cari maklumat di sini

Your Ad Here

Friday, June 17, 2011

Kalau Bersih 2.0 Haram, UMNO Adalah Pertubuhan Haram



Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.

CIKGU BOLEH PENGSAN 4 KALI KETIKA PERIKSA KERTAS JAWAPAN



Soalan Peperiksaan: Jawab soalan dengan jawapan yang betul.
Berikan 3 fadilat ketika ziarah orang sakit.

Jawapan yang diberikan oleh pelajar ni:

orang yang sakit selalu minum ubat
orang yang tak sakit selalu duduk rumah
kalau tak sakit jangan naik motor
kalau jatuh motor baru sedar diri


HELOO KICIIII....!!!

MANA BUDAK KASI TULIS INI MACAM PUNYA JAWAPAN
BETUL-BETUL UMPORNO KELAS SATU PUNYA OTAK
PENGSAN...PENGSAN...DAPAT MURID INI MACAM
KAH! KAH! KAH!

TAKPA DIK,BELAJAQ RAJIN-RAJIN
TERUSKAN USAHA MURNI SEMURNI USAHA NG YEN YEN,
MANA TAU BESAQ NANTI DAPAT TENDER BUAT PAGE FESBUK CUTI-CUTI,
Toyorism Malaysia ~ Curi-Curi 1Malaysia
BOLEH LA PERABIH LAGI RM 1.8 JUTA
KAH! KAH! KAH!

Syarikat Minyak di Indonesia berlumba-lumba turunkan harga minyak....kerajaan malaysia berlumba lumba nak mamposkan kehidupan rakyat...!!!



DALAM kegilaan Malaysia menaikkan harga minyak dengan alasan harga minyak dunia meningkat dan tanggungan subsidi kerajaan semakin membebankan, di negara jiran kita Indonesia, syarikat minyak di sana nampaknya berlumba-lumba menurunkan harga minyak untuk pengguna [Kompas].


Kerajaan hari ini menganggap rakyat sebagai beban kerana terpaksa memberikan subsidi minyak. Dengan alasan kononnya tangungan subsidi semakin membebankan kerana harga minyak dunia semakin meningkat, ternyata rakyat Malaysia di "goreng" hidup-hidup. Buktinya Indonesia berlumba-lumba menurunkan harga minyak untuk meringankan beban rakyat sedangkan Malaysia pula menggila menaikkan harga.

Seperti biasa rakyat terpaksa berkorban, terkorban dan dikorbankan untuk mengekalkan kuasa gerombolan songkok tinggi yang melaungkan slogan "rakyat didahulukan".

Kalau harga minyak di Malaysia di tentukan oleh Syarikat Minyak tentu lebih menarik harga tersebut. Pasti mereka jua akan buat perkara yang sama. Rakyat yang untung.

apabila kerajaan sendiri bersubahat dengan isu menghina islam...biar Allah SWT sahaja menjatuhkan hukum golongan laknat ini ....!!!



Melihat lakaran dan dialog kartun yang disiarkan oleh akhbar milik Umno iaitu Utusan Malaysia di atas kita dapat  tafsir seperti berikut:

1. Ketua Pengarang dan bos-bos di dalam Utusan Malaysia adalah terdiri dari mereka yang jahil-jahil belaka jika pun tidak...kenapa dengan sengaja mahu mencabar hukum Allah.

2. Mereka mahu menunjukkan bahawa Tok Penghulu yang biasanya dilantik oleh Kerajaan Umno/Bn adalah terdiri daripada mereka yang jahil-jahil agama belaka. Sebab itu lahirlah dialog seperti yang dinyatakan oleh Penghulu di dalam lakaran kartun di atas.

3. Utusan juga mahu memperbodohkan pembaca apabila dialog di atas menyebut mangsa rogol sempat merakam kejadian rogol yang berlaku dengan menggunakan telefon bimbit. Lojiknya, adakah mangsa rogol boleh merakamkan kejadian rogol? Sering terjadi, si perogol yang merakamkan kejadian tersebut atau mereka yang bersubahat dengan perbuatan rogol itu. Mana mungkin si perogol boleh membenarkan mangsa rogol merakamkan kejadian rogol? Seandainya kejadian itu bukan rogol tetapi berlaku secara suka sama suka, memang lojik gadis itu merakamkannya melalui telefon bimbit. Tetapi, peristiwa yang digambLinkarkan di dalam kartun di atas bukan ZINA (suka sama suka) tetapi yang berlaku adalah ROGOL.

