cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, January 22, 2011

Terbuka Malaysia....Chong Wei buru gelaran ketujuh



SEPERTI diramal, jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei tidak berdepan halangan sukar untuk mara ke pentas final Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2011.

Semalam, pemain ranking No. 1 dunia itu mudah menewaskan pemain muda China, Chen Long 21-9, 21-9 pada aksi separuh di Stadium Putra Bukit Jalil.

Kemenangan itu sekaligus menyaksikan Chong Wei layak beraksi di pentas final dan di jadual berdepan perseorangan Indonesia, Taufik Hidayat hari ini.

Taufik layak ke pentas final selepas menewaskan rakan senegaranya, Simon Santoso 21-15, 21-19.

Pada aksi final hari ini, Chong Wei sudah pastinya ada misi yang tersendiri untuk dilaksanakan.

Sekiranya menang ke atas Taufik, anak jati kelahiran Pulau Pingan itu bukan sahaja berjaya mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya tahun lalu malah merekodkan kejuaraan ketujuh secara peribadinya.

"Saya harap saya dapat mempertahankan kejuaraan saya dan melakarkan kejuaran ketujuh dalam kejohanan kali ini," kata Chong Wei yang kini berusia 29 tahun.

Sebagai rekod, Chong Wei menjuarai Terbuka Malaysia pada tahun 2004, 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010.

Tidak keterlaluan sekiranya kita mengatakan peluang Chong Wei untuk merangkul gelaran juara pada kejohanan kali ini adalah sangat cerah.

Ia berdasarkan rekod pertemuannya dengan Taufik yang nyata lebih memihak kepada pemain negara itu.

Dalam 16 pertemuan sebelum ini, Chong Wei mencatatkan kemenangan sebanyak 10 kali.

Bagaimanapun, Chong Wei tidak mahu terlalu memikirkan mengenai soal tersebut kerana mahu fokus terhadap prestasi dirinya sendiri.

"Saya lebih suka fikirkan mengenai prestasi saya sendiri.

"Apa yang saya harapkan saya mampu tampil dengan prestasi terbaik esok.

"Namun, saya perlu juga berhati-hati kerana Taufik ketika ini dilihat berada pada pretasi terbaiknya juga," jelas Chong Wei.

Sebaik tamat sahaja aksi final hari ini, Chong Wei akan berlepas pula ke Korea Selatan pada sebelah malam bagi menyertai Siri Super Terbuka Korea Selatan 2011 yang akan bermula Selasa ini.

keputusan penuh

PERSEORANGAN LELAKI:

Taufik Hidayat (INA) mn Simon Santoso (INA) 21-15, 21-19;

Lee Chong Wei (MAS) mn Chen Long (CHN) 21-9, 21-9.

PERSEORANGAN WANITA:

Wang Yihan (CHN) mn Wang Xin (CHN) 21-18, 21-18;

Wang Shixian (CHN) mn Jiang Yanjiao (CHN) 21-19, 21-17.

BEREGU LELAKI:

Mads Conrads-Petersen/Jonas Rasmussen (DEN) mn Naoki Kawamae/Shoji Sato (JPN) 21-17, 22-20;

Chai Biao/Guo Zhendong (CHN) mn Mohammad Ahsan/Bona Septano (INA) 21-15, 21-14.

BEREGU WANITA:

Wang Xiaoli/Yu Yang (CHN) mn Cheng Shu/Ma Jin (CHN) 22-20, 21-19;

Tian Qing/Zhao Yunlei (CHN) mn Du Jing/Pan Pan (CHN) 23-21, 21-18.

BEREGU CAMPURAN:

Jiaming Tao/Tian Qing (CHN) mn Robert Blair(SCO)/Gabrielle White(ENG) 21-11, 21-15;

He Hanbin/Ma Jin (CHN) mn Joachim Fischer Nielsen/Christinna Pedersen (DEN) 21-17, 17-14 (menarik diri)


sumber ...kosmo dan Bernama

Friday, January 21, 2011

Indonesia sekat laman lucah melalui Blackberry....malaysia bila lagi...???....atau sibuk nak sekat laman pro pembangkang...????



Munculnya beratus juta alamat baru laman web pornografi serta pertambahan kandungan bahan pornografi yang terlalu banyak pada setiap saat, merupakan rintangan besar kepada usaha kerajaan Indonesia menyekat bahan lucah dalam Internet.

Ketua Pusat Informasi dan Perhubungan Awam Kementerian Komunikasi dan Informatika Indonesia Gatot S. Dewa Broto berkata berdasarkan data Januari 2010, terdapat 400 juta alamat baru laman porno baru dan setiap saat muncul 28,000 hingga 30,000 bahan yang mengandungi unsur pornografi di Internet.

Hari Rabu lalu merupakan hari terakhir bagi Research In Motion (RIM), pengeluar telefon bimbit pintar Blackberry untuk menyekat kandungan pornografi di perkhidmatan Blackberrynya.

Sebahagian besar kandungan bahan itu sudah tidak dapat diakses melalui Internet dengan menggunakan alat itu sejak hari berkenaan.

RIM telah memaklumkan kepada kerajaan Indonesia bahawa ia telah memulakan sekatan itu sejak 19 Januari pukul 4 pagi waktu Jakarta atau 18 Januari pukul 6 petang waktu Kanada.

Beberapa laman porno yang masih dapat diakses melalui perkhidmatan internet biasa, sudah tidak dapat diakses melalui Blackberry dan dilayar kaca telefon bimbit itu tertera ayat "Laman web yang anda buka tidak boleh diakses melalui jaringan ini" pada petang semalam.

Bagaimanapun, beberapa alamat lain yang juga berisi gambar-gambar pornografi masih dapat diakses dengan mudah dan secara percuma di Blackberry.

"Kami dapat memahami keadaan ini, pada masa ini yang penting adalah komitmen dan usaha dari RIM. Kalau masalah penguatkuasaan undang-undang, itu nanti," kata Gatot.

Beliau berkata RIM menggunakan perisian anti-pornografi bernama 'Nawala' untuk menyekat kandungan itu dan kementerian itu akan terus memantau keberkesanan perisian itu.

"Jika tidak efektif, kami akan minta agar dipertingkatkan. Kami juga akan saling memberikan kata kunci (keyword) tempatan, kerana ada beberapa kata kunci spesifik yang tidak dikenal di peringkat antarabangsa," katanya.

Selain kepada RIM, kementerian itu telah juga mengeluarkan Surat Pekeliling Menteri kepada 180 ISP (penyedia perkhidmatan internet) pada 10 Ogos 2010 untuk menyekat laman porno di internet di Indonesia.

Dalam pekeliling itu dinyatakan 10 kriteria spesifik tentang hal-hal yang dianggap mengandung bahan pornografi, selaras dengan Undang-undang Pornografi di Indonesia.

Kriteria itu termasuklah gambar yang menunjukkan alat kelamin, gambar bogel, persetubuhan dan aktiviti persetubuhan (video) serta gambar-gambar dengan pakaian sangat minimum yang menjurus kepada pornografi.

Masalah kemuculan terlalu banyak alamat baru laman porno dan bertambahnya bahan kandungan itu dengan terlalu cepat dan terlalu banyak bukan hanya menyulitkan syarikat-syarikat ISP untuk menyekat dan menyaring laman itu, malah usaha itu turut menjejaskan kelajuan perkhidmatan Internet dan sekaligus merugikan pengguna.

Terkini Penamaan Calon Dun Tenang





















LABIS, 22 Jan: Berpuluh-puluh ribu penyokong Pakatan Rakyat terutama dari PAS membanjiri pekan Labis untuk mengiringi calon mereka, Cikgu Normala Sudirman ke pusat penamaan calon Pilihan raya Kecil Tenang.

Mereka berkumpul di sana sejak sebelum subuh bagi menyertai majlis solat hajat di tanah lapang yang disewa khas oleh PAS untuk digunakan sepanjang kempen pilihan raya ini.

Mereka dikatakan menerima arahan agar terus ke kawasan yang terletak di perkarangan markas besar PAS itu kerana beberapa masjid yang berdekatan dikatakan dikunci sejak malam tadi.

