cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, May 1, 2010

GEJALA BUANG BAYI, KELUARGA JUGA YANG DIPERSALAHKAN

SAMPAI bila kerajaan hendak menuding jari ke arah ibu bapa atau keluarga apabila gejala maksiat termasuk bertambahnya gejala membuang bayi di negara ini menular? Berbagai komen yang dikeluarkan oleh menteri berkaitan isu ini namun tidak seorang pun berani menyebut tentang betapa hukum Islam atau peraturan Islam mampu mengawal atau mencegah gejala keji ini. Menteri berugama Islam ini hanya bercakap senada dengan percakapan pemimpin yang bukan Islam.

Menteri ini menuding jari ke arah institusi kekeluargaan kununnya gagal mendidik anak. Memang benar, didikan dari ibu bapa itu penting semenjak awal lagi tetapi akhirnya undang-undang yang tepat juga penting. Umpama kita diajar, dilatih serta diuji oleh pihak JPJ sebelum kita dibenarkan memandu kenderaan. Apakah selepas kita lulus dengan cemerlang, maka kita dibenarkan terus memandu kenderaan tanpa ada undang-undang yang ditetapkan oleh JPJ atau Polis? Undang-undang mesti ada kerana bukan semua yang dilatih itu akan mempraktikkan semua yang diajar semasa mengikuti ujian di JPJ. Ibu bapa berkewajipan untuk mendidik anak-anak mengikut cara Islam, tetapi jika undang-undang negara tidak mengikut cara Islam bagaimana kita mahu membendung segala masalah di kemudian hari? Kaedah Islam wajib diguna pakai oleh keluarga di dalam mendidik anak-anak begitu juga dengan kerajaan yang memerintah. Jika ini tidak dapat diselarikan, usahlah mengharap masalah ini akan selesai.

Oleh yang demikian, jangan pula menteri berfikir mereka lebih pintar dan cerdik dari Allah yang mencipta manusia di muka bumi ini. Kelihatan melucukan, ternampak bodoh pula apabila seorang Senator mencadangkan hukuman `kasi' ke atas lelaki yang mengakibatkan gejala buang bayi ini. Mengapa terlalu dungu pemikiran seorang Senator yang sepatutnya mesti cerdik di dalam mengemukakan cadangan. Di mana beliau perolehi sumber hukum sedemikian? Adakah dari kepala otak dia sendiri? Kita jangan mengambil idea atau buah fikiran dari pemikir yang bukan Islam di dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan umat Islam. Kita punyai Tuhan yakni Allah yang telah mengajar kita dari segala perkara yang besar hinggakan kepada perkara yang paling kecil hatta cara-cara batuk dan menguap.

Gejala maksiat yang semakin berleluasa sekarang ini adalah kerana kita mengabaikan ajaran Islam samada di pihak institusi kekeluargaan dan lebih-lebih lagi di pihak kerajaan yang memerintah. Jangan pula nanti kita lebih mengambil kitab yang dikeluarkan oleh APCO sebagai rujukan kita untuk mengatasi masalah ini daripada mengambil kitab suci Al-Quran. Jika ini berlaku, maka saham juga dapat kepada mereka yang memilih pemimpin yang menolak Al-Quran

apa agenda blogger haprak ....selepas jadi anjing peliharaan UMNO...????...balas dendam atau habuan wang ..????

Penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz hari ini telah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berhubung dakwaannya menerima lebih RM4 juta.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata Syed Azidi tiba di ibu pejabat SPRM di sini kira-kira pukul 6 petang.

Baru-baru ini Syed Azidi mendakwa menerima peruntukan lebih RM4 juta sepanjang tiga tahun bagi memburuk-burukkan pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi .

Syed Azidi juga mendakwa beliau membelanjakan wang itu bagi membiayai pelbagai aktiviti termasuk membeli aset, peralatan, pembayaran upah operatif dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf bgi mewujudkan persepsi buruk ke atas Abdullah dan memastikan PAS kekal memerintah Kelantan. — Bernama

1) Kickdefella diberi tanggungjawab "membelanjakan" RM4 juta untuk memburukkan Pak Lah? Arahan siapa dan dari mana wang itu diperolehi?

2) Tiada siapa yang percaya bahawa

a) TGNA terlibat dengan agenda memburukkan Pak Lah semata-mata nak kekalkan kuasa di Kelantan. Apa kena mengena Pak Lah dengan kerajaan Kelantan? Tidak logik samasekali.

b) Siapa Kickdefella sehingga boleh diberikan tanggungjwab sampai pegang RM4 juta oleh sebuah kerajaan negeri? Sekali lagi tidak logik.

3) Saya rasa banyak lagi perkara yang bermenafaat yang kerajaan Kelantan boleh lakukan jika benar ada RM4 juta.

4) Tiada di dalam agenda PAS atau mana-mana kerajaan pimpinan PAS menyediakan peruntukan sekian banyak untuk melakukan gerak saraf bodoh seumpama itu kecuali ianya dilakukan UMNO dengan arahan APCO.

5) Apa tujuan Kickdefella menaburkan fitnah sedemikian terhadap kerajaan PAS Kelantan kalau bukan penyakit di hati untuk membalas dendam kerana telah dipecat dari jawatannya?

6) SPRM, pantas nampaknya di dalam hal-hal yang melibatkan kerajaan Kelantan. Tetapi hal Khir Toyo yang telah sekian lama terbongkar kenapa senyap?

Rashid Sidek dan anak disahkan positif H1N1

Jurulatih badminton perseorangan lelaki negara Abdul Rashid Mohamed Sidek disahkan positif Influenza A (H1N1).

Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz berkata, perkara itu disahkan oleh hospital swasta yang kini merawat Rashid dan seorang anak perempuannya yang juga disahkan positif jangkitan tersebut.

"Kami telah dimaklumkan oleh pihak hospital yang mengesahkan perkara itu dan tindakan susulan akan diambil oleh pihak ISN bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membendung wabak tersebut daripada tersebar,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini malam ini.

Rashid dan anak perempuannya yang berusia lima tahun itu dimasukkan ke hospital berkenaan petang tadi setelah menunjukkan simptom-simptom dijangkiti H1N1. - Bernama

wah...hebatnya SPR....depa main black magic rupanya.....




Percaya atau tidak itulah hakikatnya, mungkin ia hanya satu mistik dan telahan semata-mata. Namun, terbukti kemenangan majoriti 1,725 calon BN itu kemungkinan besar diilhamkan oleh puak-pauk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sendiri. Buktinya, cuba lihat pada tarikh "Hari Pencalonan" pilihanraya kecil Hulu Selangor baru-baru ini. SPR menetapkan hari Sabtu (17 April 2010). Manakala tarikh "Hari Pembuangan Undi" pula ditetapkan pada hari Ahad (25 April 2010).

Jika dilihat sekali lalu mungkin ramai yang tidak perasan akan perkara ini. Mungkin inilah dia bukti jelas bahawa kemenangan BN dengan majoriti 1,725 itu diambil daripada tarikh "17 April" dan "25 April" maknanya nombor yang terjadi ialah 1+7+2+5 = 1,725. Sama ada ia secara kebetulan atau pun kenyataan, segalanya telah terjawab kini. Malah, kemenangan calon BN itu sah sebanyak 1,725. Apakah ini semua satu petanda yang SPR telah memainkan peranan untuk mengilhamkan kemenangan BN itu.

Segala teori ini hanyalah "mistik" semata-mata. Namun, ia mungkin juga ada kebenarannya. Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui. Samalah seperti "Teori RAHMAN" yang seringkali diwar-warkan suatu ketika dulu. Teori yang menyatakan nama-nama Perdana Menteri Malaysia bermula dan R=Tunku Abd Rahman, A=Abdul Razak, H= Hussein Onn, M=Mahathir, A= Abdullah Badawi dan N=Najib menjadi RAHMAN. Namun ada juga yang terlupa bahawa nama Tunku Abd Rahman itu hujungnya ialah AL-HAJ, maknanya "A" yang berikutnya ialah Anwar Ibrahim. Nantikan semua ini berlaku biarpun ia sekadar teori semata-mata. Inilah yang amat ditakuti oleh puak-puak UMNO

Sumber: Pahangdaily

BERAHIM ALI DERHAKA PADA SULTAN JUGA

IBRAHIM Ali atau raja katak nampaknya tidak habis-habis hendak mencari publisiti murahan. Setiap kali dia bercakap, ternampak pula kebodohannya. Patut pun dia jadi tok wakil di Pasir Mas adalah atas dasar sedekah orang. Sebelum ini dia merempat disepak terajang oleh Umno.

Beliau pernah mencadangkan agar sekatan dikenakan ke atas kaum Cina di Hulu Selangor kerana tidak sokong kerajaan Bn semasa Pilihanraya Kecil baru-baru ini. Kenyataan beliau itu menunjukkan betapa Berahim Ali ini patut tinggal dalam hutan atau terus berada di dalam tempurung. Semakin lama berpolitik bukan semakin cerdik tetapi semakin bodoh.

Terbaru pula, beliau mohon ampun pada Tuanku Sultan Selangor atas dasar beliau anak Kelantan. Kununnya Tuan Guru Nik Aziz menderhaka pada Tuanku Sultan Selangor atas isu politik di dalam masjid. Tuan Guru sendiri tidak mohon ampun kerana beliau tahu sekiranya beliau berkata politik dan agama itu berpisah, maka wajib baginya mohon ampun dan bertaubat kepada Allah SWT. Hakikatnya Tuan Guru tidak menderhaka pada Sultan, beliau cuma menjelaskan hukum.

Siapa yang menderhaka pada Tuanku Sultan? Tidak lain adalah Berahim Ali. Beliau telah memperlekehkan Tuanku Sultan dengan perbuatannya mohon ampun pada Tuanku Sultan hanya melalui media sahaja. Wajarkah sebagai rakyat lebih-lebih lagi sebagai seorang MP walaupun MP tumpang, Berahim mengambil ringan hal ini? Beliau sepatutnya mengadap Tuanku Sultan jika beliau ikhlas untuk memohon ampun. Jika beliau mohon ampun pun, beliau tidak boleh mendakwa sebagai wakil semua rakyat Kelantan kerana kerusi Parlimen beliau itu pun tidak diredhai oleh rakyat Kelantan. Jika tidak percaya, sila kosongkan dan adakan pilihanraya, Berahim Ali boleh pilih calon yang disukainya sebagai `proksi' beliau.

Majoriti rakyat Kelantan menganggap Tuan Guru Nik Aziz benar kerana kebenaran itu hanya boleh diambil dari Al-Quran dan Hadis. Tidak hairan orang seperti Berahim Ali ini menolak Al-Quran dan Hadis kerana dia sebenarnya berjiwa UmAPCO

mandor

JANJI MANIS MU...KELENTONG TAIK MINYAK BUAT KU

Kisah penduduk yang dijanjikan jambatan hampir sedekad

LONG ATIP (Apoh): Setelah hampir sedekad menunggu jambatan bailey yang dijanjikan, penduduk dari Long Atip, Apoh Baram yang merupakan penempatan terbesar kaum Kayan akhirnya meluahkan perasaan menagih janji.

Bagi warga emas, Aban Jau Ing, 70, hanya satu pintanya sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, iaitu melihat kampungnya mempunyai jambatan merentasi Sungai Apoh.

“Cukup sudah dengan janji manis sebelum ini, kami hanya mahu melihat pembinaan jambatan itu menjadi kenyataan.

