cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, March 26, 2011

perogol anak bawah umur terlibat dengan kaki suntut wanita monggolia untuk pekenakan DSAI...!!!



Pembabitan Tan Sri Rahim Thamby Chik, pegawai khasnya Kamalulail Sulaiman serta ahli perniagaan Datuk Eskay Shazril Abdullah dalam fitnah video lucah adalah bukti nyata Perdana Menteri Najib Razak turut terlibat dalam konspirasi memaksa Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur dari politik.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution berkata Rahim dan Kamalulail bertanggungjawab terhadap tempahan bilik untuk tontonan video lucah itu bagi wartawan di Hotel Sri Carcosa pada Isnin lalu.

"Rahim Thamby Chik adalah Pengerusi Risda. Tempahan yang dibuat di Carcosa Sri Negara untuk tontonan para wartawan dibuat oleh Timbalan Pengerusi UMNO Bukit Gantang, Datuk Kamalulail yang juga pegawai khas kepada Tan Sri Rahim. Bayaran (bilik) dibuat menggunakan kad kredit beliau," kata Saifuddin.

Saifuddin menyifatkan Eskay yang sebelum ini dikenali sebagai Datuk T, seorang ahli perniagaan yang mengaut projek berjuta-juta ringgit daripada kepimpinan UMNO.

"Datuk Eskay yang ditemui Datuk Johari mempunyai ladang buah naga terbesar di kedah dan perniagaan chalet di Langkawi," kata Saifuddin.

"Watak ini kita kenal dalam minggu lepas terbabit dalam kes saman dengan Datuk Yahya Jalil dan Gerbang Perdana dalam isu Jambatan Bengkok. kerana beliau (Eskay) membuat perjanjian dan mendakwa Datuk Yahya memungkiri janji membawa masuk sebagai rakan kongsi dalam perniagaan sebaliknya membawa Sultan Johor," kata beliau.

Saifuddin berkata ketiga-tiga watak itu mempunyai kepentingan dalam Umno dan cuba mengejar pengaruh politik serta memenangi keyakinan Najib.

"Kes ini membuktikan pembabitan PM, UMNO dan orang yang mempunyai masalah dalam perniagaan kemudian kesemuanya mereka memangsakan DSAI dan serentak itu untuk membawa motif menghancurkan KEADILAN dengan menawarkan bukan saja video tapi ganjaran," kata Saifuddin.

"Kita tahu watak-watak ini mempunyai masalah. Tan Sri Rahim Thamby Chik, apapun alasannya. mungkin mahu melakukan 'comeback' dalam politik kerana dendamnya dengan DSAI akibat terbuang dari UMNO.

Saifuddin menegaskan Najib tidak lagi boleh menafikan peranan beliau dalam pusingan terbaru ini untuk menfitnah Anwar.

"Pembabitan UMNO terlalu jelas dengan janji Rahim untuk bawa Datuk Johari berjumpa Perdana Menteri. Perdana Menteri tak mampu lagi berselindung dengan membuat penafian,' kata Saifuddin.

Friday, March 25, 2011

Polis kena Bertegas Dengan Ahli Politik terutamanya dari parti yang memerintah...!!!



Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (Special Branch), Datuk Seri Yuen Yuet Leng menggesa pihak berkuasa supaya bertegas dengan semua ahli politik tanpa perlu bersikap diskriminasi.

Menurut Yuen, polis tidak boleh dikawal oleh mana-mana parti politik kerana amanah yang dipertanggungjawabkan kepada pihak berkuasa itu meliputi segenap lapisan masyarakat, maka ia perlu dilaksanakan dengan adil dan telus.

"Kita tidak boleh dikawal oleh parti politik tetapi mesti menyokong parti politik yang memerintah selagi mereka bertindak dalam ruang lingkup Perlembagaan Persekutuan," kata Yuen.

Yuen berkata, secara teknikalnya, polis boleh menolak untuk bertindak atas kehendak parti politik yang memerintah.

"Kita boleh menangkap Perdana Menteri, tetapi ini memerlukan keberanian yang luar biasa untuk melakukannya," kata Yuen kepada akhbar The Sun selepas majlis pelancaran rancangan mini siri yang menceritakan kisah hidup beliau dalam "Suatu Ketika...Darah Di Bumi".

Yuen merupakan bekas Ketua Polis Perak dan Pesuruhjaya Polis Sarawak yang menyertai pasukan polis walaupun tidak mempunyai lagi sijil kewarganegaraan ketika itu.

Dalam laporan itu juga, Yuen mengaku bahawa imej polis kini jatuh ke paras paling bawah sejak beberapa tahun lalu berikutan pelbagai persepsi negatif yang terpalit pada pihak berkuasa itu.

tvs


rakyat di ajak tolak pemimpin politik suka selak kain orang lain



Rakyat perlu menolak semua pemimpin politik yang “suka menyelak kain” orang lain dengan sanggup “menghalalkan apa sahaja” demi kepentingan politik mereka.

Marilah kita bermufaraqah atau meninggalkan segala pelakon atau watak yang selekeh dan rela menghalalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka.Mereka mesti diusir dari pemainan bodoh ini. Kita tentang semua pelakon politik yang suka menyelak kain orang,..

kerajaan  pusat yang memerintah telah dijadikan rakyat  “penonton bodoh” yang seakan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakonkan. Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan daripada golongan yang jijik dan kotor.

Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini..

Negara dikejutkan dengan pendedahan rakaman video seks, yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan Pakan Rakyat, di hotel Carcosa Seri Negara Isnin lalu oleh lelaki yang mengelar dirinya “Datuk T”.

Dua hari kemudian misteri di sebalik “Datuk T” yang mengemparkan negara dengan pendedahan sebuah klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks itu terjawab apabila Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang ahli perniagaan mengaku bahawa beliaulah yang menunjukkan video itu kepada media terpilih Isnin lalu.

Pendedahan itu dibuat pada satu sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Shazryl juga mendedahkan bahawa “Datuk T” sebenarnya bermakna “trio” iaitu beliau sendiri, Rahim dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim, yang tidak hadir pada persidangan akhbar Rabu lalu.

Shazryl dan Rahim mengulangi pendirian “Datuk T” bahawa mereka mahu sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menentukan kesahihan video tersebut untuk membuktikan pelaku seks dalam rakaman itu adalah seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinamakan sebagai lelaki dalam rakaman video seks menafikan penglibatannya, sebaliknya mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein ada kaitan dengan pendedahan tersebut.Bagaimanapun Najib yang juga Presiden Umno menafikan dakwaan itu malam tadi.

Jadi  sebagai Muslim yang sejati  hendaklah mengelakkan diri dari terlibat dalam kes-kes seperti ini dan isu semasa menjadi pengajaran kepada semua parti politik. Manusia-manusia yang rendah nilai dan maruah sanggup untuk terbabit dalam hal seperti ini sejak lama dahulu. Mereka ini adalah kebanyakkan berada  dalam Umno..sedangkan Allah berfirman “wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain.”

Dalam budaya manusia tiada nilai agama dan tamadun berakhlak, isu keaiban peribadi dijadikan mainan golongan yang selekeh. Oleh itu , maka muncullah kisah seks dan skandal peribadi tokoh politik itu dan ini sebagai senjata beracun membunuh musuh politik masing-masing.

Dalam Islam, perbuatan mendedahkan keaiban peribadi sebagai senjata politik adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah dan rasul-Nya. Ia haram. Hanya mereka yang jahil nas-nas agama sahaja yang menyangka itu adalah suruhan syarak. Malangnya praktik ini telah diamalkan oleh ramai tokoh dan penceramah politik sejak dahulu lagi di negara kita ini..

Mengenai desakan diadakan suruhanjaya, kita berpendapat bahawa tiada keperluan menubuhkan suruhanjaya khas bagi kes-kes maksiat peribadi kerana pendekatan sedemikian hanya akan membazirkan harta rakyat.


TMI

Siapa Yang Seiras pastinya dialah memegang watak DSAI dalam video lucah 3 stoges...muakakakaka...!!!



Bagi umat Islam, mereka percaya, setiap individu di muka bumi ini turut memiliki enam lagi individu lain yang memiliki wajah seiras sekaligus menjadikan tujuh orang yang memiliki wajah seiras.

Bagi yang dilahirkan kembar seiras pula, masih terdapat lima individu lain yang seiras dengannya dan begitulah seterusnya bagi yang dilahirkan sebagai kembar tiga, empat atau seterusnya.

Logiknya, berbanding individu yang tidak popular, wajah mirip individu popolar lebih mudah untuk ditemui dan dicamkan.

Alasan logiknya ialah gambar individu-individu terkenal ini kita boleh lihat secara kerap dan di merata-rata tempat.

Ianya bukan suatu yang mustahil malahan boleh dianggap bukan terlalu rumit untuk menemui insan lain yang memiliki wajah seiras anda lebih-lebih lagi jika usaha yang dijalankan itu dibuat secara intensif dengan melibatkan sebuah pasukan mencari yang cekap dan diselaraskan dengan baik di seluruh negara.


ketika regim Saddam Hussein hampir tumbang di tangan tentera bersekutu beberapa tahun lalu, diberitakan pihak perisikan rahsia Saddam memiliki beberapa klon bekas presiden itu yang bertujuan untuk mengelirukan pihak musuh di saat-saat kecemasan.



Juga diberitakan ‘klon-klon’ tersebut telah dilatih dalam masa yang amat panjang dari semua aspek termasuk gaya percakapan, berjalan, duduk dan sebagainya untuk menjadi ‘Saddam Hussein’ dalam waktu memerlukan.

Menerusi perbualan dengan seorang rakan tidak berapa lama dahulu pula, katanya setiap presiden Amerika Syarikat turut mempunyai klon yang dilatih oleh Perkhidmatan

Rahsia mereka yang dijaga dengan baik untuk digunakan saat-saat kecemasan besar.

Bagaimanapun tidaklah dapat saya pastikan sejauh mana kebenaran kedua-dua cerita ini samada hanya rekaan semata-mata ataupun memang benar-benar berlaku.

