cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, July 9, 2011

Polis jadi banjingan brengsek halang memo BERSIH kepada agong...!!!

NONE

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said mendakwa Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan untuk menerima memorandum daripada perwakilan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) hari ini tetapi dihalang oleh polis.

Katanya ketika menghdap Seri Paduka pada minggu lalu, Seri Paduka bersetuju membenarkan gabungan 62 NGO itu menyerahkan memorandum mereka bagi menuntut pembaharuan pilihan raya hari ini.

Baginda bertitah boleh. Sebab itu saya sertai (perwakilan itu) bagi menyerahkan memorandum,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

"Saya memutuskan untuk menangguhkan penyerahan memorandum kepada Seri Paduka. Kesediaan baginda untuk menerima memorandum itu tidak ditangani dengan baik oleh polis... Bukan salah saya tetapi salah polis,” jelas sasterawan Negara itu.

Beliau juga membidas keganasan yang digunakan polis pada perhimpunan hari ini sambil menyifatkan ia keganasan yang paling teruk pernah disaksikannya.

Dosa polis jangan di ampun lansung...!!!

Seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang terkena semburan water canon dan gas pemedih mata di KLCC meninggal dunia sekejap tadi.

Baharudin Ahmad, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan.

Beliau yang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) disahkan meninggal dunia kemudiannya.

Jenazah beliau kini dibawa ke rumah beliau kemudiannya di Kelompok Camar, Jalan Ampang Ulu Kelang.

Menurut rakan beliau, Suhaimi Long, Baharudin pengsan selepas terkena gas pemedih mata di bawa ke HKL di mana anak perempuan mangsa bertugas di situ sebagai seorang doktor.

Isteri beliau, Puan Rosni Melan ketika dihubungi Harakahdaily berkata, ketika kejadian beliau dan suaminya tidak duduk sekali kerana beliau ke Stadium Merdeka manakala suaminya ke KLCC.

Seorang pemuda yang turut menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0 telah dikasari oleh sekumpulan FRU.

Dengan menendang tepi betisnya sambil tangannya terikat dengan 'cable tight' yang mengakibatkan tulang betisnya patah. Dia ditangkap dan dikasi sedemikian rupa ketika beliau cuba menyelamatkan diri dari ditangkap polis di kawasan Hentian Pudaraya.

Orang ramai yang berada disitu cuba mendapatkan pisau bagi memotong 'cable tight' polis pada tangannya setelah polis yang menahannya membiarkan pemuda itu ditepi jalan setelah menyedari yang pemuda itu cedera.

Kesan kotor but FRU pada seluar tempat tulang betisnya patah dikasari oleh FRU.

akhirnya 'Cable tight' polis berjaya dipotong oleh orang ramai selepas kire-kire 10 minit beliau terbaring ditepi jalan tanpa dihiraukan oleh pihak polis.

Orang ramai terpaksa meminta teksi menghantarnya ke HKL bagi mendapatkan rawatan selepas polis enggan menggunakan traknya utk menghantar mangsa mendapatkan rawatan

Mangsa meraung yang kesakitan ketika cuba meletaknya di seat belakang teksi

Terima kasih kepada pemandu teksi yang berbangsa india yang sudi menghantarnya ke HKL dengan upah RM5 yg diberikan orang ramai kepada driver itu.

Jadi  siapa yang jahat dan kejam terhadap peserta yang tidak berdaya ini ??

rentakinfo

Keluarga Allahyarham Baharudin harap terus buat laporan polis dan ambil tindakan mengheret PDRM,Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kerajaan atas kematian Allahyarham.Kezaliman ini tidak wajar dimaafkan.

AKU MEMANG MELUAT DGN UMNO

GAJI KAU ORANG,KAMI PUN BAYAR GAK
AKU HARAMKAN WALAU SATU SEN DUIT AKU UNTUK KAU ORANG UMNO,FRU POLIS CELAKA....

meskipun di halang malaun UMNOPORNO-BN...50 000 menyertai perhimpunan BERSIH 2.0



Pemimpin Bersih 2.0, dengan diwakili Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said hari ini berkata, perhimpunan mereka “satu kejayaan besar” dengan 50,000 dianggarkan hadir memberi sokongan meskipun tidak dapat menyerahkan memorandum tuntutan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Saya tidak pernah melihat rakyat semua kaum bersatu kerana satu matlamat sebelum ini,” kata beliau pada sidang media petang ini.

“Pihak berkuasa nampaknya kasar sangat dan tidak profesional. Saya nampak wanita ditolak sampai jatuh,” kata beliau lagi.