Perarakan calon bermula seawal jam 8.20 pagi menuju pusat penamaan calon yang terletak di Dewan Majlis Daerah Labis yang terletak kira-kira 2 km dari situ. Ketika itu, kira-kira 5,000 orang menyertainya.

Perarakan itu menjadi semakin besar apabila kumpulan kecil sepanjang jalan menyertai mereka.

Perarakan yang diketuai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya, Nasharudin Mat Isa, naib-naib Presiden Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub turut disertai Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw.

Presiden PKR, Datuk Sri Dr Wan Azizah Ismail dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menunggu di tepi jalan menyertai perarakan itu kira-kira jam 8.50 pagi.

"hantu" kacip rambut sikh....kes serah pada polis....!!!



Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) menyerahkan kepada polis untuk membuat siasatan lanjut berhubung dakwaan seorang remaja lelaki beragama Sikh bahawa rambutnya dipotong semasa sedang tidur di kem program latihan khidmat negara (PLKN) Sungai Bakap, Pulau Pinang, Ahad lepas.

Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechik berkata pihaknya telah menyerahkan perkara itu kepada polis untuk membuat siasatan lanjut dan mengumumkan hasil siasatan kepada umum.

"Walaupun siasatan dalaman JLKN tidak menemui apa-apa bukti, ia tetap diserahkan kepada polis sebagai pihak yang bertanggungjawab membuat siasatan... siasatan awal kami telah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) jabatan yang ditetapkan.

"Siasatan pihak kami sebelum ini melepasi dua tahap iaitu siasatan awal oleh komandan dan jurulatih kem serta diikuti pasukan khas dari ibu pejabat," katanya kepada pemberita selepas melawat Kem PLKN Sentosa, Chenderian, dekat Tapah hari ini.

Abdul Hadi berkata remaja terbabit, Basant Singh, 18, yang sedang bercuti, dibenar memanjangkan sedikit masa rehatnya.

"Saya juga benarkan beliau untuk berpindah ke kem lain ataupun menangguhkan sementara program yang diikuti. Saya beri dua pilihan kepadanya tetapi jika ingin terus ke kem asal, itu jalan terbaik,"katanya.

Basant yang membuat laporan polis mengenai kejadian itu Ahad lepas dilaporkan enggan meneruskan latihan kerana trauma dengan insiden yang mengejutkannya kerana dia tidak pernah memotong rambut sejak lahir sebagai mematuhi ajaran agama.

Sementara itu, beliau berkata seramai 83 pelatih Kem PLKN Sentosa yang dikesan menghidap penyakit serupa influenza (ILI) minggu lepas pulih sepenuhnya.

Katanya JLKN yang mendapat bantuan dan sokongan penuh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjaya mengekang virus H1N1 daripada terus merebak kepada pelatih lain di dalam kem itu.

"KKM memberi kebenaran kepada setiap kem untuk meneruskan program latihan sekiranya terdapat serangan wabak itu dengan mengasingkan pelatih yang dijangkiti ILI... tiada lagi kem yang akan ditutup selepas ini," katanya.

Sehingga kini, terdapat 148 mangsa ILI yang kini dirawat di Kem PLKN Sinaran Suria, Sungkai manakala kes lain membabitkan 25 pelatih di Kem PLKN Tegas Kendiri, Kuala Kangsar.

--Bernama


berkaitan

muakakaka....mula mula potong rambut....kemudian potong leher pulak....!!!

hasrat nak melepaskan 'gian' dengan kekasih masing masing terbantut....Lari lintang-pukang diserbu khalwat



DUA gadis yang ditahan bersama dua lelaki disyaki berkhalwat di sebuah rumah di Kampung Lak Lok di Besut kelmarin.

BESUT - Dua lelaki lari lintang-pukang meninggalkan kekasih masing-masing apabila rumah yang mereka jadikan sarang maksiat dan penagihan dadah di Kampung Lak Lok di sini diserbu sepasukan penguat kuasa dari Pejabat Agama Daerah Besut kelmarin.

Ketika serbuan pada pukul 2.40 petang itu, seorang daripada lelaki berusia 24 tahun itu memanjat siling rumah untuk bersembunyi manakala rakannya yang berusia 29 tahun pula naik ke atas bumbung rumah tersebut.

Bagaimanapun, usaha kedua-dua lelaki itu untuk bersembunyi memakan diri apabila seorang suspek yang bersembunyi di atas bumbung terjatuh selepas atap yang dipijaknya pecah.

Selain suspek yang terjatuh itu dicekup, penguat kuasa dari pejabat agama itu turut menahan suspek yang bersembunyi di atas siling rumah dan dua gadis yang masing-masing berusia 17 tahun.

kosmo

Thursday, January 20, 2011

Tempoh sementara beku senarai hitam saman ekor hampir tamat, PAS terus berunding untuk rakyat



PAS mahu satu perbincangan diadakan antara kerajaan, pihak Polis Diraja Malaysia Malaysia (PDRM) dengan rakyat sebelum tempoh pembekuan sementara senarai hitam berakhir 28 Februari ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau yang juga Pengerusi Kempen Anti Saman Ekor (Kase), sedia mewakili rakyat membincangkan perkara itu yang sehingga kini tidak menampakkan sebarang tanda penyelesaian munasabah.

"Saya masih mengharapkan bahawa sebelum 28 Februari ini ada perbincangan dengan saya yang akan mewakili rakyat yang tertindas ini.

"Dia mesti beranilah, bukan saya nak lawan atau nak apa," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di Jalan Raja Laut semalam.

Menurutnya, terdapat beberapa perkara yang perlu dibincangkan termasuk pindaan terbaru Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang baru diluluskan secara tergesa-gesa di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Tambahnya lagi, rang undang-undang tersebut dilihat tidak menyelesaikan pelbagai masalah besar berbangkit, antaranya berkaitan kemalangan maut, kesalahan memandu secara merbahaya, saman ekor dan masalah senarai hitam pemilik kenderaan.

Beliau sebelum ini juga menuntut agar segala saman ekor yang dibuat sebelum pindaan undang-undang 2010 dihapus kira kerana tidak menepati peruntukan undang-undang.

Ianya termasuk tiada tanda amaran sebelum 500 meter dari kamera perangkap had laju yang dipasang.

Apa yang dirisaukan katanya, pindaaan rang undang-undang baru tersebut akan menjadikan saman ekor sebagai perniagaan dan bukan untuk mendidik rakyat.

"Dulu masa dia amibil ramakaman imej tetapi pada waktu itu tak ada peruntukan undang-undang yang menjadikan rakaman itu bahan bukti untuk menyabitkan kesalahan.

"Selepas pindaan undang-undang baru ia jadi bahan bukti. Maksudnya kesalahan undang-undang (sebelum pindaan) ini tak boleh pakai," tambahnya lagi.

Mahfuz sebelum ini juga, telah menghantar memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi menagguhkan perlaksanaan pindaaan rang undang-undang baru tersebut.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, pada Ogos tahun lalu mengumumkan senarai hitam pemilik kenderaan ditarik balik sementara waktu sehingga 28 Februari tahun tahun ini.

Berikutan itu, semua pemilik kenderaan yang mempunyai masalah untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu boleh berbuat demikian sehingga tempoh itu. -HRKH

hantu ngangkung... Bunuh Isteri Hamil,Ambil Janin Buat Tangkal Loteri



HANOI: Seorang lelaki Laos memberitahu polis, dia membunuh isterinya yang hamil dengan kapak kerana mahukan janin untuk menjadikannya tangkal bagi membolehkannya menang loteri.

Akhbar Vientiane Times melaporkan, lelaki berusia 38 tahun itu ditangkap sehari selepas memujuk isterinya yang berusia 24 tahun masuk ke dalam hutan di wilayah Xieng Khuang sebelum membunuhnya dengan mengapak belakang wanita itu.

Menurut laporan itu, janin berkenaan tidak ditemui.

