cari maklumat di sini

Your Ad Here

Saturday, August 7, 2010

chua soi lek....aktor seks tak sedar diri yang terlampau melampau....!!!!

Merujuk kenyataan Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek dalam Konvesyen Tahunannya ke 33 di Alor Star Kedah semalam (6 Ogos), jelas menunjukkan beliau masih mengalami tekanan dan gangguan mental "Islamophobia" yang parah.

Tambah malang beliau membuat rujukan yang lemah dan mentah mengenai Islam dan penganutnya apabila hanya menjadikan tulisan Syed Akbar Ali (Malaysia and the club of Doom) sebagai asas study casenya tetapi tidak pula merujuk kepada para alim ulamak atau cendikiawan Islam yang muktabar.

Malang berganda malah agak keterlaluan apabila Chua Soi Lek sekali lagi membuat kesimpulan bahawa negara-negara yang majoriti ummat Islam lah banyak mengamalkan rasuah. Saya lihat ini adalah kesan Chua Soi Lek berada lama di dalam BN bersama dengan Umno yang melihat dari dekat bagaimana rasuah itu berlaku secara berleluasa sehingga rasuah itu hanya melintas dari celah paha mereka.

Chua Soi Lek gagal membezakan Islam yang diperjuangkan oleh PAS berbanding Umno yang hanya mengaku Islam tetapi tidak mengaplikasi Islam dalam sistem pemerintahan mereka. Sehingga satu ketika dulu Umno kelihatan begitu parah dijangkiti virus rasuah. Sedang negeri yang ditadbir oleh PAS seperti di Kelantan hampir tiada tuduhan atau dakwaan rasuah malah belum ada satu kes pun kepimpinannya disabitkan kesalahan rasuah.

Chua Soi Lek juga dilaporkan bahawa beliau berkata, "di bawah pemerintahan PAS, generasi muda tidak akan mempeduli untuk mempelajari impak ke atas negara yang mungkin menjejaskan keadaan sosial dan pembangunan ekonomi negara".

Kenyataan ini sangat tidak adil dan sekali lagi menunjukkan beliau tidak cermat membuat kenyataan sedang negara yang dipimpin oleh BN di mana Umno dan MCA sebagai anggotanya sejak 50 tahun yang lalu, menyaksikan runtuhnya institusi sosial malah Datuk Chua sendiri pernah menggemparkan negara apabila turut tergelincir dalam kancah keruntuhan sosial yang beliau bimbangi.

Pembangunan ekonomi negara juga mengalami tahap surut yang agak mencemaskan negara dan rakyat. Fenomena ini turut menghakis keyakinan pelabur asing untuk melabur dalam negara kita. Tidak hairanlah FDI negara kita merudum teruk separas lebih rendah dari Indonesia. Realitinya, negara ini masih diperintah oleh BN dan MCA adalah anggotanya. Kenapa pula beliau cuba mengheret PAS dalam keruntuhan nilai ini.

Saya yakin kenyataan Chua Soi Lek ini adalah satu kenyataan murahan yang cuba meraih publisiti baru dan tumpuan rakyat kepada MCA dan kepimpinan beliau setelah MCA mengalami ribut tsunami yang memecah belahkan kesatuan parti mereka.

Saya nasihatkan Chua Soi Lek terlebih dahulu mengurus MCA dengan baik serta gilap kembali nilai integriti diri agar dirinya benar-benar diterima oleh MCA dan rakyat. Langkah beliau mempertikai atau mempersoal perjuangan PAS adalah dilihat sebagai satu tindakan escapism.

Sewajarnya beliau merujuk terus kepada dasar perjuangan dan Kepimpinan PAS dalam membuat nilaian terhadap agama Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini. Janganlah beliau membaca atau menilai Islam melalui kamus Umno walau mereka juga mengakui sebagai parti orang Islam, tetapi hendaklah melihat kepada realiti perjuangan Islam yang tulen sebagaimana yang diperjuangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan kini ianya disambung oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS).


Nasrudin Hassan

hishamuddin hanya pandai mengampu sepupu....!!!!




Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak layak memegang jawatan itu selepas beberapa insiden yang memalukan negara sehingga menyebabkan kredibilitinya kini tercalar begitu teruk sekali gus menunjukkan beliau gagal melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

Insiden pendatang tanpa izin bolos untuk kali kedua di Depot Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang Ahad lalu jelas menunjukkan ketidakupayaan sepupu Perdana Menteri itu memegang antara portfolio yang terpenting dalam Kabinet.

Ketika depot di bawah jagaan kementerian beliau gagal diawasi dengan cermat menyebabkan 20 tahanan warga Afghanistan melarikan diri, institusi kepolisian yang juga di bawah KDN disalahguna sepenuhnya terhadap peserta perhimpunan aman anti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada hari yang sama.

Sebelum ini, pada 27 April lalu, 12 warga Afghanistan dan empat warga Myanmar berusia 22 hingga 48 tahun menyusup keluar melalui ruang jeriji yang dipotong sebelum melarikan diri dengan memanjat pagar pusat tahanan sama.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ketika dihubungi Suara Keadilan berpendapat Hishammuddin tidak mempunyai pendirian yang tegas menerajui KDN selain hanya memberi sokongan sepenuhnya dalam cara apa pun kepada sepupunya, Datuk Seri Najib Razak.

"Kalau mengikut penilaian NKRA, beliau sebenarnya telah gagal melaksanakan tugasnya. Banyak isu yang beliau tidak dapat selesaikan dan tergantung sehingga kini.

"Isu Kugan, isu Teoh Beng Hock, isu Aminulrasyid, semuanya tidak mampu beliau selesaikan tetapi apa yang dia tahu buat hanyalah menangkap peserta perhimpunan aman yang bersenjatakan sebatang lilin," tegas Khalid.

Khalid menganggap Hishammuddin sebagai Menteri yang 'cakap tak serupa bikin' kerana acap kali perkara yang sama diperkatakan sebelum ini namun cakap hanya tinggal cakap tanpa sebarang respons yang positif dari beliau mahu pun KDN.

"Tindakan beliau jelas menampakkan sikap 'double standard' kepada pendemo dalam kes kepala lembu di mana Hishammuddin berkata dengan nada yang songsang bahawa negara ini mengamalkan demokrasi dan kebebasan bersuara.

"Tetapi muktahir ini kerajaan Umno-Barisan Nasional begitu terdesak dalam usaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap mereka lalu jalan terakhir adalah melalui kekerasan seperti yang kita melihat kezaliman terhadap perserta perhimpunan anti ISA," kata beliau lagi. -SK


Kalau mengikut track record, beliau gagal dalam banyak perkara. Contoh jelas ialah semasa dia menerajui Menteri Pelajaran, bagaimana di dalam isu PPSMI beliau menipu ahli bahasa dan sasterawan. Kegagalannya lebih terserlah semasa memegang portfolio KDN.

Berlagak hero, sekadar mencium keris, sedangkan tangan sebelah lagi memegang tin arak. Masihkah kau ingat?

Friday, August 6, 2010

bahana peter porn.... Suami Naik Angin, Arah Cut Tari Duduk Rumah



KES video lucah yang turut melibatkan Cut Tari telah membawa impak besar dalam kehidupan artis tersebut.

Setelah kehilangan beberapa pekerjaannya, dia juga kini tidak dibenarkan oleh suaminya, Yohannes Yusuf Subrata untuk ke luar dari rumah.

"Ketika kes ini terjadi Yusuf telah mengeluarkan larangan tersebut termasuklah tidak menemui rakan-rakan atau bersiar-siar secara bebas di luar.

Peguam mewakili Cut, Hotman memberitahu bahawa Yusuf telah meninggikan suara terhadap Cut Tari dengan kata-kata: "Mulai sekarang kamu jaga anak sahaja di rumah" dengan nada yang tinggi.

Bagaimanapun, larangan itu tidak membuat Yusuf meninggalkan isterinya ketika menghadapi masalah tersebut. Dia juga kelihatan sentiasa berada disamping isterinya dan memberi sokongan padu.

