terdesak disamping minat pada wang. Husin hanya berserah pada Allah, hendak menuduh isterinya curang beliau tidak mempunyai cukup bukti dan tidak melihat dengan mata kepala sendiri.

Selang beberapa tahun kemudian Jamilah diserang sakit kepala lalu demam dan jatuh sakit. Makin hari makin teruk sakit Jamilah. Selang beberapa minggu kemudian Jamilah mengalami nazak yang teruk. Pada hari sakaratul maut Jamilah dikatakan menyalak seperti anjing untuk beberapa kali kurang daripada sepuluh salakan sebelum nyawanya habis. Jamilah habis nyawa dalam keadaan menyedihkan matanya terbeliak manakala lidahnya terjelir. Ahli keluarga yang berkumpul turut merasa pelik akan kelakuan Jamilah menyalak sebelum menghembuskan nafas terakhir dan mati dalam keadaaan yang sebegitu.

Upacara kematian seperti biasa orang kampung lakukan bagi menyempurnakan jenazah Jamilah. Setelah dikafankan liang lahad disukat dan digali tibalah masa untuk dikebumikan. Sebaik sahaja jenazah Jamilah dimasukkan ke liang lahad tiba-tiba didapati panjang liang lahad itu tidak mencukupi untuk menyimpan mayatnya. Mayat Jamilah diukur semula dan liang lahad di panjang sekali lagi namun masih tidak cukup panjang lagi. Diulangi kali ketiga dipanjangkan lagi liang lahad itu pun begitu juga masih tidak cukup panjang. Satu kejadian luar biasa telah berlaku mayat Jamilah disimpan begitu tanpa memanjangkan lagi liang lahadnya.

Setelah semua keluarga pulang ke rumah tiba masa untuk Husin membuat sijil kematian Jamilah pada hari itu juga. Bila diminta kad pengenalan daripada anak perempuannya kata anaknya itu, “Allah, abah sewaktu mengkafankan mayat ibu saya terletak kad pengenalan atas jenazah mak, bermakna kad pengenalan itu ada bersama mayat mak dalam kubur” Husin agak terganggu memarahi anak perempuannya itu namun terpaksa memanggil penggali kubur di situ agar menggali kembali liang lahad kubur arwah Jamilah yang baru beberapa jam dikebumikan tadi.

 

Maka kubur itu digali semula, alangkah terkejutnya beberapa orang yang mengikut Husin termasuk diri saya sendiri melihat mayat Jamilah telah didatangi beberapa ekor ulat seperti lintah namun bertaring menggigit tubuh mayat Jamilah. Husin mengenepikan beberapa ekor ulat itu beberapa kali namun ulat yang sama itu kembali ke tempat asal di mana ianya menggigit tubuh mayat Jamilah tadi. Kejadian itu amat pelik sekali.

Setelah itu mayat Jamilah terpaksa dipusingkan agar tangan boleh diseluk ke dalam bungkusan kain kafannya untuk mendapatkan kad pengenalannya. Dalam mengiringkan mayat Jamilah itu sekali lagi kejutan berlaku. Terdapat beribu-ribu ekor ulat seperti lintah bertaring itu berada di bawah mayat Jamilah . Segera kami menimbusnya kembali setelah berjaya mendapatkan kad pengenalannya itu.

Saya tidak dapat membayangkan akan apakah rahsia sebenarnya kejadian yang Allah pertunjukkan sebegitu. Namun saya terasa agak seram dan insaf bila melihat kejadian aneh sebegitu buat pertama kali dalam sejarah hidup saya. Di dunia lagi Allah sudah menunjukkan azabnya apatah lagi diakhirat kelak.

Saya boleh memberikan gambaran atas kejadian begitu bahawa kita manusia tidak boleh lari daripada azab pembalasan jika melakukan salah yang besar atau dosa yang besar. Bagi isteri-isteri tetapkan iman, jangan berlaku curang pada suami kita nescaya dosanya amatlah besar.

Dosa berzina sudah cukup besar tidak tertanggung bagi yang masih bujang, apatah lagi wanita yang bergelar isteri melakukan zina. Nauzubillah…hanya Allah sahaja yang mengetahui akan azabnya kelak.

Di dunia lagi sudah Allah tunjukkan maka sama-sama kita ambil iktibarnya supaya ianya tidak berulang lagi dimasa hadapan pada diri kita atau keluarga kita, minta disisihkan Allah.

p/s: Tak tau lah sejauh mana kebenarannya…sekadar untuk dijadikan tauladan kepada kita semua.

Inggeris benci Askar Melayu, sokong komunis

"Rejimen Askar Melayu telah ditubuhkan pada tahun 1933 atas desakan Sultan Perak, Yamtuan N.Sembilan, Raja Chulan dan Undang Rembau. Akan tetapi Inggeris telah melatih dan memberi senjata kepada komunis untuk melawan Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Kenapa Inggeris tidak memperkuatkan Askar Melayu? Adakah Inggeris lebih percaya komunis dari Askar Melayu kerana penubuhan Askar Melayu diilhamkan oleh Sultan Perak yang berjiwa rakyat dan menghayati agama Islam dimana baginda sendiri memberikan ceramah agama kepada rakyat pada ketika itu.