“Sudah hampir 10 tahun kami dijanjikan dengan jambatan baru, namun sehingga kini masih menunggu,” katanya dalam satu kenyataan yang disampaikan oleh wakil kampung, Laing Ngau kepada Persatuan Kayan Sarawak (PKS).

Dalam kenyataan itu, Aban dan penduduk kampung mahu PKS melakukan sesuatu untuk membawa rintihan mereka kepada agensi terbabit.

Sementara itu Laing berkata, jambatan kayu yang menghubungkan kampung dengan jalan utama merentasi Sungai Apoh itu dibina oleh Jabatan Pertanian kira-kira 20 tahun lalu dan kini seperti ‘bom jangka’ yang hanya menunggu masa untuk runtuh dan meragut nyawa.

Long Atip terletak kira-kira enam jam dari Miri dan akses melalui jalan balak dari Long Lama.

“Struktur jambatan itu sudah terlalu daif yang mana kayu dan kabelnya sudah reput. Jambatan itu sekarang umpama perangkap maut kerana ia mungkin putus pada bila-bila masa.

“Sehubungan itu, kami mahu pihak berkaitan mengambil berat perkara ini sebelum berlaku kemalangan.

“Lagipun pada tahun 2002 kami sudah dijanjikan dengan jambatan besi (bailey) bagi menggantikan jambatan kayu,” katanya.

“Semasa pilihan raya negeri yang lalu, pembinaan tapak jambatan bailey yang menelan kos RM30,000 dilaksanakan namun sehingga hari ini terbengkalai.

“Hampir 10 tahun berlalu, namun hingga ke saat ini penduduk kampung masih menunggu jambatan yang dijanjikan,” kata Laing.

Sementara itu, Pengerusi PKS Miri Philip Ngo berkata, beliau memberi jaminan akan mengemukakan isu tersebut kepada agensi yang berkaitan.

“Dalam hal ini, ia tidak masuk akal memandangkan tapak jambatan bailey itu sudah dibina sejak sedekad yang lalu, namun sehingga hari ini jambatan itu tidak dibina,” katanya.

Sehubungan itu Philip mahu agensi yang terbabit mengambil tindakan sewajarnya termasuk mengemukakan perkara itu kepada Perdana Menteri memandangkan penduduk kampung amat memerlukan jambatan yang selamat.

Menurutnya, jambatan bailey itu apabila siap nanti akan menghubungkan Miri, Long Lama ke Long Panai, Long Terawan dan Taman Negara Gunung Mulu sekali gus memacu sektor pelancongan dan pertanian di kawasan itu.

erapakatan

Bumi Di Pijak Milik Orang..

Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) hari ini mengesahkan kontrak perkongsian pengeluaran yang melibatkan Blok L dan Blok M yang dianugerahkan kepada Petronas Carigali Sdn. Bhd. dan Murphy Sabah Oil Co. Ltd telah dibatalkan pada 7 April lalu.

Pembatalan kontrak menerusi Surat Pertukaran yang bertarikh 16 Mac 2009 itu berikutan kedua-dua blok itu bukan lagi sebahagian dari Malaysia.

Blok L dan Blok M itu telah ditandakan semula sebagai CA1 dan CA2.

Petronas juga mahu menjelaskan bahawa syarikat ini telah dijemput oleh Brunei untuk terlibat dalam membangunkan CA1 dan CA2 berdasarkan perjanjian komersial,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Utusan

Bila penyamun menerima YB reject........



Selepas lima bulan menjadi wakil rakyat Bebas, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hari ini mengumumkan menyertai UMNO.

Beliau menyerahkan borang keahlian itu pada pukul 6.30 petang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Janda Baik, Pahang.

Menurut Badrul Hisham, keputusan itu dibuat selepas beliau tertarik dengan kejayaan gagasan 1Malaysia, hasil ilham Perdana Menteri yang kini diterima baik oleh rakyat termasuk kejayaan merampas semula Parlimen Hulu Selangor daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Saya memerlukan sebuah 'payung' bagi melaksanakan khidmat secara berkesan kepada pengundi di Pelaburan Klang dan dalam konteks ini parti terbaik serta mempunyai rekod cemerlang dalam membantu rakyat adalah UMNO.

"Keputusan ini tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan saya juga tidak dibeli untuk menyertai UMNO,''

source:utusan online

Tak payah kelentonglah, kalau tak 3 atau 5 juta yang kau balun, konon2 cakap aku tak dibeli,pooooooorah!!!!

Zaharin dan Zulkifli bila lagi...........

Pengawal keselamatan Istana Kelantan cedera parah ditembak di dada



PENGELOLA Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamat mengadakan sidang media susulan seorang pengawal keselamatan Istana Kelantan, Ramli Mohd, 50, yang cedera parah terkena tembakan di dada oleh individu yang tidak dikenali awal pagi tadi.

KOTA BHARU: Seorang pengawal keselamatan Istana Kelantan cedera parah ditembak di bahagian dada oleh seorang individu tidak dikenali dalam kejadian di Kampung Sungai Nyior, Palekbang, di sini, awal pagi tadi.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, berkata ia berlaku kira-kira jam 12.25 awal pagi tadi ketika mangsa Ramli Mohd, 50, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Kok Keli Tumpat.

Beliau berkata, mangsa ketika ini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII).

Katanya, mangsa berada dalam keadaan serius berikutan ditembak di bahagian dada dan peluru masih belum dapat dikeluarkan.

Friday, April 30, 2010

Siling DUN Pulau Pinang runtuh

Siling di bahagian galeri Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang runtuh menjelang persidangan Dewan yang akan bermula Isnin ini.

Menurut Speaker Datuk Abdul Halim Hussain, kira-kira 70 peratus siling di ruang tempat duduk media, pemerhati dan penulis hansard dilaporkan runtuh kira-kira 3.30 petang semalam.

“Ketika kejadian, terdapat dua hingga tiga kakitangan berada di dalam bangunan. Bagaimanapun mereka tidak mengalamai sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diarahkan untuk menyiasat kejadian.

Abdul Halim berkata runtuhan itu tidak akan menjejaskan persidangan nanti.

“Pihak kami juga sedia dengan alternatif lain termasuk kemungkinan memindahkan lokasi persidangan ke tempat lain seperti Dewan Sri Pinang, Dewan Universiti Sains Malaysia dan Dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai,” katanya.

Semasa ditinjau, pekerja JKR sudah memulakan kerja baik pulih dengan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob dan beberapa pegawai polis turut mengunjungi bangunan berkenaan.

Pada 23 Julai 2008, plaster siling sepanjang empat meter di bahagian tengah lobi bangunan itu turut dilaporkan jatuh dan hampir menimpa orang ramai yang sedang berada di situ. — Bernama

Aminulrasyid rebah di riba terkena tembakan


Saksi utama insiden Aminulrasyid Amzah mati ditembak polis berkata, remaja itu rebah di ribanya selepas terkena tembakan ketika dikejar kereta peronda polis di kawasan Seksyen 11 di sini, awal pagi Isnin lalu.

Pengakuan saksi utama itu terkandung dalam laporan polis yang salinannya diedarkan kepada media hari ini.

Laporan polis dibuat kira-kira 9.40 malam hari kejadian.

Menceritakan detik-detik yang membawa kepada insiden itu, saksi berkata, dia dan Allahyarham Aminulrasyid memutuskan untuk berjumpa dengan seorang rakan mereka Seksyen 7 Shah Alam kerana tayar motosikalnya pancit kira-kira 12 tengah malam.

“Semasa hendak ke sana, kereta yang dipandu Aminulrasyid telah tergesel dengan sebuah kereta lain menyebabkan arwah menjadi takut dan melarikan diri untuk pulang ke rumah di Seksyen 11.

“Ketika hendak keluar dari kawasan restoran Ali Mamak, kami dikejar oleh beberapa motosikal dipercayai rakan kepada kereta yang kami tergesel.

“Sebaik sahaja sampai di Bulatan Kayangan Seksyen 12, salah sebuah motosikal tadi hendak memotong kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penungggang itu terjatuh,” kata saksi itu dalam laporannya. Menurutnya, rakannya dikatakan terlalu takut dan terus memandu laju kereta lalu memotong kereta peronda polis menyebabkan kenderaan itu terus mengejar mereka.

“Aminulrasyid bertambah takut dan memandu dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan orang awam.

“Kereta peronda terus mengejar kami sehingga ke Stesen Minyak Caltex Seksyen 11 dan ketika itu saya terdengar bunyi tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang menyebabkan kereta yang dipandu terhoyong-hayang dan tergelincir tetapi masih dapat dikawal.

“Semasa mendengar tembakan terakhir yang terkena kepala Aminulrasyid menyebabkannya jatuh ke atas riba saya dan saya nampak bahagian kepalanya berlubang dan berdarah,” kata saksi yang juga seorang pelajar.

Saksi yang juga kawan baik mangsa berkata, kereta tidak lagi dapat dikawal lalu melanggar tembok rumah lalu berhenti.

“Saya keluar untuk menyerah diri tetapi salah seorang anggota polis menendang saya dari belakang dan kemudian anggota yang lain turut memukul dan memijak saya beramai-ramai.

“Saya meronta-ronta serta dapat melarikn diri daripada mereka lalu balik ke rumah. Saya cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala,” katanya dalam laporan polis itu yang diedarkan pada sidang media Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Khalid berkata saksi kedua telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini malam tadi.

Laporan itu dibuat oleh Zafrullah Ahmad Zainal Abidin yang merupakan jiran mangsa.

Dalam kejadian awal pagi Isnin lalu, Aminulrasyid mati terkena tembakan polis manakala rakannya, saksi itu didakwa berjaya melarikan diri selepas terserempak dengan kereta peronda polis di kawasan Seksyen 11 Shah Alam.

Berdasarkan laporan media sebelum ini dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, Aminulrasyid, anak bongsu daripada lapan beradik dilaporkan terkena tembakan yang dilepaskan oleh anggota polis peronda apabila dia disyaki cuba mengundurkan kenderaan yang dipandunya untuk melarikan diri daripada satu sekatan jalan raya.

isu tembak membabi buta....KPN letak jawatan atau berdepan dengan demo...



Beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat telah memberi tempoh sebulan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya meletak jawatan atau berdepan dengan demonstrasi di seluruh negara.

Kata dua itu diberikan sebagai respons kepada laporan yang menyebut Musa berkata beliau bersedia mengarahkan anggotanya tidak lagi mengawal sekiranya itu kehendak rakyat, ekoran kecaman terhadap insiden seorang remaja Aminulrasyid Amzah mati ditembak polis di Shah Alam awal pagi Isnin lalu.

Ahli parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng, serta ahli parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, semalam  telah i menghantar memorandum kepada pengarah lembaga disiplin polis, Datuk Abdul Razak Bokhari, menuntut Musa meletak jawatan.




Komander Kem Bukit Aman, Supt Ali Ahmad menerima memorandum tersebut.

Lim mendakwa kenyataan kontroversi Musa itu 'hanya akan menjejaskan keselamatan negara'.

Beliau juga menggesa Abdul Razak supaya menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat Musa dan sama ada menasihatkan beliau bersara atau memecatnya dalam tempoh sebulan, dan jika gagal berbuat demikian, mereka akan menganjurkan protes di Bukit Aman dan di seluruh negara untuk menuntut Musa meletak jawatan.




kenyataan musa sebelum ini....

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan membidas kritikan pelbagai pihak berhubung kematian remaja berusia 14 tahun - Aminulrasyid Amzah dan berkata beliau sedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat.

