cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, October 30, 2010

hancurnya umat melayu islam....kerana seks bebas dan desakan keluarga buat repot kunun di rogol teman lelaki

BANDAR BARU KLANG: Gara-gara dendam dan dipaksa keluarga, seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dan bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) beberapa bulan lagi, sanggup membuat laporan polis mendakwa dia dirogol teman lelakinya dan enam rakan teman lelakinya di sebuah hotel di Bandar Klang, beberapa hari lalu.

Mangsa dikenali sebagai Nor membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Klang dengan mendakwa dia dirogol tujuh lelaki dan salah seorang lelaki itu berusia 36 tahun yang dipercayai teman lelakinya.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintenden Mohamad Shukor Sulong berkata, dalam laporan polis yang dibuat mangsa, mangsa mendakwa dia dibawa lelaki itu ke hotel dan ditinggalkan di bilik sementara lelaki itu pergi menemui rakannya berhampiran hotel berkenaan.

“Tidak lama kemudian, lelaki itu muncul bersama enam lelaki lain yang bertindak merogolnya.

“Bagaimanapun siasatan polis yang dijalankan mendapati terdapat percanggahan antara dakwaan mangsa dan laporan polis yang turut dibuat lelaki yang dipercayai teman lelakinya,” katanya.

Menurutnya, selepas siasatan dibuat didapati mangsa mengaku yang dia membuat laporan polis kerana didesak keluarganya.

“Malah mangsa mengaku bahawa lelaki yang dituduh merogolnya adalah teman lelakinya dan mangsa turut mengaku melakukan hubungan seks dengan kerelaannya sendiri dan teman lelakinya.

“Dakwaan mangsa bahawa enam lelaki lain merogolnya tidak wujud dan sengaja direka kerana takut dengan desakan keluarga,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian kelmarin.

Beliau berkata, teman lelaki mangsa turut membuat laporan yang mendakwa dia dipukul keluarga teman wanitanya yang marah dengan tindakannya.

“Bagaimanapun atas nasihat polis dan persetujuan bersama kedua-dua belah pihak, mangsa dan keluarganya serta teman lelakinya itu berhasrat menyelesaikan perkara itu secara peribadi.

“Saya harap perkara ini dapat diselesaikan secara baik bagi menjaga nama kedua-dua pihak,” katanya. -SH

melayu di hina kerana UMNO

Jawapan kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Naib Presiden Umno, yang sedang mencari sebab kenapa hak orang Melayu yang sering dipertikaikan di bumi sendiri. Beliau cuba membentuk pemikiran orang Melayu khususnya, berada di dalam suasana yang terancam, dengan ini orang melayu akan menyalahkan Pas dan Pakatan Rakyat.

Ini adalah teknik lama umno untuk memulihkan tenaga umno yang semakin lemah. Strategi ini adalah seperti pepatah Arab “Dia pukul orang dia mengadu bahawa orang lain pukul dia, dia memaki orang, dia mengadu orang lain memaki dia”.

Hakikatnya Umnolah yang menyebabkan Melayu hilang jati diri dan lemah kuasa politik. Akibat politik dendam dan hasad yang berlubuk di dalam hati pemimpin umno, yang mengutamakan umno putera, menyebabkan melayu merempat diri sendiri.

Modal lapok mereka ialah bagaimana melayu Pulau Pinang yang terkorban kerana Pakatan rakyat memerintah. Mereka cuba menjadi orang yang buta sejarah dan memutar belikkan fakta sejarah. Pada hal Umno dengan Gerakan yang memerintah Pulau Pinang hampir 51 tahun. Umnolah yang bertanggungjawab menyebabkan Melayu merempat di Pulau Pinang.

Zahid cuba hendak menyalahkan bahawa Melayu yang sering bertolak ansur, sehingga akhirnya ditolak secara beransur-ansur. Hakikat yang berlaku, orang Melayu tidak bertolak ansur, sebaliknya pemimpin umno yang terlalu bertolak ansur, menyebabkan Melayu terpinggir di negeri sendiri.

Selama 53 tahun umno memerintah, mereka gagal untuk mengangkat martabat orang melayu di negara ini. Bayak dasar-dasar yang dibuat cantik, tetapi oleh kerana pelaksanaannya yang diberikan kepada pemimpin ynag mengkhianat amanah ini maka akhirnya semuanya gagal.

Pemimpin umno kena merasa malu kepada pemimpin parti lain di negara ini yang gagal mengangkat mertabat bangsa sendiri. Manakah pergi nillai saham khas bumiputera RM54 bilion?. RM52 bilion sudah lesap, hanya tinggal RM2 billion.

