cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, August 14, 2010

kamera pengintip di pejabat MB...taktik laknat dan yahudi UMNO-BN

Kamera Rahsia Di Pejabat MB Bukti Politik Desperado Umno-BN




Angkatan Muda KEADILAN Selangor menasihati dalang yang meletakkan kamera pengintip di pejabat Menteri Besar Selangor di bangunan SUK Selangor supaya melupakan niat jahat untuk memerangkap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ini kerana keikhlasan beliau menjalankan tugas serta melaksanakan tanggunbgjawab yang diamanahkan rakyat pada pilihan raya umum 2008 lalu dikagumi oleh pihak rakan dan lawan.
Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Penerangan AMK Selangor, Mohd Ezli Mashut berkata pihaknya membidas perbuatan tidak bertanggungkawab itu sambil menyifatkan tindakan tersebut jelas berniat jahat dan dilakukan oleh desperado politik.
"AMK Selangor yakin pihak berkenaan akan kecewa dan menemui kegagalan kerana jelas pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim selama ini mengamalkan prinsip ketelusan dan memerangi rasuah.

"Kita juga menggesa satu siasatan rapi dilakukan bagi mengenalpasti dalang yang meletakkan kamera pengintipan tersebut di bawa ke muka pengadilan.
"AMK Selangor berkeyakinan bahawa selama ini prinsip pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim yang bersih dan telus akan terus dipertahankan malahan AMK Selangor amat menyanjungi prinsip dan ketegasan Menteri Besar Selangor dalam soal memerangi rasuah di negeri ini," kata Mohd Ezli.

Sehubungan itu AMK Selangor bertegas perkara sedemikian di ambil perhatian serius agar kejadian serupa tidak berulang dan pihak yang bersubahat dikenakan tindakan undang-undang.

SK

Friday, August 13, 2010

Harta Taib Mahmud Di Luar Negara....SPRM mata buta atau makan gaji buta....!!!!


Pendedahan dua dokumen yang membuktikan hubungan langsung antara Ketua Menteri Sarawak dengan sebuah syarikat hartanah berpangkalan di Amerika Syarikat iaitu Sakti International Corporation, bukan sesuatu yang mengejutkan.

Hakikatnya, Tan Sri Taib Mahmud dan harta kekayaan di luar negara sudah sinonim di kalangan rakyat banyak. Hanya pihak berwajib seperti suruhanjaya pencegahan rasuah Malaysia atau SPRM sahaja masih membatukan diri.

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Baru Bian berkata rakyat Sarawak sudah lali dengan penyelewengan Taib Mahmud dan pada masa sama hilang kepercayaan terhadap SPRM untuk mengheret ketua menteri itu ke muka pengadilan.

Malaysiakini mendedahkan perjanjian bertulis lembaga pengarah Sakti International Corporation dengan adik beradik Taib Mahmud dan anak-anaknya memegang kepentingan 50 peratus bersamaan RM250 juta, bagi pihaknya.

Antara lain, Taib Mahmud menamakan adik beradiknya Onn dan Ariff, anak perempuannya Jamilah dan anak lelakinya, Mahmud dan Sulaiman.

“Ini adalah perkara yang diketahui ramai. Dan sudah dijangka dan disyaki dari dulu bahawa Taib Mahmud ada harta dan duit luar negera. Ini satu bukti yang kukuh," katanya kepada TV Selangor.

Sakti International dilapor memiliki beberapa hartanah di bahagian pantai barat Amerika Syarikat, antaranya bangunan Abraham Lincoln di Seattle, bangunan yang juga menempatkan pejabat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Unit Anti Pengganas Washington Fusion Centre.

Dalam konteks ini, Baru bian mempersoal sumber dana Taib Mahmud berkaitan hartanahnya di luar negara.

“Perkara sebegini yang besar berkaitan rasuah yang melibatkan berjuta- juta duit rakyat tidak dapat disiasat SPRM

Sebab itu, kita tidak yakin dengan SPRM kerana tidak membukti bahawa mereka efektif. Tiada siasatan. Sikit sahaja mereka laksanakan tugas untuk siasat,” katanya.

Bagi Baru Bian, harta rakyat mesti dijaga bukan diperlaku sesuka hati.

“Harta rakyat mesti dipulangkan. Saya percaya harta rakyat yang dicuri perlu dipulangkan kepada rakyat,” katanya.

TVS

Thursday, August 12, 2010

undang undang kepala bapak aku....3 lelaki ditahan mengikut ISA

Polis hari ini menahan tiga lelaki termasuk seorang warganegara Indonesia di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki terbabit dalam kegiatan yang boleh memudaratkan keselamatan negara dan dipercayai mempunyai hubungan dengan aktiviti kumpulan militan di luar negara.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini berkata, dua lagi lelaki yang ditahan adalah warganegara Malaysia.

Beliau berkata, warganegara Indonesia itu ialah Mustawan Ahbab, 34, seorang eksekutif pemasaran yang ditangkap di Bukit Indah, Ampang.

Katanya, warganegara tempatan yang ditahan ialah Samsul Hamidi, 34, seorang kontraktor yang ditangkap di Temerloh Pahang, dan Sheikh Abdullah Sheikh Junaid, 70, pengarah urusan sebuah syarikat yang ditangkap di Taman Melur, Ampang.

Ketiga-tiga mereka kini ditahan mengikut Seksyen 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, katanya.

Malaysiakini

Wednesday, August 11, 2010

Senarai hitam saman ekor, trafik ditarik balik sementara

Kabinet hari ini memutuskan untuk menarik balik tindakan menyenarai hitam kesalahan di jalan raya, buat sementara waktu, bagi membolehkan orang ramai memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan, bermula hari ini hingga 28 Feb tahun depan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha  berkata keputusan itu diambil setelah mendengar alasan, aduan dan rayuan orang ramai dan ahli jemaah menteri.

