cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, June 4, 2011

PAS beri aktivis mandat, jangan salah tafsir peranan ulama



Timbalan Presiden PAS yang baru di pilih , Mohamad Sabu sambil menyifatkan perwakilan kali ini memilih saf kepimpinan lebih cenderung kepada aktivis menegaskan, beliau tidak mahu kepimpinan ulama dalam PAS disalahtafsirkan kedudukan dan peranan mereka.

“Aktivis ini adalah mereka yang terlibat secara langsung dengan masyarakat sama ada timbalan presiden dan naib-naib presiden yang dipilih.

“Namun pada saya, bukanlah yang tidak cukup undi itu tak bersifat aktivis, tetapi pemilihan dibuat perwakilan cenderung ke arah itu (mengangkat aktivis),” kata timbalan presiden baru PAS ini dalam temu bual kepada Harakah Daily.

Mohamad atau lebih mesra dikenali sebagai “Mat Sabu” (gambar) berkata, “signalnya ialah apabila kita lihat Mazlan Aliman mendapat undi yang tertinggi (804 undi), antaranya yang memberi kekuatan kepada sokongannya ialah kerana penglibatan beliau dalam Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) untuk merobah minda pengundi masyarakat Felda (Peneroka).”

Mazlan mengekalkan kerusi ahli jawatankuasa kerja pusat PAS dengan memperoleh undi tertinggi pada pemilihan kepimpinan 2011-2013.

Kata Mohamad, walaupun secara umumnya Anak belum berjaya secara menyeluruh, tetapi usaha dipelopori Mazlan dan rakan-rakannya mendapat penghargaan daripada perwakilan seluruh negara.

“Begitu juga kemenangan pimpinan yang lain-lain seperti naib presiden Datuk (Paduak) Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, trend ini berlaku kerana muktamar kali ini tempohnya sangat dekat dengan pilihan raya umum ke-13... sehubungan itu, ahli dan penyokong mahu mereka yang terlibat sepenuhnya dengan masyarakat dan aktiviti kemasyarakatan,” katanya yang dilihat sebagai antara pihak mencetuskan kepimpinan ulama sekitar tahun 1982.

Salahuddin, Husam dan Mahfuz menang saingan pemilihan naib presiden.

Menyentuh soal kumpulan ulama dan profesional, Mohamad berkata, beliau tidak mahu kepimpinan ulama disalah tafsir dan beliau menghormati pemimpin-pemimpin terdahulu seperti Sheikh Omar Muktar, Sheik Ahmad Yassin, Abu Bakar Al-baqir, Yusof Rawa dan Datuk Fadhil Noor.

“Semua ulama ini saya penuh hormat dan menyebut nama perjuangan mereka dalam ceramah dan penulisan saya. Yang kita tidak mahu orang bertenggek di atas nama kepimpinan ulama, yang berkelulusan agama tetapi bertenggek atas nama kepimpinan ulama.

“Tetapi ulama sejati yang berilmu, yang membina masyarakat, yang beri ulmu, berjuang dan berjihad inilah yang kita sanjung yang kita sokong dan sepanjang zaman ulama inilah yang meniupkan kebangkitan,” katanya lagi.

Katanya, “ini termasuklah mereka yang meniupkan semangat kebangkitan kemerdekaan iaitu Sheikh Jamaludin Al Afghani ialah seorang ulama yang bertaraf Hujjatul Islam.”

“Ulama seperti ini harus diketengahkan, bukan kelulusan sijil agama sahaja dipanggil ulama. Bahkah kalau yang ulama kontemporari seperti Hassan Nasralllah, saya amat kagum di atas kehebatan beliau kumpul sokongan Muslim dan bukan Islam di Lebanon dengan meniup semangat jihad menentang Israel.

“Sheikh Ahmad Yassin, daripada di atas kerusi rodanya dia mampu untuk meniupkan semangat jihad melawan Israel. Ulama seperti ini yang saya sanjung, bukan yang berkelulusan yang belajar dari sekolah agama kemudian pergi ke Mesir, dan bila balik ke Malaysia kita gelar dia ulama.

“Sedangkan ia tidak menonjol dirinya sebagai seorang waris kepada Nabi Muhammad iaitu buat kerja-kerja yang dibuat oleh Nabi Muhammad, jadi saya tetap berpegang teguh dan menyanjung kepimpinan ulama ini,” katanya lagi.