Perang Dunia Kedua menyaksikan bagaimana Hitler telah menubuhkan Divisyen Tentera Islam yang antaranya terdiri dari tentera Islam Bosnia. Turki juga menyebelahi Jerman ketika Perang Dunia Pertama. Malahan beberapa pemimpin Islam termasuk Mufti Palestin dikatakan telah menyokong Jerman untuk mengusir keluar penjajah Inggeris di negara mereka. Dan Jepun pula adalah sekutu Jerman semasa Perang Dunia Kedua.

Apakah misi Undang Rembau melawat Maharaja Jepun pada lewat tahun 1930an dimana Undang Rembau adalah antara orang yang paling kuat mendesak penubuhan Askar Melayu?

Nampaknya satu kajian sejarah mendalam perlu dilakukan akan semua persoalan ini, kerana sejarah itu sentiasa berulang. Apa yang berlaku di Bosnia, di Palestin dan di mana-mana ada kaitan dengan sejarah, perang dunia, komunis, Inggeris dan seterusnya.

Apakah Inggeris gusar kerana topi Askar Melayu pada ketika itu hampir sama dengan topi Divisyen Tentera Islam Jerman ketika itu , iaitu topi tarbus?

Semua fakta ini dan perbandingan Tarbus Askar Melayu dan Tarbus Divisyen Tentera Islam Jerman

 

 amkns

kerajaan sekat perempuan kahwin lagi dapat pencen pakai hukum apa...????

 

Dahulu memang kerajaan telah sekat perempuan yang dapat pencen suami berkahwin lagi. Ini dianggap sebagai zalim, kerana sekat perempuan untuk berkahwin semula.

Mengapa tidak? Seorang perempuan yang dapat pencen suami apabila berkahwin semula akan di mansuhkan pencen itu.

Atas sebab itu mereka yang terbabit miskipun masih muda tak berani nak kahwin lagi, kerana sudah hilang pencen.

Oleh kerana sayang akan pencen itu mereka mahu tak mahu akan membatal dan tolak akan lamaran sesiapa saja lelaki yang ada minat nak menjadikan mereka isteri.

Kini seseorang perempuan yang berkahwin selepas berpencen dengan lelaki yang ada pencen juga tak dapat pencen.

Ini juga dianggap sebagai zalim terhadap perempuan yang mengakhwini lelaki yang sudah berpencen.

Mengapa tidak? Kerana mereka yang berkahwin isterinya tak bekerja dan mendapat anak yang ramai apabila tak dapat pencen sudah membebankan.

Lebih lebih lagi anak mereka dalam masih tanggungan iaitu sebelum usia 18 tahun. Yang paling menyayat hati bagi mereka yang memiliki anak cacat yang memerlukan belanja yang tinggi.

Dari mana mereka hendak datangkan wang untuk menampungkan kos itu, sedangkan beberapa orang adik beradiknya masih dibangku sekolah.
Kerajaan harus buat kajian semula system perjanjian pencen bekas penjawat awam supaya boleh meringan beban bekas bekas isteri yang dikahwinkan selepas pencen.

Bayangkan seorang isteri yang sudah berkahwin selama dua puluh tahun dan mendapat anak enam orang yang sara hidupnya masih dibawah tanggungjawab ayah ketiadaan hasil untuk menyara anak anak.

Sangat menyayat hati dan menyedihkan apabila ayah sudah meninggal dunia.

 

Abdullah Ngah

Monday, September 19, 2011

wayang kulit Jais....Anak Pengarah Di Putrajaya Dicekup Khalwat Jam 3 Pagi

Anak pengarah disyaki khalwat

PUTRAJAYA: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan anak perempuan seorang pengarah agensi kerajaan beribu pejabat di sini kerana disyaki berkhalwat dengan teman lelakinya di sebuah hotel murah di Dengkil, dekat sini, awal pagi kelmarin. Gambar fail.

Difahamkan, perbuatan remaja perempuan berusia 19 yang bekerja sebagai kerani dan teman lelakinya berusia 26 tahun itu terbongkar selepas pegawai penguat kuasa JAIS dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) menyerbu bilik hotel disewa pasangan terbabit, kira-kira jam 3 pagi.

Sumber JAIS berkata, ketika serbuan anggota penguat kuasa JAIS dan MPSepang memberi salam, mengetuk pintu beberapa kali serta menunggu kira-kira setengah, sebelum ia dibuka seorang lelaki berpakaian lengkap.

Katanya, pihak berkuasa kemudian melakukan pemeriksaan lanjut, sebelum menemui seorang remaja perempuan berpakaian lengkap yang sedang bersembunyi di belakang pintu tandas bilik hotel terbabit.

"Ketika disoal siasat lelaki dan remaja perempuan terbabit mengaku mereka bukan pasangan suami isteri atau mahram yang sah. Malah, remaja berkenaan meminta dilepaskan kerana dia adalah anak seorang pengarah jabatan kerajaan di Putrajaya.

“Teman lelakinya pula merayu supaya dilepaskan kerana mereka sudah bertunang dan akan berkahwin tidak lama lagi.

