cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, September 10, 2011

Dasar prof kangkung lidah keling.....kalau tak di jajah kenapa sambut merdeka....!!!!



Kalau kita tak pernah dijajah, buat apa sambut merdeka? sebagai reaksi spontan kepada kenyataan sejarahwan PUTAR ALAM  Profesor KANGKUNG Datuk Dr Zainal Kling ( KLING ...INI YANG PENJAJAH BAWA DARI BENUA KELING KE..??? ) yang berhujah bahawa berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu ‘tidak pernah terjajah’, sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.
Sekiranya benar begitu, jadi maksudnya 31 Ogos 1957 bukanlah tarikh merdeka. Jadi Dr Zainal secara tidak langsung nak bagitahu rakyat dah terkena tipu 54 tahun oleh Umno ke?

Malaysiakini melaporkan bahawa Zainal berhujah berkata “fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British).”
"Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya.



Beliau turut mendakwa adalah kesalahan yang amat besar jika rakyat menyebut negara kita terjajah selama 400 tahun kerana menurutnya sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.
"Dinaungi tidak sama dengan kolonial... Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

"(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... Sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah.
"Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar," Malaysiakini memetik beliau sebagai berkata.
Berdasarkan hujah Zainal,  ‘adakah tarikh merdeka sebenar ialah apabila Jepun kalah dalam Perang Dunia ke 2?’

Rakyat semakin ‘fening’ di bawah pemerintahan Umno. Sebenarnya ini menandakan bahawa pemikiran rakyat masih terjajah dengan pelbagai fakta mengelirukan...
Prof Zainal Kling kata bahawa 'kita tidak pernah dijajah, siapa kata kita pernah dijajah itu kesalahan besar'..ertinya selama ini ramai yang tertipu..seruan menghalau penjajah, bebas dari penjajah, merdeka dari penjajahan itu semua itu tidak benar.. satu kesalahan besar.....

Kemerdekaan lawan bagi kehambaan atau penjajahan..ertinya tiada hari merdeka yang sebenar..kita tidak pernah dijajah..buku sejarah mesti diubah semula..entahlah..siapa yang hendak berteori silalah lagi..macam-macam ada....

Sementara itu, Ketua Pengarang Siasah, Mohd Sayuti Omar turut menyindir Zainal dengan soalan-soalan bertubi di blognya.

Kita  ingin tanya profesor yang mahir sejarah itu, apakah yang dilakukan oleh British semasa mereka melindungi Tanah Melayu dalam tempoh itu mereka tidak melaksanakan kerja-kerja menjajah Tanah Melayu.

Siapa yang mengawal kewangan, hasil bumi serta menjaga keselamatan? “Bukankah pihak British. Apakah pengertian dilindingi berbanding dengan dijajah?

Bukankah British melantik suruhanjayanya di negeri-negeri yang bertindak menjadi Pegawai Daerah yang mempunyai kuasa eksekutif?

Apakah hanya kerana tidak ada catatan itu maka ia diterima sebagai tidak kena dijajah atau digoreng oleh British. Semudah itukah penerimaan dan pentafsiran kita. Bukankah selama 'melindungi' itu penjajah membunuh ramai pahlawan Melayu, seperti Tok Janggut, Tok Sago dan lain-lain?



 Atau sejarah baru akan ditulis oleh Zainal dan sekutunya akan membuangkan pengikhtiraf mereka dibunuh penjajah itu sebagai penderhaka atau dalam semangat sehari dua ini komunis?...

Jika benar apa yang dihujahkan Dr Zainal, kita ingin  bertanya bagaimana pula dengan hakikat negara menyambut hari kemerdekaan 31 Ogos setiap tahun?

Kenapa tidak disebut atau Prof Kling ini  mencadangkan kepada kerajaan ditukar menjadi sambutan hari ditidak dilindungi? Seharusnya beliau menerusi sekutunya sudah lama membuat cadangan dan bantahan apa dilakukan kerajaan itu ?...

Selayaknya mulai sekarangkita   gelarkan dia sebagai prof taugeh,kaki goreng atau paling busuk lidah keling paria dia telah mendahului zaman dengan mengeluarkan kenyataan yang sangat menongkah arus dan luar biasa dan tidak masuk akal.

Friday, September 9, 2011

Wang penduduk dicuri toyol VS wang raya rakyat di curi BAPAK TOYOL kerajaan UMNOPORNO melalui kehilangan 6% nilai prepaid....!!!



Lebih 100 keluarga di tiga kampung dekat sini hidup dalam keadaan tertekan dan keresahan berikutan wang simpanan mereka semakin kerap hilang.
Dakwa mereka, kehilangan itu dipercayai angkara perbuatan toyol berdasarkan beberapa kejadian aneh dilalui penduduk sebelum rumah mereka dimasuki dan wang simpanan disedari hilang.



Penduduk berkata, biarpun pelbagai cara diguna untuk menghalang kecurian itu termasuk menggunakan khidmat perubatan tradisional, namun sehingga kini kejadian itu terus berlaku dan ia kini semakin menjadi-jadi hingga merimaskan mereka.

