cari maklumat di sini

Your Ad Here

Friday, September 30, 2011

bomoh dajal tumpang semangkuk....ambil kesempatan terhadap pesakitnya yang datang mendapat rawatan barah payudara...!!!

Seorang pengamal perubatan tradisional berhadapan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda atau sebatan atas dakwaan mencabul seorang pesakitnya pada Ogos lalu.

Gambar: ISA dibawa anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret di Kangar semalam selepas didakwa atas tuduhan mencabul seorang remaja perempuan yang hendak mendapatkan khidmat rawatan barah payudara daripadanya.

Isa Man, 67, dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan di bawah Seksyen 354 Kanun keseksaan iaitu menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan mangsa.

Berdasarkan fakta kes, Isa dituduh melakukan perbuatan tersebut di sebuah bilik rumah bernombor 188, Kampung Seberang Alor, Kuala Perlis pada pukul 10.30 malam 21 Ogos lalu terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun ketika menjalankan rawatan di bilik tersebut.

Mangsa yang datang bersama nenek dan ayah saudaranya telah menemui tertuduh bagi mendapatkan rawatan tradisional untuk menyembuhkan penyakit barah payu dara yang dialaminya

hidup hanya untuk menipu...Wang RM500,000 lesap angkara kepala surat agensi kerajaan...!!!!

Penipuan melibatkan penggunaan kepala surat agensi kerajaan semakin berleluasa, terbaru melibatkan kerugian sehingga RM500,000 oleh seorang ahli perniagaan.

Pengarah Urusan Weng Yip Engineering Enterprise, Yip Kam Weng mendakwa ditipu seorang wanita yang mengaku boleh membantu mendapatkan permit mengambil pasir di Tanjung Tualang untuk projek pembinaan jalan raya.

Mangsa mulanya diperkenalkan seorang rakan kepada seorang wanita yang mengaku mempunyai tanah lombong dan sedia membantu untuk memperoleh pasir lombong yang diinginkan.

Tanpa menyelidik latar belakang wanita berkenaan, mangsa terus percaya dan memberikan wang pendahuluan sebanyak RM50,000 kononnya sebagai deposit dan kemudiannya meminta beberapa lagi jumlah wang untuk urusan memperoleh permit pasir.

Wanita berusia 32 tahun itu kemudiannya memperdaya mangsa dengan memberikan surat kelulusan daripada Pejabat Daerah dan Tanah Kinta yang dipalsukan.

Penipuan terbongkar selepas pasir yang sepatutnya dibekalkan untuk projek jalan raya di Kampung Gajah tidak dapat disediakan berikutan permit dikeluarkan kepada pihak lain.

Keliru dengan surat yang diterima, Kam Weng mengemukakan aduan kepada Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Negeri.

Ketua Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional berkenaan, Mohd Rawi Abdullah membuat rujukan dengan pihak Pejabat Daerah dan Tanah Kinta dan mendapati permit telah dikeluarkan individu lain.

Katanya, wanita berkenaan cuma menukarkan alamat individu sebenar yang memiliki permit itu dengan alamat Weng Yip Engineering Enterprise.

“Saya tanya dia (wanita itu) tentang perkara itu dan dia mengaku menipu. Saya juga minta dia bayar duit yang telah dikeluarkan untuk urusan atau proses permit itu.

“Memang dia ada bagi 10 cek untuk bayar balik semua wang saya tetapi dua daripada cek itu adalah cek tendang, selebihnya belum lagi dicuba untuk ditunaikan kerana mungkin cek tendang juga,” luah Kam Weng.

Sehubungan itu, laporan polis telah dibuat dan Kam Weng akan mengenakan tindakan undang-undang terhadap wanita berkenaan.

Pihak Pusat Khidmat dan Aduan BN juga akan membawa kes berkenaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Perdana Menteri, Pejabat Tanah dan Galian serta Ketua Polis Negara.

“Isu ini cukup serius dan jika tidak dibendung, ia akan memburukkan imej agensi kerajaan.

“Mana-mana pihak yang pernah alami masalah sama diharap tampil melaporkan kejadian itu kepada polis untuk siasatan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

BERSIH 3.0 di Brazil kot,..???...594 Batang Penyapu Dipacak Depan Parlimen

 

Sekumpulan aktivis membuat demonstrasi dengan memacak 594 batang penyapu di hadapan bangunan Kongres Kebangsaan Brazil di sini.

Gambar: PEMANDANGAN 594 penyapu yang dipacak di hadapan bangunan Parlimen Brazil di ibu negara Brazil, Brasilia kelmarin.

Tindakan kumpulan aktivis hak asasi manusia, dikenali sebagai Pergerakan Sungai Keamanan itu dibuat sebagai simbolik bagi menggesa pemerintah membasmi gejala rasuah di Brazil.

