cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, April 9, 2011

kemaruk dan leka dengan video lucah....tahanan imigresen lari pun sampai tak perasan....!!!



Dalam sibuk-sibuk pasukan yang kuat menjaga negara dengan isu video, tiba-tiba seramai 109 tahanan melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Lenggeng.

Menurut laporan media kerajaan, sebahagian besar pendatang yang melarikan diri terdiri daripada rakyat Myanmar dan hanya sebilangan kecil dari Bangladesh, Nepal, Iran, Vietnam dan Thailand.

Mereka merusuh dan membakar sebuah bangunan sebelum melarikan diri pada 9.45 malam kelmarin (4 April).

Sama ada nampak atau tidak, boleh juga dikatakan musibah yang berlaku di Negeri Sembilan ini bala yang diturunkan oleh Allah bagi membuka fikiran kepada sesiapa yang boleh berfikir dengan akal.

Seperti yang rakyat sedia maklum, buat masa ini pihak polis yang menjalankan perintah pemimpin negara sedang sibuk memantau pergerakan aktiviti Pakatan Rakyat secara umum termasuk di Negeri Sembilan.

Bala yang tidak nampak dilihat oleh mereka yang buta mata hatinya ini juga satu tamparan kepada pemimpin Negeri Sembilan setelah Pusat Latihan Polis di Port Dickson dilanda wabak Adenovirus yang boleh membawa maut dan berlaku pula kes serangan asid di Seremban.

Menariknya, tragedi 109 tahanan melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Lenggeng berlaku selepas beberapa hari Adun kawasan itu didapati bersalah oleh mahkamah menerima rasuah.

Laporan media juga memetik kenyataan Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abdul Manan Mhd Hassan bahawa perusuh telah membakar sebuah bangunan tahanan dalam depot itu dan mengambil kesempatan untuk merempuh pagar 10 meter dari blok yang terbakar itu untuk melarikan diri ke dalam satu kebun kelapa sawit.

"Kita telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat bagaimana mereka memperoleh api untuk memulakan kebakaran," katanya kepada pemberita.

Abdul Manan berkata beliau yakin ramai lagi tahanan akan dapat ditangkap kerana semasa kejadian, mereka hanya mampu bersembunyi di dalam hutan yang gelap dan pada waktu siang, sekatan jalan raya, rondaan kereta polis serta tinjauan unit udara akan menghalang mereka mendapatkan bantuan pengangkutan awam.

rentikan peralat RCI ...korek korek dan gambar lucah hang tak settle lagi....!!!

Video seks: Peguam, pakar gesa Kabinet kubur idea tubuh suruhanjaya





settle dulu gambar yang ini....!!!

Beberapa peguam membidas Datuk Seri Nazri Aziz yang mengesyorkan agar diadakan suruhanjaya diraja siasatan bagi mengenal pasti identiti si pelaku dalam video seks didedahkan “Datuk T” bulan lalu — yang didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim — atas alasan elemen pelacuran.





Peguam-peguam yang dihubungi mempertahankan bahawa pelacuran bukan haram di Malaysia meskipun melanggan seks boleh dikenakan tuduhan dan menteri itu dicabar membuktikan alasan beliau.

Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee mengecam kenyataan Nazri, yang dikatakan tidak bermutu dan pertubuhan itu turut membantah penubuhan suruhanjaya hanya kerana satu klip video aksi seks.

“Jika ada kesalahan jenayah, maka ia seharusnya disiasat sebagai kes jenayah,” kata beliau kepada The Malaysian Insider menjawab kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, semalam.

Nazri mahukan satu suruhanjaya diraja siasatan diadakan untuk menentukan sama ada wujudnya aksi pelacuran dalam video seks yang didedahkan oleh “Datuk T” 21 Mac lalu, didakwa membabitkan Anwar yang merupakan Ketua Umum Pakatan Rakyat.

Malah menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, suruhanjaya tersebut juga perlu menentukan sama ada lelaki yang terlibat dalam aksi seks itu adalah Anwar, yang juga Ketua Umum PKR.

Anwar telah pun menafikan yang beliau adalah lelaki dalam rakaman hitam putih 21 minit itu, yang dipertontonkan kepada media pada 21 Mac lalu.

Kemudian sedutan klip 107 saat disebarkan menerusi dunia siber awal minggu lalu.

“Pelacuran adalah haram di Malaysia. Jika anda terlibat atau anda membantu dan bersubahat dalam (kerja-kerja) pelacuran, anda menaungi pelacur untuk tujuan seks, ini satu jenayah,” kata Nazri kepada The Malaysia Insider semalam.

“Suruhanjaya diraja akan menentukan identiti lelaki dalam video dan wanita yang dia adakan hubungan seks, sama ada dia itu adalah pelacur,” kata beliau lagi.

Dalam kenyataan susulan, Lim juga menekankan bahawa tiada peruntukan jelas berkaitan dengan elemen pelacuran.

“Pelacuran itu sendiri bukan satu kesalahan jenayah,” kata Lim.

Beliau mengakui ada beberapa peruntukan dalam undang-undang yang membolehkan mereka yang menawarkan seks bagi tujuan seks didakwa.

Sebagai contoh kata beliau, Seksyen 372A Kanun Keseksaan menyediakan peruntukan bagi tindakan ke atas mereka yang hidup hasil daripada atau perdagangan persundalan. Lim menambah, di bawah Akta Inkuiri Suruhanjaya 1950, Yang di-Pertuan Agong akan mempertimbangkan budi bicara baginda dalam menubuhkan suruhanjaya siasatan yang difikirkan mempunyai kepentingan awam.

Sehubungan Lim menasihatkan Kabinet agar menolak idea Nazri sambil berkata, suruhanjaya diraja bagi isu semasa membuang masa dan sumber, yang boleh digunakan untuk mengatasi krisis pendatang haram di Sabah, menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ketua Menteri Sarawak dan yang terbaru kematian di pejabat SPRM.

“Kabinet mesti beri keutamaan kepada masalah-masalah lebih besar dan penting, yang dihadapi institusi-institusi negara berbanding tingkah laku zina seseorang individu, (dalam kes ini) didakwa (melibatkan) seorang ahli politik,” kata beliau.

