Setiap insan yang beriman tentu sekali perintah-perintah yang terkandung dalam Rukun Islam mereka akan laksanakan. Solat , Zakat , Puasa dan Mengerjakan Ibadat Haji tiada masalah kepada orang-orang beriman.
Sememangnya Islam itu cukup sempurna. Aturan-aturan yang ditentukan tidak terfikir oleh akal manusia. Itu sebagai bukti Islam adalh agama langit yakni milik ALLAH. Sebagai contoh betapa cantik apabila seminggu iaitu hari Jumaat sekali umat Islam wajib menunaikan Solat secara berjemaah di masjid. Sebelum solat adanya Khutbah.
Bermakna seminggu sekali umat Islam diajar , diperingatkan kembali perintah-perintah Allah dan pesanan Rasulullah. Malangnya di Malaysia para khatib tidak mengambil peluang dengan begitu ramai jemaah yang ada di masjid untuk memantapkan lagi kecintaan umat terhadap Islam. Ada khatib dalam khtubahnya mengajak umat menjayakan kempen BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA...KEMPEN BUAH-BUAHAN TEMPATAN....KEMPEN BERJIMAT CERMAT.
mengenai zakat , rasa hari ini kesedaran umat cukup tinggi untuk membayarnya. Tetapi timbul tanda tanya mengenai wang zakat ini. Tidak pernah ada declaration hasil wang zakat yang terkuimpul untuk tatapan umat. Di Negeri Sembilan nampaknya pengurusan wang zakat tidak berhati-hati dan terdapat unsur-unsur yang meragukan.
Sebagai contoh pemberian untuk bantuan sekolah pada awal tahun persekolahan. Jelas borang bantuan dikeluarkan sewenang-wenangnya. Malah penggunaan borang photostat juga dibenarkan. maknanya pihak baitulmal tidak selidik latarbelakang yang mengambil borang. Sepatutnya peringkat pengambilan borang dah ada tapisan. Oleh kerana pengeluaran borang secara bebas, akhirnya orang yang tidak layak ( begitu ramai yang berpendapatan melebih RM1000 , yang berkereta) menerima wang zakat ini.Ini bermakna pegawai dibaitulmal tidak amanah menjaga wang zakat.
Di Seremban dibina pusat perniagaan dicelah deretan kedai-kedai cina. (nama jalan aku tak tahu, tapi bangunan ini selari dengan bangunan KFC). Keluasan bangunan ini lebih menyamai 5 atau 6 buah kedai. Agaknya tanah ini milik MAINS. Tapi sungguh tidak bijak membina pusat perniagaan dikawasan deretan kedai cina yang antaranya menjual alat peralatan sembahan ,kedai kimpalan, kedai spare parts dan sebagainya. Laluan ini memang tak sapa pun nak datang. Dimanakah bijaknya Baitulmal @ MAINS membina pusat berniaga dikawasan ini. Berapa juta RM telah dikeluarkan untuk bangunan yang tidak memberi pulangan ini. Aku pasti ruang-ruang niaga dalam kompleks ini tidak berpenghuni. Siapa yang nak datang kesini ? Daripada buat bangunan sendiri lebih bijak jika MIANS beli lot -lot berniaga di shopping2 kompleks di Seremban. itu lebih praktikal. Shopping kompleks ada tempat tumpuan. Bukannya lorong kedai-kedai lama. Maknanya disini ada unsur penyelewengan wang MAINS yang dalamnya ada wang zakat. Siapakah yang meluluskan kompleks berniaga ini dibina dilorong yang tidak dikunjungi orang ? Berapakah jumlah kosnya?
Ketiga dalam sebulan dua ini terpacak pulak dimasjid-masjid BILLBOARD mengingatkan orang ramai supaya membayar zakat. Didalam billboard ini tertera lambang 1 Malaysia . Apa kena mengena zakat dengan 1 Malaysia? Apakah perlu billboard ini dibina yang tentunya menggunakan wang zakat. Berapakah harga setiap satu billboard dan ada berapa diseluruh negeri sembilan ?Siapa yang dapat projek bina billboard ini ?
Nampaknya elemen budaya umno dah mula meresap ke Baitulmal.
iqbal
No comments:
Post a Comment