cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, July 30, 2011

Lakonan Penyesalan Seorang Menteri PORNO....!!!!

 

Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melahirkan rasa sedih tidak sempat memberi bimbingan kepada Mohd Ashraf Abdul Aziz yang ingin menukar namanya kepada Aleesha Farhana apabila pemuda itu meninggal dunia awal pagi tadi.


Mohd Ashraf meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, pukul 5 pagi tadi setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Shahrizat berkata kementerian itu sudah sejak awal menawarkan bimbingan kepada Ashraf kerana berasa prihatin dengan kedudukan pemuda berusia 25 tahun itu, bagaimanapun takdir Allah mendahului segala-galanya.

"Kita dari mula lagi kita amat rasa perihatin kerana kedudukan beliau. Pendekatan kami di kementerian buat ialah pendekatan kebajikan dan tidak menghukumkan orang," katanya kepada Bernama sebaik tiba di pejabat Wanita Umno di Menara Datuk Onn di sini sebelum mempengerusikan mesyuarat pergerakan itu.

"Kita sebaliknya cuba memahami dan membimbing sesiapa juga yang memerlukan bimbingan, terutamanya kepada mereka yang terjebak dalam keadaan terdesak seperti kes Ashraf ini tetapi apakan daya ajalnya sudah tiba," tambahnya.

Mengaku jadi budak suruhan UMNOPORNO

 

Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad, kerap kali menyatakan SPR tidak mempunyai kuasa.

Sebagai contoh:

  • Dalam isu membersih daftar pemilih dari pengundi mati dan pengundi hantu, WanAhmad kata kuasa di tangan Jabatan Pendaftaran dan Polis.
  • Dalam menggubal Akta Pilihanraya, Wan Ahmad kata ia kuasa Jabatan Peguam Negara. Maka, SPR tidak berkuasa memastikan Undang-Undang pilihanraya adil dan saksama
  • Dalam membenteras politik wang dan pembelian undi, Wan Ahmad kata SPR tiada kuasa kerana ia terletak dalam kuasa Polis.

Tak menjadi kehairanan, dalam isu Dakwat Kekal, SPR lebih suka mengikut kehendak UMNO dari mengikut kehendak rakyat. Bila UMNO mahukan sistem biometrik, SPR pun turut sama.

Mengikut satu artikel dalam MalaysianInsider, taktik UMNO adalah mengisi SPR dengan pegawai-pegawai kerajaan yang telah lama berkhidmat di bawak Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.

Selama berpuluh-puluh tahun lamanya, mereka dididik mengikut cakap serta mentaati UMNO dan Barisan NAsional. MAka, apabila mereka memegang jawatan dalam SPR, mereka terus kekal menjadi pak turut pada UMNO dan BArisan NAsional.

Tak hairanlah, apabila UMNO menolak dakwat kekal, mereka pun bersungguh-sungguh menolak dakwat kekal. Apabila UMNO mahukan biometrik bagi memudahkan pendatang asing mengundi, maka SPR pukul canang seluruh kampung mahukan biometrik.

Apabila 3 ekor katak lompat di Perak, SPR tunduk patuh pada UMNO dan tidak mahu mengosongkan kerusi-kerusi tersebut walaupun diarahkan Speaker.

SPR sememangnya PELACUR pada UMNO. Mereka tidak bebas dan mereka akan melakukan apa sahaja untuk memenangkan UMNO dan Barisan Nasional.

Friday, July 29, 2011

Dua naib presiden PAS saman polis, KDN minggu depan



Dua naib presiden PAS Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar masing-masing telah mengambil keputusan untuk menyaman polis, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan pusat berhubung tindakan menahan mereka 9 Julai lalu dan ia akan difailkan minggu depan.

Tindakan saman tersebut akan diuruskan menerusi syarikat peguam Faiz Fadzil & Co dan akan dikendalikan bersama peguam Zulhazmi Sharif, lapor HarakahDaily hari ini.

Zulhazmi menjelaskan, tindakan saman akan difailkan minggu depan.

Selain Salahuddin (gambar) dan Mahfuz, jelasnya, tindakan saman ke atas ketiga-tiga pihak berkenaan berhubung penahanan pada 9 Julai juga akan dilakukan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Salahuddin berkata, tindakan tersebut diambil memandangkan penahanan mereka ketika perhimpunan Bersih 2.0 adalah tidak sah.

Katanya, penahanan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap beliau dan Mahfuz itu adalah di luar kawasan yang diwartakan sebagai kawasan larangan untuk dimasuki oleh mereka.

“Saya dan Datuk Mahfuz ditangkap oleh pihak polis pada pukul 11.50 pagi 9 Julai di sekitar KL Sentral. Kemudian saya ditahan di lokap polis di Balai Polis Jinjang dan dibebaskan pada pukul 9.30 malam 9 Julai.

“Sepanjang berada dalam tahanan, pihak polis pun tak ambil apa-apa keterangan daripada kami. Kami juga tak diberitahu sebab-sebab penahanan kami itu,” kata wakil rakyat ini.

