cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, April 2, 2011

dalang video seks amal politik longkang....!!!

Dalang Video Lucah Tandus Modal Politik, Kata Ku Li



Tengku Razaleigh Hamzah membidas pihak yang mendalangi fitnah video lucah untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menegaskan rakyat akan menolak "politik kotor' sebegitu untuk mengalihkan tumpuan mereka daripada isu-isu nasional yang jauh lebih penting.

"Ini orang panggil gutter politics, politik longkang (dan digunakan) bila sudah tidak ada modal lagi. Ia timbul sebab polisi dan dasar yang diperjuangkan sudah tidak laku dan rakyat nampak tidak menerimanya. Oleh kerana itu (mereka) main politik kotor menyerang seseorang dengan harapan rakyat ketepikan hal seumpama itu. Ini bukan politik," tambah mantan Menteri Kewangan dan Naib Presiden Umno itu.

Dalam wawancara esklusif dengan TVSelangor, Tengku Razaeligh yang lebih dikenali 'Ku Li' menegaskan rakyat, khususnya masyarakat Melayu, menolak cubaan mana-mana pihak menyerang keperibadian pihak lain semata-mata untuk mencari kelebihan politik.

"Saya tak fikir rakyat terima hal (video seks) ini. Kalau tengok kes Anwar yang pertama tahun 1998, rakyat tidak terima. Usung tilam, bantal semua, tak ada orang terima. Saya masih ingat semasa saya adakan majlis dialog di Gua Musang. Orang cakap. Ni Melayu ke ni? Malulah," kata beliau.

"Perkara ini tak patut didedah kepada orang ramai. Jadi itu tunjukkan orang tak faham politik pun menolak benda macam ni. Saya rasa (video seks) ini salah langkah," tambah beliau

Ku Li berkata biarpun pihak yang mendalangi video seks itu berjaya menjatuhkan Anwar dan mencapai kemenangan politik, ia tidak bermakna dalam konteks kemuliaan tamadun negara itu sendiri.

"Kenapa kita nak amalkan ini semua kerana politik? Jika berpolitik sebegini, kalau kita menang pun, tidak ada maruah, tidak ada nilai, jadi tidak guna kita menang pun kalau kita guna cara buruk dan keji untuk mendapat tempat. Saya rasa rakyat pun tak dapat terima dengan baik," tegas beliau.

Tiga individu - Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Bendahari Perkasa Shuib Lazim dan ahli perniagaan Shazryl Eskay mengakumendalangi penayangan video itu kepada umum pada 21 Mac.

Mereka mendakwa rakaman itu menunjukkkan Anwar mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur Cina di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Februari.

Ketiga-tiga mereka dilaporkan berjumpa Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak selepas identiti mereka dibongkar oleh pejabat Parti Keadilan Rakyat.
Anwar membuat laporan polis bagi membolehkan polis menyiasat siapa pelaku dalam rakaman itu.

Beliau menegaskan pada malam rakaman itu dibuat, beliau di rumah bersama ahli keluarga dan kakitangannya serta berinteraksi dengan kenalan menerusi Twitternya.

Pejabat PKR mengemukakan sembilan pesanan Twitter Anwar, bagi menyokong hujah Ketua Pembangkang itu.

Semalam, Ketua Polis Negara Ismail Omar membuat pengumuman mengejutkan apabila mengisytiharkan video itu adalah tulen namun tidak mengulas sama ada pelakunya dikenal pasti.

Beliau berkata hasil siasatan sudah di fasa terakhir dan akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam tempoh terdekat.

Kenyataan Ketua Polis Negara itu menimbulkan pelbagai kecurigaan kerana adalah difahamkan polis tidak mengambil keterangan daripada pihak-pihak yang relevan
untuk memperakukan keterangan Anwar sebelum ini.

Contohnya keterangan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang menghuraikan sembilan catatan Twitter Anwar yang membuktikan Ketua Pembangkang tidak terbabit dalam perlakuan sumbang yang dituduh oleh Rahim dan dua rakannya itu.

Ku Li berkata perbuatan mencantas ahli politik dengan taktik-taktik keji seperti menayangkan video seks "bukan budaya" Melayu mahupun Islam kerana ia amat keji.

"Saya tak tahu dimana kita belajar perkara ini. Di Amerika pun orang kata politiknya kotor. Saya rasa ia bergantung pada kita. Rakyat Malaysia punya tamadun dan budaya yang baik, kenapa kita hendak ikut budaya tak baik' kata Ku Li.

"Apatah lagi bagi orang Melayu Islam, tak patut kita lakukan benda yang jijik yang dipandang rendah oleh orang. (Apa guna) kita buat perkara yang hina di sisi masyarakat," tegas beliau.

saya sudah tengok video itu....!!!



ABDUL JALIL ALI (gambar)

Tengok sekali tidak puas, jadi saya tengok sekali lagi. Video itu masih ada dalam simpanan saya sekarang. Saya berjanji akan pulangkan kepada pemiliknya dalam masa terdekat. Tidak perlu diceritakan di sini bagaimana susahnya saya untuk mendapatkan video tersebut. Cukuplah kalau dikatakan saya mencarinya ‘satu Malaya’ selama seminggu, dan hampir kecewa.

Akhirnya pagi minggu lalu ketika menikmati kari kepala ikan bawal di restoran nasi kandar popular di Jalan Tunku Abdul Rahman, saya terserempak dengan seorang kawan lama, kini seorang ahli perniagaan berjaya, bergelar Datuk Seri.

Nama sahaja Datuk Seri, sebenarnya wajahnya seperti dulu juga, tidak pernah berseri. Dua puluh empat jam serius. Tetapi dia masih ingat kisah-kisah lucu zaman bujang ketika sama-sama menyewa rumah di Jalan Raja Uda, Kampung Baru.

Dia belanja saya pagi itu. Sambil makan kita bercakap mengenai topik semasa paling hangat – video. Saya bertanya kalau-kalau dia ada salinan video tersebut. Sambil menunggu drebarnya tiba, dia berbisik ke telinga saya: “Saya ada satu, awak boleh pinjam kalau nak!”

Tentu sekali saya tidak melepaskan peluang. Saya mengikutnya ke pejabat. Dia beritahu ada ketikanya dia ke pejabat pada hari tidak kerja, hanya untuk menonton video.

Dan di dalam biliknya yang serba mewah itu, dia menyerahkan video tersebut – dimasukkan dalam sampul besar – sambil berpesan: “Lepas awak tengok, pulangkan semula pada saya. Jangan copy, berdosa!” Orang serius, ketawa pun macam tidak menjadi!

Walaupun sudah dapat, bukan senang hendak memainkan video yang satu ini, lebih-lebih lagi di rumah. Saya kena pastikan isteri dan semua anak-anak sudah lena, manalah tahu kalau-kalau mereka tiba-tiba mengetuk pintu bilik rehat saya. Malu saya kalau mereka tahu! Maka setelah dua kali menonton, saya boleh membuat kesimpulan peribadi, tanpa prejudis, seperti berikut:

Heronya boleh tahan. Tetapi secara jujur, saya lebih tertarik pada heroin. Kulit putih cerah, licin macam pauh dilayang. Tengok bibirnya yang kadang-kadang sedikit ternganga, dan matanya yang sekali-sekala kuyu, perasaan saya sudah berdebar.

Nampak juga jari-jemarinya yang halus lentik, lengannya, betis, leher dan lain-lain. Malah, melihat rambutnya yang mengerbang hampir menutup wajah itu pun boleh membuat perasaan saya tidak tenteram.

