cari maklumat di sini

Your Ad Here

Tuesday, November 16, 2010

Bilik asmara di serbu....pelacur melayu ke nie...?????



TAHAN...gadis yang ditahan bersama lelaki bukan Islam di biliknya, kelmarin.

SUBANG: Seorang gadis berusia 22 tahun ditahan bersekedudukan dengan seorang lelaki bukan Islam di sebuah bilik kecil yang disewanya di Kawasan Perindustrian Puchong Utama, di sini, malam kelmarin.

Gadis itu dicekup penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ketika berbaring bersama pasangannya dalam bilik berkenaan.

Dalam operasi bersepadu bermula kira-kira jam 11 malam itu, dua lagi wanita yang bersekedudukan dengan pasangan bukan Islam ditahan dalam bilik berasingan di kawasan sama.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Adnan Md Ikhsan ketika ditemui berkata, semua wanita itu dipercayai sudah dua tahun menginap di bilik berkenaan.

Katanya, mereka tinggal di bilik kecil yang diubah suai secara haram dari sebuah unit pangsapuri. “Setiap unit pangsapuri empat tingkat di Kawasan Perindustrian Puchong Utama itu memiliki tiga bilik tidur, namun pemiliknya mengubahsuai dengan meletakkan papan penghadang menjadikannya 10 bilik kecil.

“Kami mengesan taktik ini selepas mendapat maklumat jiran dan hasil pemeriksaan, tiga rumah di kawasan itu mengubah suai kediaman berkenaan kepada 10 bilik kecil setiap unit,” katanya.

PAS 'terima' Zaid: Husam dakwa berita direka

Ahli jawatankuasa pusat PAS Datuk Husam Musa mendakwa Bernama membuat laporan "karut" berhubung kesediaan parti itu menerima bekas ahli parti lain, termasuk Datuk Zaid Ibrahim.

"Apa yang dilaporkan Bernama yang kononnya dipetik daripada kenyataan saya semalam adalah tidak benar dan direka-reka," katanya.

Sehubungan itu, menyatakan kekesalaannya, Husam yang juga exco kanan kerajaan Kelantan mendesak berita itu ditarik balik.

Beliau juga mengkriti Bernama yang membuat laporan "rasmi" untuk kegunaan media lain, "seolah-olah laporannya adalah betul dan rasmi".

ibu bayi ini tak sempat nak jadi graduan sekolah hamil ali ketam haramjadah....

Mayat Bayi Lelaki Ditemui Di Sungai Kelang



Gambar: Dua anggota Unit Foransik memeriksa mayat bayi lelaki yang dijumpai di tepi Sungai Klang berhampiran rumah flet PKNS AU/3 Keramat Hulu Klang di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki ditemui mati terapung di Sungai Klang, berdekatan Flat PKNS AU3 Keramat, di sini hari ini.

"Mayat bayi itu ditemui seorang lelaki Indonesia yang menjala di sungai itu pada kira-kira jam 2 petang," kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan.

Beliau berkata, berdasarkan keadaan mayat yang lebam kebiruan, polis percaya bayi terbabit berada di situ sejak dua atau tiga hari lalu.

"Ketika ditemui mayat bayi itu dalam keadaan terlingkup dan tidak berbaju dengan tangan kanannya tersangkut pada sebatang kayu yang tercacak di tebing sungai itu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata, tiada kecederaan ditemui pada mayat itu dan berdasarkan pemeriksaan awal, polis percaya bayi itu bukan baru dilahirkan kerana tidak terdapat tali pusat pada badannya.

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.-Bernama

Media Tanpa Etika Patut Di Ajar



Ketua Dewan Pemua PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hasan at-Tantawi (gambar) menegaskan, memang layak media yang tidak beretika mesti diajar sebagai teladan untuk mereka mengkaji semula laporan yang berat sebelah.

Berucap pada malam penutup Karnival Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU) malam tadi, beliau berkata tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Kedah melarang media pro Umno membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) merupakan reaksi biasa sebagai protes bukanya menghalang kebebasan media.

"Tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan memang patut sebab media pro Umno buat liputan berat sebelah berkaitan banjir. Media hanya tumpukan pada sumbangan Kerajaan Pusat, seolah-olah menidakkan bantuan kerajaan negeri. Lepas tu hentam tanpa bagi peluang Menteri Besar menjawab," terangnya.