“Tindakan pihak polis terhadap kami itu adalah tindakan yang tidak wajar dan ia ternyata satu penahanan yang tidak sah sebab itulah saya mahu mengambil tindakan sivil terhadap pihak polis, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan BN,” katanya.

Ekoran tindakan di luar undang-undang yang dilakukan oleh pihak polis ke atas beliau dan Mahfuz itu, beliau telah membuat laporan polis pada 11 Julai lalu.

Sepanjang ditahan, beliau tidak dibenarkan menghubungi dan bertemu peguam dan keluarganya dan ini adalah bertentangan dengan Seksyen 28A (2) Kanun Prosedur Jenayah

Ahsraf gagal jadi Aleesha meninggal dunia

Ahsraf nak jadi Aleesha meninggal dunia

 

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.

Bernama

UMPORNO DENGAN KELUCAHAN MELAMPAUNYA MEMANG TAK DAPAT DIPISAHKAN DULU KINI DAN SELAMANYA.....

 

Pusat Khidmat Kaunter Jabatan-jabatan kerajaan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di George Town hari ini kecoh apabila seorang peniaga barangan kulit cuba menaiki lif untuk ke pejabat Ketua Menteri dengan membawa dua pasang pakaian dalam untuk diberikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Setiausaha Politiknya Ng Wei Aik.

Peniaga yang dikenali sebagai Mohamed Ghani Abd Jiman Ghani, 42, yang juga pengerusi Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, membuka bungkusan plastik yang mengandungi dua pasang seluar dalam dan coli bercorak harimau ketika ditahan oleh pengawal keselamatan di hadapan pintu masuk lif.

Beliau berkata pakaian dalam itu adalah sebagai hadiah kepada kerajaan negeri yang didakwanya tidak berlaku adil, tidak telus kepada rakyat dan telah menindas beliau kerana tidak memberikannya semula tapak niaga di tingkat tiga Komtar.

"Pakaian dalam yang bercorak harimau itu sesuai untuk diberikan kepada mereka berdua yang dilabelkan sebagai tarzan kerana kerajaan negeri ini adalah pembohong dan menipu rakyat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamed Ghani berkata gerainya yang didapati hilang itu juga hingga kini masih tidak dikembalikan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) setelah beliau enggan beredar untuk pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan kompleks itu Mac lepas.

Beliau berkata tindakan kerajaan negeri merampas gerai miliknya itu mengakibatkan beliau kerugian RM50,000.

Pakaian dalam itu akhirnya digantung di hadapan pintu masuk utama pentadbiran kerajaan negeri setelah pengawal keselamatan tidak membenarkan beliau menaiki lif.

 

Jahat Sungguh siapa Yang Mendedahkan Dokumen Kastam Ini....

Jahat sungguh manusia yang buat mulut terhadap FLOM
( First Liability Of Malaysia). Tak habis-habis buat fitnah. Baiknya diri yang kena fitnah sehingga tak mahu layan lagi persoalan itu. Masa sekarang lebih baik bantu rakyat. Rakyat perlu bantuan dan pembelaan. Terutamanya dekat-dekat pilihanraya ini. Dua tiga bulan ini rakyat jadi kelaparan sangat secara tetiba. Kesian! Kesian! Dia orang ini tak habis-habis nak main politik fitnah. Kesian kat rakyat yang berbaris panjang nak bersalam tu.

 

 

Inilah masanya rakyat akan jeling-jeling permata di jari ini. Taklah mahal sangat. RM24 juta sahaja. Duit simpan sejak dalam perut emak. Queen tak mampu beli ni. Sekadar gaun kuning yang tak berapa sen tu bolehlah. Geram betul aku. Merah padam muka suamiku. Jagalah kau. Kau ingat kau sahaja boleh pakai kuning? Aku dalam punya lebih kuninglah dari you. Ori lagi.

FLOM, orang kata dokumen kastam dah ada di internet. Sialan betullah. Macam mana boleh bocor macam ni. Tak serik-seriklah mereka ni. Kan dah ada seorang mati jatuh bangunan. Tak nak insaf lagi? Tapi, soal-siasat tak akan di buat di tingkat tinggi lagi. Ah, itu tak jadi masalah. C4 kan masih banyak di dalam stor. Baik aku jadikan batu jampi daripada meletup sendiri.

“Kita akan bantu rakyat bukan kerana pilihanraya. Bantu rakyat ni memang dah kerja kita tak kira masa. Kita akan lahirkan modal-modal insan yang akan menjadi permata kepada negara kita apabila mereka dewasa nanti.” Ah, permata lagi. Terkejut beruk FLOM sambil menyembunyikan ‘Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond’ di balik selendang merah. Rakyat tersenyum, di belakang menyumpah. Kerana cincin sebentuk, tak pasal-pasal aku dikerah.

 

sembur

Pondan gagal tukar nama, masuk ICU

 

Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesya Farhana, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, kerana mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika ditemui di hospital itu berkata anaknya mengalami muntah teruk dan tidak sedarkan diri kira-kira 3 pagi tadi.

