cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, May 14, 2011

BANGGANG...NAIK KERETA TAPI KENA UGUT DENGAN PENUNGGANG MOTORSIKAL...AKHIRNYA TEMAN WANITA DIROGOL BERGILIR-GILIR DI DEPAN MATA



SERI ALAM: Seorang lelaki hanya mampu merayu sambil tangan dan kakinya diikat, ketika teman wanitanya yang juga seorang ibu tunggal beranak satu dirogol bergilir-gilir dua penjenayah bersenjatakan pisau di sebuah rumah kosong di Telok Jawa di sini, pada jam 2.25 pagi, Isnin lalu.

Terdahulu mangsa berusia 26 tahun memandu kereta bersama teman wanitanya berusia 24 tahun berhenti di persimpangan lampu isyarat di kawasan berhampiran, sebelum didatangi dua suspek yang menunggang motosikal sambil mengacukan pisau ke arah mereka.
Seorang daripada suspek turun dari motosikal dan mengugut akan mencederakan pasangan itu sebelum mangsa diarahkan memandu kereta ke sebuah rumah kosong, manakala seorang lagi penjenayah mengekori dari belakang dengan menunggang motosikalnya.

Difahamkan, ketika tiba di rumah kosong itu, tangan dan kaki mangsa diikat dan dua penjenayah berkenaan kemudian merogol teman wanitanya.


Lelaki terbabit dikatakan hanya mampu melihat dan mendengar tangisan teman wanitanya meminta tolong, sebelum mereka berdua ditinggalkan di rumah itu.

HM

Thursday, May 12, 2011

kakak siti nurhaliza anak dah berderet....tapi angau dengan jantan lain....!!!



Suami kepada penyanyi, Saida mendakwa isterinya sedang 'angau' dengan seorang lelaki sehingga menyebabkan rumah tangga mereka yang dibina sejak 15 tahun lalu terabai.

Mohd Ghazali Yahya Zikri seterusnya mendakwa, dia pernah berjumpa Saida dengan lelaki tersebut yang bernama Hafiz Che Mat berada di dalam sebuah kereta di Balakong, dekat sini.

"Saya telah tanya pada lelaki itu jika dia tahu Saida adalah isteri saya? Waktu itu, Saida menjawab lelaki itu mahu memulangkan telefon bimbit miliknya.

"Saya rampas telefon bimbit tersebut dan jumpa khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi perkataan seperti sayang, rindu dan sebagainya," katanya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu.

Lelaki tersebut kemudiannya memberitahu bahawa dia mempunyai bukti iaitu bil telefon menunjukkan Saida yang juga kakak kepada penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza menghabiskan masa berjam-jam untuk berbual dengan lelaki itu.

Mohd Ghazali seterusnya mendakwa, dia menganggap anasir luar itulah yang menyebabkan Saida mahu bercerai dan keluar daripada rumah kelamin mereka yang terletak di Alam Damai, Cheras, kira-kira sebulan lalu.

Pada prosiding itu, Saida atau nama sebenarnya, Siti Norsaida Tarudin mengakui mengenai kejadian dalam kereta yang didakwa suaminya itu, tetapi menambah hubungan dia dengan lelaki berkenaan sekadar rakan sekerja.

Pada masa itu, Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi berkata: "Industri kerja seperti kamu memang akan berjumpa ramai orang. Tetapi tidak perlulah saya bercakap banyak kerana semua orang tahu tentang hukum hakam".

Mohd Ghazali kemudiannya berdiri dan menambah, dia boleh memahami sekiranya Saida perlu berjumpa ramai orang, tetapi tidak perlu sampai ke tahap untuk memanggil sayang dan mendesak untuk bercerai.

"Bila saya siasat dia tidak mahu mengaku. Tapi bila saya sudah jumpa gambar-gambar dan SMS ada sayang, itu bukan rakan biasa.

"Saya sangat sedih, kecewa dengan isteri saya. Dahulu, dia seorang yang sangat lemah-lembut dan sekarang lupa tanggung jawab.

"Saya harap hakim boleh beri nasihat. Apa salah saya sehingga dia buat begini? Saya kasihankan anak-anak. Mereka sampai tidak pergi ke sekolah. Dulu dia tidak begini," tambahnya.

Selain itu, Mohd Ghazali juga memberitahu, dia tidak melihat masalah besar dalam perkahwinan mereka yang boleh membawa kepada perceraian, sebaliknya hanya masalah-masalah kecil.

Saida pula memberitahu, dia telah meminta cerai sejak tahun 2008 kerana tidak boleh menerima suaminya ekoran tiada persefahaman.

Selepas mendengar keterangan-keterangan yang dinyatakan oleh Mohd Ghazali dan Saida, Mohd Suhaily memutuskan untuk memberi peluang terakhir kepada pasangan tersebut untuk mencari penyelesaian dalam masalah yang dihadapi.

