cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, July 24, 2010

makin melampau....Aksi cium KD, Ariel setaraf



JAKARTA: Selepas bergolak dengan klip video seks Ariel Peterpan, kini giliran Krisdayanti dan Raul Lemos menjadi perhatian masyarakat.

Gara-gara berkucup dengan kekasihnya di tempat terbuka, peminat dunia hiburan menganggap aksi itu tiada bezanya dengan video lucah Ariel.

Pakar psikologi, Rose Mini A Priantom, berkata keterlanjuran KD dan Raul boleh memberi persepsi negatif kepada seluruh selebriti di negara itu.


“Walaupun mereka mendakwa tidak merakam aksi seks, saya menganggap tindakan mereka sama rendahnya dengan Ariel,” katanya. - Agensi

tahniah nicol.......anda bukan sekadar jaguh di luar kampung....!!!!




Nicol, Azlan juara Skuasy Terbuka Malaysia

KEMBALI ke pentas pertandingan selepas dua bulan 'berehat', pemain nombor satu dunia Nicol David berharap dapat mengekalkan momentum kemenangannya dalam Terbuka Malaysia semalam, hingga ke Sukan Komanwel dan Sukan Asia penghujung tahun ini.

Menjelang dua temasya sukan besar itu, Nicol akan ke Terbuka Singapura dan Terbuka Hong Kong sebelum mempertahankan kejuaraan kali keempat di Terbuka Dunia.
Kelibat Nicol memang tiada tandingan. Selepas menjuarai Kejohanan Asia ke-15 di Chennai, Mei lalu, Nicol menjuarai pula Terbuka Malaysia di The Curve semalam, menewaskan Jenny Duncalf 11-6, 8-11, 11-7, 10-12, 11-5 dalam perlawanan final selama 72 minit.

"Saya tahu perlawanan menentang Jenny sukar dan akan diseret sehingga lima set. Saya perlu bekerja keras dan apabila dia membuat beberapa kesilapan, saya memenangi kejohanan ini," katanya mengulas perlawanan berdepan pilihan kedua dari England.

Kejayaan Nicol dan Mohd Azlan Iskandar yang menjuarai acara lelaki, memberikan negara gelaran berganda kali keempat selepas 2005 (Nicol-Ong Beng Hee), 2007 (Nicol-Mohd Azlan) dan 2008 (Nicol-Beng Hee).

Diturunkan sebagai pilihan keempat kejohanan, Mohd Azlan, 28, menebus kekecewaannya dengan memenangi gelaran ketiganya tahun ini - selepas Kejohanan Asia ke-15 dan Kejohanan Skuasy Kebangsaan.
"Saya ingat lagi pada waktu yang sama tahun lalu, saya berada di atas katil di rumah menonton setiap perlawanan yang ditayangkan di televisyen. Pada masa itu saya memberitahu diri sendiri untuk memastikan saya masuk ke final tahun ini," katanya sejurus menewaskan Tarek Momen 11-5, 11-6 dan 11-8 dalam tempoh 37 minit.

Biarpun tampil penuh yakin, Mohd Azlan mengakui dia terpaksa mengerah sepenuh tenaganya bagi menewaskan lawan 22 tahun itu kerana terdesak untuk menjuarai kejohanan yang menjadi kali ketiga buat dirinya selepas 2004 dan 2007.

"Mata yang dimenangi hari ini (semalam) nampak selesa tetapi sebenarnya perlawanan sukar kerana berdepan tekanan emosi sendiri yang inginkan kemenangan," katanya.

Friday, July 23, 2010

Naikkan Harga Air Untuk Bayar Gaji Pengerusinya 1/2 Juta Sebulan

Gaji Pengerusi Syabas RM425,000 Sebulan, Mutu Bekalan Air Selangor Corot



Pengarah Penerangan Negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahron membidas ketidak cekapan dan ketelusan pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan sikap kerajaan pusat yang sengaja melengah-lengahkan penstrukturan semula syarikat pengurusan air di Selangor sebagai punca sebenar disebalik isu bekalan air.

Dr Badrulamin membandingkan pengurusan bekalan yang tidak cekap yang tidak setimpal dengan gaji amat tinggi yang dinikmati oleh pengerusi eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail (gambar).

"Penaikan harga air juga akan meningkat kerana pengurusan Syabas yang tidak telus, antaranya gaji tahunan pengerusi Syabas mencecah RM5.1 juta setahun, RM425,000 sebulan, Puncak Niaga gagal menaiktaraf loji rawatan air yang sudah uzur dan tidak mampu untuk merawat air, pembaziran air yang berterusan akibat air tanpa hasil (NRW) yang tinggi dan penswastaan industri air yang hanya menguntungkan kroni-kroni pimpinan politik," tegas beliau dalam satu kenyataan media semalam.

Justeru itu Dr Badrulamin yang juga Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat mengesa Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Sri Peter Chin Fah Kui berhenti daripada mengelirukan rakyat dengan menimbulkan isu krisis air di Selangor.