4. Akhbar Utusan mempunyai niat jahat untuk mempersendakan hukum Allah dengan menyamakan hukum terhadap kes rogol dengan kes zina. Ini satu perbuatan meminda hukum Allah dan kita tahu apa akibat perbuatan mereka ini.

Bila kita  membaca ulasan Dr Asri di sini, beliau memperjelaskan bahawa di dalam kes ROGOL /Cabul, Islam memang boleh menerima bukti `Qarinah' seperti video atau rakaman dan bukti yang lain seperti yang terjadi di dalam kisah Nabi Yusuf AS dengan Zulaikha. Di dalam kisah tersebut, Nabi Yusuf tidak merogol Zulaikha tetapi difitnah oleh Zulaikha bahawa Nabi Yusuf cuba menggoda atau mencabulnya. Maka, baju yang koyak dijadikan bukti atau kesaksian Qarinah. Ini bukan kes zina.

Dr Asri juga memperjelaskan bahawa di dalam kes tuduhan Zina, Islam memerlukan 4 orang saksi melainkan bagi suami atau isteri yang menuduh di antara mereka berzina, maka sumpah dilakukan (Li'an). Hukum ini hanya untuk pasangan suami isteri sahaja.

Ertinya, sumpah laknat yang dilakukan oleh orang yang menuduh orang lain berzina yang bukan suami atau isteri mereka maka itu tidak terpakai di dalam Islam. Begitu juga, bukti video juga tidak terpakai sebagai Qarinah di dalam kes zina. Di dalam kes rogol, bukti qarinah boleh diterima.

Sehubungan itu, amat wajar akhbar ini diambil tindakan tegas oleh kerajaan sekiranya kerajaan kita ini serius di dalam hal ehwal Islam. Tetapi sekiranya kerajaan juga bersubahat dengan perkara terkutuk seperti ini demi kepentingan mereka, kita serahkan kepada Allah untuk menghukum golongan laknat ini.

Thursday, June 16, 2011

producer Nora Elena menghina mangsa rogol....!!!!



Bagaimana seorang wanita yang mendapati suami yang dikahwininya selama ini... terbongkar identiti sebenarnya adalah seorang Perogol??

Itu adalah gambar dua muka yang berlakon dalam cerita tersebut... saya dapati cerita ini mendapat tumpuan oleh KAKI TELENOVELA..... tetapi di bimbangi oleh mereka yang perihatin dengan keutuhan institusi keluarga dan bahayanya TV pada masyarakat...

Adakah cerita yang masih di pertengahan ini akan membuka satu persimpangan jalan yang tidak bisa di fikirkan oleh sesiapun... mahupun terlintas untuk melaluinya???

Adakah Producer dan pengarah akan membuatkan jalan penyudah cerita ini... Dimana mangsa rogol ini akan menerima lelaki yang pernah merogolnya ketika remaja dahulu???

PERIHATINLAH DENGAN JIWA DAN PERASAAN MANGSA ROGOL DILUAR SANA

Nasihat saya agar producer dan pengarah ini berhati-hati agar tidak mencetuskan satu penyelesaian yang diolah kepada bentuk cerita yang boleh menghina Mangsa-Mangsa Rogol yang sebenar di luar sana...

Kepada Producer, Pengarah dan stesen TV yang terbabit... kita nasihatkan agar mendapat nasihat dari Pakar Wanita dan Psikologi agar berhati-hati dengan penghujung cerita yang TELAHPUN SIAP... Berkorbanlah demi kemanusiaan dan jiwa MANGSA-MANGSA ROGOL jika jalan penyelesaian itu satu kesilapan....

jadi kadam toyol...tergamak berbohong kepada SPRM demi melindungi tuannya...!!!



Pengarah Ditamas Sdn Bhd (Ditamas), Datuk Shamsuddin Hayroni mengaku berbohong kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, (SPRM) atas arahan Dr Mohd Khir Toyo bersabit penjualan dua lot tanah di bawah harga pasaran kepada bekas menteri besar selangor.

Shamsuddin memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam berkata beliau hanya menukar keterangannya kepada SPRM 7 Jun lalu kerana ingin menceritakan perkara yang benar.