Terutama sekali cerita yang disampaikan oleh rakan saya tadi yang saya amat pasti bukan sahaja tidak pernah berkhidmat di White House, malahan sepanjang pengetahuan saya, beliau belum pernah menjejakkan kakinya ke AS sekalipun.

Terjumpa ‘selebriti terkenal’

Anda sendiri tentu pernah mengalami pengalaman terjumpa seseorang yang pada awalnya bermati-matian disangkakan seorang selebriti terkenal samada artis mahupun ‘public figure’ dalam lapangan lain.

Isteri saya sendiri pernah mengalami peristiwa yang melucukan sekitar hujung 90an ketika beliau masih di zaman bujangnya.

Peristiwa lucu tersebut berlaku ketika beliau dan beberapa rakan-rakan sekerjanya sedang asyik menjamu selera di Pertama Kompleks, Kuala Lumpur.

Tanpa disedari beliau, ketika itu beliau sedang menjadi tumpuan beberapa gadis yang juga sedang menjamu selera di tempat yang sama.

Apabila isteri saya menyedari beberapa mata sedang memerhatikannya, keadaan tersebut menyebabkan rasa kurang selesa dihatinya dek bimbangkan kalau ada sesuatu yang tidak kena yang mungkin boleh menyebabkan keadaan memalukan dirinya.

Bagaimanapun untuk menteteramkan dirinya, isteri saya sempat juga melemparkan senyuman kepada gadis-gadis yang tidak dikenalinya itu yang jaraknya hanya selang satu meja sahaja dari meja beliau dan rakan-rakannya.

Selesai sahaja gadis-gadis tersebut menghabiskan hidangan tengahari mereka, dengan tidak semena-mena mereka menghampiri meja isteri saya dan perasaan isteri saya sedikit cemas ketika itu.

Tiba-tiba salah seorang gadis tersebut menyapa isteriku dengan berkata, “Akak ni Kak Maya kan?,” sambil tersenyum simpul.

Rupa-rupanya gadis-gadis selang semeja itu menyangkakan isteri saya adalah penyanyi dan pelakon terkenal yang bernama Maya.

Apabila isteri saya menjelaskan bahawa dia bukanlah Maya si artis tersebut, muka mereka bertukar menjadi merah padam akibat perasaan malu dan dengan rasa bersalah mereka meminta maaf kepada isteri saya.

Kini sekarang isteri saya yang telah melahirkan empat cahaya mata kami dan umur yang juga telah meningkat persamaan tersebut tidaklah ketara lagi, namun tetap menawan, baik di mata mahupun di hati saya dan itu sudah memadai buat saya.

“Emak, Hamid Gurkha datang, mak!”

Pengalaman bapa mertua saya yang bertugas sebagai pembaca jangka elektrik seperti yang diceritakan kepada isteri saya yang ketika itu masih di alam remaja juga menarik untuk saya kongsi bersama.

Ketika sesampai sahaja beliau di sebuah rumah untuk mengambil bacaan jangka elektrik di kediaman terbabit, secara tiba-tiba anak tuan rumah yang mungkin sedang bersekolah rendah dengan tiba-tiba melauang kepada ibunya yang berada di dalam rumah.

“Emak…! Hamid Gurkha datang, mak…!!!,” laung kanak-kanak tersebut dengan perasaan sedikit teruja apabila melihatkan ‘pelawak terkenal Hamid Gurkha’ berada di halaman rumahnya dan bapa mertua saya pula tidak mampu berkata apa-apa melainkan hanya mampu tersenyum.

Jumpa ‘Anwar’ pekena teh tarik di warung

Tidak kurang menarik, pengalaman saya sendiri yang kalau tidak silap saya ketika itu kes liwat 1 sedang meletup di dada-dada akhbar bahkan kejadian tersebut turut melibatkan wajah yang seiras dengan individu yang terlibat dalam kes liwat 1, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sedang saya leka menghirup teh tarik di sebuah warung sekitar Jalan Ipoh pada suatu petang, mata saya lekas tertumpu pada susuk seorang lelaki yang wajahnya memang saling tidak tumpah dengan Anwar Ibrahim.

Malah saya berani katakan, wajah lelaki tersebut mempunyai 80-90 peratus iras wajah Anwar ketika itu tetapi saya tidaklah bertindak menyapa lelaki itu kerana agak pasti bahawa lelaki itu bukanlah Anwar.

Antara sebab utama yang menyebabkan saya yakin lelaki itu bukanlah Anwar, isu liwat pada masa itu cukup panas dan Anwar sendiri juga pada bila-bila masa akan ditahan polis sekaligus tidak memungkinkan untuk beliau ‘berkeliaran’ dan minum seorang diri di warung tersebut.

Lebih-lebih lagi ketika lelaki itu mahu beredar, saya melihat lelaki itu menyarungkan topi keledarnya dan memandu motorsikal kapcai sekaligus mengesahkan lelaki itu bukanlah Anwar.

Pada masa yang sama juga ketika itu diberitakan Anwar sedang menjelajah ke beberapa tempat dalam negara untuk membersihkan namanya yang dakwanya telah dicemari fitnah liwat.

Selain lelaki yang aku temui di warung tersebut, indentiti terkenal lain yang dilihat mempunyai iras Anwar ialah ahli perniagaan, Datuk Eskay dan juga bekas Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Datuk Suhaimi Ibrahim.

Persamaan Suhaimi dengan wajah Anwar lebih ketara ketika Anwar dalam lingkungan umur 40-50an dan Eskay pula mempunyai perbezaan di rambutnya apabila memiliki ‘jambul ala Superman’ dan potongan rambut yang lebih panjang berbanding Anwar.

Bagaimanapun, wajah kedua-dua mereka tidak mampu menandingi persamaan yang dimiliki lelaki yang saya temui di gerai yang saya ceritakan tadi.

Selain itu, walaupun tidak mempunyai wajah tidak berapa seiras Anwar, beberapa individu terkenal lain turut mempunyai gaya pidato yang hampir menyerupai Anwar.

Individu seperti ini bolehlah diangap sebagai pengkagum Anwar hingga terbawa-bawa gaya pembawaan Anwar secara tidak disedari atau sebaliknya.

Antara beberapa individu terkenal yang memiliki gaya pidato mirip seperti Anwar ialah bekas Ketua Pemuda Keadilan, Ezam Mohd Noor dan orang kuat PKR, Mustafa Kamil Ayub.

Lumrah bagi insan seperti Anwar yang sering dijadikan ikon oleh pengkagum-pengkagum beliau dan cuba mempraktikkan beberapa gaya yang boleh dianggap sinonim dengan individu yang dikaguminya itu.

Anda bagaimana? Tentunya anda juga pernah mengalami sekurang-kurangnya salah satu dari situasi di atas tadi atau mungkin anda pernah menerima komen dari rakan-rakan yang mengatakan wajah anda seiras dengan seseorang selebriti terkenal.

Atau, bagi kategori ‘mainan perasaan sendiri’, mungkin secara diam-diam anda sendiri yang mengaku wajah anda seiras Hans Issac, Anuar Zain ataupun Tom Cruise?

Jika anda seorang wanita pula, mungkin ada pernah terlintas di fikiran bahawa wajah anda mirip kepada Nasha Aziz, Lisa Surihani mahupun Ziana Zain tetapi awas jangan kongsikan apa yang anda fikirkan ini dengan rakan-rakan sepejabat anda



fmt

najib di desak pecat anak tamby chick




Datuk Seri Najib Razak di gesa agar memecat Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik daripada jawatan Pengerusi Risda kerana terlibat dalam pendedahan rakaman video seks, kononnya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Abdul Rahim merupakan salah seorang dari tiga individu yang menggelarkan diri sebagai “Datuk T” yang telah menayangkan video seks itu kepada media pada Isnin lalu di Carcosa Seri Negara.

Selain media, rakaman video seks itu turut ditayangkan kepada anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR dan Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul pada hari sama.

Datuk T terdiri daripada tiga individu iaitu Abdul Rahim, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Ketiga-tiga mereka aktif dalam politik dan perniagaan pada 1980-an dan 1990-an.

Selain itu, Datuk T juga mendesak Anwar dan isterinya yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan dan tidak lagi terlibat dalam politik.

kita mengutuk sekeras-kerasnya permainan ‘politik longkang’ terbaru Barisan Nasional (BN) yang berupa klip video seks yang muncul awal minggu ini.

Ia adalah usaha yang terang lagi jelas didalangi sekumpulan manusia yang menggunakan nama ‘Datuk T’ iaitu Abdul Rahim Tamby Chik, Shazryl Eskay Abdullah, dan Shuib Lazim.

Maka dengan ini kita mengesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memecat Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik sebagai Pengerusi Risda dengan serta-merta...

Rakaman video seks itu yang turut dinafikan Anwar dan beberapa pemimpin PKR adalah satu usaha jahat untuk menabur fitnah terhadap Ketua Umum PKR itu.

Usaha jahat kumpulan ini yang berkonspirasi dan bersubahat untuk menabur fitnah dan mengaibkan pimpinan kanan PKR merupakan satu lagi contoh betapa takutnya pihak tersebut akan kekuatan dan semangat PKR dan Pakatan Rakyat, menjelang pilihan raya negeri Sarawak.

Kita juga turut mempersoalkan tindakan Abdul Rahim yang mendesak Anwar dan Dr Wan Azizah meletakkan jawatan.

Persoalannya siapakah Abdul Rahim Tamby Chik untuk menyuruh sesiapa meletak jawatan, lebih-lebih lagi Ketua Umum PKR dan Presiden PKR? Malah, yang jelas lagi terang, orang yang sepatutnya meletakkan jawatan ialah Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik sendiri sebagai Pengerusi Risda.

Beliau telah mencemar, menjatuhkan air muka, dan merosakkan imej sebuah organisasi yang berusia hampir empat dekad ini. Malah, beliau sebenarnya telah mencemar dan memalukan agama, bangsa dan negara..

