cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, September 18, 2010

Patmanaban simpan wanita asing pulak dah....!!!!

KUALA LUMPUR - Peguam K. Patmanaban yang tahanan remannya dilanjutkan sehingga 25 September ini didapati menyimpan dua pekerja wanita warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Dua wanita terbabit ialah seorang wanita warga Indonesia dan seorang rakyat Filipina berusia lingkungan 30-an.

Kedua-dua wanita itu dipercayai diambil bekerja oleh Patmanaban sebagai pembantu rumah yang menguruskan semua kerja rumah di ladang ternakan ayam dan kambing di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting. Ladang Gadong ialah lokasi jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga rakannya dibunuh.

Tugas kedua-dua wanita itu termasuklah melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak dan membasuh pakaian semua pekerja ladang selain membantu menguruskan adik Patmanaban dan Patmanaban sendiri.

Mereka juga dibayar gaji namun belum diketahui berapa jumlahnya.

Difahamkan, kedua-dua wanita itu diambil bekerja di situ kerana isteri dan anak-anak Patmanaban tidak tinggal di rumah ladang tersebut, sebaliknya menetap di rumah lain di Puchong.

"Kita percaya pembantu Indonesia yang berbadan gempal, rendah dan berkulit sawo matang serta wanita warga Filipina yang berketinggian 150 sentimeter dan berkulit cerah itu mula bekerja dengan Patmanaban sejak ladang itu dibuka di antara dua hingga tiga tahun lalu," kata satu sumber

Rakan Sosilawati pulak ditemui mati tergantung



BUKIT MERTAJAM - Seorang pengasas produk kecantikan jenama Aveer, Sarina Jaafar(gambar), 43, yang juga rakan Datuk Sosilawati Lawiya ditemui mati dalam keadaan tergantung di dalam bilik di rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini semalam.

Kejadian itu disedari oleh anak bongsu Sarina yang berusia 16 tahun kira-kira pukul 8.30 pagi ketika masuk ke biliknya.

Bagaimanapun sehingga semalam polis masih mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut dan menolak sebarang kaitan dengan unsur jenayah.

Menurut anak sulung mangsa, Mohd. Azrul Affendi Zakaria, 24, ketika kejadian dia berada di Kuala Lumpur dan bergegas pulang sebaik mendengar mengenai berita kematian ibunya itu.

Tambahnya, sebelum ini ibunya pernah menyatakan rasa terkilan dengan nasib malang yang menimpa rakannya, Sosilawati yang dibunuh dengan kejam baru-baru ini.

"Ibu dan Datuk Sosilawati memang sudah berkawan lama kerana mereka sama-sama terlibat dalam bidang produk kecantikan dan sejak kebelakangan ini ibu sering memberitahu dia berasa sedih dengan nasib yang menimpa Sosilawati," katanya.

indek jenayah menjadi semakin serius bila terbukti polis bertindak mengikut telunjuk UMNO

TV Selangor Diarah Beri Kenyataan Kepada Polis





SHAH ALAM 18 SEPT: Polis Shah Alam hari ini mengarahkan kakitangan TVSelangor yang terbabit dalam menyiarkan laporan mengenai siasatan terhadap suspek utama dalam kes Sosilawati untuk memberi kenyataan.

Laporan itu bersabit dengan komen Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin mengenai kegagalan polis mengambil tindakan terhadap suspek berkenaan sebelum pembunuhan Sosilawati dan tiga orang lain.

Bingkas bertindak terhadap TVSelangor, polis Shah Alam bagaimanapun belum memberi sebarang kenyataan bersabit laporan fitnah Utusan Malaysia yang mengaitkan DAP dengan suspek utama kes itu.

DAP Selangor hari ini membuat laporan polis terhadap laporan Utusan itu yang disifatkan berniat jahat dan berbentuk hasutan.

Dalam surat kepada TvSelangor yang dihantar ke pejabat TVS petang tadi, polis Shah Alam meminta editor, penulis dan penyampai berita memberi keterangan kepada pihaknya selewat-lewatnya hari isnin.

Siasatan polis itu bersabit laporan bertajuk 'Empat rekod jenayah suspek Sosilawati, Mengapa Tidak Ada Tindakan', disiarkan oleh TVSelangor pada 13 September lalu.

Shamsul, mempertikaikan siasatan polis sebelum ini terhadap kes-kes jenayah yang mempunyai hubung kait dengan suspek pembunuhan jutawan kosmetik Sosilawati ketika polis di bawah kepimpinan Tan Sri Musa Hassan.

Akhbar New Straits Times (NST) turut memaparkan rasa tidak puas hati orang ramai terhadap kelewatan polis bertindak atas laporan polis terhadap suspek adik-beradik berkenaan yang dibuat sejak 10 tahun lalu.

Namun setakat ini tidak ada tindakan dikenakan terhadap NST mahupun Utusan Malaysia yang merupakan akhbar arus perdana di bawah kawalan Umno-Barisan Nasional. -TVS


Jika demikian sifat dan sikap polis, iaitu bertindak secara pilih kasih dan diskriminasi, maka tidak hairan mengapa jenayah terus-terusan berlaku. Jenayah dipandang ringan. Yang dipentingkan oleh PDRM ialah menekan Pakatan Rakyat. Yang dipentingkan ialah bertindak mengikut telunjuk pemimpin UMNO. Yang dipentingkan ialah hanya pangkat dan kedudukan. Yang dipentingkan menjalankan agenda UMNO untuk merampas Selangor.

Teruskan tangkap semua ahli Pakatan Rakyat jika anda mampu. Tembak dan bunuh semua jika anda mahu. Rakyat cuma ada peti undi yang akan jadi penentu.

menangguk di air keroh dengan membodek UMNO-BN.....laporan polis di buat tuduh suspek bunuh Sosilawati ahli DAP



DAP Pulau Pinang terpaksa membuat laporan polis terhadap kenyataan liar bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd Zahid Md Arip yang menuduh suspek utama pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya ahli seumur hidup parti itu sebagaimana yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia, 16 September lepas.

Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang, Ng Wei Aik berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Zahid bermatlamat memburuk-burukan DAP yang kini telah diterima rakyat sebagai sebuah parti gabungan dalam Pakatan Rakyat.

"Tuduhan yang tidak berasas kerana suspek berkenaan tidak pun pernah sertai DAP tetapi sebaliknya pernah mengatakan hasrat menyertai MIC sepertimana yang dinyatakan oleh Senator T. Murugiah," ujarnya dalam sidang media di luar Balai Polis Jalan Petani, di sini pagi tadi.

Menurutnya, tindakan Utusan Malaysia itu jelas menangguk di air keruh dengan mempolitikkan isu berkenaan bagi menghentam DAP yang didekati PAS dan PKR.

DAP Pulau Pinang, katanya melihat usaha utama program itu ialah memberi gambaran bahawa DAP adalah sebuah parti yang menganjurkan keganasan.

"Itu dia sikap Umno dari dulu sehinggalah sekarang. Asyik melemparkan tuduhan dan fitnah walaupun tiada bukti sah," tambahnya.

kalau ada bukti kukuh...terus dakwa...jangan hanya berkokok aje....!!!!

Kes bunuh Sosilawati: ‘Kami ada bukti kukuh’



KUALA LUMPUR: “Kertas siasatan akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara berkemungkinan minggu depan. Polis yakin siasatan kami punya bukti kukuh,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berhubung perkembangan terkini pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, semalam.

Menurutnya, bukti kukuh itu yang dikumpul berdasarkan penemuan tulang, beberapa senjata, barangan peribadi dan pengakuan suspek diyakini mampu mengaitkan dan mengheret suspek utama dan tujuh yang lain ke mahkamah bagi didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mandatori gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Beliau berkata, sehingga kini polis menghentikan operasi mencari bahan bukti di Ladang Gadong dan Sungai Panchau, Banting, bermula semalam. Bagaimanapun, anggota polis masih berkawal di tempat itu dan ia masih ditutup kepada orang ramai.

“Polis percaya kes pembunuhan Sosilawati dan tiga rakannya dapat diselesaikan berdasarkan tindakan diambil dan bahan bukti yang diperoleh,” katanya.

Mohd Bakri berkata, bagi ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dibuat pada serpihan tulang yang dipercayai milik mangsa, keputusan mengenainya hanya akan diperoleh sekurang-kurangnya dalam empat hari lagi.

“Misi mencari bahan bukti dihentikan hari ini (semalam) dan jika selepas ini kami dapati ada keperluan atau masih ada lagi benda yang perlu dicari atau dilakukan, kami akan sambung operasi,” katanya.

Mohd Bakri berkata, dua pasukan khas ditubuhkan bagi menjalankan siasatan menyeluruh berhubung tragedi pembunuhan keempat-empat mangsa dan kes kehilangan tiga lagi individu serta seorang wanita yang mati dibunuh sebelum ini. Beliau berkata, bagi kes Sosilawati dan tiga rakannya, pasukan khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, manakala bagi pasukan menyiasat individu hilang ia diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Risikan dan Operasi, Datuk Hadi Ho Abdullah.

“Setakat ini, kami sudah kenal pasti suspek terbabit empat kes lain iaitu tiga kes individu hilang selepas mengadakan pertemuan dengan suspek utama. Kami tidak menolak kemungkinan mereka turut menjadi mangsa bunuh selain satu kes wanita mati ditikam di hadapan rumahnya tahun lalu,” katanya.

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Keempat-empat mangsa disahkan dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting. Kes pembunuhan itu terbongkar selepas penahanan suspek utama yang juga seorang peguam berusia 41 tahun pada 11 September lalu diikuti beberapa tangkapan membabitkan tujuh individu lain. Semua suspek dipercayai pekerja suspek utama.

Sebelum itu, polis menemui kereta mewah milik Sosilawati ditinggalkan di sebuah pangsapuri di USJ1 dan kereta peguamnya di tempat letak kereta Hotel Dorset, Subang Jaya.