Keterangan terbaru Shamsuddin kepada SPRM dibuat selepas badan itu menggugurkan tuduhan beliau bersubahat dengan Khir Toyo dalam melakukan jenayah itu.

Shamsudin ketika menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwaraya, menyatakan dia menyedari terdapat beberapa keterangan diberikan pada 2009 lalu yang tidak benar dan perlu dibetulkan.

Antara keterangan berbeza adalah Shamsuddin melantik kontraktor, Nasir Ismail bagi kerja pengubahsuaian banglo mewah itu (2009). Samsuddin berkata sebenarnya Khir Toyo yang melantik Nasir bagi kerja berkenaan.

Beliau juga menjelaskan Khir meminta beliau memberitahu SPRM bahawa beliau menjual lot banglo itu di bawah harga pasaran kerana menghadapi masalah kewangan dan bukan atas tuntutan bekas menteri besar selangor itu.

Shamsuddin memberitahu mahkamah semalam bahawa beliau menunaikan permintaan Khir mmbeli dua lot itu kerana bimbang projek-projeknya di Selangor akan terjejas jika beliau engkar.

Justeru Shamsuddin tidak ada pilihan selain menjual dua lot itu untuk RM3.5juta sungguhpun harga pasaran adalah lebih RM6juta.

Shamsudin menolak andaian peguambela, Kamarul Hisham Kamaruddin kononnya pembelian rumah banglo itu diarahkan Dr Mohd Khir adalah rekaannya setelah tuduhan terhadapnya digugurkan.

Ketika Hakim Datuk Mokhtarudin Baki mengulangi pertanyaan, Shamsuddin berkata dia memahami maksud arahan Dr Mohd Khir itu bahawa dia diarahkan membeli rumah banglo itu menerusi cara percakapan dan bahasa tubuh ditunjukkan Bekas Menteri Besar itu.

Beliau ketika ditanya mengaku membuat bayaran tunai RM1.5 juta sebanyak tiga kali iaitu RM500,000 kepada jurulandskap Nasir Ismail tanpa dibekalkan resit.

Shamsuddin juga mengaku tidak meminta resit bagi tujuan pembayaran itu tetapi bila ditanya berulang kali, mengakui ia penting sebagai bukti.

Shamsuddin juga berkata, dia memulakan kerjaya sebagai Kontraktor sebelum 1995 dan sebagai Pemaju pada 1995 atau selepas itu serta mengakui pernah berurusan dengan Kerajaan Negeri ketika Tan Sri Abu Hassan Omar menjadi Menteri Besar Selangor.

Beliau mendapat beberapa projek pembangunan perumahan dari anak syarikat Kerajaan Negeri, PKNS dan PNSB seperti di Bandar Baru Bangi dan Sungai Long Cheras menerusi dua syarikatnya, RongNiaga dan Bidalan Lumayan.

Mengulas berhubung dakwaan Kamarul Hisham bahawa dia adalah Pemaju pengalaman dan berjaya, dia hanya menjawab – Alhamdullillah tetapi ditegur oleh Mokhtarudin dan bersetuju dengan apa dikatakan peguambela itu.

Kes perbicaraan rasuah Dr Khir Toyo masuk hari ke enam hari ini dengan Shamsuddin tampil memberi keterangan.

Dr Khir Toyo didakwa memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta daripada syarikat kepunyaan Shamsuddin, Ditamas.

Sebagai balasan, Dr Khir Toyo dituduh menggunakan kedudukan sebagai Menteri Besar untuk memperolehi pelbagai projek bagi Ditamas dan Shamsudin.

Khir Toyo yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika disabit kesalahan.

tv selangor

Wednesday, June 15, 2011

masjid UMNO mati dulu dari ahli kariah...!!!



Apabila Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang memperkenalkan pemilihan jawatankuasa masjid ala pilihan raya, Umno yang bersikap berpenyakit bebal cuba eksploit isu itu dengan harapan supaya orang Melayu semakin marah dengan Pakatan Rakyat kerana mempolitikkan masjid.

Pada hal pemilihan itu adalah cara sahaja berubah, dulu angkat tangan sekarang hendak dibuat ala pilihan raya..

Pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid Pulau Pinang 2012-2013 adalah mengikut Seksyen 104 (1) (b) Enakmen Negeri Pulau Pinang 2004 dan 4(1) Kaedah-kaedah Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid (negeri Pulau Pinang).

Tatacara baru itu memberikan hak kepada anak kariah untuk mencadangkan jawatankuasa masjid masing-masing kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang sebelum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Selepas tarikh pencalonan ditutup Selasa lalu, 193 daripada 200 masjid sudah menghantar senarai pencalonan masing-masing yang membuktikan majoriti kariah menerima pakai tatacara pemilihan diperkenalkan.

Malah,  ada masjid mengadakan kompromi di kalangan ahli kariah masing-masing untuk mengelak berlakunya pertandingan.Memang Umno anti pembaharuan, kerana selama ini mereka berfikiran jumud dan zero IQ.Sebab itu setiap pembaharuan yang dibuat selain daripada Umno ia akan ditentang secara melulu, walaupun akhirnya mereka akan meniru..

Rakyat Malaysia tentu masih ingat ketika kerajaan Kelantan memperkenalkan hari bekerja selama lima hari seminggu, pemimpin Umno menuduh kerajaan Kelantan malas dan akan merendahkan produktiviti.Tidak berapa lama kerajaan pusat mengikut jejak langkah yang sama.

Mereka, akan manipulasi isu ini untuk menuduh kerajaan Pakatan Rakyat menimbulkan kecelaruan kepada orang Islam.Apa yang paling kelakar mereka berhujah kenapa kuil dan gereja tidak ada pemilihan ahli jawatankuasa seperti pemilihan ahli jawatankuasa masjid..

Sebenarnya,  Umno hendak melindung kerja jahat mereka terhadap institusi masjid di bawah kerajaan Barisan Nasional.Pemilihan yang tidak demokratik, ia hanya dipilih oleh pemimpin Umno bukan anak kariah.Perlantikan bukan ahli masjid, yang tidak layak dari segi peribadi untuk imarahkan masjid. Tetapi oleh kerana ia ‘dibinkan’ dengan Umno maka semua boleh.Kita boleh lihat masjid di negeri Umno dan Pakatan Rakyat dari segi imarah. Masjid di negeri Umno mati sebelum ahli kariah mati...

Tuesday, June 14, 2011

kerajaan UMNO pornokan 1 malaysia...ketuk ketampi bogel berulang kembali...



Dua wanita warga Singapura ditahan imigresen Malaysia selepas didakwa bersalah memasuki negara ini secara tidak sah


Malaysia yang didakwa negara Islam dan mengamalkan sifat toleransi oleh para pemimpin parti pengamal porno kembali dilanda kontroversi lagi. Dulu sudah riuh dengan hukuman pihak berkuasa yang meminta pesalah melakukan ketuk ketampi sambil berbogel. Kini ianya kembali lagi.

Dilaporkan media, dua orang wanita warga Singapura telah diarahkan ketuk ketampi dan bercangkung dalam keadaan berbogel oleh pegawai-pegawai Jabatan Imigresen Malaysia sambil digari selepas dikatakan memandu ke Johor Bahru secara tidak sah.

Dua wanita berkenaan dilaporkan masuk ke Johor Bahru kerana ingin makan lewat malam dengan memandu kereta Nissan Latio yang baru sebulan dibelinya.

Dikatakan wanita berkenaan memandu ke Johor Bahru secara tidak sah dengan passport masing-masing tidak dicap ketika melalui kaunter imigresen.

Menurut salah seorang wanita berkenaan yang hanya dikenali Lim menyangka Malaysia menggunakan sistem imbasan biometrik dan terus memandu masuk melalui laluan yang menunjukkan lampu hijau menyala dan penghadang sudah dibuka.

Sebelum itu, Lim berkata dia telah menekan interkom namun ianya tidak kedengaran apa-apa sebelum memandu masuk ke Johor Bahru. Namun setelah menyedari mereka memasuki Malaysia tanpa dicap passport, mereka segera berpatah balik melakukan pusingan U.

Kira-kira pukul 2 pagi, mereka telah ke kaunter imigresen dan menjelaskan kesilapan mereka kepada pegawai-pegawai bertugas namun pegawai-pegawai berkenaan tidak menerima alasan itu, walaupun wanita berkenaan mengaku baru sahaja memasuki Malaysia dan meminta ianya dirujuk kepada semakan waktu mereka memasuki Malaysia dan rakaman CCTV di imigresen Singapura.

