cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, May 15, 2010

IPT: Tempat kangkung berkubang...tu pasal prestasi merudum....




Memang sah dah la, IPT Malaysia tempat berkubangnya profesor profesor kangkung.

Mungkin dah terlampau sibuk dengan politik dalaman, IPT Malaysia terus merudum dalam ranking masing-masing. Mungkin dah lama kot sibuk berkelahi dengan para pelajar, depa terlupa ke arah memperbaiki mutu pendidikan dalaman universiti depa sendiri.

Media melaporkan bahawa Universiti-universiti utama di Malaysia terus jatuh beberapa takuk dalam senarai Kedudukan 200 Universiti Asia yang dijalankan oleh Times Higher Education-QS World University Rankings.

Antaranya adalah Universiti Malaya (UM) yang jatuh ke kedudukan 42 berbanding 39 yang didudukinya pada 2009. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), juga jatuh daripada kedudukan 51 kepada 58 untuk berada di tangga yang sama dengan National Central University, Taiwan dan Universiti Ateneo de Manila dari Filipina.

Tak pa kot, memang 1Malaysia yang mau macam tu. Nak buat camana...

MP Kapar terima ancaman bunuh



Ahli parlimen Kapar S Manikavasagam mendakwa menerima ancaman bunuh terhadapnya.



Menurutnya, kertas bertulis "Jangan campur issue pasir. You mati" yang diikat pada beg mengandungi cat merah yang disimbah pada keretanya dan kereta isterinya, lapor Star Online.

Laporan itu memetik Manikavasagam sebagai berkata, tiga beg berisi cat merah itu dibaling dari luar ke arah dua kereta yang terletak di dalam kawasan rumahnya.

Kertas yang mengandungi nota ancaman bunuh itu diikat pada salah sebuah beg berkenaan.

Menurutnya lagi, beliau ternampak kereta yang disimbah cat tersebut pada kira-kira jam 7 pagi selepas bangun pagi.

Laporan itu menyebut, Manikavasagam percaya kejadian itu berlaku selepas ibunya mertuanya masuk tidur kira-kira jam 4 pagi

kerajaan UMNO-APCO nak jadi tuhan....berani halalkan yang haram...

Woi! lesen kelab malam diberikan pun, tetap juga ada yang haram, kalau lesen judi?

Lawak betul puak-puak BN ni. Kalau suka cakap aje lah suka, janganlah buat macam-macam alasan pulak.

Ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan telah mempertahankan tindakan kerajaan meluluskan lesen perjudian. Kata beliau, tindakan itu bertujuan untuk memantau pergerakan pertaruhan bola sepak supaya tidak berlaku penipuan. Bukan ke perjudian itu penipuan? Tanya kepada yang lebih arif.

Tapi kita tidak mahu bercakap pasal itu. kitacuma ingin mengajak para pembaca memikirkan bagaimana kerajaan boleh memantau kegiatan jenayah hanya dengan memberi lesen perjudian supaya ianya tidak disalahgunakan oleh penjenayah dan dalam masa yang sama, Ahli Parlimen Kota Belud mendakwa, kegiatan itu boleh dibendung.

Kita ingin mengajak pembaca melihat sedikit perkembangan berkaitan kelab malam di Malaysia. Apa yang pembaca boleh gambarkan berkenaan dengan kelab malam di Malaysia?

Apakah pembaca tahu, kerajaan Malaysia juga telah meluluskan lesen kelab malam. Apa tujuannya, tidaklah diketahui. Apakah ianya adalah untuk menghalang berleluasa kelab malam haram?


Tapi cuba kita fikir dan lihat terhadap berita-berita semasa, seringkali berlakunya tangkapan 'pelacur-pelacur', GRO dari kalangan rakyat luar negara yang diupah oleh pengusaha-pengusaha kelab malam haram di negara kita ini. Bukan itu sahaja, rakyat tempatan juga tumpang sekaki ditangkap. Pengunjung-pengunjung juga bukan orang, rakyat kita jugak.

Kenapa ianya boleh berlaku, sedangkan kerajaan sudah memberi kelulusan lesen untuk membuat kelab malam.

Apakah jenayah boleh dikurangkan, masalah sosial dapat dikurangkan, ketagihan arak di kalangan muda-mudi yang mengaku Islam dapat dikurangkan, gejala pembuangan anak boleh dikurangkan?

Setiap hari kita dengar dalam berita surat khabar, pembuangan anak menjadi-jadi, masalah sosial berleluasa, ketagihan arak di kalangan orang yang mengaku Islam pun tidak dapat dikurangkan jugak. Apakah sistem perlesenan yang diamalkan oleh kerajaan telah mendatangkan masalah?

Kerajaan sudah pun memberi lesen kepada kelab malam untuk operasinya. Tetapi kenapa ada juga kegiatan kelab malam secara haram di negara kita? Bukan sikit-sikit operasinya.


Kena banteras di rumah kedai, buka pulak di rumah kediaman, kena halang di rumah kediaman, buat pulak di restoran, kena operasi di restoran, buat pulak di ladang-ladang kelapa sawit. Nak kata kerajaan tidak bagi lesen, dah banyak dah kerajaan luluskan lesen kelab malam.

Sekarang, kita mengajak pembaca kembali kepada tajuk asal iaitu, kerajaan meluluskan lesen perjudian bola sepak kerana untuk menghalang kegiatan jenayah dan mengurangkan perjudian secara haram berlaku, disamping kerajaan dapat menambah pendapatan melalui percukaian terhadap industri judi.

Ahli Parlimen Kota Belud kata daripada bagi kat penjenayah, lebih baik kerajaan yang pantau.

"Kenapa mesti berikan duit itu kepada underground yang mempunyai hubungkait dengan jenayah. Lebih baik kerajaan yang pantau agar penipuan tidak berlaku, " kata AP Kota Belud.

Jadi, apakah kesan meluluskan lesen perjudian dalam bola sepak yang diekspektasikan kerajaan berbanding lesen kelab malam yang menampakkan ketidak berkesanan dalam membentuk masyarakat yang bertamadun itu akan memberi suatu yang positif terhadap kegiatan perjudian secara haram di Malaysia?

Jangan gunakan alasan keuntungan sebelah pihak dan menafikan pembentukan jati diri dan akhlak yang tinggi dalam kalangan anak bangsa di masa akan datang.

Lesen kelab malam pun hanya memberi keuntungan sebelah pihak dengan kutipan cukai lesen, tapi masalah sosial terus-menerus tanpa menampakkan ianya akan berkurangan.

Bagi lesen judi pulak, bagaimana? Kelab malam yang diberikan lesen pun tidak nampak kejayaan untuk menghalang kegiatan bermoral berleluasa, inikan lagi ditambah kelulusan kegiatan perjudian dalam bola sepak.

kita  merasakan, selepas ini akan ada si isteri akan mengadu, si suami selalu tidak memberi nafkah kepada anak-anak kerana duit tidak mencukupi. Gaji pun tak cukup untuk sara keluarga, hutang keliling pinggang, tambah lagi pergi berjudi dengan membuat pertaruhan perlawanan bola sepak Piala Dunia.

Maka ketika itu, keharmonian rumahtangga akan hancur, penceraian akan berlaku, lebih dahsyat lagi, anak-anak akan terabai.

Berdasar kepada kajian kenapa ramai anak-anak muda terjebak ke arah masalah sosial, peratusnya datang dari keluarga yang bermasalah dalam segenap hal, antaranya terabai dari perhatian kedua ibubapa. Sesetengahnya adalah ada bapa yang terlibat dengan dadah dan ada yang menjadi tahi judi sehingga wang gaji dihabiskan untuk berjudi semata-mata.

Cuba bayangkan, apabila kerajaan sudah membenarkan perjudian dalam bola sepak Piala Dunia. Ramai rakyat kita berminat dengan Piala Dunia, apakah kegiatan perjudian yang dilulus itu akan memberi kesan terhadap pengaruh bola sepak itu.

Usah cakap, nak halang kegiatan jenayah, nak halang perjudian haram, nak halang berleluasanya kegiatan perjudian dengan memberi lesen.

Tapi yang penting, kerajaan perlu mempertingkatkan penguatkuasaan terhadap kegiatan itu daripada berleluasa. Jangan ditambahkan lagi dengan penyakit jika kita nak cegah penyakit daripada merebak.

Kita melihat, kerajaan hanya memikirkan keuntungan semata-mata, tetapi mengabaikan pembentukan rakyat yang harmoni tanpa judi.



sumber-WarkahDaily Online

Rusuhan di Bangkok: Kedutaan M'sia tak ditutup

Kedutaan Malaysia di Bangkok tidak perlu ditutup kerana ia tidak terjejas dengan kekacauan yang berlaku di ibu negara Thailand itu, kata Timbalan Menteri Luar A Kohilan Pillay.

Semua rakyat Malaysia di Bangkok juga dilaporkan selamat, katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, katanya pejabat Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia di Bangkok ditutup.

"Rakyat Malaysia perlu mengelak kawasan terlibat, waspada. Hubungi kedutaan sekiranya perlu,” katanya.

Sementara itu, menurut jurugambar AFP, sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dalam keganasan terbaru di Bangkok.

Jurugambar itu mendakwa melihat mayat mereka terbaring di atas tanah.

Saksi berkata, dua lagi mangsa yang terbunuh juga kelihatan di kawasan itu.

Semalam, pertempuran antara penunjuk perasaan dan tentera Thai menyebabkan 16 orang terbunuh dan lebih 140 cedera.

Semua yang terbunuh itu adalah warga Thai.

Hukuman Gobala Tindakan Terancang Umno-BN

Anggota Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan menghadapi risiko hilang kelayakan sebagai wakil rakyat apabila beliau hari ini didenda RM3,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Pulau Pinang.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menyifatkan tindakan tersebut menunjukkan ada konspirasi dan ugutan kepada ahli parlimen Pakatan Rakyat.

"Saya rasa apa yang terjadi pada saya dan Gobalakrishnan adalah tindakan terdesak Umno-Barisan Nasional dan ini bukannya satu kebetulan.
"Tetapi kita yakin dapat mempertahankan kedudukan ahli parlimen Pakatan walaupun diserang dengan pelbagai tuduhan dan dakwaan di mahkamah.

"Kita akan pastikan kerusi milik Pakatan akan bertahan sehingga pilihan raya umum ke-13 nanti," kata Tian Chua yang juga Pengarah Strategik KEADILAN.
Gobalakrishnan didapati bersalah mengikut Seksyen 186, Kanun Keseksaan terhadap pertuduhan menghalang anggota polis sebagai penjawat awam menjalankan tugas pada tahun 2002.

Gobalakrishnan yang diwakili Peguam RSN Rayer, membayar denda itu dan telah memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Manakala Tian Chua pula sedang menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung hukuman bersalah mencederakan konstabel Mohd Rosyaidi Anuar, 22, ketika anggota polis itu sedang menjalankan tugasnya dalam satu perhimpunan di parlimen, 11 Disember 2007.

Beliau dijatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 setelah disabitkan atas kesalahan tersebut.

Rayuan Tian Chua pula akan didengar pada 17 Jun ini.

Berdasarkan Perkara 48, Perlembagaan Malaysia, seseorang anggota Parlimen akan hilang kelayakannya apabila telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000.

suara-keadilan

"Jangan lupa undi DAP"




Biar pun tinggal beberapa jam lagi lebih 54,000 pengundi di Sibu akan membuang undi, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan mereka jangan lupa mengundi calon DAP.

"Saya minta semua pengundi undi calon DAP. Ini kerana DAP sekarang berada bersama PAS dan KeADILan dalam Pakatan Rakyat.

"Orang PAS dari seluruh negara datang membantu kempen di Sibu biar pun habis duit dan tenaga tak apa asalkan dapat berkhidmat kepada Islam.