"Yusuf tak pernah bosan menemani isterinya ketika menjalani pemeriksaan berkaitan video lucah tersebut, malah ketika Cut Tari berbincang dengan saya tentang kes ini, Yusuf sentiasa menemaninya.

"Dia memang sangat mencintai isterinya itu," jelas Hotman.

Dalam pada itu, Cut Tari yang sangat tertekan dengan kes ini mengaku takut keluar rumah dan berhadapan dengan masyarakat. Dia juga bimbang tentang pandangan orang terhadap dirinya ketika ini.

Tambah Hotman lagi, Cut Tari kini sedang berusaha menjalani kehidupannya seperti sedia kala biarpun agak sukar.

"Sekarang Cut Tari sudah cuba untuk hidup seperti manusia normal. Seperti juga orang sakit ia akan pasti sembuh," ujarnya.

Thursday, August 5, 2010

Kes Bekas ADUN Ditembak Terus jadi Misteri




Misteri kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Datuk Abdul Aziz Mohd. Noh bersama Naib Ketua Wanita Umno Tanjung Karang, Siti Rohana Ismat dengan kesan tembakan pagi semalam terus menjadi perbualan dengan pelbagai teori dilontarkan.

Pelbagai andaian dibangkitkan bagaimana kedua-dua pemimpin Umno Tanjong Karang ini boleh terbunuh sebelum kereta mereka merempuh pembahagi lebuh raya dengan kesan tembakan di bahagian kepala.

Teori-teori yang dibangkitkan dalam pelbagai portal dan blog mendakwa kemungkinan ada pihak ketiga dalam kejadian itu.

Ia mempertikaikan ‘kemahiran’ melepaskan tembakan ngeri dari jarak dekat.
Bagaimanapun Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar telah menolak andaian sedemikian dengan meminta orang ramai tidak membuat spekulasi tidak berasas.
Katanya, polis tidak menolak kemungkinan kematian Abdul Aziz, bekas setiausaha politik Tan Sri Abu Hassan Omar bersama Siti Rohana adalah akibat tembakan daripada salah seorang mangsa itu sendiri.

Kata Khalid, berdasarkan siasatan awal, tembakan dilepaskan dari dalam kereta dan tidak melibatkan orang lain.

Polis menemui pistol jenis revolver .38 dalam kereta tersebut yang mengandungi dua peluru hidup dipercayai kepunyaan Abdul Aziz, yang juga ahli jawatankuasa Umno Tanjong Karang.

Hasil bedah siasat menunjukkan terdapat dua kesan tembakan pada kepala Siti Rohana dan satu tembakan di kepala Abdul Aziz.

Bekas ADUN itu ditemui mati bersama Siti Rohana, 43, kedua-duanya dengan kesan tembakan, dalam kereta yang terbabas di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Sungai Buloh dekat sini kira-kira 11 pagi.

Siti Rohana aktif dalam politik dan pernah menjadi pegawai peribadi kepada Abdul Aziz, dan mempunyai sebuah butik pengantin di Tanjong Karang.

Dalam pada itu, Allahyarham Abdul Aziz dilaporkan sepatutnya berkumpul bersama ahli keluarga termasuk adik-beradiknya malam tadi bagi meraikan kedatangan Ramadan.
Majlis berkumpul beramai-ramai yang diadakan seminggu sebelum Ramadan ini merupakan acara tahunan diraikan Abdul Aziz itu bersama keluarga terdekatnya.
Ramadan bermula minggu depan.

Namun, majlis makan malam bertujuan merapatkan hubungan keluarga itu bertukar menjadi kenduri arwah berikutan kematian mengejut Abdul Aziz, kata portal Malaysia-instinct.
Anak bongsu Allahyarham, Mohd. Anis Hisham, 33, yang kali terakhir beliau bertemu bapanya pukul 9 pagi semalam di rumah mereka di Shah Alam memberitahu:
“Kematian ayah mengejutkan saya dan semua ahli keluarga yang lain kerana ia berlaku menjelang Ramadan yang mana kami sudah merancang berkumpul untuk makan di rumah salah seorang saudara di Shah Alam malam ini (tadi).”

