cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, July 16, 2011

gilakan 'pucuk muda'.....'.pucuk muda ' pulak belasah bagai nak gila...!!!

Impian wanita berusia 41 tahun berkahwin dengan ‘pucuk muda’ yang juga seorang warga asing bertukar mimpi ngeri apabila dikurung serta didera termasuk ditikam sepanjang lima bulan berada di kediaman keluarga lelaki itu di Amman, Jordan.

Mangsa, Ngooi Sew Lan, berkata, lelaki berusia 25 tahun itu mendakwa dirinya anak hartawan ketika berkenalan melalui laman sosial ‘Tagged’ awal Januari tahun ini. “Saya berkenalan dengan lelaki dikenali sebagai Hamada ketika bertugas sebagai pengurus restoran di London, United Kingdom (UK).

“Saya mula menjalin hubungan cinta kerana tertarik dengannya. Kami serasi bersembang menggunakan Bahasa Inggeris dan Cina serta mendakwa dirinya ahli perniagaan,” katanya di sini, semalam.

Menurut Ngooi, dia kemudian bersetuju mengikuti Hamada ke Jordan untuk bertemu keluarga lelaki terbabit sambil melancong di sana.

Pada masa sama, dakwa Ngooi, Hamada meminjam RM48,000 daripadanya dengan alasan mahu meluaskan empayar perniagaan ke China.

“Pada mulanya, Hamada bersikap romantik tetapi tiba-tiba berubah seperti orang kurang siuman selain begitu obses terhadap saya.

“Bukan setakat dibelasah, malah dia pernah menikam belakang badan saya ketika berada di rumah keluarganya di Amman menyebabkan saya kehilangan banyak darah,” katanya.

Ngooi mendakwa, ketika itu dia tidak dapat menghubungi sesiapa untuk bantuan kerana sentiasa dikawal Hamada serta keluarganya dan barangan peribadinya termasuk pasport turut disimpan lelaki itu.Selepas ditikam dan dihantar ke hospital, saya menghubungi kakak di Malaysia bagi mendapatkan bantuan, 12 Jun lalu.

“Doktor memaklumkan saya bernasib baik kerana cepat dihantar ke hospital, jika tidak saya boleh kehilangan nyawa akibat cedera parah,” katanya.

Menurut Ngooi, tindakan kakaknya meminta bantuan pihak berkuasa negara ini dan Jordan membolehkan dia terlepas kawalan Hamada serta pulang ke negara ini dengan selamat.

Justeru, dia mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa Jordan yang menyelamatkannya selain menasihati golongan wanita tidak terpedaya dengan helah lelaki terutama dikenali menerusi Internet.

Bagaimanapun, kata Ngooi, Hamada masih menghubungi dan meminta dia menerimanya sebagai kekasih selain mendakwa tidak boleh hidup tanpa dirinya.

“Saya fobia masih diganggu Hamada, namun saya tidak akan memenuhi permintaannya untuk kembali bersama sebagai pasangan kekasih,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, Mok Chek Hou berkata, dia menerima panggilan telefon kakak mangsa, Bong Yeng Phong, 42, memaklumkan situasi menimpa Ngooi lalu menghubungi Kementerian Luar dan Kedutaan Malaysia di Jordan.

Menurut Mok, tindakan pantas pihak berkuasa dengan bantuan polis Jordan membebaskan Ngooi pada 30 Jun lalu sebelum dibawa pulang ke negara ini.

Friday, July 15, 2011

Rosmah Botox beli cincin berlian hasil menabung dari kecil....!!!....woiii mak badak hangpa nak kelentong sapa nie...????

Aku cuba nak pandang positif akan tajuk akhbar Utusan Meloya keluaran Jumaat 15 JUL 2011.

Ambil contoh Rosmah Mansor (RM) sudah menabung selama 50 tahun yakni dari tahun 1961 lagi. Bermakna beliau telah menabung selama 600 bulan samada simpan dalam tabung buluh atau tabung ayam dan sudah tentu seterusnya dalam bank.

Sekiranya simpan dibank, sudah pasti ada bank statement atau buku akaun simpanan yang mencatitkan transaksi keluar masuk duit tabungan tu. Mengikut Islam, beliau sudah tentu dikehendakki membayar zakat. Selama 600 bulan atau 50 tahun menyimpan bermakna beliau sedari awal tahun 1961 hingga 2011 telah menyimpan sebanyak RM40 ribu sebulan. Bayangkan diawal tahun 1961, nilai wang sebanyak RM40 ribu camne? Adakah RM dari keturunan bangsawan atau anak raja??

Selepas berkahwin dengan suami pertama dulu, adakah suaminya yang pertama tau akan tabiat menyimpannya yang sebanyak RM40 ribu sebulan tu?? Aku kurang pasti ada individu di 1 Malaysia ni yang berpendapatan sebanyak itu diawal tahun 1961 dulu. Sekiranya beliau mula menyimpan sebanyak RM40 ribu sebulan setelah berkahwin dengan Najib, aku percaya tetapi diawal tahun 1961 tu….aku paksa diri aku percaya jugak walaupun berasap otak aku mengatakan sebaliknya.

Agaknya, itulah sebabnya RM mendapat budget untuk menjayakan program PERMATA yang diusahakannya itu. Beliau nak menurunkan ilmu menabung kepada kanak-kanak agar mereka boleh mampu membeli apa yang mereka inginkan setelah dewasa kelak. Tidak mustahil kanak-kanak ni boleh memandu Lamborghini ataupun Ferrari apabila mereka dewasa setelah mengikuti kaedah menabung yang dianjurkan oleh Rosmah Mansor.

Kaedah menabung ni pun patut dianjurkan disekolah-sekolah untuk digunapakai oleh pelajar-pelajar kerana ianya amat berkesan setelah kini RM mampu membeli sebentuk cincin permata berlian berharga RM24 juta dari Jacob & Co, US hasil dari tabungan yang dibuatnya sedari kecil. Tahniah Rosmah, kaedah menabung mu sangat berkesan.

tembak kuning akhirnya menjilat celah kangkang kuning....mana ada maruah punya benatang UMNOPORNO ini...!!!

Selepas titahkan sembur dan tembak kepada BERSIH 2.0 menerusi "hambanya" IGP Ismail, PMNajib , Rosmah dan Menteri Polis sepupunya Hishamudin terbang ke London.

Barangkali untuk tenangkan fikiran dan lari dari warna kuning.

Malang sungguh kepada anak Tun Razak yang berbisnes dengan Razak Baginda, hajat dihati mahu lari dari kuning. Akhirnya masuk mengadap Queen yang berpakaian kuning.

Merah sungguh bibir PMNajib. Merahnya bukan kerana make-up tetapi malu yang amat sangat.

Hey anak Tun Razak ! Itu sindiran untukmu dari Queen. Bukan saja-saja Queen pakai busana kuning semasa jumpamu!

Queen biasanya memakai baju putih ketika menerima tetamu luar negara. Tetapi tidak untuk PMNajib.

Malulah PMNajib...selepas sepak terajang, tumbuk, gari, tembak, sembur baju kuning.... pergi mengadap baju kuning! "

PARA DOKTOR YANG BUKAN ANJING UPAHAN

 

Para doktor yang menyaksikan tindakan pihak polis di Hospital Tung Shin, bersedia untuk memberi bukti lanjut jika kenyataan yang dikeluarkan semalam disangkal oleh kerajaan. Bagaimanapun, mereka tidak akan mendedahkan maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut sehinggalah kenyataan mereka dicabar oleh pihak berkuasa, kata jurucakap mereka, Dr Sheikh Johari Bux hari ini.

