cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, March 12, 2011

Kereta api penumpang ghaib akibat gempabumi di negara ULTRAMAN....!!!!


ROSAK TERUK...kapal nelayan dan kereta terapung-apung di Pelabuhan Onamaha di Iwaki, Fukushima, selepas dihanyutkan ombak besar, semalam.

TOKYO: Sebuah kereta api yang membawa penumpang masih gagal dikesan selepas hilang ketika gempa bumi melanda timur laut Jepun, semalam.

Menurut sumber, kereta api itu melalui kawasan pantai Jepun apabila ia gagal dikesan.

Memetik sumber polis, agensi berita Kyodo melaporkan, kereta api penumpang itu dikendalikan Syarikat East Japan Railway





JALANKAN PEMERIKSAAN...seorang petugas memeriksa kerosakan Lebuh Raya Joban berhampiran Mito, Ibaraki.

Ketika kejadian, kereta api itu berada berhampiran stesen Nobiru di landasan menghubungkan Sendai dengan Ishinomaki.

Sementara itu, polis Jepun berkata, pihak berkuasa menemui 200 hingga 300 mayat di kawasan pantai timur laut negara itu selepas kawasan berkenaan dilanda tsunami, semalam.

Sumber berkata, kebanyakan mayat itu ditemui di Sendai, bandar utama paling hampir dengan pusat gempa bumi petang semalam.

Gempa sekuat 8.9 magnitud itu mencetuskan tsunami sehingga 10 meter, diikuti lebih 50 gegaran susulan selama beberapa jam.

Kebanyakan gegaran susulan itu sekuat lebih 6.0 magnitud.

Berpuluh-puluh bandar dan perkampungan di sepanjang 2,100 kilometer di timur negara itu turut merasai gegaran berkenaan.

Kesan gempa turut dirasai di Tokyo yang terletak beratus-ratus kilometer dari pusat gegaran.

Sebelum ini, polis mengesahkan sekurang-kurangnya 60 orang terbunuh dan 56 lagi hilang.




Bagaimanapun, jumlah sebenar korban dijangka terus meningkat dari semasa ke semasa apabila kerja-kerja mengesan dan menyelamat dilaksanakan sepenuhnya. - AP

setau aku bintang vcd lucah aje yang berani jual bahan lucah.... Gadis 19 tahun jual 350 DVD lucah



Seorang remaja perempuan di tuduh di Mahkamah Sesyen Georgetown kerana didapati menjual 350 keping cakera video digital (DVD) filem lucah pelbagai tajuk di sebuah premis di kompleks membeli-belah, di sini.

Aw Yong Swee Kee, 19 yang berasal dari Relau, Bayan Lepas dituduh melakukan kesalahan itu di premis DTS Movie Entertaiment, Prangin Mall pada jam 2 petang 7 Mac lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan penjara hingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Tertuduh bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan Majistret, Noor Aini Yusof membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.

Noor Aini menetapkan kes itu akan disebut semula pada 30 Mac ini bagi membolehkan tertuduh melantik peguam. Pertuduhan dibaca Timbalan Pendakwa Raya, Nor Farhana Adham.

SH

letupan loji tenaga nuklear Fukushima, penduduk dipindah



Rakaman gambar menunjukkan asap keluar dari loji nuklear Fukushima Daini hari ini.

Kerajaan Jepun mengesahkan letupan di loji tenaga nuklear Fukushima Daini hari ini ekoran gempa bumi dan tsunami semalam.

Terdahulu agensi berita Jiji memetik polis tempatan berkata letupan dan asap kelihatan di loji tersebut – sehari selepas timur laut Jepun digegarkan dengan gempa bumi paling buruk dalam 140 tahun.

Awal hari ini, kerajaan Jepun memberi amaran wujudnya cairan di reaktor nuklear yang rosak ekoran gempa bumi dan tsunami semalam, tetapi berkata, risikonya kecil.

Bagaimanapun Ketua Setiausaha Kabinet Jeoun Yukio Edano kemudian mengesahkan satu letupan dan kebocoran radiasi di loji tersebut.

“Kami sedang melihat punca dan situasi dan kami akan memaklumkan publik apabila kami ada maklumat lanjut,” kata beliau.

“Buat masa ini kami merasakan pengosongan kawasan dalam lingkungan 10 kilometer adalah wajar,” katanya.

Malah beliau juga berkata Jepun telah memperluaskan kawasan yang dikosongkan sekitar loji Fukushima Daini.

Beberapa jam kemudian kerajaan mengumumkan bahawa ia memutuskan untuk memperluaskan kawasan yang perlu dikosongkan sekali ganda kepada 20 kilometer.

Edwin Lyman dari Union of Concerned Scientists berkongsi keseriusan keadaan di pusat-pusat kemudahan nuklear yang dilanda gempa bumi dan tsunami, dan pilihan-pilihan yang ada bagi mengelakkan bencana nuklear.

Stesen TV NHK melaporkan bahawa beberapa pekerja cedera dalam letupan di Unit 1 loji tersebut.

