cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, July 31, 2010

Ngeri : Besi penghadang tembus kereta




NGERI...keadaan kereta dinaiki mangsa yang ditembusi besi penghadang jalan.

KUALA LIPIS: Seorang tukang sapu wanita terbunuh selepas kereta Proton Pesona dinaikinya terbabas dan melanggar besi penghadang jalan sehingga menyebabkan besi itu menembusi kereta mangsa di Kilometer 81, Jalan Lipis-Merapoh, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang, Halimah Hamat, 57, dari Gua Musang, Kelantan yang bekerja sebagai tukang sapu di Sekolah Kebangsaan Tengku Muhamad Fakhri Petra, Kelantan maut di tempat kejadian akibat cedera di kepala.


Suami mangsa, Yusuf Che Hamid, 60, yang bekerja sebagai tukang kebun di sekolah yang sama dikatakan mengalami cedera ringan sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis (HKL) untuk menerima rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, turut cedera anak saudara mangsa yang duduk di bahagian penumpang belakang, Nuraiman Azhar, 7.

Menurutnya, siasatan awal mendapati sebelum kejadian, mangsa bersama suaminya dikatakan dalam perjalanan menghala ke Seremban, Negeri Sembilan dari Gua Musang, dipercayai untuk menziarahi saudaranya.

Katanya, kereta Proton Pesona dipandu Yusuf dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar besi penghadang jalan mengakibatkan besi itu menembusi kereta mangsa.

Abdul Razak berkata, mangsa duduk di bahagian penumpang depan dirempuh besi penghadang jalan sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

“Jenazah mangsa dituntut ahli keluarganya selepas bedah siasat selesai dijalankan di HKL, malam kelmarin.

HM

Dakwaan rasuah: DAP pecat ahli majlis MPK .....Kalau UMNO-BN...????....



DAP  semalam  memecat ahli Majis Perbandaran Klang (MPK) Tee Boon Hock ekoran dakwaan amalan rasuah memperoleh kontrak RM1 juta daripada pihak berkuasa tempatan itu dengan menggunakan surat sokongan Exco Kerajaan Negeri.
Tee sebelum ini diminta mengambil cuti oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Tan Kok Wai selepas kes itu dilaporkan oleh akhbar awal minggu ini.

Pada sidang media di sini petang ini, Tan berkata parti mendapati ada asas yang kukuh terhadap dakwaan ke atas Tee (gambar).

“Sementara nilai kontrak belum ditentukan, kami dimaklumkan oleh jawatankuasa negeri Selangor bahawa salah satu syarikat yang anda berikan surat sokongan dikaitkan dengan anggota keluarga anda dan dilakukan tanpa kelulusan YB Ronnie Liu,” kata parti dalam surat pemecatan kepada Tee.

Tan memberitahu pemberita bahawa jawatankuasa disiplin sebulat bersetuju bahawa wujud elemen konflik kepentingan di mana Tee menyalahgunakan pejabat Liu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Kajian Selangor bagi kepentingan diri.

Beliau menambah perbuatan Tee boleh dianggap sebagai satu kesalahan jenayah dan telah menjejaskan imej parti.

Jawatankuasa disiplin juga telah mengarahkan Liu supaya membuat aduan polis.

Tan berkata DAP akan meminta agar Tee disingkirkan sebagai ahli majlis MPK dengan segera.

Jawatankuasa disiplin juga akan mengadakan sesi pendengaran kedua untuk menentukan dakwaan bahawa Liu telah mengarahkan salah satu surat sokongan dikeluarkan.

Kelmarin, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Tee telah diarahkan bercuti sementara siasatan dilakukan ke atas dakwaan yang mengaitkan beliau dengan penyalahgunaan kepala surat dan cap rasmi Liu bagi mengeluarkan surat sokongan untuk kontrak MPK.

Tee bercuti bermula semalam sehingga satu tempoh yang akan diberitahu kelak.

“Tee sendiri telah maklum dengan perkara ini dan beliau bersetuju dengan rela hati untuk bercuti buat sementara waktu,” kata Khalid.

Kerajaan negeri telah mengarahkan Jabatan Audit Negeri menyiasat dakwaan seorang ahli majlis MPK telah menyalahgunakan kepala surat dan cap rasmi Liu bagi mengeluarkan surat sokongan untuk kroni dan anggota keluarganya untuk mendapatkan kontrak MPK.

Tee, ahli majlis penggal ketiga itu telah menafikan dakwaan itu sambil meminta MPK membentuk pasukan petugas khas untuk menentukan kebenaran.

Liu juga menafikan kepala surat beliau telah disalahgunakan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, DAP juga mengecam tindakan pengeluaran surat sokongan bagi tujuan perniagaan oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) dan pegawai-pegawai mereka yang tidak dipilih.

“Kesemua pegawai PR termasuk agensi-agensi negeri harus mengetepikan surat sokongan perniagaan yang dikeluarkan bagi memastikan kesemua urusan komersial mengikut aturan dan juga bagi mengelakkan persepsi negatif rakyat tentang wujudnya salah guna kuasa atau pilih kasih,” kata DAP.

tunggu kerabat kerabat najib dan musa hassan kena bunuh....tengok polis buat kerja ke tidak....asik kacau ceramah PR aje...jenayah semakin meningkat....!!!!

Ketua Cawangan MCA Changkat Keruing Dibunuh

Ketua Cawangan MCA Changkat Keruing ditemui mati, dipercayai dibunuh dalam perigi di sebuah ladang ternakan ayam di Changkat Keruing, Ayer Tawar hari ini.
Mayat Lim Ping Peng, 49, ditemui pada kira-kira pukul 6 pagi ini oleh anggota keluarga dan pasukan Rela yang mencarinya selepas dia tidak pulang ke rumah sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohd Jamil Osman berkata Lim sebelum itu keluar dari rumah untuk ke ladang ternakan ayam miliknya di Changkat Keruing yang terletak tidak jauh dari rumahnya pada pukul 8 pagi semalam.

"Mangsa yang baru lima hari dilantik sebagai anggota Majlis Perbandaran Manjung (MPM) bagaimanapun tidak pulang ke rumah seperti biasa sebelum ahli keluarga bertindak membuat laporan polis semalam.

"Selain melaporkan kejadian itu kepada polis, mereka (anggota keluarga mangsa) turut berusaha mengesan mangsa di ladang ternakan ayam itu," katanya kepada Bernama.
Mohd Jamil berkata mayat Lim ditemui dalam keadaan kepala di bawah dan kaki ke atas dalam perigi yang mempunyai kedalaman lima meter itu, dan polis percaya lelaki itu dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak ke dalam perigi itu.
Beliau berkata dua pekerja ladang ternakan ayam itu yang merupakan rakyat Myanmar tidak dapat dikesan dan siasatan awal polis juga mendapati kereta pacuan empat roda milik Lim juga hilang.

Polis masih menyiasat motif kejadian dan sedang mengesan kedua-dua pekerja ladang ayam yang disyaki terlibat dalam kejadian itu, katanya.
Mayat Lim dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk bedah siasat.
Isteri mangsa Ling Mooi Kooi, 47, berkata kira-kira seminggu lepas, dua rakyat Myanmar datang berjumpa suaminya untuk meminjam wang sebanyak RM2,000 tetapi suaminya hanya bersetuju memberikan RM500 dan beliau tidak tahu sama ada wang itu telah diberikan atau tidak.

Beliau berkata apabila suaminya tidak pulang selepas pukul 6 petang semalam dan cubaan untuk menghubunginya melalui telefon bimbit juga gagal, beliau meminta bantuan anggota keluarga dan pasukan Rela untuk mencari Lim.
"Mayat suami saya ditemui apabila seorang daripada kumpulan mencari ternampak kaki suami saya terkeluar sedikit daripada perigi itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

(Bernama)

kejayaan UMNO selama 52 tahun memerintah .....berjaya memertabatkan jumlah perogol melayu yang berkebolehan dengan menolak jauh aspek keagamaan,,,,!!!!

Penganalisis: 90% rogol babitkan Melayu, tidak harus pandang negative



Secara purata setiap tahun sejak lima tahun kebelakangan ini, sebanyak 1,800 kes rogol dilaporkan di negara ini dengan 90 peratus daripadanya membabitkan golongan Melayu, kata penganalisis jenayah kebangsaan, Kamal Affandi Hashim.

Bagaimanapun, beliau berkata meskipun 90 peratus daripadanya merupakan golongan Melayu tetapi ia tidak harus dipandang negatif kerana ia menunjukkan sikap keterbukaan golongan itu yang berani tampil melaporkan kes rogol yang berlaku terhadap diri mereka.

“Ada yang memandang negatif apabila kes rogol yang melibatkan golongan Melayu mencatatkan peratusan paling tinggi.

“Sedangkan masyarakat perlu mengetahui bahawa jumlah peratusan yang tinggi itu adalah kerana keberanian golongan Melayu yang bersedia melaporkan sebarang kes rogol yang berlaku tidak kira membabitkan ahli keluarga atau diri sendiri yang secara tidak langsung menyebabkan kebanyakan kes rogol yang dicatatkan adalah membabitkan golongan itu,” katanya kepada pemberita selepas Program Bengkel Keselamatan Diri di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini hari ini.

Sambil menyifatkan peratusan yang tinggi itu bukan kerana kaum itu sahaja yang terdedah kepada kes rogol, Kamal Affandi berkata kaum Melayu kini semakin terdidik berikutan menerima pelbagai program kesedaran dan motivasi pentingnya menjaga kehormatan diri dan berani mempertahankan diri yang seterusnya meruntuhkan tembok rasa “malu” yang banyak membelenggu golongan itu selama ini.

Kamal Affandi berkata beliau percaya banyak kes rogol yang berlaku membabitkan kaum lain tetapi tidak dilaporkan atas sebab dan kekangan tertentu.

“Jawapannya mudah, kempen yang dibuat sebelum ini dalam bahasa kebangsaan dan majoritinya orang Melayu yang hadir mendengar ceramah dan motivasi itu, orang Melayu telah terdidik dengan bantuan dan perlindungan undang-undang mereka. Mereka semakin percaya kepada sistem keadilan jenayah dan kaum lain mungkin masih belum menganggap ianya (system jenayah) penting,” katanya.

Justeru, katanya, badan-badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara perlu mencari inisiatif untuk mewujudkan program motivasi yang sama kepada kaum lain di negara ini bagi memberi pendedahan kepada mereka mengenai jenayah rogol dan sistem perundangan di negara ini yang diwujudkan untuk melindungi setiap kaum yang teraniaya.

“NGO perlu melakukan sesuatu, sebagai contoh kalau ceramah itu perlu dibuat dalam bahasa Tamil, buatlah dalam bahasa berkenaan agar ianya (maklumat dan pendedahan) akan lebih ‘sampai’ kepada golongan dan kaum yang disasarkan.

“Sebelum ini pun kita lihat kalau ada pun program motivasi mesti ianya dibuat di tempat-tempat yang sofistikated, ada media yang membuat liputan, jarang-jarang yang sanggup pergi ke estet sebagai contohnya untuk memberikan ceramah atau motivasi, bagaimana motivasi itu akan sampai kepada semua kaum,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai rogol yang kini banyak membabitkan golongan kanak-kanak, Kamal Affandi berkata sangat sukar untuk memberi pendedahan dan didikan kepada golongan itu kerana mereka masih terlalu kecil dan tidak memahami apa yang disampaikan.

“Untuk kanak-kanak terutama di usia tiga sehingga tujuh tahun memang sangat sukar kita nak terangkan kepada mereka tentang menjaga keselamatan diri sebagai contoh mereka berada di rumah sendirian dan kita memesan kepada mereka supaya jangan memberitahu sesiapa bahawa dia berada berseorangan sebaliknya memberitahu berada bersama ibu bapa, tetapi mereka (kanak-kanak itu) akan berkata kenapa perlu menipu, kerana menipu itu adalah satu perkara yang tidak baik,” katanya.

Justeru, beliau berkata masyarakat perlu mencari ruang lain untuk mencipta langkah keselamatan terhadap golongan kanak-kanak antaranya mewujudkan kaunseling masyarakat.

Melaluinya, beliau percaya masyarakat terutama jiran tetangga akan menjadi lebih prihatin dan menjadi mata dan telinga kepada masyarakat yang lain terutama golongan kanak-kanak yang perlu diberi perhatian setiap masa. – Bernama

bukan banggunan SPRM.....Mahasiswa mati jatuh bangunan




Seorang Mahasiswa Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (Pasum) hari ini meninggal dunia setelah jatuh dari tingkat 5 bangunan Kolej Kediaman Dr Nazrin Shah (Kolej Kediaman Ke-12) di sini.

Kejadian berlaku selepas solat Jumaat kira-kira jam 2.35 petang tadi.

Menurut sumber, mangsa Zulkhairi Azmi bin Md Bukhari, 19 tahun, jatuh ketika ingin menyeberang tingkap ke bilik rakannya di bilik bersebelahan dengan meniti beranda.