Nampaknya rejim semakin hilang arah setelah mereka melakukan dosa besar terhadap rakyat yang mahu menuntut keadilan. Bagaimana rejim yang berperangai Yahudi ini mahu menjawab kepada waris dan keturunan Almarhum Baharudin yang terkorban semasa berjuang menuntut keadilan di negara ini?

Bagi menutup dosa-dosa mereka, rejim ini mengunakan media haprak yang menjadi tali barut mereka untuk menipu rakyat dengan berita seolah-olah rejim ini teramatlah baik kepada rakyat jelata. Maka timbullah cerita makanan sedap, lazat sehingga mencapai RM 25 seorang untuk tahanan di lokap setelah mereka disembur, dan ada yang dipijak, disepak dan dimaki hamun. Kita tidak pertikaikan duit makan itu datang dari poket mereka atau duit rakyat walaupun mereka mengungkitnya saban hari. Apa yang kita tahu rakyat datang puluhan ribu ke Ibu Kota bukan untuk menyembah dan melutut di tangan rejim meminta makanan yang lazat itu.

Hari ini, para doktor pula mula merasa bosan dan meluat dengan perangai rejim yang tidak berubah. Kenyataan di atas sudah cukup membayangkan bahawa tidak semua doktor boleh dibeli hati dan perasaan mereka. Seramai 11 orang doktor tersebut hanyalah sebahagian yang mewakili ribuan doktor yang tidak bodoh untuk menyokong kezaliman rejim. Kerjaya doktor adalah untuk menyelamatkan nyawa manusia bahkan binatang juga. Apakah mungkin ada doktor yang sanggup melihat manusia dizalimi? Mungkin ada, tetapi terlalu sedikit bilangan doktor yang boleh melanggar etika dan menjual prinsip kemanusiaan mereka.

 

lepaihh belasah itu polis banjingan rompak pulak rakyat ...!!!

Benarkan tahanan bersih diberikan makan RM25 sepinggan? Makanan tak sedap mana, kuah karinya cair RM25. Kalau makanan disediakan untuk 2000 orang ini tak termasuk mana-mana polis buat keluar makanan untuk kaum kerabatnya. Jumlahnya adalah RM50 ribu.

Ketua polis mana yang dapat tander ini?

Adakah benar tahanan yang diberikan angka adalah 1667 orang? Sedangkan proses untuk memberikan kad pengenalan kepada tahanan untuk membebaskan bermula daripada petang sehingga 10 malam? Berapa lama dan ini menunjukkan angka yang dijangkakan adalah lebih daripada itu.

Aku letaklah harga makanan pada hari itu RM5 sepinggan. RM20 dari di rompak oleh polis. Main rompak-rompak ini memang kerja polis.

Kita cabar pihak polis mendedahkan pembelanjaan secara terperinci. Jangan nak tipu rakyat RM25 sepinggan. Makan nasi Arab lauk kambing pun RM17 sepinggan itu pun rasa nak pecah perut pasal banyak!!

Dahlah kita dicota oeh pihak polis, duit kita pun polis rompak!!

Budak baca ayat al-Quran elak dirogol

JEDDAH: Seorang mangsa perogol bersiri berkata beliau membaca ayat al-Quran untuk menghentikan penyerang mencabulnya, lapor akhbar al-Madinah kelmarin.

Akhbar Arabnews melaporkan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu memberitahu akhbar itu yang beliau berjaya melindungi dirinya daripada serangan perogol itu dengan membaca lima surah kitab suci itu yang dipelajarinya secara bersungguh-sungguh.
“Setiap kali beliau menghampiri, saya mula membaca al-Quran dan penjahat itu melepaskan saya,” katanya.

Kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai MMS memberitahu perogol itu meminta beliau berhenti membaca al-Quran tetapi apabila beliau enggan mengikut arahannya, perogol itu memukul mukanya.

“Kerana bacaan ayat suci itu beliau enggan menyentuh saya,” katanya.
Mangsa diculik semasa menghadiri majlis perkahwinan dan dilarikan ke rumah perogol.

Lelaki itu menolak mangsa ke dalam rumah dan mengunci pintu.
“Perogol itu kemudian menyerang saya tetapi saya mula membaca ayat al-Quran,” katanya.

Mangsa kemudian ditinggalkan di klinik berdekatan di daerah Al-Muntazahat. – Agensi

Di Malaysia, ada juga yang takutkan Al Quran. UMNOPORNO

Najib di London tak dapat karpet merah tapi di sambut baju BERSIH....!!!!

Queen Elizabeth jumpa Najib dan Rosmah pakai baju kuning! Gembira benar Najib di lihat pada air mukanya.


apakata wa cadang najib impot polis banjingan di raja malaysia ke london...pi tangkap queen ,ikat tangannya dengan kawat kabel...lepas tu sepak dan terajang kepalanya ...tak puas lagi tutuh muka nya dengan gas pemedih mata ...ada berani ka...wa nampak telur najib terkucil dalam kain rosmah...ha ha ha ha

Bagai Iblis tinggalkan Teman

Dalam Ghazwah Badar, ketika kemuncak peperangan maka Allah Taala mengutuskan 1000 para Malaikat untuk menolong Tentera Islam.

Dikala itu Iblis yang turut serta mengambil bahagian di pihak Musyrikin Quraisy dalam bentuk penyamaran seperti Suraqah bin Malek ternampak kedatangan Tentera Malaikat. Maka dengan pantas Iblis memecut lari dari medan perang menuju laut dan terjun kedalamnya.

Iblis yakin dengan kedatangan Tentera Malaikat itu tandanya pihak Islam bakal mengecapi kemenangan dan mereka di pihak yang benar.

Sesudah BERSIH 2.0, PAS dilaporkan membawa 900 laporan salahlaku polis semasa BERSIH 2.0 pada 9hb yang lalu. SUHAKAM juga menerima puluhan aduan mengenail hal yang sama.

Selepas ini, yang bakal naik turun tangga mahkamah adalah pihak polis. Terutama yang berpangkat rendah. Mereka akan disabitkan dengan pelbagai dakwaan salahlaku.

Menteri Polis sepupu PMNajib Hishamudin, IGP Ismail , Timbalan Khalid dan pihak atasan Bukit Aman semuanya boleh "cuci tangan". Yang tanggung nanti polis berpangkat rendah yang gajinya sesen dua !

Alaa... macam kisah iblis tadi. Berlepas tangan melihat kedatangan Tentera Malaikat.

Hishamudin dan pimpinan Bukit Aman berlepas tangan melihat longgokan saman dari rakyat dan SUHAKAM. Biar anggota pangkat rendah "tadah telinga" dengar bebelan hakim nanti.

Ikut contoh PMNajib, lepas puas "mengganasi" rakyat melalui tangan polis pada 9hb lalu, beliau bersama Rosmah makan angin menuju London.

UMNO tahu segala aksi mereka salah dan jahat. Jadi untuk elak rakyat memarahi mereka, mereka gunakan polis. Polis jadi hamba kepada mereka atas satu slogan,
" Kami ikut arahan". Inilah wirid utama anggota polis berpangkat rendah.

Alaa macam Iblis lah. Iblis tahu dia sesat, angkuh , sombong, kufur. Iblis tahu dia akan masuk neraka. Jadi kerjanya sesatkan umat manusia.