Peguam terbabit orang terakhir dilihat bersama semua mangsa. Setakat ini, motif pembunuhan masih dalam siasatan.
Sejak itu, kawasan Ladang Gadong dipercayai milik suspek utama menjadi tumpuan siasatan polis selain tiga sungai utama di kawasan berkenaan iaitu Sungai Kanchung Laut, Sungai Gelanggang Buaya dan Sungai Panchau yang dipercayai menjadi lokasi pembuangan tulang mangsa, senjata pembunuhan dan barangan peribadi mangsa termasuk jam tangan serta telefon bimbit. Semua sungai berkenaan terletak antara dua hingga lima kilometer dari ladang berkenaan. Wartawan Harian Metro yang ‘berkampung’ di lokasi kejadian sejak Ahad lalu juga mendapati orang ramai terutama penduduk sekitar keluar beramai-ramai untuk melihat lokasi kejadian tanpa menghiraukan kawasan berkenaan dikawal ketat.

Dalam tinjauan semalam selepas media dibenarkan mendekati kawasan pintu masuk ladang berkenaan mendapati kawasan ladang itu dipagar dengan tembok simen setinggi kira-kira dua meter manakala pintu masuk utama dikawal menggunakan pagar kawalan automatik serta terdapat satu lagi pagar kira-kira 100 meter dari pintu utama ladang. Pintu masuk utama ladang itu turut tertera dua tanda amaran iaitu ‘Dilarang Masuk’ dan ‘Awas Anjing Ganas’.

Turut kelihatan di dalam kawasan ladang berkenaan ialah beberapa bangunan menyerupai chalet, rumah pondok serta gazebo selain beberapa tapak semaian ditutupi jaring berwarna hitam dipercayai untuk tanaman sirih di sepanjang laluan pintu masuk hadapan.

kata dah selesai.....tapi Forensik polis masih masuki lokasi pembunuhan Sosilawati

KUALA LANGAT: Kenderaan anggota forensik polis masih kelihatan memasuki kawasan lokasi pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya di Ladang Gadong milik suspek utama kes itu di sini.

Tinjauan Bernama berhampiran lokasi berkenaan melihat kenderaan forensik itu
memasuki kawasan terbabit seawal 8.30 pagi tadi dan keluar semula
beberapa jam kemudian.

Sebuah kereta peronda MPV polis turut ditempatkan di laluan utama iaitu
kira-kira 600 meter dari lokasi ladang milik suspek terbabit.
Kesemua kenderaan yang melalui laluan itu ditahan dan disoal sebelum
diarahkan berpatah balik dan meninggalkan kawasan ladang.

Petugas media masih terus berkampung di sebuah kuil berhampiran bagi
mengawasi dan memantau lokasi pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain yang
dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu sebelum didapati dibunuh dan dibakar di
ladang berkenaan.

Selain petugas media, beberapa kenderaan yang melalui jalan utama turut
memperlahankan kenderaan malah ada yang berhenti untuk melihat serta meninjau
kawasan berhampiran.

Sementara itu, seorang lelaki yang merupakan pengusaha kantin di sekolah
berhampiran dan hanya mahu dikenali sebagai Uncle berkata beliau masih sukar
untuk mempercayai kejadian itu berlaku di lokasi berkenaan.

"Ketika hari awal kejadian saya nampak ramai orang saya ingat ada
penggambaran filem, tetapi bila baca surat khabar dan tengok televisyen baru
saya tahu ada kejadian bunuh," katanya. -- BERNAMA

Taksub, takut ugutan atau ampu bodek bos punca mangsa dibunuh..???...cakap bior betul...!!!!!



BAKRI (kiri) pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Taksub kepada majikan dipercayai menjadi punca enam pekerja Ladang Gadong, Tanjong Sepat di Banting sanggup melakukan pembunuhan kejam melibatkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, terdapat di kalangan pekerja itu telah 15 tahun bekerja dengan majikan itu.

Menurut beliau, berdasarkan pengakuan empat daripada enam pekerja itu, mereka menyatakan mangsa-mangsa telah diikat, dipukul, ditikam dan dibakar sebelum abu kesemua mayat itu di buang ke dalam Sungai Panchau.

Perbuatan kejam itu ada kaitan dengan majikan mereka yang dipercayai turut berada di lokasi kejadian.

Berikutan kejadian itu, kata Bakri, polis yakin telah melengkapkan kertas siasatan terhadap kes pembunuhan itu dan menghentikan operasi mencari bahan bukti di sekitar Ladang Gadong.

"Polis percaya kes pembunuhan empat mangsa itu telah dapat diselesaikan berdasarkan urutan peristiwa, tindakan-tindakan dan juga bukti yang telah diperoleh.

"Kita akan mengemukakan hasil siasatan kepada pejabat Peguam Negara, berkemungkinan minggu hadapan," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini semalam

Wednesday, September 15, 2010

agaknya polis asyik berpolitik...Suspek utama ada 7 aduan jenayah komersial buat tak tau...dah makan korban yang ramai baru terhegeh hegeh nak buat kojo....!!!

Kes Sosilawati: Suspek utama ada 7 aduan jenayah komersial

BANTING: Polis mengenal pasti suspek peguam dalam pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya mempunyai tujuh laporan jenayah komersial yang membabitkan jumlah RM7.1 juta sejak 2005.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata maklumat itu diperoleh daripada siasatan polis dan penilaian semula kes yang dilaporkan di Ibu Pejabat Daerah Polis (IPPD) Kuala Langat.

Sementara itu, mengulas kes kehilangan dua individu sebelum ini, beliau berkata, kes pembunuhan seorang gadis 19 tahun dan ahli perniagaan dari Chennai, India, S Usharani, 24, yang akan disiasat.
Katanya, siasatan kes kehilangan ahli perniagaan itu baru bermula kerana isteri mangsa hanya membuat laporan polis pada 8 September lalu.
amai
Bagi kes kedua pula, Khalid berkata, pihaknya tidak pernah menutup kes terbabit, sebaliknya polis masih belum menemui petunjuk bagi membantu siasatan.

"Apabila suami wanita yang hilang dipanggil memberi kenyataan buat kali kedua, kami mendapati beliau menceritakan apa yang berlaku seperti diterangkan kepada pihak media," katanya ketika mengiringi Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar sempena Hari Polis Bertemu Masyarakat di sini, sebentar tadi.

Khalid berkata, bagi tujuh kes jenayah komersial dan kehilangan dua individu sebelum ini akan disiasat polis Selangor, manakala kes Sosilawati akan disiasat polis Bukit Aman dan Kuala Lumpur.

Datuk "K" guna pekerja sendiri untuk meng"C4" Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain....



Anggota polis forensik mencari bahan bukti lain di Sungai Panchau, Ladang Gadong semalam tempat dipercayai suspek membuang abu mayat Sosilawati dan tiga rakannya.

KUALA LUMPUR - Pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga yang lain tiada kaitan dengan kumpulan pembunuh upahan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, pihaknya setakat ini percaya pekerja-pekerja kepada seorang lelaki bergelar Datuk terlibat secara langsung dalam pembunuhan empat mangsa itu.

"Kita percaya mereka (pembunuh) adalah pekerja seorang lelaki bergelar Datuk yang ditahan," kata beliau kepada Kosmo! semalam.

Keempat-empat individu tersebut dipercayai telah dibunuh di dalam stor milik peguam Datuk K. Patmanaban yang juga ditahan bagi membantu siasatan kes itu.

Sosilawati, 47, bersama pemandunya, Kamarudin Shansudin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan jual beli tanah.

Satu sumber Kosmo! memberitahu, keempat-empat mangsa itu dipercayai dibunuh bermula pada pukul 10 malam pada 30 Ogos lalu selepas Sosilawati dan rakan-rakannya berjumpa dengan Patmanaban.


kosmo

sape pedajjal yang bagi gelaran datuk...!!!!

Peguam Disyaki Dalang Bunuh Sosilawati Mahu Sertai MIC




Peguam bergelar Datuk yang merupakan suspek utama dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain bercadang untuk menyertai MIC, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah.

Murugiah berkata, beliau bertemu dengan suspek pada program komuniti Hari Raya di Bukit Cheeding, Banting pada 8 September iaitu tiga hari sebelum suspek ditahan polis.

“Saya dijemput untuk menyerahkan sumbangan yang ditaja beliau (suspek) untuk komuniti orang asli di kawasan itu.

“Ia merupakan pertemuan kali pertama dengan dia. Saya lihat dia seorang yang pemurah dan peramah tetapi tidak menyangka di sebaliknya,” katanya kepada media selepas mengunjungi rumah keluarga Sosilawati di sini.

Murugiah berkata, pada awalnya tiada masalah bagi suspek untuk menyertai MIC kerana suspek merupakan seorang peguam berpendidikan tinggi.

“Saya menasihatkan dia supaya mengisi borang keahlian dan perkara itu akan dimaklumkan kepada Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu,” katanya.

Bagaimanapun jelasnya, MIC tetap tidak akan menerima suspek untuk menyertai parti sekiranya didapati tidak bersalah berikutan rekodnya sebelum ini dipertikaikan.

Menurutnya, MIC mahukan pemimpin yang bersih dan bukan golongan seperti itu.

“Kita hendak buat baik dengan orang, buat baik dengan rakyat, itulah pemimpin yang sepatutnya kita cari dalam parti,” kata Murugiah.

Beliau menambah, kemungkinan gelaran 'Datuk' suspek juga perlu disiasat kesahihannya agar tidak menyelewengkan pemikiran rakyat. -mstar


Kita pernah dengan kes-kes dimana darjah bintang kebesaran boleh dibeli. Ada diantaranya pula dengan membuat sumbangan untuk majlis-majlis politik tertentu dan ada pula dengan mempunyai hubungan rapat dengan orang tertentu.

