cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, July 23, 2011

urut tradisional jadi urut batin...dunia akhir zaman bila maruah bukan keutamaan...masa tua mu nanti sesal berpanjangan...!!!

KUALA LUMPUR: “Pada mulanya saya takut melanggar pantang larang ditetapkan nenek, tetapi demi wang ia akhirnya saya abaikan,” kata seorang gadis yang terjebak dalam kegiatan urut batin biarpun cita-cita asalnya mahu mewarisi kepakaran neneknya dalam bidang urut tradisional.

Berbekalkan wajah jelita dan tubuh gebu, gadis tukang urut berusia 21 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Su berkata, dia sebelum ini belajar ilmu urut tradisional daripada neneknya yang juga seorang bidan berpengalaman.

Menurutnya, harapan neneknya dan dia sendiri ketika itu ialah untuk menjadi seorang tukang urut tradisional khususnya untuk wanita baru bersalin. “Sejak kecil saya suka melihat nenek mengurut wanita baru bersalin dan dari situ timbul minat saya untuk mewarisi kerjayanya,” katanya yang ditemui Harian Metro di sebuah pusat urut di pinggir ibu kota.

Su berkata, ketika berusia 15 tahun, neneknya yang sudah tua menurunkan ilmu perubatan dan urut tradisional itu kepadanya.

“Pada masa sama dia berpesan agar saya tidak melanggar pantang larang termasuk menyalahgunakan ilmu ini untuk tujuan urutan lain, tetapi demi mendapat wang dengan cara mudah, saya kini melanggar amanatnya.

“Pada mulanya saya mengurut wanita lepas bersalin di rumah saya di Perak, tetapi pendapatan diterima tidak mencukupi untuk perbelanjaan harian, menyebabkan saya memberanikan diri berhijrah ke Kuala Lumpur,” katanya.

Menurut Su, pada mulanya, dia bekerja di Damansara, dekat Petaling Jaya dan ketika itu dia hanya menawarkan khidmat urut badan, kaki dan refleksologi pada harga RM50 bagi satu sesi, tetapi akibat pengaruh beberapa rakan sekerja, dia mula berminat dalam urutan seks.

“Selepas mencuba urutan batin buat pertama kali, saya jadi seronok terutama apabila dapat pendapatan lumayan dan sejak itu, ia menjadi rutin harian saya melayan lelaki ketagih urutan batin,” katanya.

Tanpa berselindung, Su mengakui kegiatan memberikan khidmat urut batin akhirnya menyebabkan dia tergelincir lebih jauh apabila turut memberikan khidmat seks kepada lelaki.

“Namun, saya agak berhati-hati memilih pelanggan bagi mengelak penyakit kelamin dan hanya bersedia menyerahkan tubuh kepada pelanggan yang memenuhi cita rasa saya,” katanya.

Su berkata, kini selepas lebih tiga tahun bergelumang dalam kegiatan tidak bermoral itu dia mempunyai ramai pelanggan tetap dan pendapatan diterima lebih lumayan.

Menurutnya, untuk khidmat urut batin dia mengenakan bayaran tambahan antara RM30 hingga RM50 manakala untuk khidmat seks bayaran dikenakannya RM200.

Apabila ditanya sampai bila dia mahu melakukan kerja jijik itu, Su hanya menggeleng kepala dan berkata: “Memang terlintas dalam fikiran saya untuk berhenti, tetapi disebabkan tiada pendidikan tinggi dan kebolehan lain, buat masa ini hanya kerja ini saya tahu.” Mengenai pantang larang neneknya yang dilanggar, Su berkata, setakat ini tiada kesan negatif terhadap dirinya dan berharap keadaan itu berterusan.

“Dulu nenek kata kalau langgar pantang kulit muka jadi kendur dengan cepat dan tenaga mengurut berkurangan. Entahlah, setakat ini saya tak rasa apa-apa pun,” katanya.HM

MASYA-ALLAH..... MACAM NI PUNYA STOK PUN ADA..

Friday, July 22, 2011

17 maut dalam serangan bom dan tembak menembak di Norway



Seramai 17 orang terbunuh dalam serangan berganda di Norway semalam — letupan bom di kawasan pejabat kerajaan yang turut menempatkan pejabat Perdana Menteri dan seorang menyamar sebagai polis melepaskan tembakan di tempat sekumpulan belia mengadakan program perkhemahan.

Serangan ini disifatkan sebagai yang paling besar di Eropah barat sejak pengeboman ke atas sistem pengangkutan awam di London pada 2005.

Tujuh mati dalam letupan bom di ibu negara Norway. Perdana Menteri Norway selamat dalam kejadian ini.

Susulan letupan di kawasan pejabat kerajaan yang menyebabkan kerosakan teruk, seorang lelaki melepaskan tembakan ke atas sekumpulan belia yang menyertai perkhemahan parti memerintah di Pulau Utoeya island, yang terletak di barat laut Oslo.

Menurut polis, sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dalam kejadian itu.

“Saya nampak belia lari bertempiaran, melompat ke laut,” kata seorang saksi Kristine Melby kepada saluran televisyen Al Jazeera.

“Kami mendengar orang menjerit,” katanya.

Penembak berusia 32 tahun itu, seorang warga Norway, telah ditahan polis.

