cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, July 2, 2011

AWEK BOGEL NAIK BECA

Tersebutlah sebuah kisah umporno,ada seorang awek berbogel menahan sebuah beca lantas menaiki beca tersebut.

Sepanjang perjalanan, si tukang beca langsung tidak mengalihkan pandangannya dari menatap gadis tersebut.

Merasakan dirinya diperhatikan oleh tukang beca tersebut, gadis itu bertanya “kenapa, tak pernah tengok perempuan bogel ke?”

“Bukan begitu, cik adik. Pakcik cuma tertanya tanya, dari mana wang tambang beca ni adik nak keluarkan” jawab tukang beca tu.

Geng Ganas 'Melayu Dan Mamak' tak sedar diri di tipu UMNOPORNO Di Pulau Pinang

 

Kira-kira 300 penyokong Umno, PERKASA dan NGO, Suara Anak-anak Malaysia mengadakan demonstrasi di Pulau Pinang petang kelmarin  bagi membantah tindakan Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana menyokong perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.

Dalam kekecohan itu enam orang ditahan polis yang turut mengarahkan kira-kira 100 anggotanya untuk mengawal keadaan.

Penyokong kumpulan itu berarak kira-kira satu kilometer dari Masjid Kapitan Keling ke bangunan Komtar selepas solat Jumaat.
Sepanjang perarakan itu kumpulan berkenaan membawa sepanduk 'Jangan Berani Bangkitkan Komunis', 'Pulau Pinang Hak Kami' dan 'Guan Eng Dalang Perpecahan Melayu'.

NONE

Sejurus tiba di Komtar, mereka berarak mengelilingi bangunan itu dan setibanya di Jalan Penang pada kira-kira 3.10 petang, kumpulan itu bertindak nekad dengan duduk di atas jalan raya selama 10 minit.

Mereka menuntut Lim berundur sebagai ketua menteri kerana beliau secara terbuka menyokong perhimpunan BERSIH yang telah diisytiharkan perhimpunan haram oleh pihak polis.

Dalam perarakan itu yang melalui Jalan Chulia dan Jalan Carnavon menuju ke Komtar, kumpulan itu juga memecahkan cermin kereta-kereta di sepanjang jalan.

Mereka juga bertindak ganas dengan menolak dua jurugambar - seorang daripada akhbar Cina manakala seorang seorang lagi daripada stesen TV.

NONE

Selepas menahan enam orang dan membunyikan siren, penunjuk perasaan beredar ke Jalan Penang, di mana beberapa beberapa pemimpin Umno termasuk Ezam Mohd Nor membuat ucapan membidas Lim dan kerajaan negeri.

Katanya, Malaysia perlu dipertahankan daripada kumpulan yang ingin merosakkan keharmonian negara.

"Perhimpunan ini untuk memberi mesej jelas kepada pengkhianat-pengkhianat ini bahawa negara kita masih ramai anak-anak Melayu, Cina dan India yang akan mempertahankan maruah negara," katanya.

Pada jam 3.30 petang, sekumpulan lagi berarak dari Jalan Penang ke kawasan Komtar membawa dua ekor itik dan menjeritkan nama exco Pulau Pinang dan ADUN Batu Maung Datuk Abdul Malik Abul Kassim.

NONE

Selain mempersendakannya mereka juga mengajuk cara percakapan Abdul Malik.

Demonstrasi itu menyebabkan kesesakan di sekitar Georgetown dan banyak premis di sekitar Komtar ditutup.

 

NONE

Polis hanya membiarkan kumpulan itu dengan telatah dan gelagat mereka.

Sementara itu, selepas diarahkan bersurai pada kira-kira 3.25 petang, kira-kira 30 orang daripada kumpulan itu bergerak ke Jambatan Pulau Pinang bagi mengadakan demonstrasi di tengah-tengah jambatan.

Tindakan itu menyebabkan kesesakan selama lebih dua jam sepanjang kira-kira lapan km dari Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, di bahagian Pulau ke pertengahan jambatan, menuju ke Seberang Perai.

 

NONE

 

taktik lama tapi cat aje yang lain...

 

Nampak semacam ada sesuatu yang tak kena dengan insiden pejabat Umno bahagian Cheras dan Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur disimbah cat kuning dan dilempar bangkai ayam yang berlaku awal pagi semalam.

