cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, May 28, 2011

Tahniah ....Produk kebanggan UMNOPORNO , PKLN akhirnya membuahkan hasil.....bayi sulung anak haram di di lahirkan di kem...



KOTA BHARU: Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang menggemparkan pengurusan Kem Cancun Park, Pasir Mas, selepas melahirkan bayi perempuan di kawasan kem itu pada petang Khamis lalu, ditahan reman seminggu sehingga 2 Jun depan.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, tindakan menahan suspek berusia 18 tahun itu dilakukan mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah (KAJ)bagi membantu polis menjalankan siasatan berhubung kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Susulan aduan diterima, polis menahan reman suspek bermula kelmarin hingga 2 Jun. Tindakan itu susulan kejadian penemuan mayat bayi perempuan di luar pagar kem itu, petang kelmarin.

“Ketika ini suspek di bawah pengawasan polis dan ditempatkan di wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII). Pada masa sama, kenyataan akan diambil daripada teman lelaki suspek serta ahli keluarganya,” katanya di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar bahawa tidak sampai dua minggu sejak mengikuti PLKN, seorang pelatih perempuan menggemparkan pengurusan Kem Cancun Park apabila melahirkan bayi perempuan di kawasan kem itu, petang Khamis lalu.

Difahamkan, rahsia pelajar terbabit terbongkar apabila dia dirujuk pihak pengurusan kem itu ke Hospital Pasir Mas kerana mengadu sakit perut sebelum pemeriksaan doktor mengesahkan remaja itu baru melahirkan bayi.

Berikutan maklumat itu, usaha menjejaki bayi dilakukan sebelum mayatnya ditemui dalam keadaan bogel dan bertali pusat di belakang kawasan asrama pelatih perempuan kem itu.

Laporan polis dibuat kira-kira jam 4 petang, sebelum sepasukan anggota polis melakukan siasatan ke atas mayat bayi dan menghantarnya ke bilik mayat hospital sama untuk bedah siasat.

Mazlan berkata, bayi itu cukup bulan dan lengkap sifatnya ditemui jam 4.15 petang.

“Proses menuntut mayat diserahkan kepada pihak hospital mengikut prosedur ditetapkan,” katanya yang mendedahkan suspek adalah pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan berasal dari Tanah Merah.

Kesan Kenaikan Harga??? ...sampai halal haram tak mau di ambil kira...sampai roti tepi jalan depa sapu...agaknya babi tergolek tengah jalan pun tergamak juga depa sapu...!!!

Lori Bawa Roti Terbalik



Gambar: Orangramai berpusu-pusu mengambil roti setelah sebuah treler roti terbalik di tepi jalan di Setiu, Terengganu.

SETIU – Bagaikan pesta roti! Itulah gambaran yang dapat dibuat apabila orang ramai dan penduduk kampung memenuhi tepi jalan utama berhampi­ran­ Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Lerek untuk mengambil roti, setelah treler yang membawa muatan roti terbalik, awal pagi kelmarin.

Tinjauan Sinar Harian ke tempat kejadian mendapati, orang ramai ...tidak berganjak dan menunggu untuk mendapatkan roti walaupun dalam keadaan cuaca panas, malah ada sesetengahnya membawa plastik besar untuk mengisi roti.

Menurut pemandu treler, Mustapha Abdul Rahman, 54, kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.50 pagi itu umpama mati hidup semula baginya apabila treler yang dipandu terbabas dan terbalik di bawah cerun setelah dia terlelap.


rentakinfo

Dah tak mengira samada roti yang dimakan itu halal atau haram, yang penting ia percuma. Ada beberapa persoalan yang perlu direnungkan bersama:

1) Apakah sudah memang tabiat rakyat untuk merebut apa sahaja yang disifatkan "lauk depan mata" tanpa memperdulikan ia milik siapa. Kes ini serupa dengan kes lori beras terbalik sediki masa dulu.




lori beras terbalik depa semua tumpang sapu...