Menurut sumber dari The Malaysian Insider, kedua-dua wanita berkenaan telah dikurung dalam sebuah bilik selama dua jam sebelum dibawa ke bilik mesyuarat kira-kira jam 4 pagi.

Seorang lagi mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Chang berkata pada tengah hari Khamis, seorang pegawai imigresen memberitahu bahawa mereka perlu membayar denda sebanyak RM3,000 seorang sebelum dilepaskan.

Bagaimanapun seorang lagi pegawai berkata mereka boleh didenda sehingga RM10,000 dan penjara lima tahun kerana memasuki Malaysia secara haram.

Wanita berkenaan berkata mereka menandatangani satu borang dalam Bahasa Malaysia dan meminta untuk ke ATM.

Mereka menunggu hampir tiga jam namun tiada sesiapa yang membawa mereka, kata mereka kepada akhbar Straits Times Singapura.

Pada pukul 5 petang, mereka diberitahu akan dihantar ke Pusat Tahanan Pontian untuk ditahan selama 14 hari.

Di pusat tahanan itu, wanita itu digari. Mereka juga dikehendaki menanggalkan barang kepunyaan masing-masing.

“Mereka minta kami agar tanggalkan pakaian, tanggalkan semua pakaian termasuk pakaian dalam dan kemudian minta kami melakukan ketuk ketampi,” kata Lim.

Selepas melakukan 10 kali ketuk ketampi, wanita itu diarahkan memakai semula seluar dan diberikan sehelai kemeja-T.

Mereka kemudian diletakkan dalam sebuah bilik sebesar gelanggang bola keranjang bersama 50 wanita lain, kebanyakannya daripada Indonesia, China dan Filipina.

Kedua-dua wanita itu ditahan selama satu malam dan pada pukul 5 petang keesokan hari, mereka diberitahu akan dibebaskan dan dihantar menaikan sebuah van dengan enam tempat duduk ke Jabatan Imigresen di Causeway di mana mereka turut menerima surat amaran.

Berang layanan yang tidak berperikemanusiaan itu, kedua-dua mereka berkata tidak akan menjejakkan kaki ke Malaysia walaupun dijemput berbuat demikian.

“Saya tidak rasa akan menjejakkan kaki ke Malaysia lagi. Saya bimbang perkara sama akan berulang,” kata Lim.

Sungguh memalukan apabila negara yang didakwa mengamalkan ajaran Islam, bersifat toleransi dan diwar-warkan mendapat perhatian dunia dengan kehebatannya telah bertentangan dengan apa yang didakwa.

Ianya berlaku ketika negara ini dipimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mendakwa mereka mempunyai kepimpinan sempurna dan hebat dan tidak boleh ditandingi oleh pihak lain sehingga ada negara lain mahu mencontohinya.

Padahal yang realitinya, ianya sudah pun terpalit dengan cerita-cerita yang mengaibkan seluruh dunia dengan amalan fitnah dan penyebaran video seks secara berleluasa tanpa ada sekatan, gejala rasuah semakin berleluasa sehingga setaraf dengan negara dunia ketiga, sebaris negara-negara di Afrika.

Sekarang, sewenang-wenang melakukan kebiadapan terhadap warga negara jiran dengan hukuman mengaibkan ketuk ketampi secara berbogel. Di manakan letaknya akal fikiran yang waras sebagai seorang manusia yang menjadi warganegara Malaysia?

Begini ke taraf ketamadunan manusia yang dipimpin kerajaan yang sarat dengan gagasan dan motto termasuk Islam Hadahari, 1Malaysia dan sebagainya. Namun ciri-ciri kesopanan dan kesusilaannya ntah kemana. Jika ianya tidak diubah, semakin hari semakin hancur, semakin parah.

baru betul anak jantan...dan bukan penyamun kecil-kecilan yang menyusahkan orang miskin....Juruwang songlap RM1.9 juta



AYER KEROH - Seorang juruwang Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini semalam selepas mengaku bersalah terhadap 56 pertuduhan mendepositkan cek RM1,925,500.

