cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, August 20, 2011

Bila ahli masjid jadi penjilat buntut UMNOPORNO...Azmil Mustafa@Ali Setan Nafi Laporan Polis Yang Di buat Terhadapnya Oleh pecacai Tersebut...!!

 

Bekas pelakon popular, Azmil Mustapha, 60, atau lebih dikenali sebagai ‘Ali Setan’, menafikan dakwaan yang dibuat melalui satu laporan polis bahawa beliau telah menyampaikan ceramah yang bersifat menghina Perlembagaan dan Yang DiPertuan Agong.

Azmil berkata, maklumat tersebut langsung tidak berasas dan disalah ertikan oleh pihak yang membuat laporan polis.

Beliau yang telah dihubungi oleh beberapa wartawan, dimaklumkan tentang laporan polis itu hari ini mengaku belum membaca dan mengetahui kandungan sebenar laporan itu dan enggan mengulas mengenainya.

Mengulas lanjut, Azmil berkata, beliau mengaku ada menyampaikan ceramah di masjid di Kampung Melayu Subang, semalam.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa dirinya tidak ada sebarang kepentingan politik serta tidak pernah terbabit dengan mana-mana pergerakan politik tanahair, sama ada UMNO, PAS atau Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Saya tidak ada kepentingan politik pun, saya dah berumur 60 tahun lebih dah dan tak pernah sertai mana-mana parti pun…mengundi pun tak pernah,” jelasnya menyangkal dakwaan yang mengaitkan beliau dengan kepentingan politik oleh sesetengah pihak.

Menjelaskan tentang ceramahnya semalam, Azmil berkata, beliau telah dijemput oleh Nazir dan Ahli Jawatankuasa Masjid An-Nur, di Kampung Melayu Subang, untuk menyampaikan sedikit ceramah kepada jemaah masjid tersebut.

Menurut pemerhatiannya ketika menyampaikan ceramah, beliau melihat seorang dua jemaah yang ‘gelisah’ dengan ceramahnya dan salah seorang dari mereka telah keluar dari masjid kerana enggan mendengar penyampaiannya itu.

Laporan polis telah di buat terhadap Azmil atas beberapa antaranya menghina Perlembagaan, institusi DiRaja, bangsa Melayu dan menyampaikan ceramah di masjid tanpa tauliah dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

7 tahun menunggu untuk buka kes...nampaknya dah kena kencing oleh polis polis bajingan rakus raja di malaysia yang brengsek ini...

Wanita dakwa dicabul 11 polis

Seorang pengurus akaun Wong Bee Fong mendakwa selepas tujuh tahun dicabul oleh 11 anggota polis, beliau sehingga kini masih menunggu tindakan terhadap kumpulan itu.

Bahkan, tambahnya, polis gagal memberi jawapan sama ada kertas siasatan dibuka selepas dia membuat laporan polis berhubung pengalaman pahit yang meninggalkan trauma hinggga ke hari ini.

Dalam sidang media bersama peguamnya hari ini, Wong, 39 mendakwa, polis sebaliknya menyiasatnya atas dakwaan menghalang polis menjalankan tugasnya.

Wong mendakwa, mimpi ngerinya bermula pada jam 1.55 pagi apabila kereta yang dipandunya ditahan dalam sekatan jalan raya dekat Taman Connaught pada tahun 2004 kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk.

"Saya minta lesen memandu saya kembali dan saman yang akan dikeluarkan tetapi pegawai itu, Johari Ismail, nombor lencana 88147, enggan memulangkan dan sebalinya meminta rasuah RM3,000.

"Saya menolaknya dan beliau biarkan saya menunggu kira-kira 15 minit. Saya curiga ada sesuatu yang tidak kena jadi saya memandu ke arah balai polis Batu 9, Cheras," katanya.

Tetapi, dakwanya, sebelum sampai ke destinasi, sebuah Proton Saga mengejar dan memaksanya membelok ke bangunan PGA di Batu 9.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Wahab ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau akan berjumpa dengan Wong untuk cuba menyelesaikan masalah itu.

Abdul Rahshid berharap Wong dapat menghubunginya segera kerana beliau memerlukan lebih makluma. Insiden itu berlaku sebelum Abdul Rashid menjawat jawatan itu.

Setelah negara dikejutkan dengan 5 anggota konstabel yang merompak 16 warga Bangladesh semalam, kini negara tersentak dengan pendedahan seorang wanita yang mendakwa dirinya dicabuli oleh polis secara berkumpulan 11 anggotanya.

Maruah dan integriti pasukan polis semakin hanyir dan membusuk. Keengganan mereka untuk melakukan pembersihan total di kalangan pasukan mereka menyebabkan Tuhan mendedahkan kudis-kudis mereka satu demi satu, hasil daripada penafian mereka selama ini terhadap kezaliman, kekejaman dan keganasan yang mereka cuba selindungi dan menyapunya ke bawah karpet.

Tanpa pembersihan total, atau reformasi atau transformasi (sebutlah apa juga istilah yang hendak dipakai) bagi membersihkan pasukan polis ini, ia akan tetap berkudis dan bernanah...

Kebenaran yang nyata daripada Tuhan tidak dapat ditutup dan dilawan dengan penafian berdegar-degar oleh ketua-ketua mereka kerana  kekejaman, kezaliman dan keganasan itu akan terus menjadi kudis yang hanyir dan membusuk yang  bakal menghancurkan pasukan polis sendiri. Hanya menunggu masa

Satu Team Polis Jahat..????...Ketua Polis Negara Kencing Berlari , Anak Buahnya Kencing Tercirit Cirit......Lima Polis Didakwa Rompak Warga Bangladesh

Lima anggota polis berpangkat konstabel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas 16 dakwaan merompak secara berkumpulan terhadap 16 warga Bangladesh sejumlah wang tunai RM34,516, pada 8 Ogos lalu.