2) Biasanya rakyata tidak ambil sesuatu yang mereka mampu membelinya. Tetapi di dalam keadaan rakyat terjepit dengan kenaikan harga barang maka apa yang boleh diperolehi secara "percuma" maka ia peluang keemasan untuk meringankan beban kewangan. Salah siapa?



lama kelamaan yang ini pun mereka semua tergamak sapu dan melantak sekali...bila dah kerajaan UMNO PORNO  tak mendidik rakyat dalam soal halal haramnya  sumber yang di perolehi

Umno membiar orang melayu kekal berada dalam kemiskinan. Melayu hidup meminta-minta dan serba kekurangan.

Umno juga menjauhkan orang melayu dari kefahaman Islam sebenar supaya orang melayu tidak sedar apa itu pahala dan apa itu dosa.

Semua ini diolah supaya melayu senang dicucuk hidungnya demi kelangsungan hidup UMNO.

Umno meletakkan kaum melayu dan Islam hina dimata bukan Islam walaupun negara ini dikuasai oleh melayu dan Islam.

Bir mana ada halal daa....

Bir Arab Haram! Mengandungi Kadar Alkohol Melebihi Yang Dibenarkan Syarak



Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.

Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.

Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.

“Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya.

“JAJ perlu memaklumkan penemuan itu kepada Jakim kerana difahamkan minuman itu (gambar) menjadi kegemaran ramai dan selama ini dianggap halal. KDRM pula perlu mengambil tindakan lanjut kerana minuman itu diimport dari luar negara,” katanya.

Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin ketika mengulas perkembangan itu berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.

“Makanan atau minuman disahkan halal jika terdapat kandungan alkohol tidak melebihi 0.01 peratus. Ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semula jadi.

“Kuantiti itu amat kecil dalam kebanyakan buah-buahan serta tumbuh-tumbuhan. Ia bukan najis dan boleh dimakan atau diminum umat Islam,” katanya.

Sementara itu, sumber Jakim berkata, kebanyakan pengguna Islam yang gemar minum minuman itu mungkin tidak menyangka kewujudan alkohol dalam minuman itu berikutan ia dikilang dan diimport dari negara Islam di Timur Tengah.

Menurutnya, tambah meyakinkan apabila label pada luar produk berkenaan tertera tulisan minuman itu bebas alkohol dan hadir dalam pelbagai jenis perisa buah-buahan.

“Ia mula popular sejak lebih setahun lalu di kalangan masyarakat apabila minuman botol itu mudah diperoleh di kedai runcit, restoran termasuk kafe pada harga antara RM3 hingga RM5 sebotol.

“Persoalan bagaimana alkohol ini wujud dalam minuman ‘halal’ berkenaan masih dalam siasatan berikutan ia berkemungkinan di kilang di dalam bangunan sama dengan minuman keras,” katanya. -hm



rentakinfo

Mana ada 'bir halal' dalam Islam? Ini yang dikatakan Melayu. Sikit-sikit tak salah. Rasuah sikit, tak pa. Pegang sikit, tak pa. Minum bir sikit, tak pa sebab tak mabuk. Lepas ni mungkin suatu hari nanti, ambil sikit daging babi pun tak pa kot.
Macam kes rokok, majlis fatwa kata haram. orang Melayu kata tak pa, makruh aja. Ada yang sampai kata, dalam Al-Quran tak tulis pun rokok tu haram. Yang ada, minuman yang memabukkan. Itu pun ambil sikit tak pa sebab tak mabuk. Kena tunggu sampai mabuk, baru haram. Ini fatwa Melayu kita la tu. Kalau tidak, mana mungkin wujud 'bir halal'? Mangkok punya manusia, otak kat lutut.

Friday, May 27, 2011

budaya samseng menjadi jadi sekolah...telinga cedera akibat serangan dalam kelas...kementerian pelajaran buat apa...tido ke..???

