cari maklumat di sini

Your Ad Here

Tuesday, November 23, 2010

polis cuai, memang cuai atau sengaja cuai....????

Kes bunuh Aminulrasyid: Polis akui siasatannya cuai

Seorang saksi dalam perbicaraan kes pembunuhan Aminulrasyid Hamzah hari ini mengakui bahawa beliau bertindak cuai dalam penyiasatannya.



Cif Insp Mazli Jusoh mengakui demikian ketika ditanya peguam Salim Bashir dalam perbicaraan hari ini.

Katanya, beliau telahpun mengetahui bahawa kes tersebut melibatkan tembakan senjata api ketika tiba di lokasi jenayah di Seksyen 11, Shah Alam.

Ketika ditanya, Mazli mengakui bahawa beliau tidak menemuramah anggota polis yang berada di tempat kejadian.

Ditanya lanjut, beliau juga bersetuju bahawa kenderaan polis yang mengejar mangsa merupakan bahan bukti sekunder dalam penyiasatannya.

Dalam jawapannya, Mazli berkata beliau pada masa itu telahpun mengetahui bahawa sebanyak tiga buah kereta peronda terlibat mengejar mangsa.



Mazli juga tidak bertindak merampas apa-apa senjata api yang digunakan oleh anggota polis berkenaan, mahupun pakaian mereka untuk mengesan individu yang bertanggunjawab melepaskan tembakan.

Mazli berkata, beliau tidak menyiasat lanjut kerana tidak menerima arahan daripada pegawai penyiasat.

Ditanya lanjut, Mazli berkata beliau juga tidak merakam gambar mayat mangsa ketika mangsa masih di dalam kereta berkenaan.

Mazli menjelaskan, beliau hanya mengarahkan jurugambarnya untuk merakamkan mayat mangsa itu setelah beliau mengalihkannya ke atas rumput di luar kereta berkenaan.

"Itu kesilapan saya tidak arahkan jurugambar untuk ambil gambar pada masa itu," katanya.



Tambahnya, beliau juga tidak memperincikan tindakannya mengalihkan mayat mangsa berkenaan di dalam laporannya.

Mazli yang tiba di tempat kejadian pada kira-kira jam 3.10 pagi itu juga berkata, beliau hanya mengutip satu kelongsong peluru dalam penyiasatannya ketika itu.

Tambahnya, kelongsong peluru selebihnya dikutip dalam penyiasatannya di lokasi berkenaan, dua hari kemudian.

Skrip mahkamah kanggaroo ....Beria ia DSAI di programkan untuk di penjarakan....!!!!

Karpal mohon hakim undur, saksi pula hina mahkamah



Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakan permohonan melucutkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Zabidin Mohd Diah daripada perbicaraan kerana didakwa terus bersikap berat sebelah dan menghalang peguambela mendapatkan nota-nota pemeriksaan doktor ke atas pengadu Saiful Bukhari Azlan.

Selain itu, peguam Karpal Singh akan memohon supaya pakar perubatan Dr Siew Sheue Feng dari Hospital Kuala Lumpur dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana cuba menyembunyikan dokumen yang penting untuk pembelaan Anwar.

Zabidin akan mendengar kedua-dua permohonan itu pagi, esok.

Anwar melahirkan rasa kesal terhadap keputusan-keputusan Zabidin yang dilihat berat sebelah sepanjang perbicaraan dan memihak kepada pendakwaraya, walaupun ia jelas bercanggah dengan prosedur undang-undang.

"Peguam telah memberi maklum bahawa kita akan mengemukakan permohonan supaya hakim menarik diri kerana berpuluh-puluh kes kita asyik diketepikan semua undang-undang dan hanya memihak kepada pendakwa. Beberapa kenyataan dia (Zabidin) nampak jelas tidak berlaku adil. Jadi ini akan dilakukan esok," kata Anwar.

Pada hari ini Zabidin sekali lagi melarang peguambela daripada mendapatkan dokumen pemeriksaan awal daripada pakar-pakar yang memberi keterangan.

Dokumen itu mempunyai banyak maklumat yang tidak terkandung dalam laporan perubatan yang dikemukakan oleh pendakwaraya kepada mahkamah.

Anwar berkata ada cubaan jelas melindungi maklumat nota perubatan pengadu Saiful Bukhari Azlan, khususnya apabila pakar patologi Dr Siew memberi keterangan hari ini.

Walaupun gagal memberi jawapan tepat kepada soalan-soalan Karpal, Dr Siew enggan untuk merujuk kepada nota-nota yang diambil oleh beliau ketika memeriksa Saiful untuk memberi keterangan.

Ini kerana jika beliau berbuat demikian, peguambela boleh memohon untuk mendapatkan nota-nota.

Bagaimanapun semasa waktu rehat, Dr Siew mengaku ada merujuk kepada nota-notanya. Anehnya sebaik sahaja perbicaraan bersambung, beliau enggan berbuat demikian.

