cari maklumat di sini

Your Ad Here

Friday, August 27, 2010

cilanat punya jantan....gadai maruah tunang demi hutang judi

BETONG: Dayus dan dajal perkataan paling sesuai bagi menggambarkan perjanjian setan seorang lelaki yang sanggup mempertaruhkan kesucian tunangnya sendiri untuk diragut rakan sebagai cara melangsaikan hutang selepas kalah judi.

Lebih mengaibkan perbuatan terkutuk yang menimpa gadis berusia 21 tahun itu berlaku di rumah nenek lelaki terbabit di Lempaung di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa terlebih dulu dipelawa tunangnya untuk bermalam di rumah neneknya, namun lelaki terbabit mula mengatur helah dengan memberi alasan dia terpaksa keluar kononnya untuk berjumpa seseorang dan meninggalkan mangsa bersama neneknya.

Tidak lama kemudian, tiba-tiba seorang lelaki berusia 19 tahun dipercayai kenalan tunangnya datang dari belakang sebelum menolak pintu bilik dan mengarahkan gadis berkenaan mengunci pintu sebelum merogolnya.

Difahamkan, sepanjang kejadian, mangsa merintih meminta tolong daripada nenek tunangnya, namun wanita berusia 60-an itu tidak mampu berbuat apa-apa berikutan pintu bilik dikunci dari dalam.

“Dengan bantuan orang kampung, polis menahan suspek kira-kira jam 2.30 petang keesokan hari. Mengikut keterangan awal daripada suspek, dia melakukan perbuatan itu selepas membuat perjanjian dengan tunang mangsa.

“Suspek turut mendedahkan, tunang mangsa berusia 19 tahun ketika itu kehabisan wang berjanji akan menyerahkan gadis berkenaan jika dia gagal membayar hutang akibat kalah judi,” katanya.

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai, berkata suspek melarikan diri sejurus selesai melampiaskan nafsunya, namun polis tidak memerlukan masa lama untuk menjejakinya.

Susulan kejadian itu, polis menahan reman suspek selama tujuh hari bermula kelmarin bagi membantu siasatan dan tunang mangsa bakal dipanggil memberi keterangan berikutan pengakuan suspek itu.

Polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, manakala gadis berkenaan dihantar ke Hospital Betong untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Wednesday, August 25, 2010

tak sanggup di aibkan oleh kerajaan PR Penang akhir kerajaan najis bagi juga habuan raya kepada kakitangan awam dengan berat hati....

Selepas Pulau Pinang beri RM 400 , Kakitangan K'jaan Dapat 'Duit Raya' RM 500.

Sebelum ini kakitangan awam kerajaan negeri Pulau Pinang menerima hadiah istimewa sebanyak RM400 dimana semua 3,577 kakitangan menerima habuan bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Kos keseluruhan melibatkan RM1.5 juta.

Hari ini berita baik menyusul untuk semua pegawai kerajaan persekutuan dari Gred 1 hingga 54. Kerajaan mengumumkan bersetuju untuk memberi 'Bantuan Khas Kewangan' sebanyak RM500 sebagai sumbangan sebelum 1 Syawal.

Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan akan mendapat durian runtuh ini.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu akan dibuat sebelum 1 Syawal.

Awas Jualan Murah



JUALAN murah, harga runtuh, tawaran potongan harga 50 hingga 80 peratus, di pusat membeli-belah sering mendapat perhatian yang menggalakkan daripada pengguna terutamanya golongan wanita yang gemar berbelanja sakan.

Persoalannya adakah jualan murah ini benar-benar wujud atau ia sengaja digunakan oleh peniaga untuk mengaut keuntungan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut oleh umat Islam di seluruh negara kurang tiga minggu lagi.

Ikuti laporan khas wartawan Mingguan mStar mengenai penipuan jualan murah yang diibaratkan sebagai ‘duri dalam daging' terhadap masyarakat di negara ini.

PETALING JAYA: Sehelai selimut tertera dua label harga iaitu RM455 dan selepas diberi diskaun kononnya sebanyak 80 peratus, maka harganya turun mendadak kepada RM109.20.

Ironinya, tarikh yang tertera pada label harga diskaun ialah 10 Ogos 2009 bermakna ia dicetak pada hari berkenaan sementara label dengan harga RM455 - yang kononnya harga asal - tertera tarikh 22 Julai 2010.
Kesimpulan mudahnya ialah, pengguna ditipu oleh pihak penjual yang tidak bertangggungjawab kononnya mereka menerima harga diskaun yang sangat menarik sedangkan pembeli membayar harga asal produk yang dijual itu.