"Biarlah apa yang nak dikatakan oleh ahli politik, tapi saya ingin tahu sama ada anda mahu kami menguatkuasakan undang-udnang atau tidak.


"Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya," katanya dalam laporan The Star online.

Musa mengulas kenyataaan pelbagai pihak berhubung kematian Aminulrasyid, apabila polis melepaskan empat tembakan ke arah kereta yang dipandu remaja itu kerana didakwa cuba berundur dan merempuh ke arah polis.

Kejadian itu berlaku di Seksyen 11, Shah Alam apabila Aminulrasyid dikatakan memecut dan melanggar beberapa lampu isyarat merah tanpa berhenti meskipun diarahkan berbuat demikian.

Menurut Musa, beliau tidak mahu membuat seberang spekulasi mengenai perkara itu dan meminta orang ramai agar tidak terburu-buru membuat kesimpulan tentang kejadian.

Beliau juga mengulangi jaminannya bahawa tiada apa yang akan disembunyikan berhubung kes itu.

"Saya tak berat sebelah, jangan buat spekualsi. Seperti yang saya kata sebelum ini, kami tak akan menyembunyikan apa-apa dan kami akan berlaku adil dalam siasatan kami. Oleh itu, tunggulah hasilnya nanti," katanya dalam laporan Bernama.

Ditanya tentang keadaan yang membolehkan polis menggunakan senjata api, beliau berkata: "Orang saya tahu bahawa mereka hanya boleh menggunakan senjata api untuk mempertahankan diri, itu sudah menjadi peraturan dalam tugas kami".

Musa berkata sesebuah kenderaan itu sama bahayanya dengan pistol, pisau atau tukul.

"Kenderaan boleh digunakan sebagai senjata...senjata bukan bermakna pistol, pisau atau parang saja. Kalau seseorang itu enggan berhenti dan cuba merempuh pegawai yang cuba menahannya, ia (kenderaan) boleh dianggap sebagai senjata kerana ia boleh membahayakan nyawa pegawai penguatkuasa," kata beliau.

Sebelum ditembak, mengikut polis Aminulrasyid mengundur kereta dan cuba merempuh pegawai polis untuk cuba melepaskan diri daripada sekatan jalan raya berhampiran rumahnya.

Musa juga menasihati orang ramai supaya berhenti apabila diminta berbuat demikian oleh polis atau pegawai penguatkuasa dan jangan cuba melarikan diri kerana perbuatan demikian boleh menimbulkan rasa curiga.

"Dalam keadaan gelap itu, siapapun tak akan dapt pastikan sama ada pemandunya adalah seorang remaja atau orang dewasa.

"Setakat itu saja yang boleh saya komen tentang isu ini kerana ia sedang disiasat. Oleh itu, jangan buat sebarang spekulasi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri acara menderma darah oleh anggota polis di Pusat Darah Negara bersempena sambutan Hari Polis di Kuala Lumpur hari ini.

tembak membuta tuli....Laporan saksi cetus tanda

Dengan mendedahkan kandungan laporan saksi insiden Aminulrasyid Amzah, 15, mati ditembak, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad (gambar) meminta polis menghentikan segala ‘drama’ berkaitan kematian remaja tersebut awal minggu ini.

“Ini kerana laporan yang dikeluarkan media bercanggah sama sekali dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh saksi kejadian.

“Bagaimana seorang yang sudah meninggal dunia boleh mengundurkan kenderaan dipandunya?” kata beliau pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

“Dan, bagaimana parang boleh ada dalam kereta sedangkan cuma ada kasut dan patung sahaja? Ini memang tidak logik,” katanya lagi. Persoalan itu juga ditimbulkan oleh ibu Aminulrasyid beberapa hari lalu.

Khalid berkata, menurut saksi kedua, Zafrullah Ahmad Zainal Abidin yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor malam tadi, jiran mangsa itu mengatakan ketika hari kejadian dia terdengar bunyi tembakan kira-kira pukul 1.30 pagi.

Dia membuat laporan polis kira-kira 10.30 malam tadi.

“Pada mulanya saya menyangka bunyi mercun tetapi bunyi tersebut semakin kuat dengan rumah saya dan ia diselangi dengan bunyi siren polis.

“Kemudian saya terdengar bunyi dentuman yang kuat seperti ada objek yang melanggar dinding dan saya terus keluar dari rumah dan melihat dua buah kereta peronda mengepung sebuah kereta yang terbabas.

“Saya terus meluru keluar ke tempat kejadian dan ternampak seseorang (saksi utama) berlari ke arah saya serta terdengar polis menjerit kepada individu tersebut supaya jangan lari,” kata Zafrullah dalam laporannya, yang salinan turut diedarkan kepada media.

Dalam laporannya dia mendakwa “saya mendapati kereta tersebut sudah terbabas dan melihat seorang lelaki berpakaian kemeja-T dan seluar pendek dalam keadaan muka tersembam di tempat duduk pemandu.”

Selain itu menurut Zafrullah Ahmad, dia melihat polis menggeledah kenderaan itu dengan menyuluh bahagian dalam kereta dengan menggunakan lampu suluh tetapi tidak melihat sebarang objek dalam kereta itu dialihkan atau dibawa masuk.

“Semasa polis menggeledah saya tidak nampak sebarang objek dalam kereta itu dialihkan ataupun dibawa masuk.

“Kemudian polis menyuruh kami (penduduk) berundur kira-kira lima meter dari tempat kejadian dan mereka memasang pita kuning di kawasan kejadian.

“Saya juga lihat dua anggota polis menyuluh dan menanda kesan tembakan di sepanjang kawasan kejadian. Kira-kira pukul 3.30 pagi seorang anggota polis mengarahkan orang awam untuk beredar dari tempat kejadian,” katanya dalam laporan polis yang dibuat.

Aminulrasyid, 15, mati terkena tembakan polis manakala rakannya berjaya melarikan diri selepas terserempak dengan kereta peronda polis di kawasan Seksyen 11 Shah Alam awal pagi Isnin lalu.

Khalid berkata, bagaimana polis boleh membuat siasatan dan kesimpulan tanpa mendapatkan keterangan daripada saksi.

“Polis buat siasatan tetapi tanpa saksi. Jadi bagaimana siasatan itu dibuat tanpa mendapat pengakuan daripada saksi terlebih dahulu?

“Saksi cerita lain tetapi dalam media dilaporkan lain, saya sendiri yang bawa saksi ke balai polis untuk membuat laoran dan dia telah menceritakan perkara sebenar kepada saya.

“Jadi, saya harap polis boleh membetulkan kembali segala kenyataan yang memberikan gambaran buruk kepada Allahyarham Aminulrasyid,” katanya.

Beliau turut membidas kenyataan yang dikeluarkan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar supaya ahli politik tidak masuk campur dalam kejadian tersebut.

“Ahli politik ada tanggungjawab untuk ambil berat akan kes ini lagipun saya sebagai Ahli Parlimen tidak boleh buat tidak tahu sahaja.

“Ini kawasan saya, jadi saya mesti ambil tahu dan bertanggungjawab sebagai wakil rakyat,” katanya sambil menambah, beliau bukan mahu mempolitikkan perkara itu.

“Saya mahu kebenaran didedahkan dan mangsa yang terkorban mendapat pembelaan yang sepatutnya,” katanya.

Khalid juga merayu orang ramai yang melihat kejadian itu supaya memberikan keterangan kepada polis supaya proses siasatan dapat dijalankan dengan dengan baik.

“Saya mahu orang ramai yang melihat kejadian supaya menjadi saksi dalam kes ini dan sekiranya takut untuk pergi seorang diri mereka boleh berjumpa dengan saya.

“Ini kerana saya yakin ramai yang melihat kejadian itu, dan saya amat berharap mereka tampil ke hadapan dan memberikan keterangan bagi mendapatkan keadilan bagi pihak mangsa dan keluarga,” katanya.

Tambahnya, tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang yang bersedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat adalah tidak profesional.

“Kalau itu kenyataan yang dikeluarkan, saya rasa lebih baik beliau meletakkan jawatan.

“Rakyat tegur kerana mahu penjelasan dan beliau perlu memberikan respons wajar dan profesional,” katanya lagi.

Sementara itu, ibu kepada Aminulrasyid, Norsiah Mohamad berkata dia masih belum membuat keputusan untuk mendapatkan khidmat guaman kerana memerlukan masa untuk berbincang bersama ahli keluarga.

“Saya belum buat keputusan untuk mengambil peguam dari mana kerana kena berbincang dahulu dengan ahli keluarga,” katanya.

Mahkamah Tinggi bebas Gobalakrishnan


















Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan atas tuduhan menggunakan kekerasan semasa menyertai perhimpunan Hindraf pada tahun 2007.

Menurut peguamnya, Ahmad Nizam Abdul Hamid , selepas perbicaraan pagi tadi berkata, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohd Yazid Mustapa membebaskan N Gobalakrishnan dalam rayuan perbicaraan yang dipohon oleh Jabatan Peguam Negara setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,000 kepada Gobalakrishnan dalam perbicaraan pada tahun 2009.

“Gobalakrishnan dituduh di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana dikatakan melakukan kekerasan jenayah kepada pegawai polis.

“Hasil daripada keputusan mahkamah ini, N Gobalakrishnan kekal sebagai Ahli Parlimen Padang Serai dan tiada pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen tersebut,” katanya.

M'sia mungkin dipaksa dedah butiran beli Scorpene

M'sia mungkin dipaksa dedah butiran beli Scorpene

Malaysia boleh dipaksa mendedahkan maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan dakwaan kes rasuah membabitkan penjualan dua kapal selam Scorpene oleh syarikat Perancis, DCN.

Joseph Brehem (kanan), salah seorang peguam Perancis yang menyaman DCN bagi pihak NGO hak asasi manusia Suaram, mungkin memohon mendapatkan 'waran geledah antarabangsa' supaya pegawai Malaysia mendedahkan maklumat mengenai imbuhan yang diterima oleh individu-individu tertentu.

Brehem, yang berada di sini selama dua hari untuk mengumpulkan maklumat berhubung kes tersebut berkata, beliau boleh membuat permohonan supaya Perimekar - syarikat milik isteri Abdul Razak Baginda yang merupakan teman rapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - supaya mendedahkan akaunnya dan menjelaskan baagaimana ia memperolehi Euro114 juta tanpa berbuat apa-apa, tetapi hanya kerja "pentadbiran".

Razak (kiri) dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dalam pembunuhan jurubahasa Mongolian, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

"Sebaik sahaja hakim membuat keputusan, beliau boleh mengeluarkan satu arahan yang dikenali sebagai 'waran geledah antarabangsa' dan waran itu akan dihantar kepada badan kehakiman Malaysia," kata Brehem, dalam satu wawancara eksklusif dengan Malaysiakini di Kuala Lumpur semalam.

"Menurut Konvensyen Korupsi PBB (yang turut diperakui oleh Malaysia sejak 2003), Malaysia wajib bekerjasama dengan Perancis dalam perkara ini," tambahnya.

Brehem berkata, jika Malaysia tidak memenuhi arahan tersebut, maka ia akan membuktikan bahawa kerajaan 'ada sesuatu yang hendak disembunyikan".

Sambil berjenaka, Brehem berkata: "Untuk mencari penyelesaian terhadap kes-kes rasuah, ikut ke mana pergi wangnya."

Menurutnya, keputusan untuk menghanar arahan seumapama itu bergantung sepenuhnya kepada hakim di Perancis.