"Masalah yang bakal didepani rakyat Selangor bukan krisis kekurangan air, tetapi kadar air meningkat disebabkan keengganan kerajaan Pusat menyerahkan pengurusan industri air Selangor kepada kerajaan negeri, sebaliknya meneruskan agenda penswastaan air.

"Dakwaan Selangor menghadapi krisis bekalan air bertujuan memberi alasan untuk menaikkan kadar air adalah satu yang tidak benar dan melihat kepada hujah Peter Chin yang mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah yang tidak bertanggungjawab.

"Pandangan Menteri tersebut jelas sekadar bertujuan untuk mengalihkan tumpuan terhadap isu pengambilalihan pengurusan industri air di Selangor, bukannya melihat pada pokok pangkal masalah sebenar yang berpunca daripada Kerajaan Pusat. Sekiranya kerajaan pusat Barisan Nasional terus menghalang penstrukturan semula industri air di Selangor," jelas beliau lagi.

Beliau juga menambah kadar air akan meningkat disebabkan pembinaan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor yang berkos RM8 bilion, sementara kerajaan negeri dapat melaksanakan projek tersebut pada kos RM2 bilion.

"Air, tanah, sumber mineral merupakan milikan negeri Selangor, maka adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk menjaga hak rakyat Selangor.

Antara usaha kerajaan negeri untuk menghalang Syabas yang bertindak sebagai alat kerajaan pusat bagi merampas hak rakyat Selangor ialah mencadangkan pengambilalihan industri air di Selangor, serta memberikan air percuma bagi setiap penggunaan 20 meter padu.

"Rakyat lebih berkeyakinan di bawah kepimpinan Khalid Ibrahim, kerajaan negeri mampu mengurus pentadbiran industri air dengan jauh lebih telus dan bekesan," sambungnya lagi.

Dr Badrulamin juga menyeru agar Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional mengaku air sebagai hak asasi manusia dan tidak diperalatkan untuk keuntungan kroni atau kepentingan politik.

Beliau juga rayu kepada seluruh rakyat Selangor bertegas memberi sokongan penuh kepada kerajaan negeri dalam usaha mengambilalih industri air di Selangor dan membantah penswastaan air di Selangor.

Dalam kenyataan yang lain Dr Badrulamin menghargai keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menutup siasatan kes terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang membabitkan jamuan Aidilfitri rumah terbuka Menteri Besar Selangor di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada 2008.

"Alasan SPRM bahawa tiada bukti dan saksi setelah menjalankan siasatan selama dua tahun membuktikan tindakan awal mendakwa Menteri Besar Selangor adalah tidak berasas dan bermotif politik untuk memburukkan imej Menteri Besar Selangor. Walau bagaimanapun, SPRM seharusnya menjalankan tugas secara professional dan tidak memilih bulu dalam kes penyelewengan dan rasuah yang membabitkan pimpinan tertinggi kerajaan.

"SPRM wajar menjalankan siasatan dan dakwaan terhadap bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo dan pimpinan Barisan Nasional lain yang jelas terbabit dalam kes rasuah, agar dapat memulihkan keyakinan orang awam terhadap SPRM," ulasnya.

Bukti Nyata Polis Pilih Kasih...undang undang di laksana untuk cari makan....!!!




Gambar menunjukkan Noh Omar bersama para penyokongnya semalam di Selangor menaiki motosikal tanpa memakai topi keledar.

Apakah undang-undang hanya dikuatkuasakan kepada rakyat jelata lain sedangkan pemimpin dan pengikut UMNO tidak perlu mematuhi undang-undang?

Sila jawab wahai KPN. Sila jawab wahai polis Selangor.

Jika anda tidak boleh menjawabnya, letak jawatan sesegera mungkin sebelum anda nanti menerima hukuman keadilan dari Yang Maha Adil.

Mentaliti Perkauman SPRM Tajaan UMNO, Bertentangan 1Malaysia Yang Dilaungkan

Inkues Teoh: 'You dari China kah?'



Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Tan Boon Wah hari ini pada inkues kematian Teoh Beng Hock mendakwa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyoal-siasatnya memaksa beliau berdiri selama empat jam.

Beliau yang tampil sebagai saksi juga menolak dakwaan peguam SPRM, Datuk Abdul Razak Musa, yang menuduh Tan mempunyai dendam dengan suruhanjaya itu selepas samannya berhubung soal siasat selepas waktu pejabat oleh SPRM ditolak oleh mahkamah.

Pada inkues pagi ini, Abdul Razak meminta Tan mengesahkan sama ada pengakuannya ke atas SPRM adalah palsu dan ia bertujuan mencemarkan nama baik suruhanjaya itu. Tan menafikannya.

Tan juga mendakwa disoal secara kasar termasuk dihambur perkataan kesat dan berbaur perkauman, selain menyentuh ahli keluarganya.

"Ada pegawai yang cucuk muka saya (bahagian dahi dengan jari) dan cakap 'you tak faham bahasa ka?','you dari China ka', 'macam ni ka ahli majlis'. Mereka juga tanya pasal bini (isteri) saya, tetapi mereka tidak percaya dan kata nak bawa anak bini saya ke situ," katanya.