Mohd. Anis Hisham yang juga Exco Pemuda Umno berkata, sebagai anak bongsu dan lelaki tunggal daripada tiga beradik, beliau memang rapat dengan bapanya memandangkan kedua-dua mereka terlibat dalam politik.

Malah, katanya, beliau langsung tidak menyangka bahawa hubungan mereka bertambah rapat sejak akhir-akhir ini merupakan petanda Allahyarham akan meninggalkan keluarga buat selama-lamanya.

Sementara itu, adik Allahyarham, Rasiah Mohd. Noh, 63, berkata, beliau bersama keluarganya yang tinggal di Pulau Pinang datang ke Shah Alam Sabtu lalu semata-mata untuk bertemu dan berkumpul bersama keluarga Abdul Aziz dan dua lagi adik-beradik yang lain sebelum Ramadan.

“Acara berkumpul beramai-ramai seminggu sebelum Ramadan menjadi tradisi keluarga kami sejak turun-temurun.

“Dalam tempoh tersebut, kami akan bergotong-royong membersihkan kubur emak dan ayah dan mengadakan jamuan makan malam,” katanya sambil menyatakan perasaan amat terkilan tidak sempat menemui Abdul Aziz sejak tiba di Shah Alam kerana bercadang menemuinya malam tadi.

Sementara itu bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Ch’ng Toh Eng ketika ditemui malam tadi menyifatkan Abdul Aziz sebagai rakan seperjuangan yang mudah mesra dan rapat dengan orang bawahannya.

“Saya kenal beliau sejak 1980-an. Beliau rapat dengan para nelayan di Kuala Selangor dan amat bertimbang rasa dan selalu membantu golongan miskin,” ujar Ch’ng.
Sementara itu Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menganggap Abdul Aziz sebagai mentor beliau dan kehilangan pemimpin itu sukar diganti.

“Allahyarham adalah seorang yang mempunyai ‘very cool minded’ dan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan sendiri,” katanya.
Perkara yang sama ditekankan oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang sedih dengan kehilangan beliau.

(Malaysian Insider)

GILIRAN PAKATAN SELAMATKAN SELANGOR

Selepas kempen pusingan pertama 'Selamatkan Selangor' oleh Umno negeri itu tamat Ahad ini, tiga hari kemudiannya, giliran Pakatan Rakyat pula membuat serangan balas bagi menjawab isu-isu yang dibangkitkan dalam 19 siri ceramah sepanjang kempen tersebut.

Menariknya, penerangan balas kerajaan Pakatan melalui Skuad Komunikasi Selangor (SKS) akan dimulakan pada hari pertama umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan - dijangka 11 Ogos.

Pada masa yang sama, Umno - melalui Sekretariat Selamatkan Darul Ehsan (SSDE) - pula memilih berehat sepanjang bulan puasa, sebelum menyambung semula kempen fasa keduanya selepas Hari Raya Aidilfitri yang pada pertengahan September.

"Kita (Pakatan) akan mulakan kuliah di masjid-masjid seluruh Selangor. Kita akan edarkan risalah penerangan.

"Paling kurang pun, kita minta buat tazkirah sekurang-kurangnya 30 minit," kata pengarah penerangan di pejabat menteri besar Selangor Badrul Amin Bahron (kanan).

Bermula 23 Julai lalu, Umno Selangor menganjurkan siri jelajah fasa pertama di seluruh Selangor bagi menjelaskan mengenai "pembohongan kerajaan Pakatan" terhadap rakyat di negeri itu, antaranya menampilkan bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Nor.

Selain membangkitkan isu-isu berkaitan Anwar - yang juga penasihat ekonomi negeri - isu lain yang sering ditimbulkan dalam siri-siri ceramahnya berlegar sekitar pertadbiran hasil pasir di negeri itu.

Ketika dihubungi hari ini, Badrul berkata pihaknya memilih membuat penerangan di masjid-masjid sepanjang bulan Ramadan memandangkan pada masa itu ramai umat Islam berkumpul bagi beribadat.

