cari maklumat di sini

Your Ad Here

Thursday, July 28, 2011

penguatkuasa wanita MPS juara gusti WWF ke..???...belasah balak sampai koma...!!!!

Penguat kuasa wanita MPS membelasah lelaki menyebabkan koma

[SH] SELAYANG: Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengarahkan seorang anggota penguat kuasa wanita Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang didakwa memukul orang awam 21 Julai lalu, bercuti.

Pengarah Penguatkuasa MPS, Azmi Ismail berkata, perkara tersebut dianggap serius biarpun kejadian difahamkan berlaku atas sebab-sebab peribadi.

“Yang Dipertua MPS, Datuk Zainal Abidin Aala memandang perkara ini secara serius. Bagaimanapun difahamkan dia (penguat kuasa wanita) melakukannya (membelasah) atas urusan peribadi.

“Isu ini sudah sampai ke pengetahuan Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu dan beliau juga berharap perkara ini tidak hanya didiamkan kerana ia boleh menjejaskan nama baik MPS,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Penuh MPS Bulan Julai, di bangunan MPS, di sini, semalam.

Azmi berkata demikian ketika mengulas isu itu yang dibangkitkan ahli majlis semasa mesyuarat tersebut yang dipengerusikan Ahli Majlis MPS, A Rahim Ahmad Kasdi.

Sementara tu, Ahli Majlis MPS, Lim Ching How menyifatkan kejadian tersebut serius memandangkan beliau menerima mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seseorang mengaku suaminya koma akibat dibelasah dalam kejadian itu.

Katanya, beliau dimaklumkan mangsa dibelasah sehingga terpaksa mendapatkan rawatan rapi di sebuah hospital.

Menurutnya, jika benar penguat kuasa tersebut membelasah orang awam itu dalam kawasan MPS untuk urusan peribadi, tindakan tegas harus diambil terhadapnya.

Difahamkan, kejadian berlaku sekitar jam 9.30 malam 20 Julai lalu oleh penguat kuasa berkenaan bersama abang dan rakan kepada abangnya yang dikatakan ahli sebuah pertubuhan.

Terdahulu, kenyataan rasmi berhubung kejadian masih belum dapat dikeluarkan pihak MPS, berikutan ketiadaan Zainal Abidin ke mesyuarat semalam kerana urusan rasmi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan pihaknya menerima laporan berlakunya kejadian penguat kuasa wanita terlibat membelasah seseorang di kawasan MPS pada 20 Julai lalu di Balai Polis Selayang.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here