cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, May 8, 2010

sempat mengucap syahadah walaupun isi perut terburai

KUALA LUMPUR: Dalam keadaan isi perut terburai selepas digilis tayar lori, seorang penunggang motosikal masih mampu mengucap dua kalimah syahadah ketika orang ramai datang membantu menyelamatkannya, semalam.

Detik kemalangan ngeri yang menyayat hati itu, bagaimanapun, berakhir beberapa minit kemudian apabila mangsa menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan berlumuran darah.

Jurucakap polis berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa sedang menunggang motosikal bersendirian melalui jalan di Kilometer 38, Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) berhampiran Desa Tun Razak di sini.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, mangsa yang dalam perjalanan menuju ke Bukit Jalil di sini dipercayai terjatuh selepas bergesel dengan sebuah kereta dipercayai model Proton Saga di sini.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa terjatuh ke atas jalan dan tidak sempat bangun menyelamatkan diri. Pada masa sama sebuah lori tanah yang mengekori dari belakang gagal mengelak sebelum mangsa digilis di perutnya.

“Lebih mengerikan apabila mangsa diseret lebih 10 meter oleh lori berkenaan hingga menyebabkan isi perut dan daging tubuhnya bertaburan di atas jalan raya,” katanya.

Menurutnya, mangsa, Muhammad Qaiyyum Jamal Abd Nasir, 24, dari Taman Desa Tasik, Sungai Besi di sini masih bernyawa beberapa saat selepas dia digilis walaupun separuh tubuhnya hancur.

“Orang ramai yang mengetahui mangsa beragama Islam dan kebetulan ada yang mengenalinya sempat mengajar mengucap dua kalimah syahadah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

“Susulan kejadian itu, polis yang dimaklumkan berhubung kejadian itu bergegas ke lokasi kejadian sebelum mengawal lalu lintas selain mengutip cebisan mayat mangsa,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.

Sementara itu, pemandu lori terbabit, Daymonds Mamertus, 35, memberitahu tidak sempat mengelak berikutan mangsa jatuh betul-betul di hadapan kenderaannya.

Menurutnya, kejadian itu pengalaman paling mengerikan dalam hidupnya sejak memandu lori hampir 10 tahun lalu apatah lagi dengan keadaan mayat mangsa yang amat tragis.

hmetro

REMBOOO PUNYA ONAR...JEJAS REZEKI PENIGA TEMPATAN...

'Remboo jejas rezeki kami'

BERLELUASA...peniaga warga asing di Jalan Masjid India.

BERLELUASA...peniaga warga asing di Jalan Masjid India.

KUALA LUMPUR: ‘Remboo atau bunjut’. Itu gelaran yang diberikan kepada peniaga warga asing terutama Indonesia yang tumbuh bagai cendawan berhampiran Masjid India kini menyebabkan rasa tidak puas hati peniaga berlesen Bazar Moden Masjid India (BMMI).

Lambakan peniaga warga asing terbabit menjejaskan pendapatan 143 peniaga berlesen di Jalan Melayu dan Jalan Masjid India memandangkan mereka menjual barang sama dengan harga lebih murah disebabkan tidak perlu menanggung sewa bulanan dan lesen tapak kerana beroperasi secara haram.

Antara barang yang dijual di BMMI ialah beg, tudung, kasut, minyak wangi dan jam tangan dengan perniagaan bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir kira-kira jam 10 malam.

Difahamkan, hampir 30 peniaga warga asing mula beroperasi seawal jam 2 petang hingga 10 malam pada hari bekerja dan memulakan perniagaan seawal jam 9 pagi hingga 10 malam pada hari minggu di depan Masjid India walaupun perniagaan dilarang di kawasan berkenaan.

Sebelum projek menaik taraf BMMI pada 2006, seramai 22 orang peniaga berlesen BMMI pernah beroperasi di depan Masjid India.

Bagaimanapun, semua mereka berpindah ke bahagian dalam atas permintaan ahli jawatankuasa Masjid India yang mahu kawasan masjid berkenaan dikosongkan demi keselesaan jemaah.

Wakil peniaga BMMI, Syed Yusof Abdullah, berkata kehadiran peniaga warga asing terbabit bukan hanya menjejaskan pendapatan mereka, malah menyebabkan peniaga BMMI dipersoalkan pengunjung apabila harga yang ditawarkan peniaga warga asing lebih rendah.

“Pelanggan kami dirampas dan peniaga asing terbabit mudah meraih keuntungan sedangkan kami perlu membayar sewa tapak RM200 sebulan dan lesen RM168 bagi tempoh setahun,” katanya.

Beliau berkata, bayaran sewa dan lesen menyebabkan mereka terpaksa meletakkan harga barangan lebih tinggi berbanding yang dijual peniaga asing terbabit.

Syed Yusof mendakwa peniaga asing terbabit juga semakin berani dan seolah-olah tidak takut pihak berkuasa. Walaupun pelbagai tindakan sudah diambil pihak berkuasa, ia seolah-olah tiada kesudahan.

“Malah, ada yang memulakan perniagaan seperti biasa pada keesokan harinya walaupun barang mereka dirampas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya yang enam tahun beroperasi di BMMI.

Gambar : Sekitar Penamaan Calon PRK Parlimen Sibu















penyamun buat lawak....PDRM kena gelak




INI PENYAMUN LAGI HATI BAIK DARI PRDM PULAK? KAH! KAH! KAH!
MEMANG RAMAI YANG GELAK DENGAQ BERITA KERETA KETUA POLIS PUN BOLEH HILANG BARU-BARU NI.LA NI LAGI SEKALI KITA KENA GELAK BILA PENYAMUN TU PULANG BALIK SEBAB TERSALAH CURI KERETA RASMI KETUA POLIS...KAH! KAH! KAH! GELAK KASI KUAT SIKIT SEBAB KERETA NI ADA GPS....2 HARI BARU JUMPA...KAH!!!KAH!!!KAH!!!





"Sorry PDRM Tersilap Sapu"

PETALING JAYA: "Sorry PDRM tersilap sapu." Itulah kata-kata dalam nota ringkas yang ditinggalkan di atas papan pemuka kereta rasmi Proton Perdana V6 milik Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang dilaporkan dicuri 48 jam lalu sebelum ditemui di Prima Damansara di sini semalam.

Pasukan penyiasat menemui kenderaan rasmi berwarna hitam itu kira-kira pukul 8.35 pagi dalam keadaan baik.

Barangan lain termasuk topi rasmi polis masih dalam keadaan tidak terusik.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Khaw Kok Chin berkata, polis masih menyiasat sama ada kes itu melibatkan sindiket curi kereta atau tidak.

Khamis lalu, kereta rasmi Khalid diletakkan oleh pemandunya tidak jauh dari sebuah restoran di Seksyen 9, Shah Alam kerana dia ingin bersarapan. Setengah jam kemudian, pemandu terbabit mendapati kenderaan itu lesap sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah di Seksyen 11.

Khalid pada ketika berada di luar negara menghadiri mesyuarat. Kereta berkenaan tidak memiliki sebarang logo PDRM.

Bagaimanapun, kenderaan itu dilengkapkan dengan sistem kedudukan global (GPS).

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Sdr Suhaizan Kayat di tahan polis




Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Sdr Suhaizan Kayat ditahan didalam lokap polis malam ini kerana mengatakan "barua" kepada polis. Ini adalah disebabkan ceramah DSAI yang diadakan di Taman Dahlia, Kempas dikepong dengan 4 road block, sedangkan ceramah dari Ezam tiada sebarang road block diadakan oleh pihak keselamatan.

"Bayangkan Tmn Dahlia taman sekangkang kera di kepong 4 road block. Berapa duit rakyat telah dibelanjakan?"

"Macamana rakyat nak respek dengan polis Ceramah Ezam di Taman Dahlia Kempas free road block. Ceramah Anwar di taman yang sama 4 road block dengan lebih 80 orang anggota polis kepong. Sebab itu bila polis kena tembak rakyat tidak respon. Kuat sangat ikut telunjuk UMNO." Ujur Suhaizan sewaktu berada di IPD Johor Baharu.

ini pulis betul betul talak baca paper punya orang.....

Lagi remaja ditembak, konstabel digantung tugas



Seorang konstabel polis digantung tugas dan ditahan selepas didakwa menembak remaja remaja berusia 17 tahun yang enggan memberhentikan motosikalnya ketika dikejar kereta peronda di persimpangan Kampung Ujong Pasir, Jalan Seremban-Jelebu, 3.30 pagi tadi.

Anggota polis itu dipercayai baru berkhidmat kira-kira setahun.

Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, anggota polis berkenaan digantung tugas serta merta kerana melepaskan tembakan tanpa sebab kukuh dirinya terancam.

“Saya menganggap kejadian ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara. Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga mangsa," katanya.

Pada kejadian itu, Mohd. Azizi Aziz, 17 cedera parah di bahagian perut setelah terkena tembakan yang dilepaskan seorang anggota polis keran enggan berhenti.

"Berikutan itu, polis telah melepaskan satu das tembakan dan kena pada bahagian perut sehingga tembus ke bahagian usus," kata Osman kepada pemberita.

Mangsa yang dipercayai berasal dari Senawang itu menjalani pembedahan di perut dan usus kini berada dalam keadaan stabil di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.

Osman berkata mangsa dalam satu kumpulan kira-kira 20 orang yang menaiki motosikal berhampiran sebuah pasaraya di Jalan Datuk Siamang Gagap dan kumpulan itu berpecah apabila terserempak dengan sebuah kereta peronda polis, manakala angsa melarikan diri arah Jalan Seremban-Jelebu.

"Anggota polis yang melepaskan tembakan ini mendakwa dia melepaskan tembakan amaran tetapi dalam keadaan kereta yang laju dan mangsa juga menunggang motosikal secara bahaya.

"Satu das tembakan telah dilepaskan dan selepas kira-kira dua kilometer baru mangsa dapat ditahan dan mendapati mangsa terkena tembakan di bahagian perut."

Mengulas kejadian itu Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop yang ditemui Bernama ketika merasmikan lapang sasar polis bantuan Felda di Felda Bukit Rokan berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak bertolak ansur dalam kes tersebut.

"Bagi kita, perkara ini sangat serius. Kita akan meneruskan dengan siasatan dahulu. Kalau anggota polis terbabit terbukti bersalah, kita akan mengambil tindakan mengikut prosedur yang diperuntukkan.

"Dalam kes ini kita masih menyiasat dan buat masa ini anggota polis terbabit telah ditahan kerja," katanya.


Abu Seman turut melawat mangsa di HTJS. Beliau meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk melihat keadaan mangsa.

Turut hadir Osman dan dua anggota exco kerajaan negeri Datuk Ismail Lasim dan Datuk Ismail Taib.

Sementara itu, Bernama melaporkan ayah mangsa, Aziz Omar, 42, berkata beliau sangat sedih dengan kejadian yang menimpa anaknya itu.

"Saya dihubungi pihak hospital pada pukul 4.20 pagi tadi yang menyatakan anak saya mengalami kecederaan dan kini berada di hospital. Saya kemudian bergegas ke hospital dan baru mendapat tahu bahawa anak saya cedera ditembak polis.

"Dalam hal ini saya amat terkilan kerana yang menghubungi saya adalah pihak hospital tapi mengapa tidak polis. Mohd Azizi adalah anak sulung daripada enam orang adik beradik," katanya.

Friday, May 7, 2010

Pertandingan Tiga Penjuru Pada Pilihan Raya Kecil Sibu



Calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew (tengah); calon DAP, Wong Ho Leng (kanan) dan calon Bebas, Narawi Haron bergambar bersama selepas menghantar borang pencalonan masing-masing untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (P212) Parlimen Sibu di Dewan Suarah di Sibu hari ini.


SIBU: Pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu 16 Mei ini akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional(BN), DAP dan Bebas.

Calon BN, Robert Lau Hui Yew dari Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) akan ditentang calon DAP Wong Ho Leng yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Assek dan calon Bebas Narawi Harun.

Senarai calon berkenaan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Wong See Meng, yang juga Pegawai Daerah Sibu di Dewan Suarah di sini pada 11.25 pagi.

See Meng menerima borang pencalonan ketiga-tiga calon berikutan tiada isu dibangkitkan sepanjang tempoh bantahan selama satu jam.

Hui Yew merupakan calon pertama menyerahkan borang pencalonan pada 9.02 pagi diikuti Wong pada 9.03 pagi dan Narawi pada 9.25 pagi.