Jumlah penyapu yang dipacak itu bersamaan dengan jumlah timbalan dan senator yang menganggotai Kongres Kebangsaan Brazil.

Demonstrasi yang sama pernah dilakukan di pantai Copacabana di bandar raya Rio de Janeiro awal bulan ini. - AFP

Thursday, September 29, 2011

mahkamah pun tahu...pakai baju BERSIH tak menyalahi undang undang...!!!!

Seorang peguam, Mohd Fadzli Mohd Ramly berkata tuduhan yang dijalankan ke atas beliau sebelum ini merupakan satu "tindakan mengarut" kerana pendakwaan adalah atas kesalahan memiliki baju-T yang mempunyai logo BERSIH.

Katanya, pendakwaan itu mengarut kerana beliau tidak berniat untuk mengancam keselamatan negara apabila beliau memakai baju-T berkenaan sebelum ditahan di Markas PAS Kampung Mentara, Rompin pada 2 Julai lalu.

Selain Mohd Fadzli, 33, turut ditahan dalam malam kejadian itu ialah seorang peniaga, Abdul Manaf Md Hassan, 41 kerana memakai baju-T yang tertera tulisan 'BERSIH2.0, menuntut pilihan raya bersih dan adil.'

Kedua-dua lelaki itu didakwa keesokan harinya di Mahkamah Sesyen Kuantan mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 dan mahkamah turut membenarkan kedua-duanya diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.

Hakim, Fathiyah Idris bagaimanapun membebaskan tanpa melepaskan Mohd Fadzli dan juga Abdul Manaf daripada tuduhan berkenaan hari ini.

Ketika dihubungi, Mohd Fadzli berkata beliau masih belum berpuas hati dengan keputusan berkenaan dan mahkamah masih belum memulangkan baju-T yang dirampas daripadanya sebelum ini.

"Ini tuduhan mengarut dibuat akibat rasa terdesak kerajaan Umno dan BN hendak susahkan rakyat yang tuntut pilihan raya bersih dan adil," katanya lagi.

"Kita sedang menimbang sama ada akan ambil tindakan. Kita sedang fikir sama ada hendak failkan saman (ke atas kerajaan)," katanya yang juga timbalan pengarah PAS kawasan Dewan Undangan Negeri Tioman.

Pendakwaan dilakukan ketua unit pendakwaan negeri Pahang, Kalmizah Salleh manakala tertuduh diwakili peguam Hon Kai Ping dan Hisham Ramzam.

malaysia negara mafia...Penarik Kereta Parah dihujani peluru mafia...!!!

LOKASI Subramaniam terkena tembakan ala mafia di Jalan Metro Prima, Kepong, Kuala Lumpur semalam.

Dua lelaki yang bersenjatakan sepucuk pistol bertindak ala mafia apabila melepaskan 12 das tembakan ke arah seorang penarik kereta menyebabkan mangsa dan dua orang awam cedera dalam kejadian di Jalan Metro Prima, Kepong di sini semalam.

Kejadian yang menggemparkan pada pukul 5.40 petang itu berlaku ketika mangsa yang dikenali sebagai Subramaniam, 43, sedang minum di sebuah kedai di situ. Dia mempunyai dua rekod jenayah lampau.

Tanpa diduga, salah seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ dan memakai topi keledar berpenutup terus melepaskan 12 das tembakan tanpa henti ke arah mangsa pada jarak kira-kira 20 meter.

Dua tembakan itu mengenai perut dan tangan lelaki itu manakala bakinya tersasar lalu terkena pada dua orang awam. Dua mangsa itu terkena serpihan peluru pada kaki masing-masing.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian itu bermotifkan dendam berdasarkan cara suspek menyerang mangsa yang seolah-olah ingin membunuh lelaki itu.

Susulan Letupan Di Empire Shopping Gallery....Pasangan kekasih 'terbang' akibat letupan

Seorang pemuda yang berada di bangunan Empire Shopping Gallery di sini semalam memberitahu, dia dan kekasihnya melayang beberapa meter selepas terdengar bunyi letupan kuat dari dalam bangunan tersebut.

Serentak itu, Daryl Chua Chin Hong, 27, berkata, dia turut nampak banyak benda berterbangan, cermin kedai pecah dan beberapa sudut bangunan itu terbakar.

Ceritanya, keadaan ketika kejadian pada pukul 3.40 pagi amat menakutkan kerana hampir separuh blok A bangunan yang sebelum ini gah musnah dalam sekelip mata.

"Ketika itu, saya dan teman wanita saya mahu membayar kupon letak kereta di hadapan bangunan itu sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan.

