cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, January 8, 2011

Binatang 1 malaysia : 3 Beradik Perempuan Dirogol Datuk Dan Pakciknya



Kuching: Seorang bapa dan anak lelakinya diperintahkan untuk direman selama 7 hari kerana didakwa merogol tiga beradik yang diletakkan di bawah jagaan mereka.


Tertuduh pertama berusia 64, seorang buruh manakala seorang pekerja binaan dari Sg. Bedil berumur 36 tahun, masing-masing adalah datuk dan ayah saudara kepada tiga beradik perempuan tersebut.

Kedua-dua suspek telah berkahwin dan mempunyai anak. Ketiga-tiga orang perempuan tiga beradik diletakkan di bawah jagaan mereka apabila ibu bapa mereka bercerai.

Kakak yang tertua telah dirogol semenjak usia 10 tahun. Dia kini hamil 5 bulan

Dua adik perempuannya yang lain juga masih remaja. Pihak Jabatan Kebajikan kini mengambil alih penjagaan adik beradik perempuan tersebut.

OCPD Kuching, Mun Kok Keong mengesahkan kes berkenaan dan menyatakan beliau laporan polis telah diterima dan ketiga remaja permpuan itu

MB Selangor cabar Umno sokong pindaan, buktikan ikhlas pertahan raja



Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mencabar Umno menyokong pindaan perlembagaan jika ia benar-benar ikhlas dalam menjunjung institusi diraja, yang dialung-laungkannya selama ini.

Menteri Besar (gambar) merancang untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri khas hujung bulan ini bagi menyelesaikan kemelut ekoran pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru.

Sidang itu akan membincangkan pindaan perlembagaan negeri.

"Umno (mengatakan bahawa) ia memandang tinggi (kedudukan) Sultan. Mereka (mengatakan) mereka yang mempertahankan raja," kata beliau sambil menggesa Umno menunjukkan keikhlasan jika benar parti teras Barisan Nasional itu mempertahankan institusi diraja.

Pakatan Rakyat mempunyai 35 anggota di Dewan Undangan Negeri yang memperuntukkan 56 kerusi.

Pindaan perlembagaan memerlukan sokongan dua pertiga untuk diluluskan.

Khalid juga berkata, beliau tidak pernah memberi kuasa kepada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud agar bertindak bagi pihak beliau untuk melantik penggantinya Datuk Mohd Khusrin Munawi.

"Pertama, biar saya mengatakan bahawa menteri besar dan Exco tidak pernah memberi arahan kepada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri untuk bertindak bagi pihak saya ataupun Exco untuk berurusan dalam soal pemilihan Setiausaha Kerajaan Negeri," kata Khalid.

"Jika beliau bertindak (dalam soal itu), beliau bertindak sendiri," katanya.

Hari ini, Khalid juga menolak tanggapan bahawa krisis yang berlarutan akan menghakis sokongan orang Melayu.

"Pengundi mesti tahu bahawa apa sahaja keputusan kami buat, mereka perlu menilai, sama ada ia akan memanfaatkan mereka," kata Khalid, menteri besar penggal pertama.

Khalid juga berkata, Sultan Selangor telah memberi jaminan akan mengekalkan hubungan baik dengan kerajaan negeri meskipun pihaknya tidak bersetuju dengan pilihan penyandang semasa jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Khusrin merupakan bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor.

"Saya gembira Tuanku memberi saya jaminan bahawa kami akan terus mengadakan perbincangan dengan istana," kata beliau.

Dalam kenyataan terbaru pagi tadi, Khalid menafikan bahawa Ramli dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan memaklumkan kepadanya mengenai pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berkata sebaliknya KSN telah menyerahkan senarai nama calon Setiausaha Kerajaan Negeri kepada Sultan Selangor melalui Ramli tanpa memaklumkannya kepada Khalid.

"Menteri Besar menegaskan bahawa beliau telah dibelakangkan dalam semua urusan penyerahan nama ke Istana sebelum 17 Disember 2010 dan cara ini ternyata

tidak menepati prosedur serta membelakangkan Menteri Besar selain mengetepikan amalan telus dan profesional.

"Begitu juga maklumat dari KSN diserahkan kepada Ramli dan beliau tidak memanjangkan kepada Menteri Besar," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam, Ramli berkata beliau telah menyenaraikan lapan nama yang layak dipertimbangkan untuk mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri dan senarai nama itu telah dipersembahkan kepada Sultan Selangor serta salinannya turut diberikan kepada Menteri Besar dan Jabatan Perkhidmatan Awam, kira-kira tiga bulan sebelum beliau bersara.

Faekah berkata perkara itu terbongkar apabila pada 21 Disember lepas, Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani telah menghantar surat

kepada Setiausaha Sulit Menteri Besar dengan mengepilkan surat bertarikh 10 Disember 2010 yang beliau hantar kepada Ramli berkenaan perkenan Sultan Selangor melantik Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.


Sekiranya puak-puak BN/UMNO-UPCO tidak berani menyahut cabaran MB ini bermakna mereka hanya bersandiwara sahaja selama ini yang mengatakan mereka benar-benar taat setia kepada sultan.

Mereka hanya mempergunakan sultan apabila  mereka tersepit dan mencari kesinambungan kuasa politik semata-mata dan ingin mengaburi mata rakyat yang tidak mahu berfikir dengan waras.

Ayuh MB!!Buktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa puak-puak BN adalah penderhaka sultan yang sebenarnya terutama sekali puak-puak UMNO-UPCO."

Isteri pengarang "Keluarga Gerilya" Meninggal Dunia



JAKARTA: Isteri novelis prolifik Indonesia Pramoedya Ananta Toer, Maemunah Thamrin meninggal dunia Sabtu pada usia 82 tahun setelah menderita strok sejak 2008.

Kematian beliau pada pukul 11.45 pagi di rumahnya di Jalan Multikarya, Utan Kayu, Jakarta Timur, diumumkan kepada media tempatan petang Sabtu oleh anak perempuannya Astuti Ananta Toer.

Pramoedya, yang meninggal dunia pada 30 April 2006, merupakan antara pengarang produktif Indonesia, dan semasa hayatnya menghasilkan lebih 50 karya yang diterjemahkan ke lebih 41 bahasa asing.

Salah satu novelnya yang berjudul "Keluarga Gerilya" pernah dijadikan teks untuk matapelajaran sastera bagi peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)...

sah...DAP anti sultan dan raja raja melayu....hapuskan imuniti dan hak istimewa sultan dan raja raja melayu.....parti nie patut di haramkan....!!!








tolong ambil tindakan parti lahabau ini....parti pemecah umah,perosak masyarakat melayu....dan rakyat ...perompak dan lanun turun temurun yang menjahanam keharmonian rakyat....HARAMKAN PARTI INI DARI KEWUJUDANNYA....!!!

Keluarga Mangsa Tiga Individu Yang Ditembak Mati Polis termasuk Seorang Remaja berusia 15 tahun Tuntut Keadilan



Keluarga tiga individu yang ditembak mati polis termasuk seorang remaja berusia 15 tahun pada awal pagi Sabtu, 13 November, 2010 di Glenmarie menuntut polis membuat penyiasatan segara dan membawa pesalah ke muka pengadilan

Mangsa Mohd Shamil Hafiz Shafie, 15 tahun, Mohd Hairul Nizam Tuah, 20 tahun dan Mohd Hanafi Omar, 22 tahun ditembak mati kerana polis mengesyaki mereka sebagai sebahagian daripada kumpulan penjenayah 'Geng Minyak' yang merompak beberapa stesen petrol dan Pemangku Ketua Polis Selangor pada masa itu, Datuk A Thaiveegan membuat tuduhan liar mengatakan mereka sebagai 'penjenayah tegar', tetapi tiada seorang pun mangsa yang mati pada malam itu mempunyai rekod jenayah lampau.

Peguam Lawyers For Liberty (LFL), N Surendran yang mewakili para keluarga mangsa menghantar satu memorandum kepada Ketua Polis Negara di Ibupejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur pagi tadi berkata, beliau menyifatkan kejadian tersebut sebagai satu pembunuhan dan bukannya ditembak polis kerana mempertahankan diri.

"Kita berkumpul disini hari ini kerana para keluarga mangsa telahpun membuat laporan polis pada 20 November tetapi sehinga hari ini tiada tindakan telah diambil.

Sebelum polis memulakan siasatan, Ketua Polis Negara telah mengeluarkan kenyataan yang memihak anggotanya. Sejak awal lagi kita sangsi mereka akan cuba menutup kes ini dan mereka memang berbuat demikian. Saya dapat beritahu hari ini, pasti ini adalah pembunuhan kerana polis mendakwa mangsa telah menyerang polis dengan parang, dan jika begitu kenapa kesemua mangsa mengalami luka tembakan di dahi dan di dada?," soal Surendran.

Memorandum yang diserahkan kepada Ketua Inspektor Saipul Anwar Razali yang menerimanya bagi pihak KPN, antara lain meminta polis menjalankan siasatan yang telus, efektif dan adil serta mengambil tindakan undang-undang ke atas anggota-anggota polis yang melepaskan tembakan hingga mengakibatkan kematian ketiga-tiga mangsa.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar serta Ahli Parlimmen Subang, Sivarasa Rasaiah turut hadir bagi memberikan sokongan kepada LFL dan keluarga mangsa.

Norhafizah Mad Razali, ibu salah satu mangsa, Shamil, berkata beliau hanya mahukan keadilan terhadap kematian anaknya dan berharap agar perkara sebegini tidak berlaku kepada mana-mana keluarga selepas ini.

"Dia ditembak kat dada dan tepat di dahi dia, tak boleh nak bayangkan sampai sekarang bagaiman keadaan anak saya masa itu. Saya nak orang yang bertanggungjawab atas pembunhan anak saya ditangkap, diihukum," kata beliau sambil menangis.

Kakak kepada Hairul, Norhaliza Tuah, 27 tahun yang mengenal pasti mayat adiknya di hospital menyuarakan rasa sangsi beliau bahawa adiknya mungkin telah dipukul oleh polis sebelum menembak mati adiknya dari jarak dekat.

"Kami terkejut dengan apa yang terjadi dekat dia (Hairul) dan saya nak tahu kenapa, cara tembakan dia tak munasabah sebab cara tembakan menjunam ke bawah, tembus.

"Dan kecederaan pada mayat, mata dia lebam dan dua tembakan. Atau dia dipukul dulu ke macam mana saya pun tak tahu," jelas beliau.

Manakala bapa kepada Hanafi, Omar Abu Bakar, 58 tahun menyatakan berdasarkan kesan tembakan yang dialami oleh anaknya, alasan polis bahawa ketiga-tiga mangsa telah menyerang polis adalah tidak munasabah.

"Jadi saya memang tak puas hati sebab dia kena tembakan dia kena sebelah kanan; polis kata cuba serang polis, kalau macam itu mesti (kena tembakan) berdepan, ini maknanya dia (berada) di dalam kenderaan (semasa ditembak)," tegas Omar.

Surendran berkata, inilah sebabnya Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) diperlukan sebagai satu alat untuk mengawal tingkahlaku polis sekalugus dapat mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.

"Kita bimbang kerana setiap kali insiden seperti ini berlaku, remaja tidak bersalah ditembak mati. Aminulrasyid, 14 tahun, dan kini anak lelakinya (Norhafizah), 15 tahun! Apa yang berlaku di negara ini? Polis perlu dikawal, kita perlukan IPCMC. Kita berkumpul bukan sahaja untuk membela mereka yang telah ditembak mati tetapi juga untuk kesemua remaja yang kini berada dalam bahaya kerana polis kini bertindak liar," tegas beliau lagi.

UMNO amalkan budaya zaman batu........!!!



"Malam tadi, PAS Kawasan Bukit Katil telah menganjurkan ceramah isu-isu semasa oleh Ustaz Kamal Ashaari. Seperti biasa saya telah meluangkan masa untuk menghadiri ceramah tersebut. Sebenarnya saya dah sampai agak lewat kerana ada hal yang aku perlu bereskan. Semasa sampai, kebetulan penceramah baru memulakan ceramah beliau. Seperti biasa, saya harapkan UMNO tak membuat kacau pada malam ini, tetapi jelas sangkaan saya meleset.