Akibat jatuhan itu, mangsa yang berasal dari Mersing, Johor itu mati di tempat kejadian.

Beberapa pegawai keselamatan berkata, mereka dimaklumkan oleh beberapa pelajar setelah bunyi jatuhan seperti bungkusan samapah.

Setelah begegas ke tempat kejadian, seorang mahasiswa sedang terbaring di lantai.

Dalam pada itu pihak pentadbiran universiti mengambil keputusan menghantar jenazah Allahyarham ke kampung halaman petang ini.

Isu PKFZ, Anwar Mahu Jemaah Menteri Disiasat

Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim menggesa Kerajaan Pusat untuk tidak melindungi mana-mana Dato, Dato Seri atau Tun yang terbabit dan bersubahat dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang.

Anwar berkata pendakwaan terhadap bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik bagaimanapun mengundang syak adanya usaha terancang untuk memperdaya dan menyelinap berbilion ringgit wang pembayar cukai.

Hujan lebat di kubu kuat bekas Menteri Datuk Seri Rafidah Aziz malam tadi tidak sedikit pun menghalang penduduk untuk bersama mendengar ceramah pemimpin reformasi ini. Kira-kira 1000 warga Kuala Kangsar membanjiri Markas Pas Bukit Chandan untuk mendengar perkembangan skandal PKFZ.

Tun Dr Ling mengaku tidak bersalah diatas dua pendakwaan dibawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung projek bernilai RM12.7 bilion itu.

Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu di Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran.

Bekas Presiden MCA ini juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing.

Anwar menjelaskan bagaimana mungkin jemaah menteri mengizinkan Tun Dr Ling Liong Sik mengeluarkan surat jaminan untuk projek PKFZ, walhal undang-undang menetapkan bahawa hanya menteri kewangan yang boleh berbuat demikian.

Menteri Kewangan pada masa itu, adalah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Berapa lama kita bangkitkan PKFZ ini? Tiga tahun setengah, kita ada bukti mantan Menteri Kewangan pada waktu itu. Saya keluarkan bukti pada waktu itu mustahil dia tidak tahu menteri tidak boleh jadi penjamin ketika itu bagi pihak kerajaan yang boleh hanya menteri kewangan sahaja tetapi Ling Liong Sik tandatangan.

“Umno menafikan selama ini, dia kata Anwar bohong! Anwar tidak betul kerana dia sengaja mahu timbulkan keraguan rakyat, sekarang kita lihat siapa yang bohong? Siapa yang rasuah? Ini apa yang kita sebutkan ini adalah semuanya berdasarkan fakta dan tidak boleh lari,” katanya.

Anwar menekan Kerajaan untuk tidak melindungi mana-mana pihak yang terbabit atau bersubahat dengan skandal ini.

Jika benar jemaah menteri menyedari adanya usaha untuk menipu berbilion ringgit wang pembayar cukai, maka kerajaan perlu menjustifikasikan penganugerahan gelaran Tun kepada Ling Liong Sik.

“Kita tengok apa yang berlaku di bawah pimpinan Tun Dr. Ling Liong Sik, daripada Datuk Seri kini jadi Tun sebab apa? Sebab hendak rompak tanah PKFZ. Pada masa itu semua orang sudah tahu tetapi masih mahu memberi gelaran Tun kepada beliau.”

Anwar meminta rakyat Malaysia supaya memperhebatkan tekanan kepada kerajaan supaya tidak melindungi mana-mana pihak yang terbabit dalam skandal ini.

“Semoga Allah S.W.T memberikan kekuatan kepada kita semua. Kita mesti istiqamah dalam perjuangan, insyaallah kita akan dapat hasilnya.

“Saya malam ini hedak masuk ke Johor malam ini tidak dapat mungkin, mereka bila sahaja nampak Anwar, semuanya tidak boleh, mereka menggeletar tetapi dalam Utusan Malaysia tiap-tiap hari kutuk Anwar,” katanya

kerajaan sedup sup ekor.... Mansuh saman ekor



IPOH - Saman ekor perlu dimansuhkan kerana ia hanya memberi bebanan kepada rakyat, kata dua warga bandar raya, Jaswant Singh, 53, dan Lim Chong Tee, 64, yang tidak berpuas hati dengan isu saman berkenaan.

Jaswant, seorang operator kenderaan dari sebuah syarikat di Negeri Sembilan, menyuarakan rasa kesalnya terhadap pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang mengeluarkan dua saman terhadapnya serta pihak majikan ketika sedang menukar tayar lorinya di lorong kecemasan lebuh raya.

“Saya akui saya tidak meletakkan kon segi tiga amaran ketika berhenti, tetapi saya sangat kesal kerana saya disaman atas dua pertuduhan iaitu memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan dan tidak mempamerkan segi tiga kecemasan.

“Kedua-duanya hanya satu pertuduhan sahaja. Selain itu, pihak majikan turut sama disaman berikutan kejadian berkenaan,” katanya.

Pendapat Jaswant turut disokong Chong Tee yang mengalami kes kecurian kereta di sebuah pusat membeli belah terkemuka di sini, pada 6 Mei tahun lalu.

Chong Tee yang bekerja sebagai jurujual berkata, dia telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut, namun sehingga ke hari ini, keretanya masih gagal ditemui.

“Bagaimanapun, saya terkejut apabila menerima saman, ketika mahu membuat semakan saman pada 20 Julai lalu, berikutan kesalahan yang dilakukan atas nombor kenderaan yang sama pada 4 Julai 2010 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

“Ini menunjukkan bahawa kenderaan berkenan masih wujud dan masih digunakan pihak lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Urusetia Pusat Khidmat Dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak, Bahagian Ipoh Barat, Mohd Rawi Abdullah, berkata, kedua-dua insiden berkenaan memerlukan penjelasan terperinci kerana ia dianggap menganiayai rakyat.

Katanya, sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula pemansuhan perkara berkenaan kerana sehingga ke hari ini sudah terlalu banyak aduan berhubung permasalahan yang timbul berkaitan isu saman tersebut.

“Keadaan ini menyukarkan rakyat ketika mahu memperbaharui lesen atau cukai jalan termasuk faktor kenaikan harga barang pada ketika ini,” katanya.

Friday, July 30, 2010

yusof temberang atau DPP Farah gali lubang....!!!!

Yusof: Kami tak dapat sahkan dakwaan terhadap Farah


Pejabat Peguam Negara (AGC) tidak dapat mengesahkan sama ada DPP Farah Azlina Latif mempunyai "hubungan" dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan - saksi utama perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguamcara 11, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dalam sepucuk surat kepada peguam ketua pembangkang itu berkata, perkara itu telah dibawa ke pihak pengurusan kanan AGC untuk siasatan seperti yang dinyatakan oleh Peguam Negara (AG), Tan Sri Abdul Gani Patail.

"AG tidak dapat mengesahkan dakwaan berkaitan dakwaan 'hubungan' dengan Saiful yang dilaporkan secara meluas dalam lamanweb dan media cetak.

"Perkara itu telah dibawa ke pihak pengurusan untuk siasatan dan mengambil tindakan selanjutnya," katanya.

Yusof berkata ekoran itu, Farah telah digugurkan daripada pasukan pendakwaraya dalam perbicaraan kes liwat tersebut.

Beliau mengulangi bahawa Farah hanya menyertai pasukan pendakwaraya itu pada 20 Januari, dengan peranannya mengambil nota prosiding mahkamah bagi perbicaraan kes tersebut.


malaysiakini

Thursday, July 29, 2010

belajaq tinggi2 ...nafsu letak kat kepala lutut....Lima penuntut IPTA khalwat dihukum

Dungun - Lima remaja terdiri daripada penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) masing-masing dijatuhi hukuman denda antara RM2,200 hingga RM2,800 atau tiga bulan penjara setelah mereka didapati bersalah berkhalwat dengan pasangan masing-masing.

Dalam satu kes perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Syariah Dungun, di sini, semalam, kelima-lima tertuduh masing-masing didakwa mengikut Seksyen 31 (a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu kerana melakukan kesalahan berkhalwat dalam dua kes berasingan.

Empat daripada tertuduh ialah penuntut wanita, manakala seorang lagi penuntut lelaki.

Mengikut kertas pertuduhan yang dibacakan ke atas lima tertuduh dalam kes pertama, sepasukan anggota penguat kuasa telah melakukan serbuan di sebuah rumah beralamat di 3230, Taman Delima Jalan Paka, Dungun kira-kira jam 1.15 pagi, 17 Februari lalu.

Ketika itu, anggota penguat kuasa mendapati Mohd Shaiful Azwan Abdul Wahab, 26 dan Mohd Khaidir Yahya, 25, berada di dalam sebuah rumah bersama Nadia Farahana Abdullah, 22, Intan Norzuliana Ibrahim, 22 serta Nadiyah Mohd Nor, sehingga boleh menimbulkan syak wasangka.

Hasil soal siasat mendapati kesemua mereka tidak mempunyai hubungan muhrim yang sah sebagai suami isteri.

Ketika pertuduhan dibacakan, kelima-lima tertuduh faham dengan fakta kes yang dikemukakan serta membuat pengakuan bersalah atas tuduhan dikenakan.

SH

bukan salah ibu termengandung... Pelajar rakam aksi lucah di surau

KUCHING: Belumpun reda isu aksi panas artis Indonesia, Ariel dan Luna, orang ramai di negeri ini digemparkan pula dengan penyebaran adegan seks oral membabitkan dua pelajar Tingkatan Dua di Bintulu, Sarawak.

Lebih memeranjatkan pelajar terbabit yang berpakaian sekolah melakukan adegan seks oral di surau sekolah mereka, dengan klip videonya disebarkan secara meluas melalui internet dan telefon bimbit mulai awal bulan lalu.

Malah, lencana sekolah juga dapat dilihat pada tudung pelajar perempuan yang sudah menanggalkan kainnya, manakala pelajar lelaki yang berdiri dipercayai merakam adegan itu sendiri menggunakan telefon bimbitnya.
Menurut sumber, kejadian itu berlaku ketika semua guru menghadiri mesyuarat hujung tahun dengan kehilangan mereka tidak disedari rakan lain.

Aksi itu dipercayai dirakam, tahun lalu, namun ia hanya tersebar melalui internet, baru-baru ini, katanya kepada Berita Harian, semalam.

Difahamkan, pelajar wanita itu sudah berpindah lain ke sekolah di Kuching akibat terlalu malu, sementara pelajar lelaki terbabit masih menuntut di sekolah sama.

Katanya, ada pihak memuat turun rakaman itu ke internet menyebabkan ia kembali menjadi tumpuan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sarawak, Datuk Dr Julaihi Bujang, berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian itu sudah lama berlaku dengan tindakan tegas sudah diambil ke atas dua pelajar berkenaan.

BH

dasar pilih kasih...guru boleh berpolitik....tak kan kami kakitangan kumpulan sokongan berpendidikan diploma ke bawah tidak di benarkan berpolitik...!!!!

Guru boleh pulak berpolitik


Wajarkah golongan guru dibenarkan aktif dalam politik Negara kita? Suatu persoalan yang pastinya akan merunsingkan semua ibubapa sama ada arahan ini boleh membawa kebaikan ataupun keburukan kepada sistem pendidikan Negara terutamanya dalam usaha untuk melahirkan generasi berpendidikan ,berilmu, serta berakhlak tinggi sepertimana yang tercatat dalam falsafah pendiikan Negara yang telah digariskan sejak merdeka lagi.

Pegumuman oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan menyatakan bahawa bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik akan mengubah lanskap poltik serta proses pengembangan tamadun pendidikan Negara sejak merdeka. Menurutnya lagi bahawa langkah ini adalah berlandaskan hakikat bahawa golongan guru ini adalah orang yang memainkan peranan penting memimpin masyarakat suatu masa dahulu didalam senario politik Negara kita.

“Masanya sudah tiba mereka dibenarkan aktif semula didalam politik” , menurut beliau lagi semalam.

Berdasarkan kata-kata beliau, keputusan membenarkan para guru kembali aktif didalam politik ini disamping memegang jawatan politik adalah bersandarkan kepada beberapa keadaan iaitu antara lainnya perlulah mendapatkan kebenaran bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu disamping tidak menjejaskan atau menganggu tugas mengajar di sekolah masing-masing.

Persoalan mudah yang akan ditanya oleh pelbagai pihak dengan kenyataan KSN ialah, adakah kebenaran ini hanya bagi guru-guru yang menyokong UMNO sahaja atau adakah KSN tidak kisah parti apa pun yang dipilih untuk disokong oleh para guru yang cerdik pandai tersebut? Adakah kebenaran ini telah dibuat kajian tidak akan menganggu tugasan hakiki guru tersebut?

