cari maklumat di sini

Your Ad Here

Friday, January 20, 2012

Saman RM 100 Juta...Shahrizat terdesak elak pekung lembu NFC terus di perkata....!!!!

 

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mendakwa Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kian terdesak sehingga terpaksa memfailkan saman RM100 juta terhadapnya dan Pengarah Strategi parti itu, Rafizi Ramli berhubung skandal projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, beliau tidak gentar dengan tindakan saman itu dan akan terus menggiatkan usaha melakukan jelajah kempen pendedahan mengenai isu NFC.

"Permohonan perintah injuksi beliau bagi menghalang saya dan Rafizi daripada membuat sebarang kenyataan lisan atau bertulis terhadapnya berkaitan NFC atau syarikat bersekutunya jelas menunjukkan beliau kini sedang tertekan dan terdesak.

"Beliau tidak berhak halang kami bersuara. Selaku Ahli Parlimen saya berhak membela dan memperjuangkan nasib rakyat sama ada di dalam atau diluar Dewan Rakyat. Demi rakyat, saya akan terus bersuara!," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here