Bintang kebesaran menjadi terlalu murah nilainya. Apa tah lagi apabila dikalungkan kepada penjenayah, menjadikan darjah kebesaran itu terus tercemar dan tidak bernilai lagi.

Ada yang lansung tiada pengurniaan dari sesiapa, tetapi degan berani sengaja menggunakan title DATUK. Lazim dilakukan oleh ahli perniagaan dan politik. Tiada peruntukan undang-undangkah untuk mendakwa pesalah sebegini?

Kalau tak der undang-undang, esok semua boleh panggil Datuk rentakinfo...amacam ada gempaq ka....!!!!nak sedap bagi datuk seri perwira durjana ...lagi gempaq beb

suspek peguam dajjal mempunyai Kekayaan Melampau




Peguam bergelar Datuk yang juga suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik dan tiga individu lagi, dipercayai memiliki banyak aset berharga, antaranya kenderaan mewah, rumah, firma guaman dan ladang di sekitar Selangor.

Gambar: Kelihatan seorang jurugambar sedang merakam gambar rumah peguam yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi di Sungai Kancong Laut. Foto:Bernama

Lelaki berusia 41 tahun itu difahamkan memiliki, antaranya dua unit rumah semi-D di Banting, unit apartmen di Taman Kinrara yang dipercayai nilainya mencecah ratusan ribu ringgit.

Dia juga mengusahakan ladang ternakan ayam, lembu dan kambing di Batu Laut, Morib.

Tinjauan Sinar Harian di rumah suspek, termasuk yang disewakan di Taman Cempaka, Banting, kelmarin, mendapati tempat itu tidak ada penghuni.

Dalam tinjauan semalam, Sinar Harian dapati sebuah lagi rumah milik suspek utama itu, iaitu di apartmen Palm Ville, Taman Kinrara, juga kosong serta berkunci.

Tinjauan di luar rumah itu, mendapati hanya terdapat rak kasut dan meja alat tulis, manakala pintu jerijinya dimangga.

Menurut seorang jiran berusia 50-an rumah tersebut hanya dihuni oleh isteri suspek utama bersama dua anak lelaki berusia antara 10 dan 11 tahun serta seorang pembantu rumah.

Katanya, suami wanita itu yang tinggal di Banting, hanya datang sekali sekala pada hujung minggu untuk menjenguk anak-anak dan isterinya.

“Saya dan keluarga tidak kenal rapat dengannya (isteri suspek utama) tetapi jika terserempak, dia sering menegur kami dan tidak lokek dengan senyuman.

“Kami tidak pernah berbual panjang tetapi mengenali siapa suaminya (suspek utama),” katanya semalam.

Beliau berkata, isteri suspek utama itu juga jarang berada di rumah tersebut dan hanya pulang pada hari tertentu berikutan kedua-dua anaknya bersekolah di sebuah sekolah antarabangsa di daerah terbabit.

“Saya hanya melihat kelibatnya kira-kira jam 3 petang kelmarin ketika dia menjemput anaknya pulang dari sekolah. Selepas itu, sehingga petang tadi (semalam), dia tidak pulang lagi,” katanya. -SH

suspek dajjal guna anjing untuk "saiko" mangsa sebelum di bunuh....



Suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain membela 16 anjing rottweiler bagi mengawal ladangnya di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, di sini selain digunakan untuk menakutkan mangsa jika enggan mengikut arahan.

Semua mangsa suspek dikatakan diugut akan dicampak ke dalam kandang anjing berkenaan sekiranya tidak mahu bekerjasama atau enggan mematuhi arahan.

Difahamkan, ladang berkenaan juga mempunyai beberapa unit rumah seakan chalet menempatkan sebuah rumah yang eksklusif dan kolam renang.

Sosilawati dan rakannya juga dipercayai ditakutkan dan diugut akan dicampak ke dalam kandang anjing berkenaan. Malah, semua mereka dipercayai dibunuh selepas suspek berpendapat sukar mengawal mereka.

Semua mangsa dibelasah dengan kayu kriket sebelum dibunuh seorang demi seorang. Mayat mangsa dibakar sebelum abunya dibuang ke dalam sungai dengan tujuan melupuskan bukti.

Menurut sumber, sebelum ini pernah seorang lelaki dicampak suspek ke dalam kandang anjing berkenaan selepas ingkar arahan membabitkan satu urus niaga.




PERSINGGAHAN TERAKHIR...Sosilawati dilihat kali terakhir di restoran makanan laut berdekatan tempat pembunuhan jutawan kosmetik bersama tiga rakannya.


Suspek yang juga seorang peguam berstatus Datuk berusia 41 tahun ditahan serta adiknya berusia 38 tahun pada 11 September lalu bersama enam lain termasuk dua wanita sebelum kes pembunuhan kejam dilakukannya terbongkar.

Berdasarkan maklumat, suspek memiliki kekayaan melampau dalam akaun berjumlah jutaan ringgit di dalam dan luar negara, selain hartanah antaranya dua unit rumah semi-D di Banting, unit apartmen di Taman Kinrara, ladang ternakan ayam, lembu dan kambing di Batu Laut, Morib dan rumah sewa di Taman Cempaka.

Malah, kes pembunuhan Sosilawati juga ada kaitan dengan suspek kerana sebelum kejadian, berlaku transaksi bernilai jutaan ringgit daripada akaun jutawan itu ke dalam akaun milik suspek.

Sumber polis berkata, polis tidak menolak kemungkinan berlaku kes peras ugut berikutan penemuan bukti transaksi wang ke dalam akaun bank milik suspek yang ditahan polis berkenaan sepanjang tempoh kehilangan Sosilawati bersama tiga lain.

“Susulan penemuan wang terbabit, semua aset dan wang milik suspek utama terbabit akan dibekukan. Polis akan menggunakan Akta Anti Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA) dalam usaha mengesan sumber wang terbabit diperoleh,” katanya.

Berdasarkan maklumat, peguam terbabit sebelum ini dipercayai pernah beberapa kali berurusan dengan Sosilawati, 47, berhubung urusan jual beli hartanah termasuk terbaru membabitkan tanah di Pulau Pinang.

Difahamkan, tanah berkenaan sebelum ini dibeli Sosilawati anggaran RM25 juta sebelum mahu dijual RM200 juta berikutan harga pasaran semasa meningkat. -hmetro

timbalan menteri malaun nie...cuba jadi "godfather" peguam cilanat bergelar "DATUK"....

Kes Sosilawati: Murugiah duduk sebelah suspek dua hari sebelum ditangkap




Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah yang turut mengunjungi keluarga jutawan produk kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya di Taman Harmonis, Gombak, berkata beliau mengucapkan tahniah kepada pihak polis atas kejayaan menahan suspek kes itu.

“Kita minta polis siasat dengan terperinci kejadian ini dan jangan bagi satu peluang pun untuk penjenayah terlepas di mahkamah nanti. Kezaliman dan kekejaman seperti ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Menteri itu turut mendedahkan yang beliau pernah duduk bersebelahan suspek dalam satu majlis penyampaian sumbangan kepada Orang Asli di Banting pada 8 September lalu di mana suspek merupakan penyumbang utama hamper dan pelbagai barangan pada majlis itu.

Beliau berkata pada pertemuan itu, suspek turut menyuarakan hasrat untuk menyertai MIC.

“Pada waktu itu, saya katakan kepada beliau, kenapa tidak memandangkan beliau seorang yang berpendidikan dan ditambah lagi sebagai peguam.

“Tapi sekarang, setelah tahu dia (suspek), saya ...sampai tidak boleh tidur bila memikirkan saya pernah duduk dan berbual dengannya,” katanya. – Bernama


Senator Datuk T. Murugiah merupakan diantara yang paling awal mengunjungi keluarga Sosilawati selepas suspek ditangkap. Beliau terhegeh-hegeh ke rumah mangsa selepas kes pembunuhan Sosilawati ini tercetus.

Ini menimbulkan banyak persoalan. Apatah lagi dengan pengakuan timbalan menteri itu sendiri bahawa beliau memang ada bersama suspek pada 8 September, iaitu seminggu selepas kejadian pembunuhan berlaku pada 30 Ogos 2010.

Bererti juga sudah ada hubungan rapat suspek dengan timbalan menteri berkenaan sebelum, semasa dan selepas kejadian.

Pendedahan bekas KPN, Tan Sri Musa Hassan bahawa ada pihak kementerian yang campurtangan di dalam tugas polis membuka ruang untuk rakyat menerjah bahawa kemungkinan Murugiah, sebagai timbalan menteri di JPM membuat permintaan atau memberi tekanan kepada pegawai KDN supaya suspek tidak dikenakan tidakan atau apa-apa yang menjurus ke arah itu.

Justeru itu amat perlu Murugiah juga disiasat. Ketelusan di dalam hal ini terlalu penting bagi membersihkan integriti dan kredibiliti polis.

Jika tidak rakyat tetap berpandangan bahawa kerajaan tidak peduli dan tidak prihatin terhadap kemarahan rakyat ekoran isu kes pembunuhan kejam Sosilawati ini, apatah lagi dengan keadaan Perdana Menteri, Dauk Seri Mohd Najib sendiri yang lansung tidak bersuara mengenainya, jauh sekali dari mendengar beliau mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.


berkaitan...

Tubuh Suruhanjaya Diraja siasat dakwaan Musa

KUALA LUMPUR, 9 Sept: Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja hendaklah menggunakan apa sahaja peruntukan undang-undang bagi memastikan penubuhan suruhanjaya diraja menyiasat dakwaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tentang campur tangan pihak luar dalam tugas polis, kata Datuk Mahfuz Omar.

"Antara lain, Musa mendakwa wujudnya campur tangan pihak ketiga dalam usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal ketenteraman awam dan menahan mereka yang menyalahi undang-undang dan beliau menyebut mereka khususnya dari Kementerian Dalam Negeri.