Polis memberitahu akhbar berkenaan, lelaki itu mengaku merancang menggunakan janin berusia tiga bulan untuk membuat ‘louk lord,’ tangkal yang menurut legenda masyarakat Laos boleh memberi pemiliknya kuasa dan kekayaan. “Pembunuh itu mengaku melakukan jenayah kejam itu tetapi enggan menyatakan di mana dia menyimpan janin berkenaan. “Suspek berkata, dia diberitahu jika dia berjaya menghasilkan ‘louk lord,’ dia boleh bercakap dengan hantu untuk mendapatkan nombor loteri.

“Atau dia boleh menjual tangkal itu dengan harga yang amat tinggi,” kata Ketua Penyiasat, Mejar Khamsouk Phonkhamdy.


Bagaimanapun, menurut Khamsouk, setakat ini tidak jelas sama ada lelaki itu melakukan jenayah berkenaan bersendirian atau bersama rakan yang masih berusaha membuat tangkal itu. - AFP

Wednesday, January 19, 2011

Jika ikhlas jaga kesucian Islam, arahkan syarikat Melayu undur dari syarikat haram




Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom diminta memberikan peringatan kepada para elitis politik dan perniagaan Melayu beragama Islam yang berada dalam lembaga pengarah syarikat perjudian dan arak agar mengundur diri.

Ini kerana, mereka semua tidak ada sebab yang sah untuk berada di syarikat sedemikian berbanding dengan pekerja bawahan yang terpaksa bekerja di tempat-tempat yang menghidangkan arak dan judi untuk sesuap nasi.

Demikian kata anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (Gambar) ketika mengulas kenyataan Jamil Khir sebelum ini.

Media sebelum ini Jamil Khir berkata exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu yang mengarahkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menarik balik larangan tidak membenarkan umat Islam bekerja di premis menjual arak sebagai menghina Islam.

"Perkara itu termaktub dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor. Ronnie tidak boleh sentuh. Kita berusaha mempertahankan moral dan akhlak orang Islam tetapi yang berlaku ada pihak mahu umat Islam melakukan sebaliknya," katanya.

Sehubungan itu, Jamil Khir emberi amaran kepada pihak-pihak yang cuba mempolitikkan isu-isu agama supaya segera menghentikannya dan menilai kesan perbuatan mereka.

Liu Khamis lalu berkata pekeliling menarik balik larangan itu telah dikeluarkan kepada presiden MPSJ, Md Adnan Ikhsan dengan alasan “kerajaan negeri tidak menyedarinya.”

"Kami tidak dirujuk (berhubung larangan itu). Sebab itu, kita minta mereka tarik dulu,” katanya, sambil menambah isu berkenaan turut dibincangkan pada mesyuarat exco Rabu lalu.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri telah melantik satu penal untuk menubuhkan satu tabung bagi membolehkan mereka yang kehilangan pekerjaan atau ingin meninggalkan pekerjaan dalam tempat-tempat yang haram dibantu.

Bagi Dr Dzulkefly, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan negeri Selangor perlu memikirkan nasib pekerja beragama Islam di premis-premis berkenaan sebelum menyokong mereka diberhentikan oleh majikan mereka.

"Namun, para ahli perniagaan yang duduk dalam lembaga pengarah syarikat judi dan arak ini tidak ada alasan sedemikian. Oleh itu, kita cadangkan Jamil Khir mengarahkan mereka berhenti atau melaksanakan undang-undang itu," kata Dr Dzulkefly. -HRKH

katak pelabuhan kelang....ikut perangai UMNO/BN.....budaya ponteng DUN kan macam tu...buat suka kepala emak bapak dia aje....!!!

Adun Pelabuhan Klang: ‘Saya sendiri tak faham



Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah menafikan dakwaan beliau gagal hadir ke Sidang Dewan Undangan Negeri selama enam bulan tanpa alasan munasabah sebaliknya menegaskan telah memberikan surat cuti sakit.

Badrul Hisham yang dihubungi berkata beliau hanya tidak menghadirkan diri ketika sidang DUN bulan November lepas ekoran masalah kesihatan yang dihadapinya.

“Macam mana kata saya tidak hadir selama enam bulan, saya sendiri tidak faham . . . apa yang pasti saya tidak hadir kerana tidak sihat itupun pada bulan November sahaja,” katanya di sini hari ini.

Dipetik Bernama, beliau mendakwa telah memaklumkan perkara itu kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim termasuk memberikan surat pengesahan doktor.

Badrul Hisham yang enggan mengulas lanjut berkata beliau menyerahkan kepada Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) bagi menentukan sama ada untuk menerima alasan Teng atau sebaliknya.

Badrul Hisham berkata beliau hanya mengetahui mengenai kekosongan kerusi yang disandangnya itu melalui berita di televisyen petang ini.

“Saya kini berada di Shah Alam dan belum dimaklumkan secara rasmi mengenai perkara itu, sebarang maklumat lanjut saya akan panggil untuk sidang media,” katanya.

Teng dalam satu sidang media hari ini mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang sebagai kosong berkuatkuasa 16 Januari lepas berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri persidangan Dewan selama enam bulan tanpa alasan munasabah.

Badrul Hisham, 50, memenangi kerusi DUN itu sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan keluar daripada PKR pada 29 Oktober 2009 dan menjadi Adun Bebas kawasan Pelabuhan Klang.

Pada 30 April lepas, Badrul Hisham menyerahkan borang keahlian Umno kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak selepas Presiden Umno dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor itu selesai mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Janda Baik, Pahang.


PR bukannya rampas aje macam di Perak. Cuma mintak rakyat undi semula untuk pilih wakil mereka yang boleh buat kerja. Oklah tu. Kalau DUN dah tak terurus dan Isteri pun dah tak beri nafkah, elok pilih orang lain je lah jadi ADUN.

muakakaka....mula mula potong rambut....kemudian potong leher pulak....!!!

Pelatih PLKN Beragama Sikh Dakwa Rambut Dipotong





IPOH: Seorang remaja lelaki beragama Sikh enggan meneruskan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selepas mendakwa beliau mengalami trauma apabila rambutnya dipotong semasa sedang tidur Ahad lepas.

Basant Singh, 18, berkata, kejadian itu sangat mengejutkan beliau kerana rambutnya tidak pernah digunting sejak lahir sebagai mematuhi ajaran agama.

"Saya tidak berpuas hati dan tidak mahu meneruskan lagi latihan...saya mahu pihak berkuasa menyiasat serta mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak bertanggungjawab," katanya pada sidang akhbar di rumahnya yang di kawasan Rumah Ibadat Sikh Wadda Gurdwara Sahib di sini.

Basant telah membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baharu, Kedah pada petang Ahad berhubung insiden itu yang dipercayai berlaku antara 3 pagi hingga 6.30 pagi Ahad.

Beliau mendakwa, insiden itu berlaku semasa beliau sedang tidur di asrama lelaki Kem PLKN Sungai Bakap, Pulau Pinang, awal pagi Ahad lepas.



Katanya, beliau yang mengikuti latihan di kem itu sejak 4 Januari hanya menyedari perkara itu apabila bangun tidur pada kira-kira pukul 6.30 pagi dan mendapati rambutnya yang sebelum ini panjang hingga mencecah pinggang didapati sudah pendek sekadar paras bahu, dipercayai dipotong antara 50 hingga 60 sentimeter.

Basant berkata, beliau terus menghubungi ayahnya, Surinderpal Singh, 46, bagi memaklumkan perkara itu dan pihak kem kemudian membenarkan beliau bercuti selama seminggu dan melaporkan diri semula pada Ahad ini.

Beliau berkata, 10 pelatih lain yang tinggal bersamanya turut terkejut dengan kejadian itu dan mengesyaki ia dilakukan oleh penceroboh kerana asrama berkenaan tidak berkunci.

Katanya, kesemua pelatih yang tinggal bersama dalam asrama berkenaan berasal dari Ipoh, Perak dan beliau mengenali mereka.

Sementara itu, ayahnya Surinderpal berkata, beliau juga tidak bersetuju anaknya kembali meneruskan latihan di kem berkenaan kerana bimbangkan keselamatannya.