Beliau berkata demikian apabila disoal peguam kepada keluarga Beng Hock iaitu Gobind Singh Deo.

Teoh Beng Hock, 30, ditemui mati pada 16 Julai, 2009 di Plaza Masalam, Shah Aam selepas memberi keterangan dalam satu siasatan kes yang dijalankan SPRM Selangor.

Beliau diminta membantu siasatan berhubung beberapa dakwaan terdapat salah-guna dana kerajaan negeri oleh exco Selangor, Ean Yong Hian Wah yang juga merupakan majikannya.

Bagaimanapun pada keesokan hari, mayat Teoh dijumpai di verandah tingkat lima bangunan itu.

Mundar mandir di pantri

Tan Boon Wah pada keterangan hari ini memberitahu bahawa tiada sebarang bunyi jeritan kedengaran dan tiada sesiapa dipukul sepanjang beliau ditahan di pejabat SPRM.

Katanya, beliau mula ditahan jam 8 malam pada 15 Julai tahun lalu di rumahnya dan dibebaskan keesokannya pada jam 3 petang.

Menceritakan bagaimana beliau terserempak dengan Teoh, Tan yang juga ahli perniagaan berkata beliau melihat pembantu politik kepada exco kerajaan negeri Selangor itu pada jam 5 pagi ketika beliau dalam perjalanan ke tandas.

"Saya nampak dia (Teoh) berjalan mundar mandir di pantri dengan muka mengadap ke lantai. Saya tanya dia 'Teoh, kamu masih di sini?', dia tengok saya dan tak balas, saya kemudian ke bilik air terus," katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Abazafree Mohd Abas, yang membantu Koroner Azmil Muntapha Abas dalam prosiding itu.

Tan juga memberitahu bahawa beliau mendapati ketika itu Teoh tidak mengalami sebarang kecederaan serta tidak mengadu apa-apa.

Ketika disoal Abdul Razak adakah pada malam itu (ketika bertemu Teoh) beliau telah memarahi Teoh kerana Teoh menyebabkannya dipanggil oleh SPRM, Tan berkata: "Tidak."

Beliau juga menafikan memarahi Teoh kerana membabitkannya dalam isu tuntutan pembelian bendera sempena hari kemerdekaan serta menafikan marah dengan SRPM kerana beliau terpaksa membayar RM20,000 selepas kalah dalam kes samannya terhadap SPRM.

Suara agak kasar

Tan, ketika disoal Abdul Razak, kelihatan beremosi terutama apabila Abdul Razak memintanya menjawab soalan dengan serius dan tepat.

Tan juga menafikan beliau ada menjerit "ini semua lu punya pasal" kepada Teoh di dalam tandas sepertimana didakwa oleh penolong penguasa SPRM Putrajaya, Bulkani Paharuddin, dalam perbicaraan lalu.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan bahawa Teoh ada memintanya untuk membekalkan bendera melalui syarikat milik isterinya (Tan) dan SPRM menahannya untuk menyoal siasat berhubung perkara itu.

Tan yang berusia 40 tahun sekali lagi menegaskan kenyataannya itu bukan rekaan apabila disoal Ketua Pendakwa SPRM Datuk Abdul Razak Musa.

Tan juga menolak andaian Razak yang menyatakan beliau mahu mencemar nama baik dan berdendam terhadap SPRM melalui pendedahannya pada inkues berkenaan.

Tan berkata, selepas disoal selama empat jam, beliau dibenarkan minum air di pantri dan selepas itu dibenarkan tidur kira-kira jam 2.45 pagi. Beliau ke bilik air untuk kali pertama pada jam 5 pagi (bertembung dengan Teoh) dan kali kedua pada kira-kira jam 7 pagi.

Abdul Razak yang menyoal Tan kemudiannya mencadangkan bahawa keterangannya yang dirinya disoal dalam keadaan berdiri adalah rekaan semata-mata, Tan dengan tegas berkata: "Tidak."

Terdahulu, di awal prosiding, Koroner Azmil menolak permohonan Abdul Razak untuk memanggil saksi yang mempunyai kaitan dengan invois yang dicetak dari komputer riba Teoh.

Azmil menetapkan 9 Ogos untuk sambung bicara. -mk

perpaduan melayu untuk tutup isu sebenar negara...!!!!

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengingatkan kepada semua pimpinan dan ahli PAS di semua peringkat jangan terpedaya dengan tektik media Umno untuk menenggelamkan isu negara yang bertimbun-timbun sekarang yang mengambarkan kerajaan yang ditunjangi Umno di negara ini semakin rapuh dan reput. Ketika gelombang krisis keyakinan kepada Umno dan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sedang karam, maka perpaduan Melayu dijadikan sebagai benteng untuk menutup bangkai gajah yang terlalu besar. Slogan 1 Malaysia nampak tidak menjadi dengan gelagat Perkasa dan kenyataan Datuk Nasir Safar.