Ekoran tuduhan itu, Anwar telah membuat laporan polis berhubung rakaman video aksi seks itu dan menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video tersebut.

Kita juga meminta pihak polis agar meneruskan siasatan secara menyeluruh terhadap kumpulan itu yang secara jelas menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan di atas kesalahan mengedar bahan lucah.

Anwar juga mendakwa Najib dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein terlibat dalam kes ini yang Pakatan Rakyat menganggap sebagai satu konspirasi baru menjelang pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya umum ke-13 yang dipercayai diadakan dalam waktu terdekat.

Semalam, Abdul Rahim telah menyerahkan video aksi seks berkenaan, yang sebelum ini didakwa dirakamkan pada 21 Februari lalu, kepada polis setelah disoal siasat selama lima jam di ibu pejabat polis di Bukit Aman di sini.

‘Bekas’ ahli konspirator video seks dedah tembelang Eskay



Seorang kenalan rapat Datuk Shazril Eskay Abdullah yang turut dipelawa sebagai sebahagian pasukan konspirator penayangan video seks di Hotel Carcosa Isnin lalu, hari ini mendedahkan bahawa Eskay memang berniat untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui cara kotor.

Ia didedahkan Mohamad Mahti Abd Rahim, bekas pengawal peribadi kepada Tan Sri Megat Junid selama lebih 20 tahun, yang turut mengenali Esyak sejak 1996.

“Bagi saya, Datuk Eskay ini merupakan si Kitul. Dia ingin memporak-perandakan negara. Dia memberitahu saya yang dia memang mahu menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya ketika membuat pendedahan itu dibuat di sebuah premis di Sungai Buloh.

Beliau mengetahui penayangan video itu dan turut diajak bersama menyertai kumpulan berkenaan tetapi menolaknya.

KD

SNAP bersetubuh dengan BN..... PR kena 'kencing'



Sarawak Report mendedahkan suatu rundingan rahsia yang telah dicapai dengan SNAP, dalam usahanya untuk menafikan pembangkang tetapi memantapkan lagi cengkaman BN di Sarawak selepas pilihanraya kali ini.


Difahamkan bahawa rundingan, dengan melibatkan BN Persekutuan yang mencurah-curahkan wang kepada SNAP yang baharu sahaja dihidupkan semula (di mana SNAP adalah sebahagian dari pakatan pembangkang), telah diputuskan semasa lawatan PM Najib Razak dan timbalannya Muhyiddin Yassin hujung minggu yang lalu.

Broker utama UMNO Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan, yang turut serta sempena lawatan ke Kuching itu dan telah mengadakan perjumpaan secara sulit dengan pemain-pemain utama SNAP.

Rancangan BN-SNAP itu sebenarnya dibuat untuk mengelirukan para pengundi. Strategi BN adalah berlandaskan cubaannya untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah-masalah itu dengan membeli SNAP dan menipu sesebuah kawasan pilihanraya supaya para pengundi akan ditipu untuk mengundi SNAP kerana mereka akan menganggap bahawa SNAP adalah parti pembangkang!

Setiausaha Kehormat SNAP Stanley Jugol secara sembunyi-sembunyi telah mengumumkan rundingan antara SNAP dan BN kepada seorang pemberita akhbar tempatan pada minggu lalu. Menurut sumber menyatakan bahawa pemberita berkenaan telah menyoal Stanley Jugol mengapa SNAP sering kedengaran menyerang PKR dan bukanya BN yang dianggap 'musuh' sebenarnya.

Stanley Jugol menjawab dengan mengatakan SNAP "memerlukan BN untuk menghantar pembangunan kepada orang-orang di luar bandar dan pedalaman, dan jika ia menyerang BN maka bermakna serangan itu akan mengalang pembangunan dibawa masuk ke kawasan-kawasan itu!

Thursday, March 24, 2011

mafia di Jepun bantu mangsa tsunami....mafia di malaysia bikin tsunami ke atas musuh politik dengan video lucah...!!!!

Kumpulan mafia bantu mangsa gempa, tsunami



TOKYO: Kumpulan mafia Jepun turut membantu ketika negara itu mengalami saat genting akibat gempa bumi dan tsunami 11 Mac lalu apabila turut melakukan tugas sivik yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal.

Sehari selepas gempa bumi, Inagawa-kai (kumpulan penjenayah terancang ketiga terbesar di Jepun yang diasaskan pada 1948) menghantar 25 trak empat tan dipenuhi lampin pakai buang, mee segera ramen, bateri, lampu picit, minuman dan keperluan harian ke kawasan Tohoku.

Seorang anggota Sumiyoshi-kai, kumpulan penjenayah kedua terbesar pula menawarkan perlindungan kepada warga asing.

Yamaguchi-gumi, kumpulan jenayah terbesar Jepun di bawah kepimpinan Tadashi Irie, juga membuka pejabatnya di seluruh negara kepada orang awam dan menghantar trak dipenuhi bekalan, namun secara senyap-senyap.

Antara tengah malam 12 Mac dan awal pagi 13 Mac lalu, ahli Inagawa-kai di sini menghantar 50 tan bekalan ke Dewan Bandaraya Hitachinaka di daerah Ibaraki.

Bekalan termasuk mee cawan ramen, tauge, lampin pakai buang, teh dan air minuman. Perjalanan dari bandar ini mengambil masa 12 jam. Anggota Inagawa-kai di Kanagawa pula menghantar 70 trak ke kawasan Ibaraki dan Fukushima untuk menghantar bekalan di kawasan paras tinggi radiasi.

Secara keseluruhan, Inagawa-kai menggerakkan lebih 100 tan bekalan ke rantau Tohoku. Mereka ke kawasan terdedah radiasi tanpa sebarang perlindungan atau memakan pil potassium iodida.
Anggota Yamaguchi-gumi yang mana penulis temui berkata: “Tolong jangan kata apa-apa lagi berkenaan apa yang kami lakukan.”

Bagi mereka yang tidak begitu mengenali yakuza, ia mungkin mengejutkan untuk mendengar sifat dermawan mereka, namun ini bukan kali pertama mereka menunjukkan semangat kemanusiaan.

Pada 1995 selepas gempa bumi Kobe, Yamaguchi-gumi paling aktif menyalurkan bekalan ke kawasan terjejas.

Mereka mengakui bekalan itu dibayar dengan wang hasil memeras penduduk di kawasan itu namun tiada siapa mampu nafikan mereka pantas apabila penduduk memerlukan bantuan.

Mungkin membingungkan bahawa yakuza, yang juga kumpulan penjenayah terancang, mendapatkan hasil daripada aktiviti haram seperti mengumpul wang perlindungan, mengugut, memeras dan penipuan, memiliki sifat sivik semula jadi.

Bagaimanapun, di Jepun sejak selepas perang mereka sentiasa memainkan peranan penting dalam memastikan keamanan. – Agensi

melayu tiru perangai tamby....keluarga dan cinta....Gadis Kelantan cedera terjun tingkat 3....




KOTA BHARU – Pusat beli-belah KB Mall di sini yang pernah gempar ekoran tragedi kereta ‘menjunam dari langit’ pada tahun 2009 sekali lagi menjadi tumpuan semalam apabila seorang gadis cuba terjun disyaki untuk membunuh diri dari tingkat tiga bangunan tersebut.

Kejadian pada pukul 3.30 petang itu menarik perhatian ramai apabila mangsa yang berusia 20 tahun dikatakan berdiri di birai bangunan sambil memegang sebilah pisau dan sebuah telefon bimbit.

Sesekali gadis yang bekerja di pusat beli-belah Wakaf Che Yeh dekat sini itu dilihat cuba mengacu dan meletakkan pisau pada lehernya.

Mangsa yang berasal dari Kampung Gaung di sini dipercayai bertindak demikian kerana tertekan dengan masalah keluarga dan cinta.

Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk gadis tersebut.

Ketua Operasi Balai Bomba Kota Bharu, Shahrin Yusman Mat Yusof berkata, cubaan pihaknya untuk menarik mangsa gagal apabila gadis itu terlepas daripada genggaman anggota bomba dan terjatuh ketika dia meronta-ronta untuk terjun.

NAJIB MEMANG TERLIBAT....JANGAN NAK LEPAS TANGAN PULAK...VIDEO SEKS ANAK THAMBY CHIK TELAH MENDEDAH SEGALANYA



Mengikut kenyataan umum Johari Abdul, beliau ditawar dengan tawaran jawatan dan wang sekiranya beliau sanggup menyertai UMNO berdasarkan rakaman video seks buatan Rahim Thamby Chik tersebut.

Beliau juga ditawar sedemikian dengan jaminan beliau boleh bertemu dengan Presiden UMNO sendiri, yakni Najib Tun Razak.

Bagi saya, ini bukti jelas bahawa projek "video blue" Rahim ini sememangnya dalam pengetahuan Presiden UMNO tersebut. Kalau tidak, masakan Rahim boleh membuat tawaran sedemikian kepada dato Johari Abdul.

Jelasnya, UMNO sendiri sedang kepanasan dalam isu ini. Sekiranya video tersebut mengandungi Anwar Ibrahim secara jelas, nescaya salinan2 video tersebut telah pun disebarkan beribu2 banyaknya kepada umum seperti yang berlaku kepada Chua Soi Lek dahulu.

Namun, apa yang kita lihat, rakaman video tersebut hanya berani ditayangkan secara rahsia dan hanya kepada beberapa orang tertentu sahaja. Kalau betul, dedahkanlah pada umum. Biar keluar TV3 pun takpa.

Wednesday, March 23, 2011

sebar video lucah...bukan tangkap datok 3 stoges aje ....tangkap mereka yang bersekongkol dengannya sekali...!!!



Pihak polis mesti menahan segera dan mengambil tindakan keras kepada 'Datuk T' kerana terlibat menayangkan rakaman video lucah, kata pengerusi DAP Karpal Singh.

Penayangan video, bertujuan menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan wanita yang tidak dikenali jelas menyalahi undang-undang negara ini, kata Karpal.