Serangan berganda ini membayangkan tindakan mirip Al-Qaeda tetapi penganalisis mendakwa ia kemungkinan dilakukan oleh militan sayap kanan. — Reuters

ini majlis kahwin ke atau majlis pertunjukan fesyen...???...Norman nikah Memey kosnya RM7.2 juta



Pelakon Memey Suhaiza yang akan mendirikan rumah tangga dengan Norman Hakim, akan memakai gaun bertatah mutiara lengkap dengan set barang kemas dan kasut — yang kesemuanya bernilai RM7.2 juta — pada majlis persandingan di Crowne Plaza Mutiara di sini, 28 September ini.

Menurut laporan media, Memey, 23, akan memakai dua persalinan iaitu setiap satu bernilai RM500,000 tajaan Rafflesia untuk majlis persandingan dan acara memotong kek.

Norman dan Memey. — Foto ihsan muraidotcom
Norman merupakan pelakon siri Gerak Khas.

Memey dan Norman, 35, bakal bernikah pada 24 September ini di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.

Norman adalah bekas suami pelakon Abby Abadi dan mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danish Hakim. Mereka bernikah pada 8 Januari 2002.

Bill Bora selaku wakil Rafflesia memberitahu, sebelum ini Datuk Siti Nurhaliza Tarudin pernah mengenakan gaun bertatah mutiara bernilai RM400,000 pada hari persandingannya.

Selain dua persalinan itu yang ditaburi mutiara mengikut gred, Memey juga akan mengenakan dua set barang kemas bernilai RM2.8 juta setiap satu merangkumi anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara untuk dipadankan dengan pakaian tersebut.

“Sejak minggu lepas, borang penyertaan untuk rekaan pakaian perkahwinan Memey sudah dibuka kepada semua pereka fesyen yang berminat.

“Pakaian itu kelak akan dipadankan dengan anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara. Terpulang kepada pereka untuk menghasilkan pakaian itu, namun kedua-duanya perlu dihiasi mutiara,” katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Selain itu, Memey juga akan mengenakan dua pasang kasut rekaan khas Datuk Jimmy Choo, kata beliau.

Menurut Bill, Memey amat beruntung kerana pereka kasut ternama itu sudi menghasilkan kasut khas bertatah mutiara untuk majlis perkahwinannya yang dianggarkan bernilai RM300,000 sepasang.

“Persandingan mereka boleh dianggap sebagai wedding of the year kerana mendapat sentuhan orang ternama,” katanya.

Kata Bill, Memey dan Norman dipilih kerana sebagai pasangan selebriti, kedua-duanya sentiasa menjadi perhatian ramai dan dinanti-nantikan penampilan mereka.

ajar si bangsat balanya bila kuat menipu...Mat Sabu arah peguam fail saman PDRM



Mohamad Sabu telah mengarahkan peguamnya Mohamed Hanipa Maidin agar menghantar surat saman kepada Polis Diraja Malaysia kononnya beliau berbohong berhubung isu kemalangan motosikal dinaikinya ketika perhimpunan 9 Julai.

Mengikut laporan HarakahDaily, Hanipa berkata, Timbalan Presiden PAS telah menghubunginya pagi ini dan mengarahkan beliau menghantar notis kepada pihak berkenaan ekoran dakwaan semalam.

Semalam, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid dalam sidang medianya berkata, tidak ada kebenaran bahawa kenderaan milik polis melanggar motosikal pemimpin PAS itu.

“Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar ‘fender’ Pajero,” katanya.

Video berkenaan menunjuk sebuah kenderaan polis mengejar dua motosikal, satu yang dibonceng oleh Mat Sabu (gambar). Namun visual berkenaan tidak jelas menunjukkan apa yang berlaku kerana beberapa sudut pandangan tidak dapat dirakamkan.

“Saya harap akan dapat menghantar notis kepada Bukit Aman minggu depan meminta mereka menarik balik dakwaan Mohamad Sabu menipu,” kata Hanipa kepada Harakahdaily.

Hanipa yang juga timbalan pengerusi Lajnah Undang-undang PAS memberitahu, Mohamad menegaskan bahawa jika polis tidak teragak-agak menyamannya kerana mendakwa dia menipu, pihak beliau juga tidak teragak-agak untuk menyaman polis atas dakwaan memfitnahnya.

Sebelum ini Mohamad mendakwa motosikal yang dinaikinya semasa perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lepas telah dirempuh sebuah kenderaan polis dan menyebabkan beliau terjatuh dan lututnya cedera.

Akibatnya, Mohamad terpaksa menjalani pembedahan lutut dan 2½ skru telah dimasukkan ke dalam lututnya untuk mengukuhkan ligamennya yang koyak.

Namun begitu, Umno dan penyokong mereka mendakwa, Mohamad dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim pura-pura cedera untuk meraih simpati.

Dua hari lepas, pengawal peribadi Anwar membuat laporan polis ekoran kecederaan yang dihadapinya selepas ditambak dengan gas pemedih mata secara yang tidak betul sehingga menyebabkan tulang pipinya patah terkena balang berisi gas pemedih mata yang ditembak ke arahnya.

Sementara itu, Keadilandaily melaporkan, Mohamad Sabu berkata beliau dirempuh kereta Proton Waja polis, dan bukan kenderaan Pajero seperti yang didakwa pasukan keselamatan itu.

Katanya, perkara itu turut dinyatakan dalam laporan polis yang dibuat beliau pada 14 Julai lalu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

“Saya minta tarik balik pembohongan, kalau tidak kita akan saman polis dan Datuk Salleh Mat Rashid kerana melakukan fitnah,” katanya kepada Keadilandaily.