Kata beliau, penyokong perhimpunan Bersih 2.0 adalah pelbagai kaum kali ini berbanding kempen pertama mereka empat tahun lalu.

Seniman berusia 76 tahun ini menyertai perhimpunan ini, yang menuntut pembaharuan pilihan raya bersih dan adil, dengan mengenakan kemeja-T berwarna kuning yang menjadi lambang Bersih 2.0.

Bercakap kepada pemberita di Hotel Midah di sini kira-kira 5 petang tadi, Samad berkata, Bersih 2.0 akan cuba menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong kemudian hari.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan bila.

Katanya, Bersih 2.0 tidak akan mengadakan satu lagi perhimpunan untuk menyerahkan memorandum.

Kepimpinan Bersih 2.0 mengecam polis dengan mendakwa pihak polis bertindak kasar ke atas pertubuhan madani, malah menahan ketuanya Datuk Ambiga Sreenevasan dan ahli jawatankuasa pemandunya Maria Chin Abdullah.

Ambiga merupakan salah seorang daripada lebih 1,000 ditahan hari ini.

Seorang lagi ahli jawatankuasa pemandu Richard Yeoh meminta penyokong-penyokong Bersih 2.0 agar mengenakan pakaian kuning setiap Sabtu bagi menandakan pendirian mereka.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah memutuskan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram berkuat kuasa 1 Julai lalu.

Yeoh berkata perjuangan menuntut pembaharuan sistem pilihan raya belum berakhir lagi.

“Perjuangan bagi pilihan raya yang adil dan bersih akan berterusan. Bersih 2.0 bangga kerana meskipun berhadapan dengan segala (bentuk) halangan dan sekatan, kami, rakyat semua lapisan masyarakat, dipaksa berhadapan dengan tindakan menindas polis, untuk datang secara aman dan dalam jumlah yang di luar dugaan untuk menunjukkan semangat cinta kepada negara dan prinsip demi keadilan,” kata Dr Subramaniam Pillay, seorang lagi ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0.

Friday, July 8, 2011

buat apa ada SUHAKAM...kalau dah pakai telunjuk SUUMPORNO...!!!

 

Suhakam ditubuhkan oleh Kerajaan dan diletakkan di bawah Kementerian Luar Negeri. Namun sejak ianya ditubuhkan pandangan dan pendirian Suhakam majoritinya tidak dipatuhi dan diikuti.

Rakyat sebenarnya memang gembira dengan penubuhan Suhakam dan pendirian Suhakam sebenarnya amat dihargai oleh rakyat. Namun rakyat kesal dengan sikap kerajaan yang langsung tidak menghormati Suhakam dalam banyak perkara. Suhakam dilayan bagaikan anjing kurap yang merayu untuk mendapat makanan.

Terbaru Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyatakan rasa kebimbangan tentang penangkapan dan penahanan beberapa Ahli Parlimen serta aktivis Bersih baru-baru ini di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 dan menyeru pihak berkuasa untuk membebaskan mereka yang masih ditahan dengan segera.


Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata, mereka seharusnya berhak kepada perbicaraan terbuka dengan diwakili peguam seperti yang disebut dalam Perkara 9, 10 dan 11 UDHR yang menyatakan bahawa tiada sesiapapun boleh dikenakan tangkapan secara sewenang-wenangnya; setiap orang adalah berhak dengan sama rata sepenuhnya kepada perbicaraan adil dan terbuka; dan setiap orang berhak dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya


Menurutnya, sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyokong standard tertinggi dalam mempromosi dan melindungi hak rakyat.


“Dalam perkara ini, Suruhanjaya telah berulangkali menyeru agar semua undang-undang penahanan pencegahan dimansuhkan dan mengulangi bahawasanya penahanan tanpa bicara adalah melanggar prinsip hak asasi manusia,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau juga mengalu-alukan konsultasi yang sedang berjalan di antara pihak berkuasa dan Bersih berhubung dengan cadangan perhimpunan, yang akan diadakan di stadium, setelah menurut titah DYMM Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 4 Julai dan majlis menghadap yang diperkenankan oleh DYMM Tuanku kepada Bersih pada 5 Julai 2011.


Katanya, walaupun mengalu-alukan perkembangan positif ini, dalam keadaan sekarang, Suruhanjaya ingin mengulangi bahawa kebebasan berhimpun secara aman adalah terkandung dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR), dan kebebasan menyuarakan pandangan dan pendapat adalah terkandung dalam Perkara 19 UDHR.