Beliau mendakwa terkejut bila mendapat tahu  polis belum mengambil tindakan untuk menahan 'Datuk T' berhubung perkara itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Karpal berkata, tindakan lelaki bacul  itu jelas melanggar Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua seksyen itu berkaitan larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam.

sebenar seluruh kerabat UMNO haramjadah terlibat dalam skandal keji macam nie....!!!

Bapa Mertua Shafie Apdal Turut Terlibat Dalam Konspirasi Video Seks



Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah menggunakan seorang yang mirip iras Datuk Seri Anwar untuk menerbitkan video seks fitnah terhadap Ketua Pembangkang itu, menurut Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul.

Turut terbabit dalam konspirasi terbaru menjatuhkan Anwar adalah bapa mertua Naib Presiden Umno Shafie Apdal yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Shuaib Lazim (gambar).

Manakala Perdana Menteri memberi persetujuan kepada Rahim untuk “membeli” ahli-ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat dengan menggunakan video fitnah itu untuk menyakinkan mereka.

Johari mendedahkan Rahim dan Shazryl menemui beliau di Hotel Flamingo Kuala Lumpur pada isnin lalu untuk menunjukkan video 21 minit itu sebelum memujuk beliau untuk lompat keluar dari PKR menyertai itu dengan imbuhan lumayan.

Selepas menyaksikan video itu, Datuk Johari yakin “pelakon” itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Datuk Johari berkata setelah menonton video itu, beliau menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim. .

“Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 3.30 petang 22 Mac 2011,” kata beliau.

“Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaan akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka, tambah beliau.

“Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim,” tambah beliau.

Johari berkata Tan Sri Rahim yang kini menjadi Pengerusi Risda menjadi dalang kepada video fitnah itu.

Beliau orang yang sama yang mengatur penerbitan dan pengedaran buku “50 Dalil” dalam tahun 1998 dahulu yang menyaksikan polis menangkap Anwar, memukulnya dalam lokap sebelum mensabitkan beliau di atas tuduhan liwat dan rasuah yang direkacipta.

Johari berkata Rahim diberi mandat oleh Perdana Menteri Najib Razak untuk membeli ahli-ahli Parlimen KEADILAN dengan tawaran wang ringgit dan sebagainya.

Tempahan dan pembayaran Carcosa Seri Negara bagi menayangkan video lucah untuk wartawan terpilih dibuat oleh RISDA, “ tambah Johari.

“Saya juga percaya Dato’ Eskay Shazril Abdullah adalah “Dato’ T”. Dia adalah seorang yang berbangsa Siam dan mendapat banyak faedah dari Tun Mahathir Mohamad kerana berasal dari Kedah,.

Selain Rahim dan Eskay, Johari turut menamakan bapa mertua kepada Naib Presiden Umno Dato’ Shafie Afdal.

Ujarnya, beliau mendedahkan semua ini agar rakyat Malaysia dapat menilai dengan sendiri politik jahat yang digunakan oleh musuh Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Pimpinan UMNO perlu berterus terang dengan rakyat dan membersihkan nama mereka secepat,” kata Johari.

'Video seks umpan BN beli MP Pakatan' kerja najib bersekongkol dengan 3 stoges UMNO haramjadah....!!!



BN sedang menggunakan video seks yang didakwa memaparkan lelaki mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai umpan untuk beli ahli parlimen Adalah jelas itulah rancangan mereka untuk menunjukkan video tersebut kepada ahli parlimen PKR bagi menimbul keraguan dan membuat tawaran membeli mereka.



Ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mendakwa percubaan seumpama itu turut dibuat terhadapnya.Johari berkata, beliau telah ditunjukkan video itu pada hari Isnin dan ditawarkan untuk dibawa bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik turut hadir.




Johari berkata, Abdul Rahim memberitahunya yang dia boleh mengatur satu pertemuan dengan perdana meteri, dan mereka akan 'menjaganya', serta menguruskan keperluan kewangan dan keselamatannya.

Dia mengesyaki BN mahu dia melompat parti dengan tawaran imbuhan kewangan dan mereka cuba menggoncang kepercayaannya terhadap Anwar dengan menunjukkan video seks - yang didakwa memaparkan ketua umum PKR itu melakukan aksi seks dengan wanita yang tidak dikenalinya - kepadanya.

Johari juga berkata Abdul Rahim  kemudiannya memintanya membawa lebih banyak ahli parlimen Pakatan untuk menonton video tersebut.Beliau mengesyaki motif mereka ialah untuk menarik lebih ramai ahli parlimen supaya menentang Anwar dan PKR.serta berjanji dengan imbuhan.

Ahli parlimen Sungai Petani itu berkata, beliau kemudianya menghubungi bapa saudaranya untuk mengatur bagi lima lagi ahli parlimen PKR melihat menyaksi video itu semalam, seperti yang dikehendaki oleh Abdul Rahim, selepas beliau menonton video itu pada hari Isnin.

 Johari mengenalpasti lime ahli parlimen berkenaan sebagai Datuk Kamarul Baharin Abbas (Teluk Kemang), Rashid Din (Merbok), Azan Ismail (Indera Mahkota), Amran Ab Ghani (Tanah Merah) dan Abdullah Sani (Kuala Langat).

Bagaimanapun , selepas menunggu selama dua jam dari pukul 3.30 hingga 5.30 petang di hotel Flamingo di Ampang , tempat beliau menyaksi video itu, tetapi Abdul Rahim dan Shazryl tidak hadir.

datuk T...three stoges....ha ha ha....ingat seekor rupanya 3 ekor setan kecil nak aibkan DSAI....!!!

Eskay: 'Saya dalam video itu'




"Saya dalam video itu". Begitu pengakuan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T apabila ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.

Shazryl yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku.

Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis.

Shazryl hari ini tampil dalam sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik bagi menjelaskan persoalan berhubung identiti Datuk T.

Menariknya, Rahim menjelaskan, Datuk T bukanlah individu, sebaliknya merujuk kepada tiga kawan baik.

"T ini trio, three," kata Rahim sambil menambah seorang lagi adalah Datuk Shuib Lazim yang juga bendahari PERKASA.


malayiakini

Bukan di bunuh , gaddafi wajar di adili dan bukan dengan bantuan campurtangan asing




Paris - Utusan kubu pembangkang Libya menyatakan, mereka hanya menghendaki pimpinan Libya, Moammar Qaddafi berundur dan diadili, bukan memburunya untuk dibunuh. Ali Zeidan, utusan Libyan National Transitional Council untuk Eropah, menyatakan hal itu dalam wawancara eksklusif dengan The Associated Press tentang campurtangan Britain, Perancis, dan Amerika Syarikat atas negaranya.

Menurutnya, pihak mereka menghargai keputusan Majlis Keselamatan PBB, namun menolak campur tangan terlalu mendalam dari negara asing atas negaranya. "Kami akan membuat penghakiman dengan Qaddafi sendiri, tanpa campur tangan asing," katanya.

Zeidan, yang kini berada di Munich, telah menyatakan hal itu dalam pertemuannya dengan para pejabat Perancis. Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, menyatakan sebelumnya, pihaknya ada di balik pembangkang Libya.

Para pejabat Amerika Syarikat menyatakan tujuan ketenteraan mereka dari matlamat rejim Qaddafi diakhiri. Jenderal Angkatan Darat, Carter Ham, yang menjadi komandan pasukan AS mengatakan ada kemungkinan Qaddafi berhasil mempertahankan kekuasaan.

Ini bukan kali pertama AS mensasarkan pemimpin yang telah memerintah negara di Afrika Utara itu selama 42 tahun. Tahun 1986, Qaddafi pernah menjadi sasaran serangan udara AS.

Dalam lawatanannya di Chile, Obama mengatakan Qaddafi bukan target misi ketenteraan AS. Kombinasi dari langkah-langkah lain termasuk Amerika sekatan PBB yang dirancang untuk meminggirkan pemimpin Libya adalah pendekatan yang tepat untuk mempercepat kejatuhannya, Obama mengatakan, resolusi Majlis Keselamatan PBB mengesahkan tindakan ketenteraan tidak mengubah rejim sekatan. "Kami akan tetap berpegang pada mandat itu," kata Obama.

Tuesday, March 22, 2011

Najib dalang video lucah memalukan serta menjatuhkan kredibiliti DSAI



Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengetahui mengenai video lucah yang melibatkan seorang lelaki dengan seorang wanita yang ditayangkan di Carcosa Seri Negara, semalam.

Bercakap kepada media selepas membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, beliau berkata, ini kerana penayangan video berkenaan merupakan konspirasi yang pasti melibatkan golongan atasan.

“Menteri Dalam Negeri, Perdana Menteri, pihak atasan polis tahu perkara ini,” dakwanya.

Ini, tambahnya kerana notis telah diberikan kepada pihak media untuk tayangan video berkenaan.

Justeru, Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, untuk tujuan menghina Anwar, pihak berkenaan boleh melakukan apa sahaja.

Beliau turut mengingatkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien supaya jangan menjadikan laporan polis itu untuk menghalang kerjayanya di dalam politik.

“Jangan gunakan laporan polis untuk tutup kerjaya saya dalam politik. Kita teruskan kerjaya kita,” tegasnya.

Turut mengiringi beliau membuat laporan itu ialah isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, naib Presiden PKR, Tian Chua dan N Surendran, beberapa ahli parlimen PKR, R Sivarasa, M Manikavasagam, AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin dan Ketua Biro Undang-undang PKR, Latheefa Koya.


Harakahdaily

video lucah amalan politik kotor UMNO-APCO untuk memalukan serta menjatuhkan DSAI menjelang pilihanraya sarawak



Pendedahan video lucah memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan pelacur semalam sebagai amalan politik kotor dan bermotif politik menjelang pilihan raya negeri Sarawak.

Mengikut ajaran Islam, sebarang tuduhan yang melibatkan maruah dan moral perlu ditolak sekiranya wujud kekeliruan.

Kekeliruan boleh berlaku sekiranya laporan itu tidak diperincikan dengan cara yang sebenar, sebab itu Islam mewajibkan empat orang saksi yang adil dan bermaruah.