Berdasarkan rakaman CCTV yang ditayangkan polis, katanya, rakaman itu juga menunjukkan sebuah kereta Proton Waja mengekori Pajero terbabit ketika sedang mengejar motosikal yang diboncengnya ketika itu.

“Dalam video polis, yang tidak ditunjuk adalah kereta Waja yang di belakang kereta Pajero yang melanggar motosikal itu.

“Kereta Waja yang ‘cross’ itu (yang melanggar),” kata beliau.

Ketika ditanya laporan media 11 Julai lalu yang mengatakan beliau dilanggar Pajero polis, Mohamad berkata terdapat pelbagai pandangan pada masa itu.

“Tetapi selepas bertanya kepada penunggang saya, kereta Waja itu yang melanggar,” katanya.

budak 3 tahun terkoyak kepalanya di seret Van

 

IPOH: “Tolong wan, adik sakit..., tolong adik...,” jerit kanak-kanak berusia tiga tahun kepada neneknya selepas diseret sejauh hampir 100 meter oleh van dinaikinya menyebabkan kulit kepalanya terkoyak sehingga menampakkan tempurung kepala, pagi kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 11.30 pagi di Bandar Baru Putra, Bercham di sini, turut mengakibatkan Muhammad Haziq Aqasha Muhamad Sazali, cedera di perut dan tangan kirinya. Mangsa diseret di depan neneknya, Timah Sukaimi, 70, yang sedang menunggu di pintu untuk menyambut kepulangan cucunya taska.

Menurut Timah, ketika kejadian dia mahu membuka pagar sebelum dikejutkan dengan jeritan Muhammad Haziq. “Saya sangka adik (nama timangan mangsa) diculik kerana dia tidak kelihatan di tepi jalan selepas van dinaikinya bergerak pergi. “Jeritannya bertambah nyaring menyebabkan saya panik dan seperti orang tidak siuman mencarinya sekitar kawasan rumah,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.

Warga emas yang uzur dan berjalan menggunakan tongkat itu hampir pengsan selepas dimaklumkan jiran yang turut terdengar jeritan itu bahawa cucunya diseret van.

Kejadian dipercayai berlaku apabila beg galas dibawa mangsa tersangkut pada pintu van ketika menutupnya dan pemandu van yang menyangka mangsa sudah turun, memecut kenderaannya.

Tindakan pemandu van itu menyebabkan Muhammad Haziq terseret sejauh hampir 100 meter di bahagian bawah kenderaan dalam keadaan terbaring.

Mujur tindakan berani seorang wanita yang juga jiran keluarga mangsa melangkah ke tengah jalan untuk memberhentikan van itu berjaya menyelamatkan Muhammad Haziq daripada maut.

Pemandu van, seorang lelaki berusia 50-an mendakwa tidak mendengar jeritan mangsa ketika ditanya jiran wanita itu.

Jiran itu kemudian meminta orang ramai mengangkat mangsa yang meraung kesakitan ke dalam van sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan. Bapa mangsa, Muhamad Sazali Yahaya, 30, anggota Batalion 1 Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta berkata, jirannya itu memaklumkan kejadian berkenaan kepadanya.

“Dia terlebih dulu memberitahu kejadian itu kepada ibu saya (Timah) sebelum menghubungi saya yang ketika itu berada di Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) bagi menghantar makanan kepada isteri yang bertugas sebagai jururawat di sana.

“Saya bersama isteri bergegas ke klinik berkenaan dan luluh hati kami melihat keadaan anak yang meraung kesakitan. Saya cuba tabahkan diri untuk menenangkan perasaan, tetapi gagal,” katanya sebak.

Muhamad Sazali berkata, dia bertambah sayu selepas Muhammad Haziq meminta dia dan isteri berhenti menangis.

“Haziq pintar biarpun baru berusia tiga tahun lima bulan. Dalam keadaan sakit dia masih sempat menasihatkan saya dan isteri supaya jangan menangis kerana dia tidak mahu mati lagi,” katanya.

Berikutan kecederaan parah dialaminya, Muhammad Haziq dimasukkan ke bahagian kecemasan HRPB sebelum menjalani pembedahan.

Muhamad Sazali berkata, menurut doktor, anaknya mungkin mengalami kecacatan kekal pada dua jari tangan kirinya selepas urat saraf di bahagian itu hancur dan putus.

Pembedahan awal yang dilakukan ialah untuk mengambil cebisan kulit paha bagi ditampal pada perutnya.

Muhamad Sazali tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu van terbabit, namun tumpuannya kini ialah terhadap anaknya yang bakal menjalani satu lagi pembedahan plastik bagi menutup tempurung kepala.

Wednesday, July 20, 2011

UMNO...10 tahun jadi lembu MCA...itu pun tak mau kira kah...!!!

Melayu Tolak Umno Celaka

Di sebalik kekecohan tindakan kerajaan negeri Kedah mengharamkan operasi pusat hiburan sepanjang bulan Ramadhan rupanya ia memberi kesan yang positif terhadap PAS di kalangan bukan Islam. MCA dan Gerakan mengetuai penentangan terhadap langkah kerajaan negeri itu. DAP pun tumpang sekali, bersuara kononnya langkah kerajaan negeri menafikan hak asasi bukan Islam untuk berniaga dan berhibur. Ketua Pemuda Gerakan, Tan Ken Liang ugut akan mengambil tindakan mahkamah terhadap kerajaan negeri kerana menghalang hak bukan Muslim.

