cari maklumat di sini

Your Ad Here

Friday, March 9, 2012

transformasi gopoh gapah najib tiru buku jingga PR....Mulut didahulukan, flip-flop diutamakan....!!!!

 

Pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menonjolkan sekali lagi kegagalan transformasi yang diwar-warkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan akhirnya terpaksa berbalik kepada sistem lama.

Isu SPBA diwujudkan secara gopoh-gapah sebagai reaksi segera PM kepada janji Pakatan Rakyat (PR) dalam Buku Jingga.Bahkan, pemerhatian umum yang dilakukan terhadap banyak perkara yang dikatakan transformasi kerajaan hanyalah berkisar di sekitar Buku Jingga PR.

Isu penyenaraian Felda pula mengambilkira janji PR untuk memastikan hak peneroka terpelihara di semua ladang Felda. Dan lainnya, hanyalah gambaran sebenar sikap menggelabah PM dalam menghadapi janji Buku Jingga..

Banyak ‘transformasi’ yang dilakukan kerajaan pimpinan Najib, bukanlah penyelesaian kepada masalah sebenar yang dihadapi rakyat.

Lihat sahaja apa yang berlaku terhadap penyenaraian Felda Global Ventures Holdings, sebuah syarikat yang tiada aset selain hutang diberi amanah untuk mengambil aset Felda Plantation, Koperasi Permodalan Felda dan lain sebagai modal penyenaraian. Kini ia berhadapan dengan pelbagai bantahan peneroka Felda dan kakitangan Felda yang tidak bersetuju.

Demikian juga isu kegagalan kerajaan mengawal harga barangan pengguna, katanya, di mana akhirnya kerajaan sekadar mampu mewujudkan kedai- kedai 1Malaysia yang disubsidikan duit berjuta ringgit untuk menjual barang pada harga yang diwar-warkan lebih rendah.

Sedangkan tugas kerajaan bukan mewujudkan kedai murah. Bayangkan pekedai lain terpaksa bersaing dengan kedai kerajaan, dan ini sangat tidak adil bagi peniaga dan rakyat yang jauh dari kedai 1 Malaysia, yang terpaksa membeli dengan harga yang lebih mahal.

"Ini juga membuktikan kegagalan Najib dan kerajaan sekali lagi menggunakan cara yang tidak munasabah untuk mengawal harga barangan kepada pengguna,” kata beliau.

Isu SPBA, adalah berkait-rapat dengan janji PR kepada kakitangan awam dan skim gaji minimum yang dijanjikan dalam belanjawan alternatif 2012 PR.

Dalam flip-flop terbaru Najib ini, ia adalah jelas akibat daripada sikap gopoh-gapah pentadbiran Najib tanpa perancangan teliti, kajian mendalam dan sikap mengenepikan pandangan kesatuan sekerja dan badan berkaitan.

Oleh kerana sikap gopoh-gapah, katanya, akhirnya rakyat mendapati apa yang dicadang oleh PM berhadapan dengan pelbagai masalah sehingga terpaksa disemak, ditarik balik dan dibatalkan.

Akhirnya, kerajaan berhadapan bantahan umum kakitangan sehingga terpaksa menarik balik, dan kembali kepada sistem lama. Inilah transformasi 1Malaysia Najib – 'Mulut didahulukan, Flip-Flop diutamakan...

Saturday, March 3, 2012

BAHAYANYA ZIONIS TEMPATAN LEBIH DASYAT DARI ZIONIS DI ISRAEL

 

Ramai yg terlepas pandang mengenai asal usul dan juga connection antara nabi muhammad saw dan nabi isa as. kedua-dua nabi ni asal dari nabi ibrahim as. selepas nabi ibrahim, semua nabi yang Allah utuskan adalah berasal dari keturunan nabi ibrahim as. secara ringkasnya, nabi ibrahim mempunyai dua isteri, isteri pertama melahirkan nabi ishak dan isteri kedua melahirkan nabi ismail.

dari nabi ishak dtg lah nabi isa dan dari nabi ismail dtg lah nabi muhammad saw. maknanya, semua adik beradik.kita semua patut  bersetuju  bahawa bangsa yahudi bukanlah bangsa yang patut disalahkan. ramai org yahudi yang beragama judaism menentang pembentukan negara israel. menurut mereka, pembentukan negara israel adalah menyalahi agama mereka. dan di palestine, sebelum tahun 1948, memang org yahudi dan arab palestine telah hidup bersama tanpa apa-apa masalah.