Mampukan guru yang berceramah politik di malam hari bagi suatu parti akan menjadi guru yang baik di sekolah pada siang hari jika anak-anak murid yang diajar ialah anak murid parti pembangkang kepada mereka? Atau guru tersebut mengajar matapelajaran berkenaan dasar-dasar Negara walhal pada malam harinya mereka jugalah yang berceramah menentang semua dasar kerajaan tersebut? Mampukan guru ini bertindak professional dalm suasana politik kepartian yang mereka ceburi?

Akan terlahirkah generasi pendidikan dalam Penyata Rahman Talib atau akan terhakislah sifat-sifat kemurniaan dan amanah dalam diri seorang pendidk bergelar guru yang sememang berada dalam dilema untuk melepaskan diri dari kehendak politik kepartian mereka maka tidak mustahil pada tahap ini tugasan mengajar di sekolah hanyalah batu loncatan mendapatkan pendapatan tetap sedangkan hati dan perasaan mereka hanyalah terdorong sepenuhnya kepada politik kepartian yang penuh seninya.

Bilangan yang bergelar guru mencecah 390,000 orang dan hampir 280,000 adalah yang mempunyai kelulusan ijazah yang juga berada dalam kumpulan A yang dibenarkan berpolitik, maka dengan bilangan penjawat awam sebanyak ini mampukah kita untuk memperjudikan nasib perjuangan memartabatkan tamadun pendidikan Negara sejak merdeka dulu? Jika dulu Kementerian Pendidikan telah menjadi tempat bahan uji dengan pelbagai sistem pengajaran oleh pihak atasan seumpama Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Inggeris Dalam Subjek Matematik dan Sains dan kini pula dalam usaha menghapuskan sistem peperiksaan di peringkat UPSR dan PMR, maka kini tiba pula bagi golongan guru pula dijadikan bahan ujikaji yang pastinya akan mengundang risiko yang maha dahsyat pada masa akan datang. Bersediakan kita untuk menggoyang malah membocorkan kapal bahtera yang sedang tenang menghadapi lautan bergelora?

Memang terdapat suara pelbagai pihak yang bersetuju dengan kebanran ini, persoalannya bersediakan mereka untuk mendalami seni tipu helah dalam politik kepartian dengan tugasan hakiki mereka untuk menjadi pendidik kepada generasi masa depan di sekolah-sekolah?

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GURU BERPOLITIK

Menyorot kepada pendapat kebaikan golongan guru berpolitik ini boleh disandarkan kepada citarasa kerajaan sendiri yang mahukan guru-guru ini berpolitik dengan harapan untuk melihat semua guru terbabit untuk menyokong kerajaan yang memerintah. Menurut kata seorang Menteri kanan, kebenaran kerajaan ini menunjukkan sikap keterbukaan kerajaan yang tidak pernah menghalang penjawat awam daripada berpolitik malah dikatakan juga sebagai mengiktiraf jasa guru serta pengorbanan mereka dalam arena pendidikan dan politik. Jika guru tersebut cenderung dan selari dengan parti memerintah mungkin betul jawapannya tetapi bagaimana andaikata guru tersebut memilih untuk menyokong dan menjadi penyokong tegar parti pembangkang? Adakah ungkapan kata Menteri tersebut mempunyai pelbagai maksud yang boleh ditafsirkan oleh penggiat politik kelak.

Profesion perguruan akan menjadi pertaruhan serta galang-ganti kerana peranan guu adalah suatu bidang yang suci dalam melahirkan generasi bangsa yang berilmu, maka selama ini guru-guru dipandang mulia oleh masyarakat setempat. Apa akan jadi jika guru yang dikenali oleh masyarakat setempat menjadi sebahagian golongan parti yang tidak sehaluan dengan masyarakat setempat? Tentulah guru tersebut akan dihina,dicaci dan dihina dengan pelbagai kata yang pastinnya akan mengguris hati golongan pendidik tersebut, maka apakah hasilnya nanti apabila guru yang merasa kerendahan wibawa dan maruah ini akan mengajar pula anak-anak kepada masyarakat setempat yang menghina mereka tadi? Suatu suasana yang tidak sihat pasti akan tercipta maka yang akan menjadi mangsa kelak ialah generasi akan datang yang sememang perlu dididik oleh golongan guru yang amanah dan professional terhadap tugasan mereka sendiri. Mampukah untuk kita melihat anak-anak kita pada masa akan datang akan terabai menjadi mangsa keadaan kepada guru-guru yang terheret dalam kancah permainan serta tekanan politik sehingga menjejaskan mutu perkhidmatan mereka?

Dakwaan sesetengah pihak yang menyokong kebenaran berpolitik dikalangan guru ini dengan hasrat untuk menambah mutu kepimpinan seseorang guru memang ada baiknya tetapi disebalik kebaikan tersebut lebih banyak kecelaruan yang pasti timbul. Persoalannya, tidak cukupkah segala macam pengurusan di peringkat Kementerian Pelajaran,negeri dan daerah malah di setiap sekolah pun sentiasa menanjurkan kursus kepimpinan melibatkan guru dan pelajar. Adakah peningkatan kepimpinan seseorang guru akan meningkat setelah menceburi politik? Apa akan terjadi jika seorang guru yang aktif berpolitik akan pula datang lewat ke sekolah, mengambil cuti untuk menyertai program anjuran parti, berkempen dikalangan guru-guru lain sehingga mencetus perbalahan dikalangan pendidik, maka akan terhasillah segolongan guru yang menjadi mabuk kepeningan tanpa ilmu dalam dunia politik yang akan menyebabkan mutu perkhidmatan mereka akan terjejas dan akan memberi kesam sampingan kepada generasi muda akan datang.

Bagi pemimpin politik dalam UMNO pula, penyertaan guru ini adalah sangat dinantikan mereka dengan harapan golongan guru akan menyokong UMNO. Hasrat ini sebenarnya lahir sejak zaman Datuk Seri Hishammuddin menjadi Menteri Pelajaran dahulu kerana berdasarkan sejarah perjuangan UMNO memang terlahir dengan sokongan kuat dikalangan guru. Masih adakah semangat guru di zaman sebelum dan semasa merdeka dalam era kemodenan abad ke 20 ini dengan perledakan sistem maklumat yang canggih, jika adapun mereka akan membuat perhitungan yang terbaik berdasarkan maklumat yang ada untuk memilih corak parti yang mereka akan sokong. Untung sabut timbul untung batu tenggelam. Memang tidak dinafikan pada zaman era 70an hingga 80an golongan guru memang akrab dan sinonim dengan UMNO kerana segala penglibatan khidmat masyarakat sama ada di masjid, kenduri kendara, dan sebagainya akan melibatkan ahli parti yang dihormati kerana mereka adalah guru yang dianggap berpengaruh pada masa tersebut. Tetapi dengan harapan kebenaran ini untuk memaksa golongan guru menyokong serta menyertai UMNO seumpama membina benteng atau empangan dilaluan air yang deras yang akhirnya akan pecah jua empangan tersebut.

Bagi Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) pula tentulah berada dalam dilema, hendak ditolak ini adalah arahan kerajaan hendak disokong pula umpama menarik rambut dalam tepung. Menurut NUTP biarlah arahan tersebut pada tahap guru dalam Gred DG41 dan DG48 sahaja tanpa melibatkan pemegang jawatan tertinggi dalam profesion perguruan yang sememangnya terpikul dibahu mereka beban dan tanggungjawab dalam mentranformasikan system pendidikan Negara kerana dibimbang mereka juga akan terbeban di tempat kerja diarahkan juga memegang jawatan dalam parti ataupun diarah menyertai mana-mana parti politik yang ada kelak. Apa yang penting NUTP dan warga pendidikan mestilah dikawal dengan garis panduan yang terbaik supaya tidak akan wujud konflik serta pertembungan budaya poltik dam perkhidmatan perguruan mereka. Walaupun susah terpaksa jua diharungi demi menjaga mutu pendidikan generasi akan datang.

Persoalan menarik yang perlu dijawab ialah kenapa baru sekarang KSN membuat pengumuman yang berani seperti ini? Adakah ada campurtangan politik dalam pembuatan keputusan tersebut? Kenapa perlukan golongan guru dalam politik Negara pada masa kini? Adakah ini menggambarkan semua ahli politik terutamanya dalam parti kerajaan gagal menjalankan tugas mereka? Perlu dingatkan kepada ahli politik, guru mempunyai tanggungjawab yang diamanahkan dalam melaksanakan dasar pendidikan Negara dan bukan sebagai benteng terakhir mempertahankan agenda politik Negara yang diterajui oleh UMNO yang telah nazak kini.

Ayuh para cerdik pandai para guru, jika inilah masa yang paling sesuai menunjukkan kecerdikkan dirimu maka inilah peluang terbaik untuk menzahirkan sokongan secara terbuka kepada Pakatan Rakyat, biarkan Menteri Pelajaran merangkap Timbalan Perdana Menteri menjadi tenat dalam derita,sesal dalam kepayahan berdasarkan arahan terbaru KSN tersebut. Janganlah jadi guru yang sentiasa dicucuk hidung,diarah ke sesuatu majlis perasmian apa-apa jua program sang menteri dan ahli politik dengan taat tanpa membantah, diberi makan nasi bungkus,berbaris panjang melambai bendera,bermain kompang dan sebagainya semata-mata untuk menjadi guru yang taat pada manusia, maka inilah masanya untuk menjadi guru sejati, tunjang negara dalam profesion perguruan serta menjadi diri yang merdeka dalam setiap keputusan yang dibuat.

Jika pengumuman KSN berkuatkuasa secara sah mulai 1 Ogos 2010, maka akan bermulah zaman politik untuk golongan guru yang berijazah. Jika guru telah boleh berpolitik maka tidak mustahil kesatuan atau persatuan perkhidmatan seperti Bomba,Kastam,Imigresen,Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Peguam Negara, SPR, SPRM, dan sebagainya untuk memohon menyertai para guru berpolitik walau diri adalah penjawat awam. Maka akan bercemparalah suasana perkhidmatan negara kita dengan sepak terajang dan seni helah dalam politik umpama yang dikejar tidak dapat yang dikendong jua akan keciciran.

Apa yang pasti, golongan guru kini menjadi perhatian semua pihak. Apakah agenda kerajaan berdasarkan pengumuman ini diluar pengetahuan rakyat. Membujur lalu melintang patah, maka disaat inilah para guru perlu menjadi insan yang berjiwa merdeka, manusia yang berwibawa serta beramanah, ahli politik yang berani,telus dan bertanggungjawab, juga menjadi guru yang mampu membina negara dengan sifat-sifat keikhlasan, keluhuran budi, amanah, juga menjadi guru bersifat rabbani dengan penuh kataatan dan pengabdiannya hanya kepada Allah SWT. Percayalah dengan memiliki ciri-ciri tersebut maka akan menjadi mudahlah usaha mencapai matlamat tarbiyah Islamiyah dikalangan para pelajar. Firman Allah SWT di dalam Surah Ali-Imran Ayat 79 yang bermaksud:-

Tidaklah patut bagi seorang manusia yang Allah berikan kepadanya kitab dan kenabian,kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai :"Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan dengan perbuatan menyembah Allah".Tetapi (sepatutnya ia berkata):"Hendaklah kamu menjadikan orang-orang rabbani (orang yang hanya menyembah Allah S.W.T dengan ilmu dan amal yang sempurna),kerana kamu sentiasa menjadi insan Allah itu,dan kerana kamu selalu mempelajarinya".

PAS lancar Kempen Antisaman Ekor Isnin ini



PAS akan melancarkan Kempen Antisaman Ekor Isnin ini bagi membela pemandu dan pemilik kenderaan yang disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana mendakwa tindakan pihak berkuasa itu bertentangan dengan perlembagaan negara.

Jawatankuasa kempen itu yang diketuai oleh Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berharap dalam membantu mereka yang teraniaya kerana sistem saman ekor.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Mahfuz berkata jawatankuasa itu ditubuhan untuk memastikan halangan pemilik yang disenarai hitam itu boleh diselesaikan mengikut undang-undang yang sah.

“Ini kerana kita melihat tindakan menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan kerana mempunyai saman ekor amat bertentangan, malah kita akan kemukakan bukti bersama nanti,” katanya.

Beliau berkata kesalahan-kesalahan mengatakan pemilik kenderaan bersalah tidak wajar kerana tiada bukti yang kukuh.

“Tidak semestinya pemilik kenderaan bersalah apabila kenderaannya disaman oleh polis atau JPJ, mungkin orang lain yang menaiki kenderaan tersebut.

“Jadi ia tidak ada bukti jelas dan JPJ juga sebenarnya tidak mempunyai hak untuk menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan mereka.

“Ingin saya tegaskan bahawa kita tidak sokong pemandu yang memandu tanpa etika, cuma kita mahu JPJ bertindak adil kepada pemilik kenderaan,” katanya.

Difahamkan sejak September 2009, lebih 2.5 juta notis saman dikeluarkan kepada pesalah trafik dan daripada jumlah itu, sebanyak 1.07 juta pesalah trafik telah disenaraihitamkan oleh Polis Diraja Malaysia.