Seorang penduduk, Abdul Aziz Ishak, 64, dari Kampung Contoh berkata, kecurian dipercayai angkara toyol itu mula berlaku awal Ogos lalu apabila wang di rumahnya sering didapati hilang.
“Peliknya, jumlah wang yang hilang itu bukannya banyak hanya sekadar RM50 dalam satu-satu masa, namun kejadian kecurian itu akan berulang menyebabkan jumlahnya kerugian dialami saya sahaja mencecah RM300.

“Sebagai orang lama saya dapat mengagak ia melibatkan toyol kerana makhluk ini hanya mengambil sejumlah RM50 sahaja pada satu masa biarpun pada masa sama terdapat sejumlah wang lain yang disimpan di dalam laci, poket seluar mahupun di bawah bantal,” katanya.

Peniaga kedai makan, Norzuliatun Nordin, 35, turut mengalami kejadian sama beberapa kali sebelum ini selepas menyedari wang simpanannya sering kurang sebanyak RM50 setiap hari.
“Saya percaya ini perbuatan toyol kerana sebelum menyedari wang simpanan hilang, saya sering terdengar rengekan suara kanak-kanak di kawasan rumah yang kemudiannya diikuti dengan perasaan seram dan gementar.

“Setiap kali selepas mengalami suasana begitu saya mendapati wang simpanan menjadi susut sebanyak RM50 dan kejadian terbaru dialami pada Ahad lalu apabila wang kutipan raya anak hilang sebanyak RM50,” katanya.

Menurutnya, selepas tujuh kali mengalami keadaan sama dia berjumpa dengan seorang pengamal perubatan tradisional dan dimaklumkan ia angkara toyol berdasarkan ia merengek seperti kanak-kanak sebelum memasuki rumah mangsanya.



Lima kali wang hilang

BAGI Huszaimi Abu Hassan, dari Flat Teluk Air Tawar berkata, dia lima kali mengalami kehilangan wang sejak mula menyambut puasa lalu.
“Selepas mendengar banyak rakan kehilangan wang, saya mula mengambil berbagai langkah keselamatan termasuk mengikut petua orang lama menghalau gangguan makhluk halus ini seperti menabur kacang hijau di muka pintu dan menyelitkan benda tajam seperti jarum dan paku didinding dan tepi tingkap.
“Namun semua usaha ini tak berkesan apabila mendapati kacang hijau itu berselerak seolah-olah diusik oleh toyol manakala paku dan jarum dicabut dan hilang menyebabkan saya turut mengalami nasib malang kehilangan wang akibat dicuri,” katanya.

Penduduk mengeluh

DALAM pada itu, kunjungan Sinar Harian ke beberapa rumah penduduk tiga kampung berkenaan mendapati kebanyakan mereka mengeluh kerana pelbagai langkah diambil termasuk berpakat menganjurkan majlis bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan surah Kursi namun kecurian itu masih berlaku.
Norma Bakar, 43, yang tiga kali mengalami kecurian berkata, dia dan penduduk lain mula menggunakan satu lagi petua baru iaitu mencucuk wang kertas RM50 dengan jarum bagi menghalang diambil toyol.
“Penduduk juga mengambil satu pendekatan lain iaitu mencucuk buah limau purut dengan paku yang kemudiannya diletakkan berdekatan wang simpanan dalam usaha menghalangnya dari hilang.
“Memang sah ini kerja makhluk halus itu kerana jika kita meletakkan wang kertas lain seperti RM10 dan RM5 ianya tidak terusik tapi jika terdapat wang kertas RM50 ia akan didapati hilang,” katanya.

sinar harian

banyak pengguna prabayar budak sekolah...bukan salah telco...tapi salah menteri banggang yang pandai berkata kata...cukai tu kan pergi ke kantung kerajaan PORNO yang kemaruk duit...!!!


 


Syarikat-syarikat telekomunikasi perlu meningkatkan dahulu taraf perkhidmatan mereka sebelum menaikkan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pembelian tambah nilai prabayar.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  berkata, beliau hairan kerana ketika kerajaan cuba mengurangkan beban rakyat dengan memperkenalkan Kedai Rakyat 1Malaysia dan Menu Rakyat 1Malaysia, tiba-tiba muncul pula pengumuman caj 'mengejut' itu yang akan berkuat kuasa 15 September ini.

"Kita kena fikir bebanan yang ditanggung oleh pengguna prabayar ini kerana yang banyak menggunakannya adalah golongan berpendapatan rendah, termasuk budak sekolah.



 "Saya harap pihak syarikat telekomunikasi dapat naikkan dahulu taraf perkhidmatan mereka kerana banyak aduan yang kita terima berkaitan talian telefon yang selalu terganggu seperti terputus ketika bercakap.
"Saya sebagai menteri yang menerima aduan daripada pengguna, amat berharap mereka (syarikat telekomunikasi) lebih peka terhadap masalah pengguna," kata beliau ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, syarikat-syarikat telekomunikasi mengumumkan cukai perkhidmatan enam peratus akan dikenakan ke atas pembelian tambah nilai prabayar, pek atau kad SIM prabayar berkuatkuasa 15 September ini.
Ini bermakna pelanggan yang membeli kad prabayar bernilai RM10 perlu membayar RM10.60.

utusan laknat

rentakinfo

nak tipu rakyat tu berpada pada la...nampak sangat kelentong menteri banggang...orang kampung sekarang pun pandai berinternet...tak payah la nak kelentong lagi...!!!