Agensi berita Kyodo pula berkata, radiasi dikeluarkan setiap jam bersamaan dengan kadar yang dibenarkan bagi tempoh satu tahun.

Laporan msnbc memetik stesen Sky News dari Britain berkata, penduduk di kawasan sekitar diminta tidak keluar rumah, tidak minum air paip dan perlu menutup muka mereka dengan topeng pernafasan ataupun tuala basah.

Operator-operator di Unit 1 loji Fukushima Daiichi telah mengesan kadar radiasi lapan kali ganda di luar dan 1,000 kali ganda di dalam bilik kawalan.

Dua reaktor telah hilang keupayaan mengawal tahap kedinginan dan cairan kemungkinan berlaku di salah satu reaktor disebabkan suhu terlalu tinggi, kata Ryohei Shiomi, seorang pegawai di suruhanjaya keselamatan nuklear Jepun.

Ketika bercakap kepada pemberita sebelum letupan, beliau berkata, jikapun ada cairan ia tidak akan memberi kesan ke atas mereka di luar kawasan 10 kilometer.

Kebanyakan daripada 51,000 orang yang tinggal dalam lingkungan kawasan bahaya sudah dipindahkan, kata Ryohei. – Reuters

gempa bumi dan tsunami Jepun...lebih 1000 terkorban...




Angka kematian akibat gempa bumi di Jepun petang semalam dan kejadian tsunami yang menyusul telah melebihi 1,000 orang, demikian menurut laporan Kyodo hari ini.

Kementerian Pertahanan berkata sebanyak 1,800 rumah turut musnah di kawasan Fukushima.

Gempa bumi yang melanda di luar kawasan pesisir, terjadi 2.46 petang semalam (waktu Jepun) adalah yang terburuk di negara itu sejak 1800-an.

Ada laporan yang menyebut gempa bumi semalam 1,800 kali lebih kuat berbanding yang memusnahkan Christchurch, New Zealand dua minggu lalu.

Gempa bumi semalam juga menggegarkan berpuluh-puluh bandar dan kawasan perkampungan sepanjang pantai sejauh 2,100 kilometer dan menjejaskan bangunan-bangunan tinggi di ibu negara Jepun.

“Saya ingat saya akan mati,” kata pekerja pemasaran di sini Koto Fujikawa, 28.

“Saya dapat merasakan seolah-olah keseluruhan struktur runtuh,” katanya.

Di salah satu kawasan penempatan yang dilanda teruk, penduduk tertimbus di bawah runtuhan dan ada kedengaran jeritan “tolong” dan “bila kami akan diselamatkan,” lapor Kyodo lagi.

Kerajaan memberi amaran kebocoran radiasi pada skala kecil ekoran kegagalan sistem pendinginan.

Sementara Jepun masuk hari kedua selepas tragedi semalam, ia menerima tawaran operasi mencari dan menyelamat daripada 45 negara.

Menurut laporan agensi berita Jiji, di bandar timur laut Jepun, Kesennuma yang mempunyai 74,000 penduduk, berhadapan dengan kebakaran dan dua pertiga kawasannya dinaiki air.

Lapangan terbang bandar raya Sendai, kawasan bagi sejuta penduduk, juga berhadapan dengan kebakaran.

Media-media tempatan juga melaporkan kadar kematian akan melebihi 1,000 orang yang kebanyakannya mati kerana lemas. — Reuters

Friday, March 11, 2011

masaalah pendatang dan ketumpulan keris pendek menteri yang bertanggung jawab....!!!!


Barangkali  kalau pembantu rumah yang diambil bekerja di rumah kita segini punya bentuk dan muka, barangkali RAMAI LER YANG BAWAK SEPANDUK, tunjuk perasaan di hadapan pejabat Kementerian Sumber Manusia. Malah ramai jugalah yang berguling-guling di atas jalan raya sambil bawa bendera. Yang tersenyum dan menarik nafas lega barangkali cuma kaum wanita yang sebelum ini setiap masa susah hati dan bimbang kalau laki asyik tersilap bini, atau anak jantan rumaja yang asyik-asyik tersesat masuk ke bilik pembantu rumah. Malah ramai yang sanggup berhenti kerja bagi memastikan pembantu rumahnya sentiasa ada di sisi dan tidak boleh berenggang walaupun sesaat.

Puncanya, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Maznah Mazlan berkata, kerajaan Malaysia telah membekukan pengambilan pembantu rumah dari Indonesia dan mencari 'supplier' yang baru. (Utusan Malaysia)

Sebenarnya ini bukanlah kes baru. Sudah berulang-ulang kali masalah yang sama berlaku. Kali pertama pada pertengahan 1980-an lalu, Indonesia meminta Datuk Bandar Kuala Lumpur pada ketika itu, Elyas Omar agar 'menyerahkan' Chow Kit kepada warganegara Indonesia di Kuala Lumpur untuk ditukarkan menjadi Jakarta Kecil.

Mujur abang Mahfuz Omar itu, tidak SEBANGANG adiknya....