“Suruhanjaya berharap agar resolusi awal berkenaan perkara ini dapat dicapai antara pihak berkuasa dan Bersih dalam semangat perdamaian, seperti yang dititahkan oleh baginda Tuanku Yang di-Pertuan Agong, dan akan memantau perhimpunan itu sewajarnya,” katanya lagi.

kepala dah jumpa...tapi tak puas hati teman lelakinya tidak di dakwa

 

JOHOR BAHRU: “Alhamdulillah, biarpun sedih dengan nasib menimpa anak kesayangannya kami, saya tetap bersyukur kerana polis menemui semua cebisan mayat termasuk tengkorak, sekali gus mempercepatkan urusan pengebumian.

“Saya berterima kasih kepada semua yang terbabit terutama pihak berkuasa yang bertungkus-lumus melakukan pencarian itu,” kata Qomarodin Bajuri, 43, bapa remaja yang dibunuh kejam sebelum dikerat dan dibakar di sini, semalam.

Anaknya, Nurrahayu, 16, dipercayai dibunuh selepas ditinggalkan berseorangan berhampiran sebuah pondok pengawal keselamatan berdekatan rumah keluarganya di Pekan Seri Alam, dekat sini.

Menurut Qomarodin, sejak kehilangan anaknya itu mereka sekeluarga sedih dan bimbang hingga diberitahu sebahagian jenazahnya ditemui di dua lokasi berbeza.

Katanya, berita mengenai penemuan hampir semua cebisan jenazah termasuk kepala sedikit sebanyak mengubat kerinduan keluarga dan melegakan kerana dapat mengebumikannya dengan sempurna.

“Saya menerima panggilan dari polis dan dibenarkan menuntut jenazah Ayu bermula semalam selepas hampir semua cebisan jenazah termasuk serpihan tulang dan tengkorak ditemui.

“Kami akan membuat tuntutan di Hospital Sultan Ismail (HSI) hari ini sebelum melakukan solat jenazah di Surau Al-Ikhlas di Pulai Utama, di sini, selepas selesai solat Jumaat. “Walaupun belum melihat keadaan mayat Nurrahayu, saya dan keluarga bersedia dan reda kerana lebih penting kami mengebumikannya dengan sempurna dan berpusara.

“Bagaimanapun, kami belum membuat keputusan di mana akan mengebumikannya sama ada di tanah perkuburan Gelang Patah atau di Kangkar Pulai esok (hari ini),” katanya.

Tengkorak remaja perempuan berkenaan ditemui di ladang kelapa sawit di Sungai Tiram, Ulu Tiram di sini, petang kelmarin, iaitu lokasi sama sebahagian anggota tubuhnya ditemui sebelum ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ruslan Zainuddin ketika dihubungi mengesahkan penemuaan berkenaan dan keluarga Nurrahayu boleh menuntut mayatnya di HSI untuk dikebumikan. Akhbar ini melaporkan kehilangan pelajar tingkatan empat berkenaan pada 2 Julai lalu, selepas dihantar pulang oleh teman lelakinya pada 18 Jun lalu.

Pada 3 Julai lalu, misteri kehilangan Ayu terjawab apabila polis menemui beberapa anggota badan yang dikerat dan dibakar di dua lokasi termasuk di sebuah tanah perkuburan Hindu di Masai dan di ladang kelapa sawit Sungai Tiram itu.

Jarak Ayu ditinggalkan (pondok pengawal keselamatan) dengan lokasi penemuan mayatnya di tanah perkuburan Hindu di Masai serta ladang sawit di Sungai Tiram, Ulu Tiram dekat sini kira-kira 15 kilometer (km) manakala jarak Ayu ditinggalkan dengan lokasi rumah kongsi bapanya kurang 200 meter.

Menurut Roslan, polis masih menyiasat kes pembunuhan Nurrahayu dan berharap mereka yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.

Katanya, buat masa ini polis masih menyiasat seorang suspek yang juga pengawal keselamatan berhampiran rumah mangsa di sebuah tapak pembinaan di Pekan Seri Alam di sini, sejak Ahad lalu.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabit bersalah.

Thursday, July 7, 2011

parti komunis UMNOPORNO mempersilakan nama nama yang bukan senarai 'wanted' di bawah ini berkampung di KL...jangan lupa bawa sekali ayam ,itik ,anjing dan babi sekali...!!!

 

Berikut ialah senarai nama mereka yang dilarang memasuki ibu negara pada Sabtu ini.