Dipetik dari Free Malaysia Today, pejabat Umno Bandar Tun Razak, dilempar enam ekor bangkai ayam- dua kelmarin dan empat awal pagi semalam manakala pejabat Umno Cheras pula dilempar empat ekor bangkai ayam selain disimbah cat kuning.

Kenapa cat kuning

Jawapan paling mudah, sebab kini demam warna kuning. Senang jawab bagi penulis WarkahDaily, awal-awal lagi ia suatu perancangan rapi bagi menyalahkan BERSIH 2.0.

Kebiasaan berlaku, jika sesuatu kumpulan atau individu yang menimbulkan masalah kepada individu atau kumpulan lain, bukan cat kuning yang digunakan untuk dicurah ke mana-mana tempat, tetapi cat merah.

Tetapi oleh kerana kini pemimpin Umno-BN terus menerus menyerang dan memburukkan Himpunan BERSIH 2.0 yang disandarkan dengan warna kuning konon boleh menimbulkan huru-hara dan keselamatan negara terancam, sudah pasti ada pihak yang cuba membuat provokasi awal sebelum perhimpunan sebenar 9 Julai ini berlaku.

Bukan susah nak faham pun. Akhbar dan televisyen barua Umno setiap hari duk provok konon Himpunan BERSIH 2.0 bersangkut paut dengan komunis, ada yang kata BERSIH 2.0 mahu menuju kepada negara anarki la, keselamatan negara terancamlah dan macam-macam lagi fitnah jahat ditabur.

Namun semuanya cakap tin kosong pemimpin dan barua Umno yang tidak dihadirkan bukti. Bukan pelik jika barua Umno yang mempunyai latar belakang pasukan sorak yang terdiri dari NGO rasis, tak mustahil PERKASA dan sebagainya yang mempunyai rekod cemerlang dalam melakukan provokasi akan cuba mencipta sesuatu yang boleh memburukkan Himpunan BERSIH 2.0.

Cepat Ali Alhabshee tuduh BERSIH

Belum apa-apa lagi, siasat pun tak lagi, tapi Ali Alhabshee dah mula menuding jari kepada BERSIH 2.0. Hebat sangat ke firasat Ali Alhabshee.

Ali Alhabshee yang juga ketua Umno bahagian Cheras berkata, kejadian itu disedari pekerjanya awal pagi semalam.

Namun, Ali AlHabshee mula mendakwa, pihak yang tidak bertanggungjawab itu cuba mencetuskan provokasi supaya ahli Umno bertindak balas terhadap perhimpunan BERSIH yang dirancang 9 Julai depan. Tuduh BERSIH la tu.

Sambil membuat andaian itu kerana beliau kononnya banyak mengkritik dan menghentam pihak yang mahu mengadakan Himpunan BERSIH 2.0.

Bagi penulis, herdikan dan kritikan Ali AlHabshee tidak menjadi kudis buta kat penganjurkan Himpunan BERSIH 2.0, jadi kenapa pihak BERSIH mahu bertindak melulu sebegitu. Rakyat yang bangkit untuk BERSIH bukan sejenis dengan spesis barua Umno-BN yang bertindak kejam dan melakukan apa sahaja untuk menghalang kebangkitan rakyat daripada terus berlaku.

Jadi, bagi penulis WarkahDaily, sudah pasti ada sesuatu yang tak kena dengan kejadian simbahan cat kuning bukan merah, yang mungkin ada usaha pihak tertentu yang mahu memburukkan Himpunan BERSIH sebelum 9 Julai.

Jadi, tak peliklah selepas ini, polis yang melakukan siasatan pun juga turut senada dengan Ali AlHabshee membuat tuduhan melulu kepada BERSIH 2.0.

Taktik lama cuma warna cat aje lain.

 

warkah daily

Thursday, June 30, 2011

"Lidah Biawak" Pencacai No.1 Umno...

 

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin yakin perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai depan akan bertukar menjadi rusuhan sekiranya dibenarkan berlangsung.

Keyakinan itu katanya timbul berdasarkan pengalaman di mana kekecohan sememangnya sengaja diatur sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu ke mahkamah bagi mendepani setiap pertuduhan ke atasnya.

Selain itu, katanya, jangkaan itu dibuat berdasarkan kepada tindak-tanduk politik pembangkang yang disifatkan tidak mempunyai batasan kerana sanggup berbuat apa sahaja demi kelangsungan politik mereka.