Tempoh itu diambil kira berikutan musim perayaan bermula dari sambutan Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Hari Krismas dan Tahun Baru Cina, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet di kementeriannya di Putrajaya.

"Namun tidak ada diskaun akan diberi kepada notis-notis sedia ada yang masih belum diselesaikan dan notis itu juga tidak akan dihapus kira," katanya.

"Pada masa yang sama kepada mereka yang disenarai hitamkan atau yang mempunyai notis-notis yang perlu dijelaskan, mereka tetap perlu menjelaskannya."

Katanya selepas 28 Feb 2011, tindakan senarai hitam itu akan dilaksanakan semula.

police parliament blockade traffic jams in city area 140708 05"Saya nasihatkan bahawa mereka yang mempunyai notis-notis itu perlu menjelaskan sekaligus atau secara ansuran."

police parliament blockade traffic jams in city area 140708 05
"Untuk mereka yang membayar dan menyelesaikan notis-notis itu dalam tempoh masa kelonggaran ini, mereka tidak akan dikenakan markah demerit.

"Sistem yang lebih terperinci supaya mereka yang mempunyai notis yang belum selesai, berapa lama mereka boleh memperbaharui lesen memandu dan untuk memperbaharui cukai jalan akan ditentukan dalam satu dua hari ini," katanya.

- Bernama

TEH TAREK PERASA BABI



Protes rakyat beri kesan pada kerajaan




Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Muhammad Sha'ani Abdullah mengaku bahawa protes rakyat terhadap syor saman ekor memberi kesan pada kerajaan.

"Hari ini, kementerian sendiri ataupun menteri sendiri mengatakan bahawa nilai saman akan dikaji semula.

"Itu adalah kesan daripada suara-suara yang membangkang atau boleh dikatakan menegur cara tindakan kerajaan selama ini," respons beliau pada inkues yang dibuat oleh badan bertindak Kempen Anti Saman Ekor (Kase) di kamar inkuiri awam Suhakam, di sini, hari ini.

Beliau turut mengakui pandangan Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar bahawa syor pihak berwajib menyenaraihitamkan serta menghalang pembaharuan cukai jalan serta lesen memandu sebagai mencabul hak asasi manusia untuk kenderaan berdasarkan Perkara 13 (Hak Terhadap Harta), Perlembagaan Persekutuan.

"Bukan kita mencabar atau menentang, tetapi memberikan hujah-hujah dan asas-asas mempertikai pelaksanaan (saman ekor) ini," ujarnya sambil mengulas beberapa inti relevan dari memorandum Kase.

Sehubungan itu, beliau secara peribadi mahu mengambil tanggungjawab supaya isu saman ekor yang didakwa merampas hak asasi rakyat mendapat perhatian Suhakam sebelum diketegahkan pada kementerian berwajib.

"Secepat mungkin setelah kami memperhalusi peraturan dan undang-undang, kami akan mengusul pada kementerian-kementerian berkenaan," ujar beliau.

Sebelum itu, Mahfuz yang juga Lajnah Pengguna PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Pokok Sena mendesak Suhakam mencadangkan 6 tuntutan pokok Kase pada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri) dan Datuk Kong Cho Ha (Menteri Pengangkutan).

Pertama, katanya JPJ dan Polis Trafik menghentikan kaedah menyenaraihitamkan dan menyekat pembaharuan lesen memandu serta cukai jalan supaya kembali selaran dengan peruntukan Seksyen 15, Akta Pengangkutan Jalan 1997.

Kedua, katanya, Polis Trafik Pasukan Bukit Aman digesa membatalkan semua notis saman ekoran yang gagal diserahkan pada mereka yang terbabit secara serahan tangan atau dibuktikan bersalah di mahkamah.

Ketiga, katanya lagi, Polis dinasihatkan mengikut prosedur biasa seperti peruntukan Seksyen 53, Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu hanya mempunyai kuasa memohon pada mahkamah memanggil mereka yang terbabit ke Mahkamah Seksyen untuk dibicarakan, bukan terus menghukum serta memeras kompaun.

Keempat, beliau berkata, JPJ wajar diarahkan supaya menghentikan sekatan mereka yang terbabit untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu kenderaan masing-masing walaupun dianggap sebagai pesalah laku trafik melalui perlaksanaan saman ekor.

Kelima, beliau berkata, pihak berwajib seharusnya menarik balik syor menyenaraihitamkan mereka yang terbabit dengan saman ekor sehinggalah dibuktikan bersalah oleh pihak berwajib sendiri di mahkamah.

Keenam dan terakhir, tegasnya, pihak berwajib digesa kembali menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Sarawak dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang vs Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawaka & Anor (2009) yang nyata menunjukkan kaedah saman ekor adalah bertentang dengan prinsip undang-undang sejagat serta Perlembagaan Persekutuan.

"Kalau pentadbiran Perdana Menteri 1Malaysia ini tetap mahu melaksanakan saman ekor ini, mereka bukan saja mencabul hak asasi kita, tetapi menghina hak dan keputusan mahkamah," ujar Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS.

Tuntas dari itu, beliau mempelawa seluruh akar umbi Umno BN supaya melancarkan 'protes senyap' dengan menolak kerajaan pusat yang sedia ada sekarang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Dalam perkembangan berkaitan, Dr. Siri Mariah Mahmud (Ahli Parlimen Kota Raja/PAS), Mohd Taufek Abdul Ghani (Adun Paroi), Hu Pang Chaw (Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS) serta Zulhazmi Shariff (peguam Kase) antara yang menyertai inkues bersama-sama Suhakam.

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here