"Jadi saya minta rakyat Sarawak di Sibu tolong undi calon Pakatan iaitu DAP. Di mana sahaja ada calon PAS, undi PAS. Kalau tidak ada calon PAS undi calon PKR, dan kalau tidak ada calon PKR undi DAP," katanya di sini.

Pertarungan akhir mempertahankan parlimen Sibu menyaksikan hampir seluruh menteri turun berkempen termasuk di rumah panjang dan kampung Melayu dan Melanau.

Mereka membawa bersama janji-janji pembangunan yang ditabur ke seluruh pelusuk bumi Sibu.

Berdasar kepada gerak kerja tersebut kelihatan Umno dan Barisan Nasional (BN) berdepan suasana sukar untuk mempertahankan kerusi tersebut bagi penggal ke enam.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, perubahan yang ketara berlaku kepada kepemimpinan DAP sekarang di mana mereka lebih terbuka dan bersikap intelektual.

Menurutnya dahulu DAP tidak mahu mendampingi PAS kerana perjuangan Islam yang dibawa, namun sekarang mereka sudah faham.

"Sekarang pemimpin PAS dan DAP boleh berceramah bersama. Ketika ceramah saya sebut tentang Islam dari aspek ekonomi, sosial dan semua sudut kehidupan berpaksikan Islam.

"Dan alhamdulillah mereka terima. Apa sahaja perkara yang tidak faham mereka tanya kami. Pemimpin DAP sekarang kebanyakan intelektual, berpelajaran dan berfikiran terbuka. Sekarang ramai pemimpin DAP sebut Assamualaikum," katanya.

Kata beliau situasi itu berlaku sebagaimana Nabi Muhammad saw pernah meminta orang Yahudi berkerjasama dengan orang Islam di Madinah.

Kalau ada musuh yang menentang Yahudi Nabi Muhammad saw akan membantu Yahudi. Dan kalau ada musuh menentang Islam di Madinah Nabi Muhammad meminta Yahudi datang membantu.

Beliau menjelaskan dahulu DAP menentang kerjasama dengan PAS kerana mereka tidak faham Islam.

Kata beliau usahkan DAP, Melayu Umno pun marah kepada PAS kerana memperjuangkan Islam sehingga didakwa boleh menimbulkan pecah belah dan tiada kemajuan.

Menurutnya pemimpin DAP sekarang mendengar sendiri mengenai Islam daripada pemimpin PAS dan tidak lagi terpengaruh tindakan pemimpin Umno memburukkan Islam.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Islam memberi kebebasan kepada penganut agama lain mengamalkan ajaran mereka.

"Kita hanya terang tentang agama Islam dan kalau mereka tidak mahu terima itu hak mereka. Saya juga banyak menerima kunjungan paderi dan sami datang ke pejabat.

"Malah saya pergi kepada wat Buddha di Tumpat. Saya sebut Tuhan hanya satu ialah Allah. Semua agama melarang perbuatan mungkar seperti judi, zina dan rogol.

"Ini sudah menggambarkan ada titik pertemuan di antara kami dengan agama lain," ujarnya.

Beliau menyifatkan kejayaan besar hasil dakwah di Kelantan apabila orang bukan Islam tidak lagi marah kepada PAS.

harakahdaily

betul la tu...jenayah tak mencuri dan merompak tapi jenayah syariah...jenayah iman mcam mana inul oooiiiii...!!!!

Gelek Gerudi Saya Bukan Satu Jenayah- Inul




Inul bakal menjayakan Konsert 1 Inul Daratista dengan aksi gelek gerudinya.

SIAPA tidak kenal Inul Daratista dengan tarian gelek gerudi. Persembahan Inul bagaikan tidak lengkap tanpa tarian itu.

Walaupun gelek gerudi Inul pernah menimbulkan kontroversi, namun tidak bermakna dia akan berhenti dari bergoyang.

Inul bakal menjayakan Konsert 1 Inul Daratista dengan aksi gelek gerudinya di Stadium Utama Kompleks Sukan Tawau pada 29 Mei ini, Padang Kompleks Sukan Keningau (31 Mei) dan Sunway Hotel Resort & Spa (4 Jun).

"Saya masih akan buat gelek gerudi kerana ia bukan criminal. Goyangan itu bukan lucah tetapi apa yang dilakukan itu lebih attractive . Selain gelek gerudi, saya juga akan melakukan goyang-goyang yang lain juga.

"Empat bulan lalu, saya turut terlibat dalam sebuah konsert dengan kumpulan Dewa 19 di Kuala Lumpur. Mereka tiada masalah dengan penampilan saya kerana saya masih mengenakan baju sopan dan tertutup. Saya masih tahu menjaga diri, anak, suami dan bisnes saya. Jadi tak perlu khuatir pasal pakaian.




"Saya tidak akan melakukan gelek gerudi sepanjang konsert itu kerana ia boleh membuatkan saya rasa letih. Jadi saya akan hiburkan penonton dengan lagu berentak perlahan dan melankolik," katanya yang akan mempersembahkan 15 hingga 20 buah lagu.

Nyanyian Inul akan mendapat bantuan oleh pemuzik serta penyanyi tempatan termasuk Hazami, Mas dan Handy Black.

Dalam perkembangan lain, Inul turut menghasilkan single terbarunya berjudul Kasih Tak Termiliki ciptaan Irwan Stinky dan David Lau.

Walaupun berlainan selera, Inul masih setia dengan genre dangdut.

"Saya masih mencintai dangdut dan sedar saya berasal dari muzik itu.

"Walaupun saya akan membuat album pop, saya tidak rasa orang akan terkejut. Saya profesional dan akan membuat mengikut permintaan peminat," jelas penyanyi lagu Kocok-Kocok itu lagi.

Friday, May 14, 2010

1,000 ORANG HADIRI PENGKEBUMIAN ALMARHUM USTAZ ASHAARI




Jenazah bekas pemimpin kumpulan Al Arqam yang diharamkan, Ashaari Muhammad selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Pilin dekat Rembau pada kira-kira pukul 10 malam semalam.

NONEJenazah Ashaari, yang dibawa dengan kereta persendirian dari Ipoh tiba bersama rombongan di kampung asal Allahyarham, Kampung Pilin pada kira-kira jam 8.30 malam.

Jenazah kemudian ditempatkan di surau kampung itu bagi membolehkan sanak saudara dan orang ramai memberi penghormatan terakhir.

Jenazah Allahyarham kemudian disembahyangkan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan yang terletak bersebelahan dengan surau kampung itu.
Kira-kira 1,000 orang hadir pada majlis pengkebumian.

Ashaari, 73, lebih dikenali dengan panggilan Abuya oleh para pengikutnya meninggal dunia di Hospital Pakar Ipoh, Perak pada pukul 2.10 petang semalam, tiga hari selepas dimasukkan di hospital itu kerana jangkitan paru-paru.

Kumpulan Al Arqam diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994

malu malu katak....dapat offer lumayan dia tibai semua



Tindakan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong yang mengumumkan keluar sememangnya sudah diduga dan Pilihan Raya Kecil Sibu dilihat sebagai waktu yang sesuai.

Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Fuziah Salleh berkata ahli Majlis Pimpinan Pusat telah memerhatikan gerak-geri ahli parlimen tersebut dan sememang Choo Keong berada di dalam senarai teratas ahli parlimen yang akan melompat.

"Saya ingatkan Choo Keong akan mengumumkan keluar parti semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor tetapi mungkin tawaran semasa itu tidak lumayan maka beliau mendiamkan diri seketika.

"Gelagat Choo Keong yang cenderung mencari salah parti dan komen beliau di parlimen dan di dalam blog bukan untuk kepentingan parti tetapi lebih bersifat kepentingan diri.

"Ini merupakan tindakan terdesak Umno-Barisan Nasional dalam mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen," tegas Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan.

Beliau menambah, tindakan tidak bermoral dan beretika Umno-BN ini didalangi oleh ahli parti yang telah mengumumkan keluar parti sebelum ini.

"Saya yakin ini adalah usaha berterusan pihak tertentu untuk melumpuhkan KEADILAN dan ini mempunyai hubung kait dengan PRK Sibu.

"Saya yakin Choo Keong mendapat habuan yang lebih besar apabila mengumumkan keluar parti ketika Pakatan Rakyat akan menghadapi PRK Ahad ini," katanya kepada Suara Keadilan.

Sebelum ini, bekas pemimpin DAP dan Ahli Parlimen Bukit Bintang ini telah berkali-kali menafikan spekulasi mahu keluar parti.

Dengan keputusan itu, Choo Keong akan menyertai empat rakannya yang sudah pun memperoleh status sebagai Ahli Parlimen Bebas setakat ini termasuk wakil rakyat Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang dipecat Mac lalu

Bukan Islam Juga Sokong Pengharaman Judi




Langkah kerajaan memperkenalkan lesen judi sukan merupakan tindakan yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam sedangkan pemimpin bukan Islam dalam Pakatan Rakyat (PR) menyokong pengharaman judi tersebut.

Demikian menurut Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa tindakan tersebut juga membelakangkan tatacara kehidupan masyarakat Malaysia.

"Inilah kejayaan satu anjakan paradigma dalam aspek dakwah apabilakita memberi kefahaman kepada orang bukan Islam untuk menerima apa yang diharamkan oleh Islam," kata Abdul Hadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata Umno sebagai tulang belakang kerajaan membawa semakin banyak perkara negatif kepada negara sejak mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun lalu.

"Ia menggambarkan bahawa kerajaan pimpinan Umno-BN yang ada sekarang ini telah muflis idea dan membawa negara mundur ke belakang, ke arah yang lebih jauh daripada ajaran Islam," katanya.

Semalam dilaporkan kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan walaupun dibantah banyak pihak.

Kumpulan Berjaya dilaporkan mengesahkan mendapat lesen tersebut, sekaligus membolehkan pertaruhan secara sah dilakukan sebelum kejohanan berprestij itu bermula pada 11 Jun ini.

Berjaya akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen. Ia dijangka menggunakan lebih 200 kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya berkata, tindakan meluluskan lesen judi sebelum piala dunia menunjukkan betapa rakusnya BN untuk mengaut duit Rakyat.

"Warga Malaysia menyukai Piala Dunia dan sukan bola sepak umumnya. Menghalalkan perjudian akan hanya membawa lebih ramai orang ke dalam kancah kitaran ganas yang berakhir dengan kemiskinan dan ketagihan judi.

"Lebih teruk lagi, kerajaan BN bersekongkol dengan agensi perjudian yang tidak telus dalam urus niaga kewangan dan keuntungan mereka, berbanding dengan negara-negara lain yang mana perjudian terkawal.

"Tindakan ini hanyalah seperti skim buat duit yang tidak bertanggungjawab yang dicadangkan oleh BN serta ia merupakan permulaan yang berbahaya dan menghancurkan. Ia perlu ditolak dengan serta-merta," katanya.


Najib Lulus Lesen Judi, Ketepikan Nasib Rakyat


Tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional meluluskan lesen judi sukan kepada Kumpulan Berjaya telah mengenepikan sensitiviti rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Islam yang menentang percambahan aktiviti perjuadian di negara ini.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan I memberi kelulusan itu menyebabkan rakyat akan menjadi miskin.

"Kenapa Najib tidak fikir apa yang beliau lakukan, tindakan beliau meluluskan lesen judi itu menyebabkan rakyat menjadi semakin miskin kerana sentiasa berjudi bagi mengharapkan kemenangan.

"Lebih teruk lagi kelulusan itu diberikan tanpa ada tender terbuka dilakukan bagi sesiapa yang ingin mendapat lesen tersebut. Kelulusan itu diberikan terus kepada tauke judi Tan Sri Vincent Tan yang telah kaya dan dengan kelulusan ini beliau menjadi semakin kaya.