Datuk Ibrahim Ali
Datuk Ab Rahman Abu Bakar
Syed Hassan Syed Ali
Irawah Fahmi Ideris
Roslan Kassim
Sharifuddin Abd Hamid
Dr Zubir Harun
Ameir Hassan
Datuk Ahmad Saad
Ahmad Zaini Ismail
Muhammad Zaid Md Arip
Abdullah Mansor
Zaira Jaafar
Norkhaila Jamaludin
Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Datuk Megat Firdouz Megat Junid
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
Megat Zulkarnaian Omardin
Rizalman Mokhtar
Tengku Azman Tengku Zainol Abidin
Lokman Noor Adam
Datuk Abdul Azeez Rahim
Ungku Saleh Ungku Jamal
Arman Azha Abu Hanifa
Tun Faisal Ismail Aziz
Datuk Ambiga Sreenevasan
Mohamad Sabu
Hishamuddin Md Rais
Khairul Anwar Ahmad Zainuddin
Maria Chin Abdullah
Chua Tian Chang
Kamarulzaman Mohamad
Dr Mohd Hatta Md Ramli
Syed Shahir Syed Mohamud
Syed Ibrahim Syed Noh
Teresa Kok Suh Sim
Badrul Hisha Shaharin
Shamsul Iskandar bin Mohd Akin
Arutchelvam A/L Subramaniam
Wong Chin Huat
Ong Boon Keong
Enalini A/P Elumalai
Haris Fathillah Sathiasingam bin Mohd Ibrahim
Datuk Khalid Yunus
Datuk Zulkifli Noordin
Dr Zubir Harun
Datuk Seri Abd Hadi Awang
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Lim Kit Siang
Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Nurul Izzah Anwar
Kohila Yanasekaran
Zaid Kamaruddin
Khoo Teng Swee
Fadiah Nadwa Fikri
Yap Swee Seng
Salahuddin Ayub
Datuk Mahfuz Omar
Nasrudin Hasan
Mazlan Aliman
Dr Syed Azman Syed Nawawi
Dr Dzulkifli Ahmad
Dr Mujahid Yusof
Khalid Abd Samad
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
Azman Shapawi Abd Rani
Suhaizan Kaiat
Nor Azli bin Musa
Mohd Firdaus Jaafar
Loke Siew Fook
Lau Wen San
Mohd Azmin Ali
Mat Shuhaimi Shafie
Satipul Bahari Amamt
Wan Hassan Mohd Ramli
Mohamad Izzudin Hilmi Mohd Zaini
Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin
Muhammad Hilman Idham
Mohd Shukri Che Ab Razab
Mohd Syukri Kamaruddin
Ahmad Syazwan Muhammad Hasan
Choo Chon Kai
Sarasvathy Muthu
Soh Sook Hwa
Nurul Izham Nurul Anuar
Abd Rahim Osman
Mohd Sibri Ismail
Mohd Lukam Muda
Datuk Prof Kamaruddin Kachar
Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah

kepala mangsa pembunuhan belum di jumpai...ibu rayu tolong cari....teman lelaki mangsa yang dayus wajar di dakwa kerana mengabaikan keselamatan mangsa....!!!

Tolonglah, kami merayu kepada pihak berkuasa supaya mencari kepala arwah secepat mungkin, kami reda dengan apa yang berlaku tapi tidak tenang selagi belum dapat mengebumikan jasadnya,” kata ibu mangsa pembunuhan kejam Nurrahayu Qomarodin, 16, atau Ayu.

Umidah Setu, 49, berkata, mereka sekeluarga yakin kecekapan polis menjalankan siasatan, namun berharap pihak berkuasa dapat menemui kepala arwah anaknya secepat mungkin.

Katanya, sikap dan kelakuan Ayu sebagai anak tiada cacat celanya dan disifatkan sangat baik serta mendengar kata.

“Ayu sangat manja, mukanya tidak pernah masam sebaliknya hanya tersenyum manis. Jika kena marah, arwah tidak akan melawan sebaliknya lebih suka berdiam diri dan menurut perintah kami.

“Arwah juga ringan tulang kerana suka membantu orang dan kadang-kadang tolong kami menjual air minuman dengan menaiki van di kawasan berdekatan,” katanya. -hm

ANGGOTA forensik membawa tulang remaja yang dibakar untuk menjadi bukti di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, semalam.

Rakan dapat panggilan sangka mangsa bunuh dimarahi bapa

PASIR GUDANG: "Saya terima panggilan daripada Ayu (Nurrahayu Qomarodin) meraung ketakutan dan ketika itu saya mendengar suara seorang lelaki menjerit, 'Kenapa kau degil sangat, tak nak dengar cakap aku' selain bunyi enjin motosikal dan salakan anjing," kata rakan lelaki Nurrahayu yang mahu dikenali sebagai Adi semalam.

