cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, February 19, 2011

Isteri hilang sabar suami diganggu SMS lucah TERLAMPAU!!




Sepanjang 17 tahun perkahwinan, saya tidak pernah ‘derhaka’ pada suami apatah lagi menamparnya, namun gara-gara terlalu cemburu dengan kandungan khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah diterimanya, menyebabkan saya hilang kewarasan.

“Isteri mana tidak marah atau cemburu jika suaminya diganggu ‘individu misteri’. Kalau sekali tidak mengapa, tetapi lebih 40 kali mesej lucah dihantar melalui telefon bimbit suami,” kata seorang peniaga sauna yang mahu dikenali sebagai Zaitun, 35.

Zaitun berkata, mesej berbaur lucah dihantar kepada suaminya yang berusia 41 tahun sejak 5 Februari lalu menyebabkan hatinya tidak tenteram hingga rumah tangga mereka bergolak.

“Perbuatannya itu mengaibkan kami sekeluarga dan seolah-olah saya tak tahu menjaga suami.

“Perbuatan menghantar mesej lucah dan mendakwa pernah mengadakan hubungan seks dengan suami memang melampau,” katanya.

Ibu kepada lima anak itu berkata, walaupun suaminya menafikan mengenali individu berkenaan, dia tidak percaya sehingga berlaku pergaduhan besar dengan suaminya.


“Saya perasan mesej itu ketika membuka telefon bimbit suami dan terkejut dengan kata-kata dihantar menyebabkan saya sendiri malu untuk membacanya. Kejadian itu disedari ketika dalam perjalanan untuk melawat anak di asrama di Tanah Merah,” katanya.

Katanya, kejadian itu bagaimanapun dinafikan suami kerana mendakwa tidak mengenali penghantar mesej misteri berkenaan, selain sanggup menjunjung al-Quran.

“Sebaik mendengar pengakuan suami, saya membuat aduan di Balai Polis Kok Lanas mengenai gangguan itu pada 6 Februari lalu termasuk perbuatan suspek menuduh suami pernah menidurinya.

Berikutan aduan berkenaan, Zaitun dengan bantuan polis mengatur strategi untuk memerangkap suspek berdekatan sebuah Politeknik dekat sini, namun tidak berjaya berikutan suspek enggan hadir.

Zaitun berkata, pada masa sama dia juga mengadukan hal itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), tetapi belum menerima sebarang jawapan kerana siasatan mengambil masa kira-kira 45 hari.


hm

Valentine hanya haram kepada yg percaya ISLAM



Valentime hanya haram kepada orang yg beragama islam,sebab hari valetine ialah hari memperingati seorang PADERI bernama valentine yang di hukum bunuh kerana kejahatannya dan juga sewaktu dia dalam penjara dia telah jatuh cinta kepada anak seorang pegawai penjara.

Sebelum dia mati dia telah sempat menulis surat kepada gadis anak pegawai penjara tu,surat itu membuktikan cintanya kepada gadis tersebut. semenjak itulah orang mengingati valentine, cintanya terhadap gadis tersebut sehingga mati.jadi tidak salah kepada bangsa lain yang bukan beragama islam mengingatinya tetapi haram kepada orang islam.

Tetapi disebab kan kebodohan pemimpin umno , mufti mufti penjilat jubur. ketua ketua agama yang bahalol. sehingga mengelirukan bangsa lain. sehingga mereka cuba memutarblitkan fakta. mengatakan pakatan terutamanya pas mengharamkan hari valentime di malaysia. sebab itu aku  selalu cakap umno punya celaka bangsa lain takut kepada agama islam. atau orang islam.

Valentine hanya haram kepada orang yang mempercayai ISLAM ,bukan kepada cina , india atau kristian. so kepada melayu celaka dalam umno jangan mengelirukan bangsa lain terhadap ISLAM. ...

bini kedua...ingatkan pompuan...rupanya pondan....melayu boleh beb...!!!



KUALA LUMPUR: Dia berkahwin atas dasar suka sama suka. Namun apabila usia perkahwinan mencecah lima tahun dan selepas melahirkan anak kedua, suaminya melakukan kejutan apabila mendakwa berkahwin lain secara sembunyi di Thailand.

Walaupun hatinya luluh, dia tetap menerima berita itu dengan rela selepas dimaklumkan madunya yatim piatu dan hidup dalam kesusahan.

Namun, selepas setahun setengah hidup ‘bermadu’, dia menerima kejutan lebih besar apabila watak isteri kedua yang didakwa suaminya langsung tidak wujud.

Malah, ‘isteri kedua’ itu rupa-rupanya pondan yang sering dijadikan teman tidur suaminya apabila kononnya tiba giliran bermalam di rumah isteri baru.


Mahu dikenali dengan nama Sara, 35, wanita ini menuntut cerai selepas suaminya mengakui ‘tawar hati’ dengan belaian wanita, sebaliknya lebih menyukai pondan kerana pandai melayan dan mengambil hatinya.

Menceritakan kisahnya ketika ditemui Metro Ahad di sini baru-baru ini, Sara mendakwa, sebelum rahsia itu terbongkar, selama 18 bulan hidup ‘bermadu’, suaminya menunjukkan kelakuan pelik apabila kerap meminta melakukan seks luar tabii.

“Mula-mula dia kata hanya mencuba, tetapi bila tiap kali ingin bersama, cara itu yang diminta dengan alasan cara biasa tidak memberi kesan kepadanya.

“Walaupun tidak mahu kerana saya tahu ia salah, sama ada daripada segi undang-undang mahupun agama, saya terpaksa akur kepada permintaannya, lebih-lebih lagi apabila dia kerap merayu,” katanya.

Bukan itu saja, kerana percayakan hidup ‘bermadu’, dia juga sanggup menghulurkan RM500 hingga RM1,000 kepada suaminya yang memberi alasan kekurangan wang untuk membeli barangan dapur untuk ‘isteri keduanya’.

Malah kerana kasihan, dia pernah memberi wang simpanan RM15,000 kepada suaminya yang menyatakan ia digunakan untuk membayar hutang perumahan ‘madu’nya yang tertunggak dan jika gagal, akan dilelong oleh pihak bank.

“Sebenarnya, sebelum tembelangnya terbongkar, saya menerima aduan daripada beberapa kenalan yang menyatakan pernah terserempak dengan wanita lain.

“Kerana itu saya sering desak suami memberitahu perkara sebenar hinggalah dia (suami) menyatakan sudah tiga bulan berkahwin dengan wanita yang dinikahi di sempadan Thailand.

“Malah, alasan diberinya iaitu untuk menolong wanita itu yang hidup yatim piatu dan susah, sedikit sebanyak turut melembutkan hati saya,” katanya.

Oleh kerana tidak mahu bergaduh dan simpati dengan ‘wanita’ itu, Sara, mengakui merelakan ‘perkahwinan kedua’ suaminya dengan syarat dapat berlaku adil.

“Soal duit tidak menjadi masalah kerana saya memiliki sebuah perniagaan runcit. Jadi, bila suami memberitahu ‘wanita’ itu hidup susah, saya jadi sejuk hati selain berhasrat membantunya,” katanya.

Selama tempoh itu, akui Sara, dia tidak mengesyaki ada sesuatu cuba disembunyikan suaminya walaupun permintaan untuk berjumpa ‘madu’ sering ditolak dengan alasan ‘isteri kedua’nya bekerja hingga lewat malam selain menunggu masa sesuai.

“Disebabkan suami asyik menyatakan madu saya sibuk kerja dan terpaksa membuat kerja lebih masa hingga lewat malam bagi menambah pendapatan, saya pendamkan niat untuk berjumpa,” katanya.

Bagaimanapun selepas 18 bulan hidup bermadu, dia menerima panggilan telefon daripada pegawai agama yang memintanya menjamin keluar suaminya kerana ditangkap berkhalwat.

“Malam ketika menerima panggilan berkenaan, memang giliran suami bermalam di rumah ‘isteri kedua’nya yang dikenali dengan nama Linda. Jadi, memang saya sangat terkejut kerana menyangka suami tidak pergi ke rumah madu, tetapi wanita lain.

“Namun, bila anggota penguat kuasa serta polis memaklumkan suami ditahan bersama pondan, saya terus sebak. Manakan tidak, sudah ‘beristeri dua’ tapi masih kemaruk nafsu seks hingga sanggup bersama pondan,” katanya.

Menurutnya, sebaik meminta penjelasan, suaminya mengakui tidak pernah mempunyai madu, sebaliknya pergi bermalam di rumah pondan.

“Madu itu hanya rekaannya supaya saya tidak lagi menyoal dengan siapa dia keluar dan bermalam.

“Bukan setakat itu saja, suami juga menyatakan pondan berkenaan mampu melayan dirinya lebih baik daripada saya dan itu yang membuatkan saya kecewa serta patah hati dengan suami,” katanya.

Lebih menyakitkan hatinya, sebaik diikat jamin, suaminya terus mengambil kunci kereta dan meninggalkannya di pejabat agama itu serta tidak pulang ke rumah.

Malah, berdasarkan maklumat diterima Sara, suaminya turut membawa rakan lain pada hari sama bagi menjamin keluar pondan berkenaan.

“Saya tidak tahu dia tidur di mana selepas itu dan hanya selepas dua minggu baru dia balik ke rumah untuk mengambil pakaiannya.

“Saya ada menegurnya untuk berbincang tetapi disebabkan sikapnya yang dingin, saya diamkan diri kerana takut terjadi pertengkaran,” katanya.

Menurutnya, kerana tidak tahan ditinggalkan dan kesal dengan penipuan suaminya, dia akhirnya memfailkan tuntutan taklik dan disahkan bercerai pada April tahun lalu.

“Sebenarnya, ini pengajaran bagi saya supaya tidak terlalu percaya kata-kata suami. Saya ingatkan dapat berbuat amal, sebaliknya ditipu suami. Malah, suami mengakui sudah tawar hati dengan saya,” katanya.


hm

bila najib datang semua orang jadi susah....!!!



Bila pimpinan besar datang ke sesebuah negeri sudah tentu pegawai-pegawai kerajaan di kerah supaya datang menyambutnya untuk menunjukkan rakyat menyokong kepimpinannya. Mereka diwajibkan datang ke program Najib, jika tidak sudah tentu mereka akan diambil tindakan. Itulah modus operandi BN untuk membuktikan mereka mendapat sokongan. Politik ugut, samseng dan sebagainya digunakan untuk tujuan tersebut.

Hari ini sekali lagi pegawai-pegawai kerajaan menjadi mangsa BN. Mereka dikerah untuk menyambut Perdana Menteri 'kesayangan' ramai itu.

"Bilalah agaknya politik lama ala 'barbarian' ini akan berakhir?" itu persoalan yang dilemparkan oleh Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil ketika diminta mengulas isu ini.

"Habis segala jabatan kerajaan dan fasilitinya digunakan, maka hanguslah duit rakyat untuk kepentingan BN" tambah Yusof.