Dan, ketika melihat dia menggerakkan tubuh dalam berbagai posisi, mata saya tidak berkelip, nafas pun sudah bertukar rentak. Pendek kata, pemain wanita itu – tidak kira apa bangsanya – memang hebat.

Heronya? Bukanlah prejudis padanya, tetapi pada saya lelaki itu biasa sahaja. Boleh tahan tampannya, tetapi bukanlah jenis jejaka yang timbul urat-urat di lengan. Gempal sedikit, malah kalau tengok betul-betul bahagian perutnya nampak boroi.

Pendek kata watak lelaki itu tidak sehebat Arnold Schwarzenegger. Terus terang saya katakan lelaki itu tidak sepadan dengan wanita yang menjadi pasangannya. Kalau pilih lelaki yang lebih ‘macho’ pasti lebih sedap menonton.

Cuma pujian patut diberikan kepada tukang ambil gambar, sebab telah berjaya mempersembahkan satu produksi yang baik. Saya boleh mengesahkan bahawa semua kelihatan terang dan nyata. Malah, pada ketika tertentu boleh nampak jelas raut-raut di muka. Patut juga diberi pujian sebab sepanjang persembahan telah ditunjukkan latar belakang yang indah, mempesona, penuh warna-warni – gunung-ganang, air terjun, taman bunga, ular, kereta api, jip polis, dan tentu sekali tidak ketinggalan ‘Inspector Shahab’.

Pendek kata berbaloi jugalah saya keliling satu Kuala Lumpur – masuk hampir setiap kedai video – sehingga akhirnya bertemu dengan Datuk Seri, rakan lama ketika bujang yang sama-sama minat gila terhadap filem-filem Hindustan.

Saya akan memulangkan semula pada beliau video filem ‘Bobby’ yang menurut rakan saya itu diperoleh ketika lawatan perniagaannya ke New Delhi dua tahun lalu. Waktu filem itu ditayangkan di Odeon KL kira-kira tiga dekad lalu kami menontonnya lima kali!

Ada lapan lagu, paling saya suka ialah ‘Jhoot Bole Kauva Kate’ (bunyi macam bahasa Kelantan!) nyanyian Lata Mangeshkar dan Shailender Singh. Heroinnya yang selalu datang dalam mimpi saya ialah Dimple Kapadia, mesti dia sudah tua sekarang. Heronya Rishi Kapoor, anak Raj Kapoor.

Filem ‘blockbuster’ bikinan tahun 1973 itu – 38 tahun lalu! – dibuat dalam warna-warni. Maka menghairankan saya mengapa video seks oleh ‘Datuk T’ dibuat hitam putih, pada hal baru sangat dirakam 21 Februari lalu.

Dan, dalam era ICT yang serba warna-warni ini masih adakah lagi filem hitam putih? Sekadar bertanya. Sebab sumpah, saya belum menonton video seks yang didedahkan di Carcosa Seri Negara itu! -SH

* Abd Jalil Ali dari Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd adalah pemenang Anugerah Tokoh Wartawan Cemerlang Negara 2010. Abd Jalil Ali pernah menjadi Ketua Pengarang akhbar tabloid WATAN dan Ketua Editor Majalah SARINA pada tahun 70'an. Diantara kolumnis WATAN ialah Subky Latif. GB waktu itu kerap menulis untuk kedua-dua media berkenaan.

Lapan maut dalam siri bantahan bakar al-Quran



Sekurang-kurangnya lapan petugas asing Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) maut, dua daripadanya dipenggal semalam dalam satu demonstrasi membantah pembakaran al- Quran oleh paderi Amerika Syarikat (AS).

“Lapan pekerja asing maut, dua telah dipenggal,” kata jurucakap polis daerah Lal Mohammad Ahmadzai.

Beribu-ribu penunjuk perasaan memenuhi jalan utama bandar tersebut selepas selesai menunaikan solat Jumaat. - Reuters

Friday, April 1, 2011

IGP Digesa Tahan Tiga ‘Datuk T’ Segera atau sememangnya tunggangan politik kerajaan haramjadah yang memerintah



kita  mengulangi desakannya agar polis segera menahan ketiga-tiga “Datuk T” yang awal minggu lalu mengaku bertanggungjawab mempertontonkan video seks kepada umum, yang didakwa melibatkan aksi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengesahan ketulenan video seks itu oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar  tidak membawa perubahan senario tentang skandal tersebut.Kesalahan yang sedang disoal siasat ialah pemilikan dan pengedaran pornografi... tetapi mengapa anda memfokus soal ketulenan...

Ketiga-tiga “Datuk T” seharusnya telah didakwa sebaik sahaja mereka mengaku bertanggungjawab mempertontonkannya,Siasatan polis setakat ini menunjukkan ada usaha bermotifkan politik untuk merosakkan kredibiliti Anwar.Video lucah adalah satu kesalahan sama ada ia tulen ataupun sebaliknya.

Kelmarin, Ismail berkata pakar-pakar tempatan telah mengesahkan bahawa rakaman video seks, yang didedahkan oleh “Datuk T” awal minggu lalu, bukan sesuatu yang direka atau dipalsukan.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan identiti ahli politik yang didakwa terlibat dalam adegan seks dalam rakaman video seks itu.Ismail berkata ia adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes tersebut dan kertas siasatan akan diserah kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat.

Pada 23 Mac lalu, ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengaku bahawa beliaulah yang mempertontonkan video itu kepada media terpilih di Carcosa Seri Negara.
Shazryl juga mendedahkan bahawa gelaran ‘‘Datuk T’’ merujuk kepada tiga sahabat yang membuat pendedahan rakaman video seks itu, yang sebenarnya bermakna ‘‘trio’’ iaitu beliau sendiri, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Polis telah menubuhkan satu pasukan khas di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk menyiasat rakaman video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang.Polis mengklasifikasikan kes itu mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Siasatan itu dibuat ekoran laporan polis oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa yang menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video berkenaan.

Sambil mendakwa kenyataan Ketua Polis Negara bukan sesuatu yang mengejutkan , kita mempunyai dua teori sama ada video itu direka atau sebaliknya.

IGP perlu bertindak adil dan berkecuali. Sikap double standard yang terpapar lewat isu Video Seks ini amat dikesalkan.

Dua IGP sebelum ini (Tan Sri Abd Rahim Noor & Tan Sri Musa Hassan) telah meninggalkan jawatan IGP dengan cara hina dan tidak menerima sebarang pujia atau penghargaan dari rakyat.Ini Kerana mereka tidak layak untuk mendapat pujian rakyat apabila mengamalkan sikap yang bertentangan dengan apa yang sepatutnya dipegang oleh seorang IGP, sebaliknya menjadikan diri mereka kuda tunggangan pihak parti kerajaan.

Kita berharap Tan Sri Ismail Omar bukan IGP yang ketiga yang akan menerima nasib itu.

Gadis Bohsia...2 Gadis Kongsi Teman Lelaki Dicekup Di Pondok Usang



Keghairahan nafsu dua gadis yang sanggup berkongsi teman lelaki untuk melempiaskan nafsu di sebuah rumah usang tanpa penghuni di sebalik semak pada awal pagi menerima padah apabila mereka dicekup penduduk kampung yang melakukan rondaan mencegah jenayah.

Remaja lelaki terbabit ketika ditahan dipercayai sedang melakukan aksi panas dengan dua remaja perempuan yang hanya berseluar pendek dan berbaju sendat.

Kejadian disedari salah seorang daripada anggota Kawalan Rukun Tetangga (KRT) Rhu Bhatil setelah melihat kelibat seorang lelaki di dalam rumah yang sudah bertahun tidak berpenghuni itu.