"Kenapa ...takut mengenai kepada nota-nota ini," tanya Karpal. Namun pakar perubatan itu tetapi memilih untuk tidak berbuat demikian.

Karpal kemudian berkata Dr Siew harus dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana merujuk kepada nota-nota itu ketika waktu rehat walaupun beliau sebelum itu memberitahu mahkamah tidak akan berbuat demikian.

Beliau akan memohon supaya Hakim Zabidin mengenakan tindakan itu kerana jelas ada cubaan untuk menyembunyikan maklumat daripada peguambela.

Karpal juga menegur Zabidin kerana terus menafikan hak peguambela untuk mendapatkan nota-nota pemeriksaan awal doktor yang cukup relevan kepada perbicaraan.

Peguam veteran itu berkata Zabidin hanya membuang masa mengambil keterangan doktor jika tidak mahu melihat sendiri nota-nota yang diambil oleh doktor dalam memberikan keterangan mereka di mahkamah.

Monday, November 22, 2010

Kerajaan haramjadah UMNO/BN/YAHUDI mahu rakyat jadi OKU ....!!!!

Tindakan Kementerian Dalam Negeri memperkenalkan garis panduan, definisi hasutan kepada pengguna internet sebagi satu lagi usaha untuk 'membuta dan memekakkan' rakyat.

Tindakan tersebut lebih kepada usaha menyekat maklumat sebenar sampai kepada rakyat.Di samping  membendung maklumat penyelewengan kerajaan BN.

Umno BN hanya bergantung kepada propaganda media perdana sahaja untuk mengekalkan pengaruh mereka di negara ini.

Mereka tidak mampu untuk melawan serangan yang dibuat oleh media baru pada hari ini..

Seluruh jentera Umno sudah tidak bermaya, dan hanya bergantung kepada media radio dan televisyen sahaja.

Malahan setengah tempat, Umno terpaksa menswastakan program penerangan melalui NGO yang pro mereka agar boleh menarik orang datang.

Jika tidak, orang tidak mahu datang jika atas lambang umno.

Sebab itu tidak hairan  BN sudah membuka peluang kepada NGO untuk bersama BN dalam mesyuarat majlis tertinggi.

Tindakan kerajaan itu wajar di persoalkan dengan asas bahawa telah banyak akta-akta yang diwujudkan untuk mengatasi masalah tersebut.

Ianya seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Mesin Cetak dan Akta Hasutan.

Kerajaan boleh bertindak mengikut akta yang sedia ada dengan membawa pesalah ke muka pengadilan...

Kita bersetuju kalau tindakan diambil kepada mereka yang mendedahkan maklumat ketenteraan negara, penghinaan kepada agama dan bangsa.

Tetapi jika maklumat yang didedahkan ialah penyelewingan yang merugikan negara dan rakyat, kenapa perlu kerajaan takut untuk menghadapi penghakiman yang akan dibuat oleh rakyat dalam pilihanraya umum akan datang...

Boleh pilih siapa sahaja, tapi bukan orang yang menghentam rumahnya sendiri menggunakan media milik Umno

Amanat Anwar bidas 'sahabat' lama



Amanat penting Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinanti-nantikan penyokong PKR beberapa minggu sebelum kongres PKR minggu depan nampaknya berkisar soal calon timbalan presidennya Datuk Zaid Ibrahim.

Memberitahu enggan mengulas mengenai tindakan Zaid yang mahu meninggalkan PKR 16 Disember depan, Anwar bagaimanapun ketika menyampaikan ucapannya di hadapan 1,500 hadirin di Shah Alam berkata:

"Kenapa saya perlu cakap tentang Zaid? Ini bukan tugas saya. Tugas saya untuk mengukuhkan parti," kata ketua pembangkang dan ketua umum PKR itu.

Bagaimanapun, Anwar berkata tidak akan sesekali "bertolak ansur" dengan mana-mana pihak yang memburukkan perjuangan lebih sedekad PKR dan "mengejek" pemimpinnya.

"Sesetengah pramg berkata saya tidak neutral, menuduh saya memihak, tetapi biar saya beritahu sekarang, pilih siapa sahaja, tapi bukan orang yang mengkritik kita menggunakan media milik Umno," katanya.