Kemanakah pergi tanah rezab Melayu 3 juta hektar yang ditinggal oleh penjajah pada tahun 1957. Pada tahun 1995 tanah rezab Melayu hanya 1.7 juta hektar. Rumusannya umno tidak layak untuk menjaga hak orang melayu, ibarat seperti menyuruh serigala menjaga kambing. Sudah sampailah masanya umno berundur dan orang melayu pula marilah menyertai Pas sebagai ganti kepada umno.

Friday, October 29, 2010

kantoiii...kes terbongkar....jin berbulu lebat di salahkan....lepas nie orang berbulu lebat di sinun di salahkan pulak...he he he....

Misteri konon disorokkan di Gunung Jerai terbongkar



Gambar: KETUA Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria menyerahkan Siti Balqis Mohd Noor yang didakwa dilarikan jin ke Gunung Jerai, Kedah, Ahad lalu kepada ibunya, Norizan Said (kanan) di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, di Kuala Terengganu, semalam. Siti Balqis ditemui polis di rumah keluarga seorang kenalannya di Kampung Batu 18, Ulu Klawang, Kuala Klawang, Negeri Sembilan, pagi semalam. Foto Mohamad Ishak

KUALA TERENGGANU: Misteri kehilangan Siti Balqis Mohd Nor yang didakwa keluarganya disorok ‘Jin Islam' di Gunung Jerai, Kedah, sejak Ahad lalu, terungkai selepas gadis itu ditemui polis di rumah keluarga seorang kenalannya di Kampung Batu 18, Ulu Klawang, Kuala Klawang, Negeri Sembilan, pagi semalam.

Siti Balqis sebenarnya keluar seorang diri dari rumahnya di Kampung Gong Nangka, Jertih dan menaiki bas ekspres ke Shah Alam pada jam 9 malam, sebelum ke Seremban dan meneruskan perjalanan menaiki teksi ke Kuala Klawang.

Ketika di situ, Siti Balqis, 22, tinggal di rumah seorang sahabat pena perempuan yang dikenalinya menerusi laman berkenalan sebuah majalah remaja pada 2005, tetapi tidak pernah bertemu sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata Siti Balqis juga sudah membeli tiket untuk pulang ke kampungnya esok.

“Dengan penemuan ini, polis menganggap kes ini selesai dan polis tidak akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak,” katanya pada sidang media sebelum menyerahkan Siti Balqis kepada ibunya, Norizan Said, 47, di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, di Kampung Raja di sini, semalam. Hadir sama sahabat penanya, Norwaniza Ramli, 19.

Kamaruddin berkata, polis mendapat maklumat mengenai gadis itu apabila bapa sahabat pena Siti Balqis menghubungi polis daerah Jelebu selepas terbaca berita kehilangan misteri gadis itu dalam akhbar ini.

Polis juga mendapat petunjuk gadis itu berada di Negeri Sembilan selepas semakan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada ibunya pada jam 5 pagi Isnin lalu mendapati pencawang terakhir ialah di Kuala Klawang.

Pada Isnin lalu, Norizan memberitahu menerima SMS daripada anaknya pada jam 5 pagi yang mendakwa berada di Gunung Jerai selepas dibawa jin berbulu lebat.

Sementara itu, Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, berkata laporan Norizan di Balai Polis Jertih pada jam 1.30 pagi Isnin lalu, antara lain menyebut melihat anaknya menaiki kereta Perodua Kembara milik keluarga pada jam 8 malam.

"Berikutan laporan itu, kita menjalankan siasatan kes orang hilang dan meliputi semua aspek termasuk sama ada gadis berkenaan melarikan diri atau dilarikan," katanya sambil menambah kereta itu ditemui di Stesen Bas Jertih pada jam 1 tengah hari Isnin.

Norizan ketika ditemui terkejut dengan penemuan itu kerana sebelum ini anaknya menghantar SMS dan memberitahu berada di Gunung Jerai dan dibawa jin berbulu serta yakin anaknya berada di gunung berkenaan berdasarkan gerak hatinya.

Norwaniza pula berkata, dia selalu berutus surat dan menghubungi Siti Balqis tetapi hanya bertemu selepas kenalannya itu datang sendiri ke rumahnya Isnin lalu.

"Saya tidak menduga pertemuan ini rupanya dengan seorang gadis yang sering dilaporkan ghaib kerana sebelum ini Siti Balqis tidak pernah menceritakan kisahnya,” katanya.