PAS menyedari ini adalah sebahagian daripada tektik media untuk mengalih isu yang sebenar dan melupakan isu pokok yang mencengkam rakyat. Mereka melontarkan isu ini melalui proksi mereka Tan Sri Harussani yang hendak menjadi perantara, untuk menunjukkan bahawa mufti yang mencadangkan perpaduan ini, apabila PAS menolak maka ada peluang untuk menuduh PAS sombong dan angkuh.

Perlu diingat bahawa isu perpaduan Melayu diuar-uarkan ketika rakyat didahulukan dengan kenaikan harga minyak dan kenaikan harga gula pada 16/7/2010. Pemimpin Umno hendak rakyat leka dan berbincang mengenai isu perpaduan Melayu, yang tidak pernah berbangkit langsung dalam mesyuarat tertinggi PAS. Hajat mereka supaya rakyat tidak marah mengenai kenaikan harga minyak dan gula. Perlu dingatkan bahawa gula, tepung dan minyak akan dinaikkan secara berperingkat-peringkat kearah untuk menghapuskan subsidi di negara ini dalam masa 3-5 tahun.

PAS hendak mengingatkan kepada rakyat, bagaimana media diarahkan supaya jangan sama sekali meletakkan tajuk berita “harga barang naik”, ketika ditaklimat pada 15 hb Julai 2010. Sebaliknya media perlu meletakkan “subsidi dikurangkan”, “rasionalisasi”, menstrukturkan semula supaya rakyat yang tidak faham dan ada yang faham harga barang turun. Maka tidak hairanlah kepada kita pada hari ini media proksi Umno memainkan isu perpaduan supaya rakyat lupa isu negara yang begitu banyak dan kenaikan harga barang.

PAS hendak memaklumkan kepada semua ahli dan pimpinan PAS supaya fokuskan kerja kita untuk menggantikan Umno di negara ini. Penerangan dan dakwah kepada ahli Umno yang tidak faham perjuangaan PAS perlu dilakukan secara berterusan, usahkan dilayan segala ajakan dan pujuk rayu Umno untuk melamar PAS, kita biarkan cinta Umno tidak berbalas dan biarkan Umno “angau” seorang diri.

Petunjuk ekonomi negara semakin tertekan dengan kadar faedah pinjaman bank dinaikkan. Bank Negara Malaysia pada 8 Julai lalu menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi kali ketiga tahun ini kepada 2.75 peratus. Susulan itu, bank turut menaikkan Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pembiayaan Asas (BFR) masing-masing. Maybank menaikkan BLRnya sebanyak 0.25 peratus kepada 6.30 peratus. Semuanya gara-gara pemimpin negara yang boros dan rasuah sehingga amat dirasai oleh rakyat biasa di negara ini.

Begitu banyak isu-isu negara yang mengambarkan Umno sudah tidak mampu mengemudi negara, antaranya peruntukan saham bumiputera lesap sebanyak RM52 bilion, jenayah meningkat, anak luar nikah Melayu sahaja 17,303 orang (2009), enjen kapal terbang hilang, kapal selam berharga RM1.7 bilion tidak boleh menyelam, hutang negara RM362.4bilion, serah telaga minyak blok L dan M pada Brunei yang bernilai RM320 bilion (kalau perbelanjaan negeri Kedah RM400 juta, dapat belanja selama 700 tahun), terlepas Pulau Batu Putih pada Singapura, Pos Malaysia rugi RM 227 juta, 217 hektar tanah serah pada Singapura, serah 50 peratus kepada Singapura untuk membangun Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), wang Felda susut daripada RM4.08 bilion 2004 hanya tinggal RM1.35 bilion pada tahun 2009, membazir wang rakyat RM77 juta kepada APCO Israel setahun untuk menjadi penasihat komunikasi.

Isu-isu inilah yang perlu disampaikan kepada rakyat, maka jangan kita hiraukan pujukan Umno melalui proksinya, PAS sudah tegas dengan Pakatan Rakyat. PAS tidak akan mencari nahas untuk untuk mencari pasangan hidup dengan orang yang ada masalah kesihatan yang sukar hendak diubat.

Ustaz Idris Haji Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Jawapan Bala diserahkan kepada SPRM ...dan kita tunggu apa pulak putar belit SPRM ...!!!

Jawapan penyiasat persendirian P Balasubramaniam berhubung senarai soalan yang dikemukakan kepadanya telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini dalam bentuk pengakuan bersumpah.

Ia diserahkan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, petang ini melalui peguamnya, Americk Singh Sidhu yang juga akan merujuk kepada suruhajaya berkenaan sama ada maklumat yang terkandung sebagai pengakuan bersumpah itu boleh didedahkan kepada umum.

Ini kerana senarai soalan yang dikemukakan kepada Balasubramaniam di London, dua minggu lalu telah ditandakan sebagai 'rahsia'.

"Seperti yang diketahui, semua jawapan telah diperakukan di London oleh pesuruhjaya sumpah, tetapi kita tunggu dulu,” katanya sambil menunjukkan beberapa dokumen yang tebal.

Soalan berkenaan dihantar untuk Balasubramaniam melalui perkhidmatan kurier selepas SPRM menarik balik janji mereka untuk menghantar pegawainya ke London untuk mencatatkan kenyataan penyiasat persendirian itu.