Yusof berkata rakyat mesti sedar akan kepincangan dan penyelewengan BN yang setiap kali pilihanraya mereka menggunakan wang rakyat untuk kepentingan mereka.

"Pengundi Merlimau dan Kerdau mesti bangkit menolak calon BN untuk menyedarkan mereka bahawa rakyat sudah tidak tahan dengan sikap BN yang menjadikan harta awam sebagai harta parti mereka" ujar Yusof.

"Pegawai kerajaan juga sewajarnya bangkit menolak BN supaya mereka tidak lagi diperbudakkan oleh BN dengan dipaksa menghadiri program-program parti" tambah Yusof.


ppm

Islam datang bukan untuk perjuangan bangsa.



Islam datang dalam keadaan bukan membawa agenda perjuangan bangsa sebagai agenda utama. Allah menjadikan manusia berlainan bangsa dan rupa dan perbezaan jantina sehingga kita dapat mengenal isteri dan suami masing-masing.

Jika Rasulullah datang dengan tidak membawa misi ketuanan Arab begitulah PAS datang dengan mencontohi perjuangan yang ditinggalkan oleh Baginda Rasulullah,

Bagi PAS Melayu perlu diutamakan dalam dakwah kerana mereka yang tadahulu dari bangsa lain masuk Islam di tanah air ini. Melayu adalah kaum yang dominan untuk Islam di Malaysia walaupun Islam datang untuk semua bangsa lain.

Hakikatnya umno jaga islam tidak dan islam jauh sekali menjaga Islam . Ini dibuktikan dengan susutnya tanah rizab Melayu, kegagalan DEB. malah tidak ada keraguan lagi pengkhianatan ini dalakukan dengan perancangan yang sistematik dengan kejasama yang baik dari umno

Menurutnya juga slogan ketuanan melayu malah menakutkan orang lain kepada islam.

Serangan terhadap PAS membuktikan kegerunan kepada PAS dan kegerunan PAS dapat menghilangkan kuasa mereka.

Menyentuh kejatuhan kerajaan Mesir  "sekiranya di Mesir dapat dijatuhkan, maka kita optimis di Malaysia juga dapat dilakukan".

Riak ketakutan mereka kepada PAS nampak sehingga Nik Aziz dilebal sebagai seorang nasionalis oleh pihak tertentu.

Nik Aziz juga dituduh hanya mahu menang pilihanraya, jika demikian apa salah menang pilihanraya ?, malah PAS masuk pilihanraya untuk menang..."

Jadi tidak ada alasan jika benar UMNO berjuang untuk melayu kenapa Kelantan dinafikan kerana ditadbir oleh Melayu.

selebriti terkenal....Bob Lokman Sertai PAS



Bob Lokman mengisytiharkan diri sebagai Ahli PAS di hadapan 30 ribu Pemuda PAS di Kota Sarang Semut, Kedah sebentar tadi. Beliau telah menyerahkan borang keahliannya kepada DS Ustaz Azizan Razak, MB Kedah Darul Aman.

Majlis ini telah dihadiri lebih 30 ribu pemuda dari seluruh negari. Kontinjen Negeri Kedah lebih dari 7 ribu. Selain itu, negeri Terengganu Darul Iman dan Selangor Darul Ehsan berjaya menghantar ramai pemuda ke Himpunan ini

Kesesakan jalanraya sepanjang lima kilometer di laluan ini dikawal dengan baik oleh para unit AMAL malaysia. Allah Akbar..!!!

Majlis bermula jam 9.00 pagi dengan perbarisan kontinjen dengan lagu Negaraku, lagu PAS dan lagu Amal. Ucapan Alu-aluan oleh Ketua Pemuda PAS, Ustaz Ahmad bin Yahya. Seterusnya ucapan oleh Pengarah Himpunan 30K. Ustaz Nasarudin Tantawi menyampaikan amanat untuk para pemuda agar berjuang dengan lebih gigih untuk menjana kemenangan.

Seterusnya ucapan perasmian oleh DS Ustaz Azizan Abdul Razak. Beliau begitu bersemangat dan gembira dengan himpunan yang besar begini. Dalam ucapannya beliau menyindir UMNO dengan katanya ‎'umno kini macam nyamuk kena ubat nyamuk, pening'. Selain beliau mengingatkan media agar tulis bagi betul ‎'Hari ini pemuda PAS berhimpun 30 ribu, tapi esok surat khabar tulis 300 sahaja"..

baiknya kerajaan PR pulau pinang....tapi busuk dan haprak kerajaan pusat UMNO-APCO...!!!!

K'jaan P.Pinang & MAIPP Sumbang RM2,000 Untuk Pelajar Pulau Pinang Pulang Ke Mesir



GEORGE TOWN: Kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) akan memberi sumbangan RM2,000 kepada setiap pelajar dari negeri itu untuk kembali menyambungkan pelajaran mereka di Mesir.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman berkata, terdapat 318 pelajar yang akan menerima bantuan tersebut.

“Kerajaan Negeri akan menyumbang RM1,000 seorang manakala MAIPP akan menambah RM1,000 lagi," katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng turut menyeru kerajaan persekutuan agar menghulur bantuan yang serupa kepada pelajar-pelajar yang terlibat.

Mengenai pembentukan jawatan exco baru untuk mengetuai potfolio hal ehwal agama lain, Lim berkata, kerajaan negeri mengambil keputusan untuk meletakkan hal ehwal agama Buddha, Kristian, Sikh, Taoist dan Hindu di bawah satu potfolion kerana menghormati Islam sebagai agama rasmi persekutuan.

“Mungkin sesetengah orang yang berfikiran rasis akan cuba menjadikan ini sebagai satu isu tetapi hakikatnya tidak ada isu pun yang perlu dibangkitkan dalam hal ini,” katanya dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Komtar, Khamis.

Potfolio baru itu akan diketuai oleh Lim sendiri dengan Timbalan Ketua Menteri II Dr P. Ramasamy akan membantunya.

Berhubung tindakan pihak berkuasa tempatan merobohkan gerai-gerai haram di Taman Pelangi, Juru, sehingga mencetuskan isu hangat baru-baru ini, Lim berkata, ia adalah isu pentadbiran pihak berkuasa tempatan dan tidak wajar dijadikan isu perkauman.

“Hanya 18 peratus daripada keseluruhan 22 gerai yang dirobohkan itu adalah milik peniaga Melayu selebihnya diusahakan oleh pendatang asing. Oleh itu dakwaan yang mengatakan kesemua gerai tersebut milik peniaga Melayu adalah tidak benar," ujarnya lagi. Bagaimanapun kata Lim, kerajaan negeri sedang mengenalpasti loksi yang sesuai untuk menempatkan semula mereka tetapi hanya untuk peniaga-peniaga tempatan sahaja.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP)Mokhtar Jait berkata, sejak tahun 2004, mereka telah menerima 66 aduan daripada orang ramai khususnya penduduk kawasan berkenaan berkaitan aktiviti perniagaan di kawasan yang dirobohkan itu.

“Ada orang sampai mengelar kawasan itu sebagai ‘Hadyai Kecil’. MPSP bertindak berdasarkan aduan orang awam termasuklah parti-parti politik yang mendesak kami bertindak segera dan tegas ke atas pendatang asing yang menjalankan perniagaan di situ," katanya.

Friday, February 18, 2011

bapak di sesali....bunuh anak umur 10 hari

Bapa Didakwa Bunuh Bayi Berusia 10 Hari


Kuala Lumpur: Seorang bapa yang didakwa menanam bayi perempuannya berumur 10 hari di belakang rumahnya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam terhadap tuduhan membunuh bayinya itu, minggu lalu.

IRINGI...pegawai polis bersama dua anggota mengiringi Muhammad Rafiq (dua dari kiri) yang dituduh membunuh anak di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, semalam.

Tertuduh, Muhammad Rafiq Suresh Abdullah, 37, hanya mengangguk ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Siti Shakirah Mohtarudin.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Rafiq Suresh yang tidak bekerja didakwa membunuh bayi perempuan berumur 10 hari di rumahnya No 1, Jalan Kepong Batu 6 3/4, Jinjang, pada jam 11 pagi sehingga 6 petang, 13 Februari 2011.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Abu Hassan Ramli dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 18 April depan untuk sebutan semula kes. Harian Metro, pada 14 Februari lalu, melaporkan sepasang suami isteri ditahan selepas cuba menanam anak kelima yang meninggal dunia selepas 10 hari dilahirkan dalam lubang di belakang rumah mereka di kawasan setinggan di Jinjang Utara.

Kejadian jam 1.45 tengah hari itu disedari jiran pasangan terbabit selepas bapa bayi berkenaan datang meminjam cangkul dengan alasan untuk menanam uri bayinya yang baru dilahirkan.

Sementara itu, menurut sumber, bayi itu ditemui dalam lubang yang baru digali di belakang rumah suspek.

Katanya, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Berikutan itu, pasangan terbabit berusia 40-an ditahan. -hm

mana tak kena tipu....dalangnya bapak penipu 1 malaysia...1 ummah...1 israel....1 perompak..1 penyamun....1 UMNO-APCO....!!!



Polis hari ini mengesahkan pihaknya sedang menyiasat kes penipuan berjumlah RM19 juta membabitkan sebuah bank tempatan baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang mengesahkan kes itu memberitahu, siasatan dibuat meliputi pelbagai sudut sebaik sahaja polis menerima laporan daripada bank yang beroperasi di ibu negara itu.

"Benar apa yang dilaporkan Utusan Malaysia (hari ini). Polis telah menerima laporan mengenai kejadian itu minggu lalu dan siasatan sedang dilakukan.

"Kita akan menyiasat kes ini dari segenap sudut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Maulidur Rasul anjuran Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Ismail turut mengesahkan bahawa siasatan akan dibuat sama ada terdapat penglibatan syarikat milik kerajaan (GLC) dalam kes ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas sama ada polis telah menahan mana-mana individu atau memanggil pihak yang terlibat untuk memberi keterangan.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, sebuah bank di ibu negara kerugian RM19 juta setelah menyerahkan wang pinjaman kepada dua syarikat yang kononnya mahu membekalkan alat ganti pesawat MiG-29N milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Dua syarikat terbabit sebelum ini mengemukakan permohonan kepada bank berkenaan untuk mendapatkan pinjaman korporat bagi membolehkan mereka membeli alat ganti pesawat itu.

Menurut sumber, bank tersebut tiada masalah untuk meluluskan pinjaman itu setelah yakin dengan maklumat dan dokumen yang ditunjukkan oleh syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, pihak bank menyedari penipuan itu apabila gagal mengesan premis yang didakwa pejabat syarikat terbabit kerana ia tidak wujud, malah individu yang berurusan melakukan pinjaman juga gagal dihubungi.

Ismail ketika ditanya mengenai sejauh mana kes penipuan itu, enggan mengulas lanjut sebaliknya memberitahu, siasatan kes itu masih di peringkat awal.- Bernama

mahkamah kartun 1 malaysia mahkamah setan....Mahkamah tak patut dengar kes Badrul tanpa peguam...!!!




Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Khim terkilan kerana Mahkamah Tinggi Shah Alam terus mendengar permohonan Badrul Hisham Abdullah berhubung status kerusi Pelabuhan Klang, sekali gus mencapai keputusan hari ini tanpa kehadiran peguam beliau.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, Teng (gambar) berkata mahkamah sepatutnya tidak meneruskan pendengaran itu tanpa kehadiran peguamnya.

Beliau berkata pada 11 Februari lalu, peguamnya Tommy Thomas telah memohon untuk penangguhan atas alasan bahawa beliau akan menghadiri perbicaraan tiga hari mulai 16 Februari di Mahkamah Tinggi Johor Baru di mana tarikh pendengaran ditetapkan sebulan lalu.

Teng berkata pada 14 Februari, peguamnya menerima sepucuk surat dari Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk penangguhan bagi pendengaran itu yang pada awalnya ditetapkan semalam.

“Bagaimanapun, pada 16 Februari, penolong peguam saya hadir pada pengurusan kes di hadapan pendaftar kes dan walaupun dimaklumkan bahawa Tommy akan berada di Johor Baru, timbalan pendaftar berkeras menetapkan perkara itu untuk pendengaran hari ini.

“Oleh itu, peguam saya menghantar penolongnya untuk memohon penangguhan hari ini tetapi tidak dibenarkan. Keputusan mahkamah menolak permohonan peguam saya bagi penangguhan pendengaran saman yang difailkan terhadap saya oleh Badrul Hisham tidak adil dan tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya dipetik Bernama.

Teng berkata beliau akan mengarahkan peguamnya untuk memohon bagi mengetepikan penghakiman, paling awal menjelang minggu depan.

Kontroversi itu timbul selepas Teng mengisytiharkan bahawa kerusi Pelabuhan Klang kosong pada 16 Januari dengan menyatakan bahawa Badrul Hisham gagal menghadiri persidangan DUN selama enam bulan tanpa sebab yang sah.

Pada 24 Januari, Badrul Hisham memfailkan saman pemula memohon satu pengisytiharan bahawa beliau masih Adun Pelabuhan Klang dan berhak menghadiri persidangan dewan.

Beliau juga memohon pengisytiharan bahawa kerusi Pelabuhan Klang tidak kosong.

Pada 11 Februari, Teng memfailkan permohonan untuk menolak saman pemula Badrul Hisham dengan menyatakan bahawa beliau dilindungi oleh imuniti berdasarkan Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan daripada sebarang tindakan undang-undang oleh Badrul Hisham.

Ketika ditemui pemberita di pekarangan mahkamah, Teng berkata beliau berpendapat bahawa keputusan yang diumumkan mahkamah hari ini bukan terikat.

“Saya masih menegskan bahawa deklarasi (saya) masih kekal,” kata beliau.

Teng berkata Badrul Hisham masih boleh dihalang daripada menghadiri sidang DUN akan datang jika permohonannya untuk mengetepikan keputusan hari ini berjaya kelak.

Sidang DUN akan bersidang pada 28 Mac ini.

Sambil menyifatkannya sebagai keputusan tertinggi yang paling tidak munasabah, Teng berkata: “dalam kes ini, keadilan telah dikuburkan.”

Hari ini mahkamah memutuskan Badrul Hisham kekal sebagai Adun Pelabuhan Klang.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof membuat keputusan itu dalam kamarnya setelah mendengar saman pemula yang difailkan oleh Badrul Hisham terhadap Teng ekoran tindakannya mengisytiharkan kerusi itu kosong pada 16 Januari lalu.

Pada masa yang sama, Zaleha turut memerintahkan Teng untuk menjelaskan kos sebanyak RM40,000 kerana tindakannya mengisytiharkan kerusi itu kosong.



rentakinfo


Inilah kerja2 UMNO..kalo rasa kes tidak berpihak pada dia dia akan lakukan apa sahaja untuk menghalang ianya terjadi..mcm kes Anwar sepatutnya kes ini dah kena buang lama dah..tp inilah permainan UMNO untuk terus berkuasa..kes kota siputeh Kedah dan Perak adalah contoh Double Standradnya UMNO dlm hal ini..

krisis istana Johor ke..???...Gelaran Sultanah ditarik balik



SULTANAH ZANARIAH

JOHOR BAHRU – Dua kerabat diraja Johor, Sultanah Zanariah Iskandar dan Sultanah Nora Ismail tidak lagi membawa gelaran ‘Sultanah’ berkuat kuasa semalam.

Gelaran kedua-duanya telah digantikan kepada ‘Yang Amat Mulia Tunku Puan’ dengan dibahasakan sebagai ‘Tunku Puan’ atau ‘Tunku’.

Sultanah Zanariah ialah isteri kepada Almarhum Sultan Iskandar manakala Sultanah Nora merupakan isteri ketiga kepada nenda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, berikutan itu, mereka kini tidak lagi menikmati segala keistimewaan dan kemudahan seperti mana sebelum ini.

Beliau berkata, penarikan gelaran itu diputuskan sendiri oleh Sultan Ibrahim setelah mendapat nasihat ahli-ahli jumaah majlis kerana kedua-duanya tidak pernah dimahkotakan dalam satu majlis rasmi kerajaan.

alahai mahathir...makin melalut dah orang tua nyanyuk nie...tak payah la nak menafikan...semua orang dah tau ko tu mahafiraun....!!!




Saya memang mahu mansuh ISA tapi ditolak polis, kata Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau sebenarnya mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika memegang tampuk pemerintahan negara selama 22 tahun.

Bagaimanapun, menurut Dr Mahathir, usaha itu gagal kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) menolak cadangan tersebut.

“ISA harus digunakan ikut keperluan tapi bila saya jadi perdana menteri saya mahu ia dimansuhkan tetapi polis menentang.

“Bila saya cadangkan usul itu, ia ditolak,” kata beliau pada Forum Cabaran Semasa Demokrasi dan Perlembagaan ke Arah Pencapaian Wawasan 2020 di bangunan Parlimen di sini.

Sebelum ini Dr Mahahir menyalahkan polis yang ekoran penangkapan besar-besaran di bawah ISA pada 1987 yang turut membawa kepada penahanan lebih 100 orang termasuk Penasihat DAP Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng yang kini Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dalam penangkapan dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh polis, agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri bagi menangkap mereka yang mengeruhkan suasana politik ketika itu.

Lebih dikenali sebagai Ops Lalang, seramai 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah ISA dan penggantungan dua akhbar harian dan dua akhbar mingguan.

Selain kedua-dua Lim, turut ditahan ialah Dr Chandra Muzaffar, Karpal Singh, Kua Kia Soong, Datuk Ibrahim Ali dan Mohamed Fahmi Ibrahim.

Dalam perbahasan hari ini, Dr Mahathir berkata beliau hanya menentang penyalahgunaan ISA seperti mana yang berlaku di Amerika Syarikat yang mana menahan individu yang disyaki pengganas tanpa perbicaraan di Teluk Guantanamo.

“Di Teluk Guantanamo, terdapat 500 tahanan yang ditahan tanpa perbicaraan dan mereka juga turut diseksa.

“Mereka yang mengkritik ISA tidak pernah menjadi perdana menteri, sebab itu mereka tidak tahu,” jelas bekas perdana menteri itu.

Beliau juga menjelaskan tidak mempunyai kuasa menghalang penangkapan pemimpin pembangkang kerana ia adalah kehendak polis.

ISA merupakan satu akta yang ditubuhkan untuk menahan mana-mana individu tanpa perbicaraan dan diperkenalkan pada 1960 sebagai undang-undang pencegahan untuk menentang pemberontakan komunis ketika itu.

Minggu lalu Dr Mahathir berhadapan dengan kritikan Kit Siang dan beberapa pemimpin yang pernah ditahan di bawah ISA pada 1987.

Misalnya, sambil mendakwa Dr Mahathir memilih untuk menjadi “mangsa amnesia” tiga tahun lalu, Kit Siang menasihatkan bekas perdana menteri agar “berusaha keras” untuk mengingati kembali dakwaan bahawa pernah ada pertemuan “mengejutkan” dengan pembangkang sebelum Ops Lalang.

Dalam kenyataan ketiganya berhubung pandangan Dr Mahathir menyentuh operasi itu yang membawa kepada tahanan di bawah ISA kelmarin, Kit Siang berkata, bekas presiden Umno dan bekas menteri dalam negeri itu memang terkenal dengan sikapnya memilih untuk menjadi “mangsa amnesia kerana sebab-sebab politik” ketika sesi inkuiri suruhanjaya diraja berhubung isu klip video Datuk V.K. Lingam pada Januari 2008 apabila mengatakan “saya tidak boleh ingat”.

Dr Mahathir memilih untuk berkata “saya tidak boleh ingat” bagi soalan-soalan penting yang dikemukakan oleh suruhanjaya.

“Adakah mungkin beliau ada menemui anggota pembangkang dan memberi jaminan tidak akan ditahan, tetapi beliau tidak ingat wajah-wajah mereka kecuali saya atau di bila, di mana atau siapa lagi di pihak dia yang hadir atau pihak kepada pertemuan itu?” kata beliau.

“(Oleh itu), Mahathir harus tampil dengan saksi-saksi pertemuan,” kata Lim dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Lim juga menambah tiada sebab bagi pemimpin pembangkang harus menyembunyikan kebenaran mengenai pertemuan itu dan jaminan bahawa mereka tidak akan ditahan sekiranya benar ia berlaku.

Dr Mahathir membuat kenyataan bahawa beliau ada berjanji kepada barisan pembangkang bahawa mereka tidak akan ditahan tetapi polis memutuskan untuk menahan mereka.
Kenyataan itu dibuat dalam buku terbaru “Doctor M: Operation Malaysia — Conversations with Mahathir Mohamad” tulisan Tom Plate.



rentakinfo

Sudahlah Tun M....tidak ada rakyat Malaysia percaya perkataan anda lagi.... Lebih baik jadi bisu. BN bukan sahaja "Barang Naikk" tapi termasuk "Bohong Negara".

Thursday, February 17, 2011

Lokman.....londeh lah seluar dalam bik mama betol betol....!!!

Lokman – Carilah Cerita Lain …



Membaca laporan pasal “Lokman selar ‘gaya hidup mewah’ Wan Azizah” tu teramatlah rasanya Lokman ini tersilap sasaran. Kenalah dia cari orang lain, kalau nak serang pasal “kemewahan” membeli pakaian. Kecuali laporan yang kita  baca tu tidak berapa tepat.

Kalau hendak tuduh “Wan Azizah membelanjakan banyak wang untuk kelengkapan pakaiannya bagi menghadiri pelbagai jamuan makan malam rasmi dengan suaminya” semasa DSAI menjadi TPM, maka kurang tepatlah isu yang Lokman Nor Adam hendak bawa. Kalau setakat 20 pasang tu tidaklah begitu melampau kalau DSWA kena hadir pelbagai majlis rasmi hampir setiap malam/hari.

