cari maklumat di sini

Your Ad Here

Thursday, August 18, 2011

bagai propaganda komunis...bikin malu rakyat aje...BBC Akui Siarkan Propaganda KERAjaan Malaysia

Stesen penyiaran antarabangsa BBC mengakui bahawa ia telah menyiarkan rancangan yang diterbit oleh sebuah syarikat perhubungan awam yang diupah oleh kerajaan Malaysia kepada jutaan penonton di seluruh dunia.

Walau bagaimanapun semua rancangan yang dibekalkan oleh syarikat perhubungan awam yang berpangkalan di London itu, FBC Media Ltd telah digantung. Sejak 2009, syarikat itu telah menerbitkan sekurang-kurangnya empat dokumentari mengenai Malaysia.

Menurut akhbar The Independent, BBC dalam satu kenyataan berkata bahawa "FBC telah mengaku kepada BBC bahawa ia bekerja untuk kerajaan Malaysia".

"Maklumat itu tidak didedahkan kepada BBC seperti sepatutnya apabila BBC memberikan kontrak kepada FBC bagi membeklakan program atau rancangan kepadanya. Berikutan perkembangan ini, BBC telah membuat keputusan untuk tidak lagi menyiarkan rancangan daripada FBC sementara ia mengkaji semula hubungan dengan syarikat itu," kata BBC dipetik akhbar itu.

The Independent juga sedang menjalankan siasatan sama ada mana-mana bahan yang dibekalkan oleh FBC itu melanggar garis panduan BBC berhubung laporan tidak berat sebelah.

rentakinfo

Ini APCO punya kerja.Itu sebab UMNO amat rapat dengan APCO.Najib gunakan APCO ni bukan sahaja diLondon termasuk diAmerika Syarikat.Promosi untuk Rosmah diluar negara semua kerja APCO.Yang bagang rakyat Malaysia,yang dapat nama Najib dan Rosmah.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here