Andrew Khoo yang mengetuai jawatankuasa hak asasi manusia Majlis Peguam juga bersetuju dengan pandangan Lim.

“Penubuhan suruhanjaya diraja adalah untuk kepentingan negara dan saya tidak bercakap mengenai individu yang tidak memegang jawatan kerajaan,” katanya ketika dihubungi.

Khoo menekankan bahawa pada masa-masa lalu kerajaan hanya memutuskan penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat apabila dakwaan yang dibangkitkan berkaitan dengan sikap dan tingkah laku di pihak kerajaan.

“Dalam suruhanjaya mengenai (kes) VK Lingam, isunya berkaitan sikap tidak berat sebelah dalam bidang kehakiman. Dalam kes (bekas setiausaha agung MIC) DP Vijendran, beliau merupakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat pada ketika itu,” kata Khoo.

“Di sini, persoalannya ialah 'institusi kerajaan yang mana telah dikompromi?' Jawapannya tiada. Jadi, mengapa kita perlu mengadakan siasatan sebegitu?” tambah Khoo.

Beliau juga menimbulkan persoalan mengapa perlu diberikan layanan khas dalam kes video seks sedangkan ada undang-undang untuk menangani isu berkenaan.

Sehubungan itu kata beliau, idea agar diadakan suruhanjaya diraja bagi kes video seks perlu dikuburkan segera kerana jika tidak akan ada cadangan seumpama itu bagi setiap perkara pada masa-masa mendatang.

Pakar undang-undang jenayah, Cheow Wee juga berpandangan sedemikian.

Cheow berkata beliau tidak boleh percaya bagaimana Nazri boleh mengesyorkan idea sedemikian agar diadakan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan tidak berasas kononnya seorang ahli Parlimen melanggan pelacuran.

Malah kata beliau, adalah terlalu awal untuk diadakan sebuah suruhanjaya diraja di peringkat sekarang memandangkan pihak polis belum melengkapkan siasatan mereka.

“Jenayah apa yang mereka mengadu? Adakah mereka mengatakan salah bagi dua pihak yang bersetuju untuk mengadakan seks? Atau Anwar tidak boleh mengadakan seks? Atau tindakan itu melibatkan pertukaran wang?

“Kita juga tidak tahu adanya (elemen) pelacuran dalam video ini. Dan, jika ia adalah Anwar, dan adakah dia mengadakan seks dengan orang lain?” kata beliau yang turut mengambil bahagian dalam suruhanjaya diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock ketika disiasat SPRM dua tahun lalu.

“Ia berkaitan dengan isu moral dan etika kerana ahli-ahli Parlimen dan menteri diharap akan menunjukkan moral yang tinggi, tetapi anda tidak perlukan suruhanjaya diraja bagi tujuan itu,” kata Cheow sambil menambah, isu semasa ini dimanipulasikan kerana kepentingan politik.

Sebaliknya kata beliau, polis seharusnya menyiasat sama ada wujud kesalahan jenayah membabitkan “Datuk T” yang mengakui terlibat dalam rakaman video seks berkenaan.

Friday, April 8, 2011

Masuk ICU kerana makan cendawan beracun



Sepasang suami isteri warga Thailand dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah di sini selepas diserang sawan akibat makan sejenis cendawan liar dipercayai cendawan busut atau tahun yang dikutip di kebun getah di Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam dekat sini pagi kelmarin. Mangsa, Thongthi Poi, 50, dan isterinya, Boonma Gaeonin, 41, yang datang dari negara jiran sejak dua tahun lalu menyara hidup dengan mengambil upah menoreh getah di Felda berkenaan.

Sebelum itu, mereka dikejarkan ke Hospital Jitra kira-kira pukul 4 petang kelmarin oleh seorang jiran sebelum dipindahkan ke HSB pada pukul 11 malam, hari yang sama. Menurut anak perempuan mangsa, Pawini, 21, ibu bapanya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan air liur meleleh keluar dari mulut di ruang tamu rumahnya di Felda Bukit Tangga. "Mak dan ayah kutip cendawan di kebun getah ketika keluar menoreh kira-kira pukul 6 pagi semalam (kelmarin) dan cendawan itu dimasak sup. "Mereka makan kira-kira pukul 12 tengah hari (kelmarin) dan sejam kemudian mak dan ayah mengadu pening, letih dan sakit badan sebelum tidak sedarkan diri," katanya ketika ditemui di HSB di sini semalam.

heloo SPRM pecacai UMNO....jangan pukul kami punya orang arrrrr....!!!!

Kastam Beri Amaran Kepada SPRM: Jangan Pukul Atau Jentik Pegawai Kami





Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung berharap anggotanya tidak akan "dipukul atau dijentik" ketika disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Presidennya, Ibrahim Ahmad berkata demikian ketika mengulas mengenai insiden melibatkan seorang anggotanya, Ahmad Sarbani Mohamed, yang ditemui mati di bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Rabu lalu.

"Kita minta (ketua pesuruhjaya) SPRM beri jaminan supaya pegawai yang disiasat tidak dipukul atau dijentik.

"Kita mahu (siasatan) ikut prosedur. Kita minta SPRM lebih profesional dan bertanggungjawab

Menjawab soalan, Ibrahim berkata, setakat ini belum ada laporan polis melibatkan anggota dikasari SPRM.

"Ini cuma kebimbangan kita. Kita tidak mahu (berlaku) paksaan dan kita tidak mahu (anggota kastam) dipukul.

"Kita tak pernah nak bersengketa dengan mana-mana agensi kerajaan. Kita hanya bekerja untuk memungut hasil negara," katanya lagi dalam satu sidang media di Kompleks Kastam Kelana Jaya petang ini.

Kebimbangan itu turut diulas oleh presiden Persatuan Pegawai Kanan Kastam, Mohd Noor Yusoff yang menjelaskan bahawa belum ada sebarang aduan dibuat berhubung perkara itu.

"Kita tidak ada (terima aduan), cuma pegawai-pegawai kanan yang ditahan itu tahu hak mereka.

"Kalau ada kes-kes dipukul, dipaksa, diugut, itu diluar jangkaan.

"Kita mengharapkan SPRM menjalankan siasatan dengan adil kerana mereka ini belum dituduh, cuma membantu siasatan," katanya.

