cari maklumat di sini

Your Ad Here

Thursday, July 7, 2011

sabotaj Talian Internet, Telefon Usaha Terbaru Gagalkan Bersih 2.0 oleh kerajaan haramjadah UMNOPORNO

Ura-ura rangkaian telefon mudah alih dan perkhidmatan Internet akan diganggu hujung minggu disifatkan sebagai usaha terbaru untuk melumpuhkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang dijadualkan Sabtu ini

Tindakan itu sekali gus akan menjadikan pihak berkuasa di negara ini tidak ada bezanya dengan diktator di negara Asia Barat.BERSIH 2.0 bimbang dengan sumber risikan bahawa mungkin berlaku gangguan penuh atau sebahagian perkhidmatan Internet menjelang hujung minggu ini.

Kita  ingin memberi amaran kepada kerajaan persekutuan jika akses rangkaian telefon mudah alih, Internet, perkhidmatan mobile 3G, laman web tertentu atau media sosial diganggu dalam apa cara, maka pihak berkuasa akan kelihatan tidak ada bezanya dengan diktator negara Asia Barat yang menggunakan tindakan seumpama itu tanpa sebarang kejayaan..

Sekiranya kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) enggan berkompromi ia hanya akan menjadikan pihak berkuasa di negara ini tidak ubah seperti diktator seperti mana yang berlaku di negara Timur Tengah.

Tindakan kerajaan mengadakan pelbagai tekanan, hambatan dan halangan tidak mampu membantutkan hak rakyat untuk berhimpunan secara aman di Stadium Merdeka pada jam 2 petang Sabtu ini meskipun permit bas sementara untuk perjalanan ke Kuala Lumpur pada hujung minggu ini telah dibekukan.

Sekiranya lebih banyak halangan dikuatkuasakan, pihak berkuasa akan dilihat sebagai terdesak bagi menghalang pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini.

Malah , usaha jahat kerajaan Umno-BN ini hanya akan mengakibatkan negara berdepan dengan kehilangan rakan perniagaan dan keyakinan daripada komuniti pelaburan serta memberi gambaran buruk terhadap politik di Malaysia kepada negara luar.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here