"Jika ketika tidur orang lain boleh sewenang-wenangnya masuk ke asrama dan memotong rambut penghuninya, tidak mustahil pada masa akan datang mereka memotong leher anak saya tanpa sedar," katanya.

Di PUTRAJAYA, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechik berkata, pihaknya sedang menyiasat aduan itu dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Bagaimanapun, katanya kesemua 27 pelatih di bilik yang sama telah disoal siasat dan pihaknya tidak menemui objek tajam atau rambut yang dikatakan dipotong.

"Menteri Pertahanan (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) telah mengarahkan agar kajian terperinci dibuat dan saya telah mengarahkan Pengarah Operasi JLK NKol Sanusi Hashim untuk mengetuai siasatan tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Hadi berkata pihak pengurusan kem PLKN sedia maklum tentang agama Sikh dan rambut mereka tidak boleh dipotong dan pelatih-pelatih diberi ingatan supaya bahasa, agama dan kebudayaan rakan-rakan mereka dihormati. Komandan kem telah memberi cuti kepada pelatih berkenaan berasaskan permohonan ibu bapa pelatih untuk mendapatkan ketenangan jiwa dan secara kebetulan pelatih tersebut mempunyai temu janji dengan doktor gigi pada Jumaat ini, katanya sambil menyatakan kecewa dengan kejadian itu.

Abdul Hadi juga berkata, pelatih sememangnya tidak dibenarkan untuk membawa sebarang objek tajam dan pihak pengurusan mempunyai pengawasan yang ketat terhadap perkara tersebut. - BERNAMA


Seperti kes kursus BTN yang pernah mendedahkan wujudnya elemen "kebangsaan sempit" di kalangan pihak atasannya, kini PLKN juga, mendedahkan kepincangan 1Malaysia!

Tolak UMNO Tolak BN - penyemarak perkauman sempit - itu jawapannya.

KAKI BODEK SUDAH MATI.. TAK ADA SAPA AMBIL POT..MUAKAKAKAKAKA....!!!!



Para petugas PAS dari Pahang terpaksa mengurus dan mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia semalam apabila imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan Perdana Menteri ke tanah rancangan Felda itu.

Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau selepas menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.

Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.

"Jenazah itu berada di masjid sejak jam 10 pagi. Ia tidak diziarahi apatah lagi disembahyangkan oleh Presiden Umno yang datang ke situ,"kata seorang saksi kejadian itu pagi semalam.

Allahyarham Abdul Latif adalah bekas MP Tentera Darat dan pagawai Pertahanan Awam adalah pewaris Felda. Beliau meningalkan empat anak dan seorang cucu di samping balunya, Puan Maimunah Hindun.

"Suasana pilu dan terkilan menyelubungi keluarga Allahyarham apabila imam bertugas ada bersama meraikan Najib dan akhirnya jenazah disolatkan oleh sukarelawan PAS daripada Pahang selepas Zohor di masjid itu.

"Inilah akhlak kepimpinan Umno kepada ahlinya sendiri," kata saksi itu ketika menceritakan peristiwa ini.

Najib tiba di Labis dengan helikopter pada 9.30 pagi Selasa semalam. Sejak jam 10 pagi, jenazah Allahyarham ditempatkan di masjid itu untuk membolehkan Perdana Menteri menziarahinya kalau-kalau sempat.

Najib telah melawat Felda Chemplak Barat dan menyempurnakan majlis pelancaran Pusat Jalur Lebar Komuniti dan merasmikan gelanggang futsal di situ sebelum meluangkan masa bersarapan dengan warga peneroka.

Walaupun beliau dan rombongannya melintasi masjid Felda Tenang, tempat jenazah itu ditempatkan sejak jam 10 pagi, ia tidak langsung dipeduli, jauh sekali untuk disolatkan, dijenguk pun tidak sempat.

Sementara itu, Cikgu Normala Sudirman, yang diumumkan oleh PAS akan menjadi calonnya dalam pilihan raya kecil Tenang ini telah menziarahi jenazah Allahyarham jam 1.30 tengahari sebaik sahaja selesai solat Zohor.

Beliau mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham dan meminta semua keluarganya bersabar dengan dugaan dari Allah itu.


kesimpulannya...

INI LAH NASIB KAKI BODEK...

NAK JADI HANTU PCHONG PUN TAK GUNA....

NANTI TAKUT KAN MAK CIK FELDA...

NAK JADI HANTU KOPEK... KOPEK TAK SEBESAR KOPEK BIK MAMA ....muakakakakakka...

nasib baik ada ahli pas

kalau tidak jadi bangkai busuk tepi rumah

muakakakakaka....!!!

wauuu...ini macam meniaga orang lebih baik dari meniaga unta....Pegawai JPN Boleh Terima RM15K-RM20K Setiap Bayi....!!!

Sindiket jual bayi dapat bantuan orang dalam JPN



ANGGOTA polis menyelamatkan seorang bayi dalam proses untuk dijual dalam serbuan di klinik swasta di Selayang, kelmarin.

KUALA LUMPUR: Sindiket penjualan bayi yang ditumpaskan di sekitar Lembah Klang, Sabtu lalu dipercayai turut dibantu kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan menguruskan sijil kelahiran bagi 22 bayi yang berjaya diselamatkan polis dalam operasi khas itu.

Difahamkan, pegawai JPN menerima upah separuh daripada harga jualan setiap bayi iaitu RM15,000 hingga RM20,000 oleh sindiket yang didalangi dua wanita tempatan sejak akhir tahun lalu.

Sumber memberitahu Berita Harian, ‘orang dalam’ JPN memperoleh pendapatan lumayan melalui kegiatan haram itu dengan hanya menyediakan sijil lahir berserta cop rasmi agensi berkenaan.

“Pembabitan `orang dalam’ dikesan ekoran penemuan dokumen sijil kelahiran bersama semua bayi yang terbabit dalam urus niaga haram itu. Pemeriksaan mendapati semua sijil lahir itu mempunyai cop rasmi JPN yang hanya dikeluarkan JPN,” katanya.

Dalam operasi itu, Unit Anti-Pemerdagangan Orang (ATIP) dan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman menahan lapan anggota sindiket itu, termasuk empat wanita warga asing berusia 20 hingga 50 tahun dalam serbuan di sebuah klinik swasta di Selayang dan sebuah rumah di Subang Jaya.

Turut diselamatkan dalam operasi itu tiga bayi berusia lima hingga tujuh hari yang dalam proses untuk dijual.
Di samping itu, polis turut menemui beberapa dokumen berkaitan pengeluaran sijil kelahiran, buku rekod dan wang tunai RM3,000.

“JPN terkejut dengan tindakan pegawainya yang sanggup bersekongkol dengan sindiket itu semata-mata untuk mendapatkan keuntungan sampingan,” katanya.

Di PUTRAJAYA, Ketua Pengarah JPN, Datuk Alwi Abdul Rahman, berkata siasatan dalaman sedang dilakukan ke atas semua pegawai dan kakitangannya berikutan pendedahan itu.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pegawai atau anggota yang terbabit dalam kegiatan haram ini. JPN akan turut memperincikan semula prosedur pendaftaran kelahiran, termasuk mencatatkan jumlah sijil dikeluarkan bagi mengelak ia disalah guna untuk tujuan jenayah.

“Kita juga sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengenal pasti klinik disyaki bersubahat,” katanya ketika ditemui Berita Harian, semalam.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan sijil kelahiran ‘LN01’ dan `LN05’ juga boleh diperoleh di hospital kerajaan dan klinik swasta.

“Beberapa klinik swasta sekitar ibu negara juga disenaraihitamkan sebelum ini selepas dikenal pasti terbabit dalam kegiatan meragukan. Kita sedang siasat klinik terbabit bagi mengesan kepada siapa, ke mana dan untuk apa sijil kelahiran dikeluarkan,” katanya.

Alwi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan penyelewengan sijil kelahiran menghubunginya terus di talian 03-88807001. -BH

melampau tu...menu baru...Popia segera berinti lalat



KOTA TINGGI – Seorang peniaga kedai makan terkejut selepas mendapati popia segera yang baru dibelinya di sebuah pasar raya di Kota Tinggi di sini, mengandungi lalat selepas popia itu siap digoreng untuk hidangan keluarga.