Beliau juga menasihatkan mereka untuk mengerjakan umrah seperti yang dicadangkan oleh Mohd Ghazali yang berhasrat mahu membawa isterinya itu ke Tanah Suci.

Saida yang pernah menyertai rancangan realiti, Akademi Fantasia bersetuju dengan cadangan itu namun memberitahu akan membawa ahli keluarganya bersama.

Pada prosiding sama, Mohd Suhaily memutuskan bahawa wakil hakam pasangan tersebut telah gagal untuk mencapai matlamat bagi menyelesaikan masalah perkahwinan mereka dan memutuskan agar diadakan semula perbincangan.

Sekiranya masih gagal, Mohd Suhaily menetapkan agar pasangan itu dibawa bertemu dengan wakil hakam yang akan dilantik oleh mahkamah.

Kes akan disebut semula pada 15 Jun depan.

nafsu dinasour ....Nenek 80 Tahun Dibelasah, Dirompak, Dirogol



NIBONG TEBAL: Seorang wanita warga emas berusia 80 tahun trauma selepas dibelasah, dirompak dan dirogol lelaki yang memecah masuk rumahnya berhampiran ladang kelapa sawit dekat sini, malam Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa yang tinggal berseorangan di rumah berkenaan terkejut apabila disergah seorang lelaki menutup muka menggunakan kain.

Sumber berkata, lelaki itu yang memecah masuk rumah mangsa kemudian mengugutnya menggunakan pisau sebelum menyelongkar barang peribadi mangsa.

“Mangsa cuba melarikan diri untuk mendapatkan bantuan, namun tidak berjaya apabila lelaki itu berjaya menangkapnya dan membelasahnya di muka sehingga cedera sebelum merogolnya.

“Selepas merogol mangsa yang tidak berdaya untuk melawan, suspek melarikan diri dengan mengambil seutas jam tangan dan telefon bimbit wanita itu.

“Mangsa yang mengalami kecederaan dan lebam di beberapa bahagian muka kini dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ).

“Risau akan keselamatan mangsa, seorang anaknya membawa mangsa pulang ke rumahnya di Ipoh,” katanya.

Sementara itu, anaknya yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian beliau keluar rumah untuk berjumpa rakan kira-kira sejam dan apabila pulang mendapati ibunya cedera kerana dipukul, dirompak dan dirogol.

Katanya, ini kali ketiga rumah ibunya dipecah masuk dengan yang pertama kira-kira 10 tahun lalu dan terbaru sebulan lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafien Mamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan sedang dijalankan.

Wednesday, May 11, 2011

Tidak ada bukti Osama meninggal dunia...????



Seorang anak pemimpin Al Qaidah Osama bin Ladin mengkritik pembunuhan sewenang-wenang atas ayahnya oleh pasukan elit AS dan mengatakan ayahnya sepatutnya diadili di pengadilan.

"Mengapa seorang lelaki tanpa senjata tidak ditahan dan diadili di pengadilan sehingga kebenaran dapat didedahkan kepada masyarakat dunia?" tanya Omar (gambar) dalam sebuah pernyataan yang dikirim kepada New York Times.

Anak keempat Osama bin Ladin, mengatakan, tidak adanya bukti berupa jasad dan foto, keluarga belum benar-benar yakin bahwa Osama sudah mati.

Keluarga berpendapat bahwa pembunuhan Osama telah melanggar hukum antarabangsa, sedangkan diktator-diktator seperti mantan Presiden Irak Saddam Hussein dan mantan Presiden Serbia Slobodan Milosevic telah diberi kesempatan untuk diadili.

"Kami berpendapat bahwa pembunuhan sewenang-wenang bukanlah penyelesaian untuk masalah-masalah politik dan pengadilan kejahatan untuk mencari keadilan harus dilakukan," ujarnya.

Keluarga mengatakan, mereka menuntut sebuah penyelidikan mengapa Osama dihukum tanpa pengadilan dan menuntut pembebasan tiga orang isteri dan beberapa anaknya, yang diyakini berada di tahanan Pakistan.

Pernyataan itu juga menyatakan keputusan AS untuk membuang jasad Osama ke laut telah menghilangkan kesempatan kepada keluarga untuk melakukan ritual keagamaan.

Pertanyaan berkembang di seluruh dunia tentang kesahihan operasi AS, yang melanggar kedaulatan negara asing, mendakwa bahwa tubuh Osama langsung dibuang ke laut dan larangan penerbitan setiap foto jasadnya.

Tuesday, May 10, 2011

bila hilang jiwa manusia di hati...jenayah menjadi jadi...ada penguatkuasa pun hanya makan gaji buta sampai ke mati....

