cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, February 26, 2011

darah daging UMNO perasuah....i help u ..u help me... Lima pemimpin PKR dipujuk lompat parti



PKR mendakwa lima pemimpin cabang parti itu di Pahang dipujuk untuk 'lompat' menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.

Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail berkata, selain diri mereka, pemimpin berkenaan turut dipujuk untuk membawa bersama kira-kira 500 penyokong.

"Selain wang, mereka turut dijanjikan projek jika membuat pengisytiharan seperti yang dikehendaki," katanya.

Sehubungan itu, kata Saifuddin, pihaknya memberi amaran kepada pemimpin cabang di seluruh negara supaya jangan ambil rasuah yang didakwanya berleluasa pada setiap PRK.

“Jika gejala ini tidak dibendung, dikhuatiri ia akan menjadi asam garam politik Malaysia dan lebih menyedihkan, akan diterima rakyat,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, pada sidang media di sini, kelmarin.

Saifuddin berkata, pimpinan PKR tidak akan teragak-agak menggantung keahlian mana-mana ahli yang terbukti menerima rasuah sebegini, serta-merta.

“PKR sedang mengumpul bukti dan akan mendedahkannya dengan dokumen lengkap,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, pihak tidak bertanggungjawab mengubah taktik dengan memberi rasuah kepada pimpinan bawahan PKR kerana mereka tidak lagi berjaya memujuk pemimpin atasan.

Menurutnya, sebelum ini, memang terdapat banyak insiden rasuah seperti ini sehingga ramai pemimpin PKR sanggup bertindak keluar parti, sekali gus memberi imej tidak baik dan memudahkan lagi lawan menyerang.

“Tindakan ini amat kotor. Mereka sanggup lakukan apa sahaja, termasuk memberi rasuah, demi mencapai matlamat mereka,” katanya.

Ditanya siapa pemimpin PKR yang terlibat, beliau enggan menamakan mereka, tetapi berkata, selain lima kes di Pahang, terdapat satu kes di Melaka dan satu di Kuala Lumpur.

“Kita menolak sekeras-kerasnya cubaan jijik seperti ini. Kita akan dedahkan kepada umum siapa dalang di sebaliknya,” katanya.

SH

Thursday, February 24, 2011

mak ooiii....dah nak berkerat tangan masih nak berdrama....caiitt....bior betol nie....!!!

Isteri makin kecewa, suami masih berdrama !




"Hanya saya, dia dan keluarga kedua-dua belah pihak yang tahu perkara sebenar. Biarlah apa yang dia mahu katakan sedangkan Allah yang lebih mengetahui."

Itu luahan isteri kepada juruteknik yang mendakwa ditetak menggunakan pisau pemotong daging dalam kejadian yang berlaku di rumah mereka di Taman Pinji Ria, Pengkalan dekat sini pada Jumaat lalu.

Dalam nada sebak, wanita yang tidak mahu identitinya didedahkan memberitahu, dia mendapat sokongan penuh daripada keluarga mertua untuk tampil membersihkan kembali namanya yang tercemar akibat tuduhan suaminya.

Namun katanya, dia masih belum bersedia untuk tampil menceritakan hal sebenar dan meminta diberikan masa untuk menenangkan fikiran.

Wanita yang berusia 24 tahun itu juga memberitahu, dia kini berada di sebuah kampung dan telah diberikan cuti oleh majikannya bermula semalam sehingga Ahad depan.

"Saya belum bersedia namun saya akan ceritakan semuanya apabila sampai masanya. Saya minta beri saya ruang untuk menenangkan fikiran dahulu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini sebelum talian diputuskan dan dia gagal dihubungi kemudiannya.

Semalam, Ahmad Khusairi Abdul Rahim, 31, mendakwa dia dicederakan oleh isterinya yang merupakan seorang jururawat di sebuah hospital di sini dengan menggunakan pisau pemotong daging akibat sikap cemburu melampau wanita itu.

Akibat kecederaan itu, juruteknik di Jabatan Kerja Raya (JKR) itu, terpaksa menerima 15 jahitan dan putus tiga urat lengan kiri sebelum dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk menerima rawatan.

Wanita itu yang enggan mendedahkan lokasinya berkata, dia akan tampil bersama bukti-bukti bagi memberitahu semua pihak bahawa dia tidak bersalah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi berkata, pihak polis masih lagi menunggu untuk mendapatkan kenyataan lanjut daripada kedua-dua pihak bagi melengkapkan siasatan.

Beliau berkata, ia berikutan kenyataan Ahmad Khusairi di akhbar yang masih sayangkan isterinya sekali gus menimbulkan persoalan sama ada kedua-dua belah pihak tersebut ingin meneruskan kes berkenaan.

"Kadangkala ada kes yang melibatkan masalah rumah tangga sebegini, ia hanya dilaporkan kepada polis sebagai amaran kepada pasangan masing-masing," katanya.

Namun begitu, beliau mengesahkan tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini.

Gaddafi semakin hilang kuasa ....kerajaan UMNO-APCO tak terasa apa apa ke...????




Lebih banyak bandar yang jatuh ketangan para demonstran walupun diancam akan ditentang keras oleh Muammar Gaddafi.

Muammar Gaddafi, telah dilaporkan kehilangan kawalan bandar yang lebih banyak apabila protes anti-kerajaan terus melanda negara Afrika walaupun Gaddafi mengeluarkan ancaman brutal.

Demonstran di Misurata, Rabu mereka telah merampas kota barat dari kawalan kerajaan. Dalam sebuah pernyataan di internet, pegawai tentera ditempatkan di bandar menjanjikan "sokongan penuh bagi para demonstran".

Sebahagian besar negara di bahagian timur juga tampaknya dikendalikan oleh para demonstran, dan seorang koresponden Al Jazeera, melaporkan dari bandar Tobruk, 140km dari sempadan Mesir, bahawa tidak ada kehadiran pasukan keselamatan.

"Dari apa yang saya lihat, orang-orang Libya timur yang berkuasa," kata Hoda Abdel-Hamid, wartawan kami.

Beliau berkata tidak ada pegawai mengawal sempadan ketika pasukan Al Jazeera menyeberang ke Libya.

Rakyat yang berkuasa

"Semua di sepanjang sempadan, kami tidak melihat satu polis, kami tidak melihat satu askar dan orang-orang di sini mengatakan kepada kami bahawa mereka semua melarikan diri atau bersembunyi dan bahawa rakyat yang sekarang berkuasa, yang bermakna jalan dari sempadan, Tobruk, dan kemudian semua jalan sampai ke Benghazi.


"Keadaan agak tenang di Bayda dan Beghazi. Bagaimanapun, 'militia' berkeliaran, terutama di malam hari. Mereka sebagai laki-laki Afrika, berbahasa Perancis mungkin dari Chad. "

Mejar Jeneral Suleiman Mahmoud, komander pasukan bersenjata di Tobruk, mengatakan kepada Al Jazeera bahawa pasukan yang dipimpin oleh dirinya telah mengalihkan kesetiaan."Kami berada di sebelah rakyat," katanya.

Benghazi, bandar kedua terbesar di Libya, adalah tempat pertama rakyat bangkit memberontak melawan pemerintahan Gaddafi seminggu yang lalu. Pemberontakan ini telah merebak ke bandar-bandar lain walaupun pihak keselamatan berusaha untuk memadamkan rusuhan.