Bagaimanapun, tambahnya, jika permohonannya itu ditolak, beliaiu akan memfailkan rayuan.

Ketua UMNO suruh MCA keluar BN..

KUANTAN – Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman mendesak MCA keluar dari Barisan Nasional (BN) daripada terus menuding jari di atas kegagalan mendapatkan sokongan pengundi Cina di pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu.

Ahmad Tajuddin mendakwa kegagalan MCA meraih sokongan pengundi Cina tidak hanya di Hulu Selangor tetapi pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu juga keadaan sama berlaku.

Menurutnya, pilihan terbaik kepada MCA adalah menarik diri sebagai parti komponen supaya tidak terus membebankan BN dengan kegagalan meraih kepercayaan pengundi Cina.

“Keluarlah dari BN untuk elak daripada terus membebankan parti komponen lain. Jangan menuding jari kepada sesiapa berikutan kegagalan kita sendiri. Sepatutnya mereka mengakui kesilapan bukan menuduh orang lain sebagai penyebab.

“MCA perlu mengaku bahawa mereka tidak lagi diberi kepercayaan daripada kaum Cina. Ia bukan berlaku pada pilihan raya kecil tetapi pada PRU 2008 lalu juga berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan MCA menyalahkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kerana menjadi penyebab kekurangan undi masyarakat Cina pada pilihan raya kecil di Parlimen Hulu Selangor.

“Dakwaan MCA sekadar untuk menutup kegagalan mereka meraih sokongan masyarakat Cina. Pada saya ia tindakan yang tidak bertanggungjawab. MCA gagal meyakinkan masyarakat Cina supaya menyokong calon BN daripada MIC di Hulu Selangor.

“Jika UMNO mampu meyakinkan pengundi Melayu untuk menyokong calon MIC, mengapa MCA tidak boleh?. Jangan mencipta alasan yang tidak bijak untuk menutup salah,” katanya

Thursday, April 29, 2010

Sungai di Dasar Laut Merupakan Bukti Kebenaran Al Qur’an




















Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan

Sungai dalam Laut

“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu. ” (QS Fushshilat : 53)

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)


 Sungai di Dasar Laut Merupakan Bukti Kebenaran Al Quran


Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.


sungai1 Sungai di Dasar Laut Merupakan Bukti Kebenaran Al Quran

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.



="" alt=" Sungai di Dasar Laut Merupakan Bukti Kebenaran Al Quran" class="alignnone" src="http://ivandrio.files.wordpress.com/2010/03/4.jpg?w=400&h=266" title="Sungai di Dasar Laut Merupakan Bukti Kebenaran Al Quran" width="400" height="266">

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam

akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Amy Search diarah bayar RM18,000

Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan penyanyi Amy Search membayar ganti rugi berjumlah RM18,000 kepada seorang kanak-kanak lelaki yang melecur akibat terkena tomyam panas di Restoran Cheng Ho milik penyanyi itu.

Hakim Sabariah Othman memutuskan bahawa sebagai majikan, Amy boleh dipertanggungjawabkan apabila kecuaian dilakukan oleh pekerja ketika dalam tugas.

Sabariah menetapkan RM8,000 bagi ganti rugi am terhadap kecederaan di bahagian badan kanak-kanak itu, RM10,000 untuk ganti rugi khas dan enam peratus faedah atas jumlah penghakiman.

Pada 24 Sept 2008, Nik Zahir Nik Mohd Idris memfailkan saman bagi pihak anaknya, Nik Muhammad Zakwan, 4, kerana mendakwa pekerja Restoran Cheng Ho milik Amy di Wangsa Maju cuai sehingga menyebabkan bahagian belakang badan anaknya melecur.

Dalam saman itu, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 51, sebagai pemilik restoran Cheng Ho, di mana kejadian itu berlaku, telah dinamakan sebagai defendan.

Amy diwakili peguam Ahmad Zaharil Muhaiyar manakala plantif diwakili Adnan Seman. — Bernama

nak sedih amende...natang ooiii....sape yang mengelirukan dan sape yang memutar belit fakta nie....letak jawatan aje lah ayam pencen....hang tu dah tak mampu lagi memikul tugas KPN...!!!!

IGP: ‘Janganlah keruhkan keadaan’

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini meminta media massa terutamanya media alternatif supaya tidak membuat spekulasi dan andaian sendiri mengenai kenyataan polis berhubung kejadian seorang remaja ditembak mati baru-baru ini.
Katanya sebarang spekulasi yang sengaja diada-adakan dengan memutar belit kenyataan polis serta ditokok-tambah boleh mengeruhkan keadaan selain menyukarkan siasatan kes terbabit.

“Janganlah keruhkan keadaan. Orang ramai boleh jadi keliru. Jadi jangan buat sesuatu (andaian) yang kelak boleh menimbulkan kontroversi dan mengganggu siasatan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi malam ini.

Musa berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan laman portal Malaysiakini yang dipercayai tersalah tafsir kenyataannya.

Laporan itu menyebut Musa bersedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat.

Musa berkata laporan itu ditulis mungkin berdasarkan jawapan balas beliau secara spontan kepada wartawan telah disalahtafsir sedangkan apa yang cuba disampaikan berlainan maksudnya.

Katanya beliau hanya mengandaikan apakah polis tidak perlu menjalankan tugas mengikut undang-undang dan hanya membiarkan pelaku jenayah membuat kesalahan tanpa pengawasan.

“Biarlah apa yang nak dikatakan oleh ahli politik, tapi saya ingin tahu sama ada anda mahu kami menguatkuasakan undang-undang atau tidak.

“Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya,” katanya mengulangi kenyataannya yang disebut pagi tadi.

Sehubungan itu beliau menasihatkan pengamal media supaya tidak memutar belitkan kenyataan polis.

“Saya sedih atas apa yang menimpa mangsa dan keluarga. Saya lagi bersedih apabila kenyataan saya diputar belit sehingga membawa maksud berlainan,” katanya. — Bernama

Polis pertimbang pecat polis bunuh remaja

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menegaskan beliau sedia untuk memecat anggotanya yang membunuh remaja 14 tahun sekiranya itu kehendak rakyat. "Biarlah apa yang nak dikatakan oleh ahli politik, tapi saya ingin tahu sama ada anda mahu kami menguatkuasakan undang-udnang atau tidak. "Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya," katanya.

Polis tersebut menembak empat das ke arah kereta remaja tersebut yang didakwa cuba merempuh polis yang menyebabkan kematian Aminulrasyid. Mangsa juga dikatakan merempuh lampu isyarat walaupun diarahkan berhenti. Musa memberi jaminan tiada perkara yang akan disembunyikan dalam siasatan kes ini

Prosedur Tembak Perlu Dikaji Semula




Pimpinan DAP akan menghantar satu memorandum kepada polis bagi mengkaji garis panduan berkaitan prosedur melepaskan tembakan, kata Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Beliau berkata, kajian itu penting supaya tragedi melibatkan remaja berusia 15 tahun Aminulrashid Amzah yang mati ditembak polis, tidak berulang kepada insan lain.

Gobind berkata demikian ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Seksyen 9 ketika menemani saksi utama memberi keterangan.

"Polis perlu adakan siasatan dalaman atau kaji semula garis panduan. Bila boleh tembak, bila perlu tembak, bagaimana prosedur sebenar. Ini akan dibangkitkan dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata, DAP memandang berat isu berkenaan berikutan ia bukan pertama kali menjadi pertikaian umum.

"Kami dalam DAP akan menghantar memorandum kepada ketua polis negara supaya perkara ini dikaji dan diselesaikan. Kita tidak hendak perkara macam ini berlaku lagi," katanya.

Tegas Gobind, garis panduan prosedur menembak penting bagi menjamin keselamatan orang awam.

"Kita perlu ada garis panduan yang lebih jelas, yang lebih mendalam. Kajian perlu dibuat dan perlu ada peruntukan khusus bila masanya polis boleh mengunakan senjata api. Kalau digunakan, apakah skop?

"Saya mahu tegaskan, kita menghormati dan faham kerja polis sampai nyawa pun terancam. Isunya bila perlu guna senjata api atau soal peraturan sedia ada mencukupi untuk memastikan tragedi ini tidak berulang," katanya. -TVS

bukan mohon maaf aje...tapi kena bertanggungjawab

Pakatan gesa menteri, IGP, KPN S'gor mohon maaf

Pemuda Pakatan Rakyat hari ini menggesa menteri dalam negeri, ketua polis negara (IGP) dan ketua polis negeri (KPN) Selangor memohon maaf secara terbuka kepada keluarga allahyarham Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis Isnin lalu.

Di samping itu, Pemuda Pakatan juga menggesa supaya sebuah suruhanjaya bebas diwujudkan untuk menyiasat kes tersebut pada kadar segera.

Pergerakan itu juga menggesa Pemuda Umno-BN dan badan-badan pro-Melayu seperti PERKASA supaya menyatakan ketetapan mereka mengenai apa yang menimpa allahyarham Aminulrasyid.

Dalam satu kenyataan hari ini, ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, gesaan tersebut dibuat dengan solidiriti Dewan Pemuda PAS pusat dan Pemuda Sosialis DAP di bawah panji-panji Pemuda Pakatan Rakyat.

Sambil menyuarakan kekesalannya dengan insiden yang menimpa pelajar berusia 15 tahun itu, Shamsul Iskandar turut mendakwa ia berlaku dalam keadaan di mana kes Norizan Salleh dan allahyarham Tawfiq Noorzan masih gagal diselesaikan oleh pihak polis dan KDN.

"AMK melihat pihak polis seolah-olah tidak belajar daripada kesalahan yang lepas. Justifikasi yang memuaskan secara berterusan gagal diberikan," katanya.

Menurutnya lagi, rentetan kes yang berlaku iu jelas menunjukkan keperluan kerajaan menyegerakan kewujudan IPCMC sebagaimana yang didesak oleh Pakatan Rakyat sekian lama.

Shamsul berkata Pemuda Pakatan Rakyat juga akan membawa kes Aminulrasyid ke perhatian Suruhanjaya Hal Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Isnin ini.

Pertemuan dijadualkan berlangsung pada jam 2.30 petang dan turut disertai beberapa NGO yang lain.

Bebas tuduhan palsu dokumen tuntutan selenggara Perdana

Seorang pemilik bengkel kereta dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu di sini hari ini atas tuduhan memalsukan dokumen tuntutan berhubung penyelenggaraan kereta Proton Perdana V6 Executive milik kerajaan negeri Terengganu, lebih dua tahun lalu.

Hakim Mohamad Khalid Abd. Karim membuat keputusan tersebut terhadap Choong Yuen Sang, 49, setelah mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah dalam kes tersebut.

Pemilik bengkel di Chendering dekat sini itu didakwa memberi invois mengandungi butiran palsu mengenai pembekalan satu set kotak gear transmisi automatik V6 bernilai RM19,119.91 untuk kereta bernombor pendaftaran TAK 415.

Invois itu didakwa diberikannya kepada Penolong Pegawai Tadbir negeri, Hashim Abdul Rahman di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu pada 2 Ogos 2007. – Bernama

Tangisan suara halus dari bayi yang di buang

“Saya terdengar suara jeritan bayi tapi tak tahu di mana. Sebaik membuka pintu rumah, saya terkejut apabila mendapati seorang bayi dibalut dengan kain selimut ditinggalkan di beranda rumah,” kata Sukma Abdullah, 53.