Sebagai contoh, katanya ketika bantuan Dewan Pemuda PAS Pusat yang berkampung di Kubang Rotan di mana mangsa banjir diberikan sumbangan dan disajikan gulai daging lembu pada hari pertama, pada hari kedua pula ayam masak merah manakala hari ketiga gulai telur ikan masin.

“Bila hari ketiga, datang TV3 dan terus menemu ramah mangsa yang dihidangkan gulai telur ikan masin. Mereka buat cerita bukan-bukan kononnya mangsa diberikan hidangan yang tidak seberapa, ada pilih kasih dan seumpamanya.

"Itulah kejahatan yang dibuat, mereka mencipta isu demi kepentingan Umno dan Barisan Nasiona (BN). Mereka meninggalkan etika yang mengkehendaki bersikap jujur dan tulus pada sebarang laporan," jelasnya kecewa.

Dewan Pemuda PAS Pusat juga menyifatkan, laporan yang dibuat oleh media pro Umno itu didalangi oleh beberapa individu yang sengaja mengambil kesempatan berlakunya banjir terburuk yang melanda Negeri Kedah.

Beliau juga yakin peristiwa yang berlaku itu tidak akan mendorong rakyat untuk kembali ke pangkuan Umno yang telah membohongi mereka sejak 50 tahun lalu.

"Rakyat Kedah pasti tahu cerita sebenar apa yang berlaku. Semua itu pembohongan media pro Umno yang senantiasa mencari ruang untuk mereka mengucar-kacirkan pemerintah Pakatan Rakyat,” katanya.

makan kek sambut genap sebulan gerakan anti menara warisan



Pengendali laman web Facebook Anti-menara warisan yang mensasarkan sejuta ahli akan mengadakan sambutan sebulan laman facebook berkenaan diasaskan dengan mengadakan sesi makan kek.

Pengendali laman web facebook terbabit dalam satu catatannya, menggesa penyokong laman anti-warisan supaya berkumpul di lima lokasi di seluruh Malaysia untuk jamuan makan kek bagi menyambut genap sebulan laman tersebut diasaskan.

Laman web facebook berkenaan diasaskan bagi membantah cadangan pembinaan menara 100 tingkat oleh kerajaan persekutuan bernilai RM5 bilion yang akan dibina oleh Pelaburan Nasional Berhad (PNB) di tapak terletaknya Stadium Merdeka dan Stadium Negara.

"Kita mengadakan sambutan ini kerana rakyat biasa di negara ini, yakni bukan ahli NGO ataupun ahli politik kerana buat julung kalinya kita telah menganjurkan secara beramai-ramai laman ini yang dianggap sebagai hak bersuara untuk membantah sepenuhnya projek mega yang tidak popular ini.

Ini bukan projek mega pertama, tetapi ini adalah buat kali pertama sesuatu projek mega menghadapi bantahan yang teratur pelbagai kaum. Mulai hari ini, tiada lagi sebarang projek mega akan dibina sewenang-wenangnya bertentangan dengan pendapat umum...kerana itu,kita meraikan saat berkenaan," tulis pengendali laman terbabit yang tidak dikenali.

Lima lokasi yang dikenalpasti oleh pengendali laman terbabit adalah taman pancuran air KLCC dan Stadium Merdeka di Kuala Lumpur, Dataran Speaker di Esplanade Pulau Pinang, Coffee Bean di Wisma Merdeka, Kota Kinabalu, restoran Secret Recipe di Lunas, Kedah dan restoran Mcdonald di Kampar.

Peserta dijangka akan berkumpul di lokasi terbabit selama dua jam sambil berkenalan sesama mereka dan membeli sepotong kek sebagai simbol bantahan kepada menara warisan berkenaan.

Dalam pada itu, pengendali laman anti-warisan terbabit yang juga menyedari aktiviti berkenaan akan 'dipantau' oleh kerajaan yang melihatnya sebagai aktiviti 'anti-kerajaan' memberi jaminan kepada peserta yang bakal hadir bahawa acara berkenaan tidak menyalahi undang-undang.

"Bukan menjadi kesalahan untuk memakan kek di tempat awam, bagi mereka yang musykil, atau bimbang diganggu oleh polis, jangan teragak-agak untuk hubungi Majlis Peguam," tulis pengendali laman web itu lagi.

