cari maklumat di sini

Your Ad Here

Friday, July 15, 2011

Rosmah Botox beli cincin berlian hasil menabung dari kecil....!!!....woiii mak badak hangpa nak kelentong sapa nie...????

Aku cuba nak pandang positif akan tajuk akhbar Utusan Meloya keluaran Jumaat 15 JUL 2011.

Ambil contoh Rosmah Mansor (RM) sudah menabung selama 50 tahun yakni dari tahun 1961 lagi. Bermakna beliau telah menabung selama 600 bulan samada simpan dalam tabung buluh atau tabung ayam dan sudah tentu seterusnya dalam bank.

Sekiranya simpan dibank, sudah pasti ada bank statement atau buku akaun simpanan yang mencatitkan transaksi keluar masuk duit tabungan tu. Mengikut Islam, beliau sudah tentu dikehendakki membayar zakat. Selama 600 bulan atau 50 tahun menyimpan bermakna beliau sedari awal tahun 1961 hingga 2011 telah menyimpan sebanyak RM40 ribu sebulan. Bayangkan diawal tahun 1961, nilai wang sebanyak RM40 ribu camne? Adakah RM dari keturunan bangsawan atau anak raja??

Selepas berkahwin dengan suami pertama dulu, adakah suaminya yang pertama tau akan tabiat menyimpannya yang sebanyak RM40 ribu sebulan tu?? Aku kurang pasti ada individu di 1 Malaysia ni yang berpendapatan sebanyak itu diawal tahun 1961 dulu. Sekiranya beliau mula menyimpan sebanyak RM40 ribu sebulan setelah berkahwin dengan Najib, aku percaya tetapi diawal tahun 1961 tu….aku paksa diri aku percaya jugak walaupun berasap otak aku mengatakan sebaliknya.

Agaknya, itulah sebabnya RM mendapat budget untuk menjayakan program PERMATA yang diusahakannya itu. Beliau nak menurunkan ilmu menabung kepada kanak-kanak agar mereka boleh mampu membeli apa yang mereka inginkan setelah dewasa kelak. Tidak mustahil kanak-kanak ni boleh memandu Lamborghini ataupun Ferrari apabila mereka dewasa setelah mengikuti kaedah menabung yang dianjurkan oleh Rosmah Mansor.

Kaedah menabung ni pun patut dianjurkan disekolah-sekolah untuk digunapakai oleh pelajar-pelajar kerana ianya amat berkesan setelah kini RM mampu membeli sebentuk cincin permata berlian berharga RM24 juta dari Jacob & Co, US hasil dari tabungan yang dibuatnya sedari kecil. Tahniah Rosmah, kaedah menabung mu sangat berkesan.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here