7 anak derhaka berhariraya dengan membuang ayah mereka di tepi masjid...





 Pilu hati seorang bapa berusia 71 tahun apabila kerinduan dipendamnya untuk bertemu anak berakhir dengan insiden tidak dijangka apabila dia dihantar ‘orang suruhan’ anaknya itu ke tepi sebuah masjid hanya beberapa jam melepaskan kepenatan di rumah orang kesayangan itu, semalam.
Lebih menyedihkan Wahid Hussin yang tinggal bersendirian di Kuala Penyu dekat sini, sanggup menempuh perjalanan sejauh lebih 60 kilometer (km)menaiki bot dan pengangkutan awam lain sebaik keluar dari Hospital Kuala Penyu, semata-mata mahu meraikan Aidilfitri bersama anak lelaki berusia 40-an, di sebuah kampung di sini.




MALANG...Wahid (tengah) ditemani Alias (kiri) dan Jamil sebelum dihantar ke pusat perlindungan sementara, semalam.
Warga emas yang kematian isteri lebih 12 tahun lalu itu bukan saja ‘dibuang’ berhampiran Masjid Jamek An-Nur, malah wang tunai dimiliki termasuk yang disumbang orang ramai ketika dirawat di hospital turut dikebas anak derhaka terbabit.
Warga emas itu bernasib baik apabila ditemui dalam keadaan lemah oleh pekerja masjid di tepi pokok bunga berhampiran masjid sebelum dibawa ke pekarangan rumah ibadat itu untuk diberi bantuan sebelum diserahkan kepada pengurusan untuk tindakan selanjutnya.
Masih berbaju pesakit hospital, Wahid yang ditemui Harian Metro di pekarangan Masjid Jamek An-Nur di sini, tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan perbuatan anak kandungnya itu. -HM



rentakinfo\

dizaman umno lah segalanya yang tak pernah berlaku kini sudah macam seperti biasa lihatlah kes buang bayi anak dirogol keluarga sendiri ni kes ayah dibuang olih anak semuanya kerana kerajaan negara Islam 1 Malaysia trade mark umnolah yang meminggirkan agama malah agama dijadikan gurau senda maka Allah telah membalas satu demi satu gurau senda umno hingga jika tidak dihancurkan parti itu saksikanlah bukan sahaja melayu umno akan hancur bahkan semua bangsa yang berjenama melayu ini akan dihinakan sehina2nya lebih hina dari pak cik yang terbuang ini olih anak asuhan budaya umno pastikan pru 13 kita buang umno didalam tandas mesjid

maka aku pasti satu hari nanti....UMAT MELAYU  YANG BERUGAMA ISLAM ASALNYA AKAN PUPUS DI TELAN ZAMAN ANGKARA SETAN SETAN UMNOPORNO  YANG PALING DURJANA....!!!....AMIN...!!!

penyokong dan pendokong Yahudi UMNOPORNO memang bacul....depa diam bila di sembelih lagi... 6% Cukai Pek Permulaan & Tambah Nilai Prabayar...!!!



Seramai 26.2 juta pelanggan talian telefon mudah alih prabayar di negara ini bakal dikenakan caj bagi cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus berkuat kuasa 15 September ini.
Jumlah tersebut meliputi tiga syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara iaitu Celcom (Xpax) seramai 9 juta pelanggan, DiGi seramai 7.7 juta orang dan Maxis (Hotlink) 9.5 juta orang.

Menurut siaran akhbar yang dikeluarkan bersama oleh syarikat tersebut semalam, para pelanggan selepas ini dikenakan cukai bagi setiap pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan prabayar baharu.
Kenyataan akhbar syarikat telekomunikasi mengenai caj baharu pembeli kad prabayar.
Dengan penguatkuasaan caj itu, seorang pelanggan yang membeli kad tambah nilai berjumlah RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen adalah cukai perkhidmatan.
“Para pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) bermula tengah hari ini (semalam) mengenai cukai perkhidmatan baharu itu,” kata kenyataan itu. -kosmo





Kad prabayar: Perbit bantah Telco letak caj enam peratus


KUALA LUMPUR, 8 Sept – Persatuan Pemilik-pemilik Telefon Bimbit Malaysia (Perbit) Khamis membantah tindakan syarikat telekomunikasi (Telco) mengenakan caj perkhidmatan enam peratus bagi pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad sim mulai 15 September ini.
Presidennya Mohd Ali Ibrahim menegaskan, tindakan itu tidak masuk akal dan akan memberi kesan kepada pengguna terutama golongan berpendapatan rendah.


“Kalau kita tengok, kebanyakan yang menggunakan prepaid (prabayar) adalah golongan berpendapatan rendah dan pelajar, walaupun enam peratus dilihat kecil tapi ia akan memberi kesan,” katanya dipetik Bernama Online.