Ribuan penyokong bagi calon BN dan DAP, termasuk kira-kira 5,000 dari BN, berhimpun di bandar ini sejak awal pagi ini, menyebabkan kesesakan trafik di jalan-jalan yang menuju ke pusat penamaan calon.

Mereka melaungkan slogan parti masing-masing tetapi keadaan adalah terkawal.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengetuai penyokong BN berarak ke pusat penamaan calon sepanjang kira-kira 2 kilometer dari Estet Delta.

Kem DAP pula diketuai Setiausaha Agung Lim Guan Eng dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail manakala Narawi hanya diiringi dua individu - pencadang dan penyokong pencalonannya.

Kawalan keselamatan oleh anggota polis di sekitar pusat penamaan calon dipertingkatkan bagi mengawal lalu lintas dan memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.- BERNAMA

"Sorry PDRM Tersilap Sapu"

Itulah kata-kata dalam nota ringkas yang ditinggalkan di atas papan pemuka kereta rasmi Proton Perdana V6 milik Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang dilaporkan dicuri 48 jam lalu sebelum ditemui di Prima Damansara di sini semalam.

Pasukan penyiasat menemui kenderaan rasmi berwarna hitam itu kira-kira pukul 8.35 pagi dalam keadaan baik.

Barangan lain termasuk topi rasmi polis masih dalam keadaan tidak terusik.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Khaw Kok Chin berkata, polis masih menyiasat sama ada kes itu melibatkan sindiket curi kereta atau tidak.

Khamis lalu, kereta rasmi Khalid diletakkan oleh pemandunya tidak jauh dari sebuah restoran di Seksyen 9, Shah Alam kerana dia ingin bersarapan. Setengah jam kemudian, pemandu terbabit mendapati kenderaan itu lesap sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah di Seksyen 11.

Khalid pada ketika berada di luar negara menghadiri mesyuarat. Kereta berkenaan tidak memiliki sebarang logo PDRM.

Bagaimanapun, kenderaan itu dilengkapkan dengan sistem kedudukan global (GPS).

dah ada yang melayang nyawa baru nak ambil tindakan

Remaja maut elak lubang



IDRIS menunjukkan tempat mayat Mohd. Almuhakim ditemui setelah terhumban ke dalam pembetung di Besut semalam.

BESUT - Hanya selepas nyawa seorang remaja melayang, barulah tindakan menimbus lubang berhampiran sebuah pembetung di Kampung Bukit Payong dekat sini dilakukan oleh pihak bertanggungjawab.

Sebelum itu, dalam kejadian kelmarin, Mohd. Almuhakim Che Ramlee, 18, ditemui mati selepas terhumban di dalam sebuah pembetung yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya dipercayai semasa cuba mengelak lubang besar itu.

Lebih memilukan, semasa kejadian, keluarga mangsa sedang sibuk mengadakan persiapan bagi majlis perkahwinan kakak Mohd. Almuhakim, Siti Norhasupiah, 22, yang berlangsung semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, Mohd. Almuhakim yang merupakan anak keempat daripada tujuh beradik dikatakan pulang berseorangan ke rumahnya setelah keluar minum di sebuah kedai kopi di kampung tersebut.

Ibunya, Halimah Zakaria, 53, yang mendapati mangsa tidak sampai ke rumahnya pada malam itu menyebabkan mereka sekeluarga cuba mencarinya.

APNO di sebalik tabir........Nasib Sultan Kelantan di Mahkamah Khas




MAHKAMAH Khas di Putrajaya akan menjadi tempat berlangsungnya prosiding mendengar permohonan habeas corpus untuk 'membebaskan' Sultan Kelantan Isnin ini.

KUALA LUMPUR - Kemelut krisis keluarga Sultan Kelantan kian memuncak apabila semalam satu writ habeas corpus difailkan di Mahkamah Khas di Putrajaya dalam usaha 'membebaskan' baginda yang didakwa 'ditahan' di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM, Kubang Kerian, Kelantan.

Writ itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Khas pada pukul 11.45 pagi menerusi tetuan J.S. Pillay & Mohd. Haaziq.

Ketua panel peguam yang mewakili Sultan Kelantan, Raja Aziz Addruse berkata, writ tersebut difailkan selepas pihaknya mendapat arahan daripada ahli kerabat diraja Kelantan.

Menurut beliau, afidavit bagi menyokong writ itu dibuat oleh Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra, putera ketiga Sultan Kelantan.

Dalam writ itu Sultan Kelantan dinamakan sebagai pemohon.

"Kami telah menfailkan permohonan tetapi bukan di Mahkamah Tinggi, sebaliknya di Mahkamah Khas kerana melibatkan seorang pemerintah dan ia perlu difailkan di Mahkamah Khas," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Kelab Taman Perdana Diraja Kuala Lumpur semalam.

Peguam-peguam lain yang hadir pada sidang akhbar itu ialah peguam kanan Datuk Param Cumaraswamy dan peguam-peguam lain, Gobind Singh Deo, Datuk Mohd. Haaziq Pillay dan Malik Imtiaz Sarwar.

Kesemua peguam-peguam itu mewakili Sultan Kelantan.

Semalam  di laporkan , kekanda Sultan Kelantan, Tengku Merjan Almarhum Sultan Yahya Petra mengalami kesukaran untuk berjumpa dengan Sultan Kelantan di HUSM.

Selasa lalu, Tengku Merjan mendakwa, beliau hanya sempat berada beberapa minit di dalam wad tempat Sultan Kelantan ditempatkan sebelum dihalau keluar.

UMNO APCO Hina Islam Malukan Umat





Pemuda DAP Tolak Cadangan Lesenkan Judi Piala Dunia

SHAH ALAM 7 MEI: Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke secara tegas menolak sepenuhnya hasrat Kerajaan Pusat untuk melesenkan perjudian pada kejohanan bola sepak Piala Dunia awal Mei ini.

Beliau melihat tindakan berkenaan hanya sebagai penyumbang kepada masalah sosial terbesar dalam negara ini.

"Jika kerajaan memberi lesen untuk perjudian bola, ini seolah-olah menggalakkan lebih ramai orang muda pergi berjudi dalam pertandingan bola sepak. Saya rasa ini akan meyebabkan keadaan yang tidak sihat dan menyebabkan lebih banyak masalah sosial," katanya.

Anthony Loke menganggap tindakan kerajaan Umno BN ini bertentangan dengan usaha mengawal aktiviti perjudian haram.

"Apabila kerajaan memberikan lesen ini, ia adalah tidak tepat. Mereka mengatakan perkara ini untuk mengawal perjudian haram ssekali gus menyalurkan cukai kepada kerajaan.

"Saya rasa ini sesuatu yang walaupun betul menjanakan sedikit pendapatan kepada kerajaan tetapi masalah akan bertambah lebih besar," katanya yang terkilan kerana hal ini banyak kali dibangkitkan di Parlimen tetapi tiada penyelesaian sebaliknya langkah berlawanan pula diambil.

Anthony Loke menyifatkan keadaan ini menunjukkan kegagalan kerajaan mengurus kewangan negara dan terlalu bergantung kepada cukai judi.

"Mereka ingat ini cara mudah untuk menambah cukai kerajaan dengan memberi lebih banyak special draw, lesen judi lesen bola dan sebagainya? Ini cara mudah untuk menambah cukai tetapi saya rasa ini kaji kesan sosial dulu," katanya.

Beliau menyeru kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) supaya mengkaji dengan lebih teliti hal ini dan tidak memihak kepada golongan tertentu sahaja. -TVS



Dr Asri: Lesen Atau Tidak, Judi Tetap Haram

SHAH ALAM 7 MEI: Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin menyifatkan alasan kerajaan yang menghalalkan perjudian melalui pemberian lesen yang membenar pertaruhan bola sepak, tidak munasabah untuk mana-mana agama, lebih-lebih lagi agama Islam.

Beliau menegaskan sebarang bentuk perjudian sama ada berlesan atau sebaliknya, hanya membawa masalah antaranya pergaduhan dan bebanan hutang.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein sebelum ini berkata, kerajaan sedang mempertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan ketika Piala Dunia 2010 berlangsung Jun ini.

Beliau memberi alasan ia wajar dilesenkan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Mengulas isu ini, Dr Asri menyifatkan kerajaan pimpinan Umno Barisan Nasional sudah tidak dapat membezakan halal dan haram.

"Kerajaan mesti memikirkan kesan buruk perkara ini. Ia akan mengakibatkan pergaduhan, pinjam meminjam dan pelbagai lagi. Jika kerajaan bertindak memberi lesen apa ertinya?" katanya.

Dr Asri mengingatkan kerajaan, tindakan melesenkan judi belum tentu menyelesaikan masalah kerana masalah tetap berlaku, bahkan berlarutan dengan lebih buruk.

"Judi termasuk dalam dosa besar. Di negara ini, orang akan kata ini bukan untuk orang Islam. Adakah perkara ini dituntut oleh orang bukan Islam? Adakah kerajaan bertindak hanya untuk kepentingan cukai ataupun untuk kepentingan masyarakat bukan Islam.

Beliau menyifatkan kerajaan hanya mencari alasan termasuk menggunakan elemen pembangunan judi bagi menghalalkan perjudian.

"Saya lihat alasan yang dinyatakan bagi mengelakkan judi haram dengan mengadakah judi halal. Semua judi adalah haram dan memberi kesan negatif. Saya tidak fikir orang agama lain disuruh pergi berjudi.

"Jika kerajaan hendak menyalurkan dana kepada bidang sukan, saya lihat perkara lain juga mungkin kita boleh mengenakan cukai yang tinggi. Jadi, saya fikir alasan ini sangat tidak munasabah," katanya.

Dr Asri seterusnya mencadangkan kerajaan supaya bertindak mengikut landasan Islam bagi mengawal baik buruk sesuatu perkara.

"Tetapi dengan cara kerajaan menghalalkan dan membenarkan cara memberi lesen ini kepada judi bererti perkara yang dibimbangi masyarakat dilakukan secara terbuka dan mendapat persetujuan. Apa beza antara yang halal dengan yang tidak, kedua-duanya mengundang masalah kepada rakyat," katanya. -TVS

polis buka pekung lagi....pegang barang bukti tanpa sarung tangan

Polis tahan 2 lagi remaja kes samun kafe siber















KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lagi remaja yang terbabit dalam kejadian cubaan samun sebuah pusat internet 24 jam di Jalan Genting Klang di sini oleh lapan remaja awal pagi semalam, menjadikan semuanya tiga remaja ditahan berhubung kes itu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abu Samah Mat, berkata kedua-dua mereka yang berumur 17 tahun itu ditahan petang dan awal pagi ini selepas mereka menyerah diri kepada polis.

Beliau berkata, remaja pertama menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada kira-kira pukul 4.30 petang semalam selepas tamat waktu persekolahannya.

"Remaja kedua pula ditahan di rumah keluarganya di Keramat kira-kira pukul 1 pagi," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan lawatan sempena Hari Polis di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini hari ini.

Katanya, siasatan lanjut mendapati remaja pertama bertindak sebagai penyamun dan penunggang motosikal dalam kejadian semalam manakala suspek kedua adalah pemandu kereta yang berada di luar premis berkenaan, dan kedua-dua suspek tidak mempunyai lesen memandu.

Abu Samah berkata, polis percaya kumpulan ini terbabit dalam beberapa kes di sekitar Lembah Klang dengan modus operandi mereka adalah dengan menyamun pusat internet di awal pagi.

Dalam kejadian awal pagi semalam, tujuh lelaki bersenjatakan pedang, gergaji dan pisau menyerbu pusat internet itu dan mengugut pengunjungnya supaya menyerahkan wang manakala seorang lagi rakan mereka menunggu di dalam sebuah kereta di luar premis berkenaan.

Seorang daripada tujuh suspek itu ditembak di bahagian kaki selepas cuba menyerang anggota polis dengan melibaskan gergaji.

Abu Samah berkata, suspek yang sedang menerima rawatan di HKL itu berada dalam keadaan stabil dan polis sudah mendapatkan perintah reman untuk menahannya sehingga 11 Mei ini bagi membantu siasatan.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang penyelia wanita sebuah stesen minyak di Wangsa Melawati, dekat sini menemui sepucuk pistol semi automatik yang dipercayai diletakkan di dalam tandas wanita stesen terbabit tiga hari lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata dalam kejadian itu pekerja wanita berkenaan menemui satu bungkusan plastik semasa membersihkan tandas Isnin lalu dan beliau menyerahkan bungkusan itu kepada penyelianya.