"Kelulusan tanpa sebarang tender dan juga sebarang kertas cadangan ini melihat kerajaan hanya mementingkan kroni dan disebalik kelulusan tersebut kita tidak ketahui. Kelulusan secara terus ini dilihat telah terpesong jauh dengan Model Ekonomi Baru yang dibanggakan oleh Najib dan bersifat ejekan kepada NEM." katanya dalam satu kenyataan.

Beliau memberitahu sebelum ini Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah membantah sekeras-kerasnya di dalam Parlimen apabila mengetahui Najib akan memberi kelulusan judi sukan di Malaysia.

"Rakyat Malaysia terkejut apabila kerajaan Barisan Nasional telah memberi kelulusan perjudian sukan. Apakah Najib tidak pernah mengambil perhatian dengan setiap bantahan yang telah dilakukan.

"Najib patut lihak kesan yang besar akan menimpa rakyat terutamanya rakyat bukan Islam, dari segi hutang dan juga masalah sosial kerana tindakan beliau mengalakkan lagi rakyat Malaysia berjudi dan berhutang," katanya lagi.

Dasar MEB yang telah dilaungkan oleh Najib hanyalah sebagai perhiasan dan boleh dibuang ke dalam tong sampah katanya Tony lagi.

"Najib menjanjikan ketelusan dalam setiap perniagaan dan juga urusan tetapi tindakan ini telah mengenapikan semua yang termaktub di dalam MEB.

"Janji Najib hanyalah janji kosong sahaja dan rakyat perlu tahu, dalam masa dua bulan perjudian ini akan bermula dan ia juga menjadi tanda kematian untuk sebuah ekonomi model baru, selain memberi keuntungan besar ke atas pimpinan BN dan Vincent Tan.

"Rakyat marah dengan sikap Najib yang telah berjanji untuk berubah namun beliau menunjukkan secara jelas BN benar-benar tidak mahu berubah. Amalan kronisma hanya tertumpu kepada kepentingan individu tertentu dan juga pembohongan besar Najib bila menjanjikan akan melakukan sebarang urusan ekonomi secara telus dan juga tender terbuka.

"Pakatan Rakyat hari ini ingin meminta kerajaan membentuk Jawatankuasa Pilih Parlimen Khas bagi mengkaji kesan taruhan sukan judi itu di Malaysia.

Maka jika ianya diluluskan, ia perlu melalui tender terbuka bukan diberi secara terus." kaya beliau lagi. -sk




Judi Bola Bawa Hasil Kerajaan, Rakyat Dibebani Lambakan Hutang

SHAH ALAM 13 MEI: Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menyifatkan kelulusan lesen judi bola hanya mencambah gejala sosial dan moral di kalangan rakyat kerana ia dikhuatiri mengheret kaki judi dengan bebanan hutang apabila tabiat berjudi kian berleluasa.

Bercakap kepada TV Selangor, beliau juga berpendapat tindakan meluluskan lesen judi ini dibuat berikutan sumber kewangan kerajaan pemerintah kian terhad bagi menampung perbelanjaan negara.

Lebih parah lagi, Charles berkata, kelulusan ini hanya melonjakkan masalah moral apabila kaki judi menambah nilai pertaruhan manakala kaki bola pula mungkin terjebak dalam tabiat berjudi.

“Ini merupakan masalah besar yang akan dihadapi rakyat Malaysia khususnya orang miskin, baik Melayu, Cina mahupun India. Mereka akan belanja lebih wang untuk berjudi khususnya pada masa Piala Dunia Jun ini.

Ini merunsingkan dan menjadi masalah serta menyusahkan keluarga miskin, malah orang kaya sekalipun dalam hal ini,” katanya.

Mengulangi pendirian Pakatan Rakyat yang membantah sekeras-kerasnya kelulusan lesen judi bola kerana ia membawa musibah kepada semua kaum di Malaysia, beliau mengesyaki tindakan Umno BN ini mungkin ada muslihat tertentu.

Charles juga kesal kerana kelulusan lesen judi bola ini bukan sahaja tidak disenangi ramai, bahkan tidak melalui proses tender terbuka.

“Jelas bahawa tender untuk perjudian pada Berjaya Corporation nampaknya tidak ada apa-apa tender dikeluarkan. Maka, kita boleh mengatakan ini satu projek yang diberi untuk kawan-kawan dalam Umno," katanya.

Akhbar Sin Chew Daily sebelum ini melaporkan kementerian kewangan pimpinan Datuk Seri Najib Razak secara rasminya memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya. -TVS



Ternyata Najib bersama UMNO BN mencemar dan memalukan Islam dan umat Islam.
Dah ler tak pandai agama, nasihat ulamak tak mahu didengar dan dipatuhi.

Tindakan kerajaan UMNO BN yang meluluskan judi benar-benar mengundang kemurkaan Allah.

Tunggu sahaja tsunami ke 2.

Histeria lepas nampak hantu

SEKUMPULAN pelajar SMK Syeikh Abdul Ghani, Bidor masuk ke dalam surau untuk program keagamaan bagi menbendung kejadian histeria semalam.GAMBAR KECIL: SMK Syeikh Abdul Ghani telah dibelenggu masalah histeria sejak dua bulan lalu sehingga menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran terjejas.

BIDOR - Kelibat yang didakwa hantu serta kanak-kanak berkepala besar dikatakan punca sekumpulan 40 pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syeikh Abdul Ghani diserang histeria semalam.

Ada antara pelajar itu yang kebanyakannya menuntut di tingkatan dua hingga lima bertindak agresif, menangis, melolong, memaki hamun dan melawan semasa cuba ditenangkan oleh pelajar dan guru sekolah berkenaan.

Menurut sumber, sekolah itu sudah dilanda kejadian histeria hampir setiap hari sejak dua bulan lalu.

Namun semalam, gangguan yang berlaku dari pukul 8 pagi hingga 11.30 pagi itu telah memaksa pengurusan sekolah menamatkan sesi persekolahan lebih awal iaitu pada kira-kira 12 tengah hari.

Judi bola: Umno bawa negara mundur ke belakang

Langkah pihak kerajaan ingin memperkenalkan lesen judi sukan dalam negara kita pada masa sekarang ini adalah satu tindakan yang jauh menyimpang dari ajaran Islam dan tatacara kehidupan yang diterima dalam masyarakat Malaysia pada waktu ini.

Ianya menggambarkan bahawa kerajaan pimpinan Umno-BN yang ada pada waktu sekarang ini telah bankrap idea dan sedang membawa negara mundur ke belakang ke arah yang lebih jauh dari ajaran Islam.

Inilah yang dirancang oleh penjajah dan Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan yang ada di waktu ini telah membawa semakin banyak perkara-perkara negatif selepas negara mencapai kemerdekaan, malah lebih banyak dari yang dilaksanakan oleh penjajah itu sendiri.

Hasilnya wajah Islam yang cuba dibawa oleh Umno dengan mendirikan masjid, pusat Islam dan aktiviti keagamaan ini menjadi topeng dan tempelan kosmetik sahaja, dan dalam masa yang sama mereka merobek Islam dari belakang. Akibatnya Umno juga telah menunjukkan satu wajah yang sangat salah dengan hakikat tasawwur ajaran Islam yang sebenar.

Maka sudah tiba masanya bagi orang melayu beragama Islam untuk memahami bahawa di sana terdapat perbezaan di antara Islam dengan bangsa. Islam adalah agama untuk seluruh manusia tanpa mengira bangsa dan kaum.

Dalam hal ini kita telah mendapat respon yang sangat baik dari kalangan orang bukan Islam, malah kita juga telah berjaya menarik sokongan rakan-rakan dari DAP dan PKR yang bukan Islam untuk menyokong bagi mengharamkan judi. Inilah kejayaan satu anjakan paradigma dalam aspek dakwah apabila kita memberi kefahaman kepada orang bukan Islam untuk menerima apa yang diharamkan oleh Islam.

PAS menyeru kepada penyokong-penyokong Umno yang cintakan agama untuk membuat muhasabah terhadap diri mereka supaya melaksanakan perubahan secara ilmu dan mengkaji kefahaman Islam yang betul melalui sumber-sumber Islam dan bukan melalui media-media yang memberikan maklumat yang salah yang terus menerus menjahilkan mereka dari ajaran Islam.

* Datuk Seri Abdul Hadi Awang ialah presiden PAS

anti judi bola.....perhimpunan di cemari oleh kekasaran polis

"Berdentum Kepala Saya, Mulut Saya Berdarah"


Mangsa kekasaran polis pada perhimpunan membantah lesen judi bola di Masjid Jamek Kampung Baru petang tadi, Muhammad Karim Abdullah kesal menganggap polis cuba bertindak kasar dalam menyuraikan program itu.

“Saya sedang memegang pembesar suara itu, tiba-tiba pihak polis merampasnya dari tangan saya, mereka menolak dan memukul saya. Saya jatuh, berdentum kepala saya dan keadaan ini yang membuatkan keadaan bertambah kecoh.

“Mulut saya berdarah dan kepala saya sakit akibat ditolak dan terjatuh ke bawah terkena ekzos motosikal,” katanya kepada TV Selangor, hari ini.

Lebih 1,000 orang termasuk orang bukan Islam menyertai perhimpunan membantah kelulusan lesen judi bola sepak sempana kejohanan Piala Dunia, di perkarangan Masjid Jamek Kampung Baru petang tadi.

Perhimpunan selepas solat Jumaat itu hanya berlangsung selama kurang dari lima minit berikutan larangan pihak berkuasa, malah seorang petugas PAS turut dikasari polis.

Mereka membawa kain rentang dan sepanduk mengecam tindakan kementerian kewangan yang diterajui datuk seri najib razak kerana meluluskan lesen judi bola walaupun mendapat bantahan rakyat.

Namun, Umno Barisan Nasional (BN) dalam usaha menutup kelemahan mempergunakan institusi polis bagi menggagalkan perhimpunan aman ini.

Polis dikatakan memberi masa lima minit kepada mereka untuk berhimpun tetapi belumpun tempoh itu berakhir, kira-kira 20 anggota polis menyerbu menyebabkan kekecohan itu berlaku. -TVS

seekor lagi berudu menetas...kini katak dari wang maju pulak melompat dari PKR

MP Wangsa Maju keluar PKR

Ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Cho Keong (gambar) hari ini mengumum keluar dari PKR dan menjadi ahli Bebas.

Dalam sidang media yang diadakan secara tergesa-gesa di pusat khidmatnya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Wee berkata tindakannya itu berkuat-kuasa hari ini. Tindakan beliau itu menjawab desas-desus sebelum ini yang mengatakan dia adalah antara ahli parlimen yang akan meninggalkan partinya.

Umno terus memburu dosa

1. Permulaannya saya bersyukur apabila Umno menghentikan amalan mengalung bunga ke Tugu Kebangsaan walaupun ianya adalah suatu tindakan yang terlalu lewat setelah mereka bergelumang dengan amalan syirik itu sejak 22 tahun yang lalu setelah Fatwa Syirik dari Majlis Fatwa Kebangsaan digazetkan .

2. Saat semua pihak menumpukan perhatian kepada gaya pendekatan Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri yang dikatakan mula mendapat sokongan 68% , tindakan Datuk Najib menghentikan amalan syirik yang sekian lama diamalkan oleh Kerajaan Umno dan BN sangat dialu - alukan.

3. Amalan syirik ini pernah dihentikan seketika di zaman Tun Dr Mahathir tetapi malang edisi syirik itu terus disuburkan kembali oleh pendiri mazhab Islam Hadhari di zaman Tun Abdullah . Alhamdulillah , Datuk Seri Najib kembali menghentikannya dan harapan kita agar ia terus dihentikan buat selama - lamanya .