Mohd Afizi Mohd Nasir, 27, Muhammad Hairey Muhammad Puzi, 21, Azrin Adha Abdullah, 25, Mohd Faiz Muhammad, 25, dan Mohammad Firdaus Jamaludin, 20, didakwa melakukan rompakan ke atas kesemua mangsa yang berumur antara 20 dan 40 tahun di sebuah rumah No 52, Jalan Nagasari, Dang Wangi di Kuala Lumpur pada 12.01 pagi.

Kelima-lima anggota polis terbabit bertugas di Bahagian Tugas Am dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi didakwa merompak wang tunai dan 19 telefon bimbit pekerja-pekerja buruh binaan itu.

Pertuduhan ke atas kesemua mereka dibuat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurmardiana Mamat menawarkan jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh, namun peguam Mohamad Arfizi Mohd Ramli yang mewakili kesemua tertuduh memohon jaminan itu dikurangkan kepada RM10,000 dengan alasan semua mereka merupakan penanggung tunggal keluarga.

"Saya juga merayu di bulan Ramadan yang mulia ini supaya semua mereka diberi peluang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma bersama keluarga masing-masing," katanya dipetik Bernama Online.

Hakim Zulhazmi Abdullah membenarkan semua tertuduh, masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Sept ini untuk sebutan.

Semua tertuduh membayar wang jaminan itu.

tvs

Bahana Berkenalan Di Laman Sosial....ini rogol ke atau rela paksa..???,,,janda gersang setelah di samun dan di ugut....baru sedar diri nak buat report.......!!!

 

Hasrat seorang janda untuk berpacaran dengan seorang lelaki Australia berkecai apabila dia bukan sahaja menjadi mangsa samun malah terpaksa hidup dalam ketakutan selepas diugut supaya menyerahkan RM30,000 jika tidak mahu gambarnya dalam keadaan mengaibkan tersebar.

Kejadian 11 Ogos lalu itu berlaku apabila ibu kepada empat anak berusia lingkungan 30-an tersebut menginap di sebuah hotel di Sepang bersama lelaki tersebut.

Lebih malang apabila barangan berharga seperti jam tangan Rolex dan barang kemas miliknya dilarikan suspek. Barangan tersebut merupakan hadiah daripada arwah suaminya yang telah meninggal dunia enam tahun lalu.

Difahamkan, mangsa mendakwa telah mengadakan hubungan seks bersama suspek di hotel tersebut sebelum dia tidak sedarkan diri sebaik diberi sejenis minuman oleh suspek. Suspek turut mengugut mangsa memberinya RM30,000 jika tidak mahu gambar bogelnya yang diambil di hotel itu disebarkan.

Episod malang wanita itu bermula apabila dia berkenalan dengan seorang lelaki menyamar sebagai warga Australia bergelar Richard di satu laman sosial di Internet sejak empat bulan lalu.

Selepas bertukar-tukar maklumat, kedua-dua mereka akhirnya bersetuju untuk bertemu selepas suspek mendakwa akan datang ke sini melalui Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang 11 Ogos lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah (gambar kecil) berkata, kemuncak perkenalan mangsa apabila mangsa yang teruja dengan berita itu bergegas ke LCCT untuk menyambut ketibaan kekasihnya tersebut.

Katanya, sebaik tiba, mangsa telah diajak untuk menginap di sebuah hotel di Sepang.

"Mangsa kemudian memberitahu yang mereka telah mengadakan hubungan seks sebelum dia tidak sedarkan diri selepas diberi sejenis minuman.

"Mangsa hanya dibawa keluar apabila pihak pengurusan membuka pintu bilik selepas curiga penghuninya tidak muncul-muncul. Ketika itu mangsa dalam keadaan terbaring di atas katil sebelum dibawa ke hospital," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Tambahnya, sebaik sedar di hospital, mangsa mendapati barangan berharga seperti jam Rolex dan barang kemas miliknya lesap.

Menurut Mohd. Adnan, tidak lama selepas kejadian itu, suspek telah menghubungi mangsa dan memintanya membayar RM30,000 jika tidak mahu gambar yang mengaibkannya disebarkan.

"Mangsa yang cemas kemudian telah membuat laporan dua hari kemudian dan polis telah menubuhkan satu pasukan khas untuk mengesan suspek yang menggunakan pasport palsu untuk menyamar sebagai warga Australia itu," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 384/380 Kanun Keseksaan iaitu peras ugut dan curi dalam bangunan. -kosmo

tarbiyah UMNOPORNO lahirkan artis sundal...banggang...tidak tau gambar di edarkan atau memang jahil tentang hukum halam agama islam..???....!!!

Mereka tidak kenal Halal dan Haram,Dosa dan Pahala,Syurga dan Neraka.Inilah akibat sistem pendidikan sekular UmnoPorn yang diwarisi daripada penjajah.Mereka-mereka inilah yang akan mudah diresapi dengan dakyah kristian yang memperlihatkan kesamaan dalam Kristian dan Islam.

Bagaimana dalam bab yang begini mudah dan simple pun mereka masih tercari-cari akan halal dan haram jadahnya setiap perbuatan dan perlakuan mereka??.wa rasa budak tadika Islam pun tahu,halal dan haramnya perbuatan seperti di bawah ini..

Pihak pengurusan penyanyi Nurul Wahab meminta maaf berhubung isu penyiaran iklan promosi hari Raya pusat pengurusan badan, Glow-Glamour yang memapar penyanyi itu berpakaian terdedah.