Itu baru satu contoh barangan, sedangkan terdapat ribuan produk yang dijual di situ dengan tawaran potongan harga bagi menarik perhatian pembeli yang tanpa disedari mereka sebenarnya terpedaya.

Bayangkan keuntungan yang diperoleh peniaga sekiranya taktik serupa dilakukan setiap kali promosi jualan.

Tiada siapa yang menyangka, penipuan licik seperti itu didalangi oleh pusat membeli-belah terkenal, bukannnya gerai di pasar malam atau di tepi-tepi jalan.

Merasakan dirinya tertipu dengan potongan harga yang disifatkan tidak masuk akal, seorang pengguna prihatin, Khairul Nizam Abd Maulud, 34, tampil mendedahkan perkara tersebut kepada Mingguan Mstar baru-baru ini.

"Saya sangat kecewa dengan penipuan yang berlaku. Selalunya saya akan semak tanda harga sebelum diskaun. Tapi pada hari kejadian isteri saya terlepas pandang kerana dia pergi seorang diri. Lebih malang, tanda harga sebelum diskaun tertera tarikh Julai 2010 sedangkan harga ketika promosi pula memaparkan tarikh Ogos 2009.

"Di sini jelas menunjukkan penipuan tanda harga oleh peniaga, harga promosi yang diletakkan pada barangan itu adalah harga asal produk berkenaan. Nampak sangat peniaga sengaja mencari keuntungan dengan cara yang mudah kerana mereka tahu pengguna pasti membeli produk pada harga yang murah," katanya.

Beliau yang juga pensyarah di sebuah Institusi Pengajian Tinggi berkata, di sinilah pentingnya ilmu kepenggunaan, kerana ia dapat membantu pengguna membuat penilaian terhadap kesahihan harga sesuatu produk sebelum dan ketika promosi jualan murah diadakan.

"Membaca label dan tag harga adalah penting, tapi pengguna sering mengabaikannya. Inilah yang selalu menjadi punca kepada penipuan tanda harga. Sikap tidak suka membaca tag harga pada produk perlu dikikis, kita perlu jadi pengguna yang berhemah, biar kita jadi pengguna yang ‘alah membeli menang memakai'.

"Ini tidak pantang ternampak iklan jualan murah kita pasti akan ke pusat beli-belah berkenaan untuk membeli-belah. Kita harus membuang sikap sedemikian, sebaliknya kita perlu membeli barangan yang dirasakan perlu dan jangan membazir dalam berbelanja, barulah kita boleh menjadi pengguna yang berhemah," katanya.

Khairul Nizam berkata, penipuan tanda harga ketika jualan murah banyak berlaku di pusat beli-belah terkemuka di negara ini saban setahun.

Tuesday, August 24, 2010

tak makan ubat sakit mental...bapa tergamak sembelih anak sendiri....

Takdir budak disembelih bapa



ANGGOTA polis menjalankan siasatan di rumah tempat berlakunya kejadian seorang bapa menyembelih anaknya, Mohd. Adam (gambar kecil) di Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Luluh hati seorang ibu apabila melihat suaminya yang mengalami masalah mental tergamak menyembelih anak lelaki kesayangan mereka di dalam bilik air walaupun dia merayu berkali-kali supaya si suami tidak meneruskan niatnya dalam satu kejadian menyayat hati di Kampung Sungai Budor di sini semalam.

Mohd. Adam Muszhaffar Muhaimin, 3, meninggal dunia selepas lehernya hampir putus disembelih oleh bapanya, Muhaimin Sautar, 33, dengan menggunakan sebilah pisau dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari itu.

Selepas menyembelih anaknya yang memakai jersi tertera nama pemain bola sepak Rusia, Andrei Arshavin yang kini mewakili pasukan bola sepak Liga Perdana Inggeris, Arsenal, Muhaimin yang merupakan bekas pengawal keselamatan sebuah pusat beli-belah di sini cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya tetapi tindakan itu gagal apabila dia diselamatkan penduduk.

Difahamkan, Muhaimin bertindak demikian selepas dia gagal mengawal diri apabila dia didakwa telah lama tidak memakan ubat sakit mental.

Jiran-jirannya kemudian bertindak menghubungi polis sebelum dia dibawa oleh pasukan keselamatan itu ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.