"Ini menunjukkan ada pihak lain khususnya Kementerian Dalam Negeri yang mencabul institusi yang berpayung di bawah Raja-Raja Melayu.

"Sebab itulah saya menggesa Majlis Raja-Raja supaya berani menggunakan walau sekecil mana pun alasan dan laluan perundangan yang boleh mereka gunakan untuk memastikan penubuhan suruhanjaya diraja menyiasat dakwaan Musa itu," kata beliau.

Jika raja-raja Melayu tidak ada kuasa langsung untuk mempertahankan kewibawaan dan integriti institusi diraja, Mahfuz mempersoalkan siapakah yang merampas kuasa mereka.

"Siapa rampas kuasa raja-raja? Umno? Barisan Nasional (BN)?" Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan.

Beliau menjelaskan, oleh kerana kerajaan BN khususnya Kementerian Dalam Negeri yang dituduh campur tangan dalam tugas polis, beliau tidak nampak kerajaan BN bersedia menubuhkan suruhanjaya siasatan itu.

"Sebab itulah kita meminta Raja-Raja Melayu yang memastikan penubuhan suruhanjaya diraja menyiasat dakwaan Musa itu," katanya.

Beliau berkata, suruhanjaya siasatan itu amat penting untuk membolehkan Musa memberikan keterangan dengan bebas bagi menyatakan apakah bentuk campur tangan yang berlaku, siapa yang memberi arahan, arahan apa yang diberikan dan juga menyatakan secara spesifik kes yang beliau maksudkan.

Bagi Mahfuz, apa yang dibangkitkan oleh Musa itu amat serius kerana sejak Mac lalu Ketua Polis Negara yang akan bersara itu telah berkali-kali menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap campur tangan luar dalam urusan polis.

"Sebab itulah suruhanjaya yang telus dan bebas amat diperlukan supaya rakyat tahu kepentingan peribadi siapa dan kepentingan politik pihak mana yang menyebabkan campur tangan itu berlaku," katanya. -harakahdaily

zink meng"C4" kan mangsa pembunuhan jutawan kosmetik di temui



Enam keping atap zink yang mempunyai kesan terbakar, dipercayai digunakan suspek sebagai alas ketika membakar mangsa kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, ditemui penyelam Pasukan Gerakan Marin, di Sungai Gelanggang Buaya, di Kampung Kelanang, dekat sini, petang semalam.

Penemuan atap zink itu hasil soal siasat dua suspek yang turut dibawa oleh polis ke kawasan pencarian pada jam 5.20 petang semalam.

Polis juga menemui dua jam tangan termasuk jenama mewah Rolex dan Longines serta seutas jam tangan Seiko, dipercayai milik mangsa dalam Sungai Kanchong Laut, di sini.

Jam lelaki berjenama mewah yang mempunyai nombor siri dipercayai milik seorang daripada tiga lelaki yang dibunuh, manakala Rolex dipercayai milik Sosilawati. Turut ditemui ketika operasi mencari ialah sebilah pisau dan sebatang besi, tetapi tiada kaitan dalam kes berkenaan.

Difahamkan, polis sedang mencari besi cangkuk sawit yang dikatakan digunakan untuk membunuh keempat-empat mangsa berkenaan. Penyelam dilihat menggunakan alat pengesan besi bagi mengesan senjata dan barang peribadi yang dipercayai dibuang di kawasan berkenaan.

Ketika operasi, polis turut membawa tiga suspek bagi memudahkan pengecaman barang yang dijumpai dan mereka hanya menggeleng atau menganggukkan kepala apabila ditunjukkan barang yang ditemui.

Selain anggota polis dan petugas media, penduduk kampung dan orang awam turut berkumpul di tepi jalan berhampiran lokasi pencarian untuk melihat lebih dekat operasi, manakala anggota Trafik mengawal lalu lintas dan menghalang orang ramai daripada berkerumun lebih dekat di kawasan operasi.

Sementara itu, tiga kenderaan Pasukan Penyiasat Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat dilihat memasuki kawasan Ladang Gadong dekat sini, kira-kira jam 5.50 petang bagi membantu polis menyiasat kes bunuh dan bakar itu.

Dalam pada itu, seorang suspek dibawa ke dalam semak berhampiran Apartmen Angsana, Taman Subang Mewah di Subang Jaya iaitu tempat kereta BMW milik Sosilawati ditemui, bagi mencari barang kes dipercayai kunci kereta mewah berkenaan.

Selepas hampir setengah jam berada di kawasan semak itu, polis menemui barang kes yang mungkin boleh dijadikan bukti.

Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di "C4" 10 malam 30 Ogos



Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang bersamanya, dikatakan dibunuh, kira-kira jam 10 malam, 30 Ogos lalu, iaitu pada hari sama keempat-empat mangsa dilaporkan menemui seorang peguam bergelar Datuk di Banting, Selangor, untuk urusan jual beli tanah.

Perkara itu didedahkan suspek hasil soal siasat yang dilakukan polis, sekali gus menolak teori kononnya Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44, peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38, masih hidup selepas tiga hari kehilangan mereka dilaporkan.

Menurut sumber, kira-kira dua jam sebelum dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, Noorhisyam dipaksa menelefon isterinya, Suzana Radin Pangat, 38, bagi memaklumkan beliau akan pulang selepas tiga hari.

“Tempoh tiga hari yang dinyatakan itu mungkin taktik kumpulan penjenayah itu untuk menghapuskan segala bukti sebelum ahli keluarga mangsa membuat laporan polis berhubung kehilangan mereka,” katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata, Sosilawati dan dua lagi mangsa pula tidak dibenarkan menelefon keluarga masing-masing kerana kumpulan penjenayah itu percaya maklumat yang disampaikan Noorhisyam akan disebarkan kepada semua keluarga mangsa terbabit.

“Hanya Noorhisyam dibenar menghubungi isterinya, tetapi dengan kawalan dan pengawasan ketat kumpulan penjenayah terbabit menyebabkan panggilan itu berlaku dalam keadaan tergesa-gesa.

“Sebab itu, Noorhisyam dalam perbualan dengan isterinya antara lain meminta maaf dan mengaku tidak dapat memberitahu apa yang berlaku terhadapnya dan berjanji untuk menceritakan segala-galanya selepas tempoh tiga hari,” katanya kepada Berita Harian.
Akhbar sebelum ini melaporkan, Suzana menerima panggilan daripada suaminya pada jam 8.15 malam, 30 Ogos lalu.

Suzana berkata, beliau hairan kerana suaminya bercakap dalam keadaan tergesa-gesa tetapi beliau tidak membuat laporan polis kerana suaminya akan pulang tiga hari lagi.

Pembunuhan kejam Sosilawati bersama tiga individu itu hanya terbongkar pada 10 September lalu selepas lapan suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya juga seorang peguam, ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan mangsa.

Sumber berkata, Sosilawati dan tiga individu itu dipercayai dibunuh kerana penjenayah itu menghadapi kesukaran untuk menjaga mangsa serta bimbang dikesan polis.

“Siasatan terperinci sedang dilakukan bagi memastikan sama ada terdapat individu lain terbabit dalam kes pembunuhan kejam ini serta kaitan lapan suspek yang ditahan itu dengan kes berkenaan dan kehilangan empat individu lain yang dilaporkan hilang sejak setahun lalu.

“Bahan bukti yang diperoleh sedang dikumpul untuk dilakukan ujian forensik. Siasatan awal pula mendapati motif pembunuhan itu mempunyai kaitan dengan masalah perniagaan, tetapi siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

KRONOLOGI

Detik sebelum dibunuh

10 pagi: Sosilawati memasuki pejabatnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
4 petang: Membeli kerepek di Kampung Sungai Lang, Banting.
5 petang: Kamaruddin menghubungi anak saudaranya, Khairul Izuan Ismail.
5-6 petang: Sosilawati menghantar SMS kepada suami memberitahu dia ke Banting.
8.15 malam: Noorhisham menelefon isterinya, Suzana Radim Pangat.
10 malam: Keempat-empat mangsa dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting. -BH


Pembunuhan kejam Sosilawati: Seorang lagi diburu bantu siasatan

KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu seorang lagi lelaki, dipercayai bekas pengawal peribadi dua suspek utama kes bunuh dan bakar jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya bagi membantu siasatan kes itu.

Difahamkan, suspek terbabit yang dipercayai mempunyai banyak maklumat berhubung kes berkenaan melarikan diri selepas menyedari diburu sebaik

kes pembunuhan itu terbongkar. Sumber memberitahu Berita Harian, polis sudah menyerbu rumah lelaki terbabit dan beberapa lokasi termasuk pejabatnya di Banting, namun gagal menemuinya.

"Suspek dipercayai melarikan diri selepas dua beradik peguam berkenaan ditahan bersama enam suspek lain, termasuk pekerja ladang mereka sebelum ini.

"Polis percaya suspek masih berada di kawasan berhampiran. Identitinya sudah dikenal pasti dan gerakan memburunya sedang dijalankan," katanya. -BH



Ini Bererti, khabar angin yang tersebar di kalangan rakyat yang dinafikan oleh polis sekitar awal bulan September adalah BENAR.

Samada polis telah sengaja menidakkannya untuk menutup berita itu atau memang polis tidak mengetahuinya samasekali.

Namun diberitakan oleh orang awam bahawa pihak polis telah berkampung di ladang berkenaan dua minggu sebelum pengumuman mengenai kematian tersebut dilakukan.

Sekaligus ini menimbulkan tandatanya "kredibiliti" polis dan kini masyarakat menunggu hasil siasatan seterusnya menunggu samada pembunuh itu dapat didakwa dan dihukum dengan wajar. Ia penting untuk memulihkan kredibiliti polis di mata masyarakat....gb

mak ooiii....bukan satu tapi tujoh orang polis kaki cabul.....!!!!