UMNO tahu perjuangannya sekular, sesat, langgar hak asasi, zalim, penyamun, perompak, pembuli, lanun, penyangak duit rakyat dan segala yang sewaktu dengannya.

Oleh itu, UMNO gunakan polis untuk halang kemarahan dan kebangkitan rakyat.

Lepas 9hb, UMNO cuci tangan. Serah polis untuk naik turun tangga dan menjawab di mahkamah.

Dikala Iblis nampak Malaikat di Ghazwah Badar, terus pecut lari masuk laut. Biar Musyrikin tanggung kekalahan.
Dikala UMNO nampak dunia marah dalam BERSIH 2.0, terus UMNO cabut lari ke London. Biar Polis "terkoteng-koteng" naik turun mahkamah.

Ruginya ikut arahan setia kepada Iblis dan UMNO! "

Thursday, July 14, 2011

ingatkan ibu mie...rupanya raja mie oppps...raja azmi kena waran tangkap...!!!

RAJA AZMI diiring polis ketika berjalan keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.

Penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia ditangkap di rumahnya di Taman Ukay Perdana, Hulu Klang dekat sini ekoran gagal menghadirkan diri sebagai saksi ke mahkamah walaupun waran tangkap telah dikeluarkan terhadapnya kelmarin.


Raja Azmi, 52, ketika dihubungi memberitahu, ketika kejadian pukul 9.45 pagi itu, dia sedang tidur manakala tiga anak dan suaminya, bekas jaguh badminton negara, Jalani Sidek telah keluar.
Katanya, dia terkejut apabila empat anggota polis yang menaiki dua buah kereta peronda tiba di depan pintu pagar rumahnya sebelum memintanya keluar.


"Sebaik ternampak polis, saya memang dah agak yang mereka datang kerana waran tangkap yang dikeluarkan terhadap saya ekoran kes saman sivil di Mahkamah Tinggi Shah Alam.


"Saya kemudian terus dibawa ke Balai Polis Taman Melawati untuk diambil keterangan ringkas sebelum tiba di mahkamah pada pukul 12 tengah hari," ceritanya kepada Kosmo! semalam.


Tambahnya, dia berjanji akan cuba hadir pada perbicaraan kes tersebut pada 22 Julai depan kerana sudah serik dengan pelbagai kes yang melanda dirinya sehingga mencetuskan kontroversi.


Pada 19 Ogos tahun lalu, Raja Azmi terpaksa bermalam di lokap Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya atas kesalahan yang sama ketika dia hadir untuk membuat laporan berhubung satu khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan pada pukul 4.50 petang.

sumber : kosmo

panasss....dan giler....artis indon beraksi separuh porno ke bank....!!!

JAKARTA: Aktres Julia Perez atau akrab dipanggil Jupe memang layak digelar artis sensasi. Setiap kerenahnya mendapat perhatian pihak media. Contohnya, baru-baru ini, gambar dia berbikini di sebuah bank di Bali tersebar luas di Internet.


Ya, foto itu memang asli gambar saya,” jelasnya ketika ditemui di mahkamah negeri Jakarta Timur, semalam. Jupe mendedahkan gambar itu diambil kira-kira sebulan lalu. Dia bercuti bersama kekasihnya, Gaston Castano di Pulau Bali. Bagi mengisi waktu percutiannya dia berjemur di tepi pantai dengan berbikini, manakala Gaston berseluar renang.

Tiba-tiba dia menyedari dia tidak mempunyai wang tunai. Berikutan cemas, dia menyewa motosikal lalu segera mencari mesin teler wang automatik (ATM) yang terletak setengah jam perjalanan dari pantai. “Saya tidak membawa wang tunai, hanya kad ATM. Saya juga tidak pakai baju lain selain bikini di tubuh. Saya bernasib malang kerana kad ATM pula ditelan mesin. Jadi, saya masuk ke bank terdekat untuk meminta bantuan,” katanya.

Ketika itu, kakitangan bank memberi keutamaan kepada Jupe untuk membuat kad ATM baru dan dia tidak perlu menunggu lama.

“Ketika kad ATM saya ditelan mesin, saya yakin tidak dapat pulang ke Jakarta. Saya juga pernah kehilangan wang di mesin ATM sewaktu di Bali. Ia kan kemalangan, jadi, foto berbikini itu dalam keadaan kecemasan,” katanya lagi. - DH

sumber : metro

Polis rancang bunuh, cederakan peserta Bersih

Tindakan polis mensasarkan bedilan gas pemedih mata ke arah orang ramai Sabtu lalu bertujuan untuk membunuh, mencacat dan mencederakan peserta perhimpunan.Serangan ganas pihak berkuasa yang turut mencederakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di laluan bawah KL Sentral, merupakan satu perbuatan jenayah.

 

Selain Anwar, turut berada di lokasi kejadian pada masa itu ialah Pengerusi Bersih, S Ambiga, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Penasihat Dap, Lim Kit Siang dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.Ia sememangnya dirancang untuk membunuh, mencacatkan atau mencederakan peserta himpunan.

Hakikatnya, tembakan gas ke arah tempat tertutup adalah tindakan jenayah yang mendatangkan kecederaan serius atau kematian dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan..Sewaktu peserta memasuki laluan bawah Kl Sentral, mereka dihampiri pasukan FRU bersenjatakan pembedil gas pemedih mata.

Timbalan Presiden KEADILAN, Tian Chua kemudiannya cuba berunding dengan polis tetapi polis bertindak balas dengan menjerit dan mengacukan pembedil gas ke arah orang ramai.Dalam masa beberapa minit, kelongsong gas pemedih mata ditembak dari kedua-dua arah laluan menyebabkan orang ramai terperangkap dalam asap tebal dan sesak nafas..

Serangan itu mencederakan Anwar dan pengawalnya, Fayyadh yang luka teruk di muka. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula ditembak di belakang kepalanya dengan kelongsong gas.Justeru, itu kita  menuntut Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan untuk menyiasat jenayah ganas polis terhadap peserta himpunan aman Bersih Sabtu lalu serta menafikan hak peserta Bersih berhimpun..

Kita  juga menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pegawai-pegawai tertinggi polis disiasat dan bertanggungjawab.Kita mahu siasatan dan pendakwaan ke atas semua pegawai kanan, termasuklah Menteri Dalam Negeri, Yang bertanggungjawab memberikan arahan untuk tindakan jenayah itu dilakukan..

Nafi kenyataan tiong lai anjing UMNOPORNO...!!!

Kenyataan tidak berasas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang menafikan tindakan kekerasan pihak polis ketika menyuraikan perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu di nafikan sekeras kerasnya

Sebaliknya, memang ada kalangan kita malah termasuk   pihak SUHAKAM sendiri turut melihat sendiri penggunaan kekerasan melampau pihak polis terhadap para peserta, apabila Suhakam dengan 35 orang pegawainya turut memantau perhimpunan tersebut.

Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha’ani Abdullah menegaskan, malah beliau sendiri yang turut turun ke perhimpunan itu bagi melakukan pemantauan turut melihat dengan jelas tindakan kekerasan pihak polis terhadap para peserta termasuk di lokasi yang dinafikan oleh Tiong Lai.

Menurut beliau, kenyataan Menteri Kesihatan yang mengatakan polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin di Jalan Pudu ketika menyuraikan perhimpunan itu tidak benar.

"Sebenarnya, pihak polis memang menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin. Saya sendiri telah lihat tindakan polis itu.