"Impak letupan tersebut menyebabkan kami berdua melayang ke belakang sebelum terjatuh," cerita Daryl yang memberitahu kejadian itu merupakan pengalaman paling menakutkan dalam hidupnya ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam.

Selain dia dan kekasihnya, katanya, suasana di luar bangunan agak sunyi kerana kebanyakan kedai di bangunan sudah tutup. Empire Shopping Gallery mempunyai empat blok iaitu blok A, B, C dan blok D.

Sebelum itu, Daryl berkata, dia dan teman wanitanya, Hibbie Tan Wern Fang, 24, baru keluar dari sebuah restoran di aras LG di blok A bangunan tersebut.

"Kami yang menaiki kereta masing-masing kemudian berdiri di hadapan mesin untuk membayar kupon tempat letak kenderaan," katanya.

Namun, belum sempat pasangan itu membuat bayaran, bangunan tersebut bergegar ekoran satu letupan kuat sehingga menyebabkan mereka tercampak.

lupus mayat...Bangla kena "lupus" 80 bulan

Seorang lelaki warga Bangladesh dijatuhi hukuman penjara 80 bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini atas dua pertuduhan melupuskan mayat seorang wanita warga Indonesia dan anak lelakinya di sebuah kondominium di Taman Kosas, Ampang.

Majistret Wan Karimah Wan Ab. Ghani memerintahkan hukuman penjara 40 bulan bagi setiap pertuduhan berjalan secara berasingan terhadap Mosharof Hossain bermula tarikh dia ditangkap pada 15 Ogos lalu.

Mosharof, 23, didakwa melupuskan mayat Siti Sando, 35, dan anaknya, Mohd. Shukri berusia dua tahun, untuk melindungi pesalah daripada tindakan undang-undang yang didakwa dilakukan di No 40 Tingkat 5, Blok Chrsyaa Astaria Apartment, Taman Kosas, Ampang di sini antara 11.20 pagi, 29 Julai lalu dan 11 pagi, 3 Ogos lalu.

Kesalahan mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda. - Bernama

Wednesday, September 28, 2011

awas kepada kaum wanita...Serbuk Perangsang Nafsu...bakal mencari mangsa rogol....!!!

Caranya mudah. Cuma koyak, campurkan ke dalam minuman dan kacau hingga sebati, namun kesannya amat berbahaya kerana ia dikatakan mampu meningkatkan nafsu seks wanita secara mendadak hingga memudahkan mereka menjadi mangsa rogol.

Bungkusan serbuk perangsang seks yang berharga RM15 hingga RM50 sebungkus itu kini sering digunakan lelaki hidung belang sekitar bandar ini untuk memerangkap wanita yang baru dikenali hingga ke bilik tidur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan meminta orang ramai terutama wanita lebih berhati-hati untuk mengelakkan mereka menjadi mangsa lelaki yang melakukan jenayah seks menggunakan serbuk perangsang seks terbabit.

Menurutnya, biarpun belum menerima laporan kes khususnya rogol yang menggunakan bahan perangsang seks terbabit, polis tidak menolak kemungkinan kejadian seperti itu boleh berlaku.

oh melayu bangsat ku...pakai baju terbalik dedah skandal haram adik..

Tindakan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun memakai baju dan seluar sukan secara terbalik ketika bergegas pulang ke rumah selepas dihubungi kakaknya menerusi telefon bimbit membongkar rahsianya yang cuba melakukan hubungan seks dengan teman lelaki dalam kejadian di Kampung Pengkalan Nyireh, di sini, Ahad lalu. Gambar hiasan

Menurut sumber, kejadian bermula apabila kakak remaja terbabit berusia 28 tahun terjaga daripada tidur dan mendapati remaja itu tiada di biliknya di rumah mereka di kampung berkenaan pada jam 4 pagi.

“Mengesyaki remaja itu keluar bertemu teman lelakinya di sebuah resort di daerah ini, wanita itu menghubungi telefon bimbit adiknya, namun tiada jawapan.

“Wanita berkenaan yang mengenali teman lelaki adiknya yang berusia 21 tahun menghubungi telefon bimbit lelaki terbabit, tetapi diberitahu dia tidak mengetahui di mana remaja itu berada sebelum remaja berkenaan tiba di rumah beberapa minit kemudian,” katanya.

Sumber berkata, bimbang rahsianya terbongkar, remaja terbabit mencipta pelbagai helah memperdaya kakaknya yang mengesyaki dia bertemu teman lelaki selepas pelik melihat pakaian dipakai terbalik.

Selepas didesak, remaja berkenaan yang juga pelajar sekolah menengah di bandar ini akur dan mengaku bertemu teman lelaki sebelum kakaknya membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, di sini, jam 11 pagi hari sama.

