cari maklumat di sini

Your Ad Here

Monday, January 17, 2011

Selamatkan umat Islam dari industri arak.....kerajaan pusat UMNO-APCO buat apa...tidor tau asik berpoya poya ke...???



Arak. Haram tetap haram. Tiada alasan tiada dolak-dalik. Jika terasa diri kebal dengan hukum Tuhan, maka lawanlah. Nanti di akhirat, rasalah azab yang pedih. Dibakar di dalam api neraka yang panasnya tidak dapat dibayangkan. Hancur dan luluh kulit, isi dan tulang. Bukan sehari, bertahun-tahun. Bahkan mungkin tiada penghujungnya.

Inilah isu terbaru di Selangor atau lebih tepat di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Isu kelab hiburan yang tidak lagi boleh menggajikan pekerjanya daripada kalangan orang Islam.

Kenapa? Adakah kerana namanya kelab hiburan? Tidak, Islam tidak mengharamkan hiburan secara melulu. Antara sebab ia menjadi haram, apabila di kelab malam itu ada menjual arak dan adanya hiburan yang bercanggah dengan hukum Allah.

Tidak sukar bagi umat Islam menerima peraturan baru daripada pihak MPSJ - dengan syarat mereka beriman sepenuh hati - bahawa setiap amal perbuatan di atas dunia ada kesannya di akhirat. Masalah timbul apabila keimanan hanya sebutan bukan keazaman dalam hati.

Dari situlah terbit rasa 'melawan' dengan ketetapan Tuhan. Kononnya, itulah sahaja mata pencarian yang cocok dengan diri. Bahkan 1001 alasan akan digubal demi menjustifikasikan 'halal' atau 'harus' berkerja di kelab malam yang menjual arak dan menyediakan hiburan terlarang.

Dalam Islam jelas, arak adalah ibu kepada dosa dan maksiat. Arak atau apa sahaja nama moden yang diberi kepadanya, membuatkan peminumnya menjadi pening, mabuk dan bertindak di luar batas kemanusiaan.

Dalam bahasa lain, arak 'menghilangkan kewarasan akal'. Orang yang tidak waras, tidak kisah bercumbu di khlayak awam, membuang air kecil sambil berdiri di tepi lif bahkan memukul pasangan atau membunuh orang!

Kata nabi: "Ada pun arak ialah sesuatu yang menghilangkan akal," (Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5, Hadis nombor 5423)

Atas sebab-sebab itulah, Islam memandang serius isu arak. Nabi Muhammad SAW telah menggariskan secara jelas, industri arak dan mereka yang terlibat di dalamnya, menanggung dosa yang sama.

Mereka dilaknat Allah dunia dan akhirat. Pendapatan atau gaji yang mereka terima itu adalah haram mutlak. Membawa ia pulang dan menyuapkannya ke mulut anak isteri juga adalah haram. Bahkan, di sisi Islam, jika orang Islam yang bergaji RM50 juta sebulan sekali pun; tetapi ia bersumber daripada sektor arak, mereka orang itu tetap dianggap 'fakir'.

Ini kerana, gaji itu adalah haram untuk dimanfaatkan - sehingga melayakkan mereka mendapat bantuan zakat (rujuk Fatwa Agihan Zakat Selangor, 29 Ogos 1994, Sel.P.U.130).

Ibnu 'Umar r.a dan Anas bin Malik r.a telah melaporkan bahawa Rasulullah SAW telah menegaskan, ada 10 golongan berhubung-kait dengan arak yang mendapat laknat daripada Allah, mereka itu ialah:

1. Orang yang memerah arak (pekerja)
2. Orang yang diminta arak diperah untuknya (peminum atau tuan kedai arak)
3. Orang yang meminumnya (peminum)
4. Orang yang membawanya (pemandu atau pramusaji)
5. Orang yang meminta dibawa arak kepadanya (pelanggan, peminum atau pekerja)
6. Orang yang memberi minum arak kepada orang lain (pekerja dan tuan kedai atau kelab hiburan)
7. Orang yang menjual arak (tuan kedai dan kelab hiburan)
8. Orang yang mendapat hasil daripada arak (tuan kedai dan pemegang saham)
9. Orang yang membeli arak (peminum atau pekerja)
10. Orang yang meminta dibelikan arak untuknya (peminum)

(Riwayat Ibnu Majah, Jilid 4, hadis nombor 3380 & 3381 dan riwayat Tarmizi, Jilid 2, hadis nombor 1312)

Industri arak hanya haram ke atas orang Islam. Orang bukan Islam, mereka berhak menikmatinya. Namun, pihak kerajaan mestilah mengawal agar arak itu hanya benar-benar dinikmati oleh orang bukan Islam. Jika kawalan tiada, maka orang Islam yang longgar imannya akan turut meminumnya.

Dalam masa yang sama, pihak kerajaan hendaklah berusaha menyelamatkan orang-orang Islam yang selama ini sudah 'terkandas' sekian lama dalam industri arak ini.

Apalah maknanya kita menjemput tokoh-tokoh ulama dan sarjana Islam dunia, seperti Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi, Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili dan ramai lagi, jika pada masa yang sama apa yang alim-ulamak ini sudah bahaskan panjang lebar mengenai arak di dalam kitab-kitab mereka tidak diambil perhatian. Orangnya kita sanjungi, ajarannya kita tolak ke tepi.

Tidak guna juga, jika parti-parti politik saling menuding jari antara satu sama lain, sedangkan makin ramai anak-anak yang membesar daripada rezeki arak yang haram. Selepas itu, para pemimpin kerajaan mulai pening dengan 1001 gejala keruntuhan akhlak. Sedangkan, salah satu punca anak-anak itu menjadi liar dan jahat, adalah kerana daging yang tumbuh di dalam diri mereka adalah bersumberkan arak.

Nabi SAW menegaskan: "Betapa banyaknya orang yang rambutnya kusut-masai, badannya berdebu lantaran terlalu lama dalam pelayaran, makanannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan perutnya dipenuhi dari yang haram, diangkatkan kedua tangannya seraya berdoa: Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Bagaimana boleh Tuhan mengabulkan doanya." (Riwayat Muslim) dan juga pesan nabi lagi: "Daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka neraka lebih layak baginya." (Riwayat Thabrani).

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here