Mangsa merupakan anak lelaki tunggal daripada tiga beradik. Dia mempunyai seorang kakak, Shafiqah, 8, dan seorang adik, Siti Aishah, 2.

Isteri Muhaimin, Nik Suzila Nik Hashim, 32, berkata, sebelum kejadian, suaminya mengadu panas badan dan dia kemudian duduk di bawah rumah berhampiran dengan bilik air rumah mereka.

Menurutnya, tidak lama kemudian dia mendengar Mohd. Adam menjerit lalu dia bergegas ke bilik air.

“Apabila saya sampai, luluh hati saya tatkala melihat suami saya bersungguh-sungguh menyembelih Mohd. Adam. Ketika itu suami berada di atas Mohd. Adam tanpa bersuara walaupun saya memintanya supaya berhenti.

“Saya hanya mampu melihat darah membuak-buak mengalir ke lantai sehinggalah Mohd. Adam terkulai kaku dan tidak lagi bernyawa,” ceritanya ketika ditemui semalam.


sememangnya pesakit mental perlu memakan ubat sepanjang hayat mereka...tapi dalam kes ini sape yang patut di persalahkan sehingga beliau tak memakan ubat lagi ...diri sendiri atau keluarga yang rapat dengannya yang tak memantau perkembangan kesihatan beliau ( makan ubat ) sehingga mengakibatkan perkara tragis ini berlaku....

konsul malaysia di baling najis...benderanya di injak sewenangnya....



Kedutaan Besar Malaysia ke Indonesia di Jakarta telah dilempar najis manusia oleh penunjuk perasaan daripada kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) pada satu demonstrasi petang ini.

Seorang daripada 37 penunjuk perasaan itu telah melemparkan najis itu ke dalam perkarangan kedutaan itu melepasi pintu pagar hadapan dan di atas kepala barisan anggota polis Indonesia yang sedang mengawal ketat di hadapan bangunan itu.

Mereka turut melepaskan najis itu ke atas bendera Malaysia yang dipijak-pijak di atas jalan tempat mereka berkumpul di hadapan kedutaan itu.

Kumpulan itu sebelumnya telah membawa lima bungkusan najis itu, ada yang diletakkan dalam kertas bungkusan makanan, dalam plastik dan dalam kotak polisterin dan dinyatakan sebagai "hadiah" untuk Duta Besar Malaysia ke Indonesia kerana Malaysia selama ini telah beberapa kali memberi "najis" yang lebih kotor kepada Indonesia.

Dengan tiba-tiba seorang daripada mereka melempar bungkusan kertas berisi najis itu ke dalam pagar kedutaan itu dan pada masa yang sama, najis turut dilepaskan ke atas bendera Malaysia yang mereka sedang pijak itu.

Demonstrasi itu diadakan bagi menandakan kemarahan mereka terhadap Malaysia yang mereka dakwa telah merendahkan maruah Indonesia dalam insiden di perairan Bintan pada 13 Ogos lalu apabila polis Malaysia menahan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia.

Ia juga untuk menyatakan kekecewaan rakyat terhadap kepemimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, yang dikatakan sangat lemah menghadapi Malaysia.

Berikutan kejadian lempar najis itu polis Indonesia menangkap tiga orang pelaku berkenaan.

Demonstrasi itu berlangsung selama sejam.

Seorang wakil kumpulan itu kemudian memberitahu wartawan yang meliputi peristiwa itu bahawa mereka telah memberi kata dua kepada polis Indonesia iaitu lepaskan rakan-rakan mereka itu daripada tahanan atau mereka akan melakukan operasi usir rakyat Malaysia petang ini.

Operasi yang dinamakan "Sweeping Rakyat Malaysia" itu dirancang akan dilakukan di hadapan bangunan kumpulan itu di Jalan Diponegoro, Menteng, di Jakarta.

Polis Indonesia telah menugaskan ramai anggota untuk mengawal ketat di hadapan bangunan kedutaan Malaysia, setelah mendapat maklumat bahawa demonstrasi berkenaan akan disertai antara 300 dan 500 penunjuk perasaan.

Dalam insiden di perairan Malaysia-Indonesia itu, bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan menahan tujuh nelayan Malaysia manakala Polis Marin Malaysia pula menahan tiga pegawai pengkuatkuasa kementerian dari Indonesia itu, masing-masing kerana didakwa menceroboh wilayah masing-masing.