Tujuh Anggota Polis Didakwa Cabul Ketua Ranting KEADILAN, Tiga Rakan



Tujuh anggota polis didakwa mencabul kehormatan seorang Ketua Ranting Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan tiga anggota parti dalam satu sekatan jalan raya di Bukit Sentosa, Hulu Selangor dengan membuka baju dan seluar serta meraba alat sulit mereka.

MS Arjunan yang mengetuai Ranting Taman Ehsan Tasek, Ipoh berkata polis menahan keretanya ketika beliau dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh padam 7 September lalu.

Ketika polis menahan keretanya, Arjunan berkata salah seorang daripada tujuh anggota polis tersebut telah memarahi beliau dengan mengatakan belau tersalah jalan dan menggunakan ungkapan 'India mabuk'.

"Seorang anggota polis kemudian mengetuk cermin tingkap kereta saya seolah-olah mahu memecahnya. Mereka kata polis mempunyai kuasa untuk periksa semua barang dalam kereta.

"Mereka juga menyeluk poket kami dan mengambil talipon bimbit dan membuat pemeriksaan badan sambil meramas alat sulit saya dan juga rakan-rakan saya," kata Arjunan dalam satu sidang akhbar disebuah restoran di Jalan Ipoh tengahari tadi.
Beliau berkata perbuatan anggota terbabit telah memalukan beliau dan tiga rakannya kerana perbuatan itu dilakukan ditepi jakan sambil diperhatikan oleh pengguna jalan raya lain.

Salah seorang rakan beliau, A Kalaimughilan lalu menegur perbuatan anggota polis tersebut tetapi disambut dengan ugutan untuk membogelkan mereka atas alasan polis berkuasa berbuat demikian.

"Apabila kami mahu mengambil nama dan nombor anggota mereka menutup dengan tangan mereka tetapi seorang anggota polis dengan berlagak seperti samseng membuka bajunya dan mencabar kami mencatit nama beliau," jelas Arjunan lagi.

Tidak berpuas hati terhadap layanan kasar yang dianggap melangkaui bidang kuasa polis, Arjunan dan tiga rakannya membuat laporan polis di Balai Polis Sentosa pada hari yang sama.

Mereka juga bercadang bertemu dan menyerahkan kepada Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Ismail Omar dan Kementerian Dalam Negeri bagi mendesak mereka mengambil tindakan tegas ke atas tujuh anggota polis terbabit.

SK

nash anggap drebar bekas isterinya yang di "C4" dengan kejam sebagai adik kandung....



Penyanyi Nash menganggap pemandu peribadi bekas isterinya, Datuk Sosilawati Lawiya iaitu Kamaruddin Shamsudin, 44, seperti adik kandung sendiri.

Nash atau nama sebenarnya Nasharudin Elias berkata, beliau dan Kamaruddin, 44, mula rapat sejak 25 tahun lalu selepas sering bekerjasama dalam bidang muzik.

Beliau berkata, Kamaruddin banyak membantunya melakukan kerja-kerja muzik, terutama sistem bunyi, sama ada di dalam studio mahupun konsert ketika dia masih bersama kumpulan Lefthanded suatu ketika dulu.

"Hubungan kami terlalu rapat dan keluarganya juga sudah seperti keluarga saya sendiri," katanya selepas melawat keluarga Kamaruddin di Indera Mahkota 2 di sini, hari ini.

Katanya, beliau juga rapat dengan anak-anak Kamaruddin yang dianggap seperti anak sendiri.

Sementara itu, bekas penyanyi Kumpulan XPDC, Mohd Ali Ismail pula menyifatkan Kamaruddin seorang yang suka bergurau dan disenangi rakan-rakannya.

Katanya, Kamaruddin sentiasa membantu persembahan kumpulan itu terutama dalam penyusunan sistem muzik, sekiranya terbabit dalam sebarang konsert di dalam dan luar negara.

"Kali terakhir saya berjumpa dengan dia pada tahun lalu dan tidak menyangka itulah pertemuan terakhir kami berdua," katanya.

Sementara itu, kakak Kamarudin Ramlah Shamsudin, 49, berkata adiknya itu pernah menyuarakan hasrat untuk melihat anak bongsunya, Irfan Aiman, 8, menjadi seorang ustaz suatu hari nanti.

Ramlah berkata, ketika menyerahkan Irfan kepada beliau untuk dijaga sewaktu berusia dua hari, Kamarudin berpesan supaya anaknya itu diberikan pendidikan agama yang cukup.

"Saya akan pegang amanah adik saya sehingga Irfan benar-benar dididik dengan pendidikan agama yang secukupnya, malah pada tahun depan, saya bercadang untuk mendaftarkan Irfan di sebuah sekolah agama dekat sini," katanya.

Ramlah juga berkata, sebelum kejadian malang menimpa adiknya itu, Kamarudin ada pulang ke Kuantan pada 27 Ogos untuk menemui Irfan dan membawa anaknya membeli baju raya. - Bernama


Anak Kamaruddin jatuh sakit selepas tahu beliau dibunuh




Anak perempuan sulung kepada Kamaruddin Shamsudin, pemandu jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, jatuh sakit sebaik mendapat tahu hari ini bahawa ayahnya dibunuh dengan kejam sebelum dibakar.

Menurut bekas isteri Kamaruddin, Noorfazilah Ab Sani, anak perempuan mereka itu, Balqis, 12, sangat rapat dengan Kamaruddin dan asyik menangis mengenangkan nasib ayahnya dan tidak menjamah sedikit makananpun sejak pagi tadi.

Noorfazilah, 33, berkata Kamaruddin sudah berjanji untuk menjemput anaknya itu menyambut lebaran di kampung Kamaruddin di Kuantan kali ini.

“Balqis dengan bekas suami memang rapat dan manja. Bila saya beritahu ayahnya sudah tiada, dia terus menangis, tidak mahu makan dan mengalami sakit kepala sehingga demam,” katanya kepada Bernama.

Semasa Kamaruddin dilaporkan hilang, Balqis sering memikirkan nasib ayahnya malah selalu bertanya apa juadah berbuka puasa ayahnya.

Perkahwinan Noorfazilah dengan Kamaruddin berakhir dengan perceraian pada 2006, setelah mendapat tiga cahaya mata — Balqis Dayana; Izran Akmal, 9; dan Irfan Aiman, 8.

“Izran masih keliru. Pada hari pertama ketika bekas suami dilapor hilang, dia menjerit-jerit menyatakan itu bukan ayah dia sehinggalah gambar Kamaruddin keluar dalam surat khabar, barulah dia terdiam,” kata Noorfazilah.

Anak ketiga mereka, Irfan Aiman tinggal bersama kakak Kamaruddin di Kuantan sejak kecil lagi. Noorfazilah tinggal di Rembau bersama dua lagi anaknya itu.

Mereka berkahwin semasa Kamaruddin bekerja di King Studio dan Noorfazilah ketika itu baru saja bertapak untuk menjadi artis rakaman dengan kelahiran sebuah album dangdut.

Pasangan suami isteri itu sangat rapat dengan penyanyi dan juga bekas suami Sosilawati iaitu Nash dan Noorfazilah percaya, bekas suaminya menjadi pemandu Sosilawati selepas diperkenalkan oleh Nash. Noorfazilah banyak bertanya tentang kejadian sebenar kerana hanya tahu perkembangan tragedi pembunuhan itu melalui akhbar hari ini.

“Saya sebak mengenangkan anak-anak saya. Balqis Dayana akan mengambil peperiksaan UPSR pada 22 dan 23 Sept ini, fikiran dia pula sudah pasti terganggu,” katanya.

Noorfazilah berkata beliau sedang berusaha memberi semangat kepada Balqis untuk belajar dengan rajin: “Kalau betul sayang ayah. Berdoa dan bacalah Yassin untuk ayah. Belajarlah rajin, jadi anak yang baik supaya ayah suka”.

Menurut wanita itu, bekas suaminya itu dikenali sebagai “Kamal King” oleh kawan-kawan lama dan tidak ramai yang mengecam kehilangan beliau di dada akhbar kerana mereka tidak mengetahui nama sebenar Kamaruddin. — Bernama

DVD sidang bawah pokok...PR Perak buat repot polis terhadap ADUN BN

Pakatan Rakyat Perak semalam membuat laporan polis berikutan sikap double standard polis berhubung isu memiliki DVD Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) bawah pokok.

Laporan itu diketuai Speaker Pakatan Rakyat Perak, V Sivakumar bersama pimpinan Pakatan Rakyat di balai polis Ipoh, kira-kira jam 10.30 pagi semalam

Menurut mereka, polis bersikap pilih kasih kerana hanya bertindak ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tebing Tinggi, Ong Boon Piow sedangkan pimpinan Umno BN yang terang-terangan membuat kenyataan untuk mengedar 50,000 DVD itu secara percuma dibiarkan begitu sahaja.

Kenyataan tersebut mereka dikeluarkan Menteri Besar BN, Datuk Dr Zambry Kadir pada 19 Mei tahun lalu.

Selain itu MCA Perak juga ada membuat tayangan percuma kepada badan bukan kerajaan dan orang ramai tentang persidangan bawah pokok tersebut.

"BN boleh buat 50 ribu DVD dan edar kepada orang awam. Kenapa itu tidak dipertikaikan?

"Tetapi mahu dakwa YB Ong Boon Piow, ini sangat jelas berlaku double standard," kata Sivakumar.

Ong Boon Piow yang sebelum ini dijangka didakwa mengikut Seksyen 6 (1) (a) Akta Penapisan Filem 2002 kerana memiliki 23 DVD yang belum diluluskan oleh lembaga penapisan filem.

Pendakwaan yang dijadual di Mahkamah Majistret Ipoh itu kemudiannya dibatalkan pada saat akhir.

Jika terbukti bersalah, Ong boleh dipenjarakan sehingga tiga tahun, denda antara RM5,000 hingga RM30,000 atau kedua-duanya sekali.