"Aleesya kini dalam keadaan stabil. Doktor mengesahkan dia mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau ”unstable angina with cardiogenic shock”,” katanya.

Beliau berkata, anaknya itu mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak.

Pada 18 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Terengganu menolak permohonan Mohd. Ashraf Hafiz, 25, selaku pempetisyen setelah mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman. - Bernama

Wanita Bertudung Tapi Buat Maksiat

 

Ayu dan manisnya melihat gadis bertudung. Tapi sayang. Tak semua yang bertudung itu berperangai indah. Boleh lihat di sekeliling kita. Bertudung, tapi pakai baju lengan pendek, seluar ketat nampak alur. Pakai selendang berlilit-lilit menampakkan dada terbonjol. Mekap tebal bedak sekilo, gincu merah menyala. Kening dicukur, bulu mata palsu lentik mengalahkan unta. Pakai tudung, menyanyi melalak terkinja-kinja atas pentas. Bertepuk tampar dengan lelaki dah jadi rutin.

Pakai tudung merempit dengan pakwe, peluk rapat-rapat macam bohsia. Berjalan berpimpin tangan dengan teman lelaki mengalahkan suami isteri. Berpeluk cium, melentok manja ke bahu pasangan di taman tanpa rasa bersalah. Rakaman aksi-aksi ghairah awek bertudung pun bercambah di internet. Apa cerita semua ni?

Ada sebahagian wanita yang bertudung hanya untuk melindungi dirinya daripada disangka buruk abila bersama dengan lelaki. Tudung dijadikan penutup wajah lelaki yang bersembunyi di sebalik tudungnya. Membenarkan jantan memuaskan nafsu serakahnya serta melindungi dua tangan yang sedang meramas gunung kinabalunya. Bertudung, hanya sekadar untuk menutup lovebite. Hingga ada yang menjadikan tudung labuh sebagai pakaian untuk mengaburkan mata manusia daripada mengetahui perutnya sedang memboyot menghamilkan anak luar nikah.

Wanita bertudung seperti inilah yang mencemarkan nama baik wanita yang ikhlas bertudung kerana Allah. Cukuplah! Jangan cemarkan nama baik Islam dengan maksiat di sebalik tudung anda itu. Jangan biarkan mereka-mereka yang 'free hair' itu terus menjadikan alasan "bertudung tapi jahat" untuk menghalalkan pendirian mereka kononnya mereka lebih beriman walau tidak menutup aurat. Beriman? Huh!

Sebaik-baiknya, jangan suruh rakan anda bertudung. Tetapi, suruhla mereka menutup aurat. Sebab, bertudung belum tentu menutup aurat. Perangai juga biarlah seiring dengan penampilan

orang salah bapak penipu dan penyamun yang paling takut

 

Datuk Seri Najib cuba hendak mengalih isu konon pembangkang akan tolak apa sahaja yang kerajaan buat. Dengan andaian jika kerajaan perkenal celup jari maka pembangkang akan tuntut biometrik. Ini satu tuduhan yang liar dan cuba mengalih isu yang sebenar, kerana penipuan perjalanan pilihanraya semakin terserlah.

Beberapa keraguan penggunaan biometrik,

  1. Penggunaan biometrik bukan boleh menyelesaikan masalah pengundian dua kali, ia hanya hendak mengesahkan kad itu palsu atau tidak. Ini bukan isu dan tuntutan Bersih.

  2. Apakah data di Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR telah dibersihkan. Berapa ribu orang yang sudah mati masih ada di dalam daftar pemilih. Apabila ditanya kepada SPR, mereka menjawab kerana waris tidak beri surat mati menyebabkan nama di dalam daftar masih ada. Jika zaman kecanggihan IT, SPR gagal untuk on line dengan Jabatan Pendaftaran Negara apa yang hendak diharapkan senarai pemilih yang bersih.

  3. Apa jaminan sistem biometrik yang boleh di on line serentak dengan Jabatan Pendaftaran Negara pada hari pilihanraya. Adakah kemampuan, pengkalan data dapat berfungsi dengan baik. Cuba bayangkan sekarang guru-guru Kementerian Pelajaran Malaysia yang sibuk untuk isi markah secara on line mengalami masalah kerana kelembapan serve Kementerian Pelajaran. Bilangan guru lebih 500 ribu sahaja. Cuba bayangkan bagaimana fungsi biometrik untuk hendak menampung keperluan pada hari pilihanraya yang hampir 10 juta pengundi.

  4. Ada setengah jari tidak boleh dikesan melalui alat tersebut. Apakah ini bukan satu penginayaan kepada rakyat yang berhak untuk mengundi. Mereka akan dinafikan hak mereka kerana alat tersebut tidak boleh diakses di jari mereka.

  5. Apakah mampu biometrik digunakan di kawasan pendalaman terutama Sabah dan Sarawak yang masih tidak ada kelengkapan letrik.