"Politik tanpa batas inilah menyebabkan kami (bekas PKR) keluar parti di mana mereka berusaha bersungguh-sungguh mahu ke Putrajaya melalui dua kaedah iaitu menipu dan memutar belit seperti yang dilakukan sekarang.

"Saya dah biasa dengan mereka. Mereka akan timbulkan keresahan di kalangan rakyat sehingga berlaku tangkapan terhadap individu tertentu.

"Selepas itu rakyat akan marah dan ramai di antara mereka akan turun pada hari ditetapkan bagi merusuh. Kalau kita biasa dengan mereka, memang itulah taktiknya," kata beliau kepada pemberita di Lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Perhimpunan tersebut bakal diadakan tujuh hari sebelum Anwar dijadualkan perlu membela diri berhubung kes liwatnya ke atas Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, Anwar seboleh-bolehnya memang mengharapkan rusuhan tersebut berlaku kerana beliau tidak mahu hadir di mahkamah di mana isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail perlu menjadi saksi.

"Beliau tidak berani dengan semua itu dan sanggup ambil risiko agar berlaku rusuhan. Taktik sama juga digunakan pada 1998 di mana saya sendiri terlibat menimbulkan kekecohan sewaktu beliau mahu dihadapkan di mahkamah," ujarnya.

Justeru katanya, bagi menghalang perkara itu berlaku, kerajaan diminta tidak lagi bertolak ansur dengan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menjayakan perhimpunan haram tersebut.

"Kerajaan kita terlampau bertolak ansur. Orang tolak kita, kita terus beransur. Tak bolehlah begitu... Kita tidak boleh lagi bersikap defensif.

"Tindakan tegas perlu diambil di mana kita perlu bersikap menyerang. Puak pembangkang ini tidak faham bahasa diplomasi dan disebabkan itu kita perlu gunakan 'bahasa lain'," katanya

Juragan

Tipu Dan Terus Menipu....SPR Mahu Guna Sistem Biometrik Bukan Dakwat Kekal....!!!

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa badan itu akan menggunakan sistem biometrik atau teknik imbasan ibu jari bagi mengenal pasti dan mengesahkan identiti pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof,Abdul Aziz berkata, penggunaan sistem biometrik lebih sesuai kerana sistem itu tidak memerlukan pindaan Perlembagaan berbanding dengan menggunakan dakwat kekal. Beliau juga mendakwa sehingga ini, SPR tidak pernah menerima aduan atau petisyen yang mendakwa pengundi mengundi lebih daripada sekali, seperti dakwaan sesetengah pihak kononnya pilihan raya diadakan secara tidak bersih.

SPR tidak boleh menghalang seseorang daripada menunaikan tanggungjawab mengundi semata-mata kerana ada dakwat kekal pada jari mereka kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya. 

Penggunaan dakwat kekal jauh berganda-ganda lebih murah daripada penggunaan biometrik. Malah penggunaan dakwat kekal lebih efektif dari segi pemantauan - semua petugas/pemerhati boleh memeriksa/melihat jari pengundi. Mengapa SPR mahu menggunakan sistem biometrik? Adakah kerana berita di bawah ini?

 

Tiada pengundi mengundi lebih daripada sekali? Jika begitu, SPR perlu menjawab dakwaan bekas tentera ini:

Rakyat semakin tersepit bila syarikat pembina rumah jadi perompak rakyat...!!!

Di waktu rakyat Malaysia terutama yang baru hendak membeli rumah terpaksa membeli rumah dengan harga yang melambung tinggi, syarikat2 pembina perumahan mencatat keuntungan yang berlipat-lipat kali ganda.

Salah satu syarikat tersebut adalah Mah Sing Group Bhd yang baru mengisytiharkan keuntungan sebanyak RM1.5 ribu juta (billion) sehingga bulan 30 June 2011.

Tak heranlah syarikat2 ini untung berlipat-lipat kali ganda sebab kerajaan Malaysia tidak memikirkan bahawa rumah adalah satu keperluan, bukan satu pilihan.

Apa guna pinjaman 100% kalau sebuah keluarga terpaksa membelanja pendapatan mereka sebanyak minimum Rm3000 sebulan? Apa yang tinggal untuk makan, kereta dsbnya?