Kalaulah dalam setahun itu, DSWA kena hadir selang setiap hari – itu sudah 180 majlis yang perlu dihadiri. Takkanlah hendak pakai baju sama setiap majlis? Kalau pagi program lain dan malam program lain – itu sudah dua pasang.

Tapi kalau sasarannya pasal harga pakaian RM8,000 sepasang, itu isu lain. Dan perlulah Lokman buktikan. Dan apakah satu sahaja? Sebab Lokman kata “ada yang mencecah …” – berapa pasang yang bernilai sedemikian? Takkan semuanya hampir mencecah sedemikian. Ada tidak yang murah sikit? Berapa harga pula?

Persoalan satu lagi ialah apabila Lokman berkata “apa salahnya sekiranya Wan Azizah mengurangkan perbelanjaan untuk pakaian – daripada 20 kepada 18 (selepas suaminya tidak lagi menjadi TPM)” – sukar sedikit untuk diterima perbandingan yang dibawanya. Satu senario ialah ketika suami DSWA menjadi TPM, satu lagi ialah selepas DSAI terlucut dari kedudukan yang tinggi. Kalau setakat kurangkan dari 20 kepada 18 itu kita yakin DSWA telah kurangkan lebih dari itu.

Apakah Lokman bercakap pasal perbelanjaan DSWA sebagai “smokescreen” tentang perbelanjaan isteri pembesar lain? Atau sebagai sindiran terhadap isteri pemimpin lain dengan maksud pampasan yang diterimanya sekarang kurang memuaskan?

cuba jengah jengah sikit betina puaka laki PM 1 monngolia 1 malaysia 1 israil....berapa pasang dan harganya...citer la harga yang paling koman...jangan citer harga yang tertinggi..almaklumlah si betina nie pakai mustilah saiz yang kesukaannya XXXXXXXXLLLL....ah jadi macam porno pulak....tentu harganya XXXXXXXXLLL..jugak ..dan yang mamposnya rakyat...mana dia nak pakai duit poket sendiri.!!!

Dr M setuju tempoh PM dihadkan lapan tahun....ya betul tu 8 tahun muai untuk merompak dan melanun harta negara dan rakyat untuk jadi jutawan lanun dan malaun anak beranak....!!!



Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata beliau bersetuju cadangan supaya tempoh perkhidmatan seseorang Perdana Menteri dihadkan kepada lapan tahun.

Beliau berkata, cadangan tersebut boleh dipertimbangkan dan sekiranya seseorang itu memberikan perkhidmatan yang terbaik dan tidak melakukan perkara yang memberi kesan buruk kepada negara, maka beliau wajar diberikan peluang untuk dilanjutkan tempoh perkhidmatannya.

"Kalau kita mengehadkan tempoh kuasa contohnya satu penggal, ia tidak akan membolehkan seseorang pemimpin itu melakukan tugas dengan efisyen dan gagal melaksanakan apa yang dirancang," katanya.

Dr Mahathir, yang menjawat jawatan itu selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003, berkata demikian pada sesi soal jawab di forum Cabaran Semasa Sistem Demokrasi dan Perlembagaan Negara Malaysia Ke Arah Pencapaian Wawasan 2020 di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang mencadangkan supaya seseorang yang menjawat jawatan perdana menteri dihadkan selama lapan tahun saja.

Katanya, tempoh itu relevan kerana pada kebiasaannya selepas mengambil alih tampuk pimpinan negara, seseorang itu perlu mempelajarinya terlebih dahulu.

"Tahun pertama adalah tahun mula mempelajari selok belok pemerintahan, tahun kedua pula tahun merangka dan menyusun pelbagai program, manakala tahun ketiga pula tahun untuk melaksanakan apa yang dirancang.

"Manakala tahun ke empat dah pilihan raya. Jadi mana nak sempat dia nak melakukan apa yang dirancangnya," katanya.

Dr Mahathir ketika mengulas mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkata, akta tersebut adalah baik, namun jangan disalahgunakan.

"ISA bukanlah satu keperluan dan saya juga mencadangkan supaya ISA dihapuskan. Namun selepas mendapat nasihat daripada penasihat saya iaitu polis, maka ISA tidak dihapuskan," kata beliau.

- Bernama

Wednesday, February 16, 2011

dah minat nak berlakon porno hidup hidup....Anggota Polis Turut Dicekup Berkhalwat Dalam Kereta



Georgetown - Dua anggota keselamatan antara yang ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) apabila dipercayai berkelakuan sumbang di tempat awam dalam operasi cegah maksiat awal pagi semalam.

Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, pihaknya menahan tiga pasangan kekasih termasuk dua anggota keselamatan itu dalam operasi di beberapa lokasi sekitar bandar itu.

“Dalam operasi semalam, kita menahan tiga pasang kekasih yang berkelakuan kurang sopan di tempat awam yang mana kedua-dua anggota keselamatan itu kita tahan semasa berada dalam kereta di tempat gelap dalam keadaan mencurigakan pada jam kira-kira 1 pagi.

“Mereka di tahan ketika berada di tempat duduk penumpang dan pemandu di kawasan tempat letak kereta di Jalan persiaran Bayan Indah, Pantai Jerjak dengan pakaian terbuka dipercayai sedang melakukan perbuatan kurang sopan dan enggan bekerjasama. Kita percaya mereka ini sepasang kekasih yang mana lelaki itu berusia 40-an manakala teman wanitanya berusia 20-an,” katanya.

Menurutnya, dalam operasi JHEAIPP yang diadakan awal pagi semalam, sebanyak 20 pasangan kekasih diperiksa sempena Hari Kekasih yang mana operasi bermula dari jam 11 malam sehingga 3 pagi melibatkan sepasukan lima pegawai penguat kuasa JHEAIPP.

“Semua yang ditahan berusia 20 hingga 40-an dan operasi dibuat di beberapa lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan panas yang kerap kali dikunjungi untuk mereka bermadu kasih antaranya Padang Kota Lama, Lebuh Sungai Pinang, Pantai Seagate, Persisiran Pantai Queensbay, Pantai Jerejak dan Batu Maung.

“Dari pemeriksaan yang dijalankan, tiga pasangan kekasih dikenakan tindakan saman kerana dipercayai berkelakuan kurang sopan di tempat awam, lapan diberi amaran dan nasihat manakala baki yang lain didapati tidak melakukan apa-apa kesalahan dan dilepaskan,” katanya.

Khairul berkata, setiap pasangan yang ditahan dikehendaki hadir di pejabat JHEAIPP untuk diambil keterangan diri dan siasatan lanjut yang mana ia disiasat di bawah Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 dan sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali. -SH

hebat sungguh orang orang sabah ni ye....sampai Pegawai Khas Pembantu Menteri Di Sabah boleh Dicekup Khalwat....!!!



Kota Kinabalu: Ketika umat Islam sibuk meningkatkan amalan sempena sambutan Maulidur Rasul, seorang pegawai khas kepada pembantu menteri negeri ini mengambil kesempatan cuti umum dan Hari Kekasih untuk memadu asmara bersama pasangannya yang berusia 23 tahun di sebuah hotel murah di bandar raya ini, awal pagi semalam. Gambar fail

Bagaimanapun, niat pasangan itu tidak berpanjangan apabila mereka dicekup dalam operasi khas Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) sempena Hari Kekasih yang menyasarkan beberapa hotel murah dan rumah persendirian sekitar bandar raya ini.

Terdahulu, berdasarkan maklumat, sepasukan penguat kuasa JHEAINS menyerbu sebuah hotel murah lalu mengetuk pintu bilik pasangan terbabit selama hampir satu jam sebelum dibuka seorang lelaki berusia 51 tahun yang berpakaian lengkap.

Sebaik memperkenalkan diri sebagai penguat kuasa JHEAINS dan meminta izin untuk pemeriksaan, mereka mendapati seorang wanita juga lengkap berpakaian sedang berselimut di atas katil bilik berkenaan.

Ketika diminta menunjukkan kad kahwin, kedua-dua mereka mengaku belum berkahwin dan tidur bersama di hotel terbabit.

Difahamkan, lelaki berkenaan berstatus bapa tunggal dan mempunyai empat anak manakala pasangannya masih bujang.

Ketika disoal, gadis itu yang berasal dari Papar mendakwa sudah menjalinkan hubungan bersama duda terbabit sejak setahun lalu selain mengakui hubungan mereka tidak direstui keluarga.

Namun, penguat kuasa JHEAINS menjelaskan kepada mereka bahawa perkara itu bukan alasan untuk mereka berdua-duaan dalam sebuah bilik hingga sanggup melakukan maksiat.

Terdahulu, Ketua Penguat Kuasa Agama JHEAINS, Mohd Noor Kasah berkata, dalam operasi lebih empat jam berakhir kira-kira jam 4 pagi itu, empat lagi pasangan turut dicekup.

“Paling mengejutkan apabila kami menahan seorang wanita berusia 50 tahun dalam keadaan berkemban ketika sedang tidur bersama teman lelakinya yang baru berusia 21 tahun.

“Mereka ditahan dalam sebuah bilik di asrama pekerja di Putatan selepas menerima maklumat awam,” katanya ketika ditemui selepas operasi terbabit. Katanya, pasangan umpama ibu dan anak itu memberi alasan hanya makan bersama di rumah, tetapi dicekup ketika sedang tidur dalam keadaan mengaibkan.

“Pada awalnya, suspek lelaki mengaku wanita berusia 50 tahun itu kakak angkatnya dan sudah menjalinkan hubungan sejak dua tahun lalu.

“Ketika dicekup, kedua-dua mereka sedang tidur dalam keadaan berpelukan,” katanya.

Katanya, semua mereka dibawa ke Balai Polis Putatan untuk membuat laporan dan disiasat mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997.

“Operasi ini dilakukan bagi mengurangkan pelakuan maksiat terutama ketika umat Islam seluruh dunia sedang menghayati hari keputeraan Rasulullah SAW.

“Operasi sebegini tidak akan berakhir di sini saja, ia akan berterusan lagi dari semasa ke semasa,” katanya. -hm

dolu dolu ngangkung minta nombor...sekarang minta tender pulak dah...

Puja pokok minta tender



MELAKA: Segelintir kontraktor yang mahu mendapatkan projek pembinaan besar dikesan sanggup menjadikan pokok di Pulau Besar sebagai tempat memohon hajat supaya berjaya membida tender kerja berkenaan.

Perkara khurafat itu didedahkan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) yang melakukan pemantauan di kawasan dikenali Batu Belah.

Hajat yang ditulis menerusi sehelai kain atau kertas itu diikat pada ranting pokok berkenaan kononnya bagi membolehkan hajat itu dimakbulkan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani berkata, bukan setakat projek saja dihajatkan oleh individu terbabit, malah turut memohon dipermudahkan jodoh dan pekerjaan.

Katanya, hajat berkenaan ditulis atas kertas atau kain sebelum dibungkus dengan plastik dipercayai bagi mengelaknya rosak jika terkena hujan.