Katanya, pada mulanya beliau beranggapan Ayu dimarahi bapanya disebabkan pulang lewat malam dan membiarkannya tanpa menyangka Ayu sebenarnya merintih kerana sedang diserang penjenayah sebelum disahkan polis, mayatnya dikerat dan dibakar.

“Saya bukan bersikap sambil lewa, namun ramai yang tersalah faham dengan laporan akhbar sebelum ini yang mengaitkan saya sebagai kekasih Ayu, sedangkan saya sebenarnya hanya rakan kepada mangsa saja,” katanya.

Sehubungan itu, Adi, 28, menyangkal dakwaan keluarga mangsa mengenai tindakannya meninggalkan gadis itu di kawasan tapak binaan projek kilang di Pekan Seri Alam pada 18 Jun lalu sebagai tidak bertanggungjawab.

Adi berkata, mangsa sebenarnya berkeras mahu diturunkan kira-kira 20 meter dari pondok pengawal berkenaan dan tidak mahu berganjak selagi beliau tidak beredar, membuatkannya mengambil keputusan meninggalkan mangsa di situ.

Katanya, beliau memahami perasaan keluarga Ayu ketika diberitahu anak kesayangan mereka dibunuh dengan kejam, namun kecewa dengan dakwaan di beberapa laman blog yang menganggapnya sebagai lelaki dayus.

“Ini semua salah faham, kerana Ayu ada mengirimkan SMS memberitahu beliau sudah sampai sebaik saja saya menghantarnya pulang apabila selesai bermain futsal di Pandan, di sini, dan kami sempat berbalas pesanan kira-kira 15 minit, ” katanya.

Sementara itu, teman lelaki Ayu, Noor Saha Sharif, 19, dari Kota Tinggi, berkata beliau terkilan kerana tidak menghubungi semula Ayu pada malam kejadian mangsa dilaporkan hilang.

Katanya, Ayu ada menghubunginya pada kira-kira jam 12.30 tengah malam, namun panggilan itu tidak dijawab kerana beliau sedang memandu kereta dan Ayu kemudian menghantar SMS bertanyakan mengapa panggilannya tidak dijawab sebelum menghantar satu lagi SMS kira-kira jam 1.20 pagi memintanya membuka laman sembang di Facebook.

“Saya tidak dapat memenuhi permintaannya kerana ketika itu saya keluar bersama rakan, namun saya ada membuat panggilan semula pada kira-kira jam 3 pagi tetapi telefonnya sudah tidak dapat dihubungi lagi sehingga keesokan harinya,” katanya.

Dalam pada itu, ibu mangsa, Umidah Setu, 49, merayu kepada pihak berkuasa supaya mencari kepala anak mereka secepat mungkin sebelum boleh mengebumikan jasadnya dengan tenang selepas kejadian pembunuhan kejam itu. -BH

rentakinfo

jantan dayus macam tu jangan di beri muka...tak ada otak lansung ...mangsa sebenarnya tidak mahu di turunkan di situ kerana tempat gelap,sunyi dan membahayakan...jenis jantan apa macam ini....boleh jadi beliau wajar di siasat kerana kemungkinan bersubahat dalam pembunuhan tersebut...jadi kena siasat sehingga ke akar umbi...jangan biarkan teman lelaki yang dayus melepaskan diri dari tanggung jawab...!!!

UMNOPORNO dengan molotov cocktail....

Seorang pembekal molotov cocktail hari ini mengaku bahawa beliau telah melanggar akta pembuat molotov cocktail 1966 pindaan 2011 kerana menggunakan botol plastik dalam pembuatan bom botol itu baru-baru ini.

Beliau berkata tujuan beliau berbuat begitu ialah kerana ingin mengambil komisyen yang lebih kerana harga botol plastik lebih murah daripada botol kaca."Orang jual beli kapal selam pun boleh ambik komisyen lebih,takkan gua tak boleh",katanya selamba badak.Beliau sedar akan kebodohan yang dilakukannya itu namun akibat kenaikan harga botol kaca,tiada apa yang dapat dielakkannya daripada menggunakan botol plastik.

Sementara itu Persatuan Pembuat Molotov Cocktail Sedunia yang dihubungi berkata mereka akan mengambil tindakan terhadap pembekal yang bangang itu kerana telah memalukan industri tersebut.Seluruh dunia kini sedang bergelak ketawa dengan insiden bangang tahap jingga itu.

