cari maklumat di sini

Your Ad Here

Friday, May 6, 2011

Jadi kepala samseng...Pengarah sekolah budak budak samseng digantung tugas



Pengarah sebuah Sekolah Henry Gurney di Keningau, Sabah, telah dipindahkan dan digantung tugas sementara menunggu siasatan polis dan siasatan dalaman berhubung dakwaannya terbabit membelasah seorang pemuda pada lewat bulan ini.

Menurut akhbar tempatan, The Borneo Post dalam laporannya yang memetik sekretariat Jabatan Penjara dan ketua perhubungan awamnya, Supri Hashim berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan polis bagi menentukan hukuman yang setimpal ke atas pengarah itu.

Arahan itu berikutan dakwaan bahawa pengarah sekolah pemulihan akhlak berkenaan telah meminta sekumpulan rakannya bagi membelasah seorang lelaki berusia 23 tahun di sebuah kedai serbaneka sebelum tengah malam 29 April lalu.

Tindakan kumpulan berkenaan berjaya dirakamkan oleh kamera CCTV 24 jam yang dipasang di kedai berkenaan. Ia menunjukkan pemuda itu berulang-kali ditumbuk, tendang dan diterajang serta dipukul dengan pelbagai objek termasuk kerusi plastik dan tali pinggang.

Visual berkenaan sejak itu disebarkan secara meluas di Internet, khususnya di laman sosial Facebook.

Adalah dipercayai pengarah itu dan tiga yang lain ditahan pada 3 Mei lalu dan kenyataan mereka dirakamkan selepas mangsa, Ben Cheah Ping Xen, membuat laporan polis berhubung serangan ke atasnya itu.

Bapa mangsa, Cheah You Hock menuntut campur tangan "pihak berkuasa yang lebih tinggi" bagi memastikan “tindakan pantas dan bersesuaian” dikenakan ke atas pengarah itu dan rakan-rakannya.

Beliau juga merayu agar kes tersebut tidak ditutup begitu sahaja, lebih-lebih lagi ia dirakamkan di kamera keselamaatn kedai berkenaan dan tersebar di Internet.

Filem Korea punya hal...maruah diri tergadai...murahnya nilai seorang pompuan....!!!




Gara-gara terpengaruh menyaksikan filem terbaru Korea terbaru, seorang wanita berusia 23 tahun dirogol dua lelaki di sebuah rumah di Manjalara, Kepong, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa bijak diperdaya seorang lelaki berusia lewat 20-an yang dikatakan baru dikenali menerusi laman sembang sosial sejak dua bulan lalu untuk mengikut ke rumahnya sebelum dirogol.

Menurut sumber polis, mangsa pada mulanya dihubungi suspek sebelum mereka bertemu di sebuah restoran di kawasan Kepong, di sini.

“Keghairahan mangsa terhadap filem Korea digunakan suspek dengan mengatakan dia sudah menonton filem berkenaan di rumahnya selepas membeli cakera padat video (CD) beberapa hari lalu.

“Suspek mempelawa mangsa ke rumahnya untuk menonton filem berkenaan. Pada mulanya, mangsa menolak kerana bimbang dengan keselamatannya,” katanya.

Sumber polis berkata, bagaimanapun selepas makan dan diyakinkan suspek bahawa dia tidak akan menyentuh mangsa selain berjanji menjaga keselamatannya, wanita terbabit bersetuju.

“Malah, suspek dikatakan memberitahu dia tinggal berseorangan kerana rakan serumahnya pulang bercuti di kampung.

“Mangsa dibawa ke rumah suspek dengan sebuah motosikal. Sebaik tiba, suspek mengarahkan mangsa masuk ke biliknya dan menonton filem berkenaan dengan menggunakan komputer miliknya manakala, suspek turut berjanji menunggu mangsa di luar sambil menonton rancangan televisyen,” katanya.

Sumber berkata, kira-kira 30 minit, suspek masuk ke dalam bilik sebelum memaksa mangsa melakukan hubungan seks dengannya.

“Mangsa cuba melawan tetapi gagal.

“Penderitaan mangsa tidak berakhir begitu saja sebaliknya turut dirogol rakan serumah suspek yang pulang selepas itu,” katanya.

Selepas dirogol, mangsa dihantar pulang ke rumah dan suspek mengarahkannya supaya tidak membuat laporan polis selain berjanji akan bertanggungjawab terhadap kejadian itu.

Namun, selepas dinasihatkan keluarga dan rakan, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Difahamkan, kes berkenaan disiasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) dan sehingga kini suspek masih belum ditahan polis namun pihak berkuasa sedang memburu mereka.


P/s: Senang betul perempuan skearang diperdayakan oleh lelaki lahanat! Sila ambil pengajaran!

Ilham toyol ....Tarikh Pilihanraya Bergantung Kepada Tahyul "11" Najib....???.....muakakakaka....!!!!



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mencetuskan teka-teki bahang pilihan raya umum ke-13 dengan berkata ia mungkin diadakan pada satu tarikh atau bulan yang mempunyai nombor kegemarannya, 11.

Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional, berkata kesukaannya pada nombor itu menyebabkan ramai pihak meramalkan bahawa pilihan raya umum kali ini akan diadakan pada 11 November tahun ini (11.11.11).

Beliau berkata demikian ketika menjadi jemputan khas program pagi stesen radio Hot.fm di Sri Pentas di sini.

Ketika ditanya lanjut oleh wartawan selepas program satu jam itu, Najib berkata tarikh itu ditimbulkan oleh pihak yang suka membuat teka-teki tarikh pilihan raya “untuk mengisi masa terluang”.

“Saya rasa elok diteruskan teka teki ini,” katanya.

Bagaimanapun, Najib menekankan perlunya untuk kerajaan BN terus bekerja melaksanakan program-program transformasi bagi menyakinkan rakyat.

“Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa, tak semestinya pada (bulan) 11 ataupun 11 haribulan.

“Ini merupakan satu proses, selagi semboyan belum dibunyikan, kita masih buat kerja,” kata Perdana Menteri.

Apabila diminta mengulas lanjut sama ada kemungkinan tarikh tersebut besar, Najib berkata: “Tarikh itu ada kaitan dengan hidup saya, tapi sama ada pilihan raya itu…Wallahhualam”.

Terdahulu dalam program itu, beliau turut menjelaskan buat pertama kalinya kaitan nombor 11 pada dirinya.

Najib berkata nombor itu timbul dalam beberapa peristiwa penting dalam hidupnya.

Antaranya ialah Allahyarham ayahandanya, Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922, ibunya Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933, hari lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan, dan Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946.

Najib menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 (1982-1986) dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11.

Nombor plat kereta rasmi beliau juga bernombor 11. - Bernama

Thursday, May 5, 2011

Gambar Mayat Serangan Amerika ...tak seorang pun serupa OBAMA...!!!muakakakaka...!!!









Gambar yang diperoleh Reuters dan dirakam sejam selepas serangan tentera Amerika Syarikat terhadap kediaman Osama bin Laden di Abbottabad, Pakistan, menunjukkan mayat tiga lelaki berlumuran darah.

Mereka bagaimanapun tidak bersenjata.

Gambar itu yang dirakam pegawai keselamatan Pakistan yang memasuki kediaman itu selepas serangan berkenaan menunjukkan dua lelaki berpakaian tradisional Pakistan dan seorang berpakaian kemeja-T dengan darah mengalir di telinga, hidung dan mulut masing-masing.

Pegawai itu yang enggan dikenali menjual gambar itu kepada Reuters. Tidak seorang pun daripada mereka kelihatan seperti Osama.

Presiden Barack Obama enggan mendedahkan gambar mayat pemimpin al-Qaeda itu kerana ia boleh mencetuskan keganasan dan dijadikan alat propaganda al-Qaeda.

Berdasarkan masa yang tertera, gambar yang dirakam paling awal ialah pada 2 Mei, 2.30 pagi, kira-kira sejam selepas serangan yang membunuh Osama berakhir.

Gambar lain dirakam antara jam 5.21 pagi dan 6.43 pagi.

Reuters yakin kesahihan gambar yang dibelinya itu kerana maklumat dalam gambar berkenaan menunjukkan rangka helikopter, sama dengan butir daripada gambar yang diperoleh sebelum ini. Tentera Amerika Syarikat kehilangan sebuah helikopter dalam serangan itu akibat masalah mekanikal. Ia kemudian dimusnahkan. - Reuters

tragedi seorang pejuang



Ftinah yang mencurah-curah menimpa Anwar Ibrahim selama ini adalah hasil tekanan hebat Anwar terhadap UMNO dalam usaha berani beliau mendedahkan segala kepincangan isu rasuah dan salahguna kuasa yang berlaku didalam UMNO selama ini.

Hasil tekanan yang diberikan Anwar ini maka UMNO dilihat amat rimas akan manusia bernama Anwar ini selagi dia hidup dalam dunia politik negara.

Maka UMNO hakikatnya amat terdesak serta takut dengan segala pendedahan yang dibuat oleh Anwar oleh itu satu perancangan besar terpaksa direkayasa walaupun mereka tahu akan akibatnya.Namun pilihan lain sudah tiada bagi UMNO untuk berhadapan dengan mantan panglima UMNO ini.

UMNO terpaksa mengganyang Anwar dengan isu-isu seks,rasuah, pengkhianat agama dan bangsa,ejen yahudi dan banyak lagi.Namun ternyata Anwar begitu liat untuk ditewaskan.Sudah tahap nyawa ikan pun Anwar mampu bangkit dan terus menentang secara berhabisan walaupun kecedaraan teruk yang dialaminya.Inilah kehebatan Anwar yang amat merunsingkan UMNO. Anwar lebih liat dan kuat dari Hadi Awang,Nikk Aziz,Mat Sabu, Azmin Ali,Lim Kit Siang,Karpal Singh dan satu ketika yang pernah menetang UMNO iaitu Tengku Razali mereka-mereka ini tidak seliat Anwar dan tidak begitu mengancam UMNO.

Anwar berjaya mengubah lanskap politik Malaysia setelah dibuang dari UMNO dan kerajaan.Trajedi yang menimpa beliau telah membuatkan rakyat Malaysia mula celik serta matang dalam menelaah isu-isu politik negara dan sudah berani melakukan protes secara berdepan dan berkumpulan besar.Perubahan-perubahan besar rakyat terhadap isu-isu politik dilihat begitu mengancam kedudukan UMNO yang mahu terus berkuasa sehingga akhirnya. Anwar adalah penyebab perubahan ini maka Anwar perlu terus diserang secara bertali arus hingga hancur ranap supaya beliau mengangkat bendera putih.

Namun sangkaan UMNO jauh meleset Anwar masih bangkit dan terus bersemangat dalam meneruskan perjuangan beliau untuk berperang dengan UMNO walaupun tinggal satu tangan dan kaki asalkan selagi Anwar bernyawa perjungan menentang segala kemungkaran UMNO wajib ditegakkan hingga menang.Itulah kehebatan bekas panglima besar UMNO ini yang mempunyai semangat juang yang begitu kental dan tinggi sekali.

Untuk fitnah terbaru iaitu isu rakaman video seks yang didakwa bahawa pelakunya adalah Anwar kali ini kita dapati keadaannya begitu sukar sekali memandangkan ia sudah berada di peringkat kemuncak dengan strategi pelbagai untuk meyakinkan pelakunya memang Anwar. Untuk kali ini kita dapati ujian terhadap Anwar semakin dasyat dan hebat dalam usaha menumbangkan beliau serta perjungannya.

