cari maklumat di sini

Your Ad Here

Wednesday, March 9, 2011

hai...dah nak tewas pun main bersyarat pulak...dah lama memerintah tu...tok sah lah nak tiru firaun pulak...!!!

Gaddafi bersetuju menyerah dengan bersyarat



Muammar Gaddafi dilaporkan telah menyatakan kesediaannya untuk menyerahkan kuasa kepada Majlis Kebangsaan revolusi dengan terma sendiri.

Gaddafi telah menghantar utusan khas untuk mengadakan perbincangan dengan Dewan Nasional yang berpusat di Benghazi, lapor sebuah akhbar harian milik Saudi melaporkan. Bagaimanapun, Gaddafi telah menetapkan pelbagai syarat.

Sumber-sumber maklumat telah memberitahu bahawa Gaddafi telah menuntut perjalanan yang selamat dan perlindungan penuh bagi seluruh anggota keluarganya dan orang-orang dalamannya.

Selain itu, pembangkang harus menyediakan kemudahan untuk Gaddafi dan rakan-rakannya yang ingin meninggalkan negara itu.

Salah satu syarat adalah bahawa majlis itu tidak menyerahkan Gaddafi ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), laporan tersebut menambah.

Liga Libya Untuk Hak Asasi Manusia mengatakan sekurang-kurangnya 6,000 orang telah terbunuh setakat ini di Libya.

Majlis Keselamatan PBB baru-baru ini telah mengenakan sekatan terhadap rejim Libya dan merujuk Gaddafi ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Perkembangan baru ini muncul dua hari selepas majlis mengadakan pertemuan rasmi pertama untuk membincangkan penggulingan Gaddafi.

Majlis sebelumnya menolak untuk mengadakan perbincangan dengan rejim kecuali Gaddafi meletak jawatan.

Badan 30-ahli ditubuhkan di bandar timur Benghazi oleh pasukan revolusi berikutan pembebasan beberapa bandar-bandar timur.

Majlis, dipimpin oleh bekas menteri keadilan Libya Mustafa Abdel Jalil, bercadang untuk memimpin negara bagi mengadakan pilihan raya.

Beliau merupakan antara warga pertama Libya profil tinggi yang belot dari rejim Gaddafi berikut penindasan brutal terhadap para demonstran pembangkang.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here