Berhubung soalan sama ada akan berlaku sebarang perubahan dalam lajnah-lajnah dalam PAS, Mohamad berkata, secara menyeluruh tidak, tetapi mungkin perubahan yang berlaku adalah dalam konteks siapa yang mengepalai sesuatu lajnah menjelang pilihan raya umum akan datang ini.

“Dari segi Pakatan Rakyat pula, kedudukan PAS cukup teguh dan ia akan diperteguhkan lagi. Saya mahu hubungan dengan NGO kita mantapkan, dan arah tuju parti telah kita gariskan dalam ucapan dasar Presiden PAS dalam muktamar begitu baik menuju kepada negara kebajikan yang diterima semua kaum dalam negara kita ini, saya tak nampak berubah hala tuju,” katanya.

Dalam temu bual itu, Mohamad berkata, beliau hairan kerana akhbar-akhbar milik Umno secara tiba-tiba sahaja “cukup sayang kepada kepimpinan ulama” sedangkan mereka yang mencerca kepimpinan ulama khasnya Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“... menjelang muktamar mereka seolah-olah membuat laporan dengan menimbulkan sayang kepada kepimpinan ulama sedangkan tauke kepada Utusan Malaysia (Umno) hanya ada biro untuk ulama ini, yang hanya kelasnya seperti lajnah dalam PAS.

“Kita di peringkat PAS, kita sayangkan ulama, kita hormatkan ulama kita letak ulama di peringkat Majlis Syura Ulama, dan kita ada Dewan Ulama PAS Pusat yang meletakkan ulama ini di tempat yang tinggi, kuat teguh dan berwibawa,” kata beliau lagi.

Mohamad juga berkata perana Utusan Malaysia boleh dianalisis oleh sesiapa apa niat mereka yang sebenarnya.

“Barangkali pada mereka peralihan kepimpinan ini boleh mengubah persepsi umum kepada PAS dengan kita tidak lari teras kita jaga parti di bawah Majlis Syura Ulama,” katanya.

Friday, June 3, 2011

Padah budaya bebas....Ibu menangis lihat anak nodai kekasih



Luluh hati seorang ibu apabila terpaksa menyaksikan kerakusan anak lelakinya berusia awal 20-an merogol teman wanita di rumah mereka di Wangsa Maju, di sini, kelmarin.

Lebih menyedihkan apabila usaha ibu tunggal berusia 40-an itu supaya anaknya menghentikan perbuatan terkutuk terbabit tidak diendahkan walaupun berulang kali dia merayu sambil menangis.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam, lelaki terbabit dipercayai di bawah pengaruh dadah kerana langsung tidak mempedulikan ibunya sebaliknya lebih rakus dengan menodai kekasihnya yang menjerit meminta bantuan.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian mangsa berusia 20-an dipelawa suspek yang dikenalinya sejak empat bulan lalu ke rumahnya dengan alasan mahu memperkenalkan gadis itu kepada ibunya.


“Sebaik sampai di rumah, mangsa diperkenalkan kepada ibu suspek sebelum si ibu pergi ke dapur untuk menyediakan minuman.

HM

Doktor Hilang KENA PUKAU....Keluarkan Wang Di Tiga Lokasi Berasingan



Jitra - Kehilangan seorang doktor pelatih Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dekat sini yang masuk hari ke-17 dipercayai akibat dipukau mendapat petunjuk baharu apabila dia dikesan membuat empat transaksi pengeluaran wang melalui mesin pengeluaran automatik (ATM) baru-baru ini.

Dr. Mohd. Noor Azam Mohd. Nazri, 26, (gambar) dikesan mengeluarkan wang di ATM sebuah bank di Alor Malai, Alor Setar pada 19 Mei lalu diikuti 22 Mei di Kota Bharu, Kelantan dan seterusnya 27 dan 31 Mei di Kuala Terengganu.

Ibunya, Natrah Shaari, 52, memberitahu, keempat-empat transaksi yang dilakukan dengan pengeluaran wang berjumlah RM2,100 itu menunjukkan anak sulungnya masih berada di negara ini dan selamat.

"Saya hairan bagaimana dia (Mohd. Noor Azam) boleh sampai ke Kuala Terengganu sedangkan dia tidak ada kawan di sana dan mungkin dia dalam keadaan separuh sedar," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Bunga Raya di sini semalam.