Berdasarkan rekod persatuan itu,tidak ada mana-mana negara termasuk dunia ketiga yang mengamalkan pembuatan molotov cocktail menggunakan botol plastik kerana ianya akan membakar botol itu sendiri ketika dinyalakan dan botol itu juga tidak akan pecah berderai seperti botol kaca bila ianya dibaling."Kena kepala pun tak benjol",kata wakil persatuan

sabotaj Talian Internet, Telefon Usaha Terbaru Gagalkan Bersih 2.0 oleh kerajaan haramjadah UMNOPORNO

Ura-ura rangkaian telefon mudah alih dan perkhidmatan Internet akan diganggu hujung minggu disifatkan sebagai usaha terbaru untuk melumpuhkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang dijadualkan Sabtu ini

Tindakan itu sekali gus akan menjadikan pihak berkuasa di negara ini tidak ada bezanya dengan diktator di negara Asia Barat.BERSIH 2.0 bimbang dengan sumber risikan bahawa mungkin berlaku gangguan penuh atau sebahagian perkhidmatan Internet menjelang hujung minggu ini.

Kita  ingin memberi amaran kepada kerajaan persekutuan jika akses rangkaian telefon mudah alih, Internet, perkhidmatan mobile 3G, laman web tertentu atau media sosial diganggu dalam apa cara, maka pihak berkuasa akan kelihatan tidak ada bezanya dengan diktator negara Asia Barat yang menggunakan tindakan seumpama itu tanpa sebarang kejayaan..

Sekiranya kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) enggan berkompromi ia hanya akan menjadikan pihak berkuasa di negara ini tidak ubah seperti diktator seperti mana yang berlaku di negara Timur Tengah.

Tindakan kerajaan mengadakan pelbagai tekanan, hambatan dan halangan tidak mampu membantutkan hak rakyat untuk berhimpunan secara aman di Stadium Merdeka pada jam 2 petang Sabtu ini meskipun permit bas sementara untuk perjalanan ke Kuala Lumpur pada hujung minggu ini telah dibekukan.

Sekiranya lebih banyak halangan dikuatkuasakan, pihak berkuasa akan dilihat sebagai terdesak bagi menghalang pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini.

Malah , usaha jahat kerajaan Umno-BN ini hanya akan mengakibatkan negara berdepan dengan kehilangan rakan perniagaan dan keyakinan daripada komuniti pelaburan serta memberi gambaran buruk terhadap politik di Malaysia kepada negara luar.

Tuesday, July 5, 2011

nak pengalaman jadi askar ke atau nak naikkan nafsu askar nie...?????

PHEWWWIIIIIIITTTTT....
INI BARULAH BETOI PATRIOT
KALAU INI MACAM MUSUH TENGOK PUN LETAK SENJATA

 

 

Pelakon Lisa Surihani (tiga dari kanan) turut terlibat dalam sesi latihan pertama Platun Seni Askar Wataniah yang diadakan di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Foto AZMAN GHANI / The Star

Seramai 22 artis tempatan termasuk penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza terlibat dalam sesi latihan pertama itu pada Isnin semalam.

Siti Nurhaliza dan penyanyi Ana Raffali turut mempromosikan Askar Wataniah ini di sekolah-sekolah lama mereka dengan mengenakan uniform Askar Wataniah untuk acara perbarisan pasukan kadet sekolah.

 

Datuk Siti Nurhaliza Semasa Latihan Askar Wataniah

Bersih 2.0: Najib wajar terima tuntutan rakyat...!!!

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di pohon agar meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menimbangkan lapan tuntutan dibuat rakyat melalui Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Kepincangan yang berlaku dalam proses demokrasi yang terpenting dalam negara iaitu pilihan raya telah menyebabkan rakyat tidak puas hati dan menuntut perubahan, semua tuntutan itu tertera di bawah lapan tuntutan yang dibawa Bersih.

Kita berpendirian Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa dalam Perlembagaan Persekutuan untuk menerima aduan rakyat dan dan mengarahkan Perdana Menteri untuk menimbangkan permintaan rakyat yang sesuai dengan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri..

Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk menerima rayuan rakyat dan rakyat berhak menyampaikan hasrat kepada ketua negara.Keresahan rakyat mengenai pelbagai hal yang sedang berlaku dalam negara adalah alasan kukuh untuk tuntutan perubahan segera dilakukan.

Bukan sahaja salah guna kuasa dan penyelewengan sangat berleluasa dilakukan oleh pihak yang meneraju kerajaan Persekutuan malah pelbagai fungsi agensi pemerintah telah dieskploitasi untuk kepentingan politik bagi mengekalkan kuasa...