Perbit telah menghantar surat bantahan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Mei lepas mengenai perkara itu.
Katanya, dalam surat itu Perbit mencadangkan agar Telco menyerap kos berkenaan atau menyalurkannya kepada pengedar kad tambah nilai sendiri dan bukan kepada pengguna.
“Timbalan Menteri Datuk Joseph Salang pada 29 Mei lalu ada maklumkan kepada kita bahawa cadangan Telco untuk menyalurkan cukai perkhidmatan enam peratus kepada pengguna masih dalam peringkat perbincangan,” katanya.


Mohd Ali juga berkata Perbit sanggup menyerap kos itu jika persatuan tersebut diberi hak pengedar tunggal kad tambah nilai.
Beliau turut berharap kerajaan dapat campur tangan dalam isu tersebut dan menyelesaikannya dengan segera.


Perbit akan mengadakan bantahan aman di hadapan bangunan ibu pejabat SKMM di Cyberjaya jika isu tersebut gagal diselesaikan dalam masa terdekat.
Syarikat telekomunikasi dalam kenyataan bersama hari ini, berkata caj enam peratus ke atas pembelian tambah nilai dan pek permulaan kad SIM mulai 15 September itu dibuat berdasarkan Akta Cukai Perkhidmatan 1975 sama seperti yang dikenakan ke atas pembelian makanan dan minuman di hotel atau restoran. -TMI




rentakinfo

Tatkala negara tengah sibuk-sibuk membicarakan isu Mat Sabu, Mat Indera, Noramfaizul - tiba-tiba kita digegarkan dengan kenaikan harga kad tambah nilai telefon prabayar.

Kenaikan harga tersebut akan mempercepatkan keruntuhan kerajaan BN sendiri kerana rata-ratanya pengguna kad prabayar adalah rakyat miskin dan remaja yang terdiri dari pengundi-pengundi baru. Sepastinya tindakan tersebut memberi impak negatif di dalam pilihanraya yang akan datang ini.
umnoporno tak takut hilang pengundi sebab depa di sokong oleh pendatang tanpa izin...

Thursday, September 8, 2011

Kesatuan Pekerja MAS Akan Berpiket Bantah Pertukaran Saham MAS-Air Asia



Tiga kesatuan pekerja-pekerja Malaysia Airlines (MAS) yang mewakili kira-kira 15,000 pekerja akan berpiket ekoran pertukaran saham syarikat penerbangan kebangsaan itu dengan AirAsia.
Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja MAS (MASEU) Alias Aziz (gambar) berkata mereka berpendapat bahawa janji niaga itu tidak akan memberikan manfaat kepada MAS, dan percaya pengurusan baru syarikat penerbangan itu merancang mewujudkan satu jenama baru dalam syarikat penerbangan sebagai sebahagian daripada langkah menghapuskan kesatuan.
"Kita tidak setuju dengan kerjasama itu atau langkah untuk menubuhkan penerbangan baru di bawah janji niaga itu," kata beliau.
"Apa kita lihat daripada kerjasama itu akan memberikan manfaat kepada AirAsia dan juga ada khabar angin bahawa sebuah syarikat penerbangan baru akan ditubuhkan hasil daripada kerjasama itu.



"Kita sudah ada MASwings Firefly dan MAS. Jadi, apa tujuan mereka mahu tubuhkan syarikat penerbangan baru," katanya pada persidangan akhbar di Pejabat Maseu di Subang Jaya, di sini.
MASEU menyertai Kesatuan Pekerja Penerbangan Sarawak dan Kesatuan Sekerja Pengangkutan Udara Sabah mengancam untuk mengadakan tindakan perindustrian dalam usaha menghalang pertukaran saham itu diteruskan.
Pada 9 Ogos lepas, MAS dan AirAsia mengadakan perjanjian kerjasama untuk menubuhkan satu rangka kerja bagi meneroka kemungkinan mengadakan kerjasama bersama.
Untuk mengukuhkan kerjasama bagi kepentingan dalam MAS dan AirAsia, Khazanah Nasional dan Tune Air -- masing-masing pemegang saham utama MAS dan AirAsia, bersetuju memiliki antara satu sama lain saham yang ada dalam kedua-dua syarikat itu.-- BERNAMA

artis seksi sudah tentu jiwanya kosong....akibatnya ketagih pil secara berlebihan...!!!

 

Penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh yang terkenal dengan imej seksi dilaporkan tidak sedarkan diri akibat terjatuh di rumahnya, dipercayai selepas pengsan kerana mengambil pil secara berlebihan.

Dia dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya.

Berita Harian memetik sumber berkata, Marsha yang menerima rawatan di wad trauma dan kecemasan pusat perubatan itu.

“Marsha dihantar oleh seorang wanita dalam keadaan lemah dan hasil pemeriksaan awal mendapati dia menelan sebanyak 30 biji pil,” katanya.

“Dia kini di bawah pengawasan doktor di wad trauma dan kecemasan serta tidak bersedia menerima sebarang pelawat.”

Bagaimanapun, sumber itu berkata, doktor masih belum dapat mengesahkan jenis pil yang ditelan oleh Marsha, finalis program Akademi Fantasia musim ketiga.

Bekas pengurus Marsha, Syada Fiza, mengesahkan penyanyi itu dimasukkan ke hospital, namun menafikan tindakan Marsha yang dikatakan cuba membunuh diri.