Di Melaka, perlakuan parti UMNO paling pelik dan mungkin tiada di tempat lain. Manakan tidak, UMNO Melaka sering berceramah bersebelahan ceramah yang di anjurkan oleh PAS. Seingat saya, ceramah Mat Sabu dan Dr. Hatta Ramli juga mengalami gangguan oleh UMNO. Ini jelas tindakan paling tak bertamadun pernah saya lihat. Cuba anda bayangkan, ceramah sebelah menyebelah menggunakan pembesar suara. Yang mana satu hendak didengarkan, dan ini berlaku juga di ceramah Ustaz Kamal Ashaari. Sepanjang saya bertugas di merata tempat, saya selalu ikuti program-program ceramah anjuran PAS, jarang berlaku ceramah UMNO bersebelahan ceramah PAS.

Namun negeri Melaka yang diisytiharkan oleh Ali Rustam sebagai negeri maju pada 20.10.2010 amat memalukan apabila UMNO sebagai parti pemerintah mempunyai minda kelas ketiga dan mundur. Gerak gerinya jelas terbelakang dan songsang. Apa perlunya UMNO untuk menganjurkan ceramah-ceramah seperti ini kerana media arus perdana yang mereka kuasai selalu mengeluarkan kempen - kempen memburukkan dan menfitnah Pakatan Rakyat. Adakah itu tidak cukup lagi sehingga ke pentas ceramah terus berlaku gangguan.

Ustaz Kamal Ashaari memberitahu dalam ceramahnya, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak mengganggu ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh UMNO dalam kempen "Selamatkan Selangor" kerana mengiktiraf fungsi parti pembangkang iaitu UMNO. Pakatan Rakyat Selangor akan menjawab isu-isu yang di bangkitkan oleh UMNO melalui ceramah yang akan diadakan pada hari berikutnya. Jelas perlakuan UMNO ini amat terdesak kerana takut akan 'tsunami politik' pada Mac 2008 akan terus berlanjutan pada PRU 13 nanti dan akan terus menguburkan mereka dari landskap politik Malaysia buat selama-lamanya.


addin_77

buat apa tubuh suruhanjaya di raja....kalau tak mau siasat punca kematian Teoh Beng Hock

Majlis Peguam, Suhakam mahu suruhanjaya turut siasat punca kematian Teoh



Majlis Peguam dan Suhakam turut menyertai desakan agar Putrajaya membentuk suruhanjaya diraja yang boleh menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock tanpa hanya mengehadkan kepada skop meneliti prosedur siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan meneruskan keputusan dibuat 17 Julai 2099 untuk mewujudkan suruhanjaya diraja, dengan terma-terma khusus, bagi mengkaji kaedah soal siasat yang diguna pakai SPRM dan menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi semasa proses soal siasat terhadap mendiang Teoh.

Suruhanjaya itu yang akan diwujudkan di bawah Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 akan menyiasat perjalanan dan pengurusan SPRM serta di mana sesuai, menyiasat kelakuan mana-mana pegawai SPRM.

Susulan pengumuman itu semalam, peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo memberitahu, pembentukan suruhanjaya diraja tanpa turut menyiasat persekitaran yang membawa kepada kematian Teoh tidak ada sebarang makna dan ia satu langkah membazir wang rakyat.

Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan juga berpendapat demikian. “Apa yang penting, dia (Teoh) mati ketika berada dalam tahanan SPRM. Beban adalah pada SPRM untuk menjelaskan apa yang berlaku,” kata Ragunath (gambar) kepada The Malaysian Insider.

“Mengenai soal kebersalahan, adalah penting untuk difahami bahawa Teoh merupakan seorang saksi. Adakah dia telah berhadapan dengan tekanan ketika disoal siasat?

“SPRM mesti mengambil tanggungjawab,” kata beliau. Ragunath yang sebelum ini melahirkan pendapat bahawa inkues itu tidak bermakna selepas koroner memberikan keputusan terbuka menambah, kerajaan bertanggungjawab kepada keluarga Teoh untuk memberi keadilan.

“Koroner memutuskan tidak bunuh diri ataupun dibunuh, jadi bagaimana dia mati? Mereka mesti datang dengan rumusan,” kata beliau.

Justeru, kata Ragunath, apabila Najib menggariskan terma rujukan kepada suruhanjaya beliau sewajarnya memberikan kuasa untuk melihat punca yang membawa kematian Teoh dan tatalaku pegawai-pegawai SPRM.

Malah kata beliau, pentadbiran Najib mesti memberi kuasa kepada suruhanjaya diraja untuk meneliti protokol kesemua badan penguat kuasa, bukan hanya SPRM bagi membuktikan bahawa kerajaan persektuan serius untuk mendapatkan keyakinan rakyat ke atas institusi-institusi awam.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi semalam bagi semakan terhadap keputusan terbuka dalam inkues kematian Teoh.

Koroner Azmil Muntapha Abas pada Rabu lalu memutuskan kematian setiausaha politik Exco Selangor itu pada 2009 bukan disebabkan bunuh diri ataupun homisid.

Pesuruhjaya Suhakam Muhammad Sha’ani Abdullah juga menyokong gesaan agar suruhanjaya diraja diberikan kuasa meluas.

“Skop kerja suruhanjaya diraja tidak wajar dihadkan... jadi, syor-syornya akan menjadi panduan komprehensif bagi SPRM untuk bergerak ke depan,” kata ketua bahagian aduan dan pertanyaan Suhakam ini.

“Jika mereka mahu menyiasat prosedur, bukannya prosedur-prosedur dalam buku tetapi teliti penggunaan prosedur yang sebenar, mereka harus meneliti dengan terperinci.

“Jika penemuaan menunjukkan pegawai-pegawai (SPRM) bersalah, ia akan membantu kerajaan membersihkan badan penguta kuasa,” katanya lagi.

Sebagaimana ditekankan oleh Ragunath, Muhammad Sha’ani berkata, Teoh hanya seorang saksi yang dibawa untuk membantu siasatan SPRM. Kata beliau, undang-undang dalam prosiding jenayah memberikan lebih perlindungan kepada suspek berbanding saksi.

“Sekarang orang ramai takut untuk membuat laporan, mereka tidak akan tampil untuk membuat pendedahan,” katanya lagi.

“Ramai yang sudah jadi mangsa. Ia sesuatu yang sudah diketahui (ramai), bukannya persepsi awam,” kata beliau sambil menambah, terdapat banyak aduan mengenai dakwaan intimidasi terhadap pegawai-pegawai SPRM.

Katanya, perbicaraan membabitkan bekas pengurus besar Sime Darby dan juga peguam terkenal Datuk Rosli Dahlan adalah antara beberapa kes dakwaan intimidasi semasa siasatan SPRM.

Imbas Badan Dianggap Hakis Kebebasan



Washington: Bekas calon presiden, Encik Ralph Nader, semalam berkata amalan mengimbas badan dan kawalan keselamatan yang kian ketat di lapangan terbang Amerika Syarikat menghakis kebebasan warga Amerika dan menyifatkan agensi yang menjalankannya sebagai 'gila'.

'TSA (Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan) gila, keseluruhannya,' kata Encik Nader pada sidang pertama di Amerika mengenai langkah-langkah keselamatan baru yang kontroversial yang dilaksanakan di lapangan-lapangan terbang di seluruh negara itu.

Ini termasuk alat pengimbas X-ray yang menghasilkan imej grafik tubuh bogel seseorang - anggota sulitnya dan kesemua - di samping pemeriksaan badan termasuk meraba bahagian sulit para pelancong yang enggan menjalani alat pengimbas itu.

Sesetengah pelancong mengadu bahawa alat pengimbas itu terlalu 'mendedahkan', manakala yang lain, termasuk seorang juruterbang, pernah berkata mereka berasa dicabul selepas diraba oleh ejen-ejen TSA.

Para penumpang dan kakitangan syarikat penerbangan pernah menceritakan kisahkisah menarik di mana mereka telah diminta menanggalkan payu dara palsu yang dipagai atau beg penampung air kencingnya dibocorkan semasa pemeriksaan.

Para ibu bapa juga mengadu anak-anak kecil mereka turut diperiksa dengan kasar oleh ejen-ejen TSA.

Strategi keselamatan TSA itu merupakan satu reaksi serta-mertanya terhadap serangan-serangan pengganasan yang gagal, kata Encik Nader.

'Jika ada pengebom kasut, maka kami pun kena buka kasut kami.

'Ada pula seorang pengebomyang menuju ke Detroit pada Hari Natal tetapi gagal dalam rancangannya, maka kami pun terpaksa menggunakan alat pengimbas baru ini,' kata beliau sambil merujuk kepada seorang pemuda Nigeria yang gagal meletupkan bahan letupan yang dijahit pada seluar dalamnya sedang penerbangan beliau ke Amerika hampir mendarat pada Hari Natal pada 2009.

Selepas ini, para pelancong Amerika mungkin dikenakan pula pemeriksaan rongga badan, tambahnya.

'Apa yang berlaku ialah, kita semakin kehilangan kebebasan kita,' kata Encik Nader.

Pandangan itu dikongsi oleh kebanyakan penceramah di sidang tersebut, yang dianjurkan oleh Pusat Maklumat Rahsia Elektronik dan mempunyai kias seleweng dengan 'Pelucutan Kebebasan'.

'TSA mahu menggunakan mesin-mesin itu untuk melihat kita telanjang sebelum kita menaiki pesawat,' kata ketua Parti Pendukung Kebebasan, Encik Wes Benedict.

'Tetapi jika anda tidak mahu kelihatan berbogel, badan anda boleh diperiksa seperti seorang penjenayah dan diraba,' kata beliau, sambil bersetuju dengan pandangan Encik Nader bahawa langkah keselamatan baru itu 'menginjak-injak hak asasi dan membazirkan wang kita'. -- AFP.

madu beracun....Wanita parah ditetak madu



Seorang suri rumah cedera parah di bahagian kepala, muka dan tangan akibat ditetak dengan parang oleh madunya di Kampung Baru, Sungai Korok dekat sini, hari ini.

Kejadian pada kira-kira jam 10 pagi itu dipercayai berpunca dari perasaan cemburu antara kedua-dua wanita tersebut yang tinggal sebumbung sejak dua minggu lalu. Wanita berumur 54 tahun itu kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dan keadaannya dilaporkan stabil manakala madunya yang berumur 27 tahun dipercayai telah melarikan diri selepas kejadian itu. Anak perempuan mangsa yang berumur 17 tahun turut cedera di kaki akibat terpijak parang yang digunakan dalam serangan itu dan kini dirawat di Hospital Jitra.

Mangsa mempunyai enam orang anak manakala madunya mempunyai seorang anak lelaki berumur lapan bulan.

Suami kedua-dua wanita itu yang berumur 54 tahun dan bekerja sebagai buruh di sebuah syarikat swasta di Jitra dan ketika ditemui pemberita di HSB enggan ditemu bual.

Difahamkan, sebelum ini, madu wanita itu tinggal di rumah sewa di Kuala Nerang dan pindah ke rumah mangsa kira-kira dua minggu lalu kerana dikatakan suami mereka tidak mampu membayar sewa.
Sementara itu, seorang daripada jiran mangsa yang dikenali sebagai Nang Yah ketika ditemui pemberita berkata, ketika kejadian dia berada di luar rumah dan tiba-tiba terdengar bunyi bising dan teriakan meminta tolong dari rumah jirannya itu yang terletak kira-kira lima meter dari rumahnya.

"Mak Cik dengar suara orang bising-bising dan minta tolong...Mak Cik jadi takut lalu meminta bantuan jiran lain untuk melihat apa yang berlaku di rumah mangsa.

"Kemudian mak cik nampak mangsa mengengsot keluar dari rumah sambil merayu minta tolong dalam keadaan lemah dan tidak bermaya. Kepalanya penuh dengan darah," katanya.

Seorang lagi jiran mangsa berkata, beliau dan beberapa jiran lain telah membantu membawa mangsa ke Hospital Jitra.

"Bila sampai di rumah mangsa, mendapati mangsa dalam keadaan tidak bermaya dan lemah...saya dan rakan segera bawa mangsa ke hospital bagi mengelak mangsa kehilangan banyak darah," kata lelaki berumur 32 tahun itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian ini pada 4.20 petang.

Polis sedang menyiasat kejadian itu, katanya. - Bernama

Thursday, January 6, 2011

Bukan mabuk.....tapi dua dua pun salah....si karam singh dengan bahasa kasar....si mamat rempit kurang ajar meletak kapcai sesuka hati....!!!!



Wartawan penyiaran Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3), Karam Singh Walia (gambar) menafikan dia mabuk semasa didakwa mengeluarkan kenyataan berbau perkauman di sebuah restoran di Klang baru-baru ini.

Katanya, dia masih waras dan sedar apa yang diperkatakan ketika kejadian itu.