Namun segalanya dalam ketentuan Allah dalam menentukan situasi yang seterusnya. Kita lihat kali ini bagaimana Anwar menggunakan kekuatannya dalam menghadapi serangan fitnah yang terbaru ini. Adakah UMNO berjaya membuatkan Anwar hingga sampai nyawa-nyawa ikan atau mengalah? Hanya pada Allah kita mampu berdoa selain bersama berusaha menghentikan fitnah dasyat ini.""

Wednesday, May 4, 2011

Agaknya Beginilah Cara Tempat Persembunyian Osama Diketahui




Tempat persembunyian Osama di Abbottabad, Pakistan

Tidak ada jaringan telefon dan internet di tempat persembunyian Osama bin Laden yang dianggarkan bernilai US1 juta dicurigai pakar Amerika. Ini menguatkan lagi bahawa pimpinan Al Qaeda itu memang bersembunyi di sana.

Ini kerana tempat persembunyian tersebut berada dalam persekitaran perumahan golongan profesional yang memiliki kendaraan import, mempunyai talian telefon tetap, menggunakan 'handphone', serta memiliki jaringan internet di rumah mereka.

Dimaklumkan bahawa Osama hanya berhubungan dengan dunia luar secara terus melalui perantara yang dipercayainya.

“Pakar-pakar mengumpulkan semua bukti, data-data yang tidak jelas untuk membangunkan maklumat tepat,” kata Craig Mathias, Communications Analyst Farpoint Group, yang dikutip dari Computerworld, 3 Mei 2011.

Kata Mathias lagi, "Jika anda mendapati ada sebuah villa berharga US1 juta tidak memiliki sambungan telefon atau internet, sedangkan rumah di sekelilingnya memilikinya, tentulah merupakan hal yang menarik".

"Itu bukan bererti Osama memang tinggal di sana, namun fakta-fakta aneh ini merupakan informasi penting yang boleh menghasilkan kesimpulan seperti itu", tambahnya.

Menggunakan foto satelit dan informasi lain, CIA telah mengembangkan teori bahwa Osama bin Laden memang tinggal di sana. Tidak adanya telepon dan internet menguatkan kecurigaan mereka.

gempar ....beruk UMNOPORNO terlepas...cuba panjat pagar akhirnya di berkas....mangkuk nie cuba buat lawak antarabangsa rupanya...!!!

Kecoh depan DUN Pulau Pinang



MOHAMED GHANI bersama tiga ahli Pertubuhan Suara Anak Malaysia Pulau Pinang dibawa ke balai polis selepas enggan bersurai di hadapan Bangunan DUN Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN - Usaha kira-kira 40 ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di depan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menyerahkan memorandum ketika persidangan berlangsung menjadi kecoh apabila empat daripada mereka ditahan polis.

Perhimpunan selama setengah jam bermula pukul 12.45 tengah hari itu diketuai oleh Pengerusi Pertubuhan Suara Anak Malaysia Pulau Pinang, Mohamed Ghani Abdul Jiman bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada kerajaan negeri.

Mereka telah diarahkan bersurai oleh anggota polis yang berkawal tetapi berdegil menyebabkan Mohamed Ghani dan tiga yang lain dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.

Abdul Ghani sebelum itu dilihat cuba bertindak memanjat pagar di hadapan pondok pengawal DUN sambil meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

"Kami hanya ingin serahkan tiga memorandum kepada Yang Dipertua Negeri, Speaker DUN (Datuk Abdul Halim Hussain) dan Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan 10 isu mengenai orang Melayu.

"Kenapa kami tidak dibenarkan masuk sedangkan kami juga rakyat Pulau Pinang," katanya sambil menunjukkan kad pengenalan kepada pengawal keselamatan di situ. -kosmo


Ghani panjat pagar DUN, ditahan polis

Pengkritik paling lantang kerajaan Pulau Pinang, Mohammed Ghani Abdul Jiman dan tiga lagi ditahan polis hari ini selepas membuat kekecohan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah George Town Gan Kong Meng berkata mereka ditahan kerana terlibat dalam perhimpunan haram dan enggan bersurai apabila diarahkan berbuat demikian.


Mohammed Ghani yang datang bersama 10 penyokong sebelum itu berjaya menyerahkan sebuah memorandum kepada pegawai akhbar Ketua Menteri Lim Guan Eng yang menemuinya di pagar.

Bagaimanapun, memorandum itu ditujukan kepada Speaker Abdul Halim Hussein, Yang di-Pertua Negeri Abdul Rahman Abbas dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya tidak serahkan memo kepada Lim kerana saya sudah hilang kepercayaan padanya," kata Mohammed Ghani.

Mohammed Ghani bagaimanapun berusaha memasuki perkarangan DUN dengan cuba memanjat apabila pagarnya ditutup.

Beliau kemudian cuba mengadakan sidang akhbar berhampiran sebatang jalan di hadapan bangunan itu dan enggan bersurai apabila diarahkan oleh polis.


Akibatnya, beliau diheret je sebuah lori polis. Di lori berkenaan, Mohammed Ghani meluahkan kemarahannya dan menjerit bahawa semua ADUN Pulau Pinang adalah pengecut dan menawar membeli membeli skirt untuk mereka.

“Saya rakyat Malaysia, kenapa saya tidak dibenarkan masuk dewan?” jeritnya sambil melayangkan kad pengenalan bagi membuktikan kerakyatannya itu. -mk



rentakinfo


dah memang keturunan dia gitu.... dah lama sorok tapi tak tahan, kena tunjukla kemahiran memanjat!

Mula-mula aku ingat ada pertunjukan sarkas kat padang kota.Pelancong pun terkejut depa ingat orang utan panjat pagaq rupanya malaun upahan lapaq.Dot sat depa boh masuk sankaq.Sebijik...nampak macam dokumentari filem nasional geography specis mamalia hampir pupus.