Kedua-dua negara kemudian membebaskan tahanan-tahanan itu pada 17 Ogos lalu.

Monday, August 23, 2010

Nikah gantung tangani kemaruk nafsu, buang bayi

Proses perkahwinan yang digalakkan oleh Islam sewajarnya dipermudahkan agar generasi muda tidak liar dan kemaruk nafsu, lalu terjebak dalam kancah seks bebas, kata ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan.


Menurut, langkah memudahkan proses perkahwinan boleh dilakukan oleh pihak berwajib, antaranya dengan:

- Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin.

- Memberi insentif sebagai galakan berkahwin.

- Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan.

- Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma.

- Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan.

- Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan.

- Merendahkan hantaran perkahwinan.


"Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai nikah gantung," kata Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini.


Cuma bezanya, tegas beliau, ialah pasangan pengantin tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti:

# Masih menuntut di kolej atau univerisiti.

# Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah.

# Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga.

Nasrudin berkata, kelebihan nikah gantung ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara. "Andainya dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, belajar bersama, bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, mka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.

"Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan). "Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah," tambahnya .

Menurutnya lagi, kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. "Malah mereka juga takut untuk kembali ke pangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama .

"Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara," tegasnya lagi.

Sunday, August 22, 2010

satu lagi projek tarbiyah kerajaan UMNO-BN..... Rogol cucu tiri di kandang lembu

REMBAU - Seorang datuk berusia 49 tahun di sini, bertindak luar batasan apabila tergamak menodai cucu tirinya berusia 15 tahun sebanyak dua kali, Jun la:lu.

Lebih memalukan, lelaki terbabit melakukan perbuatan terkutuk itu di sebuah kandang lembu yang jauh daripada pandangan orang ramai.

Bagaimanapun, perbuatannya terbongkar apabila mangsa yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini, nekad membuat laporan polis.

Mangsa dikatakan menceritakan perangai datuk- nya itu kepada guru sekolahnya sebelum guru terbabit menasihatkannya membuat laporan polis.

Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini, 13 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika ditemui mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Menurutnya, polis turut bertindak menahan suspek pada tarikh sama laporan dibuat.

“Suspek ditahan reman mulai dari tarikh dia di- tangkap sehingga siasatan selesai bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan.

"Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum selama 30 tahun dan hukuman sebatan,” katanya.


SH

Penampilan istimewa Waheeda



Penampilan istimewa pasangan Akhil Hayy dan Waheeda menjadi tumpuan ramai yang hadir pada majlis berbuka puasa dan pelancaran program Hari Raya anjuran Astro di Bora Asmara, Kampung Sungai Penchala, Khamis.
Waheeda yang jarang ditemui setelah bersara daripada dunia nyanyian memakai purdah.

Jelasnya, selepas setahun berpurdah, hatinya semakin tenang dan bahagia.

Alhamdulillah, dia berjaya menunaikan hajat untuk berpurdah yang tertanam sebelum berkahwin lagi.

Walaupun berpurdah, ia tidak menghalang Waheeda untuk mengenakan pakaian mengikut fesyen semasa kerana dirinya dan fesyen tidak dapat lari sejak dahulu lagi.

“Saya suka berfesyen dan sekarang telah mempunyai lebih 10 koleksi abaya yang dibeli secara dalam talian. Ikutkan dari dulu lagi saya suka mengumpul koleksi jeans. Sekarang saya kumpul abaya pula,” katanya sambil tertawa.

Baru-baru ini, dia dikhabarkan tidak berapa sihat. Ditanya tentang kesihatannya sekarang, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Wassini itu mengakui keadaan dirinya baik sambil berkata dia selalu menghidap penyakit gastrik yang datang tidak menentu.

product tarbiyah 52 tahun kerajaan barisan anjing ( najis )....sekeluarga gila seks...!!!



MUSA (kiri) bersama dua anaknya, Mahmud dan Mazlan (kanan) keluar Mahkamah Sesyen Kuching, selepas perbicaraan

Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara 60 tahun selepas didapati bersalah merogol anak kandungnya yang kudung tangan, manakala dua anak lelakinya masing-masing dikenakan penjara 36 tahun dan 24 kali sebatan kerana kesalahan sama yang dilakukan terhadap mangsa di antara 2006 dan 2008. Hakim Mahkamah Sesyen, Amelati Parnel mendapati bapa mangsa berusia 52 tahun bersalah atas lima tuduhan merogol dan melakukan sumbang mahram ke atas mangsa yang kini berusia 20 tahun.