Mengulas lanjut, beliau turut meminta media supaya membetulkan laporan berhubung insiden melibatkan Allahyarham Ahmad Sarbani.

"Kita juga berharap nama Allahyarham dapat dibersihkan daripada perkataan 'membunuh diri.'

"Beliau sangat jujur. Kita ingin nama beliau dibersihkan," katanya lagi dalam sidang media itu.

Jangan nak lembukan rakyat....Bersihkan nama Sarbani, jangan dakwa ‘bunuh diri’



Kesatuan Kastam memutuskan untuk mendapatkan penjelasan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mahu nama agensi itu dibersihkan selepas seorang penolong pengarahnya, yang disoal siasat di bawah Operasi 3B, ditemui mati di pejabat SPRM.

Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung juga mahu SPRM membuat penjelasan mengenai kematian Ahmad Sarbani Mohamed di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane kelmarin dan membersihkan namanya daripada dilabel “kes bunuh diri.”

“Kami berharap nama Sarbani akan dibersihkan daripada perkataan bunuh diri,” kata presidennya Ibrahim Ahmad kepada pemberita selepas pertemuan kira-kira dua jam dengan Cuepacs, badan induk kesatuan sekerja awam itu di Kelana Jaya dekat sini.

Turut hadir pada majlis hari ini ialah Persatuan Pengawai-pegawai Kanan Kastam, Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Sarawak

“Kami mahu mengadakan pertemuan dengan perdana menteri untuk dapatkan penjelasan dan membersihkan nama Kastam,” kata beliau.

“Kami juga mahu bertemu dengan ketua SPRM dan dapatkan penjelasan dan apa yang SPRM mahu lakukan selepas ini,” kata Ibrahim.

Beliau juga meminta SPRM supaya bertindak profesional dalam proses soal siasat mereka dan tidak menyebabkan sebarang kecederaan ke atas saksi dan suspek.

Ibrahim juga berkata, adalah tidak adil bagi SPRM menyasarkan pegawai-pegawai Kastam berhubung laporan kehilangan hasil cukai negara, didakwa RM108 bilion setiap tahun.

“Kami secara konsisten mengemukakan laporan hasil kami dan setiap tahun kami memperoleh sekitar RM28 bilion, jadi adalah tidak logik untuk kami bertanggungjawab bagi (kehilangan) RM108 bilion,” kata beliau.

Ahmad Sarbani ditemui mati di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di sini kelmarin.

Dia merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B, yang merujuk kepada kehilangan sumber cukai RM3 bilion.

Ia kejadian kedua dalam dua tahun ini. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor, pada Julai 2009 masih disiasat oleh suruhanjaya diraja.

Semalam, Najib mengarahkan polis dan SPRM menjalankan siasatan menyeluruh dan telus berhubung kematian Ahmad Sarbani.

Sehubungan itu, Perdana Menteri menegaskan, pentadbirannya tiada rancangan untuk mengadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes tersebut.

Pelbagai pihak meminta agar Putrajaya mengadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes terbaru ini.

menteri pelajaran lalok...gengster sekolah agama menjadi jadi...

20 Pelajar Belasah Seorang...melampau tu...macam tak ada buah aje...20 ekor beruk tu...!!!





Kuala Terengganu: Biadab apabila sekumpulan 20 pelajar dari sekolah di Marang bertindak seperti mafia kerana sanggup menempuh perjalanan sejauh dua kilometer untuk menceroboh sekolah agama lain semata-mata bagi membelasah pelajar sekolah berkenaan, pagi semalam.

Mangsa, Wan Nur Azri Wan Mohammad (gambar), 17, dari Kampung Bukit Surau Haji Daud, Marang, cedera di muka, dahi dan belakang badan akibat dibelasah kumpulan pelajar terbabit.

Ibu mangsa, Zalina Mamat, 45, yang ditemui di pekarangan Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, kecewa dengan tindakan ganas kumpulan pelajar itu.

“Saya menerima panggilan telefon daripada anak meminta saya dan suami datang ke sekolah segera sebelum talian putus kira-kira jam 11.15 pagi tadi (semalam).

“Saya menghubungi semula nombor berkenaan dan rakannya menjawab panggilan itu memberitahu anak saya dipukul sekumpulan pelajar,” katanya.

Tanpa berlengah dia yang bekerja di sebuah jabatan kerajaan bergegas ke sekolah berkenaan dan setibanya di sekolah, rakan anaknya memberitahu guru sudah membawa anaknya ke HSNZ untuk rawatan.

Menurutnya, menerusi perbualan dengan rakan anaknya yang menyaksikan kejadian itu, seorang daripada kumpulan pelajar yang menceroboh masuk itu datang ke kelas dan memanggil anaknya sebelum berjabat tangan tetapi kemudian mengheretnya keluar dari kelas.

“Melihat keadaan agak pelik kerana kumpulan pelajar terbabit menarik anak saya, rakannya yang lain turut mengikut ke mana dia dibawa mereka.

“Selepas melihat anak saya dibelasah, rakannya memaklumkan kepada guru dan tindakan pantas mereka mengelak keadaan menjadi lebih buruk,” katanya.

Bapa mangsa, Wan Mohammad Wan Yusof, 47, berkata dia tidak tahu punca yang menyebabkan anak kedua daripada empat beradik yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini dibelasah kumpulan pelajar berkenaan.

Menurutnya, laporan polis sudah dibuat kira-kira jam 1 petang semalam di Balai Polis Bukit Payong Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan masih menjalankan siasatan.

Menurutnya, berikutan kecederaan dialami mangsa, polis menunggu masa sesuai untuk mengambil keterangannya.

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Razali Daud, ketika dihubungi berkata pihak sekolah sudah membuat laporan polis mengenai kejadian membabitkan pelajar tingkatan lima sebuah sekolah agama di Marang itu.

Menurutnya, pihaknya memandang serius kejadian pelajar menceroboh sekolah lain dan memukul pelajar di sekolah berkenaan.

“Tindakan lanjut akan diambil selepas siasatan kejadian itu selesai,” katanya.



Gengster budak sekolah

KUALA TERENGGANU - Perasaan mahu membalas dendam yang membuak-buak mendorong sekumpulan lebih 20 pelajar sebuah sekolah menengah agama dekat sini menyerbu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Durian Guling, Marang untuk memukul seorang pelajar tingkatan lima.