"Kira-kira 9 pagi ini penyelia itu membuka bungkusan plastik berkenaan dan terkejut mendapati ada sepucuk pistol di dalamnya. Polis yang tiba selepas dimaklumkan mengenainya mendapati ia pistol semi-automatik 9mm jenis Sigsauer yang dilaporkan hilang di Ampang oleh sebuah sebuah syarikat keselamatan pada 30 April lalu," katanya. - Bernama


Bukankah gergaji itu bahan bukti dan bukankah cap jari di gergaji itu penting untuk menyatakan bahawa mangsa melakukan serangan menggunakan gergaji itu jika sekiranya mangsa tidak membuat pengakuan melakukan aksi tersebut?

Di dalam banyak kes yang jenayah, sepatutnya bahan bukti tidak dicemari dengan kesan-kesan pegangan dan lain-lain daripada mereka yang tidak terlibat termasuklah pihak yang menyiasat.

Jadi timbul persoalan, kenapa ACP Zakaria melakukan aksi melibas-libas sambil memegang gergaji dengan mempertontonkannya di sidang medianya?

Jangan marah pula bila masyarakat yang menonton di kaca TV melihat hal tersebut dan mengeluh: haiya, macam sandiwara.

halal haram belakang kira janji masyukkkkkk

Kerajaan BN memang tidak pernah memandang halal atau haram sesuatu perkara yang dilakukan yang penting duit 'masyuk'. Sebab itulah lesen judi terus dikeluarkan walaupun yang sedia ada sudah melimpah ruah.

Sehari dua ini kemungkinan besar satu lagi lesen judi akan diluluskan.

Kerajaan Umno-Barisan Nasioal sedang mempertimbang mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan atas kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 awal bulan depan dalam satu lagi langkah yang dikhuatiri akan membawa kepada pelbagai masalah social dan keselamatan kepada negara.

Alasan untuk pertimbangan itu, menurut Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek Hussein, ialah bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Kalau dilihat kepada jawapan Awang Adek ('Menteri Besar' Kelantan yang kempunan ini) kita dapat simpulkan bahawa judi yang diberi lesen oleh kerajaan BN HALAL dan judi yang tiada lesen HARAM. Kitab mana dan hadis mana yang Umno BN pakai ini. Ada judi HALAL dan ada yang HARAM.

mufti perak huha sana huha sini mana dia....mana fatwa tentang  ini....apa teloq dah terkelepit  dalam seluar dalam  anda ka....periuk nasi periuk nasi jugak tapi kalau dah sampai bab halal haram dah tak berani bagi fatwa....atau bagi fatwa ikut selera UMNOAPCO....baik tak payah jadi mufti....duduk aje dalam peti....najis altantuya

Lesen Atau Tidak, Judi Tetap Haram

Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin menyifatkan alasan kerajaan yang menghalalkan perjudian melalui pemberian lesen yang membenar pertaruhan bola sepak, tidak munasabah untuk mana-mana agama, lebih-lebih lagi agama Islam.

Beliau menegaskan sebarang bentuk perjudian sama ada berlesan atau sebaliknya, hanya membawa masalah antaranya pergaduhan dan bebanan hutang.


Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein sebelum ini berkata, kerajaan sedang mempertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan ketika Piala Dunia 2010 berlangsung Jun ini.

Beliau memberi alasan ia wajar dilesenkan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Mengulas isu ini, Dr Asri menyifatkan kerajaan pimpinan Umno Barisan Nasional sudah tidak dapat membezakan halal dan haram.

"Kerajaan mesti memikirkan kesan buruk perkara ini. Ia akan mengakibatkan pergaduhan, pinjam meminjam dan pelbagai lagi. Jika kerajaan bertindak memberi lesen apa ertinya?" katanya.

Dr Asri mengingatkan kerajaan, tindakan melesenkan judi belum tentu menyelesaikan masalah kerana masalah tetap berlaku, bahkan berlarutan dengan lebih buruk.

"Judi termasuk dalam dosa besar. Di negara ini, orang akan kata ini bukan untuk orang Islam. Adakah perkara ini dituntut oleh orang bukan Islam? Adakah kerajaan bertindak hanya untuk kepentingan cukai ataupun untuk kepentingan masyarakat bukan Islam.

Beliau menyifatkan kerajaan hanya mencari alasan termasuk menggunakan elemen pembangunan judi bagi menghalalkan perjudian.

"Saya lihat alasan yang dinyatakan bagi mengelakkan judi haram dengan mengadakah judi halal. Semua judi adalah haram dan memberi kesan negatif. Saya tidak fikir orang agama lain disuruh pergi berjudi.
"Jika kerajaan hendak menyalurkan dana kepada bidang sukan, saya lihat perkara lain juga mungkin kita boleh mengenakan cukai yang tinggi. Jadi, saya fikir alasan ini sangat tidak munasabah," katanya.

Dr Asri seterusnya mencadangkan kerajaan supaya bertindak mengikut landasan Islam bagi mengawal baik buruk sesuatu perkara.

"Tetapi dengan cara kerajaan menghalalkan dan membenarkan cara memberi lesen ini kepada judi bererti perkara yang dibimbangi masyarakat dilakukan secara terbuka dan mendapat persetujuan. Apa beza antara yang halal dengan yang tidak, kedua-duanya mengundang masalah kepada rakyat," katanya

Pelantikan Ezam Bakal Hancurkan Umno

Pelantikan Ezam Bakal Hancurkan Umno


Pelantikan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohamed Ezam Mohd Nor sebagai ahli Dewan Negara bukan sahaja menjadi keraguan dan kesangsian kepada kepimpinan Umno khususnya tetapi juga dianggap sebagai satu laluan ke arah kehancuran bagi Umno dan Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar berkata, pelantikan Ezam itu telah berjaya mempamerkan sikap tidak setia kawan dan menghormati suara rakyat.


"Jika Ketua Pemuda Umno yang menang telah dikesampingkan, manakala yang kalah pula dilantik menganggotai kabinet dan kini Ezam yang dulunya melabelkan Umno dan BN itu sebagai perasuah besar serta penuh dengan penindasan dan kezaliman tiba-tiba dilantik sebagai Senator membuktikan parti itu semakin hampir dengan kehancuran.

"Umno dan BN sudah tidak mempunyai pemimpin yang berwibawa sehingga Datuk Seri Najib terpaksa membawa seorang yang tidak mempunyai jasa besar kepada partinya serta yang tidak mempunyai prinsip perjuangan yang kental dilantik sebagai Senator semata-mata untuk menentang kewibawaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya yang juga Pengarah Pilihan raya Pemuda PAS Pusat.

Tambahnya lagi, Umno dan BN hanya mengharapkan ahli Parlimen yang lompat parti dan mereka yang tidak mempunyai prinsip untuk berkokok bagi pihak mereka.

"Namun begitu rakyat jangan gusar dan bimbang kerana Ezam yang kita kenali sekarang ini bukannya yang kita kenali dahulu semasa berkokok tentang kejahatan, penyelewengan, korupsi dan ketidakadilan yang diamalkan oleh Umno dan BN.

"Ia juga tidak ubah sebagai seorang upahan untuk melaksanakan misi Najib bagi mematahkan kekuatan dan kekentalan yang ada pada Anwar sebagai seorang tokoh yang ternyata mempunyai karisma dalam perjuangan dan kepimpinan selama ini," ujarnya lagi.

Di PERMATANG PAUH, Ketua AMK Pulau Pinang, Amir Ghazali berkata, tindakan Najib melantik Ezam itu sebagai satu usaha bagi mempertahankan survival politik beliau bagi menentang kemaraan Anwar yang semakin terserlah.

Katanya, pelantikan itu bukan saja jelas membuktikan bahawa Najib telah memperlekehkan serta menyisihkan pemimpin Umno yang senior, sebaliknya ia juga telah memperlihatkan dengan jelas sikap Presiden Umno yang mahukan ahlinya patuh dan akur dengan apa saja tindakan beliau.

Ini juga, ujarnya membuktikan Najib memberikan tempat kepada pemimpin yang kecewa untuk mempertahankannya dari serangan yang sudah tidak mampu ditangkisnya lagi.

Tambahnya, tindakan itu merupakan salah satu strategi halus bagi mengenepikan sebahagian besar daripada kepimpinan Umno yang pro timbalannya bagi memperkukuhkan kedudukan beliau sebagai Presiden Umno dalam jangka masa yang akan datang.

"Namun begitu saya yakin mereka yang berada dalam Umno sendiri sudah dapat membezakan bentuk dan stail kepimpinan presiden mereka apabila dengan mudah menolak tokoh-tokoh Pemuda yang ada sehingga Ezam diberi tempat walaupun perjuangan beliau tidak sehebat mana.

“Kemungkinan juga ia hebat kepada Najib kerana isu rasuah dan korupsi yang sebelum ini dilaung-laungkan oleh Ezam sudah kelu dan kaku," katanya lagi.

Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain berkata, pelantikan itu menunjukkan betapa rapuh dan lemahnya kepimpinan Umno sehinggakan tiada seorang pun calon yang layak dilantik sebagai Senator walaupun telah memenangi kerusi dalam parti sendiri.

"Sekiranya tiada bantahan dalam kepimpinan Umno sendiri sudah jelas membuktikan bahawa ia adalah sebuah parti ‘pak turut' yang sentiasa mengikut apa saja keputusan pemimpin walaupun ia membelakangi kebenaran dan keadilan yang sepatutnya dilaksanakan," katanya.


Ali Hashim

cuma kantoi pasal rasuah aje....bukan pasal tembak budak....

Rasuah: Polis mengaku tidak bersalah



JOHOR BAHRU - Seorang polis berpangkat Lans Koperal mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tuduhan meminta dan menerima rasuah.

Mengikut kertas pertuduhan, pada 18 September 2009, jam 7.45 malam, bertempat di belakang Pejabat Balai Polis Kulai, Kulaijaya, Ismail Jaapar, 40, meminta suapan RM1,000 daripada Wajid Ali sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadapnya atas kesalahan salah guna permit kerja.

Ismail dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, pada tarikh sama, Ismail mengambil RM650 daripada Wajid dan kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Setelah buat kerjasama dengan Apco, nak halal judi pula?

Datuk Dr Awang Adek Hussein, Timbalan Menteri Kewangan berkata kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberi lesen judi bola sepak sempena Kejohanan Piala Dunia Jun ini.

Di Kelantan, siapa yang tak kenal dengan Awang Adek? Nama yang dicanang dan disebut-sebut oleh Umno Kelantan sebagai pemimpin bersih dan masa depan untuk merampas kerusi Menteri Besar dari kepimpinan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Apa juga alasan dan hujahnya untuk membenarkan judi bolasepak, judi tetap haram. Tak ada judi halal dan judi haram. Hanya zaman Umno berada dalam kerajaan maka diperkenalkan istilah judi halal dan judi haram.

Rakyat Malaysia amnya dan Kelantan khasnya boleh menilai sendiri sikap pemimpin Umno seperti Awang Adek yang sering bercakap dan menyerang Pas kononnya memperalatkan Islam tetapi terbukti mereka sendiri sangat jahil tentang tuntutan dan apa yang dicegah oleh Islam.

Kalau kenyataan itu dikeluarkan oleh pemimpin MCA, Gerakan atau MIC saya tak pelik kerana mereka bukan Islam.

Tetapi bila kenyataan ini walaupun dalam bentuk cadangan keluar dari mulut seorang yang mengaku Islam ia merupakan sesuatu yang sangat memalukan.

Jadi tak hairanlah apabila pemimpin Umno yang turut meneguk arak dan memiliki saham judi serta terlibat dengan skandal memperlekehkan dan menghina sejarah lampau hidup Dato Zaid Ibrahim semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor kerana bagi pemimpin Umno seperti itu umpama mengesahkan bahawa dalam Umno dalam bab tertentu arak dan judi adalah halal.

BN bagaikan tikus membaiki labu....!!!!

Teori kawalan Barisan Nasional adalah terlalu teruk dan tidak masuk akal. Malah strategi yang BN gunakan untuk membaiki status sosial, jenayah dan gejala sosial adalah umpama penyelesaian ala barbarian dan amat merisaukan rakyat pada hari ini.