Sebenarnya kenapa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib takut hendak menggunakan celup dakwat. Hanya orang salah sahaja yang takut mengguna celup dakwat yang terbukti ekonomik dan telus untuk mengatasi penipuan. Perlu diingatka kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib dan SPR zaman hendak menipu rakyat sudah berlalu.

Thursday, July 28, 2011

sokong wanita islam di larang bekerja sebagai GRO

 

Walaupun dianggap terlambat, kita  tetap mengalu-alukan dan menyokong penuh tindakan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang melarang wanita Islam bekerja sebagai GRO mulai tahun depan.

Apa yang diharapkan ialah peraturan tersebut dikuatkuasakan secara menyeluruh dan tidak bermusim.Mengulas kenyataan Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaacob semalam yang akan menguatkuasakan larangan wanita Islam menjadi pelayan pelanggan atau GRO di semua pusat hiburan di bandar ini pada tahun depan.

Peraturan yang baik menurut Islam tetap kita sokong, seperti diwartakan kerajaan Kedah baru-baru ini yang menghalang orang Islam masuk ke pusat-pusat hiburan.Sebenarnya bukan setakat pusat hiburan, Majlis Agama Islam Pahang (MAIP) juga telah menggazetkan peraturan agama larangan orang Islam memasuki kedai judi, tetapi penguatkuasaanya sampai sekarang terus didiamkan.

MPK dalam kenyataan rasminya semalam bersetuju dengan cadangan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sebelum ini agar umat Islam dilarang bekerja di pusat hiburan yang menghidangkan minuman keras di bandar ini.

Hasil kajian yang dilakukan mendapati 85 peratus pekerja pusat hiburan terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam dan mereka terdedah untuk meminum minuman yang memabukkan itu.Selain itu, ianya juga secara tidak langsung memberi kesan negatif apabila GRO beragama Islam, sekalipun tidak meminum tapi mengangkat dan menghidangkan minuman keras kepada pelanggan.

Berdasarkan beberapa siri pemeriksaan yang dijalankan pihak JAIP, kastam, polis, imigresen dan MPK mendapati ramai pekerja pusat hiburan terlibat meminum minuman keras.Selain itu GRO juga sering dikaitkan dengan masalah sosial dan perbuatan tidak bermoral.

Satu masa dulu Kuantan pernah terkenal dengan panggilan ‘Hatyai Pantai Timur’, yang menggambarkan betapa bandar ini menjadi pusat maksiat.Justeru inilah masanya untuk membendung atau membuang imej yang tidak baik seperti itu.

Inilah  pentingnya ada kuasa untuk mencegah maksiat. Kita tidak mahu kuasa agama di bawah kerajaan negeri hanya setakat tengok anak bulan untuk tentukan puasa dan raya sahaja, barulah Islam duduk di tempat tertinggi.

Kita tidak nafikan mungkin ada tekanan dalam penguatkuasan. Jangan berpilih, contoh tangkap orang tak berpuasa di restoran murah saja sedangkan di hotel-hotel besar terlepas.

Ambil perhatian juga pondan-pondan yang berkeliaran di Jalan Wong Ah Jang..Mengenai kemungkinan GRO yang diterpaksa berhenti kerja, kerajaan juga kena fikir apa persediaan untuk masa depan dan kehidupan mereka termasuk memberi pendedahan dan latihan kerja.

Islam bukan saja mencegah tetapi juga menyediakan jalan penyelesaian jalan keluar betapa prihatinnya Islam.Kalau betul-betul peraturan dilaksanakan menurut Islam, kita mesti sokong penuh. Kita doakan semoga yang dipilih menjadi penguatkuasa itu diberi kekuatan oleh Allah..

Pada satu ketika dulu penguatkuasa di Pahang pernah dihebohkan apabila menangkap seorang model sambilan, Kartika Sari, kerana meminum arak di tempat umum.

Beliau kemudiannya dijatuhkan hukuman sebat.

bahana ketagih judi atas talian...pasangan ini tergamak jual 3 orang anaknya

 

AsiaOne melaporkan sepasang kekasih ditangkap di bandar Dongguan, China kerana menjual tiga anak mereka untuk membiayai ketagihan mereka terhadap permainan dan judi atas talian. Menurut laporan akhbar China, ketiga-tiga kanak-kanak malang itu telah dijual kira-kira 63 000 yuan (S$ 11,760).

Pasangan, Li Lin dan Li Juan, dilaporkan bertemu di sebuah kafe internet pada tahun 2007 dan seterusnya menjalinkan hubungan kerana mempunyai minat yang sama, iaitu permainan atas talian.

Pasangan itu dilaporkan menerima kelahiran anak pertama setahun kemudian. Yang menyedihkan, media melaporkan bahawa pasangan ini meninggalkan bayi lelaki mereka seorang diri di rumah semata-mata kerana kemaruk bermain permainan atas talian di sebuah kafe internet yang letaknya kira-kira 30 km dari rumah mereka.