Umno: Fasa kedua tanpa isu pasir



Badrul Amin juga menjelaskan selepas kerajaan negeri mengumumkan peruntukan RM15 juta untuk tujuan penerangan negeri, pihaknya akan menaikkan edaran akhbar negeri Selangorkini berkali ganda bagi menjawab dakwaan pembangkang negeri.

"Daripada 60,000, kita jangkakan meningkat kepada 300,000 naskhah diedarkan selepas hari raya Adilfitri nanti," katanya penceramah terkenal itu yang juga ahli majlis pimpinan pusat PKR



malaysiakini

Wednesday, August 4, 2010

bunuh kawan kemudian bunuh diri..betul ke nie....!!!!!

Mangsa mungkin tembak rakan sebelum tembak diri: Polis




MAYAT bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Kuala Selangor, Datuk Abd Aziz Mohd Nor, 63, diusung anggota polis selepas ditemui ditembak mati bersama pembantu peribadinya dalam kereta yang dinaiki mereka di Kilometer 476, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Sungai Buloh pagi tadi. Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata siasatan awal polis mendapati terdapat kesan tembakan di kepala kedua-dua mangsa. - Foto Berita Harian


2010/08/03

KUALA LUMPUR: Polis tidak menolak kemungkinan kematian bekas wakil rakyat Selangor, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, bersama Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang, Siti Rohana Ismat, di sini pagi ini akibat tembakan daripada salah seorang mangsa itu sendiri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata berdasarkan siasatan awal, tembakan dilepaskan dari dalam kereta dan tidak membabitkan orang lain.
Katanya, polis juga menemui sepucuk pistol jenis revolver .38 di dalam kereta tersebut yang mengandungi dua peluru hidup dipercayai kepunyaan Abdul Aziz.
Khalid berkata, hasil bedah siasat di Hospital Sungai Buloh menunjukkan terdapat dua kesan tembakan pada kepala Siti Rohana dan satu tembakan di kepala Abdul Aziz.

Katanya, Toyota Caldina putih itu dimiliki Siti Rohana dan waktu kejadian ia dipandu Abdul Aziz.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang yang berusia 64 tahun itu ditemui mati bersama Siti Rohana, 43, kedua-duanya dengan kesan tembakan, dalam kereta yang terbabas di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Sungai Buloh dekat sini kira-kira 11 pagi.

Kereta itu tersebut terbabas dari bahagian kiri ke bahagian kanan jalan.
Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

Abdul Aziz menjadi wakil rakyat dari 2004 hingga 2008 dan pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar, pada 1997.

Siti Rohana aktif dalam politik dan pernah menjadi pegawai peribadi kepada Abdul Aziz dan mempunyai sebuah butik pengantin di Tanjong Karang. - BERNAMA

Tuesday, August 3, 2010

bekas ADUN BN dan pembantu wanita mati di tembak....kali ini siapa pulak jadi kambing hitam....dan tiada parang....!!!!

Bekas ADUN Permatang Dan Pembantu Wanita Mati Ditembak



Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64 dan pembantunya, Siti Norazah, 43, mati ditembak ketika sedang memandu.

Kereta yang dinaiki mereka merempuh pembahagi jalan. Polis turut menemui sepucuk pistol berisi peluru di dalam kereta mangsa.

Kejadian berlaku di KM476 Lebuhraya Utara-Selatan pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, siasatan awal polis mendapati terdapat kesan tembakan di kepala kedua-dua mangsa.

"Siasatan juga mendapati tembakan dilepaskan dari bahagian dalam kenderaan yg dinaiki mangsa, siasatan lanjut masih dijalankan," katanya yang dipetik melalui status Facebook yang dikemaskini kira-kira pukul 1.30 petang, pada Selasa.

Mayat kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

Tambah Khalid, kes berkenaan disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan.

"Kita tidak menolak kemungkinan ini adalah satu kes pembunuhan dan bunuh diri, lain-lain butiran kita tak boleh beri setakat ini... biarlah polis siasat dahulu," katanya.

Katanya lagi, hasil maklumat saksi mengesahkan tiada individu lain dalam kereta mangsa ketika kejadian.