Kelmarin Yang di-Pertuan Agong bertitah agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0 diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.

Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan “yang pentingnya.”

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik,” titah baginda.

Malah Tuanku Mizan bertitah rakyat harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang.

Lapan tuntutan Bersih adalah agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakkan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007.

Justeru kita berpendirian bahawa rakyat berhak berhimpun secara aman dan menyatakan pendapat terhadap apa-apa isu termasuk penyelewengan dan ketidakadilan yang berlaku.

Rakyat merasa sangat tidak berpuashati dengan cara pihak polis bertindak atas nama keselamatan dan kestabilan. Ugutan dan penahanan yang tidak adil menggambarkan seolah-olah polis bertindak untuk pihak parti politik yang memerintah dan bukan untuk menjaga keselamatan orang awam.

Malah apa yang berlaku ialah tindakan yang keterlaluan bila hanya kerana memakai baju Bersih 2.0 oleh sesiapa dianggap suatu kesalahan. Apakah ini suatu tindakan profesional dan dan matang?

Sepatutnya polis membantu Bersih untuk menyediakan laluan ke Istana Negara menjelang Himpunan Bersih 2.0 pada Sabtu ini bukan menentang program itu.

Iaitu pihak polis berunding untuk membenarkan jalan mana perhimpunan Bersih 2.0 boleh diadakan, dari jam berapa hingga jam berapa dan cara penyerahan memorandum di Istana Negara. Sementara itu pihak Bersih mematuhi semua arahan polis sehingga perhimpunan itu selesai.

Dengan cara ini ketegangan, tangkapan, ugutan dan kecaman antara satu sama lain dapat dihentikan. Kita juga menyatakan kekesalan terhadap masjid turut diguna untuk menyebarkan rasa ketakutan kepada rakyat untuk menyatakan sikap yang benar. Khutbah diseluruh Negara telah diguna untuk tujuan menyebar rasa benci kepada usaha rakyat untuk menyatakan yang haq mengikut saluran yang sah di sisi undang-undang..

Anggota trafik parah di rempit mat rempit...!!!

Seorang anggota polis cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis cedera parah dalam kemalangan jalan raya berhampiran jejantas Seriab-Kuala Perlis, di sini, hari ini.

Sjn Syed Zainuddin Syed Abd Aziz, 50, yang cedera di kaki, tangan dan bahagian tulang belakang kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Ketua Polis Daerah Kangar Supt Abdul Rahman Noordin berkata, dalam kejadian pada pukul 7.40 pagi itu, motosikal yang ditunggang Syed Zainuddin dilanggar sebuah motosikal lain menyebabkan anggota polis itu hilang kawalan dan terbabas.

Ketika kejadian, Syed Zainuddin dalam perjalanan dari rumahnya di Kuala Perlis menuju ke tempat kerja, katanya ketika ditemui semasa melawat anggota polis itu di HTF di sini.

Abdul Rahman berkata penunggang motosikal yang melanggar motosikal mangsa itu melarikan diri.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya menghubungi balai polis trafik di talian 04-9778563 bagi membantu siasatan. - Bernama

Monday, July 4, 2011

betina melayu tak ada harga diri...Berganti laki kikis wang

KESAL...Alaa menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.

KUALA LUMPUR: Menggunakan taktik tipu, kahwin, curi dan menghilangkan diri, seorang wanita dikatakan mengaut keuntungan jutaan ringgit daripada beberapa ‘suaminya’ dengan mangsa terbaru seorang ahli perniagaan Palestin yang mendakwa kerugian hampir RM1 juta.

Alaa A M Aldunna, 32, berkata perkahwinannya dengan wanita tempatan berusia 29 tahun itu berlangsung November tahun lalu selepas berkenalan dengannya di sebuah hotel, di sini.

“Selepas ditipu dan wang saya dicuri, saya dimaklumkan pihak tertentu, rupa-rupanya saya suaminya yang ketujuh. Enam lagi suaminya sebelum ini warga Malaysia dan mereka juga ditipu,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Alaa berkata, ketika berkenalan, wanita itu memperkenalkan diri Datuk Nazatul, malah turut mendakwa dia seorang kerabat diraja.

“Saya percaya dia menggunakan ilmu hitam kerana selepas berkenalan saya mengikut segala kata-katanya. Perkahwinan saya dengannya juga dilakukan tergesa-gesa dan segala-galanya diuruskannya.