Pengerusi KRT Rhu Bhatil, Mat Jenon Abdul Ghani berkata, sebaik mendapat maklumat berkaitan penemuan remaja terbabit, pihaknya mengepung rumah itu dan melakukan serbuan.

Hasil serbuan, mereka menemui dua gadis dalam keadaan pakaian yang menyolok mata berserta seorang lelaki, disyaki teman lelaki salah seorang daripada remaja perempuan terbabit.

Mat Jenon kemudiannya memaklumkan tangkapan itu kepada pihak berkuasa Jabatan Agama Dungun untuk tindakan selanjutnya.

Beliau yang ditemui di lokasi terbabit berkata, kejadian itu amat memalukan pihaknya, apatah lagi salah seorang remaja yang ditahan dalam serbuan terbabit adalah anak kepada salah seorang penduduk di kampung itu.

“Kamu sebagai pemuda di kampung ini sepatutnya sama-sama melakukan rondaan dengan kami untuk mencegah jenayah serta gejala sosial.

“Bagaimanapun tindakan kamu yang membawa anak gadis orang bermalam di rumah usang dengan melakukan perbuatan tidak senonoh ini amat memalukan penduduk kampung,” kata Mat Jenon ketika memberi teguran kepada pasangan terbabit.

Difahamkan, pemuda yang baru berusia 19 itu pernah disiasat polis kerana terlibat dengan kes mencabul kehormatan seorang gadis dan mempunyai rekod penyalahgunaan dadah.

Dua gadis berusia 15 tahun masing-masing berasal dari kampung Tanah Lot dan Gong Pasir itu bersama teman lelakinya difahamkan anak seorang kakitangan di sebuah resort berdekatan kemudiannya diserahkan kepada Penguat Kuasa Syariah untuk tindakan selanjutnya.

Mereka dikenakan tindakan mengikut Seksyen 31(a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir negeri Terengganu kerana kesalahan khalwat, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Dua gadis belasan tahun itu juga turut dikenakan tindakan kerana berpakaian menjolok mata di khalayak awam.

Dirogol secara bergilir-gilir

“Saya hanya bersekolah sampai Tingkatan Satu sahaja. Disebabkan kerap ponteng sekolah, saya kena buang. Sejak itu, saya mula terjebak dengan gejala sosial kerana terpengaruh dengan rakan sebaya,” kata salah seorang gadis yang dicekup penduduk kampung bersama teman lelakinya itu.

Anak kedua daripada sembilan beradik itu mengakui, masalah keluarga menyebabkan dia gagal mengawal emosi sehingga memilih jalan salah termasuk terlibat dengan gejala keruntuhan moral.

Dia mengakui, emosinya semakin tertekan apabila dia menjadi mangsa rogol sekumpulan lelaki dalam satu tragedi hitam ketika umurnya 14 tahun beberapa tahun lalu.

Katanya, akibat kejadian itu, dia berasakan masa depannya gelap, kejahilan dengan ilmu agama pula menyebabkan dia memilih jalan salah sebagai haluan hidupnya.

“Bapa saya sudah meninggal. Ibu pula sibuk mencari rezeki untuk menyara lapan adik yang lain.Dalam keadaan begini saya tiada teman untuk berkongsi masalah.

“Saya mula keluar rumah untuk mencari ketenangan dan berkawan dengan rakan sebaya yang tidak mempunyai matlamat hidup,” luah gadis berasal dari Tanah Lot ini.

Menurut gadis itu, dia bersedia berdepan dengan hukuman termasuk dihantar ke pusat pemulihan akhlak demi memastikan masa depannya tidak terus gelap. -SH

Satu Rumah Lain Bilik



Macam-macam gelagat orang zaman sekarang, apatah lagi bagi yang sedang hangat bercinta. Berpeleseran dan bercengkerama sampai tidak ingat dunia bukan lagi suatu fenomena aneh. Malah ada juga yang sanggup bersekudukan dengan seribu satu alasan diberikan semata-mata mahu menghalalkan tindakan.

Kalau dahulu, orang acap kali memilih untuk bersekedudukan kononnya kerana cinta, tetapi tidak boleh mendirikan rumah tangga atas pelbagai halangan. Sedangkan pada dasarnya ia sebenarnya lebih didorong oleh nafsu serakah untuk 'bersama' secara bebas tanpa sebarang batasan.

Bagaimanapun, hari ini trend bersekedudukan sudah berubah. Ia tidak lagi hanya membabitkan sepasang lelaki dan wanita belum bernikah berkongsi satu rumah. Tetapi bilangannya lebih daripada itu. Dan yang anehnya ada antara mereka yang tidak sedar mereka sedang bersekedudukan. Ini kerana bagi mereka,tinggal di dalam bilik secara berasingan antara lelaki dan perempuan dalam satu rumah tidak dikira sebagai bersekedudukan, apalagi kalau jumlah mereka ramai.

Berbeza dengan pasangan bercinta, lazimnya dalam keadaan begini, faktor kewangan dan gaji yang rendah acap kali dijadikan alasan untuk mereka menyewa sebuah rumah beramai-ramai tanpa menghiraukan percampuran antara lelaki dan perempuan. Bagi segelintir mereka, ia tidak mengapa asalkan bilik tidur masih berasingan.

Melihatkan kepada senario hari ini, trend seperti ini biasanya terjadi di kalangan pelajar atau golongan muda yang baru hendak memulakan kerjaya, tetapi terpaksa tinggal di kawasan mahal atas sebab tuntutan tertentu. Misalnya tempat kerja ataupun institusi pengajian terletak di kawasan tersebut. Namun, alasan kewangan sahaja tidak cukup sebagai penghalal cara kerana mereka masih ada alternatif lain. Antaranya termasuklah dengan mencari teman serumah yang sama jantina.

Boleh didenda atau dipenjara

Meskipun ada yang mendakwa mereka tidak melakukan persetubuhan selain masih menjaga tata susila selaku Muslim walaupun tinggal serumah berlainan bilik antara lelaki dengan wanita, bersekedudukan dalam satu rumah yang sama tetap dilarang. Ini kerana perbuatan tersebut boleh membuatkan seseorang menghampiri zina. Sedangkan dalam Islam sendiri sudah jelas menyatakan bahawa zina merupakan antara dosa-dosa besar.

Ini sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud: "Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu sangat keji dan jalan yang amat jahat." (Al-Israak : 32)

Malah, Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda yang bermaksud: "Hindarilah zina sebab ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir dan mengurangkan umur sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka." (Riwayat Baihaqi).

Menurut Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam (JAIS), Ustazah Sabariah Salleh, bersekedudukan dan khalwat tidak jauh bezanya. Malah, khalwat juga boleh berlaku dalam bersekedudukan itu sendiri. Berdasarkan kepada Enakmen 9 tahun 1995 / Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 bahagian IV yang membabitkan kesalahan yang berhubungan dengan kesusilaan, beliau memberitahu khalwat tidak semestinya melibatkan hanya sepasang lelaki dan perempuan sahaja.

"Khalwat adalah (a) orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya; (b) orang perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya, di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral adalah melakukan satu kesalahan. Apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya," terang Ustazah Sabariah lanjut.

Sambungnya, sama seperti khalwat, bersekedudukan satu rumah lain bilik tetap boleh menimbulkan syak walaupun individu terbabit tidak melakukan perkara-perkara tidak bermoral. Justeru, jika ada aduan dan mereka ditangkap, orang yang bersekedudukan boleh didenda atau dipenjarakan. Sementara individu yang menyewakan rumah kepada mereka pula boleh didakwa bersubahat.