Sumber berkata, ekoran laporan itu, remaja wanita terbabit dihantar ke Hospital Besut, di sini, untuk pemeriksaan dan mendapati tiada kesan koyakan lama sebaliknya hanya kesan merah pada luar kemaluannya.

Polis percaya remaja terbabit tidak sempat melakukan seks kerana terkejut panggilan telefon kakaknya ketika berada di kolam renang resort berkenaan.

pelacur solo nak gasak lelaki miang

 

Penglibatan wanita asing dalam kancah pelacuran seakan-akan tiada penghujungnya walaupun banyak operasi dilakukan apabila mereka kini didapati menggunakan dua taktik baharu bagi mendapatkan wang.

Pelacur-pelacur muda berusia lingkungan 20-an dari China, Uzbekistan, Vietnam, Afrika, Mongolia dan Filipina itu kini memilih menjalankan perniagaan secara bersendirian tanpa membabitkan ejen dan akan ‘beraksi’ di kondominium atau apartmen mewah.

Difahamkan, rata-rata mereka yang memasuki negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial dan pelajar, mengenakan bayaran RM500 untuk sekali perkhidmatan.

Mereka yang terlibat kebanyakannya pernah dijadikan pelacur oleh ejen masing-masing ketika mula datang ke sini dengan bekerja di pusat urut dan refleksologi. Mungkin kerana bosan dicekup, mereka kemudian memilih modus operandi baharu itu.

Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Azman Mohd. Isa (gambar) memberitahu, siasatan mendapati, pelacur dari Afrika, Nigeria, Filipina, Vietnam dan China memilih untuk bergerak sendiri mencari pelanggan.

Katanya, pelacur yang menggunakan pas lawatan sosial dan pelajar itu hanya perlu ke kelab malam untuk memancing pelanggan sebelum membawa mereka ke hotel atau rumah sewa untuk lakukan seks.

“Alasan yang sering diberi jika dicekup ialah mereka perlu mencari duit lebih untuk menampung yuran pengajian kolej. Berdasarkan tangkapan, lebih 50 peratus pelacur negara itu telah datang ke sini berulang kali.

“Ketika dinaungi sindiket, mereka terpaksa menggunakan orang tengah untuk mencari pelanggan tetapi selepas mahir dan mempunyai pelanggan tetap, mereka ‘membuka’ perniagaan sendiri. Cara itu lebih menguntungkan kerana tidak perlu bayar wang perlindungan,” dedahnya.

Azman memberitahu, pelacur dari Mongolia, Uzbekistan, China dan Vietnam pula didapati lebih cenderung menggunakan kondominium dan apartmen mewah untuk menjalankan aktiviti persundalan di sini.

Bagaimanapun katanya, mereka masih memerlukan ejen untuk mencari pelanggan. Mereka mengenakan bayaran RM1,000 bagi setiap perkhidmatan kerana berstatus pelacur kelas atasan.

“Polis menghadapi kesukaran untuk mengekang dan mengesan mereka kerana mereka tidak menetap di kondominium dan apartmen mewah tersebut dan kerap berpindah,” katanya.

Ujar Azman, selain itu, premis tersebut mempunyai kawalan keselamatan yang ketat serta mempunyai kamera litar tertutup.

Bagaimanapun katanya, polis ada juga melakukan serbuan dan tangkapan terhadap pelacur yang menggunakan taktik sebegitu.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti pelacuran supaya menyalurkannya kepada polis berikutan bilangan pelajar dan pelancong warga asing yang terlibat meningkat saban tahun.

bukan mudah nak mati rupanya....Hidup semula selepas dimasukkan dalam beg mayat

Seorang wanita yang berusia 60-an yang dirawat kerana sakit pneumonia dihantar terlalu cepat ke rumah mayat selepas diisytiharkan mati oleh seorang doktor, lapor akhbar Globo kelmarin.
Doktor tidak dapat mengesan sebarang tanda-tanda penting, melakukan ujian dan mengesahkan dia mati.
Dia kemudian dihantar ke bilik mayat dan berada selama dua jam di dalam beg plastik.

"Saya datang untuk memberikan ibu saya satu pelukan terakhir dan ketika itu saya berasa ibu saya masih bernafas. Saya menjerit mengatakan ibu saya masih hidup tetapi petugas di situ melihat seperti saya orang gila," kata anak perempuan wanita berkenaan, Rosangela Celestrino.
Pegawai-pegawai hospital yang menjalankan ujian dan mendapati Rosa Celestrino de Assis mengalami dua strok dan memerlukan bantuan pernafasan.


Pada pukul 7.30 malam waktu tempatan pada hari Jumaat, seorang jururawat menghubungi seorang doktor kerana wanita tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda penting akan hidup. Doktor kemudian mengesahkan kematiannya dan mayatnya dihantar ke rumah mayat.