“Marsha memang sering sakit dan ada kala dia tidak dapat menerima undangan persembahan disebabkan faktor kesihatannya itu,” katanya.

Marsha sebelum ini pernah menggemparkan industri hiburan dengan berita perkahwinannya yang diadakan secara tertutup di Kepong, Jun lalu.

Bagaimanapun, berita itu hanyalah gimik untuk pembikinan video klip terbarunya.

Dalam temu bual khas dengan Berita Harian beberapa bulan lalu, Marsha yang bakal genap 26 tahun pada 6 Disember ini menafikan dakwaan bahawa dia ligat menjaja diri menggunakan pengaruhnya, kononnya kini menjadi pelacur kelas atasan secara sambilan.

Penyamun "Mampuss" Kena Sumpah.....padan mukaaa....!!!

 

Dua penjenayah maut dalam kemalangan selepas menyamun dan membunuh,mungkin disumpah oleh mangsa yang mereka zalimi.Penyamun yang bersenjatakan parang bertindak kejam apabila menetak sampai mati seorang kontraktor sebuah syarikat perkapalan manakala isteri kontraktor itu pula dicederakan dalam kejadian rompakan di Jalan Tasek 24, Bandar Seri Alam dekat sini kelmarin.
Tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan kedua-dua penjenayah itu selepas mereka berang apabila gagal masuk ke bilik pasangan itu untuk mencari barangan berharga.

Dalam kejadian pada pukul 7.30 malam itu, mangsa yang terbunuh, S. Vijayaratnam, 47. Vijayaratnam meninggal dunia di Hospital Pakar Regency di sini pada pukul 12.04 pagi akibat mengalami kecederaan teruk di belakang kepala.


Isteri Vijayaratnam, G. Vijayalakshmi, 45, pula cedera di dahi dan belakang badan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama. Wanita itu dilaporkan stabil.

Seolah-olah menerima balasan, seorang penjenayah yang berusia 39 tahun turut ditemui terbunuh apabila kereta Proton Perdana milik Vijayaratnam yang dilarikan penjenayah itu terbabas lalu merempuh sebatang pokok.

Seorang lagi rakan penjenayah itu yang berusia 31 tahun pula cedera parah dalam kemalangan itu. Kedua-dua suspek itu merupakan warga tempatan dan semasa kejadian mereka disyaki berada dalam keadaan mabuk.

Kemalangan itu berlaku kira-kira satu kilometer dari rumah teres dua tingkat milik pasangan itu.

Keluarga Mat Indera kecewa dengan kenyataan MB Johor yang menghina pejuang kemerdekaan tersebut....!!!

takut bini di depan....kata mat indera pengganas

Keluarga Ahmad Indera, individu yang dikaitkan dengan tragedi Bukit Kepong enam dekad lalu, berkata pihaknya kecewa dengan kenyataan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman semalam yang mendakwa dia bukan seorang pejuang kemerdekaan sebaliknya pengganas yang kejam dan zalim.

Bagaimanapun keluarga itu menegaskan, mereka tidak berputus asa dalam pendirian mereka mahukan kerajaan membersihkan nama Mat Indera.

berani buat skandal di belakang bini...dengan anak sadiq segaraga...kata mat indera pejuang kemerdekaan  dalam buku warisan johor

“Saya kecewa dengan apa yang dikatakan (oleh Menteri Besar Johor), tetapi kami tidak akan berundur daripada mendesak kerajaan membersihkan nama abang kami,” kata adik Mat Indera, Baharom Shah, kepada The Malaysian Insider ketika ditemui pada forum bertajuk “Mat Indera — Pejuang atau Pengkhianat Kemerdekaan” di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di sini, malam tadi.
“Itu pandangan beliau. Usaha kami, kami akan terus desak, kami mahu nama Mat Indera dibersihkan,” kata bekas kakitangan Kementerian Pertahanan ini.

Semalam, Ghani memberitahu pemberita di Johor Baru bahawa berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM), sebagai Ketua Rejimen Ke-10 yang kejam dan zalim serta mengancam keselamatan orang awam pada ketika itu.

“Apabila British menguatkuasakan undang-undang darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu, semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya, Angkatan Wanita Sedar, Angkatan Pemuda Insaf dan PKM telah diharamkan

“Oleh itu, ramai anggota gerakan berhaluan kiri memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM atau meneruskan hasrat berjuang atas landasan lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno),” katanya.

Ghani menambah, “bagaimanapun, Mat Indera telah memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British.”

Pendirian Ghani itu diulangi menerusi rencana khas beliau yang disiarkan dalam Berita Harian hari ini.

Pada satu sidang media tengah hari ini semalam di ibu negara, Baharom berkata, keluarganya mahu kerajaan membersihkan nama Mat Indera agar tidak lagi dilabel sebagai pengkhianat negara, sebaliknya orang yang turut memainkan peranan dalam perjuangan kemerdekaan.

Baharom berkata, Mat Indera adalah individu yang komited terhadap agama dan tegas terhadap pendiriannya untuk membebaskan negara daripada penjajahan.

“Maka, saya yakin beliau seorang pejuang kemerdekaan yang sebenar.