“Perbuatan khurafat itu mendorong sehingga begitu banyak hajat diikat beberapa ranting pokok yang terletak berhampiran kawasan berkenaan.

“Perkara ini dikesan oleh Jaim bukan baru, malah sudah berlarutan sejak tahun 90-an dan antara usaha dilakukan adalah memantau kawasan berkenaan serta membersihkannya,” katanya, di sini, semalam.

Rahimin berkata, malah bukan saja hajat ditemui apabila ada juga golongan tertentu dipercayai meletakkan perkara dipercayai berkaitan ilmu hitam atau sihir di ranting itu.

Katanya, beliau sendiri pernah menemui balutan kain dibungkus seperti kapan dan didalamnya penuh dengan jarum.

“Penemuan itu juga menggambarkan beberapa aktiviti khurafat dilakukan di situ dengan menjadikan pokok berkenaan sebagai tempat memohon hajat mereka,” katanya.

Beliau berkata, kubur dan beberapa pokok berhampiran juga turut menjadi tumpuan golongan tertentu meletakkan bahan dipercayai untuk tujuan pemujaan seperti setanggi, colok dan kemenyan.

Pihaknya turut mengesan hajat berkenaan diletakkan di dalam tabung derma di dalam surau di pulau berkenaan.

“Bukan setakat pokok itu menjadi tumpuan, ada juga lokasi lain yang turut dijadikan pihak tertentu melakukan perkara bertentangan dengan akidah,” katanya. -hm

peguam negara bersekongkol dengan UMNO-APCO... mahu meneruskan tuduhan yang bermotifkan politik....!!!!



Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tuduhan liwat terhadapnya digugurkan ekoran “bukti terbaru” yang muncul berdasarkan kandungan laporan awal proforma, yang diberitahu di mahkamah hari ini.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh berhujah bahawa penemuan bukti baru itu menunjukkan tuduhan ke atas anak guamannya tidak berasas.

Sehubungan itu kata beliau, di bawah kanun prosedur jenayah, hanya Peguam Negara yang boleh menarik balik tuduhan terhadapnya.

“Saya meminta Peguam Negara menarik balik tuduhan bagi mengelakkan negara dimalukan lagi.

“Dalam soal pendakwaan, kita ada versi yang berbeza mengenai isu-isu asas dalam perbicaraan ini,” kata Karpal kepada pemberita.

Anwar pula berkata bukti baru itu menunjukkan pendakwaan ke atasnya adalah sesuatu yang “remeh-temeh dan tidak berasas.”

“Ini satu pendakwaan... mengapa Peguam Negara mahu meneruskan dan berkeras dengan tuduhan yang bermotifkan politik?” kata Anwar.

Tuesday, February 15, 2011

manusia 2 alam Pakai Gaun Wanita Ditemui Mati Dibunuh



George Town - Seorang lelaki yang berpakaian gaun wanita ditemui mati, dipercayai dibunuh di Lorong Love di sini hari ini.

ANGGOTA polis memeriksa mayat seorang lelaki berpakaian wanita yang mati dibunuh di Jalan Love, George Town semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata, lelaki yang berusia dalam lingkungan 40-an yang dipercayai dihentak dengan tukul besi pada bahagian kepala itu mati di tempat kejadian.

"Menurut beberapa saksi, mangsa yang berjalan seorang diri di kawasan sebuah tokong tiba-tiba dihampiri seorang lelaki yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dan memukulnya dengan tukul besi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Lelaki yang masih belum dipastikan identitinya itu dipercayai pondan dan menjalankan aktiviti pelacuran di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, polis menemui tukul besi berhampiran tempat kejadian yang dipercayai digunakan sebagai senjata untuk membunuhnya.

melayu makin rosak akhlaknya...Isy, Warga Emas 62 Tahun Pun Dirogolnya...



Sungai Petani - Seorang buruh yang mengaku bersalah atas tuduhan merogol dan meliwat seorang warga emas hampir dua tahun lepas hari ini dihukum penjara berjumlah 16 tahun dan 12 sebatan.

Hakim Mahkamah Sesyen Sungai Petani, Zainol Saad memerintahkan hukuman ke atas tertuduh, Shariefuddin Arshad, 45, dari Serdang, Bandar Baharu dijalankan secara berasingan mulai tarikh dia ditangkap pada 27 Sept 2009.

Shariefuddin dituduh melakukan kesalahan tersebut secara berasingan ke atas jirannya seorang warga emas berusia 62 tahun di sebuah rumah di Taman Sri Wangsa, Serdang, dekat sini.

Dalam pertuduhan pertama, dia didakwa merogol jirannya itu antara pukul 7 dan 8 pagi, 6 Sept 2009.

Kesalahan itu adalah mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, Shariefuddin didakwa melakukan persetubuhan di luar tabie pada tarikh dan tempat sama dan didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang 20 tahun dan sebatan.

Bagi pertuduhan pertama, Shariefuddin dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan enam kali sebatan manakala pertuduhan kedua, dia dihukum penjara enam tahun dan enam sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Syazwani Syed Hussain memohon supaya hukuman penjara dijalankan secara berasingan sebagai pengajaran kerana mangsa mengalami trauma akibat kejadian tersebut. - Bernama

Ikhwanul Muslimin Akan Daftar Sebagai Parti Politik di Mesir



Kaherah - Pasca perletakan jawatan Presiden Mesir Husni Mubarak, Ikhwanul Muslimin merancang untuk membentuk parti politik. Ikhwan akan segera berubah menjadi sebuah parti politik setelah peraturan mengenai kepartian di negara itu diubah.

Dalam pernyatannya, Ikhwan menyatakan keinginannya untuk menjadi parti politik sejak beberapa tahun lalu. Namun semasa pemerintahan Mubarak, organisasi itu terhalang dengan peraturan tentang pembentukan parti politik.

“Saat keinginan untuk dapat membentuk membentuk parti wujud, kami akan membentuk parti politik,” demikian isi pernyataan Ikhwan seperti dikutip Reuters, Selasa (15/2/2011).

Ikhwan didirikan oleh ulama berpengaruh Hasan Albana pada 1920. Pendirian organisasi ini tidak terlepas dari keadaan sosio politik dan agama di Mesir. Mubarak selama ini memberikan kesempatan bagi Ikhwan untuk menjalankan aktivitinya, namun tidak boleh bersentuhan dengan politik.

Sebelumnya, Ikhwan menyatakan tidak berminat untuk turut serta dalam pemilihan presiden dan angota parlimen pada pemilihan umum akan datang. Tentera saat ini memegang tampuk pemerintahan setelah Mubarak menyerahkan mandatnya pada Jumaat minggu lalu.

Dewan tentera menyatakan akan menyerahkan kepemimpinan Mesir kepada rakyat dan menegakkan sistem demorkasi di Mesir.

Alahai SYABAS...selesai dulu gaji CEO yang terlampau...dan jangan kelirukan rakyat dengan menyaman MB selangor...!!!

Isu Tabung Budi: Syabas saman MB Selangor, Tony Pua



Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) cuba mengelirukan rakyat dengan mengemukakan saman terhadap wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) termasuk beliau sendiri.

Khalid dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua telah menerima notis saman Syabas berhubung isu Tabung Budi.

“Kami telah menerima dokumen saman daripada Syabas berkenaan kenyataan yang dibuat mengenai Tabung Budi serta kenyataan yang meminta Syabas memulangkan hak pembekalan air kepada kerajaan negeri menerusi kempen Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat,” kata Khalid dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Khalid berkata peguam-peguamnya telah diberi arahan untuk menyediakan pembelaan di mana beliau akan diwakili oleh Edmund Bon manakala Pua, yang juga setiausaha publisiti DAP kebangsaan, telah melantik Gobind Singh Deo.

Bagaimanapun Khalid menegaskan, tindakan perundangan itu tidak mengubah pendirian kerajaan negeri Selangor terhadap isu Tabung Budi.

“Syabas tidak mempunyai hak untuk meminta pengguna-pengguna menyerah dana kepada Syabas kerana dana tersebut diberi oleh kerajaan negeri melalui program pemberian 20 meter padu air percuma.

Kerajaan negeri juga masih berpendapat penjanjian konsesi kepada empat syarikat konsesi termasuk Syabas perlu ditamatkan agar industri air negeri boleh diambil alih kerajaan negeri bagi memastikan bekalan air yang lebih efektif dengan harga yang berpatutan,” kata Khalid dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Khalid juga menambah, kerajaan negeri juga telah mengarahkan Pegawal Selia Air agar menulis surat kepada Syabas untuk memastikan bahawa segala biayaan guaman dalam saman ini dibayar oleh pengarah-pengarah dan individu yang terlibat Syabas sendiri dan bukan oleh Syabas sendiri kerana syarikat tidak perlu dibelenggu oleh bayaran guaman untuk kes yang jelas tidak ada kena-mengena dengan fungsinya sebagai pembekal air bersih kepada rakyat Selangor.

Malah kata beliau, tindakan Syabas menyaman ketika proses rundingan pengambilalihan syarikat konsesi-konsesi air yang belum selesai menimbulkan beberapa persoalan berkenaan niatnya.

“Semua wakil kerajaan Pakatan Rakyat Selangor siap sedia untuk terus berusaha untuk mengembalikan hak air kepada rakyat selaras dengan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor,” katanya lagi.

Pada akhir November lalu, kerajaan Selangor berkata akan meminta kerajaan pusat menarik balik lesen konsesi yang diberikan kepada Syabas jika syarikat itu didapati mengutip balik kos 20 meter padu air yang disubsidi oleh kerajaan Selangor kepada rakyatnya menerusi Tabung Budi.

Khalid berkata Syabas tidak berhak mengutip derma daripada mana-mana individu pengguna air yang mendapat subsidi daripada kerajaan negeri menerusi tabung yang dilancarkan syarikat itu.

Tabung Budi dilancarkan Syabas pada 24 Ogos lepas melibatkan skim yang membolehkan pengguna air membayar balik kos 20 meter padu air bernilai RM11.40, yang disubsidi kerajaan negeri kepada rakyat Selangor setiap bulan, diserahkan kepada Syabas.

Wang kutipan itu nanti akan disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan yang tidak menerima 20 meter padu air percuma bagi mendapatkan semula sambungan air bersih ekoran kegagalan mereka membayar bil.

Khalid berkata Syabas bukanlah sebuah badan yang ditugaskan untuk menjaga hal ehwal kebajikan rakyat.

“Tujuan Syabas bukanlah untuk jaga kebajikan. Adalah sesuatu yang ‘hypocrisy’ untuk katakan dia (Syabas) sekarang bertaubat menolong rakyat . . . itu bukan tujuannya. Saya akan mengutus surat kepada Syabas sama ada perkara ini melanggar tatacara perjanjian yang kerajaan negeri buat bersama Syabas pada 2004,” katanya ketika itu.



rentakinfo

Rakyat berharap pembicaraan yang berikut akan membongkarkan lebih cacing2 / ulat2 kroni2 umno. Mana ada keadilan.....kalau CEO ini memperolehi gaji bulanan Rm400 ribu sebulan. Gaji ini boleh digunakan untuk membantu seribu keluarga melayu miskin setiap bulan ...!!!!