Abdul Aziz mewakili Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN Permatang selama sepenggal sehingga 2008 sebelum digugurkan pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu dan digantikan dengan muka baru, Sulaiman Abdul Razak.

Allahyarham juga, merupakan bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Abu Hassan Omar.

Sementara itu, anaknya Anis Abdul Aziz adalah Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia. -mstar foto : BH

Monday, August 2, 2010

dedah salah laku felcra....16 orang di tangkap


Enam belas orang awam ditangkap sewaktu perhimpunan peneroka di Felcra Bandar Seberang Perak (Changkat Lada), Pasir Salak semalam.



Menurut anggota jawatankuasa pusat PAS, Mazlan Aliman yang juga pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang menganjurkan perhimpunan tersebut, tiga daripada 16 orang itu masih ditahan dan menunggu untuk direman.

"Kami tidak tahu mengapa mereka ditangkap dan mengapa mereka ditahan. Tapi peguam kami berada di sana untuk membantu," kata Mazlan kepada wartawan dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau mendakwa bahawa 16 orang itu ditahan ketika mereka cuba memasuki premis tempat perhimpunan di mana peneroka Felcra berhimpunan untuk menyuarakan masalah mereka.

Majlis tersebut berlangsung mulai 31 Julai dan berakhir semalam.

"Polis mula mengadakan sekatan jalan raya di kawasan itu dan semua jalan menuju ke tempat perhimpunan itu sejak pagi Sabtu," katanya.

Beliau menambah bahawa tangkapan dilakukan pada kira-kira jam 3 petang semalam.

"Mengapa tangkap orang awam?

"Kami tidak mengerti mengapa polis menangkap orang awam ketika perhimpunan diadakan di tanah milik persendirian.

"Nampaknya polis melindungi mereka yang berkuasa dan tidak mahu mendengar aduan peneroka," katanya.

Mazlan berkata, mereka akan menyerahkan aduan mereka mengenai salah urusan Felcra kepada Suhakam selepas sambutan Hari Raya Puasa.


malaysiakini

Anti-ISA: Kesemua 30 ditahan di PJ sudah dibebas

Kesemua 30 peserta kempena nyalaan lilin anti-ISA yang ditahan oleh polis Petaling Jaya malam tadi telah dibebaskan awal pagi ini.

Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan memberitahu, kesemua mereka dibebaskan kira-kira pukul 4.30 pagi dengan jamin polis.

Beliau yang juga salah seorang daripada ditahan memberitahu The Malaysian Insider bahawa polis akan mengambil masa dua minggu sebelum menentukan sama ada akan mendakwa mereka ataupun tidak.

Sambil menyifatkan penahanan itu salah, Arutchelvan membayangkan mereka tidak akan berdiam diri walaupun ditahan semalam.

“Wakil Suhakam ada di sini (di pekarangan Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya) sewaktu kami keluar. Kami mungkin akan membuat aduan di Suhakam,” kata beliau ketika dihubungi pagi ini.

Malam tadi, polis Petaling Jaya dengan menggunakan anggota Unit Simpanan Persekutuan mengempur dan menahan 30 peserta kempen nyalaan lilin di Padang Timur — program yang diadakan untuk mendesak agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan.

Turut ditahan ialah Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh dan ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin — menyertai kempen itu yang dianjurkan sempena lima dekad kerajaan menguatkuasakan ISA.

Daripada 30 orang yang ditahan di Petaling Jaya, 22 adalah lelaki dan lapan perempuan.

Kempen itu bermula pada pukul 8 malam di Padang Timur, serentak di beberapa lokasi di seluruh negara.

Mereka yang ditahan telah dibawa ke IPD Petaling Jaya yang terletak berhampiran dengan Padang Timur kira-kira 9 malam.

Dua lagi ditahan di hadapan IPD Petaling Jaya.

Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya ketika ditemui malam tadi memberitahu seramai 18 peguam berada di IPD untuk membantu mereka yang ditahan.