“Saya mohon pihak kerajaan dapat membersihkan Mat Indera daripada dilabel sebagai pengkhianat negara. Sejarah kemerdekaan negara perlu dikaji semula,” katanya yang turut berpegang pada kandungan buku “Pengukir Nama Johor”, yang prakatanya disampaikan oleh Ghani sendiri.

Justeru kata beliau, “saya bagi pihak keluarga mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin membersihkan maruah dan nama baik keluarga saya.”

Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat yang menggerakkan usaha membantu keluarga Mat Indera pula berkata, Ghani tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan buku tersebut sendiri dikeluarkan oleh kerajaan negeri.

“Pada pandangan kami, beliau tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sendiri, sebaliknya terima kandungan buku itu dan mengadakan satu debat mengenai hasil penemuaan, bukan terus kata Mat Indera sebagai komunis,” katanya sambil menambah, pihaknya akan mengambil tindakan susulan untuk membetulkan fakta sejarah membabitkan Mat Indera.

Buku itu diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor.

Tuesday, September 6, 2011

Dokumen risikan dedah kerjasama CIA-Libya



Antara dokumen ditemui di pejabat bekas ketua risikan Libya dan menteri luar, Moussa Koussa di Tripoli.

Dokumen-dokumen yang ditemui di Tripoli mendedahkan hubungan rapat antara CIA dan perkhidmatan risikan Libya - menunjukkan Amerika Syarikat (AS) telah menghantar suspek-suspek pengganas ke Tripoli untuk disoal siasat meskipun negara itu mempunyai rekod buruk hak asas manusia.

Akhabr New York Times melaporkan, fail-fail yang digunakan antara 2002 dan 2007 — tempoh ketika Moussa Koussa mengetuai Badan Keselamatan Dalaman Libya.

Moussa merupakan menteri luar sehingga baru-baru ini dan telah melarikan diri ke Britain pada 30 Mac ketika kebangkitan rakyat menentang Muammar Gaddafi.

Ia juga mendedahkan bahawa dokumen-dokumen itu termasuk fail dalam bahasa Inggeris berkaitan CIA dan agensi risikan Britain MI-6 ditemui Jumaat lalu di pejabat bekas ketua risikan Libya oleh wartawan dan pertubuhan Human Rights Watch.

Akhbar itu berkata mustahil untuk menentukan kesahihan dokumen-dokumen itu tetapi kandungannya kelihatan konsisten dengan dakwaan yang diketahui umum mengenai langkah AS memindahkan suspek pengganas ke luar negara bagi tujuan soal siasat, yang wujud sejak pentadbiran bekas Presiden George W. Bush.

Malah juga diketahui, khidmat risikan Barat mula bekerjasama dengan Libya selepas Muammar menggugurkan program mengeluarkan senjata bukan konvensional pada 2004.

Bagaimanapun fail-fail itu menunjukkan kerjasama dengan CIA dan MI-6 lebih mendalam daripada dijangkakan, demikian menurut laporan itu.

Satu dokumen menunjukkan ucapan disediakan oleh AS, di mana Muammar mengecam penggunaan senjata bukan konvensional manakala satu lagi fail menunjukkan MI-6 bersedia untuk mengesan nombor-nombor telefon bagi Libya. — Reuters

Noramfaizul wira PORNO, jangan lupa jasa bekas perajurit...!!!

Tahniah kepada kerajaan  UMNOPRNO atas pengiktirafan yang diberikan kepada Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor.

Namun , pada masa yang sama mengingatkan kerajaan agar memberikan layanan setimpal kepada waris-waris dan balu-balu bekas perajurit dan pejuang negara yang berjasa yang masih hidup atau yang telah terkorban dalam mempertahankan tanah air daripada ancaman luar.

Tahniah kepada kerajaan kerana mengangkat jurugambar BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor yang terkorban dalam menjalankan tugas di Mogadishu sebagai wira negara  versi UMNOPORNO

Ramai antara anggota-anggota perajurit dan pejuang negara yang cedera dan terbunuh sehingga kini masih tidak menerima anugerah yang sewajarnya, jika hendak dibandingkan dengan apa yang diterima arwah wartawan BernamaTV.

Kita mengalu-alukan segala bentuk sumbangan bagi mengenang jasa perajurit dan pejuang negara yang terkorban dalam mempertahankan negara.

Namun ia perlu diselaraskan agar tiada pihak yang terabai atau tercicir daripada senarai...

Kita  juga mencadangkan agar kerajaan memastikan badan kebajikan para perajurit seperti Lembaga Tabung Amanah Tentera (LTAT) dapat berkembang dengan baik kerana ia boleh membawa nikmat kepada para pejuang dan perajurit negara dari segi kebaikan dan keuntungan.

Semalam, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mencadangkan agar keluaraga anggota polis yang berkhidmat dengan British semasa tragedi Bukit Kepong menuntut pampasan dari kerajaan British yang menggaji mereka ketika itu.

Monday, September 5, 2011

Umno cari publisiti murah...kunun nak jadi hero akhirnya zero...padan mukaaaa....!!!

 

Ia adalah tragis, disamping beratus-ratus nyawa yang hilang semasa Raya di jalan raya Malaysia kerana ‘amukan’ balik kampung , Faizul pula menemui ajalnya dalam wilayah perang yang melanda Mogadishu, Somalia.