Kerana yang membantah dan menentang ialah masyarakat bukan Islam terutama masyarakat Cina, Menteri Besar memanggil Dewan Perhimpunan Cina Kedah sebagai wakil pengusaha 300 pusat hiburan untuk mendengar pandangan dan keluhan. Kira-kira 30 orang operator hiburan turut hadir.

Keputusannya, pengusaha bukan Islam boleh meneruskan operasi dengan syarat ia hanya untuk pelanggan bukan Muslim, tidak untuk orang Islam di samping beberapa syarat lain yang perlu dipatuhi.

Selepas berhari-hari media Cina melaporkan langkah kontroversi kerajaan negeri Kedah itu sehingga menimbulkan kemarahan masyarakat bukan Muslim melalui laporan yang dimanipulasikan, tiba-tiba Menteri Besar meredakan semacam menjirus air di atas api yang menyala. Ia sangat dramatik dan memberi kesan positif yang mendalam di kalangan masyarakat Cina, berbanding jika dari awal kerajaan negeri telah membuat keputusan tersebut. Mereka nampak bahawa kumpulan Islam lebih toleran berbanding sebuah kumpulan Melayu yang rasis.

Pengusaha pusat hiburan diberi syarat keras supaya tidak membenarkan orang Islam memasukinya atau lesen mereka ditarik balik serta merta. Bermakna penguatkuasaan ini akan dilakukan oleh pengusaha pusat hiburan sendiri kerana tiada peruntukan pula untuk bertindak terhadap pelanggan, kecuali pelanggan melakukan kesalahan syariah seperti minum arak atau tidak berpuasa. Mana ada enakmen yang tidak membenarkan umat Islam menyanyi di karaoke?

Orang Islam tidak rugi apa-apa jika pusat hiburan hanya dipenuhi bukan Muslim. Lantaklah bukan Muslim nak berhibur tunggang langgang sehari suntuk pun. Rasulullah SAW sudah bersabda, “Dunia adalah syurga bagi orang kafir dan neraka bagi orang Mukmin.”

Peraturan tidak membenarkan pengusaha pusat hiburan menjalankan operasi di bulan Ramadhan bukan peraturan baru. Enakmen mengenainya dibuat pada tahun 1997 sewaktu Tan Sri Sanusi Junid menjadi Menteri Besar dan diwartakan pada 12 Febuari 1998. Sebahagian besar pengusaha pusat hiburan adalah bukan Islam, jika enakmen itu berkuatkuasa bermakna selama sebulan mereka tidak boleh cari makan dan sebulan juga kalangan bukan Islam tidak boleh masuk pusat hiburan.

Untuk tahun pertama peraturan itu diwartakan ia sudah tidak dapat dilaksanakan kerana mendapat tentangan kuat dari para pengusaha pusat hiburan dan pertubuhan Cina. Walaupun MCA dan Gerakan yang turut menyokong kelulusan enakmen tersebut tetapi apabila tentangan dari masyarakat Cina terlalu kuat, mereka kemudian berpaling tadah turut menentangnya. Maknanya antara sebab peraturan itu tidak dilaksanakan adalah kerana bantahan MCA dan Gerakan. Perkara ini tidak didedahkan oleh media. Ia berlarutan sehingga BN tumbang tahun 2008 tanpa dilaksanakan sehari pun.

Jika hari ini UMNO menuduh PAS tunduk pada DAP kerana tidak menguatkuasakan enakmen tersebut pada tahun ini, maka hakikatnya UMNO lebih awal telah tunduk kepada MCA dan Gerakan selama 10 tahun. Mengapa hal ini dilupakan? Akhbar rasis Melayu, Utusan Malaysia melaporkan ‘PAS tunduk pada DAP’ kerana melonggarkan peraturan untuk bukan Islam, bagaimana pula dengan negeri-negeri diperintah BN sekarang seperti Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor; peraturan untuk menghalang umat Islam ke pusat hiburan pun tidak ada, adakah bermakna ‘UMNO telah tunduk pada MCA dan Gerakan’?

Larangan operasi pusat hiburan sepanjang Ramadhan di Kedah meliputi pusat karaoke, disko, pub dan persembahan terbuka yang boleh diakses dengan mudah oleh masyarakat awam seperti di restoran dan coffee house. Manakala pusat rekreasi seperti snooker, billiard, cyber cafe dan bowling dibenarkan. Persembahan budaya dan agama masyarakat bukan Islam dibenarkan dengan pertimbangan Pegawai Daerah.

Larangan terhadap operasi pusat hiburan di bulan Ramadhan diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 4 Mei 2011 lalu selepas melihat senario semasa mutakhir ini yang menunjukkan kerosakan akhlak umat Islam, khususnya remaja, banyak disumbangkan oleh pengaruh pusat hiburan. Majoriti pengunjung pusat hiburan adalah anak Melayu/Islam sedangkan taukenya bukan Islam. 75 peratus atau 1.8 juta rakyat Kedah beragama Islam. Kepentingan 1.8 juta orang mesti menjadi keutamaan.

Timbul pula persoalan mengapa hanya berkuatkuasa di bulan Ramadhan, mengapa tidak laksanakan terus untuk semua bulan? Memang betul, sepatutnya begitu tetapi biarlah perkara yang baik ini dikuatkuasakan dulu di bulan Ramadhan. Baru mahu dilaksanakan untuk sebulan pun sudah kecoh seantero dunia jika mahu dikuatkuasakan di semua bulan tentulah cabarannya lebih besar. Namun tidak bermakna kerajaan negeri tidak mempunyai hasrat tersebut. Apapun, menguatkuasakan untuk umat Islam sahaja jelas lebih baik dari UMNO yang tidak menguatkuasakan kepada sesiapa pun.