Mengapa kenyataan ini wujud? Suatu ketika dahulu kerajaan ingin menyelesaian permasalahan AIDS yang menjadi petaka besar sosial kita. Penyelesaian adalah dengan memberi jarum suntikan dan kondom percuma kepada rakyat dengan tujuan jangka pendek (cukup dangkal) untuk mengelak perkongsian dan pengedaran virus HIV. Tingkah laku manusiawi, penyebab utama penyakit tersebut merebak tidak disentuh atau ditegaskan melainkan dalam siri kuliah agama dan Forum Ehwal Islam menunjukkan penyelesaian yang bersifat pemisahan antara teknikal dan moral telah menjadi tradisi negara ini

Islam menggalakkan penyelesaian secara menyeluruh, antara teknikal yang bersifat kawalan fizikal dengan kawalan melalui pembaikan moral, akhlak dan nilai keagamaan masyarakat. Jika berhadapan dengan kaum bukan Islam, mereka perlu diterapkan nilai moral sejagat secara menyeluruh juga.

Hari ini, Piala Dunia yang akan berlangsung di Afrika Selatan menjadi antara topik utama media. Seperti biasa pertaruhan dan perjudian akan berlaku apabila adanya pertandingan. Ini lumrah manusia sejak zaman ketamadunan Yunani lagi.

Sebagai rakyat Malaysia, saya cukup terkejut dengan kenyataan Datuk Awang Adek semalam yang disiarkan dalam semua media perdana berkenaan sanggupnya kerajaan untuk mempertimbangkan untuk menghalalkan judi yang belum wujud di negara ini. Tidak cukup dengan Sport Toto, Magnum da sebagainya, kini judi sukan pula ingin diwujudkan.

Kata beliau lagi, kerajaan ingin mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan dengan alasan mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Kerajaan BN tidak memandang langsung amaran Allah bahawa judi kaya dengan kerosakan dan malapetaka berbanding keuntungan sementara yang tidak berkekalan. Judi pada kerajaan Malaysia adalah punca pembangunan fiskal dan ubat untuk merawat defisit yang menggunung. Kata para menteri BN, jika ia judi haram, ia tidak membawa keuntungan fiskal dan ekonomi negara. Jika ia diperlesenkan, didaftarakan, maka ia HALAL TAYYIBAN malah boleh memajukan negara.

Kata Allah kepada orang beriman, "Wahai orang-orang yang beriman ! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti ( daripada melakukan perkara-perkara keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil) ?" (Al Maidah : 90)

Al Maisir di dalam ayat di atas bermakna judi, apa sahaja jenis perjudian sama ada ia menyumbang kepada ekonomi negara atau tidak. Sama ada di main di belakang rumah kedai atau di Genting Highland.

Adapun perjudian itu diharamkan kerana ia membawa kepada berbagai-bagai keburukan seperti permusuhan, dan juga boleh menjerumuskan seseorang kepada memakan harta haram atau harta orang lain secara batil sedangkan memakan harta orang dengan cara yang batil itu ditegah oleh Allah seperti firman-Nya :

"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil ) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah." (Surah al-Baqarah : 188)

Pengharaman ini juga termasuk seperti sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam :

"Sesungguhnya orang-orang yang menceburkan diri dengan mengambil harta Allah secara tiada hak, maka baginya api neraka di hari Kiamat." (Hadis Riwayat Al-Bukhari).

Dahulu UMNO secara tidak malu cuba mengaitkan PAS iaitu sebuah gerakan Islam dengan lambakan arak di Selangor. Kini mereka terpaksa menelan ludah sendiri dengan kenyataan seorang “Menteri Melayu Islam UMNO” yang berucap akan menambahkan lagi sektor judi di Malaysia.

Adakah kita sebagai umat Islam tidak malu apabila Pemuda DAP sendiri menganggap judi adalah perosak masyarakat Cina di Malaysia? Judi bukan sahaja musuh Islam malah menjadi musuh kaum bukan Islam.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa. Ini alasan kebudak-budakan dan hanya layak disebut oleh pelajar sekolah rendah sahaja. Contohnya ada seorang berkata ‘ Alah kalau bukan aku curi kabel elektrik ni, nanti akan ada orang curi jugak, lebih baik aku kebas dulu’. Ini antara kalimah yang kerap bermain di bibir si pencuri.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini. Maka bertukarlah selogan ‘Majulah Sukan Untuk Negara’ kepada ‘Majulah Judi Untuk Sukan’. Saya tidak faham apakah teori pembangunan sukan yang menteri BN baca dan telaah. Dalam kesuraman industri sukan negara yang menjadi punca bukan bajet atau kewangan yang mana judi dikatakan mampu memberi kemudahan pembelajaan sukan negara, sebaliknya bakat, latihan dan disiplin yang pelru diutamakan. Jika rasuah sukan masih tinggi, etlit tidak berdisiplin serta sistem latihan yang tidak bersungguh, duit hasil judi berjuta juga masih tidak menyebabkan pasukan negara kita mengalahkan Brazil atau Perancis nanti dalam Piala Dunia.

Menteri BN ingin juga menjadi aktivis sosial untuk membaikkan moral. Lihat kenyataan ini "Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram,” kata Awang Adek.

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya lagi.

Adakah bermain judi di tempat berlesen tiada masalah sosial? Si penjudi Genting Highland memang tidak meminjam wang dari along atau mungkin tidak memaksa isteri memberi wang untuk berjudi, tetapi mereka kebanyakannya pemimpin dan tokoh negara. Mereka juga korporat dan aristokrat yang banyak memegang kuasa dan pengaruh di dalam negara. Adakah dosa mereka itu akan memajukan negara? Malah jenayah kolar putih, kongsi gelab, rasuah dan duit kopi menjadi amalan si penjudi berlesen itu. Bukankah lebih besar petakanya?

Oh tidak mengapa! Kerana mereka berjudi tetapi berlesen!

Dahulu ada suara-suara jahil pemimpin negara ini menyuarakan cadangan cawat besi untuk mengelakkan jenayah rogol. Mereka sanggup mengaku ingin menjaga maruah dan martabat wanita tetapi sanggup juga memberi idea kuno yang ‘jakun’ malah cukup melondehkan aib wanita moden hari ini.

BN tidak layak bercakap soal moral apatah lagi ingin bercakap melondeh Dato’ Zaid Ibrahim. Malah Zaid sendiri mengaku UMNO dan BN adalah sarang bagi kegiatan arak dan judi di kalangan elit Melayu.

Muhammad Nuruddin Bashah
Setiausaha Lajnah Perpaduan Nasional Perak

Thursday, May 6, 2010

Umno Mahu Jadikan Malaysia Serambi Las Vegas



Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan tindakan pemimpin Umno melalui Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein yang mahu menimbangkan sekali lagi cadangan meluluskan lesen judi Bolapsepak Piala Dunia 2010.

Hal ini sudah jelas mendapat tentangan rakyat sejak cadangan pertamanya tahun lepas. Namun kali ini ia berbangkit lagi dengan alasan bahawa kerajaan gagal membanteras aktiviti sindiket perjudian haram. Alasan ini dengan sendirinya membuktikan kelemahan sistem pentadbiran dan penguatkuasaan kerajaan. Bila sudah gagal mereka keluarkan lesen untuk menghalalkan pula.


Kempen memerangi dadah masih diteruskan walaupun belum berjaya menghapuskan aktiviti pengedaran dan penagihan dadah. Dadah diistihar sebagai musuh negara. Kenapa selepas bertahun-tahun gagal membasmi dadah hingga ke akar umbi Kerajaan tidak mengeluarkan lesen pengedaran dadah pula.

Kerajaan kata dadah itu merosakan rakyat dan menjadi ancaman kepada negara kerana menyebabkan ketagihan serta dorongan melakukan jenayah. Apakah judi tidak memainkan peranan yang sama. Berapa ramai rakyat Malaysia yang jadi kaki judi mengabaikan keluarga mereka, malah ada yang sanggup jadi penjenayah untuk mendapatkan modal berjudi. Sepatutnya judi diistihar sebagai musuh utama negara juga.

Rakyat Kelatan khususnya pasti bersyukur dengan kekalahan Umno dan Awang Adek dalam pilihanraya lalu dinegeri itu. Jika beliau menang dan Umno rampas kerajaan Kelantan, pastilah beliau yang kononnya mahu diangkat menjadi Menteri Besar akan menjadikan Kelantan sebagai Negeri Serambi Las Vegas bukan lagi Serambi Mekah.

Disebabkan gagal di Kelantan beliau yang mendapat peluang jadi Menteri melalui ehsan Najib mahu jadikan Malaysia pula sebagai serambi Las Vegas. Tak dapat Kelantan, satu negara diperjudikannya.

Mungkin tindakan ini terdorong dek peluang yang dinikmati Singapura yang baru-baru ini mendapat suntikan pelaburan sebanyak USD 5.7 Bilion dari Las Vegas Sand Corp yang mahu membina sebuah Resort Perjudian mewah dinegara itu bagi menyaingi Genting Highland. Projek Marina Bay Sand itu dijangkakan mendatangkan pulangan USD 2 Bilion setahun dan menjadi antara sumber kewangan baru bagi Kerajaan Singapura.

Oleh itu, Awang Adek cuba menunjukan Malaysia lebih terbuka dari Singapura dengan harapan syarikat Perjudian antarabangsa berminat membuka resortnya di Malaysia pada masa akan datang. Krisis kewangan global menjadikan pemimpin Umno buta mata, dan sanggup mengambil apa sahaja peluang untuk mengaut keuntungan bagi membiayai projek-projek politik yang mereka janjikan kepada rakyat sejak PRU-12.

Tahun ini usia Umno 64 tahun, bermakna sudah lebih 64 tahun mereka bergelumang dengan perjudian. Di awal penubuhannya berbondong-bondong Ulama' dan Ustaz-Ustazah keluar dari Umno menubuhkan PAS kerana kedegilan pemimpin Umno yang tekad menjadikan loteri kebajikan dan pelbagai jenis judi sebagai aktiviti ekonomi mereka hingga ke hari ini.

Hari ini Umno masih bersandarkan hasil judi untuk terus berdiri megah di PWTC. Lihat sahaja senarai pemegang saham dan ahli Lembaga Pengarah beberapa syarikat judi dalam negara. Malah, bila sebut pasal tokoh pelaburan judi dalam Umno rakyat akan terbayang wajah Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor.

PAS berharap agar rakyat membuka mata dan bangkit menolak dasar-dasar perjudian yang cuba dihalalkan Umno. PAS yakin, tanpa duit hasil judi, ekonomi negara ini mampu melangkah jauh ke hadapan.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

lagi mangsa polis tembak membabi buta...mangsa saman RM 2 juta

Seorang lagi mangsa yang mendakwa ditembak oleh polis, Siti Nasrinda Sumirin, hari ini tampil membuat pendedahan yang dia ditembak di Klang pada Ogos tahun lalu.

Siti Nusrinda, 23 tahun yang cedera di bahagian pinggang mengemukakan saman RM1 juta ke atas polis dan kerajaan berhubung kecederaan yang dialaminya serta mendakwa polis gagal bertindak dalam kesnya itu.

Dia juga mengemukakan saman RM1 juta lagi kerana mendakwa reputasinya terjejas berikutan kejadian berkenaan.

Selain itu, Siti Nusrinda juga menuntut agar anggota polis yang menembaknya dan tunangnya menjalani kerja-kerja khidmat masyarakat selama dua tahun.

Katanya, tindakan itu sebagai pengajaran kepada anggota polis yang berpangkat koporal dan konstabel itu supaya tidak lagi mengulangi kesilapan mereka.

Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh peguamnya, M Manoharan, yang juga ahli dewan undangan negeri Kota Alam Shah.

Dalam tuntutannya, Ketua Polis Daerah Klang, Ketua Polis Selangor dan Ketua Polis Negara, dua anggota polis itu dan kerajaan dinamakan sebagai defendan.

Selain menuntut pampasan RM1 juta, tunangnya yang kini suaminya yang tidak cedera pada kejadian itu juga menuntut bayaran RM500,000.

mkini

Pengiraan Sistem Bacaan Elektrik Dipertikai











Tindakan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menggunakan sistem bacaan kadar penggunaan elektrik dua bulan sekali mengundang rasa kurang senang di kalangan penduduk di Ipoh, Perak.

Rata-rata penduduk di Perak menggesa TNB menggunakan cara lama iaitu dengan bacaan setiap bulan.

Mengulangi gesaan penduduk, Ahli parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan, ADUN Pasir Pinji Thomas Su dan ADUN Teja, Chang Lih Kang memgambil inisiatif mengunjungi pejabat Suruhanjaya Tenaga Negeri Perak Selasa lalu.