Pengarah hospital, Manoel Moreira Filho menyatakan kesilapan tersebut dikesan pada pukul 10 malam dan wanita tersebut segera diberikan rawatan bantuan pernafasan. - AFP

wanita saudagar sampah ...gedung 24 tan sampah dalam rumah

Seorang wanita warga emas memiliki hobi pelik apabila sanggup menjadikan rumahnya sebagai tempat menyimpan pelbagai jenis sampah yang dikutip setiap hari selain makan dan tidur di situ sejak 10 tahun lalu.

Sehingga kini, wanita berusia 60-an itu hidup dikelilingi sampah-sarap seberat 24 tan dan hobinya itu dipercayai bermula selepas suaminya meninggal dunia menyebabkan dia ketandusan kasih sayang serta sunyi hidup bersendirian selepas anaknya tinggal berjauhan.

Ekoran sifat peliknya itu, jiran di kawasan sekitar itu membuat aduan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) supaya mengambil tindakan berikutan tidak tahan dengan bau busuk dari rumahnya.

Ahli Majlis Zon 14 MBPJ, R Selvarajan berkata, bertindak selepas menerima aduan orang ramai, seramai 50 kakitangan MBPJ diketuai beliau sendiri ke rumah terbabit dan mendapati hampir setiap sudut kediaman berkenaan dipenuhi sampah.

“Ini kes pertama di kawasan ini. Agak mengejutkan melihat rumahnya yang dipenuhi pelbagai jenis botol, plastik, kayu dan pelbagai sampah-sarap lain.

“Lapan lori terpaksa digunakan untuk mengeluarkan sebanyak 24 tan sampah dari rumah terbabit selepas dibersihkan,” katanya selepas operasi berkenaan, semalam.

Operasi bermula jam 8.30 pagi itu turut disertai anggota polis Petaling Jaya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor. Selvarajan berkata, bagi kesalahan itu, denda dikenakan ke atas wanita terbabit berikutan kesalahan membiarkan pembiakan nyamuk aedes.

Menurutnya, setiap hari seawal jam 4 pagi, warga emas itu akan keluar mengayuh basikal untuk mengutip sampah sebelum membawa pulang pada sebelah malam.

“Menurut jirannya, wanita itu tidak mempunyai masalah kewangan untuk menyara hidup kerana anaknya selalu memberikan wang selain mempunyai beberapa rumah sewa,” katanya.

“Tetapi, disebabkan dia hidup berseorangan dan tidak tahu berbuat apa-apa, dia bertindak sedemikian,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan merujuk wanita berkenaan di hospital bagi mengenal pasti sama ada dia mempunyai masalah mental atau tidak.

Tuesday, September 27, 2011

bukan kapal terbang...tapi Lif Yang Terhempas....Wanita Hamil Cedera

Seorang wanita hamil tujuh bulan patah kaki kanan selepas lif yang dinaikinya jatuh terhempas di pusat membeli belah Selayang Mall di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang, mangsa Norazlina Mohd. Yusoff 9gambar), 25, bersama enam lagi ahli keluarganya dan beberapa individu lain menggunakan lif tersebut untuk turun dari tingkat empat ke tingkat paling bawah.

Norazlina berkata, beliau sekeluarga masuk ke dalam lif itu dari tingkat empat kawasan parkir sebelum lif tersebut berhenti di tingkat tiga untuk mengambil penumpang yang merupakan satu keluarga dan tiba-tiba berhenti di tingkat ‘G’ (ground floor) tanpa pintu terbuka.

"Secara tiba-tiba lif tersebut naik semula ke tingkat satu sebelum terus menjunam ke tingkat paling bawah (lower ground),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Selayang.

Beliau berkata, kesemua mereka kemudiannya dikeluarkan oleh pengawal keselamatan bangunan itu dan orang ramai yang kebetulan berada di situ sebelum yang tercedera dikejarkan ke hospital tersebut.

"Ketika kejadian kira-kira 12 orang berada dalam lif termasuk keluarga saya yang terdiri dari suami, emak, nenek dan ahli keluarga lain dan ia berlaku sekelip mata...semua orang terjatuh dan keadaan menjadi huru-hara.

"Saya sendiri cuba menahan dari terjatuh bagi menyelamatkan bayi dalam kandungan dan akibatnya kaki kanan patah namun saya bersyukur bayi dalam kandungan selamat, malah anak saudara berusia 8 bulan yang dikendong suami turut selamat,” kata Norazalina, seorang kerani swasta.

Norazalina berkata, mereka menunggu kira-kira 20 minit sebelum ambulans tiba dan ahli keluarganya yang cedera ringan seperti neneknya, mendapat rawatan pesakit luar di hospital itu.