Risalah Balik Pulau: Adun Umno, Utusan di saman



Kerajaan Pulau Pinang Pakatan Rakyat (PR) memutuskan untuk menyaman Ahli Dewan Undangan Negeri Umno kerusi Pulau Betong Muhammad Farid Saad dan Utusan Malaysia kerana terus membuat fitnah mengenai isu risalah My Balik Pulau kononnya lupa sejarah dan menghina orang Melayu.

Sehubungan itu, Ketua Menterinya Lim Guan Eng (gambar) berkata, beliau telah melantik firma guaman Karpal Singh & Co untuk menguruskan saman fitnah ke atas kedua-dua pihak berkenaan.

“Kerajaan negeri Pulau Pinang akan melantik syarikat guaman Karpal Singh untuk keluarkan saman malu atas Adun Umno Pulau Betong Muhammad Farid Saad dan Utusan Malaysia dengan fitnah mereka pada 2 Februari lalu bertajuk bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengedarkan buku risalah My Balik Pulau.

“Dalam laporan bertajuk Lupa Sejarah, Hina Melayu, kerajaan negeri PR Pulau Pinang didakwa mengedarkan risalah yang memperlekehkan sumbangan dan peranan orang Melayu di Balik Pulau,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Lim berkata, Utusan Malaysia milik Umno telah terus mangadu-dombakan isu itu dengan laporan susulan pada hari berikutnya yang berbentuk menghasut sentimen perkauman terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang kononnya mahu meminggirkan sumbangan orang Melayu.

“Umno, Farid dan Utusan Malaysia telah meludah ke langit kerana yang keluarkan risalah My Balik Pulau tidak lain, tidak bukan adalah kerajaan BN negeri yang lama,” katanya, Lim berkata, risalah itu diluluskan oleh kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) sebelum era 8 Mac 2008 dan sebelum PR mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri.

“Maka Farid patut tahu kerana beliau adalah sebahagian daripada pentadbiran kerajaan negeri lama. Lagipun beberapa penyokong kuat Umno beliau adalah penyumbang ke atas keluaran My Balik Pulau ini,” katanya lagi.

Lim menambah, sungguhpun kerajaan negeri telah menjelaskan perkara itu dan meminta Farid menarik balik dan meminta maaf atas sifat perkauman antibukan Melayu dengan pembohongan dan fitnah yang menganiayai kerajaan negeri Pulau Pinang atas sesuatu yang bukan salahnya, Farid enggan buat demikian.

Sebaliknya kata beliau, Utusan Malaysia meneruskan laporan palsu yang mendakwa kerajaan negeri mengeluarkan risalah My Balik Pulau yang sebenarnya dikeluarkan oleh Umno dan kerajaan persekutuan.

“Oleh itu kerajaan negeri telah membuat keputusan pada mesyuarat Exco minggu lepas untuk saman malu Adun Umno ini kerana telah menggembar-gemburkan risalah My Balik Pulau dengan sentimen perkauman di Utusan Malaysia yang membuat laporan besar bertajuk ‘lupa sejarah, hina Melayu’,” kata Lim.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP Kebangsaan berkata, penasihat undang-undang negeri telah menasihatkan agar beliau sebagai Ketua Menteri mengeluarkan saman malu untuk mewakili kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Dalam keghairahan buat serangan hentam-keromo ke atas kerajaan negeri PR Pulau Pinang semua fakta dan kebenaran dilupai dan dibelakangkan.

“Sungguhpun yang bersalah adalah BN/Umno dan kerajaan persekutuan sendiri, serangan bertubi-tubi dijalankan ke atas kerajaan negeri PR Pulau Pinang yang dimangsakan sebagai kembiri hitam,” kata beliau lagi.

Lim menambah, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan berdiam diri dan menanggung lagi kesalahan orang lain, khususnya Umno yang “jahat seribu jahat ini.”

“Politik rasis dan benci-membenci Umno dan BN untuk menutup skandal rasuah mereka mestilah dilawan berhabis-habisan, yang jelas sebagai reaksi terhadap pembongkaran skandal RM30 juta Pulau Jerejak yang berlaku di bawah Tan Sri Koh Tsu Koon yang serahkan Pulau Jerejak habis kepada UDA,” katanya lagi.(MalaysiaInsider)

Taktik untuk elak di cekup....Berkhalwat bawa anak kecil....



TAHAN...pasangan kekasih terbabit yang dicekup dalam operasi, semalam.

SEPANG: Taktik seorang duda menggunakan anaknya berusia setahun lapan bulan bagi mengaburi pihak berkuasa ketika asyik memadu kasih dengan pasangan berusia 21 tahun tidak menjadi apabila dicekup pihak berkuasa di sebuah hotel murah di Dengkil, semalam.

Mereka ditahan penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Sepang dalam operasi antizina di beberapa hotel murah di Dengkil dan Bandar Baru Salak Tinggi, kira-kira jam 2 pagi, selepas mendapat maklumat pasangan bukan mahrim terutama dari luar kawasan itu menjadikan hotel murah di kawasan itu bagi ‘meraikan’ hubungan sulit sempena Hari Kekasih.

Malah, ketika ditahan, duda berusia 27 tahun dari Dengkil itu hanya memakai seluar pendek dan tidak berbaju, manakala pasangannya sudah berpakaian lengkap.

Operasi bermula jam 10 malam dan berakhir jam 6 pagi itu diketuai pegawai penguat kuasa Majlis Perbandaran Sepang (MPS), Mohd Azran Musa bersama 25 anggota membabitkan penguat kuasa Majlis Perbandaran Sepang (MPS), Polis Diraja Malaysia dan penguat kuasa agama.

Pegawai Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Sepang, Alfian Ahmad, berkata duda terbabit dipercayai membawa anaknya bagi melindungi kegiatan tidak bermoral bersama pasangannya.

Menurutnya, pada zahirnya, orang ramai akan menyangka pasangan itu suami dan isteri apabila ada anak kecil bersama di dalam bilik hotel berkenaan.

“Tetapi, hasil risikan kami membongkar rahsia pasangan itu tiada sebarang hubungan suami isteri dan anak kecil itu anak lelaki terbabit.

“Kami percaya lelaki terbabit menggunakan taktik membawa anak kecil itu bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Bagaimanapun, cara mereka memperalatkan kanak-kanak itu bagi menjayakan perbuatan maksiat mereka tidak berhasil apabila serbuan dilakukan penguat kuasa agama,” katanya ketika di temui dalam operasi itu, semalam.

Alfian berkata, siasatan turut mendapati lelaki terbabit sudah bercerai selain mempunyai seorang lagi anak dan memberikan alasan akan berkahwin dengan pasangan pada Jun depan.

hm

Monday, February 14, 2011

18 cedera dalam letupan bom



BANGKOK - Seramai 18 anggota tentera dan orang awam cedera apabila bom buatan sendiri seberat 20 kilogram yang diletakkan dalam sebuah kenderaan pikap meletup di pusat bandar Yala, semalam.

Jurucakap polis Yala melaporkan tujuh daripada mereka cedera parah dan dimasukkan ke Hospital Yala, manakala yang lain hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital sama.

Pada masa ini, tidak dapat dipastikan jumlah sebenar anggota tentera dan orang awam yang cedera dalam kejadian pada jam 9.50 pagi waktu tempatan itu.

Siasatan awal berdasarkan kamera litar tertutup di kawasan itu menunjukkan seorang lelaki meletakkan pikapnya di pusat bandar pada kira-kira jam 7.30 pagi dan bom itu diletupkan menggunakan alat kawalan jauh apabila pasukan tentera melalui kawasan itu.

Letupan itu turut menyebabkan kebakaran yang memusnahkan 12 kedai kayu dengan kerugian kira-kira 10 juta Baht (RM990,000).

Syarikat Abu Dhabi saman Sime Darby Engineering



Sebuah syarikat tenaga beroperasi di Abu Dhabi, Emirates International Energy Services (Emas), memfailkan satu saman terhadap Sime Darby Engineering (SDE), sebuah syarikat milik penuh Sime Darby Bhd, berpunca daripada pertikaian berhubung pembidaan tender, demikian menurut satu laporan akhbar.

Menurut akhbar harian “The National,” syarikat Malaysia itu didakwa menarik diri daripada tujuh projek berskala besar “bagi membantu syarikat-syarikat asing yang tidak dinamakan memenangi tender”.

Ia menyebut sepucuk surat yang disertakan dengan fail mahkamah, di mana Emas mendakwa penarikan daripada pembidaan telah dilakukan pada “waktu kritikal dan saat akhir, satu perkara yang menimbulkan keraguan mengenai syarikat kami dan memburukkan reputasi syarikat”.

Laporan itu menyebut SDE membida projek dalam sektor minyak dan gas di negara Teluk itu menerusi Emas.

Emas dilaporkan menuntut pembayaran hampir AS$200 juta dan ganti rugi dalam saman yang difailkan di Mahkamah Komersil Abu Dhabi.

Menurut laporan akhbar itu, SDE menafikan dakwaan itu dan mendakwa bahawa syarikat itu tidak tertakluk untuk menerima atau menolak projek berkenaan sejajar dengan mana-mana tarikh akhir. – Bernama

Revolusi Tunisia dan Mesir merebak ke Algeria, Sudan, Yemen



Pemberontakan di Mesir yang menyaksikan Presiden negara itu, Hosni Mubarak meletak jawatan, kini merebak ke beberapa buah negara Arab yang lain termasuk di Algeria, Sudan dan Yemen.


Kira-kira 20,000 rakyat Algeria berarak di Algiers bagi mendesak kerajaan Algeria digulingkan.

Penunjuk perasaan tersebut merempuh sekatan polis mengakibatkan berlakunya pergelutan.




Polis Algeria cuba merampas banner anti-kerajaan di perhimpunan menuntut Presiden Algeria berundur di ibunegara Algeria semalam.

Di Yemen pula, beribu-ribu penunjuk perasaan yang mendesak kerajaan pimpinan Presiden, Ali Abdallah Saleh dibubarkan bertempur dengan penyokong kerajaan di Sanaa.

Pertempuran dilaporkan berlaku selepas sejumlah lelaki bersenjatakan pisau dan kayu memaksa kira-kira 300 penunjuk perasaan menghentikan demonstrasi menuntut pembubaran kerajaan.
Di Sudan pula, beribu-ribu penduduk berarak ke pejabat badan penyiaran rasmi kerajaan bagi menuntut pembentukan kerajaan baru.

Mereka berarak ke badan penyiaran tersebut selepas ia menyatakan sokongan terhadap kerajaan yang kini dipimpin pihak tentera.

isa samad cuba tipu jin........muakakakaka....!!!

Rasuah bukan masalah di negara ini - Isa Samad



Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad berkata, rasuah bukanlah masalah besar di negara ini kerana ia berlaku di mana-mana negara di dunia.