UMNO yang sudah putus harapan terhadap sokongan masyarakat Cina terhadap mereka cuba meraih sokongan orang Melayu dengan menggambarkan PAS tunduk kepada bukan Muslim khususnya masyarakat Cina. Satu soalan yang dapat mematikan tuduhan mereka iaitu, jika BN kembali berkuasa di Kedah adakah mereka akan menghalang terus bukan Muslim berniaga pusat hiburan dan berhibur di bulan Ramadhan? Maka UMNO termonyeh-monyeh tidak berani untuk menjawab.

apa bila UMNOPORNO jadi babi tunggangan MCA galak umat islam kunjungi pusat maksiat walaupun di bulan ramadhan...!!!

 

Apabila kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat melaksanakan usaha kebaikan dan keadilan untuk semua kaum dan agama, ia sudah tentu akan mendedahkan kelemahan dan kepincangan UMNO dan Barisan Nasional.


Untuk menutup kegagalan sendiri, maka UMNO-BN melalui media kawalan mereka cepat-cepat menabur fitnah untuk memperlekehkan kejayaan Pakatan Rakyat. Melalui propaganda adu domba, perencanaan mereka sama saja seperti fitnah zaman Perang Dingin.

Kepada orang Melayu dikatakan “PAS ikut kata DAP”; kepada orang bukan Melayu dikatakan “DAP ikut telunjuk PAS” – semuanya dengan hasrat supaya rakyat yang mereka anggap tidak faham atau tidak mempunyai akses teknologi maklumat akan terus merasa takut dan bimbang.


Yang terbaru adalah isu kerajaan negeri Pakatan Kedah pimpinan PAS yang memperjelaskan keputusannya membenarkan pusat-pusat hiburan beroperasi di negeri itu sepanjang bulan Ramadan untuk orang bukan Islam sahaja.

Sebagaimana yang dijelaskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang: “Orang UMNO buat peraturan orang Islam boleh masuk tempat maksiat, tempat judi. Kita buat pembetulan supaya pengendali pusat hiburan di kalangan orang bukan Islam buat peraturan agar orang Islam tidak boleh masuk.”

Benar sekali penjelasan beliau kerana dalam kesibukan media kawalan UMNO-BN menabur fitnah, mereka tidak sedar bahawa negeri-negeri pimpinan UMNO telah membenarkan orang Islam masuk keluar pusat-pusat hiburan pada setiap masa, termasuk pada bulan Ramadan.

Seperti mana yang menjadi budaya UMNO-BN, kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata buat-buat nampak, media kawalan pemerintah pusat terus cuba membohongi rakyat.

UMNO-BN tidak peduli tentang usaha dialog antara kaum serta agama. Sedangkan Pakatan Rakyat sentiasa cuba mencari jalan tengah untuk memastikan keadilan dan kebenaran diamalkan bersama untuk kepentingan semua rakyat.

Sebagimana yang dicadangkan oleh Pengerusi DAP Kedah Lee Guan Aik, kerajaan negeri perlu mewujudkan satu badan pemantau jika ia mahu memastikan orang Islam tidak masuk ke pusat hiburan selaras dengan penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

“Undang-undang boleh digubal, tapi kalau tidak buat penguatkuasaan atau pemantauan, macam mana? Kita juga tidak mahu orang Islam masuk pusat hiburan dan kita juga mahu orang Islam sendiri menghormati agama mereka,” katanya.

Daripada memfitnah PAS dan DAP, kerajaan UMNO-BN patut melihat cermin dan bertanya kepada diri sendiri, apa yang akan dilakukannya kepada pusat-pusat hiburan di Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak pada bulan Ramadan ini?

Adakah ia akan menutup semuanya dan menghalang hak orang bukan Islam untuk memasukinya, atau ia juga mahu “ikut telunjuk DAP” dengan membenarkan hanya orang bukan Islam memasuki premis-premis berkenaan?

 

Monday, July 18, 2011

UMNO Melaka di perkudakan MCA dan tokeh disko...!!!

Di saat UMNO berhempas pulas menuduh PAS tunduk pada DAP, tindakan Ali Rustam ini membuktikan UMNO tunduk pada tauke2 disko di Melaka.

Padahal, berbeza dgn negeri2 lain, di Melaka, UMNO mempunyai 2/3 ahli Dewan Undangan Negeri .. Ertinya UMNO boleh memerintah Melaka TANPA MCA, MIC dan GERAKAN. PAS Kedah sendiri tidak ada penguasaan 2/3 di DUN Kedah.

Namun, pengusaha2 pusat hiburan di Melaka mampu MEMPERKUDAKAN UMNO Melaka. Hairan hairan.

Hebat juga cara UMNO Melaka menyambut Ehya Ramadhan.

awek punya hal...ini budak pulun air sabun...!!!

Hanya kerana bergaduh dengan teman wanitanya, seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun nyaris maut apabila meneguk hampir sebotol air sabun dalam kejadian di rumahnya di Desa Tasik Sungai Besi, di sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa yang ditemui pengsan di tandas rumahnya dikejarkan ahli keluarganya ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), di sini, untuk rawatan.