Ujar Thomas, alasan TNB yang mengatakan syarikat utiliti itu menghadapi kekurangan kakitangan sehingga terpaksa menggunakan sistem baru adalah tidak relevan sama sekali.

Selain menghadapi masalah kekurangan pekerja, TNB juga mendakwa sistem berkenaan dilaksanakan sebagai proses untuk menuju negara membangun dan menjadi amalan di Singapura, United Kingdom , Jerman dan Peranchis.

Kata Thomas, walau apapun tujuan TNB, syarikat utiliti utama itu seharusnya mengutamakan kepentingan rakyat terlebih dahulu.

Tambahan pula elektrik adalah keperluan asas kehidupan semua golongan rakyat.

Ujarnya masyarakat negeri ini hanya mahukan penetapan tempoh bacaan kadar penggunaan tenaga elektrik yang lebih adil dan sistematik setiap bulan.

Malah, mengikut perundangan, TNB perlu kembali menjalankan sistem bacaan kadar pengunaan elektrik secara bulanan seperti yang termaktub dalam seksyen 4(1) Akta Bekalan Elektrik 1990.

erapakatan

temberang aje...mamat nie...semua orang pun tahu organisasi kerajaan atau yang ada kepentingan kerajaan mana ada bebas dari kongkongan politik sempit si gila kuasa...

RTM nafi campurtangan politik dalam rancangannya



RTM menafikan berlakunya campur tangan politik dalam penentuan sesuatu program yang disiarkan di stesen kerajaan itu.

Menurut Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya, RTM khususnya, Bahagian Berita Ehwal Semasa, tidak pernah menyekat petugasnya untuk berkarya secara objektif dan kreatif.

Katanya, dalam kenyataan media semalam, apa yang berlaku ialah Pengarah Bahagian Berita Ehwal Semasa RTM meminta penerbit membuat suntingan semula program berkenaan agar lebih mantap.

“Bagaimanapun penerbit berkenaan bertegas tidak mahu membuat suntingan semula sebaliknya menuntut agar diberikan arahan bertulis.

“Menjadi amalan RTM mengamalkan arahan lisan sebagai sebahagian daripada pentadbiran harian biasa tanpa perlu mengeluarkan arahan bertulis,” katanya.

Pada 28 April lalu, menerusi blognya, penerbit dokumentari rancangan "Galeri Mandarin Nasional" di TV2, Chou Z Lam (kanan), mendakwa rancangan sembilan bahagiannya itu diarah tidak disiarkan oleh Ibrahim.

"Pengarah berita RTM, Datuk Jumaat Engson berkata dokumentari itu ditarik balik kerana ia mempunyai elemen yang sensitif yang mungkin memudaratkan BN pada pilihan raya kecil Sibu akan datang dan juga pilihan raya negeri Sarawak,” kata Chou.

Menurut Ibrahim, RTM adalah media rasrni yang berpegang teguh kepada kewartawanan yang bertanggungjawab dengan memaparkan fakta-fakta yang memupuk perpaduan dan keharmonian.

“Laporan yang disiarkan perlu sentiasa mengambil kira kehendak khalayak ramai, berwibawa dan telus. RTM sentiasa menyajikan laporan membabitkan semua kaum atau keturunan sesuai dengan semangat Gagasan Imalaysia,” katanya.

Ibrahim berkata RTM juga sentiasa memastikan program yang diterbit dan disiarkan di TVI dan TV2 bermatlamat memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

Pada 28 April lalu, Malaysiakini juga ada menghubungi ketua pengarah penyiaran itu untuk mendapatkan penjelasannya tetapi hanya memperolehi sebaris jawapan.

“Saya tidak membuat arahan itu...awak sepatutnya tanya kepada Chou,” kata Ibrahim dengan ringkas.

untung berbillion petronas di rompak kroni...pekerja kontrak juga yang jadi mangsa....

Pekerja kontrak Petronas bakal hilang kerja


Warga pekerja kontrak Petronas seluruh negara bakal berdepan dengan potongan gaji dan kehilangan kerja bermula 1 Jun depan.

Demikian dinyatakan oleh seorang pekerja Petronas yang mahu dikenali sebagai Hopeless Bapak dalam satu surat kepada Harakahdaily.

Menurutnya, pekerja yang bekerja hampir 25 tahun langsung tidak dihargai dan berdepan dengan potongan gaji kira-kira 40 peratus atau bermula pada gaji pokok walaupun telah bekerja lama sehingga ada yang menjangkau 25 tahun.

Ada pekerja di sesetengah bahagian tidak disambung kontrak walaupun telah lama bekerja dengan Petronas.

“Adakah ini yang dikatakan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan oleh DS Najib yang mewar-warkan ke arah negara berpendapatan tinggi?

“Ke mana keuntungan Petronas yang beratus billion dibelanjakan. Tiadakah sedikit penghargaan kepada pekerja yang telah menaikkan nama syarikat,” soalnya.

Baginya, alasan mereka pekerja kontrak dan mengurangkan kos tidak dapat diterima sama sekali.

Justeru, katanya berkemungkinan piket akan diadakan pada 1 Jun nanti di seluruh negara sekiranya kezaliman itu diteruskan.

lalok dengan kanabis...sepak nak tiri masuk tak bagi salam...!!!!

MELAKA: Hanya kerana tidak memberi salam ketika memasuki rumah, seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah, terpaksa menanggung azab apabila dipercayai didera bapa tirinya Isnin lalu.
Difahamkan, kejadian berlaku di sebuah pangsapuri di Ayer Keroh kira-kira jam 7.10 pagi ketika ibu kandung pelajar itu tiada di rumah kerana menghantar adik-adiknya yang masih kecil ke rumah pengasuh.

Mangsa berusia 14 tahun yang berada dalam bilik, dikatakan diseret keluar dari rumah oleh bapa tirinya lalu ditendang dua kali di perutnya serta dilempar dengan selipar.

Tidak cukup dengan itu, bapa tirinya yang juga seorang pemandu lori sambilan seperti hilang perikemanusiaan apabila bertindak mengunci pintu dan menghalang mangsa daripada memasuki rumah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, siasatan awal pihaknya mendapati sehari sebelum kejadian, mangsa berada di rumah bapa kandungnya di Alai.

Katanya, ketika pulang ke rumah, mangsa dikatakan tidak memberi salam dan terus masuk kebiliknya serta mengunci pintu.

“Kejadian itu dipercayai menyebabkan bapa tirinya marah dan keesokannya (3 Mei) kira-kira jam 7.10 pagi, ketika mangsa berada di biliknya, suspek menariknya keluar dari rumah lalu menendangnya dua kali di perut.

“Selain itu, suspek juga dikatakan turut membaling selipar kepada anak tirinya itu sebelum mengunci pintu rumah. Mangsa terpaksa menahan kesakitan sebelum dibawa ke Hospital Melaka oleh ibunya.

“Susulannya, satu laporan polis dibuat mengenai kejadian itu di Balai Polis Ayer Keroh,” katanya.

Mohd Adnan berkata, berdasarkan laporan itu, polis menahan bapa tiri mangsa pada hari yang sama.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut didapati lelaki berusia 37 tahun itu sebelum ini pernah beberapa kali memukul mangsa, namun tiada aduan mengenainya dibuat.

“Suspek juga diarah menjalani ujian air kencing dan didapati positif mengambil dadah jenis kanabis.

“Berikutan itu, dia direman 14 hari bagi membantu siasatan berhubung penagihan dadah dan selepas siasatan lengkap, kami akan mendakwanya kerana mendera anak tirinya,” katanya.

gila kuasa punya hal....Sultan Kelantan dipindahkan ke HKL untuk rawatan lanjut

KOTA BHARU – Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dijangka dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Baginda yang diiringi Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid akan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kira-kira pukul 2.30 petang ini.

Kelmarin, Tuanku Ismail dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) selepas rombongan diraja yang dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang tersebut dihalang oleh sepasukan polis.

Baginda dijadualkan menjalani pemeriksaan susulan di Hospital Mount Elizabeth di Singapura kelmarin dan akan berada di negara terbabit selama 10 hari. – Utusan

Wednesday, May 5, 2010

kes tembak membabi-buta...Skrip Polis Sama dalam Kes Aminul, Norizan, Vikenes

Peguam keluarga Aminulrasyid Amzah, N Surendran berkata pihak polis seolah-olah sudah mempunyai skrip bertulis setiap kali polis terlibat dalam kejadian yanng melibatkan kematian orang awam.

Jalan cerita yang digunakan oleh polis pula dalam kes kematian remaja 14 tahun itu seakan-akan sama dengan laporan yang dikeluarkan oleh polis dalam kes penembakan ibu tunggal, Norizan Salleh tahun lalu.

Surendran bwerkata demikian pada majlis penerangan mengenai kes Aminulrasyid dalam forum 'Keadilan Untuk Aminulrasyid' anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia semalam

"Jika dibandingkan dengan kes Norizan Salleh, jalan cerita dalam laporan polis sama dengan laporan yang diberikan untuk Aminulrasyid, iaitu, kedua-dua disyaki terbabit dalam jenayah, parang dijumpai di dalam kereta mereka dan yang ironinya dalam kedua-dua kes polis mendakwa mangsa kononnya cuba merempuh polis dengan mengundurkan kereta.

"Ini bukan cerita aksi Bruce Willis (pelakon Hollywood), ini merupakan seorang remaja berusia 14 tahun yang dalam ketakutan. Dari mana pula polis mendapat idea cerita aksi Hollywood sebegini?" tanya Surendran.

Jelas beliau, apa yang telah menimpa Aminulrasyid adalah satu tragedi dasyat yang bermula dengan beberapa kesalahan kecil yang tidak begitu serius.

"Pertama, Aminulrasyid keluar pada waktu malam, ini bukan kesalahan. Kalau dia balik rumah lepas itu maksima hukum seminggu tak boleh keluar rumah, itu saja. Kedua dia mengambil kereta kakaknya, ketiga kereta yang dipandu Aminul tergeser dengan sebuah kereta lain dan keempat Aminulrasyid dikejar oleh beberapa motosikal yang mungkin kawan kepada pemilik kenderaan yang digeser Aminulrasyid.

"Kesemua ini hanyalah insiden kecil yang tidak langsung memberi sebab kukuh untuk polis menembak mati Aminulrasyid. Jelas sekali polis telah mengambil keputusan sendiri, menjadi hakim dan memutuskan lebih baik Aminulrasyid ditembak mati," tegas beliau lagi.

Surendran mendedahkan ada saksi yang menyangkakan bahawa aksi penggambaran untuk filem sedang diambil, apabila melihat polis menembak bertubi-tubi ke arah kereta Aminulrasyid sambil mengejarnya.

Beliau memberikan contoh kes yang berlaku pada 10 Oktober 2003, di mana seorang pelajar Tingkatan 6, Vikenes Vesvanathan, ditembak mati bersama-sama dua orang rakannya di Nilai, Negeri sembilan.

Dalam kes ini luka tembakan di kepala Vikenes condong dari atas ke bawah dalam kira-kira 45 darjah, seolah-olah Vikenes ditembak dari jarak dekat semasa beliau dalam keadaan melutut di tanah semasa tembakan di kepala dilepaskan.

Surendran kesal sehingga kini tiada siasatan dan tiada anggota polis yang diheret ke mahkamah.

Malah lebih menyedihkan lagi, pelajar tersebut dilabel oleh polis sebagai suspek rompakan bersenjata sama seperti Aminulrasyid yang dituduh sebagai penjenayah oleh polis.

"Ini menunjukkan betapa perlunya IPCMC (Suruhanjaya Bebas Pengaduan dan Salah Laku Polis) di negara ini. Jika wujudnya badan untuk memantau setiap gerak geri polis, maka kesemua tragedi ini dapat dielakkan sama sekali kerana polis akan lebih berhati-hati apabila mengambil tindakan dan tidak berani melakukan sesuka hati mereka," kata peguam itu lagi

Surendran juga membuat perbandingan kes tembakan polis di antara United Kingdom dan Malaysia sepanjang 2009.