Wednesday, February 23, 2011

susah sangat ke nak bernikah...Pelakon Terkenal Ditangkap Bersekedudukan



HULU KLANG - Seorang pelakon terkenal bersama dua rakan serumahnya ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) setelah didapati bersekedudukan dengan dua wanita di tingkat 13 sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa di sini semalam. Gambar hiasan

Pelakon berusia 30-an bersama dua lelaki dan dua wanita itu ditahan selepas didapati dalam keadaan mencurigakan serta tidak mempunyai sebarang ikatan muhrim.

Menurut sumber, tiga anggota penguat kuasa JAIS dan tiga anggota polis telah menyerbu rumah berkenaan pada pukul 6.45 pagi selepas menerima aduan daripada orang awam.

"Serbuan dilakukan setelah polis menerima maklumat terdapat beberapa individu dalam rumah melakukan perkara tidak bermoral dan mencurigakan," katanya di sini semalam. -

Kosmo

Menteri, diplomat Libya paling tadah




TRIPOLI: Meskipun pemimpin Libya, Muammar Gaddafi enggan akur kepada tekanan dalam dan luar negara, pemerintahannya ditafsirkan goyah berikutan penyokong setianya mula belot selepas diarahkan menembak rakyat yang menunjuk perasaan disusuli arahan supaya media kerajaan menafikannya.

Menteri Keadilan Libya, Mustapha Abdeljalil, membantah penggunaan kekerasan terhadap penunjuk perasaan disusuli laporan bahawa dua juruterbang pesawat pejuang berpangkat kolonel membawa pesawat Mirage F1 ke Malta dan belot selepas diarahkan menembak pembantah di Benghazi, kata sumber tentera Malta.

Di Stockholm, tiga kakitangan tempatan di Kedutaan Libya di Stockholm meletakkan jawatan sebagai membantah serangan terhadap orang ramai oleh pihak berkuasa Libya.
Di New Delhi, Duta Libya ke India, Ali al Essawi meletakkan jawatan dan mendesak masyarakat dunia menghentikan keganasan terhadap penunjuk perasaan di negara itu.

Beliau melepaskan jawatannya kerana tidak setuju keganasan digunakan terhadap orang awam di negara itu.

Pegawai Kedutaan Libya di Beijing, Hussein El-Sadek El-Mesrati, turut meletakkan jawatan selepas melihat rakyat dibunuh menyifatkan Gaddafi sebagai ‘Hitler.’

“Saya mahu beritahu, tolong hentikan, permainan berakhir, keluar, pergi ke Israel. Rakyat kamu di Israel bukan orang Arab,” kata El-Mesrati yang tidak memberitahu kedudukannya ketika bersama-sama menyertai penunjuk perasaan di kedutaan Libya.
Duta Libya ke Amerika Syarikat, India, Malaysia, Indonesia dan Bangladesh turut mendesak Gaddafi meletak jawatan dan memprotes pembunuhan orang awam.

Di Kuala Lumpur, kedutaan Libya mengeluarkan kenyataan mengutuk apa yang dikatakan tindakan tidak bertamadun Tripoli membunuh orang awam. Kira-kira 200 warga Libya di Malaysia mengadakan protes secara aman di kedutaan.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, berkata beliau dapat bercakap dengan Gaddafi menerusi telefon selama 40 minit kelmarin dan mendesak beliau menghentikan keganasan terhadap penunjuk perasaan.

Saksi di Tripoli melaporkan pembunuhan beramai-ramai berlaku di sesetengah kejiranan, bagaimanapun anak lelaki Gaddafi, Saif al-Islam menafikan laporan itu.

Warga asing sudah mula dikeluarkan dari negara itu, sumber keselamatan di Mesir berkata tentera dikerah untuk ditempatkan di sempadan Libya bagi memantau kemasukan pelarian.

Antara negara memulakan operasi membawa keluar warga mereka termasuk Jerman, Itali, Greece, Belanda, Turki, Amerika Syarikat, Yaman, Russia dan Norway.
Pertempuran senjata api berlaku sepanjang malam di Tripoli, apa bila penunjuk perasan menyerang stesen polis dan pejabat penyiaran kerajaan dan membakar bangunan awam.

Selain itu, landasan lapangan terbang Benghazi musnah dalam keganasan yang melanda Libya menyebabkan pesawat tidak dapat mendarat, kata Menteri Luar Mesir, Ahmed Aboul Gheit.

Berita Harian

Perahu Terbalik, Wanita Hamil Dikhuatiri Lemas



Lingga: Seorang wanita yang sarat hamil, dikhuatiri lemas dan masih hilang, setelah perahu yang dinaiki oleh mangsa bersama lima orang ahli keluarganya terbalik akibat di-pukul ombak ketika air pasang, di kawasan Sekadang, Sungai Batang Lupar, Sri Aman se-kitar jam 2 pagi, semalam.

Gambar: Cari - Sekumpulan penduduk rumah panjang antara yang terawal melancarkan gerakan mencari dan menyelamat mangsa.

Sebelum kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Sebit Bungin, 23, bermalam di pondok sawah padi dalam kawasan Ili Langgir bersama suaminya, Nelson Jampi, bapa dan ibu mertuanya, anak perempuan mangsa yang berusia dua tahun dan seorang anak saudara yang berusia lima tahun.

Menurut suami mangsa Nelson, isterinya yang sarat me-ngandung tiba-tiba mengeluh kesakitan kerana mahu ber- salin awal pagi itu (Isnin).

Berikutan itu mereka seke-luarga mengambil keputusan untuk segera menghantar mangsa, menggunakan perahu panjang ke Klinik Lingga bagi mendapat rawatan lanjut, katanya.

Bagaimanapun semasa dalam perjalanan tiba-tiba pukulan be-nak yang terjadi akibat daripada kejadian air pasang, telah menghempas perahu mereka, menyebabkan ia terbalik, jelasnya.

“Insiden tanpa disangka berlaku ketika kami tiba di kawasan Sekabang, ombak (benak) akibat daripada kejadian air pasang telah memukul perahu kami menyebabkan perahu kami terbalik,” katanya pilu mengenangkan insiden itu.

“Kami semua (kelima-lima mereka) berpaut pada perahu yang telah terbalik itu sementara isteri saya tidak kelihatan dan terus hilang, katanya ke-pada Utusan Borneo, ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam.

Dalam masa yang sama mereka yang selamat bertindak memusingkan perahu kembali pada kedudukkan asal lalu berkayuh ke rumah panjang mereka di Langgir bagi mendapatkan bantuan, katanya dengan nada sedih.

Sementara itu pihak polis, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM), kakitangan pejabat daerah kecil Lingga de-ngan kerjasama penduduk kemudiannya melancarkan gerakan mencari mangsa yang hilang di kawasan sungai itu.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa dipercayai ditangguhkan sementara waktu pada jam 4 petang semalam berikutan fenomena benak akibat air pasang di Sungai Batang Lupar yang bukan sahaja boleh menjejaskan usaha mencari dan menyelamat malah membaha-yakan mereka yang terlibat.

Sehingga berita ini ditulis (jam 5 petang semalam), mangsa masih belum ditemui.

Benak ini juga dikenali sebagai ombak muara iaitu ombak tinggi yang terjadi hasil daripada pertembungan air pasang di muara sungai yang sempit. Manakala ketinggian ombak muara yang terhasil pula bergantung kepada musim dalam sesuatu tahun itu.