di bandar jaffa umpamanya, telah wujud kerjasama ekonomi antara org2 arab palestine dan org2 yahudi. mereka mengeksport buah oren jaffa. jaffa ialah bandar yg terkemuka dan juga dikenali sebagai bandar yang memberikan kerja kepada org2 egypt dan mediteranean timur. sila tgk dokumentari pasa jaffa orange kalau nak tahu lebih lanjut. bukan bangsa yang patut di salahkan tetapi org yang membawa ideologi yang patut di salahkan. dan ideologi ini di bawa oleh sesiapa yang percaya kepada ideologi ini tak kira bangsa apa pun. kira macam agama jgklah..tak kira bangsa apa pun sebab agama adalah cara hidup

 

 

 

 

rentakinfo

 

Wajah yahudi berperikemanusian lebih baik dari wajah tempatan berperangai zionis

Tuesday, February 21, 2012

inikah di katakan index jenayah merudum....Penduduk terkejut sembilan kereta dipecah dan barangan berharga di curi...!!!

SEBAHAGIAN kereta yang dipecah dalam kejadian di Taman Desaria, Petaling Jaya semalam.

PETALING JAYA - Penduduk kawasan PJS 5 di sini semalam terkejut apabila mendapati sembilan buah kereta yang diletakkan di tanah lapang berhampiran Pangsapuri Desaria dipecah penjenayah yang mahu mencuri barangan berharga.

Kejadian tersebut disedari pada pukul 7 pagi ketika pemilik kenderaan mahu menggunakan kereta mereka untuk ke tempat kerja.

Antara kereta yang dijadikan sasaran oleh penjenayah itu termasuk Proton Persona, Gen 2, Saga, Satria, Wira dan sebuah teksi. Kejadian itu pula disyaki dilakukan oleh lebih seorang penjenayah.

Seorang pekerja butik barangan kosmetik, Nor Azurah Nordin, 28, berkata, dia hanya tahu kereta Proton Satria miliknya dipecah selepas dihubungi ibunya yang tinggal berhampiran tempat kejadian.

"Selepas diperiksa, saya dapati pemain cakera padat digital telah lesap manakala cermin tingkap pemandu pecah. Saya rugi RM1,000," ceritanya.

Pada masa sama, seorang pekerja bengkel, Kamal Salim, 23, memberitahu, kejadian itu menyebabkan dompet yang tertinggal di dalam kereta Proton Persona miliknya lesap. Kereta itu baru dibeli lima bulan lalu.

agaknya dah tak ada betina lain.....2 jadi mangsa simbahan asid.........Janda Berkenaan Terkilan Jika Beliau Jadi Penyebabnya

“Saya kesal kalau benar saya yang menjadi punca mereka bergaduh,” kata janda berusia 24 tahun yang enggan dikenali dari Kampung Serating, Merchang, di sini, yang terkilan kerana dikatakan penyebab kejadian simbah asid di kampung terbabit, pagi Ahad lalu.

Bagi mengelak prasangka buruk terhadapnya, ibu kepada dua anak itu menjelaskan salah seorang suspek dan mangsa adalah bekas teman lelakinya dari kampung sama.

Menurutnya, mereka bersengketa apabila mengetahui seorang daripada mangsa iaitu Sharul Zaman Salim, 38, cuba melamarnya beberapa minggu lalu.

“Memang dia (Sharul Zaman) melamar saya minggu lalu, tetapi saya menolak kerana beranggapan mereka hanya sebagai kawan saja.

“Kejadian itu juga menyebabkan penduduk kampung memandang serong kepada saya selain tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerja sebagai pembantu kedai makan dan sangat terkilan seandainya betul kejadian itu ada kaitan dengan saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, susulan tangkapan terhadap dua lelaki berusia 39 dan 32 tahun yang dipercayai terbabit mencederakan dua mangsa dalam kejadian di Kampung Padang, Merchang, di sini, Ahad lalu, polis menahan seorang lagi lelaki berusia 26 tahun bagi membantu siasatan.

“Lelaki terbabit seorang buruh binaan dari Kampung Padang, Merchang ditahan di premis mencuci kereta di kampung berkenaan kira-kira jam 4.30 petang semalam (kelmarin) dan penahanan terhadap lelaki terbabit dipercayai dapat membantu siasatan yang kini hampir selesai,” katanya. -HM

 

Mangsa simbah asid dibedah esok

 

 

MOHD. FAZIL terlantar di wad mangsa kebakaran HSNZ, Kuala Terengganu semalam dan dijangka dibedah esok.

KUALA TERENGGANU - Dua lelaki yang menjadi mangsa kes simbah asid ketika tidur di sebuah rumah di Kampung Padang Merchang, Marang dekat sini Ahad lalu dijadual menjalani pembedahan menampal kulit baharu esok.

Mohd. Fazil Idrus, 18, dan Shahrulzaman Salim, 38, kini dalam keadaan stabil dan ditempatkan di Unit Kebakaran Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Bapa Mohd. Fazil, Idrus Mat Nor, 54, berkata, anaknya itu bakal dibedah bagi membolehkan kulit paha lapisan pertamanya diambil untuk ditampal pada bahagian muka, tangan dan kaki yang melecur teruk.