Beliau menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun bagi kesalahan pertama yang didakwa
berlaku di Pejabat Tanah dan Survei, Jalan Pending; sebuah rumah di Bandar Baru Semariang dan di persimpangan lampu isyarat Semerah Padi antara Januari dan Disember 2007, hukuman penjara 20 tahun akan berjalan serentak sebaik tempoh hukuman pertama selesai.

“Bagi kesalahan kelima iaitu merogol mangsa di atas motosikal berdekatan Padang Golf Petra Jaya, pada November 2008, tertuduh juga dikenakan hukuman penjara 20 tahun bermula selepas tempoh hukuman 40 tahun bagi kesalahan pertama hingga keempat selesai". Tertuduh kedua, 24 tahun dan tertuduh ketiga, 22, yang juga abang kepada mangsa turut didapati bersalah, masing-masing di atas dua pertuduhan merogol dan sumbang mahram. Mereka berdua secara bersama dituduh merogol dan melakukan sumbang mahram ke atas adik kandung mereka antara Januari dan Disember 2006 serta antara Januari hingga Disember 2007 di bilik mangsa di sebuah rumah di Bandar Baru Semariang.

“Hukuman dijatuhkan selepas mengira kepentingan awam dan teladan kepada orang ramai dalam memastikan anak-anak diberi peluang untuk hidup sempurna walaupun mangsa dalam kes ini adalah seorang insan kurang upaya". Terdahulu, peguam Mohd Fairus Masri, yang mewakili semua tertuduh meminta mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kepada mereka berikutan keluarga berkenaan kehilangan anak bongsu berusia 10 tahun yang lemas, tahun lalu selain terpaksa berhadapan pandangan negatif masyarakat. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Stella Augutine Deruce, menyifatkan kesalahan yang dilakukan semua tertuduh adalah sangat serius dan mereka wajar dijatuhkan hukuman setimpal dengan kesalahan dilakukan.

***elok la tu, bapak dan anak-anak sama saja. hidup ini tiada yang lain selain seks. maka terimalah hadiah sempena kehebatan merogol anak/ adik sendiri. si bapa sampai mati di dalam penjara dan anak-anak akan dapat 24 jaluran kekal di punggungnya***

jalan singkat ke neraka....



Apalah erti Aidilfitri yang bakal tiba jika isteri tiada di sisi. Ditambah pula apabila mengetahui wanita yang dikasihi itu berubah hati. Bukankah tempat seorang isteri itu sebaik-baiknya di sisi suami? Begitulah peritnya nasib seorang suami yang merayu agar isterinya pulang ke pangkuannya di Kampung Alor Ali Mukim Bukit Raya. Mohd Tarmizi Adam, 35, mencari isterinya Nor Asiah Muhammad, 23, yang keluar rumah sejak 15 Jun lalu. Sehingga kini isterinya itu masih tidak pulang dan gagal dihubungi.

Isterinya berubah dan keluar rumah apabila dia membawa kakaknya mendapatkan rawatan dengan seorang bomoh di Kampung Kuala Sungai Alor Setar. “Sebelum mengenali bomoh itu, hubungan saya dan isteri baik dan bahagia serta tidak pernah berlaku perselisihan faham di antara kami berdua. Memandangkan kami baru sahaja berkahwin hampir dua tahun, namun sejak mengenali bomoh itu, dia banyak berubah dan benci pada saya”.

Mohd Tarmizi mendakwa, perubahan dilihat begitu ketara sehinggakan isterinya itu tidak pernah meminta izin daripadanya untuk keluar dari rumah. “Bomoh itu berusia dalam lingkungan 70 tahun. Saya hairan, dengan cepat isteri saya terpikat dengan bomoh yang usianya sudah lanjut itu. Perubahan pada dirinya jelas kelihatan, dan beberapa hari selepas itu dia bertindak membawa keluar semua baju daripada rumah tanpa memberitahu apa-apa kepada saya".

Sementara itu, Tarmizi menerima surat daripada Mahkamah Rendah Syariah Kota Setar memaklumkan bahawa isterinya itu menuntut cerai. “Saya sedih dengan apa yang berlaku, saya terlalu menyayangi dirinya dan berharap agar dia pulang”. Dia dimaklumkan penduduk berdekatan, bahawa isterinya sering dilihat keluar bersama bomoh itu ke pekan-pekan sekitar Alor Setar. Berikutan masalah berkenaan, dia sudah pun membuat aduan kepada polis sebanyak dua kali.