4. Namun malang , apa yang dikatakan Umno ialah sebuah parti yang dasarnya terus memburu dosa dan selesa untuk terus bergelumang dengan dosa . Manakan tidak , sejurus mereka menghentikan amalan syirik mengalung bunga ke tugu kebangsaan , mereka cipta satu lagi dosa besar yang lain iaitu Judi Sukan .

Firman Allah di dalam Surah al-Maidah ayat 90-91 yang bermaksud :


“ Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak dan judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semata-mata kotor dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu dengan sebab arak dan judi adan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan dari mengerjakan sembahyang. Oleh itu mahukah kamu berhenti daripda melakukan perkara keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil ?”.
5. Perdana Menteri telah mengemuka cadangan untuk menghalalkan Judi Sukan di dalam negara kita sewaktu menghadhiri Persidangan Asia Credit Suisse kali ke 13 di Hong Kong . Saya kira ini adalah cadangan yang sungguh tidak bertanggungjawab . Bukan sahaja tidak mengambil kira soal dosa pahala tetapi juga dilihat sebagai satu usaha untuk terus menjerumuskan negara dan rakyat ke lembah maksiat serta mungkar .

Pengumuman oleh Timbalan Menteri Kewangan Dato' Dr Awang Adek jelas membuktikan bahawa cadangan Perdana Menteri benar - benar mahu dilaksanakan tanpa mengambil kira soal dosa pahala dan sentimen rakyat yang beragama Islam .

6. Antara hikmah mengapa Islam mengharamkan judi adalah sepertimana yang dinyatakan oleh Sheikh Dr. Yusof al-Qaradawi antaranya :

a- Kerugian mendorong pihak yang kalah untuk mengulangi lagi, barangkali dengan ulangan yang kedua itu dapat menutup kerugiannya yang pertama. Sedang yang menang, kerana didorong oleh enaknya kemenangan, maka ia tertarik untuk mengulangi lagi. Kemenangannya yang sedikit itu mengajak untuk dapat lebih banyak dan sama sekali dia tidak ingin untuk berhenti.


Begitulah berkaitnya putaran dalam permainan judi, sehingga hampir kedua putaran ini tidak pernah berpisah. Dan inilah rahsia terjadinya pertumpahan darah antara pemain-pemain judi.


b- Hobi ini merosakkan masa dan aktiviti-aktiviti kehidupan dan menyebabkan si pemain-pemainnya menjadi manusia yang tamak, mereka mahu mengambil hak milik orang tetapi tidak mahu memberi .


Selamanya pemain judi sibuk dengan permainannya, sehingga lupa akan kewajibannya kepada Tuhan, kewajibannya akan diri, kewajibannya akan keluarganya dan kewajibannya akan ummat keseluruhannya .


Tidak terlalu jauh kalau orang yang asyik itu akan berani menjual agamanya, harga dirinya dan tanah airnya, demi permainan judi. Kecintaannya terhadap hidangan ini akan mencabut kecintaannya terhadap barang lain, atau nilai apapun.


Keasyikan ini dapat menaburkan benih permainan judi dengan segala macam cara. Sampai pun tentang harga dirinya, keyakinannya dan bangsanya, akan rela dikorbankan demi terlaksananya pekerjaan yang sia-sia ini.


Betapa benarnya dan indahnya susunan al-Quran yang mengkaitkan arak dan judi ini dalam satu rangkaian ayat dan hukumnya, sebab bahayanya terhadap pribadi, keluarga, tanah air dan moral adalah sama.


Betapa benarnya al-Quran yang telah menjelaskan kepada kita, bahwa arak dan judi adalah salah satu daripada perbuatan syaitan; dan kemudian diikutinya dengan menyebut berhala dan azlam serta ditetapkannya kedua hal tersebut sebagai perbuatan yang najis dan harus dijauhi.

Judi yang terdapat di dalam sukan :


a- Menentu dan mengatur perlawanan


· Sebelum pertandingan bermula keputusan perlawanan sudah ditentukan

· Sogokan akan diberikan kepada atlit atau pegawai perlawanan untuk mengatur keputusan pertandingan


b- Bertaruh keputusan pertandingan


· Peminat sukan akan bertaruh untuk satu-satu pertandingan contoh bola sepak. Peminat akan bertaruh dari segi keputusan pertandingan mahupun jaringan.


Impak sekiranya perjudian ini diteruskan di dalam sukan negara kita:


a. Mencemarkan imej Malaysia selaku sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi .


b. Kualiti dan mutu sukan di Malaysia juga akan merosot sekiranya unsure-unsur perjudian sudah bertapak di dalam arena sukan di Malaysia . Ini kerana pertandingan yang diperjudikan itu telah diatur kemenangan mahupun kekalahan masing-masing .


c. Menjejaskan kepercayaan yang datang dari peminat-peminat sukan .


d. Bayaran yang dibuat kepada seseorang secara personal demi merealisasikan pertaruhannya akan menyebabkan hubungan di antara ahli sukan yang sepasukan boleh terjejas.

p/s :

Judi juga adalah di larang di dalam agama - agama lain .


1. Kristian

Begitu juga dalam agama Kristian, perjudian dikutuk keras sebagai amalan diskriminatif yang menguntungkan satu pihak dan menganiaya satu pihak yang lain hingga meleburkan nilai-nilai kehormatan dan kemanusiaan seseorang sebagaimana yang tercatat dalam kitabnya The New Testament (Mark 12:31).

2. Buddha

Bagi agama Buddha pula, perjudian dikutuk sebagai amalan yang jahat kerana ia menuntun kepada pelbagai natijah negatif yang mampu memporak-perandakan kehidupan. Dalam sebuah teks Buddha, Digha Nikaya, disebutkan bagaimana amalan perjudian mampu menjelmakan krisis moral yang parah termasuklah mencetuskan kebencian sesama manusia, menghancurkan harta benda dan menghakis kepercayaan masyarakat dan kerabat terhadap seseorang.

3. Hindu

Pengharaman judi turut disebut dalam teks agama Hindu yang dikaitkan dengan pelbagai krisis nilai dan pendangkalan moral seperti hancurnya nilai amanah, hilangnya perasaan kasih sayang pada masa yang sama membiak amalan penyelewengan, menggejala nilai pembaziran dan membudaya pengabaian tanggungjawab dalam masyarakat (Tirukkural, 94: 931-940).


Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

taik judi punya hal...PERKASA dan UMNO jadi pondan




Dewan Pemuda PAS pusat (DPPP) mencabar pemuda Umno dan PERKASA agar mengeluarkan suara dan menyatakan pendirian mereka berkait lesen judi yang telah dihalalkan oleh kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional(BN) baru-baru ini.

Bagi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan At Tantawi, jika PERKASA dan umno tidak menyatakan pendirian mereka ini menunjukkan wajah sebenar mereka yang hanya menggunakan agama hanya untuk kepentingan politik dan meraih undi bagi meneruskan perjuangan politik sempit mereka.

"Bolehlah dikatakan laungan mereka sebelum ini untuk mempertahankan agama di dalam negara ini hanyalah retorik semata-mata," kata Nasrudin dalam kenyataan medianya kepada erapakatan.com.

Menurut beliau, jika dilihat kepada tindak tanduk PERKASA dan Umno sebelum ini berkaitan kes-kes yang melibatkan agama dan akidah, mereka begitu ke hadapan, kononnya mereka pejuang agama yang sejati.

Ketika kempen Pilihan Raya Kecil P094 (PRK P094), PEMUDA Umno juga begitu konsisten dalam memperkatakan tentang arak,judi dan akhlak dengan menyerang peribadi calon yang mewakili Pakatan Rakyat (PR) iaitu Datuk Zaid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Begitu juga di dalam kes yang melibatkan penggunaan kalimah ‘ALLAH’ oleh orang bukan Islam, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas dengan lantang menyatakan pendirian yang hanya orang Islam sahaja yang boleh menggunakan kalimah tersebut sehingga sanggup menulis surat kepada Pope di Vatican City.

"Beliau juga menyatakan bahawa PAS dan PKR tidak tegas di dalam hal ini hanya kerana hendak menjaga ‘sahabat’ di dalam PR," kata beliau lagi.

Pemuda Umno juga kata beliau tidak kurang hebatnya dengan melancarkan demonstrasi jalanan di beberapa tempat.

"Jadi persoalannya, mengapa dalam isu judi ini, mereka hanya berdiam diri? Apakah judi itu bukan satu dosa? Bukankah judi itu haram disisi agama? Atau benarkah judi sebenarnya merupakan sumber pendapatan bagi mereka?," soal beliau.

erapakatan

Thursday, May 13, 2010

Kubur pun orang Melayu tak boleh jaga




Ini adalah hakikat Melayu sekarang ini. Memang macam cerita Bangau Oh Bangau.
Nak salahkan orang lain ,kita pun sama. Melayu dah malas nak gotong royong bersih surau , bersih kubur. Kalau ada pun ,bilangannya terlalu sedikit.

Bangau tak akan di soal siasat di akhirat. Kita pasti akan di soal siasat.

Sebelum kita nak salahkan MB, salahkan Jabatan Agama, salahkan Nazir masjid , salahkan UMNO, salahkan PAS, tanya diri kita sendiri dulu. MB, Jabatan Agama, Nazir kalau tak buat kerja , mereka jawablah sendiri di akhirat. Kita ?

Selamat Menyambut 13 Mei. Hidup Melayu. Mati ?

Siapalah yang minat kerja bersih kubur, gali kubur, urus jenazah ni ?

Yang penting Mentor , AF, konsert , lompat parti , konsert 12 jam , skor 9A SPM , mengangkasakan Melayu , Melayu glokal , world cup.



Anjing ‘penunggu’ kubur terbiar

Sinar Harian 13 Mei 2010

TELOK KEMANG – Keadaan Tanah Perkuburan Islam Kariah Telok Kemang yang dipenuhi lalang bukan sahaja menyakitkan mata, malah timbul persoalan sejauh mana usaha untuk membersihkannya.

Bukan saja kelihatan uzur, malah kurangnya pemantauan menyebabkan kadangkala tanah perkuburan itu dicerobohi anjing liar.


Tinjauan Sinar Harian mendapati keadaan semak memenuhi kawasan hampir menenggelamkan kebanyakan kubur yang terdapat di situ, melainkan beberapa kubur masih bersih kerana dijaga ahli keluarga yang sering berziarah.

Kawasan perkuburan Islam Khariah Telok Kemang mempunyai kira-kira 2,000 kubur baru dan lama yang menempatkan jenazah penduduk kampung di seluruh kawasan itu sejak hampir 100 tahun lalu.


Tanah perkuburan itu menjadi tumpuan apabila mana-mana jenazah dari Hospital Port Dickson yang tidak dituntut waris akan dikebumikan di situ.


Tidak terurus

Penggali kubur, Mohd Yusof Abd Jalil, 60, berkata tanah perkuburan di situ seperti dilupakan penduduk termasuk pihak sepa-tutnya bertanggungjawab atas permasalahan ini.


Kita sedih mengenangkan keadaan tanah perkuburan yang tidak terurus ini. Sehingga kita sukar untuk masuk ke beberapa kawasan kubur. Ada juga kubur yang tidak dapat dikesan keluarga kerana terlalu semak.


Tanah perkuburan yang terletak betul-betul bersebelahan jalan utama pantai peranginan ini menimbulkan banyak aduan dan cerita buruk daripada pengunjung yang mempersoalkan mengapa tanah perkuburan ini tidak diuruskan dengan baik,” katanya.


Menurutnya, apabila ti-ba waktu hujung minggu, jalan itu akan sesak dan memberi peluang kepada pengunjung memerhatikan kawasan kubur.

Lokasi kubur ini bukanlah terletak jauh dari kawasan penempatan tetapi hakikatnya ia hanya berada di tepi laluan utama Batu 7 Jalan Pantai Port Dickson.