"Saya sendiri juga turut melihat tindakan kekerasan yang dilakukan polis semasa menangkap peserta. Cara yang dilakukan polis untuk menangani peserta perhimpunan adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab, satu pencabulan, satu penyalahgunaan kuasa dan ia bertentangan dengan hak asasi manusia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog sempena penyerahan memorandum oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia mengenai tindakan penggunaan kekerasan melampau pihak polis terhadap para peserta perhimpunan aman Bersih 2.0 di pejabat Suhakam, di sini, semalam.

Menurutnya, tindakan polis menangkap peserta dan menempatkan mereka di Balai Polis Jinjang dan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) juga, merupakan satu pencabulan undang-undang.

"Mereka (polis) telah merancang untuk menahan mereka, tetapi ia sekadar penahanan sahaja bukan untuk diambil keterangan.

“Kita tidak boleh terima tindakan begitu dalam negara yang dikatakan negara maju, polis telah aniaya mereka dengan menggunakan kekerasan, peserta ditangkap, digari kemudian diarahkan menaiki trak dengan tangan di belakang,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua mangsa supaya tampil ke depan dan mengemukakan aduan secara terus supaya pihak Suhakam boleh memperkukuhkan bahan bukti yang diperolehi.

Pada 11 Julai lalu, Menteri Kesihatan seperti yang dilaporkan media berkata, polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Dakwaan yang berlegar di internet berhubung tembakan ke arah hospital tersebut adalah tidak benar dan perkara itu telah disahkan dengan hospital berkenaan.

Katanya, polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan.

"Tetapi mereka tidak membidik ke arah hospital," katanya lagi kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat dengan lembaga pengarah Hospital Tung Shin pada hari itu (11 Julai) sambil menambah, polis juga membidik tembakan meriam air pada arah 45 darjah dari jalan utama.

Ditanya mengenai video dan gambar-gambar yang dimuatkan oleh pengguna web di internet, Liow meminta wartawan supaya jangan menunjukkan bahan berkenaan untuk menyoalnya semula.

"Apa yang paling penting, individu yang bertanggung jawab ke atas hospital telah mengesahkan bahawa polis tidak menembak gas pemedih mata atau meriam air ke dalam (perkarangan) hospital," kata Timbalan Presiden MCA itu lagi.

Dalam sidang media yang sama, pengerusi lembaga pengarah Tung Shin, Ng Beh Tong turut berkongsi pandangan menteri berkenaan.

Katanya, pentadbiran hospital itu telah memberikan taklimat kepada lembaga hospital pagi itu (11 Julai) berhubung insiden yang berlaku pada hari perhimpunan tersebut.

Dalam perhimpunan itu, lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dan Pakatan Rakyat ditahan. Kesemua mereka yang ditahan dilepaskan dengan jaminan polis dan Peguam Negara akan menentukan tindakan ke atas mereka.

Selain Liow, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein seperti yang dilaporkan media, turut menafikan pihak keselamatan bertindak ganas sewaktu perhimpunan itu.

Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Muhammad menjelaskan, realiti sebenar tindakan kekerasan melampau pihak polis itu tidak boleh dinafikan lagi oleh sebarang pihak.

Malah beliau menyifatkan tindakan yang dilakukan oleh pihak polis ke atas peserta perhimpunan itu tidak ubah seperti "orang yang tiada pelajaran".

“Pihak itu tidak berpelajaran, mereka pakai uniform, pakai lencana, tetapi mereka tiada hak untuk bertindak kasar terhadap sesiapapun.

“Kami mahu kerajaan memastikan institusi polis menjaga kelakuan petugas supaya menghormati sesiapa yang mereka tangani,” tegas beliau. -HD

Penutupan ESSO, Bukti Najib Gagal Yakinkan Pelabur Asing

 

Desas-desus Exxonmobil mahu melupuskan pegangannya di dalam Esso Malaysia sekali gus menutup operasi runcitnya di negara ini kerana mempunyai margin keuntungan yang rendah merupakan faktor utama kegagalan pentadbiran Najib meyakinkan pelabur asing berhubung keadaan ekonomi semasa Malaysia.

Tindakan Exxonmobil itu bukan saja menunjukkan bahawa kegagalan kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) mengekalkan pelabur sedia ada, malah ia menjadi kayu pengukur kepada tahap kemampuan Perdana Menteri menguruskan negara.

"Esso telah bertapak dinegara kita lebih 50 tahun, kenapa tiba-tiba mereka mahu tarik diri dari melabur? Mesti ianya bersebab?..

Mereka tidak yakin dengan kepimpinan dalam negara kita yang dilihat semakin bertambah buruk dan tidak cekap dari segi pengurusan,..

Memetik laporan media kawalan Umno, Utusan Malaysia hari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berharap Esso Malaysia tidak akan menutup operasi runcitnya di negara ini.

Bagaimanapun menurut Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sekiranya syarikat itu masih berhasrat berbuat demikian, beliau berharap operasinya akan diambil alih oleh syarikat tempatan.

Esso Malaysia dimiliki oleh Exxonmobil International Holdings Inc.

Syarikat minyak antarabangsa itu juga didakwa mahu memberi fokus kepada penerokaan dan pengeluaran minyak berbanding perniagaan runcit.

Mengulas lanjut berhubung tindakan kerajaan memberi milikan operasi runcitnya kepada syarikat tempatan, , ia tidak berasas.

Sedangkan syarikat antarabangsa yang mempunyai kepakaran dan pengalaman juga mengalami margin keuntungan yang rendah, bagaimana pula sebaliknya nanti?.

Kita bimbang oleh kerana ketidakcekapan ini akan menyebabkan pengguna akan teraniaya kerana kos pengurusan yang teruk itu akan terbeban kepada pengguna..

Bagaimanapun, kita  mengesa agar Najib segera mencari jalan penyelesaian terbaik ini kerana sekiranya Najib bertegas untuk memberi milikan kepada syarikat tempatan ia dikhuatiri mempunyai kepentingan politik pemerintah.

Ada beberapa perkara yang perlu dijawab dan tidak boleh disembunyikan oleh kerajaan sekarang, kenapa perkara seumpama ini berlaku sedangkan kita sedia maklum ia akan memberi kesan serta merta kepada rakyat (pengguna) iaitu menanggung beban kos yang lebih mahal..

Soalnya  kepentingan pemilikan diberi kepada syarikat kroni, itu perkara biasa dilakukan oleh kerajaan, tetapi persoalannya kenapa kerajaan tidak mahu memikirkan nasib yang bakal ditanggung rakyat,,

UMNOPORNO balas dendam...Demo Bersih Di Mesir..Pelajar Akan Diambil Tindakan

Pelajar Terengganu adalah antara hampir 300 pelajar Malaysia di Mesir yang dikesan berhimpun di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah, untuk menyatakan sokongan padu terhadap perhimpunan haram Bersih 2.0 di Kuala Lumpur, Sabtu lepas.
Kebanyakan pelajar Malaysia itu mengenakan pakaian kuning dan ada juga mengenakan pakaian tema baju BERSIH 2.0 dan menandatangani pada sepanduk yang telah disediakan di dataran berkenaan.

Ada sebilangan pelajar juga bergambar sambil memegang bendera negeri dan aksi pelajar berkenaan dipaparkan dalam laman sosial Facebook.

Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Aziz Mamat, ketika dihubungi berkata, pada masa ini beliau masih menunggu laporan lengkap daripada Pegawai Tadbir Asrama Darul Iman di Mesir dan Jabatan Penuntut Malaysia.