Menceritakan semula insiden itu, Karam berkata, dia pada mulanya menegur sikap sekumpulan remaja yang meletakkan motosikal dengan sesuka hati di hadapan sebuah restoran India Muslim.

"Saya marah mereka dan mengatakan 'letak motosikal tidak pakai otak, bodoh punya orang'. Saya ulangi perkataan yang sama selepas duduk di dalam restoran sambil memesan makanan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Karam berkata, tidak lama kemudian salah seorang penunggang motosikal terbabit telah menuduhnya menghina orang Melayu menyebabkan kira-kira 20 orang lelaki lain mengepungnya.

Apabila merasakan keselamatannya terancam, dia lantas meminta maaf kerana tidak mahu meneruskan perbalahan dan cuba meredakan keadaan.

"Ketika itu saya malu dan tertekan kerana bersama saya ialah anak saudara yang baru pulang dari England dan saya bimbang dia dicederakan. Sebab itu saya memohon maaf kepada kumpulan itu," jelasnya.



berkaitannya di sini...

gempar beb...wartawan alam sekitar tercemar......karam dengan todi.....nyaris di pukul .... Rumah terbakar nampak api, Hati terbakar siapa tahu.....muakakakakaka....hati gua aje yang terbakar bila cakap tak serupa bikin wooiiii....!!!!

ingat pedajal sorok minyak rupanya syarikat pedajal sabotaj pengeluaran minyak



Kemelut kekurangan minyak masak yang berlaku di seluruh negara rupa-rupanya berpunca daripada penyelewengan enam buah syarikat pembungkusan minyak masak.

Enam syarikat itu dikesan menghentikan pengeluaran minyak dan sebuah daripadanya merupakan syarikat terbesar di Malaysia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, syarikat pembungkusan minyak masak terbesar itu didapati menghentikan pengeluaran sebanyak 5,000 tan metrik pada awal Disember lalu dan jumlah itu boleh digunakan untuk sebuah negeri selama sebulan.

“Kementerian memandang serius perkara ini kerana tindakan mereka ini mengakibatkan kekurangan minyak masak sehingga menyusahkan orang ramai,” ujarnya selepas mengadakan lawatan ke kilang pembungkusan minyak Golden Palm Oil Industri Sdn. Bhd. di Bandar Tun Razak di sini semalam.

Namun begitu, beliau belum dapat mengenal pasti punca mengapa syarikat tersebut menghentikan pengeluaran.

Gara-gara bercakap dalam kelas, wajah murid tadika ini dibakar



Seorang guru taman kanak-kanak (TK) di Singapura ditahan oleh pihak polis setempat setelah membakar wajah muridnya, hanya kerana mereka bercakap di dalam kelas. Ketujuh murid yang menjadi korban tersebut menderita luka terbakar pada wajah mereka.

Guru perempuan yang bernama Yi ini, mungkin saja akan membakar wajah lebih banyak muridnya jika perbuatannya tidak dicegah oleh seorang guru lain yang kebetulan melalui ruang kelas.

Yi juga mengancam muridnya untuk tidak memberitahukan kejadian tersebut kepada orang tua mereka. Guru yang masih belum berkahwin tersebut menyuruh anak muridnya untuk mengatakan, luka pada wajah mereka diakibatkan kerana mereka jatuh di dalam toilet. Demikian dilaporkan China Daily.

Cheng Sixia, seorang orang ibu kepada murid yang melihat pipi anaknya terbakar, merasa curiga atas penjelasan guru berusia 30 tahun tersebut. Yi mengaku kepada orang tua murid itu, anaknya yang berusia enam tahun terjatuh di toilet kerana lantai toilet itu licin.

Cheng curiga dengan penjelasan kerana dia melihat luka tidak hanya pada wajahnya tetapi juga pada bahagian belakang telinga anaknya. Luka di telinga ini tentu saja tidak diakibatkan kerana terjatuh di toilet.

Setelah bertanya ke murid lain, Chui mengetahui apa yang sebenarnya terjadi kepada anaknya. Dia akhirnya mengetahui wajah anak dibakar dengan bantal yang telah di seterika.

Yi mengaku dirinya hanya ingin menakuti anak muridnya dengan bantal itu. Namun ia tidak menyedari benda itu amat panas ketika gunakan kepada muridnya.

Yi pun kini telah ditahan pihak polis. Dia dipenjara selama 10 hari oleh polis Singapura.

PAS Johor Buat Laporan Polis berkenaan dengan seorang pegawai tinggi kerajaan negeri menggesa para guru menyokong kempen BN dalam pilihan raya kecil DUN Tenang....!!!



PAS Johor akan membuat laporan polis di Labis esok mengenai satu rakaman video seorang pegawai tinggi kerajaan negeri menggesa para guru menyokong kempen BN dalam pilihan raya kecil DUN Tenang.
Pencalonan ditetapkan pada 22 Januari dan pengundian pada 30 Januari bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut ekoran kematian penyandangnya dari BN Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lalu lapor portal Malaysiakini.

Timbalan pesuruhjaya PAS Johor, Zulkifli Ahmad memberitahu  hari ini bahawa rakaman video itu akan dimuat-naik di YouTube.

"Kami akan membuat laporan polis mengenai perkara itu di balai polis Labis bersama bukti untuk menyokongnya," kata beliau.

Zulkifli berkata, pihaknya melihatnya sebagai satu bukti jelas pegawai dan jentera kerajaan diguna untuk membantu BN mendapatkan sokongan melalui cara yang melanggar sikap tidak memihak kakitangan awam dalam politik.

Menurutnya lagi, jika pegawai kanan kerajaan negeri mahu mengambil bahagian dalam politik, mereka mesti meletak jawatan terlebih dahulu sebelum memasuki gelanggang politik.

Sementara itu, Zulkifli berkata, partinya juga tidak bimbang dengan pengedaran dua buku berjudul 'DAP Anti-Islam' dan 'Khawarij dan Parti PAS ', menjelang kempen pilihan raya Tenang.

biase lah barang naik...pencuri pun naik....bila perasuah dan pencuri besar di lindungi baik baik....

Harga Getah Naik Kes Curi Getah Pun Naik



KERDAU – Lebih 5,000 penduduk dengan bantuan anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) di 10 kampung dekat Kerdau terpaksa bergilir-gilir menjaga ladang untuk mengelakkan hasil getah dicuri penjenayah.

Dengan harga getah mencecah RM7 sekilogram, mereka terpaksa menubuhkan pasukan rondaan dan membina pondok bermalam di ladang getah gara-gara kegiatan mencuri getah semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Ketua Kampung Kelibang, Kerdau, Abdul Hamid Jainal, 62, berkata, sepanjang bulan Disember tahun lepas, sebanyak 12 kejadian mencuri getah berlaku di kampung itu.

“Bagi mengelakkan kegiatan itu berleluasa, Rela dengan kerjasama penduduk dan pemilik ladang menjalankan rondaan serta berjaga pada waktu malam.

“Langkah yang diambil Rela, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan penduduk untuk melakukan rondaan serta berkawal berjaya membendung kejadian itu,” katanya.

Abdul Hamid berkata, mereka akan terus melakukan rondaan secara bersepadu untuk memastikan kejadian mencuri getah tidak berulang.

Menurutnya, sebanyak 85 peratus daripada 5,000 penduduk dari 10 kampung itu bekerja sebagai penoreh getah manakala yang lain berniaga sendiri, bekerja kilang dan sebagainya.

“Penduduk di sekitar Temerloh dinasihatkan supaya sentiasa mengawal hasil ladang mereka untuk mengelakkan ia menjadi sasaran penjenayah berikutan terletak jauh dari penempatan penduduk.

“Masalah kecurian getah bukan sahaja berlaku di Kerdau dan Temerloh malah membabitkan kawasan lain memandangkan harganya semakin meningkat,” katanya.

Beliau berkata, terdapat penoreh yang mampu meraih pendapatan sehingga RM600 sehari namun mereka terpaksa berdepan pelbagai ancaman termasuk kegiatan kecurian yang berleluasa sejak akhir-akhir ini. -SH


Harga getah tertinggi dalam sejarah negara

LABIS 6 Jan. - Harga pasaran getah SMR 20 yang kini mencecah paras RM15.06 sekilogram merupakan kadar tertinggi kenaikan harga komoditi itu yang dicapai dalam sejarah negara.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kenaikan harga berkenaan sekali gus memberi kebaikan kepada pekebun kecil dengan mendapat keuntungan yang tinggi kepada mereka.

"Unjuran kenaikan ini merupakan unjuran yang tinggi. Getah adalah komoditi yang stabil. Kalau harga turun pun, ia tidak banyak.

"Saya lihat dari segi purata, kalau mereka (pekebun kecil) mempunyai dua hektar tanah, mereka mendapat RM5,600 sebulan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen tanam semula peringkat Johor, di sini, hari ini -Bernama

negara ku jenayah permai.....Lagi Kes Mayat Reput & Berulat Ditemui

Mayat Lelaki Dengan Kesan Luka Diperut Ditemui Di Sungai Klang



Gambar: Anggota polis menemui mayat lelaki di tebing Sungai Klang berhampiran Projek Perumahan Rakyat Kampung Sungai Limau, Pantai Dalam di sini hari ini. -foto Bernama

KUALA LUMPUR: Mayat lelaki dengan kesan luka di perut ditemui di tebing Sungai Klang berhampiran Projek Perumahan Rakyat Kampung Limau, Pantai Dalam di sini hari ini.

Mayat yang telah reput dan berulat itu ditemui oleh orang awam yang memancing berhampiran kawasan itu pada kira-kira pukul 1.30 petang.

Difahamkan, polis turut menemui empat buku akaun bank dalam poket seluar mangsa, iaitu dua buku milik lelaki bernama Zulkifli Bulat dan dua lagi milik Azmi Bulat.

Sumber polis yang ditemui di tempat kejadian berkata, lelaki yang hanya berseluar itu dipercayai berbangsa Melayu dari Sabah dan berusia dalam lingkungan 20-an.

"Namun kita tidak dapat memastikan sama ada mayat itu adalah Zulkifli atau Azmi," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan keadaan mayat yang reput dan berbau busuk itu, lelaki berkenaan dipercayai mati antara tiga hingga lima hari lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Supritendan Azri Abdul Rahman ketika dihubungi pula berkata, polis kini menunggu keputusan bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematian lelaki itu.

"Perut mangsa ada sedikit kesan kecederaan iaitu luka, bagaimanapun kami perlu menunggu keputusan bedah siasat bagi mengetahui luka itu sama ada merupakan kesan tikaman atau bukan," katanya.

Beliau berkata, mayat lelaki itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. - BERNAMA

hamba seks binatang binatang di PBT Selangor....aik di negeri negeri di perintah UMNO tak de ke...???



Seorang wanita yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor mendakwa bukan saja menjadi hamba seks anggota penguat kuasa PBT berkenaan, malah diperlakukan seperti haiwan selama tiga tahun oleh tiga lelaki ‘durjana’ terbabit secara bergilir-gilir. Gambar fail.

Suami mangsa yang mahu dikenali sebagai Mohd Hassan, 60, berkata dia tidak menyangka kelakuan isterinya yang kerap mengelak dan memberi alasan untuk pergi bekerja pada hujung minggu atau hari cuti berpunca daripada kejadian itu.

Katanya, perkara itu terbongkar apabila isterinya berhenti kerja dan pulang ke kampung halaman di Pasir Mas, Kelantan, dengan alasan mahu menjaga rumah ibunya yang menunaikan ibadat haji.

“Selepas setahun membisu dan sering didesak, baru dia membuka rahsia dengan menceritakan kejadian itu kepada saya dan ibunya. Isteri saya memberitahu, dia bukan sengaja mahu menyembunyikan perkara itu, tetapi perasaan bersalah kepada keluarga menghantui diri selain malu,” katanya ketika di temui di rumahnya, semalam.

Menyedari maruah isteri tergadai sedangkan lelaki ‘durjana’ terbabit masih bebas, Mohd Hassan menyarankan isterinya untuk membuat laporan polis supaya dirinya mendapat pembelaan sewajarnya.

“Sehingga kini, anak-anak kami tidak tahu kejadian yang menimpa ibunya, malah saya juga rasa bersalah kerana membiarkan dia bekerja dan tinggal di rumah seorang diri,” katanya yang menemani isterinya membuat laporan di Balai Polis Pasir Mas, Mac lalu.