Kemudian dek kerana terlalu ramai pendatang tanpa izin dari Indonesia yang berada di negara ini, Malaysia memperkenalkan SPLP dengan program pemutihan dan pengampunan sambil berharap, warga Indonesia belajar untuk memasuki negara ini dengan saluran yang betul.

Malangnya, program SPLP, pemutihan dan pengampunan itu dilakukan sebanyak dua kali dan jumlah pendatang tanpa izin dari Indonesia bertambah berkali-kali ganda di negara ini, sama ada di Semenanjung, Sarawak mahupun Filipina.

Kebergantungan Malaysia kepada Indonesia sebenarnya sudah mencapai tahap MELAMPAU. Sudah BERTRILLION RINGGIT mengalir ke Indonesia untuk menghidupkan negara itu, menerusi lebih 12 juta rakyatnya di negara ini dari pertengahan 80-an sehingga kini. Begitu juga apabila Malaysia memberikan keutamaan kepada Indonesia untuk menghantar tenaga pembantu rumah.

Bangsa Indonesia bukanlah bangsa yang cerdik dan tahu menghargai. Sekalipun mengaku beragama Islam, kebanyakan wanita Indonesia yang datang ke sini, MEMADUKAN suami mereka dan menganggapnya sebagai tidak salah dari segi agama dan adat. Ada sesetengahnya yang tidak segan silu makan daging babi agar kelihatan seperti orang kafir sekaligus boleh menjadi perempuan simpanan apek-apek tua. Mereka juga tidak tahu menghormati adat dan budaya Malaysia. Perangai pengotor Indon mereka terlalu menebal dan sukar dihilangkan!!!

Sebenarnya tidak ramai pembantu rumah Indon yang mahu bekerja dengan keluarga Melayu. Kebanyakan daripada mereka mencari-cari peluang untuk bekerja dengan Cina atau India. Begitu pun kes-kes penderaan melibatkan majikan India dan Cina begitu ketara, sekaligus menjadikan hubungan Malaysia-Indonesia tegang ekoran kejadian terpencil melibatkan pembantu rumah Indonesia dan majikan bukan Melayu mereka.

Penderaan majikan terhadap pembantu rumah Indonesia biasanya dibesar-besarkan. Bagaimanapun, jenayah yang dilakukan oleh pembantu rumah Indonesia JAUH MELEBIHI JUMLAH penderaan dan penganiayaan ke atas mereka. Terdapat beberapa kes di mana pembantu rumah Indonesia bekerjasama dengan teman lelaki mereka untuk merompak dan membunuh majikan mereka, terutama warga tua. Itu belum lagi penderaan bayi dan kanak-kanak yang mereka jaga selain memberi makanan kotor kepada ahli keluarga majikan sebagai cara mengeratkan hubungan sesama mereka.

Begitu juga dengan kes pembuangan bayi yang melibatkan pembantu rumah Indonesia yang meningkat saban tahun. Pembantu rumah Indonesia yang ada di Malaysia, kebanyakannya tidak terdidik, tidak berpelajaran dan tidak terlatih. Mungkin kerana itulah, apabila melihat lelaki, mereka boleh jadi tergedik-gedik dan boleh mengangkang secara percuma.

Keputusan kerajaan untuk tidak lagi mengambil tenaga kerja pembantu rumah dari Indonesia adalah tepat pada masanya. Sepatutnya sudah lama Malaysia mengambil tindakan tersebut. Sesuatu yang kurang meyakinkan ialah, adakah keputusan kerajaan itu akan kekal atau apabila dipujuk oleh Indonesia dengan perkataan-perkataan muluk seperti 'kita serumpun, berkongsi budaya, berkongsi bahasa, berkongsi agama', Kerajaan Malaysia akan kembali lembik lutut seperti setiap kali dipujuk oleh Indonesia?

Seelok-eloknya, selain menghentikan pengambilan pembantu rumah dari Indonesia, disusuli pula dengan pengusiran mereka dari Malaysia. Satu lagi masalah yang perlu diperhatikan oleh Kerajaan Malaysia ialah, kebanyakan lelaki Indonesia yang ada di Malaysia, tidak bekerja. Kebanyakan majikan agak keberatan mengambil lelaki Indonesia bekerja kerana SIFAT MALAS dan SENTIASA BERLAGAK PANDAI walaupun hakikatnya BODOH TAK BOLEH DIAJAR.

Seharusnya, Malaysia mengamalkan dasar Imigresen yang keras dan tegas. Warga Indonesia tidak harus diberikan LAYANAN ISTIMEWA seperti yang mereka nikmati sekarang. Pendatang tanpa izin mereka harus segera diusir! Manakala golongan pendatang 'halal' dari Indonesia juga perlu dihadkan memandangkan tenaga mereka tidak lagi diperlukan. Biarlah mereka balik dan membangunkan negara mereka pula.

Lagi cepat warga Indonesia diusir beramai-ramai, LEBIH SELAMAT RAKYAT MALAYSIA... sekurang-kurangnya dua pertiga daripada kes pecah rumah di seluruh negara, akan berkurangan dengan pengusiran warga Indonesia!