Serangan ala gengster pada pukul 11 pagi itu berlaku apabila kesemua pelajar terbabit menceroboh sekolah mangsa lalu pergi ke kelas Wan Nur Azri Wan Mohamad, 17, selepas waktu rehat sebelum membelasahnya di belakang bangunan makmal.

Difahamkan, kumpulan pelajar tersebut datang ke sekolah berkenaan dengan menaiki kenderaan dari sekolah mereka yang terletak kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.

Bagaimanapun, nasib menyebelahi Wan Nur Azri apabila kesemua suspek bertempiaran melarikan diri selepas perkara itu dimaklumkan kepada guru SMKA Durian Guling.

Ibu mangsa, Zalina Mamat, 45, memberitahu, dia dan suaminya bergegas ke sekolah sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh anaknya. - kosmo



rentakinfo

menteri pelajaran lalok....
Bangunan sekolah runtuh, Interlok gagal, disiplin pelajar tak terkawal... banyak kes.

Thursday, April 7, 2011

banggang punya pemimpin haramjadah 1 malaysia....rakyat sarawak bukan lapar dengan bendera...!!!

Kempen Tidak Memadai Dengan Pemberian Bendera




Kempen pilihan raya BN Sarawak mendapat suntikan baru apabila perdana menteri menggempur kerusi panas Padungan yang majoritinya pengundi Cina pada lawatan seharinya.

Dengan dikawal rapi tidak kurang lima pengawal peribadi, Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan pekedai di sekitar pasar di Padungan yang sebelum ini dimenangi oleh PKR

Namun lawatannya yang diiringi oleh 150 ahli NGO 1Malaysia dan 50 jurugambar akhbar kelihatan sebagai satu lakonan untuk media daripada peluang bermesra dengan rakyat.

Walaupun sebahagian besar pemilik kedai di sini gembira dapat bertemu seketika dengan lelaki paling berkuasa di negara ini, namun terdapat seorang yang berani mempersoalkan mengapa Najib hanya membawa bendera 1Malaysia untuk lawatannya itu.

"Mengapa hanya beri ini (bendera 1Malaysia) kepada kami? Kami mahu wang. Ini masa pilihan raya, awak selalu bagi wang masa pilihan raya,” kata lelaki itu kepada Najib yang kemudiannya dengan segera dibawa beredar oleh pengawalnya.

Lawatan itu, termasuk ke sebuah rumah pangsa kos rendah, di mana 80 peratus penghuni Cina.

Turut berada di lokasi yang sama adlah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Melihat kehadiran setiausaha agung DAP itu, penyokong Najib terus melaungkan '1Malaysia'.

"Saya di kawasan ini. Jadi sebagai tanda hormat, saya datang dan bersalam dengan perdana menteri.

"Kami hanya bersalam dan berbual seketika sebelum diganggu oleh suara mereka yang terus bersorak,” kata Lim sambil tersenyum.

Wednesday, April 6, 2011

VIDEO SEKS - DI SOROK RAMAI TIDAK PERCAYA, BILA DIDEDAHKAN LAGI RAMAI TAK PERCAYA ITU ANWAR...!!!



Hari ini, ramai di antara kita yang telah melihat video lucah yang didalangi oleh `Three Strooges' yang masih belum ditangkap itu walaupun dikatakan video tersebut kini berada di tangan pihak Polis untuk siasatan. Siapa yang telah memuat turunkan video berkenaan ke dalam Youtube? Bukankah Rahim Thamby Chik mengaku hanya ada satu video sahaja yang asal?

Secara kebetulan saya petang tadi menonton berita NTV 7 jam 7. TV berkenaan menyiarkan sebahagian daripada klip video tersebut yang diambil dari youtube. Saya lihat aksi wanita berkemban, seorang lelaki memakai tuala dan kelibat seorang lagi lelaki sedang membetulkan kamera rakaman yang memakai baju lengkap.

Gambar di dalam hitam putih itu menunjukkan seorang lelaki wajahnya mirip Anwar sepintas lalu. Saya sempat menekan `freeze' (pause) pada alat kawalan jauh TV LCD saya untuk melihat wajah tersebut. Tidak perlu mengambil masa panjang, jelas itu bukan wajah Anwar terutamanya di bahagian misai dan pipi.

Paling ketara, walaupun sekejap ditunjukkan saya lihat bahagian perut lelaki berkenaan memang boroi dan dadanya (tetek) yang kelihatan berisi. Apabila ditunjukkan lelaki berkenaan bertuala membelakangi kamera, sekali lagi `confirm' pada saya itu bukan Anwar kerana melihat kepada punggung yang sedikit lebar dan berisi.

Saya belum lagi melihat video tersebut melalui youtube, tetapi banyak rakan di dalam FB turut menyebut jelas bahawa lelaki berkenaan bukannya Anwar.

Difahamkan, di dalam youtube video tersebut memang video seks yang telah dipertontonkan di Seri Casrcosa baru-baru ini tetapi telah di`edit' sebaik mungkin untuk menghilangkan beberapa tanda jelas menunjukkan perbezaan ketara lelaki berkenaan dengan Anwar. Ini hanya boleh dipastikan oleh mereka yang telah menonton video asal berkenaan termasuk Chegu Bard.

Chegu Bard di dalam mengulas klip video yang terdapat di dalam youtube tersebut berkata, "Klip itu adalah dari sumber yang sama tetapi ia di edit (sunting) sedemikian rupa untuk meyakinkan (orang ramai). Tetapi tempat-tempat yang begitu ketara, hodoh dan tidak sama dengan Anwar tidak disiarkan.