Jadi bagi yang memilih gaya hidup bersekedudukan, tepuklah dada dan tanyalah iman kerana selaku manusia, Allah tidak pernah kedekut dalam memberikan kita pilihan. Dan terserahlah kepada kita sebagai hamba-Nya untuk memilih – jalan yang diredainya ataupun sebaliknya.

iluvislam

rupanya ADUN BN macam malaikat...jatuh hukum tapi tiada pilihanraya....!!!!

ADUN BN Dijatuhi Hukuman Penjara 3 Tahun, Denda RM20K, Tiada Pilihanraya



ADUN Lenggeng, Mustafa Salim hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda sebanyak RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban.

Mahkamah juga membenarkan penangguhan hukuman ke atas ADUN BN itu kerana pembelaan mahu membuat rayuan.

Mahkamah sebelum ini mendapati Mustafa bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM2,000 sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu.


Tiada p'raya kecil

Hukuman yang dijatuhkan ke atas Mustafa itu bagaimanapun tidak akan menyebabkan pilihan raya kecil diadakan.

Ini berdasarkan kenyataan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini berhubung kelayakan Mustafa sebagai wakil rakyat.

Abdul Aziz berkata, kelayakan Mustafa sebagai wakil rakyat tidak akan dilucutkan selagi ADUN berkenaan masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan.

"Hukuman akan dijatuhkan pada 1 April. Ia tidak akan berkuatkuasa sehingga akhir 14 hari, di mana beliau boleh memfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi.

"Proses mahkamah ini panjang, ADUN itu boleh merayu lepas 1 April ini, selepas habis proses mahkamah semuanya dan tetap disabitkan baru lucutlah jawatan ADUN," kata Abdul Aziz.

Menurutnya, jawatan Mustafa akan hanya dilucutkan jika beliau tidak merayu atau dihukum kepada setahun penjara atau atau lebih dan didenda sekurang-kurang RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sekalipun Mustafa dilucutkan kelayakannya, pilihan raya kecil tidak akan diadakan jika keputusan muktamad mahkamah hanya dibuat selepas 28 April, tahun ini.

Thursday, March 31, 2011

Poco-poco Vs Video Seks....fatwa cacamarba dari melacur sampai poco poco jadi hancur di kerjakan puak lahabau UMNO karat...!!!


Pening! kita sebagai umat Islam dipeningkan oleh fatwa yang celaru. Perak mengharamkan Poco-poco. Dr Asri mengharuskan dan kini giliran Mashitah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri meminta negeri lain jangan diharamkan. Kelakar juga ek!!

Mashitah Ibrahim berpendapat tarian poco-poco hanyalah sejenis tarian berbentuk senaman serta tidak perlu diharamkan di seluruh negara. "Dari satu tempat ke satu tempat tarian poco-poco ini berbeza. Lagu pun tidak sama. Jadi besar kemungkinan ditimbulkan di Perak kerana di Perak tidak sama dengan tempat lain.

Jauh bebenor negeri Perak dengan negeri-negeri lain sehingga boleh berbeza, macam Perak berada di Arab gamaknya.

Rupa-rupanya Mashitah tak bisu, keluar pun suara dia tetapi hanya berkenaan Poco-poco. Nampaknya Mashitah hanya tersentak dengan Poco-poco, tentang video seks tak pula dia bersuara. Moralnya orang-orang agama boleh bersuara hanya melibatkan hal-hal yang lebih biasa, yang melibatkan pihak lawan, tutuplah mulut menjadi bisu....Nak pergi tengok, Tai-Chi di Taman Tasik Taiping, kalau-kalau ada unsur pemujaan....

ek-ele.co.cc

hantu dan jembalang BN tuduh PR jadi macam mereka....setau kita hanya hantu dan jembalang BN yang mampu terlibat pelbagai skandal yang menipu rakyat...!!!



Kenyataan Timbalan Perdana Menteri menggelar parti selain BN, yang akan berkempen pada pilihan raya negeri Sarawak sebagai 'hantu' dan 'jembalang', mencerminkan ketakutan pemimpin BN itu.

Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian bagi menutup kelemahan BN setelah lebih 46 tahun menguasai negeri Bumi Kenyalang itu namun masih ketinggalan.

"Tak payah komen la...bodoh sangat.

46 tahun lebih mereka di Sarawak, apa yang dibuat?" ..

Rakyat harus sedar bahawa BN telah menganaktirikan Sarawak sejak sekian lama.

Walaupun Sarawak kaya dengan hasil mahsyur jelasnya, namun rakyat dan negeri itu sendiri masih ketinggalan dari arus pembangunan.

Dan tidak pelik katanya jika Muhyiddin menuding jari kepada pihak lain bagi menutup kelemahan mereka apatah lagi berdepan pilihan raya negeri itu 16 April ini.

Baru sekarang nak buat itu, buat ini..

Muhyiddin semalam menyifatkan parti selain BN yang akan menyertai pilihan raya Sarawak sebagai 'hantu' dan 'jembalang' dan perlu ditolak rakyat.

Kunun Katanya, sebahagian 'hantu' dan 'jembalang' itu sebahagiannya datang dari Semenanjung manakala sebahagian yang lain sudah ada di negeri ini dan akan menawarkan janji-janji manis.


rentakinfo

hantu jembalang ini lah yang menjayakan TRANS PORNO MASI MENJANA EKONOMI LUCAH MELALUI BIDANG PENGEDARAN DAN PENAYANGAN VIDEO LUCAH....!!!!

Anak Penerima Bantuan MAIJ, Bapa Kena Tangkap Nombor Ekor



Seorang bapa umur 44 tahun, kerja pengawal keselamatan, anak 5 orang, 4 darinya bersekolah, seorang belum sekolah. Kerjanya gaji dalam 700 sebulan, isteri tak kerja, sewa rumah RM 150. Kalau kerja lebih masa pun dapatlah tambahan dalam RM 200 lagi.

Atas memikirkan kesempitan kewangan yang dialami, MAIJ bermurah hati memberi bantuan persekolahan anak termasuk pakaian dan basikal untuk ulang alik ke sekolah. Semua itu duit MAIJ bukan duit saya sendiri tapi duit orang Islam yang lebih tepat ada duit pembayar zakat. Maka atas kesusahan keluarganya, MAIJ bantu.

Tapi malangnya, petang semalam, bapanya ditangkap di sebuah kedai judi selepas beli nombor ekor bernilai seringgit. Ingat, seringgit ker, banyak ringgit ker, haram tetap haram. Dah kena tangkap salah tetap salah juga.

"Tuan. Boleh ker kes saya setle luar ?" Kata lelaki ini.

"Setle luar ? Macammana tu ?". Tanya saya walaupun dah faham apa maksud dia.

"Saya bayar, tak payah masuk mahkamah. Boleh ker ?" Kata orang ni.

"Ohh tidak, tak payahlah buat macam tu. Pergilah ke mahkamah pada tarikh yang dah ditetapkan tu". Kata saya.

Janganlah nak cari pasal, nak setle luar pulak. Kesnya beli nombor ekor, jangan sampai nak setle luar, nanti jadi kes SPRM pulak, lagi dia susah. Nasib baik dia terus diam, kalau dia nak setle luar juga lepas diberitahu, tak pasal-pasal nanti saya tangkap dia kes rasuah pulak.

"Tuan, majikan saya tak bertanggungjawab dah atas saya masa saya kena macam ni". Kata dia macam nak luahkan perasaan dia.