Juga, tiada usaha dari kerajaan menghalang orang asing membeli rumah di Malaysia. Ini akan mengurangkan keuntungan syarikat2 pembina perumahan ini yang mana mereka ini sentiasa membantu parti pemerintah dari segi kewangan.

Akhir sekali, rakyat yang sakit. Kroni dan UMNOPUTRA terus kaya

 

syarikat  pembina rumah rompak rakyat dengan izin  UMNOPORNO

Wednesday, June 29, 2011

kacau perhimpunan aman...saman aje polis ...dan kita boleh jadi kaya raya...!!!


Dr Hatta Ramli telah menyaman bekas OCPD Rompin, Hanafi Daud, kerana menganggu ceramah beliau serta menahan beliau sewaktu mengadakan ceramah di premis persendirian pada tahun 2010.
Hanafi Daud diarah membayar ganti rugi sebanyak RM200 ribu ringgit (rujuk laporan Harakahdaily di bawah)

Mengikut  laporan itu:

Hakim juga memutuskan bahawa ceramah PAS yang diadakan di dalam kawasan markas tersebut adalah satu perhimpunan yang sah dan tidak memerlukan permit polis kerana ia bukan tempat awam.
Mahkamah juga memutuskan bahawa defendan juga telah melanggar Artikel 5 (3) Perlembagaan Persekutuan kerana gagal memberitahu plantif-plaintif atas alasan apa mereka ditangkap.


Beberapa hari kebelakangan ini, pihak Polis telah bertindak ganas, menangkap mereka yang berpakaian T-shirt kuning berlambang BERSIH, mereka yang menjual T-Shirt BERSIH, menganggu ceramah2 BERSIH di premis persendirian, menutup pentas ceramah di Seksyen 24 Shah Alam.

Kepada  ahli2 dan penggerak2 parti sekelian supaya mendokumentasi, menangkap gambar, mengambil maklumat anggota polis yang bertindak demikian, merakam video dan audio setiap perilaku polis tersebut Selepas ini, kita boleh menyaman pihak polis yang telah bertindak diluar bidang kuasa mereka itu Inshaalah kita boleh jadi kaya macam Dr Hatta yang bakal menerima wang sebanyak RM200 ribu.

Bayangkan kalau satu Malaysia saman PDRM di Mahkamah. Bangkrap PDRM dibuatnya.Ingat juga, Polis tiada hak untuk menurunkan banner atau bunting atau perkara sedemikian. Itu adalah bidang kuasa Kerajaan Tempatan dan bukan Polis.PDRM sepatutnya menjadi kuasa menjaga rakyat dan bukannya menindas rakyat. PDRM tidak sepatutnya berat sebelah menyokong sebelah pihak sahaja. Mereka mesti adil dan saksama.

Bekas OCPD diarah bayar RM200 ribu


KUANTAN, 15 Mac: Mahkamah hari ini memerintahkan bekas Ketua Polis Rompin, Hanafi Daud membayar kepada Dr Hatta Ramli dan dua pimpinan PAS Pahang, Mazlan Yassin dan Nazri Ahmad sebanyak RM200,000 sebagai ganti rugi dan kos akibat daripada penangkapan dan penahanan yang tidak sah ke atas mereka bertiga di Markas PAS Rompin di Muadzam, Pahang pada 10 Mei 2004 lalu.
Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuantan, Puan Sazlina Safie membuat keputusan tersebut hari ini setelah Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili defendan menyatakan kepada mahkamah bahawa anak guam beliau bersetuju membayar plaintif-plaintif RM200 ribu.


Kes hari ini ditetapkan untuk perbicaraan taksiran gantirugi.
Pada 26 Ogos 2009, Hakim Datuk Mariana Yahya telah memutuskan bahawa defendan telah menyalahgunakan kuasanya apabila membuat serbuan ke atas markas PAS dan menangkap serta menahan Dr Hatta, Mazlan dan Nazri.


Hakim juga memutuskan bahawa ceramah PAS yang diadakan di dalam kawasan markas tersebut adalah satu perhimpunan yang sah dan tidak memerlukan permit polis kerana ia bukan tempat awam.
Mahkamah juga memutuskan bahawa defendan juga telah melanggar Artikel 5 (3) Perlembagaan Persekutuan kerana gagal memberitahu plantif-plaintif atas alasan apa mereka ditangkap.