Menurut Natrah, dia dan keluarga amat merindui Mohd. Noor Azam yang hilang tanpa khabar berita sejak 16 Mei lalu dan berharap agar anaknya pulang bagi meneruskan karier sebagai seorang doktor. -kosmo

Thursday, June 2, 2011

Badan Terbakar Terkena Cecair Tar



Muar – Seorang pemandu lori tangki menderita apabila 23 peratus badannya terbakar selepas lori tangki yang sarat dengan cecair tar dipandunya terbabit dalam kemalangan membabitkan dua bas dalam kejadian di Kilometer 144.8, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Pagoh di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang, N Sivananda, 44, terpaksa dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) berikutan kecederaan yang dialaminya.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, nahas tersebut berlaku apabila salah sebuah bas sekolah yang digunakan untuk membawa pendatang asing tanpa izin (Pati) merempuh belakang lori terbabit.

Menurutnya, kedua-dua bas terbabit dalam perjalanan dari Lenggeng, Negeri Sembilan ke Pasir Gudang, Johor.

“Akibat pelanggaran ini, lori terbabas manakala tangki yang sarat dengan cecair tar terbalik dan tumpah memenuhi lebuh raya.

“Bas yang merempuh belakang lori tangki ini hilang kawalan dan terbabas ke laluan kanan lebuh raya,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, disebabkan bas sekolah telah melanggar lori tangki itu, sebuah lagi bas persiaran yang turut membawa Pati hilang kawalan dan terbabas kerana cuba mengelak daripada melanggar bas sekolah berkenaan.

“Pasukan polis dari Muar dan Tangkak bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa terlibat.

“Namun, kami bersyukur kerana kesemua yang terlibat dalam insiden ini terselamat walaupun membawa seramai 102 Pati,” katanya.

Selain itu, beliau juga hairan bagaimana salah sebuah bas boleh terbabas memasuki lorong kanan lebuh raya menghala arah utara selepas melanggar belakang lori tangki.

“Pihak polis akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung punca nahas ini berlaku.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. -SH

Fitnah punca keruntuhan kerajaan



fitnah juga boleh menyumbang kejatuhan kareer politik seseorang...seperti dalam video ini.... di mana fitnah yang mengaitkan najib dengan video triple XXX antara beliau ,ziana zain dan altantuya sharibu...fitnah seriau yang menyebab najib menjadi pembacul untuk menegakkan kebenaran di mahkamah...harap mahkamah depan  TV 3 suku aje....mengaibkan sehingga tak mampu untuk menyucikan

Penyebaran fitnah dalam dunia politik yang berselindung di sebalik nama agama boleh menjadi punca utama keruntuhan sesebuah kerajaan.

Sejarah lampau perlu dijadikan pedoman apabila banyak tamadun Islam musnah akibat salah guna agama dalam berpolitik seperti yang berlaku pada zaman Khalifah Usman bin Affan.

Khalifah Usman sendiri jatuh dari tampuk pemerintahan kerana fitnah apabila beliau dituduh tidak telus dalam pelantikan pegawai kerajaan,..

Penggunaan fitnah sebagai senjata politik dapat dilihat di Malaysia di mana golongan politik sejak dahulu lagi kerap menyalahgunakan agama untuk menarik sokongan orang ramai.

Orang politik sedar agama yang menjadi tunjang kehidupan rakyat boleh digunakan untuk mempengaruhi orang ramai bagi mencapai kepentingan politik sesebuah parti itu.
Jika kita lihat, banyak ulama kini mengeluarkan dalil berbeza mengikut isu berkaitan pemilihan politik mereka sendiri. Ini tidak betul,;;

Agama boleh menjadi madu dan penawar bagi menghentikan semua kepincangan dalam politik tetapi ia juga boleh menjadi racun dan menyebabkan kacau-bilau jika disalahgunakan.

Manusia melakukan fitnah kerana ingin bersaing dan mahu mewujudkan pengaruh. Golongan yang mempunyai kuasa pula ingin terus kekal di atas dan menggunakan fitnah untuk menumpaskan pesaing mereka.Sebab itu, agama perlu berada di atas politik dan bukan parti politik yang mengarah golongan ulama supaya mengeluarkan fatwa yang sesuai dengan kehendak mereka..

Wednesday, June 1, 2011

Memotong Kemaluan Jirannya Kerana Cubaan Merogol Atau Kerana Dendam..???



Inilah Monju Begum, 40 tahun, dari Bangladesh yang memotong alat kemaluan seorang lelaki yang cuba merogolnya dan membawa kemaluan tersebut ke balai polis sebagai barang bukti.

Hal tersebut terjadi di desa Mirzapur, Jhalakati, sekitar 200 kilometer selatan ibu kota Dhaka.