Fenomena benak ini hanya berlaku di 66 lokasi di seluruh dunia termasuk tiga di Malaysia dan salah satu daripadanya di Sri Aman. -Borneo Post

pergi service tak ajak aku....kan dah kena cekup dalam keadaan bogel....he he he



Johor Bharu: Akibat panik selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa, seorang pelanggan sebuah pusat pelacuran di bandar raya ini yang asyik melampiaskan nafsunya, terpaksa lari dalam keadaan berbogel dengan harapan dapat meloloskan diri.

Malah, lelaki warga asing berusia dalam lingkungan 30-an itu hilang punca hingga cuba terjun dari tingkat tiga sebuah hotel bajet di Jalan Wong Ah Fook di sini, selepas pintu utama premis berkenaan disekat pihak berkuasa, semalam.

Bagaimanapun, hasil kecekapan anggota polis tindakan nekad lelaki itu digagalkan dan dia ditahan bagi membantu siasatan.

Terdahulu, dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah hari itu, beberapa pelanggan pelacur tempatan di hotel bajet berkenaan dikejutkan dengan kehadiran pihak polis menjalankan pemeriksaan.

Beberapa pelanggan cuba meloloskan diri, tetapi gagal apabila premis dipercayai baru beroperasi beberapa bulan lalu dikepung lebih awal oleh pihak berkuasa. Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Deputi Superintendan Mohammad Abd Hamid, berkata dalam serbuan itu pihaknya menahan 30 wanita tempatan dipercayai terbabit dengan aktiviti tidak bermoral.

Beliau berkata, turut ditahan 35 pelanggan warga asing menjadikan premis berkenaan sebagai tempat melampiaskan nafsu selepas bekerja.

“Operasi turut membabitkan sebuah lagi hotel bajet bersebelahan premis pertama selepas kami menerima maklumat daripada orang awam serta risikan.

“Hasil pemantauan dijalankan mendapati premis berkenaan dikunjungi puluhan pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat seks pada harga serendah RM60 hingga RM100,” katanya.

Pemeriksaan di dalam bilik di dua premis terbabit, katanya, polis merampas puluhan kondom serta cecair pelincir digunakan bagi kegiatan tidak bermoral itu.

Mohammad berkata, panik dengan kehadiran pihak berkuasa ada di kalangan wanita pelacur terbabit cuba menghapuskan bukti dengan membuang kondom ke dalam mangkuk tandas.

“Mereka dipercayai menghapuskan bukti dengan membuang dan mengepam kondom di lubang tandas bagaimanapun dalam keadaan kelam kabut, cubaan itu gagal dan semua kondom dirampas untuk siasatan serta tindakan lanjut,” katanya. -hm

Siapa Wanita Di Dalam Purdah Ini?



Penonton televisyen Channel4 yang popular di England terkejut pada krismas tahun lalu. Setelah ratu Elizabeth II menyampaikan pesanan Natal, tak berselang lama muncul seorang wanita bercadar yang mengucapkan "pesan Natal alternatif". Ia hanya diidentifikasi sebagai Khadijah.

Dari suaranya, para penonton tertanya-tanya siapa wajah dibalik purdah itu. Dari loghat Inggerisnya yang kental, dipastikan dia adalah keturunan Britain, bukan imigran. Tampil dalam acara yang dipandu Jack Straw, ia mengkritik mereka yang berpandangan salah tentang jilbab, dan menyebut jilbab adalah perisai bagi kaum wanita.

Minggu ini, Daily Mail mendedahkan siapa "Khadijah" di balik purdah itu.

Ia adalah Elaine Atkinson, seorang warga Britain berkulit putih yang mengganti nama menjadi Khadijah setelah menganut agama Islam. Meskipun kerap dituding masuk kelompok Islam radikal, namun ia mengaku berfikiran sangat moderat.

Pilihannya mengenakan jilbab - dan sesekali purdah - adalah pilihan sadar yang dibuatnya untuk melindungi diri. Wanita berusia 38 tahun ini menyatakan, sebelum menganut Islam, ia bak "hamster yang berlari di treadmill di kandang". "Pub dan konsumtif adalah trademark saya," ujarnya mengenang.

Di lingkungannya, dia dikenali sebagai seorang feminis radikal. Neneknya adalah aktivis feminis yang menuntut hak pilih bagi perempuan Britain (suffragette).

Abangnya bekerja sebagai tentera Britain, dan sekarang tengah bertugas di Afghanistan.

Pernah menentang segala bentuk pernikahan, ia akhirnya "tunduk" saat dilamar seorang Muslim kelahiran Britain berasal dari Pakistan, Iqbal.

Pernikahan ini pula yang membuat hubungan keluarganya retak.

Atkinson, ibu satu anak, didekati oleh Channel4 untuk memberikan alternatif pesan Natal, setelah perempuan berkerudung yang dipilih sebalumnya, Khadijah Ravat, seorang guru berusia 33 tahun, meletakkan jawatan kerapan publisiti yang negatif.

Channel4 mengatakan akan menutup identiti aslinya, bersama dengan wajah, untuk memungkinkan penonton untuk fokus pada kata-katanya, bukan kepribadiannya.

Atkinson lahir tahun 1968 di barak tentera kota Wiltshire. Ia menyatakan, ia tak pernah bersinggungan dengan kaum Muslim sebelumnya. Menginjak dewasa, ia meninggalkan kotanya untuk menjadi pekerja sosial di London.

Tapi pada tahun 1996 dia tiba-tiba menjadi tertarik pada Quran, dan mulai menghadiri acara-acara keagamaan di Masjid Regent's Park di pusat ibukota. "Teman-teman dan keluarga selalu menggambarkan hal-hal yang negatif tentang Islam. Namun justeru saya ingin menyelami lebih dalam," ujarnya.

Ia misalnya, cuba menyelami fikih Muslimah. Pasalnya, feminisme dan Islam kerap dipandang bak minyak dan air. "Intinya, Islam adalah agama penindas perempuan," ujarnya.

Namun dari apa yang dibacanya, ia menemukan hal sebaliknya. Islam justeru memuliakan perempuan. "Kalau saja mereka dapat membuka mata dan melihat kerusakan, maka yang menyebabkannya adalah diri mereka sendiri," ujarnya.

Di tengah perjalanan menyelami Islam itulah, ia bertemu Dr Zahid Iqbal, lelaki yang menjadi suaminya sekarang. Kini Khadijah Iqbal, namanya sekarang, tinggal di Southampton, tempat suaminya mengabdi sebagai seorang doktor. Mereka tinggal di sebuah rumah senilai 350 ribu poundsterling dengan tiga kamar tidur besar di Barking, London Timur. Dia meninggalkan nama lamanya sejak empat tahun lalu.

Ia kini aktif di kelompok pembinaan mualaf perempuan dan secara berkala memandu siaran di sebuah radio tempatan. -dailymail

Pakistan kena pulun 2-0 dalam pusingan pertama kelayakan Olimpik



SHAH ALAM: Malaysia menumpaskan Pakistan 2-0 pada perlawanan pertama (timbal balik) pusingan pertama kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Shah Alam di sini malam ini.

Separuh masa pertama: Malaysia mendahului 2-0.


Penjaring:

Malaysia - Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (minit ke-3), Mohd Irfan Fazail (minit 45).