Sunday, November 21, 2010

ANAK ( PR ) LAWAN BAPAK.( PEROMPAK & PENYAMUN 1 MALAYSIA--UMNO/BN )

Isu Felda kini boleh diadu pada BAPAK

Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (BAPAK) merupakan alternatif baru bagi menyalurkan aduan dan pendapat untuk warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sekiranya terdapat sebarang masalah, perkara dan isu yang membabitkan warga peneroka.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata penubuhan BAPAK yang merupakan biro di bawah Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) sangat dialu-alukan kerana ia boleh berfungsi untuk membantu menjelaskan dan menyelesaikan sesuatu isu itu dengan lebih cepat.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merestui penubuhan Bapak dan berharap ia memberikan faedah kepada semua warga Felda terutamanya menyelesaikan isu berbangkit atau dibangkitkan di kalangan warga Felda,' katanya dalam sidang media selepas merasmikan Bapak di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata BAPAK dianggotai oleh 317 sukarelawan yang bersedia menerima aduan dan cadangan yang dikemukakan warga Felda tentang sesuatu isu dan berusaha menyelesaikan dalam tempoh paling minimum antara seminggu dan dua minggu hari bekerja.

Katanya BAPAK merupakan idea Pengerusi GWGF Tan Sri Rozali Ismail yang turut berbesar hati menaja segala perbelanjaan yang diperlukan oleh biro berkenaan.

Beliau berkata walaupun Felda mempunyai saluran aduannya sendiri, penubuhan BAPAK sangat relevan dalam menangani masalah lain yang dihadapi oleh warga peneroka seperti isu kebajikan dan pendidikan.

Katanya BAPAK yang beroperasi di Plaza SunwayMas di Seksyen 9 di Shah Alam, menerima aduan 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu melalui pelbagai kaedah termasuk faksimile, e-mel, SMS, portal atau talian bebas tol 1-800-88-4943.

Ahmad yang juga ketua penerangan Umno turut mencadangkan supaya GWGF menjadi anggota gabungan BN agar sama-sama dapat berjuang dan menjaga kebajikan serta masa depan warga peneroka.

Sementara itu, Rozali yang juga Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) berkata beliau akan menulis surat kepada Dewan Tertinggi BN agar GWGF menyertai anggota gabungan BN itu.

Perdana menteri semalam mengumumkan bahawa Mesyuarat Dewan Tertinggi BN bersetuju meminda perlembagaan termasuk membuka penyertaan untuk anggota bersekutu, anggota bergabung, Kelab Sahabat BN dan Kelab Rakan Muda BN.

--Bernama


KISAH ANAK....di bawah nie....

PERSATUAN ANAK PENEROKA FELDA KEBANGSAAN

ANAK: Jangan berdolak-dalik, Serahkan hak Peneroka FELDA!


Anak minta Suhakam siasat dakwaan Felda tindas peneroka

tembak lepas tu letak parang....agaknya tu lah taktik PDRM bila tersalah tembak kot...????

Keluarga dakwa polis tembak mati dengan sengaja

Dua laporan polis dibuat terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas dakwaan melepaskan tembakan terhadap seorang pemuda dan seorang remaja bagi menyebabkan kematian dan bukannya untuk mempertahankan diri.

Laporan terhadap kejadian pada 13 November itu dibuat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Petaling Jaya semalam oleh anggota keluarga almarhum terbabit.

Dalam aduannya Nor Hafizah Mad Razali berkata beliau tidak berpuas hati dengan alasan polis bahawa anaknya Muhammad Shamil Hafiz ditembak kerana cuba menyerang polis dengan parang.

Alasan yang sama diberikan oleh Norhaliza Tuah, kakak kepada Mohd Hairul Nizam yang meninggal dalam kejadian sama.

Mereka mendakwa, kesimpulan itu dibuat berdasarkan keadaan tubuh Muhammad Shamil dan Mohd Hairul Nizam yang ditembak daripada jarak dekat dan "tidak kelihatan seperti berlaku dalam peristiwa tembak menembak".

hebat juga dR Rosmey nie...bintang filem " lucah " pun dia nak rembat jadikan pelakon filemnya....



Selepas menerbitkan filem 2 Alam yang mula ditayangkan kepada orang ramai hari ini, dR Movie Production kini merancang untuk menerbitkan sebuah lagi filem pada tahun depan.

Menariknya, filem itu bakal dibintangi pelakon sensasi dari Hollywood iaitu Pamela Anderson.

Penerbitnya, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din berkata, dalam filem itu nanti, Pamela akan memegang watak utama.

"Mungkin ramai yang memandang sinis mengenai perkara itu (hasrat mengambil Pamela) tetapi ia adalah perancangan utama dR Movie Production dan memang bersungguh-sungguh untuk mengundang pelakon tersebut membintangi filem baru itu nanti.

"Setakat ini, apa yang boleh di katakan ialah, pihak kami kini berada dalam proses akhir perincian mengenai kontrak dengan ejen pelakon tersebut," katanya ketika dihubungi wartawan semalam.

Pamela merupakan seorang pelakon seksi kelahiran Kanada yang cukup terkenal dalam industri perfileman Hollywood sejak tahun 1990-an.

Menurut Rozmey, tajuk filem yang akan dihasilkan itu masih belum diputuskan namun ia bakal mengisahkan mengenai seorang wanita warga asing yang telah terdampar di sebuah pulau.

Popular Posts

akhbar on line

Your Ad Here