Baju Pelajar Berlumuran Darah, Telinga Cedera Akibat Serangan Dalam Kelas




Kuala Terengganu: "Saya hampir pengsan melihat darah berlumuran pada telinga kiri dan baju sekolah dipakai anak bongsu ketika dia pulang ke rumah," kata Fatimah Ngah, 54, dari Kampung Bukit Kandis, Bukit Tunggal, di sini berhubung kecederaan telinga anaknya dipercayai dipukul seorang pelajar, petang kelmarin.

Fatimah berkata, anaknya, Abdul Rahman Abdul Ghani, 13, pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah menengah di kawasan itu, pulang ke rumah kira-kira jam 2.30 petang bersama abangnya, Mohd Khairul, 25, dalam keadaan berlumuran darah di telinga kiri untuk mengambil kad pengenalan bagi mendapat rawatan.

Beliau berkata, Abdul Rahman memaklumkan dia dipukul dan ditendang seorang daripada sekumpulan pelajar yang datang ke kelas sementaranya sebelum waktu persekolahan sesi petang bermula.

“Tendangan itu menyebabkan Abdul Rahman terdorong ke belakang dan ketika hendak terjatuh, bahagian kiri mukanya tersangkut pada bucu cermin tingkap, menyebabkan luka besar pada telinga kirinya,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Mangsa bagaimanapun, tiada di rumah ketika itu kerana ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan susulan selepas difahamkan menerima tujuh jahitan di telinga kirinya.

Difahamkan polis sudah menahan seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun pagi semalam untuk membantu siasatan.

Bapa mangsa, Abdul Ghani Ismail, 64, berkata pengurusan sekolah perlu mengambil tindakan wajar supaya masalah disiplin di sekolah itu dapat diperbaiki. -BH


Nampaknya, mutakhir ini gejala samseng di sekolah semakin menjadi-jadi.

Kenakalan para pelajar sudah di tahap serius dan ianya tidak boleh dibiarkan begitu sahaja sehingga sekolah tiba-tiba menjadi "neeraka" bagi kaum pelajar yang innocent.

Kementerian Pelajar perlu memikirkan langkah-langkah bagi membendung gejala ini.

Thursday, May 26, 2011

jantan jadi betina....Ashraf mahu nama Aleesha



gambar hiasan

Harapan menggunung seorang lelaki untuk menukar nama daripada Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, kepada Aleesha Farhana tertangguh lagi apabila Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu semalam menetapkan 18 Julai ini untuk keputusan.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu bagi membolehkan beliau meneliti hujah dikemukakan peguam Ashraf selaku pempetisyen, Horley Isaacs dan Peguam Kanan Persekutuan, Adhha Abu Bakar yang mengendalikan kes berkenaan.

Ashraf, pemegang diploma dalam bidang perubatan daripada sebuah institusi pengajian tinggi tempatan lengkap berpakaian seperti wanita dengan berbaju kurung moden berwarna kuning air, berkerudung merah jambu serta berkasut tumit tinggi menarik perhatian ramai yang menyedari kehadirannya di mahkamah semalam.

Laporan Berita Harian hari ini menyebut, Ashraf yang menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand antara 2008 hingga 2009 kerana mendakwa lebih cenderung kepada perwatakan wanita memfailkan petisyen memohon mahkamah membenarkannya menukar nama Ashraf kepada Aleesha Farhana, bagi memudahkannya menguruskan kehidupan seharian, selain mahu memasuki universiti melanjutkan pengajian dalam bidang sama.

Dalam prosiding akhir di mahkamah semalam, Horley dalam hujahnya berkata, anak guamnya disahkan pakar perubatan daripada Pusat Perubatan Pantai (PMC) dan Hospital Putrajaya layak menjalani pembedahan menukar jantina, menjalani rawatan hormon serta psikologi sebelum melakukan pembedahan di Thailand.

Malah katanya, kedua ibu bapa pempetisyen turut mengesahkan anak mereka memiliki alat sulit lelaki sejak lahir, tetapi ia tidak normal, bersaiz kecil, tidak aktif dan tidak berfungsi sebaiknya seperti rakan sebaya lain.