"YT memandang berat tindakan kumpulan pelajar berkenaan dan berjanji akan menjalankan siasatan berhubung perkara itu sebelum memutuskan bentuk tindakan yang akan diambil," katanya.

Katanya, jika didapati ada pelajar tajaannya terlibat dalam perhimpunan haram itu, mereka akan diberi surat tunjuk sebab dan jika pentadbir YT tidak berpuas hati, kemudahan tajaan termasuk pinjaman mereka akan ditamatkan.

Beliau berkata, kini terdapat 235 pelajar Terengganu sedang menuntut di beberapa buah universiti di Mesir dalam jurusan pengajian Islam dan perubatan.

Sementara itu, Pengerusi Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) Razali Idris ketika dihubungi menggesa kerajaan negeri segera menjalankan siasatan mengenai perkara itu.

Katanya, tindakan sewajarnya perlu dikenakan kepada pelajar yang terlibat kerana ia telah memalukan negara dan juga negeri asal pelajar, yang secara terang-terangan menentang kerajaan.

"Kalau betul mereka ini ditaja kerajaan termasuk Yayasan Terengganu, mereka tidak sepatutnya menyertai perhimpunan itu.

"Saya kesal kerana sebelum ini pelajar kita di Mesir mendapat pembelaan sepenuhnya dari kerajaan ketika negara itu dilanda pergolakan politik anti kerajaan pimpinan Preesiden Hosni Mubarak," katanya.

Ingat bom tapi beg berisi babi, biawak, itik

 

Panggilan telefon mendakwa ada bom di Komtar, di Georgetown, petang semalam, yang memaksa polis mengosongkan bangunan itu membawa kepada penemuan tiga beg yang masing-masing mengandungi seekor anak babi, biawak dan itik hitam.

Beg berwarna biru, hitam dan merah itu ditemui ditinggalkan di depan pintu lif di tingkat tiga bangunan yang menempatkan pejabat kerajaan termasuk Pejabat Ketua Menteri.

Marah dengan perkara berkenaan, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayob Yaakob berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab melakukan perbuatan itu.

"Ini kerja gila dan kita akan siasat. Ini perbuatan tidak bertanggungjawab dan boleh mengundang padah. Saya bagi amaran kepada semua, jangan main-main. Ini sudah melampau," katanya ketika dihubungi.

Mengulas kejadian itu, Ayub berkata polis menerima panggilan ancaman bom kira-kira pukul 4 petang.

Susulan itu polis mengosongkan Komtar dan sepasukan Unit Pengesan Bom dan Unit Anjing Pengesan K9 dihantar ke situ.

Polis menemui tiga beg yang dalam keadaan mencurigakan, namun apabila dibuka masing-masing mengandungi tiga ekor anak haiwan terbabit.

Ayub berkata usaha mengesan pelaku sedang dibuat termasuk menerusi rakaman kamera litar tertutup.

Kejadian itu dipercayai dilakukan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan pemimpin kerajaan negeri berdasarkan tag nama mereka yang diikat pada beg terbabit.

- Bernama

bahana merakam wanita dalam tandas...

 

Seorang pekerja am hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan merakam aksi seorang wanita di dalam tandas.

Khairulsfairuse Ahmad Madli, 30, melakukan kesalahan itu menggunakan telefon bimbitnya di tandas wanita, Unit Forensik, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia ketika wanita berusia 31 tahun itu sedang membuang air pada 10.45 pagi, 7 Julai lepas.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Majistret Abdullah Siddiq Mohd Nasir memerintahkan tertuduh dijamin sebanyak RM5,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Ogos untuk menjatuhkan hukuman.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rozana Husin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

my metro

Pengerusi PR jadi bertambah BERUK....!!!

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  paling CIBAI , Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof  di ingatkan agar jangan terlalu angkuh.

Ini  sebagai  mengulas kenyataan Abdul Aziz yang berkata pihak SPR tidak akan tunduk pada mana-mana pihak berhubung tuntutan 8 perkara yang di kemukakan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai lalu.

Kenyataan tersebut hanya akan menambah lagi pandangan buruk pelbagai pihak berhubung pengendalian SPR yang ada sekarang untuk memastikan pilihan raya umum akan datang dapat berlangsung dengan adil dan bersih.

Jawapan SPR bagi lapan tuntutan Bersih yang lalu, SPR hanya menyatakan masih ada ruang untuk parti pembangkang untuk menghebahkan manifesto melalui akhbar masing-masing tetapi tidak menyentuh soal media rasmi seperti RTM dan Berita Nasional Malaysia( Bernama) yang jelas terbukti tidak memberi liputan yang adil antara kedua-dua pihak yang bertanding.

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dalam tuntutan mereka menyebut semua media rasmi perlu memberi liputan yang seimbang kepada semua parti politik.Soal liputan yang seimbang akan terjawab dan selasai jika Radio Televisyen Malaysia (RTM) boleh memberi peluang kepada setiap Parti walaupun jangka masa yang singkat sekitar 15 minit untuk menerangkan manifesto masing-masing pada pilihan raya umum yang akan datang..

Begitu juga  dengan kenyataan Ahli Dewan Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Abu Bakar Yahya yang berkata golongan muda yang menyertai himpunan Bersih yang lalu dipengaruhi dan dipergunakan kumpulan tertentu. turut di sangkal.

Ini zaman anak muda, golongan muda tidak mungkin mudah di pergunakan. Zaman sekarang sudah ada arus media baru yang semua pihak boleh mendapat maklumat dengan pantas dan boleh menilai yang mana betul dan yang mana menipu..Tidak timbul soal golongan muda ramai menyertai himpunan Bersih 2.0 kerana dijanjikan bayaran wang ringgit seperti kenyataan Abu Bakar.

Wednesday, July 13, 2011

BETUL BETUL JADI MACAM ULAR...5 TAHUN MENJANDA ADA LEBIH 200 TEMAN LELAKI

 

MARANG: Berbekalkan sepotong kain batik yang dipuja dikenali sebagai kain ular berlaki atau mengawan, seorang wanita mendakwa pernah memiliki lebih 200 teman lelaki sepanjang lima tahun dia menjanda, sejak 2003 sebelum berkahwin semula pada 2008.

Akibat terlalu mengikut nafsu dan ghairah mendapat kasih sayang lelaki, wanita yang mahu dikenali sebagai Nora, 50, dari bandar ini berkata, ketika zaman ‘gemilang’nya itu dia bukan saja berjaya memancing lelaki bujang berusia 30 hingga 60 tahun, malah menjalin hubungan dengan suami orang.
Nora yang kini bergelar nenek mendakwa dia memiliki sepotong kain dinamakan kain ular berlaki yang mampu menarik minat lelaki kepadanya selain minat mendalamnya mempelajari ilmu kebatinan sejak remaja bagi menambahkan seri wajahnya.

“Kain yang tersimpan sejak 34 tahun lalu itu saya dapat daripada seorang wanita di bandar ini dan bermula daripada situ hidup saya berubah apabila sering menjadi tarikan lelaki.

“Kain batik itu istimewa kerana ada sepasang ular mengawan di bawahnya. Ia kemudian dipuja dengan ayat tertentu yang saya tidak tahu sebelum boleh digunakan sebagai penyeri, pelaris dan pengasih,” katanya.

Nora berkata, cara penggunaan kain itu mudah iaitu hanya disimpan di dalam beg atau dompet, namun perlu berhati-hati kerana ia tidak akan mujarab jika suami atau lelaki tahu mengenai kewujudan kain itu dalam simpanannya.