SPRM sedang menyiasat dakwaan bahawa beberapa tokoh memaksannya menarik balik pengakuan bersumpah yang dibuatnya berhubung pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Antara mereka yang didakwa itu termasuk adik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak – Nazim dan ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

Selepas kejadian itu, Balasubramaniam melarikan diri ke luar negara tetapi mengeluarkan lebih banyak kenyataan yang mengejutkan terhadap Najib, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan juga menuduh bekas pegawai khas perdana menteri, Datuk Nasir Safar berada di lokasi kejadian apabila Altantuya diberkas oleh polis.

Meskipun SPRM telah membatalkan wawancara yang dijadualkan itu, Balasubramaniam dan peguamnya tetap menunggu di tempat yang di jadualkan iaitu di Leinster Gardens, Holiday Villa, kota London.

Peguamnya yang hadir termasuk Americk dan Manjit Singh Dhillon dan mereka ditemani oleh ahli majlis tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim dan bloger Raja Petra Kamarudin.

Malaysiakini

ALASAN MENTERI BENGAP...MINYAK BAIK PUNYA UNTUK RAKYAT ASING...GULA HARGA BAIK PUNYA KASI BANGKRAP RAKYAT SENDIRI

RON95 tetap tak dijual kepada kenderaan asing

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata larangan penjualan petrol RON 95 kepada kenderaan dengan pendaftaran asing tetap dilaksana pada 1 Ogos ini.

Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan subsidi hanya dinikmati rakyat negara ini.

"Alasan bahawa mereka memerlukan masa tidak timbul kerana pengharaman penjualan itu tidak membabitkan sebarang perubahan pada stesen minyak dan memerlukan penggunaan duit.

"Bukan saya tidak mahu layan permintaan mereka tetapi harap mereka faham hasrat kerajaan untuk memberikan subsidi itu hanya pada rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita, di Putrajaya hari ini.

Beliau diminta mengulas permintaan Persatuan Penjual Petrol agar kerajaan melanjutkan tempoh pelaksanaan larangan itu selama sebulan bagi membolehkan pengusaha stesen minyak dan pemilik kenderaan asing menyesuaikan diri dengan peraturan itu.

Ketika mengumumkan penyelarasan subsidi ke atas bahan api dan gula minggu lalu, kerajaan turut menyatakan bermula 1 Ogos ini kenderaan dengan pendaftaran asing hanya dibenar membeli petrol RON 97 yang tidak lagi diberi subsidi.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata tempoh yang diberi oleh kerajaan itu adalah memadai untuk pengusaha stesen minyak melaksanakan peraturan berkenaan kerana ia membabitkan perubahan besar.

Sementara itu, mengulas kenaikan harga gula, beliau berkata kenaikan sebanyak 25 sen bagi setiap kilogram itu tidak bertujuan membebankan rakyat di negara ini.

Sebaliknya, beliau berkata langkah itu bagi menggalakkan gaya hidup sihat pada kalangan rakyat yang pada masa ini menggunakan pemanis itu pada kadar yang tinggi.

"Sebab itu kerajaan cuma naikkan 25 sen sebab kami faham rakyat masih gunakan gula. Tapi apa yang perlu diubah ialah kurangkan pengambilan gula dalam makananan," katanya yang sebelum itu menemui persatuan pengguna, di Putrajaya.

Beliau berkata, langkah kerajaan itu turut disokong persatuan pengguna yang bimbang dengan amalan hidup rakyat negara ini.

"Malah ada juga yang menganggap kenaikan ini terlalu rendah dan sepatutnya dinaikkan lebih tinggi lagi. Ada pula yang memberikan cadangan supaya subsidi gula dihapuskan," katanya.

Malaysiakini

Wednesday, July 21, 2010

nak jadi samseng taik minyak akhir kena Belasah masa kutip 'tol'




KUALA TERENGGANU: Sekumpulan samseng kampung dipercayai sering menunjuk lagak dengan mengutip ‘tol’ di Jambatan Kampung Padang Hangus, Tepoh, dekat sini, akhirnya bertemu buku dengan ruas apabila penduduk membelasah seorang daripada mereka dalam satu kejadian, Jumaat lalu.

Difahamkan, mereka sering menahan kenderaan terutama motosikal melalui kawasan terbabit untuk melakukan peras ugut terutama pada waktu malam, namun perbuatan itu tidak bertahan lama selepas beberapa pengguna yang menggunakan laluan itu membelasah seorang daripada ahli kumpulan berkenaan.

Semuanya terbongkar apabila kumpulan penjenayah terbabit membelasah seorang penduduk dari Kampung Padang Hangus, dekat sini, selepas mangsa cuba meleraikan pergaduhan berhampiran kawasan jambatan terbabit kira-kira jam 10.30 malam.


Mangsa, Che Haris Che Min, 48, berkata dia hanya cuba membantu meleraikan pergaduhan selepas melihat dua lelaki bergaduh di situ sebelum didatangi seorang penunggang motosikal yang melepaskan satu tendangan di belakangnya menyebabkan dia rebah.