Setakat ini, inilah kali pertama pihak OCPD disaman oleh pimpinan PAS di atas gangguan yang dilakukan oleh pihak polis ke atas ceramah PAS, hatta hakim sendiri menemplak defendan kerana mengganggu ceramah PAStersebut sedangkan ia berjalan secara aman dan telah banyak kali dijalankan di markas tersebut.


Dr Hatta, Mazlan dan Nazri diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin manakala Hanapi Daud diwakili oleh Kamal Azira Hassan.


Harakahdaily/-

Tarif Elektrik Naik untuk tanggung biawak hidup pemimpin penyanggak 1 malaysia

Bil elektrik PM, TPM RM160,000 sebulan

Kerajaan diminta menjelaskan kos tinggi penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya ketika rakyat diseru berjimat ekoran pengurangan subsidi barangan keperluan.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Mariah Mahmud (kiri) berkata, ini perlu kerana rakyat diminta mengubah cara hidup mereka bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran ekonomi sekarang.

"Apabila mendidik orang ramai supaya berjimat, ia sepatutnya bermula dengan pemimpin,” kata Siti Maria Mahmud kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.

Siti Maria mengulas jawapan bertulis di Dewan Rakyat berhubung soalan yang diajukan oleh ahli parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof, yang juga ketua Dewan Muslimat PAS yang ingin tahu penyelenggaran kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya.

Mengikut jawapan bertulis, RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu.

"Begitu tinggi perbelanjaannya sedangkan kediaman itu tidak digunakan sepenuh masa,” kata Siti Zailah, yang hadir bersama.

Menurut jawapan itu, hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu. Sewa dibayar kepada Perbadanan Putrajaya.

RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air.

"Kami tidak tahu sebesar mana keluarga perdana menteri dan timbalannya sehingga hari ini,” kata ketua pemuda DAP Anthony Loke, yang turut hadir da;am sidang media itu.

Menurut beliau jika jumlah itu dibahagikan sepanjang lima tahun dan dikira mengikut bulan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi.

"Ini cukup untuk bayar bil elektrik saya untuk selama 100 tahun dan air pula cukup untuk 6,000 orang,” katanya. -mk

 

rentakinfo

 

RM160,000 sebulan? Ada kilang apa di kediaman PM dan TPM?

Rakyat ada yang hidup papa kedana, sedang pemimpin negara hidup mewah membazirkan wang negara.

Itu petanda kehancuran negara.

Harga Ikan Dan Ayam Naik Melambung Rakyat Terjerut Pemimpin Negara Sampai Pecah Perut Terus Menyamun Rakyat

Sejak dua minggu lalu, kebanyakan peniaga bahan keperluan di beberapa pasar mendakwa berlaku kenaikan harga terutama barangan mentah di pasar khususnya ikan dan ayam.

Tinjauan ke Pasar Chow Kit mendapati, harga ayam meningkat 50 sen hingga RM1 sekilogram yang dijual pada harga RM8 atau RM8.50 sekilogram berbanding RM7.50 sekilogram sebelum ini.

Malah, lebih mengejutkan harga ikan kembung yang dijual pada harga RM6 sekilogram meningkat sehingga 100 peratus iaitu pada harga RM12 sekilogram sejak tiga hari lalu.

Peniaga, Ali Mahmud, 28, berkata, kenaikan harga berlaku sejak dua minggu lalu dengan kenaikan 20 sen hingga RM6 menyebabkan peniaga menerima pelbagai rungutan daripada pembeli.

“Kami menerima barangan daripada pemborong. Jika mereka menaikkan harga kami terpaksa menjual pada harga tinggi walaupun kadang-kadang keuntungan sedikit.

“Peniaga dalam dilema kerana setiap hari terpaksa menerima rungutan daripada pembeli jika berlaku keadaan sedemikian,” katanya.

Menurutnya, dia tidak pernah menaikkan harga ayam sesuka hati kerana sedia maklum bahan mentah berkenaan barangan kawalan.

Peniaga ikan yang mahu dikenali Hairi, 29, berkata minggu ini menyaksikan kenaikan beberapa jenis ikan seperti kembung, kerisi dan selar sehingga dua kali ganda daripada harga sebelum ini.

“Kekurangan bekalan ikan terutama kembung akibat keadaan cuaca tidak menentu menyebabkan harganya naik mendadak dan ini kali kedua harga ikan naik.