Latheefa yang juga ahli majlis MPPJ menyifatkan polis tidak menghormati kelulusan pihak berkuasa tempatan itu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed memberitahu bahawa polis terpaksa bertindak menahan individu terbabit selepas mereka enggan mematuhi arahan supaya bersurai selepas perhimpunan bermula seawal pukul 7 malam.

Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata mereka semua dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil.

“Tapi ini tidak bermakna mereka tidak akan dipanggil semula. Sekiranya ada keperluan kita akan panggil,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Sunday, August 1, 2010

Gadis MLM diintip





Selepas membongkar sindiket skim cepat kaya membabitkan pelaburan berjuta ringgit dua hari lalu, semalam polis menyerbu sebuah syarikat jualan langsung dan menahan pengurus besarnya berusia 40-an serta merampas pelbagai dokumen yang dikatakan ada kaitan dengan skim berkenaan.

Dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah hari oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman itu, polis turut merampas profil dan sijil pendaftaran serta produk kesihatan keluaran syarikat itu.

Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa, berkata hasil siasatan mendapati syarikat itu beroperasi secara haram selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) membatalkan lesen mereka dua bulan lalu.

Difahamkan syarikat jualan langsung itu hanya untuk mengabui orang ramai daripada kegiatan skim cepat kaya mereka jalankan.

Rohaimi berkata, polis turut memantau lokasi persembunyian dan pergerakan gadis berusia lewat 20-an dipercayai dalang utama kegiatan itu yang akan ditahan bila-bila masa.
“Kita akan menahan lebih ramai individu dipercayai terbabit dalam penipuan sindiket skim cepat kaya berkenaan berikutan semakin ramai mangsa tampil membuat laporan polis sejak kes itu dibongkar. Sehingga semalam, sudah enam laporan polis dibuat.

Difahamkan, sindiket itu menawarkan skim pelaburan antara RM2,000 hingga RM41,000 dengan ahli disyaratkan mencari 10 ‘downline’ bagi mendapatkan pulangan modal, selain keuntungan lumayan setiap bulan.

Rohaimi berkata, serbuan ke atas syarikat jualan langsung itu dilakukan hasil maklumat upline penganjur skim cepat kaya berkenaan yang ditahan sebelum ini.

“Hanya pengurus besar syarikat dan keraninya berada di pejabat ketika serbuan dan memberi kerjasama penuh kepada polis untuk memeriksa segala dokumen, peralatan dan barangan diperlukan untuk membantu siasatan kes.

“Pengurus besar itu kemudian dibawa ke ibu pejabat JSJK, Bukit Perdana untuk disoal siasat dan proses dokumentasi. Beliau dipercayai mempunyai maklumat berhubung kegiatan itu, termasuk membantu kita mengenal pasti jaringan operasi dan modus operandi mereka,” katanya.

Tidak sampai setengah jam serbuan dilakukan, premis berkenaan dikerumuni sekumpulan 20 hingga 30 pelabur yang cuba mendapatkan penjelasan daripada pengurusan syarikat mengenai status pelaburan mereka.

Suasana yang pada mulanya sedikit kecoh berjaya dikawal tanpa berlaku sebarang kekerasan, malah kumpulan berkenaan beredar selepas diminta berbuat demikian oleh anggota polis bertugas.

Rohaimi berkata, polis sedang menyiasat kemungkinan syarikat itu mempunyai cawangan lain di seluruh negara berikutan ahli mereka yang ramai, selain membabitkan jumlah pelaburan besar dikendalikan mereka yang dikatakan mencecah jutaan Ringgit.

Sementara itu, 43 daripada 59 individu yang ditahan dalam serbuan di empat kafe di Bandar Sunway, 27 Julai lalu dibebaskan semalam, manakala 16 lagi dilanjutkan tempoh tahanan reman mereka sehingga Isnin ini.

“Mereka yang masih direman adalah orang kanan dalang utama skim itu, khususnya bagi mempengaruhi ahli baru yang direkrut ‘downline’ mereka. Mereka ini tampil dengan kereta mewah, mengenakan pakaian jenama mahal dan bergaya seperti ahli perniagaan berjaya semata-mata untuk memperdayakan mangsa supaya melabur dalam skim itu,” katanya.

BH

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here