Kad Merah: Ansar Abbas (Pakistan)

MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Mahalli Jasuli, Mohd Affize Faisal Mamat, Mohd Fadhli Mohd Shas, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fandi Othman (Muhammad Ferris Danial Mat Nasir), Mohd Irfan Fazail, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (Wan Zack Haikal Wan Nor), K. Gurusamy, Ahmad Shakir Md Ali (S. Sivanesan), Ahmad Fakri Saarani.

PAKISTAN: Yousof Ejaz Butt (Muhammad Umer), Manzoor Ahmad, Ahsanullah, Alamgir Khan, Faisal Iqbal, Muhammad Adil, Muhammad Tauseef, Muhammad Rizwan Asif, Kaleemullah (Fahadullah Khan), Pathan Jadeed Khan (Saddam Hussain), Ansar Abbas.
PENGADIL: Liu Kwok Man (Hong Kong).

-- BERNAMA

sogok mee segera ....rakyat cuba di bodohkan sampai bila bila




PENGUMUMAN projek baru dan pemberian berbagai perkara oleh kerajaan Barisan Nasional berlaku dalam setiap pilihan raya umum dan pilihan raya kecil sejak selepas merdeka.

Hadiah rasuah politik itu kini dikenali sebagai projek mee segera. Tetapi ia tidak pernah dikenali sebagai projek mee segera hinggalah berlangsungnya Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terangganu yang dimenangi calon PAS, Mohamad Abdul Wahid Endut tidak lama selepas Pilihan Raya Umum yang lalu.

Dalam kempen di Kuala Terengganu itu, Datuk Seri Najib, masih lagi Timbalan Perdana Menteri masa itu mengisytiharkan, tiada lagi projek mee segera dibuat melalui kempen pilihan raya.

Pengumuman tentang mee segera oleh Datuk Najib itu, secara berani mengakui adanya amalan pemberian mee segera dalam setiap pilihan raya sebelum itu.

Tanpa menyatakan ia adalah satu perbuatan tidak bermaruah dalam pilihan raya, ia adalah untuk menyatakan bahawa perbuatan itu adalah tidak bermaruah, melanggar susila budaya pilihan raya dan ia adalah bersemangat rasuah.

Jika selama ini dibiar jalan di kampung berlubang dan berlopak, tetapi sebaik mati wakil rakyat jalan pun bertar – baru dan licin jalannya. Selama ini dibiarkan kantin sekolah dengan keadaan yang uzur, maka pada kempen PRK dikeluarkan bantuan segera membaharui bangunan kempen.

Dalam tahun 60an dulu ada kampung yang tidak ada bekalan air dan api dihantar alat-alat bagi membina projek itu menjelang pilihan raya atau sebaik bermula kempen pilihan raya. Orang dapat melihat berlonggok-longgok peralatan itu di tepi jalan.

Ada tempatnya bahan itu terus berlonggok di situ sehingga lama selepas pilihan raya, projek itu tidak pernah tiba. Dan ada pula di kawasan yang calon parti kerajaan kalah, bahan yang dilonggokkan itu dipunggah dibawa balik ke tempat asalnya. Projek mee segera itu tidak jadi dilaksanakan kerana pengundi kononnya tak mahu projek itu. Itulah sebabnya mereka tidak mengundi calon parti kerajaan.

Sehinggalah dalam kempen PRK di Kuala Terangganu yang Datuk Najib berkempen di kawasan yang ibu saudaranya – adik Tun Razak – sebok JKR menurap jalan dan sebagainya bagi menarik sokongan pengundi. Ia tidak dibuat sebelum kempen itu tetapi diadakan secara tiba-tiba bila tiba-tiba ada pilihan raya.

Itulah yang dikatakan projek mee segera. Mee segera itu ialah mee yang boleh diperolehi dan dimakan masa itu juga. Ia bukan mee yang sudah dimasak. Tetapi ramuan mee yang disediakan dalam kotak khas, dibeli dan dituang air panas dan boleh dimakan ketika itu juga.

Kata Najib, projek mee segera itu tidak akan ada lagi.

Orang pun tahu semua pengumuman mengenai projek secara tiba-tiba itu dipanggil projek mee segera. Dan calon BN Kuala Tereangganu itu kalah. Sebelumnya wakil rakyat BN yang mati itu dua kali menang di situ.

Orang pun menyangka seperti hendak bermulalah kempen pilihan raya yang sihat dan akan wujudkan kerajaan yang sihat. Kalau Najib nanti jadi Perdana Menteri, tiada lagilah barang-barang seperti mee segera itu.

Tetapi bila Najib menggantikan Abdullah Badawi, penyakit mee segera menjadi-jadi lebih teruk dari sebelumnya.

Dalam pilihan raya kecil di Manek Urai hampir dua tahun lalu, tidak pernah terfikir penduduk di situ untuk membina jambatan menyambung dua bahagian pekan. Tiba-tiba di tengah kempen itu menteri mengumumkan akan membina jamabatan di situ. Itulah janji projek mee segera.

Rancangan itu tidak ada. Ia diada-adakan saja. Sehingga ini belum ada apa-apa. Ia baru dikira sebagai satu wawasan. Entah bila hendak diadakan.

Dalam PRK di DUN Tenang baru-baru ini banyaklah kotak mee segera dibawa ke situ dan banyak pengumuman dan pemberian yang tidak pernah dibuat dan diberi kepada penduduk di situ disampaikan.

Makmur sekejap dan makmur segera penduduk kawasan itu oleh limpahan pemberian dan janji projek mee segera.

Sebaik selesai PRK Tenang orang beralih ke DUN Merlimau. Sebelum penamaan calon, mengikut Pengerusi badan pemantau pilihan raya bebas (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh, jalan-jalan di DUN itu mula diturap belaka. Pengumuman projek baru pun menjadi-jadi, ikut sedap mulut menteri dan Ketua Menteri.

Santa Klaus BN itu bersepah-sepah di Merlimau dan setengahnya berkampung pula di Dun Kerdau, Pahang membawa kotak mee segera dan projek tiba-tiba.

Kata Syed Ibrahim, ia melanggar peraturan pilihan raya. Janji Najib tiada lagi projek mee segera sudah tidak dipedulikannya sendiri. Betullah dia seorang pawang memecah timba. Mee segera ada bila-bila selagi ada Umno dan BN.

ada berani ka....lawan rimau dengan senduk....kalau tak teloq sendiri yang termasuk...he he he!!!

Senduk Inilah Senjata Lawan Harimau



Siapa sangka senduk besi berharga RM5 ($2) yang digunakan ketika menyediakan juadah tengah hari bagi keluarga rupa-rupanya menjadi senjata penyelamat nyawa si suami daripada dibaham harimau.

'Saya ingatkan benda yang dipegang di tangan parang, rupa-rupanya senduk kuah. Ketika itu, saya tidak memikirkan apa-apa, saya nekad untuk menyelamatkan suami daripada dibaham harimau.

'Selepas mendengar jeritan kuat suami saya terus bergegas keluar ke belakang rumah. Ketika itu, saya melihat belakang badan suami ditarik harimau belang sebesar anak lembu,' kata Cik Han Besau, 66 tahun, isteri Encik Tambun Gediu, mangsa serangan harimau ketika berburu di belakang rumahnya di Kampung Sungai Tiang, kira-kira 200 kilometer, dari sini, 12 Februari lalu.