Ashraf juga disahkan ibunya lebih cenderung berperwatakan wanita sejak kecil dan membuat kenyataan bersumpah membenarkan anak lelakinya itu menjalani pembedahan.

Bagaimanapun, Addha dalam hujahan balasnya berkata, peguam pempetisyen gagal melampirkan laporan lengkap daripada doktor bahawa pembedahan dijalankan berjaya menjadikan Ashraf seperti wanita tulen termasuk mempunyai rahim dan tubuh kewanitaan dan fakta apabila perlakuan seksual berlaku antaranya sama ada dia boleh mengandung.

“Kita tidak ada perundangan yang membenarkan permohonan pempetisyen ini dan jika mahkamah membenarkan permohonan ini, ia akan memberi kesan jangka panjang kepada institusi masyarakat.

“Kita tidak tahu mungkin ramai di luar sana yang beratur untuk menukar nama dan jika keputusan mahkamah membenarkan permohonan ini ia boleh menyebabkan huru-hara dalam masyarakat,” katanya dipetik laporan itu.

dah tak ada betina lain ke nak di ganggu....Gara-gara pikat isteri orang telinga dipotong



Seorang lelaki berusia 47 tahun cedera parah apabila kedua belah telinganya dipotong kerana dipercayai menjalinkan hubungan sulit dengan isteri orang.

Lelaki yang bekerja sebagai peniaga daging khinzir itu dipercayai diserang dengan menggunakan senjata tajam hingga mengakibatkan kedua-dua telinganya terputus.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Shafien Mamat dipetik Bernama Online berkata mangsa ditemui terbaring oleh anaknya dalam longkang berhampiran rumah mereka di Taman Kasawari, Simpang Ampat pada 8 pagi semalam.

“Hasil siasatan mendapati kejadian itu berpunca akibat perasaan cemburu berikutan mangsa dipercayai telah menjalin hubungan sulit dengan isteri orang,” katanya.

Polis telah menahan seorang lelaki berusia 46 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori kira-kira dua jam kemudian selepas gerakan mencari suspek giat dijalankan setelah identiti lelaki itu dikenal pasti.

Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera parah dengan menggunakan senjata dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun dan denda atau sebat.

Gerai digantung kepala babi ( pandi kutty..??? )



Orang ramai di pekan Sungai Bakap kecoh apabila dikejutkan dengan simbahan cat merah manakala kepala babi digantung pada bahagian depan sebuah gerai minuman berhampiran Masjid Sungai Bakap, pagi, semalam.

Kejadian yang berlaku awal pagi itu menyebabkan keadaan pekan itu menjadi sesak kerana dipenuhi orang ramai yang ingin menyaksikan kejadian berkenaan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, berkata, pihaknya percaya kejadian yang berlaku sebelum waktu subuh itu berpunca dari perselisihan faham.

“Hasil siasatan mendapati, sekitar jam 7.45 pagi, pemilik dihubungi oleh salah seorang ahli masjid dengan menyatakan gerai miliknya disimbah cat merah dan digantung kepala babi.

“Menurut pemilik gerai, tiga bulan sebelum kejadian, dia menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki dengan menyatakan dia tidak berpuas hati dan kurang senang terhadap perniagaan yang dijalankan dan percaya kejadian itu berpunca daripada ugutan panggilan telefon yang diterima,” katanya ketika ditemui selepas mengunjungi tempat kejadian.

Hasil kejadian itu, pemilik bersama anaknya membuat laporan di Balai Polis Sungai Bakap bagi mengelak perkara yang tidak diingini terus berlaku.

Turut hadir pada tinjauan terhadap kes terbabit ialah Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafien Mamat.

Ayub berkata, pihaknya juga berharap perbuatan berkenaan tidak terus dilakukan oleh mana-mana pihak dan pasukan polis akan membanteras masalah itu dengan segera.