Nora berkata, melihat dirinya menjadi tarikan lelaki, ibu bapanya menyuruhnya berkahwin pada 1981 dan mendapat sembilan anak.

“Walaupun sudah berkahwin, masih ada lelaki yang mahu mendekati, tetapi saya pandai menyembunyikan rahsia itu daripada pengetahuan suami,” katanya yang kini mempunyai 10 cucu.

Menurutnya, akibat pergolakan rumah tangga berikutan diburu lelaki yang terpaut dengannya, dia bercerai pada 2003 dan dalam menjanda selama lima tahun.

Berbekalkan kain ular berlaki itu, dia memikat ramai lelaki untuk menjadi kekasihnya dan sepanjang lima tahun menjanda dia mendakwa mempunyai lebih 200 teman lelaki.

Bagaimanapun, Nora berkata dia tidak pernah melakukan hubungan seks dengan mereka, sebaliknya sekadar berseronok seperti berbual dan keluar minum bagi menghilangkan kebosanan.

“Bagi mendapatkan lelaki bagaikan memetik jari dan mereka akan mendekati sama ada meninggalkan nombor telefon atau mempelawa saya keluar bersiar-siar,” katanya.

Nora yang bekerja sebagai peniaga sambilan produk kecantikan berkata, dia mempercayai kain yang dipuja itu memberi kuasa dalam hidupnya hingga mudah mendapatkan lelaki tanpa perlu berkata-kata.

Menurutnya, selepas lima tahun menjanda, dia berkahwin kali kedua dengan seorang lelaki berusia 10 tahun lebih muda daripadanya pada 2008.

“Bagi menguji keberkesanan kain itu, saya pernah meletakkannya di dalam dompet suami tanpa pengetahuannya dan tidak lama selepas itu, suami hilang nafsu seks kepada saya,” katanya.

Namun katanya, lama-kelamaan kain itu menimbulkan banyak masalah kerana dia masih menjadi tumpuan lelaki sehinggakan untuk sukar menjalankan urusan harian selain bimbang tembelangnya mempunyai ramai kekasih diketahui keluarga dan rakan.

“Saya sudah tua dan hidup pada usia ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mencari keredaan Ilahi atas kesilapan lampau,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh, berkata umat Islam haram mempercayai perkara tahyul dan khurafat.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh berkata, mempercayai unsur yang tidak diajar agama boleh menjejaskan akidah seseorang kerana setiap yang dijadikan Allah adalah sempurna.

“Orang Islam sepatutnya tidak menjadikan makhluk lain seperti jin dan syaitan sebagai tempat untuk mereka meminta pertolongan bagi tujuan tidak baik.

“Justeru itu, mereka yang sudah terlanjur mengamal ilmu tidak menepati syariat Islam wajib meninggalkan perbuatan itu dan pulang ke pangkal jalan selain mendalami ilmu agama dengan lebih sempurna,” katanya.-HM

 

Tuesday, July 12, 2011

Berita Harian biadab demi jadi penjilat jubor UMNOPORNO sanggup tuduh Mohd Sabu berkerusi roda raih simpati.

Mat Sabu berkerusi roda raih simpati

SHAH ALAM: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu semalam cuba menarik perhatian pemberita dan simpati orang ramai apabila hadir pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dengan memakai kain pelikat dan berkerusi roda.

GAMBAR: MOHAMAD cuba menarik perhatian ramai hadir sidang DUN dengan berkain pelikat dan berkerusi roda, semalam. -BH

Beliau yang ditemani Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman dan timbalannya, Khalid Abdul Samad hadir jam 1.30 tengah hari sebelum memanggil pemberita untuk sidang media di lobi DUN.

Pada sidang media yang turut ditemani beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang lain, Mohamad sempat ketawa di depan pemberita sebelum mendakwa cedera ligamen kaki kanan apabila dirempuh kenderaan ketika menunggang motosikal, Sabtu lalu.

“Pasukan keselamatan merempuh dengan kenderaan ketika menunggang motosikal ketika saya menyertai BERSIH (perhimpunan haram ) Sabtu lalu.

“Polis bertindak kasar dalam perhimpunan itu sehingga saya cedera. Polis sudah jadi samseng bukan menjaga keamanan dan apa yang berlaku menunjukkan tahap keselamatan paling memalukan," katanya.

Mohamad berkata, beliau tidak menolak kemungkinan mendapatkan rawatan lanjut dengan menjalani pembedahan untuk memasukkan plat besi pada kakinya.

Mohamad antara pemimpin pakatan pembangkang yang ditahan ketika menyertai perhimpunan haram BERSIH di ibu negara Sabtu lalu. -BH

Memang Sungguh bidab wartawan dan editor Berita Harian itu.

Satu hari ditakdirkan wartawan dan editor itu hilang kakinya pada masa itu apakah jika kamu berkerusi roda ke pejabat kamu nanti maka kamu meraih simpati?

Ingat, tulis berita biar beradab, jangan biadab. Tuhan Maha Menilai apa saja yang kamu tulis untuk tatapan rakyat.

berkaitan...

Mereka Boleh Rosakkan Lutut Saya, Tetapi Tidak Boleh Rosakkan Perjuangan Saya

Seberang Jaya: "Umno dan pihak keselamatan boleh rosakkan kepala lutut saya tetapi mereka tidak sekali-kali berjaya merosakan pemikiran saya untuk terus berjuang sehingga matlamat memartabatkan kembali maruah negara yang telah musnah akibat permainan jahat Barisan Nasional (BN)," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) di hadapan puluhan ribu rakyat Pulau Pinang di Tapak Ekspo, Seberang Jaya, malam tadi.

Beliau yang datang dengan kerusi roda akibat rempuhan kereta polis ketika membonceng motosikal untuk ke Masjid Negara pada 9 Julai lalu turut mengingatkan pihak keselamatan supaya segera mengubah sikap menjadi lebih profesional tidak mengikut telunjuk BN yang memerintah.

Katanya, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 tidak akan berhenti di situ malahan berjanji akan mengadakan lagi sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) serta kerajaan tidak memperdulikan lapan tuntutan untuk memperbaiki sistem pilihan raya di negara ini.

Tambahnya, seperti mana kata Presiden PAS, Bersih 2.0 merupakan 'mukadimah' kebangkitan rakyat dan seandainya SPR dan Kerajaan Malaysia masih berdegil, tidak mustahil Bersih 3.0 akan bangkit dengan lebih ramai rakyat yang rela bersama ke Kuala Lumpur berarak secara aman.

"Kali ni Najib rasa tertekan maka disuruhnya pihak polis bertindak. Akhirnya polis juga yang kena marah.

“Bagi menghilangkan perasaan yang bergelora Najib terus tinggalkan Malaysia buat seketika," jelasnya sambil melaungkan ‘Najib penipu’ beberapa kali semasa berucap.

Justeru, beliau mengingatkan rakyat supaya sedar polis bertindak berdasarkan arahan Najib yang tidak senang dengan kemaraan Pakatan Rakyat.

Ini, katanya kerana anak muda secara terang-terangan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Pakatan Rakyat sejak berkuasa di lima buah negeri selepas pilihan raya umum ke-12 lalu.

Tambahnya lagi, kehadiran kaum Tionghua dan India ke himpunan Bersih 2.0 cukup membimbangkan pemimpin kerajaan Malaysia berbanding Bersih pertama dahulu.

Jelasnya, paling membingungkan pemimpin Umno BN adalah masih ramai lagi rakyat yang keluar bersama Bersih 2.0 walhal semua jalan ditutup dan sekatan dikenakan.