Menceritakan kejadian itu, Mohd Hassan berkata, isterinya dirogol buat kali pertama di kawasan berhampiran rumahnya selepas menerima pelawaan seorang anggota terbabit yang mahu menghantarnya pulang.

“Sejak itu, isteri saya menurut kehendaknya kerana dia mengugut untuk mencederakan isteri saya atau dibuang kerja sekiranya keinginannya ditolak. Lebih menyeksakan apabila dia turut membuat ‘promosi’ kepada dua lagi rakan sejawatnya untuk turut melakukan perbuatan terkutuk itu.

“Tidak cukup memuaskan nafsu dalam kereta dan stor pejabat, isteri saya dirogol dan dipaksa memuaskan nafsu mereka di tangga serta tandas pejabat, malah ketiga-tiga lelaki itu pernah datang ke rumah kami dan membuat bising sehingga isteri saya menurut kehendaknya,” katanya. -hm

pisang di buang angkara pedajal yang menyorok bekalan minyak masak....!!!!



Pengguna mula gusar dengan masalah kekurangan minyak masak di pasaran sekarang apabila pasar raya dan pekedai runcit menaikkan notis tiada bekalan itu di premis mereka.

Seorang pekerja kebun pisang, Muhammad Yusof membuang beberapa tandan pisang yang busuk apabila peniaga pisang goreng tidak dapat membeli pisang yang ditempah ekoran kekurangan minyak masak sejak Sabtu lepas . Menurut pekerja itu, sebanyak 30 tandan pisang dibuang kerana busuk dan rosak sejak krisis minyak masak sejak Sabtu lepas. -Bernama

Ramai peniaga pisang goreng tidak dapat berniaga sebab mereka sukar untuk mendapatkan bekalan minya.

Sementara itu, keadaan ini menjadi lebih tegang apabila terdapat catuan pembelian dengan setiap individu hanya dibenarkan membeli dua botol besar minyak masak.

Di ibu kota mendapati kebanyakan pengguna mengeluh apabila pasar raya dan kedai runcit tiada bekalan itu, lapor Harian Metro.

Pelajar institusi pendidikan tinggi swasta, Hasyimah Abdul Halim, 22, berkata walaupun masih mempunyai bekalan di rumah sewanya, dia tetap bimbang. “Dua hari lalu, saya membuat panggilan ke kampung untuk bertanya khabar keluarga. Ibu mengadu masalah bekalan minyak masak sejak seminggu lalu. “Syukur kami selalu beli dengan kadar yang banyak untuk kemudahan di rumah sewa,” katanya.

Pengguna, Hisham Abdullah, 45, berkata dia terpaksa membayar lebih untuk setiap peket minyak masak yang dibelinya di kedai. “Mula-mula, saya nak marah juga bila peniaga terbabit meletakkan harga lebih tinggi, tapi memandangkan bekalan minyak masak susah nak cari, saya diamkan saja,” katanya.

penyebar fitnah rakyat bakal bangkrap.....lim guan eng saman utusan meloya....padan mukaaaa....fitnah banyak banyak lagi....!!!!



Guan Eng saman Utusan sifatknnya anti-Melayu

Gambar: KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (tengah) bersama peguamnya Jagdeep Singh Deo (kiri) dan Wong Hon Wai (kanan) menunjukkan kertas tuntutan saman malunya ke atas Utusan Melayu di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, hari ini. - Foto Asman Ibrahim

KUALA LUMPUR, 6 Jan — Ketua Menteri Pulau Pinang memfaikan saman terhadap Utusan Malaysia hari ini berhubung satu artikel bulan lalu mendakwa beliau seorang anti-Melayu.

Lim menggambarkan artikel yang disiarkan 20 Disember lalu, bertajuk “Kebiadaban Guan Eng” sebagai fitnah dan menjatuhkan reputasi beliau sebagai ahli politik dan ketua kerajaan negeri.

Dalam samannya beliau memohon mahkamah memutuskan satu jumlah ganti rugi am termasuk ganti rugi teruk dan ataupun teladan untuk fitnah bertulis berkenaaan.

Artikel itu dikeluarkan sehari selepas konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Dalam rencana itu, Lim didakwa tidak membenarkan perarakan Maulidur Rasul, tidak membenarkan Pasar Ramadan di Komtar dan juga bahawa telah memrobohkan kampung-kampung Melayu.

Rencana itu antara lain berkata, “jika ucapan Lim Guan Eng di Konvensyen Pakatan Rakyat yang berlangsung di Kepala Batas, semalam diambil kira, Setiausaha Agung DAP itu tidak boleh marahkan sesiapa kalau beliau dianggap bersikap rasis dan menentang apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu.

“Tindakan biadab beliau yang menuduh pendokong dan peminat Utusan Malaysia sebagai bukan rakyat Malaysia sebenar dengan tafsiran akhbar ini mengamalkan ekstremisme sudah menunjukkan siapa Guan Eng.

“Tidak cukup dengan itu Guan Eng juga menyerang Barisan Nasional (BN) dengan tuduhan yang sama dengan mendakwa BN hanya tahu memperalatkan 3R iaitu Race (bangsa), Religion (agama) dan Raja.

“Gambaran yang cuba diberikan oleh Guan Eng secara tersirat ialah apa sahaja perjuangan yang berkaitan dengan Melayu tidak harus dibiarkan dan harus ditentang oleh pakatan pembangkang yang turut dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat dan PAS.

“Kedua-dua parti berkenaan sememangnya diketuai oleh orang Melayu tetapi apabila Guan Eng menyerang orang Melayu dan institusi Melayu mereka hanya menyokong.

“Persoalannya baik sangatkah insan bernama (Lim) Guan Eng ini yang baru sepenggal memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang?”

Lim menafikan kesemua dakwaan yang dibuat oleh Utusan Malaysia.

Selain Utusan Malaysia, pentadbiran Lim juga berhadapan dengan serangan berterusan daripada pertubuhan-pertubuhan yang pro-Umno dengan mendakwa beliau bertindak bertentangan dengan masyarakat Melayu.

Wednesday, January 5, 2011

Rais Yatim Seperti Belut Bodoh?



BETAPA hebatnya Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim melemparkan ‘boomerang politik’ kepada Ketua Pembangkang dengan mengumpamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "ikan sembilang dalam lubuk keruh" yang hanya tahu menyengat untuk kepentingan dirinya.

Namun sayang seribu kali sayang kerana lemparan boomerangnya gagal ditangkap kembali dengan kemas sehingga mencederakan dirinya yang terjebak dengan Skandal 376 Kanun Keseksaan kerana dituduh merogol pembantu rumahnya pada 2007.

“Rais adalah ‘Belut Bodoh’ yang memakan pancing yang dihulurkan ke lubuk nafsunya sehingga terpalit dengan Skandal Seks yang memalukan Malaysia setelah media Indonesia dan Wikileaks serta Blogger tempatan menyerangnya bertubi-tubi, tanpa mampu melawan,” ujar Naib Ketua Cabang PKR Batu Sapi, Zainuddin Hassan.

Sebagai pemimpin hipokrit yang lembut gigi daripada lidah, kata Zainuddin, Rais sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat Malaysia dan Indonesia, namun pembalasan Tuhan atau kisas sudah berlaku di dunia lagi.

Zainuddin kesal kerana Rais menuduh Anwar sebagai seekor ikan sembilang yang suka menyengat ke kiri dan ke kanan, tetapi bila di dalam keadaan air yang jernih, beliau selesa dan tidak membuat apa-apa dengan merujuk kepada kedudukan Anwar kini sebagai Ketua Pembangkang dan ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

"Jika dahulu dia berkata kepada Anwar bahawa seekor ikan yang berada dalam air tidak tahu bahawa ia berada dalam air, bila keluar ke pasir baru tahu hangat dan peritnya hidup. Jadi, Rais perlu belajar menjadi belut yang pintar dengan tidak menyambar umpan di hadapan mata sehingga menjatuhkan imej Negara kerana Menteri Kabinet melakukan jenayah rogol,” ujar Zainuddin dengan nada sinis. -sabahkini

UMNO patutnya dah lama mampos di Perak....!!!!



Pakatan Rakyat (PR) sudah lama bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) negeri sejak dari mula Barisan Nasional (BN) ‘merampas’ kuasa di negeri ini.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, PR tiada sebarang masalah untuk menghadapi PRU bila-bila masa bahkan mencabar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menghadap Sultan dan melakukan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur isytiharkan Zambry Menteri Besar sah pada 11 Mei 2009.

Menurutnya, surat pada Tuanku Sultan diutus untuk pohon perkenan bubar DUN supaya rakyat boleh memilih kerajaan yang mereka sukai sekali gus membukti Zambry tidak gila kuasa serta menyerahkan kuasa kepada rakyat sepenuhnya.

Bagaimanapun katanya, perkara itu (pembubaran) tidak berlaku.

“Kajian terkini menunjukkan populariti Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak menjunam, dihangatkan dengan upacara ancak oleh Zambry serta isu kelulusan tanah ibu beliau di Pangkor menyebabkan orang UMNO sendiri ragu-ragu dengan UMNO.

“Di samping itu, wujud pula isu Menteri Kanan UMNO terlibat dalam kes rogol seorang pembantu rumah Indonesia yang lebih meruncingkan lagi keadaan UMNO ketika ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai keyakinan BN untuk terus memerintah Perak dan persediaan PR bagi menghadapi PRU ke-13 nanti.

Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Negeri berkata, situasi yang agak parah menyelubungi BN memberi keyakinan kepada PR untuk kembali menerajui tampuk pemerintahan negeri.

“Insya-Allah kita akan lihat UMNO terkubur di bumi Perak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Sekretariat PR, Drs Khalil Idham Lim Abdullah berkata, PR tidak pernah gentar untuk berhadapan BN malah sentiasa bersedia untuk menghadapi PRU bila-bila masa sahaja.

“Cuma persoalannya, kenapa BN tidak bubar DUN Perak sebelum ini yang pada ketika itu, keadaan politik negeri agak meruncing dengan hanya bersandarkan kepada tiga ADUN Bebas melompat untuk memberi sokongan kepada BN.

“Kalau mereka (BN) ini benar-benar tidak gentar, biarlah rakyat tentukan kerajaan mana yang disukai bukannya memerintah dengan cara tidak betul,” katanya.

Tuesday, January 4, 2011

Kes amah dirogol: SAMM buat laporan polis terhadap menteri



KUALA LUMPUR, 5 Jan — Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini membuat laporan polis terhadap seorang anggota Kabinet pusat berhubung kes rogol membabitkan pembantu rumah warga Indonesia kira-kira empat tahun lalu. Gambar fail.

Pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata walaupun tidak mempunyai bukti kukuh mengaitkan menteri berkenaan dalam kejadian tersebut namun banyak perkara yang membuktikan pemimpin Umno itu terlibat.

“Solidariti Anak Muda Malaysia hari ini tampil mengambil peranan selaku warga negara yang bertanggungjawab untuk membuat satu laporan polis mengenai wujudnya laporan mengaitkan anggota kabinet Malaysia dengan kejadian merogol pembantu rumahnya warga Indonesia.

“Dokumen dilampirkan. Kejadian sekitar tahun 2007 ini menjadi perhatian apabila didedahkan oleh WikiLeaks dan kemudian dilaporkan semula secara agak lengkap di beberapa blog

“Setelah carian lanjut dibuat saya memperoleh dokumen lengkap,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

SAMM hari ini membuat laporan polis tersebut di Ibupejabat Polis Seremban 2.

Menurut Badrul Hisham atau lebih mesra dengan panggilan “Chegubard”, laporan polis itu dibuat bagi mendesak pihak polis supaya membuka kertas siasatan bagi menyiasat kebenaran dakwaan yang mengaitkan menteri itu.

“Laporan polis ini dibuat untuk mendesak PDRM (Polis Diraja Malaysia) membuka fail siasatan dan memulakan siasatan. SAMM mengambil tanggungjawab tampil untuk membantu PDRM memulakan siasatan berkenaan kes ini,” katanya. -TMI


Dakwaan rogol: Menteri digesa nafi jika tidak benar

Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendesak menteri yang dikaitkan dengan dakwaan rogol melibatkan pembantu rumah dari Indonesia supaya segera menafikannya sekiranya ia tidak benar.

Pada masa yang sama, AMK juga mendesak menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalankan siasatan menyeluruh demi membersihkan maruah negara.

Dan dalam waktu terdekat ini pula, AMK akan menghantar exconya untuk misi mendapatkan maklumat mengenai dakwaan tersebut, dengan mengunjungi Migrant Care dan Kedutaan Indonesia bagi mendapatkan fakta sebenar berkaitan kejadian tersebut.

Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata angkatan itu memandang serius mengenai pendedahan tersebut yang kini heboh
diperkatakan didunia siber.

Beliau mendakwa isu tersebut berlaku pada 19 Februari 2007 dan mangsa dikatakan telah dipaksa mendiamkan perkara itu berikutan ugutan terhadapnya.

Shamsul juga mendakwa tiada tindakan diambil terhadap menteri berkenaan dalam kes yang berlaku sewaktu pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi, untuk 'mengelakkan konflik serantau'.

"AMK yakin dan percaya, sekiranya dakwaan ini benar, isu ini membawa impak yang sangat buruk kepada kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Sri Najib Tun Razak," tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengingatkan mengenai kesannya terhadap kredibiliti dan integriti kabinet Najib yang mengekalkan seorang yang didakwa penjenayah seksual.

"Lebih parah, ia memberi kesan yang negatif kepada hubungan serantau Malaysia-Indonesia berikutan sikap 'duduk dan diam' oleh kerajaan Malaysia," tegasnya.

Sementara itu, seorang lagi ahli AMK, Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai Chegubard, dijadual membuat laporan polis mengenai perkara itu di Seremban hari ini.

Manakala ketua Wanita PKR yang juga ahli parlimen MP, Zuraida Kamaruddin yang dijadual mengadakan sidang akhbar mengenai isu yang sama, esok.-mk

kembar UMNO -APCO Membunuh Wanita Dengan Gas



TEBING BARAT - Ratusan warga Palestin dan aktivis anti-tembok penghalang telah mengikuti perarakan pemakaman seorang demonstran Palestin yang meninggal setelah menghidu gas 'beracun' yang dilepaskan oleh pasukan Israel ketika menghadapi protes di Tebing Barat.

Mereka yang berarak pada Sabtu 1 Disember, menyalahkan tentera Israel atas kematian wanita tersebut.

"Apa yang terjadi kelmarin, akibat terlalu ramai tentera Israel yang menjaga tembok apartheid, dan mereka mula menembak, begitu banyak, begitu banyak gas (tabung) dicampur dengan air bau (berascun) Dan jumlah yang besar gas itu menyebabkan ramai demonstran yang sesak nafas, dan ia telah membunuh Jawaher Abu Rahme, "kata seorang ahli keluarga Abu Rateb Rahme.

"Kematian ini disebabkan oleh kekejaman mereka, bahawa mereka menggunakan gas pemedih mata yang dilarang di Eropah pada tahun 60-an dan 70-an, kerana menyebabkan kematian. Tapi di sini., Di Palestin, mereka terus menggunakannya," kata Jonathan Pollak, seorang aktivis anti-tembok penghalang.

Jawaher, berumur 20-an nya, didapati meninggal setelah tabung gas air mata mengenai dadanya.

Mohammad Eidi, Ketua bahagian kecemasan Hospital di Ramallah, berkata, Jawaher telah tiba di hospital tersebut pada hari Jumaat dengan pernafasan sangat lemah sebagai akibat menghidu gas.

Doktor tersebut menambah, jenis gas yang digunakan tentera Israel masih belum dikenalpasti.

Monday, January 3, 2011

kerajaan UMNO-YAHUDI-BN gagal jaga maruah islam... Dulu, Kini Dan Selamanya !!




Sambutan Tahun Baru 2011 nampaknya meriah di sana sini. Begitulah beritanya, jika benar seperti apa yang dilakukan oleh media arus perdana. Namun, dalam kemeriahan itu sedarkah kita bahawa ia jelas lari dan terpesong dalam konteks negara Islam itu sebenarnya. Acara hiburan terus disuburkan dan diberi ruang yang terbuka kepada rakyat. Mereka disogokkan dengan berbagai aktiviti yang menjurus ke arah maksiat. Semua ini tidak langsung mencerminkan negara Malaysia adalah sebuah negara Islam seperti yang diperkatakan oleh pemimpin UMNO BN selama ini.

Sambutan tahun baru terus dijadikan alat untuk merosakkan jiwa-jiwa remaja yang sudah lama hancur itu. Islam apakah yang mahu dibawa jika begini rupanya. Di seluruh negara, acara sambutan dihiasi dengan hiburan artis, kebudayaan, kesenian dan kemuncaknya menjelang detik 12 malam iaitu tembakan bunga api ke udara. Semua ini adalah budaya jahiliah barat yang terus dipertahakan oleh kerajaan UMNO BN, yang kononnya memperjuangkan Islam di negara ini. Hakikatnya, rakyat terutamanya orang Melayu yang beragama Islam sudah mual melihat apa yang berlaku ini. Mereka sangsi, apakah parti UMNO itu benar-benar mahu pertahankan Islam sebagai "addin" atau sekadar "kosmetik" semata-mata untuk mengaburi mata rakyat?.

Sedangkan umat Islam di negara ini terus dipesongkan minda mereka agar percaya kononnya UMNO berjuang untuk Islam. Apakah begini caranya ajaran Islam. Hiburan yang merosakkan itu diagung-agungkan di beri tempat yang tinggi daripada majlis-majlis ilmu dan kesyukuran yang sepatutnya didahulukan. Jika inilah senarionya, maka kami yakin lama kelamaan umat Islam di Malaysia ini akan bertambah rosak akhlak dan akidah mereka. Budaya kuning ciptaan Yahudi terus dipertahankan agar keimanan dan ketaqwaa itu terlucut satu persatu daripada jiwa-jiwa umat Islam itu sendiri. Apakah kita mahu terus biarkan fenomena seperti ini berterusan buat selamanya?.


Berapa ramai lagi kita mahu lihat anak-anak Melayu beragama Islam murtad, melacur, berzina, menagih dadah, merempit, buang bayi, minum arak dan sebagainya?. Jangan "gadaikan maruah Islam" hanya kerana mahu mereka menolak agama dalam kehidupan mereka. Inilah yang dimahukan oleh kerajaan UMNO BN agaknya. Mereka mahu, umat Islam menolak agama agar lebih terpengaruh dengan dakyah ciptaan mereka.

Maka senanglah untuk mereka menang dalam setiap kali pilihanraya. Jika ramai umat Islam kembali kepada agama, sudah pasti parti karat itu akan ditolak dan dihumbankan oleh mereka. Inilah yang amat ditakuti sebenarnya. Justeru itu, marilah sama-sama kita kembalikan maruah dan kegemilangan Islam. Jangan biarkan mereka terus merosakkan agama untuk kepentingan politik dan periuk nasi mereka sahaja. Lakukan perubahan dalam pilihanraya umum akan datang, agar Islam akan dapat dikembalikan ke tempat asalnya. Bersamalah kita menantikan hari kemenangan Islam, agar undang-undang Allah tertegak di atas muka bumi ini suatu hari nanti. Marilah buat perubahan!


pdo

Parti mana yang gatal sangat sampai Sultan Selangor memaklumkan bahawa baginda tiada kuasa untuk memutuskan soal pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri....!!!




Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Sultan Selangor memaklumkan bahawa baginda tiada kuasa untuk memutuskan soal pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang menjadi pertikaian sejak seminggu lalu.

Sehubungan itu kata beliau, kerajaan negeri Selangor akan menulis kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam agar mengkaji semula pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi yang diumumkan Isnin lalu.

Beliau memulakan tugasnya hari ini.

Selain itu kata beliau, pentadbirannya juga akan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri untuk meminda perlembagaan negeri berkaitan urusan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Sultan Selangor bersetuju dengan pendirian kerajaan negeri bahawa kuasa lantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), pegawai kewangan dan Penasihat Undang-undang negeri harus dikembalikan kepada Baginda dan Menteri Besar.

“Saya telah menghadap Sultan Selangor hari ini bagi membincangkan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Sultan Selangor berpandangan bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan SPA.

“Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis Perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan,” katanya pada sidang media sini.

Justeru, Khalid berkata Sultan Selanor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA bagi mencari jalan penyelesaian.

Beliau berkata sehingga penyelesaian muktamad dicapai kerajaan negeri akan “memboikot” mana-mana program dan majlis berkaitan jawatan Setiausaha Negeri Selangor yang kini dipegang bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Khusrin Munawi termasuk majlis mengangkat sumpah Khusrin di hadapan Sultan Selangor pada 6 Januari ini.

“Sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan SPA, maka kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Datuk Khusrin tidak akan hadir pada sebarang majlis msyuarat kerajaan negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi sebagai ‘ex-officio’,” katanya.

Pada sidang media itu, Khalid juga berkata sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas akan diadakan untuk meminda perlembagaan negeri berkaitan urusan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Pada masa sama, kerajaan negeri akan mecadangkan Datuk Speaker untuk mengadakan sidang DUN tergempar bagi meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa lantikan kepada Sultan Selangor dan Menteri besar,” katanya.

Minggu lalu Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan Khusrin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru selepas mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan.

Pelantikan kontroversi Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dilihat menuju krisis perlembagaan jika istiadat mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, yang dijadual akan berlangsung 6 Januari ini, diteruskan.

Kerajaan negeri Selangor sebelum ini menegaskan ia mempunyai kata putus dalam menentukan calon Setiausaha Kerajaan Negeri selepas Sultan Selangor memberi perkenan kepada nama yang disyorkan Putrajaya untuk melantik Khusrin.

mana dia pejuang hindraf dan maakal sakthi......mana pejuang MIC dan mana dia kununnya pejuang gobala...ini orang kamu majoritinya...ternyata kamu pejuang tembolok dan syok sendiri kamu....!!!.

Pekerja ladang cabar pampasan 'tidak adil'



Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Ladang (NUPW) hari ini memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) di Kuala Lumpur untuk membatalkan sebahagian perintah Mahkamah Perusahaan yang didakwa tidak memberi faedah kepada 40,000 pekerja kilang kelapa sawit dan pemetik kelapa sawit.

NUPW memfailkan permohonan pada pukul 2 petang di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi menerusi firma peguam Tetuan Kesavan & Co.

Dalam afidavit sokongan, Setiausaha Agung NUPW Datuk G Sankaran menyatakan bahawa keputusan Pengerusi Mahkamah Perusahaan Ong Geok Lan, bertarikh 26 Nov, 2010 mengambil kira pertimbangan faktor-faktor tidak relevan dan gagal untuk melihat fakta-fakta berkaitan sebelum membuat keputusan.

Sankaran juga menyatakan bahawa Ong khilaf apabila membuat tafsiran undang-undang berkaitan perjanjian kolektif di mana ganti rugi adalah bertentangan dengan skim umum, polisi dan hasrat Akta Hubungan Perindustrian 1967.

Beliau menegaskan Menteri Sumber Manusia telah merujuk perkara itu ke Mahkamah Perusahaan untuk timbang tara selepas NUPW dan persatuan Pengeluar Pertanian Malaysia (MAPA) pada 22 Dis, 2008 gagal mencapai persetujuan berhubung dua perjanjian kolektif bagi pekerja kilang kelapa sawit dan pemetik kelapa sawit yang tamat pada 30 Jun, 2008.

Sankaran  menyatakan bahawa mahkamah juga "gagal menjelaskan" tentang tarikh penguatkuasaan perjanjian kolektif yang baru serta tempoh perjanjian berkenaan seperti yang disyaratkan mengikut Seksyen 30(7) akta itu.

Ong, dalam keputusannya, menyatakan tarikh pemberian ganti rugi berkuatkuasa pada 1 Nov, 2010 dan akan kekal dilaksanakan berterusan bagi tempoh tiga tahun.

Sankaran memberitahu pemberita kemudian bahawa perintah mahkamah itu secara umumnya tidak menguntungkan pekerja ladang, dan ia gagal untuk melindungi hak para pekerja seperti yang diperuntukkan undang-undang.

"Mahkamah Perusahaan gagal untuk memastikan imbuhan lebih baik kepada para pekerja dan satu-satunya harapan kami sekarang adalah kepada Mahkamah Rayuan untuk membuat keputusan yang menyebelahi kami, di mana kebanyakan pendapatan bersih para pekerja adalah di bawah RM500, lebih rendah daripada sektor-sektor lain.

Setiausaha Eksekutif NUPW A Navamukundan berkata tiada banyak perubahan dalam struktur gaja para pekerja, di mana upah harian bagi pekerja kilang hanya melihat kenaikan RM13.50 kepada RM15, iaitu lebih rendah daripada gaji minimum bulanan RM700 yang diminta kesatuan.