Difahamkan, remaja terbabit kini dilaporkan stabil.
Menurut sumber, berdasarkan keterangan diberikan mangsa kepada doktor, dia mendakwa mahu membunuh diri kerana bergaduh dengan teman wanitanya.

“Sebelum kejadian, mangsa memberitahu mengalami salah faham dengan teman wanitanya sebelum bertengkar ketika menghubunginya kira-kira jam 8 pagi.

“Mangsa yang cuba memujuk teman wanitanya itu untuk bertemu bagi menyelesaikan pertelingkahan berkenaan gagal sebelum mengugut mahu membunuh diri. Namun, teman wanitanya tidak percaya dengan ugutan berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang hilang kawalan kemudian menelan hampir sebotol air sabun sebelum pengsan.

“Dia dihantar ke PPUKM oleh ahli keluarganya sebaik menemuinya terbaring di atas lantai tandas,” katanya.

Difahamkan, akibat perbuatannya itu, pihak hospital kini merujuk kes berkenaan kepada pakar psikiatri bagi menentukan tahap kesihatan sebenar pelajar terbabit.

Sehubungan itu, doktor terbabit membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan. dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.

manusia semakin sakit mental dan moral....terkejut pelacur yang dilanganinya adalah isterinya ...

 

Kisah ini bukan hendak memalukan atau membuka aib sesiapa, tetapi ianya di siarkan semata-mata untuk tujuan iktibar dan jangan sekali-kali di tiru.

Seorang lelaki hidung belang terperanjat di sebuah pelacuran kerana si pelacur yang hendak disewa ternyata isterinya sendiri.

Seperti dikutip Reuters, lelaki tersebut benar-benar terkejut setelah membuka pintu bilik pelacuran. Bagaimana tidak, seorang wanita seksi yang tengah duduk di atas ranjang adalah isterinya sendiri.

“Saya sungguh tercengang! Saya berfikir saya sedang bermimpi,” ujarnya kepada suratkhabar setempat.

Selama ini, lelaki itu tak pernah menyangka isterinya bekerja sebagai penjaja seks komersial. Sepengetahuan dia, isterinya bekerja disalah satu kedai di pusat kota. “Isteri saya pernah minta izin kerja untuk mendapat penghasilan tambahan sebagai pekerja kedai,” tuturnya.

Akibat insiden memalukan itu, pasangan yang telah 14 tahun menikah itu pun akhirnya memutuskan untuk bercerai. Kini, mereka pun menjalani hidup masing-masing. Tak ada yang tahu, apakah perceraian itu menciptakan hubungan baru sebagai pelanggan dan pelayan seks?

BERSIH 2.0 di katakan HARAM...habis tu..Tangkap, Pukul, Tembak Gas, Rasuah, Tipu Pilihanraya, Tak Haram ....memang haramjadah penganut ajaran kafir laknat UMNOPORNO...!!!

 

"Barangsiapa yang menyerupai satu-satu kaum itu, maka serupalah mereka dengan kaum itu". Disini ulama mentafsirkan bahawa mana-mana umat Islam, umat Nabi Muhammad S.A.W yang mengikut perangai, tindakan, perbuatan, percakapan, budaya, ekonomi, undang-undang, pakaian dan apa saja yang dibuat oleh kaum atau bangsa atau agama lain yang bukan dari ajaran Islam atau yang bercanggah dengan syariat, maka samalah puak itu dengan golongan yang diikuti atau ditiru itu.

Dalam dunia ini kita hanya mempunyai dua pilihan, Islam atau kafir. Islam tidak sekali-kali sama dengan orang kafir. Oleh itu sekiranya ada pihak yang mengikut perangai orang kafir seperti perangai Yahudi atau Zionis dengan melakukan tindakan ganas seperti memukul orang ramai, menangkap tanpa sebab, memenjarakan seseorang tanpa boleh dibicarakan dalam mahkamah, apakah tidak boleh kita mengatakan golongan ini sudah ada persamaan dengan perangai Yahudi atau Zionis?

Jika kita tidak boleh mengatakan begitu, bagaimana harus kita katakan? Adakah kita mahu katakan yang semua tindakan ganas itu bertepatan dengan Islam? Ajaran Islam? Jika begitulah anggapan kita bermakna kita sudah menghina Islam, menghina Nabi dan menghina Allah kerana menganggap bahawa semua tindakan ganas itu adalah dari Allah dan Nabi. Ini boleh menyebabkan kita terkeluar dari Islam atau murtad. Dan jika memerintah, zalim seperti Zionis atau komunis, adakah tidak boleh dikatakan mereka dah sama seperti Zionis dan komunis juga? Jika tak boleh, nak kata bagaimana? Nak samakan dengan siapa? Denagn iblis?

Merujuk kepada hadis Nabi tadi adalah tidak salah kita mengatakan atau menghukum tindakan golongan ganas itu sebagai mengikut perangai dan perbuatan Yahudi seperti yang mereka lakukan di Palestin itu.

Bagaimana pula satu perhimpunan yang dibenarkan oleh undang-undang negara dengan tujuan baik untuk mendapatkan keadilan dalam urusan pilihanraya yang selama ini sudah terbongkar terlalu banyak muslihat, penipuan dan ugutan. Adakah ini bercanggah dari ajaran Islam? Tetapi dalam masa yang sama adakah penipuan, ugutan, muslihat, rasuah, memukul orang ramai, tembak gas, tangkap orang sesuka hati, ISA kan orang dan lain-lain itu halal dan ada dalam ajaran Islam?