Norazlina Elias, 32, dari Bandar Seri Perani berkata, sebaik saja pulang dari berniaga dia terus singgah ke pasar raya terbabit sebelum teringat membeli popia segera di situ kerana mendapat tempahan daripada salah seorang pelanggannya.

Menurutnya, dia yang pertama kali membeli popia segera itu pada awalnya terkejut kerana popia itu dijual dengan harga yang jauh lebih rendah dan tidak mempunyai jenama serta nama syarikat pengeluar produk berkenaan.

“Sejurus tiba di kedai itu, saya terus membeli popia segera sebelum membawanya pulang, namun agak menghairankan tiada logo halal pada plastik pembungkusan popia terbabit.

“Bagaimanapun saya nekad juga beli popia itu kerana beranggapan bahawa popia itu dikeluarkan syarikat Bumiputra dan berkemungkinan baru menceburi sektor pembuatan makanan segera,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagaiamanapun Norazlina terkejut selepas salah seorang anaknya memberitahu popia yang baru digorengnya itu mengandungi lalat selepas menjumpai serangga itu di dalam kulit popia terbabit.

“Sebaik saja menggoreng popia terbabit saya menghidangkannya kepada anak-anak dan alangkah terkejutnya apabila seorang daripada anak saya memberitahu dia menemui lalat selepas mengupas kulit popia berkenaan,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan kesemua popia yang dibeli pada harga RM8 sebungkus itu dibuang ekoran bimbang ia boleh membawa jangkitan penyakit sekiranya mereka terus memakannya.

“Selera kami semuanya terbantut selepas menjumpai lalat itu, mujur juga kejadian ini dapat disedari lebih awal sebelum popia goreng ini diserahkan kepada pelanggan kami yang menempah popia terbabit,” katanya.

Norazlina turut menasihati pengguna lain agar tidak mudah terpedaya dengan mana-mana produk makanan segera yang dijual dengan harga yang murah serta tidak mempunyai label pembungkusan logo halal dan nama syarikat pengeluar.

“Biar kita beli mahal sedikit asalkan mutu kebersihan makanan terjamin dan jika kita mahu beli sekali pun pastikan cara atau teknik pembungkusan lebih teratur agar kualitinya terjamin,” katanya.

Bahana Kejutan Eletrik

70% Tubuh Melecur Terkena Kejutan Eletrik



Klang - “Saya tidak sanggup kehilangan dua tangan dan ibu jari kaki. Kalau ada pilihan lain, saya tidak ingin ia dipotong namun apakan daya hanya itu pilihan terakhir yang diberikan doktor,” kata Muhamad Haruman Miskon, 22, sebak saat menceritakan situasi yang dilaluinya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), petang semalam.

Menurutnya, saat ini dia hanya mampu merintih dalam hati betapa pedih yang teramat menahan kesakitan di seluruh badan akibat kesan terbakar.

“Sejak awal kejadian berlaku, hanya air mata yang mengiringi kehidupan saya saban hari di atas katil hospital.

“Namun kini air mata sudah seakan kering, hati saya hancur dan kesal dengan apa yang berlaku, namun saya reda mungkin ini ketentuan Ilahi,” katanya yang merupakan anak ke-9 daripada 10 adik beradik.

Tidak perasan ada kabel elektrik

Mangsa yang gemar berkarya melalui lukisan dan bekerja sebagai pemasang wayar dari rumah ke rumah tinggal di Jalan Ros 2, Kampung Sungai Tengi Kanan, Tanjung Karang menderita selepas hampir 70 peratus badannya terbakar dan menggelupas selepas terkena kejutan elektrik bervoltan tinggi ketika sedang membersihkan kebun kelapa sawit milik rakannya di Masjid Baroh, Tanjung Karang pada 26 November lalu.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 9 pagi ketika mangsa bersama seorang rakan sedang memotong dahan kelapa sawit menggunakan sejenis peralatan memotong tanpa menyedari terdapat kabel elektrik yang longgar dan melendut tersangkut pada pelepah pokok berkenaan.

Mangsa yang tidak menyedari terdapat kabel elektrik berkenaan terus memotong dahan dan dengan sangat pantas badan mangsa tercampak beberapa meter akibat kejutan elektrik.

Jeritan kuat mangsa telah mengejutkan rakannya yang berada tidak jauh dari lokasi mangsa.

Rakanya, segera berlari mendapatkan Mohamad Haruman, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati hampir keseluruhan badan mangsa terbakar.

Mangsa segera dikejarkan ke Hospital Tanjung Karang sebelum dipindahkan ke Hospital Sungai Buluh. Sekian lama dirawat di sana mangsa kemudiannya dipindahkan HTAR, Klang petang kelmarin.

Dalam pada itu, keluarga mangsa memaklumkan, dua tangan dan ibu jari kaki mangsa bakal dipotong bagi mengelakkan jangkitan kuman.

Bagaimanapun mereka kini berada dalam dilema kerana berharap ada cara lain yang mampu digunakan bagi menyembuhkan mangsa. Namun kini hati mereka berbelah bahagi kerana kalau diikutkan hati, mereka tidak sanggup melihat mangsa hilang anggota badannya.

PRK LAGI....PADAH JADI KATAK DAN PONTENG DUN.....KERUSI DUN PELABUHAN KELANG DI ISTIHARKAN KOSONG...!!!

Speaker isytihar kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong


Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi dewan undangan negeri Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun.
Pengumuman itu dibuat petang tadi di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam.

Sebelum ini, khabar angin mengenai kekosongan itu bertiup kencang apabila Badrul Hisham Abdullah didakwa telah gagal menghadiri sidang DUN selama lebih setengah tahun.

Mengikut Artikel 69 perlembagaan Selangor, mana-mana ADUN yang tidak hadir ke sidang DUN bagi tempoh enam bulan akan menyaksikan kerusinya diisytiharkan kosong oleh speaker.

ADUN kontroversial Pelabuhan Klang itu meninggalkan PKR pada tahun Oktober 2009 dan memilih menjadi ADUN Bebas yang mesra BN tetapi kemudiannya menyertai Umno pada Mei tahun lalu.

Sebelum itu, beliau juga 'menghilangkan diri' buat seketika dan muncul semula dengan berita yang beliau akan berpaling tadah.

Badrul Hisham memenangi kerusi P{elabuhan Klang pada pilihan raya umum 2008 di bawah tiket PKR dengan majoriti 4,407 undi.

Beliau mendapat 12,397 undi berbanding calon BN yang diwakili oleh Roselinda Abd Jamil (Umno) yang mendapat 7,990 undi dan calon Bebas Nazir Mansor pula mendapat 580 undi.

Sejak pilihan raya umum pada Mac 2008, negara telah menyaksikan 14 pilihan raya kecil. Yang terakhir akan diadakan di Tenang, Labis, Johor berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha.

Sebelum ini, seorang pembantu khas ADUN Pelabuhan Klang, yang tidak mahu namanya dipetik memberitahu, wakil rakyat itu hanya gagal hadir pada satu persidangan bajet bertarikh 8 hingga 11 November atas masalah kesihatan.

Katanya, surat ketidakhadiran telah dimaklumkan kepada Teng.

Beliau juga menafikan wakil rakyat itu gagal hadir selama enam bulan kerana beliau sendiri mencatatkan kehadirannya.

Tuesday, January 18, 2011

Rambut remaja Sikh dikacip, ibu bapanya berang



Ibu bapa seorang remaja Sikh yang menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berang apabila anaknya sedar dari tidur pada Ahad lalu dan mendapati rambutnya yang sepanjang hampir semeter telah dikacip.

Mengikut agama Sikh, memotong rambut atau disebut “kesh” dengan tegasnya dilarang.

Bapa kepada remaja itu, Surinderpal Singh, 47, berkata dia dan isterinya menjadi ntidak keruan dan kini tidak mahu anaknya itu menyambung latihan berkenaan.