Menurut pengurusnya, Badrul Hashim, Nurul yang merupakan duta Glow-Glamour tidak mengetahui mengenai iklan tersebut termasuklah gambar yang dipaparkan oleh pihak pengeluar produk itu.

"Memang sebelum ini Nurul ada mengambil beberapa gambar termasuklah gambar yang dijadikan sebagai iklan Hari Raya bagi tujuan promosi Glow-Glamour pada masa akan datang.

"Tetapi Nurul tidak tahu gambar yang terdedah pula menjadi pilihan untuk dipaparkan pada iklan tersebut," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

 

Paparan iklan promosi raya yang menunjukkan gambar Nurul berpakaian seksi

Tambah Badrul, dia telah pun berjumpa dengan pihak Glow Glamour untuk bertanyakan isu tersebut dan pusat pengurusan badan itu meminta maaf atas kesilapan memilih gambar yang tidak sesuai untuk iklan promosi raya.

"Setelah berbincang, mereka telah meminta maaf dan tidak tahu perkara ini boleh menjadi sensitif dan tidak sesuai bagi tujuan promosi Ramadan dan Aidilfitri, tambah pula ada gambar masjid pada paparan iklan Hari Raya itu.

"Malah pusat pelangsingan badan itu telah menarik balik iklan tersebut dan membuat permohonan maaf menerusi laman web mereka dan di akaun Facebook," jelasnya.

Ditanya apakah reaksi Nurul apabila isu iklan tersebut dibangkitkan, penyanyi itu yakin dia tidak bersalah dengan hal itu cuma risau reputasinya tercalar.

Nurul kini berada di Sandakan, Sabah, bagi menghadiri sebuah sidang perniagaan.

Friday, August 19, 2011

campur tangan UMNOPORNO dalam isu gereja....PAS minta MB selangor siasat...!!!



Dewan Pemuda PAS Selangor mendesak Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menyiasat dakwaan berhubung campur tangan Umno dalam tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya awal bulan ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, gesaan itu dibuat susulan kenyataan setiausaha agung parti Islam itu Datuk Mustafa Ali yang mendakwa beliau mempunyai bukti Umno berperanan dalam tindakan Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Dewan Pemuda PAS Selangor telah menyerahkan memorandum kepada Khalid dan Exco Kerajaan Negeri Datuk Dr Hasan Ali mengenai perkara itu.

“Kita telah menyerahkan memorandum kepada menteri besar dan Datuk Dr Hasan Ali meminta supaya satu siasatan dijalankan terhadap kenyataan Datuk Mustafa Ali berhubung terdapat elemen dan unsur campur tangan Umno dalam tindakan Jais baru-baru ini.

“Kerajaan negeri boleh menjalankan siasatan sekiranya terdapat bukti campur tangan Umno dan saya percaya Datuk Mustafa Ali sedia memberikan kerjasama,” kata Hasbullah kepada The Malaysian Insider.

Tindakan Jais memeriksa Gereja Methodist Damansara Utama menimbulkan kontroversi apabila banyak pihak membantah kaedah dan tujuan operasi itu dijalankan.

Menurut Hasbullah, perkembangan terbaru mengenai pendedahan dokumen sulit siasatan Jais yang disiarkan di blog pro-Umno membuktikan dakwaan Mustafa berasas.

“Kita yakin bukti penglibatan Umno memang ada kerana kalau kita lihat dokumen-dokumen sulit termasuk rakaman video didedahkan di blog pro-Umno sedangkan ia adalah sulit.

“Persoalannya bagaimana blogger (pro) Umno boleh dapat (dokumen sulit), sebab itu kita yakin penglibatan Umno memang ada... memang ada tangan-tangan ghaib,” katanya.

Justeru beliau berharap kerajaan negeri pimpinan Khalid dapat melakukan siasatan segera mengenai perkara itu.

“Kita akan tunggu jawapan menteri besar secara rasmi dan kita harap respona segera dapat diberikan,” katanya.

Mustafa sebelum ini mendakwa mendakwa Umno berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama.

Mustafa turut mengatakan Umno memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan Jais yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja itu.

Tambah Mustafa, beliau sedia mendedahkan maklumat campur tangan Umno kepada Pengarah Jais Marzuki Hussin.

Rahsia Israel Yang Patut Korang Tahu

 

Terlalu banyak yang kita tidak tahu akan perihal Negara Israel dan Yahudi bangsanya. Marilah kita selusuri satu demi satu rahsia itu.

  1. Tahukah anda bahawa selain bangsa yahudi, tidak dibenarkan membeli atau menyewa tanah di Israel?

  2. Tahukah anda bahawa setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik? Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar dari Palestin?

  3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan yang dicat dengan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan bukan yahudi?

  4. Tahukah anda bahawa Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan sebahagian daripada Israel?

  5. Tahukah anda bahawa Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk bangsa Yahudi dan membahagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya diberikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu?

  6. Tahukah anda bahawa Amerika menyalurkan dana 5 billion US dari penghasilan hutangnya setiap tahunnya untuk menyumbang kepada Israel?

  7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar 1,8 billion US setiap tahunn? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua-benua Afrika?

  8. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar 4 billion US dari Amerika yang terdiri dari pesawat pejuang F16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan Negara gabungan utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua kemudahan yang diminta Israel untuk menjamin kewujudannya.

  9. Tahukah anda bahawa kerajaan Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lubnan dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

  10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya Negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pembangunan senjata nuklear? Dan menolak Pasukan Siasatan PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nuklearnya?

  11. Tahukah anda bahawa sebelum Israel wujud pada tahun 1948, mereka telah memiliki kilang pengembangan senjata nuklear?

  12. Tahukah anda bahawa Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Tentera mereka mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?