"Kenapa pula majikan nak bertanggungjawab, dia ada bersubahat ker dalam kes ini ?" Tanya saya.

"Tidak". Jawab dia.

"Kalau kamu dah terlibat kes macam ni, memang patut pun majikan tak masuk campur. Majikan kamu bukan suka orang main nombor ekor, memang patut pun dia taknak masuk campur". Kata saya.

Patutnya kenanglah jasa MAIJ yang dah beri bantuan pada anak dia yang sepatutnya persekolahan anak dia, bapalah yang kena tanggung. Tapi bapa ni jenis tak mau ingat semua itu, lebih rela duit dihabiskan kat kedai judi jer. Ini isteri dan anak-anak belum tahu kes dia. Kalau dah tahu, tak tahu macam manalah. Kalau anak tahu tapi tak bersuara pun, bimbang nanti anak besar, anak pun jadi kaki judi macam bapa dia juga. Tak mustahil...

Cerita yang saya paparkan ini bukan hendak memalukan seseorang, tetapi baik jadikan pedoman, buruk jadikan sempadan.

Wednesday, March 30, 2011

SMM desak Putrajaya pecat Rahim Pengerusi Risda



Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah agar menggugurkan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik daripada jawatan Pengerusi Risda kerana mengakui terlibat dengan pendedahan rakaman video seks, yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Menurut Pengerusi SMM Ahmad Syukri Ab Razab, tindakan Abdul Rahim bersama dua lagi individu yang digelar “Datuk T” yang mendedahkan rakaman video seks itu yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai di “luar norma” yang diamalkan seorang pemimpin.

Jelas Ahmad Syukri, sebagai individu yang mempunyai jawatan tinggi dalam kerajaan Abdul Rahim yang juga bekas ketua menteri Melaka seharusnya menunjukkan sikap berintergriti bukan bertindak di luar batasan.

“Tindakan Tan Sri Abdul Rahim mendedahkan video lucah adalah suatu perkara di luar norma yang diamalkan oleh seseorang pemimpin.

“Sebagai individu yang pernah menjawat jawatan penting dalam kementerian Malaysia, Tan Sri Abdul Rahim seharusnya menunjukkan sikap intergriti yang boleh dicontohi seluruh rakyat Malaysia.

“Namun apa yang berlaku telah menyebabkan rakyat hilang percaya kepada kepada kredibiliti kepimpinan negara yang sering dihambat dengan skandal-skandal yang mencemarkan imej dan integriti pemimpin itu sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain Abdul Rahim, kumpulan Datuk T juga terdiri daripada ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Trio tersebut telah menggemparkan negara awal minggu lalu apabila bertindak menayangkan rakaman video seks itu kepada media di Carcosa Seri Negara.

Rakaman video seks itu didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat yang dikaitkan dengan Anwar dengan pelacur dari China.

Berikutan pendedahan itu, ketiga-tiga individu terbabit telah disoal siasat polis Bukit Aman dan menyerahkan pita video dan seutas jam tangan jenama Omega sebagai bahan bukti

masa UMNO memerintah tanah rakyat di rampas....masa PR memerintah tanah di beri kepada rakyat...!!!



Masa BN memerintah dulu, UMNO giat rampas tanah rakyat (contohnya.. Kampung Berembang). Tanah yang dirampas tu, diserah pada kroni.

Masa PR memerintah, kerajaan PR giat bagi tanah pada rakyat. Rakyat terbela di bawah Pakatan Rakyat. Orang Melayu juga terbela di bawah Pakatan Rakyat.


Seramai 80,000 rakyat peneroka tanah di Selangor mendapat manfaat besar apabila kerajaan negeri memberikan geran sah milik kepada mereka setelah berpuluh tahun mendiaminya.

Proses ini dilakukan secara berkelompok kerana sebelum ini dibuat secara terpilih di mana didapati dalam 200 keluarga di sesuatu tempat itu, tidak sampai sepuluh peratus mendapat geran itupun mengikut kepentingan politik pihak tertentu.

Namun dasar tanah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat adalah untuk menyelesaikan keseluruhan tanpa mengambil kira fahaman politik mereka kerana sebagai rakyat Selangor mereka berhak mendapat geran tersebut.

Dewan Negeri Selangor diberitahu oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) ketika menjawab soalan dalam sesi dewan kali ini.

Menurutnya, kelulusan geran tanah diberikan kepada peneroka yang telah nenggusahakan tanah berkenaan sejak 10 hinga 15 tahun lalu.

"Mereka akan diberikan geran tanah sah milik ini dengan syarat mereka sendiri usaha dan membina kediaman di atasnya dan bukan untuk perniagaan," tegasnya.

Abdul Khalid berkata demikian ketika menjawab Adun Sekinchan, Ng Swee Lim.

Dalam pada itu, Abdul Khalid juga memaklumkan pihak kerajaan negeri menolak permohonan peneroka profesional yang memohon untuk empat hingga lima kawasan tanah berasingan.

"Permohonan untuk tanah kosong yang masih belum diusahakan juga akan ditolak.

"Kerajaan juga tidak mengamalkan kelulusan terpilih di mana hanya sepuluh peratus sahaja diluluskan daripada jumlah 200 permohonan seperti amalan.

"Tiada unsur politik mempengaruhi semua pihak dalam melulus atau menolak permohonan ini kerana Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mengamalkan sikap telus.

"Semua yang dilakukan oleh kerajaan negeri ini adalah untuk menjaga kepentingan rakyat terbanyak dengan tidak menafikan hak rakyat yang lain," tegasnya.

Tuesday, March 29, 2011

Video Lucah Tidak Laku Di Sarawak



APABILA kebetulan pendedahan video lucah yang cuba mengaitkan bapa reformasi Malaysia Anwar Ibrahim dilakukan serentak dengan pembubaran DUN Sarawak, saya cepat-cepat melontar perspesi mengatakan pendedahan itu ada kena mengena dengan pilihan raya Sarawak.

Saya mengira video berkenaan akan digunakan untuk bahan kempen di Sarawak.

Apa lagi ada maklumat awal mengatakan orang yang terlibat di sebalilk pembikinan video lucah itu adalah terdiri dari para samseng Taib Mahmud. Saya faham kenapa ia dikaitkan dengan Pehin Taib Mahmud kerana identiti awal yang menjadi produser, pengarah dan aktor dalam video lucah itu dikenali dengan nama Datuk T.

Maka T itu didhoman atau dipadankan (DNA hurufnya) dengan Taib Mahmud. Dalam masa sama juga DNA huruf T itu dipadankan dengan nama bekas setiausaha sulit kepada Abdullah Badawi, Tajuddin Wahab. Wah ini sudah gawat.

Saya awal-awal lagi menolak kalau T itu adalah Tajuddin Wahab kerana setahu saya Abdullah mempunyai pegawai dan setiausaha yang berwibawa, berakhlak tinggi kecuali hanya dua orang saja. Kebetulan pula saya mengenali tiga daripada enam orang setiausaha politik Abdullah. Saya kenal cukup sampai ke hati budinya.

Maka saya kira tidak mungkin kalau Tajuddin Wahab yang menjadi nadi dan engen kepada pejabat Perdana Menteri adalah beliau. Saya juga menolak kerana tidak mungkin begitu kontras di antara Abdullah dengan setiausaha sulitnya.

Bukankah orang yang cuba mengembalikan dan memulihkan imej Umno yang dikohongi olehMahathir kerana memecat dan memenjarakan Anwar, ialah Abdullah Badawi. Abdullah telah melepaskan Anwar dari penjara Mahathir.