"Di United Kingdom yang mempunyai populasi lebih 50 juta hanya dua kes terjadi tetapi di Malaysia dengan jumlah pendudk separuh daripada UK, sejumlah 39 kes yang direkodkan oleh NGO sahaja. Jumlah sebenar kematian kerana keganasan polis tidak diketahui hingga kini," tambah beliau lagi. -SK


"Jika dibandingkan dengan kes Norizan Salleh, jalan cerita dalam laporan polis sama dengan laporan yang diberikan untuk Aminulrasyid, iaitu, kedua-dua disyaki terbabit dalam jenayah, parang dijumpai di dalam kereta mereka dan yang ironinya dalam kedua-dua kes polis mendakwa mangsa kononnya cuba merempuh polis dengan mengundurkan kereta.

a) mangsa kononnya terlibat di dalam jenayah
b) parang dijumpai di dalam kereta
c) mangsa cuba merempuh polis dengan mengundurkan kereta

Ini saja idea yang ada pada polis yang nak menipu. Parang sengaja dibawa dan diletakkan di dalam kereta mangsa. Parang yang serupa, sama panjang, sama bentuk agaknya, polsi yang empunya, bukan mangsa!

Yang kata ada parang tu siapa? KPN Selangor, Khalid Abu Bakar namanya.

Sistem Pembayaran Bil TNB, Pengguna Selangor Turut Merungut











Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim meminta Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya lebih sensitif dengan kebajikan rakyat dengan tidak mengamal sistem bayaran bil penggunaan elektrik dua bulan sekali. Merujuk masalah di Perak yang kian menular di Selangor, beliau berkata TNB tidak wajar menghantar bil tertunggak bulan pertama yang ditunda ke bulan kedua hingga membebankan pengguna.

Penggunaan sistem bacaan penggunaan elektrik dua bulan sekali mengundang rasa kurang senang di kalangan penduduk di Ipoh, Perak yang mendesak TNB menukar cara lama dengan menghantar bil setiap bulan.

Pengguna di Selangor juga semakin tertekan dengan pelaksanaan TNB ini dan rungutan mereka berhubung bil elektrik semakin bercambah.

“TNB tidak perlu menghantarkan bil dua bulan sekali, TNB ialah sebuah syarikat swasta di mana sahamnya diurusniagakan di pasaran saham Kuala Lumpur.

“Saya ingat salah satu bukan baik untuk mereka dengan lebih peka kepada pengguna dan dengan harga kesempurnaan terutamanya dengan harga monopoli," katanya.

Serah dua telaga minyak suatu penderhakaan



Perlembagaan Malaysia tidak membenarkan mana-mana wilayah Malaysia diserahkan pada pihak luar, maka perbuatan kabinet menyerahkan dua blok pengeluaran minyak luar pantai Malaysia-Borneo kepada Brunei Darussalam dianggap perbuatan derhaka kepada kedaulatan negara.

Kalau Perkara 2, Perlembagaan (Persekutuan) Malaysia sendiri pun tidak membenarkan mana-mana wilayah dalam kedaulatan kita (Malaysia) diserahkan kepada negara luar walaupun melalui Parlimen, inikan pula Blok M dan (Blok) L sewenang-wenangnya diserahkan pada Brunei hanya melalui kelulusan kabinet sahaja.

Ini bagi saya suatu penderhakaan kepada negara kerana Perlembagaan memperlihatkan bahawa tidak pernah ada tolak ansur dalam melepaskan kedaulatan negara.

Perkara 2 Perlembahaan Persekutuan hanya membenarkan Parlimen membuat ketetapan untuk menerima masuk mana-mana negeri dalam Persekutuan.

Perkara 2 juga,membenarnya Parlimen membuat persempadanan semula negeri-negeri di bawah Persekutuan, dengan syarat mesti terlebih dahulu mendapat persetujuan Dewan Undangan Negeri (Dun) serta Majlis Raja-raja.

Mengambil kes persempadanan semula Wilayah Persekutuan Putrajaya, beliau berkata, kerajaan Pusat akhirnya akur dengan mendapatkan persetujuan Dun Selangor dan Sultan Selangor, walaupun pada awalnya kerajaan Pusat terus masyhurkan suatu kawasan dalam negeri Selangor sebagai ‘Persekutuan’.

Disebabkan itu, dengan merujuk pada pengakuan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjelaskan bahawa penyerahan dua telaga minyak tersebut diluluskan oleh kabinet, saya menggesa kerajaan Pusat menjelaskan kaedah yang digunakan oleh Kuala Lumpur ketika memeterai perjanjian persefahaman dengan Bandar Seri Begawan.

Walaupun perjanjian dibuat pada 11 Februari 2009, iaitu era Abdullah menjadi Perdana Menteri, namun perjanjian persefahaman ditandatangani antara kedua-dua kerajaan pada 16 Mac 2009, iaitu ketika Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Sehubungan itu, Najib selaku ketua kerajaan tidak seharusnya mengambil sikap berdiam diri serta menganggap bahawa isu terbabit adalah isu terpencil yang melibatkan Abdullah semata-mata.

Dari segi yang lain, saya juga ingin turut mempersoal tindak-tanduk kerajaan membatalkan perjanjian persefahaman dengan Murphy Oil, iaitu syarikat perdagangan minyak antarabangsa demi memastikan hasrat menyerahkan kedua-dua telaga minyak tersebut kepada Brunei.

Dengan pembatalan sedemikian, sekaligus mencalar reputasi Petronas, sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang bergiat dalam industri petroleum di peringkat dunia.

(Dengan) pembatalan ini, bukan sahaja integriti kerajaan dilihat musnah, malah Petronas selaku GLC yang bergiat di peringkat antarabangsa pun turut dipersoal apabila mereka berurusan dengan negara-negara pengeluar minyak.

Dunia akan tanya Patronas, sekiranya perjanjian dengan Murphy Oil pun kerajaan boleh batalkan, apakah jaminan Petronas sekiranya ia (Petronas) dilantik untuk membangunkan industri minyak di negara-negara yang dia berurusan.

Saya bercadang untuk mengetengahkan perkara itu kepada Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat dalam masa terdekat sebelum membuat usul supaya suatu sidang Dewan Rakyat tergempar diadakan demi membincangkan isu penderhakaan tersebut.

Datuk Mahfuz Omar,
Naib Presiden PAS,
Ahli Parlimen Pokok Sena.

bertambah lah zuriat manusia.......anak luar nikah di negara kita

Pelajar Tingkatan Empat Lahir Bayi Dalam Tandas Klinik


KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar Tingkatan Empat melahirkan bayi dalam tandas di Pusat Kesihatan Jerangau, Felda Jerangau, Dungun dekat sini, hari ini.

Difahamkan pelajar itu ke klinik berkenaan pada pukul 11 pagi dengan ditemani jirannya setelah mengadu sakit perut dan sebaik tiba di klinik, remaja terbabit dilaporkan ke tandas dan bersalin di dalam tandas terbabit.

Kejadian yang menggemparkan pesakit di klinik itu disedari oleh orang ramai yang lalu berhampiran tandas terbabit apabila ternampak air bersama darah mengalir keluar daripada tandas berkenaan.

Mereka yang bertindak membuka tandas menemui pelajar berkenaan berlumuran darah dalam keadaan lemah bersama seorang bayi.

Pelajar yang bersekolah di sebuah sekolah menengah di sekitar Dungun itu kemudian dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk mendapatkan rawatan bersama bayinya.

Pemangku Ketua Polis Dungun, Asisten Supritendan Alias Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

"Pelajar terbabit masih berada dalam keadaan lemah dan buat masa ini, kami belum mendapat kenyataan jelas daripadanya dan bayinya juga kini sedang diberi rawatan," katanya tanpa menyatakan jantina bayi yang dilahirkan pelajar itu. - BERNAMA

BANGANG punya mangkuk tandas ...!!!!

Cuba pembaca teliti dengan sebaik-baiknya dua soalan berikut: a) Sejauh manakah bidang kuasa KDYMM Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini (Kedah) dihormati oleh kerajaan Pusat?

b) Setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan kerajaan negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam, nyatakan perkara tidak boleh tersebut?

Jika kurang jelas juga maksudnya, bacalah berkali-kali sehingga faham. Tiada seorang pun yang mempunyai akal fikiran yang waras atau sekurang-kurangnya yang ‘sederhana’ tahap pemikirannya akan memahami bahawa soalan tersebut bertujuan mempertikaikan kuasa Sultan atau menghina Sultan.

Anehnya, itu pula yang difahami oleh Yang Dipertua sebuah persatuan yang mendakwa kononnya ada kaitan dengan raja-raja. Pemimpin persatuan tersebut, Dato’ Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya dalam kenyataannya di hadapan media mengecam ADUN PAS Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa yang membawa soalan tersebut dalam Dewan Undangan Negeri Kedah baru-baru ini kerana ‘menghina’ Sultan.

“Kami mencela perbuatan sombong dan angkuh itu dan menggesa YB Kubang Rotan memohon ampun kepada Sultan,” ujarnya.

Yang betulnya, YDP persatuan yang mengaku ada kaitan dengan istana itu langsung tidak membaca soalan asal yang dibawa ADUN Kubang Rotan. Jika dia membaca masakan dia tidak faham sehingga terpancul perkataan ‘sombong dan angkuh’.

Begitu juga media talibarut BN dan pemimpin-pemimpin Umno yang mengangggap soalan tersebut sebagai mempertikaikan kuasa Sultan. Pening juga kita dibuatnya, ayat yang begitu mudah pun sukar difahami. Maka istilah paling tepat untuk golongan seperti ini ialah ‘bangang’!

“Tidak wujud walau sepatah perkataan yang mempertikai kuasa KDYMM Sultan dalam soalan tersebut. “Sama ada secara tersurat atau tersirat, soalan saya langsung tidak mempertikaikan bidang kuasa Sultan seperti yang dilaporkan oleh media arus perdana. Apatah lagi kata-kata yang bermaksud menghina Sultan,” tegas Mohd Nasir dalam satu media yang diadakan di pejabatnya.

Dua dari empat soalan lisan Mohd Nasir telah menjadi kontroversi di Persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini apabila ketua pembangkang Dato’ Seri Mahdzir Khalid bangun mendesak speaker supaya soalan tersebut ditarik balik dengan alasan ianya menyentuh ‘bidang kuasa Sultan.’

Setengah-setengah soalan ditanya bukan bertujuan untuk mendapatkan penjelasan kerana penyoal tidak tahu. Ada soalan dibuat, macam kata pepatah ‘sudah gaharu cendaca pula’.

Dalam soalan (a) yang dipertikaikan itu, Mohd Nasir mahu dijelaskan, bahawa Kerajaan Pusat sebenarnya tidak menghormati bidang kuasa Sultan Kedah sebagai ketua agama Islam.

Sebagai contoh, Kerajaan Pusat melalui JAKIM telah memanggil imam-imam seluruh negeri Kedah di SP Inn pada 4 April 2010. Program itu dirasmikan oleh Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharom Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari Kerajaan Pusat.

Tidak salah untuk mereka anjurkan program di negeri, tetapi apa salahnya meminta izin terlebih dulu dari ketua agama negeri iaitu Sultan Kedah. Mengapa tidak tahu menghormati bidang kuasa Sultan sebagai ketua agama Islam?

Dalam soalan (b) pula, Mohd Nasir mahu memberitahu bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak pernah dengan sesuka hati dan sewenang-wenangnya mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawai masjid hanya kerana sebab politik kepartian, seperti tuduhan yang dibuat oleh ADUN Bakar Bata, Dato’ Ahmad Bashah Md Hanipah baru-baru ini.

ADUN Bakar Bata dalam laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 6 April 2010 bertajuk ‘Pegawai Masjid Dipaksa Bersara’ telah menghasut pegawai-pegawai masjid tertentu supaya tidak mengisi borang M4 seperti yang diminta oleh Pejabat Agama Daerah Kota Setar. Tindakan ini terang-terangan telah mencampuri bidang kuasa KDYMM Sultan.

Tuduhan bahawa pelantikan dan pemecatan imam adalah kerana ‘arahan politik’ Kerajaan Negeri adalah tidak benar dan berniat jahat.

Pertikaian Ketua Pembangkang terhadap soalan tersebut bukan kerana Mohd Nasir ‘mempertikaikan kuasa Sultan’ tetapi kerana menyedari bahawa hasil dari soalan ini akan mendedahkan tindakan-tindakan mereka selama ini yang mencampuri dan tidak menghormati bidang kuasa Sultan. Ia merbahaya di saat Umno kini hanya bergantung harap kepada undi Melayu semata-mata untuk berkuasa.