  13. Tahukah anda bahawa Israel telah menyerang tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentara Amerika dan melukai 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan sebarang tindakan terhadap Israel? Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel tersalah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?

  14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan Negara yang paling banyak mengabaikan resolusi negara PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?

  15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan system politik pemeliharaan terhadap identiti rakyat yahudi agar tetap menjadi warga Negara itu?16. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai terkecuali dalam kes pembunuhan Shabra dan Syatilla pada

16 September 1982 di Lebanon yang telah membunuh lebih dari 1000 orang Palestin terdiri dari anak-anak, wanita dan orang tua?

  1. Tahukah anda bahawa pada tarikh 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para pekerja Palestin yang sedang menunggu bus di Halte untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia menembak mereka dari jarah setengah meter? Tahu pulakah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?

  2. Adakah anda tahu bahawa sehingga tahun 1988, semua kilang dan pejabat di Israel hanya boleh melampirkan keterangan pekerjaan dengan kata-kata: “pekerjaan hanya untuk bangsaYahudi”, ” pekerja hanya boleh dipilih dengan syarat dia berbangsa Yahudi”?

  3. Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 jabatan media Amerika untuk menerbitkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah?

  4. Tahukah anda bahawa Sharon mengajak Parti radikal Molodeit untuk menjadi gabungan utama dalam kabinetnya? Padahal parti itu beridealogi radikal dengan tujuan untuk membesihkan Israel dari luar kawasan yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?

  5. Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama, David Ben-Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh rakyat arab dari Israel?

  6. Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti ketiga terbesar di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk membunuh warga Palestin?bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah yang lalu dalam wawancaranya di sebuah rangkaian radio terbesar di Israel: “Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabiskannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan azab yang pedih. Oleh itu dilarang semua bangsa yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak mereka dan senjatanya hendaklah dihalakan ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk “… …

  7. Tahukah anda bahawa pelarian Palestin terbesar di dunia?

  8. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah yahudi?

  9. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agong Israel sudah mengeluarkan keputusan pelarangan penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan perisik Israel) tetap terus menyeksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya?

  10. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar mengajar dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi Negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor falsafah. Hal ini dilihat dari jumlah purata penduduknya.

  11. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang HAM antarabangsa yang diterbitkan pada tarikh 10 Disember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin? kerana dihalang dengan ditandatangani oleh perikatan OSLO?

  12. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri mereka?

  13. Tahukah anda bahawa Israel sebagai Negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan konvension Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga awam Palestin?

  14. Tahukah anda bahawa perintah Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah tidak dituruti lagi oleh tentera Israel? Salah satu contohnya adalah ketika ia melarang tentera Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi tentera Israel terus menyerang, menembak rakyat awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka. Insiden paling memilukan andalah pembunuhan tiga wanita Palestin, padahal mereka sedang berada dalam khemah pelariannya?

  15. Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan pebagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al-Aqsa dan Qubah As-Sakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

  16. Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mengatakan bahawa Israel adalah Negara rasisme dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum beliau memerintah?Israel sememangnye jahat dan teruk

Thursday, August 18, 2011

bagai propaganda komunis...bikin malu rakyat aje...BBC Akui Siarkan Propaganda KERAjaan Malaysia

Stesen penyiaran antarabangsa BBC mengakui bahawa ia telah menyiarkan rancangan yang diterbit oleh sebuah syarikat perhubungan awam yang diupah oleh kerajaan Malaysia kepada jutaan penonton di seluruh dunia.

Walau bagaimanapun semua rancangan yang dibekalkan oleh syarikat perhubungan awam yang berpangkalan di London itu, FBC Media Ltd telah digantung. Sejak 2009, syarikat itu telah menerbitkan sekurang-kurangnya empat dokumentari mengenai Malaysia.

Menurut akhbar The Independent, BBC dalam satu kenyataan berkata bahawa "FBC telah mengaku kepada BBC bahawa ia bekerja untuk kerajaan Malaysia".

"Maklumat itu tidak didedahkan kepada BBC seperti sepatutnya apabila BBC memberikan kontrak kepada FBC bagi membeklakan program atau rancangan kepadanya. Berikutan perkembangan ini, BBC telah membuat keputusan untuk tidak lagi menyiarkan rancangan daripada FBC sementara ia mengkaji semula hubungan dengan syarikat itu," kata BBC dipetik akhbar itu.

The Independent juga sedang menjalankan siasatan sama ada mana-mana bahan yang dibekalkan oleh FBC itu melanggar garis panduan BBC berhubung laporan tidak berat sebelah.

rentakinfo

Ini APCO punya kerja.Itu sebab UMNO amat rapat dengan APCO.Najib gunakan APCO ni bukan sahaja diLondon termasuk diAmerika Syarikat.Promosi untuk Rosmah diluar negara semua kerja APCO.Yang bagang rakyat Malaysia,yang dapat nama Najib dan Rosmah.

Pastinya bangsa Melayu Yang Punya Angkara....Penjual karpet cedera ditikam

Seorang penjual karpet warga Pakistan cedera selepas ditikam dalam kejadian samun oleh sekumpulan remaja, di kawasan Bazar Ramadan Taman Kerang, di sini awal hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Zulkifli Taha berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1 pagi dan melibatkan sekurang-kurangnya 10 orang termasuk tiga wanita.

"Ketika kejadian, Sher Zaman Khan, 30, sedang tidur berseorangan dalam gerai karpetnya di bazar itu apabila dikejutkan beberapa remaja lelaki dan wanita yang masuk ke dalam gerai dan mengepungnya," katanya kepada pemberita, di sini.

Beliau berkata kumpulan remaja itu kemudian menyamun peniaga tersebut sebelum menikamnya di bahagian belakang dan melarikan diri dengan menaiki motosikal bersama wang berjumlah RM750 dan pasport mangsa.