Adakah ini hanya satu kemalangan? Bolehkah ia dielakkan? Adakah UMNO yang terburu-buru ke Somalia benar-benar mahu membantu Somalia? Atau adakah parti ini telah hilang kewarasan dan tergesa-gesa tanpa berhati-hati ke Somalia pada malam Raya untuk satu aksi publisiti yang ngeri.

Jika ia adalah untuk satu aksi ngeri publisiti, maka kematian Faizul adalah sia-sia dan ini bukan kali pertama kakitangan kita, kedua-dua perubatan dan bukan perubatan menghadapi risiko bukan sahaja nyawa mereka, tetapi yang lebih penting orang di sekeliling mereka yang mungkin tidak sedar kepada bahaya seperti misi ini.

Apa kena mengenanya orang Somalia dengan 1Malaysia? Kalau dikatakan bodoh,
marah pula! Tetapi inilah antara contoh kebodohan penganjur misi ini

Pada tahun 2003, Mercy Malaysia, bertindak sama dengan meletakkan kakitangan perubatan yang berada di dalam bahaya.Dua Doktor , Dr Jamilah dan Baba bernasib baik untuk hidup walaupun kedua-duanya ditembak di Baghdad.

Tidak bernasib baik pemandu mereka orang Syria dan kakitangan perubatan Iraq yang mengiringi mereka. Kedua-duanya kehilangan nyawa dalam tembak menembak. Rakyat Malaysia mungkin bertujuan baik, tetapi menyampaikan bantuan di kawasan yang bergolak dengan perang dan bencana membawa risiko yang besar dan memerlukan latihan khusus.

Ia bukanya seperti satu aktiviti luar budak pengakap. Selain daripada aspek keselamatan, soalan-soalan telah timbul tentang bagaimana perjalanan ini adalah dibiayai dan yang siapa sebenarnya yang mengaudit usaha yang sukar ini?

Apabila tsunami 2004 melanda Acheh, rakyat Malaysia adalah salah satu daripada yang pertama tiba di Acheh. Tetapi mereka begitu buruk dilengkapi untuk menjalankan tugasan . Berbeza langsung, Singapura dan Australia telah menghantar tentera dan pakaian tentera laut mereka untuk menghadiri pengagihan bantuan.

Bantuan kemanusiaan yang dijalankan oleh pasukan terlatih cenderung untuk menjadi lebih teratur, terancang, rawatan segera dan memberi tumpuan kepada membantu.

Rakyat Malaysia keluar untuk membantu Sendai, Jepun berikutan tsunami tahun ini , telah tidak dibenarkan walaupun untuk meninggalkan Subang untuk ke Jepun oleh pihak berkuasa Jepun, mereka secara sopan enggan menerima bantuan tersebut kerana mengetahui benar dan mereka tidak dapat menjamin keselamatan orang-orang mereka sendiri apatah lagi sukarelawan asing yang tidak terlatih dalam mengendalikan kebocoran nuklear .

Dari imej yang dipertontonkan di TV tempatan, pasukan Umno Putra nampak sebagai kakitangan yang tidak terlatih melakukan rondaan mereka di kawasan yang tidak mesra dan kadang-kadang agresif.

Bagaimana akan memberi suntikan taun / vaksin secara adhoc dan mengendalikan klinik pesakit luar tanpa persediaan di kem-kem pelarian membantu orang awam di sana dalam jangka panjang?

Dan mengapa anda mahu melakukan suatu tugas yang anda tidak dilatih untuk mengendalikan terutamanya di persekitaran anda tidak begitu ketahui dan tidak begitu mesra.

Kita dalam keadaan aman pula dan ini akan mempunyai misi yang baik untuk mereka sentiasa dalam keadaan bersiap sedia.

Tiada bahaya yang pasti kapal selam kita tenggelam kerana mereka tidak boleh menyelam, atau jet tentera udara kita tanpa enjin terhempas dan sudah tentu tidak ada komunis untuk diawasi atau yang sedang menunggu untuk mewujudkan satu lagi keadaan Bukit Kepong.

Jika kita mengkaji secara ringkas di laman web hospital tentera menunjukkan bahawa hampir kesemua hospital-hospital mereka tidak ada pesakit. Apa yang doktor tentera dan medik kita buat dengan begitu banyak masa lapang?

Bukankah sepatutnya mereka yang pergi dan bukannya kelab Umno. Kecuali, tentunya, bantuan yang Umno pergi untuk sampaikan adalah ‘satu pertunjukan’, menu utama ialah publisiti untuk parti atau pemimpin berdasarkan laporan harian dalam imej MSM dan TV pada masa perdana.

Adakah ini kempen pilihan raya GE13 menggunakan kesengsaraan Somalia dan wartawan kita diperalatkan untuk mencuci otak orang-orang kampung di Jengka dan Baling?

Umno kini perlu bersedia untuk menjawab beberapa soalan yang sukar. Misi tiba di Somalia pada 30 Ogos di salah satu daripada destinasi paling berbahaya di dunia dan negara yang merupakan rumah kepada lanun yang boleh memberi malu ke atas angkatan laut paling besar di Lautan Hindi, termasuk Tentera Laut Amerika Syarikat.