Kaki Wanita Digonggong Anjing



Kaki kanan yang digonggong anjing peliharaan seorang peniaga kuih memberi petunjuk kepada penemuan mayat seorang wanita dipercayai dibakar sehingga rentung di tapak pembuangan sampah berdekatan sebuah sekolah rendah di Batu Kawah, pagi semalam.

Mayat wanita tidak diketahui identiti itu ditemui kira-kira 50 meter dari tempat kaki kanannya dilarikan anjing terbabit sambil menyalak ke arah tuannya yang secara kebetulan baru pulang dari berniaga, kira-kira jam 7 pagi.

Sebelum penemuan itu, wanita peniaga kuih berusia 50-an itu baru masuk ke rumah sewanya dan pelik apabila mendengar anjing peliharaannya menyalak tidak seperti kebiasaan.

Difahamkan, peniaga terbabit dikatakan pada mulanya tidak mempedulikan salakan anjingnya, namun hatinya tergerak untuk mengetahui punca sebenar sebelum menghampiri tempat haiwan itu berada.

NGERI... kaki kanan milik seorang wanita yang digonggong anjing.

Sebaik menghampiri anjingnya, dia terkejut melihat haiwan itu menggonggong kaki kanan yang tercabut dari paras lutut dalam keadaan rentung, namun tiada anggota badan ditemui di lokasi berkenaan.

Menurut sumber, wanita terbabit terus memanggil seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) yang secara kebetulan berada tidak jauh dari tempat kejadian sebelum menghubungi polis.

“Sebaik tiba, usaha mencari anggota badan mangsa berjaya ditemui selepas Unit Anjing Pengesan diarahkan bergegas ke lokasi kejadian.

“Seorang penduduk memberitahu ternampak kepulan asap beberapa hari lalu, namun tidak menyangka kejadian seumpama ini berlaku.

“Ini kerana penghuni menyangka ada penduduk membakar tayar kira-kira jam 11 malam. Namun, pada masa sama, penduduk turut hairan kerana pembakaran berlaku lewat malam,” kata sumber berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Fauzi Bujang ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat terbabit.

Katanya, siasatan awal mendapati kaki kanan bercerai daripada anggota badan mangsa dipercayai digonggong anjing sebelum dibawa ke lokasi penemuan itu.

“Pemeriksaan ke atas mayat terbabit tidak menemui sebarang dokumen peribadi, namun hanya mengesahkan mayat terbabit adalah wanita.

“Polis masih menjalankan siasatan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. -hm

Harimau Bintang Menyorok Di Jasin, Melaka...?????

Anak harimau bintang mati digilis kenderaan




KEMENDOR - Seekor bangkai haiwan dipercayai anak harimau bintang ditemui mati setelah mukanya digilis kenderaan di Jalan Temelong Kemendor, 300 meter dari Sekolah Menengah Teknik Jasin (SMTJ) di sini, semalam.

Penduduk, Darus Ismail, 56, berkata, ia kejadian pertama kali berlaku di situ dan yakin haiwan berkenaan adalah anak harimau bintang berdasarkan cirinya seperti rosep gelap serta berbintik dan warna kulit lebih cerah di bawah.

Menurutnya, anak harimau bintang itu tersesat sebelum dilanggar kenderaan.

“Sebelum ini, saya tidak pernah terdengar kawasan di sini yang dikelilingi hutan terdapat harimau bintang.

“Terkejut juga apabila menjumpai anak harimau bintang ini,” katanya.

Menurutnya lagi, peneroka dan pekerja ladang di situ perlu berhati-hati dan berwaspada kerana tidak mustahil ibu haiwan berkenaan juga berada di kawasan berhampiran. -SH

Utusan bermain api



Gempar seluruh negara apabila akhbar Utusan Malaysia beberapa hari yang lalu seperti menyalakan api ketegangan antara agama ketika mencetus persoalan agama rasmi negara dengan spekulasi kononnya ada pihak tertentu yang berjuang untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi di negara ini.

Suatu fakta yang diketahui umum bahawa Perlembagaan negara telah memeteri Islam sebagai agama rasmi negara ini sementara ummat Islam pula masih menjadi golongan majoriti biarpun Malaysia adalah sebuah negara majmuk.

Justeru itu, Islam tidak sewajarnya tergugat dan ummat Islam tidak selayaknya membenarkan Islam digugat.PAS sebagai sebuah wadah perjuangan Islam di dalam negara ini pastinya tidak lebih rendah usahanya untuk memperjuang, mempertahan dan menegakkan Islam berbanding Umno dan Barisan Nasional.