Nasib baik depa lempaq mat gani masuk dalam pagaq bawak pi melancong kebalai polis, kalu depa perosok masok dalam guni, pi lempaq dalam laut tanjung tokkong buat umpan kerapu macamana.

DKK- ini banyak buat kacau la. Depa marah sebab masa gerakan perintah penang, depa yg mengaku melayu celup ini byk dpt projek kot.

Tapi bila Pakatan perintah, yg dpt projek melayu asli. sebab tu depa marah sgt agaknya.

Mamak keturunan India mengaku jadi Melayu kerana masok UMNO. bila balik kerumah semua nak beranak cakap bahasa INDIA. itu lah kehidupan mereka seharian.

kutuk cara Amerika urus jenazah Osama



Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengutuk cara yang digunakan Amerika Syarikat (AS) ke atas jenazah Osama bin Laden sambil menyifatkannya sebagai sesuatu yang memalukan dan bercanggah dengan prinsip menghormati agama.

Dalam satu kenyaan dikeluarkan hari ini, Yang Dipertua PUM Datuk Syeikh Abdul Halim Abd Kadir berkata mengurus jenazah, dalam kes ini melibatkan Osama, dan mencampakkannya ke dalam Laut Arab merupakan tindakan tidak berperikemanusiaan yang ditunjukkan oleh mereka.

“Apalagi yang mereka mahu setelah umat Islam diperlakukan mengikut citarasa mereka?

“Mereka menyerang Libya dengan menggunakan NATO walaupun (pemimpin Libya Muammar) Gaddafi telah bersetuju untuk berunding. Tiada langsung sifat kemanusiaan yang ditunjukkan oleh mereka ke atas perlakuan jijik sebegini,” kata beliau lagi.

Syeigh Abdul Halim berkata walaupun Osama dikelaskan sebagai pengganas dan merupakan orang yang paling dikehendaki Washington, namun jenazah beliau masih perlu dihormati dan diuruskan pengebumian dengan sempurna.

“Bukan dengan cara mencampakkan ke dalam laut tersebut.

“Kami berpandangan sepertimana Al-Azhar dan umat-umat Islam yang prihatin di seluruh dunia di dalam hal ini,” katanya lagi.

Tambah beliau, cara pengurusan jenazah ala Amerika ini dikhuatiri akan menambah kemarahan umat Islam dengan tindakan yang sengaja membuat provokasi tidak sihat.

“Kita bersetuju menentang sebarang bentuk keganasan dan keganasan tiada tempat di dalam Islam.

“Namun kaedah menanganinya janganlah menampakkan bahawa seakan sudah ada satu keputusan pihak barat untuk menghukum Islam dan menjadikan umat Islam sebagai mangsa,” kata beliau lagi.

Jenazah Osama disemadikan di utara Laut Arab semalam.

Tuesday, May 3, 2011

Taliban Dakwa Osama Masih Hidup....propaganda amerika guna foto palsu terbongkar...???

Dua foto yang dicantumkan


Soal Foto Palsu Jenazah Osama Pejabat AS Belum Memberikan Reaksinya

Foto jenazah Osama bin Laden, yang diterbitkan sebelum ini, ternyata hasil manipulasi dua foto berbeza yang disiarkan online dua tahun terakhir. Foto yang didakwa sebagai jenazah bin Laden itu ternyata telah beredar di internet sejak 2009 lalu.

Beberapa lamanweb akhbar Inggeris menggunakan foto tersebut pada halaman muka, namun dengan cepat mereka terpaksa menghapus foto itu setelah tersiar khabar bahwa foto itu hasil rekayasa. Hal yang sama juga terjadi di berbagai lamanweb surat kabar dan pejabat berita dunia.

Akhbar The Guardian terbitan Inggeris misalnya, menyatakan bahwa foto palsu itu digunakan pertama kali pada "themedialine.org," surat kabar online di Timur Tengah, pada tanggal 29 April 2009. Pihak editor menyatakan tidak dapat memastikan apakah foto tersebut asli atau palsu.

Sejak tahun 2009, sejumlah forum konspirasi bersikeras menyatakan bahwa foto itu tidak palsu dan sesuai mendakwa bahawa pemimpin AlQaeda telah terbunuh. Foto utama diambil dari bin Laden pada tahun 1998 dan digunakan oleh pejabat berita Reuters.

Presiden AS Barack Obama, sebelumnya (2/5) mengumumkan bahawa bin Laden terbunuh di tangan pasukan AS pada hari Ahad (1/5) setelah dia ditemukan di tempat persembunyiannya di Pakistan.

Sementara itu, seorang pejabat Amerika menyatakan bahawa jenazah bin Laden dilempar ke laut, seraya menyatakan bahwa "pemakaman" tergesa-gesa itu sesuai dengan hukum Islam, yang menetapkan waktu penguburan 24 jam setelah kematian. Hingga kini belum ada reaksi dari para pejabat Amerika Serikat mengenai tersebarnya foto rekayasa jenazah bin Laden itu. -republika

pembunuh teoh beng hock pastinya ketawa besar...!!!

Animasi saintifik tunjuk Teoh mati kerana terjun: Saksi



Seorang pensyarah hari ini memberitahu Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock bahawa berdasarkan animasi saintifik yang dilakukannya, ada kemungkinan Teoh mati kerana terjun dari tempat tinggi.

Profesor Sallehuddin Muhamad dari Bahagian Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, beliau diminta oleh penyiasat pensendirian suruhanjaya itu, Michael Leslie Squires, untuk membuat analisis terhadap kematian Teoh dengan menggunakan animasi saintifik berkaitan pergerakan Teoh jatuh di Plaza Masalam di Shah Alam.