Ini memang kita sudah jangkakan berlaku" kata beliau kepada TVSelangor. “Mereka tidak akan siarkan semua, dan kenapa mereka tidak siarkan semua contohnya dengan posisi perut yang buncit, itu mereka tidak siarkan, sebaliknya mereka hanya mengambil yang mirip (Anwar) untuk memperbodohkan rakyat," tambah beliau. Badrul yakin Umno berperanan dalam

memuatnaikkan video yang disunting itu ke Youtube, malah telah meramalkan tindakan Umno itu dalam wawancara dengan TVSelangor pada minggu lalu. Beliau yakin tidak ada tindakan akan diambil terhadap pihak yang memuatkan rakaman itu di Youtube (tranungkite)

Kita patut bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana akhirnya tembelang puak-puak Munafik ini terbongkar satu persatu. Pengendali tayangan video seks masih bebas, video seks yang dikatakan hanya ada satu pita asal yang berada di tangan pihak berkuasa boleh tersiar di dalam youtube dan diedit sebaik mungkin adalah satu rahmat buat kita untuk mengenali siapakah Munafik sebenar untuk menjatuhkan Anwar.

Apabila video ini tersebar di dalam youtube oleh mereka yang bacul dan dayus, ini bermakna Anwar kini menghadapi fitnah IV setelah fitnah III di Seri Carcosa tidak laku lagi. Tidak susah untuk memikirkan mengapa video berkenaan secara pantas dimasukkan ke dalam youtube kerana Anwar kini sedang mengetuai PR untuk menawan Sarawak.

Kini, kita tunggu apa pula reaksi KPN setelah sebelum ini mendakwa video seks itu adalah tulen. Adakah pihak yang memuatkan video berkenaan ke dalam youtube akan ditahan atau ditangkap? Jika Rahim Thamby Chik yang menayangkan video seks tersebut masih belum ditangkap, apakah ada tangkapan untuk kes terbaru ini? Kita tunggu episod seterusnya...




sumber...

wfauzdin.blogspot.com

Tuesday, April 5, 2011

Tak sekolah, asal sokong Umno boleh jadi kaya....



Anehnya pendidikan hanya setakat tingkatan lima, namun boleh bergaya dengan kehidupan mewah dan kereta besar. Syaratnya jadi ketua Umno.

Sedangkan kita belajar sehingga ke luar negara, gaji hanya cukup makan, jauh sekali hendak pakai kereta besar.

itulah  yang membuatkan , Datuk Johari Abdul  berhenti sebagai Pengarah Biro Tata Negara untuk terlibat aktif dalam Umno,kata bekas anggota jawatankuasa Umno Sungai Petani yang kini anggota Parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.(gambar)

Beliau mendedahkan pernah menjadi pengurus kempen kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika beliau bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia.

Ketika itu berlaku perlawanan empat penjuru merebut jawatan tersebut di mana tiga lagi calon iaitu bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad, bekas Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa dan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tambi Chik.

Menurutnya hasil kesungguhan kempen membolehkan Zahid menang jawatan tersebut dan beliau mendedahkan diberi imbalan projek kerajaan sehingga menjadi kaya raya.
Beliau  ketika itu sudah senang lenang, namun peristiwa yang berlaku pada 1998 mengubah pendirian politiknya sehingga sanggup meninggalkan segala kekayaan untuk berjuang bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim,katanya pada ceramah di Kedai Buluh malam kelmarin.

Hadir sama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota Exco, Wan Ubaidah Omar, anggota parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan anggota jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

Biar pun suasana agak basah kerana hujan lebat pada awal malam, namun orang ramai tetap hadir bagi mendengar penjelasan Johari mengenai video seks dakwaan mirip pemimpin PKR.

Menjelaskan mengenai isu tersebut katanya, beliau merupakan pemimpin PKR paling awal diberi kesempatan menonton video terbabit selepas dipelawa berbuat demikian Tan Sri Rahim.

Katanya, Datuk Shuib Lazim yang merupakan bapa saudaranya menjadi orang perantara membawanya berjumpa dengan Rahim di sebuah hotel.

Malah beliau memberitahu Rahim memeluknya ketika sampai di hotel berkenaan dan bercakap dalam bahasa Inggeris.

Kata beliau peliknya video yang dipertontonkan di hotel berkenaan dalam hitam putih, sedangkan sekarang zaman canggih penuh dengan warna warni.

Video itu tidak ada muzik dan tanpa suara orang bercakap. Kamera tidak bergerak menyebabkan gambar tidak jelas.

Namun  beliau  boleh pastikan orang dalam gambar berlainan kerana perutnya boroi, punggung berisi dan badan sasa.

Sedangkan kita tahu Datuk Seri Anwar agak kurus, punggung nipis dan badan tidak sasa. Malah Pak Jang (Shuib) juga memberitahu orang dalam video bukan Anwar,” kata Johari.

Beliau juga menceritakan Rahim memintanya membawa lima anggota parlimen PKR bagi menyaksikan video tersebut.

Katanya, pada hari dijanjikan beliau membawa Datuk Kamarul Baharin, Rashid Din, Azan Ismail, Abdullah Sani dan Amran Ghani untuk menyaksikan video berkenaan.

Bagaimanapun kata beliau selepas berjam-jam menunggu akhirnya Rahim tidak datang hotel tempat dijanjikan.

Beliau juga mendakwa Rahim dikenal pasti antara pihak yang terbabit dengan pembikinan buku 50 Dalil Sebab Anwar Tidak Boleh PM.

”Oleh itu anak-anak muda perlu menurunkan orang tua-tua seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Rahim bagi mengelakkan negara menjadi hancur,” katanya.

1 lawan 1, agihan kerusi KEADILAN, SNAP hampir selesai




Tiada pertembungan sesama parti gabungan Pakatan Rakyat termasuk Parti Nasional Sarawak (SNAP), sebaliknya semua pihak mahu mewujudkan senario satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Baru Bian berkata, perbincangan pengagihan 41 kerusi antara KEADILAN dan SNAP juga hampir selesai, khususnya di kawasan majoriti Melayu.

Beliau berkata, semua parti gabungan juga sudah bersetuju DAP bertanding di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala PAS lima kerusi manakala bakinya ditandingi KEADILAN atau SNAP.

“Kita tidak mahu bertembung sesama sendiri kerana ia akan memberi kelebihan kepada BN Sarawak. Semua pihak mahu suasana satu lawan satu,” katanya pada sidang media, hari ini.

Turut serta, Pengerusi DAP Sarawak, Richard Wong Ho Leng, Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Sarawak memiliki 71 kerusi DUN. Sebanyak 15 kerusi yang ditandingi DAP ialah Padungan, Pending, Kota Sentosa, Batu Kawah, Simanggang, Repok, Meradong, Bukit Assek, Dudong, Pelawan, Bawang Assan, Kidurong, Piasau, Pujut dan Bukit Kota.