Roslizam Zabar, 40, berhadapan tiga pertuduhan pilihan merangkumi 56 pertuduhan mengikut tahun, 2008, 2009 dan 2010, dijatuhi hukuman itu oleh Hakim, Abu Bakar Katar.

Pada pertuduhan pilihan pertama, Roslizam didapati curang dan tanpa pengetahuan serta kebenaran bank membuat deposit cek yang tidak wujud berjumlah RM95,000 dan dimasukkan ke dalam akaun BIMB atas nama Roslen Enterprise di nombor akaun 04024010016444 di BIMB cawangan Masjid Tanah, Kompleks Perniagaan Masjid Tanah, Alor Gajah antara 5 dan 26 Disember 2008.

Bagi pertuduhan pilihan kedua, dia lakukan perkara sama dengan jumlah RM1,578 di dalam akaun dan bank sama pada 2009, iaitu dari 9 Januari hingga 25 Ogos.

Menerusi pertuduhan pilihan ketiga pada 2010, dia melakukan perkara sama dengan jumlah wang RM252,500 ketika bertugas dari 2 hingga 17 Ogos.

Roslizam, diwakili peguam, Shah Rizal Alias dan Shahrul Amali Shafie ketika rayuan, meminta mahkamah berikan hukuman ringan kerana dia berniat pulangkan semula keseluruhan wang diambil.

“Tertuduh insaf. Dia turut beri kerjasama ketika majikannya menyiasat perkara berkenaan dengan menyerahkan borang deposit cek yang berada dalam simpanan.

“Mahkamah dimohon pertimbangkan tanggungjawab tertuduh untuk menyara seorang isteri dan tiga anak yang masih kecil berusia dari setahun hingga enam tahun, di samping ia kesalahan kali pertama,” kata Shah Rizal.

Timbalan Pendakwa Raya, Haslinda Abu Bakar, mohon dikenakan hukuman berat kerana kesalahan dilakukannya serius dan tidak sepatutnya tertuduh guna wang pihak ketiga dalam menyelesaikan masalah kewangan.

“Niat jahat berlaku ketika transaksi pertama, kemudian dipengaruhi nafsu tamak kerana tertuduh didapati mengulangi perbuatan sehingga membabitkan 56 transaksi dilakukan.

“Sekiranya tertuduh berniat mahu memulangkan semula wang terbabit, dia sepatutnya sudah memulakannya sejak awal, tetapi sehingga sekarang tiada usaha dilakukannya,” katanya.

Setelah meneliti fakta kes dan mendengar hujah serta rayuan kedua-dua belah pihak, Abu Bakar kemudian menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan empat sebatan halus bagi setiap pertuduhan pilihan dari 2008 hingga 2010.

Beliau, bagaimanapun, mengarahkan hukuman dijalankan secara serentak menjadikan hukuman dijalankan ke atas tertuduh adalah 10 tahun penjara dan 12 sebatan.

sinarharian

Monday, June 13, 2011

harta Taib Mahmud wajar disiasat ,di bekukan dan di rampas....!!!

Presiden Switzerland arah harta Taib Mahmud disiasat



Presiden Persekutuan Switzerland, Micheline Calmy-Rey, mengarahkan satu siasatan dijalankan ke atas harta milik Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di dalam bank Switzerland.

Di dalam suratnya dengan tajuk “Pembekuan aset Abdul Taib Mahmud, ketua kerajaan negeri Sarawak di Malaysia” bertarikh 8 April kepada Yayasan Bruno Manser, Micheline berkata beliau sudah menyerahkan maklumat tentang aset Taib Mahmud di dalam institusi kewangan di Switzerland kepada badan FINMA (Swiss Financial Market Supervisory Authority), sebuah organisasi yang mengawal aktiviti pembersihan wang haram, untuk siasatan.

Yayasan Bruno Manser adalah satu badan bukan kerajaan yang berpengkalan di Switzerland dan berjuang menentang rasuah Taib di Sarawak. Ia ditubuhkan sebagai tanda ingatan kepada Bruno Manser, pejuang alam sekitar yang hilang  secara misteri di dalam hutan Sarawak selepas bertahun-tahun berjuang menetang pembalakan haram yang mengganggu kehidupan orang Penan di Sarawak, lapor Sarawak Report.