“Perkara ini bukanlah merupakan satu isu perkauman yang melibatkan agama seperti mana dihebahkan oleh semua pihak.

“Kita sedia maklum, kejadian ini berlaku berhampiran masjid dan isu babi adalah perkara sensitif bagi Islam. Justeru, diminta pihak tidak bertanggungjawab itu tidak akan mengulangi perkara sama kerana ia akan menimbulkan suasana tegang antara satu sama lain.

Menurutnya, jualan pemilik gerai berkenaan begitu laris di pekan ini dan pihak polis tidak menolak kemungkinan bahawa perbuatan itu juga adalah daripada perasaan iri hati.

“Nombor telefon yang digunakan untuk menghubungi pemilik pada tiga bulan lalu merupakan nombor telefon awam dan pihak polis juga memberi amaran keras kepada mana-mana kegiatan kongsi gelap supaya tidak mengambil alih tugas polis yang ingin menjaga keselamatan peniaga.

“Diharap, mana-mana peniaga atau orang ramai yang mengalami serta melihat kes ugutan, dapat melaporkan segera kepada pihak polis,” katanya.

Pemilik juga dimaklumkan bahawa dia tidak mempunyai masalah kewangan dan tidak terlibat dengan mana-mana pinjaman.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang melibatkan unsur ugutan dan ancaman.

Sinar Harian

Kucing 'jelmaan' masuk lokap



Misteri penemuan seekor kucing hitam didakwa jelmaan individu yang mengamalkan ilmu hitam menggemparkan penduduk Jalan Laksamana, Taman Ungku Tun Aminah, di sini.

Kisah berkenaan terus menjadi tajuk perbualan hangat di kalangan orang ramai kerana haiwan terbabit dikatakan sering ditemui apabila serbuan dilakukan sebaik sahaja suara jeritan penduduk kedengaran setiap kali azan berkumandang.

Berkat doa dan solat hajat secara berjemaah selepas selesai isyak malam kelmarin, sekumpulan anak muda berjaya menangkap kucing hitam itu di tandas rumah seorang penduduk.

Kucing jadian itu dimasukkan dalam sangkar dan dibawa ke Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah untuk pengawasan selama 24 jam.

Ia bertujuan untuk memastikan sama ada haiwan terbabit boleh menjelma sebagai manusia, namun tiada sebarang perubahan dilihat selepas sehari kucing hitam itu berada di perkarangan balai polis itu.

Imam Masjid Laksamana, Ahmad Tahir Mohamed, berkata, kucing itu dilepaskan di Sungai Skudai, petang semalam dengan harapan ilmu hitam itu hanyut dibawa arus.

“Kejadian yang berlaku sejak dua bulan lalu menggusarkan penduduk kerana beberapa rumah di sini di pecah masuk yang melibatkan kerugian ribuan ringgit.

“Penyamun berkenaan dipercayai mengamalkan ilmu hitam dan terpaksa memenuhi kehendak untuk melengkapkan ilmunya yang didakwa akan berakhir pada malam Jumaat ini.

“Modus operandi penyamun ini ialah masuk rumah melalui atap belakang. Dakwaan orang ramai berasas, apabila dikejar penyamun ini. Ia akan berakhir dengan penemuan kucing itu,” katanya.

Menceritakan kejadian ketika menangkap jelmaan terbabit, Ahmad Tahir berkata, haiwan berkenaan bertindak agresif dengan menggigit salah seorang anak muda yang cuba menangkapnya.

“Keadaan fizikalnya amat pelik dengan mata yang berwarna kemerah-merahan, telinga yang sedikit panjang umpama kucing hutan dan tidak ada bunyi dengusan ketika ditangkap.

“Saya tidak pernah melihat kucing seperti treler (panjang). Tidak sama seperti kucing biasa. Saya percaya ini ada kaitan dengan ilmu hitam,” katanya.