“Sebaik berpaling, saya dilibas pula dengan senjata panjang di pinggang sebelum melawan dengan menahan libasan berkenaan di jari dan kemudian berjaya merampas senjata terbabit selepas menendang penyerang saya.


“Ketika itulah orang ramai mula membantu dan saya yang sudah tidak berdaya kemudian melihat senjata panjang yang mulanya disangka kayu pada tangan saya ketika itu sebenarnya pedang. Akibatnya pinggang, badan serta jari saya luka,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.


Menurutnya, beberapa individu mengerumuni kawasan itu membelasah lelaki berkenaan sebelum dia meminta suspek diserahkan kepada polis yang kemudiannya membawa mangsa dan suspek ke hospital untuk mendapatkan rawatan.


Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Terengganu, Superintendan Mohd Zani Che Din, berkata polis hanya menerima laporan mengenai kejadian pukul membabitkan seorang lelaki yang cuba meleraikan pergaduhan di Balai Polis Batu Rakit, kira-kira jam 11.30 malam, Jumaat lalu.

Tuesday, July 20, 2010

BERSYARAT ATAU TIDAK, LUPAKAN UMNO !!



MUFTI Perak nampaknya bersungguh mahukan Umno dan PAS bersatu, kununnya demi perpaduan Melayu Islam. Tidak menghairankan mengapa Mufti Perak tersebut hanya mahukan Umno dan PAS sahaja bersatu, sedangkan di negara ini bukan hanya dihuni oleh orang-orang Umno dan PAS sahaja.

Di dalam PKR contohnya begitu ramai ahli yang terdiri dari Melayu Islam. Itu belum dikira lagi dengan berbagai NGO yang lain. Tetapi mengapa tumpuan Mufti Perak hanya untuk Umno dan PAS? Bukankah terdapat sesuatu kepentingan di dalamnya?

Najib turut mengulas isu yang sama. Najib mahukan Umno dan PAS bersatu tanpa pra syarat. Lupakan soal royalti minyak yang dituntut oleh Kelantan, kata Najib. Mungkin juga Najib mahu PAS lupakan semuanya yang telah Umno atau kerajaan lakukan kepada rakyat. Lupakan Akta zalim ISA, lupakan rampasan kuasa di Perak, lupakan soal rasuah dan sebagainya. Rundingan tanpa syarat sebegini seperti rundingan kumpulan kongsi gelap sesama mereka.

Sebenarnya rundingan dengan parti seperti Umno ini WAJIB disertakan dengan syarat. Itu pun jika mahu berunding soal-soal perpaduan bukan soal membentuk Kerajaan Perpaduan. Jika rundingan berkaitan Kerajaan Perpaduan, mustahil untuk dilaksanakan kerana PAS sendiri telah memberi jaminan tiada lagi Kerajaan Perpaduan dengan Umno. Jika Umno teringin juga untuk bersama PAS, Umno hendaklah membubarkan parti sekular tersebut dan sertailah PAS.

Kepada pimpinan PAS, pedulikan `rengekan' Umno waktu ini. Biarlah Umno sendiri mencermin wajah mereka dahulu. Parti sekular tersebut kini benar-benar kelemasan dan tertekan kerana mereka tidak lagi boleh berharap kepada sekutu-sekutu mereka di dalam Bn. Kepada siapa lagi Umno mahu memohon simpati jika bukan kepada PAS? Diharapkan PAS tidak akan menjadi seperti kisah `Sang Kancil dengan Buaya'.

WFAUZDIN NS

Monday, July 19, 2010

noh omar bapak pembelit....putar alam pun ya....

Dakwaan Noh Omar Tidak Bertanggungjawab Dan Salah Fakta


Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dengan tegas menyangkal kenyataan tidak bertanggungjawab oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berhubung pilih kasih, amalan mencurigakan dan diskaun terpilih yang diberikan kepada syarikat tertentu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini Pengerusi KSSB, Abdul Shukor Nagor berkata kenyataan Noh tersebut salah dari segi fakta dan adalah jelas bahawa menteri berkenaan tidak memahami amalan perdagangan atau perniagaan biasa yang turut terpakai untuk industri pelombongan pasir.

"Berhubung isu polisi harga KSSB, kadar diskaun ditawarkan kepada semua pelanggan yang membeli secara pukal. Pemberian diskaun bagi pembelian dalam jumlah banyak (volume discount) ini merupakan amalan perniagaan biasa untuk menaikkan jualan bagi syarikat.
"Berhubung isu kredit, sebarang hutang tertunggak terhadap KSSB daripada mana-mana pelanggan juga dikutip dalam perjalanan urusan perniagaam biasa.

"KSSB diuruskan secara profesional serta mematuhi prinsip telus dan bertanggunjawab dan mengamalkan pentadbiran baik. Selain daripada mengumumkan harga dimedia, prosedur tender terbuka dan polisi harga kami adalah amat telus," kata Abdul Shukor.
Beliau berkata semua tuduhan dan dakwaan dibangkitkan pelbagai individu dan kumpulan akan dibincangkan dan ditangani ketika sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) kelak.