"Perjuangan kami untuk mendapatkan gaji bulanan bagi pekerja ladang tidak akan berhenti di sini," katanya,

Seramai 250 pekerja kilang kelapa sawit dan pemetik kelapa sawit yang datang dari Johor dan Perak berada di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur hari ini untuk memberi sokongan mereka kepada NUPW dalam usaha mendapatkan gaji lebih baik.

- Bernama

gara gara pelantikan yahudi laknat....Pindaan bolehkan sultan, MB diberi kuasa lantik SUK



Selangor akan mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar.

Ketika ditanya mengenai tarikh sidang tergempar itu akan diadakan, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perkara itu akan dimaklumkan kepada Speaker DUN Datuk Teng Chang Khim hari ini.

Bercakap pada sidang akhbar di sini, Khalid berkata dalam pertemuan beliau dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pagi tadi, baginda berpandangan baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon bagi memegang jawatan eksekutif berkenaan yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

“Ini adalah kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis Perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa Persekutuan,” katanya.

Khalid hari ini menghadap Sultan Selangor di Istana Mestika di sini bagi mengemukakan nama tiga calon yang dipilih oleh sebuah panel kerajaan negeri yang dipengerusikan Speaker Dewan Undangan Negeri bagi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Sebelum ini, Khalid mendakwa semasa mengumumkan pelantikan Datuk Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah membelakangkan Menteri Besar malah mengabaikan proses pemilihan calon berdasarkan kredibiliti, kemampuan dan pengalaman.

Pelantikan Khusrin sebagai SUK baru mencetuskan kontroversi apabila Menteri Besar dilaporkan berkata pelantikan itu belum muktamad kerana beliau tidak pernah dimaklumkan mengenainya.

Pelantikan Khusrin, 54, berkuat kuasa 1 Januari lepas bagi menggantikan Datuk Ramli Mahmud yang tamat kontrak sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.

Khusrin, yang sebelum ini memegang jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, dijadualkan mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru Khamis ini.

Khalid berkata Sultan Sharafuddin Idris Shah mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik.

“Justeru itu, demi kebaikan Negeri Selangor dan menjunjung titah tuanku, kerajaan negeri akan menulis surat kepada SPA bagi membincangkan semula calon yang layak, sesuai dan berkebolehan untuk mengisi jawatan tersebut,” katanya.

Menteri Besar itu berkata sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan SPA, kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Datuk Mohamad Khusrin Munawi (Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru) tidak akan hadir pada sebarang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor,” katanya.

MB khalid ...jangan simpan lama lama betina puaka tu....bahaya tu...cari aje penganti dengan segera...

Kerajaan negeri belum buat keputusan pengganti Rosmah: MB Selangor


Kerajaan Selangor belum membuat keputusan mengenai calon Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) walaupun ada cadangan melantik pemimpin politik.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pelantikan canselor baru itu hanya akan dibuat selepas kerajaan negeri bermesyuarat dengan Unisel.

Beliau berkata demikian pada sidang media hari ini sebagai mengulas kenyataan pelajar Pro-Mahasiswa Unisel yang tidak mahu ahli politik atau yang berlatar belakang politik dilantik sebagai canselor baru menggantikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Sebelum ini, dilaporkan ada pihak mencadangkan sama ada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau bekas Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali dilantik ke jawatan tersebut.

Pada November lepas, Rosmah yang dilantik sebagai Canselor Unisel pada Feb 2006 mengumumkan pengunduran diri daripada jawatan itu sebelum tempoh perkhidmatannya berakhir pada Februari ini.

Terdahulu pada satu sidang media pagi tadi, Presiden kumpulan Pro-Mahasiswa Unisel Muhammad Nasir Abu Bakar berkata mereka mahukan seorang ahli akademik sebagai canselor.

Mereka turut mencadangkan kepada kerajaan negeri dan pihak pentadbiran Unisel agar mempertimbangkan Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim sebagai canselor baru berikutan pengalaman luas beliau dalam bidang akademik.

Muhammad Nasir berkata penuntut Unisel juga menolak campur tangan parti politik dalam pembangunan pendidikan negara.

“Mahasiswa-mahasiswi Unisel menggesa supaya pendidikan bebas daripada campur tangan politik yang jelas menunjukkan bertujuan untuk menjaga posisi dan kedudukan seseorang,” katanya. – Bernama



penyapu sial


bahaya betina tu....pasal apa ...dia boleh menyubur budaya islam hancus....dan satu lagi kegemaran bershopping yang boleh mengikis wang rakyat....mana ada dia guna wang sendiri...!!!!

perlantikan laknat nie sebagai SUK memang sengaja menganggu serta merampas kuasa pentadbiran kerajaan PR di selangor....!!!!




Isu perlantikan SUK Selangor merupakan suatu lagi petanda diberikan Allah kepada rakyat Malaysia bahawa kerajaan Umno BN wajar ditolak dalam pilihanraya akan datang.

Kes perlantikan tersebut jelas menunjukkan kerajaan Umno BN memberi amanah bukan untuk kepentingan rakyat tapi untuk kepentingan peribadi mereka.

 “ Dalam satu hadis Rasulullah s.a.w. digambarkan bahawa kemusnahan akan berlaku sekiranya amanah diberikan kepada orang yang bukan ahlinya. Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w., bertanya tentang " bilakah terjadi kiamat ". Rasulullah s.a.w. menjawab : yang bermaksud :" Apabila hilang amanah, tunggulah kiamat itu. Orang itu bertanya lagi : Bagaimanakah keadaan itu berlaku ? jawab Rasulullah s.a.w. : " iaitu apabila sesuatu urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamatnya (kerosakan)”.

Tujuan utama perlantikan SUK kerajaan negeri, di mana-mana negeri sekalipun, adalah supaya SUK dapat membantu menggerakkan pengurusan kerajaan negeri berkhidmat kepada rakyat.

Menjalankan tugas mentadbir sesuatu negeri bukan suatu yang mudah malah memerlukan kelayakan dan kerjasama daripada pelbagai pihak baik Adun yang dilantik oleh rakyat ataupun kakitangan kerajaan....

Dalam kes di Selangor, perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK sepatutnya tidak berlaku kerana beliau telahpun mempunyai masalah yang kritikal sebelum ini dengan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor sewaktu beliau masih menjawat jawatan Pengarah JAIS. Jelas ini menunjukkan beliau tidak boleh bekerjasama dengan kerajaan negeri seterusnya menjalankan amanah yang diberikan dengan baik.

Datuk Mohd Khusrin Munawi jelas dilihat sebagai agen yang dihantar Umno Barisan Nasional untuk mengganggu pentadbiran Pakatan Rakyat di Negeri Selangor, hal ini kerana Umno Bn tidak dapat menerima kenyataan bahawa kerajaan Selangor kini dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

Umno bn sememangnya cuba untuk mendapatkan semula negeri Selangor dengan apa cara sekalipun dan buktinya umno bn sudah Berjaya mendapatkan Perak dengan cara rampasan kuasa sebelum ini.

Jadi kita  menyeru agar rakyat Malaysia menolak kerajaan BN kerana perlantikan ini menunjukkan kerajaan BN tidak meletakkan khidmat kepada rakyat sebagai misi utama mereka sebaliknya berkhidmat memenuhi kepentingan dan kehendak nafsu mereka.

Jika sebelum ini rakyat tercari-cari apakah buktinya bahawa kerajaan pusat BN sering menindas kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat, kes perlantikan SUK inilah bukti yang kukuh. Inilah perangai yang ditunjukkan kerajaan BN iaitu mengutamakan kepentingan peribadi berbanding amanah berkhidmat untuk rakyat.

Kita juga turut  mengajak semua pihak untuk bertakwa kepada Allah. Semua pihak harus ingat bahawa berkhidmat untuk rakyat bukan sekadar membantu rakyat menghadapi kehidupan dunia, sebaliknya membantu rakyat menghadapi kehidupan dunia dan akhirat yang kekal abadi.

sekapal dengan jarjis menjarjis....Bangla Kaki Raba Dalam Komuter

kaki raba dalam tren




KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan bank tidak menyangka menjadi mangsa seorang lelaki warga Bangladesh gila seks apabila diraba ketika dalam tren komuter, Rabu lalu. Gambar fail.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa dikenali sebagai Yani, 25, menaiki tren di Stesen Sentral Kuala Lumpur untuk pulang ke rumahnya di Shah Alam. Beliau berkata, pada mulanya, dia tidak mempedulikan kehadiran lelaki terbabit yang berhimpit berhampirannya kerana menyangka ia tidak sengaja, tambahan pula keadaan dalam tren agak sesak dengan orang ramai.

“Tiba-tiba saya berasa ada sesuatu merayap di punggung saya, tetapi keadaan tren yang bergoyang membuatkan saya berfikir mungkin lelaki di belakang saya itu tersentuh secara tidak sengaja,” katanya.

Bagaimanapun, dia mula pelik selepas lelaki itu masih memegang punggungnya, malah mula bertindak meraba dengan berlakon seolah-olah tidak sengaja menyentuhnya.

“Perbuatan lelaki itu tidak disedari orang ramai kerana kedudukan yang rapat sehingga sukar bergerak berikutan tren kebiasaannya penuh dengan penumpang pada waktu berkenaan.

“Selepas tidak tahan dengan perbuatan lelaki itu, saya cuba menepis tangannya dan beredar ke depan sedikit di hentian seterusnya selepas ada penumpang turun,” katanya.

Beliau berkata, sangkaannya lelaki itu tidak mengekorinya meleset selepas dia sekali lagi meraba punggungnya.

Yani yang geram dengan tindakan itu kemudian menampar tangan lelaki terbabit sehingga dia terkejut lantas beralih ke belakang seolah-olah tiada apa yang berlaku.

“Saya sempat melihat gelagat lelaki itu yang berlakon seolah-olah tiada apa yang berlaku. “Saya juga sempat merakam gambarnya melalui telefon bimbit saya.

“Tidak puas mengambil kesempatan ke atas saya, lelaki itu kemudian beralih pula kepada seorang lagi wanita yang berada berhampiran,” katanya.

Katanya, lelaki itu melakukan perbuatan sama kepada wanita terbabit tanpa menyedari diperhatikan.

“Saya yang geram melihat perbuatannya yang tidak serik lantas menghampiri mereka dan sekali lagi menampar tangan lelaki itu.

“Tindakan saya itu membuatkan lelaki itu terkejut sehingga wanita yang dirabanya turut terpinga-pinga melihat tindakan saya. “Pada mulanya wanita itu menyangkakan saya yang melakukannya, namun selepas diterangkan baru dia faham,” katanya.

Katanya, selepas kegiatannya terbongkar, lelaki itu terus melarikan diri sebaik tren berhenti di Hentian Seri Setia bagi mengelak ditahan. -hm

mau sabotaj tim nas harimau malaya...akhirnya coli mu di rampas....muakakakakaka....!!!!

Coli laser Julia Perez di rampas



Penyanyi dangdut, Penyanyi dangdut, Julia Perez atau Jupe, sebelum ini dilaporkan bersungguh-sungguh mahu memakai coli laser bertujuan mengganggu tumpuan pemain Malaysia pada perlawanan akhir kedua Piala Suzuki Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF), Rabu lalu.

Bagaimanapun, apabila perlawanan itu berlangsung, Jupe tidak kelihatan di Stadium Gelora Bung Karno. Alasannya, coli lasernya 'ditahan'.

'Saya memang mahu pakai coli laser itu. Lebih-lebih lagi selepas berbelanja berjuta-juta rupiah untuk mendapatkannya. Tetapi coli itu ditahan dan dirampas,' kata Jupe ketika dihubungi wartawan kelmarin.

Selebriti kontroversi itu bagaimanapun enggan memberitahu pihak mana yang menahan coli berkenaan.

'Saya tidak mahu memberitahu. Yang pentingnya, ia ditahan. Tambahan pula, pihak berkuasa sudah memberi amaran supaya tidak membawa laser ke stadium,' katanya.

Kerana coli lasernya ditahan, Jupe terpaksa mengambil keputusan tidak ke stadium.

'Saya tidak ke GBK. Saya kini berada di Medan kerana ada urusan. Jika saya berada di stadium, sudah tentu kamera akan mencari saya, seperti Luna Maya dan Manohara,' kata Jupe.

Jupe pertama kali menyatakan hasratnya memakai coli laser sebagai membalas dendam setelah percaya kononnya pasukan Indonesia kalah dalam perlawanan akhir pertama di Kuala Lumpur Ahad lalu kerana penyokong Malaysia menggunakan laser bagi mengganggu tumpuan pemain negara itu.