Kegusaran penduduk di situ tercetus sejak dua bulan lalu, apabila lebih tujuh kejadian pecah rumah di kawasan itu dilaporkan.

Atas rasa keprihatinan tersebut, 40 penduduk taman itu lakukan pemantauan secara sukarela di waktu malam

“Kami bersembunyi di atas pokok selama beberapa jam untuk menjejaki penyamun ini. Salah seorang penduduk turut tercedera kerana cubaan menangkap jelmaan itu.

“Kami terpaksa berjaga setiap malam sejak dua bulan lalu, dan turut dapat kerjasama polis. Kami bersyukur dan berharap kejadian ini tidak berulang lagi,” katanya.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner, Ruslan Hassan enggan mengulas.

“Tiada sebarang laporan yang dibuat oleh orang ramai,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Dalam pada itu, kejadian mistik ini turut dipanjangkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Datuk Zainal Abidin Osman.

Beliau berkata, kesahihan kejadian jelmaan seperti itu tidak dapat dikenal pasti sama ada benar-benar berlaku atau tidak.

Menurutnya, kejadian seumpama itu juga ada kalanya bergantung kepada kepercayaan masing-masing.

“Saya tidak pasti sama ada ia benar atau tidak dan adanya kewujudannya seperti itu, jelmaan itu benar-benar berlaku atau tidak, boleh jadi betul atau boleh jadi tak betul, saya tidak pasti, ia terpulang kepada kepercayaan individu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Wednesday, May 25, 2011

Seni yang menjadi pemusnah masyarakat...???



Seni yang memusnah sedang bermaharajalela di serata pelusuk dunia termasuk negara kita, seni ini sangat menyumbang kepada keruntuhan moral muda mudi termasuk kerosakan aqidah yang menggerunkan . Pentas teater, filem,muzik,nyanyian sentiasa diperkasakan sebagai senjata pemusnah paling ampoh untuk membunuh nilai-nilai murni dalam masyarakat. Seni sudah menjadi racun yang mujarab untuk melontarkan provokasi, ideology, dan fahaman yang songsang. Jesteru perkembangan dan sambutan yang sangat hebat, masyarakat tidak lagi menapis apakah mesej yang ingin disampaikan dalam kegiatan seni tersebut. Apa yang penting ialah hiburan.

“Matlamat Menghalalkan Cara” inilah yang telah membawa malapetaka besar dalam peradaban semua bangsa yang mengakibatkan keruntuhan moral yang tidak dapat dibendung. Pentas seni telah mengalami anjakan. Adakah institusi Islam yang sering menjaga peradaban dapat menepis diri mereka dari fenomena ini. Tepuk dada tanyalah iman.

Sebagai langkah awal untuk menyelamatkan intitusi masyarakat yang hampir musnah ini, perkembangan ini wajib diislamisasikan supaya ia menjadi salah satu wasilah dakwah yang paling berkesan untuk menarik muda mudi kembali kepangkal jalan. Sebagai contoh, penurunan Al Quran sebagai panduan umat Islam diturunkan dalam bahasa yang sangat teratur. Hanya dengan jalan ini sahajalah syair jahiliyyah sangat berpengaruh dapat dipatahkan dan dilenyapkan.

Tindakan Wali Songo di Indonesia yang telah mengislamkan seluruh Jawa dengan strategi pemanfaatan jalur seni dan budaya. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Jawa amat menggemari seni pertunjukan wayang kulit, seni suara dan seni ukir. Menariknya, mereka tidak menekankan aspek hukum taklifi terlebih dahulu sebaliknyamenerapkan unsur-unsur tauhid dan nilai-nilai keislaman dalam bataskemampuan masyarakat setempat. Maulana Malik Ibrahim dikatakan tidak mencemuh segala kepercayaan dan pegangan lama penduduk tempatan.