DVD kontroversi bertajuk "Rampasan Kuasa BN di Perak" itu memuatkan rakaman sidang tergempar dewan undang negeri Perak pada 3 Mac 2009 yang diadakan di bawah sebatang pokok yang dirakamkan oleh Ong.

Angkara peguam dajjal : Polis Kesan dua telefon bimbit dalam sungai

BANTING: Polis menemui petunjuk terbaru apabila dua daripada tiga telefon bimbit milik mangsa bunuh dan bakar yang dipercayai dibuang di Sungai Kanchung Laut, ditemui kelmarin.

Menurut sumber, telefon berkenaan diperoleh ketika operasi mencari bukti yang dilakukan selepas penemuan jam tangan berjenama milik Datuk Sosilawati Lawiya. Usaha mencari senjata digunakan bagi membunuh mangsa digiatkan pasukan forensik polis di kawasan itu dan dibantu unit gerakan Marin Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sungai Kanchung Laut di sini, semalam Dalam operasi bermula jam 12 tengah hari itu, forensik menemui satu lagi jam tangan turut mempunyai nombor siri menjadikan dua jam tangan ditemui sehingga semalam.

Tiga suspek juga dilihat dikawal rapi Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman, Kuala Lumpur yang dibawa bagi mengecam barangan ditemui.

Seorang daripada suspek dibawa ke lokasi itu selepas polis menggeledah pejabat firma guaman suspek utama kira-kira jam 2 petang.

Suspek dibawa kembali ke lokasi sungai berkenaan kira-kira jam 3.15 petang sebelum dilihat mencangkung di tepi jambatan mengecam barang ditemui.

Menurut sumber, polis sedang mencari besi tajam mencantas tandan kelapa sawit termasuk pencangkuk besi yang digunakan ketika menyembelih mangsa, namun masih belum ditemui sehingga petang semalam. Bagaimanapun, satu pisau ditemui pasukan penyelam forensik kira-kira jam 4.20 petang di sungai terbabit namun dipercayai tidak digunakan suspek apabila mereka tidak mengaku senjata berkenaan milik mereka.


HM

waris 4 mangsa 'C4' peguam dajjal jalani ujian DNA



Gambar: Ibu Allahyarham Noorhisham Mohamad, pegawai bank yang mati dibunuh bersama jutawan kosmetik Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya, Satinah Mokhtar, meninggalkan perkarangan Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah menjalani ujian DNA di HKL di sini, hari ini.

Waris keempat-empat mangsa bunuh dan bakar di Banting, Selangor menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membantu mengenalpasti identiti mangsa di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini hari ini.

Kesemua mereka termasuk ibu pegawai bank CIMB Noorhisham Mohammad, 38, Satinah Mokhtar, 50-an dilihat berada di HKL sejak pukul 1 tengah hari sebelum meninggalkan hospital itu satu setengah jam kemudian ditemani anak bongsunya, Azlan Shah Aziz, yang merupakan adik tiri Noorhisham berlainan bapa, serta seorang anggota keluarga mangsa yang tidak dikenali.



Turut kelihatan salah seorang anak perempuan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya.

Kesemua mereka sebelum itu dilihat memasuki Balai Polis Dang Wangi dengan disertai isteri Noorhisham, Suzana Radim Pangat, 38, kira-kira tiga jam untuk memberi keterangan berkaitan hal peribadi mereka bagi membantu siasatan.

Sementara itu malam ini difahamkan merupakan malam terakhir kenduri tahlil diadakan di rumah Noorhisham di Taman Seraya, Ampang sejak Ahad lepas.

Sosilawati, 47, bersama tiga individu iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting. – Reuters


DNA masih boleh dikenalpasti

SHAH ALAM - Proses pengecaman asid Deoksiribonukleik (DNA) melalui bukti biologi yang ditemui anggota forensik berhubung kes kematian jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga yang lain mampu melancarkan lagi siasatan dan membantu pendakwaan.

Penganalisis Jenayah, Kamal Efendi Hashim berkata, DNA adalah proses saintifik untuk mengenal pasti pertalian genetik yang boleh didapati di bahagian tertentu di tubuh manusia.

“Sekiranya berlaku kematian, ada bahagian dalam badan manusia yang masih mempunyai DNA dan boleh dikenal pasti seperti tulang, tisu badan, rambut dan bulu yang mempunyai akar, air liur dan peluh.

“Dalam kes ini, setakat ini bukti biologi atau fizikal membolehkan DNA milik keempat-empat mangsa dianalisis dengan tepat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Program Kaunseling Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Dr Sapora Sipon berkata, setakat ini pembunuhan mereka dipercayai disebabkan sifat tamak selain faktor sampingan lain.

“Walaupun kes ini masih samar dan belum dibawa ke mahkamah, saya percaya ia berlaku disebabkan kepentingan peribadi sehingga bertindak tidak rasional,” katanya.

Mengulas mengenai kesanggupan penjenayah melakukan pembunuhan kejam, Sapora berkata setiap pembunuhan dipengaruhi faktor berlainan.

“Terdapat kes-kes tekanan mental yang mendorong seseorang melakukan pembunuhan kejam, seperti dialami penghidap skizofrenia, atau dikenali sebagai penyakit mental.

“Malah, jika seseorang mengalami penyakit seperti ini, nasib akan menyebelahi mereka kerana kebanyakan pesalah yang mengalami penyakit ini sering terlepas daripada menerima hukuman,” katanya.

Sapora berkata, natijah daripada kes pembunuhan kejam seperti ini kadang kala berjaya mengheret penjenayah kepada penderitaan mental akibat rasa bersalah, sementara ada yang tidak merasa kesal. -SH

Tuesday, September 14, 2010

kes sosiliwati dan rakan rakan di "C4" kan...... lagi Pisau dan Jam Ditemui



Gambar: Bahan bukti baru - Pisau ditemui dari Sungai Kanchong semalam

Polis Marin semalami menjumpai sebilah lagi pisau dan seutas jam tangan dari Sungai Kanchong Laut, Kampung Endah pada jam 4.30 petang tadi.

Bahan bukti terbaru itu dijumpai oleh tiga penyelam yang bertungkus lumus meredah sungai tersebut sejam jam 11.30 pagi semalam

Mengikut laporan The Malay Mail, polis masih belum mengesahkan sama ada pisau berpemegang hitam dan jam tangan tersebut ada kaitan dengan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagirakannnya.

Pencarian  ditamatkan pada jam 4.55 petang semalam.

Awal tengahari semalam, polis membawa dua suspek ke Sungai Kanchong yang mana dipercayai bukan pasangan peguam berstatus ‘Datuk ‘ dan adiknya yang merupakan suspek utama dalam kes ini.

Ladang Gadong masih lagi ditutup oleh polis setakat ini.

Polis juga belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berhubung kes ini.

Pemimpin berjiwa rakyat....MB Selangor Kunjungi Keluarga Sosilawati

Presiden KEADILAN, MB Selangor Ziarah Keluarga Sosilawati



Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengunjungi keluarga Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya bagi menyampaikan ucapan takziah daripada KEADILAN dan juga kerajaan negeri.

Kedua-dua pemimpin tersebut turut diiringi Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor, Dr Xavier Jayakumar, Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan pimpinan serta anggota parti.

Mereka tiba di rumah Allahyarhamah di Taman Harmonis di sini kira-kira pukul 2.30 petang dan meluangkan lebih sejam bertanya khabar kepada anak-anak Sosilawati serta memberikan mereka semangat sebelum mengadakan majlis tahlil.

Ketika bercakap kepada media, Menteri Besar mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah sambil menyifatkan pembunuhan Sosilawati sebagai mengejutkan, kejam dan tidak berperikemanusiaan.

"Saya mengucapkan tahniah kepada pihak polis bagi pihak kerajaan negeri Selangor dapat menyelesaikan kes pembunuhan ini dengan pantas dan kita berharap polis juga mampu membuat penyiasatan terperinci sehingga pihak yang bersalah dihadapkan ke pengadilan," kata Abdul Khalid.

Abdul Khalid menganggap Sosilawati seorang usahawan wanita yang gigih dan berjaya dan kehilangan beliau amat dirasai terutamanya oleh ahli Dewan Perniagaan Melayu Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Sosilawati, 47, dan tiga lagi lelaki yang hilang sejak 30 Ogos dibunuh sebelum mayat mereka dibakar disebuah ladang ternakan di Telok Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Morib pada tengah malam Sabtu lalu.

Jutawan kosmetik yang merupakan pengasas Nouvelle Visages hilang selepas dikatakan ke Banting atas urusan jual tanah. -SK


MB Selangor: Sosilawati Usahawan Berjaya, Disegani

KUALA LUMPUR, 14 Sept – Jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, yang dibunuh dengan kejam bersama tiga individu lain, merupakan usahawan berjaya dan disegani, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata Sosilawati, yang juga ahli Dewan Perniagaan Melayu Wilayah Persekutuan dan Selangor, mempunyai kebolehan dan keupayaan dalam bidang perniagaan.

Abdul Khalid berharap agar penyiasatan terhadap kes itu dapat dilakukan segera untuk mententeramkan kembali keadaan.

“Saya yakin pihak polis telah menjalankan kerja dengan sebaiknya dan setakat ini pun mereka telah menunjukkan kecekapan dalam mencari maklumat berikutan kes ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat ahli keluarga Sosilawati di Gombak dekat sini hari ini.

Menteri Besar Selangor itu berkata beliau sempat menemui mangsa semasa menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam, dua hari sebelum Sosilawati dilaporkan hilang.

Sosilawati bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Pada Ahad, Polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat di Kuala Langat. – Bernama

bunuh dan bakar jutawan kosmetik....wanita warga india bongkar misteri ladang berpuaka

Isteri jejak suami hilang selepas jumpa peguam 18 Januari lalu



Isteri ahli perniagaan dari Chennai, India, S Usharani, 24, bimbang suaminya yang hilang sejak 18 Januari lalu turut menerima nasib sama seperti jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya.