Bagaimana pula jika kita hendak menuduh seseorang itu murtad? Apakah tidak boleh juga? Sedangkan Allah ada berfirman dalam Quran yang bermaksud "manusia boleh menghukum pada yang zahir". Maksudnya jika kita dengan jelas dan terang mendengar seseorang itu menghina atau mempersendakan Sunnah nabi atau hukum Allah seperti mengatakan hudud itu zalim, hudud itu buat orang hilang tangan, hudud tak sesuai di zaman ini, hudud boleh mencetuskan huruhara dan banyak lagi, maka tidak salah kita mengatakan bahawa pertuturan orang sebegini boleh membawa kepada murtad. Jika kita menafikan dengan menyatakan ayat sebegini boleh membawa kepada murtad, maka kita sendiri menjadi murtad kerana menafikan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul.

Begitu juga, antara ciri-ciri orang munafiq ialah bercakap bohong, khianat pada amanah, mungkir janji dan sebagainya. Jika kita berdepan dengan orang atau pemimpin yang sebegini, apakah tidak boleh kita mengatakan mereka itu munafiq? Jika kita menafikan mereka itu munafiq maka munafiq itu kena kepada kita sendiri kerana kita telah menafikan hukum yang Allah telah buat.

Oleh itu, dengan peristiwa hitam Bersih 2 itu, tidak salah kita menggelarkan polis dan pemimpin UMNO yang terlibat macam Yahudi atau Zionis kerana tindakan dan kezaliman mereka sama saja. Takkan kita nak kata apa yang mereka buat itu adalah dari ajaran Nabi, dari ajaran Islam? Nabi pun selepas berperang, baginda dan sahabat-sahabatnya tidak menyiksa atau mendera atau mengugut tawan perang malahan dijaga dengan baik. Sedangkan musuh-musuh itu menentang Islam. Ini, sebab menentang UMNO sebuah kerajaan yang zalim, rakyat dipukul, disimbah dengan gas dan asih, ditangkap malahan ada yang mati. Tak ke macam Yahudi namanya itu?

Ingatlah amaran Nabi itu, barangsiapa yang menyerupai tindakan atau apa saja sesuatu kaum itu (termasuklah Yahudi, nasrani atau apa agama saja), maka samalah dengan mereka itu. Akhirat esok mereka akan dikumpulkan bersama dengan siapa yang mereka ikut atau jadikan contoh semasa di dunia dahulu. Semua amalan menjadi sia-sia belaka.

Sebenarnya Nabi sudah maklum bahawa akhir zaman nanti kebanyakan umatnya berperangai macam orang kafir, samada dalam urusan undang-undang, ekonomi, berpakaian, pergaulan, percakapan, tindakan dan sebagainya. Mereka itu masih solat, buat haji, puasa, bayar zakat dan lain-lainya tetapi oleh kerana mereka jadikan orang kafir sebai idola, maka semua amalan mereka hanyalah sia-sia belaka.

Kepada puak peniaga di bandaraya Kuala Lumpur. Kamu tidak boleh menyalahkan Bersih 2 menyebabkan kamu rugi kerana Bersih 2 sepatutnya memberikan kamu keuntungan yang lumayan pada hari tersebut, tetapi akibat angkara polis atas arahan UMNO, maka kamu terpaksa tutup kedai sedangkan tidak akan berlaku apa-apa yang tidak baik pada hari tersebut jika tidak diganggu oleh provokasi dan tindakan ganas pihak polis. Oleh itu, wajarlah kamu menyaman dan mengambil tindakan terhadap polis diatas semua kerugian kamu itu kerana telah mengganggu perniagaan kamu pada 9hb. Julai lalu.

Apa-apa pun, itulah UMNO. Yang halal dikatakan haram, yang jelas haram pula mereka kata halal. Inilah golongan yang bertuhankan kuasa, wang, pangkat dan harta.

nak termuntah....anugerah katak kepada berudu rudu yang nak jadi katak...!!

 

Sebuah universiti tempatan membuka pencalonan bagi Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu.

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM memuatkan butiran terperinci anugerah berkenaan yang menawarkan RM5,000 yang ditaja oleh presiden PERKASA itu sendiri di laman webnya.

Selain mesti mempunyai prisip yang jelas dan konsisten, pelajar UiTM yang layak memohon juga mesti mematuhi empat kriteria.

Antaranya membantu merangsang pelajar bagi mengikuti program dan aktiviti berkaitan dengan peningkatan maruah dan martabat bangsa pelajar.

Kriteria lain adalah:

• Menjadi pemimpin persatuan yang berdaftar dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni seperti persatuan kebudayaan, kesenian Melayu atau persatuan kebangsaan lain yang dianggap cemerlang dan berkesan di dalam atau di luar kampus
• Menjadi pemimpin atau jawatankuasa yang memperjuangkan bangsa dan budaya di luar kampus seperti GPMS, ABIM, PERKASA, GAPENA.
• Mendapat pengiktirafan dari badan-badan di luar UiTM

Idea anugerah ini datang daripada Ibrahim sendiri pada forum perpaduan yang dianjurkan oleh Impak pada 17 Oktober tahun lalu dan dibuka kepada pelajar wanita dan lelaki UiTM. Setiap satu bernilai RM2,500.

Mereka mesti memperolehi CGPA sekurang-kurangnya 3.0, tiada tindakan tatatertib atau kesalahan jenayah atau diisytiharkan muflis semasa tempoh pengajian.