Kejadian itu kali pertama disiarkan di akhbar setempat apabila wartawan menemu ramah Encik Tambun yang mengalami kecederaan akibat digigit di belakang tengkuk dan kesan gigitan itu turut menembusi bahagian bawah tengkuk mangsa, selain kecederaan muka serta kepala.

Cik Han ketika berkongsi detik mencemaskan itu berkata perasaan takutnya hilang selepas melihat percikan darah dan rontaan kuat daripada suami yang cuba melepaskan diri daripada cengkaman harimau.

'Saya seolah-olah dirasuk keberanian luar biasa, semata-mata untuk menyelamatkan nyawa suami. Tanpa mengira keselamatan diri, saya bertubi-tubi memukul kepala harimau itu menggunakan senduk di tangan dengan diiringi jeritan kuat.

'Mungkin terkejut dengan tindakan dan jeritan saya, harimau itu terus melonggarkan cengkaman dan melarikan diri ke hutan.

'Suami rebah di pangkuan saya dan pada ketika itu baru saya meminta pertolongan orang kampung. Suami pengsan dua kali sebelum dia dibawa ke hospital,' katanya.

Beliau yang bertubuh kecil berkata sepanjang lebih lima tahun tinggal di kampung itu, beliau dan keluarga tidak pernah terserempak dengan harimau yang sememangnya sukar kelihatan, apatah lagi bertindak menyerang manusia.

'Entah bagaimana, hari itu suami saya tidak bernasib baik kerana terserempak dengan binatang itu. Mungkin disebabkan suami saya membelakangi binatang itu menyebabkan haiwan itu menganggap suami saya adalah makanannya,' katanya, lapor akhbar Berita Harian Malaysia semalam.

sodok buntut kereta...seorang penunggang motorsikal belum sedar diri lagi

Nahas Langgar Belakang Kereta



Pasir Gudang – Seorang penunggang motosikal masih belum sedarkan diri sehingga jam 5 petang semalam, selepas terlibat dalam kemalangan di kawasan susur masuk lampu isyarat Jalan Rinting Masai kira-kira jam 1.15 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Roslan Zainuddin berkata, hasil siasatan awal polis dipercayai motosikal jenis Honda Wave 125 yang ditunggangi mangsa hilang kawalan.

Menurutnya, mangsa, Mohamad Firdaus Mat Kassim, 20, yang menunggang motosikal seorang diri gagal mengawal motosikalnya sehingga berlaku perlanggaran secara langgar belakang pada bahagian kiri sebuah kereta Myvi berwarna putih.

“Secara tiba-tiba sebuah kereta yang sedang berhenti di kawasan susur masuk ke lampu isyarat dilanggar belakang oleh sebuah motorsikal yang dipercayai hilang kawalan.

“Mangsa yang tidak sedarkan diri dipercayai mengalami kecederaan dalaman telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) oleh orang awam yang berada di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Mohd Roslan berkata, sehingga jam 5 petang semalam, mangsa yang beralamat di Jalan Cenderai 14 Taman Megah Ria masih belum sedarkan diri di HSI.

Menurutnya, kereta yang dipandu seorang lelaki beralamat di Jalan Ketapang, Taman Rinting hanya mengalami kerosakan pada bahagian belakang kereta.

“Kes disiasat di bawah RULE 10 LN 166/59,” katanya.

Tuesday, February 22, 2011

siapa sapu 1.5 bilion saham khas Bumiputra ...????




Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menyeru Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan sepenuhnya penerima 1.5 bilion saham khas Bumiputra yang diagihkan dalam tahun 2010.

Mustapa juga, katanya diminta mengumumkan rombakan mekanisme dan penambahbaikan kepada sistem agihan dan pemantauan saham khas Bumiputra untuk mengelakkan penyelewengan yang mengakibatkan kehilangan RM52 bilion saham Bumiputra tidak berulang.

Oleh itu, tegasnya mekanisme yang sama yang telah menyebabkan kerugian RM52 bilion saham Bumiputra ini perlu dirombak sama sekali.

“Saya akan membawa perkara ini dalam sidang Dewan Rakyat yang akan datang untuk memastikan ketelusan dan pertanggungjawaban pihak-pihak yang terbabit,” ujarnya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, PKR ingin menarik perhatian rakyat kepada pengumuman terbaru yang dibuat oleh Mustapa Mohamad mengenai pengagihan saham khas bumiputra melalui tawaran awam permulaan (IPO).

Mustapa menyatakan bahawa kerajaan Umno BN telah berjaya meningkatkan ekuiti Bumiputra dalam sektor swasta ke aras 22%; sebahagian besarnya melalui pengagihan saham khas bumiputra yang dilaksanakan oleh kementerian beliau.

Katanya, rakyat sudah tentu merasa janggal apabila kerajaan Umno BN mendabik dada apabila hanya berjaya meningkatkan ekuiti Bumiputra ke tahap 22% dalam tahun 2011, sedangkan ia gagal mencapai sasaran 30% yang ditetapkan untuk tahun 1990.

Tambahnya, selepas 21 tahun dan penyelewengan saham berjumlah puluhan bilion ringgit atas nama Melayu dan Bumiputra, kini Umno BN tidak lagi memikirkan persoalan maruahnya dan akan sanggup mendabik dada walau sekelumit mana pun peningkatan ekuiti Bumiputra.

Walau bagaimana pun, ujarnya kebimbangan sebenar PKR adalah berhubung pengurusan agihan saham khas Bumiputra memandangkan skim agihan yang sama telah menyebabkan sejumlah RM52 bilion dari RM54 bilion saham yang diagihkan kepada Bumiputra lesap begitu sahaja, seperti yang diakui Perdana Menteri sendiri.

Menurutnya, dalam tahun 2010 sahaja, sebanyak 1.5 bilion saham dari 18 tawaran awam permulaan diagihkan kononnya kepada pelabur Bumiputra.

Tahun 2010 juga, ujarnya menyaksikan apungan saham yang terbesar akhir-akhir ini, termasuklah yang melibatkan Petronas Chemical Group Berhad pada harga tawaran RM5.05 setiap saham dan Malaysian Marine and Heavy Engineering Holding Berhad pada harga tawaran RM3.61 setiap saham.

Beliau menambah, jika sebahagian besar dari 1.5 bilion saham yang diagihkan kepada pelabur Bumiputra itu datangnya dari saham-saham syarikat Petronas, maka saham yang bernilai berbilion ringgit telah pun diagihkan kepada pelabur-pelabur yang berselindung di belakang nama Bumiputra.

“Mekanisme agihan inilah yang telah gagal sebelum ini hingga mewujudkan budaya politik naungan yang mencari jalan mudah mendapatkan saham dengan berselindung di sebalik alasan mencapai sasaran 30% ekuiti Bumiputra.

“Akhirnya, berpuluh-puluh bilion ringgit saham yang diagihkan kepada individu-individu berkepentingan dijual dengan segera untuk mendapatkan kekayaan mudah, lalu mewujudkan golongan elit kaya Melayu yang sebenarnya menjadi kaya dengan menindas orang Melayu terbanyak,” ujarnya.

Beliau percaya bahawa teras pengupayaan ekonomi Bumiputra perlu beralih dari kegilaan mencapai sasaran 30% ekuiti kepada fokus untuk meningkatkan pendapatan isi rumah keluarga Bumiputra.