"Rasuah di mana-mana, taklah teruk sangat. Kalau buruk dah hancur dah Malaysia ni," kata Isa ketika memberikan ucapan di forum masa depan kepimpinan Melayu di PWTC lewat petang semalam.

Turut menjadi penal di forum tersebut adalah Datuk Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS) dan Datuk Johan Jaafar (Pengerusi Media Prima) manakala moderatornya adalah Tan Sri Dr Nordin Kardi, bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM).

Ketika memberikan ucapannya, Mustafa berkata, antara cabaran besar kepimpinan Melayu di negara ini adalah pelakuan rasuah yang bermaharaja lela di negara ini.

Ia kini, kata Mustafa, sudah menular ke semua pihak dari peringkat tertinggi negara, pertengahan bahkan golongan bawahan termasuk pada pelajar.

"Yang mengejutkan saya, hasil kajian yang dibuat oleh Institut Intergriti Malaysia (IIM) yang mendapati 35 peratus pelajar menjawab, mereka akan mengambil rasuah jika ada peluang," kata Mustafa.

Sebelum ini, Isa pernah dipecat dari jawatan Naib Presiden Umno apabila didapati beliau terlibat dengan rasuah politik dalam pemilihan Umno. Ekoran itu, beliau juga kehilangan jawatannya sebagai menteri.

Isa kembali semula ke ruang utama politik negara apabila dipilih sebagai calon Umno dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang, Negeri Sembilan dan menang.

Baru-baru ini, Isa telah dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebagai Pengerusi Felda. Ramai beranggapan ia berlaku hasil dari pengaruh isterinya, Datik Seri Rosmah Mansor.

"Bagi saya ia tidaklah teruk sangat...kerajaan pula tidaklah menghalalkan rasuah," kata Isa. -petikan harakahdaily



Jin pun ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata Isa Samad tersebut.

Isa Samad - nama yang cukup sinonim dengan rasuah... meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah dan digantung keahlian Umno selama 6 tahun kerana terlibat dengan politik wang a.k.a. rasuah dalam pemilihan Umno 2004.

Yang aneh, UMNO meletakkan beiau sebagai calon di Bagan Pinang, menang, kemudian dilantik Pengerusi FELDA.

Maka tidak hairan isa Samad menyatakan rasuah bukan masalah besar di negara ini.

Beliau sepatutnya boleh menjadikan dirinya sebagai contoh... yang walaupun dah pernah digantung dari partinya kerana rasuah tetapi UMNO tetap peliharanya malah mengangkat dirinya sehingga ke peringkat sekarang.

Justeru, tidak hairan budaya rasuah hidup subur di dalam UMNO. Berlaku di semua peringkat. Sampai terbawa dan berakar umbi di dalam pentadbiran kerajaan UMNO BN sekian lama.

Isa Samad menambah "Kalau buruk dah hancur dah Malaysia ni".

Ya, benih-benih kehancuran sudah kelihatan, cuma Isa Samad yang dibutakan hati tidak dapat melihatnya. Mungkin nak lihat Malaysia benar-benar hancur baru beliau akur. Jangan cabar Tuhan!

Selepas Tunisia, Mesir, - Algeria pula bergelora



Beribu-ribu penunjuk perasaan menuntut Presiden Algeria, Abdelaziz Bouteflika meletakkan jawatan semakin merebak ke bandar Annaba di sebelah timur Algeria.

Menurut Penyelarasan Nasional Perubahan dan Demokrasi (CNCD) dan kesatuan pekerja tidak rasmi, Mustepha Bouchahi, tunjuk perasaan antikerajaan seterusnya akan diadakan Sabtu ini.

Pengumuman tersebut dibuat sehari selepas 2,000 penunjuk perasaan bertempur dengan 30,000 anggota polis di bandar Algiers.

Ratusan penunjuk perasaan juga dilaporkan membaling batu ke arah polis di Bandaraya Annaba di timur Algeria dengan pembangkang mengumumkan untuk mengadakan satu lagi tunjuk perasaan besar-besaran minggu depan.

Sementara itu, Washington meminta pihak keselamatan Algeria supaya bertindak lebih berhati-hati selepas sehari protes seluruh negara terhadap kerajaan pimpinan Presiden Abdelaziz Bouteflika yang menyaksikan puluhan orang awam dan wartawan ditangkap.

“Kami ingin menegaskan sokongan kami kepada hak setiap rakyat Algeria termasuk mengadakan perhimpunan dan menyuarakan pendapat," kata jurucakap Jabatan Negara Amerika, Philip Crowley dalam satu kenyataan.

Tunjuk perasaan yang akan datang dijadual diadakan 19 Februari ini, kata Mustepha Bouchahi dari Penyelaras Kebangsaan Bagi Demokrasi dan Perubahan (CNCD), iaitu kumpulan yang bergabung dalam perti pembangkang.

Semalam, dianggarkan 2,000 penunjuk perasaan bertembung dengan lebih 30,000 anggota polis yang bertindak menghalang mereka mengadakan demonstrasi jalanan di ibu negara itu.

Tunjuk perasaan juga diadakan di seluruh bandar di Algeria bagi menyatakan hasrat sama seperti berlaku di Mesir dan negara jiran, Tunisia.

Harakahdaily

Parlimen Mesir bubar dan perlembagaan di gantung



Pemerintah Tentera Mesir telah membubarkan parlimen dan menggantung perlembagaan negara itu, dalam pengumuman perubahan drastik demokrasi negara itu.

Ianya dibuat berdasarkan refrendum popular yang diterima mereka.

Dalam pengumuman terbaru mereka semalam, pemimpin tentera yang menjalankan pemerintahan sementara selepas Hosni Mubarak dijatuhkan, berkata mereka akan memerintah Mesir dalam tempoh enam bulan atau sehingga pilihan raya parlimen dan presiden baru diadakan.

Mereka juga memaklumkan, Perdana Menteri, Ahmed Shafik akan terus mengetuai kerajaan sementara Mesir.

Perkembangan terbaru itu memberi harapan baru buat rakyat Mesir yang masih lagi meneruskan protes mereka hari ini.

Difahamkan beberapa orang daripada mereka ditangkap apabila bertembung dengan pihak tentera semalam.

Jumaat lalu, Mubarak akhirnya berundur selepas akur dengan tekanan rakyat yang mengadakan demonstrasi mendesak beliau meletak jawatan.

hd

selepas mubarak...haprak menjadi pemimpin










Kitaran roda Islam itu sentiasa berputar. Maka berputarlah bersama roda Islam. Setiap zaman dan masa, para pejuang gerakan Islam sentiasa berfungsi. Cepat atau lambat ianya tetap istiqamah. Tetap beramal meskipun nasib acap-kali tidak menyebelahi mereka.

Sejak kejatuhan empayar Khilafah Islamiyyah di Turki oleh pengkhianat Kamal Attaturk serta bermulanya era penjajahan barat dinegara-negara umat Islam atau yang lebih awal daripada itu, umat Islam khususnya dikalangan ulama tidak pernah berdiam diri.

Mereka tetap menjaga amanah dan memulakan gerakan untuk mengembalikan kemenangan Islam. Dari individu dan peribadi hingga usrah dan keluarga. Dari masyarakat sehingga persada massa. Dari rumah ke lorong-lorong jalanan. Dari surau dan masjid ke markaz-markaz serta Bandar dan kota sehingga ke pelusuk Negara. Dari jalan-raya hingga ke Istana Negara. Mereka terus menyebar luas gerakan mereka.

Tapi sunnah Allah. Buah takkan masak dan gugur tanpa melalui proses kematangan. Pengorbanan dan jihad kekadang, kemenangan diraih orang. Tidak dinafikan mereka mendapat kemenangan diakhirat tetapi kenapa susah-susah sipemanjat.. tapi bila buah gugur ia dipetik orang.

Lihatlah d Indonesia. Sekian lama pak kiyai dari pondok dan pesantren yang menggerakkan para santrinya. Ulama berkorban dan berjihad menghalau penjajah bersama rakyat tetapi bila merdeka diistiharkan, golongan nasionalis mewarisinya dan mengistiharkan Pancasila ditahun 1945. Di tanah-air kita, semenjak abad ke 15. Pejuangan Islam tidak pernah terpadam yang dipimpin dikalangan ulama-ulama tanah-air yang tersohor. Mufti Datuk Maharajalela dibunuh. Tok Janggut ditembak mati, Tuan Guru Abdul rahman Limbong dibuang ke Mekah dan perjuangan tak pernah henti. Ketika Ustaz Abu Bakar al-baqir di penjara dan kemudiannya merdeka diistiharkan, akhirnya tali-barut penjajah dan golongan nasionalis juga yang menjadi pemimpin. Teras Negara Islam dipinggirkan.

Sejak Hassan al-banna ditembak mati, Abdul Qadir Audah dan Syed Qutb digantung, perjuangan Islam khususnya bersama Ikhwan Muslimin tak pernah mati. Meskipun diharamkan, dihalang, dkhianati tetapi perjuangan gerakan Islam tetap mekar bersemi. Berpuluh tahun menghadapi kerenah tribulasi. Setelah sekian lama berhempas pulas dan setelah berlakunya revolusi rakyat 18 hari di medan Tahrir, kini Mesir berada diambang era baru. Tapi kemana hala-tujunya??

Mereka yang menjadi tulang belakang perjuangan Selepas kemenangan... kemana mereka?

Yang dibimbangi... Adakah dari dasar sosialis kepada kapitalis. Daripada nasionalis tetap menjadi sekularis? Yang mengerakkan revolusi rakyat ini adalah gerakan Islam. Yang telah berakar umbi, yang mencanangkan sekian lama adalah para ulama, yang sudah menderita sekian lama. Dibunuh, dipenjara, dibuang Negara dan sebagainya. Tetapi setelah menghampiri kejayaan timbul pula nama-nama hebat ini??? Siapa Al-Baradei? Siapa Abu Musa? Siapa

Inilah para haprak yang akan dicanangkan Barat dan kuncu-kuncunya bagi mengganti Mubarak. Yang penting Islam tidak dijulang. Kepimpinan Islam dianggap tidak layak. Air yang deras membawa gelombang, sampah dan buih jugak yang terapung diatas? Apakah kali ini ia benar-benar menjanjikan perubahan? Perubahan yang pernah dibawa oleh Pemuda bernama Musa a.s. Perubahan yang dibawa oleh panglima muda Usamah bin Zaid atau Amru bin al-‘As. Atau masih lagi terpenjara didalam kabus tebal yang dibawa oleh Raja Farouk, Gamal Abdul Nasir, Anwar sadat dan Mubarak?

Bagaimana PRU 13? Bagaimana hala-tuju Pas? Bagaimana pendokong-pendokong Gerakan Islam Pas. Apakah perjuangan panjang semenjak 1951 menjanjikan kemenangan hakiki? Atau hanya bersalut plastic?? Apakah demi meraih kemenangan, maka Islam akan dikesampingkan. Dimanakan kepimpinan ulama? Adakah sudah tidak releven???