Katanya mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. - Bernama

Wednesday, August 17, 2011

Pen terpacak pada leher

 “Saya panik sebab doktor kata boleh mati jika pen yang terbenam di leher itu terkena salur darah utama,” kata pekerja stesen minyak, Low Yoke On, 54, yang menunggu hampir empat jam sebelum pen yang terpacak pada lehernya akibat ditikam seorang kenalan, malam kelmarin, berjaya dikeluarkan.

Menceritakan detik mencemaskan itu, Low berkata, dalam kejadian jam 8.15 malam di stesen minyak dekat Jalan Tun Seri Lanang, dia cedera di kiri leher akibat tikaman pen berkenaan yang terbenam lima sentimeter pada lehernya.
Menurutnya, kejadian berlaku apabila dia yang bekerja mengawasi pam di stesen terbabit didatangi kenalannya sebelum berlaku pertengkaran di antara mereka.

“Ketika menikam, lelaki itu ada cakap mahu tengok saya mati. Nasib baik beberapa pelanggan mengisi minyak serta rakan pekerja lain membantu menyebabkan lelaki itu lari,” katanya.

Mangsa menjerit kesakitan sebelum berlari mendapatkan bantuan majikannya dan di hantar ke Hospital Kota Tinggi (HKT). Dia menjalani pemeriksaan sinar-x sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di Tebrau di sini untuk menjalani pembedahan mengeluarkan pen itu.

 

mymetro

Warga Singapura Rakam Aksi Polis Trafik Malaysia Terima Rasuah

 

Sebuah laman web,The Straits Timessingaporeseen.stomp.com.sg , dipercayai berpangkalan di Singapura hari ini menyiarkan sebuah video klip yang memaparkan seorang anggota polis trafik Malaysia yang berpakaian lengkap, menahan dan menerima @meminta ‘duit kopi’ dari pemandu warga republik itu.

Klip video selama 1.59 minit tersebut memperlihatkan seorang pemandu warga Singapura yang menyeberang ke Malaysia melalui Tambak Johor telah ditahan polis trafik kerana memandu laju, 125 kilometer sejam, berbanding 110 kilometer sejam seperti yang dibenarkan undang-undang.

Rakaman tersebut tidak menyatakan secara tepat di mana kejadian itu berlaku tetapi laman web berkenaan turut memuatkan beberapa keping gambar operasi polis trafik di tempat kejadian.

Di dalam klip video yang dirakamkan pada tarikh 8 Julai lalu, namun baru dimuatkan di internet ini pada mulanya, menunjukkan anggota trafik berkenaan telah meminta sesuatu dipercayai kad pengenalan atau lesen memandu dari pemandu tersebut, sebagaimana prosedur biasa.
Namun beberapa saat kemudiannya, anggota polis trafik itu bagaikan sudah biasa mengamalkan rasuah jalanan, menebalkan muka meminta ‘duit kopi’ sebanyak RM100 untuk mengelak pemandu itu disaman, namun jumlah tersebut tidak dipersetujui oleh pemandu itu.
Kemudiannya proses tawar menawar berlaku dan jumlah ‘duit kopi’ itu berjaya dikurangkan kepada RM50 oleh pemandu warga Singapura tersebut.

Setelah membayar wang berjumlah RM50, pemandu warga Singapura itu dilepaskan pergi oleh anggota polis trafik itu sambil menyelitkan wang yang diterima di bawah buku saman miliknya.

Video klip berkenaan turut menggunakan lagu tema ‘Truly Asian’ sebagai muzik latarnya sebagai satu sindiran sinis kepada Malaysia, di mana lagu itu digunakan oleh Kementerian Pelancongan untuk mempromosikan negara ke mata dunia.
Tindakan itu secara tidak langsung mampu memberikan kesan buruk terhadap industri pelancongan yang merupakan industri kedua yang memberikan pendapatan paling tinggi kepada Malaysia.

Kementerian Dalam Negeri, sebagai kementerian yang bertanggungjawab terhadap penguatkuasaan undang-undang dan tindak-tanduk anggota polis trafik wajar memberikan perhatian serius kepada insiden yang memalukan negara ini.
Perlakuan buruk anggota polis trafik itu juga tidak dapat dikompromikan lagi memandangkan pihak Polis DiRaja Malaysia bergitu giat menjalankan kempen Benci Rasuah dan boleh dikatakan setiap anggotanya dibekalkan lencana bertulis ‘Intergriti Amalan Kita’.

Memang tak patut polis tersebut buat begitu, bagus bagi je saman kalau pemandu itu betul-betul salah. Dah la bulan puasa buat pula perkara yang tak berfaedah ini. Kan kerajaan dah bagi bonus RM500 kepada semua kakitangan kerajaan. Cari nahas je polis trafik ini. Dalam beberapa jam, mencecah berpuluh ribu orang Singapura yang menonton video tersebut dan menyatakan ramai mereka yang terkena. Apakah polis negara kita dah dicop "RASUAH"? Ke mana perginya "Mesra, Cekap dan Beramanah"?

Tuesday, August 16, 2011

JAJ ni jabatan agama syaitan,yahudi atau nasrani...??...Inilah akibatnya bila terlalu lama memerintah ,jabatan agama di resapi anasir UMNOPORNO...kakitangannya di mangsakan demi kedangkalan politik kuno yang di bawa...!!!

NONE

 

Imam sebuah masjid di Gelang Patah yang digantung kerja selepas ditahan dalam perhimpunan BERSIH 2.0 kini "berpatah arang dan berkerat rotan" dengan Jabatan Agama Johor (JAJ) yang mengeluarkan arahan itu.