Sunan Kalijaga pula memasukkan cerita-cerita Islam melalui wayang kulit bagimenggantikan hikayat Hindu yang diwarisi daripada nenek moyang.Terdapat lagu-lagu yang dicipta oleh Kalijaga, Bunang, Kudus, Muria dan Drajat. Melalui seni suara yang diucapkan, mereka secara halus mengajak orang Hindu-Buddha kepada Islam. Perlu difahami bahawa seni boleh menjadi medan dakwah paling relevan hingga ke hari ini. Dakwah menjadi lebih lancar dan segar-bugar dengan adanya unsur-unsur seni yang menyegarkan.

Kita tidak boleh menolak kadang- kadang khalayak terutama remaja mudah bosan dengan khutbah dan ceramah,Menyedari hakikat ini industri perfileman dan lagu sangat berkuasa dipersada seni harus menerima pembaharuan dan dibaik pulih.

Situasi ini menuntut kesungguhan pengorbanan yang tinggi dari semua lapisan anggota parti terutama golongan agama, mereka ini bukan sekadar bercakap soal halal haram di masjid surau sahaja tetapi sanggup untuk turun padang bagi memandu masyarakat tentang cara pelaksanaannya. Kita harus memperakui kehebatan mubaligh- mubaligh Kristian yang begitu rancak mengembang fahaman mereka melalui apa jua cara termasuk perfileman.

The Story of Jesus for Children, adalah filem yang diterbitkan khas untuk kanak- kanak mengenali Jesus telah dilancarkan dan diterjemah hampir ke lapan puluh bahasa. Filem tersebut telah dimuatkan di dalam sebuah laman web yang dibina khusus untuk filem tersebut. (www.jesusforchildren.org). Persoalannya adakah kita akan berpeluk tubuh sebagai pemerhati setia sahaja? Kita ummah Muhammad yang adalah ummah yang terbaik wajib berkerja untuk mengimbangi kegiatan seni yang semakin meruncing.

Tuesday, May 24, 2011

nie baru betul...bior kerajaan hilang pendapatan tapi rakyat yang untung...rakyat yang menaikan kerajaan ...jadi rakyat di utamakan...!!!



Kerajaan negeri kehilangan cukai tanah, PKNK kehilangan pendapatan tapi tuan-tuan dan puan-puan menikmati keuntungan berganda, dapat duit pampasan, tanah rumah dan kebun getah yang siap ditoreh.”

Demikian antara ucapan Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abd Razak di Majlis Penyerahan Tanah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) kepada kerajaan negeri.

“Peristiwa ini amat bersejarah kerana dengan penyerahan ini membolehkan proses pemberian hak milik tapak rumah dan tanah pertanian kepada penduduk terlibat disegerakan,” sambungnya lagi.

Tambah beliau, walau pun sebelum ini ada aduan yang dikemukakan pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tetapi setelah disiasat didapati aduan tersebut tidak berasas. Pejabat Tanah dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) turut menerima pelbagai surat dari pejabat peguam kononnya penduduk-penduduk kampung teraniaya, namun maklumat sedemikian gagal dikemukakan.

“Saya akui pada masa sekarang masih ada pihak yang mengemukakan rayuan kepada kerajaan atas alasan teraniaya, tercicir dan sebagainya.

“Semua rayuan diteliti oleh jabatan-jabatan yang terlibat dan saya difahamkan kelayakan tuan-tuan dan puan-puan dibuat dengan rapi dan cermat,” terangnya.

Jelasnya lagi, penempatan semula Sungai Pau ini merupakan model penempatan yang paling lengkap pernah dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Terdapat banyak model penempatan lain seperti pembinaan Empangan Temenggor, pembangunan insfrastruktor seperti jalanraya, tebatan banjir, pembinaan lapangan terbang di Pulau Pangkor, Projek Landasan Berkembar dan banyak lagi projek yang dilaksanakan di negara kita yang melibatkan penempatan semula penduduk.

“Projek Empangan Beris ini amat istimewa kerana selain penduduk terlibat menerima pampasan, mereka juga menerima rumah yang saiz lotnya 10,000 kaki persegi dan diberi pula lot pertanian yang sudah memberikan hasil.