"Kami harap pembedahan itu berjaya, sedih juga rasa apabila Mohd. Fazil masih enggan bercakap sejak ditimpa musibah itu," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Idrus juga belum tergamak membenarkan Mohd. Fazil melihat cermin bagi mengelakkan anaknya itu terkejut.

"Saya tidak tahu bagaimana dia mahu hadapi semua ini kerana hampir separuh daripada mukanya telah melecur," tambahnya.

Kosmo! kelmarin melaporkan mengenai nasib malang dua sahabat itu yang cedera parah selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali ketika tidur di sebuah rumah di Kampung Padang Merchang. -kosmo

ini di katakan index jenayah makin merudum....Duda dibunuh kejam

 

“Kejam hingga abang saya diperlakukan demikian dan apakah salahnya hingga sanggup dia dibunuh sebegitu rupa,” kata Abdullah Isa, 49, adik, Saari, 51, yang dijumpai mati dipercayai dibunuh dalam sebuah ladang getah di Kampung Panggong Lalat, dekat sini, pagi semalam.

Mayat Saari ditemui seorang penoreh getah yang sedang melalui jalan kebunnya kira-kira jam 7.30 pagi dan terkejut melihat mayat lelaki terbabit dalam keadaan berlumuran darah tidak jauh dari motosikal ditungganginya.

Abdullah yang terkilan dengan kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu mahu pihak berkuasa menahan penjenayah terbabit dan dibawa ke muka pengadilan supaya hukumannya setimpal dengan kesalahan yang dilakukan itu.

Ketika ditemui di tempat kejadian, beliau mengakui telah lama tidak bertemu dengan abangnya itu terutama selepas arwah bercerai dengan isterinya sejak 10 tahun lalu ketika Saari tinggal di Kampung Kubang Kerian, Kota Bharu.

“Saya memang tidak tahu abang saya itu tinggal di mana selepas berpisah dengan isterinya dan terkejut apabila dimaklumkan rakan Saari dijumpai mati dipercayai dibunuh di kampung tersebut. Ketika saya tiba di tempat kejadian kira-kira jam 10 pagi, rasa gemuruh di hati kerana terlalu marah dengan sikap kejam penjenayah itu hingga sanggup membunuh abang kandung saya sendiri,” katanya.

Beliau berkata, sebelum ini juga dia pernah bertanya khabar rakan-rakan mengenai kehidupan Saari dan tidak sangka tempat tinggal sementaranya di kampung itu menjadi tragedi yang tidak boleh dilupakan.

“Arwah juga ada lima anak, tetapi anaknya itu tinggal bersama ibunya di kampung dan dia membawa diri berikutan tertekan selepas bercerai dengan isterinya,” katanya.

Saksi yang menemui mayat mangsa, Jasni Zaid, 51, berkata, dia ketika melalui jalan masuk ke kebunnya itu terkejut ternampak seorang lelaki yang terbaring di tepi jalan dalam kebun getah kira-kira jam 7.30 pagi.

Katanya, dia menyangka mangsa masih hidup walaupun dalam keadaan berlumuran darah, namun apabila menghampirinya untuk memberi pertolongan lelaki itu sudah meninggal dunia.

Berikutan itu, beliau terus keluar semula dari kebun getah tersebut untuk memberitahu kepada seorang ketua kampung sebelum melaporkan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang.

“Saya amat terkejut dengan keadaan berlaku itu dan rasa amat kejam dengan sikap penjenayah tanpa belas kasihan,” katanya.

Beliau berkata, mangsa mungkin telah lama tinggal di sebuah pondok kecil berhampiran di situ bagi membuka tanah untuk pertanian bersama beberapa rakannya.

“Memang sebelum ini saya nampak beberapa lelaki yang kerap memasuki jalan menuju ke kebun getah itu untuk membangun tanah bagi tujuan pertanian,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Superintendan Lai Yong Heng berkata, mayat Saari ditemui seorang penoreh getah jam 7.30 pagi di kawasan tersebut dan terus melaporkan kepada polis.

Menurutnya, mayat mangsa yang berasal dari Kampung Kala Baru bekerja sebagai penjaga kolam ikan itu dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

“Mangsa yang ditemui memakai seluar berceloreng dan kemeja T putih ini turut cedera parah di kepala serta terdapat kesan luka di kaki. Hasil siasatan awal juga menunjukkan terdapat kesan pergelutan di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di pejabatnya semalam.

“Kita menunggu keputusan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian sama ada melibatkan objek tertentu atau sebaliknya. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis berdekatan,” katanya.

 

 

sh

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here