"Dia trauma dengan kejadian itu. Esok, perkara lebih buruk mungkin berlaku,” kata Surinderpal ketika dihubungi oleh Malaysiakini.

Anaknya, yang namanya dirahsiakan oleh ibu-bapa berkenaan berkata kejadian berkenaan berlaaku pada Sabtu lalu ketika mereka berlatih sepanjang hari. Akibat kepenatan, dia begitu lena sepanjang malam tersebut.

Menurut laporan polis, remaja itu, beliau menyedari sesuatu tidaak kena apabila pada sebelah pagi, ketika menyikat rambutnya dan dengan segera menghubungi bapanya.

"Dia sedar, dia tidak lagi boleh membuat simpul,” kata Surinderpal, yang kebetulan adalah sami di sebuah kuil Sikh di Jalan Gurdwara, Ipoh.

Rambut budak itu pada asalnya mencecah sehingga paras punggung tetapi kini hanya pada paras dadanya.

Dia juga tidak tahu siapa yang bertanggungjawab ke atas kejadian itu dan gagal menjumpai sebarang rambutnya yang dipotong itu mahupun alat yang digunakan bagi mengacipnya.
Keberatan benarkan cuti

Menurut Surinderpal dia dan isterinya terus bergegas ke kem latihan Seri Impian di Sungai Bakap, Pulau Pinang untuk berjumpa dengan anak mereka pada hari yang sama.

Di kem itu, mereka menunggu hampir sejam untuk berjumpa dengan komanden yang tidak berada di lokasi tersebut memandangkan Ahad adalah hari rehatnya.

Semasa perjumpaan itu, komandan berkenaan dilaporkan berkata semua pelatih dilarang membawa gunting atau pemetik kuku. Katanya kemungkinan peralatan yang digunakan bagi memotong rambut remaja tersebut dibawa oleh ibu bapa mereka pada pertemuan dengan anak-anak mereka pada pertemuan hujung minggu.

Komanden itu berjanji akan menyiasat tetapi hanya membenarkan remaja itu bercuti sehingga 23 Januari ini, walaupun pada awalnya beliau agak keberatan memberikan kebenaran.

Surinderpal berkata apa yang dialami anaknya itu ibarat mimpi ngeri dan mahu jaminan keselamatan jika remaja itu dikendaki pulang semula untuk latihannya.

"Saya hilang keyakinan dengan pihak berkuasa kem. Saya bimbang anak saya akan dicederakan pula... Rambut anak saaya disimpan 18 tahun. Dalam dua minggu, semuanya hilang.

"Beliau amat terkejut. Kita sebagai ibu bapa juga terkejut, Kita dalam dilema sekarang.

"Hari ini, ia berlaku ke atas anak saya. Ia boleh berlaku lagi ke atas anak-anak berlainan agama. Bolehkah pihak berkuasa yakinkan ibu bapa bahawa kem latihan ini selamat?” soalnya.

TV3suku UMNO dah tukar jadi TV porno ke...kalau nak sangat...bagi aje buah dada pengacara yang tak tau malu kat ambo...bior ambo pekasamkan di malam jumaat nanti..muakakakaka....!!!

TV3suku UMNO nih citer pasai BUAH DADA pasai apa?



Aderke citer buah dada di canang untuk tontonan umum.. menteri amah 1malaysia tak nak amik action ke? takan biarkan jer? eeee... ini pendidikan apa? atau dah takda citer lagi nak tayang? kahkahkah

TV3suku pun pandai2 lah.. g lah kempen UMNOBN di TENANG.. kahkahkah no FEEL de nengok WHI nih.. hahaha kalau TV3suku fitnah di TENANG syok sikit nak nengok.. kahkahkah ATAU tayang balik video lucah CSL kat TV3suku untuk tontonan pengundi TENANG JOHORE gerek gak... kahkahkah



RANCANGAN bual bicara WHI di TV3 membincangkan tajuk Salahkah besarkan payu dara? yang mengundang rasa kurang selesa penonton.

KL 18 Jan 11: Segmen bertajuk Salahkah besarkan payu dara? yang disiarkan dalam program Wanita Hari Ini (WHI) terbitan TV3 pada pukul 12 tengah hari semalam mengundang reaksi kurang senang pelbagai pihak di negara ini. Lapor Kosmo! Online.
Kosmo! semalam menerima banyak panggilan daripada penonton yang rata-rata melahirkan rasa kurang selesa dengan tajuk dan cara segmen bual bicara itu diadakan. Tinjauan di laman peminat rasmi program WHI di Facebook juga mendapati ramai yang tidak bersetuju topik itu dibincangkan secara terbuka.

Paparan visual yang memfokuskan kepada bentuk payu dara model-model yang lengkap berpakaian dalam laporan segmen tersebut juga dianggap tidak sesuai kerana ia ditonton oleh segenap lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak.

Aksi nakal jurukamera TV3 yang didakwa sengaja memfokuskan kepada payu dara pengacara dan tetamu jemputan semasa segmen itu juga dikecam. - KOSMO

isa samad dan UMNO/BN merasuah pengundi cina di DUN Tenang dengan penari seksi dan minuman arak

Penari seksi dan Isa Samad di jamuan 1Malaysia



Lebih 1,000 orang, kebanyakan mereka masyarakat Cina dijamu dengan makan besar dengan minum bir percuma sambil dihiburkan dengan tarian seksi sempena jamuan makan malam 1Malaysia di Tenang malam semalam.


Bekas Menteri Besar Negri Sembilan Mentri Besar itu yang berjaya merampas kerusi Bagan Pinang pada pilihan raya kecil 2009 mengalahkan calon PAS - menjadikan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sasaran utamanya.




"Mana menteri kabinet bayangannya? Adakah mereka bercakap mengenai ekonomi dan pembangunan? Tidak ada. Kabinet bayangan pun tidak nampak.

"Semua ini tipu. Kita - BN sudah memerintah negara lebih 50 tahun. Kita tidak perlu berjanji seperti janji 100 hari. Kita berusaha setiap hari,” kata Isa yang berkemeja T jingga dengan tertera logo 1Malaysia.
"Saya kenal Anwar, kami belajar di universiti yang sama dan kami sama-sama dalam Umno. Jika beliau ikhlas mahu menolong Melayu, Cina dan India, dia sepatutnya lakukan ketika menjadi timbalan perdana menteri dulu.

"Parti pembangkang cekap memutar-belit. Mereka boleh memutar dari 180 darjah kepada 360 darjah.

Tuan-tuan dan puan-puan, jangan percaya Anwar,” kata Isa sambil disambut gelak ketawa daripada hadirin.

Isa juga tidak melepaskan peluang menyindir PAS yang didakwa cuba menunjukkan DAP sebagai parti yang mesra dengan Islam serta menerima Islam sebagai agama rasmi negara dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.


"Siapa tak boleh terima ini (status Islam dan Bahasa Melayu)? Tak ada siapa-siapa yang mengadu tentangnya. Tuan-tuan dan puan-puan, semua ini boleh diterima sebelum sertai DAP.

"(Musyidul am PAS) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) lagi gila. Dia kata DAP sudah memahami Islam. Kita sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham. Macam mana (pengerusi DAP) Karpal Singh dan (pemimpin veterannya) Lim Kit Siang boleh faham Islam dengan hanya berkawan dengan PAS untuk dua atau tiga tahun? Semua ini penipuan,” kata Isa.


malaysiakini

Monday, January 17, 2011

alahai malangnya nasib insan ini....Kisah Menyayat Hati Wanita Yang Dirogol Kerana Disuruh Ibunya

Ibu suruh saya dirogol’



SERAH TAKDIR...Lili dan anak yang dijaganya.

KUALA TERENGGANU: “Ibu suruh abang merogol saya sebelum saya diserahkan kepada lelaki yang meminjamkan wang kepadanya,” kata wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Lili, 26.

Kenyataan itu amat mengejutkan, namun bagi Lili itu sejarah hitam hidupnya hingga menyebabkan dia kini terhumban ke dalam dunia pelacuran dan menjual tubuh untuk meneruskan kehidupan.

“Apa yang berlaku ke atas saya berpunca daripada ibu dan saya sampai bila-bila pun tidak akan memaafkannya,” katanya.