Tarikh tutup pencalonan adalah pada 15 September dan anugerah itu akan diberikan pada setiap tahun semasa majlis konvokesyen pada bulan Oktober atau berikutnya.

Ibrahim, yang juga ahli parlimen Bebas Pasir Mas adalah bekas pelajar UiTM.

Beliau belajar di sana dari 1971 hingga 1974. Seorang aktivis pelajar ketika itu, beliau banyak menyertai perhimpunan anti kerajaan.

Ibrahim pernah ditangkap selama dua tahun mengikut Akta Keselamatan dalam Negara (ISA) ketika hampir tamat pengajiannya.

Beliau kini mempin kumpulan pendesak Melayu - PERKASA yang mahu keistimewaan termasuk biasiswa dan segala bantuan hanya dikhususkan kepada orang Melayu sahaja. -

 

Mkini

Tiada PRK Parlimen Titiwangsa kata anjing UMNOPORNO...!!!

Tidak ada pilihan raya kecil (PRK) akan diadakan biarpun berlaku kekosongan kerusi Parlimen Titiwangsa ekoran kematian penyandangnya, Dr Lo’ Lo’ Ghazali pada malam Ahad.

Menurut Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar tidak ada keperluaan bagi suruhanjaya itu mengadakan PRK bagi kerusi Parlimen Titiwangsa kerana penggal Parlimen ke-12 telah mencapai tempoh mandat tiga tahun pada 28 April lalu.

“Ya, memang tidak perlu diadakan pilihan raya kecil walaupun berlaku kekosongan kerusi Parlimen Titiwangsa.

“Ia sejajar dengan Artikel 54(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa suatu PRK hanya perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun sebelum tamat sesi Parlimen sepertimana yang termaktub di dalam undang-undang,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kekosongan kerusi Parlimen Titiwangsa ekoran kematian Dr Lo’ Lo' akibat penyakit kanser paru-paru di Hospital Selayang pada Ahad.

Pada pilihan raya umum 2008, Dr Lo’ Lo’ menewaskan calon BN, Datuk Aziz Jamaludin Tahir dengan majoriti 1,972 undi.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata tarikh 28 April ialah hari pertama Dewan Rakyat bersidang selepas pilihan raya umum ke-12 pada 2008. Mandat kerajaan sekarang akan berakhir pada April 2013.

Bagaiamanapun, Wan Ahmad berkata tempoh akhir bagi mengadakan PRK untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah berbeza, bergantung kepada tarikh kali pertama DUN berkenaan bersidang selepas pilihan raya umum lepas.

mStar

Alfatihah....Allahyarhamah Dr Lo'Lo selamat dikebumikan..Lebih 2,000 iringi jenazahnya..

Jenazah Allahyarhamah Dr Lo'Lo Mohd Ghazali ahli parlimen titiwangsa   yang meninggal dunia  kerana penyakit kanser paru paru selamat disemadikan kira-kira jam 11 pagi  tadi.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah memimpin solat jenazah bersama-sama 500 jemaah di Masjid al-Akram, Datuk Keramat.

Turut kelihatan hadir memberikan penghormatan terakhir, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ahli parlimen Pakatan Rakyat termasuk Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Jalil.

Lebih 2,000 orang terdiri daripada ahli keluarga, rakyat dan pemimpin parti politik menghadiri pengebumian ahli Parlimen Titiwangsa, Allahyarhamah Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali di Tanah Perkuburan Islam Kampung Datuk Keramat pagi tadi.

Suasana sedih dan suram menyelubungi majlis pengebumian bermula jenazah dibawa ke Masjid Al-Akram, Datuk Keramat tengah malam tadi.

Jenazah disolatkan di masjid tersebut jam 10.20 pagi tadi dengan dipimpin Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum dibawa ke tanah perkuburan, diiringi ribuan yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir.

Rata-rata mereka yang hadir tidak dapat menahan sebak setelah jenazah selamat dikebumikan jam 11.10 pagi.

Sejak tengah malam tadi, orang ramai tidak putus-putus mengunjugi jenazah allahyarhamah yang disifatkan sebagai seorang yang sangat berdedikasi dalam menjalankan amanah sebagai wakil rakyat.

Anggota Unit Amal juga mula menjaga lalu lintas dan kawasan sekitar sejak tengah malam tadi bagi mengelakkan kesesakan di kawasan sekitar.

Anggota keluarga termasuk suami, Dr Aminuddin Abdul Hamid Karim dan anak-anak allahyarahamahberada di samping jenazah sehingga selesai dikebumikan.

Walaupun kelihatan sedih, mereka melayani pertanyaan pemberita dengan baik.

Dr. Aminuddin dengan tenang berkata, beliau redha dengan pemergian Allahyarhamah dan kagum dengan kegigihan isterinya itu menjalankan amanah walaupun terlantar di atas katil ketika sakit.

"Allahyarharmah berpesan kepada petugas-petugas pejabat khidmat masyarakat Parlimen Titiwangsa agar terus menjalankan tugas melibatkan kepntingan penduduk.

"Sehingga ke saat-saat akhir, beliau sering bertanya mengenai kawasan terutamanya isu Kampung baru yang diperjuangkan beliau," katanya.

Selain pimpinan utama PAS, turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw, Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah dan lain-lain.

Allahyarhamah meninggal dunia di Hopital Selayang jam 10.15 malam tadi setelah beberapa tahun mengidap barah paru-paru.

Jenazah dikebumikan di Lorong 9, Tanah Perkuburan Datuk Keramat.

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here