***barangkali si isteri hanya perlukan syurga dunia sahaja. kepada saudara Tarmizi pompuan macam ni bukan boleh disimpan lagi. sayang macamana sekalipun, dia sudah engkar, derhaka pada suami. yang dibimbangi suami akan dianggap dayus jika tidak bersedia melepaskannya***

projek kroni asal siap....macam haramjadah....

Penerima rumah PPRT Felcra kesal.



Razman (berskopiah) tanya Nor Aisan mengenai simen dinding rumah bertampal

LENGGONG: Penerima rumah PPRT Felcra kesal apabila rumahnya yang mula dibina November 2009 dan siap kira-kira empat bulan lalu masih belum dapat diduduki, malah masih tidak boleh dipasang meter bekalan elektrik.

Nor Aisan Norman, 42, yang tinggal di Kampung Chain dekat sini, lebih kesal kerana rumah yang dibina itu tidak mengikut spesikasi yang ditetapkan menyebabkan berlaku beberapa kerosakan.

Katanya, antara kerosakannya ialah berlaku keretakan dinding di beberapa bahagian dan kebocoran di bahagian atap dalam tandas selain beberapa keretakan di bahagian luar.

"Sepatutnya rumah itu yang mulai dibina November tahun lalu sudah siap sepenuhnya selepas dua atau tiga bulan dan kami sekeluarga enam beranak sudah boleh selesa tinggal di dalamnya.

"Tapi nampaknya Ramadan dan Aidilfitri ini kami masih terpaksa menumpang di rumah mentua lagi," katanya sempena kunjungan Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PaS Perak, Haji Razman Zakaria dan rombongannya semalam.

Razman membuat kunjungan ke rumah berkenaan selepas menerima aduan mengenai masalah yang dihadapi penerima rumah itu yang meminta beliau turut sama menangani masalah dihadapi.

Nor Aisan berkata, rumah yang dibina dengan peruntukan RM33,000 oleh Felcra itu hanya baru diluluskan tahun lalu setelah kira-kira sejak 10 tahun lalu dia memohon rumah PPRT kepada kerajaan, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal daerah.

Katanya, dia dan isterinya yang menyara 4 anak, tiga daripadanya bersekolah rendah dengan pendapatan bulanan hanya RM400 hasil berniaga gerai makan terpaksa menumpang di rumah mentua sejak berkahwin.

Selain terpaksa menumpang rumah mentua, tanah tapak rumah pula, katanya menumpang tanah orang lain yang pada bila-bila masa saja tuan tanah akan mengambilnya untuk dimajukan.

"Sehubungan itu kami sekeluarga berharap sangat-sangat supaya pihak berkenaan pastikan rumah ini siap dan boleh diduduki secepat mungkin," katanya.

Sementara itu, Razman berkata pihak-pihak berkenaan perlu memastikan rumah yang dibina mesti mengikut spesikasi yang telah ditetapkan supaya tidak berlaku seperti apa yang berlaku itu.

Katanya, rumah yang dibina itu sekiranya benar dimulakan sejak November tahun lalu adalah tidak munasabah sehingga Ogos tahun ini pun masih tidak dapat diduduki sedangkan ada rumah lain yang baru saja dibina sudah boleh diduduki.

"Sebagai Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah saya rasa terpanggil dan bertanggungjawab menangani masalah-masalah seperti ini dan saya harap semua pihak terbabit dengannya dapat menyelesaikan segera tanpa memberi apa-apa amaran kepada penerima," katanya.

Razman berkata, Felcra juga diingatkan supaya membuat bancian teliti kepada peserta-peserta sendiri yang sepatutnya lebih berhak menerima bantuan bulanan, malah bantuan perumahan kerana masih ramai kalangan peserta yang hidup dalam keadaan daif.

Katanya, berdasarkan pengakuan penerima rumah PPRT terbabit, dia dan isterinya bukan peserta Felcra, tetapi diberi peruntukan di bawah syarikat milik penuh kerajaan itu.

"Tak apalah, yang sudah itu sudahlah, tetapi untuk masa-masa akan datang Felcra mesti memberi hak kepada peserta-peserta, bukan kepada pihak lain yang tidak ada kena mengena.

"PAS tidak mahu hanya kerana kepentingan politik bantuan atau peruntukan diberikan kepada mereka yang bukan ada hak," katanya

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here