Mereka, ujarnya membentuk 75% daripada anggaran 11 juta rakyat termiskin di negara ini yang hanya mendapat pendapatan bulanan purata sebanyak RM1,500 sebulan sahaja.

“Kegilaan dengan 30% sasaran ekuiti seperti yang dimainkan Umno BN tidak akan berjaya menangani kemelut ekonomi rakyat terbanyak Bumiputra dan akan terus disalahgunakan oleh golongan elit pemerintah dan niagawan,” katanya.

Harakahdaily

Qaradawi mewajibkan bunuh Gaddafi...????



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada Stesen TV Al-Jazeera Dr. Yusuf Al-Qaradawi (gambar kiri ) mewajibkan agar Gaddafi dibunuh dan ianya adalah jihad. Fatwa terbaru beliau ini dikeluarkan rentetan daripada laporan yang menyatakan bahawa Gaddafi melancarkan serangan dengan menggunakan jet pejuang untuk untuk mengebom mereka yang terlibat dalam demontrasi yang berterusan di Libya sekarang.

Syeikh al-Qaradawi berkata :وقال القرضاوي " أصدر الآن فتوى بقتل القذافي. أي ضابط أو جندي أو أي شخص يتمكن من أن يطلق عليه رصاصة فليفعل، ليريح الليبيين والأمة من شر هذا الرجل المجنون وظلمه". وأضاف "لا يجوز لأي ضابط أن يطيع هذا الرجل في المعصية والظلم والبغي على العباد".

maksudnya :

"Aku mengeluarkan fatwa sekarang supaya Gaddafi dibunuh ! Barangsiapa samada pegawai tentera, atau tentera biasa atau mana-mana individu yang mempunyai peluang untuk membunuhnya .. maka janganlah teragak-agak untuk membunuhnya! ianya adalah semata-mata untuk menyelamatkan rakyat Libya daripada kejahatan dan kezaliman lelaki yang gila ini! "...beliau seterusnya menambah " Haram kepada pegawai dan askar biasa untuk mentaati lelaki ini (Gaddafi) dalam perkara yang maksiat, kezaliman dan kerakusan terhadap rakyatnya sendir!"

Monday, February 21, 2011

Dimana ada UMNO, disitulah adanya Maksiat, Kezaliman, Kesesatan dan Penipuan


Terbongkarnya sarang maksiat di Lorong Limau Manis, Kota Bharu Kelantan baru-baru ini sebenarnya memberi tamparan dan malu yang amat sangat terhadap UMNO Kelantan dan seluruhnya. Ia tidak sekali-kali menjatuhkan krebiliti Kerajaan PAS Kelantan.

Ini adalah kerana sudah menjadi dasar PAS yang mengambil Al Quran dan Hadis sebagai rujukan dalam pemerintahan dan pentadbiran, sudah tentulah segala maksiat, kemungkaran, kezaliman, penipuan dan penindasan ditentang habis-habisan.

Namun begitu, bukanlah mudah untuk menghapus segala larangan Allah dan Rasul itu, kerana masih lagi terdapat manusia yang bertopengkan Islam yang masih mencari ruang untuk melakukan kerderhakaan terhadap Allah dan Rasul walaupun secara sulit, senyap dan menggunakan berbagai tipu muslihat untuk mengkaburi mata pihak berkuasa.

Siapakah mereka-mereka ini? Mereka ialah suka sakat, saki baki peninggalan puak jahiliah, penyokong dan pengampu puak Abdullah bin Ubai yang berlakun sebagai orang Islam kononya tetapi segala maksiat dan kemungkaran sudah sebati menjadi darah daging dan budaya hidup puak mereka. Mereka inilah puak UMNO yang kini mengambil puak Yahudi sebagai penolong dan penasihat mereka.

Selagi UMNO wujud dimana-mana saja selagi itulah segala bentuk maksiat, kemungkaran, kezaliman, penindasan, penipuan dan sebagainya akan bertapak subur. Begitulah yang terjadi di Kelantan sekarang ini.

Budaya pelacuran, kaki arak, zina, judi, rasuah adalah hobi dan kegemaran puak UMNO terutamanya diperingkat bawahan, manakala peringkat atasan pula mereka tidak mengunjungi tempat pelacuran seperti di Lorong Limau Nipis itu, tetapi yang menjadi sasaran mereka ialah dari kalangan Putri UMNO, golongan artis, pelakun dan model-model.

Golongan atasan ini agak sukar untuk dikesan kerana mereka menggunakan tempat-tempat eksklusif, hotal-hotel mewah yang sukar ditembusi oleh pihak berkuasa. Dan selepas melakukan maksiat dan mungkar, mereka akan datang kepada rakyat dan bercakap tentang Islam pula. Inilah golongan munafiqin yang jelas lagi nyata.

Apabila datang bulan Israk Mikraj, mereka ini akan bersungguh menyambutnya di rumah-rumah Allah dengan menjemput penceramah yang senada dengan mereka, bila bulan kelahiran Nabi, mereka juga menyambutnya malahan sanggup berpanas berbaris dijalanraya dan mengadakan juga di masjid-masjid kononya untuk memuliakan Nabi.

Malangnya, apabila dibacakan ayat tentang haramnya zina, judi, arak, zalim, menipu, rasuah, penindasan, dosa dedah aurat, mereka seakan-akan pekak telingan dan bisu.

Mereka marah PAS berkawan dengan DAP, apakah mereka merasakan mereka lebih baik dari DAP? Apakah dengan berkawan dengan Yahudi yang laknat Allah itu mereka masih merasakan mereka itu masih beriman dengan Allah dan Rasul? Mereka mempertikaikan mengapa PAS sanggup bermusuhan dan bergaduh dengan UMNO yang sebangsa denganya.

Lupakah mereka bahawa Nabi juga bergaduh malahan berperang dengan bapa saudara, ahli keluarganya yang juga sebangsa dengan baginda? Mengapa? Kerana Aqidah, kerana Islam, kerana iman, kerana Al Quran dan kerana Allah. Mereka sebangsa dengan Nabi tetapi menolak Islam dan menolak al Quran. Wajib diperangi. Kini UMNO walaupun mengaku Islam kerana melaksanakan lima rukun Islam, tetapi mereka jelas menolak al Quran dan sunnah Nabi malahan mempertikaikan, memperlekeh dan menghina hukum-hukum yang terdapat dalam Quran itu. Ingatlah, beriman dengan Quran adalah salah satu dari rukun iman, menolak atau mempertikai satu sahaja dari enam rukun iman boleh membawa kepada "murtad". Jadi apa masalahnya jika PAS berperang dengan UMNO pun? Berperang diantara satu puak yang hendak melaksanakan perintah al Quran dan satu lagi puak yang menentang al Quran.

Oleh kerana menolak dan menentang hukum dalam Quran lah maka UMNO masih bebas melakukan segala maksiat kepada Allah termasuk menjadikan pelacur sebagai barang ketagihan mereka walaupun secara senyap dan sulit seperti yang terbongkar di Kota Baru Kelantan baru-baru ini. Yang jelasnya, selagi UMNO wujud selagi itu segala kemungkaran, maksiat, penipuan, kezaliman, kesesatan, penindasan dan sebagainya sukar dihapuskan kerana semua ini adalah sebahagian dari hidup mereka sejak dulu, kini dan selamanya.