Tindan itu cukup menimbulkan kemarahan Mahathir sampai diganggu dan dicemuhi Abdullah sampai ke bilik tidur dan dalam masjid. Atas hakikat itu saya tidak mengira dan menolak kalau Tajuddin Wahab atau sesiapa yang ada kena mengena dengan Abdullah ikut terlibat dalam pembikinan video lucah berkenaan.

Tetapi kalau ia ada sangkut paut dengan Mahathir saya percaya kerana Mahathir pernah mengaibkan Anwar. Jadi apabila ada 'Tiga Botak' yang mengaku merekalah yang punya angkara membikin video berkenaan, maka sah dan benarlah telahan saya sebelum ini adalah benar, dan spekulasi yang cuba mengiatkan mana-mana pihak termasuk Taib Mahmud di Sarawak dan juga Tajuddin Wahab tertolak.

Dalam hal ini ia tidak membabitkan Taib Mahud dan tidak ada kena mengena dengan suasana politik di negeri bumi Kenyalang itu. Barang kali inilah dikatakan orang kalau benar itu ia tetap benar dan kebatilan itu akan lenyap bila kebenaran akan tiba.

Selalunya pula kebenaran itu akan muncul di hujung waktu saat manusia mengharapnya sudah letih dan hampir berputus asa. Sebenarnya agak lucu dan pelik juga saya bila mana tiba-tiba tiga botak berkenaan muncul dan mengakui perbuatan mereka.

Pengakuan itu pula secara terang, kecuali Shuib Lazim yang masih menikus dan menyembuyikan diri sampai kini. Apakah beliau merasa malu kerana kalau dilihat kepada 'jasa' lalu beliaulah lebih berakhlak berbanding dengan dua yang lain.

Shuib tidak perlu malu. Beliau masih boleh tampil mencerita apa yang sebenarnya. Kita semua adalah pencari kebenaran. Kenapa Shuib Lazim tidak muncul-mucul? Atau pun beliau terperanjat bikinan itu tiba-tiba boleh mengejutkan kerana silap teknik dalam mendedahkannya.

Biarlah, di sini apa yang hendak saya katakan, bahawa video lucah berkenaan tidak ada kena mengena dengan pilihan raya Sarawak. Kalau ianya diupah dan disponsor oleh Taib Mahmud untuk tayangan perdana di sana, ia adalah satu perbuatan yang sia-sia saja kerana rakyat Sarawak tidak 'peduli' kepada video berkenaan.

Semasa lebih 72 jam di Sarawak saya sempat menijau pandangan sesetengah daripada rakyat Sarawak. Mereka yang ditemui rata-rata tidak mempercayai. Syaksiah, kehebatan dan ilmu mereka mengenai Anwar secara automatik menolak aktviti jahat berkenaan.

Malahan mengejutkan saya isu video lucah sedikitpun tidak dibicarakan oleh rakyat Sarawak. Seorang pemimpin Iban bila ditanya pendapat beliau mengenai pembikinan video lucah untuk memalukan Anwar itu dengan selamba berkata; baguslah bukankah itu menunjukkan kejantanan Anwar. Kita mahu pemimpin yang jantan seperti itu.

Menurutnya bagi orang Iban kalau isu video lucah hendka dijadikan modal politik ia tidak memberi apa-apa kesan. Katanya mungkin kaum itu tidak bermoral dalam kontks Islam tetapi soal-soal itu tidak menjadi masalah kepada kaum mereka.

Pemimpin Iban itu berpendapat isu video lucah itu akan memakan diri BN sendiri kerana semua orang tidak mempercayainya. Apa yang orang nampak yang jahat bukan mereka yang ada dalam video berkenaan tetapi orang yang membikin dan mendedahkan kepada umum.

Kesimpulannya isu video lucah tidak memberi apa-apa kesan. Bukan saja kepada masyarakat Iban tetapi orang Melayu juga. paling menganihkan bukan Melayu PKR, Pas atau DAP, tetapi Melayu PBB juga secara diam bersimpati terhadap Anwar. [wm.kl 11:50 pm 26/03/11]

Mohd Sayuti Omar,
http://msomelayu.blogspot.com

tabung penyamun betina puaka 1 malaysia...ada akal ka....?????



Subaru Impreza WRX 2.0, sebenar termasuk kos penghantaran ke Malaysia adalah RM 60,291 sahaja.

Namun, setelah dicampurkan dengan Duti Import, Duti Eksais dan Cukai Jualan iaitu RM78,378.30 + RM 60,291 dan harga kereta Subaru Impreza WRX 2.0 untuk masuk ke Malaysia adalah kira-kira RM138,669.30.

Tak termasuk harga keuntungan yang diambil oleh pengedar utama dan harga keuntungan salesman. Jumlah ini belum lagi dicampur dengan insuran dan cukai jalan untuk membolehkan kereta ini berada di atas jalanraya di Malaysia. Maknanya dah jadi 150 - 160k... belum masuk interest kat bank lagi.. dah jadi 250k beb..

BMW 3 series baru RM90k, masuk Malaysia jadi RM250k keatas.., 160k cukai jer.., itu tak termasuk lu orang loan kat bank contoh muka 20k, loan 230k... ambik aaarrr 7 tahun dah jadi dekat RM400k. Bayangkan dari RM90k harga keta tadi dah jadi dekat RM400k...? Apa barang beb....!!!!

Jadi kepada rakyat malaysia sekalian..., biar ada akal sikit... bila pembangkang nak turunkan cukai import dan harga rumah so takda sebabnya kepada sesiapa yang berakal nak tolak beb...!!!

Berdasarkan kepada contoh harga kereta di atas saja, Malaysia masih memegang rekod iaitu antara negara yang harga kenderaannya termahal didunia. Lihat perbezaan harga jualan Proton ke Arab Saudi pun dah boleh mencelikkan rakyat Malaysia, di Arab Saudi jual Proton Gen2 RM30k, kat Malaysia cecah RM60k... apa punya sembelih tu... Atau itu yang di namakan "Rakyat Di Dahulukan"... yeaaaa... memang benar slogan itu dan gua tak menafikannya... maksud tersirat slogan tu ialah "Rakyat Di Dahulukan Untuk Di Sembelih"... oleh Keraaaajaan Barisan Najis.

Tak perlulah nak pertikaikan isu permit import (AP) yang mana umum banyak sedia maklum. Siapa dapat dan siapa punya... perut buncit bertambah boroi... kah..kah..kah...

Jikalau kerajaan masih kekal dengan dasar harga yang tinggi untuk pasaran kereta import.., ini menunjukkan yang kerajaan tak kreatif dalam mencari resource income untuk negara. Keraaaajaan hanya bergantung dengan dasar mencekik kewangan rakyat, segala apa masalah dihumbankan dan di bebankan kepada rakyat dengan dasar mengugut dan menaikkan harga barangan.

Walau apa sekalipun yang terjadi, dengan kemudahan teknologi informasi terkini rakyat sekarang sudah celik dan cerdik pandai. Diorang boleh menilai bagaimana cara kerajaan barisan nasional mentadbir Malaysia. Kecuali rakyat spesies umnoapco totok yang tahu melahu dan membebel di kedai kopi akan kesengsaraan menyara keluarga dan letih mencari tambahan pendapatan...

Rakyat yang terdedah kepada informasi terkini boleh buat pilihan kerajaan yang boleh memberi diorang kesenangan.., dan rakyat jugak yang boleh menjatuhkan sesebuah kerajan.. kalau tak kena pada gaya pemerintahannya... kuasa rakyat adalah kuasa keramat... jadi laungan keramat kononnya "Hanya Barisan Nasional Sahaja Yang Boleh Memerintah Malaysia" oleh pemimpin2 umnoapco/bn adalah satu "PEMBOHONGAN BESAR"...