Katanya, berdasarkan analisis itu berkemungkinan bahawa Teoh jatuh dari tempat tinggi selepas keputusan menunjukkan tiada sebarang kesan halangan udara yang berlaku kerana tolakan secara melintang dan tolakan ke bawah dari ketinggian tiga meter.

Beliau berkata, kejadian itu juga berkemungkinan Teoh yang duduk di birai tingkap dan berkemungkinan jatuh dengan jatuhan bebas dari sudut 4.75 darjah.

"Sekiranya Teoh dalam keadaan itu, mustahil Teoh boleh terjun dengan laju berdasarkan bukaan tingkap yang kecil dan menyebabkan kepalanya terhantuk dengan kuat pada panel tingkap" katanya ketika disoal oleh Pegawai Pengendali, Amarjeet Singh.

Beliau yang juga pakar penyiasat dalam kemalangan yang membabitkan pesawat udara, berkata keadaan tolakan secara melintang berlaku boleh dikategorikan sebagai membunuh manakala keadaan sekiranya Teoh jatuh secara jatuhan bebas, dikategorikan sebagai bunuh diri.

Pendapat Sallehuddin itu sama dengan empat pakar forensik patalogi yang sebelum ini memberi keterangan iaitu, Pegawai Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh Dr Shahidan Mohamed Noor, Pakar Perunding Perubatan Jabatan Forensik dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Dr Khairul Azman Ibrahim, Pensyarah Kanan Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Prashant Naresh Samberkar dan Pakar Forensik Britain, Profesor Dr Peter Vanezis.

Sebelum ini idea untuk menggunakan kaedah animasi ini tercetus selepas Dr Prashant mengemukakan teori bahawa Teoh berkemungkinan mencangkung di tepi tingkap sebelum jatuh.

Teoh, 30, setiausaha politik anggota EXCO Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 26 Januari lalu, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat "keputusan terbuka".

Suruhanjaya Siasatan itu dianggotai oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen; bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman; bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk TS Nathan; Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh; dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik serta Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom. - BERNAMA


'Tak mungkin Teoh mencangkung dan lompat'

Adalah tidak mungkin bagi Teoh Beng Hock mencangkung di belebas tingkap dan melompat keluar, kata laporan seorang pakar pada keterangannya kepada Suruhajaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh.

Dalam laporannya, Profesor Sallehuddin Muhamad, dari Bahagian Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia (UTM), berkata kesimpulan itu adalah berdasarkan beberapa rumusannya yang melakonkan semula cara-cara kemungkinan Teoh jatuh.

Katanya, terdapat sembilan kemungkinan.

"Mencangkung di birai tingkap dan melompat keluar tidak mungkin kerana saiz tingkap yang terbuka itu. Kepala mangsa akan terhantuk panel tingkap jika beliau melompat dari kedudukan itu,” kata Sallehuddin dalam laporannya.

Sallehuddin, yang mengkhusus dalam siasatan kemalangan kapalterbang dibawa oleh penyisat persendirian yang dilantik RCI, iaitu Michael Leslie Squires selepas suruhanjaya berkenaan mengarahkan lakonan semula kemungkinan kejatuhan itu melalui animasi komputer pada Februari lalu.

Katanya, suruhanjaya tersebut melawat lokasi kejadian pada Mac lalu dengan diiringi oleh beberapa anggota Jabatan Kimia dan pegawai polis.

Tolakan ke bawah

Katanya, berdasarkan analisis itu berkemungkinan bahawa Teoh jatuh dari tempat tinggi selepas keputusan menunjukkan tiada sebarang kesan halangan udara yang berlaku kerana tolakan secara melintang dan tolakan ke bawah dari ketinggian tiga meter.

Beliau berkata, kejadian itu juga berkemungkinan Teoh yang duduk di birai tingkap dan berkemungkinan jatuh dengan jatuhan bebas dari sudut 4.75 darjah.

"Sekiranya Teoh dalam keadaan itu, mustahil Teoh boleh terjun dengan laju berdasarkan bukaan tingkap yang kecil dan menyebabkan kepalanya terhantuk dengan kuat pada panel tingkap" katanya ketika disoal oleh Pegawai Pengendali, Amarjeet Singh.

Beliau yang juga pakar penyiasat dalam kemalangan yang membabitkan pesawat udara, berkata keadaan tolakan secara melintang berlaku boleh dikategorikan sebagai membunuh manakala keadaan sekiranya Teoh jatuh secara jatuhan bebas, dikategorikan sebagai bunuh diri.

Teoh, 30, setiausaha politik exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Suruhanjaya itu dianggotai Hakim Mahkamah Tingi, Tan Sri James Foong, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk TS Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh, serta Pakar Perunding Psikiatri Forensik yang juga Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 26 Jan lalu, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat keputusan terbuka. -mk



rentakinfo


Melihatkan perkembangan perbicaraan Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock, kita tidak akan dapat tahu siapa orang yang mengarahkan pembunuhan atau orang yang membunuh..

Itu adalah salah satu sebabnya mengapa orang Cina diseluruh negara tidak menyokong BN dalam setiap kali pilihanraya kecil diadakan.

Ketika dalam keadaan terdesak PM masih terhegeh-hegeh mengharapkan sokongan dari orang Cina supaya menyokong BN.

Bila pujuk rayu tidak diendahkan, tukar cara dengan mengugut pulak. Memang kelakar tindakan orang yang terdesak.

Si pembunuh mungkin boleh ketawa atau tersenyum ketika ini kerana semua orang yang memberi keterangan memutar belitkan fakta bagi melindungi mereka yang terlibat.

Tapi kes Teoh Beng Hock ini jika tidak selesai dengan mengenal pasti siapa yang bertanggongjawab melakukan pembunuhan itu akan jadi masaalah besar bagi BN dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Si pembunuh perlu turun padang berkempen untuk UMNO BN agar menang dalam pilihanraya ke13 seperti yang dilakukan oleh Penolong Ketua Pengarah Penyelidikan dan Keurussetiaan Polis Bukit Aman,Datuk Dr Abdul Rahman

Isu Seks Makan Diri..ugut mengugut dan pecah belahkan parti lawan....