Lebih mengejutkan, Lili yang kini mengandung anak keempat hasil hubungan seks luar nikah, berhasrat menyerahkan bayi dalam kandungannya itu kepada orang lain supaya masa depan anaknya lebih terjamin dan mengharapkan sedikit imbuhan.

“Saya sudah lahirkan tiga anak, tapi dua daripadanya yang kini berusia dua dan tujuh tahun saya serahkan kepada orang lain sebaik mereka lahir.

“Anak ketiga berusia setahun dan saya menjaganya kerana tidak sampai hati untuk menyerahkannya kepada orang lain.

“Tetapi, saya sekarang mengandung tiga bulan dan bercadang menyerahkan bayi ini kepada orang lain. Ini saya lakukan demi kebaikan anak saya juga dan berharap mendapat sedikit imbuhan selepas menyerahkan anak itu,” katanya.

Menceritakan lebih lanjut pengalaman pahit hidupnya, Lili berkata ketika usianya tiga tahun dia diserahkan ibunya kepada ibu saudara untuk dijaga kerana keluarganya miskin.

Menurutnya, kisah hitamnya bermula selepas dia pulang semula ke pangkuan keluarga ketika berusia 12 tahun.

Dakwanya, akibat perbuatan ibunya yang suka berhutang, dia menjadi mangsa apabila ibunya nekad menyuruh abang kandung merogolnya di depan ibunya yang menyaksikan perbuatan keji itu dari jauh.

“Selepas itu saya diserahkan kepada lelaki yang meminjamkan duit kepada ibu. Sejak itu saya menjadi tempat lelaki yang tidak dikenali terbabit melepaskan nafsu serakahnya.

“Tidak tahan dengan perbuatannya, saya nekad melarikan diri. Saya ceritakan perbuatan keji ibu dan abang kepada ibu saudara dan dia membuat laporan polis,” katanya.

Lili berkata, sebelum dia dijual dia pernah menceritakan kejadian itu kepada bapanya, namun bapanya tidak mempercayainya dan memihak ibunya.

"Keluarga kami porak-peranda kerana selain saya, empat lagi adik-beradik perempuan saya mengalami nasib sama apabila ibu menjual mereka kepada pemberi hutang,” katanya yang mempunyai 10 adik-beradik.

Malah, sehingga kini dia tidak lagi berjumpa dan mengetahui nasib adik-beradiknya yang dijual ibunya kerana selepas laporan polis dibuat, dia mendapat perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurutnya, akibat perbuatan keji itu, ibu dan abangnya kini meringkuk di penjara manakala bapanya sudah meninggal dunia.

“Selepas berusia 18 tahun dan tidak lagi berada di bawah jagaan JKM, saya datang ke negeri ini dan akibat tidak mempunyai saudara-mara, saya nekad menjual tubuh dan mengemis untuk menyara kehidupan,” katanya yang mengakui masa depan dia dan anaknya gelap dan hanya menyerahkan kepada takdir untuk menentukan segala-galanya. -hm

Selamatkan umat Islam dari industri arak.....kerajaan pusat UMNO-APCO buat apa...tidor tau asik berpoya poya ke...???



Arak. Haram tetap haram. Tiada alasan tiada dolak-dalik. Jika terasa diri kebal dengan hukum Tuhan, maka lawanlah. Nanti di akhirat, rasalah azab yang pedih. Dibakar di dalam api neraka yang panasnya tidak dapat dibayangkan. Hancur dan luluh kulit, isi dan tulang. Bukan sehari, bertahun-tahun. Bahkan mungkin tiada penghujungnya.

Inilah isu terbaru di Selangor atau lebih tepat di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Isu kelab hiburan yang tidak lagi boleh menggajikan pekerjanya daripada kalangan orang Islam.

Kenapa? Adakah kerana namanya kelab hiburan? Tidak, Islam tidak mengharamkan hiburan secara melulu. Antara sebab ia menjadi haram, apabila di kelab malam itu ada menjual arak dan adanya hiburan yang bercanggah dengan hukum Allah.

Tidak sukar bagi umat Islam menerima peraturan baru daripada pihak MPSJ - dengan syarat mereka beriman sepenuh hati - bahawa setiap amal perbuatan di atas dunia ada kesannya di akhirat. Masalah timbul apabila keimanan hanya sebutan bukan keazaman dalam hati.

Dari situlah terbit rasa 'melawan' dengan ketetapan Tuhan. Kononnya, itulah sahaja mata pencarian yang cocok dengan diri. Bahkan 1001 alasan akan digubal demi menjustifikasikan 'halal' atau 'harus' berkerja di kelab malam yang menjual arak dan menyediakan hiburan terlarang.

Dalam Islam jelas, arak adalah ibu kepada dosa dan maksiat. Arak atau apa sahaja nama moden yang diberi kepadanya, membuatkan peminumnya menjadi pening, mabuk dan bertindak di luar batas kemanusiaan.

Dalam bahasa lain, arak 'menghilangkan kewarasan akal'. Orang yang tidak waras, tidak kisah bercumbu di khlayak awam, membuang air kecil sambil berdiri di tepi lif bahkan memukul pasangan atau membunuh orang!

Kata nabi: "Ada pun arak ialah sesuatu yang menghilangkan akal," (Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5, Hadis nombor 5423)

Atas sebab-sebab itulah, Islam memandang serius isu arak. Nabi Muhammad SAW telah menggariskan secara jelas, industri arak dan mereka yang terlibat di dalamnya, menanggung dosa yang sama.

Mereka dilaknat Allah dunia dan akhirat. Pendapatan atau gaji yang mereka terima itu adalah haram mutlak. Membawa ia pulang dan menyuapkannya ke mulut anak isteri juga adalah haram. Bahkan, di sisi Islam, jika orang Islam yang bergaji RM50 juta sebulan sekali pun; tetapi ia bersumber daripada sektor arak, mereka orang itu tetap dianggap 'fakir'.

Ini kerana, gaji itu adalah haram untuk dimanfaatkan - sehingga melayakkan mereka mendapat bantuan zakat (rujuk Fatwa Agihan Zakat Selangor, 29 Ogos 1994, Sel.P.U.130).

Ibnu 'Umar r.a dan Anas bin Malik r.a telah melaporkan bahawa Rasulullah SAW telah menegaskan, ada 10 golongan berhubung-kait dengan arak yang mendapat laknat daripada Allah, mereka itu ialah:

1. Orang yang memerah arak (pekerja)
2. Orang yang diminta arak diperah untuknya (peminum atau tuan kedai arak)
3. Orang yang meminumnya (peminum)
4. Orang yang membawanya (pemandu atau pramusaji)
5. Orang yang meminta dibawa arak kepadanya (pelanggan, peminum atau pekerja)
6. Orang yang memberi minum arak kepada orang lain (pekerja dan tuan kedai atau kelab hiburan)
7. Orang yang menjual arak (tuan kedai dan kelab hiburan)
8. Orang yang mendapat hasil daripada arak (tuan kedai dan pemegang saham)
9. Orang yang membeli arak (peminum atau pekerja)
10. Orang yang meminta dibelikan arak untuknya (peminum)

(Riwayat Ibnu Majah, Jilid 4, hadis nombor 3380 & 3381 dan riwayat Tarmizi, Jilid 2, hadis nombor 1312)

Industri arak hanya haram ke atas orang Islam. Orang bukan Islam, mereka berhak menikmatinya. Namun, pihak kerajaan mestilah mengawal agar arak itu hanya benar-benar dinikmati oleh orang bukan Islam. Jika kawalan tiada, maka orang Islam yang longgar imannya akan turut meminumnya.

Dalam masa yang sama, pihak kerajaan hendaklah berusaha menyelamatkan orang-orang Islam yang selama ini sudah 'terkandas' sekian lama dalam industri arak ini.

Apalah maknanya kita menjemput tokoh-tokoh ulama dan sarjana Islam dunia, seperti Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi, Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili dan ramai lagi, jika pada masa yang sama apa yang alim-ulamak ini sudah bahaskan panjang lebar mengenai arak di dalam kitab-kitab mereka tidak diambil perhatian. Orangnya kita sanjungi, ajarannya kita tolak ke tepi.