Ingatlah Nabi pernah menjawab soalan dari sahabatnya bahawa " kamu akan bersama-sama orang yang kamu cintai, kamu sokong, kamu ikut dan taat semasa di dunia nanti ketika di akhirat kelak". Maksudnya, golongan yang beriman semasa di dunia yang mencintai Nabi, mencintai orang-orang alim, ulama-ulama yang mambawa ajaran Nabi akan bersama ke syurga di akhirat kelak. Manakala golongan yang semasa di dunia sangat menyokong, membela, taat dan menyintai puak zalim, kaki maksiat, kaki menipu, kaki arak, judi, zina, rasuah, menipu, menindas, menentang syariat Allah dan Sunnah Nabi dan sebagainya (seperti pemimpin dan UMNO itu) akan juga bersama dengan puak itu di akhirat kelak untuk bersama ke neraka Allah. Wallahualam.

bagaikan nak berperang...2,000 anggota polis dikerahkan di DUN Kerdau...perompak dan penyamun bermaharajalela lah...!!!!



BENTONG: Seramai 2,000 pegawai dan anggota polis dikerahkan bertugas bagi memastikan kelancaran Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Temerloh.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abd Ghani, berkata persediaan itu turut dikhususkan pada hari penamaan calon pada 26 Februari dan proses pembuangan undi yang dijadualkan berlangsung 6 Mac ini.

Kenapa Bob Lokman sertai PAS



Pelakon dan penulis lirik terkenal Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman mengejutkan banyak pihak apabila menyerahkan borang menjadi ahli PAS.

Beliau menyerahkan borang itu kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang juga Menteri Besar Kedah pada majlis Himpunan 30 ribu Pemuda PAS, di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar, kelmarin.

Bob, penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Amy Search bukanlah artis pertama yang menyertai PAS.

Sebelum ini terdapat juga artis lain seperti Akill Hayy, Ito daripada kumpulan Blues Gang dan Ringgo dari kumpulan Arrow telah menyertai PAS lebih awal.

Harakahdaily sempat bertemu beliau bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tindakan beliau itu.

Ikuti temubual beliau dengan wartawan Nazri Abdullah.

Harakahdaily: Apa yang menyebabkan saudara Bob terdorong untuk memilih dan menyertai PAS?

Bob Lokman: Sebab saya rasa ada masalah dengan sistem kehidupan. Saya nak mendidik anak saya dengan jalan Islam tetapi dia ada masalah dengan sistem persekolahan, sistem pergaulan, dan sistem masyarakat.

Bila saya di rumah suruh dia sembahyang, di luar ada kumpulan yang suruh dia buat benda lagha. Masa saya muda dulu saya tak sedar, dan itu berlaku pada anak saya sekarang, dan sekarang sara rasa tanggungjawab pada anak.

Tengok anak kita tidak menjadikan Allah nombor satu... dia duk ikut ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’, pada hal Allah nombor satu, takwa diutamakan tapi anak-kita tak tahu.

Harakahdaily: Jadi adakah faktor anak saudara itu yang telah mendorong saudara menyertai PAS?

Bob Lokman: Ya...Saya selalu merasa saya gagal mendidik anak saya dan rasa saya akan masuk neraka. Kerana itu saya rasa tidak ada tempat nak mintak bantuan, saya masuk PAS ini saya rasa ada jemaah yang boleh membawa saya ke jalan yang betul.

Mengakkan Islam itu adalah wajib, kalau saya tak terlibat, harapkan orang lain berjuang, apa akan jadi dengan anak saya nanti.

Harakahdaily: Saudara tahu PAS adalah parti pembangkang. Jadi adakah saudara tidak risau ianya akan menjejaskan sumber rezeki saudara dalam kerjaya saudara.

Bob Lokman: Saya tahu risiko itu, tapi saya serahkan rezeki saya bulat-bulat pada Allah, yang penting saya dapat selamatkan kehidupan anak saya di dunia dan saya tak masuk neraka.

Harakahdaily: Sejak kebelakangan ini, saudara dilihat banyak memegang watak-watak sebagai seorang alim berbanding watak lain termasuk pelawak. Adakah itu perubahan berterusan yang saudara akan lakukan.

Bob Lokman: Mengikut pandangan ustaz-ustaz yang saya belajar, sebab berlakon itu sumber rezeki saya, ustaz-ustaz kata boleh berlakon tetapi pilihlah watak-watak yang tidak menjadikan dosa bila kita dah tak ada nanti, pilih watak yang mendatangkan manfaat.

PAS Kelantan alu-alukan Bob Lokman

Sementara itu, di KOTA BHARU, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, mengalu-alukan kemasukan artis terkenal negara yang juga penulis lirik lagu 'berhantu' Isabela, Bob Lokman yang kini telah menjadi ahli PAS.

Ketuanya, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, ketika dihubungi juga turut mengucapkan tahniah di atas keberanian artis terkenal yang juga berasal dari Kelantan itu.

Sambungnya, penerimaan artis itu untuk bersama PAS cukup membuktikan parti yang memperjuangkan Islam itu tidak pernah menutup pintunya untuk mana-mana artis.

Beliau bagaimanapun tidak terkejut dengan keputusan yang diambil Bob Lokman, memandangkan latarbelakang artis itu merupakan cicit ulama terkenal Kelantan iaitu, Tok Kenali.

“Apapun tahniah kami ucapkan di atas keputusan yang diambil dan berharap beliau mempertahankan sebaik mungkin keputusan yang diambil.

“Kita juga berharap beliau akan menjadi ikon kepada generasi muda dalam memilih cara hidup yang baik,”ujarnya.

Semalam, Bob Lokman telah membuat kejutan besar pada majlis Himpunan Pemuda PAS 30k bersama pimpinan tertinggi Pemuda PAS.

Tidak cukup dengan itu beliau telah menyerahkan borang keahlian menyertai PAS kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Menteri Besar Kedah.


wayang kulit musim pilihanraya atau pihak yang bertanggungjawab lepas tangan ( makan gaji buta ) .........

Terpaksa Tampal sendiri jalan berlubang....!!!!


BATU BERENDAM - Kecewa dengan aduan jalan berlubang tidak diambil tindakan, sekumpulan pekerja kilang mengambil inisiatif menampal sendiri lubang di Jalan PBB 1, Kawasan Perindustrian Batu Berendam, dekat sini.

Mereka bertindak demikian kerana tidak tahan lagi dengan masalah kenderaan rosak akibat melalui jalan berlubang berkenaan.

Berikutan itu, mereka bertindak melakukan kerja menampal jalan secara bergotong-royong.

Difahamkan, lubang di jalan terbabit mempunyai kedalam kira-kira 15 sentimeter, manakala ukuran lilitnya melebihi satu meter.

Seorang pekerja terlibat, Ramli Rahim, 48, berkata, seramai enam kakitangan dari kumpulan fasiliti, DLO Green Tech terlibat melakukan kerja berkenaan.

Menurutnya, mereka mengambil masa hampir dua jam untuk menyelesaikan kerja berkenaan dengan menggunakan simen.

“Kita terpaksa lakukan sendiri selepas masalah ini langsung tidak diambil peduli oleh mereka bertanggungjawab.

“Kami semua tidak tahan kerana asyik mendengar rungutan daripada rakan-rakan termasuk daripada perkeja kilang lain yang pernah menjadi mangsa,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semasa melakukan kerja berkenaan.