Pada tahun 2009, pasangan itu menerima kelahiran bayi perempuan sebelum bertindak menjualnya untuk membiayai tabiat perjudian mereka di internet.

Pasangan itu dilaporkan telah menjual bayi perempuan mereka untuk 3 000 yuan (S$560) dan kemudiannya menjual anak sulung mereka untuk jumlah yang lebih besar, iaitu 30 000 yuan (S$5 600). Apabila anak ketiga mereka dilahirkan, pasangan ini menjualnya serta-merta dengan harga yang sama.

Ibu Li Lin yang mendapat tahu perkara yang berlaku telah melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa. Pasangan ini didakwa menganggap perbuatan mereka tidak melanggar undang-undang.

Apabila ditanya jika mereka merindui anak-anak mereka, tanpa rasa bersalah mereka menjawab, "Kami tidak mahu membesarkan mereka, kami hanya mahu menjual mereka untuk sedikit wang."

zakar kekasih gelap di kerat....!!!

Sekadar hiasan.

Menurut berita Agensi, seorang lelaki Jordon mengaku membunuh lelaki yang didakwa sebagai kekasih "gelap" isterinya. Lelaki itu juga dilaporkan memotong zakar kekasih isterinya sebelum meletakkannya di dalam sebuah beg dan menyerahkan bungkusan itu kepada pihak polis," kata seorang pegawai kehakiman semalam.

Suspek yang berusia 35 tahun telah "menjerat" mangsa ke bilik sebuah hotel di pusat bandar Amman dengan alasan mahu menyelesaikan isu kecurangan isterinya secara "senyap-senyap" pada hari Sabtu lalu, kata pegawai itu kepada AFP.

Suspek kemudian mengikat mangsa sebelum meliwat, mengelar leher, dan memotong zakarnya.

"Suspek menyerah diri kepada pihak polis pada hari pembunuhan dan mengaku melakukan pembunuhan tersebut sambil menyerahkan bungkusan yang mengandungi zakar lelaki tersebut," kata pegawai itu lagi.

Isteri suspek yang berusia 27 tahun dan kekasihnya telah ditahan selepas suspek yang mempunyai rekod jenayah, menyaman mereka kerana melakukan zina beberapa bulan lalu, namun kedua-duanya dibebaskan baru-baru ini selepas pengampunan umum.

"Suspek yang berang selepas mendapat tahu kedua-duanya dibebaskan telah membuat keputusan untuk melakukan jenayah tersebut. Dia didakwa dengan jenayah pembunuhan terancang," kata pegawai itu lagi.

penguatkuasa wanita MPS juara gusti WWF ke..???...belasah balak sampai koma...!!!!

Penguat kuasa wanita MPS membelasah lelaki menyebabkan koma

[SH] SELAYANG: Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengarahkan seorang anggota penguat kuasa wanita Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang didakwa memukul orang awam 21 Julai lalu, bercuti.

Pengarah Penguatkuasa MPS, Azmi Ismail berkata, perkara tersebut dianggap serius biarpun kejadian difahamkan berlaku atas sebab-sebab peribadi.

“Yang Dipertua MPS, Datuk Zainal Abidin Aala memandang perkara ini secara serius. Bagaimanapun difahamkan dia (penguat kuasa wanita) melakukannya (membelasah) atas urusan peribadi.

“Isu ini sudah sampai ke pengetahuan Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu dan beliau juga berharap perkara ini tidak hanya didiamkan kerana ia boleh menjejaskan nama baik MPS,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Penuh MPS Bulan Julai, di bangunan MPS, di sini, semalam.

Azmi berkata demikian ketika mengulas isu itu yang dibangkitkan ahli majlis semasa mesyuarat tersebut yang dipengerusikan Ahli Majlis MPS, A Rahim Ahmad Kasdi.

Sementara tu, Ahli Majlis MPS, Lim Ching How menyifatkan kejadian tersebut serius memandangkan beliau menerima mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seseorang mengaku suaminya koma akibat dibelasah dalam kejadian itu.

Katanya, beliau dimaklumkan mangsa dibelasah sehingga terpaksa mendapatkan rawatan rapi di sebuah hospital.

Menurutnya, jika benar penguat kuasa tersebut membelasah orang awam itu dalam kawasan MPS untuk urusan peribadi, tindakan tegas harus diambil terhadapnya.

Difahamkan, kejadian berlaku sekitar jam 9.30 malam 20 Julai lalu oleh penguat kuasa berkenaan bersama abang dan rakan kepada abangnya yang dikatakan ahli sebuah pertubuhan.

Terdahulu, kenyataan rasmi berhubung kejadian masih belum dapat dikeluarkan pihak MPS, berikutan ketiadaan Zainal Abidin ke mesyuarat semalam kerana urusan rasmi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan pihaknya menerima laporan berlakunya kejadian penguat kuasa wanita terlibat membelasah seseorang di kawasan MPS pada 20 Julai lalu di Balai Polis Selayang.