Selama ini Rakyat Ramai telah di Perbodohkan oleh mereka selama hampir 54 tahun...

Kemusykilan gua selama ini, kenapa Jepun jual kereta buatan sendiri kepada rakyatnya lagi murah daripada Proton jual kat rakyat Malaysia..???

Kenapa harga sebenar harga kereta jauh lagi murah dari mula sampai ke Malaysia...? Dan mengapa Keraaajaan barisan nasional perlukan tax sampai 300 persen..???

Kenapa Jepun jual Suzuki Swift yang jauh lagi berkualiti dekat rakyat dia hanya 12k jika nak dibandingkan proton saga baru harga 40++k.. kenapa.. kenapa.. kenapa...?

KENAPA Keraaaajaan barisan nasional/umnoApco, Cukai duit rakyat dengan cara macam ni..?

hahaha.... kenapa... kenapa... dan mengapa...??? Rakyat Malaysia di tipu dan di tindas selama ini... dah tu pulak kalau lu orang sedar... 18 buah negara haramkan proton masuk negara diorang.. sebab Proton takda safety even dah letak SRS Airbag dan fullspec....., adakah nyawa rakyat Malaysia takda value keee..???

Masih dengan persoalan... KENAPA...???? kah..kah...kah....


ikutsukaaku

butakayu akta polis...ceramah pakatan rakyat di serbu...penayang video lucah di biarkan berleluasa...!!!



aksi vedeo lucah nie di biorkan berleluasa....dah 110% nazri pelakunya...tak kan tak nak siasat....tapi jangan siasat aku udah ler...!!!

Sikap double standard yang ditunjukkan oleh polis yang kembali mengganggu ceramah Pakatan Rakyat  sangat sangat di kesali.

Tabiat lama berulang kembali apabila Umno berada di posisi defensif, manakala Pakatan Rakyat di posisi ofensif.

Beberapa siri ceramah di Pokok Sena Kedah dan terakhir di Taman Melawati, Gombak 25 Mac lalu yang berakhir dengan kekecohan.

Semua maklum sekiranya himpunan yang diganggu oleh polis maka akan berakhir dengan kekecohan.

Pihak polis buat-buat tidak faham mengenai keputusan mahkamah yang memutuskan polis kalah dalam perbicaraan di Jelebu dan Rompin, Pahang.

Malahan yang paling malang kadang-kadang OCPD tidak faham Akta Polis, akhirnya telah diperbodohkan oleh peguam bela di dalam mahkamah..

Polis bertindak dulu, walaupun ia bertentangan dengan undang-undang.

Kadang-kadang dengan angkuh ketika masuk ke tempat ceramah seolah-olah satu provokasi kepada orang ramai.

Mereka hendak memastikan malam tersebut ceramah mesti dihentikan, biarkan maklumat tidak sampai kepada orang ramai.

Setakat hari ini, jika perhimpunan atau ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat jika tanpa gangguan polis berakhir dengan aman.

Kita ingin mengigatkan kepada polis bertindaklah secara profesional, jangan cemar institusi ini. Jangan salahkan rakyat jika rakyat sudah tidak hormat institusi polis, tetapi salahkan diri sendiri...

Rakyat pula tertanya-tanya kenapa polis sibuk mengganggu ceramah Pakatan Rakyat, sebaliknya tidak pula menyerbu Hotel Carcosa Seri Negara yang menayang video lucah pada 21 Mac lalu.

Mungkin kerana ia melibatkan mereka yang kebal dan bebal.Di manakah Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan?...

Kedua-dua seksyen itu berkaitan larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam.

Sunday, March 27, 2011

Cara-cara nak bunuh Karier Anwar Ibrahim.



Berikut ada beberapa cara yang korang boleh fikirkan untuk memastikan anwar ibrahim hancur dan hilang terus daripada arena politik malaysia.


1. Dedahkan kandungan rakaman video seks yang membabitkan anwar ibrahim.

Sekarang orang tengah kecoh isu skandal video lucah anwar ibrahim. Ini isu yang sangat baik. Polis dah ada vcd yang dimaksudkan. Namun masih ramai rakyat malaysia tak mempercayai skandal zina yang membabitkan anwar ibrahim. Ini berlaku kerana sebelum ini kerajaan telah terbukti banyak kali memfitnah anwar ibrahim melalui kes liwat yang jelas bangang.

Kes liwat I memang mengarut. Kes liwat II juga begitu. Apatah lagi pelakon yang di liwat kelihatan happy. Itu belum masuk apabila pelakon yang diliwat sempat berjumpa najib, rosmah dan ezam selepas dipercayai liwat. Itu belum masuk buktipelakon liwat yang memuji dsai dalam blog dua hari sebelum diliwat [Untuk rekod, pelakon liwat cakap dia kena liwat sebanyak 9 kali dan kejadian liwat 28 jun ialah hari terakhir dia diliwat]. Itu pun belum masuk ketidaklogikkan pelakon liwat sanggup pakai seluar yang dihadiahkan oleh individu yang dia tuduh sebagai peliwat. Itupun belum masuk spender lembab yang diambil dari rumah bekas tunang pelakon yang diliwat.

Pendek kata semakin lama mengarut skrip liwat neh. Dan semakin banyak pekung yang terbuka semakin terserlah kebangangan kerajaan apabila beria-ria mempertahankan kes liwat II tetapi mengabaikan kes rogol, kes bunuh, kes rompak dan pelbagai lagi kes jenayah yang lebih besar. Dan kebangangan kerajaan lebih terserlah apabila sanggup membela saiful yang diliwat namun masih happy, tetapi mengabaikan pula pelbagai penderitaan mangsa jenayah yang lain. Ada yang dibakar, ada yang dibunuh dengan zalim selepas dirogol, ada yang dibunuh dengan kejam tanpa sebab, ada yang hilang, ada yang didera dan macam-macam lagi jenayah.

Tetapi dimanakah polis untuk mereka? Dan dimanakah badan kehakiman especially gani patail untuk membela mereka dan memastikan penjenayah yang melakukan perbuatan tersebut dihukum? Di mana? Adakah seluruh otak mereka tertumpu kepada kes liwat II? Heh.

Memandangkan kes liwat II sudah memasuki zaman "kerajaan cakap apapun kena booo" maka eloklah polis mendedahkan rakaman video seks yang membabitkan dsai. Isu nya simple. Kalau ahli parlimen boleh tengok, maka apa sebab rakyat tak boleh tengok? Kalau ahli parlimen disuruh tengok untuk memastikan perkara itu benar atau tidak, maka apa sebab rakyat tidak boleh menilai perkara tersebut pula? Kalau ahli parlimen pada hari ini menafikan itu adalah dsai, maka sampai bilakah penafian mereka akan bertahan? Bagaimana pula kalau 2,3 tahun akan datang tiba2 mereka tukar fikiran dan mengatakan pembuat zina dalam vcd tersebut adalah dsai pula?

Maka di sini saksi mata memainkan peranan yang penting. Kerajaan perlu mendedahkan kandungan video seks terbabit. Sebarang alasan tidak akan diterima. Selagi mereka menyorok kandungan rakaman tersebut selagi itu nama mereka akan terus busuk dan dikecam hebat oleh rakyat. Ini terjadi kerana bukan sekali dua mereka bermain fitnah. Bukan perkara baru mereka menfitnah dsai. Ianya satu fakta, sebab itu bila mereka mendedahkan bahawa dsai terlibat dalam skandal zina, manusia bodoh mana yang akan mempercayai kata-kata mereka?