Masalahnya, BERANI SANGAT KE Kerajaan Malaysia ni, terutama apabila Menterinya adalah Hishamuddin Hussein?



rentakinfo


Aku nak cerita sikit..Suatu hari seorang isteri kehilangan seluar dalam yang baru dibelinya,lalu ia bertanya pada suaminya..'abang ada nampak seluar dalam baru Yah tak'..jawab suami 'tak pulak,cuba Yah tanya kat pembantu rumah'..Si isteri pun memanggil pembantu rumahnya seorang Indon dan bertanyakan hal itu.Pembantu itu berkata ia tidak mengambil..'Tapi bapak kata mungkin kamu ambil'kata si isteri.'Lo...bapak kan tahu saya tak pernah pakai seluar dalam'jawabnya...

lawan saman ekor ....jom undi pakatan rakyat....!!!!



Apakah polis trafik tidak cukup kereta peronda di lebuhraya dan jalanraya untuk mengejar pemandu bas yang bawa melebihi had laju lalu mereka sekadar saman ekor saja? Adakah ini mendidik pemandu bas namanya? Hentikanlah saman ekor ni, Najib berilah lebih banyak kereta peronda dan anggota polis trafik untuk kejar pemandu bas ni.

Barulah mereka akan sedar, bukan selepas bertahun-tahun diberi mereka saman ini. Kalau tak nak , tak apa. Pemandu bas semua pakat sokong Pakatan Rakyat, dia ugut kita saman ekor, kita ugut dia sokong Pakatan Rakyat !


POTONG GAJI LANGSAI SAMAN TAK PRAKTIKAL
Berita Harian 10 Mac 2011

KUALA LUMPUR: Cadangan memotong gaji pemandu bas untuk melangsaikan saman kesalahan trafik bagi mengurangkan beban syarikat akan menyebabkan kerjaya itu tidak lagi menjadi pilihan sekali gus menyebabkan industri berdepan kekurangan pemandu yang lebih serius.

Sekiranya Kementerian Sumber Manusia meluluskan cadangan itu, kemungkinan kerajaan terpaksa mengambil warga asing sebagai pemandu bas bagi mengatasi kekurangan pemandu di negara ini. Ia berikutan cadangan berkenaan hanya membebankan pemandu kerana gaji mereka terlalu rendah terutama pemandu bas ekspres yang bergantung kepada komisen setiap perjalanan.

Kelmarin, Persatuan Pengusaha Bas SeMalaysia (PMBOA) berkata, sekurang-kurangnya 8,000 pemandu bas ekspres dan henti-henti berkemungkinan dipotong gaji berjumlah RM4.8 juta kerana melakukan pelbagai kesalahan trafik.

Sumber: Berita Harian

Terkini....Gempa Bumi Serta Tsunami Di Jepun

Tokyo — Kawasan pantai timur laut Jepun dilanda tsunami enam meter susulan gempa bumi besar pada ukuran 8.8.

Seorang dilaporkan maut dalam kejadian terbaru ini.

Dua minggu lalu New Zealand berhadapan dengan gempa bumi terburuk dengan menyebabkan lebih 100 orang terbunuh.

Siaran televisyen menunjukkan kereta, kapal dan bangunan di kawasan Fukushima, kira-kira 400 kilometer dari Tokyo, dibawa arus tsunami.

Pegawai-pegawai berkata kawasan itu dilanda tsunami setinggi enam meter (20 kaki).

Amaran tsunami juga dikeluarkan di Rusia, Filipina, Taiwan, Hawaii, dan Indonesia.

Ekoran gempa bumi sekitar yang berlaku sekitar pukul 1.46 tengah hari tadi, agensi berita Kyodo melaporkan lapangan terbang Narita turut ditutup.

Lapangan terbang Sendai juga berhadapan dengan tsunami.

Sebuah kapal besar “disapu” ketika tsunami mengalir ke arah bandar raya Kesennuma di wilayah Miyagi, demikian menurut NHK.

Satu lagi siaran televisyen menunjukkan terjadi kebakaran di kawasan industri Isogo di Yokohama.

Kebakaran juga dilaporkan di bandar raya Sendai.

Bandar raya juga dilanda tsunami kecil manakala sebuah jejantas turut musnah dalam kejadian terbaru ini.

Pegawai-pegawai sedang menilai kemusnahan dibawa oleh tsunami dan gempa bumi.


















Wednesday, March 9, 2011

Umno umpama ‘paku dulang paku serpih'....!!!!



Umno di sifatkan bertindak “macam paku dulang paku serpih” kerana terus mempersoalkan hubungan PAS dan DAP sedangkan pada masa yang sama menjalin kerjasama dengan parti-parti bukan Melayu.

Dalam mempertikaikan hubungan dan kerjasama kedua-dua komponen Pakatan Rakyat itu, Umno juga bertindak sebagai “paku sana paku sini, serpihnya balik atas dia juga.”

PAS dengan kerjasama DAP dan PKR menjalin kerjasama menghadapi pilihan raya umum ke-12 sebelum membentuk ikatan bersama Pakatan Rakyat.

Kerjasama itu membawa kepada pentadbiran kerajaan negeri Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta Kelantan, yang dipimpin PAS sejak 1990.