SPR LOVE UMNOPORNO....tiada bukti hanya cakap cakap kosong SPR yang enggan mengamalkan penggunaan calitan dakwat dalam proses mengundi...!!!

 

Wakil SPR, Wan Ahmad menyatakan dakwat kekal tidak dilaksanakan sebelum 2008 kerana mereka mendapat laporan bahawa dakwat yang sama telah diseludup masuk ke Malaysia.

Khabarnya dakwat tersebut akan digunakan untuk mencalit tangan pengundi-pengundi sebelum pengundi dapat mengundi.

persoalannya....

  • Siapakah manusia di dalam Malaysia yang akan sengaja membiarkan tangan mereka dicalit dengan sebegitu mudah?
  • Berapa ramai kah pengundi-pengundi yang dengan rela membiarkan tangan mereka dicalit sebelum hari mengundi?
  • Kalau berlaku pemaksaan, tidakkah boleh orang yang dipaksa itu membuat laporan polis sebelum hari pengundian?
  • Adakah pencalit-pencalit ini akan masuk ke dalam semua rumah-rumah di Malaysia di waktu orang sedang tidur dan mencalit tangan2 pengundi sebelum mereka bangun dari tidur?
  • Kalau sudah dapat maklumat berkaitan penyeludupan, mengapa tiada yang ditangkap? Apa guna maklumat kalau tidak tangkapan?
  • Mungkin juga dakwat-dakwat itu diseludup untuk kegunaan percetakan kecil-kecilan dan bukannya untuk pilihanraya? Apa bukti ia diseludup untuk sabotaj proses pilihanraya?

Ertinya, SPR dengan mudah membatalkan dakwat kekal sebelum pilihanraya 2008 TANPA ADA ASAS YANG KUKUH. Hanya khabar-khabar angin semata-mata.

Buktinya lagi, tiada seorang pun yang ditahan untuk siasatan berkaitan dengan penyuludupan dakwat kekal tersebut. Kalau maklumat penyeludupan itu benar, nescaya telah berlaku tangkapan dan tahanan atau sekurang-kurangnya beberapa orang telah disoal siasat.

Kalau tiada yang ditangkap atau disiasat, ertinya SPR bertindak atas khabar-khabar angin semata-mata. Kita cabar SPR membawa keluar bukti bahwa telah berlaku penyeludupan dakwat kekal sebelum pilihanraya 2008 lepas.

Dan yang lebih menyedihkan, RM2.4 juta wang rakyat Malaysia telah hangus akibat SPR bertindak atas khabar2 angin semata-mata. RM2.4 juta boleh membeli 40 buah rumah kos sederhana untuk 40 keluarga miskin.

Janganlah Timbalan Pengerusi SPR cuba berselindung dengan alasan-alasan dangkal kamu. Susah bagi rakyat Malaysia untuk mempercayai SPR bukan alat kepada UMNO dan Barisan Nasional.

mengenali bangsat talam dua muka...nama aje islam tapi hampassss.....!!!

 

Setelah UMNO merasakan mereka berjaya membina persepsi orang Melayu bahawa DAP adalah anti Melayu dan Islam, maka DAP dijadikan ‘hantu’ untuk menakut-nakutkan orang Melayu. Bagi UMNO, apa saja yang datang dari DAP semua jahat belaka dan mesti dilawan habis-habisan.

UMNO marah tindakan PAS (isu benar pusat hiburan buka untuk Non Muslim dan dilarang untuk Muslim), bukan kerana langkah tersebut tidak betul tapi kerana di antara yang tidak bersetuju arahan awal (tutup terus untuk semua di bulan Ramadhan) ialah DAP.

Kita lihat di Melaka, DAP membantah pusat hiburan dibuka selepas pukul 12 malam maka sebagai menyanggah bantahan DAP kerajaan BN melanjutkan sehingga pukul 3.00 pagi. Jadi bukan persoalan sesuatu isu itu baik untuk rakyat atau tidak; yang penting bagi UMNO ialah menyanggah apa saja pendirian DAP.

Cuba bayangkan kalau selepas ini DAP keluar kenyataan ‘Wahai orang UMNO, jangan makan najis..' kita  yakin kat Malaysia ni tak perlu buat logi pembentung najis lagi.. orang UMNO akan selesaikan!’

Banyak persoalan yang diajukan kepada UMNO tidak mampu dijawab, antaranya mengapa selepas BN mewartakan enakmen pada 12 Februari 1998 sehingga tumbang kerajaan pada 8 Mac 2008, tidak ada satu hari pun dalam bulan Ramadhan BN mampu laksanakan. Jawapan tidak diterima tiba-tiba serangan terhadap kerajaan negeri yang datang. Namun serangannya hanya bertumpu pada satu isu saja, ‘PAS ikut telunjuk DAP’, kerana itu saja ‘ratib’ yang mampu dibuat setelah UMNO diasak ke dinding.