"Bagaimanapun, helah pasangan terbabit terbongkar selepas remaja perempuan terbabit akhirnya mengaku bahawa mereka hanya kawan biasa dan tidak pernah bertunang dengan lelaki berkenaan," katanya ketika ditemui di sini.

Mereka adalah antara enam lelaki dan wanita berusia 19 hingga 27 tahun ditahan anggota penguat kuasa JAIS dan MPSepang dalam operasi cegah maksiat sempena sambutan Hari Malaysia di sekitar daerah Sepang, mulai jam 1 hingga 4 pagi, kelmarin.

Semua pasangan terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 29(1) (a) dan Seksyen 29(1) (b) Enakmen jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika didapati bersalah oleh mahkamah. -BH

rentakinfo

bagus JAIS, TERUSKAN KERJA MURNI INI (MENCEGAH MAKSIAT), TAPI KALAU ANAK MENTERI ATAU PM BERANI KE? ........., TANGKAP CICAK MENGKARUNG, CUKUP HEBAT. BERUANG, SERIGALA, HARIMAU BEBAS TANPA GANGGUAN.

Padah bangla di beri warga negara...Dah Besar kepala Sampai Nak Sebar Gambar Lucah Gadis Nak Putus Hubungan Dengannya...

Gadis diugut teman lelaki warga asing

 

JOHOR BAHRU - Seorang gadis berusia 23 tahun tertekan apabila bekas teman lelakinya, seorang warganegara Bangladesh mengugut akan menyebarkan gambar lucahnya selepas mangsa menyatakan hasrat untuk memutuskan hubungan cinta yang dijalinkan sejak beberapa bulan lalu.

Mangsa mendakwaugutan itu mula diterima sejak awal bulan lalu selepas dia menghubungi suspek dan menyatakan hasratnya untuk memutuskan hubungan mereka.

Lelaki berkenaan yang berusia 40-an, sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak itu dikatakan akan menyebarkan gambar lucahnya menggunakan laman web sosial kepada ahli keluarga, jiran dan kenalan yang lain.

Lebih memeritkan, lelaki itu juga turut meminta mangsa memulangkan semula wang berjumlah RM25,000 yang dibelanjakan sepanjang mereka bercinta sebagai syarat memutuskan hubungan.

Dipercayai gambar mangsa itu dirakam menggunakan telefon bimbit lelaki berkenaan ketika mereka menginap di sebuah hotel di Seremban, Negeri Sembilan, beberapa bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Ruslan Hassan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat gadis berkenaan berhubung ugutan diterima daripada bekas teman lelakinya itu.

Menurutnya, mangsa yang tertekan dengan ugutan daripada bekas teman lelakinya itu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Skudai, sejurus menerima kiriman gambar lucah berkenaan.

"Susulan laporan diterima, sepasukan pegawai dan anggota membuat serbuan di sebuah rumah dan berjaya menahan lelaki berkenaan untuk siasatan lanjut.

”Lelaki terbabit ditahan kerana mengugut mangsa dan siasatan kes sedang berjalan. Kami yakin dapat menyelesaikan kes ini dalam masa terdekat,” katanya. -SH

Kekasih ugut sebar gambar lucah

JOHOR BAHRU: Terjerat dengan cinta ‘Bollywood’ seorang gadis berusia 23 tahun tertekan selepas teman lelaki warga Bangladesh mengugut menyebarkan gambar lucahnya sejurus mangsa menyatakan hasrat memutuskan hubungan cinta terjalin beberapa bulan lalu.

Mangsa mendakwa bekas teman lelakinya yang berusia 40-an dan sudah berkahwin serta mempunyai tiga anak berang mengugut menyebarkan gambar lucahnya di Internet.

Difahamkan, suspek yang bekerja sebagai juruwang di sebuah syarikat kiriman wang ke luar negara turut menuntut mangsa memulangkan RM25,000 dibelanjakan ketika mereka bercinta sebagai syarat memutuskan hubungan.

Mangsa mendakwa diugut awal bulan lalu selepas menghubungi suspek dan menyatakan hasratnya memutuskan hubungan. Bagaimanapun, suspek yang berang menghubunginya dan mengugut menyebarkan gambar lucah wanita berkenaan.

Pada mulanya, mangsa menyangka ia hanya gurauan, namun terkejut melihat beberapa gambar lucahnya dikirim lelaki Bangladesh itu menggunakan e-mel, selain menerusi Kiriman Pesanan Multimedia (MMS).

Gambar lucah itu dipercayai dirakam menggunakan telefon bimbit suspek ketika menginap di sebuah hotel di Seremban beberapa bulan lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Ruslan Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan gadis berkenaan Rabu lalu. -hm

 

rentakinfo

 

macam pelacur  betina melayu haramjadah nie...Pertama, mangsa dah pun ambil duit Bangla itu RM25,000,
Kedua, mangsa mengetahui Bangla itu sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak,
Ketiga, dah bersama dengan Bangla itu di hotel beberapa bulan lalu apatah lagi kebodohan membenarkan gambar lucahnya diambil.Fikirkan, what kind stupid fool the girl was.

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here