Akibat tidak diseleng-gara, ada batu nisan yang sudah tenggelam dalam rimbunan semak-samun dan lalang, katanya.


Kawasan dicemari najis haiwan


Mohd Yusof berkata, kerosakan pada pintu masuk dan pagar yang roboh pula bukan sekadar menambah kedaifan kawasan itu tetapi menyakitkan hati terutama waris si mati yang bersemadi di situ.

Menurutnya, ia bukan sahaja menyebabkan kawasan perkuburan itu mudah dimasuki anjing liar tetapi dicerobohi pihak tidak bertanggungjawab.

Akibatnya kawasan perkuburan itu dikotori dengan pelbagai najis haiwan sehingga mencemarkan kemuliaan tanah perkuburan itu sendiri. Selain itu, terdapat juga kesan tanah di kawasan itu dikorek dan digali anjing, katanya. Difahamkan, tanah perkuburan itu merupakan bekas tapak rumah kakitangan jabatan kesihatan dan kini diwakafkan menjadi tanah perkuburan.

Tiada sambutanSementara itu, pembersih kawasan kubur, Hamzah Mail, 53, yang secara kebetulan sedang menjalankan kerja pembersihan kubur menyifatkan keadaan kawasan perkuburan ini amat daif dan tidak terurus dengan baik. “Saya sangat sedih melihat keadaan ini. Saya tidak sanggup membiarkan mereka yang sudah meninggal dunia bersemadi dalam keadaan begini.

Tugas membersihkan kawasan kubur diletakkan seratus peratus di bahu saya tanpa tinjauan dan pemantauan pihak bertanggungjawab,” katanya. Menurutnya, dia bekerja di negeri lain dan tidak menetap di situ sebaliknya pulang sekali sekala.

Ketika berada di sini, saya akan menjalankan kerja-kerja itu. Saya hendak menolak tanggungjawab membersihkan kubur tetapi tidak ada pula individu sanggup memikul tanggungjawab seperti ini. “Apabila kerja-kerja gotong royong diadakan amat mengecewakan kerana tidak mendapat sambutan :penduduk kampung dan pihak bertanggungjawab,” katanya.

Hamzah berkata, dia bukan sahaja sedih melihat persekitaran tanah perku-buran itu tetapi bimbang dengan kehadiran binatang berbisa seperti ular. Sikap acuh tidak acuhHamzah berkata, pihak bertanggungjawab bersi-kap acuh tidak acuh terhadap masalah tanah perkuburan itu walaupun ada pihak datang mengadu.

Menurutnya, walaupun ada cadangan untuk mengadakan gotong-royong bagi membersihkan tanah perkuburan itu, pihak berkenaan tidak mengambilnya dengan serius.

“Sehingga ke hari ini, tiada apa-apa tindakan diambil. Sedangkan duit khairat kematian dikutip setiap bulan, tetapi mengapa wang itu tidak digunakan untuk menampung segala pengurusan dan kemudahan di tanah perkuburan ini,” katanya.

Sementara itu, Mohd Yusof berkata, setelah pelbagai usaha meminta pertolongan daripada pihak berkenaan menemui kegagalan dan harapan kini disandarkan kepada Jaba-tan Hal Ehwal Agama Is-lam Negeri Sembilan (JHEAINS) supaya dapat melihat isu itu dengan lebih serius.

Sama ada untuk melakukan kerja pembersihan atau pemantauan di kawasan ini, terpulang kepada pihak berkenaan. Di samping itu, kita mencadangkan seseorang ditugaskan menguruskan tanah perkuburan ini sepenuh masa supaya sentiasa bersih serta selesa diziarahi,” katanya.

Menurutnya, pada masa sama, pihaknya memohon mereka yang sudi memberikan bantuan dalam penyediaan peralatan menggali kubur kerana peralatan sedia ada sudah rosak.

Malah keadaan khemah untuk menggali dan bacaan talkin ke atas jenazah sudah uzur,” katanya.

Padah tak pakai tali keledar



REMUK...kereta yang terbabit kemalangan, semalam.

KUALA LUMPUR: Akibat tidak memakai tali pinggang keselamatan, seorang penumpang sebuah kereta maut dalam keadaan mengerikan selepas tercampak keluar dari tingkap kenderaannya sebaik merempuh tembok pembahagi jalan


Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi semalam, kereta Toyota Vios yang dinaiki tiga lelaki terbabit dipandu laju sebelum hilang kawalan dan merempuh tembok pembahagi jalan berhampiran Jalan Semantan di sini.

Pelanggaran itu menyebabkan kereta berkenaan terbalik beberapa kali menyebabkan mangsa di tempat duduk belakang tercampak keluar.

Sumber polis trafik berkata, mangsa terhumban ke laluan paling kanan jalan raya selepas ‘meluncur’ keluar dari cermin kenderaan yang pecah. Dipercayai mangsa tidak memakai tali pinggang keselamatan ketika kejadian.



ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat mangsa di tempat kejadian, semalam.


“Siasatan mendapati kereta terbabit sebelum itu dinaiki tiga lelaki dari Pusat Bandar Damansara di sini, sebelum terbabit kemalangan. Hasil siasatan, mangsa, Nagarajan Balakrishnan, 28, yang parah di kepala, diangkat orang ramai ke tepi jalan bagi mengelakkan dirempuh kenderaan lain.

“Namun, mangsa disahkan mati sebaik anggota perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) tiba ke tempat kejadian untuk memberi bantuan kecemasan,” katanya.

Katanya, dua lagi pemandu dan penumpang hadapan kereta terbabit bagaimanapun tidak cedera serius.

Bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad meninggal dunia

Bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center pada jam 2.10 petang kerana jangkitan paru-paru.

Menurut Utusan Malaysia Online, jenazah beliau akan dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan selepas solat jenazah di Ipoh.

Ashaari yang juga Pengerusi Syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd berada di Ipoh dalam siri lawatan ke rangkaian perniagaan syarikat berkenaan.

Sementara itu, Bernama memetik seorang kakitangan syarikat berkenaan, Marzuki Hussein bahawa jenazah Ashaari yang dipanggil Abuya oleh para pengikutnya telah dibawa ke kampung asalnya di Kampung Pilin, Rembau, untuk dikebumikan.

Katanya, Ashaari berada di Ipoh selepas melawat Thailand dan Kedah dan dikejarkan ke hospital Isnin lalu selepas mengadu sakit dada.

Jurucakap hospital berkenaan sementara itu berkata Ashaari meninggal dunia pada 2.10 petang tadi.

"Ini siri lawatan biasanya ke rangkaian perniagaan Global Ikhwan," kata Marzuki kepada Bernama selepas jenazah Allahyarham Ashaari disembahyangkan di sebuah banglo milik syarikat itu di Ipoh.

Marzuki berkata rumah berkenaan adalah rumah tamu syarikat berkenaan.

Rombongan yang membawa jenazah Allahyarham ke Rembau berlepas dari rumah berkenaan pada kira-kira 5.30 petang tadi.

Kira-kira 200 pengikut Allahyarham turut berada di rumah berkenaan.

Kumpulan Al Arqam diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994.

Apabila ajaran Al-Arqam diharamkan, Ashaari ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 2 hingga 24 Sept 2004 sebelum ditahan mengikut Akta Kediaman Terhad di Rawang dan Wilayah Persekutuan Labuan selama 10 tahun.

Al-Arqam diasaskan oleh Ashaari juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan aktivitinya berada di kemuncak sekitar lewat 80-an dan 90-an dan dilaporkan mempunyai kira-kira 10,000 pengikut.

Kumpulan itu dilaporkan menyebarkan kegiatan dakwah Islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan,perniagaan, perubatan, dan pertanian.
Ashaari menimbulkan kontroversi kerana pernah mendakwa beliau berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW secara sedar dan meramalkan dirinya akan menjadi perdana menteri Malaysia selepas Tun Dr Mahathir Mohamad.

Memperolok-Olok Syariat Islam

Termasuk ( Kafir) orang yang memperolok-olok Allah atau Rasul-Nya, Al-Qur`an, agama Islam, malaikat, dan para ulama yakni ilmu yang dibawa ulama tersebut. Atau, memperolok-olok salah satu syiar Islam, seperti shalat, zakat, puasa, haji, thawaf di Ka’bah, wukuf di Arafah, masjid, azan, janggut, sunnah-sunnah Nabi, dan lain-lain dari syiar-syiar Allah dan kesucian Islam, maka orang yang semacam ini dihukumi kafir.

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللَّهِ وَءَايَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ(65)لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ إِنْ نَعْفُ عَنْ طَائِفَةٍ مِنْكُمْ نُعَذِّبْ طَائِفَةً بِأَنَّهُمْ كَانُوا مُجْرِمِينَ(66)


“Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja". Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?" Tidak usah kamu minta ma`af, kerana kamu kafir sesudah beriman. Jika Kami memaafkan segolongan daripada kamu (lantaran mereka taubat), nescaya Kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa.” (At-Taubah :65,66)

إِنَّ الَّذِينَ أَجْرَمُوا كَانُوا مِنَ الَّذِينَ ءَامَنُوا يَضْحَكُونَ(29)وَإِذَا مَرُّوا بِهِمْ يَتَغَامَزُونَ(30)وَإِذَا انْقَلَبُوا إِلَى أَهْلِهِمُ انْقَلَبُوا فَكِهِينَ(31)وَإِذَا رَأَوْهُمْ قَالُوا إِنَّ هَؤُلَاءِ لَضَالُّونَ(32)وَمَا أُرْسِلُوا عَلَيْهِمْ حَافِظِينَ(33)فَالْيَوْمَ الَّذِينَ ءَامَنُوا مِنَ الْكُفَّارِ يَضْحَكُونَ(34)عَلَى الْأَرَائِكِ يَنْظُرُونَ(35)هَلْ ثُوِّبَ الْكُفَّارُ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ(36)


“Sesungguhnya orang-orang yang berdosa, adalah mereka yang dahulunya (di dunia) mentertawakan orang-orang yang beriman. Dan apabila orang-orang yang beriman lalu di hadapan mereka, mereka saling mengedip-ngedipkan matanya. Dan apabila orang-orang berdosa itu kembali kepada kaumnya, mereka kembali dengan gembira. Dan apabila mereka melihat orang-orang mu'min, mereka mengatakan: "Sesungguhnya mereka itu benar-benar orang-orang yang sesat", padahal orang-orang yang berdosa itu tidak dikirim untuk penjaga bagi orang-orang mu'min. Maka pada hari ini, orang-orang yang beriman mentertawakan orang-orang kafir, mereka (duduk) di atas di tempat duduk sambil memandang. Sesungguhnya orang-orang kafir telah diberi ganjaran terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.” (Muthaffifin:29-36)

وَإِذَا رَأَيْتَ الَّذِينَ يَخُوضُونَ فِي ءَايَاتِنَا فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ حَتَّى يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ وَإِمَّا يُنْسِيَنَّكَ الشَّيْطَانُ فَلَا تَقْعُدْ بَعْدَ الذِّكْرَى مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ(68)


“Dan apabila kamu melihat orang-orang memperolok-olokkan ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka membicarakan pembicaraan yang lain. Dan jika syaitan menjadikan kamu lupa (akan larangan ini), maka janganlah kamu duduk bersama orang-orang yang zalim itu sesudah teringat (akan larangan itu).” (Al-An’am :68)

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ ءَايَاتِ اللَّهِ يُكْفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلَا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ إِنَّ اللَّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا(140)


“Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam,” (An-Nisa’ :140)

ذَلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ حُرُمَاتِ اللَّهِ فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ عِنْدَ رَبِّهِ وَأُحِلَّتْ لَكُمُ الْأَنْعَامُ إِلَّا مَا يُتْلَى عَلَيْكُمْ فَاجْتَنِبُوا الرِّجْسَ مِنَ الْأَوْثَانِ وَاجْتَنِبُوا قَوْلَ الزُّورِ(30)


“Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan apa-apa yang terhormat di sisi Allah maka itu adalah lebih baik baginya di sisi Tuhannya. Dan telah dihalalkan bagi kamu semua binatang ternak, terkecuali yang diterangkan kepadamu keharamannya, maka jauhilah olehmu berhala-berhala yang najis itu dan jauhilah perkataan-perkataan dusta.”(Al-Hajj :30)

ذَلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ(32)


“Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan syi`ar-syi`ar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati.” (Al-Hajj :32)



Abu Muhammad Haikal

Kalau jumpa POLIS mesti BERHENTI....kalau tak....naya kena tembak tak memasal



Ambil jalan selamat. Kalau anda nampak polis dimana mana sahaja, walaupun dia tidak beri isyarat "berhenti" anda mesti berhenti. Bila anda sudah berhenti mesti tanya polis itu "Saya ada salah kah?" Kalau polis kata anda tidak ada salah, baru jalan. "Selamat nyawa".