Perlu diteliti jurukameranya siapa, alat perakam itu bagaimana, pelakon yang sebenar, penerbitnya...adakah mempunyai sifat-sifat bodoh, jahat, bohong, kalau ada sifat ini tidak layak menjadi satu maklumat yang betul....

dedah video hari Dun Sarawak bubar jelas taktik hancing untuk mengaibkan DSAI dan pakatan rakyat...!!!



kita  tidak menolak pendedahan video seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang semalam merupakan konspirasi jahat pihak tertentu untuk kepentingan politik.

Ini  memandangkan video itu ditimbulkan pada hari yang sama dengan pembubaran Dun Sarawak.

Rakaman (video seks) timbul pada hari yang sama dengan Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan sudah jelas menunjukkan memang ada kepentingan politik tertentu.
jadi kita  menggesa rakyat bersatu untuk menolak taktik kotor ini dan menentang usaha pihak tertentu yang menggunakan video lucah untuk menjatuhkan lawan...

Kita juga berharap rakyat khususnya umat Islam tidak cepat percaya dengan fitnah sedemikian.

Menganggap rakaman video itu sebagai drama, bahan rakaman seperti yang ditunjukkan kepada media tertentu itu tidak boleh dijadikan bukti untuk mendakwa seseorang.

Dalam Islam ditekan jika menerima sebarang berita, hendaklah diselidiki dahulu berita itu.

Sekadar rakaman video tidak boleh dijadikan bahan bukti. Kena hadirkan empat orang saksi, siapa jurukameranya.

Di mana video itu ditayangkan? Di hotel. Jadi itu hanya drama,...

Sementara itu, Anwar ketika menjawab pertanyaan wartawan samaada beliau akan bersumpah bahawa beliau bukan individu dalam video itu atau tidak,beliau berkata hanya mahkamah yang berhak menentukannya.

"Soal sumpah itu,mahkamah yang tentukan," jawabnya.

Turut bersama pada sidang media itu Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke, Ketua AMK dan beberapa pimpinan lain.

Polis wajar siasat pemilik dan penayang video lucah....



Aduan polis Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rakaman video seks misteri, yang didedahkan semalam, sedang disiasat berhubung kesalahan memiliki dan mengedarkan bahan lucah itu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Ismail mengesahkan ada menerima laporan dan ia sedang disiasat di bawah Seksyen 2929 Kanun Keseksaan.

Beliau yang ditemui pemberita di Bukit Aman di sini hari ini enggan mengulas lanjut.

Pagi tadi, Anwar yang juga Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh membuat laporan polis berhubung rakaman video aksi seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara semalam.

Dalam laporan yang salinannya diedarkan kepada media itu, Anwar menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video itu.

Laporan polis itu dibuat berikutan dakwaan satu kumpulan yang mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang wanita yang dikatakan pelacur di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks.

Semakin Hebat Diaibkan, Semakin Ramai Sokong Anwar



Walaupun dikaitkan dengan pelbagai fitnah termasuk digelar agen Yahudi, pengamal hemoseksual dan terbaru dikaitkan dengan video rakaman seks yang diedarkan hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah hilang sokongan rakyat.

Semakin liar tuduhan yang dilemparkan ke atas Anwar, ia hakikatnya menguatkan sokongan rakyat kepada Ketua Umum PKR itu.kebangkitan rakyat tidak akan disekat melalui klip video lucah yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu

Malah , sejak dari awal penubuhan parti itu telah dikecam dengan pelbagai tomahan namun masih berjaya dibuktikan dengan sokongan rakyat untuk membebaskan negara daripada cengkaman politik Umno-Barisan Nasional (BN).

Ujian sokongan sebenarnya pada pilihanraya. bermula dengan lima kerusi Dewan Undangan Negeri. Datuk Seri Anwar turut diserang (sebagai) agen asing, agen Yahudi, pengkhianat Melayu dan bermacam lagi. bila masuk pilihanraya lagi sehingga 2008, parti belaiua mampu memenangi sehinggi 31 parlimen dan 43 Dewan negeri dengan 1.5 juta sokongan pengundi...

Negara hari ini digemparkan dengan tayangan video lucah yang didakwa melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh individu
bergelar Datuk T.

Dengan kehadiran ketua-ketua editor media arus perdana dan anggota Unit Khas PDRM, video tersebut ditayangkan selama 21 minit.

Namun pengamal media tidak dibenarkan mencatat sebarang nota atau membuat rakaman ketika ianya ditayangkan di Carcosa Seri Negara pagi tadi.

Rakaman tersebut dilakukan pada 21 Februari tahun ini dengan peralatan kamera canggih bertujuan untuk memerangkap Anwar dan kepimpinan PKR.

Seterusnya individu bergelar Datuk T itu turut mengugut untuk mendedahkan video itu sekiranya Anwar dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak meletakkan jawatan dalam tempoh seminggu.

Anwar seterusnya menafikan perkara itu dalam sidang media yang sama dan akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi jam 10.30 pagi tadi

Monday, March 21, 2011

Pakatan nafi lelaki dalam video seks Anwar



Pakatan Rakyat (PR) menafikan lelaki yang didakwa dalam rakaman video, melanggan seorang pelacur di sebuah hotel di ibu negara akhir bulan lalu sebagai Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ini (rakaman) video Anwar yang direka,” kata pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

“Ia bukan Datuk Seri Anwar. Ini satu lagi usaha Barisan Nasional (BN) untuk memberi persepsi umum bahawa beliau seorang yang tidak bermoral, yang tidak layak untuk menerajui negara ini,” kata anggota biro politik PAS Khalid Samad kepada The Malaysian Insider.

Naib presiden PKR Chua Tian Chang juga mendakwa BN semakin terdesak, “beralih daripada isu-isu besar seperti pilihan raya dan dasar kepada serangan peribadi.”

Pagi tadi, seorang lelaki yang menamakan dirinya “Datuk T” mempertontonkan rakaman video menunjukkan seorang pemimpin kanan PR sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing dari China.

Video 21 minit itu, dalam empat segmen, menggambarkan pemimpin tersebut yang juga seorang Ahli Parlimen mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di sini, dilihat akan menggegarkan arena politik negara sekali lagi.

Ia yang dirakamkan pada 21 Februari lalu dipertunjukkan kepada media di sebuah hotel di sini pagi ini.

Menurut Datuk T, beliau mahu media menonton rakaman tersebut sebelum dia menghantarkannya kepada pemimpin berkenaan dan isterinya.

Malah katanya, jika pemimpin politik itu mengenal pasti dia adalah tuan punya diri dalam rakaman tersebut, maka dia dan isterinya harus meletakkan jawatan.

Datuk T mendakwa lelaki dalam rakaman video itu bukan seorang yang bermoral tinggi dan oleh itu, tidak layak bertindak sebagai pemimpin.

Dalam satu kenyataan yang turut diedarkan kepada media, yang tertera nama pemimpin tersebut, dikatakan bahawa ahli politik tersebut pergi ke hotel yang menawarkan khidmat seks dan kemudahan SPA.

Selepas pemimpin itu meninggalkan hotel, dia sedari bahawa dia tertinggal jam tangan jenama Omega di bilik dia memperoleh khidmat seks.

“Saya diminta mendapatkan jam tangan di bilik tersebut. Oleh kerana saya tidak nampak jam tangan pada meja, saya memeriksanya di belakang tempat persolekan. Saya terkejut melihat banyak wayar di belakangnya,” kata kenyataan itu.

Kata kenyataan itu, wayar berkenaan disambungkan ke CCTV yang kemudiannya didapati merakamkan hubungan seks pemimpin itu dengan pelacur tersebut.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam memoirnya yang dipasarkan awal bulan ini mendakwa bekas timbalannya itu pernah dibekalkan dengan empat wanita untuk khidmat seks pada 1990-an.

Anwar, yang kini berhadapan dengan kes liwat keduanya, telah menafikan tulisan Dr Mahathir itu.

Akhir 2007, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memutuskan untuk meletakkan jawatan selepas didapati muncul dalam rakaman video seks.

Pada 1989, bekas setiausaha agung MIC D. P. Vijandran telah dipaksa meletakkan jawatan timbalan speaker Dewan Rakyat berikutan kontroversi video seks.

tangkap aje penganjur video lucah...jangan banyak soal....kalau gagal bertindak maknanya memang UMNO-APCO dan polis memang bersubahat....!!!



Pihak Polis di gesa menangkap penganjur Tayangan Video lucah yang menayangkan video lucah seseorang di sebuah hotel mewah pagi ini. Tidak syak lagi penganjur kepada tayanan telah menyalahi undang-undang dengan menayangkan video lucah dan juga menyimpan video lucah.

Para penonton juga mesti ditangkap dan disoal siasat keranan menonton video yang salah di sisi undang-undang.

Pagi tadi media melaporkan bahawa sekumpulan wartawan telah dipertontonkan dengan video lucah seorang yang dikatakan Pemimpin parti politik tersohor. Ada blog yang mendakwa pelakon video itu adalah Anwar Ibrahim.

Samada benar atau tidak dakwaan itu, video itu asli atau palsu yang penting penganjur itu mesti ditangkap kerana menyalahi undang-undang menayangkan video lucah. Pada masa yang sama pihak berwajib juga mesti menyiasat siapa yang membuat video dan siapa pelakonnya. Jika terdapat kesalahan hadapkan semua mereka yang bersalah terpaksa 'taukeh panggung' itu sekali.

siapa lagi kalau tak haramjadah melayu UMNO yang punya kerja...Rakaman video seks ‘sebar’ di Parlimen



Rakaman video seks menunjukkan seorang pemimpin kanan Melayu mengadakan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur dari China, dipertontonkan di ruang rehat ahli-ahli Parlimen selepas disaksikan oleh wakil-wakil media pagi tadi.

Ia ditunjukkan menerusi komputer riba milik seorang kakitangan Parlimen di ruang merokok dan disaksikan oleh beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dengan pemberita-pemberita dari portal online milik Umno.

video klip itu terbahagi kepada empat bahagian.