Tambahnya, ini tentunya ada yang tidak kena terhadap arahan tersebut atau rakyat sudah cerdik datang awal memasuki Kuala Lumpur secara diam-diam semata-mata menjayakan Bersih 2.0.

"Saya pun hairan di mana munculnya ratusan ribu manusia bersedia berhimpun secara aman sedangkan berbagai sekatan dikenakan.

“Saya ucapkan syabas kepada anak-anak murid yang sanggup mengepalai kumpulan besar dan kecil sehingga mencapai matlamat sebab semua kepimpinan PAS, KeAdiLan dan badan Bukan Kerajaan (NGO) ditangkap lebih awal," tegasnya pada program anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu.

Pemidato utama yang berucap pada majlis pertama kali diadakan selepas himpunan Bersih 2.0 itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. -HD

Ribuan banjiri ceramah 'BERSIH 3.0' di P Pinang

Tidak kurang 5,000 orang hadir memberi sambut hangat kepada dua wira BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu, iaitu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu di tapak Ekspo Seberang Jaya malam semalam.
Ramai yang melabelkan perhimpunan itu sebagai BERSIH 3.0.

Anwar tiba dengan memakai pemaut leher dan terpaksa dibantu ketika menuju ke pentas utama sambil diberi tepukan gemuruh manakala pemimpin PAS yang popular dengan panggilan Mat Sabu itu pula terpaksa menggunakan kerusi roda dan dibantu oleh petugas untuk naik ke pentas.

Jurugambar sibuk merakamkan gambar mereka manakala wartawan dan orang ramai yang hadir semua menanti kedua-dua mereka menceritakan pengalaman pada 9 Julai lalu.

Namun, pihak penganjur secara lembut meminta jurugambar dan orang ramai supaya bertenang agar kedua-dua pemimpin itu tidak tercedera lagi.

Pada ucapan ringkasnya, Anwar yang jelas kelihatan lesu dan kurang bertenaga daripada biasa, dipercayai akibat kesakitan yang dialaminya akibat diserang gas pemedih mata di KL Sentral menganggap tindakan pihak berkuasa pada Sabtu lalu sebagai satu jenayah.

"Najib kamu boleh pukul, dera tapi tidak boleh tahan hati rakyat. Hati yang luka itu akan bangkit," katanya.

Anwar turut mengecam tindakan polis yang melakukan kekerasan terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang pada perhimpunan di Kuala Lumpur itu.

Jelasnya, beliau berpegang teguh kepada nasihat Hadi yang tidak keberatan untuk turun sekali lagi bersama rakyat menentang kezaliman kerajaan Umno-BN.

Dakwaan mengatakan kaum Cina tidak menyertai perhimpunan itu adalah meleset menurut beliau berikutan respon daripada kaum itu amat mengalakkan terutama di kalangan generasi muda.

Hadirin di Seberang Jaya ini yang majoritinya orang Melayu diberitahu bagaimana perdana menteri selepas mendalangi apa yang terjadi pada Sabtu lalu tergamak mendakwa beliau menipu tentang kecederaannya.

"Saya terpaksa pakai paut leher - ini arahan doktor selepas merawat dan melihat seteruk mana kecederaan di leher dan tulang belakang saya... bukan saya yang mintanya,” katanya.

"Najib mahu semua orang fikir saya sengaja buat pembedahan (tulang belakang) di Munich supaya saya boleh kembali dan tunjuk kepada semua orang,” katanya sambil membidas perdana menteri itu.

Hadir sama pada majlis itu adalah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. -mk

Menteri kesihatan tak sihat bela polis anjing UMNOPORNO bedil hospital

Menteri: Polis tak bidik Hospital Tung Shin

Menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu lalu.

Katanya, dakwaan yang berlegar di internet berhubung tembakan ke arah hospital tersebut adalah tidak benar dan perkara itu telah disahkan dengan hospital berkenaan.

Katanya, polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan.

"Tetapi mereka tidak membidik ke arah hospital," katanya lagi kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat dengan lembaga pengarah Hospital Tung Shin hari ini.

Katanya lagi, polis juga membidik tembakan meriam air pada arah 45 darjah dari jalan utama.

Ditanya mengenai video dan gambar-gambar yang dimuatkan oleh pengguna web di internet, Liow meminta wartawan supaya jangan menunjukkan bahan berkenaan untuk menyoalnya semula.

"Apa yang paling penting, individu yang bertanggung jawab ke atas hospital telah mengesahkan bahawa polis tidak menembak gas pemedih mata atau meriam air ke dalam (perkarangan) hospital," kata timbalan presiden MCA itu lagi.

Dalam sidang media sama, pengerusi lembaga pengarah Tung Shin, Ng Beh Tong turut berkongsi pandangan menteri berkenaan.

Katanya, pentadbiran hospital itu telah memberikan taklimat kepada lembaga hospital pagi ini berhubung insiden yang berlaku pada hari perhimpunan tersebut. -mk


Memalukan  bila seorang menteri kesihatan mengambil sikap mempertahankan tindakan polis tetapi membelakangkan keselamatan pesakit dan orang awam di hospital.

Katanya, polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan.

Bukankah polis mengetahui kawasan itu adalah kawasan sebuah hospital dan jika sekalipun benar ia tak membidik hospital tetapi jalan besar ia tetap merupakan satu kesalahn serius.

Seperti orangramai tidak boleh membunyikan hon kenderaan di jalanraya di hadapan sekolah kerana menganggu para pelajar, apatah lagi menembak gas pemedih mata di jalanraya di hadapan sebuah hospital.

Alasan menteri berkenaan hanyalah bertujuan politik. Mempertahankan tindakan polis yang ternyata jelas bersalah sedangkan sudah sedia maklumkan asap tembakan sudah pasti merebak ke kawasan di sekelilingnya.

Namun yang jelas dan nyata, tembakan yang dilakukan sebenarnya memang ke arah hospital. Gambar dan video (lihat di bawah)yang dirakam membuktikannya tetapi menteri berkenaan masih dengan sikap membodek agar jawatan menterinya tidak terlepas.

Dasar menteri kabinet BN memang kaki pendusta!

Monday, July 11, 2011

Di langgar barua barua gangster berlesen 1 malaysia....Kaki Mat Sabu Perlu Dibedah

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyifatkan tindakan polis sebagai ‘gangster’ ketika perhimpunan Bersih 2.0, Sabtu lalu.

Menceritakan detik cemas itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata motosikal yang dinaikinya dirempuh Land Rover polis sehingga menyebabkan beliau tergolek di jalanan.

Beliau yang cedera kemudian dibawa oleh pegawai polis ke Balai Polis Jinjang dan dirujuk ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut.

“Saya dibebaskan selepas membuat pemeriksaan di klinik. Tapi disebabkan kaki kanan saya tidak pulih hari ini saya buat pemeriksaan di Selangor Medical Centre. Doktor kata ligamen saya koyak dan pembedahan untuk memasukkan besi akan dibuat pada Jumaat ini.

“Ini hanyalah pengalaman peribadi tapi paling mustahak polis jadi gangster. Bukan jaga keamanan negara tetapi jaga pemerintahan kerajaan dan Umno,” katanya yang berkerusi roda dan cedera di lutut kanan dalam sidang media di Dewan Annex ketika sidang Dewan Undangan Negeri Selangor berhenti rehat.

Mat Sabu menyifatkan kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan regim yang zalim.