DALAM masa dua hari ini keadaan politik bertambah panas. Ada dua tiga isu yang membuatkan suhu politik negara naik dengan mendadak. Pertamanya saranan Najib supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) dan yang keduanya amaran keras Najib terhadap orang Cina jika kaum itu tidak memberikan sokongan kepada BN.

Satu lagi isu ialah MCA telah melakukan ‘brainstorming’ di antara pemimpin di peringkat kawasan dan tertinggi untuk tidak menerima jawatan dalam kerajaan jika MCA di tolak oleh pengundi khususnya dari pengundi kaum Cina dalam pilihanraya yang akan datang.

Kaum Cina nampaknya menjadi sasaran hebat dan gertak mengertak dilakukan ke atas kaum itu baik dari Pimpinan Melayu BN dan juga dari MCA sendiri. BN sedang memulas tangan kaum Cina kerana sokongan kaum itu terhadap BN sudah kian lemah. Dalam keadaan yang sama Umno masih lagi belum pulih dari perasaan rendah diri kerana takut ditinggalkan oleh kaum Melayu.

Keadaan meruncing ini merupakan yang paling menyakitkan BN, malahan keadaan ini mungkin bertambah rumit lagi jika dibandingkan dari zaman Abdullah Badawi. ‘Intuition’ yang ada pada diri saya dengan jelas memberikan bayangan yang kali ini BN akan menghadapi keadaan yang jauh lebih rumit untuk mengekalkan kuasa dari pilihanraya 2008 yang lalu.

Jika semasa pilihanraya dahulu gegaran terhadap BN hanya berlaku di Semenanjung tetapi kali ini undi popular BN di Malaysia timur telah jatuh dengan begitu besar sehinggakan negeri Sarawak sudah pasti tidak lagi kekal sebagai ‘fixed deposit’ bagi BN lagi. Dalam pada itu BN perpaduan BN di Sabah sudah menunjukan berlakunya pergolakan apabila parti LDP menuntut supaya BN di negeri itu tidak lagi diketuai oleh Umno Sabah.

Apabila LDP membuat kenyataan itu Ahli-ahli DUN Sabah dengan tergesa-gesa telah membuat kenyataan untuk menyokong Musa Aman sebagai Ketua Menteri tanpa berbelah bagi. Tindakan ini merupakan satu lagi petanda yang BN khususnya Umno di Sabah sudah sampai ke persimpangan.

Jika keadaan ini tidak terkawal maka Sabah juga tidak akan lagi menjadi simpanan tetap bagi BN pada masa yang terdekat ini. Susah untuk mencari alasan bagi menafikan keadaan ini.

Berbalik kepada ugutan Najib terhadap orang Cina, ianya merupakan tindakan yang membazir. Ianya membazir kerana dengan ugutan itu ianya menunjukan yang pemimpin kita sudah berada di dalam keadaan panik setelah tidak berjaya memujuk kaum Cina untuk menyokong BN melaui MCA di Semenanjung dan SUPP dari Sarawak. Jika seseorang pemimpin masih mempunyai keyakinan pada diri dan partinya sendiri, kenyataan yang berelimenkan ugutan tidak mungkin timbul.

Dalam nafas yang sama Najib telah meminta supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat kerana pada pandangan PM Najib PAS tidak ada apa-apa keuntungan berada di dalam gugusan PR itu. Najib sudah sedar yang Melayu sendiri mempunyai parti alternatinya iaitu PAS seperti bangsa Cina mempunyai alternatifnya, DAP.

Dua bangsa terbesar di negara ini, Melayu dan Cina yang selama ini telah bersatu di dalam BN, sekarang ini sudah ada kecenderungan kedua-dua kaum terbesar ini untuk bersatu di luar BN. Isu yang diharapkan oleh BN untuk membantunya mendapat sokongan dari rakyat seperti isu sodomy Anwar dan video seks juga yang melibatkan Anwar telah gagal untuk dimunafaatkan oleh BN kerana keraguan rakyat terhadap BN lebih besar dari isu yang dipalitkan terhadap Anwar.

Malahan isu-isu itu telah menjadi ‘counter productive’ kepada BN pula.

Politik seperti juga ilmu matematik mempunyai formula yang jelas untuk diikuti supaya mendapat jawapan yang tepat. Formula kekuatan politik di negara ini khusunya di Semenanjung bergantung kepada dua kaum terbesar iaitu Melayu dan Cina. Jika kedua kaum terbesar ini bersatu di bawah BN maka BN lah yang akan meraih kuasa dari rakyat. Jika kedua-dua kaum ini memilih untuk bersatu di luar BN maka jawapannya mudah untuk diketahui umum, tidak payah untuk disebut dan dinyanyikan.

Inilah yang menyebabkan Najib bertindak mengugut dan menekan kaum Cina supaya memberikan sokongan kepada BN. Tidak mungkin pemimpin nombor satu akan melakukan ugutan jika keadaan masih memihak kepadanya.

Sebagai seorang pemimpin yang paling tinggi tentunya beliau akan melakukan kempen secara beretika dan 'civil' serta lebih demokratik. BN patut sedar yang kaum Cina telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi selama ini dan kecenderungan mereka untuk memberikan kepada pihak alternatif hanya berlaku sejak beberapa tahun dahulu sahaja. DAN berlakunya keadaan ini mesti bersebab yang datangnya dari pihak kita.

Tetapi oleh kerana segala cara telah dilakukan tetapi kaum Cina masih tidak menyokongnya maka adalah natural bagi PM Najib mengugut kaum itu sebagai kaedah yang sudah tidak dapat dielakkan lagi. Ugutan merupakan kaedah yang terakhir untuk mengekalkan kuasa mentadbir negara.