Begitu juga orang tua-tua pernah bisik , Umno ini macam paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Tapi lain pula kata orang muda  mengenai Umno ini. Kata mereka, paku sana paku sini, serpihnya balik atas dia juga....

Sehubungan itu , siapa yang sebenarnya menjadi alat dan boneka dalam kerjasama seumpama itu.

Bukankah Umno menjadi alat dan kuda tunggangan dalam Barisan Nasional?”  merujuk kepada beberapa perkembangan sejauh mana Umno bekerjasama dengan parti-parti bukan Melayu khususnya Cina.

Sekian lama Umno bertanding di kerusi Parlimen Raub, Pahang akhirnya menyerahkan kerusi itu kepada MCA, demikian juga kerusi Parlimen Kuantan yang akhirnya Umno terpaksa gadaikannya kepada MCA.

Selain itu , Umno pernah menang besar dan memiliki majoriti kerusi berbanding Gerakan di Pulau Pinang semasa dahulu kala, tetapi malang Umno menyerahkan kerusi Ketua Menteri kepada parti itu.

Lebih tiga penggal pilihan raya, Umno yang menjadi kerajaan tidak pernah menambah kerusi Melayu di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis pada setiap kali persempadan semula kawasan pilihan raya, sebaliknya menambah kerusi di negeri-negeri lain yang akhirnya mengurangkan peratus majoriti dan penguasaan Melayu di Parlimen. Bukankah Umno menjadi alat dan boneka kepada pihak lain?...

Kelihatan Umno dan BN ‘all out’ menggunakan isu PAS alat DAP, PAS kuda tunggangan DAP, PAS boneka DAP, PAS menggadai prinsip perjuangan dan 1001 tohmahan dilemparkan kepada PAS dan disogok kepada rakyat khasnya orang-orang Melayu untuk menanam rasa benci dan curiga yang mendalam terhadap PAS.

Umno dan BN melengkapkan adu dombanya untuk masyarakat Melayu menolak perjuangan PAS secara konsisten dengan ‘sepanduk’ mereka bahawa ‘PAS berkawan dengan kafir DAP tetapi lawan Melayu Umno’.

Secara sentimennya, sebahagian masyarakat Melayu yang hanya terdedah kepada maklumat sebelah pihak akan terpengaruh dengan dakyah ini...

Tidak menafikan kemungkinan sebahagian pengundi menolak untuk memberi sokongan kepada PAS atas faktor ini.

Namun , ia bukanlah faktor besar dan sebenar, justeru unjuran undi sokong yang diperoleh oleh PAS tidak menunjukkan aras menjunam, sebaliknya menurun dengan peratus yang kecil sementelah pula ia diukur nilai dalam saingan pilihan raya kecil.

Kenapa Umno dan BN marah sangat PAS bekerjasama dengan DAP? Bagaimana pula dengan Umno sendiri yang berselimut toto dengan MCA dan MIC? Bukankah MCA itu juga Cina dan MIC itu India?

Atau ada yang lebih Cina dari MCA dan terlebih India dari MIC? Perangai Umno ini tidak ubah sebagaimana kata pepatah Arab Dia pukul aku dia yang menangis, dia fitnah aku dia yang mengadu.”

hai mati tersepit di meja lipat macam bermusim pulak....pelik sungguh...dalam waktu yang terdekat pulak tu...macam bebudak tu berpakat pulak nak mati cara camtu...!!!

LAGI MATI KERANA MEJA LIPAT

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati apabila ditemui dalam keadaan terkulai selepas lehernya tersepit pada sebuah meja lipat di luar rumahnya di Jalan Damai 9, Taman Damai, Senai di sini kelmarin.

Siti Nor Haiza Habibu Rahman dipercayai bermain di luar rumahnya seorang diri sehingga berlaku kejadian itu tanpa disedari keluarganya.

Ibunya, Jumaliah Amran, 37, berkata, ketika kejadian, dia masuk tidur di biliknya pada pukul 3.30 petang dan selepas bangun, dia terus melakukan kerja rumah.

"Kebiasaannya, Nor Haiza akan tidur sekali bersama saya selepas makan tengah hari tetapi pada hari itu, dia begitu leka bermain," katanya kepada pemberita semalam.

kosmo



BERITA 22/9/2010, JUGA KES MEJA LIPAT

Budak mati tersepit meja lipat




pengarang@utusan.com.my

KUALA KANGSAR 22 Sept. - Seorang kanak-kanak berusia lima tahun meninggal dunia setelah lehernya tersepit pada kaki meja lipat ketika bermain di rumahnya di Kampung Talang Hilir, di sini, semalam.

Kejadian berlaku pukul 5.50 petang ketika mangsa, Muhammad Irfan Mohd. Fadtah (gambar) bermain bersendirian di belakang rumahnya.

Dia meninggal dunia pada pukul 1.10 pagi selepas dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk menerima rawatan.

Bapa mangsa, Mohd. Fadtah Sadhabil, 27, berkata, kejadian itu hanya disedari salah seorang bapa saudaranya yang membuat pemeriksaan tidak lama selepas anaknya tersepit.