Mana lah tahu, polis sudah angkat tangan, anda tidak juga berhenti, kerana anda mungkin tidak nampak dia angkat tangan, "Nanya nanti kena tembak". Mati katak.

Musa Hassan pun sudah merajuk, kerana orang tidak dengar pengakuannya bahawa "Budak itu yang salah" kerana memandu laju dengan tanpa lesen yang sah.

Wednesday, May 12, 2010

Semua terbongkar




Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya sedang mengumpul nama mereka yang terlibat dengan perancangan berhubung kes liwat yang melibatkannya.

Bercakap kepada media selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhenti rehat sebentar tadi, beliau memberitahu nama-nama terbabit seperti Datuk Seri Najib, Khairul Anas, Mumtaz, Ezam Mohd Noor.

"Semua terbongkar," ujarnya sambil menyatakan perbicaraan bersambung jam 2.30 petang ini.

Sementara itu, mahkamah pagi tadi menolak permohonan peguam Karpal Singh untuk mendapatkan kenyataan beramaran Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada polis.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, yang membuat keputusan itu sebelum rehat jam 10 pagi berkata, walaupun terdapat percanggahan dalam laporan polis dan pengakuan saksi tetapi kenyataan saksi tidak konflik dengan kejadian.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar hadir sama mengikuti perbicaraan kes liwat ll Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini. (gambar)

Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam keterangannya hari ini mendedahkan dia menemui Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas pemimpin PKR Senator Ezam Mohd. Noor sebelum membuat laporan polis akhir Jun 2008.

Saiful membuat laporan dia diliwat Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim 28 Jun 2008.

Sebelum ini, Saiful mengaku menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 24 Jun iaitu dua hari sebelum beliau mendakwa diliwat Anwar. Dia menegaskan hanya sekali itu sahaja dia bertemu Najib dan tidak pada tarikh yang lain.

Saiful mendakwa, dia bercakap dengan Musa pada 25 Jun 2008. Dia juga memberitahu mahkamah dia bertemu dengan seorang pegawai polis ASP (kini ACP) Rodhwan Yusof di Hotel Mulia.

Saiful berkata dia ada bercakap dengan Ketua Polis Negara kurang daripada seminit dengan menegaskan ia satu-satunya hubungan kedua-dua mereka.

“Ketua Polis Negara minta saya tidak menghubunginya, beliau marah (dalam telefon) kerana beliau menganggap saya membuat panggilan palsu,” kata Saiful.

Apabila peguam kanan pasukan Anwar bertanya dia menghubungi Ketua Polis Negara, Saiful berkata, “saya mahu memberitahu Ketua Polis Negara masalah saya.”

Saiful berkata, dia terdengar Najib berbual dengan seorang yang tidak dikenalinya dan memberikan nombor Ketua Polis Negara kepada Najib.

“Saya terdengar nombor itu, saya mencatitkannya,” katanya.

Ketika disoal balas hari ini, Saiful juga mengakui bahawa dia ada bertemu dengan Senator Ezam Mohd Nor, bekas Ketua Pemuda PKR, pada lewat malam 27 Jun sehingga awal pagi 28 Jun 2008 di Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Pertemuan ini berlangsung beberapa jam sebelum Saiful menjalani pemeriksaan perubatan dan kemudian membuat laporan polis.

Harakahdaily

Keadilan untuk polis yang terbunuh bertugas

Siapa tak kenal Koperal Abdul Majid. Dulu bertugas di Balai Polis Senawang. Seorang yang rajin dalam tugas kemasyarakatan dan gotong royong di Senawang. Kematian beliau amat mengejutkan dan menyedihkan.

Kereta beliau berlanggar dengan sebuah forklift di kawasan industri di Seremban. Macamana sebuah forklift boleh berada di atas jalanraya ?

Apa kesudahan kes tersebut ? Adakah pemandu forklift tersebut di dakwa ? Adakah pemilik industri atau pemilik kilang yang menggaji pemandu forklift tersebut di dakwa ? Kilang apa ? Siapa taukeh kilang tersebut ?


Adakah pemilik kilang tersebut meminta maaf kepada pihak polis, didakwa atau memberi pampasan kepada waris ?

Melayu mudah lupa.


Mana UMNO, PKR, PAS dan DAP ketika itu ?



Fatal crash: Cops looking for Indon forklift driver

The Malay Mail

February 1, 2005


SEREMBAN: An Indonesian forklift driver is being sought by police following the death of a policeman in an accident last Friday.


In the incident at the Oakland commercial square, Abdul Majid Abdul Jalil, 49, was killed when his car crashed into a nine-metre long steel bar that was transported by the forklift.


Surato Misiran, 36, was driving the forklift at the time of the crash about



amkns

dah patut pun kerajaan BN barisan nazak lebih teruk dari komunis dan yahudi....

SPR Larang Bendera PAS Dipasang di Markas PAS


Inilah gambaran 1Malaysia Barisan Nazak(BN) apabila pagi tadi pihak SPR melarang dan meminta bendera PAS di cabut di Markaz PAS Sendiri.







Keadaan sedikit tegang apabila petugas PAS tidak membenarkan SPR melakukan tindakan tersebut. Lebih memenigkan pihak PBB dibenarkan pula meletakkan bendera mereka di Pusat kempen mereka tidak jauh dari situ. Markas PAS terletak di Kg Hilir Nangka dengan jumlah pengundi majoriti Melayu seramai hampir 5 ribu orang.

PAS Miri

Tuesday, May 11, 2010

dah melampau nie....emak bapak budak nie dah patut 'DI ROTAN " aje....bagi pengajaran ...cuai menjaga anak...

Remaja langgar warga emas


SEREMBAN: Seorang warga emas maut apabila dilanggar sebuah kereta yang dipandu oleh seorang remaja lelaki berusia 15 tahun di Jalan Tuk Dagang, Paroi di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Hasanudin Hassan berkata dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, mangsa Arshad Puteh, 70, dari Kampung Paroi di sini dipercayai sedang berjalan kaki ke kedai berhampiran.

"Setibanya di satu simpang tiga, mangsa yang ingin melintas, dilanggar sebuah kereta Proton Satria nombor pendaftaran NBC 1014 yang datang dari arah Seremban menghala ke Paroi.

"Akibat pelanggaran itu mangsa melambung dan mengalami kecederaan parah di kepala. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar dan sudah dituntut ahli keluarganya, katanya.

Beliau berkata hasil maklumat orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu, remaja itu ditahan di rumahnya di Taman PJ Perdana di sini pukul 12 tengah malam tadi.

Katanya suspek menyatakan kepada orang ramai bahawa dia ingin menyerahkan diri kepada polis, dan orang ramai bertindak menelefon polis sejurus selepas itu.

Hasanudin berkata suspek kini ditahan polis untuk siasatan lanjut dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


mstar

Malaysia tempah laluan maut




KUALA LUMPUR – Malaysia menempah laluan sukar dalam cubaan merampas kejuaraan Piala Thomas buat kali pertama selepas 18 tahun, apabila diundi berdepan gergasi badminton Eropah, Denmark pada suku akhir hari ini - semuanya gara-gara kekalahan mengejut 2-3 kepada Jepun dalam Kumpulan B, semalam.

Pasukan negara sepatutnya boleh memilih laluan yang lebih mudah andai muncul juara kumpulan, namun kegagalan menewaskan Jepun menyebabkan kita tidak punya pilihan selain menentang salah satu daripada empat pasukan pilihan.

Malah, andai sekalipun berjaya menewaskan Denmark - pasukan yang mengecewakan Malaysia dalam dua pertemuan terakhir mereka - pada Piala Thomas di Kuala Lumpur 2000 dan Jepun 2006, kita tetap berpotensi menentang penyandang juara dan pilihan utama, China di separuh akhir.

Meskipun pertemuan dengan Denmark mengimbau igauan buruk 10 tahun lalu, apabila kita kalah 2-3 kepada negara itu di peringkat kumpulan di gelanggang yang sama, namun ketua jurulatih perseorangan, Rashid Sidek tetap positif dengan peluang untuk melayakkan diri ke separuh akhir.

"Sebenarnya berjumpa Denmark membuka peluang lebih cerah kepada kita untuk melayakkan diri ke separuh akhir berbanding terpaksa bertemu pasukan seperti China lebih awal.

"Bukan bercakap besar, tetapi saya yakin kita memiliki barisan perseorangan yang lebih baik daripada negara itu. Biarpun pemain nampak seperti kurang meyakinkan hari ini, tetapi ia hanya perlawanan pertama dan itu (rasa gemuruh) adalah perkara biasa,'' ujar Rashid.

Semalam sepatutnya menjadi hari paling dinantikan buat rakyat Malaysia kerana pasukan negara akhirnya melangkah ke gelanggang buat kali pertama selepas terlepas peluang memanaskan badan dalam saingan pembukaan, Ahad lalu.

Bagaimanapun, hari menggembirakan peminat badminton tanah air bertukar menjadi mimpi ngeri, meskipun ia pada awalnya bermula sempurna, dengan dua jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong meletakkan Malaysia mendahului 2-0.

Bayangan kekalahan bermula selepas Wong Choong Hann tunduk 17-21, 18-21 kepada Sho Sasaki, sebelum Keadaan menjadi semakin tegang apabila Mohd. Fairuzizuan Tazari-Mohd. Zakry Latif gagal menghadiahkan mata kemenangan selepas kalah mudah 15-21, 12-21 kepada Kenichi Hayakawa-Kenta Kazuno.

Ada penonton yang gagal mengawal emosi hingga menunjukkan isyarat lucah kepada Fairuzizuan ketika meninggalkan gelanggang, hingga menimbulkan kemarahan pemain itu, selain tindakan sebahagian penonton di stadium yang mengejek mereka.

Sandaran yang diletakkan kepada juara All England 2003, Muhammad Hafiz Hashim untuk memberikan kemenangan kepada Malaysia tidak menjadi kenyataan apabila dia tumpas 10-21, 21-14, 18-21 kepada Shoji Sato.

Terdahulu, Chong Wei tidak menghadapi masalah untuk menumpaskan seteru lamanya di final All England, Kenichi Tago apabila menang 21-12, 21-13.

Kien Keat-Boon Heong mudah mengetepikan gandingan Noriyasu Hirata-Hirokatsu Hashimoto 21-13, 21-17 hanya dalam masa 27 minit untuk Malaysia 2-0 di depan.

satu lagi projek membazir kerajaan APNO-BARISAN NAJIS di Trengganu

Bot Penambang Pula Berharga RM1 juta!




Seberang Takir, KUALA NERUS – Belum pun sejuk cerita bot (atau Feri) di Tasik Kenyir yang dibina oleh kerajaan negeri Terengganu berharga RM2 juta, timbul pula cerita bot penambang berharga RM1 juta.