Tidak guna juga, jika parti-parti politik saling menuding jari antara satu sama lain, sedangkan makin ramai anak-anak yang membesar daripada rezeki arak yang haram. Selepas itu, para pemimpin kerajaan mulai pening dengan 1001 gejala keruntuhan akhlak. Sedangkan, salah satu punca anak-anak itu menjadi liar dan jahat, adalah kerana daging yang tumbuh di dalam diri mereka adalah bersumberkan arak.

Nabi SAW menegaskan: "Betapa banyaknya orang yang rambutnya kusut-masai, badannya berdebu lantaran terlalu lama dalam pelayaran, makanannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan perutnya dipenuhi dari yang haram, diangkatkan kedua tangannya seraya berdoa: Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Bagaimana boleh Tuhan mengabulkan doanya." (Riwayat Muslim) dan juga pesan nabi lagi: "Daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka neraka lebih layak baginya." (Riwayat Thabrani).

Wallahua'lam

pesta buang bayi datang lagi....Mayat Bayi di temui Dalam Beg Plastik Terapung Di Sungai

Johor Bahru: Keseronokan dua anak Orang Asli mandi sungai dekat Perling di sini bertukar trauma semalam, apabila beg plastik terapung berhampiran mereka yang diharapkan mengandungi pakaian terpakai, sebaliknya berisi mayat bayi perempuan yang dipercayai dilempar sejurus dilahirkan





UNIT forensik memeriksa mayat bayi yang ditemui dalam beg plastik di sungai oleh dua budak Orang Asli Kampung Bakar Batu, Perling, semalam.

Dalam kejadian di Sungai Danga yang mengalir melalui Perkampungan Orang Asli Bakar Batu di Jalan Perling di sini, bungkusan plastik kuning itu mulanya ditemui Tina Paizal, 9, bersama rakan sebayanya, Mazni John, ketika mereka sedang mandi di situ kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Mazni berkata, beliau tidak menyangka bungkusan yang dijumpai itu mengandungi mayat seorang bayi yang dihanyutkan arus ke tempat yang mereka selalu mandi-manda.
“Mulanya kami sangka bungkusan yang terapung berdekatan tempat kami mandi itu ada pakaian terpakai yang dibuang, lalu saya dan Tina menariknya naik ke tebing untuk dibuka.

“Bagaimanapun, bila kami buka, nampak ketulan daging, rupa-rupanya mayat bayi, ia membuatkan kami berdua sangat takut sebelum berlari pulang. Kini saya takut untuk mandi di sungai itu lagi," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian itu.

Ibu Tina, Merah Lat, 28, berkata ketika kejadian beliau berada di rumahnya yang terletak kira-kira 20 meter dari sungai terbabit sebelum terkejut melihat Tina yang pulang dalam keadaan ketakutan sambil menangis sebelum dipujuk menceritakan kejadian yang berlaku.

“Saya terkejut apabila diberitahu mengenai penemuan mayat bayi itu, sebelum mengajak beberapa penduduk kampung ke tebing sungai untuk melihat sendiri dan menghubungi polis.

Gambar: MAZNI John bersama Tina Paizal (kanan), trauma selepas menemui mayat bayi dalam beg plastik ketika mandi di sungai Kampung Bakar Batu, semalam.

“Berikutan kejadian itu, anak saya juga berada dalam keadaan ketakutan apabila menggigil dan tapak tangannya terasa sejuk, mungkin kerana takut terserempak mayat bayi terbabit," katanya.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata mayat bayi perempuan terbabit yang dilahirkan cukup sifat dipercayai baru dibuang ke dalam sungai berhampiran perkampungan terbabit oleh individu tertentu.

“Siasatan yang dijalankan terhadap mayat bayi itu mendapati ia tidak mengalami sebarang kecederaan pada badannya dan dihantar untuk bedah siasat di Hospital Sultanah Aminah, " katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit, yang jika disabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga dua tahun denda atau kedua-duanya sekali.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian terbabit, diminta hubungi menyalurkan maklumat melalui hotline Polis Johor menerusi 07-2212999. -BH

Sunday, January 16, 2011

Normala Sudirman...di sah calon PAS pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini.



PAS meletakkan calon wanita - Normala Sudirman - untuk bertanding mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis ceramah Pakatan Rakyat di Dataran Wayang Pacak di Labis.

Hadir memberi sokongan ialah presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, penasihat DAP Lim Kit Siang, setiausaha agung PAS, serta beberapa pemimpin Pakatan yang lain.

Normala merupakan ketua Muslihat PAS Labis, dan tidak pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini.

Normala adalah guru lulusan Kolej Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang dan bertugas di Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah, Segamat, sebelum meletak jawatan baru-baru ini.

Beliau berbuat demikian kerana undang-undang pilihan raya melarang kakitangan kerajaan bertanding dalam pilihan raya.

Keputusan PAS meletak calon wanita di Tenang dilihat sebagai satu langkah untuk mensasarkan sokongan pengundi Cina yang merupakan 39 peratus pemilihan berdaftar di Tenang.

Pemilihan Normala juga akan membantu menyekat persepsi di kalangan bukan Islam yang mellihat PAS sebagai sebuah parti Islam konservatif yang mendiskriminasi terhadap wanita.

Seramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat menjadi kunci untuk mengurangkan majoriti BN sekiranya ia dapat mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil 30 Januari depan.

Pengundi Melayu, yang majoritinya merupakan penduduk perkampungan Melayu dan peneroka tanah rancangan Felda, adalah penyokong tradisi Umno.

Walaupun lebih sedikit daripada separuh pengundi Cina menyokong PAS dalam pilihan raya umum lalu, tetapi dipercayai masih ada ruang untuk meningkatkan lagi sokongan mereka kali ini.

Terdapat kemungkinan Umno juga akan meletakkan calon wanita bertanding di Tenang. Pergerakan itu telah melobi pucuk pimpinan untuk meletakkan ketua Wanita Labis, Haslinda Salleh bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.

Calon BN akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Rabu ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 22 Januari sebagai tarikh penamaan calon

KES ROGOL AMAH:RAIS LEBIH HEBAT DARI PERDANA MENTERI



Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi berhadapan dengan siasatan pelacuran di Milan berhubung penari kelab malam remaja yang menghadiri parti di kediaman persendirian beliau.

Menurut Majistret semalam, mereka menyiasat tuduhan bahawa Berlusconi membayar sejumlah wang untuk mengadakan hubungan seks dengan Karima El Mahroug, 17, yang lebih dikenali sebagai Rubi Rubacuori.
Mendapatkan perkhidmatan seks dengan pelacur di bawah usia 18 tahun adalah satu kesalahan di Itali.
Pendakwaraya itu turut memberitahu mereka juga menyiasat sama ada Berlusconi mencampuri urusan polis ketika mengarahkan Ruby dilepaskan selepas ditahan kerana mencuri. – Reuters...

ITU DENGAN PELACUR BRO..KAT MALAYSIA KITA NI ADA ISU MENTERI ROGOL PEMBANTU RUMAHNYA ENTAH BETUL ATAU TIDAK KITA TAK TAHU PASAL POLIS SENYAP AJEKE?..LAPORAN DAH DIBUAT..

HEBAT BETUL MENTERI RAIS YATIM TAK PERLU DISIASAT.... PERDANA MENTERI ITALI DENGAN PELACUR PUN KENA ...HEBAT MALAYSIA....APA TAK NYA GURU MURSYID DIA NAJIB ALTANTUYA...DAH SUNTUT DEPAN BELAKANG ALTANTUYA...C4  POMPUAN TU SAMPAI JADI DEBU,REKOD IMIGRESEN HILANG...C4 KELUAR DARI KANDANG KDN PUN DAH JELAS BUKTI KUAT...PUN TAK ADA APA APA  TINDAKAN...INILAH UNTUNG NEGARA 1 MALAYSIA DI PERINTAH OLEH PENJENAYAH...

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here