MALANG...bayi yang ditinggalkan

Dia menemui seorang bayi lelaki di rumahnya di Jalan Wan Ahmad, dekat sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam semalam.

Menurut Sukma, sebelum itu dia sedang bersiap untuk tidur sebelum dikejutkan dengan suara tangisan bayi.

Katanya, dia yang tinggal berseorangan agak takut kemungkinan diganggu ‘makhluk halus,’ namun sangkaannya meleset apabila dikejutkan dengan kehadiran bayi itu.

“Ketika itu, saya ingin masuk tidur tapi terdengar suara bayi. Saya takut dan turut menyangka tangisan itu adalah anak jiran yang mungkin sakit.

“Saya kemudian memeriksa dalam rumah sebelum membuka tingkap dekat pintu utama. Saya terkejut kerana ternampak ada ‘benda’ di beranda rumah sebelum memberanikan diri membuka pintu untuk melihat dari dekat. Saya terkejut mendapati ia seorang bayi,” katanya.


Sukma berkata, dia yang panik kemudian terus memberitahu jiran berhampiran sebelum menghubungi polis.

Katanya, dia turut hairan bagaimana ada individu boleh meninggalkan bayi di situ sedangkan terdapat ramai orang lalu lalang di depan rumahnya untuk mengunjungi pasar malam.

“Bayi itu ditinggalkan dalam keadaan sempurna dan sihat cuma terdapat sedikit kesan darah,” katanya.

Bayi seberat 3.3 kilogram itu dikatakan baru berusia dua hari dan masih bertali pusat.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud, berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat awam.

Katanya, bayi terbabit didapati dalam keadaan berbungkus dengan kain tuala dan selimut.

“Bayi terbabit kemudian dibawa ke Hospital Tanah Merah bagi mendapatkan rawatan segera di unit kecemasan sejurus kemudian.

“Setakat ini bayi itu ditempatkan di Wad Penjagaan Kanak-kanak dan suspek masih dicari,” katanya.

Menurutnya, polis turut meminta kerjasama pegawai Pejabat Pelajaran Daerah selain orang ramai untuk membantu siasatan.

“Semakan akan dibuat di sekolah menengah bagi mengenal pasti pelajar yang tidak hadir ke sekolah untuk tempoh beberapa hari dan beberapa klinik swasta sekitar daerah bagi membantu siasatan.

baik punya kelentong....dah buat silap ngaku aje ler...jangan cari alibi pulak...!!!!

Polis hanya boleh tembak untuk pertahan diri – Musa

Polis hanya boleh melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri, kata Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan hari ini.

Mengulas kematian Aminulrasyid Amzah, 15, yang dilaporkan ditembak oleh polis di Shah Alam Isnin lepas, Musa berkata, beliau tidak hendak membuat spekulasi, tetapi tembakan itu berlaku pada 2 pagi dan kereta yang dinaiki remaja itu dipandu dengan cara yang mencurigakan.

"Dalam keadaan gelap itu, siapapun tak akan dapat pastikan sama ada pemandunya adalah seorang remaja atau orang dewasa.

"Setakat itu saja yang boleh saya komen tentang isu ini kerana ia sedang disiasat. Oleh itu, jangan buat sebarang spekulasi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri acara menderma darah oleh anggota polis di Pusat Darah Negara bersempena sambutan Hari Polis di sini hari ini.

Musa berkata, sesebuah kenderaan itu sama bahayanya dengan pistol, pisau atau tukul.

"Kenderaan boleh digunakan sebagai senjata... senjata bukan bermakna pistol, pisau atau parang saja. Kalau seseorang itu enggan berhenti dan cuba merempuh pegawai yang cuba menahannya, ia (kenderaan) boleh dianggap sebagai senjata kerana ia boleh membahayakan nyawa pegawai penguat kuasa,” kata beliau. – Bernama

ALLAH PERINTAH LAMA DAH BUAT LAGU NIE....

Selesa, selamat dalam koc khas wanita



TREN komuter yang dikhaskan untuk penumpang wanita mula beroperasi

bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang semalam.
Suasana penumpang lelaki dan wanita berasak-asak menaiki komuter pada waktu puncak tidak lagi kelihatan semalam apabila Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mula melaksanakan sistem koc mengikut gender.

Projek perintis di laluan Sentul-Pelabuhan Klang itu terbukti berhasil apabila 95 peratus penumpang wanita dalam soal selidik KTMB semalam menyifatkan ia berjaya memberi keselesaan serta jaminan keselamatan daripada menjadi mangsa penyeluk saku dan gangguan seksual.

Tinjauan Kosmo! bersama para pegawai KTMB yang diketuai Pemangku Pengurus Besar Perkhidmatan Kaunter, Mohd. Hider Yusoff semalam mendapati, perkhidmatan baru itu menjadi tarikan kepada lebih ramai penumpang wanita menaiki komuter.

Wednesday, April 28, 2010

tembak membabi buta....Rakan remaja mati ditembak polis beri keterangan


Saksi utama kes remaja 15 tahun yang ditembak mati oleh polis awal pagi kelmarin, memberi keterangan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini semalam

Saksi tersebut yang dilaporkan bersama mangsa, Aminulrasyid Amzah (gambar) semasa kejadian hadir di IPK Selangor kira-kira pukul 3 petang bersama Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Ghazali dan keluarga.

Sementara itu, peguam Gobind Singh Deo tiba di IPK Selangor pada pukul 3.15 petang memberitahu proses anak guamnya memberi keterangan bermula pukul 3 petang.

“Saya dimaklumkan siasatan hampir siap dan akan dihantar ke pejabat timbalan pendakwa raya untuk diambil tindakan,” katanya.

Saksi turut ditemani anggota keluarganya.

Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong berharap siasatan kes tersebut dalam diselesaikan dengan segera bagi mengheret pihak yang bersalah ke muka keadilan.

“Saya berharap supaya siasatan terperinci dapat dijalankan dan laporan itu dapat dikeluarkan dalam masa terdekat.

“Selain itu, saya juga berharap siasatan dapat dijalankan dengan adil, bebas dan telus bagi mendapatkan keadilan untuk mangsa,” katanya.

Tambahnya, anak guamnya kini dalam keadaan tertekan dan trauma ekoran kejadian itu.

“Keadaan saksi amat tertekan dan dia masih lagi terperanjat dengan apa yang terjadi.

“Walau bagaimanapun sebagai saksi dia perlu memberikan keterangan kepada polis supaya siasatan dapat dijalankan.

“Peranan yang dimainkan saksi amat penting bagi mendapatkan keadilan dan kebenaran,” katanya

Peguam Perancis Mula Siasat Skandal Perjanjian Scorpene

















Skandal pembelian kapal selam Scorpene bakal didedahkan tidak lama lagi apabila peguam dari Perancis dijangka tiba ke Malaysia hari ini bagi memulakan siasatan terhadap isu itu.Peguam Joseph Breham yang sebelum ini memfailkan aduan dalam mahkamah Paris berkaitan skandal perjanjian pembelian berbilion US dolar kapal selam Perancis oleh Malaysia itu dijangka tiba di Kuala Lumpur hari ini untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai kes tersebut dan dijadual bertemu dengan anak guamnya, sebuah organisasi hak kemanusiaan suara rakyat Malaysia (Suaram).

Perjanjian pembelian itu diatur oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2002 (ketika itu Menteri Pertahanan) yang didakwa memberikan kuntungan komisen sejumlah RM3.7 bilion kepada rakan sekutu terdekat Najib, Abdul Razak Baginda.

Pembelian itu membabitkan dua kapal selam berdiesel Scorpene yang dibina oleh Armaris, anak syarikat pertahanan terbesar DCN Perancis (dahulunya Direction Des Construction Navales), dan kapal selam lama yang dihasilkan oleh usaha sama antara DCN dan syarikat Sepanyol, Agosta.

Breham, seorang daripada tiga peguam yang memfailkan kes itu bagi pihak Suaram berkata, mahkamah Perancis telah pun memulakan siasatan awal dan beliau akan menasihati anak guamnya untuk mengambil langkah wajar seterusnya.

Selain Breham, Renaud Semerdjian dan diketuai peguam William Bourdon sebelum ini memfailkan permohonan untuk menyiasat dakwaan jika terdapat sebarang unsur rasuah terhadap DCN pada 4 Disember lalu dan turut memfailkan dokumen tambahan pada 23 Februari lalu.

Pembunuhan Altantuya

Seorang wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang menjadi juru bahasa dalam urusan pembelian kapal selam itu dan dikatakan menjadi kekasih gelap Abdul Razak Baginda ditemui dibunuh pada Oktober 2006 sehingga menjadi isu hangat pada ketika itu.

Berdasarkan laporan siasatan, Altantuya ditembak di kepala dan badannya diletupkan dengan bom C4 milik Kementerian Pertahanan.

Dua pengawal peribadi Najib yang diarahkan oleh pegawai khas DSP Musa Safri untuk membawa Altantuya, kini disabitkan bersalah atas pembunuhan itu. Namun sehingga sekarang Najib mahu pun Musa tidak pernah disoal siasat oleh pihak berkuasa mengenai kes tersebut.

Walaupun rekod menunjukkan Najib berada di Perancis dalam masa yang sama dengan Altantuya dan Razak Baginda, beliau bermatian menafikan mengenali wanita Mongolia itu.

Siasatan kes menjumpai bukti surat yang ditulis Altantuya mengugut Razak Baginda wang sebanyak USD500,000 namun tidak dinyatakan sebab beliau berbuat demikian.

Selain kos kapal selam dan juga komisyen yang tinggi, lebih menggemparkan kontrak asal menyebut kapal selam berkenaan tidak mempunyai kelengkapan senjata dan peralatan mengesan. Pihak ketenteraan Malaysia perlu membuat bayaran tambahan €130 juta (RM550 juta) untuk melengkapkan kapal selam itu.

Komisyen Perimekar membabitkan RM500 juta

Bayaran komisyen sebanyak RM482 juta diberikan kepada syarikat tempatan, Perimekar untuk membantu perkhidmatan membabitkan urusan jualan kapal selam. Perimekar dimiliki sepenuhnya oleh syarikat KS Ombak Laut Sdn Bhd milik isteri Razak Baginda, Mazlinda Makhzan, seorang peguam dan bekas majistret yang menjadi pemegang saham utama syarikat itu.

Dalam aduan yang difailkan di Paris, persoalan mengenai jumlah hasil yang diperoleh Perimekar dibangkitkan.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Zainal Abidin Zin ketika itu dalam Parlimen menjelaskan Perimekar menerima jumlah bayaran sebanyak 11 peratus daripada hasil jualan kapal selam itu dalam urusan menyediakan perkhidmatan sokongan dan penasihat.

Namun Perancis memfailkan dakwaan bahawa tiada bukti urusan perkhidmatan sokongan mahupun nasihat.

Perancis turut mendakwa Perimekar yang ditubuhkan pada tahun 2001, beberapa bulan sebelum kontrak pembelian kapal selam itu ditandatangani.

Namun syarikat tersebut katanya "tidak ada sumber kewangan yang kukuh untuk memenuhi syarat kontrak terbabit. Ini sekaligus memberi bukti jelas bahawa syarikat itu sama sekali tidak ada peruntukan, atau secara sah atau mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan/atau pakar untuk memenuhi syarat kontrak terbabit".

"Tidak ada seorang pun daripada pengarah dan pemegang saham Perimekar mempunyai pengalaman yang luas dalam pembinaan, penyelenggaraan atau lojistik berkaitan kapal selam," menurut dakwaan itu.