“Kami tidak dapat menjangka harganya akan turun dalam masa terdekat kerana tidak menunjukkan ia akan kembali normal dan bergantung keadaan semasa,” katanya. -hm

rentakinfo

Berita macam nie sah tak keluar Berita Hairan, Utusan Meloya dan TV 3 suku. Roti canai kedai mamak pun dah ada yang seringgit sekeping. Makin lama umNGOK memerintah makin jahanam MALAYSIA nie.

Tuesday, June 28, 2011

agenda hidupkan komunis sandiwara polis dan KDN ikut telunjuk UMNOPORNO...

Dakwaan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa PSM cuba menghidupkan semula fahaman komunis ekoran tangkapan 30 aktivis di Pulau Pinang di kutuk sekeras keras

Sebaliknya tegas Setiausaha Agung PSM S. Arutchelvan, PSM tidak mempunyai sebarang agenda untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong apatah lagi mahu menghidupkan semula gerakan Parti Komunis Malaysia (PKM) seperti mana yang didakwa.


Pembohongan besar ini turut digunakan ke atas 30 orang peserta yang terlibat dalam Kempen Udahlah. Mereka yang sepatutnya dibebaskan, kini direman selama tujuh hari ekoran cubaan polis mereka cipta dakwaan palsu  di mana seksyen yang digunakan keatas mereka adalah Seksyen 122 Kanun Keseksaan iaitu melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong.
Kenyataan pihak berkuasa dan dakwaan ke atas aktivis PSM adalah tidak berasas, tidak masuk akal, pembohongan, bermotifkan politik dan sandiwara dan oleh yang demikian, jadi kita meminta ke semua mereka yang direman dibebaskan serta merta dan pihak kerajaan meminta maaf atas tohmahan yang tidak berasas ini..


Polis Pulau Pinang pagi tadi mengumumkan bahawa perintah reman akan dibuat ke atas 30 aktivis Bersih 2.0 yang juga ahli PSM mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana mereka berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong.Abdul Rahim berkata siasatan polis mendapati sekumpulan aktivis PSM yang ditahan di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang petang semalam cuba menghidupkan semula fahaman komunis.


Beliau berkata, ini berdasarkan pelbagai barangan yang dirampas polis daripada aktivis berkenaan mempunyai kaitan dengan fahaman PKM.Kumpulan berkenaan yang menaiki sebuah bas persiaran dipercayai dalam rangka kempen mengedarkan risalah berkaitan Himpunan Bersih 2.0 9 Julai ini.
Kempen PSM bertemakan “Udahlah tu... Bersaralah” itu dikatakan tertumpu ke bandar kecil di Semenanjung Malaysia sejak 24 Jun lalu.
Semalam 14 wanita dan 17 lelaki yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) untuk dirakam percakapan.


Abdul Rahim berkata, seorang daripada aktivis berkenaan dibebaskan kerana masih di bawah umur manakala 30 yang lain kini direman bagi membantu siasatan.Perintah reman bagi semua mereka yang berusia 18 hingga 64 tahun itu dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen Butterworth.Nampak sangat  usaha  pemerintah cuba mengaitkan PSM dengan komunis dengan terjumpanya beberapa kemeja-T dan bahan-bahan yang mempunyai imej pemimpin komunis.


Untuk makluman polis, ini adalah skrip zaman perang dingin di mana hari ini, semua bahan ini boleh didapati di pasaran dan dijual secara umum tanpa sebarang sekatan. Selain itu, kerajaan Malaysia juga mempunyai hubungan politik dengan Parti Komunsi Cina, Vietnam, Cuba dan lain-lain.PSM kini adalah sebuah parti berdaftar yang menjalankan aktiviti secara sah tanpa terlibat dengan apa-apa agenda lain termasuk menyebarkan fahaman komunis.


PSM adalah sebuah parti berdaftar yang menjalankan aktiviti secara sah dan ini memang diketahui umum dan juga mengiktiraf sumbangan parti-parti kiri sebelumnya yang telah menyumbang kepada kemerdekaan negara seperti PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya), API (Angkatan Pemuda Insaf), AWAS (Angkatan Wanita Sedar) dan PKM. Cubaan polis yang sering melabel parti-parti lain sebagai ejen PKM adalah satu taktik lama dan sudah basi..