Di KUALA KLAWANG, ibu Nurwaniza berkata gadis itu mengajaknya dan anaknya ke Seremban, Selasa lalu dan menggunakan wang sendiri membeli pelbagai makanan dan pakaian bernilai RM279, termasuk tiket bas untuk pulang ke Terengganu.

Ramlah Meon, 60, berkata beliau pelik melihat Siti Balqis kerap SMS dan apabila ditanya dimaklumkan ia di hantar kepada kawannya.

“Siti Balqis beritahu dia tinggal bersama ibu saudaranya selepas ibunya meninggal dunia dalam kemalangan November tahun lalu. Dia turut beritahu rumahnya besar dan ada tujuh bilik lengkap dengan pembantu rumah dan kolam renang," katanya.

Ramlah berkata, pembohongan Siti Balqis terbongkar apabila anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu datang ke rumahnya, kelmarin, berikutan SMS diterima ibu Siti Balqis menggunakan nombor telefon yang didaftarkan atas nama Nurwaniza.

Beliau berkata, ketika menyelongkar beg pakaian Siti Balqis, mereka menemui lebih 20 kad sim yang masih aktif, sejumlah wang, beberapa kad ATM dan sebuah kotak kecil berisi 10 batu delima dalam kain kuning. -BH

musim bas terbang..... 6 maut,21 cedera bas terbabas di Genting Sempah ....

Bas Pelancongan Terbabas: Enam Maut, 21 Cedera


Enam maut manakala 21 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah bas pelancongan yang membawa para belia terbabas lalu terbalik di Km38 Genting Sempah dekat sini kira-kira 7.50 malam ini.

Kemalangan yang melibatkan bas yang membawa 44 penumpang yang terdiri daripada ahli Belia 4B Mukim Siong, Baling dan dua pemandu bas berlaku ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands.

Bas tersebut yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di laluan bertentangan, demikian menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail.

Penumpang bas berkenaan bermalam di Genting Highlands semalam.

Beliau berkata bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.51 malam daripada bomba Bentong yang memaklumkan mengenai insiden itu.

Tujuh jentera bomba termasuk dari Bentong, Kuala Lumpur, Selayang dan Taman Melawati berada di tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa antaranya yang mautkerana tersepit di bawah bas.

Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Bentong, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur.

Berikut ialah senarai enam penumpang bas ekspres yang membawa ahli Belia 4B dari Mukim Siong, Baling, Kedah yang maut dalam kemalangan di Km 38 Genting Sempah dekat sini pada 7.05 malam ini.

Mereka dikenali sebagai:-

Mohamad Khairy Mohamad Mazuki, 14;
Mohd Amirul Muhamat Isa, 13;
Mohamad Firdaus Rosedi, 16;
Mohammad Yussof A. Akhit, 16;
Mohd Ridzuan Husin, 17;
Muhd Fahmi Abdul Mustaffa, 17.- BERNAMA


Muhd Fahmi Abdul Mustaffa, 17.- BERNAMA























hebat ..hebat..sahabat syaitan nie... Bertunang lima gadis untuk mengikis...

KULIM - Hebat sungguh jejaka ini.

Dia sering kelihatan mewah dan bergaya, membuatkan ramai gadis tergoda. Apabila umpan sudah mengena, dia lantas mengatur majlis pertunangan yang cukup meriah.

Bukan seorang, tetapi lima gadis menjadi tunangnya sekali gus.

Namun, jauh di lubuk hati jejaka itu, tiada siapa tahu, dia sebenarnya langsung tiada niat mahu menikahi mereka.

“Ini hanya taktik licik untuk dia memperdaya ‘tunang-tunangnya’ itu,” kata jurucakap polis di sini mengenai taktik menipu seorang lelaki yang memperdaya wanita sehingga kerugian beratus-ratus ribu ringgit.

Selepas bertunang, katanya, lelaki itu akan mempengaruhi mangsa untuk membuat pinjaman peribadi sehingga berpuluh-puluh ribu ringgit setiap seorang yang dikatakan bertujuan untuk persediaan majlis perkahwinan dan juga perniagaan yang akan mereka jalankan bersama setelah berkahwin kelak.

"Mangsa yang terpedaya, akan mudah dipengaruhi. Apa lagi dia sering berlagak seperti ahli perniagaan yang berjaya serta punya wang yang banyak. Ini meyakinkan mereka untuk melabur dalam perniagaan khayalan itu tanpa sebarang rasa ragu," katanya.