PAS pula bertanding di Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang dan Tanjung Datu.

Baru Bian turut mengesahkan bahawa kerusi Padungan kali ini akan ditandingi DAP manakala KEADILAN akan bertanding di Batu Lintang.

Sebelum ini, Padungan dimenangi calon KEADILAN manakala Batu Lintang diwakili DAP.

Pertukaran dua kerusi itu, kata Baru Bian membuktikan persefahaman erat antara parti gabungan Pakatan Rakyat.

Beliau menyeru setiap jentera Pakatan Rakyat memfokus kepada ‘peperangan’ sebenar dan memaksimumkan egala kekuatan supaya BN Sarawak tumbang pada pilihan raya kali ini.

Sementara itu, Ho Leng berkata, DAP akan mengeluarkan surat berkuasa kepada bakal calonnya di Kuching hari ini (2 April) dan di Sibu pada 3 April yang bakal disampaikan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng manakala Adam pula menyatakan PAS akan mengumumkan calonnya 4 April ini.

Pada Pilihan raya negeri 2006, DAP menang enam DUN, KEADILAN satu serta PAS yang bertanding sebuah kerusi hanya tewas lebih 800 undi kepada seorang menteri di DUN Beting Maro.

Trio 'Girl' Yang Terpaksa Tidur Dalam Lokap......sementara Trio Datuk T..entah bila nak kena tangkap....!!!



Tiga remaja perempuan boleh dianggap samseng apabila mereka ditahan selepas bertindak ganas memukul dan menyamun seorang murid perempuan tahun enam dalam kejadian di kawasan Sentul di sini Rabu lalu.

Difahamkan, dalam kejadian pukul 4 petang itu mangsa yang dikenali sebagai Melur, 12, mengalami lebam-lebam di seluruh badan akibat ditendang, dipukul hingga lembik, rambutnya ditarik dan kepalanya dihentak ke lantai.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian berlaku apabila tiga suspek berusia di antara 14 dan 15 tahun tersebut datang ke rumah mangsa ketika pelajar itu sedang menonton televisyen bersendirian di rumahnya.

Ketika kejadian, ibu anak sulung daripada dua beradik itu keluar bekerja manakala adiknya ke sekolah.

Katanya, sebaik dapat membuka pintu rumah dengan menendangnya, suspek terus memukul mangsa.

"Tidak cukup dengan itu, suspek turut menarik rambut dan memukul seluruh badan mangsa dengan tangan hingga mangsa tidak berdaya.

"Suspek turut memaki hamun dan marah terhadap mangsa selain salah seorang suspek yang 'naik hantu' bertindak menghentak kepalanya ke lantai hingga benjol," katanya kepada Kosmo! -kosmo



Di sekolah-sekolah terutama di bandar kini, gejala kenakalan juvena berlaku secara meluas. Lebih dasyat lagi apabila ia melibatkan remaja perempuan seperti kisah di atas.

Masyarakat di bandar juga tidak memperdulikan gelagat dan akhlak anak remaja mereka. Suasana persekitaran dengan pelbagai macam hiburan hedonistik mewarnai kehidupan masyarakat bandar sehinggakan tidak terbendung lagi gejala seperti diatas daripada berlaku.

Jika ada usaha untuk memperbaiki keadaan, ia bermula daripada akar. Iaitu "sistem nilai" masyarakat. Sistem nilai pula dimulai dengan pihak penentu dasar iaitu pemerintah (kerajaan).

Masyarakat jadi rusak apabila kerajaan itu dipimpin oleh manusia-manusia yang telah rusak akhlaknya kerana hadith Nabi berbunyi: "rakyat mengikut agama pemimpinnya".

Di negara kita, emm, menteri perogol ada, menteri bolehkan tayangan lucah pun ada, menteri perasuah ramai, silap gaya pembunuh pun ada.

Yang "Trio" satu lagi tu entah bila lagi akan ditangkap.


gb

Monday, April 4, 2011

Video Seks Anwar Di Youtube - Ternyata Ia Bukan Anwar



Kalaulah benar ini sebahagian daripada video yang digemparkan itu, ternyata sahih bukan Anwar.

Sebab daripada imej manusia yang dikatakan Anwar itu jelas bukan Anwar.

Dan sekali lagi kami menyatakan dengan tegas, Suruhanjaya DirajaTIDAK diperlukan semata-mata untuk mensahihkan samada imej itu Anwar ataupun bukan. Kerana memang ternyata ia bukan Anwar! Jangan perhabiskan wang negara semata-mata untuk melayani fitnah Datuk T dan UMNO ini.

Apatah lagi video seks fitnah ini dikatakan ditayangkan secara penuh di kursus Biro Tata Negara dan di pejabat Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), demikian kata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman.

Video 21 minit itu dipertontonkan kepada peserta BTN termasuk mahasiswa di Pulau Pangkor baru-baru ini, kata beliau.

Selain itu “puluhan” orang kampung di Penanti, Pulau Pinang juga dikumpul untuk menyaksikan video hitam putih itu di pejabat Kemas kawasan itu, tambah beliau.

Jelas ia semata-mata gerakan untuk mengaibkan Anwar, menjatuhkan Anwar dengan apa cara sekalipun sekalipun dengan mengedarkan video fitnah tersebut.

Sekaligus penayangan secara terbuka itu sekali lagi menyerlahkan tangan agensi persekutuan tertentu dalam menyebarkan video fitnah itu kepada orang ramai.

Ia agenda kotor dan jahat Datuk T & UMNO.

Jika begitulah permainan Najib, Datuk T dan UMNO, kesemua mereka akan binasa. Tunggu masa dan ketikanya saja.


Video tak layak dijadi bukti kerana boleh diubah suai



Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Md Hashim Yahya menyatakan rakaman video seks, tidak boleh dijadikan bukti atau saksi dalam dakwaan zina, apalagi sekiranya video tersebut tidak diketahui kesahihannya.