Buletinonline dimaklumkan, aktiviti bot penambang ‘jenis baru’ yang telah dijadikan sebagai pengangkutan pelancong dari Taman Shahbandar ke Pulau Duyong dan pulau Wan Man, mendapat bantahan dari pengusaha lama.

Bot penambang baru bukan sahaja dikatakan cantik, berbentuk seperti sebuah ‘kolek’, malah pembinaannya didakwa, mendapat pembiayaan kerajaan.

Menurut Ketua Bahagian PKR Cabang Kuala Nerus, Wan Bukari Wan Bukhari, bantahan tersebut dilaporkan dalam akhbar Suara Keadilan tidak berapa lama dulu.

Beliau berkata, para pengusaha bot penambang yang lama tidak puas hati kerana mereka tidak diberi peluang memiliki bot-bot baru itu.

”Yang dapat bot-bot baru adalah dikalangan ahli-ahli Umno dan kroni JKKK,”kata Wan Bukari kepada Buletinonline.

Sehubungan itu, apabila ADUN Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman mendapat tahu tentang bantahan itu, beliau telah memanggil mereka untuk suatu perjumpaan.

Dalam majlis tersebut, Razif yang juga Exco Pelajaran, Pengajiajn Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri Terengganu, telah bercerita panjang lebar bagi mempetahankan tindakan kerajaan menggunakan bot-bot penambang yang baru.

Ketika itu, terkeluarlah cerita tentang ‘bot penambang yang terbaru’ yang sedang dalam pembinaan berharga RM1 juta setiap sebuah.

Bot tersebut dikatakan, akan digunakan untuk menggantikan bot-bot penambang lama yang berulang alik dari Seberang Takir ke Pasar Besar Kedai Payang.

Tinjauan Buletinonline ke satu lokasi pembuatan bot di Seberang Takir mendapati, sebuah bot penambang yang dikatakan bernilai RM1 juta tersebut sedang dalam pembinaan (lihat gambar).

Apa yang agak menggelikan hati, berkaitan cerita bot penambang baru yang dikatakan moden itu adalah penerangan Razif.

Dalam memberikan penjelasan, Razif telah membuka ‘pekung di dada’ yang menunjukkan, sebenarnya beliau tidak tahu tentang hal ehwal pembuatan bot.

Razif berkata bot penambang baru sedang dalam pembinaan itu mahal kosnya kerana ia dibina daripada kayu Cengal!


Samada Razif benar-benar tidak tahu, ataupun tersalah cakap, namun semua pengusaha bot penambang lama yang hadir hanya menggeleng-gelengkan kepala mendengar penerangan Razif itu.

Ia adalah kerana, semua pengusaha bot penambang tahu bahawa, semua bot atau kapal yang diperbuat dari kayu adalah dibina dengan menggunakan kayu Cengal.

Jadi, apakah sebab sebenarnya, bot yang baru itu begitu mahal???

buletinonline

otak lembu betul...orang sabit rumput....mangkuk nie sabit kepala orang....

Sabit lekat di kepala

Sabit lekat di kepala

Mengerikan apabila kepala seorang buruh hampir terbelah dua selepas sebilah sabit tajam ‘melekat’ di belakang tempurungnya sejurus ditetak seorang lelaki yang menyerangnya dari belakang.
Lelaki itu dipercayai bertindak ganas kerana tidak puas hati teguran mangsa supaya jangan duduk di atas bangku konkrit yang baru dibina berikutan bimbang ia runtuh akibat simen belum kering sepenuhnya.


Namun, teguran itu bertukar tragedi berdarah apabila mangsa ditetak di kepala manakala rakannya hampir putus jari selepas diserang hendap suspek yang bersenjatakan sabit. Mangsa, Abdul Rahman Surni, 49, berkata ketika kejadian jam 2.15 petang semalam, dia bersama seorang rakan membina bangku daripada simen di taman permainan kanak-kanak berhampiran Lorong Raja Muda Musa, Kampung Baru di sini.


Menurutnya, sebaik menyiapkan bangku berkenaan, seorang lelaki tidak dikenali muncul dan cuba duduk di atas bangku konkrit yang masih basah.


“Saya terkejut dengan tindakan lelaki terbabit sebelum menegurnya supaya tidak duduk di bangku itu kerana dibimbangi ia akan roboh.


“Nasihat saya itu bagaimanapun menimbulkan kemarahan lelaki terbabit yang naik angin dan meluahkan kata-kata kesat,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Menurutnya, lelaki berbadan kurus berusia 20-an itu kemudian pergi dari situ dalam keadaan tidak puas hati.


“Namun, saya tidak menyangka dia datang semula beberapa minit kemudian dengan membawa sabit. Lelaki itu terus menyerang rakan saya dengan melibas sabit berkenaan.


“Rakan saya terpaksa menggunakan tangan untuk menahan tetakan terbabit hingga menyebabkan jari hantunya terkoyak. Sejurus selepas itu, suspek melarikan diri,” katanya.

Berikutan itu, dia yang ketakutan segera mengemaskan perkakas kerjanya untuk meninggalkan kawasan berkenaan.


“Namun, ketika saya tergesa-gesa meninggalkan lokasi kejadian, dia tiba-tiba muncul dari arah belakang lalu menetak sabit dibawanya sekuat hati ke arah kepala saya.


“Kejadian itu menyebabkan darah memancut keluar dari kepala sehingga membasahi muka saya. Saya ketika itu amat takut dan hanya mampu menjerit meminta tolong rang ramai berikutan bimbang dibunuh suspek yang mengamuk,” katanya.


Menurutnya, jeritan itu menyebabkan lelaki terbabit terkejut sebelum lari meninggalkannya.

“Saya tak pasti apa yang berlaku, tapi orang awam yang berada berhampiran menghubungi polis sebelum polis bergegas ke tempat kejadian.


“Saya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum diberikan rawatan kecemasan dan menerima 15 jahitan di kepala. Rakan saya pula menerima lima jahitan di tangan,” katanya yang sudah membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.


Menurutnya, dia yang tinggal di Paya Jaras, Sungai Buloh, dekat sini, terpaksa berehat beberapa hari untuk memulihkan kecederaan.


Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang tukang masak terkejut apabila dua penjenayah tiba-tiba menyergah dan mengheretnya ke dalam belukar berhampiran sebelum merompak.


Difahamkan, serangan mengejut itu menyebabkan muka mangsa bengkak manakala matanya berdarah akibat ditumbuk suspek dipercayai geng samun tempatan. Mangsa yang kerugian wang tunai RM250, MyKad dan pelbagai barang berharga lain membuat laporan di balai polis berhampiran.


Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 10.25 malam kelmarin, mangsa berjalan bersendirian berhampiran lorong di Jalan Davis di sini, selepas habis bekerja. Menurutnya, dua lelaki tidak dikenali mendakap dan memegang tangan mangsa yang ketika itu terpinga-pinga.


“Suspek mengheret mangsa ke dalam semak berhampiran sebelum menumbuk dan memukulnya. Mangsa cuba mempertahankan diri, namun tidak berdaya selepas ditumbuk bertubi-tubi di muka.


“Seorang daripada suspek meraba tubuh mangsa sebelum merampas dompet,” katanya.


Menurutnya, suspek kemudian melarikan diri meninggalkan mangsa berseorangan.


“Mangsa yang berusia 46 tahun keluar dari semak sebelum terserempak kereta peronda polis yang melalui kawasan terbabit,” katanya.


Difahamkan, serangan mengejut itu menyebabkan muka mangsa bengkak manakala matanya berdarah akibat ditumbuk suspek dipercayai geng samun tempatan.


Mangsa yang kerugian wang tunai RM250, MyKad dan pelbagai barang berharga lain membuat laporan di balai polis berhampiran.

Monday, May 10, 2010

PDRM nak jadikan negara ini negara koboi....????

Sedikit terkejut dengan berita ini, kerana ia sedikit sebanyak akan menjadi bahan media dan rakyat untuk mempersoalkan kredibiliti Polis yang kini dilihat seperti KOBOI. Sebagai rakyat yang melihat hal ini dari pelbagai sudut, saya memikirkan bahawa Konstabel ini cuba melakukan tugasnya sebaik mungkin.

Kita juga kena akui bahawa tindakan remaja yang agak mencurigai mengundang kepada tragedi ini. Budak-budak zaman sekarang, walaupun baru usia belasan tahun sudah pandai bawa motor sendiri.

Malah ada yang terjun ke dunia rempit. Ibu bapa harus memerhatikan anak-anak mereka, khususnya bila mereka sering keluar malam. Kena pula anak-anak yang sudah diberikan motosikal, panjanglah kaki mereka.

Kita kena jaga bukan sebab apa, kita tak mahu anak-anak yang remaja ini bercampur dengan budak-budak nakal, atau jadi macam ini.

Saya juga ingatkan kepada pihak Polis agar melakukan tugas dengan bijaksana dan tidak tergopoh-gapah menembak rakyat hanya dengan mengunakan alasan bahawa mereka mencurigakan.

Dalam kes ini pun, Polis jelas terburu-buru kerana mangsa tidak memberikan apa-apa ancaman kepada mereka.

Kita semua kena ingat, Malaysia ini bukan negara koboi. Negara ada undang-undang, sama ada rakyat biasa atau polis, semua kena patuhi undang-undang.



Herman Samsudeen

ayah pin dan kaffir bangga perlu di siasat dan di ambil tindakan....

Siasat pemilik laman sosial `Ayah Pin’




Suruhanjaya Komunikasi dan Mulitmedia Malaysia (SKMM) diminta menyiasat pemilik sebenar laman sosial facebook ‘Ayah Pin’ kerana laporannya dibimbangi mempengeruhi masyarakat khususnya umat Islam.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi berkata laman sosial berkenaan dengan jelas begitu berani dan mempersendakan ajaran Islam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkembangan laman sosial itu yang kini semakin menjadi perhatian masyarakat.

“Kami dapati laman sosial Ayah Pin begitu berani serta turut memuatkan kenyataan ajaran Islam yang dipesongkan.

“Perkembangan ini amat membimbangkan kita khususnya pada golongan muda takut terpengaruh dengan ajaran itu,” ujarnya lagi.

Kata Nasrudin lagi, tindakan tegas terhadap pemilik tersebut seharusnya diambil oleh kerajaan khususnya di bawah suruhanjaya terbabit.

Beliau bagaimanapun bersyukur ekoran tindakan Dewan Pemuda PAS Pusat dan Dewan Pemuda PAS di beberapa buah negeri membuat laporan polis terhadap laman yang sama dimiliki ‘kafir bangga’ sehingga laman itu telah ditutup.

Untuk itu, ujarnya demi maruah Islam, laman-laman sosial yang menghina ajaran Islam seharusnya dihapuskan.


harakahdaily

putar alam BN berjumlah RM 546 juta di selesaikan di luar mahkamah

Kes saman RM546 juta BN diselesaikan di luar mahkamah


KUALA LUMPUR 10 Mei - Kes saman yang difailkan oleh sebuah syarikat pembekal papan iklan, yang menuntut ganti rugi RM546 juta terhadap Barisan Nasional (BN) atas dakwaan parti itu telah menamatkan perjanjian secara salah, hari ini berjaya diselesaikan di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Penyelesaian itu direkodkan oleh Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin tanpa kebebasan memfailkan semula tindakan yang sama.

Peguam Datuk Hafarizam Harun yang mewakili BN memberikan bayangan bahawa jumlah penyelesaian tidak melebihi 0.01 peratus daripada jumlah tuntutan ganti rugi dan ia berbentuk ex-gratia.

Bagaimanapun, jumlah sebenar penyelesaian itu tidak dapat diberikan oleh beliau kerana menurutnya, pihak-pihak yang terbabit masih lagi berbincang.