Kita  tidak menolak kemungkinan penahanan aktivis parti itu di Pulau Pinang adalah satu tindakan terancang yang dilakukan untuk mewujudkan suasana “darurat” sebagai langkah menghalang Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.Petang tadi Hishammuddin mempertahankan tindakan polis menahan 30 aktivis Bersih 2.0 di Pulau Pinang di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan sambil berkata ada alasan untuk menjustifikasikan tindakan mereka. TMI

rentakinfo

salah ke nak hidupkan PKM....kalau wujudnya UMNOPORNO lebih dasyat zalimya dari komunis...kalau nak sangat nak hidupkan sandiwara komunis...hah...tak der hal punya....wujudkan betul2 baru padan muka...

Monday, June 27, 2011

Rumah Terbengkalai atau buat Rumah Hantu...!!!

 

Apa objektif Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sebenarnya, memulihkan Projek Perumahan Terbengkalai atau membuat Projek Perumahan Hantu? Begitu banyak Projek Perumahan yang Terbengkalai 1Malaysia, dibuatnya Projek Perumahan yang tak laku. Macamana rakyat , terutama pemilik rumah terbengkalai tak marah. Eloknya semua pemilik perumahan terbengkalai sertai Perhimpunan BERSIH 9 Julai 2011 nanti.

Tak percaya tengok sendiri sedikit daripada nasib malang pembeli rumah terbengkalai di http://terbengkalai.blogspot.com


Rumah SPNB di Kuang tidak dapat sambutan
Free Malaysia Today
June 26, 2011

Daripada 1, 000 buah yang dibina, hanya 200 yang dibeli, demikian kata Pengerusi SPNB, Datuk Idris Haron.

PETALING JAYA: Rumah Mampu Milik (RMM) yang dimajukan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di Kuang, Selangor kurang mendapat sambutan.

Daripada 1, 000 buah yang dibina, hanya 200 yang dibeli, demikian kata Pengerusi SPNB, Datuk Idris Haron.

Menurutnya, lokasi yang agak terpencil dan masalah pengangkutan menjadi punca mengapa rumah tersebut kurabg mendapat sambutan.

Bagaimanapun beliau yakin dalam tempoh lima tahun akan datang semua rumah tersebut habis dijual.

“Tetapi kita berusaha menjualnya lebih cepat kerana SPNB telah melabur sebanyak RM120 juta.

“Orang tunggu dan lihat tetapi kalau tunggu terlalu lama kita akan ketinggalan,” jelasnya.

11, 000 tidak dijual

Menurut Idris yang juga ahli Parlimen Tangga Batu, Melaka , RMM di Kuang itu sebahagian daripada 11, 000 buah milik SPNB yang belum dijual.

Begitupun, dakwanya, SPNB tidak menanggung kerugian itu sebaliknya pihak bank yang gagal menjulal rumah-rumah berkenaan.

“Rumah yang gagal dijual itu ada yang sudah berusia setahun, dua tahun malah empat tahun,” tambahnya.

Beliau memberi jaminan mutu dan spesikasi rumah yang dibina oleh SPNB sama dengan projek swasta tetapi harga rumah SPNB lebih murah.

Katanya, rumah SPNB lebih murah kerana pihaknya memberi subsidi kepada pembeli sebagai satu tanggungjawab sosial agensi itu.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/06/26/rumah-spnb-di-kuang-tidak-dapat-sambutan/

Program Pemulihan Perumahan Terbengkalai (PPT)

SPNB telah dilantik sebagai Agen Perlaksana bagi Tabung Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai (TPPPT) bagi memulihkan projek perumahan terbengkalai di seluruh negara yang telah dikenalpasti oleh Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).

 

http://www.spnb.com.my/bm/corporate/product_rehab.htm

Panduan bagi peserta Perhimpunan Bersih 2.0

 

*Penting! **Panduan bagi peserta Perhimpunan Bersih 2.0 *

Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur.

Tuntutan Bersih 2.0:

Pendaftaran automatik

Reformasi undi pos

Penggunaan dakwat kekal

Akses kepada media

Masa berkempen minima

Pengukuhan perbadanan awam

Hentikan rasuah

BERSIH 2.0 has been actively advocating for electoral reform but our demands have fallen on deaf ears. Bersih 2.0 feels that, the time has come for those mandated to administer the nation to “listen to the voices of the rakyat”. There is a clamour worldwide for greater democratisation of societies and we would invite those in power to heed those voices.