Monju adalah ibu dengan tiga anak. Dia menyatakan kepada polis bahawa jirannya Mozammel Haq Mazi memaksa masuk ke biliknya dan kemudian beliau bertindak menyerangnya.

Walau bagaimanapun Mazi menyangkal tuduhan tersebut dan beliau sudah dibawa ke hospital terdekat.

"Kami akan menahannya apabila beliau sembuh," kata jurucakap polis Bangladesh Abul Khaer.

"Dia menyatakan dirinya menyerang balik, memotong kemaluan Mazi dan membawanya ke pejabat polis kami dalam kantong plastik untuk membuktikan Mazi berusaha meroogolnya," kata Khaer.

"Dia melaporkan kes tuduhan merogol," katanya.

"Ini suatu peristiwa tidak biasa. Sepanjang saya ketahui, untuk pertama kalinya wanita membawa potongan penis ke balai polis sebagai barang bukti."

Serangan balas dendam

Moju Begum sebenarnya sudah mengeluh kepada polis bahawa Mazi, ayah lima anak, selama enam bulan terakhir terus mengganggunya.

Tetapi Mazi menyangkal tuduhan tersebut.

"Kami menjalinkan hubungan dan baru-baru ini dia mengisyaratkan kami berdua dapat pergi dan pindah untuk hidup di Dhaka," kata Mazi di hospital di dekat Barisal.

"Saya menolak dan mengatakan kepadanya bahawa saya tidak dapat meninggalkan isteri dan anak-anak, kerana itulah dia membalas dendam."

Profesor AMSM Sharfuzzaman - pakar bedah kanan di Universiti Kedoktoran dan Hospital Sher-e-Bangla di kota Barisal- menyatakan bahawa tidak mungkin menghubungkan kembali penis ke tubuh Mazi.

"Polis membawa penis beberapa jam setelah kejadian," katanya.

"Kami merawatnya agar dia tetap dapat buang air kecil tanpa penis."

Monday, May 30, 2011

Minuman Barbican Haram.....!



Bernama hari ini melaporkan bahawa sejenis minuman bir yang didakwa halal (tidak disebut jenama – sumber sahih menyatakan jenama Barbican) adalah haram kerana mengandungi alkohol melebihi had yang dibenarkan syarak. Selepas ujian makmal oleh pihak berkuasa mendapati kandungan alkohol adalah sebanyak 0.5, dan memabukkan.

Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hanya 0.01 peratus kandungan alkohol dibenarkan dalam makanan dan minuman kerana ia terhasil secara semulajadi.

Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) bersama Majlis-Majlis Agama Islam Negeri akan bertindak menyekat penjualan minuman itu kepada umat Islam.

Masya Allah, minuman ini dijual merata-rata secara terbuka, tetapi selepas beberapa lama baru difatwakan haram. Bagaimana sebenarnya produk ini mendapat kelulusan dijual di dalam Malaysia?

Sunday, May 29, 2011

Rugi RM60,000 jual bot demi skim cepat kaya...!!!



Akibat terlalu ghairah mendapat keuntungan sekelip mata, seorang peniaga dan bekas nelayan sanggup menjual bot miliknya sebelum wang itu dilaburkan terhadap sebuah syarikat yang dikaitkan dengan kes penipuan skim cepat kaya dan penyelewengan wang mencecah RM200 juta sejak tiga tahun lalu.

Amir Sahat, 47, berkata dia kerugian RM60,000 dan wang itu kononnya dilaburkan bersama syarikat milik seorang ‘lebai’, turut dikenali sebagai ‘Ustaz Harun’ yang didakwa menjalankan perniagaan besar dalam sektor perkilangan, pembinaan dan perkapalan.

“Konco ‘ustaz’ berkenaan bergerak di seluruh negeri pantai timur dan utara dengan bernaung di bawah nama sebuah persatuan. Saya pernah menghadiri satu program yang mereka adakan di Stadium (Sultan Mohammed Ke-IV) sekitar 2008.

“Lagak mereka memang seperti ahli perniagaan hebat, mereka turut menjanjikan pulangan berlipat kali ganda jika melaburkan wang bersama syarikat ‘ustaz’ berkenaan,” katanya.

Amir yang berasal dari Kedah berkata, mulanya dia melabur RM20,000 dan setiap minggu menerima pulangan RM130 sebagaimana dijanjikan syarikat berkenaan sebagai jumlah keuntungan bulanan.

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here