Di dalam suratnya itu, Micheline menyatakan bahawa pihak berkuasa negaranya mengambil serius kebimbangan di peringkat antarabangsa tentang kemungkinan Taib mengambil untung secara haram daripada rasuah hasil pembalakan di Sarawak. Beliau sendiri menyatakan rasa tidak gembiranya kemungkinan aset daripada rasuah itu dilaburkan di Switzerland.

Di dalam suratnya itu Micheline menegaskan bahawa perjuangan menentang rasuah dan mengembalikan semula dana yang dibawa keluar secara haram ke negara asalnya adalah satu keutamaan buat kerajaan Switzerland.

“Bertahun lamanya kita memperjuangkan usaha mewujudkan satu pusat kewangan yang bersih, dengan undang-undang anti pembersihan wang yang menyeluruh yang mengandungi tanggungjawab pelaporan oleh institusi kewangan, terutamanya apabila ia melibatkan wang daripada orang politik.

“Walaupun kita mempunyai pelbagai cara untuk mencegah perkara ini, jika kita dapati aset yang berasal daripada kegiatan jenayah ada dalam sistem kewangan Switzerland, kita tidak akan teragak-agak untuk mengembalikan semula wang tersebut kepada negara asal.

“Sejak 15 tahun lepas, kita telah memulangkan hampir 1.5 bilion ke negara asal wang-wang ini,” kata Micheline dalam suratnya kepada Yayasan Bruno Manser.

FINMA sendiri dilaporkan sudah menghubungi Yayasan Bruno Manser memaklumkan yang mereka sudah ditugaskan untuk menyiasat aset Taib Mahmud dan mereka meneruskan siasatan tidak lama lagi.

Beban kini terletak di bahu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak kerana di bawah undang-undang anti-pembersihan wang antarabangsa, beliau perlu mengarahkan pembekuan terhadap aset Taib Mahmud, salah satu daripada pembiaya terbesar partinya sendiri, Barisan Nasional.

Jika tidak, Switzerland terpaksa menunggu sehingga Taib disingkirkan daripada pemerintahannya.

Tetapi, jika Najib gagal berbuat demikian, perkara ini akan menjadi satu isu yang hangat diperbincangkan.

PUKIDA tak nak saman P.Ramlee ke..???

‘Mohon maaf atau hadapi saman’



Gambar gangstar penambang memakai baju 3 line dari film Bujang Lapok

“Kami nak (Datuk) Yusof Haslam dan (Datuk) David Teoh memohon maaf secara terbuka, dalam tempoh tujuh hari, mereka kena ‘gentlemen’...kalau dah buat silap, mengaku dan minta maaf, jadi perkara ini tidak akan berpanjangan,” kata Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Wilayah Persekutuan/Putrajaya/Labuan, Datuk Roslan Dahaman.

Pekida mendesak permohonan maaf daripada penerbit filem KL Gangster dan Kongsi itu kerana mendakwa filem berkenaan menggunakan empat perkataan utama yang menjadi gelaran sinonim pertubuhan itu iaitu ayahanda, abang long, kak long dan abang kawasan, sekali gus seolah-olah menggambarkan Pekida sebagai sebuah kumpulan gengster.

Roslan berkata, dia juga meminta Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) menjadi orang tengah untuk menyelesaikan perselisihan faham, kerana mendakwa LPFM turut bertanggungjawab meluluskan penyiaran filem berkenaan tanpa membuat kajian lebih mendalam.

“Kami tunggu dalam tempoh itu. Kalau mereka enggan memohon maaf secara terbuka...kami mengambil tindakan lain termasuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan beberapa menteri termasuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Kalau mereka masih enggan, jalan terakhir adalah menyaman mereka berdua. Jadi, kami meminta mereka menggunakan tempoh ini sebaik mungkin... kami hanya nak mereka memohon maaf, dan kami akan melupakan perkara ini,” katanya pada sidang media selepas sesi dialog dengan Pengerusi LPFM, Datuk Mohd Hussain Shafie, semalam.

Roslan mendakwa filem yang diterbitkan Skop Productions dan Metrowealth Movies Production itu menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan ahli kerana banyak babak menggunakan perkataan berkenaan seolah-olah merujuk kepada pertubuhan.






rentakinfo


kah kah kah....pukida memang banggang....kod amendenya...nampak sangat kalutnya....pukida nie...persatuan dakwah ke atau mafia haramjadah UMNO....????
kat rumah wa ramai abang long,pak long ,abang kawasan...ramai sungguh....kucing teman pun ramai abang long dia....kat kawasan wa pun ramai a long....tak mau saman ke...???

cisss...melampau tu...dah ugut main tembak tembak pulak....tak pakai uniform pulak tu...lagi besar samseng.....!!!