Hafarizam turut melahirkan rasa lega kerana kes terhadap BN terutama yang melibatkan jumlah tuntutan yang begitu besar dapat diselesaikan tanpa penghakiman sebarang liabiliti oleh BN dan plaintif. - Utusan

lembu hitam...oh tidakkkkk......

Koperal polis didakwa sebab kematian Aminulrasyid


ANGGOTA polis berpangkat korperal, Jenain Subi, 48, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan, menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, kira-kira jam 1.10 pagi pada 26 April lalu, dan minta dibicarakan

SHAH ALAM: Seorang anggota polis berpangkat korperal dituduh di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi kerana menyebabkan kematian seorang remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, akhir bulan lalu.

Jenain Subi, 48, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan, menyebabkan kematian Aminulrasyid kira-kira jam 1.10 pagi pada 26 April lalu, dan minta dibicarakan.

Dia yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini.



Jenain yang tiba di kompleks Mahkamah Sultan Abdul Aziz Shah kira-kira jam 11.30 pagi tadi, dikawal ketat anggota polis selepas dia ditahan beberapa jam sebelum itu.

Kes kamatian Aminulrasyid pada awal pagi Isnin, 26 April lalu mendapat liputan meluas dan kecaman masyarakat selepas remaja itu mati terkena tembakan di kepalanya ketika dikejar anggota peronda yang sebelum itu sudah mengarahkan remaja yang memandu kereta Proton Iswara, berhenti.

Hakim M Gunalan menetapkan RM10,000 jaminan ditawarkan kepada tertuduh dengan seorang penjamin serta menetapkan tarikh 10 Jun ini sebagai tarikh sebutan.

Peguambela Salim Bashir pula memohon supaya ikat jamin ditetapkan pada kadar yang berpatutan kerana Jenain mempunyai empat orang anak yang masih kecil.
Katanya, Jenain yang masih lagi seorang anggota polis tidak berpeluang untuk melarikan diri dan mahkamah juga perlu mengambil kira beliau akan ditahan reman sehingga perbicaraan selesai jika gagal membayar jaminan itu.

Sambil memohon kepada mahkamah supaya tidak terdorong dengan pandangan masyarakat berhubung kes itu, beliau berkata anak guamnya itu hanya mampu membayar jaminan antara RM6,000 dan RM7,000 saja.

Hakim M Gunalan kemudian memutuskan supaya Jenain dikenakan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Jun ini sebagai tarikh sebutan kes.

Jenain yang menyertai pasukan polis pada 1985 sebelum ini pernah bertugas di mahkamah, dan semasa kejadian beliau adalah anggota polis peronda di Ibupejabat Polis Daerah Shah Alam.

Sunday, May 9, 2010

malaysia boleh....lepas nie ko orang cuba tarik mesin ATM tu guna kipas heli...gerenti terangkat punya...!!!!

Empat Lelaki Ditahan Cuba Rompak Mesin ATM


ALOR SETAR: Empat lelaki berusia antara 19 dan 25 tahun hampa apabila cubaan untuk merompak sebuah mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Jalan Kelang Lama, Kulim gagal apabila disedari oleh polis yang sedang membuat rondaan di kawasan itu kira-kira pukul 4.15 pagi tadi.

Ketua Polis Kedah, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata semasa polis tiba di tempat kejadian, seorang suspek yang memandu lori sedang cuba menarik mesin ATM manakala tiga daripadanya sedang menunggu di dalam kereta.

"Apabila menyedari kehadiran polis, keemapat-empat suspek melarikan diri tetapi pemandu lori itu dapat ditahan kira-kira 700 meter dari tempat kejadian manakala tiga lagi melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Saga namun dapat ditahan di Kampung Sungai Limau, Lunas beberapa kilometer dari tempat kejadian," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini hari ini.

Beliau berkata polis percaya lori itu digunakan untuk mengangkut mesin ATM tersebut dan lori itu merupakan lori kepunyaan bapa suspek yang berusia 19 tahun.

"Polis mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menahan keempat-empat suspek di dua lokasi berbeza," katanya.

Beliau berkata, salah seorang suspek mempunyai rekod jenayah atas kesalahan merogol dan baru sahaja dibebaskan.

"Keempat-empat suspek direman bermula hari ini dan akan disiasat di bawah seksyen 457/511 kanun keseksaan kerana pecah bangunan. - BERNAMA

mStar

apa lah malang nasib acheh nie.... Gempa bumi 7.4 landa Acheh

Gempa bumi pada skala 7.4 ricter menggegar Acheh awal petang semalam  dan gegarannya turut dirasai di Pulau Pinang dan utara Perak termasuk disekitar Parit Buntar.

Pusat gempa itu adalah 214km dalam laut di selatan Banda Aceh, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat dan berlaku pada kira-kira jam 1 tengahari tadi. Ia berlaku pada kedalaman 61.4km.

Ekoran itu, amaran tsunami telah dikeluarkan untuk daerah berkenaan.

Kawasan gempa ini sangat hampir dengan gempa yang berlaku pada tahun 2004 lalu dengan kekuatan 9.2 ricter. 170,000 maut akibat tsunami yang melanda Aceh ekoran gempa itu.

Ekoran kejadian hari ini, media melaporkan beberapa rumah telah rosak akibat gempa kali ini.

Bagaimanapun, sehingga kini tidak ada kebimbangan tsunami berlaku sebagaimana tahun 2004 lalu.

Rokok punya pasal.....Abang parah ditikam adik

BERDARAH...lantai bilik  berlumuran darah.


TANGKAK: Akibat meminta sebatang rokok, seorang lelaki nyaris maut apabila ditikam adiknya yang tiba-tiba mengamuk di rumah mereka di Parit Jarum Laut, Bukit Gambir, di sini, kelmarin.

Mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) dan keadaannya dilaporkan stabil.

Tindakan pantas bapa mereka, Mustafa Osman, 61, yang menepis serangan parang berjaya mengelak mangsa daripada terus ditikam, malah mangsa turut diugut akan dicungkil biji mata.


Suspek turut memberi amaran akan mencederakan ibu bapanya jika mereka menghalang perbuatannya.

Ibu mereka, Fatimah Mat Said, 47, berkata kejadian berlaku ketika dia selesai solat Isyak apabila anak keduanya, Mohd Khairuddin atau lebih dikenali dengan panggilan abang pulang ke rumah selepas keluar ke Pekan Bukit Gambir, manakala Fauzi yang dipanggil adik serta suaminya berada di ruang tamu menonton televisyen.

“Ketika Mohd Khairuddin masuk ke rumah, dia meminta sebatang rokok daripada adik dan berjanji untuk menggantikannya. Adik terus bangun daripada kerusi dan saya menyangka dia mahu mengambil rokok, sebaliknya dia mengambil parang di tepi tingkap sebelum menikam rusuk kanan abang.

“Saya menjerit ketakutan dan ketika suami saya memangku abang yang berlumuran darah, Khairuddin sempat berkata ‘sampai hati adik tikam abang, abang tak buat salah apa pun’ tetapi adik terus menjerit mahu mencungkil mata abang dengan mengacukan parang tetapi sempat ditepis oleh bapa mereka,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, Fairuz juga sempat memberi amaran kepada dia dan suami supaya jangan menghalangnya sebelum duduk di kerusi sambil memegang parang. Fatimah kemudian keluar rumah untuk meminta bantuan jiran menghubungi polis dan ambulans.

Fatimah berkata, Fairuz tidak melawan atau bertindak agresif, sebaliknya hanya menyerah diri kepada polis yang tiba kira-kira 10 minit kemudian.

Katanya, dia tidak tahu kenapa adik sanggup menikam abangnya tetapi mengakui Fairuz menghadapi masalah kesihatan dan sering bergaduh dengan abangnya walaupun mangsa tidak pernah membalas kerana tahu adiknya kurang sihat.

Beliau berkata, kedua-dua beradik itu juga rapat dan setiap hari mereka berulang alik bersama dengan menaiki motosikal untuk ke tempat kerja di sebuah kilang di Serom 7.

Sementara itu Ketua Polis Daerah, Superintendan Harun Idris, berkata pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut kes itu termasuk motif pergaduhan dan kemungkinan suspek menghadapi masalah kesihatan.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga didenda atau sebat, jika sabit kesalahan.


hmetro

UMNO Sudah Murtad, Mana Ulamak-ulamak UMNO?

Dr Asri: Lesen Atau Tidak, Judi Tetap Haram




Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin menyifatkan alasan kerajaan yang menghalalkan perjudian melalui pemberian lesen yang membenar pertaruhan bola sepak, tidak munasabah untuk mana-mana agama, lebih-lebih lagi agama Islam.

Beliau menegaskan sebarang bentuk perjudian sama ada berlesan atau sebaliknya, hanya membawa masalah antaranya pergaduhan dan bebanan hutang.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein sebelum ini berkata, kerajaan sedang mempertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan ketika Piala Dunia 2010 berlangsung Jun ini.

Beliau memberi alasan ia wajar dilesenkan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Mengulas isu ini, Dr Asri menyifatkan kerajaan pimpinan Umno Barisan Nasional sudah tidak dapat membezakan halal dan haram.

"Kerajaan mesti memikirkan kesan buruk perkara ini. Ia akan mengakibatkan pergaduhan, pinjam meminjam dan pelbagai lagi. Jika kerajaan bertindak memberi lesen apa ertinya?" katanya.

Dr Asri mengingatkan kerajaan, tindakan melesenkan judi belum tentu menyelesaikan masalah kerana masalah tetap berlaku, bahkan berlarutan dengan lebih buruk.

"Judi termasuk dalam dosa besar. Di negara ini, orang akan kata ini bukan untuk orang Islam. Adakah perkara ini dituntut oleh orang bukan Islam? Adakah kerajaan bertindak hanya untuk kepentingan cukai ataupun untuk kepentingan masyarakat bukan Islam.

Beliau menyifatkan kerajaan hanya mencari alasan termasuk menggunakan elemen pembangunan judi bagi menghalalkan perjudian.

"Saya lihat alasan yang dinyatakan bagi mengelakkan judi haram dengan mengadakah judi halal. Semua judi adalah haram dan memberi kesan negatif. Saya tidak fikir orang agama lain disuruh pergi berjudi.

"Jika kerajaan hendak menyalurkan dana kepada bidang sukan, saya lihat perkara lain juga mungkin kita boleh mengenakan cukai yang tinggi. Jadi, saya fikir alasan ini sangat tidak munasabah," katanya.

Dr Asri seterusnya mencadangkan kerajaan supaya bertindak mengikut landasan Islam bagi mengawal baik buruk sesuatu perkara.

"Tetapi dengan cara kerajaan menghalalkan dan membenarkan cara memberi lesen ini kepada judi bererti perkara yang dibimbangi masyarakat dilakukan secara terbuka dan mendapat persetujuan. Apa beza antara yang halal dengan yang tidak, kedua-duanya mengundang masalah kepada rakyat," katanya. -TVS

Chelsea muncul juara Liga Perdana England

LONDON, 10 Mei - Chelsea muncul juara Liga Perdana England (EPL) musim ini selepas memenangi perlawanan terakhir 8-0 menewaskan Wigan Athletic di Stamford Bridge awal pagi tadi.

Kejuaraan tersebut merupakan yang keempat buat The Blues selepas kali terakhir mereka muncul juara pada musim 2005/06 di bawah bimbingan Jose Mourinho.

Gol Chelsea disumbang oleh Nicoles Anelka pada minit ke-6, 56, Frank Lampard (32), Salomon Kalou (54) dan Didier Drogba (63, 68,80), Ashley Cole (90).

Pencabar terdekat mereka, Manchester United turut mencatat kemenangan 4-0 ke atas Stoke City tetapi dibezakan dengan satu mata.

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here