Rupa-rupanya ia telah ditetapkan masa untuk menyediakan bantuan Hari Raya dan mengikut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh ketuanya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan juga untuk bersolat Hari Raya di sana!

Jika Kementerian Kesihatan yang terlibat dan telah menghantar beberapa anggota mereka, Liow Tiong Lai lebih baik bersiap sedia dengan beberapa jawapan!. Dengan keadaan rakyat Malaysia sendiri seolah perlu berperang untuk mendapatkan rawatan literal di kebanyakan hospital kerajaan, amat menarik untuk mendengar alasan Liow, seperti di Tung Shin.

Bantuan sepatutnya untuk diagihkan kepada lima kawasan, dengan Mogadishu menjadi persinggahan pertama. Lain-lain termasuk Badbadur, kira-kira 25km dari Mogadishu, di mana kira-kira 250,000 orang mengambil perlindungan, Al Shabeb di Merka di mana 300,000 orang terjejas oleh kebuluran dan di kem Balet Veni yang menempatkan 100,000 orang.Kedua-dua kawasan ini terletak 100km dari Mogadishu.Malah ketua Operasi Lt-Kol Zahani Zainal Abdin telah memberi amaran bahawa adalah sangat berisiko untuk terbang ke Mogadishu pada waktu malam.

Secara keseluruhan, terdapat sejumlah 55 sukarelawan dan ahli-ahli media yang membentuk sebahagian daripada misi meliputi kawasan dalam lingkungan hampir 200 km di negara di mana tanpa undang-undang kecuali untuk satu kuasa 9000 yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) --satunya undang-undang dalam negara 10 juta.

Jangan buat kesilapan, di negara ini walaupun berumur baru berumur 12 tahun , mereka membawa AK-47. Ahli-ahli kelab Umno tidak ada sebab berada di negara ini dan dalam mengejar publisiti murahan yang membahayakan nyawa orang awam lain , dan nyawa kedua-dua rakyat, Malaysia dan Somalian

Mana-mana misi yang membawa orang awam dan wartawan adalah kecacatan kepada mana-mana anggota tentera kerana ianya mendedahkan bahaya walaupun komando tentera paling terlatih menjadi umpama seekor itik duduk.

Al-Fatihah kepada keluarga Noramfaizul Mohd Nor. Mari kita berharap Bernama dan Utusan tidak memutar belitkan kematiannya yang tidak sepatutnya

Sunday, September 4, 2011

padah asyik dengan POLITIK PORNO sampai jahil dalam agama...Laungan takbir raya 3 Syawal di rumah Ketua Umno....ayah pin dok ajar kot...!!!..muakakakaka...!!!!

Umat Islam di negara ini sedia maklum laungan takbir Hari Raya Aidilfitri hanya sunat dikumandangkan sebelum solat sunat Aidilfitri diadakan.

Berlainan dengan dengan Hari Raya Aidiladha di mana takbir raya boleh dialunkan sehingga tiga hari iaitu hari-hari tasyrid.

Namun lain pula yang berlaku di rumah terbuka Ketua Umno Jeli, Datuk Mustapa Mohamad pada 3 Syawal lalu apabila laungan takbir dikumandangkan pada hari raya ketiga.

Seorang penduduk mendakwa pemimpin Umno terbabit bersama anggota jawatankuasanya bertakbir beramai-ramai pada program hari terbuka yang diadakan di Darul Falah.

“Saya pun hairan mengapa pula bertakbir raya pada 3 Syawal, sedangkan setahu saya takbir Hari Raya Aidilfitri hanya disunatkan sebelum solat sunat Aidilfitri.

“Namun lain pula yang berlaku di kediaman Datuk Mustapa apabila mereka bertakbir Hari Raya pada 3 Syawal. Sekali ingat hendak gelak juga,” katanya yang enggan dikenali.

Seorang lagi pula mendakwa orang ramai yang hadir tidak mengikut pemimpin Umno bertakbir, sebaliknya asyik melihat sahaja gelagat mereka.

Seorang guru agama dari Pondok Sungai Durian berkata, umat Islam hanya disunatkan bertakbir Hari Raya Aidilfitri sebelum solat hari raya dan selepas itu tidak lagi disunatkan.

“Hendak bertakbir pada waktu lain tidak menjadi kesalahan tetapi masanya sudah habis kerana takbir pada Hari Raya Aidilfitri disunatkan sebelum solat sunat Aidilfitri.

“Kalau hendak buat juga tidak ada lagi pahala sunat seperti diajar agama Islam. Amalan bertakbir itu berlaku di luar waktu ditetapkan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Timbalan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, nampak sangat pemimpin Umno tidak mengambil berat solat agama apabila melakukan perkara mengikut akal semata-mata.

Katanya, budak sekolah rendah pun tahu disunatkan bertakbir pada Hari Raya Puasa sebelum solat sunat Aidilfitri.

“Mungkin juga mereka bertukar dengan bertakbir Hari Raya Haji yang disunatkan sehingga tiga hari,” ujarnya.

Sebelum ini bekas Ketua Umno Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali dikatakan pernah mengajak orang ramai menunaikan solat hajat selepas solat Asar.

Harakahdaily

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here