Beliau juga menetapkan lima garis panduan untuk dipatuhi ketika menghadiri sambutan berkenaan iaitu, memastikan sesuatu kumpulan tidak diketuai oleh seseorang pemimpin kumpulan, tidak membawa sebarang kain rentang namkun plakad bersaiz A4 dibenarkan, tiada sebarang laungan slogan, digalakkan membawa perlatan perakam video dan audio dan senantiasa mengemaskini perkembangan di laman facebook bagi membolehkan media mengikuti perkembangan majlis berkenaan.

Laman Facebook "Sejuta Rakyat Tolak Menara 100 Tingkat' diwujudkan sejurus selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan rancangan pembinaan Menara Warisan setinggi 100 tingkat

Setakat ini, hampir 250,000 pengunjung web berkenaan telah memberikan kata "ya' menyokong bantahan pembinaan menara berkenaan dan mencetuskan perbincangan hangat isu mengenai menara terbabit sehingga kepada isuu pentadbiran yang telus.

Pelbagai pihak yang membantah pembinaan menara berkenaan menyifatkan ianya suatu pembaziran dan kos pembinaannya adalah lebih baik jika disalurkan kepada kebajikan, pendidikan dan menambahbaik pengangkutan awam.

Pembinaan menara Warisan Merdeka terbabit dijangka dimulakan tahun depan oleh syarikat milik kerajaan, PNB dan dijangka menelan belanja RM5 bilion.

tvs

bapa menyesali ( tak ada kena mengena dengan mithali)... Beli nombor ekoq bawa anak



JEMPOL – Seorang bapa yang asyik membeli nombor ekor dan ditemani anak kecil terkejut apabila premis terbabit diserbu pihak berkuasa, petang kelmarin.

Dalam operasi bersepadu yang dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di sekitar pekan Bahau dekat sini, seramai 18 orang Islam termasuk seorang wanita berjaya ditahan kerana didapati berada dalam premis perjudian.

Operasi yang bermula jam 2 petang itu juga membabitkan tujuh premis perjudian yang disyaki menjadi tumpuan ‘kaki ekor’ di daerah ini.

Penyelaras operasi, Mohd Zol Sidek berkata, semua yang ditahan berumur dalam lingkungan 30-an hingga 50-an itu didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 79 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 2003 dan ditahan di Balai Polis Bahau untuk siasatan lanjut.

SH

"pengganas" DUN Perak masih nak saman rm 100 juta kununnya di syaki pengganas oleh pihak berkuasa AS

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar pada Isnin, permohonan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, bagi memasukkan penghakiman terhadap Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga pihak lain, dalam saman fitnah RM100 juta terhadap mereka.

Penolong Pendaftar Kanan, Noordura Mohamed Din menetapkan tarikh itu dalam kamar selepas menemui pihak-pihak berkenaan hari ini.

Peguam Zambry, Firoz Hussein Jamaluddin, memberitahu media bahawa mahkamah menjadualkan semula tarikh untuk mendengar permohonan Zambry kerana peguam defendan Ranjit Singh memohon untuk penangguhan.

Menteri Besar Perak itu memohon untuk memasukkan penghakiman mengikut Aturan 27 (Peraturan 3) Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 berikutan pengakuan defendan-defendan dalam pernyataan pembelaan mereka.

Pada 25 Februari lalu, Zambry memfailkan saman fitnah menamakan Dr Wan Azizah selaku pemegang jawatan dalam PKR, Timbalan Presiden, Syed Husin Ali yang juga ketua editor Suara Keadilan; penerbit akhbar berkenaan, Pelita Koridor Sdn Bhd dan pencetak Suara Keadilan, Percetakan NPK Sdn Bhd sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Zambry berkata, artikel yang disiarkan dalam akhbar Suara Keadilan edisi 29 Disember 2009 hingga 5 Januari 2010, bertajuk "Zambry Disyaki Pengganas - Gagal masuk ke Amerika Syarikat" mengandungi perkataan berunsur fitnah yang palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan berniat jahat.

Beliau menegaskan bahawa beliau tidak dihalang daripada memasuki Amerika Syarikat, malah dibenarkan masuk ke negara itu serta diberikan pengiktirafan yang sesuai dengan kedudukan beliau sebagai menteri besar Perak.