SUEZ: “Anda pergi, kami tembak.” Itu antara ungkapan sekumpulan anggota tentera kepada penulis dan jurugambar melalui jurubahasa dan pemandu tempatan ketika hendak melepasi satu sekatan jalan raya di lebuh raya menghubungkan Kaherah ke Suez, dalam perjalanan ke kawasan pelancongan, Sham El-Sheikh.

Sekatan berkenaan dikatakan dibuat secara tiba-tiba akibat serangan samseng bersenjata yang dikenali sebagai Beltagi.

Perkembangan itu menyebabkan jurubahasa penulis kurang senang dan mengarahkan pemandu merempuh sekatan kawalan tentera di jalan menuju ke Sinai itu.

Ini kerana sebelum ini laluan berkenaan tidak pernah ditutup, namun tindakan itu tidak membawa ke mana-mana apabila pasukan keselamatan berkenaan terus menghalang laluan dengan tong dan kawat duri, sekali gus menyebabkan rombongan penulis ditahan seketika.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 pagi (waktu tempatan) ketika perintah berkurung tinggal kira-kira sejam setengah lagi, selain rombongan penulis dan sekumpulan lelaki Arab turut bertekak dengan pasukan keselamatan berkenaan yang dilihat melepaskan beberapa kenderaan awam di belakang selepas pemandunya menunjukkan kad tentera.

“Mengapa dia dilepaskan, sekalipun dia pegawai tentera, dia tidak beruniform dan tidak menggunakan kenderaan rasmi tentera, jadi dia sepatutnya tidak mendapat keistimewaan kerana dia bukan menjalankan tugas rasmi... dia sama seperti kami yang malah mungkin melalui jalan sini untuk bercuti, sedangkan kami membawa amanah rakyat untuk menghantar bekalan bahan mentah,” kata seorang pemandu lori.

Ketika dimaklumkan rombongan penulis dari Malaysia, pasukan keselamatan bertanya tujuan melalui jalan berkenaan.

Penulis memberitahu ingin ke Sinai, Taba dan untuk melihat beberapa tempat menarik di sana.

Kemudian, rombongan penulis dilayan penuh sopan dan kerana Subuh hampir tamat kira-kira jam 4 pagi, dibenarkan menunaikan solat di pos kawalan tentera berkenaan dan diberi jaminan dapat meneruskan perjalanan selepas jam 5 pagi.

Bagaimanapun, cubaan jurugambar untuk merakam insiden berkenaan tidak dibenarkan pegawai tentera muda (Mesir mengamalkan sistem kerahan tenaga) yang bertugas dipercayai mempunyai kaitan dengan faktor keselamatan berikutan laluan dipenuhi bukit bukau dan padang pasir itu sering menjadi laluan samseng bersenjata serta ejen perisikan Israel.

Beberapa kereta kebal turut kelihatan berada sekitar kawasan padang pasir berkenaan, namun penulis difahamkan ia hanya ‘replika’ kerana bukan kenderaan tempur sebenar dimiliki Mesir.

Mesir sebenarnya memiliki kenderaan ketenteraan lebih canggih yang tidak mahu ditonjolkan kepada orang ramai, terutama perisik Israel yang sering menggunakan laluan itu.

Perjalanan penulis ke Sham El Sheikh mengambil lebih 14 jam dengan melalui sekurang-kurangnya 10 pemeriksaan keselamatan.

Penulis terpaksa tidur di kawasan tumpuan penyelam, Dahab, untuk mengelak kadar bilik sewa hotel yang tinggi.

Kekurangan pelancong di bandar pelancongan Dahab itu menyebabkan urusan ekonomi dijalankan dalam matawang Euro dan tempatan.

Sunday, June 12, 2011

UMNO,DAP,PAS




UMNO ada keris,
DAP ada roket,
PAS ada bulan.

Tapi...


Setajam mana keris,
Sepanjang mana roket,
kalau DATANG BULAN,
Keris & roket simpan dalam seluar je la....

ha ha ha ha

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here