Imam kecewa itu - Hassan Md Said - membayangkan tidak mahu lagi berkhidmat dengan JAJ selepas tamat tempoh penggantungan tiga bulannya pada 2 November depan.

"Saya berdakwah cara lainlah pula. Saya amat kecewa mereka buat cara macam ini dengan saya.

"Saya sudah 14 tahun berkhidmat sebagai imam tetapi macam tidak dihargai. Jabatan agama (JAJ) ini tidak profesional langsung," kata imam bertauliah di Masjid Ladang itu.

Hassan, 40, mendakwa menerima surat makluman penggantungan tiga bulan dari Pengarah JAJ Elias Hasran bermula 2 Ogos kerana "melanggar beberapa arahan" majlis agama negeri, yang dikeluarkan melalui Pejabat Kadi Johor Bahru.

Walaupun tidak disebut secara jelas, Hassan percaya elaun bulanan RM750 yang diterimanya akan dibekukan, sekali gus menyebabkan pesakit "kencing manis serius" itu hilang mata pencarian.

Hassan percaya tindakan itu susulan beliau antara hampir 1,700 orang yang ditangkap polis pada 9 Julai lalu. Beliau menafikan menyertai itu sebaliknya hanya datang menziarahi saudara dan melawat ibu negara.

Dipandang serong penduduk kampung

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Hassan menyifatkan tindakan JAJ menggantungnya tanpa alasan jelas sebagai tidak profesional dan tidak berbudi bahasa.

Menurutnya lagi, tindakan jelas itu menyebabnya dipandang serong oleh masyarakat sehingga ada yang menyangkanya terlibat dalam perbuatan jenayah.

NONE

"(Kesannya) sekarang orang datang belajar mengaji (dengan saya) pun sudah kurang," katanya bapa kepada empat orang anak - dua darinya berumur setahun dan dua tahun serta masih menyusu botol.

Ditanya keadaan kewangannya sekarang, Hassan berkata beliau dalam keadaan "defisit", tambahan lagi dengan keadaan di mana harga barang semuanya mahal.

"Kami berkeluarga di sini agak daif. Rumah pun tidak ada dan cuma menyewa dekat masjid... Susahlah lepas ini, sewa pun tak lepas," katanya.

Usaha Malaysiakini mendapatkan komen pengarah JAJ setakat ini belum berhasil.

Sementara itu, Harakahdaily melaporkan, Hassan turut disekat dari mendapat surat tauliah sebagai pegawai amil zakat fitrah bagi penduduk Kampung Ladang biarpun lulus ujian saringan.

"Difahamkan, sewaktu beliau ingin mengambil tauliah tersebut pada masa yang telah ditetapkan, pegawai JAJ yang bertugas menyatakan penangguhan pemberian tauliah kepada beliau dan terpapar dalam senarai nama penerima tauliah bahawa namanya telah ditandakan merah," laporan itu dipetik.

 

dah la menyamun wang rakyat dan merosakkan akidah 1 malaysia....hasil zakat pun nak pulun 1 malaysia ke...???

new zakat logo (sidebar)

Setiap insan yang beriman tentu sekali perintah-perintah yang terkandung dalam Rukun Islam mereka akan laksanakan. Solat , Zakat , Puasa dan Mengerjakan Ibadat Haji tiada masalah kepada orang-orang beriman.

Sememangnya Islam itu cukup sempurna. Aturan-aturan yang ditentukan tidak terfikir oleh akal manusia. Itu sebagai bukti Islam adalh agama langit yakni milik ALLAH. Sebagai contoh betapa cantik apabila seminggu iaitu hari Jumaat sekali umat Islam wajib menunaikan Solat secara berjemaah di masjid. Sebelum solat adanya Khutbah.

Bermakna seminggu sekali umat Islam diajar , diperingatkan kembali perintah-perintah Allah dan pesanan Rasulullah. Malangnya di Malaysia para khatib tidak mengambil peluang dengan begitu ramai jemaah yang ada di masjid untuk memantapkan lagi kecintaan umat terhadap Islam. Ada khatib dalam khtubahnya mengajak umat menjayakan kempen BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA...KEMPEN BUAH-BUAHAN TEMPATAN....KEMPEN BERJIMAT CERMAT.
mengenai zakat , rasa hari ini kesedaran umat cukup tinggi untuk membayarnya. Tetapi timbul tanda tanya mengenai wang zakat ini. Tidak pernah ada declaration hasil wang zakat yang terkuimpul untuk tatapan umat. Di Negeri Sembilan nampaknya pengurusan wang zakat tidak berhati-hati dan terdapat unsur-unsur yang meragukan.

Sebagai contoh pemberian untuk bantuan sekolah pada awal tahun persekolahan. Jelas borang bantuan dikeluarkan sewenang-wenangnya. Malah penggunaan borang photostat juga dibenarkan. maknanya pihak baitulmal tidak selidik latarbelakang yang mengambil borang. Sepatutnya peringkat pengambilan borang dah ada tapisan. Oleh kerana pengeluaran borang secara bebas, akhirnya orang yang tidak layak ( begitu ramai yang berpendapatan melebih RM1000 , yang berkereta) menerima wang zakat ini.Ini bermakna pegawai dibaitulmal tidak amanah menjaga wang zakat.