“Tak boleh diterima. Dalam Islam, video atau gambar tidak boleh dijadikan bukti jika semata-mata berpegang kepada bukti itu kerana benda-benda seperti ini boleh diselewengkan lebih-lebih lagi dalam zaman ketinggian sains dan teknologi sekarang ini,” tegas beliau kepada Keadilandaily ketika ditemui kediamannya di sini semalam.

“Zaman saya lima puluh tahun dulu pun kita boleh melihat gambar orang yang berdiri di atas pokok bunga. Macam mana berdiri atas pokok bunga? Itu teknologi 50 atau 60 tahun dulu.

“Sebab itu ia tak boleh dijadikan asas dalam syariat Islam kerana benda- benda ini boleh diubah suai. Sekarang kalau kita menonton aksi dalam filem, dengan aksi kita melihat seolah-olah ia benar terjadi tetapi hakikatnya (aksi itu) hanya berlaku dalam studio saja. Kadang-kadang dalam komputer sahaja,” ujar beliau.

Menurutnya dalam syariat islam, bagi sesuatu pertuduhan zina, seseorang yang menuduh seseorang individu lain melakukan perbuatan tersebut harus tampil mengemukakan empat saksi.

Sekiranya individu terbabit tidak berupaya membawa saksi berkenaan, maka dia perlu dikenakan hukuman qazaf atau 80 kali sebatan rotan.

“Sebenarnya banyak ayat Al quran yang menyentuh tentang soal Allah melarang kita mengaibkan dan menjatuhkan atau menuduh seseorang melakukan kerja tidak bermoral seperti liwat, zina dan sebagainya.

“Yang paling jelas apa yang berlaku kepada Saidatina Aisyah di mana Allah menceritakan bahawa ada tuduhan liar (qazaf) menuduh Saidatina Aisyah melakukan perkara tidak senonoh, tetapi akhirnya Allah menurunkan ayat Al Quran dan membebaskan Siti Aisyah daripada tuduhan itu,” ujar beliau.

Beliau turut menceritakan tentang kisah Hilal bin Umaiyah, yang menuduh isterinya berzina dengan Sharik bin Sahma, dan kemudian datang mengadu kepada Rasulullah.

“Rasullah kata kepadanya, “kamu perlu membawa saksi atau kalau tidak aku rotan kamu”.

“Lalu dia (Sharik) berkata kepada Rasullullah, kalau seseorang suami melihat seorang lelaki melakukan zina dengan isterinya, dengan mata kepalanya sendiri, apakah memerlukan kepada bukti dan saksi lagi?

“Lalu Rasullullah mengulangi kata-kata yang sama iaitu kamu perlu membawa saksi atau kalau tidak aku rotan
kamu, ” ujar ulama terkenal tersebut yang kini merupakan pensyarah syariah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Menurutnya, banyak lagi ayat Al Quran yang menerangkan tentang isu itu seperti surah An Nur ayat 4 yang menerangkan tentang qazaf kepada mereka yang melemparkan tuduhan zina kepada wanita yang baik, tetapi tidak dapat membawa empat saksi seperti yang digariskan dalam Islam.

“Dalam kes lain pun mereka tidak boleh menjadi saksi lagi sebab mereka sudah hilang kredibiliti (fasik),” ujar beliau.

Katanya lag, begitu juga dalam surah An nur ayat 23, bermaksud sesunguhnya mereka yang menuduh wanita-wanita yang baik, yang solehah dan beriman dengan tuduhan zina, mereka akan dilaknat oleh Allah dunia dan akhirat dan mereka akan mendapat azab yang sangat dasyat.

“Dalam surah Al Hujurat ayat 12, jelas Allah melarang kita jangan banyak bersangka buruk kerana sebahagian buruk sangka itu adalah berdosa. Kemudian Allah menyebut, Jangan kamu mencari-cari keaiban orang, ini di antara ayat yang diterangkan kepada kita,” ujar beliau.

Sebelum ini, tiga mufti tampil menyeru umat Islam supaya tidak percaya atau terpengaruh berita yang disebar golongan yang dianggap ‘fasik’.

Mereka adalah Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abd Wahid dan Mufti Kelantan, Datuk Mohammad Shukri Mohammad yang meminta umat Islam mengesahkan dulu sebarang maklumat yang diterima mereka.

nasib baik tak curi enjin.....

Sembelih enggang, lima askar digantung tugas



Seorang pegawai dan empat anggota tentera lain-lain pangkat yang menyembelih seekor burung enggang di Taman Negeri Royal Belum di Gerik, Perak baru-baru ini, dikenakan tindakan gantung tugas mengikut Akta Angkatan Tentera 1972.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata semua yang terlibat itu juga akan dihadapkan ke mahkamah untuk didakwa di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972.

"Berdasarkan siasatan, ada pemburu lain yang menembak enggang itu sehingga jatuh. Apabila melihat keadaan burung itu yang lemah (hampir mati), anggota-anggota tentera terbabit telah menyembelihnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Keluarga Kelab Anak Rantau di Bagan Datoh, di Shah Alam hari ini.

Ahmad Zahid berkata walaupun anggota tentera terbabit bukan pihak yang bertanggungjawab menembak burung enggang itu, mereka sepatutnya menyelamatkannya dan bukan bertindak menyembelih burung tersebut.

Sehubungan itu katanya, kementerian tersebut terpaksa mengambil tindakan disiplin ke atas semua anggota tentera terbabit.

Akhbar sebelum ini menyiarkan berita bergambar menunjukkan beberapa anggota tentera sedang memegang seekor burung enggang yang telah disembelih dan gambar itu tersebar di beberapa laman web.

Perbuatan itu mendapat bantahan orang ramai termasuk Persatuan Pencinta Alam.

- Bernama



JUMPA BURUNG YANG ORANG TEMBAK JATUH  DAH NAK MATI DEPA PI SEMBELIH
YANG JADI KANTOI PASAI DEPA AMBIK GAMBAQ TUNJUK KAT ORANG
LAST-LAST KENA GANTUNG TUGAS

BUKAN MAIN TANGKAS TINDAKAN KALAU KENA KAT ORANG BAWAHAN
ITU HARI ENJIN JET HILANG TAKDAK APA-APA PUN

AKTA PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR 1972 HANG PA LAJU
AKTA PENAPISAN FILEM 2002 PASAI APA BUAT LIAT?
DOK PI TAYANG VIDEO SEKS TULEN TU AWAT TAK TANGKAP PUN..?