"Kami berharap agensi yang berkenaan, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri akan turut serta bersama dalam pendengaran Selcat supaya mereka boleh membentangkan dakwaan mereka tanpa rasa gentar dan mengharapkan balasan.

"Selain sesi pendengaran Selcat, KSSB mengalu-alukan pihak berkuasa termasuklah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan. Malah, sebelum ini SPRM sudah pun beberapa kali datang ke Ibu pejabat KSSB di Seksyen 7 di Shah Alam berhubung beberapa dakwaan dan kami telah memberi kerjasama penuh," jelas beliau lagi.
Abdul Shukor menjelaskan KSSB bimbang serangan tanpa henti terhadap KSSB, sebuah syarikat yang ditadbir secara profesional dan menjana pendapatan bagi rakyat Selangor, mungkin memberi kesan terhadap keyakinan pelabur pada ketika Malaysia menghadapi keadaan ekonomi yang begitu mencabar dan tidak menentu.

"Kami menegaskan bahawa syarikat ini menguntungkan dan telah melaksanakan polisi serta garis panduan telus untuk menyekat amalan rasuah. KSSB merupakan syarikat kerajaan yang profesional serta tidak menerima sebarang amalan seleweng atau salah laku dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu atau syarikat yang didapati melanggar polisi KSSB," tambah beliau.

SK

Rakyat berhak tahu ke mana perginya jumlah RM592 billion sumbangan dari PETRONAS



Timbalan Bendahari Agong DAP, YB Nga Kor Ming hari ini menggesa pihak
kerajaan mengumumkan ke mana perginya jumlah sumbangan PETRONAS sebanyak RM592 billion kepada kerajaan sejak syarikat Negara tersebut ditubuhkan pada tahun 1974 demi ketelusan dan akauntabiliti.

Nga Kor Ming yang juga merupakan Ahli Parlimen Taiping hari ini mengeluarkan kenyataan mendedahkan, bahawa sejak PETRONAS ditubuhkan pada 1974, syarikat Gergasi tersebut telah membayar RM592 billion kepada kerajaan.

Pada tahun 2008, PETRONAS membayar RM61.6 billion, manakala pada tahun 2009 sebanyak RM74 billion telah dibayar. Pada tahun ini walaupun ia merosot sebanyak RM16.4 billion, jumlah sumbangan PETRONAS kepada kerajaan masih berjumlah RM58.3 billion termasuk RM30 billion sebagai dividen.

Demi mengelakkan rasuah dan jumlah harta Negara tidak tertumpu kepada segelintir kroni, adalah tanggungjawab kerajaan mengumumkan bagaimana kekayaan atau khazanah Negara tersebut diurus dan ditadbirkan.

Nga Kor Ming berkata, dalihan kerajaan demi mengelakkan tanahair kita menjadi muflis menjelang tahun 2019, maka adalah perlu subsidi distrukturkan semula. Bagaimanapun, alasan kerajaan jelas meleset khususnya rakyat dapat lihat dengan nyata bagaimana wang rakyat diboros dan dibazirkan dengan pelbagia angkara yang turut didedahkan oleh laporan Ketua Aunit Negara Setiap tahun.

Laporan Ketua Audit Negara pernah mendedahkan Negara kita mengalami kerugian RM28 billion setiap tahun akibat penyelewengan, ketirisan dan pemborosan pengurusan kewangan agensi dan Jabatan-jabatan kerajaan dibawah pimpinan BN.

Nga Kor Ming berkata demikian ketika menghadiri majlis ulang tahun DAP Ipoh ke-44 disini pada hari ini. Nga : Perbelanjaan mengurus JPM meningkat 150% dari RM1.5 billion menjadi RM4 billion dalam tempoh 8 tahun

Nga Kor Ming turut mendedahkan bahawa perbelanjaan Jabatan Pedana Menteri telah meningkat sebanyak RM2.5 billion dalam tempoh 8 tahun sahaja sejak tahun 2003.

Beliau berkata, menurut jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Nazri bin Tan Seri Aziz di Dewan Rakyat, jumlah kakitangan di Jabatan Perdana Menteri telah meningkat dari 21,045 menjadi 43,544 orang dalam tempoh 8 tahun.

Jumlah kos pengurusan jabatan tersebut juga meningkat dari RM1.5 billion setahun menjadi RM4 billion satu tahun.

Nga menegur kewibawaan pengurusan kerajaan BN kerana mewujudkan pelbagai jawatan untuk kroni parti politik semata-mata. Sebagai contoh, pegawai penyelaras BN dilantik disetiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dengan menggunakan wang rakyat.

Menurut beliau, kerajaan melantik ahli parti komponen BN menjadi pegawai penyelaras dikawasan yang dimenangi oleh PAKATAN RAKYAT dengan gaji RM5,000 dan RM4,000 masing-masing dibayar kepada mereka yang kalah pada pilihanraya.