Tidak dapat dipastikan sama ada Umno telah memperkudakan Tengku Zainol Abidin untuk mengeluarkan kenyataan tidak berasas terhadap ADUN Kubang Rotan. Tetapi melihatkan kepada kenyataan yang dikeluarkan adalah ‘lebih Umno dari Umno’ maka tidak syak lagi bahawa kenyataan itu adalah dari kilang propaganda pihak pembangkang, iaitu BN. Ia disokong dengan sikap Tengku Zainol Abidin dan gerombolannya yang membisu seribu bahasa, apabila Dato’ Ahmad Bashah mempertikaikan bidang kuasa Sultan apabila menuduh pihak pentadbir agama (di bawah kuasa Sultan) memaksa imam tertentu supaya bersara. Jika dia ikhlas, mengapa tidak kecam Ahmad Bashah sebelum ini?

Terbaru, dalam sidang media yang diadakan oleh Menteri Besar, wartawan dikejutkan dengan status persatuan yang dikepalai oleh Dato’ Tengku Zainal Abidin itu sebenarnya tidak lagi dinaungi oleh Tuanku Sultan. Persatuan mereka juga khabarnya telah ‘diusir’ dari Istana Kuning yang mereka tumpang selama ini.

Ada logiknya jika tindakan diambil terhadap persatuan tersebut, kerana sewajarnya sebagai persatuan yang dikaitkan dengan pihak istana ketuanya mestilah menjaga adab dan susila setanding dengan kedudukan mereka yang dihormati masyarakat. Apakah ‘berdemo tepi jalan’ macam budak-budak Umno layak dilakukan oleh sebuah persatuan yang mahu dikaitkan dengan istana?

detikdaily

Tuesday, May 4, 2010

panjang hayat ko mie...kalau tak bertambah pulak liang lahat hari ini...



Berpantang mati sebelum ajal.

Itulah yang berlaku terhadap pemandu Azmi Deli, 37, apabila dia sekadar cedera ringan selepas lori kontena yang dipandunya terbabas dan terjunam lima meter dari jambatan di Kilometer 228 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat susur keluar Tampin semalam.

Kejadian itu berlaku pada pukul 11.30 pagi sewaktu lori itu yang sarat dengan bekalan makanan dari Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor menuju ke Johor mengekori rapat sebuah lori kontena lain.

Namun sewaktu lori kontena itu memasuki lorong memotong, Azmi tidak sempat mengelak sebuah lori lain yang lebih kecil di hadapannya sebelum berlaku rempuhan.

Jurucakap polis berkata, rempuhan itu menyebabkan lori kontena yang dipandu oleh Azmi terjunam dari jambatan dan terhempas atas Jalan Astana Raja- Lubok Cina manakala lori kecil itu terbabas dan melanggar penghadang lebuh raya.

"Azmi yang terhempas bersama lorinya hanya mengalami hidung berdarah manakala enjin kenderaan itu terbakar,'' kata beliau.

tak pasti jantina....tak pasal pasal sang suami dapat duduk penjara wanita...syok tuuu....!!!!

Suami ditahan di penjara wanita kerana isu identiti kelamin

Seorang suami berusia 32 tahun, yang mempertahankan bahawa beliau lelaki sejati, sedang ditahan di Penjara Wanita Pondok Bambu, Jakarta Timur sejak 30 April sementara menunggu perbicaraan kes pemalsuan indentiti jenis kelamin.

Alterina Hofan, yang dicatatkan dalam sijil lahir sebagai perempuan, kini berdepan tuduhan memalsukan identiti jantina bagi mengahwini isterinya Jane Deviyanti, 23, setelah, mertuanya membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Sewaktu ditemui pemberita di luar penjara hari ini, Jane, seorang wanita cacat pendegaran dan pertuturan, merayu agar suaminya dapat dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu perbicaraan.

Peguam Alterina, Ibu Siena Bantayan yang ada bersamanya di luar penjara itu turut mempersoalkan kenapa anak guamnya perlu ditahan di penjara sedangkan beliau memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis semasa siasatan kes itu sebelum ini dan tidak pernah melarikan diri.

“Polis telah menyita sijil kelahiran, kad pengenalan, kad keluarga, pasport, sijil nikah, ijazah beliau dengan alasan sebagai barang bukti dan agar beliau tidak boleh pergi ke mana-mana,” katanya.

Ibu Siena juga menegaskan bahawa Alterina ialah seorang lelaki dan bukan seorang wanita sebagaimana yang dituduhkan dan anak guamnya itu tidak pernah memalsukan identitinya.

“Dia mengatakan sesungguhnya yang tahu tentang dirinya adalah dia sendiri, bukan orang lain. Orang lain kan tidak tahu secara fizikal dan pribadi dia. Itulah yang harus kita perbetulkan bersama,” katanya.

Alternia yang ditemuramah sekumpulan wartawan media tempatan di penjara itu semalam menegaskan bahawa beliau seorang lelaki sejati dan mempunyai alat kelamin lelaki yang berfungsi baik.

Beliau juga mendakwa tidak mempunyai organ kelamin wanita dan tidak mempunyai rahim.

Penjara Wanita Pondok Bambu juga, katanya, telah pada mulanya menolak untuk menerimanya berikutan pemeriksaan jantina yang dijalankan ke atas tubuhnya namun akhirnya beliau ditahan juga di situ.

Alterina yang dilaporkan mengidap sindrom Klinefelter, iaitu memiliki dua kromosom wanita dan satu kromosom lelaki, sebelum ini ditahan di ruang tahanan Pejabat Pendakwa Raya di sini setelah Penjara Cipinang (penjara lelaki) enggan menerima beliau kerana identiti jenis kelamin.

Alterina dikatakan didaftarkan oleh ibu bapanya sebagai perempuan dalam sijil kelahirannya semasa dilahirkan 32 tahun lalu kerana semasa itu belum kelihatan sifat-sifat kejantanannya.

Sindrom Klinefelter yang dihidapinya itu, kata Alterina, turut menyebabkan beliau mempunyai payudara tetapi beliau telah membuangnya melalui pembedahan di Kanada pada 2006.

Berikutan itu, katanya, Pejabat Pendaftaran Sivil Jayapura di Papua, telah mengeluarkan surat perubahan identiti jenis kelaminnya dari perempuan kepada lelaki.

Alterina dan Jane dilaporkan berkahwin di Las Vegas, Amerika Syarikat pada tahun 2008 tanpa restu daripada ibu bapa Jane. — Bernama

mungkir janji punya pasal...tanah tergadai....

Gagal bayar RM1.5 juta, Sosilawati dapat hak milik tanah

Usahawan kosmetik terkenal Datuk Sosilawati Lawiya hari ini berjaya mendapatkan hak milik sebahagian tanah di satu lot Mukim Batu, di sini, setelah pemilik sebenar gagal membayar pendahuluan modal perniagaan berjumlah RM1.5 juta.

Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof merekodkan perintah penghakiman pengisytiharan terhadap Samsiar Suman, 71, selaku defendan pertama dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Ahmad Kamil Abd Karim dan Jani Izwandy Che Jan yang mewakili Sosilawati.

Sosilawati, 47, memfailkan saman pemula pada 11 Nov tahun lalu menamakan Samsiar sebagai defendan pertama, Nordin Zainal, 46 dan Radzuan Othman, 30, masing-masing sebagai defendan kedua dan ketiga.

Menurut peguam Jani Izwandy, kesemua defendan tidak hadir sepanjang prosiding malah mereka tidak menerima sebarang penyataan pembelaan.

Dalam saman pemula itu, Sosilawati menuntut perisytiharan di atas kemungkiran satu perjanjian “memorandum of agreement” bertarikh 31 Mac tahun lalu (perjanjian pendahuluan modal RM1.5 juta), defendan pertama dan kedua telah memasuki satu perjanjian jual beli hartanah dengan plantif yang dikenali sebagai Geran Mukim No.1870, Lot No. 3381, Segambut, Tanah Rezab Melayu, Mukim Batu di sini.

Beliau turut menuntut bahawa balasan untuk perjanjian jual beli antara beliau dan defendan pertama dan kedua bagi hartanah itu adalah untuk menguatkuasakan jaminan yang telah diberikan oleh defendan pertama atas sebarang kemungkiran terhadap perjanjian pada 31 Mac 2009 itu.

Selain itu beliau menuntut satu perintah bahawa defendan pertama dan kedua menandatangani memorandum pindah milik bagi hartanah tersebut untuk pemindah milikan hartanah tersebut kepadanya di Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dalam afidavit sokongan, Sosilawati mendakwa defendan pertama dan kedua adalah pemilik tanah tersebut manakala defendan ketiga merupakan pihak yang memohon beliau mengeluarkan modal RM1.5 juta pada 31 Mac 2009, bagi urusniaga komersil dan transaksi perniagaan yang dikatakan menguntungkan.

Katanya berdasarkan perjanjian bertarikh 31 Mac tahun lalu, sekiranya berlaku sebarang kemugkiran yang dilakukan oleh pihak-pihak di dalam perjanjian tersebut, defendan pertama telah mengaku janji untuk melepaskan pegangan hak milik tanah tersebut. — Bernama

kecik-kecik tak nak mampos, dah besar menyusahkan orang.

Menyanggah Kenyataan Ketua Polis Negara




Jangan pertikai tugas polis: Musa

SERDANG: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, mengingatkan orang ramai termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar tidak mempertikaikan tugas polis berikutan insiden seorang remaja Aminulrasyid Amzah yang mati akibat terkena tembakan polis pada Isnin lalu.

Beliau berkata, polis mempunyai tugas dan tanggungjawab bagi menjaga keamanan dan keselamatan negara dalam membanteras jenayah.

"Apa yang mereka (NGO) nak cakap itu hak mereka dan tunggu sehingga siasatan kita selesai. Saya mahu menjalankan siasatan secara adil untuk mencari keadilan," katanya.

Musa berkata demikian kepada pemberita selepas melawat anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Sarjan Roslan Bachik, 49, di Hospital Serdang yang patah kaki kanan akibat dirempuh penunggang motosikal yang cuba melarikan diri dalam sekatan jalan raya petang kemarin.

Beliau berkata, kes yang membabitkan anggota polis sehingga mengalami kecederaan atau kematian dalam menjalankan tugas tidak mendapat perhatian daripada NGO atau masyarakat.

"Sebagai contoh kes yang melibatkan seorang anggota trafik kita kelmarin sehingga patah kaki kanan, ini disebabkan oleh anak orang yang 'baik-baiklah' sehingga jadi macam ni," katanya.

Katanya, walaupun polis berjaya melaksanakan tugas dengan baik namun ia tidak pernah dipuji dan dihargai masyarakat.

"Jangan perlekehkan tugas polis kerana kita mempunyai tanggungjawab dalam menjaga keselamatan negara.

"NGO yang campur tangan dalam tugas polis tidak prihatin dengan tugas kita melainkan pihak kerajaan yang mengambil berat terhadap anggota polis yang cedera atau maut dalam menjalankan tugas," katanya.

Musa berkata, kertas siasatan berhubung kes Aminulrasyid, 15, akan diserahkan semula kepada pihak Peguam Negara dalam masa terdekat selepas siasatan kes tersebut lengkap.

Jumaat lalu, pihak Peguam Negara menyerahkan semula kertas siasatan itu dan mengarahkan polis melakukan siasatan lebih lanjut.

Semalam tiga saksi utama, Azamuddin Omar, 15, rakan kepada Allahyarham Aminulrasyid serta kakak dan abang iparnya iaitu Tuty Shaninza Anom Amzah, 36, dan Muzafar Mahali, 36, dipanggil semula untuk memberi keterangan bagi melengkapkan kertas siasatan.

Dalam kejadian 2 pagi itu, Aminulrasyid mati terkena tembakan yang dilepaskan polis yang mengejar kereta yang dipandu remaja itu sepanjang enam kilometer pada kadar kelajuan tinggi sebelum terbabas di Seksyen 11, Shah Alam, Selangor.

Rakan remaja itu sempat melarikan diri. - Bernama


Tiap-tiap orang memilih bidang pekerjaan masing-masing dan setiap orang ada peranan dan sumbangannya kepada negara.

Anda memilih untuk bertugas sebagai anggota polis sepastinya anda mengetahui tentang risiko yang perlu ditanggung.

Anda buta? Selain polis ramai lagi yang bekerja demi untuk negara tetapi tidak merungut jika tidak mendapat pujian kerana itu adalah KEWAJIPAN yang perlu dilaksanakan. Apatah lagi sebagai penjawat awam, anda telah dibayar GAJI untuk perkhidmatan anda, malah polis dimanjakan dengan sedikit kelebihan apabila tatkala anda semua menikmati kenaikan gaji, penjawat awam lain terlopong dan ternganga luas mulutnya! Anda tahu itu?