“Kita akan merangka tindakan yang akan diambil ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Saya tidak boleh beritahu sekarang, kena tunggu sidang media minggu depan,” kata Mahfuz. -TMI

Wednesday, July 28, 2010

fail bocor dedahkan kelibat osama



WASHINGTON - Beberapa fail sulit tentera Amerika Syarikat (AS) mengenai perang di Afghanistan yang disiarkan di laman web WikiLeaks mendedahkan maklumat bahawa Ketua Al-Qaeda, Osama Bin Laden pernah bermesyuarat di beberapa buah kampung di antara Pakistan dan Afghanistan pada 2006.

Maklumat itu sekali gus bertentangan dengan kenyataan terbuka Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang menegaskan tidak tahu lokasi persembunyian Osama.

Maklumat mengenai Osama itu merupakan antara 91,000 catatan tentera AS yang disiarkan di laman web WikiLeaks di Internet.

Jika pendedahan WikiLeaks itu benar, ia membayangkan Pengarah CIA, Leon Panetta mungkin berbohong apabila beliau menyatakan pada bulan lepas bahawa pihaknya tidak mempunyai sebarang petunjuk kukuh mengenai lokasi persembunyian Osama sejak awal tahun 2000.

Berdasarkan maklumat WikiLeaks itu, Osama kerap menghadiri mesyuarat di beberapa buah kampung di sempadan di antara Pakistan dan Afghanistan pada 2006.

"Dilaporkan, satu pertemuan peringkat tinggi diadakan dengan enam pengebom berani mati diberikan arahan untuk satu operasi di utara Afghanistan. Mesyuarat peringkat tinggi ini diadakan sekali pada setiap bulan," kata laporan Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) yang disiarkan di laman tersebut.

Menurut akhbar Britain, Guardian yang memperoleh dokumen ISAF tersebut menyatakan:

"Empat orang yang hadir pada mesyuarat berkenaan ialah Ketua Taliban, Mullah Omar, Osama Bin Laden, Mullah Dadullah dan Mullah Baradar.'

Dokumen perang ISAF turut menunjukkan Osama mendalangi satu komplot untuk meracuni pasukan ISAF dengan memasukkan sejenis serbuk ke dalam makanan dan minuman askar-askar asing semasa mereka melintasi beberapa buah perkampungan.

Akhbar itu melaporkan seorang askar AS, Bradley Manning, 22, mungkin bertanggungjawab berhubung kebocoran banyak dokumen tentera yang mendedahkan pelbagai maklumat ngeri mengenai perang di Afghanistan dan kematian orang awam.

Menurut seorang penggodam komputer, Adrian Lemo, askar perisikan itu bertanggungjawab membocorkan fail-fail rahsia itu.

Katanya, sebelum ini, Manning dengan bangganya mengakui bahawa dia memuat turun beratus-ratus ribu dokumen sulit tentera AS.

Askar berkenaan tiba-tiba menghubungi Lamo dan mendakwa dia menyalin banyak fail tentera AS ke dalam beberapa cakera padat (CD) dan bersedia untuk diserahkan kepada pihak WikiLeaks.

Manning telah didakwa pada awal bulan ini kerana membocorkan maklumat berhubung rakaman video kokpit sebuah helikopter tentera.

Rakaman tersebut menunjukkan askar-askar AS ketawa semasa mereka menembak mati orang awam Afghanistan di Iraq dan dua wartawan dalam satu pertempuran di Baghdad pada 2007. Manning ditangkap di Iraq tempat dia bertugas.

Dia dipercayai dikurung di sebuah penjara tentera setelah dihantar ke Kuwait. Askar berkenaan akan dibicarakan di mahkamah tentera dan berdepan hukuman berat jika dia didapati bersalah.

Lamo percaya Manning tidak bekerja bersendirian.

Menurutnya, askar AS itu tidak memiliki kepakaran teknologi untuk melakukan kerja-kerja untuk membocorkan dokumen sulit tersebut.

Maklumat itu itu turut mendedahkan bahawa Taliban berjaya menembak jatuh helikopter Chinook di Afghanistan. - Agensi

melampau....Tuala wanita dalam kemaluan

PERMATANG SUNGAI DUA - Kesakitan pada kemaluan seorang wanita yang baru melahirkan anak sulung akhirnya terjawab apabila sekeping tuala wanita (pad) ditemui dalam kemaluannya ketika pemeriksaan dilakukan di Hospital Kepala Batas.

Mohd Abd Muhaymin, 24, berkata, pada mulanya dia menyangka kesakitan yang dialami isterinya Noor Hidayah Abd Hamid, 24, hanyalah perkara biasa bagi setiap ibu selepas bersalin.

“Namun kesakitan berulang yang dialaminya sehingga menjadikan dia tidak dapat mengawal diri seperti diserang meroyan memeningkan kepala saya dan ahli keluarga mertua lain.

“Kami sekeluarga bukan sahaja hairan apabila dimaklumkan dia langsung tidak mengalami tumpah darah, tetapi terkejut kerana setiap kali mendekatinya akan terhidu bau busuk yang amat meloyakan seolah-olah menghidu bau busuk,” katanya.

Dia yang bertugas sebagai Pembantu Perangkaan di Jabatan Perangkaan Pulau Pinang, berkata, isterinya yang juga kakitangan Telekom Malaysia Berhad (TM) bersalin di sebuah hospital pada 15 Julai lalu.

Pasangan itu menimang cahaya mata perempuan seberat 2.8 kilogram melalui proses bantuan vakum disebabkan kekurangan tenaga dan tidak berpengalaman kerana pertama kali bersalin.

“Isteri kemudian dibawa pulang untuk berpantang di rumah mertua di Kampung Permatang Sungai Dua di sini. Selepas dua hari kemudian dia merasakan sukar membuang air kecil, manakala sisa darah hasil proses bersalin yang keluar dari kemaluannya tidak teratur dan dalam kuantiti yang amat sedikit.

“ Sejak itu, setiap kali mendekatinya kami akan terhidu bau busuk, manakala dia selalu mengadu sakit di bahagian kemaluan seolah-olah ada benda tersekat di saluran peranakannya,” katanya.

Bimbang tentang keselamatan diri isterinya Abd Muhaymin, kemudiannya membawa isterinya ke sebuah klinik swasta, namun doktor mengarahkan isterinya pulang dengan alasan apa yang dialami isterinya Noor Hidayah adalah perkara biasa selepas bersalin.

“Selepas 12 hari kemudian, bau busuk pada kemaluan isteri semakin ketara sehingga menyebabkan ibu mertua, Faridah Nor Mohd Desa, 54, mengarahkan saya membawanya ke klinik swasta kerana bimbang tentang tahap kesihatan anaknya.

“Selepas mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta saya dirujuk ke Hospital Kepala Batas dan melalui pemeriksaan teliti akhirnya sekeping tuala wanita ditemui dalam kemaluan isteri saya,” katanya.

Abd Muhaymin kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara sejurus selepas itu.

“Saya amat kesal kerana kecuaian kakitangan hospital berkenaan menjadikan isteri saya menderita sakit dan terjejas tahap kesihatannya.

“Saya sedang berbincang dengan ahli keluarga terdekat kerana bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap hospital kerana kecuaian itu,” katanya.

Pengarah Hospital Kepala Batas, Dr Norshidah Ismail yang dihubungi mengesahkan penemuan tuala wanita di dalam kemaluan Noor Hidayah selepas pemeriksaan lanjut dilakukan sebaik dia dibawa mendapatkan rawatan petang semalam.

“Noor Hidayah kini berada di bawah seliaan kita dan akan dirujuk ke Hospital Seberang Jaya untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut, manakala bayinya sihat,” katanya.

Guru dibenar aktif berpolitik sebab tiada kuasa eksekutif...murid di saran pantau gelagat guru supaya tidak di "brain wash " UMNO/BN

PM: Guru dibenar aktif berpolitik sebab tiada kuasa eksekutif

Kerajaan belum bercadang membenarkan pegawai siswazah lain selain dalam bidang pendidikan untuk melibatkan diri dalam politik bagi mengelak konflik kepentingan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata berbanding guru yang tugas mereka hanya mendidik dan tidak mempunyai kuasa eksekutif, maka tidak akan berlaku konflik kepentingan jika mereka memegang jawatan dalam parti politik.

“Kita tidak mahu mereka yang ada kuasa (eksekutif) memegang jawatan (dalam politik). Bila kita ada jawatan tertentu... kuasa eksekutif, ada kemungkinan boleh berlaku pertembungan daripada segi kepentingan atau konflik kepentingan.

“Kita mula dengan kumpulan guru dulu, lepas itu kita tengok sama ada wajar kita perluaskan untuk kumpulan-kumpulan (pegawai siswazah) lain atau tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan “Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan – Suatu Pengkisahan” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

khir toyol rupanya pesara perompak pasir haram ...pasal tau selok belok pasir halal dan pasir haram

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini melabelkan Ketua Pembangkang Negeri, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, sebagai “pesara lombong pasir haram”.

Ditanya pada sidang akhbarnya mengenai dakwaan bekas menteri besar itu yang menuduh syarikat milik kerajaan negeri - Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) membayar royalti yang berkurangan berbanding ketika beliau mentadbir Selangor, Khalid menjawap dengan sinis.

“Khir Toyo tahu semua butirannya. Saya fikir dia mesti terbabit dalam perniagaan melombong pasir sebelum ini - kemungkinan besar yang beroperasi secara haram. Saya tidak mahu komen pelombong pasir haram yang sudah bersara itu,” katanya.

Khir mendakwa KSSB hanya membayar royalti RM12,000 kepada kerajaan negeri di sebalik memungut hasil RM734,000 tahun lalu.

Tuesday, July 27, 2010

guru guru pro BN aje kot.....bagaimana pula dengan guru guru pro pakatan rakyat...???....di benarkan juga ke...????

Langkah benar guru siswazah aktif berpolitik agenda BN hadapi PRU-13?



Langkah Desperado UMNO BN Sebelum Karam

Penganalisis-penganalisis politik melihat keputusan terbaru kerajaan membenarkan guru — antaranya guru besar dan pengetua — terlibat aktif dalam politik hanya semata-mata untuk mendapatkan semula sokongan golongan tersebut dan juga masyarakat menjelang pilihanraya umum ke-13.

Ini kerana menurut beberapa penganalisis, guru mempunyai pengaruh besar, jadi penglibatan mereka dalam politik boleh digunakan untuk mempengaruhi masyarakat terutamanya ketika pilihan raya umum akan datang.

Pensyarah kanan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, tindakan kerajaan membenarkan guru aktif berpolitik mungkin kerana ingin mendapatkan semula sokongan yang terhakis saban tahun.

“Saya lihat keputusan itu ada kaitan dengan pilihan raya umum kerana apabila guru aktif berpolitik mereka boleh memainkan peranan untuk mempengaruhi masyarakat,” katanya.

“Boleh dikatakan kerajaan (mahu) menggunakan pengaruh guru untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat.

“Ini kerana bagi saya guru mempunyai pengaruh yang besar memandangkan mereka adalah pemimpin dalam sekolah, jadi apabila terlibat dalam politik ia boleh mempengaruhi masyarakat,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Dengan adanya pengaruh guru ini, jelas beliau, secara tidak langsung generasi muda akan mengikut mendokong sama perjuangan guru.

“Sebelum ini pun guru merupakan pejuang asal cuma pada tahun 1990 golongan ini diketepikan selepas golongan korporat terlibat dalan Umno,” ujar beliau.

Pun begitu katanya, apabila kerajaan membenarkan semula guru terlibat dalam politik saya melihat ia satu perkara yang bagus memandangkan selama ini guru memang mendokong perjuangan kerajaan.

“Apabila guru terlibat dalam politik sama ada menyokong kerajaan ataupun pembangkang kerajaan, masyarakat akan melihat perkara ini dan ia boleh mempengaruhi mereka nanti,” katanya.

Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan hari ini.

Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.

“Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik,” kata beliau hari ini.

Pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Nidzamuddin Sulaiman juga berkata, penglibatan guru dalam politik boleh memainkan peranan dalam mempengaruhi masyarakat.

“Pengaruh guru ini besar, jadi bila dibenarkan semula terlibat dalam politik ia boleh mempengarui masyarakat tempatan.

“Apabila kita benarkan guru bercakap di kampung mereka boleh mempengaruhi masyarakat, jadi bagi saya guru mempunyai pengaruh yang amat besar.

“Walaupun saya tidak tahu apa agenda sebenarnya kerajaan membenarkan guru aktif berpolitik semula tapi ia merupakan satu langkah yang bagus,” katanya.

Selain itu, Nidzamuddin berkata kerajaan juga perlu membenarkan kakitangan kerajaan lain untuk sama-sama aktif dalam politik memandangkan mereka juga sebahagian daripada anggota perkhidmatan awam.

“Jadi timbul persoalan, mengapa mesti guru sahaja? Adakah guru lebih layak?

“Perlu ada satu penjelasan akan perkara ini oleh pihak kerajaan,” katanya.