Bagaimanapun komputer riba itu dirampas petang tadi selepas khabar angin mengenai video itu tersebar luas.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menafikan video seks itu melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.



rentakinfo

dah biasa...terutamanya bila pru yang besar besar tiba...fitnah muhalazah dah jadi mainan haramjadah melayu UMNO-APCO dan BN....biasa nak memburukkan orang yang pasti dia sendiri pelakunya tgk aje la najib altantuya,rais yatim perogol amah,nazri aziz kaki dangdut dll....semua sex maniac...tu pasal tak heran depa sanggup fitnah sebab dia sendiri pelakunya...

Auta Taib Mubarak Mahu Berundur.....kasi BN kalah atau menafikan majoriti 2/3...beliau di paksa berundur...!!!



Tidak menghairankan  dengan pengumuan hasrat Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk berundur daripada jawatan ketua menteri Sarawak.

Beliau telah membuat kenyataan sebegitu 20 tahun lepas, dan beliau masih membuatnya (pengumuman) 20 tahun kemudiannya. kita  tak tahu sama ada beliau masih akan membuat kenyataan tersebut 20 tahun kemudiannya selepas membuat kenyataan itu sekarang...

Taib membuat kenyataan sejurus sebelum pilihan raya negeri adalah satu petunjuk yang Tiga puluh tahun sebagai ketua menteri, sudah mencukupi. Tambahan pula, terdapat banyak soalan yang tidak terjawab mengenai harta keluarganya di dalam dan luar negara...

Kenyataan Taib tidak memberi sebarang makna dan satu-satunya cara supaya Taib benar-benar meletakkan jawatan ialah jika pembangkang menafikan BN majoriti dua pertiganya dalam dewan undangan negeri, atau jika parti pemerintah kalah sekurang-kurangnya 24 daripada jumlah 71 kerusi.

Ini akan memaksa beliau meletakkan jawatan....Dan beliau akan 100 peratus bersara atau meletakkan jawatan jika pembangkang menang sekurang-kurangnya 36 kerusi untuk menumbangkan BN...

Kemenangan besar BN dalam pilihan raya negeri akan meningkatkan peluang untuk Taib mengekalkan jawatannya.Gesaan kita kepada rakyat ialah jika anda mahu Taib berundur, beri kemenangan kepada pembangkang di sekurang-kurangnya 24 kerusi, jika pun tidak 36 kerusi, dalam pilihan raya negeri yang akan datang,...

Pilihanraya tempang dan pincang di Sarawak di kongkek UMNO-APCO-BN....!!!!



Akhirnya Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubar juga hari  ini.
Kalau sesiapa berkesempatan menonton berita jam 8 malam semalam, lihatlah di TV3 contohnya 20 minit pertama dari berita TV berkenaan di “hadihkan” buat propaganda politik BN. Jutaan peruntukkan diluluskan oleh PM dan TPM dari satu bahagian parlimen ke satu bahagian yang lain

Media arus perdana diperalatkan, wang peruntukkan kerajaan ditabur, inilah permulaan pilihanraya pincang dan tenpang sebagaimana yang biasa kita lihat di Malaysia.

Itupun minggu lepas Menteri di JPM Nazri Tan Sri Aziz boleh mendabik dada di Dewan Rakyat mengatakan bahawa proses perjalanan pilihanraya di Negara ini adalah adil dan setanding dengan Negara-negara lain! Negara manakah itu? Myanmar? Iraq di zaman Saddam? Mesir di zaman Mubarrak?

Kita akan saksikan BN mencabul proses pilihanraya di Sarawak semata-mata kerana mahu bertahan dan terus berkuasa di sana sebagaimana di tempat-tempat lain. Semoga rakan-rakan PR di sana terus berjuang dengan penuh sabar dan gigih menghadapi gergasi BN yang tidak senonoh itu.

Sunday, March 20, 2011

Pecah tembelang hasrat kahwin setiap bulan....kasanova bakal di kerjakan 4 madunya....!!!!



TEKAD BALAS... empat ‘madu’ melihat gambar lelaki yang memperdayakan mereka.


KUALA LUMPUR: Tembelang seorang lelaki yang bercita-cita hidup senang dengan mengikis wang wanita bukan saja terbongkar, malah dia kini tidak keruan apabila terpaksa berdepan pakatan empat ‘madu’ yang berganding bahu untuk memporak-perandakan hidupnya.

Pakatan berkenaan membabitkan tiga mangsa yang dijanjikan untuk dikahwini dalam tempoh selang sebulan, bermula bulan depan, manakala bekas isteri lelaki itu mahu melunaskan dendam selepas menyedari suaminya curang.

Sebagai wanita, dia berang kerana suaminya memperdaya mangsa hingga ada yang mengandung, ditipu lebih RM10,000 dan diperbodoh-bodohkan.

Antara perancangan empat mangsa lelaki yang selayaknya digelar kasanova kaki temberang itu adalah membuat laporan polis selepas mendakwa diugut lelaki berkenaan dan muncul di majlis perkahwinannya dengan seorang lagi mangsa.

“Kami menyimpan khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan yang dihantar lelaki itu selepas tembelangnya pecah. Kami juga mendapat maklumat dia akan berkahwin dengan seorang lagi mangsanya beberapa bulan lagi.

“Tunggulah kehadiran kami,” kata seorang mangsa mewakili kumpulan wanita itu yang mahu dikenali sebagai Nani, 28.

Nani ditemui Metro Ahad bersama dua lagi mangsa dikenali sebagai Miza, 42; Dira, 51, dan bekas isteri lelaki terbabit yang mahu dikenali sebagai Alin, 29.

Menurut Nani, tembelang lelaki itu terbongkar selepas dia, Miza dan Dira yang masing-masing berstatus ibu tunggal berhubung antara satu sama lain di laman sosial yang menjadi punca kepada perkenalan mereka dengan lelaki terbabit.

Katanya, mereka mengenali lelaki itu sekitar Ogos tahun lalu menerusi laman sosial dan segala-galanya terbongkar dua bulan lalu.

“Dalam laman sosial itu, Miza dan Dira turut menjadi kenalan saya. Apabila berhubung antara satu sama lain, masing-masing bercerita mengenai ‘drama king’ itu dan terbongkarlah rahsia.

“Dalam menjalin hubungan cinta dengan saya, rupa-rupanya dia turut bercinta dengan dua rakan saya. Taktiknya sama, antaranya menggunakan panggilan diri ‘papa’ dan menagih simpati dengan mengatakan ibunya terlantar di hospital dua tahun akibat koma,” katanya.

Nani berkata, lelaki itu turut merayu supaya diberikan RM15,000 untuk menanggung kos rawatan ibunya.

“Dengan saya dia minta RM15,000, begitu juga Miza dan Dira. Kerana tertipu dengan janji manisnya, sepanjang perkenalan, saya menyerahkan lebih RM10,000.

“Paling menyedihkan, saya sanggup meminjam RM5,000 daripada along untuk diberikan kepadanya,” katanya yang turut mengakui menyerah tubuhnya kepada lelaki itu sehingga kini mengandung dua bulan.

Menurut Nani, satu lagi tembelang yang dibongkar, lelaki yang pada mulanya mengaku bujang itu rupa-rupanya berkahwin.

“Lelaki itu meminjam telefon bimbit saya dan menggantikan dengan ‘telefon buruk’ miliknya. Saya mengesan satu nombor tanpa nama dan menghubunginya.

“Alangkah terkejutnya saya, individu yang saya hubungi adalah isterinya. Isterinya tidak terkejut kerana tahu kerenah suaminya yang banyak skandal dengan wanita, malah pada masa sama mengakui tidak tinggal sebumbung dan akan bercerai,” katanya.

Selepas mengenali satu sama lain sebulan lalu, Nani bersama Miza, Dira dan Alin mengadakan pertemuan dan terbongkarlah lebih banyak rahsia lelaki itu.

“Dalam pertemuan itu Alin mengesahkan sudah bercerai. Walaupun masing-masing sakit hati tetapi apabila bercerita, lucu pula jadinya.

“Ketika menjalin hubungan dengan kami, dia sudah ada isteri. Dengan saya dia janji nak kahwin April tahun ini dan dengan dua lagi ‘kekasihnya’ (Miza dan Dira), dia janji nak kahwin pada Mei dan Jun. Justeru, kami ini empat madulah jadinya,” katanya.

Menurut Nani, dakwaan lelaki itu bahawa ibunya sakit juga dusta semata-mata.

“Kami sudah berjumpa ibunya. Memang dia raja drama sebab ibunya sihat saja di rumah. Kami juga bertemu seorang adik beradiknya dan ternyata dia memang penipu,” katanya.

Nani mengakui ‘tewas’ dengan ayat manis lelaki itu dan kini menyesal.

“Saya pun sukar menyatakan mengapa saya jatuh hati dengannya sebab boleh dikatakan dia masuk dalam kategori kasanova ‘cap ayam’. Nak kata tampan, tak adalah pula, perut buncit adalah.

“Cuma, dia guna ayat manis untuk memikat sehingga saya terpikat. Kini, saya menanggung akibatnya,” katanya.

Bagi Miza pula, dia kerugian kira-kira RM1,000 selepas ‘buta-buta’ menyerahkan wang kepada lelaki itu.

“Lelaki itu memang pandai memujuk rayu. Kerjanya asyik minta wang... tambah nilai kredit telefon bimbit pun minta dengan saya.

“Kira-kira RM1,000 sudah saya beri kepadanya. Selepas tembelangnya terbongkar, saya akan menuntut kembali wang saya,” katanya.

Dira pula berkata, dia kerugian kira-kira RM500 sepanjang berkenalan dengan lelaki itu.

“Eloklah tembelangnya pecah sebab belum apa-apa, sudah terserlah sikap buruknya. Kerjanya asyik cemburu, mengongkong dan memaki saja.

“Nasiblah siapa mangsanya selepas ini. Orang seperti itu tidak akan berhenti menipu dan menyusahkan orang lain,” katanya.