Sementara itu, Luna Maya yang turut menyaksikan perlawanan pada Rabu lalu dicaci sekumpulan penyokong Indonesia.

'Dasar bintang porno! Kenapa dia datang,' ejek seorang penyokong pasukan Garuda, lapor wartawan.

Luna Maya, yang terlibat dalam skandal video lucah dengan bekas penyanyi kumpulan Peterpan, Nazril 'Ariel' Irham, yang datang dengan beberapa rakannya, bagaimanapun menolak untuk diwawancara dan tidak mempedulikan ejekan itu. -- Agensi.

Di Putrajaya, Ada Amah Maut kerana cuba lari...di Putrajaya juga ada amah kecut kerana menteri perogol....muakakakakaka....!!!!

Pembantu Rumah Maut Dipercayai Cuba Lari Dari Rumah Majikan



Gambar: Polis memeriksa mayat seorang pembantu rumah yang mati setelah terjatuh dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di Presint 9, Putrajaya semalam.

Putrajaya -- Seorang pembantu rumah warga Indonesia yang dipercayai cuba melarikan diri dari rumah majikannya maut akibat terjatuh dari tingkat 12 Pangsapuri Blok E2, Fasa 12, Presint 9 di sini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata mangsa yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dipercayai memanjat keluar dari tingkat 12 menggunakan kain selimut malam tadi semasa majikannya tiada di rumah.

"Mayat mangsa ditemui pukul 7.30 pagi tadi oleh penduduk dalam keadaan tertiarap, di lorong belakang sebuah tadika di apartmen ini. Turut dijumpai berhampiran mayat ialah beg pakaian," katanya ketika dihubungi di sini Ahad.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kes ini dan ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat.

Abdul Razak berkata polis juga masih menyiasat sama ada majikan berkenaan mengambil pendatang tanpa izin sebagai pembantu rumah berikutan tiada dokumen pengenalan diri mangsa ditemui.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, isterinya terdengar dentuman kuat semalam tetapi tidak mengesyaki sebarang kejadian yang berlaku.

"Dipercayai mangsa yang terjatuh dari tingkat 12 turut berpaut pada struktur besi di tingkat 10 sebelum terjatuh. Kesan pautan itu menyebabkan beberapa batang besi di tingkat 10 bengkok," katanya di tempat kejadian.

Beliau juga berkata lorong kecil tempat mayat mangsa ditemui jarang dilalui penduduk menyebabkan kejadian itu tidak dapat dikesan lebih awal.

Majikan mangsa ketika ditemui pemberita enggan mengulas lanjut. -- BERNAMA

Sunday, January 2, 2011

Lupa tarikh nikah....alasan menipu....akhirnya kantooi....!!!!



PASANGAN berkhalwat yang dicekup di sebuah motel murah di Tandop, Alor Setar
dibawa ke pejabat Jabatan Agama Islam Negeri Kedah untuk soal siasat.

Lima pasangan dicekup di hotel murah di Alor Setar

ALOR SETAR: Sambutan ambang tahun baru pada malam Sabtu lalu dicemari noda apabila ada pasangan remaja mengambil kesempatan melakukan maksiat untuk melampiaskan nafsu di hotel murah atau motel di sekitar bandar raya ini.
Dalam operasi bersepadu yang diketuai oleh Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dan dianggotai oleh beberapa pihak berkuasa lain, termasuk Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Jabatan Imigresen dan Jabatan Pelajaran Negeri, lima pasangan berusia 20 hingga 30 tahun ditahan kerana berkhalwat.
Penolong Pengarah JAIK, Sheikh Mohd Suhaimi Saleh, berkata pasangan terbabit ditahan dalam serbuan di hotel murah dan motel di Tandop, Alor Mengkudu selain berdua-duaan di kawasan berhampiran Stadium Darulaman.

Sheikh Mohd Suhaimi berkata, sepasang kekasih yang dicekup berkhalwat di sebuah motel di Tandop bukan saja memberikan alasan sudah berkahwin sebagai helah untuk melepaskan diri daripada JAIK, malah turut menipu anggota penguat kuasa dengan memberikan jawapan palsu mengenai nama jurunikah, imam, saksi dan nama bapa mentua.

Namun akibat gelabah ditahan, mereka bagaimanapun terlupa tarikh perkahwinan menyebabkan taktik mereka terbongkar, selain gagal menunjukkan dokumen pernikahan mereka.

Katanya, pada mulanya pasangan berusia 25 dan 26 tahun itu enggan membuka pintu bilik motel, tetapi mengalah apabila penguat kuasa bertegas mahu melakukan pemeriksaan.
"Pemuda itu dengan selamba memberitahu mereka sudah bernikah kira-kira setahun lalu dengan memberikan beberapa nama, termasuk juru nikah, imam, wali dan saksi, tetapi tidak ingat tarikh pernikahan mereka.

"Helah mereka tidak menjadi apabila pasangannya memberitahu terlupa nama bapa mentuanya apabila disoal oleh pegawai penguat kuasa wanita yang turut serta dalam operasi itu," katanya ketika ditemui di sini selepas mengetuai operasi selama lebih sembilan jam bermula jam 10 malam, Jumaat lalu.

Sheikh Mohd Suhaimi berkata, satu lagi pasangan ditahan ketika berdua-duaan di dalam kereta di pekarangan Stadium Darulaman.

Katanya, semua kelima-lima pasangan terbabit dibawa ke balai polis untuk dibuat laporan penahanan sebelum dibawa ke pejabat JAIK dan diikat jamin oleh keluarga masing-masing.

Semua pasangan terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 9 (1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 kerana disyaki berkhalwat dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

anak berkemban....pasti emak dia pun berkemban....tu pasal anggap perkara remeh...agaknya kalau kena rogol pun perkara remeh ke....!!!



so nak jadi sampai macam nie ke....baru kira bukan remeh....!!!!

ISU artis `berkemban' di dalam Anugerah Skrin TV3 baru-baru ini menjadi hangat dibincangkan di media. Teguran juga telah dibuat oleh Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi YB Dato Seri Utama Rais Yatim. Akhbar Sinar hari ini juga melaporkan kisah artis tersebut dan mendapatkan komen dari ibu artis berkenaan yang juga seorang seni terkenal.
Bekas pengajar AF, Cikgu Fatimah (Fathi) adalah ibu kepada artis yang `berkemban' pada malam anugerah tersebut. Apabila ditanya oleh wartawan berkaitan kritikan dan teguran orang ramai termasuk dari Menteri darihal kelakuan lucah dan tidak bermoral anaknya itu, Cikgu Fathi seakan seperti mengamuk dan marah. Beliau mahu isu tersebut dihentikan kerana beliau menganggap itu sebagai isu remeh temeh.

Bagaimana seorang ibu boleh mengamuk dan marah apabila ada orang lain prihatin akan kelakuan anaknya yang terang-terang `bertelanjang' dikhalayak ramai? Sepatutnya beliau bersyukur kerana masih ada orang yang sudi menegur anaknya sekiranya beliau sebagai seorang ibu gagal membentuk keperibadian dan moral anak gadisnya itu. Malangnya, beliau masih ego dan lebih suka cerita anaknya mendapat anugerah daripada mendengar teguran terhadap perangai buruk anaknya itu.

Jika inilah perangai seorang ibu, wajarkah beliau menjadi pendidik dan dipilih sebagai tenaga pengajar di dalam AF di masa-masa akan datang? Inikah contoh dan teladan yang ingin dibawa oleh beliau kepada anak muda yang mencintai seni?

Stesyen TV dan juga pihak penganjur juga patut dipersalahkan di dalam hal ini. Pihak berkenaan seolah-olah mempersendakan Menteri yang hadir di malam tersebut dengan mempamirkan artis `bertelanjang' ini. Sewajarnya YB DSU Rais Yatim memanggil pegawai yang bertanggungjawab untuk memberikan alasan mengapa perkara seperti ini boleh berlaku.

Masalahnya, benarkah teguran YB DSU Rais Yatim itu adalah serius atau sekadar `tegur-tegur ayam'? Jika serius, tindakan tegas mestilah diambil

gempar beb...wartawan alam sekitar tercemar......karam dengan todi.....nyaris di pukul .... Rumah terbakar nampak api, Hati terbakar siapa tahu.....muakakakakaka....hati gua aje yang terbakar bila cakap tak serupa bikin wooiiii....!!!!

Wartawan TV hina orang Melayu


DALAM rakaman YouTube ini, seorang wartawan TV dikepung selepas didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang Melayu di sebuah restoran di Klang baru-baru ini.

SHAH ALAM – Seorang wartawan terkenal sebuah stesen televisyen swasta terpaksa melalui detik mencemaskan akibat dikepung sekumpulan lelaki yang marah dengan tindakannya yang didakwa mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap orang Melayu.

Dalam kejadian di sebuah restoran di Klang dekat sini beberapa hari lalu, wartawan yang sering muncul di kaca televisyen dengan laporan isu alam sekitar itu mengaku telah mengeluarkan beberapa perkataan yang boleh membangkitkan isu perkauman.

Antaranya wartawan itu mengaku ada menyebut orang Melayu bukan berasal dari Malaysia atau Indonesia serta tidak pintar.

Dia yang dipercayai mengeluarkan perkataan tersebut ketika dalam keadaan mabuk mengakui telah tersalah cakap hingga boleh menimbulkan salah tafsiran.

Berikutan itu, dia memohon maaf daripada kumpulan lelaki berkenaan serta seluruh masyarakat Melayu di negara ini.

Wartawan tersebut sebelum ini menarik perhatian orang ramai dengan pendedahan berani berhubung isu pencemaran alam sekitar. -kosmo

Hot! Karam Singh Walia Hina Melayu dan Nyaris Dipukul! With Video

Melalui tontonan video di bawah, Karam Singh Walia diminta membuat pengakuan bersalah dan meminta maaf kepada orang melayu.

Ini kerana beliau ada berkata bangsa melayu bukan berasal dari Malaysia dan juga bukan berasal dari Indonesia. Ada kemungkinan besar beliau sedang mabuk ketika membuat pernyataan tersebut. Mengenai perkataan sakai dan lancau pula Karam Singh Walia tak mengaku ada sebut perkataan tu.

Rata-rata ramai yang komen melalui forum dan juga youtube bukannya tidak berpuas hati dengan Karam Singh Walia, tetapi dengan perlakuan anak muda melayu di restoran tersebut yang kelihatan agak melampau dan biadap. Setiap perkara pun boleh dibawa berbincang tanpa menggunakan kekerasan. Tunjukkan adab sopan dan santun bangsa melayu kepada bangsa lain.

Sepertimana yang kita tahu, Karam Singh Walia merupakan seorang pejuang alam sekitar dan sering membawa isu rakyat yang tidak mendapat pembelaan ke media masa bagi mendapatkan pembelaan yang sewajarnya. Beliau telah banyak berjasa pada rakyat, setiap manusia pun pernah membuat kesilapan. Paling penting beliau berani untuk mengaku dan meminta maaf di atas kesalahan yang dilakukan. Tak perlu rasanya diperbesarkan isu ini, tidak mendatangkan faedah kepada mana-mana pihak.

Kejadian ini dipercayai berlaku di restoran Al-Bidayah Andalas, Klang. Ada sesiapa yang tinggal di kawasan berdekatan yang dapat memastikan kejadian ini? Pendapat anda pula mengenai isu ini bagaimana?

Karam Singh Walia ni agak menyerlah berbanding wartawan yang lain kerana beliau mempunyai trademark yang tersendiri iaitu pergerakan tangan dan pantun. Oleh itu AS sudahi entry kali ini dengan pantun dua kerat ciptaan Karam Singh Walia.

Rumah terbakar nampak api,
Hati terbakar siapa tahu

AS harap karam singh walia akan tampil dgn penjelasan dia. -panggungopera

tak bawak beg kena cukai 20 sennnn....akhir nya kerajaan yang otak letak kat pusat jadi pak turut kerajaan PR Pulau pinang...!!!

Pasar raya caj 20 sen beg plastik




Gambar: PASAR raya Giant Bangsar mula mengenakan caj 20 sen, bagi sehelai beg plastik untuk mengisi barang dibeli, semalam.

PUTRAJAYA: Berkuatkuasa semalam, pelanggan pasar raya, pasar raya besar dan premis terpilih seluruh negara yang tidak membawa beg sendiri akan dikenakan caj 20 sen bagi setiap beg plastik yang dibekalkan premis berkenaan jika membeli-belah pada setiap Sabtu.