Di Seremban dibina pusat perniagaan dicelah deretan kedai-kedai cina. (nama jalan aku tak tahu, tapi bangunan ini selari dengan bangunan KFC). Keluasan bangunan ini lebih menyamai 5 atau 6 buah kedai. Agaknya tanah ini milik MAINS. Tapi sungguh tidak bijak membina pusat perniagaan dikawasan deretan kedai cina yang antaranya menjual alat peralatan sembahan ,kedai kimpalan, kedai spare parts dan sebagainya. Laluan ini memang tak sapa pun nak datang. Dimanakah bijaknya Baitulmal @ MAINS membina pusat berniaga dikawasan ini. Berapa juta RM telah dikeluarkan untuk bangunan yang tidak memberi pulangan ini. Aku pasti ruang-ruang niaga dalam kompleks ini tidak berpenghuni. Siapa yang nak datang kesini ? Daripada buat bangunan sendiri lebih bijak jika MIANS beli lot -lot berniaga di shopping2 kompleks di Seremban. itu lebih praktikal. Shopping kompleks ada tempat tumpuan. Bukannya lorong kedai-kedai lama. Maknanya disini ada unsur penyelewengan wang MAINS yang dalamnya ada wang zakat. Siapakah yang meluluskan kompleks berniaga ini dibina dilorong yang tidak dikunjungi orang ? Berapakah jumlah kosnya?

Ketiga dalam sebulan dua ini terpacak pulak dimasjid-masjid BILLBOARD mengingatkan orang ramai supaya membayar zakat. Didalam billboard ini tertera lambang 1 Malaysia . Apa kena mengena zakat dengan 1 Malaysia? Apakah perlu billboard ini dibina yang tentunya menggunakan wang zakat. Berapakah harga setiap satu billboard dan ada berapa diseluruh negeri sembilan ?Siapa yang dapat projek bina billboard ini ?

Nampaknya elemen budaya umno dah mula meresap ke Baitulmal.

 

 

iqbal

Amah Kena Rogol Oleh Menteri...= Penyamun di rumah majikan

 

2 Penyamun Perkosa Pembantu Rumah

KAJANG: Seorang wanita terkejut apabila dimaklumkan pembantu rumahnya dirogol bergilir-gilir dua lelaki bertopeng yang menceroboh kediaman mereka, di Bandar Mahkota Cheras, di sini, awal pagi Sabtu lalu. Gambar fail

Menurut sumber, wanita terbabit yang terjaga daripada tidur kira-kira jam 5 pagi selepas terdengar bunyi amahnya yang juga warga Indonesia berusia awal 30-an sedang menangis teresak-esak di dapur rumah.

Wanita berusia 51 tahun itu kemudian menanyakan punca sebenar mangsa menangis, namun pembantu rumah itu tidak menjawab dan hanya menangis.

Sebaik didesak, mangsa mengaku diperkosa dua lelaki bertopeng yang mahu menyamun rumah majikannya itu.

“Sebelum kejadian, mangsa yang sedang tidur dikejutkan bunyi salakan anjing majikannya kira-kira jam 2.30 pagi di belakang rumah dan cuba memeriksa apa yang berlaku sebelum tiba-tiba didatangi dua lelaki bertopeng yang kemudian mengacu pisau di lehernya.

“Seorang daripada suspek mengugut akan mencederakan mangsa jika membuat bising dan mengarahkannya menuruti segala kemahuan mereka,” katanya.

Menurutnya, suspek turut mengugut akan menyamun rumah majikannya itu sekiranya dia enggan memuaskan nafsu mereka berdua.

Suspek kemudian memaksa mangsa membawa mereka ke biliknya sebelum merogol mangsa.

“Mangsa hanya mampu berserah dan membiarkan dua lelaki terbabit melampiaskan nafsu mereka kerana bimbang sesuatu yang lebih buruk akan berlaku berikutan suspek bersenjata,” katanya.

Beliau berkata, selepas selesai merogol, suspek terus beredar meninggalkan mangsa dan rumah berkenaan tanpa mengambil barangan berharga dari rumah itu.

Majikan terbabit yang terkejut dengan kejadian itu terus membawa mangsa ke Balai Polis Kajang untuk membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu. -hm

 

 

rentakinfo

Menteri itu seorang penyamun, atau ...penyamun itu seorang menteri?

Which one do you think?

Syiling Baru Malaysia - Malaysia Makin Dijajah Yahudi...!!!!

Duit Syiling Malaysia yang akan dikeluarkan

Duit syiling baru edisi ketiga yang akan dikeluarkan pada tahun depan. Tahukah anda bagaimana rupa bentuk duit syiling baru edisi ketiga tersebut?Tahukah anda apa yang akan anda lihat jika anda perhatikan duit syiling baru edisi ketiga tersebut dengan teliti? Sebelum saya menceritakan lebih lanjut tentang persamaan itu, mari kita tengok ciri-ciri duit syiling baru Malaysia edisi ketiga ini melalui sumber dari Bank Negara Malaysia (BNM).

Bahagian Hadapan Duit Syiling

Motif untuk denominasi 5 sen, 10 sen dan 20 sen memaparkan empat belas titik yang melambangkan tiga belas Negeri serta Wilayah Persekutuan. Motif untuk duit syiling 50 sen mempunyai lima garis mendatar yang melambangkan lima prinsip Rukun Negara.

Motif bagi setiap denominasi adalah seperti yang berikut:

 

Bahagian Belakang Duit Syiling

Bahagian belakang semua duit syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen memaparkan motif yang sama iaitu bunga raya, yang merupakan bunga kebangsaan dan angka yang menunjukkan tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan ‘Bank Negara Malaysia ‘sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling.

Pengaruh Israel

Berbalik tentang cerita disebalik lambang-lambang di syiling ini, kita mungkin terkejut melihatnya. Sebuah negara Islam telah menggunakan lambang Israel sebagai lambang rasmi di atas syiling. Mungkin bagi sesetengah pihak ini adalah kebetulan. Tetapi adakah pihak BNM tidak mengetahui sensitiviti umat Islam? Atau ini hasil dari cmpur tangan pihak luar?