Dalam pada itu, Alin mengakui sehingga hari ini dia menerima panggilan daripada wanita tidak dikenali melepaskan kemarahan dan menuntut wang.

“Saya memang ada menggunakan nombor telefon bekas suami. Justeru, ada wanita yang dikenakan bekas suami menghubungi nombor telefon itu.

“Saya nak buat macam mana. Pekakkan telinga sajalah,” katanya.


hm

Tahniah...Nicol pertahan kejuaraan Terbuka KL 2011 kali ketujuh



Datuk Nicol Ann David berjaya mempertahankan reputasinya sebagai pemain nombor satu dunia apabila merangkul kejuaraan Terbuka Kuala Lumpur 2011 bagi kali ketujuh di sini hari ini.

Ratu skuasy negara itu hanya mengambil masa 34 minit untuk mengatasi pemain Ireland, Madeline Perry, pada perlawanan akhir di gelanggang kaca di Berjaya Times Square di sini.

Nicol sebelum ini mengungguli kejuaraan tersebut sebanyak enam kali pada 2000, 2002, 2005, 2007, 2008 dan 2010

"Saya tahu perlawanan akhir tetap sukar. Saya pernah kalah sekali kepada
Madeline dan tidak mahu keyakinan dia menguasai perlawanan. Saya perlu bekerja
keras untuk menafikan rentak perlawanan dia," kata Nicol, selaku pilihan utama
kejohanan itu.

Atas kejayaan itu, Nicol menerima hadiah wang tunai US$8,550 (RM26,107) dan trofi manakala Madeline pula membawa pulang wang tunai US$5,850 (RM17,862).
Nicol menerima trofi dari Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Selepas ini, Nicol akan mengambil bahagian pada kejohanan Terbuka Cayman Island dari 5 hingga 9 April ini sebelum menyambung latihan di bawah jurulatih Liz Irving di Amsterdam, Belanda.

Sementara itu, dalam acara lelaki, pilihan utama Karim Darwish dari Mesir merangkul gelaran pertama musim 2011 apabila menewaskan rakan senegara, Mohamed El Shorbagy 11-9, 11-9, 11-3 dalam masa 52 minit.

Pada kejohanan tahun lalu, Darwish, pemain nombor tiga dunia, kalah kepada Ramy Ashour pada perlawanan akhir.

"Ini adalah perlawanan terbaik saya di sini. Saya tidak pernah menjuarai
sebarang kejohanan di sini," kata Darwish.

Darwish membawa pulang hadiah wang tunai US8,075 (RM24,657) manala Shorbagy pula menerima US$5,525 (RM16,870).

nak bina reaktor nuklear...tolong perhalusi mutu proton....!!!!



Apabila kita membaca dan melihat apa yang sedang terjadi kepada lima buah loji nuklear di Jepun, maka kita akan sedar bahawa ini adalah satu pelajaran yang amat mahal. Mata pelajaran ini sedang dibayar dengan harga darah dan nyawa oleh warga Jepun. Pelajaran di hadapan mata kita ini sedang membuktikan bahawa radioaktif ini amat merbahaya untuk umat manusia.

Ini adalah kali kedua warga Jepun membayar dengan nyawa mereka untuk membuktikan kepada dunia tentang malapetaka yang akan dibawa oleh radioaktif. Kali pertama dahulu pada pada 6 dan 9 Ogos 1945. Pelajaran itu telah dipaksakan ke atas warga Jepun apabila dua butir bom atom telah diledakkan di kota Nagasaki dan Hiroshima.

Kali ini agak berbeza, bukan dengan paksaan dari sesiapa tetapi hasil dari kerja lobi para saudagar penjual loji tenaga nuklear.

Lihat dan perhatikan, ketika loji nuklear di Fukushima terbakar, para saudagar tenaga nuklear, para pelobi tenaga nuklear, para kangkung pakar nuklear dan para politikus rasuah, sedang meminta kita semua bertenang. Suara paling terbanyak meminta kita bertenang datangnya dari sosok yang mengaku arif dan berilmu dalam hal nuklear.

Ilmuan 'kangkung'

Justeru, para profesor dan ilmuan yang arif tentang hal radioaktif kini sedang sibuk membincangkan pandangan mereka. Ilmuan "kangkung" dan pakar nuklear ini sedang bersilat lidah di kaca TV untuk mententeramkan keadaan. Para pakar ini dilihat gah dan hebat dengan ijazah berjela-jela tetapi bila kita selidik dengan rapi, maka akan kita temui bahawa mereka ini ada pertalian kepentingan dengan saudagar penjual loji tenaga nuklear.

Di Malaysia para kangkung ini tidak perlu menyorokkan diri untuk berselindung. Mereka secara terbuka menyokong rancangan kerajaan untuk mendirikan loji nuklear pada tahun 2021. Suara sokongan mereka sedang dijadikan alat untuk bercanang ke hulu ke hilir oleh para saudagar loji nuklear.

Para kangkung ini bersuara menyokong tenaga nuklear bukan kerana mereka berilmu tetapi kerana dengan cara ini sahajalah suara mereka akan dilaporkan oleh media arus perdana. Dengan menyokong tenaga nuklear maka muka mereka akan muncul di kaca TV. Dan jika mereka rajin sadikit mereka akan dapat menulis di ruangan akhbar Utusan atau Berita Harian.

Orang awam jangan terperanjat apabila diberitahu bahawa menulis di Utusan atau di Berita Harian ini juga akan diambil kira sebagai pencapaian keilmuan. Ini juga akan dihitung untuk kenaikkan pangkat dan gaji. Nampaknya menulis di akhbar arus perdana di Malaysia ini telah disamakan tarafnya seperti menulis di majalah Foreign Affairs, New Scientist, Nature atau Oxford Journals.

Maaf. Jangan silap faham. Tulisan saya ini bukan bercita-cita atau berniat untuk memperlekehkan para ilmuan tempatan ini. Tidak. Saya tidak perlu meperlekehkan mereka kerana mereka sendiri memang telah lama lekeh. Majoriti ilmuan kangkung ini lekeh kerana tidak pernah melahirkan buku atau menulis secara ilmiah. Kebijaksanan mereka ialah membodek dan mengampu untuk naik pangkat.

Kalau kurang yakin tentang apa yang saya nyatakan di sini, sila rujuk laporan akhbar minggu lalu bagaimana Najib Razak telah mengingatkan kangkung-kangkung ini agar tidak berebut-rebut untuk menjadi naib cancelor.

Biasanya para akademik yang tegar dengan ilmu pengetahun dan kajian akan menolak pangkat naib cancelor. Sosok yang berilmu akan menolak pangkat ini kerana ia akan membuang masa ekoran terlibat dengan kerja mentabir universiti. Cita-cita sosok yang berilmu ialah membaca, mentelaah, mengkaji, menduga, mencuba di bilik makmal dan akhirnya menerbitkan bahan kajian untuk untuk dibincangkan oleh rakan-rakan dalam dunia akademia.

Seorang akademia yang bukan jenis kangkung tidak akan membuang masa untuk hadir di majlis-majlis 'hampeh' seperti menghantar menteri ke lapangan terbang atau membuang masa dan tenaga untuk memastikkan mahasiswa kumpulan Aspirasi menang dalam pilihan raya kampus.

Pandangan juling tentang Fukushima

Saya telah dan akan terus menimbul dan mempersoalkan tentang keupayaan ilmu profesor kangkung. Saya lakukan ini kerana saya yakin dalam minggu ini akan banyak suara-suara kangkung ini kedengaran. Mereka akan dijemput untuk memberi pandangan-pandangan juling tentang letupan loji nukelar di Fukushima.

Komen dan pandangan profesor kangkung ini akan digunakan untuk mengolah persetujuan orang ramai agar menerima hakikat bahawa negara kita tidak ada pilihan melainkan menggunakan nuklear sebagai punca tenaga elektrik dalam masa 10 tahun yang akan datang. Kangkung ini juga akan memberi pandangan kontot mereka bahawa loji tenaga nuklear ini selamat untuk digunapakai.

Para kangkung ini tidak akan menyebut berapa banyak kecelakan kecil dan besar yang telah terjadi di loji nuklear. Dengan sempoi para kangkung akan melupakan data dan sejarah.

Jika ada disebut satu kecelakaan kecil maka si kangkung ini akan menyatakan yang ini terjadi pada satu ketika yang lama dahulu. Di zaman teknologi secanggih hari ini, tidak mungkin kecelakan akan berlaku lagi.

Hakikatnya, kecelakan yang berpunca dari loji tenaga nuklear berlaku terus menerus. Pada tahun 1979, sebuah loji nuklear Three Mile Island di Pennsylvania, Amerika Syarikat telah hampir meledak. Ini kerana kesilapan teknikal. Selama tiga hari Amerika Syarikat dalam keadaan mengigil menunggu apakah akan terjadi satu letupan.

Pada tahun 1986, satu lagi ledakan loji nuklear telah berlaku di Chernobyl, Ukraine. Ini telah membawa malapetaka yang amat dahsyat. Hingga ke hari ini wilayah sekitar Chernobyl telah ditinggalkan kosong kerana bahaya radioaktif yang masih berkeliaran. Untuk berapa tahun lagi wilayah ini akan ditinggalkan? Berapa lama kesan radioaktif ini akan berkeliaran?

Umur radioaktif ini ditakrifkan sebagai half life. Half life ini mungkin 300 tahun dan mungkin 3,000 tahun. Half life hanyalah konsep. Kerana itu hingga ke hari ini, masih ada bekas warga Chernobyl yang melahirkan bayi cacat dan tidak cukup sifat akibat serangan radioaktif.

Lalu timbul persoalan, jika tenaga nuklear ini amat bahaya kenapa ia masih digunakan. Jawapan untuk soalan ini ialah keuntungan. Para saudagar penjual loji nuklear akan mendapat keuntungan berbilion ringgit apabila ada negara yang ingin membeli loji ini. Loji tenaga nuklear bukan dijual macam kereta.