Beliau berkata , NGO Bersih akan bermesyuarat untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Najib berbohong

“Kami minta stadium dia (Najib) tak bagi. Najib berbohong…Beliau tidak layak memimpin rakyat, dia hanya layak jadi suami Rosmah.

“Bersih akan bermesyuarat untuk tindakan undang-undang. Esok saya akan buat laporan dan serah kepada peguam untuk tindakan selanjutnya,” katanya lagi.

Seorang lagi mangsa yang juga ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad turut cedera di kepala dan menerima enam jahitan akibat insiden itu mendakwa wujud skrip untuk menggambarkan orang Melayu dan PAS adalah bodoh.

“Yang ditahan pemimpin-pemimpin PAS-Ustaz Hadi, Mahfuz, Salahuddin… sedangkan Lim Kit Siang di depan. Tapi mereka buta dan tidak tangkap. Ada rancangan yang menggambarkan orang Melayu bodoh dan digunakan DAP.

“Rasa pihak polis seolah-olah memainkan peranan yang ditetapkan Umno,” dakwa beliau.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pula menggesa mangsa-mangsa untuk tampil bertemu sekretariat Bersih mahupun pihak Pakatan untuk mengumpul bukti keganasan polis pada perhimpunan Bersih tersebut.

Azmin mendakwa ramai yang dipukul dan diseksa polis, malah Pakatan katanya akan menghubungi media antarabangsa seperti Al-Jazeera untuk mengumpul bukti keganasan polis.

Tidak bertamadun...KPN dan timbalanya wajar letak jawatan....

 

Ketua Polis Negara dan timbalannya, Tan Sri Ismail Omar dan Datuk Khalid Abu Bakar  di desak supaya meletak jawatan ekoran kekejaman dan keganasan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap para peserta Bersih 2.0 kelmarin sehinggakan seorang terkorban dan puluhan lagi tercedera.

Tndakan biadab polis ini sehingga menyebabkan kematian seorang peserta Saudara Baharuddin Ahmad dan puluhan lagi yang cedera semata-mata tindakan ganas mereka. Ratusan yang tercedera kerana dipukul, disepak dan diheret ke dalam trak adalah pandangan jijik anggota keselamatan, yang tidak sepatutnya berlaku.

Tindakan ganas dan melampau polis,  langsung tidak mencerminkan slogan mereka Mesra, Cekap dan Betul – jauhlah lagi terpesong dengan piagam pelanggan mereka, Tegas, Adil dan Berhemah.

Polis sepatutnya menjaga keselamatan rakyat dan bukannya menyebabkan mereka cedera secara sengaja.Kebiadaban anggota polis dan FRU dapat dilihat dengan jelas dari beberapa rakaman video rakyat yang dirakamkan oleh pelbagai sumber samada peserta Bersih 2.0 ataupun media antarabangsa telah membuktikan kegagalan mereka dalam menjamin keselamatan rakyat..

Perhimpunan aman Bersih 2.0 yang berlangsung 9 Julai yang lalu dicemari oleh tindakan polis yang agresif dengan serangan gas pemedih mata bertubi-tubi dan water cannon barangkali atas arahan kerajaan persekutuan pimpinan Barisan Nasional telah menyebakan seorang mangsa terkorban dan puluhan tercedera.

Mangsa terkorban ialah Allahyarham Baharudin Ahmad, 58. Antara yang cedera termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad. Di samping itu, polis juga telah menahan 1,667 orang sebelum melepaskan kesemuanya pada jam 9.30 malam hari Sabtu yang lalu.

Bagaikan spring yang melantun akibat ditekan, seramai 50,000 telah menghadiri perhimpunan Bersih 2.0 walaupun bermacam-macam cara yang digunakan kerajaan Barisan Nasional untuk menghalangnya..Angka tersebut mungkin lebih kerana ada kumpulan-kumpulan yang tidak berjaya bergabung dengan kumpulan utama.

Ironisnya, ia merupakan satu senario yang kerajaan cuba nak elakkan dengan melancarkan pelbagai tangkapan awal dan satu serbuan terhadap segala yang berwarna kuning.

Tuduhan kerajaan dan polis bahawa Bersih 2.0 mungkin cuba membuat huru-hara di sekitar Kuala Lumpur juga dibuktikan palsu apabila ketegangan diwujudkan polis sendiri setelah menjadikan kawasan sekitar Kuala Lumpur bagaikan medan perang sebelum perhimpunan bermula.

Dalam perhimpunan aman Bersih 2.0, langsung tiada kejadian ganas oleh para peserta sebagaimana yang cuba digembar-gemburkan media arus perdana sebelum ini.Oleh itu, kezaliman dan keganasan polis yang menggunakan gas pemedih mata atau tembakan air asid sepatutnya tidak berlaku, kerana tiada langsung sebab untuk mereka menggunakannya...

Turut di selar  kenyataan Ismail yang kononnya mendakwa bahawa polis hanya bertindak ganas sedemikian selepas diprovokasi para peserta Bersih 2.0.Dengan pelbagai gambar dan video yang terpapar, kenyataan songsang Ismail and timbalannya sebaliknya hanya dapat berfungsi untuk mendedahkan pembohongan mereka sendiri.

Andaikan 50,000 dan setiap seorang menyebarkan pengalaman Bersih 2.0 mereka kepada 10 seorang – maka 500,000 rakyat akan terasa – dengan 500,000 setiap seorang berkongsi lagi dengan 5 orang – maka hasilnya 2.5 juta rakyat yang tidak dapat bersama dapat merasai bagaimana kita semua bersatu sebagai rakyat Malaysia pada 9 Julai yang lepas.

Dengan perkongsian sedemikian, kita akan sedar bahawa permainan politik yang cuba gempar-gemburkan bahawa rakyat Malaysia berpecah hanyalah taktik licik Umno Barisan Nasional untuk mengekalkan kuasa mereka..

Peringatannya kepada Pakatan Rakyat bahawa sokongan rakyat terhadap Bersih 2.0 bukanlah petanda sokongan mereka kepada pakatan pembangkang negara.Rakyat menyokong Bersih 2.0 hanya semata-mata untuk memastikan undi-undi mereka tidak di’offset’kan secara tidak sah oleh pengundi hantu, pengundi pos yang tidak sah dan juga memastikan mereka mendapat maklumat yang tepat sebelum mengambil keputusan untuk mengundi siapa-siapa.

8 tuntutan Bersih 2.0 adalah untuk memastikan wakil yang dipilih menang nanti di pilihanraya akan datang betul-betul adalah pilihan rakyat dan bukannya pilihan parti pemerintah yang memanipulasi sistem pilihanraya negara untuk kekal berkuasa....

 

Sunday, July 10, 2011

polis layan baiiikkk kununnnya....piraahhhh....samseng berlesen 1 malaysia mana boleh percaya punya...!!!

Anwar Ibrahim di cederakan di kepala dan lututnya luka dan terpaksa ke hospital. Sebahagian peserta perhimpunan Aman dikasari oleh pihak polis. A. Samad Said menyebut dan melihat bagaimana wanita di tolak hingga jatuh.

Mereka akan menyiarkan kononnya Polis begitu baik bagi makan kepada peserta yang ditangkap.

Rawatan juga diberikan kepada yang cedera.

 

Tempat solat juga disediakan. Malah kalau nak tahajud pun tak apa.. he he

 
Rakyat seluruh Malaysia akan menonton pembohongan dan lakonan hebat polis ini. Najib pengarah utama skrip 'celaka' ini!!

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here