Menurutnya, sebelum itu, ahli keluarga ada terdengar Muhammad Irfan menjerit tetapi menganggap jeritannya itu sebagai gurauan kerana anaknya itu memang suka menjerit semasa bermain.

"Kami sekeluarga menganggap ia perkara biasa dan tidak sangka yang jeritan itu sebenarnya dia meminta tolong.

"Sebaik sahaja menyedari anak saya tiba-tiba sahaja mendiamkan diri, salah seorang bapa saudaranya pergi memeriksa dan mendapati anak saya tersangkut di kaki meja lipat dalam keadaan tenat, malah tubuhnya kebiruan akibat tidak dapat bernafas.

"Saya kemudian segera menghantar Muhammad Irfan ke Hospital Kuala Kangsar untuk mendapatkan rawatan sebelum dia dihantar ke HRPB," katanya ketika ditemui di rumah keluarga mangsa di sini hari ini.

Mohd. Fadtah berkata, Muhammad Irfan adalah anak kedua daripada tiga beradik dan merupakan kanak-kanak yang sangat aktif.

Sementara itu, ibu mangsa, Salmah Sapiay, 25, pula berkata, mereka sekeluarga reda dengan pemergiannya sebagai satu suratan takdir.

Katanya, jenazah Muhammad Irfan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Talang Hilir di sini pada pukul 11 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Supritendan Abdul Ghaffar Muhamad ketika dihubungi memberitahu pihaknya tidak menerima laporan polis mengenai kejadian tersebut.

Menurut beliau, sekiranya kejadian itu berkaitan dengan unsur jenayah, pakar perubatan di hospital kebiasaannya akan memaklumkannya kepada polis.

hai...dah nak tewas pun main bersyarat pulak...dah lama memerintah tu...tok sah lah nak tiru firaun pulak...!!!

Gaddafi bersetuju menyerah dengan bersyarat



Muammar Gaddafi dilaporkan telah menyatakan kesediaannya untuk menyerahkan kuasa kepada Majlis Kebangsaan revolusi dengan terma sendiri.

Gaddafi telah menghantar utusan khas untuk mengadakan perbincangan dengan Dewan Nasional yang berpusat di Benghazi, lapor sebuah akhbar harian milik Saudi melaporkan. Bagaimanapun, Gaddafi telah menetapkan pelbagai syarat.

Sumber-sumber maklumat telah memberitahu bahawa Gaddafi telah menuntut perjalanan yang selamat dan perlindungan penuh bagi seluruh anggota keluarganya dan orang-orang dalamannya.

Selain itu, pembangkang harus menyediakan kemudahan untuk Gaddafi dan rakan-rakannya yang ingin meninggalkan negara itu.

Salah satu syarat adalah bahawa majlis itu tidak menyerahkan Gaddafi ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), laporan tersebut menambah.

Liga Libya Untuk Hak Asasi Manusia mengatakan sekurang-kurangnya 6,000 orang telah terbunuh setakat ini di Libya.

Majlis Keselamatan PBB baru-baru ini telah mengenakan sekatan terhadap rejim Libya dan merujuk Gaddafi ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Perkembangan baru ini muncul dua hari selepas majlis mengadakan pertemuan rasmi pertama untuk membincangkan penggulingan Gaddafi.

Majlis sebelumnya menolak untuk mengadakan perbincangan dengan rejim kecuali Gaddafi meletak jawatan.

Badan 30-ahli ditubuhkan di bandar timur Benghazi oleh pasukan revolusi berikutan pembebasan beberapa bandar-bandar timur.

Majlis, dipimpin oleh bekas menteri keadilan Libya Mustafa Abdel Jalil, bercadang untuk memimpin negara bagi mengadakan pilihan raya.

Beliau merupakan antara warga pertama Libya profil tinggi yang belot dari rejim Gaddafi berikut penindasan brutal terhadap para demonstran pembangkang.

Tuesday, March 8, 2011

sistem pendidikan yang gagal....daripada bom sekolah baik " bom" kepala menteri haramjadah....!!!!

Pelajar Nak Letupkan Sekolah, Menteri Pelajaran Perlu Letak Jawatan





Kuala Lumpur: Gara-gara tidak puas hati dengan guru, dua pelajar nekad meletupkan bangunan sebuah sekolah menengah di pinggir ibu kota dengan ‘bom’ buatan sendiri yang dipercayai diperbuat daripada mercun bola dan lingkaran nyamuk, semalam.

Tindakan ala ‘MacGyver’ itu dilakukan kedua-dua pelajar tingkatan tiga terbabit pada kira-kira jam 7.40 pagi menyebabkan berlaku tiga letupan di tiga lokasi berasingan sekolah berkenaan, sekali gus menggemparkan guru dan pelajar yang baru memulakan sesi pembelajaran.

Sumber polis berkata, pelajar terbabit dipercayai cuba membakar bangunan sekolah mereka, namun ketiga-tiga letupan yang dihasilkan tidak mencetuskan kebakaran.