Antara yang mengkritik ialah bekas Menteri Besar Tan Sri Sanusi Junid yang sekian lama hilang dari radar politik Malaysia. “Adakah PAS pusat akan membatalkan keputusan kerajaan negeri yang begitu baik dan Islamik jika Karpal tidak menggertak? Sudah tentu tidak,” ujar Sanusi senada macam pemfitnah yang lain menjadikan DAP sebagai penyebab. Walhal yang paling kuat menentang enakmen tersebut dikenakan terhadap non Muslim ialah MCA dan gerakan. Ketua Pemuda Gerakan, Tan Ken Liang ugut akan mengambil tindakan mahkamah terhadap kerajaan negeri.

Sanusi sewaktu jadi Menteri Besar adalah juga ADUN Kuah yang di dalam kawasannya terdapat bermacam-macam jenis pusat hiburan dan jualan arak secara terbuka. Antara kandungan Enakmen Pusat-pusat Hiburan yang dirapikan pada 1997 ialah tidak membenarkan ia dibuka pada malam Jumaat. Ia berjaya dilaksanakan di seluruh negeri sehingga kini, kecuali Langkawi yang tidak mampu dilaksanakan sejak Sanusi mula menjadi ADUN Kuah sehingga kini. Dia hanya pandai cakap berdegar-degar mengkritik kerajaan negeri setelah hilang kuasa.

Sanusi bercakap mengenai keperluan PAS memberi kursus kepada DAP berhubung perlunya menutup pusat hiburan tetapi seorang bekas Exco di zaman Sanusi yang memegang potfolio agama, kini adalah pengusaha pusat hiburan di zaman PAS menerajui kerajaan. Mungkin Sanusi terlepas pandang untuk mentarbiyahnya dulu.

Seorang lagi pengkritik sepenuh masa PAS yang sentiasa menunggu peluang untuk berpencak membelasah PAS ialah Dr. Ridhuan Tee Abdullah. Baginya hiburan yang melampau adalah ditegah oleh semua agama. Memang betul, tapi apakah hiburan melampau yang diberi lessen di Kedah? “Jika hiburan melampau (termasuk arak, judi dan zina yang terdapat dalam premis hiburan) itu dibolehkan, selepas ini suruh anak kita berhibur puas-puas hingga ke pagi,” kata Ridhuan.

Hiburan yang disenaraikan di bawah enakmen pusat hiburan di Kedah ialah karaoke, pentomin, panggung wayang, laser disc, MTV, persembahan pentas, sarkas, pancaragam dengan penyanyi, bowling, snuker, billiard, bar, simulator, disko dan pub. Arak, judi dan zina tidak tersenarai di bawah enakmen pusat hiburan yang diberi lessen. Ridhuan sudah merapu.

Soalnya apakah bagi masyarakat bukan Muslim mereka boleh menerima dengan mudah segala yang tersenarai di atas sebagai satu ‘kesalahan besar’ misalnya bukan Muslim tidak boleh memasuki premis karaoke, sarkas, pancaragam dan wayang gambar; walhal hiburan seperti itu telah masuk ke setiap rumah orang Islam sendiripun (melalui peti tv) tanpa sebarang peraturan menghalangnya. Mengapa Kementerian Penerangan di bawah kekuasaan UMNO pusat tidak menghalang terus hiburan dalam tv sepanjang Ramadhan?

Ridhuan mengaitkan penarikan balik larangan hiburan untuk bukan Muslim sebagai talam dua muka. Bagaimana pula dengan tiada larangan langsung untuk Muslim (sekalipun) pergi berkunjung ke pusat hiburan di bulan Ramadhan di semua negeri yang dikuasai UMNO/BN? Yang ini berapa muka pula talam mereka?

Di saat UMNO dan seluruh media talibarut mereka mengecam PAS Kedah kerana menarik balik larangan pusat hiburan untuk bukan Muslim, tiba-tiba MCA di Kelantan menyaman kerajaan negeri kerana mengharamkan judi. Nah, apa sudah jadi, bukan DAP yang mempertahankan mungkar tetapi parti komponen BN! Mengapa UMNO tidak bantah tindakan biadap abang kandung kesayangan mereka itu? Di Kedah, UMNO kutuk PAS kerana benarkan bukan Muslim berkaraoke tapi di Kelantan mereka tersengih-sengih macam kambing jantan bila lihat MCA bantah kerajaan PAS larang rakyatnya berjudi. Ridhuan tentu boleh jawab, jenis ini talam berapa muka?

Cuba UMNO tenangkan fikiran dan mencari halatuju dalam tindakan; mereka sebenarnya menentang kemungkaran atau menentang DAP?

Monday, July 25, 2011

Helah Guna Biometrik Tolak Dakwat Kekal hanyalah semata mata hendak menipu pilihanraya bagi mengekalkan kuasa...!!!!



Jika ada yang lebih mudah dan murah mengapa perlu memperuntukkan kos yang tinggi walaupun kesannya boleh dipertikai.