Bagaimanapun katanya, helah lelaki itu hanya terbongkar apabila selepas mendapat wang mangsa, jejaka itu pun hilang khabar berita.

"Setakat ini, kita sudah terima laporan daripada lima mangsa yang kesemuanya mengaku tunang lelaki itu. Mereka berusia antara 23 hingga 30 tahun dan kebanyakannya berstatus eksekutif," katanya.

Menurutnya, kesemua mangsa mengadu ditipu dengan modus operandi yang hampir sama, sekali gus meyakinkan pelakunya juga adalah orang yang sama.

"Kita sedang berusaha menjejak lelaki itu dan jika ada lagi 'tunangnya' yang lain di luar sana, mereka diminta buat laporan untuk kita siasat," katanya.

SH

Thursday, October 28, 2010

polis mafia....apa rase ...kalau kaum keluarga dia di perlakukan sebegini....

Patologi: Peluru tembusi tengkorak Aminul



Aminulrasyid Amzah, remaja yang mati beberapa bulan sebelum sempat meraikan hari jadi ke-15nya pada 26 April 2010, tidak ditembak dari jarak dekat.

Menurut ahli patologi Dr Khairul Azman Ibrahim (gambar), dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, tembakan yang dikesan itu berbentuk bulat dan bukan “berbentuk bintang dalam kes-kes yang ditembak kurang daripada jarak satu kaki”.

Katanya juga, tiada kesan terbakar - satu ciri ketara dalam luka yang ditembak dari jarak dekat.

"Saya juga dimaklumkan oleh pegawai penyiasat terdapat lubang peluru di cermin belakang kereta (dipandu Aminulrasyid)," katanya.

Khairul berkata remaja berkenaan mati “beberapa saat atau minit” selepas peluru mengenai bahagian kiri belakang tengkoraknya dan menembusi otak sebelum keluar dari tengkorak daripada bahagian kanan, berhampiran keningnya.

"Peluru tembus di bahagian depan tengkorak tetapi bukan di kulit menyebabkan bahagian sekitar lebam di bahagian kening mata kanan,” katanya.

Menurut beliau lagi peluru juga dijumpai di bawah kulit.

Beliau juga memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen Shah Alam, luka lain seperti kesan calar adalah kemungkinan akibat pergeseran dengan objek tumpul yang mungkin disebabkan oleh perlanggaran atau hentakan dari dashboard kereta.

Katanya lagi, beliau menerima mayat remaja itu pada jam 5.55 pagi 26 April 2010 dan badannya sudahpun kaku, menunjukkan Aminulrasyid sudah mati lebih empat jam.

Aminulrasyid ditembak pada jam 1.30 pagi 26 April tahun lalu di Jalan Tarian 11/2, Shah Alam, kira-kira 50 meter dari persimpangan di rumahnya.

Koperal Jenain Subi, 48, dituduh menembak mati remaja tersebut selepas keretanya dikejar polis dan berdepan dengan hukuman 30 tahun penjara jika sabit kesalahan

betina jalang tarbiah kerajaan UMNO...tergamak jual maruah kepada taukeh...!!!



DUNGUN – Lantaran nipisnya iman dan terdorong hasutan syaitan seorang wanita berstatus ibu tunggal sanggup menjual kehormatan diri dengan menjadi perempuan simpanan seorang pemilik pusat hiburan.

Dengan pendapatan mencecah RM6,000 sebulan, dia dipercayai menjadi hamba seks tauke terbabit.

Malah janda yang difahamkan pernah menjadi mak andam itu dipercayai pernah mengandung anak luar nikah hasil hubungan sulit dengan tauke, 31 yang berasal dari Batu Pahat, Johor itu.

Perbuatan tidak bermoral janda terbabit sudah mula dihidu pihak berkuasa, bagaimanapun tindakan licik wanita berasal dari kawasan Tanah Rancangan Felda Kerteh Satu yang dipercayai sering menukar modus operandi itu menyebabkan lokasi maksiatnya sukar dikesan.

Bagaimanapun hasil risikan bersepadu membabitkan kerjasama warga komuniti, sepasukan Anggota Penguat Kuasa Syariah Dungun akhirnya berjaya memerangkap janda berusia 27 tahun itu ketika bersama teman lelakinya di sebuah rumah teres di Kampung Limbong Paka, jam 2.50 pagi, 29 mei 2008 lalu.

Sehubungan itu, dia dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu kerana kesalahan berkhalwat.