“Biarpun insiden itu tidak mendatangkan kemalangan jiwa atau kecederaan kepada guru mahupun pelajar, ia kesalahan serius dan polis kini memburu kedua-dua pelajar terbabit yang dikenal pasti identiti mereka,” katanya.

Menurutnya, letupan pertama kedengaran ketika sesi pembelajaran baru bermula dan tersentak dengan itu, beberapa guru bersama pengawas sekolah bergegas mencari lokasi kejadian.

“Dalam kebingungan mencari punca letupan, satu lagi letupan berlaku kira-kira 10 minit kemudian di bangunan berhampiran pejabat dan kira-kira 20 meter dari lokasi letupan pertama yang berlaku dalam sebuah bilik darjah kosong di blok berlainan,” katanya.

Sumber itu berkata, ketika letupan kedua, beberapa guru mendakwa melihat cebisan kertas yang hancur dan beberapa lingkaran nyamuk yang masih berasap di atas bangunan berkenaan.

Menurutnya, bimbang dengan keadaan itu, pihak pengurusan sekolah menghubungi polis dan lima anggota dari Balai Polis Setapak tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian.

“Anggota polis berkenaan mula menggeledah bangunan sekolah itu, namun gagal mengesan suspek. Dalam kesibukan itu, tiba-tiba kedengaran pula letupan ketiga pada kira-kira jam 8.40 pagi di kawasan padang sekolah berkenaan,” katanya.

Menurutnya, seorang saksi yang juga pelajar sekolah terbabit mendakwa melihat dua pelajar lengkap berpakaian sekolah tergesa-gesa meninggalkan sekolah dengan menggunakan motosikal yang diletakkan di luar sekolah.

Sehubungan itu, wakil sekolah berkenaan membuat laporan di Balai Polis Setapak di sini dan Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan itu.

“Siasatan awal mendapati pelajar terbabit menggunakan mercun bola dan lingkaran nyamuk untuk menghasilkan letupan itu. Sehingga kini tiada tangkapan dilakukan dan motif sebenar masih dalam siasatan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, pihaknya menyerahkan siasatan penuh dilakukan pihak berkuasa mengenai motif sebenar insiden berkenaan.

“Jika hasil siasatan mendapati perbuatan itu dilakukan pelajar sekolah berkenaan, tindakan tegas akan diambil,” katanya. -hm



Mengarah kepada kegagalan sistem pelajaran dan kementerian pelajaran sendiri di dalam membentuk saksiah guru dan pelajar menjadi golongan yang akademis dan berakhlak mulia.

Menteri Pelajaran yang juga TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin TERBUKTI gagal sebagai seorang Menteri Pelajaran. Begitu juga Mohd Puad Zarkashi sebagai Timbalan Menteri Pelajaran. Keterlaluan di dalam politiking dengan memainkan angka peruntukan jutaan ringgit, sibuk siang-malam menghentam PAS, sehingga mengabaikan aspek-aspek fundamental objektif, missi dan vissi kementerian sendiri yang sepatutnya diberikan keutamaan.

Adalah wajar menteri berkenaan meletakkan jawatannya.....atau kementerianny wajar di " bom" jika beliau gagal berbuat demikian....!!!!

berperang di mahkamah sekian lama...akhirnya kedua duanya melopong....itulah jalan terbaik...!!!!

Daphne Telah Peluk Islam Dan Bersuami, Darren & Bekas Suami Daphne Berdamai


KUALA LUMPUR: Bekas Pengurus Besar Adidas, Darren Choy Khin Ming pada Isnin, membuat permohonan maaf terbuka kepada bekas suami Daphne Iking kerana memikat pelakon dan pengacara tersebut semasa masih bergelar isteri.

Permohonan maaf Darren, 45, ditujukan Ryan Chong Yiing Ming, 33, yang merupakan seorang ahli perniagaan.

“Saya dengan ini memohon maaf dengan seikhlas hati kepada Ryan, ibu bapanya dan seluruh keluarga beliau,” kata Darren menerusi satu kenyataan yang dikemukakan di Mahkamah Majistret di sini.

Selain itu, Darren turut mengakui bahawa hubungannya dengan Daphne atau nama Islamnya, Dahlia Elenor Iking, 33, telah mengaibkan dan memalukan Ryan dan seluruh ahli keluarga beliau.



"Saya kesal dengan isu yang dibangkitkan oleh peguam saya dalam sesi soal balas yang mungkin telah merosakkan dan memusnahkan reputasi Ryan dan ahli keluarganya,” kata Darren.

Pada kenyataan tersebut, Darren juga menyatakan bahawa beliau bukanlah bapa kandung kepada anak Daphne, iaitu Isobel Denielle Iking Chong, yang berusia tiga tahun.

Beliau juga turut menarik semula tiga kenyataan yang menyentuh peribadi Ryan pada perbicaraan lalu, iaitu:

- Ryan telah membuat berjanji untuk memberikan wang kepada seorang wanita warga China bagi merahsiakan hubungan mereka.

- Ryan telah berjanji untuk memberikan wang kepada Daphne sekiranya bekas pengacara rancangan The Breakfast Show itu setuju untuk berkahwin dengan beliau.