“Kami berkahwin di bilik hotel. Jurunikah dan saksi semuanya dibawa Nazatul, malah ibu dan abangnya bersubahat untuk menipu saya,” katanya.

metro

Sukar jadi mukmin dalam dunia artis

Pelakon Azmil Mustafa (gambar)mendakwa sukar bagi seseorang itu untuk menjadi mukmin sejati sekiranya mereka bergelar artis. Dia berkata selama bergelar artis dia mengakui banyak dosa yang telah dilakukan. “Saya rasa agak susah untuk menjadi seorang mukmin apabila hidup sebagai seorang artis kerana seperti yang kita tahu kehidupan artis lebih terdedah kepada keseronokan.

“Saya akui pelbagai dosa yang telah saya lakui sepanjang menjadi artis. Sehingga sekarang, ada yang masih menganggap saya sebagai artis dan mengenali saya dengan nama Ali Setan,” ujarnya dalam satu temubual di Hotel De Palma, Ampang ketika meraikan mangsa Madrasah At-Taqwa, Hulu Langat.

Tambahnya: “Saya menganggap situasi ini sebagai lumrah hidup. Jadi, saya perlu berhati-hati dalam menjaga tingkah laku.

“Saya juga gemar bergaul dengan rakan artis yang suka berkongsi tentang kehebatan Rasulullah seperti kumpulan Rabbani.”

Bagaimanapun, Azmil belum bersedia untuk berdakwah kepada rakan artis lain kerana bimbang sekiranya timbul konflik pada masa hadapan.

“Saya sudah faham dan lalui pengalaman menjadi artis, jadi saya takut untuk berdakwah di kalangan mereka.

“Lagipun saya belum cukup kuat untuk bergaul dengan mereka semula. Saya rasa halangannya terlalu berat dan bimbang andai saya gagal untuk berdakwah kepada mereka,” ujarnya lagi.
Sejak berubah, dia membawa diri ke Syria dan menetap di sana bersama-sama keluarga selama lima tahun.

Menyentuh tentang perancangan masa depan, Azmil yang kembali ke negara ini sejak lima bulan lalu memilih untuk menetap di sini selama-lamanya.

“Saya akan melakukan kerja yang menjurus ke arah kebaikan dan terlibat dengan pertubuhan yang bergerak secara bebas.

“Saya merancang untuk melakukan sebuah majlis dengan media untuk menceritakan tentang pengalaman saya selama berada di Syria,” ujarnya yang turut mengakui hilang punca pendapatan sepanjang lima bulan kembali ke negara ini.

Dia yang baru menjalani pembedahan jantung akui sering menghadapi masalah kesihatan.

“Saya tetap bersyukur dengan kurniaan Allah dan setelah menjalani pembedahan jantung, doktor menasihatkan saya agar tidak terlalu aktif dan banyak berehat di rumah.

“Bagaimanapun, saya akan meluangkan masa jika dijemput memberikan usrah dan berkongsi pengalaman yang dilalui sebelum ini. Saya akan cuba bawakan perspektif yang kontemporari seiring dengan dunia sekarang,” jelasnya.

-KL Today

Bohsia pasaraya bawa jantan balik rumah...kantoi

Tindakan seorang jurujual pasar raya membawa pulang teman lelaki untuk dijadikan ‘teman tidur’ pada awal pagi sehingga menimbulkan syak jiran membawa padah apabila mereka dicekup pihak berkuasa.

Lebih mendukacitakan, gadis terbabit yang berasal dari Bukit Besi itu dikatakan mula bekerja di pasar raya berdekatan sejak beberapa bulan lalu untuk menyara keluarga, namun usaha itu gagal menutup perbuatan sumbangnya yang mengaibkan maruah keluarganya.

Ketika serbuan, sepasukan Pegawai Penguat kuasa Jabatan Agama Dungun bersama Polis Paka kira-kira jam 1.10 pagi itu, jurujual yang tamat sekolah menengah ketika dicekup di bilik tidur bersama teman lelakinya itu hanya memakai seluar pendek berbaju T, manakala teman lelakinya memakai seluar tanpa baju.

Pemeriksaan lanjut menemui sehelai seluar dalam dipercayai milik salah seorang daripada mereka dan ia dirampas sebagai bahan bukti selepas dihadapkan ke mahkamah nanti.

Situasi itu menguatkan dakwaan bahawa dia sudah melakukan perbuatan tidak bermoral, walaupun mereka menafikannya.

Gadis berumur 18 tahun bersama teman lelakinya yang berasal dari Sabah itu bakal dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun awal Ogos nanti mengikut Seksyen 31(a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Jika didapati bersalah mereka boleh didenda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

SH

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here