Katanya, bagaimanapun mereka yang lain tidak mengalami kecederaan. — Bernama

Lif terhempas: Suami buat laporan polis

KUALA LUMPUR – Suami wanita hamil tujuh bulan yang patah kaki kanannya selepas terlibat dalam kejadian lif terhempas di Pusat Beli-belah Selayang Mall dekat sini membuat laporan polis malam tadi.

Noor Fahmi Izwan Othman, 25, membuat laporan polis itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak kira-kira jam 11.00 malam.

"Saya membuat laporan polis kerana merasakan berlaku kecuaian di pihak pengurusan pusat beli-belah itu sehingga terjadinya insiden semalam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, unit pengurusan pusat beli-belah itu, Seal Incorporated Berhad (SIB) ketika dihubungi menafikan laporan sebuah akhbar bahawa kejadian itu berpunca daripada kabel yang putus.

Pengurus Promosinya, Desmond Ting berkata: “Kita sudah memeriksa kabel itu dan ia masih dalam keadaan baik.

“Bagaimanapun pada masa ini kita sedang menunggu laporan konsultan kita yang lebih pakar untuk mengetahui laporan dan punca sebenar kejadian ini,” katanya.

Noor Fahmi dan isterinya Norazlina Mohd Yusoff, 25, bersama enam lagi anggota keluarganya serta beberapa individu lain sedang menaiki lif itu untuk turun dari tingkat empat ke tingkat paling bawah bila kejadian itu berlaku pada kira-kira 5.00 petang. – Bernama

singa pun sayangkan anak...inikan manusia yang punya otak dan akal fikiran...sanggup buang anak...!!!

Dalam keadaan nyawanya terancam selepas jatuh di lurah yang curam, anak singa ini mengharapkan bantuan yang dapat menyelamatkannya daripada maut.

Keempat-empat singa betina itu meninjau ke bawah tetapi berundur kerana bimbang dengan kecuraman lurah itu.

Akhirnya, satu-satunya faktor yang menentukan siapa di antara mereka yang sanggup menggadai nyawa untuk menyelamatkan anak singa malang itu ialah kasih sayang ibu.

Dengan perlahan dan penuh dengan kesukaran, singa berkenaan menuruni bukit, menuju ke arah si anak, menggunakan kukunya yang kuat untuk mencengkam tebing yang curam itu.

Andai kata dia tergelincir, ibu dan anak singa itu pasti terjatuh ke dalam gaung dan mati.

Ketika anak singa itu yang keletihan hampir jatuh, si ibu mengelilinginya dari bawah dan menyambar dengan rahangnya.

Ibu singa itu kemudian memulakan pendakian yang sama mencabar. Beberapa minit selepas itu, mereka tiba di atas dan dia mententeramkan si anak yang kelihatan masih ketakutan dengan menjilat kepalanya.

Gerakan menyelamat itu, yang dirakam oleh jurugambar hidupan liar, Jean-Francois Largot, di Taman Hidupan Liar Masai Mara, Kenya.

Ibunya tiba di tebing lurah itu dengan tiga singa betina dan seekor jantan.

IBU singa di tebing lurah sementara anaknya di bawah.

SI IBU merangkak dari tepi sebelum menyambar anaknya yang hampir jatuh.

IBU singa menggonggong anaknya naik ke atas semula.

SI ANAK dijilat ibunya selepas berjaya diselamatkan.

nie manusia yang jenis tak sayangkan anak...lebih bangsat taraf cipan dari benatang...!!!

kembali akhlak manusia ke tempat yang serendah-rendahnya

Beribu-ribu orang menanggalkan pakaian mereka dan berlari dengan memakai pakaian dalam di bandar ini kerana membantah undang-undang negeri yang dianggap kolot.

Penganjurnya, Nate Porter berkata, acara yang dikenali sebagai Larian Pakaian Dalam itu diadakan pada Sabtu lepas untuk memprotes sistem politik konservatif di Utah.

Pihak penganjur, bagaimanapun, tidak membenarkan orang ramai berbogel dalam larian berkenaan.

Mereka sebaliknya berlari dengan memakai coli, seluar dalam, gaun malam dan seluar pendek manakala sebahagian peserta turut menulis mesej-mesej yang menyokong perkahwinan sejenis di dada serta belakang mereka.

Menurut Porter, sekitar 3,000 orang mengambil bahagian dalam larian sejauh 1.6 kilometer itu di pusat kota raya ini. - AP

 

Firmankan oleh Allah s.w.t.

لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya [At-Tin : 4-5]

Monday, September 26, 2011

Agak agaknya la...Berapa Kos Ubahsuai Bas yang 2 ekor malaun ini naik mengalahkan kapalterbang mewah..!!!

a

Perdana Menteri Najib Tun Razak diiringi isteri Rosmah Mansor menaiki bas sempena lawatan sehari beliau ke Perak di sini, Sabtu lalu.
Turut hadir Menteri Besar Perak, kaki bodek, Zambry Abd Kadir (kanan) dan isteri Sharifah Zulkifli (kiri) .

Gambar ini dirakamkan ketika Najib dalam perjalanan dari pekan Tanjung Tualang ke Sekolah Kebangsaan Changkat Tin bagi menghadiri majlis perkahwinan iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohd Radzi dan pasangannya Ahmad Fariz Hassan.

Namun, ramai yang tidak tahu, inilah bentuk dan rupa bas yang dinaiki Najib dan isterinya itu. Kalau macam ini rupa bas yang dinaiki Najib dan Rosmah (macam hotel) memang tidak terasa apa-apa macam naik kapalterbang sahaja. Namun tahukah Najib bahawa bas yang rakyat naik kadang-kadang tiada air-condition, kadang-kadang kusyennya tercabut, bunyinya macam lori hantu.

dah kena kencing dengan Lin Dan...akhirnya Chong Wei kempunan jugak...!!!

pix_middle

HASRAT untuk menyaksikan pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei merangkul trofi kejuaraan ketujuh tahun ini tidak kesampaian apabila tewas pada final Terbuka Jepun di tangan Cheng Long dari China, semalam.

Dia yang dikatakan mengalami kecederaan ringan di bahu, tewas kepada pemain ranking keempat dunia itu dalam pertarungan tiga set 8-21, 21-10, 19-21 yang mengambil masa 1 jam 13 minit.

Kekalahan itu memberi petanda baru buat pemain nombor satu dunia bahawa bukan saja Lin Dan yang mampu memusnahkan impian emas Sukan Olimpik malah dia perlu lebih berwaspada kepada lawan lain dari Tembok Besar China mungkin sekali lagi akan memusnahkan impian memburu emas buat kali terakhir di Olimpik.

Bagi jurulatih, Tey Seu Bock, kecederaan Chong Wei itu bukanlah menjadi punca kekalahannya kepada pemain muda China itu namun mengakui kelebihan memihak kepada Cheng Long selepas tidak beraksi di peringkat separuh akhir kelmarin berikutan drama yang dicetuskan oleh jaguh China, Lin Dan yang menarik diri.

“Saya akui Cheng Long bermain dengan bagus hari ini (semalam) terutama apabila dapat membaca semua pergerakan Chong Wei di set pertama sehingga mengakibatkan dia gagal mengatasi lawan dan mula hilang fokus,” katanya ketika mengulas kekalahan di set pertama, 8-21.

Bangkit di set kedua, Chong Wei mula menemui rentak untuk menang dan mengajak lawan beraksi di set penentuan yang akhirnya terpaksa akur dengan kekalahannya itu. “Mungkin kelebihan memihak kepada Cheng Long. Dia dilihat begitu bersedia sebelum turun menentang Chong Wei dan kelihatan bertenaga di perlawanan akhir kerana tidak turun sebelum ini.” Biarpun tewas, rekod pertemuan masih lagi memihak kepada Chong Wei yang menang empat dari enam pertemuan selepas menang Terbuka Indonesia dalam pertemuan straight set Jun lalu.

ingat kerjanya hanya campak tertuduh dari banggunan tinggi...rupanya Pegawai SPRM pon pandai tibai duit..!!!!

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan tegas menukar tiga pegawainya yang disyaki menyamun pengurup wang rakyat asing pada 15 September lalu ke bahagian pentadbiran jabatan itu.

Tiga pegawai SPRM yang dilaporkan bertugas di ibu pejabat SPRM Putrajaya sebelum ini ditahan kerana disyaki menyamun seorang pengurup wang rakyat asing kira-kira RM900,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Zakaria Jaffar berkata pertukaran itu bagi memastikan ketiga-tiga pegawai berusia 20 hingga 35 tahun itu tidak terlibat dalam kes penyiasatan sepanjang siasatan polis.

“SPRM memandang serius kes ini dan tidak akan melindungi pegawai-pegawai berkenaan yang didakwa terlibat dalam perbuatan jenayah.

“Justeru tindakan telah diambil untuk menukar pegawai-pegawai berkenaan ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia berkuatkuasa serta merta dan hanya akan menjalankan tugasan pentadbiran sepanjang siasatan polis,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian penyerahan Kompleks Pejabat SPRM Kelantan di sini hari ini.

Dipetik Bernama Online, Zakaria berkata pihaknya kini sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kes itu bagi menentukan sebarang pelanggaran peraturan yang serius dan jika terdapat pelanggaran, SPRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang lebih berat dan setimpal.