Teknologi tenaga nuklear ini amat tinggi dan canggih. Tidak semua negara dalam dunia ini memiliki keupayaan untuk mendirikan loji nuklear ini. Negara-negara yang memiliki teknoloji untuk membuat dan menjual loji nuklear ini juga terhad. Ini menjadikan harga loji ini mahal.

Dalam masa yang sana kefahaman dan kesedaran orang ramai terhadap bahaya radioaktif dari loji ini telah ditumpulkan. Seperti di Malaysia, banyak perkara dilakukan oleh politikus tanpa banyak perbincangan.

Malah ada pekara dilakukan secara senyap-senyap tanpa diketahui umum. Contoh terbaik ialah kilang nadir bumi di Gebeng yang juga akan membawa malapetaka radioaktif secara tiba-tiba.

Bangunan, atap, stadium runtuh

Oleh kerana tidak ada perbincangan, maka orang ramai tidak mendapat maklumat yang penuh sama ada perlu menerima atau menolak pengunaan tenaga nuklear sebagai punca tenaga leterik.

Ini ditambah pula oleh lebun para kangkung yang kerap muncul di media arus perdana untuk menjadi juru heboh tenaga nuklear. Pandangan kedua atau cadangan alternatif akan dinafikan untuk untuk memastikan orang ramai dapat terus ditipu.

Malah si pembawa pandangan kedua atau alternatif mungkin akan ditangkap untuk dikenakan ISA. Ini pernah berlaku di Bukit Merah, Perak pada tahun 1987.

Warga di Bukit Merah telah bangun menentang rancangan untuk mendirikan kilang nadir bumi yang kini telah dipindahkan ke Gebeng. Beberapa orang aktivis Bukit Merah telah ditahan dalam Operasi Lalang pada 27 Oktober 1987.

Para menteri pula akan berhujah mengatakan bahawa kita perlu tenaga nuklear kalau tidak kita akan bergelap. Cakap-cakap seperti ini menakutkan orang ramai seolah-olah kita tidak ada pilihan. Di belakang cakap-cakap menteri ini ialah saudagar penjual loji nuklear. Ini samalah seperti kita membeli kapal selam dari Perancis.

Saudagar penjual loji nuklear ini juga bergerak sama seperti saudagar senjata. Malah kadangkala yang menjual senjata ini juga menjual loji tenaga nuklear.

Untuk saya keputusan sama ada Malaysia akan menggunakan tenaga nuklear atau tidak cukup senang untuk dibuat. Kita tidak perlu melihat ke Jepun atau ke Chernobyl. Kita hanya perlu melihat kereta keluaran Proton.

Berapa ramai pembeli kereta Proton telah menyumpah dan menyesal kerana cermin tingkap kereta Proton tidak boleh dipakai. Juga kita sering terbaca bangunan kerajaan runtuh.

Malah kita juga terbaca bagaimana atap bangunan Parlimen telah runtuh. Kali terakhir ialah berita runtuhnya stadium di Kuala Terangganu.

Untuk saya, sebelum kita mendirikan loji nuklear di bumi ini marilah kita meminta secara jujur agar para ilmuan, para saintis dan para jurutera kita dapat memperbaiki cermin tingkap kereta keluaran Proton. Ini adalah asas teknologi.

Kalau yang asas ini pun selalu kantoi, bayangkan apa yang akan terjadi apabila loji nuklear meledak.

Sokong Pakatan Rakyat hapus saman ekor



PAS sekali lagi mempertegaskan sikapnya membantah keras pelaksanaan saman ekor oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana ia menyusah dan membebankan rakyat.Justeru, Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berjanji pihaknya akan menghapuskan peraturan saman tersebut sekiranya diberi peluang memerintah negara menerusi pilihan raya umum akan datang. “Kita isytihar malam ini, kalau Pakatan Rakyat perintah (negara), saman ekor kita hapus. Itu jaminan kita kalau kita perintah,” katanya.

Beliau menegaskan demikian di dalam ucapannya pada sesi ceramah sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat – PAS Ganti Umno (HKR-PGU) Zon Besut - Setiu di Dataran PGU, di Jertih, malam tadi.

Perhimpunan selama dua hari bermula Jumaat itu merupakan siri kedua program seumpamanya dianjurkan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.

Siri pertama telah diadakan pada pertengahan Januari lalu di Dataran Tok Guru, Geliga, Kemaman.

Ceramah malam tadi merupakan acara kemuncak perhimpunan. Selain Abdul Hadi, turut menyampaikan ceramah mereka ialah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Datuk Abu Bakar Chik.

Menurut Abdul Hadi, kesemua parti dalam Pakatan Rakyat berkongsi pendirian mengenai berbagai perkara membabitkan kepentingan rakyat, termasuk soal saman ekor.

“Kita tahu rakyat tidak setuju (pelaksanaan) saman ekor dan PAS memang tidak setuju. DAP tak setuju, Keadilan (PKR) tak setuju. Yang setuju hanyalah Umno Barisan Nasional,” ujarnya.

Beliau malah secara sinis menganggap pelaksanaan sistem saman ekor itu sebagai bukti BN benar-benar menghayati slogan “Rakyat Didahulukan”.

Katanya, BN mendahulukan rakyat untuk merasai beban menampung kekurangan kewangan negara apabila terpaksa berbelanja lebih untuk melunaskan saman ekor itu.

Memahami tekanan hidup rakyat yang semakin meningkat, maka PAS dan Pakatan Rakyat juga katanya akan mengkaji semula harga runcit minyak. Langkah itu diyakini akan turut menghalang kenaikan berterusan harga barangan keperluan harian lain.

“Kita janjikan Negara Berkebajikan. Kita serius menjaga dan membela kebajikan rakyat. Ini bukan janji saja, kita akan buat insya Allah,” tegasnya.

Rakyat Amerika Kutuk Campurtangan Amerika Ke Atas Libya



Setelah 8 tahun berlalunya peristiwa serangan ke atas Iraq, beratus-ratus rakyat Amerika, yang kebanyakannya adalah terdiri dari veteran perang Amerika dahulu dan sekarang, berkumpul di depan Rumah Putih melahirkan rasa tidak puashati mereka dengan tindakan campurtangan Amerika di dalam urusan negara-negara luar seperti Afghanistan, Pakistan dan juga Libya.




Semalam, tentera Amerika Syarikat dan Britain telah menembak sekurang-kurangnya 110 roket jenis Tomahawk ke arah Libya bagi melumpuhkan pertahanan udara rejim Presiden Muammar Gaddafi.

Naib Panglima Angkatan Tentera Amerika, William Gortney memberitahu pemberita roket Tomahawk itu dilancarkan oleh kedua-dua kapal perang dan kapal selam milik Amerika dan Britain ke arah 20 sistem penyelarasan pertahanan udara bersama dan kemudahan pertahanan pesisir Libya.

"Roket pertama ditembak jam 1900 GMT diikuti serangan udara yang dilancarkan pesawat pejuang tentera Peranchis," kata Gortney, yang juga pengarah staf bersama tentera Amerika Syarikat.

"Ia adalah fasa pertama daripada pelbagai peringkat operasi serangan," katanya.

"Oleh kerana ketika itu waktu malam di sana (Libya), ia mengambil masa untuk kita mengetahui lebih lengkap kejayaan serangan ini," katanya.

Di Chicago ribuan rakyat keluar berdemonstrasi mengutuk campurtangan Amerika di dalam perang di Libya.

"Kita sepatunya hentikan peperangan bersenjata ini, kami di jalanraya untuk memberitahu kepada semua, sepatutnya tiada lagi peperangan," jerit seorang pemprotes dengan sepanduk "No War" di tangannya.

"Selamatkan wang untuk kesihatan, pekerjaan, sekolah dan bukan untuk peperangan," kata para penunjuk perasaan yang membahagikan risalah di jalan-jalanraya.

DUN Sarawak.....ayuh kita serang abis abisan untuk gulingkan mubarak laknat sarawak dan BN....!!!



Taib Mahmud telah pun mengumumkan DUN Sarawak akan dibubarkan Isnin ini.. dan notis mengenainya telah dihantar kepada TYT Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng. Taib Mahmud juga mengumumkan akan bersara selepas pada pilihanraya ini..namun bolehkah mempercayai kata-kata orang tua yang mabuk kuasa ini selama 30 tahun ini..

Bagai sudah dirancang...Najib turun di Sarawak bagi mengumumkan projek kencing rakyat berjumlah RM253juta..dari mana lah duit datang mencurah-curah ni...cilakak punya Be End !!Kalau di tanya kenapa Be End umum projek ketika ini, pasti dijawab seperti skrip dulu-dulu “projek ini sudah lama dirancang, kebetulan terkena tarikh pilihanraya” ha..ha..ha..kau ingat..kami rakyat bahalol macam engkau ke Be End!! Kami rakyat sudah lama makan garam...

Khabar angin juga bertiup kencang kononnya pengundian jatuh pada 16 April. Bagaimanapun masih belum jelas bilakah tarikh penamaan calon dijalankan kerana ia bergantung kepada tempoh berkempen. Difahamkan Be End Sarawak tak mau tempoh berkempen lama dengan alasan akan berlaku suasana tidak tenteram dikalangan rakyat akibat propaganda pembangkang kononnya... atau yang sebenarnya Be End berasa kecut dengan situasi semasa politik di Sarawak yang tidak menyebelahi mereka.

Isu kekayaan Taib Mahmud dan keluarganya menghantui Be End..rata-rata rakyat Sarawak sudah bosan dengan kencing-kencing Be End Sarawak selama ini yang diterajui oleh Taib Mahmud. Kekayaan berbillion ringgit Taib Mahmud dan keluarganya serta isu penyelewengan kuasa bakal menjadi duri dalam daging buat Be End..tetapi memberi kelebihan buat Pakatan Rakyat khasnya media baru iaitu blogger-blogger pro Pakatan Rakyat. Oleh itu...ayuh!! blogger pro Pakatan Rakyat kita serang habis-habisan bagi memastikan Najib, Taib Mahmud dan para soldadunya kecundang pada pilihanraya kali ini..



addin77

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here