Hasil yang dikumpul itu disimpan dalam dana khas bagi melaksanakan program kepenggunaan serta kemasyarakatan menjurus ke arah pemuliharaan alam sekitar.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kepenggunaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Abdul Majid Abdul Rahim, berkata pengguna tidak akan lagi dibekalkan beg plastik percuma ketika membeli belah setiap Sabtu di premis perniagaan terbabit.

“Kita minta orang ramai kurangkan penggunaan beg plastik untuk memulihara alam sekitar selain menyemai budaya hidup lestari selaras kempen setiap Sabtu sebagai Hari Tanpa Beg Plastik,” katanya ketika menyerahkan risalah sempena Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik dan Hari Tanpa Beg Plastik, di sini semalam.

Kempen itu juga diharap mampu mengurangkan kesan penggunaan plastik terhadap alam sekitar, ekonomi dan kesihatan pengguna.



Tiada Beg Plastik Percuma Di Pasar Raya Pulau Pinang Mulai Hari Ini

BUTTERWORTH: Bermula Sabtu, orang ramai perlu membawa beg sendiri ketika membeli belah di Pulau Pinang berikutan pelaksanaan kempen "Setiap Hari Tanpa Beg Plastik Percuma" di negeri ini.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata pelaksanaan itu melibatkan semua pasar raya besar, pasar raya, farmasi, restoran makanan segera, rangkaian nasi kandar dan kedai serbaneka (termasuk kiosk stesen minyak).

"Pasar mini dan premis perniagaan tunggal juga perlu mematuhi syarat baru semasa pembaharuan lesen iaitu melaksanakan 'Hari Tanpa Beg Plastik' tiga hari seminggu iaitu setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan "Setiap Hari Tanpa Beg Plastik," di sini, Sabtu.

Beliau berkata penjaja dan peniaga di pasar dikecualikan daripada peraturan baru tersebut.

Bagaimanapun, katanya orang ramai yang masih mahu menggunakan beg plastik boleh memperolehnya dengan bayaran 20 sen sekeping.

Pulau Pinang memulakan inisiatif "Tanpa Beg Plastik Percuma" sehari seminggu pada 1 Julai 2009 dan kempen itu dilanjutkan kepada tiga hari mulai 1 Januari tahun lepas.

Lim berkata dari 1 Julai 2009 hingga Ogos 2010, sebanyak RM174,280 berjaya dikumpul hasil penjualan beg plastik di pasar raya terlibat.

"Wang tersebut akan disalurkan kepada akaun Rakan Anti Kemiskinan di Pulau Pinang," katanya.

Lim berkata beliau sedar tindakan tidak membekalkan beg plastik itu akan menyebabkan kerajaan negeri hilang sokongan.

"Kita bersedia hilang sokongan supaya kita boleh pelihara alam sekitar," katanya.- BERNAMA



Hari Tanpa Beg Plastik

Latar Belakang

Tahukah Anda?

Beg Plastik umpama toksid di muka bumi, susah untuk dilupuskan dan dibersihkan.

Tahun lepas, 6 kumpulan pasaraya terbesar di Pulau Pinang telah mengagihkan 25.2 juta plastik sebulan atau secara purata sebanyak 2.1 juta sebulan.

Sebagai usaha untuk mentransformasikan Pulau Pinang sebagai negeri bertaraf antarabangsa yang lebih bersih, cerah dan hijau pelbagai usaha telah dijalankan termasuk bergerak sehaluan dengan 42 buah negara atau bandaraya lain seluruh dunia dengan menggalakkan orang ramai mengurangkan penggunaan beg plastik. Kini, Kerajaan Pusat juga menjejaki langkah Kerajaan Negeri dengan mengumumkan pengurangan penggunaan beg plastik.

Sejak Pelancaran Program 'Hari Tanpa Beg Plastik' yang diadakan setiap Hari Isnin mulai 6hb Julai 2009 di pasaraya-pasaraya telah membolehkan Negeri Pulau Pinang berjimat lebih daripada 1 juta* beg plastik dalam masa 4 bulan. Program ini telah dilanjutkan ke tiga hari seminggu iaitu setiap Hari Isnin, Selasa dan Rabu mulai 1hb Januari 2010. Peniaga-peniaga hyper/supermarts, departmental stores, farmasi, fast food restaurants, Nasi Kandar chain stores, petrol kiosk stores dan convenience stores diwajibkan mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan tempatan dalam pembaharuan lesen.

Kebanyakan beg plastik sukar untuk dilupuskan. Malah Beg plastik yang boleh dilupuskan tidak akan mereput tanpa kelembapan, cahaya dan oksigen di tempat pembuangan.

Tahun 2008, Enam kumpulan pasaraya utama di Negeri Pulau Pinang telah mengedar sejumlah 25.2 juta beg plastik setahun (atau 2.5 juta beg plastik sebulan). Data ini belum lagi merangkumi pengeluaran beg plastik oleh pengusaha-pengusaha lain seperti penjaja-penjaja atau pasaraya mini. Ke manakah kesemua beg plastik ini dihantar akhirnya?

Setiap rakyat Negeri Pulau Pinang dianggarkan menghasilkan sebanyak 1kg sampah sarap setiap hari. Pada tahun 2007, MPPP dan MPSP telah membelanjakan kira-kira RM57.6 juta untuk pelupusan sisa pepejal. Hampir 30 peratus daripada hasil yang diperolehi PBT terpaksa digunakan hanya untuk melupuskan sampah sarap.

Nasihat daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang:

(1) Sediakan Beg Membeli-belah, Kurangkan Beg Plastik
(2) Jom, pisahkan sampah! Amalkan 3R: Kurangkan sampah(Reduce), Guna semula(Reuse) dan Kitar semula(Recycle).

*Data yang diberikan oleh 45 pasaraya dan peserta “Hari Tanpa Beg Plastik”.

-Bayaran 20 sen bagi setiap beg plastik pada "Hari Tanpa Beg Plastik" akan dimasukkan ke dalam Tabung Rakan Anti Kemiskinan. -greenstate.penang.gov.my

Amah Cuba Bunuh Diri Setelah Dicekup Bawa Matair Ke Rumah Majikannya

Amah curi-curi bawa masuk 'mata air' ke rumah




Gambar: Amah Cik Freda dibawa ke hospital untuk dirawat selepas beliau cuba membunuh diri.

Majikan terperanjat ketika pulang, pembantu rumah pula berlari ambil pisau cuba bunuh diri

MADU yang diberi, tuba pula yang dibalas.

Itulah yang dialami Cik Freda Hassan, seorang deejay sambilan radio, berhubung seorang pembantu rumahnya baru-baru ini.

Sepanjang setahun bekerja di flat keluarganya, Cik Freda sekeluarga memberi sepenuh kepercayaan dan keyakinan kepada pembantu rumah mereka itu.

Tetapi, malangnya tanpa diduga, pembantu yang kini dilihat seperti musang berbulu ayam itu telah meruntuhkan kepercayaan mereka dengan membawa seorang lelaki, yang dipercayai adalah pekerja asing, masuk ke rumah keluarga Cik Freda ketika bapanya yang sudah uzur dan tidak berdaya, tidur di bilik.

Kejadian itu berlaku pada 14 Disember lalu semasa Cik Freda keluar bertemu beberapa rakannya, dan keluarga abangnya pula yang menetap di rumah yang sama, sedang bercuti di luar negara.

'Ketika itu hanya bapa saya yang tidak sihat berada di rumah, selain amah itu yang ditugaskan menjaganya.

'Kebetulan pada malam tersebut, amah itu menghubungi saya minta kebenaran untuk masuk tidur awal.

'Saya kata tiada masalah dan mengingatkannya supaya matikan suis elektrik dan gas sebelum tidur.

'Tetapi, saya rasa hairan kerana beliau minta saya hubunginya dahulu sebelum pulang, padahal amalan tersebut belum pernah dilakukan kami sekeluarga kerana kami semua ada kunci rumah,' kata Cik Freda.

Sekitar sejam kemudian, Cik Freda, yang berusia lewat 30-an tahun, tiba di pintu flatnya yang terletak di Tampines Street 72.

Tetapi, semasa beliau hendak membuka pintu menggunakan kunci rumah, beliau dapati pintu flat itu dikunci dari dalam.

'Saya pun hubungi amah saya. Tak lama kemudian, pintu rumah saya dibukanya, tetapi saya perasan beliau agak cemas sedikit.

'Saya tak syak apa-apa, cuma apabila ke dapur saya perasan ada dua gelas air yang belum dicuci diletak dalam singki.

'Kemudian, saya perasan pula lantai ruang utama flat itu agak basah dan saya tanya kenapa.

'Jawabnya, bapa saya baru keluar tandas, tapi saya rasa tak sedap hati,' cerita Cik Freda.

Beliau kemudian menuju ke bilik bapanya yang ketika itu gelap.

'Selepas saya hidupkan lampu, saya perasan bapa saya sedang tidur, dan ketika itulah tiba-tiba saya tergerak hati untuk melihat belakang pintu bilik tersebut.

'Jantung saya berdegup pantas kerana ketika itu saya terlihat seorang lelaki yang saya fikir mungkin warga asing sedang bersembunyi di belakang pintu itu!' jelasnya.

MOHON MAAF DAN MERAYU

Menurutnya lagi, amah dan lelaki itu kemudian mula meminta maaf dan merayu agar Cik Freda tidak menghubungi polis.

Sedang Cik Freda bercakap dengan amahnya itu, dakwa beliau, lelaki itu membuka secara paksa jeriji tingkapnya sebelum melarikan diri.

'Ini kerana sebelum itu saya telah mengunci pintu dan jeriji pintu, jadi dalam kelam-kabut, lelaki itu pecahkan jeriji aluminium tingkap saya untuk melarikan diri,' katanya.

Sementara itu, menurut Cik Freda, amahnya meluru ke dapur dan mengambil sebilah pisau lalu mengacukannya ke arahnya sebelum mengacukannya ke pergelangan tangan kirinya sendiri.

'Saya melangkah setapak ke belakang lalu menasihatkannya supaya tidak melakukan perkara bodoh.

'Saya nasihatkannya agar meletakkan pisau dan fikirkan suami dan anaknya di Indonesia.

'Tetapi, kemudian beliau berlari masuk ke bilik bapa saya lalu menguncinya dari dalam.

'Mujur ketika itu bapa saya telah bangun dan berdiri menyaksikan semua kejadian itu,' kata Cik Freda lagi. Menurutnya, selain lemah, bapanya juga tidak dapat bertutur kerana penyakitnya.

Pada masa itulah Cik Freda mengambil kesempatan untuk menghubungi polis. Tidak lama kemudian, pihak polis disertai Pasukan Pertahanan Awam (SCDF) dan ambulans tiba di tempat kejadian.

'Selepas dinasihatkan, amah saya itu mula membuka pintu dan ketika itu terdapat titisan darah di lantai bilik tersebut akibat kecederaan di pergelangan tangannya,' ujarnya. Amah itu kemudian diberkas polis.

Cik Freda mendakwa sehari selepas itu beliau dan kakaknya menemui sebuah telefon bimbit milik amah itu yang disembunyikan di kerusi roda bapanya.

Telefon tersebut mengandungi imej lelaki warga asing yang berada di dalam rumahnya itu. Selain itu, terdapat juga beberapa video lucah.

Telefon bimbit itu telah beliau serahkan kepada pihak polis.

Bukan itu sahaja yang ditemui Cik Freda. Beliau juga menemui perkakas ujian kehamilan yang disembunyikan di atas almari bapanya.

Semasa dihubungi, pihak polis mengesahkan bahawa laporan telah dibuat mengenai kes tersebut.

'Kami menerima panggilan sekitar 9 malam pada 14 Disember daripada seorang wanita yang meminta bantuan di tempat kejadian.

'Setibanya kami di sana, seorang wanita dalam usia 20-an tahun telah diberkas atas tuduhan cuba membunuh diri.

'Wanita itu telah dihantar ke Hospital Besar Changi untuk dirawat dan beliau sedang membantu dalam siasatan yang masih dijalankan,' kata jurucakap polis itu lagi.

Menurut seorang jurucakap kedutaan Indonesia di sini, terdapat sekitar 86,000 pekerja pembantu rumah warga Indonesia di sini.

Meskipun menyedari akan kes- kes pembantu rumah yang membawa pulang lelaki asing ke rumah majikan, kedutaan itu tidak dapat mendedahkan bilangan kes sedemikian.

'Namun kes-kes begini jarang berlaku, atau sekiranya dilaporkan pada kedutaan, jumlahnya hanya segelintir,' katanya. -bhs

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here