Mungkin gambar di bawah ini boleh menerangkan apa yang saya ingin sampaikan. Cuba anda lihat dan teliti reka bentuk duit syiling baru edisi ketiga tu dengan lambang bendara Israel.

 

 

 

Telah Lama Dijajah

Sebenarnya ini adalah bukan isu baru. ini adalah kesenambungan dari kisah logo BNM itu sendiri yang amat meragukan.

 

Cuba kita kaji lambang pada logo bank negara. Ramai yang menganggap ini adalah lambang kijang atau rusa, tetapi kijang dan rusa ekornya tidak panjang. Cuba pula anda google images, pharaoh dog. Lihat sama atau tidak dengan imej logo bank negara. Hasilnya:

 

Pharaoh Hound

 
Logo Bank Negara kelihatan seperti Pharaoh Hound. Ada kemungkinan logo itu berasaskan Firaun kerana Pharaoh Hound itu juga adalah lambang kepada Mesir Kuno.

Jika kita mengkaji lebih dalam lagi, anjing ini begitu suci di dalam masyarakat mesir kuno. Anubis adalah salah satu tuhan dari berpuluh-puluh tuhan mesir kuno.

 

 

Anubis

Cuba bandingkan gambar-gambar ini dengan logo bank tersebut. Agak sama kan dibandingkan dengan kijang.

Cuba kita berfikir sejenak.

 

Monday, August 15, 2011

Ular tedung selar 6.7 meter bersahabat dengan Siti Rodziah 17

 

Seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar di sini, boleh disifatkan lain daripada yang lain apabila ‘bersahabat’ dengan ular tedung selar sepanjang 6.7 meter berusia 28 tahun digelar ‘Abang Joe’.

Siti Rodziah Mohd Khair, 17, Kampung Kenor, di sini berkata, dia menjadikan ular tedung selar dipelihara penangkap ular, Mohd Hamdan Mahadi, 25, sebagai teman sejak tiga bulan lalu selepas menonton satu persembahan ular oleh Mohd Hamdan di Kuala Krai.

Katanya, ketika menonton persembahan itu, bapa tirinya, Abd Rahim Jaafar, 36, mencabarnya mencium ular berkenaan.

“Saya memang sukakan aktiviti lasak dan saya terus menyahut cabaran yang diberikan.

“Pada mulanya perasaan takut menguasai diri kerana tidak pernah berdepan dengan reptilia berbisa, tetapi dengan tunjuk ajar daripada Hamdan, saya berjaya mencium ular berkenaan,” katanya.

Menurut Siti Rodziah, selepas persembahan itu Mohd Hamdan bertanya kepadanya sama ada mahu belajar bermain ular dan dia memberikan persetujuan selepas mendapat kebenaran daripada bapa tirinya.

“Pada malam itu juga, saya ditemani ayah dan Mohd Hamdan memulakan latihan pertama di padang Sekolah Menengah Vokasional Kuala Krai.

“Sejak daripada itu, saya tidak ada masalah untuk memegang, malah mencium ular tedung selar dan saya mula mengikuti setiap persembahan yang dibuat Mohd Hamdan. Saya juga sering mengikut Mohd Hamdan menangkap ular jika menerima laporan daripada penduduk walaupun terpaksa bangun daripada tidur pada jam 3 pagi,” katanya.

Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, antara pengalaman tidak dapat dilupakan ialah terpaksa ditahan di wad selama tiga hari selepas dipatuk ular kapak.

Katanya, kejadian berlaku apabila dia cuba menangkap reptilia berkenaan selepas ada penduduk melaporkan reptilia itu masuk ke dalam rumahnya.

“Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi saya apabila reptilia itu mematuk tangan saya, tetapi saya segera minum air masak bagi menawarkan bisa ular sebelum dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya. Menurut Siti Rodziah, dia merancang untuk membuat pertunjukan solo tidur bersama ular berbisa di Johor pada Oktober nanti selepas ada individu yang sanggup menanggung kos perbelanjaan untuk pertunjukan itu.

“Memandangkan kini saya aktif membuat persembahan bersama Hamdan sehingga ke luar Kelantan, ada individu yang bersetuju untuk menanggung kos bagi membolehkan saya membuat persembahan solo dengan tidur bersama ular berbisa.

“Jika tiada halangan, pertunjukan itu akan diadakan di Johor pada Oktober nanti dan saya akan mencuba mencipta rekod baru dalam Malaysia Book of Records,” katanya

Sunday, August 14, 2011

Lelaki tertinggi jadi tetamu di Qaryah Ramadhan

Lelaki tertinggi di dunia berasal dari Punjab Pakistan, Ijaz Ahmed, 28, menjadi tetamu Himpunan Remaja dan Majlis Makan Colek di Qaryah Ramadan, kelmarin.

Beliau berada di negeri ini selama dua hari sebagai tetamu dan juga untuk memohon sumbangan derma orang ramai bagi mendapatkan sumber kewangan untuk membiayai rawatan kakinya akibat kemalangan dua tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dab Pelancongan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata Ijaz yang mempunyai ketinggian 8 kaki 4 inci itu telah mengalami kemalangan jalan raya dua tahun lalu.

"Akibatnya, Ijaz mengalami masaalah kaki dan ianya perlu dirawat," ujarnya.

Menurutnya, sebagai seorang anak yang berada dalam lingkungan keluarga miskin, beliau tidak mampu menanggung kos yang tinggi untuk merawat kakinya itu.

Sementara itu, orang ramai turut diraikan dengan jamuan colek sempena majlis penyampaian hadiah pameran auto show, petang kelmarin.

Turut berucap pada majlis itu Penolong Pengarah Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Mohd Nasir Mat Soh.

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here