Dengan ugutan ini ianya secara automatiknya melenyapkan persepsi yang cuba ditanam oleh BN yang DAP itu sebuah parti yang rasis kerana yang rasis sebenarnya ialah BN yang diketuai oleh Umno.

Pandangan ini tidak akan saya tulis jika saya tidak yakin tentang kebenaran situasi yang telah saya gambarkan tadi. Pandangan yang saya utarakan ini sebenarnya juga adalah pandangan sesetengah pemimpin Umno walaupun di dalam terang mereka mempertahankan Umno itu.

Mungkin pandangan saya ini merupakan pandangan yang salah tetapi dalam keadaan apa sekali pun saya tetap mempertahankan ramalan saya ini akan menjadi kenyataan

-NORAH WINNIE MANSOOR/ Sabahkini

Sunday, May 1, 2011

Hari Pekerja: 18 ditahan anjing anti demokrasi, antaranya MP Sg Siput



Polis menahan 18 individu dalam perhimpunan sempena Hari Pekerja bagi membantah kenaikan harga barang dan menuntut Akta Gaji Minimum dilaksanakan, di sekitar Maju Junction dan Jalan Chow Kit di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Ibrahim berkata, mereka ditahan mengikut Seksyen 27 Akta Polis kerana menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang.

“Mereka ditahan untuk sementara waktu bagi merekodkan keterangan,” katanya dipetik Bernama.

Laporan The Star Online menyebut antara yang ditahan ialah Ahli Parlimen Sungai Siput D. Jeyakumar.

Perhimpunan bermula pukul 10.30 pagi disertai hampir 500 pekerja swasta daripada 75 syarikat pelbagai perkhidmatan.

Rata-rata mereka hadir dengan memakai baju berwarna merah dan membawa sepanduk serta kain rentang tertera “kami mahu hak kami”, “gaji minimum”, “harga barang naik, tapi gaji masih minimum” dan sebagainya.

Suasana pada mulanya terkawal apabila mereka berjalan dari Jalan Chow Kit ke Maju Junction menjadi kecoh apabila mereka yang berhimpun tidak berpuas hati dengan penahanan beberapa rakan mereka, dipercayai ingkar arahan polis supaya bersurai.

Mereka kemudian duduk di pekarangan Menara Tabung Haji sambil membaca protes dan ada yang menyanyikan lagu menuntut hak pekerja.

Selepas selesai melaungkan hak mereka, seorang lelaki dilihat menyampaikan kertas “deklarasi satu Mei 2011” kepada Pesuruhjaya Suhakam James Nagayam, yang berada di lokasi perhimpunan, lapor Bernama.

Nagayam ketika ditemui berkata tuntutan itu akan dibawa ke pihak berkaitan.

Kesemua yang berhimpun bersurai kira-kira pukul 12 tengah hari.

Dalam pada itu, laporan Bernama Online menyebut Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengulangi desakan supaya kerajaan segera melaksanakan enam tuntutan yang diperjuangkan mereka selama ini.

Naib Presiden MTUC, A. Balasubramaniam, berkata, tuntutan itu ialah penetapan gaji minimum RM900 sebulan, mengurangkan waktu bekerja kepada 40 jam daripada 48 jam seminggu dan penetapan usia tamat tempoh perkhidmatan kepada 60 tahun.

MTUC juga menuntut supaya kerajaan memberikan faedah persaraan yang dikira berdasarkan kepada sebulan gaji bagi setiap tahun perkhidmatan pekerja, menghapuskan sistem kerja kontrak dan mewujudkan persekitaran kerja yang selamat termasuk menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja.

“Sempena sambutan Hari Pekerja ini, kita minta kerajaan dapat mengambil tindakan segera (terhadap tuntutan ini). Janganlah dilengah-lengahkan terutama mengenai pelaksanaan gaji minimum.

“Ini kerana berdasarkan statistik kerajaan, masih terdapat sebanyak 34 peratus daripada pekerja menerima gaji rendah iaitu di bawah garis kemiskinan,” katanya kepada pemberita pada perhimpunan Hari Pekerja anjuran MTUC bahagian Selangor dan Wilayah Persekutuan di Petaling Jaya hari ini.

Turut hadir ialah bekas Presiden MTUC Syed Shahir Syed Mohamud dan Pengerusi MTUC Selangor dan Wilayah Persekutuan N. Gopal Kishnam.

Balasubramaniam berkata MTUC juga meminta kerajaan mengurangkan pengambilan pekerja asing sebaliknya memberi peluang kepada pekerja tempatan untuk menceburi sektor swasta terutama dalam sektor perkilangan.

“Kita (MTUC) ada terima aduan daripada kesatuan yang menyifatkan majikan mengamalkan diskriminasi terhadap pekerja tempatan dan mengutamakan pekerja asing,” katanya.

Beliau juga berkata hanya sembilan peratus daripada pekerja di negara ini yang menyertai kesatuan pekerja.

“Setakat ini jumlah ahli adalah seramai hampir 620,000 orang dari 272 kesatuan, namun yang aktif adalah seramai 530,000 orang,” katanya yang turut meminta majikan menganggap kesatuan adalah rakan kepada syarikat dan bukannya sebagai beban.

Kira-kira 400 orang yang mewakili pelbagai kesatuan sekerja menghadiri perhimpunan berkenaan.

Anak Bongsu Gaddafi, Tiga Cucu Terkorban Diserang NATO



Pemimpin Libya Muammar Gaddafi terselamat dalam serangan peluru berpandu NATO, tetapi serangan dilancarkan semalam itu telah meragut nyawa anak bongsu dan tiga cucunya selain turut mencederakan sejumlah rakan dan saudara-maranya.