Janda terbabit yang dibawa ke Pejabat Agama Daerah untuk diambil keterangan kemudian dibebaskan dengan seorang penjamin sementara menunggu kesnya disebut semula pada 13 ogos 2008.

Biarpun perintah mahkamah menghendaki dia hadir bagi menghadiri perbicaraan pada tarikh berkenaan, namun tanpa sebarang alasan munasabah, janda tersebut gagal menghadirkan diri lalu satu waran tangkap dikeluarkan ke atasnya.

Sejak itu, wanita yang difahamkan pernah mempunyai anak dengan suaminya terdahulu terus menghilangkan diri.

Akhirnya selepas hampir dua tahun menjejaki janda berambut perang itu, dia berjaya dikesan berada di sebuah rumah di Felda Kerteh Satu lalu satu operasi khas diketuai Ketua Penguat Kuasa Syariah, Yusuf Musa dilakukan untuk menangkap wanita terbabit.

Janda berambut pendek yang bekerja sebagai pengurus pusat Karaoke dipercayai milik teman lelakinya ketika menerima tetamu tidak diundang kira-kira jam 12.30 malam itu bagaima-napun hanya mampu terkedu apabila diarahkan untuk mengikuti anggota penguat kuasa terbabit ke lokap polis sebelum dibawa ke mahkamah bagi mengikuti perbicaraan keesokan harinya.

Akhirnya, tertuduh yang tidak diwakili peguam dikenal sebagai Lina yang berada di kandang tertuduh ketika mendengar hujah panas Pendakwaraya Syarie, Azmi Tengah tidak dapat menahan sebak lalu menangis terisak-isak.

Ketika ditanya Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah berkaitan pertuduhan yang dikenakan ke atasnya bersabit kesalahan berkhalwat dengan lelaki itu, dengan linangan air mata dia mengakui kesilapan dilakukan dan memohon mahkamah meringankan hukuman yang bakal dikenakan ke atasnya.

Azmi dalam hujah pendakwaannya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat ke atas tertuduh memandangkan perbuatan tersebut boleh menjatuhkan moral umat Islam selain menyebabkan gejala sosial semakin berleluasa.

Bagaimanapun dengan hujah penggulungan yang dikemukakan pendakwaraya terbabit dan mengambil kira rayuan tertuduh, hakim akhirnya menjatuhkan hukuman denda maksimum RM3,000 ke atas Lina.

Mengikut Seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu, mereka yang didapati bersalah boleh dijatuhkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Lina yang dijatuhkan hukuman mengikut seksyen tersebut akhirnya membayar denda berjumlah RM3,000 untuk membolehkan dia dibebaskan mahkamah.

SH

tanggang moden tumbuk ibu sendiri...!!!

KEMAMAN – Seorang juruteknik Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) Kerteh boleh dianggap sebagai Si Tanggang moden apabila tergamak menumbuk ibu sendiri sehingga koma gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakan wanita itu yang lambat menyiapkan persiapan perkahwinannya.

Kejadian kira-kira pukul 1 petang di Kampung Mak Cili Paya di sini Ahad lalu itu berlaku ketika mangsa, Azizah Deraman, 47, didatangi anaknya yang mempersoalkan mengenai kelewatan persiapan perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung pada 6 November ini.

Difahamkan, suspek yang berusia 25 tahun tiba-tiba naik angin sebelum melepaskan tumbukan ke arah muka ibunya.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supritendan Abdullah Sani Salat berkata, tindakan biadap suspek itu menyebabkan mangsa terjatuh sebelum mukanya tersembam ke meja.

kosmo

Monday, October 25, 2010

Menara Warisan 5 Billion : PMRAM Saran Pertimbangkan Semula

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)menyarankan kepada pihak Kerajaan Malaysia untuk menilai dan mengkaji semula dalam membuat pertimbangan semula berikutan perancangan untuk membina menara 100 tingkat sebagaimana yang diumum pada ucapan Bajet 2011.

Menara yang diberi nama Bangunan Warisan Merdeka tersebut bakal menjadi menara tertinggi di Malaysia apabila ia dilaksanakan yang dijangka akan siap sepenuhnya menjelang 2020. Isu yang menjadi topik perbualan adalah berkaitan kos yang amat tinggi dibelanja iaitu sebanyak 5 billion.

PMRAM sama sekali tidak menolak akan perancangan dalam menarik tarikan pelancong bagi meluaskan lagi promosi negara Malaysia ke dunia luar di samping untuk mendapatkan pelabur asing dengan kadar yang tinggi.