Beliau berkata guru yang ingin terlibat secara aktif perlu mengimbangi soal politik dan juga kerja.

“Secara dekat kita lihat guru ini mempunyai kecenderungan yang berbeza, ada yang sokong kerajaan dan ada pembangkang.

“Jadi adakah guru boleh membezakan soal politik dan kerja? Kita tidak mahu melihat hanya kerana berbeza politik guru berselisih pendapat, bergaduh dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu pensyarah kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugam Pandian berkata, keputusan itu dibuat mungkin disebabkan peredaran masa yang memerlukan penglibatan guru dalam politik.

“Penglibatan guru akan membolehkan peningkatan sosial, malah ia selari dengan peredaran suasana politik sekarang.

“Saya tidak melihat ia ada kaitan dengan pilihan raya umum kerana ia lebih kepada keperluan pemimpin dari kalangan guru.

“Ini barangkali guru boleh memainkan peranan sebagai pemimpin sebuah parti politik sama ada kerajaan ataupun pembangkang,” katanya.

Bagaimanapun beliau menyarankan agar guru yang terlibat dalam politik perlu tahu membezakan antara politik dan juga pekerjaan.

“Ini kerana apabila guru terlibat dalam politik ada positif dan negatif. Yang positifnya guru boleh memainkan peranan besar dalam parti politik.

“Sementara itu, yang negatifnya pula jika guru tidak dapat membezakan antara politik dan kerja ia akan memberikan kesan buruk kepada masyarakat.

“Jadi bila terlibat dalam politik, setiap guru perlu mengimbangi antara soal politik dan kerja. Jangan sesekali mencampurkannya kerana nanti yang akan menerima kesan adalah sekolah dan juga masyarakat,” katanya.

Justeru Sivamurugam mencadangkan agar ada satu badan pemantauan untuk memantau pergerakan guru yang terlibat dalam politik.

“Pengaruh guru ini amat besar dan ia boleh mempengaruhi anak-anak, pelajar, rakan sebaya dan juga sekolah.

“Jadi kalau tidak ada pemantauan bimbang guru akan menjadikan sekolah sebagai tempat berpolitik dan kita tidak mahu kejadian guru bergaduh sesama sendiri hanya kerana mempunyai idealogi politik berbeza,” katanya. -TMI

ikut suka aku punya peraturan.....ADUN DAP Ayer Keroh digantung sehari

ADUN Ayer Keroh dari DAP, Khoo Poay Tiong digantung sehari daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka esok kerana mengingkari arahan Speaker.

Speaker Datuk Wira Othman Muhamad, berkata tindakan ke atas wakil rakyat DAP itu terpaksa diambil kerana Khoo telah melanggar peraturan 34 (1), (2) dan (3) tatatertib mesyuarat ketika membahaskan satu usul.

Dewan ketika itu sedang membahas usul yang dibawa oleh Lim Jak Wong (DAP-Bachang) berkaitan cadangan pembinaan pusat pengurusan pepejal di Sungai Udang.

Othman memberitahu pemberita kemudiannya bahawa beliau sebelum itu telah beberapa kali meminta supaya Khoo segera menghentikan perbahasannya, tetapi Khoo masih ingkar dan meneruskan perbahasan, maka tindakan penggantungan terpaksa diambil.

"Tindakan menggantung satu hari ini adalah minimum. Saya tidak boleh bersabar dengan tindakan ADUN ini kerana berdegil melanggari peraturan Dewan supaya beliau berhenti berbahas," katanya.

Othman berkata sejak mula dilantik sebagai Speaker DUN Melaka pada April 2008, itulah pertama kali beliau mengambil keputusan menggantung kehadiran ADUN daripada menghadiri persidangan Dewan.

Beliau berkata beliau telah mengarahkan anggota polis supaya menahan Khoo sekiranya beliau tetap menghadiri persidangan Dewan esok.

Khoo yang juga Setiausaha Publisiti DAP Melaka pula berkata beliau akan tetap menghadiri persidangan Dewan kerana beliau mempunyai komitmen kepada pengundinya.

Beliau berkata beliau terpaksa meneruskan perbahasannya walaupun telah diminta untuk berhenti, kerana beliau sebelum itu semasa berbahas telah diganggu oleh ADUN Sungai Rambai, Hasan Raman.

Dewan bersidang selama tiga hari mulai semalam.

- Bernama

Komando maut payung terjun gagal terbuka



IBU, Nik Hasnah Nik Yeh mencium kain pemberian Hasnizam (gambar kecil) sambil diperhatikan anak bongsunya, Nurul Fatihah ketika di rumahnya, dekat Simpang Lima, Batu Pahat, Johor, semalam.

JERTIH: Seorang anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) dari Rejimen Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Bukit Jugra, Banting, Selangor, terbunuh selepas payung terjunnya gagal berfungsi ketika menjalani latihan di Pangkalan Udara Gong Kedak di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.10 tengah hari, Laskar Udara Kanan Hasnizam Abd Wahid, 26, yang melakukan terjunan dari pesawat pengangkut Caribou pada ketinggian 1,200 meter dari paras laut, terhempas di kawasan lapang, kira-kira 100 meter dari kuarters pegawai pangkalan berkenaan.

Seorang lagi anggota PASKAU, Laskar Udara Kanan Mohd Eddy Effendy, 22, pula cedera ringan selepas dikatakan mendarat di atas bumbung blok kediaman pangkalan itu.
Kedua-dua anggota terbabit adalah sebahagian daripada 26 anggota PASKAU yang menyertai Kursus Terjun Statik Tempur Siri 1/2010.

Menurut sumber, Hasnizam yang ditemui cedera teruk di kepala dan beberapa bahagian badan, dikejarkan ke Hospital Besut tetapi disahkan meninggal dunia pada jam 3.59 petang. Mangsa berasal dari Simpang Lima, Batu Pahat, Johor dan sudah tujuh tahun berkhidmat dengan PASKAU.

Sementara itu, Mohd Eddy diberi rawatan pesakit luar di hospital sama sebelum dibenarkan keluar, kira-kira jam 3.30 petang.

Bagaimanapun, kenyataan Unit Komunikasi Korporat TUDM yang dikeluarkan di Kuala Lumpur tidak menyebut insiden membabitkan Mohd Eddy.
Dalam kenyataan itu, TUDM hanya mengesahkan Hasnizam maut dalam insiden ketika menjalani latihan penerjunan dan satu lembaga siasatan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu.

Jenazah Allahyarham diterbangkan ke Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai dari Pangkalan Udara Gong Kedak, kira-kira jam 9 malam tadi menggunakan pesawat pengangkut, C-130H sebelum dibawa menggunakan jalan darat ke kampungnya di Jalan Peserai Kecil, Simpang Lima, Batu Pahat untuk dikebumikan.

BH

Mufti Perak disifatkan sebagai pencacai Umno

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dilabel sebagai pencacai Umno kerana berbohong mengenai pertemuan dengan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali yang dikatakan berbincang soal jalinan perpaduan antara PAS dan Umno.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata demikian kerana setakat ini, Hassan Ali yang mengakui bahawa pernah berjumpa dengan mufti Perak itu hanya berbincang mengenai Islam. Soal kerjasama antara kedua-dua parti PAS dan Umno langsung tidak pernah dibincangkan.

Hassan Ali mengakui bahawa PAS tidak memberi persetujuan untuk membincangkan isu jalinan kerjasama PAS dan Umno dengan Harussani. Justeru, Harussani dikatakan berbohong dan hanyalah pencacai Umno dalam isu terbabit.

Hassan Ali mengakui pernah berjumpa dengan mufti Perak itu kira-kira dua bulan lalu tetapi berkata tidak pernah menyentuh isu jalinan kerjasama antara PAS dan Umno. Mahfuz berkata mufti Perak itu harus meletakkan jawatan kerana berbohong berhubung perkara itu.

Batalkan pemberian diskaun kepada bumiputera dalam kedua-dua jenis hartanah

Kerajaan negeri harus membatalkan dasar pemberian diskaun bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor, cadang ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

Pua berkata cadangannya itu boleh membawa impak positif kepada ekonomi kepada kerajaan negeri kerana dapat meningkatkan keyakinan pelabur terhadap sektor hartanah di Selangor. Beliau menegaskan bahawa diskaun itu tidak patut dikekalkan bagi kedua-dua jenis hartanah kerana individu yang memilikinya adalah daripada golongan yang berkemampuan.

Justeru, diskaun kepada bumiputera untuk kedua-dua jenis hartanah patut dimansuhkan kerana ia juga boleh menstabilkan nilai hartanah dan pasaran akan jadi lebih adil. Pua juga menyenaraikan keburukan pelaksanaan diskaun terbabit termasuk disalahgunakan oleh pihak tertentu demi mengaut keuntungan.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru kerajaan Selangor untuk mempertimbangkan semula pemberian tanah kepada anak syarikat yang tidak menyumbang ataupun membantu dalam pembangunan hartanah di negeri.

Monday, July 26, 2010

Adun Setiu: Kami hormati Muhyiddin, cuma mahu Umno pusat selesai masalah

Salah seorang Adun di kawasan Parlimen Setiu yang tidak menghadiri persidangan perwakilan bahagian baru-baru ini menegaskan, tidak timbul soal beliau dan tiga wakil rakyat tidak menghormati Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Keempat-empat wakil rakyat itu tidak hadir majlis perasmian bahagian itu yang disempurnakan oleh Muhyiddin.

Adun Langkap, Asha’ari Idris berkata“Saya secara peribadi telah memaklumkan kepada Timbalan Perdana Menteri, sudah menghubungi, sudah menelefon beliau bahawa tidak dapat menghadiri persidangan perwakilan, beliau (Muhyiddin) tahu kami tidak akan hadir,” kata Adun Langkap Asha’ari Idris.

Asha’ari  menambah tidak timbul soal beliau dan Adun Permaisuri Abdu Halim Jusoh, Khazan Che (Batu Rakit) dan Ramlan Ali (Jabi) tidak menghormati Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno.

“Setahu saya, tiga Adun berkenaan juga telah memaklumkan kepada Tan Sri Muhyiddin yang tidak akan hadir mesyuarat bahagian itu,” katanya.

“Tidak timbul isu kami tidak menghormati Tan Sri Muhyiddin, beliau timbalan perdana menteri, kami sokong beliau,” katanya lagi.

Asha’ari berkata mereka tidak hadir untuk menyampaikan mesej bahawa wujud masalah di bahagian tersebut.

Kata beliau, pihaknya hanya mahukan pucuk kepimpinan menyelesaikan masalah yang wujud di bahagian mereka.

Muhyiddin melahirkan rasa kecewa dengan persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu yang dipulaukan oleh empat wakil rakyat di kawasan itu.

Ia dirasmikan oleh beliau pada 16 Julai lalu.

“Empat wakil rakyat tak hadir, saya pun dukacita jugalah, saya tak sebelahi mana-mana pihak dalam soal politik, tapi sebagai timbalan presiden saya rasa agak kecewa.

“Mungkin ada masalah tertentu, mungkin ada hubung kait dengan jawatan dan pimpinan. Apa yang saya nak tekankan, apa saja isu dan permasalahan yang timbul antara kita, mesti kita selesaikan dengan bijaksana,” kata beliau.

Majlis itu turut dihadiri Ahli Parlimen Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafie yang juga Ketua Umno bahagian itu; Ketua Umno Hulu Terengganu, Datuk Tengku Putera Awang; Ketua Umno Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid; dan Ketua Umno Besut, Datuk Seri Idris Jusoh.

Timbalan Presiden Umno itu juga mengingatkan ahli Umno supaya menyelesaikan segera permasalahan atau pergeseran yang berlaku sesama mereka dalam usaha mengembalikan semula kekuatan dan keyakinan rakyat terhadap parti itu.

Katanya, perpaduan dalam parti itu perlu segera diperkukuhkan kerana ia menyumbang bagi mengukuhkan kedudukan parti dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga Naib Presiden dan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu menyifatkan tindakan empat Adun berkenaan sebagai tidak menghormati kepimpinan tertinggi dan parti.

Beliau berkata masalah yang membelenggu Bahagian Setiu kalau dilihat dalam konteks agenda nasional ia boleh memberikan kesan kurang baik kepada parti.

Mengulas lanjut, Asha’ari berkata, sebagaimana ditekankan oleh Muhyiddin apa jua masalah yang wujud perlu diselesaikan sebelum pilihan raya umum ke-13.

Sehubungan itu beliau menyerahkan kepada pucuk kepimpinan untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap “permintaan” mereka itu.

“Bukan sahaja di bahagian kami, di mana-mana sahaja, masalah yang wujud perlu diselesaikan,” kata beliau lagi.

“Saya fikir, bukan sahaja kami empat Adun, semua orang politik macam kami, berharap masalah ini (jika wujud) diselesaikan sebelum pilihan raya (umum) akan datang,” katanya.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan masalah yang wujud di bahagian itu.