Kegigihan serta kesungguhan PAS berjuang serta berkorban demi melihat Islam tegak dan berdaulat di dalam negara ini nyata tidak boleh dipertikai merentasi rekod dan sejarah perjuangannya.Sungguhpun PAS menyertai ‘kerjasama politik’ bersama parti-parti rakan kompenan Pakatan Rakyat (PKR dan DAP), namun PAS tidak pernah mengendurkan pedatinya untuk terus memacu perjuangan Islam, jauh sekali untuk berubah arah meninggalkan prinsip perjuangan yang didokong selama ini

Malah, pacuan semakin kencang ke arah menguasai negeri bahkan negara agar bebas dari cengkaman pengaruh dan kuasa Umno juga Barisan Nasional yang menjadi punca Islam dilihat lemah serta terdedah kepada ancaman setelah lebih 50 tahun mereka memerintah, mengurus dan mentadbir negara.

Andainya Islam hari ini dilihat terancam dan penganutnya pula lemah pegangan agama adalah menjadi tanggungjawab semua melewati peranan dan tugas yang sayugianya dilaksanakan.

Sementara kerajaan selaku pemegang amanah rakyat untuk menjaga agama, negara dan warganya mestilah mengambil tanggungjawab dengan penuh keinsafan melepasi jangkauan sempadan kepentingan politik dan parti.

Kita  melihat spekulasi yang ditimbulkan oleh Utusan Malaysia kononnya terdapat pihak tertentu yang berusaha untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini adalah berpunca dari kelemahan dan kegagalan Umno sebagai parti utama dalam Barisan Nasional menunaikan amanah yang digalaskan kepada mereka selaku pemerintah.

Lebih 50 tahun rakyat memberi kepercayaan dan mandat kepada Umno mewakili Barisan Nasional untuk memimpin dan mentadbir negara khasnya untuk melindungi agama Islam dan kesejahteraan rakyat.

Malang sungguh, malang seribu kali malang apabila Islam bukan sahaja tidak semakin kuat dan utuh tetapi dikesan umum bahawa ia semakin susut dan merosot.Jika Umno berjaya dan mampu menjaga agama Islam ini dengan baik dan menjadikan ianya semakin hari semakin kuat dan hebat, kita percaya dan yakin spekulasi untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi negara ini tidak akan timbul.

Bahkan,  dalam masa yang sama, penganut-penganut agama selain Islam akan terasa aman dan selesa untuk mengamal serta menganut agama mereka.Spekulasi yang dicetuskan oleh Utusan Malaysia ini bukan sahaja menampakkan kelemahan dan kegagalan ketara Umno dan Barisan Nasional selaku pemerintah, ia juga berpotensi menyalakan api ketegangan antara agama.

Pastinya situasi ini akan menggugat keamanan negara dan rakyat yang sepatutnya memperolehi hak hidup aman dan sejahtera.Spekulasi itu sangat tidak bertanggungjawab.
Selain dari potensi menggugat keamanan, spekulasi sedemikian juga dilihat umum sebagai usaha meraih perhatian politik murahan sekaligus percubaan nekad untuk menyembunyikan kelemahan dan ketidakupayaan mereka menjaga agama suci ini.

Monday, May 9, 2011

kerajaan UMNO-BN-APCO taja kekayaan tokeh gula dengan menindas rakyat




Harga gula akan naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa esok (10 Mei).

Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini.

"Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain.

Jelasnya, walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Beliau malah menyebut harga gula di negara-negara berkenaan sebagai perbandingan.

Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG).

Kenaikan yang dikenali sebagai "4-dalam-1" itu menimbulkan kemarahan banyak pihak, termasuk mewujudkan beberapa siri bantahan, terutamanya sekitar Kuala Lumpur.





Pada masa itu, harga gula turut meningkat 20sen, menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Sebelum itu, berlaku juga kenaikan pada 15 Julai tahun lalu dalam kenaikan "5-dalam-1.

Selain gula, turut mengalami kenaikan dua gred petrol, diesel, gula dan gas pada masa itu.



rentakinfo


kerajaan UMNO-BN penipu rakyat.. setelah menang pilihanraya negeri Sarawak sebagai platform selesa untunya menaikkan harga barang.

Menipu rakyat dengan istilah yang muluk-muluk, "rasionalisasi subsidi" dan kononnya, akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta sedangkan pembaziran kerajaan, ketirisan dan rasuah berbillion-billion jumlahnya tidak ditangani dengan sebaik-baiknya.

memang binatang punya kerja...!!!


Tekan lah lagi rakyat, perahlah lagi rakyat, kautlah apa yang korang nak sebelum masanya korang berambus dari tempat yang ada.

Naikkan lah lagi harga beras, susu, tepung dan kalau boleh harga garam pun korang naikkan.

Biarlah yang bodoh mengundi korang tu serik nak ngundi lagi....

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here