Namun, pertimbangan melaburkan kos 5 billion dengan keperluan asas yang sewajarnya itu yang perlu dinilai semula.

Memandang kepada realiti masyarakat Malaysia yang masih rata-rata kurang kemampuan terutama dari sudut kebajikan dan pendidikan, kos 5 billion lebih bermanfaat untuk disalurkan ke arah tersebut sekaligus meletakkan negara lebih stabil dari sudut kebajikan dan menuju ke arah kemajuan dengan institut pengajian yang semakin berkembang.

Hal ini dapat direalisasikan dengan saluran yang tepat berdasarkan kehendak yang mesti didahulukan mengikut tuntutan keadaan.

Justeru, PMRAM menyarankan sekali lagi agar pihak Kerajaan Malaysia dapat mempertimbangkan kos penggunaan 5 billion tersebut dengan mengkaji tuntutan yang selayaknya didahulukan bertepatan dengan konsep 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'

Pengawal buat taik mata , 12 bas hangus


Pemandu melihat bas yang hagus dalam kebakaran di Depot Bas Ekspres Budaya di Jalan Panji, Kota Bharu kelmarin.

KOTA BHARU – Gara-gara pengawal keselamatan didakwa tertidur, 12 buah bas Ekspres Budaya milik Syarikat Transline Express Sdn. Bhd. bernilai RM2.6 juta musnah dijilat api di depot menempatkan bengkel dan tempat menyimpan bas di Panji, Pengkalan Chepa dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 12 tengah malam kelmarin, kesemua bas tersebut yang disusun berdekatan di salah satu sudut di depot tersebut hangus sama sekali.

Ketua Balai Bomba Pengkalan Chepa, Saipu Bhari Mohd. Noor (gambar kecil) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 12.32 tengah malam kerana pengawal yang bertugas menjaga depot itu semasa kejadian didakwa tertidur.

Menurut Saipu, pihaknya menghantar sebuah jentera bersama lima anggota ke tempat kejadian sebelum tiba di lokasi tiga minit kemudian kerana kedudukan balai bomba dan depot bas itu hanya dalam jarak dua kilometer.

kosmo

Sunday, October 24, 2010

Ansari Abdullah calon PKR di Batu Sapi

Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan peguam, Ansari Abdullah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.

Pengumuman itu dibuat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi di Dewan Hakka, Jalan Utara, dekat sini.

Turut bersama di majlis pengisytiharan calon itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sementara itu, Barisan Nasional mengumumkan isteri kepada mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah, Datin Linda Tsen yang juga Timbalan Ketua Wanita PBS Elopura sebagai calon parti itu.

PRK yang akan berlangsung 4 November ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru apabila Parti maju Sabah (SAPP) membuat keputusan untuk meletakkan calon

Rozaliya Akhirnya Putus Tunang



Bakal pengantin, Rozaliya Mat Lazim, 20, dengan tunangnya 24, berakhir dengan kedua-dua keluarga bersetuju memutuskan pertunangan semalam. Rozaliya pada mulanya dikatakan diculik di Kuantan tapi ditemui lari dan bekerja di Bukit Bintang. Rupanya beliau ada masalah peribadi di antaranya dengan tunangnya.

Jodoh seseorang ditentukan Allah Taala,kita hanya merancang Allah jua yang menentukan. Bertunang adalah satu tempoh untuk kenal mengenal di antara sesuatu pihak. Kalau ada berlaku ketidaksefahamam yang dirasakan tidak perlu diteruskan perkahwinan, maka eloklah diputuskan tunang. Kalau diteruskan perkahwinan dibimbangi akan merosakkan perkahwinan itu nanti kerana ketidaksefahaman sudah nampak sebelum perkahwinan.

Nak putus tunang pun kena buat cara yang baik dan elakkan dari menyinggung mana-mana pihak. Janganlah putus tunang dengan telefon atau sms atau facebook saja. Atau janganlah putus tunang waktu hampir sangat tarikh perkahwinan. Sebaiknya gunakan adab seperti dengan rombongan menziarahi sesuatu pihak, berbincang dan memulangkan beberapa pemberian semasa bertunang dulu. Kalau mana-mana pihak tidak berpuashati terhadap putus tunang ini, mereka ada hak untuk bawa kes ini ke Mahkamah Syariah untuk membuat tuntutan. Contohnya tuntut belanja perkahwinan, saman malu, pengajaran dan sebagainya.

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here