Ini ekoran tindakan kerajaan haramjadah UMNOPORNO  bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi tujuan mewujudkan sistem biometrik dalam pilihan raya di negara ini.
Ada cara yang lebih mudah untuk menyelesaikan masalah tetapi kita pula mencari jalan yang rumit dan amat mahal.

Kita  tidak faham kenapa bila kita ada yang lebih murah dan lebih mudah iaitu pakai dakwat kekal, yang jauh lebih murah daripada biometrik, kita hendak guna teknologi yang harganya berkali ganda dan kesannya masih boleh dipertikaikan..
Perdana Menteri haramjadah 1 malaysia , Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan bahawa kerajaan akan memperuntukkan sejumlah dana bagi membiayai sistem biometrik yang mungkin dilaksanakan pada pilihan raya umum ke-13.

Namun seperti mahu menyindir tuntutan rakyat dan gagasan pembangkang yang mendokong perjuangan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bersih dilaksanakan di negara ini, Najib mendakwa Malaysia terpaksa mendahului negara maju dalam menyediakan sistem ini untuk kepuasan rakyat.
"Kalau nak buat penambahbaikan kita akan buat. Kita akan buat yang terbaik (menggunakan biometrik bagi memastikan pilihan raya yang adil dan bersih) walaupun negara-negara maju pun tak buat," Najib dipetik sebagai berkata.

Malah Najib juga mendakwa bahawa Pakatan Rakyat sengaja membangkitkan isu pilihan raya yang bersih di negara ini ekoran kekalahan parti itu dalam beberapa pilihan raya kecil mutakhir ini di tangan kerajaan.
"Di peringkat nasional, kita (Barisan Nasional-BN) ada masa dapat undi banyak ada masa undi sikit. Tetapi majoriti masih di tangan kita. Kalau kita boleh jamin kita boleh menang, takdelah menteri kalah (pilihan raya) dan ada negeri kalah," katanya lagi.

Hakikatnya , tuntutan untuk sebuah pilihan raya yang adil bukanlah satu perkara baru. Malah ia adalah tuntutan tidak berkesudahan rakyat yang terus dinafikan sehingga ke hari ini.
Memang  ada manfaat  yang jelas kepada kerajaan kalau mereka mendakwa isu ini baru ditimbulkan supaya kita terlupa bahawa isu ini telah lama ditimbulkan pada awal 90-an dan mungkin awal daripada itu. Malah ketika Umno dibubarkan dulu pun, ia berpunca daripada sistem pengundian..

Tapi kita boleh faham sekiranya kita  berada di dalam kasut ahli-ahli politik di sebelah pemerintah sekarang, pasti yang kita  hendak buat ialah mendakwa ini perkara yang sengaja ditimbulkan oleh pembangkang. Kita akan kata pembangkang cuba mengeksploitasi perkara yang ditimbulkan...

Kenyataan Najib itu senada dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang selama ini bermati-matian mendakwa mereka sebagai badan bebas dan telus dalam menjalankan tanggungjawab walaupun terdapat bukti berlakunya masalah seperti pengundi hantu, rasuah berleluasa dan sebagainya.

Tambah menghairankan, apabila sebuah agensi yang mendakwa mereka menjalankan amanah dengan baik menolak apabila rakyat memberi cadangan penambahbaikan seperti yang diutarakan oleh gabungan 62 badan bukan kerajaan dalam Bersih.

Sebaliknya SPR melabelkan pembangkang dan Bersih 2.0 mempunyai agenda tertentu di sebalik tuntutan yang dibuat.

SISTEM BIOMETRIK boleh dianggap sebagai langkah penipuan tahap tertinggi. Kerana tidak mustahil sesorang pengundi itu boleh mengundi LEBIH DARI SEKALI. Biometrik hanya mengesahkan data pengundi. Malah pemprogramman untuk mesin biometrik itu juga boleh dibuat untuk MENIPU sepertimana "salami slicing" boleh dilakukan oleh pemprogrammer bank untuk mencuri duit bank (ingat kes Aman Shah!)

Tiada JAMINAN sistem biometrik itu tidak boleh dimanipulasikan oleh pihak yang menyediakan.

Justeru itu kaedah BIOMETRIK yang cuba dilaksanakan perlu dilakukan semakan oleh sebuah badan bebas oleh panel pakar terlebih dahulu sebelum ianya digunakan selain daripada pilot testing sebelum ia menemui kebuntuan dan kegagalan semasa ia digunakan.

Walaupun kaedah dakwat kekal dikatakan kaedah "terkebelakang" sedangkan ianya lebih effektif dan effisyen maka tiada sebab ia tidak boleh digunakan.

Pengenalan BIOMETRIK hanyalah helah pihak SPR untuk mengelak dari penggunaan dakwat kekal yang menjamin pilihanraya yang lebih telus, bersih dan adil.

lihat bagaimana sistem biometrik yang di war war oleh kerajaan UMNOPORNO boleh di manupulasi i...video di bawah ini...biasalah yang murah tak mau...yang mahal mau...pasal kroni senang sapu ...walaupun kebersanan di ragui...!!!





Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here