MEMANG BABI SIAL PUNYA UMNO

2 Pegawai SPRM Muaturun & Tonton Video Lucah Di Pejabat.....nazri kata ok aje....!!!



SURUHANJAYA siasatan kematian pembantu politik, Teoh Beng Hock yang bersidang sejak 14 Februari lalu secara tidak langsung membuka mata masyarakat tentang cara kerja Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ini kerana, prosedur yang digunakan oleh badan berkecuali yang sebelum ini dikenali sebagai Badan Pencegahan Rasuah (BPR) baik dalam menyoal seorang suspek atau saksi ditanya dengan teliti, termasuklah oleh Pengerusi suruhanjaya, Tan Sri James Foong Cheng Yuen.

Tetapi, apa yang paling mengejutkan sudah pastilah pendedahan mengenai tindakan seorang pegawai SPRM, Mohd Asyraf Mohd Yunus yang menonton dan memuat turun bahan lucah semasa berada di pejabat.

Dan lebih malang, perbuatan itu 'terbongkar' di satu prosiding suruhanjaya yang dihadiri oleh media, tidak kira dari arus perdana mahupun daripada portal berita yang dikatakan pro-pembangkang.

Tidak dinafikan tiada individu yang benar-benar bersih daripada penyalahgunaan kemudahan di pejabat (terutamanya dengan kewujudan Facebook, Twitter, YouTube dan sebagainya) tetapi dibongkarkan dalam keadaan sedemikian rupa?

Dari satu sudut, persoalan yang timbul adalah apakah perbuatan itu akan diteruskan jika tiada saksi, (dalam kes ini Teoh) mati pada 16 Julai 2009 yang sekaligus akan menyebabkan tiada suruhanjaya yang akan bersidang.

Kredibiliti Mohd Asyraf terus diperkatakan kerana selain daripada insiden bahan lucah, dia dikatakan telah dicamkan secara positif dalam 13 kawat cam.

Semua kawat cam tersebut ekoran daripada laporan polis yang dilakukan oleh orang awam yang mendakwa mereka dikasari semasa berada di pejabat SPRM.

Salah seorang anggota suruhanjaya, Datuk T. Selventhiranathan juga meluahkan kebimbangan dengan jumlah laporan polis terhadap SPRM Selangor.

Menurut beliau, terdapat 59 laporan polis dibuat terhadap SPRM dan 21 daripadanya melibatkan SPRM Selangor walaupun setiap pegawainya menegaskan bahawa mereka hanya menggunakan pendekatan berhemah dalam menyoal balas saksi.

Malah, Bekas Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim sendiri mengakui bahawa beliau bukanlah seorang yang garang dan setiap saksi dilayan dengan baik kerana ia akan memberikan kesan kepada kes yang disiasat.

Keterangan-keterangan yang mengejutkan ini bagaimanapun bukanlah berniat untuk memalukan atau membuka pekung di dada SPRM.

Sebaiknya, James sendiri semasa menempelak Mohd Asyraf yang kerap memberikan jawapan 'tidak ingat' mengenai apa yang berlaku kepada Teoh sejak dia ditahan bermula 15 Julai 2009 mengatakan bahawa soalan-soalan panas itu ditanya untuk mengetahui prosider yang diguna pakai oleh SPRM.

"Kami perlu bertanya kerana antara terma rujukan suruhanjaya ialah untuk menyiasat sama ada prosedur siasatan terhadap si mati dilakukan oleh SPRM dengan betul, adil atau sebaliknya," jelas James.

Sepanjang prosiding yang melibatkan pegawai-pegawai SPRM, James dan anggota suruhanjaya juga berkali-kali meminta cadangan untuk membaik pulih imej SPRM yang tidak keterlaluan jika dikatakan telah tercalar dengan kematian Teoh. James juga mengakui bahawa mungkin ada di antara pegawai yang telah lama berkhidmat perlu sering diingatkan beratnya amanah yang dipikul ekoran telah mula 'besar kepala' dengan 'kuasa' yang diberikan.

Dalam beberapa sudut, selain mendapatkan gambaran yang jelas mengenai 'misteri' yang menyelubungi kematian Teoh, prosiding suruhanjaya juga boleh dilihat sebagai platform untuk memperbaiki imej, bukan sahaja oleh SPRM malah untuk semua yang terlibat.

Seperti penggunaan kamera oleh pihak polis yang ditegur oleh James secara berseloroh meminta supaya kamera lebih terkini digunakan kerana kualiti gambar yang dihasilkan kurang jelas kerana agak kehitam-hitaman.

Ini sekaligus menyebabkan gambar-gambar yang diambil oleh seorang pakar forensik, Dr Prashant Naresh Samberkar dengan menggunakan kamera peribadinya lebih menjadi pilihan peguam-peguam untuk digunakan sebagai rujukan sepanjang prosiding.

Walaupun 'teguran-teguran sinis' ini agak menyakitkan telinga yang mendengar, ia sebenarnya membawa maksud yang baik dan perlu dianggap sebagai 'leteran emak' ataupun 'teguran seorang bapa yang mengajar anaknya' kerana jika diperhalusi ia penuh dengan kasih dan sayang. -mstar


Dua pegawai SPRM muat turun bahan lucah

Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock hari ini mendedahkan bukan satu tetapi dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didapati memuat turun video lucah pada malam pembantu politik itu dijumpai mati.

Perkara itu didedahkan dalam laporan awal yang dikemukakan oleh penyiasat persendirian, Michael Leslie Squires, yang diupah oleh suruhanjaya berkenaan selepas menganalisis lima daripada enam komputer milik SPRM.

Pemeriksaan mendedahkan dua pegawai, Raymond Nion dan Mohd Ashraf Mohd Yunus pada malam 16 Julai, 2008 sedang memuat turun bahan lucah ke komputer mereka.

Semakan Squires ke atas komputer Ashraf mendapati beliau juga memuat turun wayang gambar, muzik dan melayari beberapa laman lucah antara tengah malam hingga jam 1.20 pagi ketika Teoh disoal siasat di premis SPRM Shah Alam.

Beliau juga menjumpai perkara yang sama di komputer Nion. -mk

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here