Muammar dan isterinya berada di rumah anak mereka Saif al-Arab Gaddafi, 29, ketika premis itu menjadi sasaran satu peluru berpandu Nato, demikian menurut jurucakap Libya Moussa Ibrahim.

Saif al-Arab, anak keenam Muammar pernah belajar di sebuah universiti Jerman tetapi tidak menghabiskan pengajiannya, kata Moussa.

Pegawai-pegawai Libya membawa wartawan ke sebuah rumah satu tingkat di kawasan kediaman elit. Sebahagian ruang atap rumah itu kelihatan musnah.

Moussa berkata vila itu diserang dengan hentaman yang kuat, dirujuk kepada peluru berpandu.

“Ini operasi langsung untuk membunuh pemimpin negara ini,” kata jurucakap itu.

“Pemimpin kami (Muammar) berada dalam keadaan sihat,” kata Moussa.

“Beliau tidak cedera. Isterinya juga berada dalam keadaan sihat,” katanya dipetik laporan media asing.

Dalam laporan disiarkan msnbc hari ini, Moussa berkata, Saif al-Arab “sedang bermain dan bercakap dengan bapa dan ibunya serta anak-anak saudaranya apabila dia diserang bagi kesalahan yang dia tidak lakukan.

Selasa lalu, Setiausaha Pertahanan Britain Liam Fox dan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat Robert Gates memberitahu pemberita di Pentagon bahawa pesawat-pesawat NATO tidak menyasarkan Muammar secara khusus tetapi akan terus menyerang pusat-pusat perintah tindakan ketenteraan.

Muammar ada tujuh anak lelaki dan seorang perempuan.

Pemimpin juga mempunyai seorang anak angkat yang terbunuh dalam tindakan ketenteraan Amerika Syarikat ke atas kawasan kediamaannya di Bab al-Aziziya pada 1986.

Ibu Saif al-Arab adalah Safiya Farkash iaitu isteri kedua Muammar dan seorang bekas jururawat.

Serangan semalam muncul beberapa jam selepas Muammar meminta agar diadakan perundingan dengan kuasa-kuasa NATO bagi mengakhiri serangan ke atas Libya yang sudah berlarutan hampir dua bulan.




Disebat 80 Kali Walaupun Melihat Zina Dengan Matanya



Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Md Hashim Yahya berkata sumpah yang tidak dilakukan menurut hukum syarak, diumpamakan sebagai kerja-kerja orang jahil.

Beliau diminta mengulas tindakan salah seorang trio datuk T, Shazryl Eskay Abdullah yang melakukan sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul kira-kira pukul 4.15 petang tadi.

Ulama terkenal itu berkata, tidak ada peruntukan dalam undang-undang Islam yang membenarkan sumpah seperti yang dilakukan Eskay, berhubung tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dalam hukum qazaf, iaitu peruntukan untuk sabitan kes zina dan liwat, pihak yang menuduh perlu membawa empat orang saksi terlebih dahulu.

“Sekiranya gagal membawa empat saksi, yang menuduh itu akan dikenakan hukuman qazaf sebanyak 80 rotan,” ujarnya ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Bagaimanapun, sumpah li’an iaitu sumpah laknat itu pula katanya, hanya tertakluk antara suami dan isteri sahaja dan tidak ada peruntukan selain itu dalam hukum Islam.

Tambah beliau, seseorang suami yang menuduh isterinya berzina perlu melalui prosedur perbicaraan di mahkamah terlebih dahulu di mana dia perlu mengemukakan empat saksi seperti yang digariskan Islam seperti tidak fasik dan membuat dosa-dosa besar.

Sekiranya tuduhan itu tidak dapat dibuktikan, katanya, mahkamah kemudian akan memerintahkan supaya kedua-duanya melakukan sumpah li’an.

“Mereka yang menuduh isterinya berzina tapi tak dapat bawa empat saksi, maka dibolehkan kedua-duanya bersumpah.

“Kalau tak dapat bawa empat saksi suami dan isteri melakukan zina, dengan perintah mahkamah boleh dilakukan sumpah li’an. Kalau mahkamah panggil untuk kedua-duanya bersumpah, mahkamah akan perintah untuk buang kes itu. Siapa yang bersalah, itu diserahkan kepada Allah untuk menentukan.

“Tetapi ia dengan perintah mahkamah, tak boleh sendiri-sendiri bersumpah. Kalau kedua-duanya bersumpah, yang menuduh tidak kena 80 rotan dan yang dituduh pula tidak kena had zina. Qadi pula akan menjatuhkan fasakh iaitu tidak boleh rujuk sampai bila-bila.

“Kalau bukan arahan mahkamah, apa faedahnya bersumpah. Ia tidak kena dengan hukum syarak,” ujar beliau.

Tambah beliau, dalam kes bersumpah yang cuba dilakukan Eskay, ia tidak memberi sebarang ke atas pendakwaan dari sudut sistem perundangan Islam, malah semakin mengelirukan umat Islam.

“Ia tidak memberi kesan apa-apa, tambah mengelirukan umat Islam dan menyebabkan fitnah itu berterusan. Ini menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.

“Ini kerja orang jahil dan tidak ada faedah.

“Kalau sumpah, orang hisap dadah, mencuri dan merompak pun boleh bersumpah dengan begitu mudah dan terlepas dari hukuman,” ujarnya.

Beliau mengulangi kisah yang terjadi kepada Hilal Bin Umaiya yang menuduh isterinya berzina dengan Sharik Bin Sahma seperti yang diceritakan dalam surah An Nur, ayat 6.

“Rasulullah kemudian berkata kepada Hilal, sekiranya dia tidak dapat membawa empat saksi, Hilal akan dihukum dengan 80 sebatan, walaupun Hilal mendakwa melihat dengan mata sendiri isterinya melakukan zina,” ujarnya.

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here