Perhimpunan Bersih 2.0 is threefold: to further press for the rakyat’s demands for electoral reform, strengthening of public institutions, and to take a stand against widespread corruption at all levels of society. We would like to emphasise that this initiative is spearheaded purely by civil society with every intention of inviting all political parties to join forces with the rakyat to promote and uphold democracy in this country.

Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia untuk mereformasikan pilihanraya.

Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.

*Perkara yang perlu anda bawa/sediakan *

Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.

Duit-maksimum RM100 sahaja.

3. Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada logo Bersih 2.0

Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.

Aksesori kempen-Button, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya boleh digunakan.

Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.

Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.

Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.

Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.

Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.

Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.

Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.

Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.

Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 0162208784; Email: bersih2.0electoral@gmail.com [Kita perlu alamat email yang boleh id lindungi dari spam/hacking, etc – siapa boleh tolong?]

*Perkara yang tidak dibenarkan*

Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.

Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.

Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan.

Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.

Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya.

6. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.

Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 tidak dibenarkan.

Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.

Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.

Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.

Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.

Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.

Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

*Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan*

Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.

Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.

Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.

Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.

Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.

Maklumkan mereka tujuan anda keluar.

Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.

Jangan lupa *charge* bateri handphone dan kamera.

Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan — Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru

Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.

Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.

Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).

Jangan memakai baju Bersih 2.0 sebelum perhimpunan bermula.

*Semasa perhimpunan dan perarakan*

Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru

dan tunggu arahan dari *Field Commander* yang dilantik.

Ikutilah arahan dari Unit Amal atau *Field Commander* sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada *Field Commander*

Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan *Field Commander*.

Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.

Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.

Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.

Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.

Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.

Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.

Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.

Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.

Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi *sound system* akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.

Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.

Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.

Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.

Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 0162208784; Email: bersih2.0electoral@gmail.com.

Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

*Selepas perhimpunan*

Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.

Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila laporkan ___________________________________[KL LAC?]

Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik.

Dapatkan maklumat ___________________________ berkaitan untuk bebaskan mereka.

Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.

Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.

6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 0162208784; Email: bersih2.0electoral@gmail.com.

*Apa anda perlu buat jika kumpulan Anti-tuntutan Bersih 2.0 buat Provokasi*

1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan *Field Commander* Unit Amal.

2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.

3. Jangan hampiri mereka.

4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.

5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.

6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

*Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan*

Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.

Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.

Duduk jika pimpinan arahkan.

Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air *water canon* berwarna kuning.

Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.

Ambil gambar mereka jika sempat.

Buat laporan Polis jika anda dikasari.

*Apa yang anda perlu buat jika ditahan*

Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.

Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.

Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).

Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.

Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab “Masih tengah cari kerja” atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab

”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.

Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab “saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja”. Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.

Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.

Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.

Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.

*Apa yang anda buat selepas dibebaskan*

Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.

Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.

Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.

Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.

Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.

Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.

Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.

Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.

Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.

Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.

Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.

*Perhatian!*

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini

Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.

Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPR dan kerajaan persekutuan mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan dan proces implementasi negara kita.

Ingat, Himpunan Bersih berjaya pada 10 November 2007 kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk mereformasikan pilihanraya, mengkukuhkan berbadanan institusi dan hentikan korupsi.

Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada *Field Commander* atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.

Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.

-SUARAM

 

Sunday, June 26, 2011

Jual apa pun tak salah ....asalkan tidak phobiakan UMNOPORNO

Apa sahaja yang anda ingin jual tidak akan salah disisi Polis dan kerajaan Malaysia hatta VCD lucah sekalipun.

Malah menjual VCD lucah yang didakwa sebagai Anwar Ibrahim digalakkan oleh mereka.

Anda hanya tidak boleh menjual apa-apa sahaja yang boleh dikategorikan menggugat kuasa kerajaan BN termasuklah baju kuning bertulis BERSIH 2.0.

Inilah yang berlaku kepada AJK Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Gombak, Razali Abdul Ghafur yang ditahan Polis di Balai Polis Sg Merab malam tadi. Beliau hanya dibebaskan kira-kira jam 1.00 pagi.

Inilah keadaan yang berlaku kepada kerajaan BN sekarang yang sebenarnya sedang meniti hari kematian mereka. Ternyata BN takut kepada bayang-bayangnya sendiri.

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here