“Saya tidak mahu tambah masalah lagi, cukuplah... saya berharap masalah yang wujud diselesaikan,” kata Asha’ari.

Ketika ditanya pandangan sesetengah pihak bahawa Umno pusat wajar mengambil tindakan ke atas mereka, Asha’ari berkata: “Itu saya tidak mahu komen.”


malaysiainsider

Isu Pasir Selangor: Kain Siapa Yang Akan Terlondeh



Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sewajarnya menutup mulut mengenai isu pasir kerana semakin besar beliau bercakap semakin teruk bau busuk yang dikeluarkan.



Timbalan Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor, Suhaimi Shafie berkata, sewajarnya pemimpin Umno itu bergabung tenaga dengan Kerajaan Negeri Selangor bagi sama-sama berusaha membanteras isu pasir yang telah lama berlaku di negeri itu.

Sebaliknya, tegas beliau, dengan isu pasir ini pula terdedah pergolakan yang sedang berlaku dalam Umno Selangor khususnya antara Khir dan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar ekoran wujud dua agenda berbeza meskipun isunya adalah sama iaitu pasir.



Bagaimana hendak sembunyikan pertelingkahan sesama mereka kerana masing-masing dengan pendekatan berbeza bercakap tentang isu serupa iaitu pasir dengan seorang gemar melawat tapak lombong pasir dan seorang lagi menggunakan helikopter meninjau keadaan, sinisnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan di dalam sidang akhbar yang diadakan di sebuah hotel di sini semalam selepas lawatan ke tapak lombong di Mukim 12, Kuala Langat yang disertai sekitar 40 wakil pelbagai media di negara ini yang dibawakan oleh syarikat milik Kerajaan Selangor bagi menguruskan pengeluaran pasir, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Suhaimi yang juga Adun Seri Muda baharu sahaja dua bulan dilantik sebagai salah seorang pengarah dalam KSSB menegaskan, beliau akan mengeluarkan semua salahlaku Khir dan rakan-rakannya secara bersiri jika pemimpin Umno Selangor itu masih lagi dengan sikapnya yang menjadikan Kerajaan Pakatan Rakyat yang mengambilalih pentadbiran kerajaan negeri sebagai kambing hitam.

"Jika Khir masih terus bersuara dan terus menolak kami sehingga ke dinding, kami akan dedahkan satu persatu salahlaku mereka yang sebenarnya kami tidak mahu berbuat demikian tetapi jika keadaan memaksa, kami akan melakukannya.

"Kenapa pula hendak jadikan Kerajaan Selangor di bawah PR ini sebagai kambing hitam di dalam usaha mereka bertembung sesama mereka, sedangkan isu berkaitan pasir ini sudah berpuluh tahun berlaku, di mana mereka selama ini?

"Isu pasir ini telah dipolitikkan. Mereka cuba mengalihkan pandangan rakyat dari kelemahan mereka selama ini kepada membesarkan isu pasir ini namun apa yang kelihatannya pergaduhan sesama mereka masih tidak dapat disembunyikan lagi," tegasnya.




Suhaimi juga mempersoalkan sikap Khir yang beria-ia sangat bercakap tentang isu pasir sedangkan perkara sama tidak dapat diselesaikan ketika beliau menjadi menteri besar sebelum tsunami politik melanda negara pada 8 Mac 2008 sedangkan PR dapat melakukannya dengan baik sepanjang dua tahun mentadbir.

Tegasnya, jika mereka masih tidak berhenti mempolitikkan isu pasir ini kononnya kerajaan negeri sekarang menyebabkan Selangor menjadi 'lubang', wartawan media akan dibawa ke Bestari Jaya, Kuala Langat yang lebih teruk untuk pendedahan kepada rakyat seluruhnya.

Nota:

KSSB sebelum ini dikritik hebat oleh Umno Selangor kononnya aktiviti mengorek pasir oleh KSSB akan merosakkan alam sekitar dan struktur mukabumi negeri itu. Namun ianya disangkal oleh Pengarah Enviro Enhance Sdn Bhd bahawa firma itu tidak menemui sebarang impak ke atas kualiti air di Paya Indah Wetlands kerana lombong tersebut terletak di hilir kawasan paya berkenaan.

Untuk rekod, pada tahun 2008 KSSB membayar RM1.5 juta royalti dan RM1 juta keuntungan sebelum cukai kepada kerajaan negeri Selangor. Pada 2009, mereka membayar RM5.7 juta royalti dan RM9 juta keuntungan sebelum cukai manakala pada 2010, sehingga Jun lalu mereka telah membayar RM5 juta royalti dan RM10 juta keuntungan sebelum cukai kepada kerajaan negeri.

Ianya jauh lebih tinggi berbanding zaman kerajaan negeri di bawah BN. Pada zaman BN, kerajaan negeri hanya mendapat bayaran royalti sebanyak RM3.54 juta pada tahun 2005, RM4.37 juta (2006) dan RM4.29 juta (2007).

Isu pasir sama juga dengan isu-isu lain yang umno canangkan sebelum ini dilihat tidak menjadi. Yang rungsing dan sibuk dengan isu pasir ialah Umno bila mana kroni mereka tidak dapat terus mengaut keuntungan daripada kerja mengorek pasir. Sebelum ini lesen mengorek pasir diberikan kepada kroni Umno saja. Bukan itu saja ia juga tidak mengutungkan seperti mana perwujudan konsotium yang dibentuk oleh kerajaan kini.

Kerana ghairah mengejar jawatan MB Selangor, kebodohan Noh Omar akan menyebabkan kain Khir Toyo terlondeh. Sumbat aje kedua-duanya dalam 'Lobang Pasir' tuh.. kah..kah..kah...

budakkampungonline

langau perkauman bukit bendera bakal di pilih semula...????

Mesyuarat Umno Bukit Bendera 31 Julai



Mesyuarat pewakilan Umno bahagian Bukit Bendera akan berlangsung pada 31 Julai ini dan menjadi tumpuan sama ada Datuk Ahmad Ismail akan dilantik mengetuai semula bahagian itu.

Ketika dihubungi , Setiausaha Umno Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim mengesahkan tarikh baru itu.

Bagaimanapun, beliau yang juga ketua pembangkang, enggan mengulas mengenai agenda yang akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

Sebelum ini, mesyuarat perwakilan bahagian berkenaan - yang dijadualkan pada 11 Julai lalu - telah ditangguhkan tanpa sebarang penjelasan diberikan.

Sebelum ini, kesemua 36 jawatankuasa bahagian itu meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Ahmad untuk mengetuai semula bahagian tersebut.

Sumber-sumber sebelum ini dilaporkan berkata ia ada kaitan dengan cadangan untuk melantik Ahmad mengetuai semula bahagian berkenaan.

Langkah tersebut dikatakan tidak dipersetujui oleh parti-parti komponen BN, khusunya Gerakan.

Majlis Tertinggi (MT) Umno - pada September 2008 - memutuskan Ahmad digantung dan dilucutkan hak-haknya dalam parti selama tiga tahun.

Ia berikutan kontroversi yang dicetuskan oleh ketua Umno Bukit Bendera itu, yang didakwa membuat kenyataan yang berbaur perkauman terhadap masyarakat Cina.

Ahmad telah menimbulkan kemarahan masyarakat Cina apabila didakwa berkata bahawa kaum itu "menumpang" di negara dan meminta mereka supaya tidak menjadi seperti orang Yahudi di Amerika yang mahu menguasai ekonomi dan kuasa politik.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Ahmad membuat kenyataan menggesa Gerakan supaya keluar dari BN dan manakala seorang penyokongnya telah bertindak mengoyak gambar pemangku presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) kemudiannya memutuskan untuk menyerahkan kepada Umno untuk menentukan tindakan terhadap Ahmad.

Bagaimanapun pada Disember tahun lalu, MT mengambil keputusan untuk menarik semula penggantungan itu.

Umno bahagian tersebut mempunyai 26 cawangan.


malaysiakini

pengundi sebegini mau di cecah kemana agaknya....

Pengundi 'atas pagar' yang 'muda dan resah'



Seramai tujuh juta pengundi muda akan menjadi faktor penentu dalam keputusan kemenangan calon BN atau parti pembangkang pada Pilihanraya umum akan datang.

Bagaimanapun, kajian terbaru oleh Makmal Pemuda BN telah memberi wawasan tentang pemikiran golongan pengundi muda dengan kebanyakan mereka mengambil pendiriran 'non-partisan' (tidak memihak) berhubung politik negara.

Berikutan majoriti golongan belia bukan penyokong mana-mana parti, kajian itu mendapati tiga daripada lima pengundi muda atau 62 peratus daripada mereka masih 'duduk atas pagar' mengenai parti pilihan mereka.

Hasil kajian ke atas kira-kira 1,000 responden dari seluruh negara itu serta cadangan dasar telah disampaikan oleh Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin kepada Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lepas.

Kajian itu dijalankan oleh sekumpulan penyelidik khas selama dua bulan mulai Mac lalu itu adalah bagi membantu parti pemerintah menggubal dasar bersesuaian dengan keperluan generasi muda di negara ini.

Hasil laporan itu akan diumumkan kepada awam pada satu mesyuarat bersama Perdana Menteri dijadual pada 20 Ogos ini.

Kebimbangan utama yang disuarakan oleh responden adalah berkaitan dengan pekerjaan, pendidikan, peningkatan kos hidup dan pengangkutan awam.

"Golongan belia ini akan mengundi mana-mana calon yang mereka fikir adalah lebih baik pada pilihan raya umum akan datang," menurut hasil kajian itu.

Hasil kajian itu adalah serangkai dengan arah aliran politik semasa yang ditonjolkan oleh pelbagai pemerhati dan penganalisis politik termasuk pensyarah kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah.

"Pengundi muda kini lebih berpandangan terbuka dan membina dan mereka tidak menilai sesuatu isu berdasarkan ideologi politik. Sokongan mereka mudah berubah atau bertindak kepada situasi pada bila-bila masa," kata Abu Hassan.

Menurutnya generasi muda tidak lagi berpegang kepada kata-kata atau janji ahli politik tetapi sebaliknya menilai bagaimana parti-parti berkenaan menangani pelbagai isu.

Bagi Khaw Veon Szu, pengarah Institut Pembangunan Sosioekonomi dan Penyelidikan (SEDAR), iaitu kumpulan pemikir Parti Gerakan, pula, beliau percaya kebanyakan belia di negara ini masih cenderung kepada pembangkang, walaupun perangkaan 60 peratus pengundi belia 'atas pagar' seperti dilaporkan oleh Makmal Pemuda BN.

"Saya percaya pengundi muda 'atas pagar' sebenarnya pada kadar 30 peratus dan saya tidak kata ia akan mencecah sehingga 60 peratus," katanya.

"Pengundi sentiasa berubah secara bulanan tetapi ia hanya sekadar mana tahap perubahan itu.

"Konsensus secara umum bagi golongan muda dan ligat itu pada amnya mereka memihak pembangkang," katanya.

Khaw berkata pembangkang mempunyai sedikit 'simpanan tetap' dalam masyarakat Cina dan ini dijelaskan mengapa mereka begitu gigih mendaftar pengundi baru dan muda kerana mereka menganggap golongan itu adalah tambahan kepada 'simpanan tetap' mereka.

Bagi memenangi hati pengundi muda, katanya, BN tidak mempunyai masa tetapi sebaliknya perlu mempunyai rancangan drastik bagi mengejar usaha pembangkang mendaftar pengundi baru.

Salah satu sektor yang boleh membawa impak segera dan berkesan yang boleh meninggalkan kesan mendalam dalam minda dan hati pengundi muda adalah rombakan dasar pendidikan.

Bagaimanapun, sebilangan pemerhati politik dan ahli parti berpendapat bahawa apa yang BN perlu sekarang ialah penyelesaian kepada masalah yang dibangkitkan oleh golongan ini dan bukan satu lagi kajian untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh belia.

"Anda tidak perlu menjalankan satu kaian untuk mengetahuinya. Sebagai seorang pemuda, saya boleh beritahu apa yang golongan pemuda inginkan - pekerjaan, keselamatan, kualiti hidup yang lebih baik dan urus tabir yang cekap," kata seorang pemimpin pemuda dari sebuah parti komponen BN.

Bagaimanapun, sebarang bentuk kajian adalah penting dan dapat membantu BN merangka strategi bagi membantu golongan itu di peringkat bawahan.

Usaha kajian seperti itu adalah langkah tepat seperti dilakukan oleh Pemuda MIC di mana lebih ramai pemimpin muda diberi tanggungjawab di peringkat cawangan dan bahagian.

Ketua Pemuda MIC, T. Mohan, berkata pada 21 Ogos ini, sebanyak 50 cawangan pemuda baru dengan pemimpin baru akan dibentuk selain mendaftar ahli baru sebagai pengundi jika mereka mencapai umur 21 tahun.

"Sebelum ini, kita terpaksa menunggu sehingga seseorang itu melepaskan jawatan atau meninggal dunia. Tetapi kini, kita melakukan rimbakan dan maklum balasnya adalah baik.