Menurutnya, sebelum ini, ramai merungut kerana terpaksa mengeluarkan belanja ratusan ringgit untuk membaiki kenderaan yang rosak akibat melanggar lubang berkenaan.

Malah, katanya, dia sendiri pernah menjadi mangsa apabila rim keretanya bengkok.

“Paling ditakuti apabila hari hujan dan lubang berkenaan akan dipenuhi air. Sudah pasti pengguna kenderaan tidak sedar wujudnya lubang berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian di sekitar kawasan terbabit juga mendapati masih terdapat beberapa lubang yang dikhuatiri boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya dan perlu diperbaiki segera.

Sinar Harian



rentakinfo


Kerajaan tak buat kerja pun tak apa, mereka boleh buat sendiri. Eloknya orang negeri lain contohi rakyat di negeri Melaka ni. Hiduplah Umno di Melaka , Dulu , Kini dan Selamanya. PAS Jangan mimpi untuk menang di Merlimau.

akhbar lidah syaitan putaq lagi ucapan Nik Aziz...!!!

DI DALAM merasmikan 'Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa -Jaminan PAS' yang bertempat di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam kelmarin, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz berkata di dalam ucapannya, " Bagi PAS, Melayu perlu diutamakan dalam agenda DAKWAH pada hari ini kerana mereka merupakan bangsa yang terdahulu menerima Islam di Tanah Melayu ini." (Teks ucapan sebenar).

Malangnya, akhbar bangsat yang semakin tidak laku di pasaran Mingguan Meloya atau Utusan Meloya keluaran Ahad baru ini melaporkan seperti berikut, "Bagi PAS, orang Melayu perlu diutamakan dalam PERJUANGAN kerana kerana ia adalah kaum terdahulu", katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa - Jaminan PAS di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini hari ini (Mingguan Meloya).




Sekali lagi akhbar bangsat ini memainkan peranan `lidah syaitan' untuk menukar fakta dan memutarbelitkan ucapan Tuan Guru Nik Aziz agar dilihat seolah-olah Mursyidul Am Pas itu sama seperti pemimpin Umno yang gila sangat kepada `Ketuanan Melayu' sehinggakan melupakan agenda perjuangan Islam yang menjadi dasar PAS.

Kesihan buat orang-orang Melayu di kampung-kampung, di hulu-hulu dan juga di rancangan Felda yang masih menjadikan akhbar bangsat ini sebagai `kitab khazah ilmu' harian mereka. Sebab itu, tidak pelik jika kita lihat Umno amat laku di kawasan seperti ini. Mereka amat gembira kerana akhbar bangsat ini ditatap setiap hari oleh orang-orang Melayu di kawasan seperti itu.

Di bandar dan di tempat yang maju, akhbar ini hanya layak dijadikan tisu di dalam tandas. Sebab itu lah di kawasan bandar orang-orang Melayu sedar dan kenal siapa Umno. Akhbar bangsat ini mencari keuntungan dengan cara memperbodohkan orang-orang Melayu.

Akhbar ini tidak akan bersetuju dengan cita-cita PAS untuk mendirikan sebuah negara Islam berpandukan Al-Quran dan Hadith. Mana mungkin akhbar yang mencari untung dengan paparan keputusan judi boleh menerima Islam memerintah.



WFAUZDIN NS

Sunday, February 20, 2011

provokasi....Kapal Perang Iran Melintas Terusan Suez, negara Yahudi Geram



Teheran - Dua kapal perang Iran akan melintasi Terusan Suez, di Mesir. Ini merupakan kali pertama Republik Islam itu mengirim kapal perangnya sejak revolusi 1979. Keadaan ini diramal akan menambahkan ketegangan antara Iran dan Israel.

“Dua kapal perang Iran akan melintasi terusan dan akan menuju pelabuhan Suriah,” demikian dilaporkan stesyen televisyen berbahasa Arab Al Alam yang dipetik Reuters.

Keizinan untuk melintasi Terusan Suez diberikan tentera Mesir yang memegang kendali pemerintahan sejak Presiden Husni Mubarak mengundurkan diri pada 11 Februari lalu.

Tentera Mesir menyatakan, Negara Paramullah itu sebelumnya sudah meminta kebenaran untuk menggunakan Terusan Suez.

Pihak tentera sebenarnya sulit untuk memberikan izin tersebut mengingatkan Mesir adalah sekutu terdekat Amerika Syarikat dan dikenal dekat dengan Israel.

Kehadiran armada perang Iran di Laur Mediterania, sepastinya mengundang kecaman dari Israel. Menteri Luar Negeri Avigdor Lieberman menganggap hal ini sebagai provokasi.

Pihak berkuasa Terusan Suez yang mengumumkan maklumat melintasnya armada perang Iran ini, enggan memberi komentar. Menurut pihak berkuasa setempat kapal perang baru akan melintasi Terusan Suez pada hari Isnin, esok.

Umno lindung kezaliman polis selagi tekan pembangkang



Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) melindungi polis dengan tidak mengadakan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC) sebagai tukar ganti kepada bantuan pihak berkuasa itu dalam memberi tekanan kepada parti pembangkang

Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, keengganan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein itu menyebabkan golongan berbeza fahaman politik dengan kerajaan, ditindas polis.

Katanya, kaedah mengekalkan kuasa politik itu banyak diamal rejim penindas di seluruh dunia dan dipraktikkan kerajaan Malaysia dan Singapura sejak zaman kemerdekaan lagi.

Sehubungan itu, beliau mendesak sepupu Perdana Menteri itu segera meletak jawatan lantaran tiada keazaman politik dalam mendisiplinkan polis, sebaliknya lebih banyak kezaliman polis berlaku.

“Hishammuddin dan polis seperti tidak pernah mengambil teladan daripada kes seperti A Kugan, Aminulrasyid Hamzah, Norizan Salleh serta Chia Buang Hing,” katanya pada kenyataan media kepada KeadilanDaily.com.

Hishamuddin baru-baru ini mengulangi keengganan kerajaan untuk mengadakan IPCMC walaupun menerima desakan pelbagai pihak termasuk rakyat biasa, sedangkan pelaksanaan itu adalah cadangan suruhanjaya diraja beberapa tahun lalu.

Antara kes kezaliman polis yang ketara ialah kejadian A Kugan mati selepas berada dalam tahanan polis selama lima hari di Balai Polis USJ.

Norizan Salleh pula adalah seorang ibu tunggal yang ditembak secara rambang sewaktu menaiki kereta di lebuh raya MRR2 pada 30 Oktober 2009.

Aminulrasyid Hamzah pula seorang remaja berusia 14 tahun yang juga mati ditembak polis di kepala sewaktu pulang dari kedai makan di Shah Alam.

Chia Buang Hing adalah seorang peniaga bingkai yang dipukul dan wangnya sebanyak RM13,000 dicuri sewaktu berada dalam tahanan polis di Balai Polis Dataran Sunway.




Surendran kesal kerana Hishammuddin dan Ketua Polis Negara kelihatan tidak kisah dengan penderitaan rakyat di tangan polis yang semakin tidak mempeduli proses undang-undang.

“Statistik terbaru dikeluarkan Lawyers For Liberty menunjukkan peningkatan 17 kali ganda kes tembakan polis, dan 160 orang mati sejak 2000.

“Aminulrasyid mati kerana Hishammuddin gagal mendisiplinkan polis,” kata Surendran.

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here