Suri rumah itu yang menetap di Ramapuram, Chennai ketika dihubungi Berita Harian, semalam, mendakwa suaminya, Allal Kathan Muthuraja, 34, tiba di Malaysia pada 18 Januari lalu untuk bertemu rakan karibnya iaitu dua beradik yang juga peguam yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan Sosilawati.

“Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), suami menelefon dan memberitahu beliau dijemput dua beradik itu. Mereka saling mengenali sejak 10 tahun.

“Dalam perbualan itu, selain bertanyakan khabar anak perempuan kami berusia tiga tahun, beliau juga memberitahu dua peguam terbabit akan membawanya ke ladang milik mereka di Banting.

“Keesokan harinya (19 Januari), saya cuba menghubungi telefon bimbit suami beberapa kali tetapi gagal.

“Saya bimbang keselamatan suami lalu menghubungi Pejabat Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia, namun tiada maklum balas sehingga sekarang,” katanya.
Muthuraja antara empat individu yang hilang sejak setahun lalu selepas berurus niaga dengan peguam bergelar Datuk di Banting.

Usharani berkata, pada 12 Februari lalu, beliau menerima panggilan misteri seorang lelaki yang mendakwa dirinya polis dan memaklumkan suaminya ditahan polis kerana kesalahan memiliki dadah.

“Dia meminta RM1 juta untuk membantu menyelesaikan kes itu, bagaimanapun saya tidak mempedulikannya. Pada 20 Februari, saya menerima satu lagi panggilan daripada seorang yang turut memperkenalkan dirinya sebagai polis dan meminta RM1 juta untuk tujuan sama. Dia meminta RM500,000 sebagai pendahuluan.

“Saya keliru dengan kedua-dua panggilan itu dan sekali lagi hubungi pejabat pesuruhjaya di Kuala Lumpur untuk mendapat kepastian sama ada suami ditahan polis seperti didakwa, namun tiada jawapan,” katanya.

Selepas lapan bulan tidak mendapat berita mengenai suaminya, Usharani datang ke Malaysia.

“Saya tiba di KLIA pada 8 September lalu dan membuat laporan di Balai Polis Banting. Saya turut memaklumkan suami menyebut beliau dibawa ke ladang milik seorang peguam di Banting,” katanya.

Difahamkan, berdasarkan maklumat Usharani itulah polis menyerbu Ladang Gadong sebelum menemui lokasi Sosilawati dan tiga rakannya dibunuh dan dibakar.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan mengesahkan laporan Usharani, tetapi enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, sumber polis memberitahu nasib empat mangsa yang hilang belum dapat dipastikan, namun tidak menolak kemungkinan mereka menerima nasib seperti Sosilawati dan rakan.

“Pasukan forensik dan Jabatan Kimia masih meneruskan siasatan termasuk mencari spesimen dan bukti berkaitan empat mangsa itu.

“Suspek dipercayai menjadikan ladang mereka yang lengkap dengan chalet, blok pejabat dan rumah kelab sebagai lokasi bertemu dan memperdayakan mangsa mereka.

“Ia bukan sekadar ladang sawit dan kandang ternakan, tetapi lengkap dengan semua kemudahan. Lokasinya yang terpencil dan dikelilingi tembok setinggi dua meter menyukarkan kegiatan mereka dikesan,” katanya. -BH

4 malaun mengaku bunuh dan bakar Sosilawati dan rakan rakan



BANTING - Empat pekerja ladang buah-buahan dan ternakan milik seorang peguam bergelar Datuk mengaku terlibat membunuh dan membakar Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lelaki bersama jutawan kosmetik itu di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, berdasarkan pengakuan empat daripada lapan lelaki yang ditahan reman itu, polis kemudian berjaya menemui lokasi empat mangsa yang dipercayai ditahan, dibunuh dan dibakar di ladang ternakan tersebut.

"Kesemua lelaki terbabit mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum dipukul sehingga mati dan mayat mereka kemudian dibakar.

"Abu mayat mangsa kemudian dibuang ke sebatang sungai berhampiran sebuah ladang ternakan di situ," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat dekat sini semalam.

kosmo


Sementara itu laporan BERNAMA menyebut;

8 suspek, termasuk peguam bergelar datuk ditahan
Sep 12,

Seorang peguam berusia 41 tahun yang dikenali ramai di Banting dan bergelar 'Datuk', telah ditahan bersama adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka berhubung kes kehilangan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi, yang kemudiannya dibunuh, dibakar dan abunya dibuang di sebatang sungai di Tanjong Sepat dekat pekan itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata kesemua suspek mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum dipukul sehingga mati dan mayat mereka dibakar.

Abu mayat mangsa kemudian dibuang ke dalam sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat, kata Mohd Bakri dalam sidang akhbar di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kuala Langat hari ini.

Beliau berkata keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai perkara itu, bagaimanapun, polis masih memerlukan pengesahan daripada bahagian forensik dan Jabatan Kimia.

"Apa yang boleh saya sahkan sekarang ialah selepas pengakuan suspek, peluang kesemua mangsa ditemui masih bernyawa adalah sangat tipis," katanya.

Polis telah menghantar pasukan forensik dan kimia bagi mencari bahan bukti di kawasan tersebut, selain pakar patologi serta unit anjing pengesan.

Seorang kakitangan forensik yang enggan dikenali berkata mereka tercium bau petrol di kawasan di mana keempat-empat mangsa dipercayai dibunuh dan dibakar.

Selain pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) tersebut, turut dibunuh ialah pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Jutawan wanita berusia 47 tahun itu yang juga bekas isteri penyanyi rock Nash dan tiga yang lain dilaporkan hilang sejak 30 Ogos, selepas datang ke kawasan itu untuk urusan pembelian tanah.

Seminggu selepas itu, polis menjumpai kereta BMW Sosilawati di Apartmen Angsana di USJ 1, Subang Jaya serta kereta BMW Ahmad Kamil di kawasan perumahan di depan sebuah hotel di Subang Jaya.

Mohd Bakri berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, dan polis Kuala Lumpur akan menjalankan siasatan memandangkan kali terakhir kesemua mangsa dilihat adalah ketika mereka meninggalkan pejabat Sosilawati di Kuala Lumpur.

Mengenai motif kejadian tragis itu, beliau berkata ia lebih menjurus kepada persaingan perniagaan di antara kedua-dua peguam dengan Sosilawati.

Peguam berkenaan, yang dipercayai pernah digantung amalan guaman selama setahun pada 2007, dikenali sebagai broker tanah di kalangan penduduk setempat dan dipercayai mengendalikan beberapa urus niaga bernilai jutaan ringgit bagi pihak Sosilawati.

Kesemua suspek yang berusia lingkungan 19 dan 41 tahun, kini ditahan di Balai Polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur, dan difahamkan polis telah mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari terhadap mereka bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Kes membabitkan Sosilawati dan tiga yang lain itu juga bakal merungkai misteri di sebalik tembok besar yang mengelilingi kawasan ladang kelapa sawit yang turut menempatkan beberapa kandang lembu dan kambing.

Malah menurut Mohd Bakri, suspek turut mengaku pernah menggunakan modus operandi serupa sebelum ini, dan polis sedang menyiasat kehilangan empat individu lain di kawasan tersebut sejak setahun lalu.

Menurut seorang penduduk tempatan, peguam berkenaan amat dikenali di kawasan itu kerana dia membantu pekerja asing yang ditipu gajinya oleh majikan mereka.

"Dia juga dikenali sebagai broker tanah. Tetapi kami amat terkejut apabila dia ditahan," katanya.

Sementara itu, seorang pemilik tanah yang terletak berhampiran kawasan kejadian berkata, ladang tersebut dilengkapi pintu elektronik dan tiada sesiapapun dibenarkan masuk.

- Bernama

Datuk malaun inikah yang disyaki Membunuh Sosilawati?



Perhatikan lelaki yang berpakaian warna oren..


Perhatikan juga wajah lelaki yang ditengah-tengah ini..

Peguam berkenaan, yang dipercayai pernah digantung amalan guaman selama setahun pada 2007, dikenali sebagai broker tanah di kalangan penduduk setempat dan dipercayai mengendalikan beberapa urus niaga bernilai jutaan ringgit bagi pihak Sosilawati.

Cuba baca Notis yang dikeluarkan oleh Bar Council dibawah yang dikeluarkan pada 31 Mac 2007..

DALAM PERKARA AKTA UNDANG-UNDANG PROFESYEN 1976

PER : EN. PATHMANABHAN A/L NALLIANNEN (NO K/P : 690211-10-5525)
EN. SURENDREN A/L NALLIANNEN (NO K/P: 720801-10-5773)
EN. UMAR BAKI BIN ABDUL MAJID (NO K/P : 480805-08-5765)

NOTIS ADALAH DIBERIKAN bahawa Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam telah menjatuhkan perintah-perintah disiplin terhadap peguambela dan peguamcara yang dinamakan di bawah, berkuatkuasa 21 hari dari tarikh perintah-perintah tersebut.

Digantung dari amalan guaman selama satu (1) tahun menurut perintah bertarikh 9 Mac 2007 dan akan tamat pada 30 Mac 2008

En. Pathmanabhan a/l Nalliannen
En. Surendren a/l Nalliannen

Beramal di :
Tetuan Pathma Nalli & Partners
No. 198, Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting
Selangor

Dibatal dari daftarai Peguambela dan Peguamcara menurut perintah bertarikh 9 Mac 2007

En Umar Baki Bin Abdul Majid

Dahulunya beramal di:
Tetuan Umar Baki & Co.
No. 3348, Tingkat 1
Jalan 18/32, Taman Sri Serdang
43300 Seri Kembangan
Selangor

Oleh yang demikian, mereka tidak layak untuk menjalankan amalan guaman mereka dan pihak Mahkamah, ahli-ahli Majlis Peguam dan pihak awam dinasihat mengambil perhatian tentang perkara ini.