"Kami kini mempunyai pengerusi cawangan berusia antara 20an dan 30an," katanya.

Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Anthony Loke Siew Fook menjelaskan kecenderungan pengundi muda kepada parti pembangkang sebahagian besarnya disebabkan faktor 'tolakan' dari BN dan bukan faktor 'tarikan' oleh pembangkang.

"Perebutan mendapatkan sokongan pengundi muda masih terbuka luas. Pengundi muda akan memilih calon yang dapat membuktikan kelebihan yang ada pada diri mereka," katanya.

Oleh itu Loke, berkata pembangkang menumpukan kepada dua pendekatan iaitu pendafataran pengundi baru secara agresif dan memaklumkan kepada golongan itu bahawa mereka boleh membuat keputusan dengan apa yang mereka fikirkan penting.

Pensyarah Sains Politik, Kolej Universiti Antarabangsa Sedaya (UCSI) Dr Ong Kian Ming berkata Pemuda BN tidak mempunyai rancangan bersepadu untuk membabitkan golongan pemuda serta gagal mempertengahkan dasar untuk mereka.

"Misalnya, isu biasiswa. Kita tidak lihat sebarang usaha bersepadu untuk menyelesaikan isu itu sehingga pengumuman oleh Perdana Menteri," katanya.

Pada 10 Julai lalu, Najib mengumumkan bahawa semua pelajar yang memperoleh keputusan 9A+ dan ke atas pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan ditawarkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melanjutkan pengajian di universiti tempatan atau luar negara.

Ong berkata golongan muda nampaknya lebih cenderung kepada pembangkang tetapi parti pembangkang tidak boleh mengambil mudah berikutan keputusan pilihan raya umum lepas menunjukkan sedikit peningkatjkan sokongan golongan muda kepada BN.

Pada pilihanraya umum 1999 dan 2004, corak pengundian golongan muda menunjukkan penurunan sokongan terhadap BN tetapi pada 2008, terdapat sedikit peningkatan sokongan kepada BN khususnya dari generasi selepas reformasi berusia antara 21 dan 30 tahun, katanya.

Bagaimanapun, masih ada banyak cabaran bagi pihak pembangkang dan pemerintah tetapi kedua-dua pihak itu telah menampilkan beberapa pemimpin muda yang berjaya mendekatkan diri dengan golongan belia di negara ini, katanya.

- Bernama

Sunday, July 25, 2010

Kekanda Sultan Kelantan mohon isu istana tidak dibincang dalam akhbar



KOTA BAHARU, 25 Julai — Kekanda Sultan Kelantan, Datuk Tengku Rozan Sultan Yahya Petra hari ini meminta semua pihak terutama keluarga diraja itu agar tidak lagi mengeluarkan kenyataan berhubung isu Istana Kelantan sehingga dibincangkan di dalam media.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Tengku Rozan yang juga Ahli Majlis Perajaan Negeri dan Ahli Majlis Penasihat Raja Kelantan meminta supaya anggota keluarga diraja itu tidak lagi menghebahkan sebarang isu melalui media.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kenyataan kekandanya Datuk Tengku Merjan menerusi media semalam yang mendakwa Pengelola Istana Diraja Datuk Abdul Halim Hamad itu berbohong apabila menyatakan telah menghadap Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra beberapa kali di sini dan ketika dirawat di Singapura baru-baru ini.

Tengku Rozan dalam kenyataannya juga berharap Tengku Merjan tidak mencampuri urusan pentadbiran Pejabat Sultan kerana setiap pegawai terpaksa mengikut peraturan dalam menjalankan tugas dengan Pengelola Istana sebagai Ketua Pejabat dan menjalankan titah.

“Urusan keluarga tidak patut dicampur adukkan dengan urusan pejabat. Hormatilah Tuanku Sultan yang sedang gering dan pentadbiran negeri perlu berjalan seperti biasa di bawah Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra.

“Kita berdoalah kepada Allah agar diberi petunjuk dan jalan yang lurus untuk kita selesaikan masalah keluarga ini,” katanya. — Bernama

Perpaduan Melayu tetap gagal jika dilihat guna formula Umno

Isu perpaduan Melayu dan survival Islam di Malaysia tidak akan dapat diselesaikan jika rakyat pemimpin-pemimpin politik melihatnya melalui teropong Umno semata-mata, kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR Dr Muhd Nur Manuty.

Oleh itu tegas beliau, ia perlu dikaji dari perspektif baru dalam fenomena baru realiti politik berasaskan demokrasi di Malaysia.

“Jika Umno benar-benar ikhlas, hentikan segala kezaliman, penindasan dan kemungkaran yang diamalkan selama ini.

“Suburkanlah iklim demokratik di Malaysia berasaskan perlembagaan negara yang ada. Wujudkan ruang persaingan yang terbuka dan sihat dan berasaskan syariat yang ditetapkan Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru menurut beliau langkah-langkah tersebut akan menjadikan rakyat lebih kreatif dalam usaha menyampaikan khidmat yang terbaik untuk seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama berasaskan kebenaran dan keadilan.

“Dengan ini Islam yang murni akan lebih terserlah. Barisan kepimpinan Islam yang bertaqwa, bijaksana dan adil akan dapat dilahirkan.

“Masyarakat bukan Islam akan lebih memahami Islam dan melihatnya secara objektif dan tepat. Perkara ini sedang menjadi kenyataan,” katanya lagi,

Kata beliau, bukan Islam tidak lagi menjadi fobia kepada Islam apabila bersedia mengundi parti Islam di dalam pilihan raya, selepas sekian lama Umno telah menjadikan segala berunsur Islam sebagai momokan kepada mereka.

Katanya, perkembangan itu yang amat menggerunkan Umno sekarang, lantas menjadikan slogan perpaduan Melayu sebagai gendang perang terakhir sebelum terus tumbang ditelan gelombang rakyat yang menuntut keadilan.

Kata Muhd Nur isu perpaduan Melayu ditonjolkan oleh Umno lagi kerana menyedari bahawa ia yang selama ini bernafas lama hasil luapan sentimen perkauman ini amat menyedari bahawa kedudukan politiknya adalah semakin terdesak dan terancam.

“Sokongan orang Melayu terutamanya generasi muda semakin menurun. Sokongan orang bukan Melayu pula kini amat terhakis. Gelombang sokongan rakyat di Sabah dan Sarawak jelas sudah beralih kepada Pakatan Rakyat,” katanya.

Oleh tegas beliau, Umno menggunakan politik michevelli yang dianutinya dan isu perpaduan Melayu dikumandangkan lagi sebagai strategi perang psikologi memecahbelah Pakatan Rakyat.

“Ini dilakukan selepas gagal menggunakan fitnah ‘liwat’, membeli wakil-wakil rakyat PR dan menuduh Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu, agen Yahudi, CIA dan Amerika Syarikat serta berbagai tuduhan lagi.

“Dalam masa yang sama media penyampai maklumat kepada rakyat cuba disekat dengan harapan ‘psywar’ yang dilancar ini menjadi,” katanya lagi.

Kata Muhd Nur, ebenarnya perpaduan yang dijaja ini hanyalah untuk menyelamatkan politik Umno itu sendiri.

“Umno ditolak rakyat bukan kerana perpecahan kepimpinan Melayu. Ia diakibatkan oleh segala kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan oleh mereka sendiri,” katanya.

Hakikatnya, menurut beliau, pelbagai agenda perpaduan politik Melayu telah pun dicuba sebelum ini.

Namun, kata beliau, kesemuanya berakhir dengan kegagalan dan paling jelas gabungan PAS dan Umno di dalam Barisan Nasional pada 1971 berkesudahan PAS ditendang keluar dari BN.

“Kegagalan ini mencetuskan percubaan bentuk baru oleh Anwar Ibrahim, apabila beliau dan rakan-rakannya dari ABIM berijtihad untuk aktif dalam Umno.

“Ia berakhir dengan satu kemelut besar yang paling menyayat hati dalam sejarah politik Melayu Islam.

“Beliau disingkir dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno secara cukup hina dan mengaibkan. Tidak pernah berlaku dalam sejarah Melayu seorang pemimpin hebatnya dijatuhkan dengan fitnah ‘liwat’ seperti ini.

“Begitu pelik dan luar biasa, namun ia boleh berlaku di dalam budaya politik Umno,” katanya.

Jelaslah, perpecahan politik Melayu tetap berlaku meskipun para pemimpinnya berada dalam wadah yang sama, sama ada Umno atau BN, kata beliau.

PAS Tidak Akan Masuk Perangkap Yang Disediakan UMNO



Ahli PAS diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan mainan isu yang dimainkan UMNO dan Barisan Nasional. Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain di sini hari ini menegaskan, isu kerjasama di antara UMNO dan PAS merupakan isu yang sudah kerap kali dimainkan oleh UMNO untuk memecahbelahkan kesatuan dalaman PAS.

Mengulas lanjut mengenai hal ini, beliau berkata, kerjasama PAS-UMNO sukar untuk dijayakan memandangkan keikhlasan UMNO sendiri sudah boleh dipertikaikan. "Orang yang tidak ikhlas akan kata orang lain yang tidak ikhlas," " Bagi saya ini agenda terancang yang disusun pemimpin umno untuk memecahbelahkan kesatuan ahli PAS dan muafakat kerjasama Pakatan Rakyat " Tegas Ustaz Abu Bakar yang mengulas mengenai kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempersoalkan mengenai keikhlasan PAS untuk bekerjasama dengan UMNO.


Mengulas lanjut, beliau mengatakan, UMNO cuba untuk memerangkap PAS dengan memberi gambaran yang belbagai berkenaan isu ini melalui media umno dengan tujuan untuk memecahkan kekuatan dalaman ahli PAS dan Muafakat kerjasama PAS bersama Pakatan Rakyat..
Menambah mengenai hal ini, Pesuruhjaya PAS Perak itu mengatakan, situasi ini berlaku disebabkan oleh keadaan UMNO yang lemah dan tidak yakin dapat mengekalkan kuasa mereka menjelang Pilihanraya Umum ke-13.

Mengulas mengenai hal ini, beliau mengatakan, kekuatan UMNO untuk memerintah bergantung kepada kekuatan Barisan Nasional. Akan tetapi, kita dapat melihat bagaimana rapuhnya perpaduan di kalangan parti komponen dalam Barisan Nasional sehingga kerap kali menimbulkan pergeseran sesama mereka.
Umno juga dilihat cemburu dan Dengki dengan kekuatan Pakatan Rakyat yang dilihat jauh lebih menyerlah berbanding mereka, mereka cuba untuk melemahkan kekuatan yang ada pada Pakatan Rakyat yang dilihat kerapkali menjuarai isu-isu berkaitan rakyat dan menampakkan kelemahan kerajaan pimpinan Barisan Nasional. Tambahan pula, undi masyarakat bukan melayu yang dilihat semakin hilang dengan ketara amat membimbangkan mereka.

Selain itu juga, beliau mengatakan, di antara lain, sebab utama timbulnya isu ini adalah untuk menutup isu-isu besar yang meranapkan negara di sudut ekonomi, reputasi dan juga keselamatan negara."Kita perlu melihat isu yang melibatkan lebih ramai pihak dan berskala lebih besar berbanding dengan isu survival UMNO dan bagaimana mereka hendak mengekalkan kuasa.

Menurut beliau lagi, UMNO tidak berani berbincang mengenai hal yang lebih besar kerana perkara-perkara ini jelas menunjukkan mereka gagal mentadbir negara apabila diberi kuasa.

Melihat kelemahan UMNO dan BN dalam mentadbir negara kini. "Kita memandang serius mengenai kenaikan harga barang, pengurangan bajet dalam sektor kerajaan dan swasta, isu rasuah dan judi yang semakin berleluasa, isu Felda, dan juga isu APCO yang telah dibawa masuk kerajaan ke dalam negara yang secara jelas dan terang menyokong Yahudi dan menjejaskan keselamatan negara", jelas beliau

Bagi saya kebimbangan terhadap isu-isu besar yang wujud disebabkan oleh kegagalan pengurusan Datuk Seri Najib Tun Razak yang membawa gagasan 1 Malaysia. "Ternyata 1 Malaysia telah gagal", kata beliau ketika mengakhiri sesi pertemuan tersebut.

Surat sokongan ruang suburkan campurtangan politik

Wajar diakui agak sukar diharapkan mana-mana parti pemerintah mengambil sikap langsung tidak campurtangan dalam urusan pengagihan bantuan atau kontrak kerajaan kepada mana-mana pihak. Bagaimana pun demi melihat terlaksananya amalan pemerintahan lebih telus dan bertanggungjawab, kita tidak jemu meletakkan harapan agar soal campurtangan orang politik dalam urusan penjawat awam sebolehnya diminimakan, jika pun sukar dihapuskan sepenuhnya


Bertolak dari hasrat itu kita menyambut baik pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Idris Jala baru-baru ini yang meminta ahli politik menghentikan amalan mengeluarkan surat sokongan kepada para kontraktor yang memohon projek kerajaan. Beliau menganggap kewujudan surat sedemikian mengakibatkan pembaziran perbelanjaan kerajaan apabila penjawat awam yang mengendalikan urusan terbabit diletakkan dalam keadaan tidak selesa kerana terpaksa melayan kehendak “orang atasan”.