Nah.. pendedahan skandal zina yang membabitkan dsai tidak menjatuhkan dsai. Sebaliknya menjatuhkan maruah kerajaan. Adakah kerajaan rela menerima makian rakyat? Kalau perkara [rakaman seks] itu benar, maka sila tayangkan kepada umum. Kerajaan dan polis nak takut apa? Umum berhak memilih dan menentukan pemimpin mereka. Kami mahu bukti. Aku tak percayakan polis. Aku tak percayakan badan kehakiman di malaysia. Ahli parlimen pun aku tak percaya. Aku hanya percayakan saksi mata aku. Untuk itu aku kena tonton sendiri.

Lagipun kerajaan tak berhak menghakimi moral anwar ibrahim. Ini kerana bila bercakap soal moral umno terpaksa memikirkan pelbagai moraliti umno yang buruk pula. Antaranya isu rahim tamby chik rogol budak bawah umur, video seks chua soi lek, badan kehakiman yang corrupted, campurtangan kerajaan dalam siasatan polis, rekod altantuya yang hilang dari kastam, penyelewengan pkfz, keruntuhan pelbagai bangunan termasuk stadium, makmal sekolah, bumbung parlimen dan keretakkan mrr2.

Itu belum masuk lagi kes adun yang bunuh diri ataupun ditemui mati dalam bilik hotel. Jangan dilupakan isu menteri umno yg terkait dengan skandal rogol amah ataupun gay. Kesemua di atas ada kaitan dengan moral. Samada rasuah, tidak amanah, menipu, berzina ataupun gayying semua cukup.

Oleh yang demikian, hanya rakyat je yang berhak menilai video lucah dan anwar ibrahim. Umno dan kerajaan, jangan masuk campur. Heh.

2. Dedahkan 18 klip lucah yang membabitkan anwar ibrahim.

Ummi hafilda dalam satu kenyataan memberitahu bahawa dia tahu ada seseorang yang menyimpan 18 bukti klip lucah anwar ibrahim. Baca sini. Fuhh. Banyak tue bhai. 18 kliplucah. Bukan satu, bukan dua tapi ada lapan belas klip lucah. Ini hebat!

Ke mana ummi menghilang selama ini aku tak tahu. Mungkin juga anwar ibrahim kurung dia di sesuatu tempat. Tetapi aku tak peduli. Yang aku tertarik ialah 18 klip lucah. Lantaklah kalau korang nak kata aku gila video seks. Aku sikit pun tak heran. Yang aku heran bila ummi nak dedahkan klip seks terbabit. Mendedahkan klip seks terbabit akan menyebabkan dsai jatuh bertangga-tangga. Bukan satu tangga. Tapi bertangga-tangga. Bukan senang nak cipta konspirasi. Tapi kalau pemimpin sendiri yang mendedahkan kelemahan diri, mereka akan jatuh sendiri. Tak perlu bantuan konspirasi pun. Heh.

So disini kelebihan berpihak kepada umno + kerajaan. Ummi tahu siapa yang simpan benda tue. Apa yang perlu ummi buat ialah pergi minta salinan tersebut. Kalau individu terbabit enggan berkerjasama, maka biar polis yang rampas semua klip lucah terbabit. Polis, untuk menjatuhkan dsai, mereka memang cekap. Kita tak perlu ajar. Heh.

Selepas itu dedahkan klip lucah terbabit kepada umum. Tanpa perlu umno bersusah payah memecahkan kepala hotak menjatuhkan dsai, kerana ini jalan yang paling mudah untuk dsai undur diri.
3. Kurung anwar ibrahim dalam rumah / penjara.

Jika kerajaan tiada bukti bahawa dsai terlibat dalam skandal liwat dan zina [seperti di atas] memanglah sukar untuk kerajaan menyakinkan rakyat bahawa perkara di atas adalah benar. Sepertimana yang aku cakapkan tadi, rakyat bodoh mana yang akan mempercayai kerajaan tanpa bukti? Akhirnya kerajaan juga yang akan dikecam dan diherdik bertubi-tubi oleh rakyat marhaen.

Oleh itu, adalah lebih baik jika kerajaan bersikap gentlemen dan berani. Hentikan segala konspirasi dan tunjukkan aje sikap sebenar. Rakyat akan mengutuk pendirian kerajaan yang sangat plastik, tetapi mungkin akan ada rakyat yang hormat pada kerajaan yang melakukan tindakan secara terang-terangan.

Untuk itu, lebih baik tangkap dsai dan kenakan perintah berkurung dalam rumah. Pastikan dia tiada akses internet. Untuk lebih kejam, larang dia bertanding dengan mengubal ataupun mencipta undang2 yg merepek yang menyebelahi kerajaan. Kerajaan memang pakar dalam merepek melalui undang2. Perkara neh tak perlu di ajar lagi. Tengok sahaja akta ISA sebagai salah satu contoh. Kalau nak lagi boleh baca perjalanan kes aminulrashid. Ada pernah kerajaan bersalah? Tak pernah bhai. Sebab tue walaupun diherdik kerajaan tetap slumber tahan kartun zunar. Mereka tak pernah kesah apatah lagi peduli.

So kalau menahan anwar ibrahim atas sebab-sebab merepek sekalipun, not a big deal for them even for us [rakyat]. Kalau ada rakyat yang memberontak, gunakan sahaja polis dan fru untuk menghentam rakyat. Aku yakin ini kepakaran mereka. Malahan di iktirafkan diluar negara. Check dengan pdrm sendiri kalau tak percaya. Malaysia memiliki polis yang terbaik kerana bijak menanggani para pendemo. Heh.

Mengantung dsai masuk parlimen selama 6 bulan [kini tinggal lagi beberapa bulan je] belum cukup.Enam bulan bukan tempoh yang lama. Ianya sekejap. Pejam celik, pejam celik tahu-tahu je dah enam bulan. So takan lepas enam bulan kerajaan perlu perah otak untuk cipta konspirasi lain pula? Takan nak cipta konspirasi anwar ibrahim merogol maknyah? Mampos orang percaya. Buat bahan kena gelak je bhai. Konspirasi liwat I dan II dan zina I pun orang dah kutuk kerajaan macam-macam. Heh.

4. Bunuh anwar ibrahim.

Upah pembunuh upahan dan bunuh anwar ibrahim. Cari waktu yang sesuai untuk membunuh anwar ibrahim. Culik anwar ibrahim sebelum bunuh tak relevan. Takut nanti tertinggal bukti-bukti yang tidak sepatutnya. Perlu di ingat, bukan semua polis ialah pro kejahatan. Ada di antara mereka yang berkhidmat kerana Allah swt. Jika berkebetulan kes siasatan ini diterajui oleh polis yang amanah maka sang bakal pembunuh dsai akan bermasalah besar.

Oleh itu lakukan tindakan pembunuhan on the spot. Samada tembak sampai mati ataupun bom hingga hancur. Pilih dua. Mereka yang ada cita-cita untuk melupuskan anwar ibrahim memang berkelayakan untuk akses kepada dua medium ini. Apabila dsai mati kelak, mereka tak perlu pecah otak untuk cipta konspirasi.

Apa perlu mereka buat ialah buat-buat simpati dan cari jalan untuk tutup kes dengan cepat. Jangan risau, kematian ahli politik di malaysia bukan perkara baru. Belum terbukti lagi yang rakyat akan bangkit menentang. Kalau nak tahu, sila bunuh terlebih dahulu

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here