"Dibawah syarat kontrak, jumlah RM482 juta itu membabitkan beberapa peringkat prosedur pembinaan kapal selam terbabit.

Bahaya Zionisme Meresapi Umno-BN

negara kita yang tercinta, kini berada di ambang ancaman yang amat berbahaya akibat kebuasan nafsu pemimpin-pemimpin Umno-Barisan Nasional yang sedang kemaruk untuk mengekalkan kuasa.
Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak seharusnya tidak memutarbelitkan fakta yang sudah diperakui oleh kerajaan pimpinannya, iaitu menggunakan khidmat perunding Yahudi Zionis APCO Worldwide dengan bayaran terkini RM77 juta sejak setahun lepas.


APCO Worldwide pada asasnya adalah syarikat komunikasi yang digunakan untuk menjernihkan imej Umno-BN yang tercalar teruk pada Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu.

Peranannya sekarang sudah menjadi begitu besar. Ia menjadi penasihat utama kepada PM untuk membentuk imej baru, memulihkan persepsi rakyat dan menggunakan pelbagai taktik dan strategi.

Oleh kerana APCO sendiri merupakan sebuah syarikat Yahudi Zionis, maka ia tidak boleh lari daripada menggunakan pendekatan ala Zionisme yang terkenal amat licik, ganas dan tidak berperikemanusiaan.

Zionisme menggunakan pendekatan 'matlamat menghalalkan cara' dan menganggap semua penentangnya sebagai ghayyim (hina) yang mesti dimusnahkan walau sekejam mana sekalipun.

Dikhuatiri pendekatan sebegini yang menjadi pegangan Umno-BN, demi untuk mengekalkan kuasa yang mereka nikmati selama lebih 50 tahun dalam negara.

Dikhuatiri pemimpin Umno-BN akan menggunakan pendekatan 'matlamat menghalalkan cara' untuk memusnahkan penentang-penentangnya yang terdiri daripada Pakatan Rakyat.

Elemen-eleman nasihat Zionisme sudah mulai subur dalam negara. Ia sudah menjarah minda pemimpin Umno. Ia sudah dipraktikkan oleh media tali barut Umno-BN dengan sewenang-wenangnya.

Khususnya di Hulu Selangor, Umno-BN memainkan kononnya kesucian calon Pakatan Rakyat tercemar, media tali barut membesar-besarkan cerita mengenai seorang individu, sedangkan bertimbun-timbun manusia Umno yang jauh lebih rosak dan tercemar disembunyi dan dilindungi.

Mereka merasuah rakyat secara terang-terangan, mengagihkan wang, menabur janji pembangunan, memeras ugut penyokong Pakatan Rakyat dengan sewenang-wenangnya akibat kemaruk kuasa.

Mereka cuba menipu rakyat, membohongi rakyat, memperbodoh-bodohkan rakyat, bahawa kononnya merekalah parti yang memperjuangkan nasib rakyat.

Namun, rakyat yang terpelajar, rakyat yang cerdik tidak akan tertipu. Yang tertipu hanyalah rakyat yang minda mereka tertutup, mereka berada jauh dari arus pembangunan, mereka dibiarkan miskin dan susah, agar mereka mudah diperas ugut.

Ayuh pendukung Pakatan Rakyat, atas nama keadilan Islam, atas nama demokrasi, atas nama hak asasi dan kebebasan, kita bangkit menentang kemungkaran ini. Kita bangkit menentang kefasadan yang berlaku akibat nasihat Yahudi Zionis ini.

Kita tidak sama sekali harus membenarkan negara dijajah oleh Yahudi Zionis. Kita adalah bangsa yang bermaruah, kita adalah bangsa yang mempunyai susur galur budaya yang amat murni.

Kita menolak kekejaman, kita menolak manipulasi, kita menolak pengaruh fahaman Yahudi Zionis yang dibawa oleh Umno-BN dalam negara. Jangan sesekali kita berundur walaupun kita terpaksa berhadapan dengan rintangan yang lebih besar di hadapan nanti.

Kita harus bekerja lebih kuat dan gigih, menyatupadukan gerombolan Pakatan Rakyat, mendidik rakyat untuk lebih prihatin dan peka untuk terus menolak BN pada PRU ke-13 nanti.

Oleh Mohd Rashidi Hasan

Berbaloi ke tembak sampai mati kerana tak ada lesen

"Remaja, Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati oleh polis masih berusia 14 tahun dakwa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Kata ibu remaja tersebut, Norsiah Mohamad, 60, anaknya mahu jadi ahli sukan yang berilmu.

Kalau tengok gambar yang ditunjuk oleh ibunya kepada wartawan memang anak beliau suka main bola.

Remaja bila suka main bola tentulah suka tengok bola. Sebab itu kedai yang ada screen besar tayang bola jadi tempat mereka berkumpul.

Jadi Amirul ini memang `kaki bola' bukan `kaki botol' atau `tangan panjang' tetapi memang anak periang ini suka bola dan suka tengok bola di kedai sampai larut malam.

Malam kejadian itu pun saya diberitahu ada perlawanan hebat melibatkan Chelsea. Betul ke Chelsea ada lawan atau pasukan lain saya tak pasti tapi boleh dikatakan ada perlawanan hingga boleh tarik Amirul ke kedai. Mungkin itulah agaknya.

Pada malam itu beritahu sahabat saya Haji Ismail, beliau memang ada terdengar tembakan dalam pukul 1.45 pagi kalau tengok jam beliau ketika itu.

"Dalam enam das bunyi tembakan. Ini kawasan kejiranan Syeksyen 11. Bila saya keluar dan lihat orang pun ada keluar tetapi polis memberitahu ada kes jenayah dan meminta orang ramai tidak menghampiri tempat tersebt," katanya.

Melihat tempat tragedi disimpang masuk ke rumah Amirul lebih kurang 100 meter, mungkin membayang Amirul mahu pecut ke rumah.

Amirul dikatakan lari daripada polis kemungkinan beliau tidak memiliki lesen memandu. Usia belum mencecah 18 tahun mana ada lesen. Kereta yang dipandu itu pula kepunyaan kakaknya.

Kata Norsiah, kereta kaka amirul itu penuh dengan kasut anaknya; "Mana ada senjata."

Kata Guan Eng; "Kita hairan bagaimana kasut boleh tukar jadi parang."

Polis sebelum ini memaklumkan parang ditemui dalam kereta tersebut.

Berbalik cerita tadi, belum sempat Amirul membelot keretanya ke rumah beliau ditembak dibelakang kepala dan kereta meluncur terus ke tembok pagar sebuah rumah.

Selepas itu rakan kepada Amirul dan saksi utama juga seorang remaja sebaya dengan Amirul dipukul teruk oleh anggota polis tersebut.

Hairan takkan polis tidak kenal remaja dengan orang tua. Kata orang jiran sekitar Syeksyen 11 itu, namanya Rahim, kawasan ini ada lampu jalan, terang.

Barangkali hati polis itu sudah gelap.

Saksi utama itu merupakan anak kepada seorang polis berpangkat sarjan dan tinggal di rumah anggota polis dalam kawasan ibu pejabat polis Shah Alam.

JAGUH berbasikal trek, Azizul- hasni Awang dan ratu skuasy, Datuk Nicol Ann David dinobatkan selaku Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2009

TUANKU MIZAN menyampaikan trofi Olahragawan Kebangsaan kepada Azizulhasni pada Majlis Anugerah Sukan Negara 2009 di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur malam tadi.

JAGUH berbasikal trek, Azizul- hasni Awang dan ratu skuasy, Datuk Nicol Ann David dinobatkan selaku Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2009 malam tadi.

Kedua-dua anugerah tertinggi itu telah disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Majlis Anuge- rah Sukan Negara 2009 yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.

Azizulhasni menewaskan pencabar terdekatnya, jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei serta enam calon lain iaitu Daniel Bego (renang), Muhammad Farkhan (tinju), Sazali Samad (bina badan), Zulmazran Zulkifli (boling), Muhamad Hatta Mahamut (karate) dan Loh Jack Chang (wusyu).

Azizulhasni, 22, ketika ditemui berkata, anugerah tersebut adalah sesuatu yang membangga dan menggembirakannya kerana mendapat pengiktirafan tertinggi di negara ini.

"Sebelum Sukan Olimpik 2012 di London, pengiktirafan ini akan memberi perangsang untuk saya mempamerkan aksi cemerlang pada peringkat antarabangsa terutama Sukan Komanwel dan Sukan Asia yang akan berlangsung penghujung tahun ini," kata Azizulhasni semalam.

Anak jati Terengganu berusia 22 tahun itu yang terkenal dengan gelaran The PocketRocket Man mempertaruhkan kejayaan sebagai pelumba Malaysia pertama menang pingat pada Kejo- hanan Trek Basikal Dunia di Poland pada Mac 2009.

Biarpun sekadar pingat perak, kejayaan dalam acara pecut 200 meter pada Kejohanan Trek di Pruszkow itu nyata amat bermakna.

Sepanjang 2009, Azizulhasni turut merangkul beberapa kejayaan lain, antaranya dua pingat emas pada Kejohanan Berbasikal Asia di Indonesia serta satu pingat emas pada sirkit Piala Dunia UCI di Beijing dan satu pingat perak pada sirkit Piala Dunia UCI di Melbourne.


"Kejayaan saya juga adalah kerjasama daripada semua pihak seperti Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN), jurulatih (John Beasley), para penaja dan keluarga," katanya.

Nicol pula melakar sejarah tersendiri apabila meraih gelaran Olahragawati Kebangsaan buat kali ketujuh dengan menewaskan lima calon lain iaitu Wong Pei Tty dan Chin Eei Hui (badminton), Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman (boling), Siow Yi Ting (renang), Noraseela Khaled (olahraga) dan Jamaliah Jamaluddin (karate).


Pencapaian Nicol, 27, untuk berada di puncak skuasy dunia sepanjang tempoh 17 bulan selain menang dalam semua 56 perla- wanan sejak awal tahun 2009 nyata sesuatu yang amat membanggakan.

Antara kejuaraan yang berjaya dirangkul Nicol sepanjang 2009 ialah Terbuka Texas, Terbuka Seoul, Terbuka Malaysia CIMB, Terbuka Singapura CIMB, Terbuka Forexx dan Terbuka Hong Kong Cathay Pacific Gale Well.

Sebelum ini, Nicol pernah dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan pada 1999, 2003, 2005, 2006, 2007 dan 2008.

Azizulhasni dan Nicol membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000 setiap seorang.

macam macam hal lah si penipu jutawan palsu lebanon nie....

'Jutawan Lebanon' ditangkap khalwat



ROSLIN yang ditahan berkhalwat dengan Elie didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur semalam.

Elie Yousef Najem yang mengaku seorang jutawan Lebanon sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia didakwa di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam atas tuduhan berkhalwat dengan seorang wanita tempatan.

Dia yang berusia 50 tahun bersama pasangannya, Roslin Taha, 49, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bilik bernombor 8804, Tingkat 8, Wisma Belia, Brickfields di sini pada pukul 3.45 petang kelmarin.