Bertarikh : 31 Mac 2007

Lim Chee Wee
Setiausaha
Majlis Peguam

Sumber dari SINI

Ini pula berita yang mengaitkan ladang berkenaan dengan seorang penguam yang bergelar Datuk..

Kes Sosilawati: Polis Berkampung Di Lokasi Sejak 2 Minggu Lalu

KUALA LANGAT: Sudah dua minggu ramai polis dilihat di sekitar Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini bagi melakukan siasatan.

Keadaan itu disedari penduduk sekitar sehingga menimbulkan pelbagai persoalan dan andaian.

Bagaimanapun ia terungkai ekoran penemuan empat mayat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47 bersama tiga individu lain.

Ketua MIC Cawangan Taman Gadong, M. Mohan, 53, berkata, beliau mendapat tahu berita tersebut apabila pihak polis mula mengawal pergerakan keluar masuk di simpang ke ladang terbabit pada Sabtu.

"Ketika itu saya mahu ke Kuil Sri Maryaman yang terletak di laluan masuk berkenaan. Saya dimaklumkan polis bahawa mereka sedang melakukan siasatan. Ini pertama kali kejadian seumpama ini berlaku di sini," katanya di sini pada Ahad.

Difahamkan, Ladang Gadong itu dimiliki seorang peguam bergelar datuk yang pernah dicari polis bagi membantu siasatan.

Ladang milik persendirian berkeluasan tiga ekar itu mempunyai ternakan ayam, lembu dan kambing.

Sementara itu, tinjauan mStar Online di rumah banglo Sosilawati pada 11:30 pagi, lebih 10 wartawan dan jurugambar telah berkumpul di depan kediaman mewah itu.sepenuhnya

Cuba bezakan antara kedua-dua gambar dibawah ini dengan gambar-gambar diatas dengan di bawah ini....





Datuk Pathmanabhan A/L Nalliannen
Sumber gambar dari SINI




Surrendren adik Datuk Pathmanabhan
Sumber gambar dari SINI


Jadi.. Adakah mereka ini, Dato dan Adik lelakinya yang ditahan kerana disyaki membunuh Sosilawati ?

Sunday, September 12, 2010

Ibu Kamaruddin Harap anaknya bukan mangsa bunuh kes kehilangan sosillawati



KUANTAN: Ibu Kamaruddin Shamsuddin, pemandu jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, masih mengharapkan penemuan tragis keempat-empat mangsa bunuh yang dibakar dan dibuang abunya ke dalam sungai, tidak membabitkan anaknya.

Namun Zainab Ahmad, 73, tetap pasrah dan reda sekiranya perkara itu benar-benar menimpa anak.


"Saya berharap itu bukan dia (Kamaruddin) tapi kalau dia, saya reda," katanya sebak ketika ditemui pemberita di rumahnya di Indera Mahkota 2 di sini.

Polis pada Ahad mengesahkan Sosilawati, 47, dan tiga yang lain termasuk Kamaruddin, 44, mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat, Banting, Selangor.

Dua lagi ialah pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Sosilawati iaitu Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Sementara itu, anak saudara Kamaruddin, Khairul Izwan Ismail, 29, berkata, dia ada menghubungi mangsa pada hari kejadian.

Katanya, beliau menghubungi bapa saudaranya itu pada sebelah petang 30 Ogos lepas kerana ingin bermalam di rumah Kamaruddin pada hari tersebut.

Bagaimanapun, Kamaruddin memaklumkan bahawa dia tidak berada di Kuala Lumpur sebaliknya di Banting bersama majikannya.

"Saya mengambil keputusan bermalam di rumah rakan di Kuala Lumpur dan menunggu panggilan balas daripada bapa saudara saya, tetapi tiada jawapan," katanya.

Abang ipar Kamaruddin, Ismail Ibrahim, 59, pula berkata dia menerima panggilan daripada polis Bukit Aman kira-kira 2 petang tadi yang memaklumkan mengenai penemuan tragis itu.

Beliau berkata adik iparnya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika pulang ke Kuantan baru-baru ini, malah sikapnya adalah seperti biasa.

"Dia kerap pulang ke Kuantan kerana mempunyai perniagaan studio muzik yang mana, sebulan sekali dia akan pulang ke sini," katanya.

Ismail berkata Kamaruddin sebelum ini pernah bertugas sebagai jurutera bunyi di sebuah syarikat rakaman di Kuala Lumpur, sebelum bekerja dengan Sosilawati sejak empat tahun lepas.

"Dia seorang yang begitu mengambil berat tentang keluarga," katanya. - BERNAMA

Bekas suami Terkejut Sosilawati Dibunuh



Penyanyi Nasharuddin Elias atau lebih dikenali sebagai Nash (gambar) terkejut apabila menerima berita pembunuhan bekas isterinya, Datuk Sosilawati Lawiya, 47.

Nash berkata, beliau mengetahui berita sedih itu melalui laporan media pada Ahad.

"Seperti rakyat negara yang lain, saya rasa ia tidak sepatutnya berlaku. Mangsa-mangsa tidak sewajarnya dibunuh secara kejam.



"Saya ingin mengucapkan takziah kepada anak-anak Sosilawati dan waris keluarga tiga mangsa yang lain," katanya kepada mStar Online.

Media pada Ahad, melaporkan Sosilawati dan tiga rakan lelakinya dibunuh dengan kejam sebelum mayat mereka dibakar dan abu mereka dibuang di sebatang sungai di Tanjung Sepat, Banting.

Nash berdoa semoga roh keempat-empat mangsa ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

"Saya sedekahkan al-Fatihah kepada beliau dan yang lain," katanya yang berada di Sabah atas urusan kerja.

Kehilangan Sosilawati: Penahanan suspek bantu rungkai 4 lagi kes hilang

Empat dipercayai hilang selepas urusan tanah dengan peguam



ANGGOTA forensik meneliti tulang yang dikutip dari Sungai Panchau dipercayai tulang Sosilawati dan tiga lagi individu.

BANTING: Penahanan suspek utama dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, juga dipercayai dapat membantu polis merungkai empat lagi kes seumpamanya sebelum ini.

Difahamkan, suspek itu seorang peguam dan ahli perniagaan bergelar Datuk, boleh membantu siasatan berhubung kehilangan empat individu, termasuk warga India yang dilaporkan hilang kira-kira setahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata empat individu itu, termasuk beberapa ahli perniagaan dikatakan hilang selepas berurus niaga tanah membabitkan suspek sama.

“Selain kes Sosilawati, ada empat lagi kes seumpamanya dilaporkan sejak setahun lalu dipercayai membabitkan suspek sama, dengan motif juga dikatakan soal kewangan dan urus niaga tanah.

“Kita sedang meneliti kaitan semua kes itu dan usaha mengesan mangsa sedang giat dilakukan hasil soal siasat yang dijalankan ke atas suspek terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau lokasi Sosilawati dan tiga individu bersamanya dibunuh sebelum mayat mereka dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini, semalam.
Hadir sama Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Anti-Pengganas) Bukit Aman, Datuk Fuzi Md Harun; Timbalan Pengarah JSJ (Operasi/Risikan) Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman.

Bakri berkata, identiti keempat-empat mangsa yang masih hilang itu sedang dikenal pasti namun tidak menolak kemungkinan mereka adalah ahli perniagaan.

“Kita masih menyiasat suspek berhubung kes itu. Hanya suspek yang mempunyai maklumat dan petunjuk berhubung kes itu,” katanya.

Ditanya apakah keempat-empat mangsa itu menerima nasib yang sama seperti Sosilawati dan tiga individu lain yang dilaporkan hilang bersama, beliau enggan mengulas lanjut namun mengesahkan modus operandi digunakan adalah sama.

“Dalam kes Sosilawati, semua mangsa dipercayai ditahan, dipukul (hingga mati) sebelum dibakar dan abu mayat dibuang ke dalam sungai bersama barang peribadi mangsa bagi tujuan menghapuskan bahan bukti.

“Ada kemungkinan mereka menggunakan cara sama dalam empat lagi kes sebelum ini,” katanya.

Berdasarkan corak perlakuan jenayah, Bakri yakin perbuatan itu dilakukan lebih daripada seorang suspek.

“Bagi kes Sosilawati, lapan suspek ditahan setakat ini dan akan ada lebih banyak tangkapan selepas ini. Kita juga mengenalpasti motif jenayah ini,” katanya.

Bakri berkata, walaupun suspek, termasuk dalangnya dikenal pasti dan ditahan, polis tidak menganggap kes itu selesai.

sosilawati dan rakan mati di bunuh....Mayat dibakar di ladang ayam



KUALA LUMPUR – Empat mayat dipercayai termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya (gambar) dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang sejak 13 hari lalu ditemui dekat pantai Morib, Selangor semalam.

Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.

Setakat ini polis sudah menahan enam individu berhubung penemuan mayat-mayat tersebut.

Motif pembunuhan belum dapat dipastikan.

Kehilangan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki lain dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah dijalankan di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.

‘Datuk’ berkenaan yang mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang.

Satu sumber memberitahu, ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.

“Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.

“Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya,” kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Jelasnya, sebelum ini dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun lelaki tersebut menafikan semua dakwaan itu.

Ujar beliau, maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan.

Sosilawati yang merupakan pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu.

Turut hilang ialah peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan seorang lelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu peribadi jutawan itu.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! Ahad ke rumah Sosilawati di Taman Harmonis Gombak semalam mendapati pintu pagar rumah tersebut bertutup dan tidak nampak seperti suasana berhari raya.

Seorang lelaki yang merupakan pekebun di rumah berkenaan yang enggan dikenali memberitahu, keluarga Sosilawati masih belum mendapat apa-apa perkembangan berkenaan kehilangan jutawan itu daripada pihak polis.

Katanya, pihak keluarga juga itu enggan diganggu. Beliau memberitahu, hari raya tetap disambut meskipun tanpa adanya tuan rumah.

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here