PM mengumumkan kenaikan gaji untuk polis. Bukankah itu satu penghargaan? Dan PM menaikkan gaji bukan dari duit poketnya atau duit adiknya yang menjadi saudagar bank, tetapi dari duit cukai yang dibayar oleh rakyat.

lebih ramai di sana yang bukan anggota polis tetapi bekerja demi untuk kesejahteraan rakyat dan negara tanpa memperdulikan pujian dan pujaan sekalipun ada diantara mereka menyabung nyawa. Itu anggota tentera, pengawal keselamatan, wartawan, guru, kerani, posmen, malah nelayan di lautan, peladang dan petani di bendang, pemanjat tiang eletrik dan telefon, buruh kasar binaan malah setiap wargangara yang bekerja, ada risiko yang mereka tanggung dan kesemua mereka telah, sedang dan terus memberikan sumbangan terhadap negara.

Malah jangan terperanjat jika di katakan para blogger juga ada peranan dan sumbangannya untuk kemajuan dan pembangunan negara. Jadi, apa besarnya kamu polis-polis sampai tak boleh ditegur dan tak boleh disentuh lansung oleh rakyat dan NGO?

Justeru itu,jangan pertikaikan hak orang lain untuk mengkritik kredibiliti polis yang jatuh merudum sejak mangkuk nie menjadi ketuanya. Kalau tak mahu dikritik dan ditegur, letak jawatan semua, jangan ambil gaji dari duit rakyat, ramai yang sedang menganggur sedang mencari pekerjaan yang boleh mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan oleh kamu-kamu polis semua.

tiada penembusan,tiada kesan pergelutan tapi ada kesan air mani....nampak sangat rekaan skrip sodomi 2 yang tak menjadi....

Air mani wujud pada calitan kapas




Peguamcara II , Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwa dalam kes liwat ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Mahkamah Persekutuan hari ini bahawa empat calitan kapas yang diambil menunjukkan wujudnya air mani.

Sambil merujuk buku 'Forensic Medicine for Lawyers', Yusof berkata penemuan spermatozoa pada calitan kapas yang diambil dari kawasan lurah dubur ataupun mucosa dubur membuktikan tindakan liwat berlaku.

Katanya lagi, kehadiran bahan pelinciran dan spesimen DNA daripada dua lelaki dari empat calitan kapas di dubur memperkuatkan lagi hujahnya bahawa kemasukkan memang berlaku.

"Ini yang apa doktor cuba buktikan, kita akan panggil doktor bagi menjelaskan berhubung calitan kapas itu,” kata Yusof.

Peguam pembela Karpal Singh sebelum itu berhujah bahawa tiga doktor dari Hospiotal Kuala Lumpur berkata tiada penemuan klinikal yang konklusif bagi membuktikan bahawa berlaku tembusan di dubur atau rectum.

Selain itu, kata Karpal, tiada tanda-tanda mempertahankan diri terdapat di tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan,.

"Jika tidak ada kemasukkan, maka bagaimana ia boleh menjadi satu jenayah?” soal Karpal.

"Kehadiran sperma mencadangkan bahawa bukti berkenaan dirancang. Secara logik, doktor berkata tiada kemasukan.



"Jika ini benar, bagaimana sperma boleh wujud?” soal Karpal lagi.

Selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak, panel tiga anggota Mahkamah Persekutuan itu sebulat suara memutuskan pertuduhan liwat terhadap Anwar kekal dan menolak rayuan terakhirnya itu.

Panel yang dianggotai oleh Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria, hakim James Foong dan hakim Mahkamah rayuan, Suriyadi Halim Omar memutuskan perbicaraan penuh perlu diteruskan meskipun mendapat bantahan daripada pihak pembelaan.

Anwar diwakili oleh peguam Karpal Singh, manakala Peguamcara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden mengetuai pihak pendakwa.

Dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu, perbicaraan akan diteruskan pada Isnin ini dengan soal balas ke atas Mohd Saiful.

Anwar, 62, didakwa melakukan kesalahan itu di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 26 Jun, 2008.

blogger kampungan bringsek bakal di kenakan tindakan....

PAS pusat serah Kelantan tentukan tindakan atas Kickdefella

PAS pusat menyerahkan kepada kerajaan negeri Kelantan untuk mengambil tindakan perundangan terhadap blogger Kickdefella berhubung pendedahan Operasi Gerak Saraf RM4 juta.

“Kalau boleh saya mencadangkan (kepada kerajaan Kelantan) untuk mengambil tindakan berdasarkan kenyataan yang disiarkan,” kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini.

Dengan membacakan sebahagian berita disiarkan Utusan Malaysia, Mustafa berkata, kerajaan negeri Kelantan boleh memikirkan kemungkinan mengambil tindakan.

“Terserah kepada Kelantan, biar (mereka) menilai apa tindakan yang boleh diambil (ke atas blogger Kickdefella),” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini hari ini.

Dalam blognya pada 28 April lalu, Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz, yang sebelum ini menjadi tumpuan kontroverasi Menteri Besar Kelantan dan menantunya, mendakwa telah dibiayai RM4 juta untuk memburuk-burukkan kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menjadi perdana menteri.

Usaha memburuk-burukkan Abdullah yang menjadi perdana menteri dari Oktober 2003 hingga April 2009 dikenali sebagai Operasi Gerak Saraf, kata Syed Azidi dalam tulisan terbaru blognya.

Beliau menambah, usaha berkenaan dijalankan bagi membolehkan PAS mudah mengatasi Barisan Nasional untuk kekal berkuasa.

PAS memerintah Kelantan sejak 1990.

Kata Syed Azidi, beliau telah membelanjakan sejumlah wang itu sepanjang tiga tahun berkhidmat di Kelantan.

Sepanjang hampir tiga tahun berkhidmat di Kelantan, kata Syed Azidi beliau telah membelanjakan sejumlah hampir lebih RM4 juta untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuklah pembelian aset, peralatan, pembayaran upah operasi, percetakan dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan Operasi Gerak Saraf.

Pada Jumaat lalu, Setiausaha PAS Kelantan Zaki Ibrahim memberitahu The Malaysia Insider, pihaknya tidak akan membincangkan isu berkenaan sebaliknya menganggap Syed Azidi sebagai “budak upahan dan suruhan Umno.”

“Dia macam budak-budak, blogger kampung sahaja... jadi bukan standard parti (PAS) untuk membincangkan isu ini (pendedahan Kickdefella)... bukan standard kami,” kata Zaki.

Mengenai syarikat Global Media Channel Sdn. Bhd yang didakwa Syed Azidi dijadikan asas untuk Operasi Gerak saraf untuk melemahkan kepimpinan Abdullah, Mustafa memberitahu beliau tidak mengetahui soal tersebut.

“GMC, saya tidak tahu, saya tidak tahu...,” katanya lagi.

kafir bangga adik beradik salman rushdie halal di penggal kepalanya....!!!!

'Kafir bangga' hina Islam di Facebook, Youtube


Assalamualaikum,

Satu laman web Facebook seperti alamat berikut yang menggunakan 'ID' ataua nama samaran 'Kafir Bangga' telah menghina kesucian agama Islam melalui kenyataannya seperti di bawah:

'Israk & Mikraj Aku masih tak boleh faham macam mana manusia yang berakal boleh percaya akan cerita yang sebegini bodoh.'

Dari kenyataan tersebut secara jelas beliau menghina persitiwa Israk & Mikraj yang terdapat di dalam Islam.

Beliau juga telah mencipta sebuah klip video bagi menghina persitiwa Israk & Mikraj dan seterusnya menghina Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Beliau juga secara bangga mencabar pihak berkuasa menahannya melalui kenyataannya:

Kafir Bangga
eh, suka hati aku lah nak buat video. memang aku nak mempengaruhi orang lain. kau tau tak betapa susahnya aku nak hidup sebagai seorang murtad? orang islam di negara ni dah banyak menjahanamkan kehidupan manusia yang tidak bersalah. jadi aku rasa, aku ada hak untuk menyatakan kebenaran."

Kafir Bangga
aku pun harap polis dan jabatan agama islam jumpa video aku.

Kafir Bangga
jabatan agama islam campak orang2 murtad dalam 'pusat pemulihan' takda pulak kau nak kata menyentuhi sensitiviti agama. nak campak aku dalam ISA? campak arh! hahaha... tapi kena cari aku dulu la.
pergi talipon polis. pergi.... tekan 999. lepastu kata "encik, ada orang buat video youtube.". tak ka bodoh bunyinya?

Demi maruah dan kesuciaan Islam yang juga merupakan agama rasmi Persekutuan Malaysia, maka saya berharap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya ke atas beliau.

Kes Aminulrasyid Diklasifikasi Sebagai Bunuh



Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh mengatakan kes remaja berusia 14 tahun, Aminulrasyid Amzah yang ditembak polis di Shah Alam mempunyai prima facie atau bukti awal untuk diklasifikasikan sebagai kes bunuh."Kejadian ini bukannya sahaja tindakan terlampau polis malah ia telah menjurus kepada sesuatu yang amat tragis iaitu kematian seorang remaja.

"Daripada apa yang saya faham dan diberitahu kes in adalah jelas kes bunuh. Sudah tentu anggota polis yang terbabit mempunyai hak untuk memberi keterangan mereka mengenai kejadian ini dan mereka juga ada hak untuk didengari.


SHAH ALAM 4 Mei - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh mengatakan kes remaja berusia 14 tahun, Aminulrasyid Amzah yang ditembak polis di Shah Alam mempunyai prima facie atau bukti awal untuk diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Karpal yang dilantik sebagai peguam mewakili keluarga Aminulrasyid berkata berdasarkan keterangan saksi utama, Azzamuddin Omar, 14, kematian remaja tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 itu adalah jelas disebabkan tindakan polis yang menembaknya dari arah belakang.

Beliau bercakap kepada media selepas melawat lokasi kejadian di Seksyen 11, Jalan Makyong bersama Azzamuddin yang memberi keterangan kepada Karpal apa yang sebenarnya berlaku pada 26 April lalu.

Beliau yang juga Pengerusi Kebangsaan DAP menjelaskan kes Aminulrasyid dianggap sebagai kes ujian berkaitan garispanduan mengenai keadaan dalam mana seseorang anggoita polis boleh melepaskan tembakan.

"Secara amnya anggota polis hanya dibenarkan melepaskan tembakan kepada suspek untuk mempertahankan diri atau nyawanya dalam bahaya. Ini disebut dalam Arahan Tetap Ketua Polis Negara tetapi malangnya semuanya diletak di bawah Akta Rasmi dan kami peguam tidak mempunyai akses kepadanya.

"Apabila kes ini ke mahkamah, hakim akan membuat keputusan dalam keadaan apa seseorang anggota polis itu dibenarkan melepaskan tembakan. Dalam kes Aminulrasyid keadaannya adalah berbeza di mana lebih 20 das tembakan dilepaskan terhadap remaja itu," kata beliau lagi.

Mengulas mengenai kenyataan Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar yang mengatakan tindakan Azzamuddin memberi kenyataan semalam adalah tidak beretika, Karpal menyanggah bahawa apa yang dilakukan oleh saksi utama itu adalah demi kepentingan awam dan mendedahkan perkara yang sebenar.

"Kalau Ketua Polis Selangor kata itu tidak beretika saya pun boleh kata tindakan Ketua Polis Negara membuat kenyataan mempertahankan anggotanya juga adalah tidak beretika. Lagipun tidak ada undang-undang yang menyekat saksi untuk bersuara.

"Malah adalah tindakan Ketua Polis Negara adalah salah kerana adalah amat tidak professional dan boleh menjejaskan proses penyiasatan yang sedang dijalankan," tegas Karpal.

Peguam terkenal itu berkata Azzamudin perlu memberi keterangan kerana banyak kenyataan pihak polis bercanggah dengan rentetan peristiwa yang berlaku.

"Satu versi kejadian yang dilaporkan ialah mangsa cuba memandu keretanya ke belakang untuk melanggar polis. Ini telah ditolak oleh keterangan saksi yang mengatakan perkara ini tidak berlaku kerana bagaimana ia boleh terjadi sekiranya kereta tersebut terbabas masuk parit?

"Juga tembakan dari arah belakang yang mengenai kepala mangsa menunjukkan mangsa ditembak semasa kereta masih bergerak.

"Oleh itu prima facie kes ini menunjukkan ia adalah kes bunuh," kata Karpal.

Kata Karpal beliau akan menghanytar surat kepada Peguam Negara untuk mengetahui kedudukan kes dan untuk menggesa agar pertuduhan dibuat atas kes bunuh.

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here