Zambry berkata, lawatannya ke Amerika Syarikat mendapat liputan meluas media dan defendan telah menyiarkan kata-kata berunsur fitnah itu dengan sengaja.

Menteri besar Perak itu berkata, perkataan berunsur fitnah itu telah melukakan perasaannya dengan begitu mendalam, mencemarkan dengan teruk reputasi awam, peribadi dan politiknya serta membawa kepada skandal awam, kebencian dan penghinaan.

Beliau menuntut ganti rugi RM100 juta, termasuk ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan, faedah lapan peratus setahun dan juga injunksi bagi menghalang defendan daripada menyiarkan perkataan berunsur fitnah itu atau sebarang perkataan berunsur fitnah yang serupa terhadapnya.

Defendan, dalam pernyataan pembelaan mereka, menyatakan bahawa permohonan maaf bertajuk “Mohon Maaf Dr Zambry” dan penarikan balik artikel telah disiarkan dalam akhbar parti keluaran 30 Mac hingga 6 April 2010.

- Bernama

Sunday, November 14, 2010

pengadil kayu anak saudagar penipu...malaysia bungkus gara gara pengadil termakan najis tokeh babi..????



REAKSI Safiq yang ternyata kecewa selepas dilayangkan kad merah pada pertemuan menentang China di Stadium Tianhe, Guangzhou, China semalam. Malaysia tewas 0-3.

MALAYSIA tewas 0-3 kepada China pada perlawanan penuh kontroversi dalam saingan Kumpulan A temasya Sukan Asia 2010 di Stadium Tianhe, Guangzhou malam tadi.

Ini kerana pengadil dari Australia, Ben Williams telah melayangkan tiga kad merah kepada Mahali Jasuli, Safiq Rahim dan S. Kunanlan. Selain itu, lima pemain lain iaitu Fadhli Shas, Norshahrul Idlan Talaha, Amar Rohidan, Asraruddin Putra Omar dan Muslim Ahmad turut dilayangkan kad kuning berbanding pemain China yang langsung tidak diberi sebarang kad.

Jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal jelas begitu berang dengan keputusan 'berat sebelah' pengadil yang sama sekali telah meranapkan hasrat Malaysia sekurang-kurangnya mencatat keputusan seri dengan China. "Ini pertama kali dalam sejarah saya melihat pengadil seteruk ini. Ini juga pertama kali saya bertindak untuk memberi komen terhadap pengadil. "Saya cukup kecewa. Jika satu kad merah tidak mengapa. Ini kami terpaksa main sembilan pemain sepanjang 55 minit dan lapan pemain pada 10 minit terakhir," kata Rajagobal pada sidang media selepas perlawanan semalam.

Pada minit ke-24, Mahali dilayangkan kad merah setelah didakwa sengaja menyepak bola ke luar padang manakala Safiq turut menerima nasib sama kerana dikatakan cuba membantah keputusan pengadil. Kunanlan pula menerima kad kuning pertama pada minit ke-79 dan kad kuning kedua seterusnya kad merah seminit kemudian kerana memberikan sepakan penalti. "Semua pemain telah berkerja keras biarpun terpaksa lawan 11 pemain. Cuma sukar untuk terus bertahan pada baki 45 minit dengan kekurangan pemain," jelasnya.

Gol pertama China dijaringkan Li Jianbin menerusi tandukan selepas sepakan percuma pada minit ke-61 diikuti gol kedua hasil sepakan percuma Zhao Honglue pada minit ke-64 sebelum Zhang Linpeng menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-82.



KONTROVERSI... Williams melayangkan kad merah kepada kapten Malaysia, Safiq Rahim (tengah) pada aksi di Stadium Tianhe, Guangzhou semalam. Malaysia tewas 0-3.

Sementara itu, Safiq yang merupakan ketua pasukan negara memberitahu: "Saya hanya tanya pengadil kenapa Mahali dilayangkan kad merah. Kemudian saya diberi kad kuning. "Apabila saya tanya pula kenapa saya kena kad kuning, pengadil terus keluarkan pula kad merah," katanya.

Malaysia bagaimanapun tetap berjaya layak ke pusingan kedua selaku empat pasukan tempat ketiga terbaik dan akan bertemu juara Kumpulan B, Iran petang esok.

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here