“Jangan berterima kasih atau bersyukur pada kerajaan, sebaliknya bersyukur dan berterima kasihlah pada Allah SWT atas apa yang kita perolehi,” sambung Azizan.

Beliau mengharap mereka bersabar dan faham bahawa pemprosesan memberi hak milik tanah memerlukan masa pengurusannya. Apabila siap proses hak milik dan notis 5A dikeluarkan oleh Pentadbir Pejabat Daerah, penduduk-penduduk terbabit diminta tidak mengambil masa yang lama untuk menjelaskannya.

“Kemungkinan rekod pentadbiran tanah sudah berubah atas sebab meninggal dunia atau sebagainya. Dalam hal ini proses penamaan perlu dibuat. Prosesnya nampak mudah namun sekiranya berlaku pertikaian ianya menjadi sukar dan lambat.

“Gunalah saluran yang betul untuk berurusan dengan pegawai atau pentadbir tanah sekiranya ada masalah,” nasihat beliau.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Unit Perancang Ekonomi, PTG, Pejabat Daerah Sik, Pejabat Tanah Sik, KEDA, Pejabat Agama dan semua yang terlibat dalam mempastikan projek dan proses penempatan semula penduduk kampung disempurnakan dengan baik.

Beliau turut menyaksikan majlis tandatangan penyerahan tanah oleh pihak PKNK kepada kerajaan negeri.

Dalam majlis tersebut beliau turut menyampaikan geran hak milik tanah kepada 48 penduduk Sik.

Seramai 600 orang penduduk kampung terlibat dalam projek penempatan semula ekoran kawasan perumahan dan pertanian mereka terlibat dengan projek Empangan Beris.

Majlis tersebut diadakan di Dewan Bandar Baru Beris Jaya, Sungai Pau. Turut hadir, Pengarah PTG Negeri Kedah, Dato’ Haji Mohd Noor Rofie, Ketua Pegawai Eksekutif PKNK, Dato’ Haji Abdul Rahman Ibrahim,ADUN Jeneri, YB Yahaya Abdullah dan Ahli Parlimen Sik YB Che Uda Che Nik.



SARINA ISMAIL

Setelah Kopi....Tepung Pulak Ada DNA Babi...



Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mendedahkan penemuan mengejutkan iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.

Lebih memeranjatkan, blog Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com turut mendakwa bahawa bahan-bahan berkenaan kini dikatakan digunakan oleh rangkaian kedai pembuat kek terkenal dalam produk mereka yang sebahagian besar pelanggan adalah masyarakat Islam.

Laman web www.halal.gov.my milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebut, mesyuarat yang diadakan pada 12 Mei lalu memutuskan permohonan Puratos Malaysia Sdn Bhd adalah tidak berjaya berikutan penemuan DNA babi berkenaan.

Jakim turut menyenaraikan bahan makanan itu digunakan rangkaian kedai kek berkenaan.

"Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Puratos Malaysia Sdn. Bhd. dikehendaki menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf dan mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf.

"Selain itu, mereka perlu melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri," menurut laman web itu, Isnin.

Khamis lalu, tiga pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Majistret di Kluang atas dua tuduhan menjual kopi mengandungi DNA babi di kedai minuman, Kluang Rail Coffee tanpa meletakkan pernyataan kewujudannya pada label pembungkusan kopi itu.

Ketiga-tiga pengarah syarikat Rail Passion Sdn. Bhd. (Rail Passion) tersebut iaitu Lim Jit Chiang, 37, dan abangnya, Lim Jit Tong, 42, serta sepupu mereka, Lim Jit Chen, 58, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan.

Syarikat pengilang Cheng Hiong Coffee Powder Trading pula menghadapi tuduhan menyedia dan membungkus kopi campuran dalam bungkusan yang belum dibuka dan tidak berlabel untuk jualan kepada syarikat Rail Passion.

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here