- Ryan telah dijanjikan akan mewarisi harta pusaka datuknya.

Dengan permohonan maaf itu, peguam Wong Kian Kheong yang mewakili Ryan memaklumkan bahawa pihaknya berhasrat untuk menarik semula saman peribadi yang difailkan terhadap Darren.



Tindakan tersebut mendapat pujian daripada Majistret Engku Rashdi Engku Abdillah yang berkata: “Inilah yang diharap-harapkan. Saya rasa terharu dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak.”

Beliau kemudiannya melepas dan membebaskan Darren daripada pertuduhan memikat Daphne dengan niat supaya wanita itu melakukan persetubuhan yang ditegah dengannya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan Darren antara bulan Julai dan September 2008, di B-13-2, The Plaza, Jalan Wan Kadir 3, Taman Tun Dr Ismail, di sini.

Pendakwaan terhadap Darren dikendalikan mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada perbicaraan lalu, Darren diwakili peguam-peguam Datuk Jagjit Singh dan Akbardin Abdul Kader.

Kes ini difahamkan yang pertama di negara ini dan pada perbicaraan lalu, seramai empat orang saksi telah memberi keterangan.

Sementar itu, Darren semasa ditemui di luar mahkamah menyifatkan penyelesaian itu sebagai situasi menang-menang.

“Tiada lagi perasaan salah faham dan perkara ini diselesaikan secara tertib,” katanya yang turut dilihat bersalaman dengan Ryan.


Masing-masing gagal untuk merebut Iking yang kini telah pun memeluk Islam dan hidup bahagia di samping suaminya, Azmi Abdul Rahman.

Tiada apa yang hendak direbutkan lagi....he he..he...banyak lagi pompuan di luar tu yang masing masing boleh kumpul buat koleksi kalau nak...he he he...!!!!

Sunday, March 6, 2011

kikis 80 boyfriend...awas dengan mak janda nie...!!!



(Gambar: Nora...tidak insaf)

Selepas diceraikan suami kerana curang, seorang wanita pertengahan umur sedikit pun tidak insaf, sebaliknya semakin ligat bertukar-tukar pasangan untuk mengikis wang mereka. Sasarannya ialah lelaki berusia 60 hingga 70 tahun.

Mahu dikenali sebagai Nora, wanita berusia 44 tahun itu berkata, sudah lebih lapan tahun dia mendapatkan wang dengan cara tidak bermoral itu dan sepanjang tempoh berkenaan kira-kira 80 lelaki veteran menjadi mangsanya. Dalam pengakuannya kepada Harian Metro, Nora memberitahu dia mula menjalin hubungan sulit dengan lelaki tua yang berduit ketika dia masih bergelar isteri orang.

“Kira-kira tujuh tahun saya curang di belakang suami saya. Terus terang saya lakukan itu semua kerana duit disebabkan suami saya kurang berkemampuan. Apabila tembelang saya dikesan suami, saya diceraikan awal tahun lalu. “Selepas menjanda, saya semakin ligat kerana tiada siapa yang menanggung hidup saya. Hasilnya, kini saya mampu membeli rumah, kereta, motosikal dan barangan kemas,” katanya yang mempunyai seorang anak hasil perkongsian hidup dengan bekas suami.

Nora mendakwa dia mempunyai lebih 80 teman lelaki, majoritinya berusia 60 hingga 70 tahun yang sedia memberi wang kepadanya pada bila-bila masa dan balasannya dia perlu menyerahkan tubuhnya kepada mereka.

“Rakan rapat menggelar saya pisau cukur, tapi saya tak hiraukan gelaran itu kerana lebih penting saya dapat hidup mewah,” katanya.

Menurutnya, setiap kali membeli-belah, dia akan meminta teman lelakinya membelikan pelbagai pakaian dan barangan dengan harga mencecah ratusan ringgit.

“Walaupun paras rupa tidak berapa cantik dan usia sudah lanjut, namun dengan menggunakan sedikit ilmu kebatinan yang dipelajari, saya mampu menundukkan mana-mana lelaki yang didampingi.


“Saya menganggap hubungan saya dengan mereka sebagai adil. Mereka mahu meniduri saya dan saya pula inginkan wang serta barangan berharga,” katanya.

Katanya, dia selesa dengan apa yang dilakukannya kerana pada setiap waktu wang RM2,000 hingga RM3,000 pasti berada di dalam beg tangannya.

Menurutnya, dengan menggunakan taktik pujuk rayu sambil membelai lelaki ‘hidung belang’ dia bukan saja mendapat wang, malah rumahnya turut diubah suai oleh teman lelakinya.

“Perwatakan sopan dengan mengenakan pakaian menutup aurat membuatkan lelaki mudah terpikat pada saya dan selepas itu baru saya menjerat mereka dengan kata-kata manis dan berkesudahan di ranjang.

“Saya akui tahu perbuatan saya ini salah, namun perangai mengikis wang lelaki sukar untuk dibuang selepas lebih lapan tahun bergelumang melakukan kerja ini,” katanya.

hm

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here