cari maklumat di sini

Your Ad Here

Friday, May 7, 2010

APNO di sebalik tabir........Nasib Sultan Kelantan di Mahkamah Khas




MAHKAMAH Khas di Putrajaya akan menjadi tempat berlangsungnya prosiding mendengar permohonan habeas corpus untuk 'membebaskan' Sultan Kelantan Isnin ini.

KUALA LUMPUR - Kemelut krisis keluarga Sultan Kelantan kian memuncak apabila semalam satu writ habeas corpus difailkan di Mahkamah Khas di Putrajaya dalam usaha 'membebaskan' baginda yang didakwa 'ditahan' di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM, Kubang Kerian, Kelantan.

Writ itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Khas pada pukul 11.45 pagi menerusi tetuan J.S. Pillay & Mohd. Haaziq.

Ketua panel peguam yang mewakili Sultan Kelantan, Raja Aziz Addruse berkata, writ tersebut difailkan selepas pihaknya mendapat arahan daripada ahli kerabat diraja Kelantan.

Menurut beliau, afidavit bagi menyokong writ itu dibuat oleh Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra, putera ketiga Sultan Kelantan.

Dalam writ itu Sultan Kelantan dinamakan sebagai pemohon.

"Kami telah menfailkan permohonan tetapi bukan di Mahkamah Tinggi, sebaliknya di Mahkamah Khas kerana melibatkan seorang pemerintah dan ia perlu difailkan di Mahkamah Khas," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Kelab Taman Perdana Diraja Kuala Lumpur semalam.

Peguam-peguam lain yang hadir pada sidang akhbar itu ialah peguam kanan Datuk Param Cumaraswamy dan peguam-peguam lain, Gobind Singh Deo, Datuk Mohd. Haaziq Pillay dan Malik Imtiaz Sarwar.

Kesemua peguam-peguam itu mewakili Sultan Kelantan.

Semalam  di laporkan , kekanda Sultan Kelantan, Tengku Merjan Almarhum Sultan Yahya Petra mengalami kesukaran untuk berjumpa dengan Sultan Kelantan di HUSM.

Selasa lalu, Tengku Merjan mendakwa, beliau hanya sempat berada beberapa minit di dalam wad tempat Sultan Kelantan ditempatkan sebelum dihalau keluar.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here