Beliau berkata ketiga-tiga pegawai terbabit terdiri daripada pegawai berpangkat Pemangku Penolong Pesuruhjaya (Gred P48), Penolong Kanan Penguasa (Gred P32) dan Penolong Penguasa (Gred P29)

Gereja di Solo, Indonesia di serang pengebom berani mati...

SATU mayat seorang pengebom berani mati terbaring di depan pintu gereja Injil Bethel di Solo, Jawa Tengah semalam.

SOLO - Seorang pengebom berani mati menyerang sebuah gereja semalam menyebabkan 27 orang cedera, sebahagiannya kritikal manakala para penganut keluar ke jalan raya dalam keadaan panik.
Ia merupakan kejadian terbaharu dalam satu siri serangan ke atas kumpulan-kumpulan minoriti di negara ini yang mempunyai jumlah penduduk Islam terbesar di dunia.

Bandar Solo yang didiami kira-kira 500,000 orang merupakan tempat kediaman seorang guru agama, Abu Bakar Bashir yang dipenjarakan Jun lalu kerana terlibat selama 15 tahun dalam sebuah kumpulan pengganas.
Seorang penganut Kristian, Kristanto berkata, dia dan isterinya bersedia untuk meninggalkan gereja Injil Bethel apabila bom tersebut menggegarkan bangunan berkenaan.

"Terdapat jeritan dan histeria. Suasana aman semalam telah menjadi situasi yang kelam-kabut," katanya.
Pengebom tersebut berada di dalam gereja bersama dengan penganut Kristian lain semasa dia bangun dan meletupkan bom ketika dalam perjalanan pulang.

Menteri Penyelaras Politik, Undang-Undang dan Hal Ehwal Awam, Djoko Suyanto berkata, Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono mengutuk keras perbuatan keganasan itu. - AFP

Main "Pondok-pondok" akhirnya kena cabul....!!!

Gara-gara mahu meniru aksi melakukan hubungan seks ketika bermain ‘pondok-pondok’ bersama sepupunya, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan polis selepas mencabul kanak-kanak itu yang berusia empat tahun, kelmarin. Gambar hiasan.

Difahamkan, remaja lelaki terbabit ditahan polis selepas keluarga kanak-kanak itu membuat laporan dan pemeriksaan mendapati ada kesan cabul pada bahagian kemaluan mangsa.

Sumber menyatakan dalam kejadian tengah hari itu, kedua-duanya bermain di rumah mangsa.

“Ketika bermain, remaja terbabit dipercayai menyuruh mangsa membuka pakaiannya sebelum melakukan aksi tidak senonoh dan mencabul mangsa.


“Selepas selesai bermain, remaja itu pulang ke rumahnya. Namun, mangsa yang berasa sakit pada kemaluannya menangis dan memberitahu ibunya,” katanya.

Kata sumber, ibu mangsa kemudian bertanyakan anak kecilnya yang menceritakan perbuatan remaja terbabit.

Terkejut mendengar cerita itu, wanita berkenaan pergi ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan berhubung kejadian itu.

Mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut sebelum polis menahan suspek di rumahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan penahanan remaja itu.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. -hm

Keris Umno tikam tuan

 

Kita menyifatkan tindakan Umno menyerang PAS dengan isu hudud ibarat "keris makan tuan".

Ia kerana, sejak isu itu dibangkitkan dan pelbagai percanggahan pandangan antara pemimpin Umno menyebabkan parti komponen BN mula meragui pendirian Umno.

Mungkin pemimpin tertinggi Umno fikir isu hudud boleh kuatkan kembali perpaduan BN.

Tiba-tiba keris makan tuan apabila MCA dan Gerakan mengugut mahu keluar BN kerana isu hudud...

Isu hudud membuktikan Umno tidak pernah belajar dari sejarah.

Sejak berpuluh-puluh tahun terutama selepas PAS kembali memerintah Kelantan pada tahun 1990, Umno mempermain-mainkan isu hudud untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam kepada PAS.

Tiba-tiba hari ini, Umno yang ditolak oleh majoriti pengundi bukan Islam.Lebih buruk lagi, parti-parti di dalam BN pula berbalah sesama sendiri kerana hudud..

PAS tidaklah terdesak untuk menggunakan isu hudud dengan harapan isu interpretasinya terhadap sejarah akan tenggelam ketika Umno dan BN semakin berbalah sesama sendiri.

Bukan setakat kenyataan kenyataan Naib Presiden MCA sahaja yang memberikan gambaran kerajaan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) tidak cerdik kerana pendakwaan tersebut, malah beberapa tokoh Umno sendiri menyatakan rasa tidak setuju terhadap serangan-serangan seperti histeria ...

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here