“ Ini adalah tidak masuk akal kerana rakyat terpaksa menanggung kos tersebut manakala calon BN yang kalah menikmati imbuhan tanpa perlu kerja. Tabung rakyat diseleweng menjadi tabung parti, manakala kegagalan SPRM mengambil tindakan adalah amat mengecewakan sekali.”Nga berkata.

Lebih 1,000 rakyat menghadiri majlis tertsebut.Turut hadir adalah pemimpin Parlimen DAP, YB Lim Kit Siang, Speaker Dewan Negeri Selangor, Dato Teng Chang Khim, Pengerusi DAP Perak, Dato Ngeh Koo Ham, Ahli Dewan Negeri Tebing Tinggi, Ong Boon Piow, ADUN Bercham, Sum Cheok Leng dan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi.

Majlis tersebut juga mengucapkan takziah kepada mendiang Teoh Beng Hock yang meninggal dunia genap 1 tahun ketika beliau ditahan oleh SPRM tetapi mati dibawah tahanan.

Pemimpin DAP mengadakan majlis mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock yang meninggal dunia genap 1 tahun ketika beliau ditahan oleh SPRM pada 16hb Julai, 2009.

PAS tetap tidak akan bersatu dengan UMNO...

Pas tetap tidak akan menjalin kerjasama politik bersama UMNO walaupun Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria campur tangan dan bersedia menjadi perantara agar dua parti itu bersatu demi perpaduan umat Islam.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tidak timbul isu siapa yang perlu dipilih menjadi perantara merealisasikan kerjasama itu kerana dasar yang dibawa UMNO yang tidak akan diterima oleh Pas.

Menurutnya, apa yang diperjelaskan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah jelas bahawa UMNO dan Pas tidak mungkin akan menjalin kerjasama dan sebagai Mufti bukanlah bidang kuasa Harussani untuk mencampuri isu politik antara Pas dan UMNO.

“Sebelum ini mereka kata, Nik Abdul Aziz sedia bekerjasama dengan UMNO, sedangkan apa yang beliau maksudkan adalah berhubung kerjasama dulu hala antara Kerajaan Kelantan dan Kerajaan Pusat.

“Perkara ini tidak akan berlaku sama sekali. Pas tetap dengan pendirian ini (menolak kerjasama dengan UMNO) biarpun sesiapa sahaja menjadi perantara,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian:, semalam.

Kelmarin, Harussani menyatakan kesediaan menjadi perantara bagi pertemuan pemimpin Pas dan UMNO demi perpaduan umat Islam walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murninya itu.

Beliau berkata, masih ada harapan ke arah perpaduan orang Melayu jika bijak mengutamakan perkara yang lebih penting ke arah mencapai matlamat ini . Bagaimanapun katanya, beliau bukan orang politik dan tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara berkenaan bagi kedua-dua belah pihak.

Harussani menjelaskan setakat perbezaan pendapat, ia adalah rahmat kerana perbezaan itu boleh membawa kepada kemajuan.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub juga menegasakan kerjasama antara dua parti itu tidak akan berlaku sama sekali.

“Pas tidak berminat dalam isu ini. Biarlah ada pihak lain mahu Pas berbaik dengan UMNO. Namun, keputusan tersebut adalah muktamad,” katanya.

SH

konflik dalaman UMNO Trengganu berlarutan



Konflik dalaman UMNO Terengganu tidak pernah selesai walaupun ia sudah berlarutan sejak dua tahun lalu, kata Pengerusi Lajnah Antarabangsa Pas Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Dr Syed Azman berkata, ia dapat dibuktikan dengan ketidakhadiran empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Parlimen Setiu ketika Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian berkenaan, Jumaat lalu.

Beliau berkata, keadaan itu sebenarnya menimbulkan keresahan dalam hati rakyat, apatah lagi dua daripada wakil rakyat itu turut memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

“Pas tidak mahu campur tangan dalam konflik UMNO, tapi masalah itu sebenarnya akan membantutkan usaha pentadbiran dan pembangunan negeri Terengganu sendiri,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Jumaat lalu, kesemua ADUN Setiu tidak hadir ke majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Setiu yang dihadiri Tan Sri Muhyiddin Yassin, sekali gus menimbulkan kekecewaan dalam hati Timbalan Perdana Menteri.

Empat ADUN berkenaan adalah Asha’ari Idris (Langkap) yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiu, Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian, Khazan Che Mat (Batu Rakit, Ketua Pemuda UMNO Bahagian) dan Ramlan Ali (Jabi).

Mengulas lanjut, Dr Syed Azman yang juga ADUN Batu Burok berkata, beliau tidak nampak kemelut yang berlaku kepada UMNO Terengganu akan dapat diselesaikan kerana perkara itu sudah lama berlaku.

Beliau berkata, sikap yang ditunjukkan wakil rakyat UMNO itu tidak membawa kebaikan, sebaliknya banyak merugikan rakyat yang mahukan pentadbiran sempurna demi kesejahteraan bersama.

“Memang dari luaran kita nampak seolah-olah (kemelut) selesai, tapi semua orang termasuk dalam kalangan orang politik dan kakitangan kerajaan sendiri maklum bahawa masalah ini masih berlarutan,” katanya.

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here