Adakah mereka hanya layak berjuang, berkorban??? Tak layakkah mereka menjadi pemimpin???

Sunday, February 13, 2011

Nak rakyat doakan Polis dan Penguatkuasa mampos....!!!!

Kafe siber, bersepah-sepah sekarang. Ada yang dijadikan pusat judi. Yang rugi BANGSA MELAYU REMAJA SEKOLAH LAGI. YANG UNTUNG....... Adakah Pihak Polis dan Pihak Penguatkuasa Berkuasa Tempatan TAK NAMPAK? Jangan sampai rakyat, terutamanya jemaah surau dan masjid doakan sesuatu untuk mereka ini!





IKAT PERUT KERANA KAFE SIBER
Sinar Harian 13 Feb 2011

SEREMBAN - Kewujudan kafe siber banyak memberi manfaat kepada masyarakat dalam menghambat perkembangan pesat era teknologi maklumat dan komunikasi kini agar tidak ketinggalan dek arus pembangunan.

Namun, ia mengundang gegala serius apabila ada dalam kalangan pelajar yang menghabiskan masa mereka di kafe siber sebaik sahaja pulang dari sekolah. Malah, ada juga yang sanggup mengikat perut semata-mata mahu ke kafe siber menggunakan wang perbelanjaan sekolah yang diberi ibu bapa akibat ketagihan untuk melayari laman sesawang di Internet seperti permainan video, facebook, youtube dan tidak kurang juga melayari laman web lucah.

Tinjauan Sinar Harian di dua lokasi berbeza di daerah ini mendapati sebaik sahaja tepat jam 1.30 petang, kafe siber yang lokasinya berhampiran sekolah mula menjadi tumpuan pelajar khususnya lelaki yang akan menanggalkan pakaian sekolah mereka terlebih dahulu sebelum memasuki premis berkenaan.

Manakala pada waktu petang, kafe siber berhampiran kawasan perumahan menjadi tumpuan pelajar lingkungan usia 7 tahun hingga 13 tahun untuk bermain permainan video Internet antara dua hingga tiga jam.

Seorang aktivis sosial, Hamidon Abd Samad berkata, kunjungan pelajar ke kafe siber kini dilihat sudah menjadi budaya yang boleh mengundang kepada berlakunya masalah sosial membimbangkan kerana terpengaruh dengan maklumat yang diperoleh menerusi Internet.

Menurutnya, mereka sanggup menghabiskan masa berjam lamanya dengan melayari laman web yang diminati di kafe siber terutamanya ketika cuti sekolah dan selepas tamat musim peperiksaan. "Kafe siber ini ada pro dan kontranya. Pelajar sekarang perlu tahu menggunakan teknologi maklumat yang tersedia hari ini. "

Apa yang menjadi masalah apabila mereka melayari laman web yang tidak berfaedah dan sanggup menghabiskan duit sebegitu sahaja," katanya. Menurutnya lagi, dia pernah bertanya kepada pelajar sekolah mengenai apa yang mereka lakukan di kafe siber dan tanpa segan silu mereka menjawab; laman lucah.

"Pada hari ini semakin ramai golongan mudah ketagih dengan kafe siber dan lebih parah lagi apabila mereka menjadikannya sebagai lokasi ketagihan melayari laman lucah yang dilihat bersama rakan," katanya. Selain itu katanya, peraturan berkaitan dengan pengawalannya, terutamanya ke atas lokasi operasi kafe siber dan penguatkuasaan mesti diperketat dalam memastikan gejala sosial dapat dielakkan.

"Kafe siber tidak seharusnya berada di lokasi yang berdekatan dengan sekolah kerana akan menjadi tempat ‘lepak' para pelajar sebelum pulang ke rumah.

"Memanglah jika kafe siber tiada berhampiran sekolah mereka boleh pergi ke tempat lain. Tapi sekurangnya inilah usaha kita untuk mengekang kepada berlakunya masalah sosial yang kadang-kala dil uar jangkaan," katanya.

Seorang pemilik kafe siber, Amer Hanafie mengakui sememangnya rata-rata yang mereka mengunjungi premisnya terdiri daripada golongan muda yang tinggal di kawasan berhampiran. Menurutnya, kehadiran mereka kebiasaannya mahu bermain permainan video menerusi Internet dalam jangka waktu satu atau dua jam.

"Ada juga yang bermain permainan video ini sehingga empat jam tanpa henti dan ada juga yang sudah pulang tetapi datang kembali kerana masih tidak puas melayari permainan video Internet. "Walau bagaimanapun, saya tidak membenarkan mereka yang berpakaian sekolah masuk ke sini kerana ia adalah arahan pihak berkuasa yang perlu dipatuhi," katanya.

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut, Sinar Harian turut bertanya seorang pengunjung remaja yang dilihat leka bermain permainan video Internet. Pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Daniel, 16, berkata, dia sanggup tidak makan tengah hari semata-mata mahu menjimatkan wang perbelanjaan sekolah untuk bermain permainan video Internet di kafe siber.

"Saya menghabiskan hampir RM5 sehari untuk melayari Internet selepas waktu persekolahan dan sudah menjadi rutin saya ke sini dengan kawan. "Sekiranya pulang lewat pulang ke rumah, saya memberitahu ibu bapa adanya kelas tambahan dan aktiviti kokurikulum di sekolah," katanya.

Warga emas, Abd Khalid Mohd, 62, berkata, ibu bapa sepatutnya bersikap lebih prihatin dengan memantau aktiviti anak mereka di kafe siber dan bukannya memberi sepenuh kepercayaan kepada mereka. Menurutnya, dalam keadaan persekitaran hari ini yang semakin mencabar, pelbagai kemungkinan boleh berlaku yang kadang-kala di luar pemikiran.

"Banyak faktor yang menyebabkan berlakunya gegala sosial ini dan salah satunya dengan kewujudan Internet tambahan pula kini di mana-mana sahaja kita boleh melayari Internet sama ada di kafe siber, rumah mahupun melalui telefon bimbit. "Oleh sebab itu ibu bapa berperanan penting untuk mengawal aktiviti anak. Kita tidak boleh mengubah keadaan persekitaran, tetapi kita yang perlu mengubah corak dalam mendidik anak," katanya.

Sumber: Sinar Harian"

Tidak mungkin Umno, PAS boleh jalin kerjasama politik



Pemimpin-pemimpin Umno dan PAS menegaskan hasrat untuk Umno dan PAS mewujudkan kerjasama politik yang “kukuh” tidak akan berjaya memandangkan kedua-dua parti itu mempunyai dasar perjuangan yang berbeza.

Bagaimanapun bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad berkata, Umno dan PAS boleh menjalin kerjasama dalam hal-hal tertentu terutamanya yang mempunyai kaitan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Kita kembali kepada tahun 80-an, 90-an di mana kita pernah cuba berbincang soal nak jadikan orang Melayu sebagai sebuah parti sahaja, satu perkara yang sukar.

“Sebab itu, kalau boleh Umno dan PAS dalam soal kepentingan orang Melayu termasuk apa yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan itu, kita pertahankan bersama... itu sudah menjadi jaminan yang baik tanpa mengetepikan hak kaum lain yang juga terjamin dalam Perlembagaan (Persekutuan),” katanya.

Beliau yang juga bekas naib presiden Umno berkata demikian pada sidang media selepas sesi diskusi Simposium Dilema Melayu di di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Terdahulu beliau bercakap di bawah “Cabaran Kepimpinan Melayu di Masa Depan”.

Justeru, Isa yang kini merupakan Ahli Dewan Undangan (Adun) Bagan Pinang dan Pengerusi Felda berkata, jika Umno dan PAS boleh bekerjasama mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, ia tidak akan menimbulkan masalah.

“Kalau ini boleh dibuat masa depan orang Melayu tak begitu cemas... sebab hak itu sudah terjamin, sebab itu jangan persoalkannya dan kalau tidak dipersoalkan tiada masalah.

“Bergabung (Umno dan PAS) sukar, tapi kita boleh bekerjasama dalam hal tertentu,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, PAS yang dipimpin Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mungkin bersatu semula dengan Umno memandangkan parti Islam itu mempunyai sejarah ketika berkerjasama dengan Barisan Nasional (BN).

Parti Islam itu “ditendang” keluar dari BN penghujung 1970-an selepas tidak mendapat kata sepakat dalam beberapa perkara termasuk tidak bersetuju dengan perintah darurat dikeluarkan ketika itu.

“Nampaknya sukar... PAS keluar ada alasan, PAS dan Umno ada sejarah. Kalau nak bercantum itu satu masalah yang rumit.

“Masalahnya kita bercakap dari realiti, kesimpulan yang dibuat, kita pertahankan hak ini cukup dan dari sudut PAS, malah kami dalam Pakatan Rakyat ini (Perlembagaan Persekutuan) menjadi perkara utama yang dijamin akan dipertahankan,” kata Mustafa.

Tambah beliau, Pakatan Rakyat akan tetap mempertahakan Perlembagaan Persekutuan walaupun gabungan tiga parti itu berjaya merampas Putrajaya dari BN.

“Masalah Islam sebagai agama persekutuan, hak keistimewaan orang Melayu, bahasa Melayu bahasa rasmi dan institusi beraja akan dipertahankan.

“Bukan sahaja PAS malah keseluruhan Pakatan Rakyat menerima ia mesti dipertahankan,” katanya.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS tidak akan menjalin kerjasama politik dengan Umno agar “tangan PAS tidak digigit kali kedua.”

PAS mahu kekal dengan kerjasama dalam Pakatan Rakyat yang turut dianggotai DAP dan PKR, kata beliau.

mee segera Merlimau....projek rasuah tradisi UMNO-BN-APCO menjelang prk...minta apa sajer...gerenti dapat...tapi undi....RAHSIA...!!!!



Sejak meninggalnya Adun Merlimau, Mohd Hidhir Abu Hassan beberapa minggu lalu, projek 'mee segera' sudah mula mencurah-curah di Merlimau.Terbaru persimpangan Lebuh AMJ berhampiran lampu isyarat, menghala ke Pekan Merlimau, pihak kontraktor sibuk menurap jalan tersebut. Di samping itu pekerja-pekerja landskap juga sibuk mengidahkan pemandangan di persimpangan tersebut.

Projek 'mee segera' ini akan terus dijalankan sebagaimana rutin biasa bila adanya pilihanraya samada umum atau kecil.

Kita mengucapkan tahniah kepada pengundi Merlimau kerana sudah pasti mereka akan memperolehi pelbagai projek 'mee segera' dalam masa terdekat. Suatu nikmat yang jarang diperolehi jika tiada pilihanraya kecil.

Mintalah apa sahaja sudah tentu BN akan melaksanakannya untuk memancing undi. Pengundi Merlimau diharapkan dapat memikirkan apakah tujuan BN melaksanakan projek adakah untuk kepentingan rakyat atau undi mendapatkan undi?

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here