Tuesday, April 27, 2010

HIKMAH HUKUM ISLAM

















Nabi Ibrahim As berdoa;

رب اجعل هذا بلدا آمنا وارزق أهله من الثمرات

maksudnya;
"Wahai tuhan, jadikan negeri ini aman dan rezekikan ahlinya dari buah-buahan"

Kenapa Nabi Ibrahim menyebut aman terlebih dahulu berbanding rezeki?

ini menjadi dalil, bahawa keamanan itu adalah satu keinginan fitrah manusiawi. Orang kaya tidak akan rasa selamat kalau berada dalam negeri yang tidak aman. Tetapi, orang miskin akan rasa selesa berada dalam negara yang aman.

ekoran itu, tidak hairan Ibrahim berdoa untuk mendapatkan keamanan terdahulu, berbanding meminta mendapat rezeki yang melimpah ruah.

Maka dengan itu, Islam mewajibkan hudud; potong tangan kepada pencuri. Ia bertujuan, untuk menjaga keamanan dalam sesebuah negara. Lebih-lebih lagi, sesuatu hukuman yang wujud dalam hudud mesti mempunyai unsur mencegah penjenayah mengulangi jenayahnya, dan mencegah orang lain melakukan jenayah seperti yang telah dilakukan.


Al-Bakistani

Pakatan Rakyat Sarawak Tentang BN Dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu

Pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu 16 Mei depan akan menyaksikan buat pertama kali di negeri ini sebuah fron pembangkang tunggal dan bersatu dalam bentuk Pakatan Rakyat Sarawak (PR Sarawak) menentang Barisan Nasional.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng memberitahu sidang akhbar di sini hari ini gabungan itu terdiri daripada DAP, PKR, PAS dan SNAP (Parti Kebangsaan Sarawak).

Dijangkakan BN akan melalui jalan yang sukar apabila kita melihat jumlah pengundi Cina di sini berjumlah lebih 60 pratus sedangkan kelompok ini telah menunjukkan komitmen yang tinggi dengan memberikan sokongan kepada calon Pakatan Rakyat lebih dari 70 pratus di Hulu Selangor.

Guang Eng berkata DAP yang telah diberi mandat meletakkan calonnya telah melantik anggota Parlimen Bukit Cheras Tan Kok Wai sebagai pengarah pilihan raya.

"Beliau akan bertanggungjawab menggerakkan sumber dan tenaga manusia. Tetapi di peringkat bawahan, pengarah operasi ialah anggota Parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen, dibantu oleh Tony Pua and Jeff Wee.

Mengenai pilihan raya itu, Guan Eng berkata beliau melihatnya sebagai "pertandingan cukup sengit".

MACAMNIE KE YANG ALLAH SWT PERINTAHKAN KE...????

JAIS : JAGA AGAMA ATAU JAGA UMNO/BN?


Dalam kitab Al-Imamah Al-Uzma 'Inda Ahl As-Sunnah wa al-jamaah, dinyatakan tugas pemerintah adalah menjaga agama. Dinyatakan juga, tugas-tugas yang perlu dilakukan dalam menjaga agama adalah seperti berikut;

1- menyebarkan dakwah

Dakwah yang hendak dilakukan adalah dengan menyebar-luaskan Islam dalam apa jua bentuk, juga dengan apa jua cara sekalipun, sama ada menerusi lisan, mahupun tulisan.

(P) Khutbah, kuliah dan ceramah merupakan wadah dakwah yang perlu digunakan dalam menyeru Islam. sama ada di dalam, mahupun diluar masjid.

2- menolak sebarang keraguan agama

Perkara yang melahirkan keraguan agama, wajib ditegah oleh pemerintah.

(P) di Malaysia, pemikiran yang meragukan agama adalah pemikiran yang berasaskan kepada Inggeris, penjajah - pemikiran yang mengatakan agama suku, politik suku; pemikiran yang mengatakan bahawa masjid tidak boleh digunakan untuk politik.

3- menjaga keamanan negara dari sebarang serangan musuh. ekoran itu, sebagai sebuah pemerintah islam, wajib menubuhkan angkatan tentera; bagi menjaga keamanan negara dari dalam, juga dari luar.

(P) di malaysia pula, berbaik-baik dengan APCO (Yahudi). ini bukan jaga keamanan, ini nak melingkupkan negara namanya.

sekian

p/s : apa pula tugas JAIS yang menjaga agama? jawab JAIS, kawal khutbah, kawal ceramah, kawal Kuliah dan yang paling penting, jadi Barua UMNO/BN.. orang nak berzina, orang nak kata agama suku-politik suku, orang nak buang anak, orang nak halang orang masuk masjid Kuala kubu Bharu ke dll, itu bukan tugas JAIS yang menjaga agama.

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

kes tembak membabi buta....peguam mau siasatan telus....

Peguam Mahu Siasatan Telus, Bukit Aman Patut Kendali Siasatan


Sekurang-kurangnya dua peguam terkemuka mahu siasatan telus dilakukan dalam kes melibatkan remaja berusia 15 tahun, Aminulrashid Amzah termasuk memastikan ia bukan dibuat polis Selangor.

Peguam, Gobind Singh Deo mahukan polis Bukit Aman dan bukan dari Shah Alam mahupun Selangor yang mengendalikan siasatan kes berkenaan.

Gobind adalah peguam kepada saksi utama iaitu rakan Allahyarham Aminulrashid yang berada dalam kereta ketika Allahyarham ditembak polis.

“Saya pohon agar siasatan ini dikendalikan oleh pegawai selia daripada pegawai Bukit Aman supaya tidak ada masalah pada masa hadapan dengan konflik dan sebagainya.

“Kita tidak hendak berlaku lagi perkara macam ini,” katanya ketika ditemui di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Shah Alam di sini, hari ini.

Peguam hak asasi, N Surendran pula berkata tindakan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mengeluarkan kenyataan yang membuat pelbagai tuduhan terhadap mangsa adalah amat meragukan.

"Mangsa hanya berusia 15 tahun dan menaiki kereta bersama rakannya. Peluru datang dari belakang dan mengenai bekalang kepala mangsa. Sebaik sahaja insiden berlaku, ketua polis negeri pantas mengeluarkan kenyataan.

"Mula-mula kata mangsa melarikan diri, kemudian kata ada parang dalam kereta. Kita mahu berterus-terang, ini semua pembohongan," katanya yang turut berada di IPPD Shah Alam.

tvs

kes mafia UMNO-APCO....Isteri, bapa mentua Ahmad Ramzi nafi hantar SMS ugutan

Isteri dan bapa mentua Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir hari ini menafikan ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada tiga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Datin Ilia Ismail, guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malik dan bapanya Ismail Awang Su, 70, juga menafikan ada meminta sesiapa menghantar SMS ugutan kepada tiga ADUN berkenaan.

Mereka berkata demikian semasa disoal Timbalan Pendakwa Raya Shahidani Abd Aziz pada perbicaraan Ahmad Ramzi, setiausaha politik bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh, yang dituduh menghantar ugutan jenayah menerusi SMS kepada tiga ADUN BN Terengganu, di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Kepada soalan lain, Ilia, 38, berkata suaminya yang kini bekerja di pejabat Mara di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur mempunyai sebuah komputer riba jenama Dell.

Dua buah komputer riba lagi yang ada di rumahnya ialah komputer riba jenama Dell milik bapanya dan komputer riba jenama Acer milik anaknya, bagaimanapun kedua-dua komputer riba itu telah diambil oleh pihak polis, katanya.

Ilia memberitahu mahkamah beliau hanya menggunakan komputer riba anaknya untuk mencari bahan membantunya mengajar dan tidak pernah menggunakan computer riba milik suaminya.

“Suami saya juga tidak pernah menggunakan komputer riba di rumah kerana memiliki komputer riba sendiri,” katanya.

Ahmad Ramzi didakwa atas empat tuduhan menghantar ugutan jenayah menerusi SMS iaitu bagi pertuduhan pertama, beliau didakwa mengancam mendatangkan kematian ke atas ADUN Paka, Mohd Ariffin Abdullah pada pukul 11.21 malam, 13 April tahun lalu di E726 Kampung Kubang Parit.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan yang sama ke atas dua lagi ADUN, Abd Halim Jusoh (Permaisuri) dan Datuk Rosol Wahid (Ajil) antara pukul 11.21 dan 11.25 malam di tempat dan tarikh yang sama.

Beliau turut didakwa atas tuduhan pilihan, menggunakan perkhidmatan Internet bagi menghantar SMS berbunyi: “Baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?” kepada tiga ADUN tersebut.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan jika sabit kesalahan, dia boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun.

Ahmad Ramzi turut dituduh memfitnah Wan Ahamad Wan Muda, bekas Setiausaha Sulit Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said yang kini memegang jawatan Timbalan Setiausaha kerajaan negeri dengan menghantar SMS ugutan itu menggunakan nombor telefon bimbit 019-915-8369 milik Wan Ahamad.

Ahmad Ramzi diwakili tiga peguam iaitu Datuk Hazman Ahmad, Mohd Noor Mahmood dan Rosli Abd Rahman.

Perbicaraan di hadapan Hakim M Bakri Abd Majid bersambung 3 Jun. — Bernama

jom tengok sape yang jadi kambing hitam .....!!!!

Siasatan kes Bumbung Stadium Runtuh Selesai: SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terenganu telah selesai menjalankan siasatan kejadian bumbung utama Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) yang runtuh pada 2 Jun tahun lepas.

Pengarah SPRM Terengganu, Ahmad Saberi Hussin berkata, kertas siasatan mengenai kejadian itu telah dihantar ke pejabat Pendakwa Raya dua minggu lepas untuk tindakan lanjut.

"Bergantung kepada mereka (Pendakwa Raya) untuk tindakan selanjutnya," kata Ahmad kepada pemberita selepas merasmikan kempen Bersama Lakukan Perubahan, Perangi Rasuah di sini hari ini.

Dalam kejadian 2 Jun tahun lepas, bumbung utama stadium yang berharga RM292 juta itu runtuh setelah setahun siap dibina untuk kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) melibatkan tempat utama dan sehingga ini kerja-kerja baik pulih stadium itu masih belum dijalankan.

Mengenai runtuhan para besi tingkat empat ketika kerja-kerja pembinaan konkrit tangki air di Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Ahmad berkata, SPRM tidak melakukan siasatan berhubung kejadian itu.

Sementara itu, Ahmad berkata, bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini SPRM menerima 120 maklumat mengenai rasuah dan daripada jumlah itu sebanyak 83 kes telah dibuka kertas siasatan.

Katanya, bagi tempoh itu juga SPRM menahan 11 individu berbanding lapan individu bagi tempoh yang sama tahun lepas.Pada majlis itu, 10 pegawai dari agensi penguatkuasaan menerima sijil penghargaan SPRM. - BERNAMA

UMNO-APCO takut prk.....

Speaker DUN Kedah enggan timbang keputusan

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Dr. Abdul Isa Ismail tidak akan menimbangkan semula keputusan mahu wakil rakyat Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif digugurkan kerana gagal menghadiri persidangan DUN sebanyak dua kali berturut-turut tanpa kebenarannya.

Tegasnya, beliau tetap dengan pendiriannya itu kerana tiada ruang untuk membuat pertimbangan mengikut peruntukan Artikel 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri sekalipun berasaskan budi bicara.

"Nak timbang macam mana kerana peruntukan itu begitu tegas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas permintaan agar menimbangkan semula keputusannya yang mahu Abu Hasan mengosongkan kerusinya berdasarkan Artikel 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Wira Mohd. Johari Baharom semalam dilaporkan berkata, kerajaan negeri pimpinan Pas seharusnya menumpukan perhatian kepada pembangunan negeri itu daripada memenuhi kepentingan diri semata-mata.

"UMNO tidak menafikan kesalahan Abu Hasan tetapi perkara itu boleh diselesaikan tanpa melalui pilihan raya kecil," katanya.

