cari maklumat di sini
Wednesday, March 9, 2011
Umno umpama ‘paku dulang paku serpih'....!!!!
Umno di sifatkan bertindak “macam paku dulang paku serpih” kerana terus mempersoalkan hubungan PAS dan DAP sedangkan pada masa yang sama menjalin kerjasama dengan parti-parti bukan Melayu.
Dalam mempertikaikan hubungan dan kerjasama kedua-dua komponen Pakatan Rakyat itu, Umno juga bertindak sebagai “paku sana paku sini, serpihnya balik atas dia juga.”
PAS dengan kerjasama DAP dan PKR menjalin kerjasama menghadapi pilihan raya umum ke-12 sebelum membentuk ikatan bersama Pakatan Rakyat.
Kerjasama itu membawa kepada pentadbiran kerajaan negeri Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta Kelantan, yang dipimpin PAS sejak 1990.
Begitu juga orang tua-tua pernah bisik , Umno ini macam paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Tapi lain pula kata orang muda mengenai Umno ini. Kata mereka, paku sana paku sini, serpihnya balik atas dia juga....
Sehubungan itu , siapa yang sebenarnya menjadi alat dan boneka dalam kerjasama seumpama itu.
Bukankah Umno menjadi alat dan kuda tunggangan dalam Barisan Nasional?” merujuk kepada beberapa perkembangan sejauh mana Umno bekerjasama dengan parti-parti bukan Melayu khususnya Cina.
Sekian lama Umno bertanding di kerusi Parlimen Raub, Pahang akhirnya menyerahkan kerusi itu kepada MCA, demikian juga kerusi Parlimen Kuantan yang akhirnya Umno terpaksa gadaikannya kepada MCA.
Selain itu , Umno pernah menang besar dan memiliki majoriti kerusi berbanding Gerakan di Pulau Pinang semasa dahulu kala, tetapi malang Umno menyerahkan kerusi Ketua Menteri kepada parti itu.
Lebih tiga penggal pilihan raya, Umno yang menjadi kerajaan tidak pernah menambah kerusi Melayu di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis pada setiap kali persempadan semula kawasan pilihan raya, sebaliknya menambah kerusi di negeri-negeri lain yang akhirnya mengurangkan peratus majoriti dan penguasaan Melayu di Parlimen. Bukankah Umno menjadi alat dan boneka kepada pihak lain?...
Kelihatan Umno dan BN ‘all out’ menggunakan isu PAS alat DAP, PAS kuda tunggangan DAP, PAS boneka DAP, PAS menggadai prinsip perjuangan dan 1001 tohmahan dilemparkan kepada PAS dan disogok kepada rakyat khasnya orang-orang Melayu untuk menanam rasa benci dan curiga yang mendalam terhadap PAS.
Umno dan BN melengkapkan adu dombanya untuk masyarakat Melayu menolak perjuangan PAS secara konsisten dengan ‘sepanduk’ mereka bahawa ‘PAS berkawan dengan kafir DAP tetapi lawan Melayu Umno’.
Secara sentimennya, sebahagian masyarakat Melayu yang hanya terdedah kepada maklumat sebelah pihak akan terpengaruh dengan dakyah ini...
Tidak menafikan kemungkinan sebahagian pengundi menolak untuk memberi sokongan kepada PAS atas faktor ini.
Namun , ia bukanlah faktor besar dan sebenar, justeru unjuran undi sokong yang diperoleh oleh PAS tidak menunjukkan aras menjunam, sebaliknya menurun dengan peratus yang kecil sementelah pula ia diukur nilai dalam saingan pilihan raya kecil.
Kenapa Umno dan BN marah sangat PAS bekerjasama dengan DAP? Bagaimana pula dengan Umno sendiri yang berselimut toto dengan MCA dan MIC? Bukankah MCA itu juga Cina dan MIC itu India?
Atau ada yang lebih Cina dari MCA dan terlebih India dari MIC? Perangai Umno ini tidak ubah sebagaimana kata pepatah Arab Dia pukul aku dia yang menangis, dia fitnah aku dia yang mengadu.”
Labels:
politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Intan Ladyana nafi kena raba ketika Jom Heboh di Penang montok beb...tampar ponggong dia pun dah asyik...inikan dapat meraba ....belum lagi ...
-
PELAJAR KINI SUKA BERGAMBAR BOGEL? NGERI DENGARNYA Mengaibkan apabila seorang gadis yang juga penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awa...
-
Penyanyi Nasharuddin Elias atau lebih dikenali sebagai Nash (gambar) terkejut apabila menerima berita pembunuhan bekas isterinya, Datuk Sosi...
-
Aku cuba nak pandang positif akan tajuk akhbar Utusan Meloya keluaran Jumaat 15 JUL 2011. Ambil contoh Rosmah Mansor (RM) sudah menabung sel...
-
Keghairahan nafsu dua gadis yang sanggup berkongsi teman lelaki untuk melempiaskan nafsu di sebuah rumah usang tanpa penghuni di sebalik sem...
-
kaki raba dalam tren KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan bank tidak menyangka menjadi mangsa seorang lelaki warga Bangladesh gila seks apabila ...
-
TAHAN...gadis yang ditahan bersama lelaki bukan Islam di biliknya, kelmarin. SUBANG: Seorang gadis berusia 22 tahun ditahan bersekedudukan d...
-
so nak jadi sampai macam nie ke....baru kira bukan remeh....!!!! ISU artis `berkemban' di dalam Anugerah Skrin TV3 baru-baru ini menjadi...
-
SEREMBAN: Hampir saban hari dia melihat isterinya berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) tapi menganggap ia perkara biasa pada zaman teknolo...
-
SHAH ALAM: Siapa Hanis Zalikha Zainal? Tentunya ada yang menimbulkan pertanyaan apabila nama itu tersenarai pada kedudukan keenam carian Goo...
No comments:
Post a Comment