Sebetulnya perkara disebutkannya itu bukan isu baru. Ia malah bukan sahaja tertakluk kepada soal mengeluarkan surat sokongan untuk para kontraktor sahaja. Hakikat sebenar yang mendasari isu ini ialah soal campurtangan orang politik di dalam urusan penjawat awam, yang selalunya berakhir dengan perasaan amat tidak selesa di kalangan mereka.

Kewujudan surat sokongan sebegitu tidak ubah ibarat mewujudkan tekanan dan “arahan tersirat” agar pihak disokong mereka diberikan pertimbangan utama. Di masa sama, wujud pula perasaan rendah diri di kalangan penjawat awam apabila terpaksa akur dengan kehendak “orang atasan”.

Tahap profesionalisme mereka sudah tentu tercabar apabila mekanisme pemilihan calon berkelayakan bukan lagi di atas kriteria yang ditetapkan dalam syarat permohonan, tetapi lebih mengambil kira merit politik.

Seperti disebutkan tadi hakikat kewujudan “arahan tersirat” itu sebetulnya sudah menjadi tradisi di negara kita. Ia seakan sudah diterima sebagai amalan pemerintahan, sama ada di peringkat nasional, negeri mahu pun serendah peringkat kampung. Sokongan orang politik adalah perkara yang mesti disertakan rakyat yang memerlukan apa juga bentuk bantuan atau kelulusan dari kerajaan.

Ambil saja contoh pengagihan bantuan wang kepada golongan termiskin dan miskin. Penyediaan senarai penerima program itu selalunya dikuasai sepenuhnya oleh ketua masyarakat. Sudah menjadi tradisi, para ketua itu pula dilantik berdasarkan penguasaan politiknya di kawasan setempat.

Maka biar pun jenuh dilaungkan para pemimpin lebih tinggi kononnya kerajaan pimpinannya tidak mengamalkan pilih kasih dan tidak membezakan penerima berkelayakan berdasarkan merit politik, senarai penerima yang terhasil di bawah sana tetap tidak terlepas dari perkiraan tidak diingini itu.

Isu itu setakat ini masih berlarutan. Contohnya, minggu lalu Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said masih meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap soal keciciran nama golongan termiskin dan miskin di negerinya dari senarai penerima program e-Kasih. Beliau juga sedar betapa senarai sebelum ini banyak mengandungi unsur tidak sihat apabila ada di kalangan nama tersenarai bukan dari kalangan yang benar-benar termiskin dan miskin.

Soalnya, bagaimana kah kesilapan penyenaraian itu berlaku? Adakah ia semata-mata di atas kecuaian dan kelemahan para penghulu selaku penjawat awam yang dipertanggungjawabkan mengesahkan senarai itu? Ataukah ia berpunca daripada ketua-ketua kampung (lantikan politik) yang menyerahkan senarai nama itu untuk disahkan para penghulu?

Rasanya soalan-soalan tadi tidak perlu dijawab. Semua kita tidak sukar menerima hakikat bahawa penentu sebenar senarai penerima bantuan dari kerajaan, apa juga bentuk bantuan dan agihan ke peringkat kampung, ialah tidak lain daripada penguasa-penguasa politik bawahan. Para penghulu selaku penjawat awam hanyalah ibarat “rubber stamp” yang terpaksa mengesahkan senarai dari orang politik.

Dalam bentuk yang kononnya lebih sistematik dan berkesan, kita ambil pula contoh penubuhan Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Barisan Nasional (BN) mengumumkan fungsi utamanya ialah sebagai badan penentu dalam meluluskan setiap bantuan disalurkan kerajaan Pusat.

MPPP dipengerusikan Ahli Parlimen BN di kawasan masing-masing. Manakala di kawasan di mana Ahli Parlimennya bukan daripada BN, pengerusi MPPP dipilih daripada salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN. Ahli-ahli MPPP terdiri daripada wakil-wakil rakyat, selain wakil-wakil jabatan dan agensi di bawah kementerian berkenaan.

Seperkara paling ketara, kewujudan majlis ini sekali gus merampas kuasa meluluskan bantuan kepada penerima yang selama ini diberikan kepada para pegawai agensi atau jabatan terbabit. Ia kini dikuasai sepenuhnya wakil-wakil rakyat BN yang menganggotai dan menguasai mesyuarat MPPP.

Bukan setakat itu saja, pegawai agensi pertanian diberikan amaran keras agar jangan pandai-pandai meluluskan sebarang bantuan kepada rakyat tanpa persetujuan MPPP.

Berdasarkan realiti yang sudah bertradisi dalam masyarakat itu, apakah kita masih menerima alasan kononnya kewujudan surat sokongan orang politik sekadar pengesyoran atau cadangan dan bukannya arahan atau tekanan kepada penjawat awam?


Mat Zain Mat Isa

Surat sokongan ruang suburkan campurtangan politik

Wajar diakui agak sukar diharapkan mana-mana parti pemerintah mengambil sikap langsung tidak campurtangan dalam urusan pengagihan bantuan atau kontrak kerajaan kepada mana-mana pihak. Bagaimana pun demi melihat terlaksananya amalan pemerintahan lebih telus dan bertanggungjawab, kita tidak jemu meletakkan harapan agar soal campurtangan orang politik dalam urusan penjawat awam sebolehnya diminimakan, jika pun sukar dihapuskan sepenuhnya


Bertolak dari hasrat itu kita menyambut baik pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Idris Jala baru-baru ini yang meminta ahli politik menghentikan amalan mengeluarkan surat sokongan kepada para kontraktor yang memohon projek kerajaan. Beliau menganggap kewujudan surat sedemikian mengakibatkan pembaziran perbelanjaan kerajaan apabila penjawat awam yang mengendalikan urusan terbabit diletakkan dalam keadaan tidak selesa kerana terpaksa melayan kehendak “orang atasan”.

Sebetulnya perkara disebutkannya itu bukan isu baru. Ia malah bukan sahaja tertakluk kepada soal mengeluarkan surat sokongan untuk para kontraktor sahaja. Hakikat sebenar yang mendasari isu ini ialah soal campurtangan orang politik di dalam urusan penjawat awam, yang selalunya berakhir dengan perasaan amat tidak selesa di kalangan mereka.

Kewujudan surat sokongan sebegitu tidak ubah ibarat mewujudkan tekanan dan “arahan tersirat” agar pihak disokong mereka diberikan pertimbangan utama. Di masa sama, wujud pula perasaan rendah diri di kalangan penjawat awam apabila terpaksa akur dengan kehendak “orang atasan”.

Tahap profesionalisme mereka sudah tentu tercabar apabila mekanisme pemilihan calon berkelayakan bukan lagi di atas kriteria yang ditetapkan dalam syarat permohonan, tetapi lebih mengambil kira merit politik.

Seperti disebutkan tadi hakikat kewujudan “arahan tersirat” itu sebetulnya sudah menjadi tradisi di negara kita. Ia seakan sudah diterima sebagai amalan pemerintahan, sama ada di peringkat nasional, negeri mahu pun serendah peringkat kampung. Sokongan orang politik adalah perkara yang mesti disertakan rakyat yang memerlukan apa juga bentuk bantuan atau kelulusan dari kerajaan.

Ambil saja contoh pengagihan bantuan wang kepada golongan termiskin dan miskin. Penyediaan senarai penerima program itu selalunya dikuasai sepenuhnya oleh ketua masyarakat. Sudah menjadi tradisi, para ketua itu pula dilantik berdasarkan penguasaan politiknya di kawasan setempat.

Maka biar pun jenuh dilaungkan para pemimpin lebih tinggi kononnya kerajaan pimpinannya tidak mengamalkan pilih kasih dan tidak membezakan penerima berkelayakan berdasarkan merit politik, senarai penerima yang terhasil di bawah sana tetap tidak terlepas dari perkiraan tidak diingini itu.

Isu itu setakat ini masih berlarutan. Contohnya, minggu lalu Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said masih meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap soal keciciran nama golongan termiskin dan miskin di negerinya dari senarai penerima program e-Kasih. Beliau juga sedar betapa senarai sebelum ini banyak mengandungi unsur tidak sihat apabila ada di kalangan nama tersenarai bukan dari kalangan yang benar-benar termiskin dan miskin.

Soalnya, bagaimana kah kesilapan penyenaraian itu berlaku? Adakah ia semata-mata di atas kecuaian dan kelemahan para penghulu selaku penjawat awam yang dipertanggungjawabkan mengesahkan senarai itu? Ataukah ia berpunca daripada ketua-ketua kampung (lantikan politik) yang menyerahkan senarai nama itu untuk disahkan para penghulu?

Rasanya soalan-soalan tadi tidak perlu dijawab. Semua kita tidak sukar menerima hakikat bahawa penentu sebenar senarai penerima bantuan dari kerajaan, apa juga bentuk bantuan dan agihan ke peringkat kampung, ialah tidak lain daripada penguasa-penguasa politik bawahan. Para penghulu selaku penjawat awam hanyalah ibarat “rubber stamp” yang terpaksa mengesahkan senarai dari orang politik.

Dalam bentuk yang kononnya lebih sistematik dan berkesan, kita ambil pula contoh penubuhan Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Barisan Nasional (BN) mengumumkan fungsi utamanya ialah sebagai badan penentu dalam meluluskan setiap bantuan disalurkan kerajaan Pusat.

MPPP dipengerusikan Ahli Parlimen BN di kawasan masing-masing. Manakala di kawasan di mana Ahli Parlimennya bukan daripada BN, pengerusi MPPP dipilih daripada salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN. Ahli-ahli MPPP terdiri daripada wakil-wakil rakyat, selain wakil-wakil jabatan dan agensi di bawah kementerian berkenaan.

Seperkara paling ketara, kewujudan majlis ini sekali gus merampas kuasa meluluskan bantuan kepada penerima yang selama ini diberikan kepada para pegawai agensi atau jabatan terbabit. Ia kini dikuasai sepenuhnya wakil-wakil rakyat BN yang menganggotai dan menguasai mesyuarat MPPP.

Bukan setakat itu saja, pegawai agensi pertanian diberikan amaran keras agar jangan pandai-pandai meluluskan sebarang bantuan kepada rakyat tanpa persetujuan MPPP.

Berdasarkan realiti yang sudah bertradisi dalam masyarakat itu, apakah kita masih menerima alasan kononnya kewujudan surat sokongan orang politik sekadar pengesyoran atau cadangan dan bukannya arahan atau tekanan kepada penjawat awam?


Mat Zain Mat Isa

Rakyat asing guna subsidi kerajaan..!!

BARU-BARU ini, ada ura-ura kemungkinan mewujudkan skim kesihatan di negara ini disebabkan kos kesihatan yang semakin meningkat. Bagaimanapun, sebagai rakyat Malaysia yang sedikit sebanyak memahami sistem kesihatan negara, saya mendapati ada permasalahan yang menyumbang kepada jumlah perbelanjaan tinggi dalam bidang kesihatan iaitu kos perubatan untuk rakyat asing.

Mereka datang ke negara kita semata-mata untuk mendapatkan rawatan perubatan. Warga asing ini tidak bekerja atau menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara tetapi subsidi perubatan diberi kepada mereka.

Contohnya, di Johor, ramai rakyat Indonesia dan Singapura mendapatkan rawatan di klinik kerajaan. Dengan bayaran murah, mereka mendapatkan ubat yang mahal. Ada juga yang mendapatkan rawatan di klinik pakar untuk penyakit kronik dan tentu ubatnya mencecah ribuan ringgit setiap tahun.

Mereka diberi temu janji untuk datang rawatan susulan. Alangkah baiknya kita! Sedangkan temu janji saya untuk berjumpa doktor pakar mengambil masa berbulan-bulan. Daripada perbualan saya dengan seorang rakyat Singapura, beliau datang mendapatkan rawatan sakit kulit bertahun-tahun lamanya kerana rawatan kita terlalu murah.

Selain itu, ada juga sebilangannya yang datang bertujuan mendapatkan rawatan di hospital swasta di sini, tetapi kemudian dirujuk ke hospital kerajaan kerana mereka tidak mempunyai keupayaan mendapat rawatan di hospital swasta.

Jika ini berlaku, ia bukan saja menyebabkan penyalahgunaan subsidi kerajaan, tetapi juga menyebabkan penurunan kualiti dalam merawat rakyat sendiri dari segi masa yang diberikan untuk merawat rakyat asing dan yang pasti ketidakselesaan rakyat sendiri. Tidak sepatutnya temu janji diberi kepada rakyat asing di klinik kerajaan dan ruang serta masa di hospital kerajaan untuk rakyat asing.

PENERIMA SUBSIDI

Johor Bahru

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here