Abdul Isa berkata, dalam soal ini, ADUN Kota Siputeh itu tidak seharusnya meminta maaf kepada beliau berhubung kegagalan menghadiri sidang DUN kerana mendakwa kesalahan itu dilakukan Abu Hasan kepada pengundi di kawasannya.

Katanya, Abu Hasan perlu bertanggungjawab mengenai tindakannya itu kepada rakyat di DUN berkenaan dan sewajarnya meminta maaf kepada mereka.

"Saya tiada kuasa untuk memaafkan ADUN Kota Siputeh daripada sudut itu kerana kesalahan itu pada rakyat.

"Saya hanya melaksanakan apa yang diperuntukkan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah," katanya.

Sehubungan itu, kata Abdul Isa, beliau sedang menunggu keputusan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut berhubung perkara berkenaan.

Isu Abu Hasan menjadi kontroversi selepas Abdul Isa menulis surat kepada SPR memaklumkan kerusi Kota Siputeh kosong kerana Abu Hasan dua kali berturut-turut tidak hadir persidangan DUN tanpa kebenaran Speaker pada 19 April dan 9 Ogos lalu.

Mengikut Artikel 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, mana-mana anggota DUN yang tidak hadir persidangan dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker maka kerusi itu hendaklah dikosongkan.

Abdul Isa sebelum ini bertegas dengan keputusannya dan menolak penjelasan Abu Hasan bahawa beliau sakit dan turut menolak permohonan maafnya.




dunpengkalankundor

Mungkinkah akan berlaku sebegini di tanahairku ?

Polis tahan gadis pakai seluar ketat.

SEORANG wanita yang menunggang motosikal ditahan kerana memakai seluar ketat di Banda Aceh pada Disember lalu.

BANDA ACEH - Seorang gadis yang hanya dikenali sebagai Yuli berjanji akan memakai pakaian bercirikan keislaman selepas dia ditahan oleh polis pencegah maksiat di sini baru-baru ini.

"Saya berjanji akan membeli pakaian yang lebih bercirikan keislaman," katanya yang ditahan ketika sedang menunggang motosikal.

Dia menunjukkan reaksi kesal semasa ditahan oleh seorang anggota polis lelaki.

Semasa ditahan, dia memakai seluar jean ketat dan blaus yang dianggap tidak mencerminkan pakaian Muslim.

Pasukan polis itu mempunyai 1,500 anggota termasuk 60 wanita.

Dalam operasi yang dilakukan polis itu, sebanyak 18 wanita ditahan kerana memakai pakaian terlalu ketat dan baju yang menunjukkan bentuk tubuh badan mereka.

Seramai tiga lelaki ditahan kerana memakai seluar pendek.

"Kita perlu menghormati undang-undang syariah yang telah diguna pakai oleh pemerintah wilayah dengan menetapkan wanita cuma boleh menunjukkan wajah dan tangan mereka," kata ketua polis maksiat itu, Hali Marzuki.



SEORANG anggota polis pencegah maksiat (kanan) memberi nasihat kepada beberapa wanita (dua dari kiri) kerana memakai pakaian ketat di Banda Aceh pada Disember lalu.

mangsa tembakan polis bukan penjenayah....

'Adik bukan penjenayah'

SAYU...jenazah Aminulrasyid dibawa keluar dari HTAR.

SAYU...jenazah Aminulrasyid dibawa keluar dari HTAR.

“Saya tak tahu bila adik tahu bawa (memandu) kereta. Walau apa pun saya tak puas hati dengan apa yang berlaku,” kata Nor Azura Amzah, 39, kakak sulung kepada Aminulrasyid, 15, yang mati terkena tembakan ketika cuba melarikan diri daripada polis di Seksyen 11 di sini, awal pagi semalam.

Nor Azura berkata, adik bongsu daripada lapan beradik itu bukan seorang penjenayah sehingga perlu ditembak mati.

“Adik saya bukan penjenayah. Mungkin dia panik dan tak tahu apa nak buat selepas lihat rakannya lari menyebabkan dia bertindak sedemikian.

“Walaupun sukar menerima kejadian ini, ia sudah berlaku dan saya pasrah,” katanya ketika ditemui di perkarangan rumah mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, semalam.

Aminulrasyid mati di tempat kejadian selepas terkena sedas tembakan di belakang kepalanya.

Ibu mangsa gagal ditemuramah berikutan terlalu sedih dan terkejut dengan apa yang berlaku.

Menceritakan kejadian itu, Nor Azura berkata, ia berlaku kira-kira 100 meter dari rumah ibunya, malah tidak menolak kemungkinan adiknya cuba memecut laju kereta untuk pulang ke rumah.

Katanya, Aminulrasyid keluar rumah melalui pintu belakang kira-kira jam 12 tengah malam tanpa disedari sesiapa sebelum memandu Proton Iswara milik adiknya.


“Mungkin dia pergi tengok perlawanan bola sepak. Sebelum ini dia jarang keluar malam, kalau keluar pun hanya berjalan kaki.

“Tapi entah kenapa semalam (kelmarin) dia keluar senyap-senyap dan ketika itu semua ahli keluarga saya sudah tidur,” katanya yang tinggal di TTDI Jaya, di sini.


Nor Azura berkata, ketika keluar rumah, adiknya yang juga pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 9 di sini, tidak membawa kad pengenalan sekali gus menyukarkan polis mengesan ahli keluarga.


“Kejadian ini saya tahu pagi tadi (semalam) ketika hendak menghantar anak ke rumah ibu sebelum ibu telefon bertanyakan adik berada di rumah saya atau tidak kerana dia tak pulang.

“Kira-kira jam 8 pagi, ketika saya sampai di rumah emak di Jalan Makyung 11/2G, dia beritahu ada kejadian jenayah berlaku dekat kawasan rumah dan melihat seolah-olah kereta yang ditarik itu macam kereta adiknya. Tetapi polis tidak benarkan sesiapa pun mendekati kenderaan itu,” katanya yang kemudian membuat laporan kehilangan adiknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.


PILU...(gambar bawah) ibu Aminulrasyid turut di luar bilik mayat HTAR. Gambar atas arwah Aminulrasyid.

PILU...(gambar bawah) ibu Aminulrasyid turut di luar bilik mayat HTAR. Gambar atas arwah Aminulrasyid.

kereta dilambung air paip bocor


KEADAAN lubang besar yang terbentuk akibat paip bawah tanah yang pecah di Bangsar semalam.

Tiga pemandu kereta cedera apabila kenderaan masing-masing melambung terkena tekanan pancutan air daripada paip bawah tanah yang pecah ketika melalui Jalan Universiti di Bangsar semalam.

Tiga kereta yang berada di laluan yang sama menuju ke arah Petaling Jaya dalam insiden 4.30 petang itu tidak dapat mengelak apabila paip bawah tanah itu tidak semena-mena pecah dan mengeluarkan pancutan air yang deras.

Akibatnya, kenderaan pertama sebuah kereta Nissan Sunny, remuk setelah terpelanting kira-kira 10 meter hingga memasuki jalan bertentangan.

Dua lagi kereta yang berada di belakang kereta Nissan Sunny itu, kereta Honda dan Proton Iswara Aeroback turut melambung terkena tekanan air itu menyebabkan kereta Honda terbalik dengan keempat-empat tayar ke atas manakala kereta Proton terbabas dan berpusing.

Tiga pemandu kenderaan itu, kesemuanya lelaki dalam lingkungan 30-an, mengalami kecederaan akibat insiden itu di mana pemandu kereta Nissan dilaporkan cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan manakala pemandu kereta Honda dan Proton Iswara Aeroback pula dilaporkan mengalami cedera ringan.

Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, siasatan mendapati paip pecah adalah akibat tekanan bawah tanah.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Abdul Halem Mat Som memberitahu, paip yang pecah itu terletak di bawah projek pengalihan paip oleh pihak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan pihaknya tidak ada kena mengena dengan projek tersebut.

untungnya jadi jaga.....

Gaji pengawal keselamatan tetap naik mulai 1 Julai ini

Kenaikan gaji untuk pengawal keselamatan mulai 1 Julai ini tetap dilaksanakan walaupun terdapat syarikat keselamatan yang kurang mampu untuk melaksanakannya.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam berkata, sebarang masalah yang timbul berhubung perkara itu akan diselesaikan oleh kementerian itu dan Kementerian Dalam Negeri.


"1 Julai ini akan dilaksanakan kerana ia sudah diwartakan, semua isu yang timbul kita akan selesaikan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada persidangan antarabangsa mengenai dialog antara budaya di sini, malam tadi.

Khamis lalu, Subramaniam mengumumkan kira-kira 150,000 pengawal keselamatan akan menikmati gaji pokok antara RM1,100 dan RM1,450 sebulan iaitu kenaikan antara 67 dan 75 peratus, mulai 1 Julai.

Berikutan pengumuman itu terdapat beberapa syarikat pengawal keselamatan meminta kerajaan menyediakan satu mekanisme bagi membantu syarikat yang kurang mampu untuk memberikan gaji baru itu.

Persidangan antarabangsa itu berlangsung selama lima hari bermula semalam dan ia dihadiri peserta dari 25 negara. Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang juga pengerusi Yayasan Belia Dunia (WYF).-Bernama

Menteri bawa kes kematian Aminulrasyid ke kabinet esok

Timbalan pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar berkata pihaknya bersimpati dengan kejadian yang menimpa pelajar sekolah - Aminulrasyid Amzah - yang mati ditembak polis awal pagi semalam.

Katanya, beliau berharap kes tersebut dapat disiasat dengan telus bagi mencari keadilan dan kebenaran.

"Saya harap kes ini tidak disensasikan atau dipolitikkan," katanya dalam sidang media di rumah keluarga arwah Aminulrasyid di Shah Alam hari ini.

Beliau yang juga menteri pertanian dan industri asas berkata, dalam mesyuarat kabinet esok, beliau sendiri akan membangkitkan isu tersebut bagi perhatian kerajaan.

Noh juga berkata, Umno negeri akan menawarkan bantuan guaman kerana keluarga terbabit berhak menyaman polis dan kerajaan Malaysia.

"Mereka juga boleh mengadu kes ini kepada pihak Suhakam," katanya


mkini

Sudah Tiba Masanya Saya Sokong Pakatan Rakyat - Tamrin Ghafar


Bekas Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Thamrin Ghafar menyifatkan sudah tiba masa bagi beliau menyokong Pakatan Rakyat setelah melihat penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa berleluasa yang dilakukan oleh pimpinan Umno dan Barisan Nasional selama lebih 50 tahun mentadbir negara.

Bercakap kepada Suara Keadilan baru-baru ini anak mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba itu berkata beliau sendiri tidak bersetuju dengan banyak dasar yang dilaksanakan kerajaan Umno-BN yang tidak memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

"Saya dah mula sedar bahawa banyak isu yang saya sendiri tidak boleh terima tentang dasar Umno dan Barisan Nasional. Saya rasa sudah sampai masanya saya terpaksa mengubah sikap," kata Thamrin yang juga adalah bekas Pengerusi MARA.

Kehadiran beliau pada dua majlis utama semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor telah mengejutkan penyokong Pakatan Rakyat.

Thamrin pertama kalinya hadir pada majlis Pidato Perdana anjuran Pemuda Pakatan Rakyat di Sg Buaya 24 April lalu dan juga ceramah 'grand finale' di Stadium Mini Kuala Kubu Baharu bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat. -sk

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here